2-asas fekah perubatan

26
FIQH PERUBATAN 2 PENGERTIAN FIKAH

Upload: sabrina-lye

Post on 20-Jun-2015

978 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2-Asas fekah perubatan

FIQH PERUBATAN 2

PENGERTIAN FIKAH

Page 2: 2-Asas fekah perubatan

FIKAH PERUBATAN BERDIRI ATAS PRINSIP UMUM

Fikah perubatan sama seperti hukum-hukum cabang fikah yang lain.

Bersumberkan wahyu yang terkandung dalam al-quran dan sunnah.

Quran dan hadis meletakkan 3 prinsip dalam perubatan:

1. Umat Islam dibenarkan berubat

2. Kaedah mengubati penyakit mestilah tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam

3. Kuasa menyembuhkan semua jenis penyakit adalah hak mutlak Allah. Manusia hanya perlu berikhtiar mengubati penyakit.

Page 3: 2-Asas fekah perubatan

HUKUM ASAL URUSAN PERUBATAN ADALAH HARUS

Apa sahaja kaedah perubatan yang dilakukan manusia pada asalnya adalah harus.

Namun begitu, ia perlu disandarkan pada syariat.

Banyak kaedah perubatan yang diharamkan Islam bahkan ada yang membawa kepada syirik seperti penggunaan tangkal, azimat dan berubat mengggunakan khidmat jin.

Page 4: 2-Asas fekah perubatan

FIKAH PERUBATAN DIBANGUNKAN DENGAN

MENGAMBIL KIRA ILLAT(SEBAB) DAN MASLAHAT

(KEPERLUAN ATAU KEPENTINGAN)

Page 5: 2-Asas fekah perubatan

Untuk isu ibadah, Islam bersifat ta’abudiyyah (tunduk dan patuh kepada perintah Allah tanpa mengambil kira ia rasional atau tidak, e.g: bilangan rakaat dalam solat.

Untuk perubatan dalam Islam, ia mengambil kira rasional serta berdasarkan pada sebab dan kepentingan @maslahat yg dapat difahami oleh mukalaf.

Maslahat2x yang dikehendaki syarak dalam Islam adalah menjaga kepentingan al-daruriyat, al-hajiyyat & al-tahsiniyyat. Ketiga-tiga ini penting bertujuan memelihara agama, jiwa, keturunan & harta.

Page 6: 2-Asas fekah perubatan

AL-DARURIYYAT

• Daruriyyat ialah keperluan yg paling penting kepada setiap manusia.

• Keperluan daruriyyat bertujuan untuk mennghindarkan kemudaratan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda --> benda-benda asas.

• Sebarang tindakan yg mencabul 5 perkara ini dianggap sebagai mafsadah.

• Apabila wujud keperluan ini, dan ianya tidak dapat dicapai secara normal, diharuskan kepada perkara yg dilarang --> rukhsah

• Keharusan mengambil hukum rukhsah semasa darurat tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya tanpa sebarang kaedah

Page 7: 2-Asas fekah perubatan
Page 8: 2-Asas fekah perubatan

SYARAT-SYARAT YANG HARUS DIJAGA KETIKA BERRUKHSAH

• 1. Keadaan darurat itu benar-benar berlaku. Ia bukan perkara yang dinanti-nantikan atau diusahakan.

• 2. Memastikan tiada benda halal lain yang boleh diambil melainkan tinggal yang haram sahaja.

• 3. Sekiranya masih ada benda-benda halal, dipastikan pengambilan benda halal itu benar-benar tidak dapat menghindarkan mudarat daripada menimpa pesakit.

• 4. Orang yang dalam keadaan terdesak, tidak dibenarkan melanggar prinsip Islam yang asasi seperti menjaga keselamatan nyawa, maruah, harta, akal dan keturunan.

• 5. Mengambil yang haram itu sekadar perlu sahaja bagi menghilangkan darurat.

• 6. Bagi prosedur rawatan, pengambilan bahan-bahan yang haram semasa darurat, perlu disahkan oleh doktor yang adil dan boleh dipercayai agama dan ilmunya

Page 9: 2-Asas fekah perubatan

HAJIYYAT

• Hajiyyat ialah keperluan yg dapat menghindar kesulitan yg dihadapi dlm kehidupan sekalipon x mengancam keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

• Kemudahan-kemudahan syarak yang dikecualikan tidaklah terbatas dlm keadaan darurat sahaja. Hajat-hajat yang kedudukannya kurang daripada darurat pun dibolehkan juga.

• Hajat sekiranya tidak dipenuhi menimbulkan kesukaran dan kesulitan.

• Darurat pula apabila tidak dipenuhi boleh membawa kepada kebinasaan.

Page 10: 2-Asas fekah perubatan

TAHSINIYYAT

• Tahsiniyyat ialah keperluan yang hanya menambah keselesaan bukannya menghindarkan kesukaran.

• Tanpa keperluan ini, manusia boleh menjalani kehidupan secara normal.

• Keperluan jenis ini tidak mengharuskan apa yang dilarang.

Page 11: 2-Asas fekah perubatan

5 ASAS KAEDAH FIKAH

1. Setiap perkara bergantung kepada tujuannya.

2. Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka

3. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan

4. Kemudaratan hendaklah dihilangkan

5. Adat(uruf) diperhakimkan

Page 12: 2-Asas fekah perubatan

1. SETIAP PERKARA BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA

Bagi segala perkara yg lahir daripada mukalaf sama ada dalam bentuk perbuatan atau pertuturan, hukum-hakamnya ditentukan berdasarkan maksud ataupon tujuan dia melakukan dan menuturkannaya.

Oleh sebab itu, niat dan maksud manusia berperanan penting dalam menentukan hukum.

e.g: Seorang doktor tersilap memberi suntikan painkiller dgn dos yg tinggi yg memudaratkan pesakit itu. Melalui kaedah ini, doktor ini tidak bersalah kerana niatnya mengubati pesakit. Kecuaian dalam mencairkan ubat atau salah faham akan arahan yg diberikan kpd jururawat itu dikira kesalahan duniawi sahajayg berkemungkinan dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Page 13: 2-Asas fekah perubatan

Kaedah ini sebaik-baiknya dibantu dengan kaedah: KEHARUSAN SYARAK MENAFIKAN GANTI RUGI.

E.G:

1. Doktor yang mahir dlm bidangnya tidak perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku sebarang korasakn yg tidak disengajakan. Ini disebabkan beliau memang mahir dalam selok belok kedoktoran.

2 Apabila berlaku kesan sampingan ataupon kemalangan dalam pembedahan ke atas pesakityg memberi izin dibedah, sedangkan doktor yg mengendalikan pembedahan itu sudah pon berpegang teguh dengan asas-asas operasi pembedahan, maka doktor berkenaan tidak perlu memabayar apa2x ganti rugi.

Page 14: 2-Asas fekah perubatan

2. KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHILANGKAN DENGAN SYAK WASANGKA

Sesuatu benda yang sudah diyakini ke atasnya tidak akan hilang apabila datang keraguan ke atasnya.

Namun, perkara itu boleh dihilangkan sekiranya orang itu yakin perkara kedua itu berlaku

Beberapa kaedah yang lahir daripada kaedah di atas:

a. Asal masalah adalah kekal perkara di atas keadaannya yg asal

= Perlu kekalkan keadaan yang sedia ada pada mana2x waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah nyata keadaan itu terputus @ keadaan itu bertukar kpd keadaan yang lain.

Page 15: 2-Asas fekah perubatan

b. Pada asalnya perkara-perkara yang baru muncul itu tidak ada.

= contohnya apabila seseorang mendakwa dia telah diizinkan utk memakan makanan tersebut drpd tuan empunya makanan itu. Namun, tuan punya makanan menafikannya, maka penafian tuan punya harta itu yang diterima kerana keizinan adalah perkara yang mendatang, sedangkan harta itu adalah harta orang yg haram diambil tanpa izin.

c. Asalnya setiap org bebas tanggungjawab dan tidak terikat dgn mana2x hak.

= Setiap perkara yang kita nyatakn tanggungjawab orang lain terhadap sesuatu haruslah disertakan dengan bukti contohnya seperti hutang kerana pada awalnya orang yg didakwa berhutang tiada tanggungan melainkan terbukti.

Page 16: 2-Asas fekah perubatan

d. Asal masalah yg baru berlaku itu perlu dianggarkan pada waktu yang hampir.

Contoh: Apabila melihat najis pada kainnya sedangkan dia sudah bersolat dengan kain itu untuk beberapa waktu. Maka dia harus mengulangi solat bermula daripada hadas terakhir yg dia berhadas.

e. Asal setiap perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan keharamannya.

f. Tidak boleh dikira syak dalam perkara yang sudah nyata salahnya.

Page 17: 2-Asas fekah perubatan

3. KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN.

Beberapa kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

1. Suatu perkara apabila ia tersepit menjadi luas

2. Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan sempit.

Maksud kaedah ini ialah apabila seseorang itu ditimpa keadaan yang menyulitkan, sekiranya ia beramal dengan asas Islam, maka Islam memberikan keringanan dan kemudahan ke atas mereka selama mana darurat itu masih ada.

Apabila darurat itu hilang, maka ia kembali sebagaimana ia disyarakkan.

e.g : harus bertayamum untuk pesakit yang tidak mampu menggunakan air.

harus bersolat tanpa mengadap kiblat untuk orang yg tidak mampu berbuat demikian kerana keuzuran.

Page 18: 2-Asas fekah perubatan

4. KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

• Apabila yakin kemudaratan akan berlaku, hendaklah dihindari.

• Beberapa kaedah yang terbit daripada kaedah ini:• a. Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan dan

memudaratkan orang lain• contoh: Ditegah menderma organ2x yg boleh

mendatangkan kemudaratan pada • masa akan datang.• b. Darurat mengharuskan yang dilarang (rukhsah)• contoh: Harus memandang aurat berlawanan jantina untuk

tujuan berubat ataupon mendapatkan rawatan.• : Harus menggunakan dadah opiod seperti morfin bagi

menahan kesakitan seperti sakit akibat serangan jantung akut.

Page 19: 2-Asas fekah perubatan

• c. Perkara yang dibolehkan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja

• maksud: Setiap perkara yang dilakukan kerana darurat, adalah harus sekadar yg boleh menolak kemudaratan dan tidak melebihi kadar keperluan itu.

• contoh: Doktor harus memandang aurat berlawanan jantina sekadar keprihatian dan tempat2x yg perlu utk tujuan rawatan sahaja.

• : Tidak harus untuk wanita mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki sedangkan terdapat doktor wanita yang dapat merawatny.

• : Tidak boleh berubat dengan najis atau dadah sekiranya masih ada ubat yang boleh digunakan untuk merawati penyakit itu.

Page 20: 2-Asas fekah perubatan

• d. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan melakukan kemudaratan (kerosakan) yg seumpama dengannya ataupon yg lebih besar daripadanya.

• maksud: kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yg lebih kecil tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yg sama atau lebih besar drpdnya. Ini kerana, tidak tercapailah maksud “kemudaratan hendaklah dihilangkan” bahkan adalah kemudaratan yg diwujudkan.

• contoh: Tidak harus melakukan pembedahan apabila menurut sangkaan yang kuat pembedahan itu tidak akan berjaya

• : Orang yg dlm kesakitan tetapi tidak mempunyai ubat penahan sakit bagi dimakan kecuali memohon ubat kepunyaan org lain yg juga perlukan ubat itu. Dia tidak boleh mengambil ubat itu bagi menghilangkan kesakitan pada dirinya.

Page 21: 2-Asas fekah perubatan

• e. Kemudaratan yang lebih besar hendaklah dihilangkan dengan kemudaratan yg lebih ringan.

• maksud: apabila bertembung 2 kemudaratan, hendaklah memilih kemudaratan yang lebih ringan.

• contoh: hendaklah membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.

• : Harus menggunakan ubat yang mengandungi dadah yang berbahaya seperti morfin, sekiranya penggunaannya dijangkakan oleh pakar perubatan dapat menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Page 22: 2-Asas fekah perubatan

• f. Kemudaratan hendaklah dibendung setakat yang mampu.

• Maksud: Hendaklah mencegah kemudaratan sebelum menimpa diri.

• Contoh: Harus memotong anggota yg berpenyakit apabila diyakini boleh merebak dan merosakkan organ lain.

• : Harus menggugurkan janin apabila kandungan itu memudaratkan kesihatan ibu.

• g. Menolak kerosakan diutamakan dari mengambil kebaikan

• contoh: Doktor lelaki ditegah berdua-duaan dengan jururawat perempuan dia dalam satu bilik semasa ketiadaan pesakit.

Page 23: 2-Asas fekah perubatan

• h. Melakukan mafsadah yg kecil dibolehkan demi untuk mendapat maslahah yg besar.

• Contoh: Rawatan dgn cara memindahkan kornea mata org mati kpd yg masih hidup adlh tidak dibenarkan dlm Islam. Islam mewajibkan tubuh badan setiap org yg meninggal dunia ditanam lengkap bersama semua anggota badan yg ada. Namun, ada kemungkinan memandangkan belum terdapat kaedah rawatan lain yg lebih berkesan,sedangkan penyakit buta adalah beban yg berat yg perlu ditanggung oleh org yg menghidapinya. Islam memberi keringanan dalam situasi ini.

Page 24: 2-Asas fekah perubatan

• i. Maslahat yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana mafsadah yang masih berupa angan-angan.

• Contoh: Pengamal perubatan diharuskan memberi ubat kepada pesakit yg diyakini dapat membantu meringankan beban kesakitannya walaupun beliau tidak arif perihal kesan sampingan yg mungkin berlaku kepada pesakit itu

• j. Keadaan darurat tidak boleh membatalkan hak orang lain.

• Contoh: Giliran buat pesakit-pesakit yg mempunyai darurat yang sama bagi menjalani pembedahan adlh berdasarkan pendaftaran mereka. Pesakit yg awal didahulukan. Apabila t’dpt pesakit lain mendaftar bagi tujuan yg sama, pesakit itu tidak berhak mendahului pesakit pertama.Pengamal perubatan tidak boleh sama sekali melayan permintaan dan peranan yang dimainkan oleh org tengah mempercepatkan mana-mana pesakit.

Page 25: 2-Asas fekah perubatan

• k. Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan yang lain.

• Contoh: Kerajaan berhak melarang orang ramai memasuki kawasan yg terjadi wabak jangkitan penyakit berjangkit ataupon melarang masyarakat dari kawasan dilanda wabak kelaur dari kawasan lain. Perkara ini bertujuan mengawal kemaslahatan umum.

Page 26: 2-Asas fekah perubatan

5. ADAT (URUF) DIPERHAKIMKAN

• Adat boleh menyabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas untuk hukum yang hendak disabitkannya.

• Adat: Perkara yang menjadi kebiasaan oleh manusia bagi mematuhinya dlm urusan kehidupan seharian sehingga sebati dgn mereka dan menjadi perkara yg lumrah.

• Contoh: Panadol merupakan ubatan yg biasa diberikan kpd pesakit. Pada kebiasaannya, Panadol tidak memberi kesan sampingan yg teruk,doktor tidak sepatutnya disaman. Panadol tidak memberi kemudaratan kpd orang yg mengambilnya pada kadar dan jangka masa yg sepatutnya.