19005927-alatalat-artikulasi

17
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) 2008 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL JABATAN BAHASA MELAYU INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU i 1

Upload: ires

Post on 19-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYUPROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP)

    2008

    ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL

    JABATAN BAHASA MELAYUINSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN

    22200 BESUTTERENGGANU

    i

    1

  • SENARAI KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    HALAMAN JUDUL iHALAMAN PENGAKUAN iiPENGHARGAAN iiiSENARAI KANDUNGAN ivSOALAN v

    1.0 PENDAHULUAN 1

    2.0 ALAT-ALAT ARTIKULASI 2.1 Fungsi Alat-Alat Artikulasi 22.2 Bunyi 6

    2.2.1 Vokal 2.2.2 Bunyi Vokal

    2.3 Penghasilan Bunyi Vokal 8 2.2.3 Vokal Hadapan

    2.2.3.1 Vokal Hadapan Sempit 2.2.3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit 2.2.3.3 Vokal Hadapan Separuh Luas 2.2.3.4 Vokal Hadapan Luas

    2.2.4 Vokal Belakang 9 2.2.4.1 Vokal Belakang Sempit 2.2.4.2 Vokal Belakang Separuh Sempit 2.2.4.3 Vokal Belakang Separuh Luas

    2.2.5 Vokal Tengah 10 2.2.5.1 Vokal Tengah Pendek 2.2.5.2 Vokal Tengah Panjang

    3.0 REFLEKSI 12

    BIBLIOGRAFI 14LAMPIRAN

    iv

    2

  • SOALANOrgan artikulasi ialah organ yang berperanan menghasilkan bunyi bahasa dan

    cara menghasilkan bunyi tersebut.

    TUGASAN1. Anda dikehendaki melukis dan melabelkan alat-alat artikulasi yang

    menghasilkan bunyi bahasa sama ada bunyi vokal,konsonan dan diftong.

    2. Jelaskan alat-alat artikulasi yang terlibat dan cara-cara menghasilkan bunyi-

    bunyi vokal.

    3. Jawapan anda hendaklah disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang

    terdapat dalam Bahasa Melayu.

    ARAHAN1. Tugasan yang anda laksanakan hendaklah menggunakan ICT dengan

    paparan grafik yang menarik, disertakan dengan contoh-contoh yang jelas.

    2. Tugasan hendaklah diserahkan dengan bertaip komputer menggunakan font

    arial, bersaiz 12 dan dilangkau 1.5.

    3. Sumber atau buku autentik hendaklah disertakan bersama-sama di bahagian

    lampiran.

    4. Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat seperti

    nama ahli kumpulan, nombor kad pengenalan, kumpulan atau unit dan nama

    pensyarah pembimbing.

    5. Melampirkan borang kolobrasi sebagai bukti berlakunya interaksi antara ahli

    kumpulan dan pensyarah.

    6. Menyediakan catatan refleksi hasil daripada tugasan yang diberi.

    7. Menyenaraikan sumber rujukan /bibliografi.

    v

    3

  • PENDAHULUAN

    Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

    terpenting di dalam bahasa, turut dikenali sebagai bidang fonetik. Bidang fonetik

    mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat (the study of speech

    as a universal human phenomenon) sementara bidang fonologi mengkaji system

    bunyi-bunyi yang tertentu (selected speech sound) dalam petuturan, khusus bagi

    sesuatu bahasa.

    Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang

    fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi

    pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang

    dinyatakan, bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena

    bunyi bahasa manusia sejagat, maka pada teori dan praktiknya, bidang ini

    mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya, dan aspek

    pendengarannya.

    Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik auditori, fonetik akustik

    dan fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana

    bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan.Bunyi-bunyi itu terhasil

    daripada udara yang keluar daripada paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk

    paru-paru semasa seseoran itu bernafas) kemudian lalu pada pta suara yang

    boleh menentukan keadaan bunyi itu sama ada nyaring,kuat,perlahan atau

    sebagainya ,kemudia udara itu keluar melalui rongga,iaitu ronga tekak,rongga

    mulut atau rongga hidung untuk mewujudkan gema.

    4

  • ALAT-ALAT ARTIKULASI

    Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan

    untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi

    dapat dilihat seperti yang berikut :

    ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA

    FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI

    1. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan

    bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah,

    tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan

    lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam

    penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.

    1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah3. Gigi atas 13. Akar lidah4. Gigi bawah 14. Epiglotis5. Gusi 15. Pita suara6. Lelangit keras 16. Rongga tekak7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung8. Anak tekak 18. Rongga mulut9. Hujung lidah 19. Rahang10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

    5

  • Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan

    ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini

    membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi

    dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

    2. Gigi Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa

    tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan

    kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan

    bunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.

    3. Bibir Atas dan Bibir Bawah Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga

    mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan

    dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.

    Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir

    (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,

    untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya

    keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir

    menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara

    yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,

    udara disekat di bibir.

    4. Gusi Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras.

    Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.

    Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam

    penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan

    bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

    5. Lelangit

    6

  • Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan

    lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke

    akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian

    hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka

    saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut

    akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila

    diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga

    hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada

    bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut

    diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi

    yang keluar bukanlah bunyi sengau.

    6. Tulang rahang Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama

    kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang

    ditutup.

    7. Anak tekak

    Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit

    lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit

    lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak

    dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh

    digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.

    8. Rongga Hidung

    7

  • Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga

    hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak

    tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

    9. Pita Suara

    Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting

    dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang

    dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang

    boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis.

    Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau

    tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas.

    Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara

    boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis

    terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-

    paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi

    letupan pita suara.

    Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang,

    maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,

    bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita

    suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,

    misalnya [s].

    8

  • BUNYI

    Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua

    belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, menuju ke rongga tekak dan

    akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara itu

    melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan

    atau sekatan atau juga mungkin tidak. Jadi, udara yang keluar itu akan mengenai

    bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

    Bunyi-bunyi bahasa Melayu dikelas kepada tiga golongan

    Vokal

    Vokal adalah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya,

    udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut

    tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

    9

    1. Vokal 2. Diftong 3. Konsonan

  • Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan

    dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada

    bunyi-bunyi konsonan.

    Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu:

    Lambang fonetik Contoh perkataan Nota[a] apa, nanah, ada [] ela, elak, sate [i] syiling, pita, sari

    [e] ketul, emak, emas Tidak terdapat di hujung perkataan[o] orang, otak, logo [u] ujar, hutan, laku

    Bunyi Vokal

    Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak

    mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh

    lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri.

    Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

    Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu

    10

  • PENGHASILAN BUNYI VOKAL

    VOKAL HADAPAN

    Vokal Hada pan Sempit (i)

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan hingga hampir

    menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit

    lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui

    rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau

    himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam

    keadaan terhampat. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat

    menggetarkan selaput udara.

    Contoh:

    [ikan] [lari] [kiri] [tilik] [lihat] [topi]

    Vokal Hadapan Separuh Sempit (e)

    Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [i ] tadi, iaitu kira-

    kira 1/3 daripada kedudukanya semasa menghasilkan vokal depan sempit [i] dan

    lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru.Bibir dihampar dan glottis

    dirapatkan.Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan

    pita suara bergetar.

    Contoh:

    [kole] [tauge] [bendi] [elak] [ekar] [segak]

    Vokal Hada pan Separuh Luas [ ]

    Untuk menghasilkan vokal depan separuh luas [e], hujung diturunkan kira-kira

    2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit (i) dan udara

    tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glotis diratkan.

    11

  • Seterusnya, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan

    pita suara bergetar.Vokal ini hadir dalam beberapa dialek.

    Contoh:

    [blot] [blon] [tauk [glk] [gsk] [grk]

    Vokal Hadapan Luas (a)

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal depan luas (a), bahagian depan lidah

    diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke

    belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain

    adalah sama seperti menghasilkan vokal (i) dan (e).

    Contoh:

    [apa] [pandai] [landai] [anting] [siapa]

    VOKAL BELAKANG

    Vokal Belakang Sempit (u)

    Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin,

    tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis

    dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru

    dan pita suara bergetar

    Contoh:

    [ubat] [ulat] [undang] [udang] [ulang] [ular]

    Vokal Belakang Separuh Sempit ( o )

    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang

    paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara

    dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.

    Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

    12

  • Contoh:

    [obor] [solo] [polo] [toko] [orang] [boleh]

    Vokal Belakang Separ uh Luas

    Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh

    sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Lidah tidak menyekat arus udara dari

    paru-paru. Glotis dirapatkan dan lelangit lembut di naikkan. Udara di tekan keluar

    dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan

    bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal (o), misalnya (oleh). Vokal ini tidak

    terdapat dalam bahasa Melayu.

    VOKAL TENGAH

    Vokal Tengah Pendek []

    Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan

    lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga

    hidup, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara

    dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar.

    Contoh:

    [mpat] [ppt] [knduri] [prahu] [tmpat]

    ( Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah suku kata sahaja)

    Vokal Tengah Panjang Vokal ini hampir-hampir sama dengan vokal tengah pendek hanya ia lebih

    rendah dan dari segi bunyi ia lebih tegas dan panjang. Cara

    menyembunyikannya ialah, tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaannya

    semasa menghasilkan vokal separuh sempit, lelangit lembut dan anak tekak

    dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya bunyi

    13

  • yang keluar itu bersuara. Umumnya vokal ini hanya terdapat pada akhir

    perkataan.

    Contoh:

    [dia] [kereta] [saja] [manja]

    14

  • REFLEKSI

    Pertama sekali kami sangat bersukur kerana dapat kami menyiapkan tugasan

    ini dengan jayanya. Apa yang dapat kami gambarkan semasa menerima tugasan

    ini ialah halangan-halangan yang terpaksa kami hadapi sama ada dari segi

    kewangan,masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada ole

    para pensyarah Bahasa Melayu, kami dapat memahami serta memudahkan

    kami merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

    Sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini,kami dapati bahawa

    setiap yang kami pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.Sebagai

    contoh, sebelum ini kami kurang memahami tentang fonologi. Namun begitu

    setelah kami mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara

    tersebut bagi tugasan ini, kami dapat memahami subjek ini dengan lebih

    mendalam.

    Kami dapat memahami bahawa fonologi ini merupakan sesuatu yang indah

    unuk dipelajari sebagai seorang manusia yang dicipta oleh ALLAH s.w.t di muka

    bumi ini. Hal ini mengajar kami supaya lebih menghargai setiap satu kelebihan

    serta kelemahan kami.

    Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini kami terpaksa

    berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, kami

    tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras kami dapat juga kami menyiapkan

    tugasan ini. Apa yang paling membuat kami teruja apabla kami dapat

    mengetahui pelbagai bunyibunyi bahasa yang indah yang selama ini kami

    langsung tidak mengetahui.

    15

  • Akhir kata, kami begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga kami

    siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa

    kami hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

    16

  • BIBLIOGRAFI

    Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006), Fonetik dan Fonologi, PTS

    Professional Publishing Sdn Bhd

    Lubis, A. Hamid Hasan. 1994. Glosarium Bahasa dan Sastra. Bandung:

    Penerbit Angkasa

    Nor Hashimah Jalaludin (2000) Asas Fonetik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kuala Lumpur

    Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS

    Professional Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur)

    Anonim. 2007, Sistem Fonologi.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu.html

    Anonim. 2007. Bunyi Bahasa Melayu.

    http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.html

    17