18.nur syazwina

Upload: ustaz-cool

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    1/19

    236

    KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA TEKS ARAB

    MELALUI KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN

    DAN KAEDAH LATIH TUBI

    Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani,

    Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon

    [email protected]

    Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam,

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abstrak: Kemahiran membaca atau sinonim disebut Maharat al-Qiraah dalam bahasa Arab

    merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar dan

    bagi sesiapa sahaja yang berminat mempelajari bahasa Arab, sebagaimana bahasa Inggeris

    dan bahasa asing atau bahasa kedua yang lain. Akan tetapi, membaca teks Arab tidaklah sama

    dengan membaca teks bahasa Melayu kerana dalam membaca teks berbahasa Melayu

    perkataan dibunyikan berdasarkan kepada ejaan suku kata, berbanding dengan teks bahasa

    Arab yang memerlukan pelajar mengetahui, memahami dan menguasai nahu dan sarf terlebih

    dahulu. Di sinilah kelemahan dan masalah utama yang dihadapi pelajar, iaitu mereka tidak

    mampu mempraktikkan kefahaman nahu dan sarf yang dimiliki ketika membaca teks bahasa

    Arab ditambah lagi dengan tidak memahami maksud perkataan kerana kurangnyaperbendaharaan kata bahasa Arab. Oleh yang demikian itu, satu kajian melibatkan 44 orang

    respon yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil subjek Maharat al-Qiraah di

    Fakulti Pengajian Islam, UKM telah dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran asas

    membaca teks Arab melalui pendekatan membaca Al-Quran dan latih tubi. Kajian ini

    dijalankan bertujuan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah-kaedah nahu dan sarf

    yang terdapat pada ayat-ayat Al-Quran. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran

    pengukuhan membaca Kosa Kata Nama selepas al-jarrdan al-zarf wa mudaf ilayh dalam Al-Quran. Kebiasaannya pelajar hanya membaca Al-Quran tanpa menghiraukan mengapa ia

    perlu dibaca dengan baris al-fathah, al-dammah, al-kasrah dan al-sukun. Kajian ini cubauntuk menarik minat dan perhatian pelajar agar melihat dan mengenal pasti tanda bacaan

    setiap ayat Al-Quran yang dibaca berdasarkan kefahaman yang dimiliki dan seterusnyamengaplikasikannya untuk membaca teks bahasa Arab dengan bacaan yang betul. Susulan

    kajian adalah pelaksanaan latihan latih tubi bertujuan memantapkan penguasaan pelajar

    membaca teks bahasa Arab dengan baris yang betul.

    PENGENALAN

    Kajian ini merupakan rumusan kepada kajian tindakan yang bertajuk Pengukuhan membaca

    kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dalam teks Arab melalui bacaan Al-Quran.

    Kajian ini dilakukan ke atas lima kumpulan pelajar yang dipilih daripada pelajar Maharat al-

    Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12)

    disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani

    @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail Unit Bahasa

    Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-967-

    5478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    2/19

    237

    Qiraah. Lima kumpulan ini dijadikan sebagai kumpulan rawatan bagi lima orang guru bahasa

    yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan sampel pelajar seramai 44 orang dan bilangan guru

    seramai lima orang. Rasional kajian tindakan ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji

    terhadap kelemahan dan kegagalan pelajar membaca teks Arab dengan baris yang betul.

    Kesalahan yang begitu ketara dikesan apabila sebahagian besar pelajar masih tidak dapat

    membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dengan betul sedangkan pengetahuan

    mengenai al-jarr dan al-zarf dan fungsi kedua-duanya sudah ada sejak mereka berada di

    peringkat sekolah menengah lagi. Sehubungan itu, pengkaji telah mengambil langkah

    menjalankan pengumpulan data melalui temu bual dan pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca

    bagi mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar mengenai perkara ini dan mengenal pasti tahap

    kemahiran mereka menggunakan pengetahuan yang sedia ada ketika membaca teks Arab.

    Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti adakah kemahiran asas membaca teks

    Arab dapat ditingkatkan melalui kemahiran membaca Al-Quran dan kaedah latih tubi.

    Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran yang

    memuaskan dalam kalangan pelajar setelah kemahiran membaca Al-Quran dan kaedah latih

    tubi dilaksanakan selama lima minggu. Pengkaji juga mendapati bahawa langkah

    menekankan kemahiran asas membaca teks Arab dengan pengukuhan membaca kosa kata

    nama selepas al-jarr dan al-zarf perlu didahulukan sebelum menekankan pembacaan yang

    betul pada kosa kata nama yang lain seperti mubtada, khabar dan sebagainya. Hal ini

    disebabkan kosa kata nama selepas al-jarrdan al-zarfdapat dikenali melalui kehadiran al-

    jarr dan al-zarf dalam ayat berbanding kosa kata nama yang lain hanya dikenali melalui

    makna dan tanda-tanda yang pelbagai.

    MATLAMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MAHARAT AL-QIRAAH

    Kursus ini bertujuan membimbing pelajar memahami kemahiran membaca melalui teks-teks

    pilihan dengan penekanan kepada kemahiran membariskan petikan, al-Qiraah al-Samitah, al-Qiraah al-Jahriyah, latihan lisan dan kaedah Imla wa al-tarqim. Kemahiran membaca ini

    disokong oleh kemahiran bahasa dan nahu dengan penekanan kepadaNahu al-wazifi.

    REFLEKSI ISU KAJIAN / PERMASALAHAN KAJIAN

    Tinjauan awal melalui pemerhatian mendapati bahawa kebanyakan pelajar masih salah ketika

    membaca kosa kata selepas al-jarrdan al-zarf. Kesalahan yang begitu ketara dikesan apabila

    sebahagian besar pelajar masih tidak dapat membaca kosa kata nama selepas al-jarrdan al-

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    3/19

    238

    zarf dengan betul sedangkan pengetahuan mengenai al-jarr dan al-zarf dan fungsi kedua-

    duanya sudah ada sejak mereka berada di peringkat sekolah menengah lagi. Sehubungan itu,

    pengkaji cuba mengetengahkan satu kaedah pembacaan kosa kata nama selepas al-jarrdan

    al-zarf yang betul, iaitu melalui kemahiran membaca Al-Quran dan menjalankan kaedah

    latih tubi menggunakan syahid Al-Quran bagi membantu pelajar meningkatkan tahap

    penguasaan pembacaan dan pengetahuan terhadap al-jarrdan al-zarfwa mudaf Ilayh. Dari

    segi perancangan pelaksanaan kaedah ini, satu bengkel khusus, iaitu Bengkel Kemahiran

    Asas Membaca Teks Arab telah dijalankan pada 26 Oktober 2011 bagi memperkenalkan Al-

    Quran sebagai dalil utama ke arah pengukuhan membaca kosa kata nama selepas al-jarrdan

    al-zarf. Dalam konteks ini, pengajar memainkan peranan sebagai moderator dalam melatih

    dan menjalankan beberapa permainan sepanjang bengkel berlangsung. Di samping itu juga,

    pemantauan berterusan dijalankan selepas berakhirnya bengkel untuk melihat sejauh

    manakah responden mampu mempraktikkan kemahiran mengenal tanda bacaan kosa kata

    nama yang betul selepas al-jarrdan al-zarfmelalui latih tubi yang dijalankan di dalam kelas

    berasingan yang dikendalikan oleh 5 orang tenaga pengajar mengikut set masing-masing.

    KAJIAN LITERATUR

    Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi

    keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta

    membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia sebenarnya

    sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba

    menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang

    berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah

    tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam

    pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).

    Penggunaan Al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu bahasa Arab terutama Nahu

    (grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang utama oleh ahli-ahli nahu sejak zaman

    berzaman. Bermula daripada Abu Aswad al-Duali yang telah menyahut seruan Saidina Ali

    K.W dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan

    daripada segi nahu) dalam pembacaan Al-Quran. Sibaweih (180H) dalam bukunya al-kitab

    juga menggunakan dalil ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu.

    Penggunaan dalil daripada ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu

    dipanggil dengan istilah syahid Al-Quran. Syahid Al-Quran yang pertama digunakan oleh

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    4/19

    239

    Sibawayh di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk

    pertama tentang ilmu nahu.

    Safiah (1979) menegaskan minat membaca di kalangan pelajar berkait rapat dengan

    faktor pencapaian. Membaca teks memerlukan cabaran-cabaran intelektual yang berbeza.

    Dweck (1975) dalam kajiannya membuktikan students attributions of failure to lack of

    effort rather than to luck, ability or other variables may alleviate learned helplessness.

    Pelajar perlu sedar kekurangan usaha pada dirinya supaya dia dapat memperbaiki kelemahan

    pada dirinya dalam proses pembelajaran.

    Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera

    berbentuk rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera.

    Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar pelajar boleh digalakkan membaca

    dengan adanya sedikit cenderahati dan menyeru pihak penerbit atau pengarang menghasilkan

    buku-buku sastera dalam bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar. Kajian Kathy

    (1994) juga menggunakan teknik baca kuat untuk menggalakkan pelajar membaca dan buku

    percuma diberikan kepada pelajar yang terlibat. Buku-buku bentuk rekreasi perlu

    ditambahkan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar. Dalam memupuk

    minat membaca di kalangan pelajar, seharusnya ada galakan berbentuk motivasi intrinsik atau

    motivasi ekstrinsik daripada pihak ibu bapa atau guru. Melalui kajian yang dijalankan ini,

    dikenal pasti bahawa pelajar menunjukkan kecenderungan dan minat untuk membaca bahan-

    bahan bacaan berbentuk rekreasi dan dengan galakkan dan motivasi yang berterusan daripada

    ibu bapa dan guru-guru.

    Ina Sue (1994) menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3 dengan tujuan

    memupuk keseronokan membaca di kalangan murid dan murid memilih untuk membaca

    apabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan masa untuk membaca. Dapatan kajian

    ini menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah mendapat galakan

    daripada ibu bapa dan guru. Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM yang

    mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman

    belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan

    emosi dan daya penghargaan. Alat bantu mengajar yang digunakan melibatkan penggunaan

    deria pelajar seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan

    semua deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah

    pelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya.

    Penggunaan ABM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    5/19

    240

    menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Alat bantu mengajar bukan sahaja membantu

    menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan afektif pelajar.

    Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson (1971), Charles

    (1972).

    Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan

    minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan

    lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan

    menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang

    melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi pengajaran bahasa melalui media elektronik,

    pengisian komputer, grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar

    terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru perlu kreatif dan inovatif serta

    menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan

    semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri

    (1985). Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru

    perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap

    pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. ABM dapat membentuk daya

    pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.

    Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu

    membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang

    dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses

    pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat

    membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat,

    memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan cita-

    cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

    Pendidikan bahasa Arab merupakan salah satu cabang pendidikan yang turut

    sama penting dengan pendidikan lain. Dalam buku-buku pedagogi yang boleh didapati

    di perpustakaan pendidikan, sama ada yang ditulis oleh penulis tempatan atau penulis luar,

    kebanyakannya merujuk kepada buku-buku dari Barat. Oleh sebab itulah, kaedah yang

    digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran masih kekal namanya yang asal

    walaupun bentuk ejaannya telah dimelayukan. Antara kaedah tersebut seperti kaedah

    induktif, deduktif, socrates, praktis, inkuiri penemuan, simulasi, demonstrasi dan sebagainya.

    Selain daripada itu ada kaedah lain yang lebih umum serta sebutannya berorientasikan

    tempatan seperti kaedah bercerita, kaedah kuliah atau syarahan, perbincangan, perbandingan,

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    6/19

    241

    latih tubi, hafalan, soal jawab, sosiodrama, main peranan, penyelesaian masalah, sumbang

    saran dan sebagainya. Sebahagian penulis menamakan ini sebagai teknik (Mok, 1992). Walau

    bagaimanapun, kita memahami bahawa ini adalah satu cara pengajaran. Cara atau kaedah ini

    digunakan pada keadaan-keadaan tertentu mengikut kesesuaian dan kehendak tajuk yang

    diajar serta guru yang mengajar. Kaedah ini boleh dikatakan kaedah umum kerana hampir

    semua mata pelajaran di sekolah boleh mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Dalam pengajaran Bahasa Arab, khasnya nahu (tatabahasa), ada beberapa kaedah lain

    yang sesuai iaitu kaedah tematik (tariqah al-mawduciyah), kaedah mengeja (tariqah al-

    imlaiyah), kaedah soal jawab (tariqah al-munazarah), kaedah latih tubi (tariqah al-

    mulazamah), kaedah perbandingan (tariqah al-qiyasiyah), dan kaedah Induktif. Keperluan

    kepada kaedah-kaedah yang betul tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu sistem

    pembelajaran yang ideal. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik

    bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, beberapa aspek

    penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan

    pengajaran bahasa Arab.

    Kaedah latih tubi (tariqah al-mulazamah) adalah bersesuaian dengan bentuk

    pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang

    diperlajari, disebut atau ditulis. Di dalam Islam, kaedah ini adalah antara bentuk pengajaran

    yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan

    mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.

    Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini.

    Ia amat baik terutamanya bagi tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran

    membaca. Kaedah pembelajaran Al-Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah

    ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping

    mengukuhkan penguasaan tajwid dan dalam konteks bahasa Arab ia penting dalam

    menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

    Kaedah Induktif adalah kaedah yang berlawanan dengan kaedah perbandingan.

    Melalui kaedah ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta

    penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.

    Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri

    sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini

    banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa dan berlatih membina

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    7/19

    242

    kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini

    turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh

    yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan

    contoh.

    Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang amat penting untuk dikuasai oleh

    seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain sepanjang

    masa, oleh itu melalui bacaan sahaja, kita dapat memahami mesej yang disampaikan oleh

    orang lain. Bacaan boleh diertikan secara luas dan tidak hanya terhad kepada maksud

    membunyikan tulisan atau barking at words semata-mata. Membaca secara senyap dengan

    memberi penekanan kepada memahami apa yang dibaca adalah sangat penting. Sebagaimana

    yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan

    dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walau

    bagaimanapun, beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran

    khususnya yang berkaitan dengan bahasa Arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang

    terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan

    Islam misalnya, pencapaian seseorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan

    menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja,

    sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran

    mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang

    pelajar.

    Tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa Arab yang amat

    berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam. Aspek sejarah metodologi pengajaran dan

    penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang diguna

    pakai oleh para ulama salaf tidak relevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara

    saksama dan jujur. Begitu juga dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi

    dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab sama ada di peringkat awal,

    pertengahan mahupun di peringkat tinggi. Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden

    serta susun atur fizikal sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas

    dengan jelas.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif dijalankan kajian adalah untuk :

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    8/19

    243

    1. Memperkenalkan kemahiran asas membaca teks Arab kepada pelajar Maharat al-Qiraah.

    2. Menanamkan rasa cinta dan suka membaca bahan bacaan dalam bahasa Arab dikalangan pelajar.

    3. Mengenal pasti sebab kelemahan pelajar dalam meletakkan baris kosa kata namaterakhir selepas al-jarrdan al-zarf.

    4. Menambah keprihatinan pelajar terhadap baris akhir kosa kata nama atau perkataanselepas al-jarrdan al-zarfketika membaca teks Arab.

    5. Menjadikan syahid Al-Quran dan kemahiran asas membaca Al-Quran sebagailatihan pengukuhan membaca kosa kata nama selepas al-jarrdan al-zarf.

    6. Memperkenalkan kaedah latih-tubi bagi mengukuhkan kemahiran membaca pelajar.

    KUMPULAN SASARAN KAJIAN

    Kumpulan kawalan yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil subjek PPPY 1112

    Maharat al-Qiraah (Kemahiran Membaca) bagi pengajian semester 1 sesi 2011/2012 di

    Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    INSTRUMEN KAJIAN TINDAKAN

    Instrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

    Kandungan dalam ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :

    Jadual 1: Kandungan soalan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Bahagian Kandungan

    A Maklumat responden

    B Pengetahuan tentang al-jarr wa al-majrurdan al-zarf wa mudaf ilayh :

    1. Mengenal partikel al-jarr2. Mengenal partikel al-zarf3. Fungsi al-jarr dan al-zarf (al-majrur bi al-kasrah, al-yadan al-

    fathah)

    4. Kategori kosa kata nama selepas hurufal-jarrdan al-zarf, iaitu: ismmufrad, ism muthanna, jamc al-taksir, jamc muannath al-salim, jamc

    muzakkar al-salim, mamnuc min al-sarf.

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    9/19

    244

    5. Pilihan kosa kata yang betul dalam ayatC Kemahiran MembacaIsim MajrurdanMudaf Ilayh

    1. Mengenal kosa kata selepas al-jarrdalam ayat Al-Quran2. Mengenal kosa kata selepas al-zarfdalam ayat Al-Quran3. Mengeluarkan huruf al-jarr, ism majrur dan tanda majrur dalam

    ayat Al-Quran

    4. Baris kosa kata selepas al-jarrdan al-zarfdalam ayat5. Baris kosa kata selepas al-jarrdan al-zarfdalamperenggan.

    LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN

    Langkah-langkah kajian dijalankan selama lima minggu bermula pada 26 Oktober 2011 iaitu

    dengan mengadakan bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab hingga ke pelaksanaan

    latih tubi yang dijalankan di dalam kelas semasa sesi pengajaran oleh tenaga pengajar yang

    terlibat sepanjang 5 minggu yang berikutnya iaitu daripada 2 November hingga 14 Disember

    2011. Penerangan awal dibuat dalam bengkel Kemahiran asas membaca teks Arab dan diikuti

    dengan kaedah latih tubi. Penerangan lanjut berkaitan pelaksanaan kajian adalah seperti

    berikut :

    1. Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks ArabSelepas ujian, ketua projek UKM-PTS-2011-108 memberi taklimat berkaitan al-jarrdan al-

    zarf, fungsi kedua-dua partikel dan cara membaca kosa kata selepas kedua-dua partikel ini.

    Dalam taklimat ini, contoh-contoh daripada ayat-ayat Al-Quran digunakan bagi

    memudahkan pelajar mengenal baris yang betul. Para pelajar juga diajar tentang tanda-tanda

    al-jarr. Terdapat tiga tanda al-jarr, iaitu: al-kasrah, al-yadan al-fathah. Kemudian, mereka

    diperkenalkan dengan kategori kosa kata nama yang majrurdengan al-kasrah, al-yadan al-

    fathah.. Selepas itu, para peserta diminta membaca satu surah dari Al-Quran dan mereka

    diminta memerhatikan kosa kata nama yang terletak selepas hurufal-jarrdan al-zarfdalam

    surah tersebut. Selepas itu, mereka diminta mengeluarkan kosa kata nama tersebut dan

    mengenalpasti samada ia adalah kata nama mufrad, muthanna,jamc al-taksir, jamc muannath

    al-salim, jamc muzakkar al-salim, al-asma al-khamsah atau mamnuc min al-sarf.. Hasil

    bengkel yang dijalankan menunjukkan bahawa para pelajar mengalami peningkatan dalam

    kemahiran membaca kosa kata nama selepas hurufal-jarr dan al-zarf.

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    10/19

    245

    2. Ujian Pra dan PascaSelepas Pendaftaran, para peserta diberi satu ujian yang mengandungi soalan-soalan

    berkaitan al-jarrdan al-zarf, fungsi kedua-dua partikel ini serta kemahiran meletakkan baris

    pada kosa kata selepas al-jarr dan al-zarf. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap

    pengetahuan sedia ada para pelajar tentang al-jarr dan al-zarf serta mengetahui tahap

    kemahiran mereka menggunakan kemahiran tersebut ketika membaca teks Arab. Kandungan

    soalan dalam ujian ini boleh dilihat dalam jadual berikut:

    Jadual 2 : Soalan Ujian Pra dan Pasca

    Bil. Soalan Tajuk

    Bahagian A

    Soalan 1 - 10

    Tahap Pengetahuan :

    Maklumat berkaitan hurufal-jarrdan al-zarf. Fungsi hurufal-jarrdan al-zarf. Tanda kosa kata nama al-majrurat: al-kasrah, al-ya dan al-

    fathah.

    Kategori kosa kata nama al-majrurat: Kata tunggal (mufrad), Kata duaan (muthanna), katajamc (jamc

    al-taksir, jamc

    muannath al-salim, jamc

    muzakkar al-salim), al-

    asma al-khamsah dan mamnuc min al-sarf.

    Bahagian B

    Soalan 11-15

    Tahap Kemahiran :

    Mengeluarkan kosa kata nama al-majrurat dalam ayat Al-Quran.

    Mengeluarkan kosa kata nama al-majrurat dalam ayat danperenggan.

    Membariskan kosa kata nama selepas hurufal-jarrdan al-zarf.dalam ayat dan perenggan.

    Untuk membuat penilaian dan perbincangan terhadap dapatan kajian, pengkaji

    mengkategorikan penilaian ujian pra dan ujian pasca kepada empat kategori berdasarkan

    purata peratus keseluruhan bagi setiap bahagian soalan. Jadual 2 menunjukkan penilaian bagi

    markah ujian pra dan pasca.

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    11/19

    246

    Jadual 3 : Penilaian bagi markah Ujian Pra dan Pasca

    Markah Penilaian

    81100 Sangat Baik

    6180 Baik

    4160 Sederhana

    0140 Lemah

    3.Pertandingan Teka Silang KataUntuk memantapkan lagi maklumat pelajar, pada penghujung bengkel diadakan pertandingan

    teka silang kata. Para pelajar dibahagikan kepada sebelas kumpulan dan setiap kumpulan

    diberikan kertas soalan beserta maklumat untuk menyusun silang kata dalam kertas yang

    telah tersedia ruangan untuk mengisi teka silang kata tersebut. Terdapat enam kumpulan yang

    mendapat markah penuh iaitu 22/22, satu kumpulan mendapat 21/22, dua kumpulan

    mendapat 18/22, satu kumpulan mendapat 16/22 dan satu kumpulan mendapat 7/22.

    Keseluruhan permainan ini memperlihatkan bilangan kumpulan yang mendapat markah

    tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan kumpulan yang mendapat markah rendah.

    4. Kaedah latih tubiKaedah latih tubi dijalankan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran bagi subjek Maharat al-

    Qiraah. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada penilaian dan latihan berterusan ke arah

    memantapkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca kosa kata nama selepas

    hurufal-jarrdan al-zarfdengan baris yang betul. Aktiviti ini dikendalikan oleh lima orang

    tenaga pengajar yang bertindak sebagai fasilitator dalam kelas masing-masing. Para pelajar

    dibekalkan dengan teks bahasa Arab yang tidak berbaris dan mereka dikehendaki membaca

    teks mengikut arahan guru masing-masing. Penekanan diberi kepada sebutan baris akhir bagi

    kosa kata nama selepas hurufal-jarrdan al-zarfyang betul.

    Latih tubi ini dilaksanakan secara berterusan selama lima minggu selepas pelajar

    mendapat pendedahan awal berkaitan hurufal-jarrdan al-zarfserta fungsinya dalam bengkel

    khusus yang telah diadakan sebelum ini berkaitan kemahiran asas membaca teks Arab. Hasil

    latih tubi yang dijalankan menunjukkan peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran

    pelajar mengenal pasti tanda bacaan yang betul adalah bertambah baik. Para pelajar dilihat

    lebih peka dan prihatin ketika membaca teks bahasa Arab serta meletakkan tanda bacaan

    yang sesuai dan betul. Hal ini memperlihatkan keupayaan dan penguasaan mereka mengenal

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    12/19

    247

    pasti tanda bacaan bagi kosa kata nama selepas hurufal-jarrdan al-zarfsebagaimana mereka

    mampu membaca Al-Quran dengan baris yang betul.

    PENGUMPULAN DATA

    Dari aspek pengumpulan data pula, instrumen-instrumen kajian iaitu Ujian Pra dan Ujian

    Pasca dijalankan pada tempoh yang ditetapkan, dan soalan Pra dan Pasca juga adalah sama

    bagi menilai tahap penguasaan kemahiran mengenal tanda bacaan kosa kata nama yang betul

    selepas al-jarr dan al-zarf. Ujian Pra dijalankan sebelum bermulanya bengkel Kemahiran

    Asas Membaca Teks Arab bertujuan untuk melihat sejauh manakah pengetahuan dan

    kemampuan pelajar mengenal pasti, membaca dan membariskan dengan betul kosa kata nama

    selepas hurufal-jarrdan al-zarf. Manakala, Ujian Pasca dijalankan selepas minggu kelima,

    iaitu setelah selesai aktiviti latih tubi dijalankan bertujuan melihat sejauh manakah tahap

    pengetahuan dan kemahiran pelajar meningkat dan mampu mengaplikasikan kefahaman,

    pengetahuan yang digarap hasil daripada latih tubi berterusan yang dilakukan di dalam kelas.

    Berikut dilampirkan analisis dan interpretasi ujian pra dan pasca yang diperoleh.

    1. Analisis Ujian Pra dan Ujian PascaJadual 4: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Ujian PascaUjian PraJulatMarkah

    Penilaian

    %Kekerapan%Kekerapan

    25112.3180-100Cemerlang70.53140.91860-79Baik4.5245.52040-59Sederhana0.0011.450-39Lemah

    Data dalam jadual 1 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam ujian pra dan

    ujian pasca. Penilaian dibahagikan kepada empat kategori, iaitu cemerlang, baik, sederhana

    dan cemerlang. Dapatan ujian pasca menunjukkan seramai 11 orang pelajar berjaya mendapat

    cemerlang berbanding ketika ujian pra, hanya seorang pelajar sahaja mendapat cemerlang.

    Pelajar yang mendapat markah pencapaian baik juga meningkat daripada hanya 18 orang

    pelajar dalam ujian pra meningkat kepada 31 orang dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca,

    terdapat 20 orang pelajar mendapat markah pencapaian sederhana, manakala 5 orang pelajar

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    13/19

    248

    lagi hanya mendapat markah pencapaian lemah. Dalam ujian pasca, terdapat dua orang

    pelajar mendapat markah pencapaian sederhana, manakala dalam kategori pencapaian lemah,

    tiada lagi pelajar yang masih berada dalam kategori ini.

    Jadual 5: Kekerapan dan Peratus Peningkatan

    Bil Perkara Julat Markah Bil Responden Peratus

    1. Peningkatan Tinggi 51% dan ke atas 1 2.3

    2. Peningkatan Sederhana 21%-50% 18 40.9

    3. Peningkatan Rendah 1%-20% 22 50

    4. Tiada Peningkatan 0% 2 4.5

    Hasil dapatan dalam jadual di atas menunjukkan bahawa seorang pelajar mengalami

    peningkatan markah yang tinggi, iaitu lebih 51% dalam ujian pasca berbanding markah yang

    diperolehnya dalam ujian pra. Seramai 18 orang pelajar (40.9%) pula menunjukkan

    peningkatan sederhana dengan julat markah 21%-50%. Terdapat 22 orang pelajar (50%)

    hanya menunjukkan peningkatan yang rendah dengan julat 1%-20%. Bagaimanapun, terdapat

    juga 2 orang pelajar (4.5%) yang tidak menunjukkan apa-apa peningkatan.

    Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa kemahiran membaca Al-Quran dan

    kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran asas membaca teks Arab dalam

    kalangan pelajar walaupun 50% daripada bilangan respondan hanya mengalami peningkatan

    yang rendah.

    2. Analisis temu bualSeramai 5 orang guru yang menjadi fasilitator telah ditemu bual. Semuanya bersetuju bahawa

    kaedah ini jika dilaksanakan dengan lebih sistematik dan terancang mampu meningkatkan

    tahap kemahiran pelajar membaca teks Arab dengan baik dan betul. Seramai 5 orang pelajar

    telah ditemu bual. Secara keseluruhan, semua respondan juga bersetuju bahawa kaedah latih

    tubi membantu meningkatkan kepekaan pelajar ketika membaca teks Arab. Mereka lebih

    berhati-hati ketika membaca teks terutama ketika bertemu dengan partikel atau perkataan

    yang mempunyai fungsi yang boleh mengubah baris akhir kosa kata selepasnya seperti huruf

    jarr, huruf inna, kana dan sebagainya. Kaedah ini dapat meningkatkan tahap keyakinan

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    14/19

    249

    mereka ketika membaca teks Arab. Responden juga meminta agar kaedah ini diteruskan bagi

    kemahiran membaca kosa kata nama yang terletak selepas partikel lain seperti partikel inna

    dan kata setugasnya, kana dan kata setugasnya, begitu juga kosa kata kerja yang terletak

    selepas hurufnasb danjazm.

    3. Analisis Keberkesanan Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks ArabSetelah selesai dijalankan bengkel dan latihan latih tubi kemahiran membaca kosa kata nama

    selepas hurufal-jarrdan al-zarf, borang soal selidik penilaian diedarkan kepada para pelajar

    bertujuan mendapatkan respon mereka terhadap keberkesanan pelaksanaan aktiviti di dalam

    bengkel dan sejauh manakah aktiviti sebegini mampu untuk meningkatkan pengetahuan dan

    kemampuan pelajar untuk membaca dan membariskan teks bahasa Arab dengan betul

    khususnya berkaitan al-jarr dan al-zarf wa mudaf ilayh dengan menggunakan syahid Al-

    Quran atau ayat-ayat Al-Quran sebagai contoh terhampir. Melalui respon pelajar ini,

    banyak penambahbaikan dapat dibuat bagi menjamin mutu pengajaran berkesan dapat

    diwujudkan di dalam kelas. Berikut dilampirkan item-item soalan dan analisis penilaian

    pelajar sebelum dan selepas mengikuti Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab yang

    diperoleh.

    Item Soalan Penilaian Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab

    Soalan 1 : Tahap pengetahuan yang dimiliki oleh peserta tentang kemahiran asas

    membaca teks Arab.

    Soalan 3 : Kemahiran menggunakan pengetahuan sedia ada ketika membaca.

    Soalan 4 : Kemahiran mengenal tanda asas tatabahasa dalam ayat Al-Quran.

    Soalan 7 & 8 : Aktiviti dalam kursus dan bengkel.

    Soalan 10 : Latih tubi membaca teks Arab.

    Jadual 6: Analisis Penilaian Peserta Sebelum Bengkel

    No. Soalan 1 3 4 7 & 8 10

    Memuaskan 0 1 2 24 15

    Tidak Memuaskan 31 30 29 7 16

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    15/19

    250

    Rajah 1: Analisis Penilaian Peserta Sebelum Bengkel Kemahiran Asas

    Membaca Teks Arab dan Latih Tubi

    Rajah 1 menunjukkan keputusan analisis daripada penilaian peserta sebelum bengkel

    Kemahiran Asas Membaca Teks Arab:

    o Tahap pengetahuan yang dimiliki oleh peserta berkaitan kemahiran asas membacateks Arab adalah tidak memuaskan.

    o Kemahiran menggunakan pengetahuan sedia ada ketika membaca teks Arab jugatidak memuaskan kerana daripada 31 orang pelajar, hanya seorang pelajar sahaja yang

    berkemahiran menggunakan pengetahuan yang sedia ada ketika membaca teks Arab.

    o Kemahiran mengenal tanda asas tatabahasa dalam ayat al-Quran di kalangan pesertabengkel juga tidak memuaskan dengan sebanyak 29 orang peserta yang mengalami

    masalah ini.

    o Namun, seramai 24 orang peserta menunjukkan rasa berpuas hati dan berminatmenyertai sebelum diadakan aktiviti dalam kursus dan bengkel.

    o Seramai 15 orang mengatakan bahawa mereka mengadakan latih tubi membaca teksArab sebelumnya, berbanding 16 orang yang mengatakan bahawa mereka jarang-

    jarang mengadakan latih tubi membaca teks Arab.

    Daripada keseluruhan analisis, menunjukkan bahawa para peserta sebelum menyertai

    bengkel, prestasi dan kemahiran asas mereka membaca teks Arab berada pada tahap

    yang tidak begitu memuaskan.

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    16/19

    251

    Jadual 7: Analisis Penilaian Peserta Selepas Bengkel

    No. Soalan 1 3 4 7 & 8 10

    Memuaskan 27 25 29 30 28

    Tidak Memuaskan 4 6 2 1 3

    Rajah 2: Analisis Penilaian Peserta Selepas Bengkel Kemahiran Asas

    Membaca Teks Arab dan Latihan Latih Tubi

    Rajah 2 menunjukkan analisis keseluruhan penilaian para peserta selepas menyertai

    bengkel. Prestasi dan kemahiran asas membaca teks Arab pelajar berada pada tahap yang

    begitu memuaskan. Ini adalah hasil daripada bengkel yang dihadiri dan latihan latih tubi

    berterusan yang dilakukan di dalam kelas atas bimbingan guru yang bertindak sebagai

    fasilitator.

    4. Analisis Tahap Kepekaan Ketika Membaca Al-QuranJadual 8: Analisis Tahap Kepekaan Ketika Membaca Al-Quran

    Bil Item Ya

    (%)

    Tidak

    (%)

    1. Adakah anda memerhatikan baris akhir setiap perkataan dalam

    ayat Al-Quran ketika membaca Al-Quran?

    58.3 41.7

    2. Adakah anda menyedari baris pada ayat Al-Quran ada kaitan

    dengan kaedah Nahu?

    83.3 16.7

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    17/19

    252

    3. Adakah anda menggunakan kemahiran membaca Al-Quran yang

    anda miliki ketika membaca teks Arab?

    54.2 45.8

    4. Adakah anda yakin bahawa kemahiran membaca Al-Quran boleh

    digunakan untuk meningkatkan kemampuan anda membaca teks

    Arab dengan baik jika anda diberi latihan?

    97.9 2.1

    Berdasarkan jadual di atas, hanya 58.3% respondan mengakui bahawa mereka

    memerhatikan baris akhir setiap perkataan dalam ayat Al-Quran ketika membaca Al-Quran,

    sedangkan 41.7% pula sebaliknya. Walau bagaimanapun 83.3% menyedari bahawa baris

    pada ayat Al-Quran ada kaitan dengan kaedah nahu. Hanya 54.2 % respondan mengakui

    bahawa mereka menggunakan kemahiran membaca Al-Quran yang anda miliki ketika

    membaca teks Arab. Hampir keseluruhan respondan atau 97.9% yakin bahawa kemahiran

    membaca Al-Quran boleh digunakan untuk meningkatkan kemampuan anda membaca teks

    Arab dengan baik jika diberi latih tubi berterusan.

    PENUTUP

    Kesimpulannya, kami berpendapat kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya

    membantu meningkatkan penguasaan dan kemahiran asas membaca teks bahasa Arab dalam

    kalangan pelajar, khususnya dalam mengenal pasti tanda bacaan yang betul bagi kosa kata

    nama selepas hurufal-jarrdan al-zarfwa mudaf ilayh. Kesukaran tetap ada pada awalnya,

    iaitu dalam rangka melaksanakan aktiviti ini. Akan tetapi, atas kesungguhan tenaga pengajar

    yang terlibat serta komitmen dan kerajinan para pelajar maka hasil yang diperoleh amat

    membanggakan. Aktiviti dan latih tubi berterusan perlu diteruskan bagi memantapkan lagi

    penguasaan pembacaan pelajar.

    Al-Quran merupakan mukjizat teragung buat junjungan besar Nabi Muhammad

    s.a.w. Melalui ayat-ayat Al-Quran kita dapat mempelajari dan memahami banyak ilmu

    antaranya ilmu Nahu. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim memahami setiap patah

    perkataan yang diungkap tatkala mengalunkan bacaan Al-Quran di samping meneliti tanda

    baris dan mengetahui kaedah nahu yang tersirat disebaliknya. Pemilihan kaedah, strategi,

    teknik dan pendekatan yang sesuai dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan

    langkah yang penting untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai.

    Kaedah latih tubi dan latihan pembacaan berterusan adalah pendekatan yang sesuai

    dijalankan ke atas pelajar bagi memantapkan kemahiran mereka membaca teks bahasa Arab.

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    18/19

    253

    PENGHARGAAN

    Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dana UKM-PTS-2011-107, UKM-PTS-2011-108

    dan KOMUNITI-2011-016. Jutaan terima kasih kepada UKM kerana memberi kami dana

    bagi menjalankan kajian ini.

    RUJUKAN

    Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam. Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Shah

    Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Ee Ah Meng. 1997.Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. 1991. Pedagogi 3 Pengajaran dan Persediaan Mengajar.

    Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang. 1996. Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd.

    Harison Mohd Sidek. 2010.Reading instruction theory and practise. Nilai: Penerbit USIM.

    Kolzow, L.V & Lehmann, Jane. 1982. College reading: Strategies for success. New Jersey:

    Prentice-Hall, Inc.

    Mohd Zainuddin Hashim. 1982. Suatu tinjauan mengenai minat membaca dan bahan-bahan

    yang dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah menengah desa di Semenanjung Malaysia.

    Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.

    Nurul Huda Osman. 2009. Muqarrar taclim al-lughah al-cArabiyah lil natiqin bi ghayrihamadkhal taqwimi. Kuala Lumpur: IIUM Press.

    Qasim, Riyad Zaki. 2000. Tiqniyat al-tacbir al-cArabi. Beirut: Dar al-Macrifah.

    al-Rifaci, Najib cAbdullah. 1997.Maharat dirasiyah. Cet. Ke-3. Kuwait: Maktabah al-Manaral-Islamiyah.

    al-Rukabi, Jawdat. 1986. Fitaclim al-lughah al-cArabiyah. al-Urdun: Dar al-Fikr li al-Tibacah

    wa al-Nashr wa al-Tawzic.

    Shalabi, Ahmad. 1980. Taclim al-lughah al-cArabiyah li ghayr al-cArab. Kaherah: Maktabahal-Nahdah al-Misriyah.

    al-Shanti, Muhammad Salih. 2003. al-Maharat al-Lughawiyah. Cet. Ke-5. al-Mamlakah al-cArabiyah al-Sacudiyah: Dar al-Andalus lil Nashr wa al-Tawzic.

    Siti Hajar Abdul Aziz. 1998. Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar

    Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang, Selangor. Tesis Sarjana

    Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.

  • 7/28/2019 18.Nur Syazwina

    19/19

    254

    Smith, F. 1990. Bacaan. Terj. Siti Nordinar Mohd. Tamin & Fadzilah Md. Arif. Ed. Ke-2.

    Skudai: Unit Penerbitan Akademik UTM.

    al-Sufi, cAbd al-Latif. 2007.Fan al-Qiraah. Damsyiq. Dar al-Fikr.

    al-Zayni, Ibrahim. 1992. al-Islam manhaj wa tariqatu tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

    Kamarudin bin Jaffar. Kaedah Mengajar Bahasa Arab. Bertarikh 12 Ogos 2012, Jumaat.

    Artikel Pilihan Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian http://ppdkerian.

    edu.my.

    Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT, Unit Bahasa Arab Bahagian Kurikulum

    Pendidikan Islam Dan Moral, Jab. Pendidikan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan

    Malaysia.