161689851 kajian tindakan 2013 matematik

Upload: ku-rushidi-ku-ahmad

Post on 07-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Rujukan

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK AJAIB MENINGKATKAN PENGUASAAN MURIDTAHUN 4 DALAM MEMBINA SIFIROlehDk. Nur Azmina Binti Ak. ChuchuInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya1.0 PENGENALAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan menguasai subjek ini diperingkat awal akan menimbulkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa akan datang. Dalam perubahan dasar tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik merupakan subjek penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.

Terdapat empat operasi asas dalam matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang menjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran tersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih kompleks di dalam subjek matematik dan juga asas untuk menguasai subjek-subjek lain seperti sains.

Matematik merupakan satu cabaran kepada generasi muda di Malaysia pada masa kini. Skemp (1989), seorang pakar psikologi dan matematik menyatakan bahawa mata pelajaran Matematik adalah subjek yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding dengan subjek-subjek yang lain. Kajian oleh Harries dan Bramby (2008) berpendapat bahawa perwakilan konsep darab dengan cara susunan adalah lebih baik berbanding dengan perwakilan lain. Hal ini kerana cara susunan dapat menunjukkan sifat komutatif operasi darab, manakala konsep yang lain seperti garis nombor, set atau kumpulan dan nisbah tidak dapat menunjukkan sifat tersebut dengan jelas.

1.1REFLEKSI KAJIAN LALU

Semasa menjalankan praktikum fasa ketiga, saya mendapati beberapa orang murid dalam kelas tahun 4 Hibiscus menghadapi masalah dalam penguasaan sifir. Pemerhatian saya juga mendapati murid tahu menyelesaikan operasi darab tetapi oleh kerana tidak menguasai sifir, murid tidak dapat menjawab dengan tepat. Selain itu, melalui ujian sifir yang dijalankan, beberapa orang murid tidak dapat menguasai sifir dengan baik. Kaedah hafal dan tanya yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran gagal untuk menarik minat murid menghafal sifir.

Pengenalan kepada kaedah baru perlu agar guru dapat menggerakkan motivasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dinyatakan oleh Tengku Sarina (2006) bahawa tujuan penggunaan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggerakkan motivasi dalaman murid supaya terus berminat mengikuti pengajaran guru.Penguasaan sifir penting kepada murid dan sekiranya masalah murid menguasai sifir ini tidak dibendung, hal ini akan mendatangkan masalah kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dalam topik lain yang melibatkan operasi darab.

1.2 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah menjurus kepada masalah penguasaan sifir. Melalui pemerhatian saya, murid tahu menyelesaikan operasi darab tetapi tidak dapat menjawab dengan tepat kerana masih tidak menguasai sifir. Sebelum ini, murid telah diminta untuk menghafal sifir dan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula mereka akan diminta untuk membaca sifir-sifir yang dipilih oleh guru. Berdasarkan pemerhatian, murid dapat membaca sifir dengan baik bersama rakan-rakan mereka. Hal ini kerana, murid yang telah menghafal sifir dapat membaca sifir dengan baik dan jelas manakala murid yang masih belum dapat menghafal sifir hanya mengikut rakan-rakan yang lain. Oleh itu, mereka yang masih tidak dapat menghafal sifir tidak dapat dikesan oleh guru. Setelah melihat kepada latihan-latihan yang diberi, murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir dapat dikenal pasti. Hal ini kerana, latihan yang dibuat tanpa bantuan rakan lain menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan operasi darab dengan betul.

Selepas menjalankan ujian diagnostik (rujuk Lampiran 4), saya mendapati seramai 10 orang murid lemah dalam penguasaan sifir. Daripada 10 soalan yang diberi, hanya seorang murid daripada 10 orang tersebut mendapat 4 jawapan betul. Setelah saya melihat kepada kertas jawapan mereka, saya mendapati kebanyakan dari mereka tidak dapat menghasilkan jawapan yang betul kerana tidak menguasai sifir.

Melalui pemerhatian saya juga, terdapat juga murid yang membina sifir menggunakan kaedah Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG) (rujuk Lampiran 1) sebelum mula menjawab soalan ujian. Mereka mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit untuk membina sifir menggunakan JSPG tersebut dan saya perhatikan sifir yang dibina juga tidak semuanya betul. Berkemungkinan murid tersalah kira bagi hasil darab yang mempunyai nilai yang besar. Oleh itu, saya memikirkan kaedah lain bagi membantu murid membina sifir dengan cara yang cepat dan betul.

Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati pola adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini berfokuskan kepada satu kaedah iaitu kaedah kotak ajaib dalam membantu murid menguasai sifir 3 hingga 9 dan seterusnya dapat menjawab soalan pendaraban melibatkan sebarang nombor dengan dua dan satu digit. Melalui kaedah ini, murid hanya perlu tahu setiap langkah untuk menyusun nombor dan mengenal nombor yang lebih besar atau nombor yang lebih kecil. Kaedah ini dapat membantu murid untuk membina sifir 3 hingga 9 dengan mudah dan cepat. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Azizi Bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) yang bertajuk Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab.

Melihat kepada cadangan kajian lanjutan oleh Azizi(2010), mereka memberi cadangan bahawa kaedah ini boleh dilanjutkan kepada murid-murid tahun lain seperti Tahun 3, 4, 5 dan 6 dan seterusnya memperkembangkan penggunaan kaedah kotak ajaib kepada sifir 2 hingga sifir 9 kerana dalam kajian mereka, hanya melibatkan penggunaan kaedah kotak ajaib kepada sifir 6 hingga 9 sahaja. Oleh itu, dalam kajian saya, saya akan memperkenalkan kaedah kotak ajaib bermula dari sifir 3 hingga 9.

Kotak ajaib adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi tujuan pendaraban. Ia terdiri daripada sembilan petak. Dalam petak-petak berkenaan, nombor disusun bagi tujuan pendaraban. Pendaraban menggunakan kaedah kotak ajaib sebenarnya mengaplikasikan corak nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yang membentuk corak nombor yang tertentu. Berikut merupakan kaedah kotak ajaib dalam membina sifir genap:246

802

468

Rajah 1 : Kotak ajaib bagi sifir genap

Apabila urutan nombor selepas lebih kecil nilainya, nombor tersebut akan ditambah 10.Nilai 2 kurang daripada nilai 8, oleh itu 10 ditambah daripada nilai 2 menjadi 12.Kaedah pembinaan sifir 4, 6 dan 8.122436

82032

Bagi sifir 4 bermula di sini41628

Rajah 2: Sifir 4

4224Bagi sifir 6 bermula di sini6

483012

543618

Rajah 3: Sifir 6

726456

484032

2416Bagi sifir 8 bermula di sini8

Rajah 4: Sifir 8

Berikut merupakan kaedah kotak ajaib dalam pembinaan sifir ganjil:123

456

789

Rajah 5: Kotak ajaib bagi sifir ganjilKaedah pembinaan sifir 3, 7 dan 9.2112Bagi sifir 3 bermula di sini3

24156

27189

Rajah 6: Sifir 3

214263

143556

Bagi sifir 7 bermula di sini72849

Rajah 7: Sifir 7

817263

544536

2718Bagi sifir 9 bermula di sini9

Rajah 8: Sifir 9

Berikut merupakan kaedah kotak ajaib dalam pembinaan sifir 5:Bagi sifir 5 bermula di sini51015

202530

354045

Rajah 9: Sifir 5

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membina sifir.2.1OBJEKTIF UMUMKajian ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membina sifir.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS

2.2.1 Meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam membina sifir 3 hingga 9.

2.2.2 Menambah baik amalan pengajaran kearah membantu murid dalam menyelesaikan masalah operasi darab.

2.3 SOALAN KAJIAN

2.3.1 Sejauh manakah kaedah kotak ajaib dapat membantu murid yang lemah dalam membina sifir asas matematik 3 hingga 9?

2.3.2 Bagaimanakah pengenalan kaedah kotak ajaib dapat menambah baik amalan saya dalam mengajar operasi pendaraban?

3.0 KAJIAN LITERATUR

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan Kotak Ajaib dan Lattice Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima, beliau menyatakan bahawa penggunaan kaedah kotak ajaib ini berkesan dalam membantu murid membina sifir. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kaedah kotak ajaib ini mudah difahami dan dapat membina keyakinan murid dalam menyelesaikan operasi darab. Ianya juga dapat menarik minat murid dengan topik darab setelah mempelajari kaedah ini. Menurut Azizi bin Subeli dan Hu Laey Nee (2010) pula, mereka mendapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak ajaib telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam menguasai sifir 6 hingga 9.

Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai oleh murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab. Zainudin Bin Abu Bakar dan Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2007) dalam kajian mereka membincangkan tahap penguasaan fakta asas darab dapat dikuasai oleh pelajar jika kaedah Petak Sifir diperkenalkan berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya menekankan kepada kaedah hafalan sifir matematik. Seramai 50 orang pelajar Tahun 4 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan min markah kaedah tradisional ialah 19.68 peratus (%) manakala kaedah petak sifir pula 42.96%.

Kaedah petak sifir merupakan satu strategi lain bagi meningkatkan penguasaan murid dalam fakta asas darab. Hasil kajian ini selaras dengan kajian yang dibuat oleh Mohd Zain Bin Mukmin (1984) yang mendapati bahawa kelemahan pelajar di dalam matematik adalah kerana pelajar tidak dapat menguasai fakta asas darab. Apabila fakta asas darab dikuasai, Matematik akan menjadi satu mata pelajaran yang mudah.

Murid-murid menganggap peranan mereka dalam kelas sebagai pasif. Mereka merasa bahawa banyak masa dihabiskan untuk mendengar syarahan guru, untuk menyelesaikan masalah di papan tulis dan juga terdapat dalam buku teks secara bersendirian .Guru seharusnya mengenal pasti dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran matematik ini dengan tujuan untuk memperbaiki dan memudahkan lagi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya menarik minat murid terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru ini terus dipupuk dalam kalangan murid (Habibah,2004).

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting untuk membantu murid yang lemah dalam penguasaan sifir, seterusnya merancang aktiviti yang bersesuaian dengan murid supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan.

4.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN4.1 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4 Hibiscus. Murid-murid ini adalah di kalangan murid yang lemah penguasaan sifir asas melalui ujian diagnostik yang dijalankan. Murid lemah boleh ditakrifkan seperti berikut.Kumpulan muridJumlah markah

Cemerlang7 hingga 10

Sederhana5 hingga 7

Lemah0 hingga 4

Jadual 14.2 REKA BENTUK KAJIANReka bentuk kajian ialah gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisis skor dan senarai semak manakala pendekatan kualitatif digunakan untuk instrumen pemerhatian dan dokumen hasil kerja murid.4.3 INSTRUMEN KAJIANKajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah senarai semak, dokumen hasil kerja murid, borang soala selidik dan penulisan refleksi.4.3.1 Borang Senarai Semak.Senarai semak dibentuk untuk mengetahui tahap perkembangan murid dalam penguasaan sifir. (Rujuk Lampiran 2)4.3.2 Dokumen Hasil Kerja MuridDokumen hasil kerja murid iaitu latihan-latihan juga digunakan sebagai instrumen kajian. Dokumen ini akan membantu pengkaji mendapatkan maklum balas tentang tahap perkembangan penguasaan sifir murid.4.3.3Borang Soal SelidikBorang soal selidik dibentuk untuk mengetahui kesan penggunaan kotak ajaib dalam menyelesaikan operasi darab. (Rujuk Lampiran 6).4.3.4 RefleksiRefleksi bagi setiap intervensi digunakan sebagai bukti masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang proses kajian ini dijalankan. Penulisan refleksi ini berdasarkan masalah murid, suasana proses pembelajaran dan penglibatan murid.4.3.5 Proses TemubualProses temubual dijalankan kepada murid sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Proses temubual ini dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan kesan penggunaan kaedah kotak ajaib.4.4 TINJAUAN MASALAHMasalah telah dikenalpasti melalui pemerhatian dan ujian diagnostik yang dijalankan.4.5 PELAKSANAAN TINDAKAN4.5.1 PemerhatianSaya menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang dijalankan, semakan kerja rumah dan latihan di dalam kelas.4.5.2 Ujian DiagnostikUjian diagnostik dijalankan bagi menguji tahap sebenar murid-murid yang dapat mengira atau mencari jawapan bagi hasil darab sebarang nombor dengan nombor satu atau dua digit. (Rujuk Lampiran 5)4.6 ANALISA TINJAUAN MASALAH4.6.1 PemerhatianDaripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati murid mengambil masa yang agak lama membina jadual sifir pelbagai guna (JSPG) dan saya juga mendapati bahawa jadual sifir yang dibina mempunyai nilai yang salah. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan operasi darab dengan betul. Selain itu, murid mengambil masa lebih kurang lima hingga sepuluh minit untuk menyiapkan operasi darab tersebut.4.6.2 Ujian DiagnostikUjian diagnostik yang diberi mempunyai 10 soalan untuk diselesaikan oleh murid dalam masa 30 minit. Peruntukan masa 30 minit yang diberi didapati tidak mencukupi dan terdapat murid yang tidak dapat siap beberapa soalan. Hal ini kerana, mereka mengambil masa yang lama untuk menyediakan jadual sifir (JSPG). Kesemua 10 orang murid yang dipilih merupakan mereka yang mendapat markah betul 4 dan ke bawah sahaja.4.7 PERANCANGAN TINDAKAN4.7.1 Mengambil dataLangkah awal saya ialah mengesan penguasaan sifir murid. Ujian diagnostik dijalankan untuk melihat penguasaan sifir murid dan melihat masalah murid dalam menyelesaikan operasi darab. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian melalui latihan-latihan di dalam kelas, kerja rumah dan juga ujian sifir yang dijalankan.4.7.2 Menganalisis masalah muridSetelah menjalankan ujian diagnostik, saya dapat mengenal pasti masalah murid dimana murid lemah dalam penguasaan sifir. Kebanyakan soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul disebabkan oleh murid tidak menguasai sifir tersebut. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak dapat menyiapkan 10 soalan ujian tersebut dalam masa yang ditetapkan. Setelah dinilai, pola kesilapan murid ialah murid tidak menguasai sifir, cuai semasa menjawab soalan dan tidak tahu menyelesaikan operasi darab.4.7.3 Melaksanakan tindakan Dalam fasa ini, saya menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan untuk melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.Dalam mengenal pasti aspek amalan, saya menggunakan kaedah menemubual guru subjek Tahun 4 secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta menganalisis latihan-latihan dan ujian sifir yang dijalankan sebelum ini.Setelah mengenal pasti masalah murid, saya mengambil tindakan dengan memperkenalkan kaedah kotak ajaib kepada murid. Pengenalan kepada kaedah kotak ajaib dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi membantu murid menguasai kaedah ini dan seterusnya dapat menguasai sifir 3 hingga 9 dengan mudah.Peringkat 1: Pengenalan kaedah kotak ajaibDalam peringkat ini, saya memperkenalkan murid dengan kaedah kotak ajaib. Saya telah menyediakan jadual kotak ajaib yang lengkap dengan nombor. Murid hanya perlu menambahkan nombor-nombor dalam membina sifir menggunakan kaedah ini. Dalam peringkat ini juga, saya memberi peluang murid untuk bekerjasama secara berpasangan untuk melengkapkan kotak ajaib ini dari sifir 3 hingga sifir 9. Saya menggunakan kaedah koperatif untuk peringkat ini bagi menjalankan cadangan kajian oleh Chan Yaw Jong (2011) di mana beliau mencadangkan pembelajaran koperatif dalam melaksanakan kaedah kotak ajaib ini.123

456

789

Rajah 10: Jadual kotak sifir 3, 7 dan 9246

802

468

Rajah 11: Jadual kotak sifir 2, 4, 6 dan 8505

050

505

Rajah 12: Jadual kotak sifir 5Peringkat 2: Aktiviti Kotak Ajaib Dengan Jadual Yang Tidak LengkapDalam peringkat 1, murid diberi jadual kotak ajaib yang lengkap dengan susunan nombor. Pada peringkat ini, murid diberi jadual kotak ajaib yang mempunyai susunan nombor yang tidak lengkap. Hal ini bagi membantu murid menguasai kaedah kotak ajaib ini dalam membina sifir 3 hingga 9. Murid juga diberi peluang bekerjasama secara berpasangan untuk melengkapkan kotak ajaib ini.13

5

9

Rajah 13: Jadual kotak sifir 3, 7 dan 924

2

6

Rajah 14: Jadual kotak sifir 2, 4, 6 dan 805

0

5

Rajah 15: Jadual kotak sifir 5

Peringkat 3: Aktiviti Kotak Ajaib Dengan Jadual KosongDalam peringkat ini, murid hanya diberi jadual kotak ajaib yang kosong tanpa sebarang nombor. Murid perlu menyusun nombor dahulu sebelum membina sifir menggunakan kaedah ini. Dalam peringkat ini, murid akan menguasai kaedah membina sifir menggunakan kotak ajaib ini kerana murid telah melalui 3 peringkat mengikut peringkat yang mudah kepada peringkat yang susah.

Rajah 16: Jadual kotak sifir4.7.4Menilai tindakan Setelah memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin, langkah seterusnya adalah membuat penilaian ke atas murid-murid. Penilaian ini dijalankan bertujuan menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah kotak ajaib ini.

4.8 JADUAL PELAKSANAAN KAJIANJadual pelaksanaan kajian perlu dirangka supaya kajian dapat dijalankan secara sistematik dan menepati jangkamasa yang ditetapkan.

Bil.AktivitiTarikh PelaksanaanCatatan

1.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.19/1/13 20/2/13

2.Menulis kertas cadangan11 Februari 2013

3. Merancang tindakan25 Februari 2013

4. Melaksanakan kajian tindakan peringkat 1Mac 2013

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam peringkat 1Mac 2013

6.Melaksanakan kajian tindakan peringkat 2April 2013

7.Membincangkan masalah yang timbul dalam peringkat 2April 2013

8.Melaksanakan kajian tindakan peringkat 3April 2013

9.Membincangkan masalah yang timbul dalam peringkat 3April 2013

10.Menjalankan ujian posApril 2013

11.Refleksi kajian

12.Menulis laporan kajianJulai 2013

13.Pembentangan dapatan kajianSeptember 2013

4.9 ANGGARAN PERBELANJAAN KAJIAN

BilBahan/PerkaraJumlah

1Kertas A4 (1 rem)RM 12.50

2Kad manila ( 10 keping)RM 7.00

3Percetakan senarai semakRM 10.00

4Percetakan bahan RM 30.00

5Pen markerRM 15.00

JumlahRM 75.40

5.0 RUJUKANAzizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.Chan Yaw Jong. (2011). Penggunaan Kotak Ajaib Dan Lattice Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008 dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBLTahun 2011, 206-220.Cooper, R. (1994). Alternative Math techniques instructional guide.ERIC digital dissertations.Diperolehpada 12 Februari 2013dari http//www.eric.ed.gov. eserv.uum.edu.myHabibahBintiSuid. (2004). Faktor-faktorKelemahanPelajarDalam Mata PelajaranMatematik Di PeringkatSekolahRendah.UniversitiTeknologi Malaysia.Harries, T. &Barmby, P. (2008).Representing multiplication. Education- Teaching Methods and Curriculum Mathematics, 206, 37-41.MohdZain Bin Mukmin.(1984). Strategipengajarandanaktivitimatematikuntukkanak-kanakpemulihan.JurnalIktisas, 4, 12-14.Skemp, R. R. (1989). Mathematics in the Primary School.London: Routledge.Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Zainudin Bin Abu Bakar&Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2007). KeberkesanankaedahpetaksifirdalampenguasaanfaktaasasdarabdalamMatematikTahun 4: Satukajian di SekolahKebangsaanMersing Johor. TesisSarjanaMudaPendidikan yang belumditerbitkan. Johor: FakultiPendidikanUniversitiTeknologi Malaysia.1