1,613 graduan kuim sidang redaksi terima diploma dan … · 8 buletin kuim program kesedaran remaja...

15
buletin KUIM 1 Sidang Redaksi Penasihat Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib Hj. Dora Penulis / Editor Mohd Shafiq Mohd Maidin Pereka Grafik / Jurugambar Muhammad Azrin Abd Aziz Jurugambar Muhammad Azienudin Mustafa 1,613 GRADUAN KUIM TERIMA DIPLOMA DAN IJAZAH Seramai 1,613 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kali Ke-22 yang diadakan pada 29 dan 30 September yang lalu. Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Taib Dora berkata, daripada jumlah itu, seorang adalah graduan sarjana, 527 sarjana muda dan 1085 graduan diploma. Beliau berkata, konvokesyen kali ini juga menyaksikan antara jumlah graduan yang teramai yang berjaya menamatkan pengajian dan jumlah itu membuktikan kepercayaan masyarakat setempat terhadap kulaiti pendidikan yang ditawarkan oleh pihak KUIM. Tambahan pula, Istiadat Konvokesyen kali ini dimulakan dengan pemasyhuran Dr. Hasan Bahrom sebagai Canselor KUIM yang baharu. Pada sesi itu juga, KUIM juga menganugerahkan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Ijazah Sarjana Muda yang diberikan kepada Nurul Atiqah binti Yunos yang memperolehi Purata Nilai Terkumpul (CGPA) 3.75 dan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Diploma yang dianugerahkan kepada Nur Fithriyani Roshidi yang memperolehi CGPA 3.91. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan!

Upload: lykhanh

Post on 29-Aug-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

buletin KUIM 1

Sidang RedaksiPenasihatProf. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib Hj. Dora

Penulis / EditorMohd Shafiq Mohd Maidin

Pereka Grafik / JurugambarMuhammad Azrin Abd Aziz

JurugambarMuhammad Azienudin Mustafa

1,613 GRADUAN KUIM TERIMA DIPLOMA DAN

IJAZAH Seramai 1,613 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kali Ke-22 yang diadakan pada 29 dan 30 September yang lalu.

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Taib Dora berkata, daripada jumlah itu, seorang adalah graduan sarjana, 527 sarjana muda dan 1085 graduan diploma.

Beliau berkata, konvokesyen kali ini juga menyaksikan antara jumlah graduan yang teramai yang berjaya menamatkan pengajian dan jumlah itu membuktikan kepercayaan masyarakat setempat terhadap kulaiti

pendidikan yang ditawarkan oleh pihak KUIM.

Tambahan pula, Istiadat Konvokesyen kali ini dimulakan dengan pemasyhuran Dr. Hasan Bahrom sebagai Canselor KUIM yang baharu.

Pada sesi itu juga, KUIM juga menganugerahkan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Ijazah Sarjana Muda yang diberikan kepada Nurul Atiqah binti Yunos yang memperolehi Purata Nilai Terkumpul (CGPA) 3.75 dan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Diploma yang dianugerahkan kepada Nur Fithriyani Roshidi yang memperolehi CGPA 3.91. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua graduan!

2 buletin KUIM

SEKITAR KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA KALI KE - 22

buletin KUIM 3

SEKITAR KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA KALI KE - 22

4 buletin KUIM

PEMASYHURAN CANSELOR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

buletin KUIM 5

MAJLIS PRA GRADUAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

6 buletin KUIM

MAJLIS PRA GRADUAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

buletin KUIM 7

YB HASAN BAHROM DILANTIK CANSELOR KUIM YANG BAHARU

Yang Berhormat Dr. Hasan bin Bahrom dilantik sebagai Canselor KUIM yang baharu bermula pada 1 September 2018 yang lalu.

Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Taib Dora berkata, pihak KUIM begitu yakin bahawa Dr. Hasan berupaya menggalas tanggungjawab yang diberi berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan dimiliki oleh tokoh akademik itu.

Dalam masa yang sama, Mohd Taib turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Mohd Ali Rustam atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang menjadi Canselor KUIM.

Selamat berkhidmat YB Hasan Bahrom warga KUIM ucapkan!

8 buletin KUIM

PROGRAM KESEDARAN REMAJA MARTABAT KEPENTINGAN PENCEGAHAN HIV DAN

JENAYAH

Program Kesedaran Remaja Pencegahan HIV dan Jenayah anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) merupakan program bermanfaat dan berpotensi besar bagi memberi pendedahan mengenai pencegahan HIV dan Jenayah.

Program yang diadakan pada bulan Ogos yang lalu juga bertujuan menyediakan platform terbaik kepada para pelajar kerana ianya merupakan manifestasi kepada warga KUIM tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan dapat mengubah tingkah laku ke arah persekitaran dan hidup lebih sihat.

Program yang diadakan di Stadium Tariq Zyad dan Auditorium Ibn Khaldun ini adalah dengan kerjasama Majlis

Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kesihatan Daerah Alor Gajah telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua MPAG, Zamzuri Arifin.

Zamzuri berkata, selain berpotensi besar dalam memberi pendedahan mengenai ilmu penjagaan kesihatan, program ini juga mampu melibatkan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan korporat bagi menganjurkan aktiviti yang memberi nilai tambah kepada masyarakat sekeliling.

Mudah-mudahan melalui kolaborasi pintar yang dilaksanakan ini juga amat bertepatan dengan hasrat pihak KUIM dalam menggapai agenda untuk memastikan para pelajar KUIM sentiasa cergas dan dijauhi daripada aktiviti yang tidak sihat.

buletin KUIM 9

Seramai 11 orang penerima terdiri daripada kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam satu majlis yang diadakan di Auditorium Ibn Khaldun pada bulan Julai yang lalu. Program anjuran Pejabat Pendaftar KUIM itu turut dihadiri Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Noor Effandi Ahmad bertujuan memberi pengiktirafan kepada kakitangan KUIM yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2017. Yang turut hadir, Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Taib Dora dan Pendaftar KUIM, Siti Hajar Abu Kassim. Noor Effandi dalam ucapan perasmiannya meminta semua kakitangan

KUIM yang terdiri daripada kakitangan sokongan sehingga professional agar terus memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan bidang pendidikan tinggi dapat terus diperkasa dan seterusnya melahirkan golongan pelajar yang bekualiti tinggi. Dengan adanya kakitangan KUIM yang komited dan dedikasi seperti ini, beliau amat yakin KUIM mempunyai masa depan yang cerah dalam menjadi sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam yang disegani satu hari nanti. Semoga seluruh warga KUIM dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan begitu cemerlang dalam memastikan KUIM terus gah di persada perdana dan antarabangsa. Insya-Allah.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARTABAT KOMITMEN KAKITANGAN KUIM

10 buletin KUIM

Persatuan Mahasiswa Rumsis Saidina Ali (PERSA) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dengan kerjasama The National Autism Society of Malaysia (NASOM) berkongsi kegembiraan bersama anak-anak autism dengan mengadakan Program Khidmat Masyarakat : Kami Prihatin Anak Autism di Rumah Bistari pada 7 Oktober yang lalu.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang mewakili Naib Canselor KUIM, Baharom Said berkata, pihaknya berbesar hati berkongsi kegembiraan bersama anak-anak autisme dan ahli keluarga mereka.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti Mini Explorace, membersihkan kolam latihan dan aktiviti bersama kakitangan McDonalds Melaka Mall dan ini merupakan inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang turut melibatkan kerjasama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan McDonalds. Program yang julung-julung kali diadakan ini menyasarkan untuk menjadikan program CSR ini sebagai program tahunan sekali gus dapat membantu lebih ramai anak-anak autisme untuk bergerak aktif dan bercampur bersama masyarakat setempat.

KUIM SANTUNI ANAK AUTISME

buletin KUIM 11

Barisan Pengurusan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) melalui Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG) begitu cakna dalam melebarkan ruang lingkup kerjasama antarabangsa dengan Institusi Pendidikan Luar Negara dalam usaha untuk mempromosikan KUIM ke peringkat yang lebih tertinggi.

Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Taib Dora berkata, kolokium Antarabangs Syariah dan Undang-Undang dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam ini adalah begitu signifikan dalam melahirkan warga KUIM yang berkemahiran tinggi dalam mempergiat lagi aktviti penyelidikan dan penerbitan. Malah, kerjasama pintar ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada dua-dua institusi pendidikan

KUIM - UNISSA BRUNEI ANJUR KOLOKIUM SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG 2018

yang seterusnya menjadi dunia perundangan sebagai hub kepada kemajuan sesebuah negara.

Sementara itu, Dekan Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa (FUG), Marina Abd. Manap berkata, kolokium antarabangsa ini telah dihadiri oleh 7 orang mahasiswa dan 4 orang pensyarah pengiring KUIM manakala pihak UNISSA diwakili oleh 7 orang mahasiswa dan 5 orang pensyarah daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), UNISSA.

Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan Kolokium Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang ini secara tuntasnya memberi manfaat yang memberi kesan positif kepada para pelajar khususnya disamping berupaya memberikan pengalaman berharga kepada mereka seterusnya boleh diaplikasikan dalam dunia pekerjaan kelak.

Semoga maju jaya buat barisan kakitangan dan pelajar FUG KUIM! Moga kejayaan demi kejayaan terus dilakar dan seterusnya mengharumkan nama KUIM di peringkat yang lebih tinggi.

12 buletin KUIM

Delegasi Kolej Universiti Islam Melaka yang diketuai Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora mengadakan kunjungan hormat bertemua Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah di pejabatnya pada 15 Ogos yang lalu.

Mohd Taib mengucapkan tahniah atas pelantikan Raja Shahrom sebagai Ketua Polis Melaka yang baharu yang mengambil alih tugas daripada Datuk Abdul Jalil Hassan yang berpindah ke Bukit Aman.

Mohd Taib berkata, seluruh warga KUIM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Raja Shahrom atas pelantikan sebagai Ketua Polis Melaka yang baharu dan seterusnya memberi penghargaan kepada beliau dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik khasnya di negeri Melaka.

Melalui pertemuan yang diadakan ini juga, turut dibincangkan mengenai

beberapa perkara dan bidang kerjasama yang boleh diadakan antara KUIM dan PDRM khususnya dalam menjadi agen kesedaran kepada para pelajar.

Antara cadangan kerjasama yang telah dibincangkan termasuklah menubuhkan Volunteer Smart Patrol (VSP) dalam kalangan pelajar KUIM, program seminar dan pameran yang melibatkan pihak PDRM, lantikan pegawai penghubung yang memboleh saluran maklumat disampaikan dengan tepat kepada pelajar serta lain-lain kerjasama yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Turut hadir Datuk Sun Teoh Tia , Timbalan Ketua Polis Melaka dan Baharom Said, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, KUIM.

DELEGASI KUIM KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS MELAKA

buletin KUIM 13

Kolej Universit i Islam Melaka (KUIM) memperluaskan bidang akademik ke negara j iran apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Mercu Buana, Yogyakarta pada 30 Julai yang lalu.

Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Taib Dora berkata, kerjasama yang dijalinkan antara kedua-dua belah pihak adalah bagi mewujudkan program berkembar dalam bidang akademik, pertukaran pelajar dan kakitangan.

Menurutnya, MoU ini juga membolehkan kedua-dua universit i berkolaborasi secara terperinci menerusi program penyelidikan dalam

bidang perakaunan dan ekonomi khususnya.

Dalam majlis itu juga, Mohd Taib mewakil i KUIM manakala Universitas Mercu Buasa diwakil i oleh Wakil Rektor Fakulti Ekonomi, Hasim Asari Achmad Yasin.

Mohd Taib begitu yakin MoU yang dimeterai pasti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang berkaitan.

KUIM METERAI MOU DENGAN UNIVERSITAS MERCU BUANA

14 buletin KUIM

Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang kemalangan dari Hospital Segamat ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, di sini, semalam.

Penerbangan pesawat CN235 – 220M milik TUDM itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di sini, pada jam 10.45 pagi.

Penerbangan diketuai Mejar Mohd Azhar Mohamad Yusoh dan dibantu Kapten Mohamad Hafizan Mos.

Naib Canselor KUIM, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora berkata, pihak KUIM menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak TUDM dan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di atas penerbangan ihsan yang dilakukan ini.

“Seorang pelajar KUIM, Norfatma Aqilah Abdul Rahman dari Akademi Pengajian Islam telah terlibat dalam kemalangan di Muar pada bulan Mei lalu dan dirawat lebih dua bulan di Hospital Segamat.

PENERBANGAN IHSAN TUDM : PELAJAR KUIM KEMALANGAN KE KAMPUNG HALAMAN

“Ibu bapa bapa pelajar ini terpaksa datang beratus-ratus kilometer dari Pasir Puteh, Kelantan dan perlu menjaga anak mereka yang terlantar di hospital dan saya juga dimaklumkan, sekiranya pelajar ini ditukarkan ke hospital berdekatan, pihak doktor tidak menyarankan untuk melalui jalan darat kerana mengambil masa berjam-jam dan ini akan memberikan kesan kepada pelajar.”

“Sehubungan itu, melalui kerjasama pihak TUDM, alhamdulillah, penerbangan ihsan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan saya sekali lagi berterima kasih kepada pihak berkaitan yang turut bekerjasama dengan pihak KUIM melakukan misi khidmat tanggungjawab sosial korporat ini,” katanya lagi.

Turut hadir, Baharom Said, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Siti Zuraydah Jenil, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Shahril Mohd Zin, Pegawai Psikologi dan Mohd Shafiq Mohd Maidin, Pegawai Perhubungan Awam KUIM.

buletin KUIM 15