ifolio.ukm.my · web view· meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat setempat tentang...

11
REFLEKSI KENDIRI PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI NAMA: NURUL NADIA SOFINA BT AHMED NORDIN (A144660) JAWATAN: AJK PROGRAM Objektif program · Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat setempat tentang pencegahan demam denggi & penjagaan kesihatan ke arah memastikan kehidupan yang sihat & selamat. · Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan hutan paya bakau & kelangsungan alam sekitar terhadap kehidupan manusia. · Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dengan masyarakat serta menjalinkan kemesraan penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengenali gaya hidup serta kebudayaan masyarakat desa. · Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan mahasiswa mengenai ilmu sebagai penyumbang ke arah peningkatan taraf hidup, keluarga, masyarakat dan kemajuan negara. · Memantapkan sahsiah dan personaliti mahasiswa merangkumi nilai keagamaan, khidmat kemasyarakatan dan kenegaraan. · Menyediakan wadah kepada mahasiswa untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan menimba pengalaman dalam mengendalikan pameran dan promosi kesihatan · Mengukuhkan kerjasama antara kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dalam membentuk negara yang sihat dan sejahtera. Objektif ajk program -merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program -memastikan setiap program yang dirancang dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan -memastikan setiap pelajar menepati masa bagi melancarkan perjalanan program

Upload: duongquynh

Post on 30-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI KENDIRI PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM)PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI

NAMA: NURUL NADIA SOFINA BT AHMED NORDIN (A144660)JAWATAN: AJK PROGRAM

Objektif program

· Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat setempat tentang pencegahan demam denggi & penjagaan kesihatan ke arah memastikan kehidupan yang sihat & selamat.· Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan hutan paya bakau & kelangsungan alam sekitar terhadap kehidupan manusia.· Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dengan masyarakat serta menjalinkan kemesraan penduduk setempat dan secara tidak langsung dapat mengenali gaya hidup serta kebudayaan masyarakat desa.· Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan mahasiswa mengenai ilmu sebagai penyumbang ke arah peningkatan taraf hidup, keluarga, masyarakat dan kemajuan negara.· Memantapkan sahsiah dan personaliti mahasiswa merangkumi nilai keagamaan, khidmat kemasyarakatan dan kenegaraan.· Menyediakan wadah kepada mahasiswa untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan menimba pengalaman dalam mengendalikan pameran dan promosi kesihatan· Mengukuhkan kerjasama antara kerajaan dan swasta bagi meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dalam membentuk negara yang sihat dan sejahtera.

Objektif ajk program

-merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program-memastikan setiap program yang dirancang dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan-memastikan setiap pelajar menepati masa bagi melancarkan perjalanan program

Saya telah diberi amanah oleh organisasi tertinggi Program OPKIM Program Kesihatan

Persekitaran dan Keselamatan Industri untuk mengalas tanggungjawab sebagai ahli

jawatankuasa program. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk memegang jawatan ini

kerana sebelum ini saya belum pernah memegang jawatan sebagai sekretariat program. Ini

merupakan pengalaman baru untuk diri saya. Tambahan lagi ini adalah kali pertamanya saya

melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat. Sememangnya ini adalah satu pengalaman

yang cukup bermakna dan berharga dalam hidup saya. Program OPKIM ini telah dijalankan di

Kampung Menteri, Taiping, Perak selama empat hari tiga malam.

Tugas sebagai ahli jawatankuasa program adalah untuk membantu exco-exco dan

ahlijawatankuasa program yang lain untuk merancang aktiviti-aktiviti yang harus dilakukan dan

menguruakan aktiviti sepanjang program ini. Pelbagai aktiviti harus dirancang untuk memenuhi

keperluan dan masa sepanjang kami menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini. Selain itu, saya

dan rakan-rakan yang lain perlu membuar tentitif program sepanjang empat hari kami di sana.

Kami juga diberi tugas untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil bagi menjalankan aktiviti

yang dirancang dengan jayanya.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah kami rancang dan uruskan. Antaranya ialah melawat

ke Pusat Ekopelajaran Hutan Paya Bakau ,Matang, Taiping Perak. Disebabkan kami pencinta

alam sekitar kami melawat ke pusat ini bagi memenuhi keperluan kursus kami. Selain itu, kami

ke kampong Mentri, Taiping, Perak untuk menjalankan khidmat masyarakat seperti bergotong-

royong mencegah Aedes. Kemudian majlis perasmian juga telah diadakan. Pada keesokan

harinya , kami ke Rumah Seri Kenangan, Taiping, Perak bagi menjalankan aktiviti bersama

orang tua. Banyak pengalaman yang ditimba sepanjang kami di sana. Aktiviti terakhir yang

dirancang ialah melawat ke Zoo Taiping. Dan kemudian kami bersurai. Di sini saya sediakan

tentitif program kami sepanjang menjalankan khidmat masyarakaat ini.

Bagi merancang program ini , kami telah melakukan beberapa perjumpaan untuk

memastikan program yang dirancang berjaya di laksanakan. Kami telah bersama-sama

berbincang sebagai satu pasukan dan berjaya melaksanakn program ini. Kami berasa sangat

gembira dengan segala usaha yang telah kami lakukan bagi melaksanakn program khidmat

masyarakat ini

Banyak pengalaman yang dapat diperolehi sepanjang aktiviti ini dijalankan. Saya dapat

memahami bagaimana untuk menguruskan sesuatu projek yang dirancang supaya berjalan

dengan lancar. Selain itu, saya juga dapat memahami sikap toleransi antara satu sama lain. Ia

dapat membantu saya dalam penyediaan untuk bekerja pada masa akan datang. Saya juga dapat

memahami dan mempelajari bagaimana hendak berurusan dengan orang ketika mmbantu rakan-

rakan saya. Pengalaman ini dapat saya gunakan untuk membuat projek pada masa akan datang.

Antara kesan program ini ialah kami dapat memupuk hubungan social di antara ahli dan

juga golongan masyarakat setempat. Pelbagai kerjasama dapat dibentuk melalui program ini

kerana melibatkan banyak pihak dari segi swasta mahupun kerajaan. Selain itu, pelbagai teknik

untuk berkomunikasi juga dapat dipelajari di dalam program ini kerana kami berkomunikasi

dengan pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.

Antara penambahbaikan untuk program pada masa akan datang ialah dapat mematuhi

masa dengan betul bagi melancarkan kelangsungan majlis. Selain itu. Saling bantu membantu

antra satu sama lain bg memudahkan urusan kerja dan sesuatu pekerjaan itu dapat di siapkan

dengan cepat. Lebih berkomunikasi dengan masyrakat setempat dan memahami cara hidup

mereka.

Antara program-program yang diuruskan dan dirancang

Bersama membersihkan kawasan tadika di kg.menteri