16 siti nurhanis abdul bahar - penggunaan kaedah terapi main dalam mengecam

15
PENGGUNAAN KAEDAH TERAPI MAIN DALAM MENGECAM HURUF VOKAL BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN Siti Nurhanis binti Abdul Bahar Kamarudin bin Abu Hassan, PhD IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka ABSTRAK Fokus kajian ini adalah untuk mengaplikasikan kaedah terapi main dalam mengecam huruf vokal bagi murid ‘slow learner’ bermasalah pendengaran minor. Kajian ini juga dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan terapi main dalam merangsang murid mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u. Murid yang dikaji adalah terdiri daripada seorang murid berkategori ‘slow learner’ bermasalah pendengaran minor yang lewat dalam mengecam huruf-huruf vokal. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan kaedah ujian dan instrumen lain yang turut digunakan adalah pemerhatian, borang senarai semak serta temu bual. Dapatan daripada analisis data pasca menunjukkan responden mula menunjukkan peningkatan dalam proses mengecam huruf vokal daripada 30 peratus kepada 90 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah terapi main mampu meningkatkan tahap tumpuan murid semasa pengajaran guru di dalam kelas. Terapi main juga digalakkan untuk diaplikasi bagi kemahiran mengenal huruf vokal. Kajian ini sesuai dilanjutkan dengan menambah bilangan terapi main yang sedia ada kepada lima permainan untuk huruf a, e, i, o dan u. Selain itu, penggunaan kaedah multisensori juga dicadangkan bagi membantu murid Pendidikan Khas bermasalah Pembelajaran dalam mengecam huruf vokal. Rumusannya, kajian ini sangat berkesan dalam merangsang kesediaan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan terapi main. Kata kunci: Kaedah Terapi Main, Kemahiran Mengecam, Ujian Pra dan Pasca, Pemerhatian dan Senarai semak. ABSTRACT 198

Upload: nurul-jannah-ngapdi

Post on 10-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

as

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAEDAH TERAPI MAIN DALAM MENGECAM

HURUF VOKAL BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS

BERMASALAH PEMBELAJARAN

Siti Nurhanis binti Abdul Bahar

Kamarudin bin Abu Hassan, PhD

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

ABSTRAK

Fokus kajian ini adalah untuk mengaplikasikan kaedah terapi main dalam mengecam huruf vokal bagi murid slow learner bermasalah pendengaran minor. Kajian ini juga dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan terapi main dalam merangsang murid mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u. Murid yang dikaji adalah terdiri daripada seorang murid berkategori slow learner bermasalah pendengaran minor yang lewat dalam mengecam huruf-huruf vokal. Data pra dan pasca dikumpul menggunakan kaedah ujian dan instrumen lain yang turut digunakan adalah pemerhatian, borang senarai semak serta temu bual. Dapatan daripada analisis data pasca menunjukkan responden mula menunjukkan peningkatan dalam proses mengecam huruf vokal daripada 30 peratus kepada 90 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah terapi main mampu meningkatkan tahap tumpuan murid semasa pengajaran guru di dalam kelas. Terapi main juga digalakkan untuk diaplikasi bagi kemahiran mengenal huruf vokal. Kajian ini sesuai dilanjutkan dengan menambah bilangan terapi main yang sedia ada kepada lima permainan untuk huruf a, e, i, o dan u. Selain itu, penggunaan kaedah multisensori juga dicadangkan bagi membantu murid Pendidikan Khas bermasalah Pembelajaran dalam mengecam huruf vokal. Rumusannya, kajian ini sangat berkesan dalam merangsang kesediaan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan terapi main.

Kata kunci: Kaedah Terapi Main, Kemahiran Mengecam, Ujian Pra dan Pasca, Pemerhatian dan Senarai semak.

ABSTRACT

This action research focus is to apply the playing therapy method in recognizing vocals for slow learner student with impairment of minor hearing problem. The purpose of this research is to assess the implementation of playing therapy in order to stimulate the students in recognizing a, e, i, o, u vocals. The involvement in this research is the slow learner student which has minor hearing problem that tendency to difficulty in identifying the vocals. The pre dan post data has been collected using test whether check list and the other methods being used are observation and conversation. The resultant of new data analysis shows that the respondent starting to show positive changes in recognizing the vocals towards increasing the percentage from 30 to 90 percent. This research shows that the implementation of playing therapy can stimulate the focus of the students on learning and teachers lecture. Playing therapy is also encouraged to apply for the vocal skill of literacy. This research can be extending by adding the appropriate number of five games existing to playing therapy method. On the other hand, the using of multisensory method also can be use by special need students to improve their recognizing vocals skills. As a whole, this research is very effective in stimulating the special education students readiness towards teaching and learning process through playing therapy.

Keywords: Playing Therapy Method, Recognizing Skill, Pre and Post Test, Observation and check list.

PENDAHULUAN

Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.

(Surah At-Tiin 95:4)

Islam mengajar umatNya untuk saling berkasih sayang demi menjaga keharmonian kehidupan di dunia dan akhirat. Setiap insan berhak disayangi dan dihormati sebagaimana yang disarankan oleh tuntutan agama lebih-lebih lagi pada golongan yang istimewa seperti kanak-kanak khas misalnya.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Demi merealisasikan kehendak FPN, adalah tanggungjawab guru untuk mencari inisiatif yang sesuai bagi memenuhi keperluan murid dari pelbagai aspek yang merangkumi pembinaan modal insan dalam diri mereka.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan pengalaman saya semasa menjalani praktikum di salah sebuah sekolah di daerah Alor Gajah Melaka, saya mendapati kebanyakan murid-murid Pendidikan Khas mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Refleksi Nilai Pendidikan

Melalui refleksi kendiri yang telah saya lakukan, saya berpendapat bahawa terapi main amat sesuai diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Aktiviti terapi main mampu mengurangkan tekanan kepada murid kerana mereka akan berasa gembira dan seronok untuk belajar.

Secara keseluruhannya, menjadi guru yang bertanggungjawab adalah mudah jika sentiasa mengamalkan Kod Etika Perguruan Malaysia yang mengandungi unsur-unsur tanggungjawab kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Sesuai dengan pendapat Fullan (1993) yang menyatakan, guru yang melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan adalah guru yang mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Tinjauan Literatur

Marohaini (1999) mendefinisikan bahawa bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual, menghubungkan bentuk dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. Ianya dapat dibuktikan dengan pendapat Morisson (1998) yang menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar.

Kesimpulannya, aktiviti bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Justeru, terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada seorang murid pendidikan khas slow learner yang mengalami masalah minor iaitu pendengaran. Tempoh kemasukan murid ke sekolah adalah tiga tahun namun kebolehan mengecam huruf yang dimiliki adalah di peringkat sangat lemah. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan terapi main dalam meningkatkan kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u bagi murid slow learner.

Objektif Khusus

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

a. mengenal pasti tahap penguasaan murid Pendidikan Khas kategori slow learner dalam mengecam huruf vokal a, e, i, o, dan u; dan

b. membantu murid slow learner mengecam huruf vokal a, e, i, o, u menggunakan kaedah terapi main; dan

c.meningkatkan kemahiran murid slow learner untuk mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u menggunakan kaedah terapi main.

Persoalan Kajian

Beberapa persoalan utama kajian telah dibina untuk mencapai objektif kajian adalah seperti berikut:

i.Apakah tahap penguasaan murid Pendidikan Khas kategori slow learner dalam mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?

ii.Adakah kaedah terapi main dapat membantu murid slow learner mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?

iii.Bagaimanakah kaedah terapi main dapat meningkatkan kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o, u bagi murid slow learner?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilakukan kepada murid Pendidikan Khas di sebuah sekolah di daerah Alor Gajah, Melaka dan tertumpu kepada seorang sahaja responden yang mempunyai masalah pembelajaran dari kategori slow learner yang mengalami masalah pendengaran minor.

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Setelah melakukan beberapa tinjauan, saya memilih untuk menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan menjalankan kajian tindakan. Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.

Langkah-langkah Tindakan

Menurut Morrison (1998), bermain adalah satu aktiviti semula jadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Saya telah menyusun akiviti terapi main untuk dilaksanakan ke atas responden. Oleh kerana terdapat lima huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u, maka saya telah menyediakan beberapa aktiviti terapi main yang pelbagai mengikut huruf. Pelaksanaan aktiviti terapi main dijalankan secara berperingkat dan mengambil kira faktor kesediaan murid dari segi mental, fizikal dan emosi.

CARA MENGUMPUL DATA

Ujian Pra dan Pasca

Ujian pra dijalankan sebelum intervensi dilaksanakan manakala ujian pasca dilakukan setelah intervensi diaplikasikan ke atas responden. Ujian yang dijalankan adalah dengan meminta sampel mengecam huruf vokal menerusi beberapa kriteria soalan yang berbeza. Soalan ujian pasca adalah sama dengan ujian pra untuk memastikan responden mampu menunjukkan prestasi sama ada lebih baik mahupun sebaliknya. Ujian ini juga dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian yang telah dibina oleh pengkaji mengenai isu yang telah difokuskan.

.

Pemerhatian

Pemerhatian yang saya jalankan adalah kaedah berstruktur yang menggunakan senarai semak. Sebagai pemerhati, saya menggunakan video sepanjang aktiviti terapi main berlangsung untuk merakam pergerakan dan tindak balas murid terhadap kaedah yang diaplikasikan. Sesuai dengan pendapat Cohen (2000) yang menggalakkan penggunaan alat perakam suara atau video digunakan semasa membuat pemerhatian. Saya juga menggunakan pemerhatian tidak turut serta kerana kajian ini dilaksanakan terhadap seorang responden yang telah dipilih.

Senarai Semak

Data pemerhatian dalam bentuk senarai semak dianalisis menggunakan peratus untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas diri murid sepanjang kajian ini berlangsung. Pengkaji mencatat aspek tingkah laku, respon murid semasa menjalankan aktiviti untuk menilai tahap keberkesanan kaedah ini.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis dan interpretasi data yang dijalankan ke atas responden yang dikaji adalah menggunakan data yang berbentuk deskriptif. Pengkaji menganalisis data menggunakan frekuensi dan peratus.

Jadual 1 Keputusan Ujian Pra

Item yang diuji

Markah

Peratus (%)

Huruf a

1 /4

5

Huruf e

1 / 4

5

Huruf i

2 / 4

10

Huruf o

1 / 4

5

Huruf u

1 / 4

5

Jumlah Markah

6 / 20

30

Carta 1 Carta Pai Keputusan Ujian Pra

Soalan 1 : Apakah tahap penguasaan murid Pendidikan Khas kategori slow learner dalam mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?

Berdasarkan jadual 1, keputusan ujian pra yang dijalankan

ke atas responden adalah tidak memberangsangkan. Hal ini menjawab persoalan pertama kajian iaitu menilai tahap penguasaan murid pendidikan khas dalam mengecam huruf vokal dan jawapannya adalah di tahap yang rendah.

Kesimpulannya, melalui keputusan ujian pra yang dijalankan pada rajah 1, huruf a, e, o dan u adalah abjad yang sukar bagi proses pengecaman responden. Ini berlaku kerana masalah kekeliruan yang dialami oleh murid dalam membezakan huruf vokal bagi bentuk yang hampir sama. Murid sukar mengecam huruf yang sama dan menjawab dengan tidak bersungguh-sungguh.

Keputusan Data Ujian Pasca

Ujian pasca dijalankan untuk menilai sesuatu keputusan setelah menjalankan kaedah ke atas responden. Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pasca yang telah dilaksanakan ke atas responden.

Soalan 2 : Adakah kaedah terapi main dapat membantu murid slow learner mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u?

Jadual 2 Keputusan ujian pasca

Item yang diuji

Markah

Peratus (%)

Huruf a

4 / 4

20

Huruf e

3 / 4

15

Huruf i

3 / 4

15

Huruf o

4 / 4

20

Huruf u

4 / 4

20

Jumlah Markah

18 / 20

90

Berdasarkan jadual 2 menunjukkan data ujian pasca yang telah dijawab oleh responden. Markah ujian pasca diambil setelah intervensi dijalankan. Sebanyak 90 peratus markah keseluruhan yang diperolehi bagi ujian pasca yang telah dijalankan.

Rajah 2 Carta pai Keputusan Ujian Pasca

Keputusan yang diperolehi adalah menunjukkan bahawa terapi main telah membantu meningkatkan proses mengecam bagi murid slow learner. Hal ini menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu sama ada kaedah terapi main dapat membantu murid dalam mengecam huruf vokal bagi murid slow learner dengan melihat pada jumlah peningkatan markah yang terkumpul pada ujian pasca. Rumusan terhadap keputusan yang disenaraikan pada jadual 2 menunjukkan bahawa murid menunjukkan peningkatan dari segi pertambahan markah dan sikap murid itu sendiri daripada pasif kepada seorang yang proaktif.

Perbandingan Data Ujian Pra dan Pasca

Jadual 3 Perbandingan Data Pra dan Pasca

Huruf vokal

Ujian Pra (%)

Ujian Pasca (%)

Perbezaan (%)

a

5

20

15

e

5

15

10

i

10

15

5

o

5

20

15

u

5

20

15

Jumlah

30 (%)

90 (%)

60 %

Jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan data ujian pra dan pasca yang telah dilaksanakan ke atas responden.

Soalan 3 : Bagaimanakah kaedah terapi main dapat meningkatkan kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o, u bagi murid slow learner?

Soalan pra dan pasca adalah soalan yang sama digunakan. Keputusan pra dan pasca diambil bagi melihat perubahan ke atas diri murid terhadap kemahiran mengecam huruf vokal yang diuji.

Semasa menjalankan ujian pasca, murid diberi tempoh 30 minit untuk menjawab soalan yang diberi. Selain itu, masa yang diambil oleh murid hanya 20 minit berbanding dengan tempoh waktu semasa menyiapkan ujian pra. Respon murid menjadikan pengkaji berpuas hati dengan kaedah yang telah diaplikasikan kepada murid.

(a e i o u)

Rajah 3 Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pasca

Perbezaan antara kedua-dua graf pada rajah 3 menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu untuk melihat peningkatan dalam mengecam huruf vokal. Keputusan pada carta pai menunjukkan bahawa penggunaan kaedah terapi main amat berkesan terhadap kemahiran mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u. Ianya dapat dibuktikan dengan peningkatan peratusan yang diperolehi oleh responden sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Kesimpulannya, kaedah terapi adalah berkesan terhadap murid bagi merangsang minatnya apabila melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman yang ditimba membuatkan murid berkeinginan melibatkan diri secara aktif bersama rakan lain mahupun secara individu dalam memberi kebebasan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis semasa membuat keputusan.

PERBINCANGAN

Persoalan kajian yang pertama terjawab berdasarkan keputusan ujian pra yang dijalankan iaitu penguasaan murid dalam kemahiran mengecam adalah di tahap rendah iaitu empat puluh peratus sahaja. Hal ini terjadi kerana murid tidak fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa berada di dalam kelas. Ini dapat dibuktikan sewaktu melaksanakan ujian pra bagi mengenal pasti huruf vokal a, e, o, i dan u. Murid diberikan kertas soalan, namun reaksi yang ditunjukkan oleh murid adalah negatif dan tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid juga sentiasa mengeluh dan memberikan respon bahawa murid tidak berminat dengan huruf vokal.

Bagi menjawab persoalan kedua, kaedah terapi main telah membantu responden mengecam huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan melihat pada keputusan ujian pasca yang telah dijalankan. Ujian pasca dilaksanakan setelah ketiga-tiga terapi main dijalankan. Selain itu, pemerhatian dilaksanakan sepanjang terapi main dijalankan disertakan dengan borang senarai semak yang mencatat peningkatan proses mengecam bagi melihat tindak balas terhadap kaedah yang diaplikasikan.

Perbandingan keputusan ujian pra dan pasca telah menjawab persoalan kajian yang ketiga dengan melihat perbezaan peratusan markah yang diperolehi sebelum dan selepas kaedah ini dilaksanakan. Terapi main amat membantu responden dari segi meningkatkan kemahiran mengecam huruf vokal dari semasa ke semasa. Murid juga menunjukkan minat serta perubahan dalam diri apabila mampu mengecam huruf vokal a, e, o, i, dan u dengan jayanya.

Kesimpulannya, ini membuktikan bahawa terapi main amat penting dalam meningkatkan keseronokkan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam menerima ilmu. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan (1982), salah satu sifat guru yang paling penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkanya. Secara tidak langsung, pengkaji dapat meningkatan amalan dan reflektif kendiri terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru, guru-guru boleh menggunakan kaedah ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Pendidikan Khas untuk menarik minat mereka dalam menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

KESIMPULAN DAN REFLEKSI

Pengkaji amat berpuas hati dengan hasil dapatan kajian tindakan ini kerana telah memberi kesan positif ke atas responden. Dengan ini, saya ingin menegaskan bahawa penggunaan terapi main adalah sangat berkesan bagi merangsang minat murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pendapat ini disokong oleh Bredekamp (1987) yang percaya bahawa dalam kehidupan kanak-kanak, bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan.

Secara keseluruhannya, selain dapat memberi keseronokkan kepada responden, kaedah ini juga mampu menjadi titik tolak kepada saya untuk melakukan pembaharuan dengan memperbaiki kaedah pengajaran di sekolah sekaligus berjaya memperbaiki amalan guru.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji mencadangkan supaya memperbanyak permainan di dalam kaedah terapi main daripada tiga ke lima jenis permainan yang mempunyai abjad yang berbeza pada setiap satunya dengan mengira faktor kesesuaian diri murid. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya kaedah terapi main diaplikasikan untuk mengajar murid mengenal huruf vokal a, e, i, o dan u.

Kesimpulannya, semakin banyak pembaharuan kaedah yang digunakan di dalam pengajaran guru, semakin mudah untuk mereka meningkatkan potensi murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang amat penting untuk mereka aplikasikan untuk kehidupan seharian mereka.

RUJUKAN

Atan Long. (1982). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azila Alias, Norly Binti Jamil, Loy Chee Luen, Mazlina binti Che Mustafa. (2011). Reka cerita bersama kanak-kanak. Selangor: Gerak Ilmu Sdn.Bhd.

Bee, H. (1995). The developing child. ed. 7. New York: Harper Collins College Publisher.

Bredekamp, S. (1987). Developmentally appropriate practice in early childhood programs serving children from birth through age eight. Washington, DC: NAEYC.

Caplan, F., & Caplan, T. (1973). The power of play. New York: Anchor Press.

Cohen, L. Manion, L. Morrison, K. (2000). Research methods in education. Ed. ke-5. London: Routledge.

Fullan, M. (1993). Action research for educational change, milton keynes. Open University Press.

Lewin, K. (1948). Resolving social conflict; selected papers on group dynamics. New York: Harper & Row.

Marohaini Yusoff. (1999). Strategi bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa da Pustaka.

Morrison, G. S. (1998). Early childhood education today. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.

Column1

5 %

5 %

5 %

10 %

5 %

Huruf a Huruf eHuruf iHuruf o Huruf u 551055

Peratus (%)

20 %

15 %

15 %

20 %

20 %

Huruf a Huruf eHuruf iHuruf o Huruf u2015152020

Ujian Prahuruf ahuruf ehuruf ihuruf o huruf u551055Ujian Pascahuruf ahuruf ehuruf ihuruf o huruf u2015152020Column1huruf ahuruf ehuruf ihuruf o huruf u

208