1.6 perubahan keadaan jirim

Upload: ima1806

Post on 23-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 1.6 Perubahan Keadaan Jirim

    1/2

    MODUL: Haba

    Episod 1 Bahagian 3: Perubahan Keadaan Jirim

    Lembaran Kerja 1.6 Perubahan keadaan jirim

    Rangka penerangan untuk pernyataan pada slaid tentang

    peleburan coklat dan garam, tenaga dalam wap dan pemejal-

    wapan ais kering. Seterusnya nilai kefahaman anda menggu-

    nakan teks di bawah.

    Padankan: Sejauh manakah penerangan anda berpadanan

    dengan isi utama dalam penjelasan di bawah.

    Kenal pasti: Apakah isi-isi utama yang anda terlepas pan-

    dang dan adakah isi-isi itu penting?

    Nilai: Adakah kefahaman anda tentang pemanasan danperubahan bentuk masih lemah, sederhana atau bagus?

    Gunakan peta minda (mind map) perbandingan untuk

    menjana penilaian anda. Perbandingan boleh hadir dalam

    bentuk jadual seperti ini.

    Isi utama untuk

    kesimpulan

    Isi utama untuk

    penerangan pada

    Lembaran Kerja 1.6

    Perkara yang

    terlepas

    pandang

    Perubahan pepejal kepada cecair

    Tenaga haba diperlukan untuk menukar pepejal kepada cecair.

    Daya tarikan antara zarah pepejal memegang zarah tersebut

    bersama pada kedudukan yang tetap dalam kekisi pepejal.

    Apabila suhu meningkat, zarah akan bergetar lebih kuat.

    Lama-kelamaan getaran akan mencapai satu peringkat

    zarah mempunyai tenaga secukupnya untuk terpisah darikedudukannya.

    Kekisi pepejal akan terurai dan melebur menjadi jirim rawak

    dalam zarah cecair.

    Hablur garam mempunyai takat lebur yang sangat tinggi

    kerana daya yang kuat memegang kekisi pepejal bersama.

    Pepejal coklat mempunyai daya yang lemah untuk memegang

    kekisi pepejal bersama dan ini akan melebur pada suhu yang

    lebih rendah.

    1

  • 7/24/2019 1.6 Perubahan Keadaan Jirim

    2/2

    Perubahan pepejal kepada gas

    Ais kering ialah karbon dioksida berbentuk pepejal tetapi mem-

    punyai sifat yang berbeza dengan gas karbon dioksida.

    Pada suhu -77oC ais kering melebur dan mendidih pada suhu

    yang sama lalu terus bertukar kepada gas karbon dioksida tanpa

    melalui fasa cecair.

    Apabila partikel mempunyai cukup getaran tenaga, partikel akan

    terpisah dari kekisi pejal. Getaran ini juga cukup bertenaga untuk

    menolak balik tekanan atmosfera dan terlepas dari satu sama

    lain. Pepejal yang kering dan sejuk bertukar kepada gas yang

    kering dan sejuk tanpa mengalami peringkat basah.

    Keadaan ini yang menyebabkan ais ini dinamakan sebagai ais

    kering. Proses peleburan atau pendidihan ini dinamakan

    PEMEJALWAPAN.

    2

    Perubahan cecair kepada gas

    Perubahan keadaan jirim bagi zarah yang bergerak secara

    rawak (tetapi masih bersentuhan antara satu sama lain) kepada

    zarah yang terpisah jauh memerlukan tenaga haba yang banyak.

    1 gram air mendidih akan menjadi 1500 cm3wap. Terdapat te-

    kanan udara bagi proses pengembangan ini.

    Keadaan ini menyebabkan kehilangan tenaga haba kerana

    tenaga digunakan untuk menolak udara keluar

    dari cecair.

    Apabila air yang mendidih pada 100C bertukar kepada wap,

    tiada peningkatan suhu semasa proses ini sehingga akhirnya

    semua air itu telah menjadi wap.

    Jadi, terdapat banyak tenaga haba tersimpan di dalam wap.

    Wap boleh disalurkan ke dalam enjin dan tenaga wap ini yang

    membolehkan kereta api (jenis lama) bergerak.