16 - e-smp : sistem maklumat pelajar...

Download 16 - e-SMP : Sistem Maklumat Pelajar (UPM)smp.upm.edu.my/smp_preload/files/applicantIjazahPdf/6_biasiswa... · Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai nama, jawatan dan

If you can't read please download the document

Upload: buithuy

Post on 12-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • MINGGU PERKASA PUTRA

    SEM

    ESTE

    R PE

    RTA

    MA

    201

    6/20

    17

    16

    6 | BIASISWA / PINJAMAN6.1

    6.2

    6.3

    Pelajar adalah digalakkan memohon biasiswa / dermasiswa / pinjaman daripada penaja-penaja seperti Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Badan-badan Amal dan pihak Swasta.

    Pengumuman mengenai permohonan tawaran penajaan ini boleh anda perolehi dari iklan melalui akhbar-akhbar tempatan, papan kenyataan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej, Fakulti, laman web Kampus Serdang www.hep.upm.edu.my dan juga di laman web UPM, Kampus Bintulu www.btu.upm.edu.my.

    Pelajar yang memerlukan surat pengesahan pendaftaran untuk tujuan pengeluaran caruman KWSP, boleh memohon di Bahagian Akademik, Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran, UPM Kampus Serdang atau di Bahagian Akademik, Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran, UPM Kampus Bintulu pada waktu pejabat setelah anda melapor diri di kolej masing-masing.

    Pelajar dikehendaki mempunyai akaun simpanan CIMB Bank untuk memudahkan urusan pemba-yaran. Ini adalah kerana urusan kewangan pelajar di Universiti Putra Malaysia akan menggunakan akaun simpanan CIMB Bank.

    Pelajar juga perlu mempastikan akaun pelajar sentiasa aktif dan jika akaun pelajar berada dalam keadaan tidak aktif (tidak pernah digunakan dalam tempoh setahun) pelajar dikehendaki mengaktifkan akaun tersebut semula dengan membuat pengeluaran wang dimana-mana cawangan CIMB Bank. Pelajar diingatkan bahawa hanya akaun individu (personal account) sahaja yang akan diguna pakai oleh universiti dan akaun bersama (joint account) tidak diterima. Pelajar juga perlu memastikan bahawa akaun tersebut adalah akaun dewasa. Pihak universiti tidak akan mengguna pakai akaun remaja.

    Bagi pelajar yang belum mempunyai akaun CIMB Bank, pelajar boleh membuka akaun tersebut di mana-mana cawangan CIMB Bank. Pelajar perlu membawa wang permulaan RM 20.00, dokumen asal beserta salinan kad pengenalan diri dan surat tawaran masuk ke Universiti Putra Malaysia. Pelajar diingatkan supaya memohon cetakan Penyata Maklumat Akaun daripada pihak bank untuk urusan permohonan pinjaman PTPTN.

    Sebarang pertanyaan berkenaan akaun CIMB Bank boleh menghubungi pegawai CIMB Bank Berhad Cawangan UPM Kampus Serdang seperti berikut di talian 03-89489040:

    Puan Zuraiti Binti Zakaria Puan Rusni Binti Shamsudin Puan Rosita Binti Mamad Encik Nazri Bin Mohd Nor Cik Marissa Christie

    AKAUN CIMB BANK BERHAD

    6.4

    6.5

    6.6

    6.7

    Pembiayaan Pendidikan PTPTN :MAKLUMAT KHUSUS PTPTN

    Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa, jarak jauh dan separuh masa di peringkat pengajian berikut:- Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional

    Pelajar yang telah mendapat pinjaman/pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohon-an untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.

    a)

    b)

  • MINGGU PERKASA PUTRA

    SEM

    ESTE

    R PE

    RTA

    MA

    201

    6/20

    17

    17

    Pelajar yang telah mendapat pinjaman/pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua tanpa perlu membuat penyelesa-ian hutang pinjaman/pembiayaan terdahulu dengan syarat permohonan kali kedua adalah di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan kali kedua untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.

    Pelajar yang telah menerima pinjaman /pembiayaan PTPTN tetapi mendapat penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:-

    c)

    d)

    i)

    ii)

    Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan tidak bertindih pembiayaan, pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan tajaan peminjam tidak bertindih dengan PTPTN.

    Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan, pelajar boleh mem-buat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan.

    6.8 Syarat-Syarat Permohonan :Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

    Warganegara Malaysia;Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhinsyarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; Tiada penaja lain; danTelah membuka akaun SSPN-i.**

    * Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. ** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN.

    i.ii.iii.

    iv.

    v.

    vi.

    vii.

    viii.ix.

    6.9 Persediaan Sebelum Membuat Permohonan :Sebelum membuat permohonan online PTPTN, pelajar perlu mempunyai akaun SSPN-i.

    Membeli Nombor PTPTN di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM5.00. Nombor PTPTN BSN ini hanya sah digunapakai untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian.

    Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.

    Universiti Putra Malaysia (UPM) menggunakan akaun Bank CIMB

    i)

    ii)

    iii)

  • MINGGU PERKASA PUTRA

    SEM

    ESTE

    R PE

    RTA

    MA

    201

    2/20

    13

    18

    6.11 Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN

    Pengeluaran pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah dokumen perjanjian yang lengkap diterima oleh PTPTN;Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas. Wang pembiayaan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar/ IPT.

    6.12 Penahanan Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTNPelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;Menangguhkan pengajian; danDikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

    a)b)c)

    6.13 Penamatan / Pembatalan Pembiayaan Pendidikan PTPTN

    Gagal/berhenti meneruskan pengajian pada peringkat/jurusan/IPT yang diluluskan semasa permohonan pembiayaan;Pelajar membuat pembatalan pembiayaan PTPTN;Menerima tajaan lain; Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atauPenerima biaya diisytihar muflis.

    Pembiayaan pendidikan akan diberhentikan terus atas sebab-sebab berikut:-

    SEM

    ESTE

    R PE

    RTA

    MA

    201

    6/20

    17

    6.10 Kaedah permohonan :Permohonan dan semakan kelulusan boleh dibuat melalui kaedah Online di http://ww-w.ptptn.gov.my. Permohonan boleh dilakukan selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT mengikut tarikh ditetapkan oleh PTPTN. Jadual permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN bagi UPM adalah seperti di bawah :-

    Jadual 1 : Jadual Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Bagi Universiti Putra Malaysia Mengikut Peringkat Pengajian

    Sem1 Tempoh Permohonan

    Tarikh Tutup

    Kelompok 1

    Tarikh Tutup

    Kelompok 2

    Sem2 Tempoh Permohonan

    Tarikh Tutup

    Kelompok 1

    Tarikh Tutup

    Kelompok 2

    Ijazah Pertama Sepenuh Masa 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02

    Ijazah Pertama Separuh Masa 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02

    Ijazah Pertama PJJ 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02 Sarjana Sepenuh Masa 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02

    Sarjana Separuh Masa 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02

    Sarjana PJJ 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02 Profesional Sepenuh Masa

    1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02

    Doktor Falsafah Sepenuh Masa 1-Sep 01/08-30/09 31-Aug 30-Sep 1-Feb 01/01-28-29/02 31-Jan 28-29/02

    Diploma Sepenuh Masa 1-Jul 01/06-31/07 30-Jun 31-Jul 1-Nov 01/10-30/11 31-Oct 30-Nov

    Pemohon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian serta menyerahkan dokumen tersebut bersama-sama dokumen sokongan yang ditetapkan kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing.

    b)

    a)

    Nota : Jadual ini tertakluk kepada sebarang perubahan

    a)

    b)

    c)

    a)b)c)d)e)

  • MINGGU PERKASA PUTRA

    SEM

    ESTE

    R PE

    RTA

    MA

    201

    2/20

    13

    19

    Syarat Kelayakan Saksi PelajarDi antara contoh jawatan pegawai yang boleh menjadi saksi PELAJAR adalah seperti berikut:

    Wakil Rakyat /SenatorPegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan ProfesionalPengamal Undang-undangJaksa PendamaiPengetua /Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas /Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas.Ketua Kampung /Penggawa /Penghulu /Ketua Masyarakat /Sidang /Pegawai Pembangunan Mukim /Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).Untuk SABAH dan Sarawak Ketua Kaum /Ketua Anak Negeri /Kapitan /Pemanca/Pegawai Taman Sabah.Pegawai-pegawai IPTS yang mendapat kebenaran bertulis daripada PTPTN.(Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai nama, jawatan dan jabatan /alamat di mana pegawai bertugas)

    a)b)c)d)e)f)

    g)

    h)

    i)

    SEM

    ESTE

    R PE

    RTA

    MA

    201

    6/20

    17

    SENARAI SEMAK DOKUMEN TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN (PTPTN)

    DOKUMEN PERJANJIAN

    Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan Akuan Penerimaan Surat Kebenaran 1, 2 dan 3 Perjanjian Pinjaman Pendidikan Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan Ditandatangan ringkas oleh Peminjam di setiap muka surat

    Lampiran A Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

    Maklumat Permohonan Pembiayaan (boleh dicetak di Butang CETAK MAKLUMAT di laman web Permohonan Online yang didaftar oleh Penerima Biaya)

    Sa l inan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT Satu (1) salinan perlu disediakan dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna

    putih dan TIDAK PERLU DISAHKAN. Dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis Kegunaan PTPTN Sahaja.

    16.BIASISWA-PINJAMAN1.pdf17.BIASISWA-PINJAMAN2.pdf18.BIASISWA-PINJAMAN3.pdf19 .BIASISWA-PINJAMAN4.pdf