document1

11
Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru 1.0 PENGENALAN “Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”. Begitulah tema hari guru untuk tahun 2015 ini. Ianya menjadi pemangkin kepada guru dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai ilmu dan berakhlak mulia. Secara tidak langsung, ia mampu melahirkan sebuah generasi berkualiti tinggi yang dipandang tinggi oleh serata dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah mensasarkan 6 aspirasi murid yang perlu dicapai. Sepertimana yang telah kita sedia maklum, guru adalah merupakan salah satu faktor penentu kejayaan seseorang murid dalam pelajarannya. Setiap guru di sekolah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas agar dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik kanak-kanak selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial. Perkembangan pendidikan pada masa kini memerlukan guru yang melaksanakan peranan yang pelbagai. Dalam kontesk ini, guru memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk merealisasikan hasrat murni kerajaan terhadap perluasan serta perkembangan dalam dunia pendidikan. 2.0 PERANAN GURU DALAM USAHA UNTUK MENCAPAI 6 ASPIRASI MURID Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain daripada yang lain. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini

Upload: muhammad-iftitah

Post on 12-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wefsdfwerew

TRANSCRIPT

Page 1: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

1.0 PENGENALAN

“Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”. Begitulah tema hari guru untuk tahun 2015

ini. Ianya menjadi pemangkin kepada guru dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai

ilmu dan berakhlak mulia. Secara tidak langsung, ia mampu melahirkan sebuah generasi

berkualiti tinggi yang dipandang tinggi oleh serata dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah mensasarkan 6 aspirasi murid yang perlu dicapai.

Sepertimana yang telah kita sedia maklum, guru adalah merupakan salah satu faktor

penentu kejayaan seseorang murid dalam pelajarannya. Setiap guru di sekolah perlu memiliki

pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas agar dapat melaksanakan tanggungjawab

mendidik kanak-kanak selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk

menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

sosial. Perkembangan pendidikan pada masa kini memerlukan guru yang melaksanakan

peranan yang pelbagai. Dalam kontesk ini, guru memainkan peranan yang penting dalam

usaha untuk merealisasikan hasrat murni kerajaan terhadap perluasan serta perkembangan

dalam dunia pendidikan.

2.0 PERANAN GURU DALAM USAHA UNTUK MENCAPAI 6 ASPIRASI MURID

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain daripada yang lain.

Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati,

bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Salah satu

agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan

memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan

dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan

show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam

Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia).

Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah

Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)”

menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang

Page 2: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian

khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.

Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak berkepentingan jelas mengenai

konsep “kualiti” yang perlu ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan semua

ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah

pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Visi ini juga

menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988. Sistem pendidikan di Malaysia berhasrat

untuk memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru,

ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini

mencapai aspirasi yang diharapkan. Berikut adalah merupakan enam aspirasi murid yang

terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

RAJAH 1 : Enam aspirasi murid yang terkandung dalam PPPM 2013-2025

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN MEMIMPIN

KEMAHIRAN DWIBAHASA

ETIKA & KEROHANIAN

IDENTITI NASIONAL

Page 3: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Dalam konteks ini, peranan guru sebagai pengamal ilmu dan kemahiran ternyata dlihat sebagai

tunjang utama dalam usaha untuk mencapai keenam-enam aspirasi terhadap perkembangan

murid.

Pelbagai saluran ataupun inisiatif yang dirasakan berkesan perlulah diambil oleh guru

dalam usaha untuk mempertingkatkan diri dengan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan Kemahiran dan

pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha untuk mengaplikasi kaedah-

kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Para pendidik perlu menyambut baik dengan

mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat

mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin

kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

Sepertimana yang kita telah sedia maklum, bidang pendidikan sentiasa berkembang

dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi

telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada para pendidik untuk mencapai

Misi Nasional. Para pendidik mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan

teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para

guru sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Mereka juga perlu

melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari

yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara

Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Hal ini bagi membantu pelajar agar

dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang secukupnya. Pendidik juga harus

memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini,

masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian

sebagai cara hidup moden selaras dengan perkembangan dunia teknologi pada masa kini.

Pada masa yang sama, guru berperanan sebagai pembimbing dalam usaha untuk

memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti,

tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid

mencapai potensi masing-masing. Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam

memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat

sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini, kolaorasi bersama dengan pihak sekolah

perlu dijalin dalam usaha untuk memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir

Page 4: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata

pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan

Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5. Tujuannya adalah untuk

meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan

peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional

dan program latihan kemahiran yang berstruktur

Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan

sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seorang

murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran

yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam

kehidupannya.

Shertzer dan Stone (1981) mendefinasikan bimbingan sebagai perkhidmatan

membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan, dan

kemahiran tertentu. Peluang memberikan bimbingan boleh berlaku semasa interaksi informal

dengan pelajar. Guru sebagai pembimbing berperanan untuk menyemai minat dan motivasi

terhadap mata pelajaran akademik supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Di samping itu juga, guru juga berperanan untuk membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan

dan kelemahan diri, minat dan kecenderungan diri terhadap bidang yang diceburi, sesuai

dengan minat agar bakat dan potensi dapat dikembang. Hal ini dapat dilihat sejajar dengan

aspirasi murid yang pertama iatu pengetahuan.

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang

guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang

(1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial

yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di

dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru

juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru

harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan

sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama

dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan dalam pada masa yang sama

berusaha untuk mencapai nilai aspirasi terhadap perkembangan murid.

Page 5: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Sebagai seorang guru profesional, guru juga turut berperanan sebagai agen perubahan.

Melalui peranan inilah aspirasi murid akan dapat dicapai dengan membantuk kemahiran

pengetahuan dan kemahiran berfikir di samping mereka mencapai identiti nasional.

Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adil terhadap

pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih

mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah

tanpa mengambil bayaran. Di samping itu, guru mesti menunjukkan contoh berpakaian,

pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada itu guru

hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses

pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya

Guru juga perlu memastikan pengajaran dalam bilik darjah ditukar daripada pengajaran

aktif kepada fasilitator aktif. Pembelajaran murid menjadi inti pati terpenting dalam setiap sesi

interaksi antara guru dengan murid. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan

kerangka minda dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka minda

yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan serta bersedia untuk terus

berkembang.

Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam bilik darjah

semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen perpaduan dan integrasi nasional dalam

kalangan murid. Menerusi kepimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina atmosfera

sosial yang sihat bagi menggalakkan interaksi pelbagai hala antara murid berbilang kaum, latar

belakang, dan budaya bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat

dibanggakan.

Kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran telahpun berubah

daripada berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi satu elemen pentaksiran yang penting dalam mengukur

keberhasilan murid. Guru juga berperanan menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan

berakhlak ke arah kemenjadian murid selaras dengan aspirasi dalam PPPM 2013 - 2025.

Sejajar dengan itu, guru perlu mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat

menghasilkan penilaian yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala

tuju masa hadapan murid.

Page 6: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Kita perlu yakin bahawa ramai guru yang begitu berpengalaman dalam bidang

keguruan, namun tuntutan pada abad ini memerlukan idea baharu untuk meningkatkan

profesionalisme diri. Lantaran itu, guru seharusnya mengaplikasikan konsep pembelajaran

sepanjang hayat, menghindari sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba

ilmu dan kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya sendiri agar

aspirasi murid itu tercapai dengan jayanya. Sudah tiba masanya kita mengenepikan segala

perbezaan yang menjadi punca diskriminasi dan prejudis. Guru perlu sentiasa menonjolkan sifat

bertanggungjawab sebagai wahana penyatu bangsa yang sentiasa menyeimbangkan neraca

keadilan untuk memastikan setiap anak murid menerima pendidikan berkualiti.

Kementerian Pendidikan telah menyediakan laluan kerjaya terbaik untuk guru. Bagi

memastikan laluan ini bersesuaian dengan keperluan semasa, maka Pelan Pembangunan

Profesionalisme Berterusan (PPPB) telah dibangunkan. Pelan ini bertujuan untuk

melengkapkan pembangunan pofesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan

pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin

sekolah serta memperkasakan profesion keguruan.

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai

dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah

meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini

memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh

cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh

setiap murid yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan

bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan

terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia

memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains

dan Matematik.

Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan

mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan

berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab

membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan

sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian

tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih

efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden di samping melengkapkan diri

Page 7: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan

berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan

dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan

maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah

(KSSR) menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah.

Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar

bebentuk visual.

Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu

mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai

dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh

bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan

kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan

negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan

pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa

akan datang.

Kaum guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas

bimbingan dan tunjuk ajar guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis

dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang

Perdana Menteri, doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa

yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada

tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan

melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan

negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan

berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri

sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

Page 8: Document1

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

6.0 RUMUSAN

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam

merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang

lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah

bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,

mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan

mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad

bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan

Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak

manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.