document1

12
JENIS-JENIS MAKNA DALAM SEMANTIK TUGASAN 2 TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA (KARZ DAN FODOR) BML 3083 : SIMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU TUGASAN A BIL PERKARA CATATAN 1a 1.0 TUGASAN A. PENGENALAN 1.1 JENIS-JENIS MAKNA SECARA UMUM 2.0 MAKNA LEKSIKAL. 3.0 MAKNA GRAMATIKAL. 4.0 MAKNA KONTEKSTUAL. 5.0 MAKNA REFERENSIAL. 6.0 MAKNA ASOSIATIF 7.0 KESIMPULAN 8.0 RUJUKAN TUGASAN B BIL PERKARA CATATAN 1.0 PENGENALAN 2.0 TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA 3.0 PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI MENGANALISIS KOMPONEN MAKNA KATA 'BACHELOR'. 4.0 RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA 'BACHELOR' 5.0 CONTOH PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA. 5.1 PERKATAAN ‘ HULU ‘ 5.2 PERKATAAN ‘KUMBANG 5.3 PERKATAAN ‘ HAJI‘ 5.4 PERKATAAN ‘ PERANG' 5.5 PERKATAAN ‘ KIPAS' 6.0 KESIMPULAN 7.0 RUJUKAN 1.0 PENGENALAN.

Upload: asus

Post on 09-Feb-2016

245 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document1

JENIS-JENIS MAKNA DALAM SEMANTIK TUGASAN 2 TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA (KARZ DAN FODOR)

BML 3083 : SIMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

TUGASAN  ABIL PERKARA CATATAN1a1.0

TUGASAN A.PENGENALAN1.1 JENIS-JENIS MAKNA SECARA UMUM

2.0 MAKNA LEKSIKAL.3.0 MAKNA GRAMATIKAL.4.0 MAKNA KONTEKSTUAL.

5.0 MAKNA REFERENSIAL.6.0 MAKNA ASOSIATIF7.0 KESIMPULAN8.0 RUJUKAN

TUGASAN  BBIL PERKARA CATATAN1.0 PENGENALAN2.0 TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA3.0 PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI

MENGANALISIS KOMPONEN MAKNA KATA 'BACHELOR'.

4.0 RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA 'BACHELOR'5.0 CONTOH PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU

DENGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.

5.1 PERKATAAN  ‘ HULU ‘5.2 PERKATAAN  ‘  ‘KUMBANG5.3 PERKATAAN  ‘ HAJI‘5.4 PERKATAAN  ‘ PERANG'5.5 PERKATAAN ‘ KIPAS'

6.0 KESIMPULAN7.0 RUJUKAN

Page 2: Document1

1.0       PENGENALAN.1.1       JENIS-JENIS MAKNA SECARA UMUM.1.1.1    Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan.  Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa.  Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya.  Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.1.1.2    Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen iaitu komponen kata, komponen makna dan komponen rujukan.1.1.3    Jenis-jenis makna memaparkan bahawa makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:-A.        Makna leksikal adalah  Makna denotatif/ tersurat ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna lesikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Ia menyatakan makna yang dimiliki atau ada pada leksem meski tanpa konteks  apapun.Contoh : Krauon : Sejenis alat lukisan yang menggunakan warna lilin..B.         Makna gramatikal  adalah unsur makna yang baru ada kalau terjadi proses gramatikal seperti afiksasi, reduplikasi, komposisi atau kalimatisasi.Berazam : Melakukan tekad janji berbentuk pencapaian..C.        Makna kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada dalam satu konteks.Misalan kata gugur dalam berbagai konteks:Duan pokok itu gugur kerana musim panas.Enam orang anggota tentera telah gugur semasa mempertahankan negara.D.        Makna Referensial merujuk kepada makna yang mempunyai referen atau acuan dan sebaliknya merujuk jua kepada makna yang tidak mempunyai rujukan.i.. Makna mempunyai referensial; bola, beg, kereta.ii. Makna Non Referensial : kata sendi iaitu lalu, kerana.E.         Makna Denotatif adalah makna asli, makna asal , makna sebenarnya yang dimiliki leksem.Contoh : langsing, tegap, helang.F.         Makna Konotatif adalah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang berhubungan dengan nilai rasa dari orang yang mengunakan makna tersebut. Umpamanya keldai, rusa, kijang.G.        Makna Konseptual adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata tersebut dengan konsep. Umpamanya pangsapuri, landasan.H.        Makna Asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Umpamanya saga, lesu, lelah.2.0       MAKNA LEKSIKAL

Page 3: Document1

2.1       Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat.  Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut.2.2       Menurut John T. Jensen (1990:16).beliau menganggap leksikon hanya sebagi suatu senarai tentang apa yang tidak diramalkan tentang morfem salam sesuatu bahasa, dalam organnisasi dalaman terutamanya berdasarkan anggapan Bloomfield (1993:274) bahawa leksikon sebenarnya adalah hamparan tatabahasa,iaitu suatu senarai tentang ketaklanaran yang asas.2.3       Contoh  makna leksikal “rumah” ialah sejenis tempat tinggal. Penjelasan ayat:.Rumahnya besar dan cantik.Rumah sukan saya ialah rumah biru.Dalam ayat (2) “ rumah” tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa membawa makna kumpulan atau pasukan2.4       Perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarianmemiliki makna lesikal , kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna gramatis.  Walaubagaimana pun, apabila imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata dasar tersebut.3.0       MAKNA GRAMATIKAL3.1       Makna gramatikal adalah makna struktural yang muncul sebagai akibat hubungan antara unsur-unsur gramatikal dalam satuan gramatikal yang lebih besar. Umpama hubungan morfem dan morfem dalam kata, kata dan kata lain dalam frasa atau klausa, frasa dan frasa dalam klausa.

3.2       Bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan maknanya melalui pelbagai proses seperti proses penyisipan, pengulangan, pemajmukan dan pengimbuhan. Dengan melalui pelbagai proses yang hanya terdiri daripada beberapa kata, huruf, atau bunyi dengan jumlahnya yang terhad malah dapat memberikan makna yang lengkap dan tepat. . Penjelasan pengembangan makana adalah seperti:A         Pemajmukan atau penggabungan. Menurut Abdullah Hassan (2002: 11) pula, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih, tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan.B.         Pengimbuhan. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran ataupun apitan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar.C.        Penyisipan. Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar.D.        Pengulangan atau Penggandaan. terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan, 1993: 49).

Page 4: Document1

Walaupun kata, huruf dan bunyinya terbatas dan jumlahnya terhad, namun penutur jati atau orang Melayu dapat membezakan maknanya.3.3       Djajasudarma (1993) lebih lanjut menjelaskan makna gramatikal yang merupakan bandingan bagi makna leksikal. Makna gramatikal (bahasa Inggris grammatical meaning, functional meaning, structural meaning, internal meaning) adalah makna yang menyangkut hubungan intra  bahasa, atau makna yang muncul sebagai akibat berfungsinya sebuah kata didalam kalimat. Di dalam semantik makna gramatikal dibedakan dari makna  leksikal. Makna leksikal dapat berubah ke dalam makna gramatikal secara operasional.Menurut Darwis Harahap (1994: 49), gramatikal membawa maksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan.

4.0       MAKNA KONTEKTUAL4.1       Makna kata  didasarkan atas penunjukkan pada suatu hal di luar bahasa.Contoh berikut secara konseptual bermakna sama, tetapi secara asosiatif bernilai rasa yang berbeda.

a. wanita = perempuanb. gadis = perawanc. kumpulan = rombongan = geromboland. karyawan = pegawai = pekerja

4.2       Makna Kontekstual adalah berkaitan dengan atau menurut konteks. Abdullah Yusof,  Alias  Mohd Yatim & Mohd Ra’in Shaari (2009) menyatakan makna kontekstual adalah sebagai makna  makna  sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Oleh itu, kontekstual ialah makna yang ditentukan konteks pencapaiannya.4.3       Djajasudarma (1993) mengenai makna kontektual adalah:Itu majalah saya .Saya baca, majalah saya.5.0       MAKNA REFERENSIAL5.1       Makna Referensial : perkataan yang mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.5.2       Makna referensial (referential meaning) adalah makna  bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia di luar bahasa (objek atau gagasan), dan yang dapat dijelaskan oleh analisi komponen; juga disebut denotasi; lawan dari konotasi (Kridalaksana, 1993: 133).5.3       Djajasudarma (1993), menjelaskan makna referensial adalah makna yang berhubungan langsung dengan kenyataan atau referent (acuan), makna referensial disebut juga makna kognitif, karena memiliki acuan. Makna ini memiliki hubungan dengan konsep, sama halnya dengan makna kognitif. Makna referensial memiliki hubungan dengan konsep tentang sesuatu yang telah disepakati bersama oleh masyarakat .

Page 5: Document1

5.4       Makna refrensial lazimnya dipandang sebagai sifat kata. Kata kek memiliki makna tertentu, akan tetapi selain dari makna tersebut, kata kek memiliki sifat yang namanya referensi, yaitu kemampuan kata kek untuk mengacu pada benda tertentu atau referen.6.0       MAKNA ASOSIATIF6.1       Makna kiasan atau asosiatif adalah makna kata yang didasarkan atas perasaan atau pikiran yang timbul pada penyapa dan manusia yang disapa. Makna ini muncul sebagai akibat asosiasi perasaan pemakai bahasa terhadap leksem yang dilafalkan atau didengarnya.6.2       Makna kiasan (asosiatif) dibezakan atas makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna replektif, makna kolokatif, dan makna idiomatis. Asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan keadaan diluar bahasa.6.3       Menurut SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam fikiran  seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al.,2005) Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang.  Makna asosiatif ialah perkaitan ( antara satu dengan yang lain) ,perhubungan dan pertalian ( Kamus Linguistik, 1997 ).6.4       Contohnya perkataan ‘malaikat' dikaitkan dengan ‘ nilai baik ‘ bermaksud ciptaan tuhan yang hanya berbuat baik dalam kehidupannya.

7.0       KESIMPULAN7.1       Semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan pandangan. Perbincangan ilmu semantik  juga mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan,tindakan,proses atau benda.7.2       Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.7.3       Bahasa merupakan lemen digunakan dalam melakukan interaksi sosial. Maka lahir berbagai konsep tentang jenis-jenis makna yang mencakup makna dasar, tambahan, gaya bahasa, nafsi, ihaa’i, konotatif, stilistika, afektif, refleksi, koloaktif, konseptual, tematik, leksikal, gramatikal, kontekstual, referensial, non-referensial, denotatif, konotatif, asosiatif, makna kata, makna istilah, idiom, dan peribahasa8.0       RUJUKAN.Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

H.S, Widjono.2007. Bahasa Indonesia Mata Kuliah Pengembangan Kepribadian di Perguruan Tinggi. Jakarta: PT Grasindo

Page 6: Document1

Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. 1988. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

TUGASAN B1.O      PENGENALAN.1.1       Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.1.2       Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan.  Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa.1.3       Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna dan morfem yang membentuknya.  Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.1.4       Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti  dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.1.5       Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat  ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.1.6       Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.1.7       Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.2.O      ANALISIS KOMPONEN  MAKNA.2.1       Teori Analisis Komponen Makna diasaskan oleh Karz dan fodor.Teori analisis komponen makna ini mengkaji kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.Analisis komponen makna adalah sutu rujukan tatacara yang terarah dalam keadah kajian. Idea  dan ini merupakan usaha pertama menerapkan kaedah analisis komponen makna ke

Page 7: Document1

dalam kerangka tatabahasa transformasi. Idea ini dipelopori oleh Katz dan Fodor dan diperluas oleh Kackson (1988) dan John Lyons ( 1995).2.2       Menurut Wahyu Sandayana (2008 ) Analisis dalam kajian semantik leksikal tentu cukup menonjol mengingat manfaatnya yang cukup beragam dalam mengkaji makna kata dan hubungan makna antarakata dalam sesuatu bahasa.2.3       Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau  - . Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut.Katakanlah kita mempunyai fitur kata nama seperti bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa. Bagi benda seperti binatang,kita berikan fitur + bernyawa. Oleh yang demikian, kita tentukanlah semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan ( Abdullah Hassan,2005: 247)2.4       Tentang analisis makna ini, Howard Jackson (1988: 90 ) menekankan bahawa

a. perlu mengingatkan diri kita sendiri tentang alasan kita memilih komponen semantikb. memilihnya untuk tujuan mendiskriminasi makna antara leksem yang berada dalam domain

semantik yang sama.

2.5       Penggunaan fitur semantik dapat penjelaskan beberapa elemen umpamanya, manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki sebagai + manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan – dewasa. Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan [+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara [+manusia, -jantan,-dewasa].  Dalam hal binatang pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan fitur semantik seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[-manusia, +jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [ -manusia,-jantan,-dewasa]. Berdasarkan penjelasan ini, bolehlah kita rumuskan bahawa setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh disenaraikan untuk dihuraikan.3.0       PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI MENGANALISIS KATA ' '3.1       Analisis menurut komponen ini ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitari atau sebagai satu unit tetapi sebagaikomponen-komponen yang kompleks. Misalnya makna datuk, bapa, dan anak dapat dijelaskan dengan menganalisis beberapa komponen, umpamanya:.

a) i.`datuk’ adalah lelaki, bapa kepada ....... dan juga anak kepada....b) ii.`bapa’ adalah lelaki ,anak kepada ....... dan ibu kepada........c) iii.`anak’ adalah lelaki / perempuan, bayi/ kanak-kanak/ dewasa, anak kepada ......

Page 8: Document1

3.2       Kaedah yang diperkenalkan oleh Jacobson digunakan untuk melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu set kata. Keadah ini mengukuhkan lagi penjelasan tersebut kita lihat contoh dengan tanda yang betul.Perbandingan yang mudah terlihat tumbuhan  dinyatakansebagai  fitur(+) bernyawa kerana ianya hidup manakala perabot dinyatakan sebagai fitur(-) bernyawa kerana ianya tidak hidup.3.3       Analisis komponen lazimnya adalah berdasarkan satu sistem binari, di manasesuatu komponen makna atau fitur itu ada (+) atau tiada (-) bagi mendefinisikan katatersebut. Bagi menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda + atau tanda -. Tanda + membawa makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya.Tanda – pula bermakssud fitur tidak wujud bagi perkataan tersebut. Umpamanya:Tumbuhan  +  bernyawaPerabot   –   bernyawaMaka satu kata dalam sesuatu medan semantik yang sama dapat dibezakan daripada kata yang lain dalam medan yang sama.

Bachelor

(noun)

    (human)                                                                                              (animal)                                                                                                                                          

                                                                                                                         (male)

(male)                   (who has the first or lowestacademic degree)                             (young)

                                                                                                             (who has never married)     (young knight serving                         (Fur seal when without mate

                                   under the standard                              during the breeding)                                    of another knight)

Rajah: Analisis Komponen Kata ‘bachelor’

4.0       PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FADOR DALAM MENGANALISIS KOMPONEN BAGI KATA 'BACHELOR'.4.1       Bertepatan rajah di atas, dapatlah dihuraikan iaitu kata `bachelor’ tergolong dalam golongan kata nama (noun) yang dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat utama fitur iaitu manusia (+human) dan fitur haiwan (+ animal).4.2       Kata `bacheolar’ yang dikelompokkan dalam fitur manusia (+human) mempunyai tiga kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu :

Page 9: Document1

(a)Lelaki (+male) perwira muda(b)Lelaki (+male) lelaki yang belum berumah tangga(c)Lelaki (+male) pemegang ijazah pertama4.3       Sekiranya `bachelor’ yang dipilih fitur lelaki (+male) pahlawan muda, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah :(a)`bachelor’ : [+noun, +human, +male, -male, -married, -animal, +young knight, -who has the lowest academis degree]Bagi `bachelor’ yang dipilih adalah lelaki yang belum berumah tangga, maka komponen makna yang perlu dimasukan ialah :(b)`bachelor’: [+noun, +human, +male, -male, -married, -animal,-young knight, -who has the lowest academis degree]Kemudianya `bachelor’ yang merujuk kepada pemegang ijazah pertama yang mempunyai komponen makna seperti berikut :(c)`bachelor’:[=noun ,+human, +/-married, -animal, -young knight, +who has the lowest bacademis degree]Akhirnya `bachelor’ yang merujuk haiwan (+animal), komponen makna yangdimasukkkan ialah :(d)`bachelor’:[+noun, -human, +male, -married, -young knight, -who has the lowest academic degree, +young fur seal without mate during breeding]

5.0       CONTOH PERKATAAN DALAM BAHASA MLAYU DNGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.

5.1       Perkataan ‘Hulu’Perkataan ‘hulu’ mampu dimaksudkan dengan istilah:

a) .Hulu tempat kampungb) .Hulu merujuk kepada orangc) .Hulu benda parangd) .Hulu tempat sungai