document1

4
1.0 PENDAHULUAN Program Kemahiran Mengira (PROTIM) merupakan satu program yang dilaksanakan kepada murid yang belum menguasai kemahiran mengira di Tahun 4 dan tahun 5. Ia dilaksanakan mulai Mac 2010 disemua sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas dua bulan murid berada di tahun 4 dan tahun 5, kesemua murid disekolah rendah akan menduduki Ujian Diaknostik yang dipanggil Praujian PROTIM Tahun 4 dan Praujian PROTIM Tahun 5. Bagi murid yang tidak melepasi skema yang ditetapkan, murid tersebut mesti mengikuti kelas PROTIM yang akan dilaksanakanselepas pelaksanaan praujian dianalisis. Bagi yang melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut akan mengikut kelas seperti biasa. 2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid Tahun 4 dan Tahun 5 menguasai kemahiran asas mengira. 2.2 Objektif program: pada akhir program pemulihan kemahiran mengira, murid dapat: 2.2.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000; 2.2.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000; 2.2.3 Menguasai operasi tolak dalam lingkungan 10 000; 2.2.4 Menguasai fakta asas darab; 2.2.5 Menguasai fakta asas bahagi. 3.0 KANDUNGAN PROGRAM 3.1 Pengenalan 3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan modul. BPK menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asas untuk diikuti oleh murid. 3.1.2 Penilaian dijalankan diakhir setiap unit pembelajaran untuk menilai pencapaian murid. 3.1.3 Aktiviti mengira yang dijalinkan dalam modul bertujuan meningkatkan minat murid terhadap matematik. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahan pemulihan M3 untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat. NOTA: Modul yang diguna pakai ialah modul PROTIM yang telah diedarkan ke sekolah pada Tahun 2008. 3.2 Kandungan Modul PROTIM Unit 1: Nombor bulat hingga 10 000 * Membilang

Upload: shalu-shetty

Post on 17-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RRGR

TRANSCRIPT

Page 1: Document1

1.0 PENDAHULUAN

Program Kemahiran Mengira (PROTIM) merupakan satu program yang dilaksanakan kepada murid yang belum

menguasai kemahiran mengira di Tahun 4 dan tahun 5. Ia dilaksanakan mulai Mac 2010 disemua sekolah rendah

Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas dua bulan murid berada di tahun 4 dan tahun 5, kesemua murid disekolah

rendah akan menduduki Ujian Diaknostik yang dipanggil Praujian PROTIM Tahun 4 dan Praujian PROTIM Tahun 5.

Bagi murid yang tidak melepasi skema yang ditetapkan, murid tersebut mesti mengikuti kelas PROTIM yang akan

dilaksanakanselepas pelaksanaan praujian dianalisis. Bagi yang melepasi skema yang ditetapkan murid tersebut

akan mengikut kelas seperti biasa.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid Tahun 4 dan Tahun 5 

      menguasai kemahiran asas mengira.

2.2 Objektif program: pada akhir program pemulihan kemahiran mengira, murid dapat:

      2.2.1 Mengenal nombor bulat hingga 10 000;

      2.2.2 Menguasai operasi tambah dalam lingkungan 10 000;

      2.2.3 Menguasai operasi tolak dalam lingkungan 10 000;

      2.2.4 Menguasai fakta asas darab;

      2.2.5 Menguasai fakta asas bahagi.

3.0 KANDUNGAN PROGRAM

3.1 Pengenalan

      3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran dalam program ini menggunakan modul. BPK 

               menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asas 

               untuk diikuti oleh murid.

      3.1.2 Penilaian dijalankan diakhir setiap unit pembelajaran untuk menilai 

               pencapaian murid.

      3.1.3 Aktiviti mengira yang dijalinkan dalam modul bertujuan meningkatkan minat 

               murid terhadap matematik. Sekolah digalakkan mengadakan perkhemahan 

               pemulihan M3 untuk meningkatkan motivasi murid yang terlibat.

NOTA: Modul yang diguna pakai ialah modul PROTIM yang telah diedarkan ke  

            sekolah pada Tahun 2008.

3.2 Kandungan Modul PROTIM

      Unit 1:  Nombor bulat hingga 10 000

                   * Membilang

                   * Nilai tempat

                   * Pembundaran

Page 2: Document1

      Unit 2:  Tambah dalam lingkungan 10 000

                   * Tambah dalam lingkungan fakta asas

                   * Tambah dua nombor hingga 4-digit

      Unit 3:  Tolak dalam lingkungan 10 000

                   * Tolak dalam lingkungan fakta asas

                   * Tolak dalam lingkungan 10 000

      Unit 4:  Pendaraban

                   * Darab dalam lingkungan fakta asas

                   * Darab 2-digit dan 1-digit

                   * Darab 3-digit dan 1-digit

                   * Darab 2-digit dan 2-digit

                   * Darab melibatkan 10, 100 dan 1000

      Unit 5:  Pembahagian

                   * Bahagi dalam lingkungan fakta asas

                   * Bahagi hingga 4-digit dengan 1-digit

                   * Bahagi hingga 4-digit dengan 2-digit 

                   * Bahagi melibatkan 10, 100 dan 1000

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN

 4.1  Sekolah

        Program ini akan dilaksanakan di sekolah rendah bagi seluruh negara.

4.2  Pengurusan PROTIM

      4.2.1  Jawatankuasa pelaksanaan PROTIM perlu ditubuhkan diperingkat sekolah:

                Penasihat: Guru Besar

                Pengerusi 1: Penolong Kanan Kurikulum/Penyelia Petang

                Setiausaha: Ketua Panitia Matematik

                Ahli: Semua Guru Matematik

                        Guru Pemulihan

      4.2.2  Fail yang berkaitan perlu diwujudkan dan dikemaskini.

4.3  Penentuan Murid

       4.3.1 Pengenalpastian murid Tahun 4 dan Tahun 5 yang terlibat dalam program ini 

                berdasarkan cadangan guru. Guru diminta menyenaraikan murid yang 

                dikenalpasti belum menguasai kemahiran mengira berdasarkan pemerhatian

                di dalam kelas, laporan guru mata pelajaran serta pencapaian murid 

                berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal.

       4.3.2 Murid yang dikenalpasti akan menduduki Praujian PROTIM. Praujian ini 

                diadakan untuk mengesahkan tahap penguasaan mengira murid berkenaan.

       4.3.3 Murid yang mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-mana bahagian

                praujian perlu mengikuti PROTIM.

Page 3: Document1

4.4  Guru

       Guru yang menjalankan program ini ialah guru Matematik yang terpilih dan dibantu

       oleh guru pemulihan.

4.5  Pelaksanaan

       4.5.1 Jangkamasa program adalah mulai bulan Mac hingga Oktober.

       4.5.2 Secara prinsip PROTIM dijalankan pada waktu Matematik. Walau 

                bagaimanapun sekolah digalakkan untuk menjalankan program ini dalam

                waktu pembelajaran di sekolah. Pentadbir sekolah boleh membuat

                pengubahsuaian dalam menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk

                melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya mencapai 

                matlamat.

       4.5.3 Pembentukan kelas dan pengajaran dimulakan sebaik sahaja dapatan

                Praujian PROTIM diperolehi.

       4.5.4 Pascaujian PROTIM akan dijalankan selepas murid mengikuti kelas PROTIM

                bagi mengenalpasti tahap baru penguasaan kemahiran asas mengira.

4.6  Panduan dan Pelaksanaan Praujian/Pascaujian PROTIM

       4.6.1 Ada empat bahagian iaitu Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi. Setiap bahagian

                mengandungi 10 soalan.

       4.6.2 Jumlah keseluruhan markah kemahiran mengira ialah 40.

       4.6.3 Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas.

       4.6.4 Guru tidak dibenarkan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan.

       4.6.5 Setiap soalan mewakili 1 markah.

       4.6.6 Skor markah ialah:

                # Setiap bahagian: 8 - 10 markah murid menguasai kemahiran

                    mengira bagi bahagian tersebut.

                 # Keseluruhan:32 - 40 markah murid menguasai keseluruhan 

                     kemahiran mengira.

       4.6.7 Guru diminta memasukkan analisis pencapaian murid secara 

                individu bagi ujian pra/pascaujian dalam borang 1 bagi Tahun 4

                dan borang 3 bagi Tahun 5 (Borang 1 dan borang 3 untuk 

                simpanan dan rujukan sekolah).

       4.6.8 Guru diminta memasukkan skor pencapaian murid di sekolah dalam

                borang 2 bagi Tahun 4 dan borang 4 bagi Tahun 5 (Borang 2 dan 

                borang 4 untuk diserahkan kepada PPD dan seterusnya ke JPN).

Page 4: Document1

       4.6.9 Segala maklumat pencapaian murid hendaklah dihantar ke PPD 

                mengikut tarikh yang ditetapkan.

4.7  Pihak yang terlibat

       Program ini diterajui oleh BPK dan dibantu oleh JPN, PPD dan Guru Besar

       sekolah-sekolah berkenaan.

4.8  Pemantauan

       Pemantauan pelaksanaan dijalankan oleh Pegawai BPK, JPN, PPD dan 

       Pentadbir Sekolah.

5.0 KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISA DATA

5.1  Serahan Data Praujian dan Pascaujian

       Data Praujian dan Pascaujian adalah berdasarkan format yang disediakan 

       oleh BPK. Pengumpulan data dan laporan perlu diserahkan kepada pihak 

       JPN masing-masing melalui PPD mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

       Salinan data dan laporan (softcopy dan hardcopy) perlu diserahkan 

       bersama. Seterusnya pihak JPN akan menyerahkan data dan laporan 

       kepada BPK.