document1

2
1- Kata-kata aluan 2- Saya selaku pengetua Maahad al-Abbasiah tanpa campur tangan atau dorongan daripada orang lain berpendirian, saya tegaskan sekali lagi tanpa campur tangan daripada orang lain bahawa saya belum bersedia dengan pelaksanaan sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan. 3- Pendirian saya ini disebabkan beberapa faktor iaitu untuk mempertahankan wakaf orang yang terdahulu. Andai kata , sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan maka amanah yang telah kami pegang selama ini akan saya khianati. Jika sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan, berdasarkan akta pendidikan 1996, kuasa akan terletak kepada menteri. Sebarang lantikan guru mahupun kakitangan sekolah yang lain semuanya akan tertumpu kepada kuasa menteri. Oleh sebab itu, untuk menjaga wakaf dan amanat orang dahulu, saya dengan ini tegas dan berdiri dengan pendirian saya untuk menolak menjadi sekolah bantuan kerajaan. 4-Selain itu, sekolah Maahad Abbasiah ini juga menjadi sekolah alternative kepada penduduk tempatan mahupun penduduk luar untuk meneruskan pendidikan anak-anak mereka yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke mama- mana. Jika maahad Abbasiah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan, maka akan berlaku tapisan untuk kemasukan pelajar ke sekolah. Oleh itu, bagaimana dengan nasib anak-anak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran? Di manakah keadilan? Untuk pengetahuan, sekolah ini

Upload: khazinatul-asrar

Post on 17-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1- Kata-kata aluan2- Saya selaku pengetua Maahad al-Abbasiah tanpa campur tangan atau dorongan daripada orang lain berpendirian, saya tegaskan sekali lagi tanpa campur tangan daripada orang lain bahawa saya belum bersedia dengan pelaksanaan sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan. 3- Pendirian saya ini disebabkan beberapa faktor iaitu untuk mempertahankan wakaf orang yang terdahulu. Andai kata , sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan maka amanah yang telah kami pegang selama ini akan saya khianati. Jika sekolah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan, berdasarkan akta pendidikan 1996, kuasa akan terletak kepada menteri. Sebarang lantikan guru mahupun kakitangan sekolah yang lain semuanya akan tertumpu kepada kuasa menteri. Oleh sebab itu, untuk menjaga wakaf dan amanat orang dahulu, saya dengan ini tegas dan berdiri dengan pendirian saya untuk menolak menjadi sekolah bantuan kerajaan.4-Selain itu, sekolah Maahad Abbasiah ini juga menjadi sekolah alternative kepada penduduk tempatan mahupun penduduk luar untuk meneruskan pendidikan anak-anak mereka yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke mama-mana. Jika maahad Abbasiah ini menjadi sekolah bantuan kerajaan, maka akan berlaku tapisan untuk kemasukan pelajar ke sekolah. Oleh itu, bagaimana dengan nasib anak-anak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran? Di manakah keadilan? Untuk pengetahuan, sekolah ini membuat penerimaan pelajar secara terbuka. Samada keputusan pelajar rendah, sederhama mahupun tinggi. Kami juga Berjaya melahirkan beberapa pelajar cemerlang dan membentuk pelajar kearah yang lebih baik. Jadi, kenapa perlu djadikan kami sebagai sekolah bantuan kerajaan jika kami mampu berdiri sendiri dan membawa kejayaan kepada para pelajar.5- Saya tidak mahu berucap panjang kerana saya akan dianggap mempengaruhi guru-guru untuk menolak menjadi sekolah bantuan kerajaan ini. Saya percaya semua guru-guru di sini masih belum bersedia untuk menukarkan status sekolah ini. Wassalam.