document1

8
BAHAGIAN B: Tajuk Esei : Penerapan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT Merentasi Kurikulum Bahawa Melayu 1.0 Penerapan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT Merentasi Kurikulum Bahawa Melayu Berdasarkan kepada pengalaman yang dilaku oleh saya sendiri mendapati bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, guru- guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT ( Fairose, 2006 ) . Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ICT ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT . Lanjutan daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pengajaran adalah sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus dihanyut dan ditinggalkan oleh ilmu ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran

Upload: mohammad-sufry-bin-kadir

Post on 11-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

LLLL

TRANSCRIPT

BAHAGIAN B:

Tajuk Esei : Penerapan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT Merentasi Kurikulum Bahawa Melayu

1.0 Penerapan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT Merentasi Kurikulum Bahawa MelayuBerdasarkan kepada pengalaman yang dilaku oleh saya sendiri mendapati bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, guru-guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT (Fairose, 2006). Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ICT ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Lanjutan daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pengajaran adalah sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus dihanyut dan ditinggalkan oleh ilmu ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT (Suwamee, 2006). Dalam masa yang sama, guru-guru Bahasa Melayu harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran. Justeru, pengajaran secara tradisional yang berteraskan "chalk and talk" perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran baharu (Baharudin, 2005).

2.0Langkah Mempertingkatkan Penggunaan ICT Ketika Melaksanakan Kurikulum Bahasa Malayu

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ICT telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT (Hussin, 2008). Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya pada semua peringkat organisasi pendidikan (Ab. Malek, 2002; Hussin, 2008). Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.

2.1Kemahiran Guru Bahasa Melayu

Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT hanya sedikit ataupun terhad bagi sesebuah. Oleh itu bilangan guru dan juruteknik yang berkemahiran perlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan penggunaan baik dan berkesan (Ab. Malek, 2002). Guru bahasa Melayu perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ICT secara cekap dan efektif. Satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan bengkel atau kursus teknologi maklumat dan komunikasi ICT kepada guru bahasa Melayu (Hussin, 2008). Dengan adanya bengkel kemahiran ICT bagi para guru akan berupaya meningkatkan efikasi mereka dalam melaksanakan kurikulum bahasa Malayu.

2.2Membudayakan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi ICT Dalam Proses Pengajaran Dalam Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dapat meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku, kapur dan papan hitam (Ab. Malek, 2002). Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan (Mohd Khairuddin, 2005). Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar (Azwan et al,. 2005).

2.3Sikap Dan Minat Guru Bahasa Melayu

Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti profesional seseorang guru bahasa merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan (Fairose, 2006).

2.4Menggalakan Penciptaan & Inovasi

Pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam melaksanakan kurikulum bahasa Malayu. Selain itu, pertandingan mereka cipta kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu berkonsepkan inovasi juga perlu digalakkan kepada semua guru bahasa untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bidang ciptaan, seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian (Baharudin, 2005; Hussin, 2008).

2.5Rangsangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Kesan penting penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bahasa Melayu adalah murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi isi pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran (Baharudin, 2005).

3.0Aktiviti Penerapan ICT Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca, Menulis, Bertutur Dan Mendengar

Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas (Robiah et al.,2003; Samuel & Zaitun, 2007).

Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu, pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara (Zawawi, 2005). Program pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan bahasa Melayu yang mempunyai potensi untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran murid-murid yang mempunyai tahap dan pencapaian akademik yang rendah perlu diperluaskan penggunaannya (Ab. Malek, 2002; Mohd Khairuddin, 2005).

Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan bahasa Melayu sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangunan perisian kini, mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid (Mohd Jasmy & Ros, 2002). Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari (Robiah et al.,2003). Tujuan kita mendengar sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau pengetahuan daripada perkara yang didengar. Tidak kira siapapun penyampainya, yang pentingnya ialah orang tersebut mampu memberikan maklumat, memberi penjelasan tentang sesuatu yang bermakna kepada kita supaya kita lebih memahami hal tersebut..Begitu juga halnya dalam pembelajaran dan pengajaran mendengar lagu bahasa melayu di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan dengan menggunakan audio seperti mendengar lagu bahasa melayu. Caranya, pelajar perlu mendengar dan memberi fokus terhadap perkara yang diajarkan melalui lagu. Sekiranya ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi jawapan. Begitu juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran. Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakan bagi memperoleh maklumat yang dikehendaki.Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi, ilmu pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis. Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan. Misalnya, apabila kita membaca isi pembelajaran secara online di internet, tentunya kita tidak akan membaca perkataan demi perkataan, sebaliknya kita akan melakukan imbasan terhadap petikan yang terdapat dalam petikan internet tersebut (Mohd Jasmy & Ros, 2002). Skimming dilakukan 3 atau 4 kali lebih cepat daripada pembacaan normal. Kebanyakan orang melakukan pembacaan secara skimming apabila mereka mempunyai banyak bahan yang perlu dibaca dalam masa yang terhad. Kemahiran skimming wajar dikuasai pelajar supaya pelajar dapat menjimatkan masa ketika mencari maklumat atau informasi tertentu melalui pembacaan artikel di internet atau bacaan buku rujukan (Robiah et al.,2003). Skimming amat berguna kepada pelajar terutamanya ketika pelajar ingin mencari informasi melalui internet. Pelajar perlu membuat pembacaan secara skimming untuk melihat sama ada sesuatu bahan tersebut memenuhi keperluan pelajar atau berkaitan dnegan maklumat yang ingin diperoleh oleh pelajar.Tuntasnya, dengan menguasai kemahiran cara belajar sama ada dengan atau tanpa kehadiran guru, pelajar dapat memaksimumkan usaha dan mengoptimumkan pemerolehan ilmu pengetahuan . Dalam masa yang sama, penguasaan kemahiran cara belajar mampu membantu pelajar menggunakan masa secara berkesan. Bukan sahaja pelajar dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran pelajar sendiri serta cuba untuk mengatasinya namun yang lebih penting pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran

4.0Aktiviti-Aktiviti Bagaimana ICT Digunakan Dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekiranya Disediakan Dengan Perkakas, Peralatan Dan Kemudahan Yang Mencukupi

Penggunaan komputer dan perisian pendidikan bahasa Melayu secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri (Mohd Khairuddin, 2005).Komputer dan perisian pendidikan bahasa Melayu sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya. Jadikan komputer dan perisian pendidikan bahasa Melayu sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya (Rosnaini & Ruhizan 2004; Mohd Khairuddin, 2005).

Secara kesimpulanya, Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasiseperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.Akhirnya pelajar mampu membuat pembelajaran kendiri secara efektif bersesuaian dengan penekanan aspek pembelajaran sepanjang hayat oleh Kementerian Pelajaran.