document1

Upload: aisyah-nazifah

Post on 13-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

full esaimen..download all part k!

TRANSCRIPT

Bahagian A

Tujuan dan rasional kajian untuk membincangkan asas teoritis serta konsep-konsep asas pengajaan berkesan yang dapat dijadikan prinsip dan panduan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Tumpuan kajian adalah terhadap tajuk-tajuk berikut ; aliran teori huraian dan pembelajaan bahasa dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran, konsep-konsep asas dalam pengajaran dan pembelajaran, matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard dan hasil kajian sarjana tempatan tentang amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi Bahasa Melayu.Pada pendapat saya berdasarkan hasil kajian penulis, saya mendapati bahawa penggunaan pendekatan komunitif, pendekatan proses dan strategi koperatif Stad memberi kesan positif dan impak yang besar dalam pengajaran dan pembalajaran Bahasa Melayu. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berfokus kepada interaksi dan komunikasi di dalam bilik darjah. Pendekatan ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul untuk aktiviti komunikasi selain pembentukan tatacara berkesan dalam pengajaran dengan melibatkan keempat-empat kemahiran berbahasa. Pendekatan ini telah dibuktikan berkesan menerusi banyak kajian yang dijalankan dalam membantu pelajar mengatasi masalah kurang komunikasi (Das,1984; Littlewood, 1983; Dolled dan Willems,1989)Menurut Hymes (1971) di dalam buku Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu oleh Tuan Jah Tuan Yusof PHD dan Faridah Nazir PhD, kaedah komunikatif terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif. Menurut Cromer (1976); Schlesinger (1977), menerusi di dalam buku Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu oleh Tuan Jah Tuan Yusof PHD dan Faridah Nazir PhD, teori pembelajarannya pula adalah berlandaskan teori interaksi. Dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu telah mengemukakan satu eksperimen iaitu Eksperimen Halliday (1970) yang mana eksperimen tersebut dijalankan terhadap kanak-kanak. Eksperimen tersebut telah berjaya membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Menurut Halliday, bahasa digunakan untuk tujuan untuk mendapatkan sesuatu, mengawal tingkah laku orang lain, berinteraksi dan berhubung dengan orang lain, menyampaikan maksud, meluahkan perasaan, menyampaikan maklumat, dan mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.