15 tips kemanusiaan - kesesuaian pakaian di lapangan

18
15 TIPS HUMANITARIAN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA Kesesuaian Pakaian di Lapangan Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

Upload: shahrul-peshawar

Post on 16-Jul-2015

170 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

15 T

IPS H

UM

AN

ITA

RIA

N

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA

Kesesuaian Pakaian di Lapangan

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

Page 2: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

Apabila anda bergerak dalam Misi Bantuan, suka atau tidak, ada kod pakaian yang perlu diaplikasi. Ianya bertujuan untuk menjaga maruah dan nama baik organisasi disamping memberikan anda keselesaan, keselamatan dan juga perlindungan.

0

Page 3: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

1 Pakaian Rasmi Organisasi

Kami di MRA menggunakan kemeja ala uniform kilang dan juga T-Shirt. Kami sudah jarang memakai vest melainkan untuk para doktor semasa membuka Klinik Lapangan kami .

Page 4: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

2 Kalau beroperasi di kawasan banjir / taufan / bencana

Pertimbangkan untuk membawa kasut getah (kasut Pua Chu Kang) di kawasan yang lecak dan berair (lopak, paya, tepi sungai dan sewaktu dengannya).

Page 5: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

3 Pakailah penutup kepala. Topi, snow cap, ketayap, tudung, apa saja.

Elakkan kepala anda dari terdedah kepada panas dan bahang matahari, juga kepada air hujan dan kedinginan salju. Tapi di seseparuh komuniti memakai cap dilihat sebagai budaya Barat, adjustlah...

Page 6: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

4 Berkaca mata hitam di Lapangan

Di kawasan snow, anda memang diminta untuk berkaca mata hitam bagi mengelakkan snow blind. Tetapi apabila bersama di dalam majlis atau perbincangan bukan ditempat salji, adalah lebih baik anda membuka cermin mata itu. Eye contact sangat penting dalam komunikasi di lapangan.

Page 7: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

5 Sediakan baju hujan

Di kawasan yang dikenal pasti beriklim lembap dan bercuaca seperti di Malaysia, Menyediakan sehelai baju hujan amat membantu pergerakan. Memakai payung tidak begitu menjadi trend ngol

Page 8: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

6 Bawa stokin lebih

Anda kena sentiasa pastikan anda memakai stokin yang kering setiap kali memakai kasut Stokin dan kasut basah hanya menambahkan ketidakselesaan dan mungkin boleh menyebabkan perut sakit.

Page 9: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

7 Bawalah mafla untuk melindungi leher dan dari debu-debu kering. Mafla ini boleh digunakan juga untuk menutup kepala dan telinga, termasuk untuk jadi sejadah. Tapi sekiranya anda berada di zon konflik atau perang, janganlah pulak pakai Mafla tu ala-ala Mujahidin, itu cari penyakit.

Page 10: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

8 Bilangan Pakaian Bergantung kepada keadaan dan jangkamasa Misi. Kebiasaannya saya bawa 3 pasang baju 2 pasang seluar, sehelai kain, tuala mandi dan pakaian dalam secukup rasa. Cari fabrik yang ringan dan cepat kering kalau dicuci. Ianya juga bergantung kepada program yang diatur.

Page 11: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

9 Untuk Operasi yang melibatkan elemen search and rescue

Bawalah sarung tangan plastik atau getah yang boleh dicuci atau boleh dibuang sahaja

Page 12: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

10 Pemakaian pakaian tempatan

Lihat kepada sensitiviti dan penerimaan masyarakat setempat. Ada yang suka dan ada yang kurang gemar.

Page 13: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

11 Elakan berkongsi tuala mandi

Walaupun kecil sahaja tuala mandi itu lebih baik dari berkongsi. Makan boleh kongsi, tapi tidak pada tuala mandi.

Page 14: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

12 Bawa baju sejuk yang bersesuaian

Baju sejuk selalunya tebal dan berat. Jadi sebelum tiba di sesebuah lapangan itu, pastikan suhu yang bakal anda hadapi, sekarang kan lebih mudah untuk dapatkan maklumat.

Page 15: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

13 Tinggalkan VEST dalam misi banjir dan sewaktu dengannya

Kalau hujan berterusan dan banjir, memakai vest yang tidak kalis air adalah sangat tidak praktikal dan akan berkesudahan dengan anda akan demam.

Page 16: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

14 Pastikan penampilan anda sentiasa cool walaupun ditengah bencana

Jangan nampak serabai, selekeh, tak terurus, komot, kusut, busuk, masam… anda perlu sentiasa kelihatan bertenaga dan positif

Page 17: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

15 Pakailah pakaian yang menutup aurat, kemas dan sopan.

Ini lebih baik, di kawasan bencana kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan, kalau kena solat di tepi jalan, bawah jambatan, atas meja dan sebagainya.

Page 18: 15 Tips Kemanusiaan - Kesesuaian Pakaian Di Lapangan

Kesesuaian Pakaian di Lapangan 15 Tips Humanitarian