15 kesilapan dalam mendidik anak

Upload: azila-wati

Post on 06-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

islam

TRANSCRIPT

15 Kesilapan Dalam MENDIDIK Anak1. Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung.Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3:8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3:38) Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)Kurang berdoa semasa membesarkan anak.Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.4. Menegur mereka secara negatif Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra: Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata: Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang Seperti para ulama dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.12. Berrtengkar di depan anak-anak Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Cara-cara Atau Tips Mendidik Anak Dengan Betul

Anak kita adalah permata dalam sebuah keluarga.... Sememangnya anak adalah sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya jika nak banding dengan duit atau semua perkara yang lain.... Semua pasangan yang berkahwin inginkan anak.... Tapi ramai yang tidak mendidik anak itu dengan cara yang betul.... Inilah sedikit sebanyak cara-cara atau tips untuk mendidik anak dengan sebetulnya mengikut kaedah Islam....

Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa.... Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil...anak yang baru lahir... Hendaklah dibanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang... Jika nak yang lebih elok... Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak itu... Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci...Bukannya hiburan-hiburan terkini....Kekalkan kesucian anak kita semaksimum mungkin....

Pada tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun)....Hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan tanggungjawab.... Kena lebih tegas berkenaan disiplin dalam semua perkara.... tutur bicara...adap sopan... solat dan sebagainya.... Ramai yang tertinggal bab solat dalam lingkungan umur nie... Anggap anak tu masih kecil... Sedangkan masa nie lah dimestikan mengajar bab solat dan ilmu-ilmu kedisplinan yang lain....Ingat...dalam Islam..dibolehkan merotan anak jika anak itu tak nak solat selepas umur 10 tahun dengan cara yang betul....

Pada tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun.... hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang.... lebih kepada berkawan...bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah.... Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak.... Sebab mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri dari budak mentah kepada budak yang sudah ada kehidupannya yang tersendiri.... Tapi masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa.... Fikiran depa masih belum betul-betul matang dalam hal-hal yang memerlukan pengalaman dan yang lebih kompleks...

Pada tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas.... ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja.... Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka... Sepatutnya anak-anak pada masa nie...sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik berlandaskan agama... Itupun jika anak-anak itu sudah melalui semua peringkat didikan dengan berkesan dan teratur...

Jika ada tertinggal satu tahap pendidikan yang sepatutnya.... Mungkin anak-anak itu tidak matang atau tidak dapat berdikari dengan sebetulnya apabila sudah mencecah 21 tahun... Perlu ingat...segala didikan perlulah selari dengan tuntutan agama.... Tinggi melangit ilmu dunia...kalau rendah ilmu agamanya....Pun takkan jadi... Mungkin benda nie takkan dirasai ketika senang dan bahagia.... Tapi apabila timbul saja krisis atau masalah walaupun sedikit...Baru korang tahu betapa pentingnya ilmu agama.....

Jika inginkan kebahagiaan sehingga masuk ke usia tua... Jangan tinggalkan ilmu agama.. Didiklah anak kita tentang ilmu agama dan dunia dengan sama rata... Pada zaman kini....Bagi aku...Ilmu agama lebih penting dari ilmu keduniaan...Kerana cabaran dan dugaan persekitaran untuk anak-anak kita jauh lebih mencabar... Hiburan semakin berleluasa... Budaya kuning senang merebak ibarat air yang dicurah.... Negativiti menyelubungi seluruh dunia melebihi positiviti.... Hanya ilmu agama yang dapat selamatkan anak-anak kita...

Sesal kemudian tak berguna.... Itu jer ungkapan sesuai yang boleh dinyatakan di sini.... Sendiri buat...sendiri tanggung... Anak kita adalah permata yang perlu digilap dan dijaga dengan rapi.... Kalau tak dijaga... buruk padahnya.... Dan kena juga ingat.... jaga anak tak sama jaga haiwan peliharaan... Setakat bermain dan beri makan saja tak cukup... Perlukan bimbingan rohani dan jasmani....spiritual dan fizikal... barulah anak-anak itu kekal sebagai manusia yang boleh dipanggil khalifah di muka bumi nie.... Pesanan untuk aku juga... Insya Allah....;)

P/S: INGAT: Apa yang mak ayah dia buat...Itu ler yang ditirunya... Sopan kita...sopan la anak kita... Baik tutur bicara kita...baiklah mereka...Insya Allah..

:~)

Pesanan Buat Suami -Oleh Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami degil tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan