14871590 nota-sejarah-tingkatan-3-bab-4

7
BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN 4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1949 melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan antara Kaum. Pihak British memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika ingin mendapatkan kemerdekaan. Perkara ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. Orang Melayu diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Orang Cina diwakili Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah. Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam dan Penasihatnya ialah Sir Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Dalam rundingan yang dijalankan hampir dua tahun, UMNO telah mengemukakan memorandumnya mempertahankan ketuanan Melayu. CLC menolak tuntutan UMNO. Sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan ini, satu kompromi telah dibuat antara UMNO-CLC. Perkara penting yang telah dipersetujui:- a) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan. b) Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu. c) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan. d) Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar. Cadangan ini dilaksanakan selepas tahun 1951. Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaum

Upload: nadarajan04

Post on 10-Jun-2015

6.801 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14871590 nota-sejarah-tingkatan-3-bab-4

BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum

Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1949 melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan antara Kaum.

Pihak British memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika ingin mendapatkan kemerdekaan.

Perkara ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. Orang Melayu diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Orang Cina diwakili Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng

Lock. Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani

dan Eropah. Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam dan Penasihatnya ialah Sir Malcolm

Macdonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Dalam rundingan yang dijalankan hampir dua tahun, UMNO telah mengemukakan

memorandumnya mempertahankan ketuanan Melayu. CLC menolak tuntutan UMNO. Sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan ini, satu kompromi telah dibuat antara

UMNO-CLC. Perkara penting yang telah dipersetujui:-

a) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.b) Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.c) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran,

negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.d) Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar. Cadangan ini dilaksanakan selepas tahun 1951.

Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaum Beberapa buah parti politik ditubuhkan sebagai usaha untuk melahirkan perpaduan kaum. Antaranya ialah Independence of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara. Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara mengadakan Konferensi Nasional sebagai

uasaha melahirkan kerjasama politik. Kemudiannya, parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. Sementara itu, Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO dalam

Konvensi Nasional. Konferensi dan Konvensi Nasional adalah medan perbincangan parti politik untuk

mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum. Pedidikan alat perpaduan

Bagi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan di kalangan penduduk Tanah Melayu, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan.

Laporan ini memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan Tanah Melayu supaya setiap murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang sama.

Page 2: 14871590 nota-sejarah-tingkatan-3-bab-4

Cadangan Laporan Pelajaran Tanah MelayuLaporan Barnes 1951

Pendidikan sekolah rendah diwajibkan. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Laporan Fenn-Wu 1951 Menolak sistem pendidikan cadangan Laporan Barnes kerana mahu terus mengekalkan

sistem pendidikan vernakular Cina.Ordinan Pelajaran 1952

Pendidikan sekolah rendah adalah wajib. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Laporan Razak 1956 Mengadakan sistem sekolah umum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah. Mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil

dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan rendah adalah wajib. Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon. Mengadakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir

yang sama.

Laporan Razak 1956 menerima cadangan Laporan Barnes tetapi demi menjaga keharmonian politik, Laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular selama sepuluh tahun selepas merdeka.

Sekolah vernakular ini akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Dasar pendidikan kebangsaan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan pada tahun1961.

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Sistem ahli Diperkenalkan pada tahun 1951 untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam

pentadbiran Tanah Melayu. Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’afar dan disokong oleh pihak British dan

raja-raja Melayu. Dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1995.

Ciri-ciri Sistem Ahli Kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh

masyarakat. Anggotanya dikenali sebagai Ahli. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-

Raja Melayu. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan 4

orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3 daripadanya orang Melayu, seorang Cina dan seorang India.

Page 3: 14871590 nota-sejarah-tingkatan-3-bab-4

Antara Anggota Sistem Ahli Dato’ Onn Ja’afar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955) Dato’ Mahmud Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954) Tunku Yaakob AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan

Perhutanan (1951-1955) Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951-1955) Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)

Pada tahun 1955, wakil UMNO, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan wakil MCA, Tun H.S.Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu.

Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan CLC telah membuat cadangan melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran

supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Ia juga bermatlamat untuk mengelakkan golongan imigran supaya mereka mencurahkan

taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Kelonggaran Syarat Kerakyatan PersekutuanSecara Kuat Kuasa Undang-

UndangSecara Permohonan Secara Naturalisasi

- Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu.- Seseorang warganegara British Dan koloni-koloninya yang lahir di Negeri-Negeri Selat.

- Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan.

- Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut.

Syarat Kerakyatan Negeri 1951Secara Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan

- Orang Asli di negeri-negeri Melayu.- Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu.- Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.

- Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal.

Sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951 itu, Lembaga Pembangunan Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) telah ditubuhkan.

Pihak British telah menubuhkan RIDA dengan tujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu.

Penubuhan RIDA juga sebagai satu cara memujuk orang Melayu supaya bersetuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951.

Pembentukan Parti Perikatan

Page 4: 14871590 nota-sejarah-tingkatan-3-bab-4

Pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan akan melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum.

Pihak British menyokong kerjasama tersebut akan wujud suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin.

1952 Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur.

Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. pemimpin utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan

merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu.

1954 Konvensi Nasional diadakan. Perikatan UMNO-MCA dibentuk. Kerjasama ini diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi

memenangi pilihan raya negeri.1955 Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan.

Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pilihan Raya Majlis Bandaran

Sebelum merdeka, ahli-ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk bandar berkenaan.

Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951 untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri.

Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran telah diadakan di setiap bandar besar bagi seluruh negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada bulan Disember 1951.

Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum telah memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan.

Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur telah diadakan pada bulan Februari 1952.

Dalam pilihan raya ini, UMNO dan MCA telah menjalinkan kerjasama yang telah membolehkan UMNO-MCA mendapat 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran dan mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954.

Pilihan Raya Negeri Pilihan Raya Negeri yang mula diadakan pada tahun 1954 telah memberi peluang lebih

luas kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal memerintah. Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268

kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum

dalam politik tanah air.

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan Pihak British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya pada tahun 1954.

Page 5: 14871590 nota-sejarah-tingkatan-3-bab-4

jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil parti politik. Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ialah

sebanyak 100 kerusi. Daripada jumlah tersebut, jawatankuasa ini mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui

pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Peseruhjaya Tinggi British. Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut 3/5 ahlinya dipilih. Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London untuk memohon kepada kerajaan British

mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih, tetapi usaha beliau itu gagal. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan pada 27 Julai 1955. Sebelum pilihan raya diadakan, setiap parti politik telah mengadakan kempen pilihan

raya yang dimulakan selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955.

Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama : Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun. Mewajibkan pendidikan rendah. Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Menamatkan darurat. Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan.

Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap pilihan raya telah menunjukkan bahawa dasar kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa.