1424_kertas kerja bolasepak

13
Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013 KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLASEPAK ZON TAIPING TAHUN 2013 1.0 PENDAHULUAN Pertandingan ini disertai oleh murid sekolah rendah berumur bawah 12 tahun.Bermula pada 18.2.2013-20.2.2013, Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ). 2.0 MATLAMAT Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 Murid sekolah zon taiping yang berumur 12 tahun ke bawah 4.2 16 orang murid lelaki dari setiap sekolah 5.0 CADANGAN MINI SUKAN 5.1 Dijalankan selama 3 hari untuk permainan ini, dijalankan di 2 kawasan iaitu : i. Padang sk taiping-kumpulan B ii. Padang sk king Edward– kumpulan A 5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Taiping ke Peringkat Negeri 1

Upload: emy-hazril

Post on 17-Feb-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLASEPAK

ZON TAIPING

TAHUN 2013

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini disertai oleh murid sekolah rendah berumur bawah 12 tahun.Bermula pada 18.2.2013-20.2.2013, Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid sekolah zon taiping yang berumur 12 tahun ke bawah4.2 16 orang murid lelaki dari setiap sekolah

5.0 CADANGAN MINI SUKAN

5.1 Dijalankan selama 3 hari untuk permainan ini, dijalankan di 2 kawasan iaitu :i. Padang sk taiping-kumpulan Bii. Padang sk king Edward– kumpulan A

5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Taiping ke Peringkat Negeri

1

Page 2: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 Yuran penyertaan bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut :RM 150.00

7.0 PERBELANJAAN

7.1

Bil. Perkara Jumlah Catatan

1. Makanan dan minuman murid selama 3 hari RM 3.00x16

RM 144.00

2. Tuntutan perjalanan guru 3 orangx 5.00 selama 3 hari

RM 45.00

8.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN

Bilangan semua pemain untuk pertandingan termasuk simpanan ialah 16 orang. Peraturan-peraturan semasa pertandingan diberi kelonggaran untuk murid mengikut

persetujuan dari semua pihak.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad.

8.2 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan bola sepak zon Taiping

8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Peserta 16 orang ( setiap pertandingan )

2

Page 3: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

8.4 PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid lelaki di bawah umur 12 tahun zon Taiping. Setiap sekolah hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.

8.5 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Bahagian pertama 20 minit Rehat 5 minit

Bahagian kedua 20minit

8.6 SISTEM PERTANDINGAN

Liga Kumpulan

A . Pusingan Permulaan

pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B pertandingan dijalankan secara liga.

B. Pusingan Suku Akhir

i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang

sebagai kumpulan X1 dan X2

iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C. Pusingan Separuh Akhir

i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

3

Page 4: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola sepak secara Liga adalah seperti

berikut :-

Menang - 3 Mata

Seri - 1 Mata

Kalah - 0 Mata

8.7.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai

jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

diisytiharkan sebagai pemenang.

8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir

dan akhir :

i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa

sepenuh perlawanan.

ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan

4

Page 5: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran

Tengah berikutnya.

vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga

satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.

Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

i. Masa rehat

ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang

menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian

dan atau pertukaran posisi.

Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 16 pemain yang telah di daftarkan

9.2 Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan

permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.

Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya

5

Page 6: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang

terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke

gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

waktu rehat separuh masa.

9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas

waktu rehat separuh masa.

10.0 PAKAIAN

Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.

Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain.

Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.

Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

padang bola Sepak merujuk kepada peraturan asas FIFA dan diubah suai mengikut kesesuaian murid sekolah rendah.

12.0 KELEWATAN

Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 3-0.

Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain

6

Page 7: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.

Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di

posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua ratus Ringgit Sahaja)

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.

16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

7

Page 8: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan

disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

dimainkan semula.

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu

jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan

secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu.

17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan pertandingan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik - 2 buah

Papan skor - 1 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan

8

Page 9: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

21.0 LAMPIRAN

1. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan2. Borang Penyertaan Pertandingan3. Borang Senarai Nama Pasukan

LAMPIRAN 1

JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

NAMA PASUKAN

PASUKAN 1 PASUKAN 2 PASUKAN 3 PASUKAN 4 JUMLAH

PASUKAN 1

PASUKAN 2

PASUKAN 3

PASUKAN 4

JUMLAH

9

Page 10: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

Disahkan oleh,

……………………………………………………

LAMPIRAN 2

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………………………………………

NAMA GURU : …………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PEMBANTU : …………………………………………………………………………………………………………….

WARNA BIP/JERSI : …………………………………………………………………………………………………………….

BIL NAMA PESERTA NO. SURAT BERANAK POSISI

10

Page 11: 1424_Kertas Kerja bolasepak

Pertandingan bolasepak peringkat zon taiping(SKKB) 2013

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………….. ………………………………………….

LAMPIRAN 3

SENARAI NAMA PASUKAN

BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN

11