136982186 perbandingan pentaksiran berasaskan sekolah dalam matematik di malaysia dengan singapura...

22
PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN SINGAPURA DAN HONG KONG Nurhashimah binti Za’ba ABSTRAK Pentaksiran untuk pembelajaran adalah misi kerajaan dalam melaksanakan sistem PBS di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perbandingan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang dijalankan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Kajian ini mengandungi kaedah pelaksanaan PBS dan transformasi kurikulum sekolah di setiap negara. Secara keseluruhannya, Singapura dan Hong Kong masih berorientasikan peperiksaan awam di mana PBS menyumbang 15-40% daripada keseluruhan penilaian. Pentaksiran di Malaysia harus mengalami transformasi agar penglibatan pelajar lebih optimum dalam usaha memperbaiki pencapaian dan mengejar kemajuan negara. Perubahan dalam pentaksiran akan menjadikan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan negara luar. 1.0 PENDAHULUAN Malaysia yang merupakan sebuah negara sedang membangun giat berusaha dalam melakukan kemajuan dari segala aspek dan komponen pembangunan. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan negara seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini dan tidak terkecuali dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan negara mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan 1

Upload: saravanan-palanisamy

Post on 08-Apr-2016

109 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

TRANSCRIPT

Page 1: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM

MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN SINGAPURA DAN HONG KONG

Nurhashimah binti Za’ba

ABSTRAK

Pentaksiran untuk pembelajaran adalah misi kerajaan dalam melaksanakan sistem PBS di

sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perbandingan pentaksiran berasaskan

sekolah (PBS) yang dijalankan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Kajian ini

mengandungi kaedah pelaksanaan PBS dan transformasi kurikulum sekolah di setiap negara.

Secara keseluruhannya, Singapura dan Hong Kong masih berorientasikan peperiksaan awam

di mana PBS menyumbang 15-40% daripada keseluruhan penilaian. Pentaksiran di Malaysia

harus mengalami transformasi agar penglibatan pelajar lebih optimum dalam usaha

memperbaiki pencapaian dan mengejar kemajuan negara. Perubahan dalam pentaksiran akan

menjadikan sistem pendidikan di Malaysia setanding dengan negara luar.

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia yang merupakan sebuah negara sedang membangun giat berusaha dalam melakukan

kemajuan dari segala aspek dan komponen pembangunan. Pelbagai usaha telah dijalankan

bagi memperbaiki, mengekalkan dan meningkatkan kemajuan negara seiring dengan

perkembangan dunia pada masa kini dan tidak terkecuali dalam sistem pendidikan negara.

Pendidikan negara mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan

manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut Noor Azreen Abd

Aziz (2010), pendidikan berperanan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati

diri, berterampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal

insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dan

berkemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Kerajaan Malaysia telah memikirkan usaha bagi memantapkan sistem pendidikan

negara. Dengan itu kerajaan telah merangka strategi pembaharuan terhadap struktur

kurikulum pendidikan dan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan. Fokus utama dalam

perlaksanaan sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk meningkatkan keupayaan dan

penguasaan ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar serta memantapkan sistem pentaksiran

dan penilaian supaya menjadi lebih holistik. Ghafar (2011), mendefinisikan pentaksiran

1

Page 2: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

adalah proses mengukur, proses penilaian, proses yang sistematik yang melibatkan

pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian

pelajar terhadap objektif pengajaran. Justeru, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan di

bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interprestasi

keseluruhan meklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu

pihak sekolah menilai keberkesanan pembelajaran seterusnya membuat penambahbaikkan

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam sistem pendidikan dahulu hingga kini, setiap pelajar dikehendaki menduduki

peperiksaan awam pada tahap tertentu dan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Demam peperiksaan ini sangat terasa di setiap sekolah sehingga baki hari sebelum

peperiksaan dihitung dengan cermat. Ini kerana, melalui keputusan peperiksaan awam inilah

yang menentukan kedudukan (ranking) sesebuah sekolah (Sidek, Majid, Sah, Mohamed, &

Hashim, 2012). Namun, penilaian seperti ini hanya menilai kebolehan dan pengetahuan

pelajar dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sangat terhad. Pentaksiran yang diberikan

sebahagiannya hanya menguji kemampuan murid menghafal kandungan mata pelajaran yang

diajar. Situasi pembelajaran di dalam kelas juga sangat terpengaruh dengan sistem

peperiksaan. Sesetengah guru hanya memfokuskan beberapa subjek dalam satu-satu mata

pelajaran sebagai sasaran soalan peperiksaan pada tahun tersebut.

Perubahan pemikiran para pengkaji dalam bidang pendidikan ke arah pendidikan yang

lebih cemerlang mendorong kepada perkembangan dalam pendidikan terutama

perkembangan dalam cara pentaksiran atau penilaian pembelajaran para pelajar sekolah. Oleh

itu, sistem pentaksiran baru dalam pendidikan telah dibina menuntut penglibatan bersama

antara pihak sekolah, pendidik, ibu bapa dan pelajar. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

ialah satu kaedah pentaksiran baru yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dirancang, ditadbir, diberi

pemarkahan dan dilaporkan oleh pihak sekolah. LPM telah menyelitkan perlaksanakan PBS

terhadap semua sekolah bagi sebahagian mata pelajaran dengan memasukkan penilaian kerja

kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)

dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Sidek, Majid, Sah, Mohamed, & Hashim, 2012). LPM

meyediakan instrumen, piawai, kiteria, panduan dan peraturan perlaksanaan PBS bagi setiap

sekolah. Dalam kajian ini akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai PBS yang sedang

dan akan dijalankan di Malaysia dalam satu mata pelajaran dan perbandingan sistem

pentaksiran berasaskan sekolah dari negara lain iaitu Singapura dan Hong Kong.

2

Page 3: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

2.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI MALAYSIA

Perlaksanaan PBS telah dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2011 bagi murid tahun satu di

semua jenis sekolah rendah manakala pada tahun 2012, pelajar tingkatan satu bagi semua

jenis sekolah menengah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran

yang bersifat holistik iaitu menilai aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tidak seperti sistem penilaian dahulu yang hanya

menumpukan kepada peperiksaan umum yang amat terhad, PBS menilai pelajar melalui

penglibatan mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kedua-dua bidang ini

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Rajah 2.1: Komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Contoh

instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai

semak, laporan tugasan rumah dan ujian. Bagi PP pula ditadbir, diperiksa dan dilapor di

peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang

dikeluarkanoleh LPM dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan

ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian pelajar

dalam aktiviti jasmani dan kesihatan dan aktiviti ekstrakurikulum. Pentaksiran Psikometrik

pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi

pelajar, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kecenderungan, sikap

dan personaliti pelajar.

3

Page 4: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

Dokumen Standard Prestasi (SP) telah dikeluarkan oleh LPM sebagai panduan untuk

pentaksir iaitu guru menambah baik Pentaksiran Sekolah (PS) sejajar dengan pelaksanaan

Pentaksiran Rujukan Standard. SP merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang

pencapaian seseorang individu atau pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam

satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras yang telah dikenalpasti.

Jadual 2.1: Kerangka Standard Prestasi

BAND STANDARD

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Berdarab Mithali

Jadual 2.2: Tafsiran Band

BAND TAFSIRAN

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau

memberikan respon kepada perkara yang asas

2 Murid menunjukkan kefahaman menukar bentuk komunikasi ata

menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran

dalam satu-satu situasi

4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu pengikut

prosedur atau secara sistematik

5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan

mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif

6 Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mepunyai

keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta

cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan

dan menyampaikan meklumat menggunakan ayat yang sesuai bertatasusila

dan menjadi contoh secara tekal.

4

Page 5: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

Dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia, guru dan

pelajar memainkan perana utama bagi memastikan ianya berkesan dan ,mencapai objektif

yang ditetapkan. Guru berperanan sebagai motivator, pemudahcara, membuat pemerhatian ke

atas tugasan pelajar, mendapatkan maklumat daripada aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan

oleh pelajar dan akhir sekali memberi maklum balas. Secara keseluruhannya, guru perlu

membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).

Pelajar pula diajar dan dipupuk oleh guru untuk berfikir secara kritis dan

mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Pelajar perlu mengetahui apa dan bagaimana sesuatu

perkara itu hendak dipelajari, seterusnya melaksanakan tugasan yang diberikan supaya guru

boleh mengetahui kemahiran pelajar dan boleh dibuat ditaksir. Dengan melaksankan PBS,

seseorang pelajar itu dinilai berdasarkan hasil tugasan yang lebih jelas dan berterusan dalam

jangka masa yang lebih panjang. Kesimpulannya, pelajar ditaksir dengan mencapai kejayaan

dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap yang terpuji (Noraini

Idris, 2005).

PBS bertujuan untuk seseorang guru itu memperbaiki mutu pengajaran dan

pembelajaran di samping cara pentaksiran dilakukan (Hwa Tee Yong & Lim Chap Sam,

2008). Melalui PBS, pencapaian pelajar ditaksir sama ada tinggi atau rendah, meningkat atau

tidak, dan keputusan dibuat sama ada pelajar memerlukan pengayaan atau pemulihan. Lebih

Proses pentaksiran hendaklah dijalankan dengan mengumpul maklumat secara sistematik

supaya dapat meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru

perlu jujur dalam menilai pelajar dan tiada unsur berat sebelah Sesungguhnya mengetahui

seseorang pelajar itu memahami sesuatu konsep adalah suatu matlamat penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bukan ‘ranking’ pelajar tersebut di dalam kelas. Melalui

pentaksiran guru mampu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan merancang

tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.1 PBS dalam Subjek Matematik di Malaysia

PBS Matematik telah dijalankan untuk pelajar Tahun 1 bermula 2011 dan pelajar Tingkatan 1

bermula 2012 bagi menggantikan Peperiksaan UPSR dan PMR. Sebagai contoh bagi PBS

Matematik tingkatan satu ini dinamakan Pelaporan Standard Menengah Rendah (PSMR).

Pelajar tingkatan satu ini dikategorikan sebagai kohort pertama 2012-2014. Dengan itu

seratus peratus markah dari PSMR pada tahun 2014 nanti adalah dari PBS.

5

Page 6: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

Tugasan PBS Matematik terbahagi kepada dua iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan

Pentaksiran Sekolah (PS). Tugasan PP adalah soalan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM) dan hanya dilakukan sekali setahun. Jenis-jenis tugasan PP adalah seperti kerja

kursus, kajian, persembahan, pameran, folio, jurnal, rekacipta dan lain-lain. Manakala,

tugasan PS perlu dijalankan sepanjang tahun dan semua eviden atau soalan dari guru atau

pihak sekolah. Bagi PSMR, semua guru Matematik tingkatan satu perlu menbina soalan

eviden mengikut zon sekolah dari topik pertama hingga topik akhir, mengumpulkannya untuk

digunakan oleh para guru Matematik tersebut.

Guru Matematik perlu menyediakan fail perkembangan individu pelajar dan juga fail

showcase. Fail perkembangan individu pelajar adalah fail yang merekodkan semua eviden

dari semua mata pelajaran yang telah dilakukan oleh pelajar dan dimasukkan di dalam fail.

Setipa orang pelajar perlu mempunyai satu fail perkembangan individu pelajar dan fail ini

disimpan oleh pihak sekolah. Fail showcase pula mengandungi semua eviden terbaik pelajar

dari semua mata pelajaran. Namun, hanya satu fail showcase bagi setiap kelas.

Bahan-bahan yang perlu ada bagi seseorang guru Matematik yang menjalankan PBS

adalah: a) Dokumen Standarad Prestasi(DPS), b) Senarai Semak Kelas, c) Senarai Semak

Individu, dan d) Eviden (Buku Panduan Pengurusan PBS di Malaysia, 2011). Eviden di sini

ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh pelajar yang

melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Antara contoh evidens ialah

tulisan, bahan cetakan, persembahan, foto, grafik, artifak, laporan dan sebagainya. Sebagai

contoh eviden seperti soalan-soalan Matematik, eviden-eviden tersebut perlu diperbanyakkan

dan diberi kepada pelajar-pelajar untuk pentaksiran. Jenis-jenis eviden yang hendak

digunakan adalah terpulang kepada citarasa guru tersebut. (Yong & Sam, 2008). Selepas

mentaksir semua eviden, guru perlu mentaksir pencapaian pelajar mengikut DSP pelajar.

Jadual 2.3: contoh draf (DSP Matematik Tingkatan 2, 2012)

BAND PENYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR EVIDEN

1 B1Tahu

pengetahuan asas matematik

BID1PENGENALAN KUASA DAN PUNCA KUASA

B1D1E1Menyatakan suatu nombor yang didarab dengan nombor yang sama sebagai kuasa dua nombor tersebut dan sebaliknya.B1D1E2Menyatakan suatu nombor yang didarab dua kali dengan nombor yang sama sebagai kuasa tiganombor tersebut dan sebaliknya

6

Page 7: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

Sekiranya pelajar ada melakukan kesalahan dalam melakukan tugasan, guru perlu

membuat pengajaran sekali lagi dan mengulangi eviden yang sama sehingga pelajar dapat

menjawab dengan betul sebelum guru menyimpan eviden tersebut di dalam Fail

Perkembangan Individu pelajar. Seterusnya, guru perlu menandakan band pelajar dalam

Senarai Semak Kelas sebelum merekodkannya di dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS

(SPPBS). Eviden yang telah direkodkan boleh dilupuskan dengan mengembalikan kembali

kepada pelajar tersebut manakala eviden yang terbaik dan terkini perlu disimpan dalam fail

pelajar.

3.0 PBS DI SINGAPURA DAN HONG KONG

3.1 PBS di Singapura

Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan di Singapura terdiri daripada enam tahun

sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi. Para pelajar

menghadiri sekolah rendah bermula usia tujuh tahun sehingga berakhir dengan mengambil

peperiksaan nasional iaitu Primary School Leaving Examination (PSEL). Selepas sekolah

rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama lima tahun. Pada akhir

sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan Singapore-Cambridge GCE’O’

Level, dan keputusan daripada peperiksaan tersebut menentukan jenis laluan yang dikejar

oleh mereka. (Kementerian Pendidikan Singapura, 2006).

Kementerian Pendidikan Singapura telah menetapkan objektif pendidikannya untuk

menghasilkan pelajar yang berkeyakinan tinggi, mampu berkomunikasi dengan efektif dan

berdikari. Oleh itu Program Pembelajaran Aktif (Programme for Active Learning – PAL)

diperkenalkan. Pentaksiran ini lebih melihat potensi pelajar dengan mengukur kemampuan

mereka dan melihat pembangunan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti

(Berinderjeet Kaur, 2005). Maka dengan ini pendidikan di Singapura diperkenalkan dengan

Subject Based Banding (SBB) bermula pada tahun 2008 bagi menggantikan EM1, EM2 dan

EM3 (English and Mother Tongue at 1st, 2nd and 3rd langue) stream di seluruh sekolah rendah

di Singapura. SBB diperkenalkan untuk memastikan bahawa pelajar dinilai berdasarkan

keupayaan diri mereka sendiri bergantung kepada minat dan kecenderungan tersendiri. Ini

adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar merealisasikan potensi diri mereka.

Dalam SBB, para pelajar sekolah rendah di Singapura diberi pilihan untuk mengambil

subjek standard atau subjek asas, bergantung kepada kekuatan pelajar tersebut. Sebagai

7

Page 8: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

contoh, jika seseorang pelajar itu mempunyai kelebihan dalam subjek Bahasa Inggeris dan

Matematik tetapi sangat lemah dalam Bahasa Ibunda dan Sains, pelajar tesebut boleh

memilih untuk mengambil dua mata pelajaran yang kukuh di peringkat standard dan dua

mata pelajaran yang lemah di peringkat asas sahaja. Dengan itu, pelajar tersebut boleh

menumpukan mata pelajaran yang kuat manakala membina asas-asas dalam mata pelajaran

yang lemah.Markah dalam mata pelajaran asas ditaksir lebih rendah daripada mata pelajaran

standard sebagai markah keseluruhan PSLE kerana mengambil kira perbezaaan kandungan

pembelajaran dalam subjek standard dan subjek asas. Subjek peringkat asas merangkumi

kira-kira 75% daripada kurikulum standard sekolah.

Dua kategori pentaksiran diperkenalkan di Singapura ialah penilaian berterusan atau

Continuous Assessment (CA) dan penilaian semester atau Semester Assessment (SA) (Kaur,

2005):

a) Penilaian berterusan (CA)

- Mengumpul maklumat dari pelajar tentang kesesuaian kaedah pengajaran yang

digunakan dan keberkesanannya.

- Mengenalpasti kesukaran pembelajaran di kalangan pelajar agar guru boleh

merancang pengubahsuaian yang lebih efektif

- Mendapat tindak balas dari pelajar

b) Penilaian semester (SA)

- Penilaian semester berbentuk sumatif yang diadakan di akhir semester atau pada

akhir tahun.

- Tujuan penilaian semester ialah untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi

keseluruhan tajuk yang telah pelajar pelajari sepanjang penggal.

3.2 PBS di Hong Kong

Sistem persekolahan di Hong Kong agak berlainan daripada sistem persekolahan di Malaysia.

Sekolah rendah di Hong Kong adalah selama 6 tahun mulai dari umur 6 hingga 11 tahun.

Pelajar sekolah rendah diajar enam subjek iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik,

Pengajian Am, Muzik, Seni Visual dan pendidikan fizikal. Seterusnya, pelajar akan

memasuki sekolah menengah selama 7 tahun pada umur 12 hingga 18 tahun. Dalam

menengah rendah, pelajar diajar mata pelajaran tambahan seperti sejarah, geografi dan sains

8

Page 9: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

dan mata pelajaran lain. Manakala, menengah atas lebih selektif, dan pelajar boleh memilih

aliran dan bilangan subjek yang dikehendaki.

Sejak dari tahun 2000, kerajaan Hong Kong telah membuat pembaharuan pertama

dalam perlaksanaan sistem pendidikan secara besar-besaran dengan memperkenalkan budaya

baru dalam sistem pentaksiran. Ini kerana, sistem pendidikan dahulu lebih bersifat kompetitif

dan selektif telah mendapat kritikan hebat dari orang ramai (Yu, Kennedy, Fok, & Chan,

2006). Oleh itu, Sistem pentaksiran berasaskan sekolah telah diperkenalkan dengan satu

pendekatan yang dipanggil core-competence (kecekapan teras) iaitu satu pendekatan di mana

kemahiran asas dan pengetahuan akan dijadikan rujukan untuk pentaksiran pembelajaran para

pelajar. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan mod pentaksiran yang berbeza untuk

memberi kesesuaian kepada tujuan pembelajaran para pelajar di sekolah. Antaranya ialah

pemerhatian prestasi pelajar dalam bilik darjah, pentaksiran kendiri dan rakan sebaya,

perlaksanaan potfolio atau penyertaan kerja projek untuk menggalakkan pembelajaran dalam

cara yang lebih fleksibel.

Sistem pentaksiran di sekolah menengah di Hong Kong juga turut mendapat beberapa

pembaharuan. Peperiksaan Hong Kong dan Lembaga Penilaian atau Hong Kong Examination

dan Assessment Authority (HKEAA) telah menukar sistem pentaksiran dahulu kepada sistem

pentaksiran yang baru. Pada sistem pendidikan dahulu, sekolah menengah mempunyai dua

peperiksaan awam iaitu Hong Kong Certification of Education Examination (HKCEE) dan

Hong Kong Advanced Level Examination (HKALE). HKCEE diambil apabila pelajar berada

di tingkatan 5 (17 tahun) manakala HKALE bagi para pelajar tingkatan 7 (19 tahun).

Pendidikan Hong Kong telah memansuhkan kedua-dua peperiksaan ini dan menggantikannya

dengan Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination (HKDSE) di mana para

pelajar tingkatan empat tahun 2009 adalah menjadi kumpulan pertama pada masa itu.

Peperiksaan HKDSE direka untuk menilai pencapaian calon dengan kebolehan yang berbeza,

yang diambil dari tingkatan 4 hingga tingkatan enam sekolah menengah. Dengan itu, para

pelajar akan tamat pengajian dan boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih

tinggi setahun lebih awal. Antara pentaksiran selama 3 tahun dalam HKDSE adalah aktiviti

membaca, kerja kursus, penyertaaan pelajar dalam kerja berkumpulan dan penyediaan kerja

projek. (HKDSE, 2009)

9

Page 10: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

4.0 PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, konsep dan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong mempunyai bentuk pentaksiran yang lebih kurang

sama tetapi menggunakan strategi dan pendekatan yang berbeza. Bagi negara Malaysia,

markah PBS bermula bagi tahun 1 sekolah rendah sehingga melangkah ke tahun 6 dan

menyumbangkan 40% ke dalam UPSR. PMR dimansuhkan dengan menggunakan seratus

peratus markah PBS manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dikekalkan. Pentaksiran

penilaian dilakukan melalui pemerhatian semasa di dalam kelas,keupayaan dan kesungguhan

melaksanakan tugasan yang diberi dan penglibatan murid sesi soal jawab. Singapura juga

menjalankan PBS melalui pemerhatian di dalam kelas,komunikasi lisan, penulisan tugasan,

ujian dan tugasan penyiasatan. Markah menyumbangkan sebanyak 40% dan peperiksaan

PSLE. Negara Hong Kong pula memperuntukkan 15% markah PBS dalam peperiksaan

HKDSE (HKDSE, 2009). Kaedah pentaksiran pula merangkumi kerja kelas,amali ,potfolio

dan projek.Ini menunjukkan Malaysia, Singapura, dan Hong Kong masih mangamalkan

sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan tetapi masih melaksanakan PBS.

Ketiga-tiga negara ini menggalakkan pentaksiran yang bersifat formatif daripada

pentaksiran yang bersifat sumatif. Pentaksiran formatif di sini bermaksud satu pentaksiran

yang berterusan yang berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

(Callingham, 2010) (Stiggins, 2005). Ia bertujuan memberikan maklum balas yang lebih tepat

dan segera mengenai pencapaian pelajar dan membantu meningkatkan pembelajaran mereka.

Walaubagaimanapun, pentaksiran sumatif masih dianggap penting dan digunapakai di

sekolah-sekolah di ketiga-tiga negara ini. Pentaksiran sumatif adalah pentaksiran yang

berlaku selepas selesai sesi pengajaran bertujuan untuk melihat hasil pembelajaran terhadap

setiap pelajar (Callingham, 2010). Dengan itu, ketiga-tiga negara masih melaksanakan

peperiksaan awam di setiap sekolah.

Dalam kelebihan menjalankan PBS di Malaysia, PBS juga mempunyai

kekurangannya. Antara kekurangannya ialah perlaksanaan PBS agak kompleks dan memakan

masa yang panjang selain memerlukan koordinasi dan kepimpinan yang sesuai dalam

mengendalikan PBS. Selain itu, faktor guru yang mempunayi tahap pengetahuan dan

kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan PBS juga menyumbang kepada

kekangan ini. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah mereka tidak mempunyai masa

yang mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar dan menganggap proses

10

Page 11: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain (Noor Azreen Abd Aziz &

Sulaiman Yamin, 2010). Dengan adanya guru-guru yang terlatih, semua bentuk yang bersifat

alternatif dan tulen seperti kerja kursus, projek, persembahan, kegiatan jasmani, ko-

kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan jati diri pelajar boleh dilaksanakan.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN PBS DI MALAYSIA

PBS di Malaysia masih terlalu baru. Oleh itu, langkah pertama untuk perlaksanaan PBS yang

sistematik adalah dengan memberikan pendedahan yang khusus buat para pendidik terutama

guru sekolah supaya mereka telah betul-betul memahami tujuan PBS dan cara

perlaksanaannya. Dengan itu, PBS dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan berterusan

kerana mempunyai guru-guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan sikap tanggungjawab

yang tinggi.

SBB yang diperkenalkan di Singapura adalah satu perlaksanaan yang baru di negara

itu dan boleh dicontohi dalam pendidikan di Malaysia. Ini kerana pelajar ditaksir mengikut

keupayaan sendiri mengikut subjek yang tertentu. Dengan mencontohi SBB ini, Malaysia

akan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang berkualiti bagi satu-satu subjek

daripada melahirkan pelajar yang mempunyai kuantiti subjek yang banyak tetapi kurang dari

segi kualitinya.

(Begun & Farooqui, 2008) dalam kajiannya telah menemukakan beberapa cadangan

bagi memastikan pentaksiran dijalankan dengan betul dan adil dan boleh dipraktikkan dalam

PBS di Malaysia. Beberapa cadangan mereka ialah:

pemantauan perlu dilakukan oelh penyelia akademik sekolah;

guru besar perlu mengadakan mesyuarat dan memeriksa rekod guru-guru setiap

penggal;

satu jawatankuasa perlu ditubuhkan di setiap sekolah bagi memeriksa rekod PBS

ibu bapa boleh membuat aduan kepada guru besar sekiranya mengesyaki anak-anak

mereka menjadi mangsa kepada guru;

guru besar perlu mengatur perjumpaan bersama ibu bapa selepas setiap penggal bagi

menyelesaikan segala aduan ibu bapa; dan

satu elemen bimbingan dan kaunseling boleh diperkenalkan untuk membantu guru-

guru yang mempunyai masalah dalam perlaksanaan PBS.

11

Page 12: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

Dalam usaha untuk merealisasikan pentaksiran yang bercorak formatif seperti yang di

tekankan di Hong Kong, guru perlu memainkan peranan yang penting dalam merancang

strategi pengajaran dengan kawalan dari pihak atasan juga. Menurut Noor Azreen Abd Aziz

(2010), gambaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dapat diberikan dengan

menggunakan pelbagai pentaksiran dalam bilik darjah. Antaranya ialah:

Pentaksiran prestasi yan mengkehendaki pelajar untuk mencipta sesuatu produk dan

merumuskan dengan kefahaman tentang konsep yang diajar

Pemerhatian guru terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti dan perlaksanaan tugas

dan merekodkannya

Pentaksiran untuk pembelajaran di mana guru berinteraksi dengan pelajar untuk

menilai kemajuan pelajar

Pentaksiran sendiri iaitu pelajar menilai sendiri kerja yang dilakukannya

Pentaksiran kerja kursus atau portfolio iaitu kerja pelajar merekodkan koleksi bahan-

bahan pembelajaran dalam cara yang teratur dan sistematik.

Yong & Sam (2008) dalam kajiannya mereka telah membuat kerangka kerja mengenai

perlaksanaan pentaksiran pemikiran matematik (Mathematical Thinking Assessment) yang

melibatkan empat kompenan: a) pentaksiran persembahan, b) skala penilaian metacognitif, c0

Pembawaan Skala Penilaian Matematik dan d) Pemikiran Matematik Rubrik Pemarkahan.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, perlaksanaan PBS di Malaysia masih di tahap percubaan. Jika dibandingkan

dengan negara Singapura dan Hong Kong, masing-masing telah berjaya dalam usaha

menaiktarafkan sistem pentaksiran sekolah. Malah dalam akhbar BBC (British Broadcasting

Corporation), sistem pendidikan di Singapura dan Hong Kong dalam kedudukan ke-lima dan

ke-tiga di mata dunia (Coughlen, 2012). Walaupun kedua-duanya masih mengamalkan

penilaian markah untuk peperiksaan awam, tetapi dengan menyelitkan pemarkahan untuk

PBS, sistem pentaksiran menjadi lebih tepat dan adil.

Para guru harus percaya akan keberkesanan perlaksanaan PBS di sekolah ini bakal

merubah masa depan dan kualiti pembelajaran para pelajar. Pentaksiran yang dilaksanakan

berasaskan sekolah memberi peluang pelajar untuk tetap berkeyakinan bahawa mereka boleh

terus belajar pada tahap produktif sekiranya usaha berterusan untuk belajar dilakukan (Mok,

2009). Pelajar perlu dihargai oleh guru dan rakan sebaya dalam persekitaran pembelajaran

12

Page 13: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

yang membina. Melalui pentaksiran juga, guru berupaya mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan seseorang pelajar dan merancang tindakan susulan bagi mempertingkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

7.0 RUJUKAN

Aziz, N. A., & Yamin, S. (2010). Pentaksiran Alternatif: Menuju ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran di Malaysia. Fakulti Pendidikan: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Begun, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? International Education Studies , 1(2), 45-53.

Buku Panduan Pengurusan PBS di Malaysia (2011)

Callingham, R. (2010). Mathematics assessment in primary classrooms: Making it count. Crown Conference (pp. 39-42). Melbrourne: Crown Conference Centre.

Coughlen, S. (2012, November 27). UK education sixth in global ranking. Retrieved Mac 20, 2013, from News Education & Family: http://www.bbc.co.uk/news/education-20498356

FU, T.-w., & NG, K.-m. (2012). Developement of Assessment Framework of Applied Learning Subject in Hong Kong . Hong Kong: HKEAA.

Ghafar. (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah (2nd ed.). Skudai: Penerbit UTM Press.

HKDSE. (2009). Information on School-based Assessment. Hong Kong: HKEAA.

Kaur, B. (2005). Assessment of Mathematics in Singapore Schools. ICMI Regional Conference (pp. 1-8). Shangai: ICMI.

Kementerian Pendidikan Singapura (2006). Primary Mathematics Syllabus. Singapura: Perancangan Kurikulum dan Visi Pembangunan.

Mok, S. S. (2009). Falsafah dan Pendidikan di malaysia. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd.

Sidek, S., Majid, N. A., Sah, N. E., Mohamed, H., & Hashim, M. N. (2012). The role of the Teachers in School-Based Assessment of Vocational Electives Subjects at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Batu Pahat, Johor. Batu Pahat: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn.

13

Page 14: 136982186 Perbandingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Matematik Di Malaysia Dengan Singapura Dan Hong Kong

Stiggins, R. (2005). From Formative Assessment to Assessment FOR Learning: A Path to Success in Standard-Based Schools. Phi Delta Kappan , 87(4):324-328.

Yong, H. T., & Sam, L. C. (2008). Implementing School -Based Assessment: Mathematical Thinking Assessment (MATA) Framework. In Koleksi Bahan Seminar Inovasi Pedagogi (pp. 73-88). Kuching: Institut Perguruan Batu Lintang.

Yu, W. M., Kennedy, K. J., Fok, P. K., & Chan, K. S. (2006). Assessment Reform in Basic Education in Hong Kong: The emergence of Assessment for Learning. Annual Conference of the International Association for Educational Assessment (pp. 1-12). Singapore: Quality Education Fund.

14