134127274 teknik terjemahan global (1)

5
Teknik Terjemahan Global Teknik terjemahan global digunakan dalam tugasan ini. Teknik terjemahan global juga dikenali sebagai teknik terjemahan tiruan atau saduran (Dry den, 1680). Terjemahan dilakukan secara menyeluruh dengan menggantikan unsur-unsur bahasa sasaran yang sepadan. Melalui teknik ini, kata-kata diterjemahkan dengan menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran demi kepentingan semangat teks asal. Penterjemah perlu menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran. Kekuatan dan Kelemahan Teknik Terjemahan Global Teknik terjemahan global mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Lima kekuatan dan empat kelemahan dapat dikenal pasti apabila menterjemahkan teks dengan menggunakan teknik terjemahan global. Kekuatan Teknik Terjemahan Global: Kekuatan pertama Teknik Terjemahan Global ialah pemeliharaan makna yang disampaikan oleh pengarang. Hal ini disokong oleh Tyler (1790) yang mengatakan bahawa fungsi perkataan yang tidak penting perlu dikurangkan dan penambahan perkataan perlu dilakukan demi menjelaskan kekaburan makna sebagai prinsip penterjemahan. Justeru, Terjemahan Global membuatkan terjemahan menjadi seolah-olah asli dan tidak terikut-ikut dengan nahu bahasa Inggeris. Pembaca dapat merasakan bahawa teks tersebut adalah asli kerana tulisan terjemahannya yang bersahaja.

Upload: suaisatu

Post on 29-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 134127274 Teknik Terjemahan Global (1)

Teknik Terjemahan Global

Teknik terjemahan global digunakan dalam tugasan ini. Teknik

terjemahan global juga dikenali sebagai teknik terjemahan tiruan

atau saduran (Dry den, 1680). Terjemahan dilakukan secara

menyeluruh dengan menggantikan unsur-unsur bahasa sasaran

yang sepadan. Melalui teknik ini, kata-kata diterjemahkan dengan

menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam

bahasa sasaran demi kepentingan semangat teks asal.

Penterjemah perlu menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya

dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur

bahasa dan budaya bahasa sasaran.

Kekuatan dan Kelemahan Teknik Terjemahan Global

Teknik terjemahan global mempunyai kekuatan dan kelemahannya

yang tersendiri. Lima kekuatan dan empat kelemahan dapat

dikenal pasti apabila menterjemahkan teks dengan menggunakan

teknik terjemahan global.

Kekuatan Teknik Terjemahan Global:

Kekuatan pertama Teknik Terjemahan Global ialah pemeliharaan

makna yang disampaikan oleh pengarang. Hal ini disokong oleh

Tyler (1790) yang mengatakan bahawa fungsi perkataan yang tidak

penting perlu dikurangkan dan penambahan perkataan perlu

dilakukan demi menjelaskan kekaburan makna sebagai prinsip

penterjemahan. Justeru, Terjemahan Global membuatkan

terjemahan menjadi seolah-olah asli dan tidak terikut-ikut dengan

nahu bahasa Inggeris. Pembaca dapat merasakan bahawa teks

tersebut adalah asli kerana tulisan terjemahannya yang bersahaja.

Page 2: 134127274 Teknik Terjemahan Global (1)

Kekuatan kedua Teknik Terjemahan Global adalah dapat

melambangkan keindahan bahasa penterjemah melalui gaya

bahasa yang digunakan dalam menterjemah. Hal ini demikian

kerana Terjemahan Global merupakan jenis terjemahan tiruan

ataupun saduran yang mengubah perkataan dan bentuk karya demi

memelihara makna asal. (Cowley:1656). Hal ini bermaksud bahawa

Terjemahan Global berpegang pada konsep persamaan, bukannya

keserupaan. Konsep kesamaan mementingkan kesan terhadap

pembaca dan mengandungi nilai kebudayaan. Justeru, Terjemahan

Global dapat mencipta kesan teks dan menimbulkan semangat

terhadap pembaca. Hal ini sejajar dengan pandangan Etienne Dolet

(1540) yang menyatakan bahawa penterjemah tidak boleh

menterjemah perkataan demi perkataan sebaliknya penterjemah

perlu mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul

melalui pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya.

Kekuatan ketiga ialah peluasan perbendaharaan kata. Penterjemah

perlu mengenal pasti maksud perkataan atau kata padanan yang

sesuai dengan bahasa sasaran. Dalam proses pemadanan ini,

makna yang dibawa oleh padanan bahasa sasaran harus sama

dengan makna dalam bahasa sumber. Banyak perkataan yang

disangka serupa sebenarnya mempunyai makna yang berbeza

antara bahasa asal dengan bahasa penerima. Contohnya

perkataan “over” dalam petikan yang dikaji boleh membawa banyak

makna dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah atas, seluruh, ke

arah dan baki. Justeru penterjemah perlu memilih perkataan yang

sesuai dengan petikan mengikut situasi yang betul kerana

perkataan bahasa Inggeris mempunyai makna yang banyak dalam

bahasa Melayu.

Page 3: 134127274 Teknik Terjemahan Global (1)

Kekuatan keempat ialah keluwesan Teknik Terjemahan Global

bersesuaian dengan pemikiran mahasiswa. Teknik Terjemahan

Global digunakan untuk golongan penterjemah di peringkat atasan

terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi. Hal ini demikian

kerana penterjemahan jenis ini dianggap yang paling tinggi tahap

pemikirannya. Oleh yang demikian teknik ini dapat membantu para

penterjemah supaya arif dengan bahasa sasaran atau bahasa

sumber yang terdapat pada teks tersebut. Malahan terjemahan

saduran atau menyeluruh ini dapat mencapah pemikiran dan

menambahkan daya kreativiti penterjemah.

Seterusnya kekuatan Teknik Terjemahan Global ialah pewujudan

budaya membaca. Budaya membaca jelasnya dapat menggalakkan

penterjemah memahami maksud bagi setiap perkataan sukar yang

terdapat dalam teks apabila sesuatu perkataan itu digunakan pada

konteks yang berbeza. Oleh yang demikian penterjemah perlu rajin

membaca serta merujuk pakar-pakar bahasa dan kamus semantik

yang berbeza demi memelihara makna dan semangat teks yang

diterjemahkan. Proses penganalisisan makna perkataan-perkataan

yang sukar secara tidak langsung dapat memberikan penterjemah

kesempatan untuk memahami maksud perkataan lain yang

berkaitan dengan perkataan tersebut.

Kelemahan Teknik Terjemahan Global:

Teknik Terjemahan Global juga mempunyai beberapa kelemahan

yang dapat dikenal pasti. Pertama ialah penterjemah perlu pakar

dalam menggunakan istilah teknikal dan kompleks bahasa asing.

Hal ini bermakna bahawa penterjemah perlu menguasai bahasa

penulis dan bahasa penterjemah. Contohnya terjemahan singkatan

istilah asing “Short Message System” (SMS) perlu diterjemahkan

sebagai “Sistem Mesej Singkat” (SMS) dalam bahasa Melayu,

Page 4: 134127274 Teknik Terjemahan Global (1)

bukannya “Sistem Pesanan Pendek” (SPP). Begitu juga dengan

istilah “quality of life” (QoL) yang terdapat dalam rencana yang

diterjemahkan tidak diubah singkatannya melainkan hanya

menterjemahkan frasa yang sesuai iaitu “kualiti kehidupan individu”.

Kelemahan kedua ialah teknik terjemahan global ini tidak sesuai

digunakan untuk golongan penterjemah di peringkat awal

terutamanya pelajar sekolah rendah. Hal ini demikian kerana

penterjemahan jenis ini dianggap yang paling tinggi tahap

pemikirannya dengan bahasa sumber. Oleh yang demikian pelajar

sekolah rendah tidak mampu untuk mencapai tahap terjemahan ini

kerana mereka masih belum fasih dan kurang arif dengan bahasa

sasaran atau bahasa sumber yang terdapat pada teks tersebut.

Justeru penterjemah memerlukan taraf pendidikan yang tinggi untuk

menggunakan teknik terjemahan ini.

Kelemahan ketiga ialah teknik terjemahan global dapat

mengelirukan penterjemah atau pembaca itu sendiri. Hal ini

demikian kerana beberapa perkataan yang ditafsirkan mempunyai

maksud yang berbeza-beza bergantung pada konteks ayat yang

digunakan. Apabila ayat diterjemahkan secara global, penterjemah

berkemungkinan akan memilih maksud perkataan dalam bahasa

sasaran yang kurang tepat dan hal ini menyebabkan pembaca akan

tersalah tafsir terhadap makna teks tersebut. Contohnya

perkataan “life” dalam petikan terjemahan membawa maksud

hidupan, hayat atau nyawa. Justeru penterjemah perlu memikirkan

semantik yang bersesuaian dengan perkataan “life”dalam konteks

ayat tersebut.

Kelemahan lain yang dapat dilihat melalui teknik terjemahan global

ialah keperluan masa terjemahan yang lama. Hal ini demikian

kerana penterjemah perlu memahami konteks ayat sebelum

Page 5: 134127274 Teknik Terjemahan Global (1)

mengalih bahasa konteks tersebut kepada makna terjemahan. Oleh

yang demikian pembaziran masa berlaku secara tidak langsung

lebih-lebih lagi apabila penterjemah bukannya daripada kalangan

pakar bahasa. Dalam Teknik Terjemahan Global, penterjemah perlu

mahir dalam loghat bahasa dan menguasai minda jantina yang

berbeza kerana penulis yang berbeza jantina akan menulis

pendapat dengan perkataan yang berbeza. Justeru Terjemahan

Global memerlukan pelbagai ilmu lain seperti psikologi dan

linguistik.

Rumusan

Secara keseluruhannya, Teknik Terjemahan Global sesuai

digunakan untuk menterjemah teks. Namun demikian peringkat

pendidikan yang tinggi sahaja mampu menggunakan teknik ini

kerana perkataan-perkataan diterjemahkan dalam konteksnya.

Penterjemah perlu menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa

digunakan dalam bahasa penerima agar teks tersebut kelihatan

lebih tulen dan lebih asli. Hal ini bertepatan dengan pendapat salah

seorang tokoh terjemahan iaitu Alexander Fraser Tytler. Menurut

beliau, tambahan kata boleh dibuat dalam teks untuk menjelaskan

hal tersebut. Pengurangan perkataan juga perlu dilakukan jika

perkataan-perkataan tersebut tidak mencacatkan makna asal.

Penterjemah perlu membuat keputusan sendiri dalam memilih

makna yang paling sesuai dengan konteks pemikiran penulisnya.