tajuk : laporan kerja lapangan di kg. kipouvo, … · kepada pemetaan komuniti di malaysia,...

14
TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, PENAMPANG TARIKH : 26 MAC 2009 (KHAMIS) PENSYARAH : PROF. MADYA DR. FADZILAH MAJID COOKE KURSUS : AA20803 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR KUMPULAN : 2 1. AZHAR BIN HARUN 2. AZURA BINTI YUBIN 3. BENJAMIN BIN KOTIU 4. FARAH NADIA BINTI JUHARI 5. HAZIRAH BINTI WASILI 6. MOHD IEEZWAN BIN MOHD SADIK 7. MUTMAINAH BINTI MOHAMAD 8. NELLY BINTI STEPHENS 9. NURUL SYAMIMI BINTI MAT KASSIM 10. RAINOL MARSAAT 11. SALOMEH TANGKUNGON 12. SITI ALWANI BINTI AB RAHIM Kerja lapangan ini dilakukan oleh semua pelajar Sosiologi dan Antropologi Sosial tahun 2 2008/2009 dengan bimbingan pensyarah kursus AA20803 Pembangunan dan Alam Sekitar, Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke. Dalam kerja lapangan ini, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk teknik dalam ‘pemetaan komuniti’ (Community Mapping) di Kampung Kipouvo, Penampang. Kerja lapangan ini banyak dibantu oleh Encik Adrian Lasimbang, Pengerusi PACOS TRUST, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) di samping bantuan Puan Regina Bruno, Pengerusi Pertubuhan Rakyat Kg. Kipouvo serta beberapa orang pembantu yang terdiri daripada ahli PACOS dan juga penduduk Kg. Kipouvo itu sendiri.

Upload: others

Post on 16-Jan-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, PENAMPANG TARIKH : 26 MAC 2009 (KHAMIS) PENSYARAH : PROF. MADYA DR. FADZILAH MAJID COOKE KURSUS : AA20803 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR KUMPULAN : 2

1. AZHAR BIN HARUN 2. AZURA BINTI YUBIN 3. BENJAMIN BIN KOTIU 4. FARAH NADIA BINTI JUHARI 5. HAZIRAH BINTI WASILI 6. MOHD IEEZWAN BIN MOHD SADIK 7. MUTMAINAH BINTI MOHAMAD 8. NELLY BINTI STEPHENS 9. NURUL SYAMIMI BINTI MAT KASSIM 10. RAINOL MARSAAT 11. SALOMEH TANGKUNGON 12. SITI ALWANI BINTI AB RAHIM

Kerja lapangan ini dilakukan oleh semua pelajar Sosiologi dan Antropologi Sosial tahun 2 2008/2009 dengan bimbingan pensyarah kursus AA20803 Pembangunan dan Alam Sekitar, Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke. Dalam kerja lapangan ini, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk teknik dalam ‘pemetaan komuniti’ (Community Mapping) di Kampung Kipouvo, Penampang. Kerja lapangan ini banyak dibantu oleh Encik Adrian Lasimbang, Pengerusi PACOS TRUST, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) di samping bantuan Puan Regina Bruno, Pengerusi Pertubuhan Rakyat Kg. Kipouvo serta beberapa orang pembantu yang terdiri daripada ahli PACOS dan juga penduduk Kg. Kipouvo itu sendiri.

Page 2: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

SESI KERJA LAPANGAN KG. KIPOUVO, PENAMPANG Terdapat 5 sesi pembelajaran dalam kerja lapangan ini. Ia termasuklah Pengenalan Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning System), Perkongsian Penghasilan Model 3 Dimensi dan yang terkhir ialah sesi dialog ataupun soal jawab bersama wakil PACOS dan penduduk Kg. Kipouvo yang terlibat. SESI PERTAMA (PENERANGAN MENGENAI PROSES PEMETAAN KOMUNITI DI MALAYSIA) Dalam sesi ini, Encik Adrian telah memberikan penerangan mengenai proses pemetaan komuniti di Malaysia secara umum dengan mengetengahkan mengenai latar belakang orang asal di Malaysia, sejarah pemetaan komuniti, isu-isu serta ancaman ataupun cabaran yang dihadapi oleh orang asal di Malaysia dalam mempertahankan hak-hak mereka terutamanya dalam pertindihan tuntutan hak tanah mereka. Dalam sesi ini juga, Puan Regina telah meberikan sedikit maklumat berkenaan dengan demografi penduduk Kg. Kipouvo yang mana terdiri daripada seramai lebih kurang 400 orang dan 58 buah rumah. (LIHAT LAMPIRAN 1) SESI KEDUA (KERJA MENGUTIP DATA MENGGUNAKAN GPS) Sesi ini melibatkan semua pelajar dengan bantuan ahli PACOS dan penduduk Kg. Kipouvo mengutip data iaitu salah satu proses dalam pemetaan komuniti. Pada masa ini, pelajar dengan diiringi oleh 2 orang wakil daripada PACOS dan penduduk Kg. Kipouvo bergerak dalam kumpulan masing-masing bagi mengutip data pemetaan komuniti dengan menggunakan GPS (Global Positioning System) yang telah disediakan oleh PACOS sendiri. (LIHAT LAMPIRAN 2)

Page 3: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

SESI KETIGA (PEMINDAHAN DATA GPS KE DALAM GOOGLE EARTH) Setelah selesai mengutip data di persekitaran Kg. Kipouvo, pelajar berkumpul semula di dalam dewan Pusat Rujukan Komuniti Kg. Kipouvo dan dihidangkan dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh penduduk kampung yang terlibat. Setelah itu, data yang dikutip melalui GPS dipindahkan ke dalam Google Earth dengan bimbingan Encik Adrian. Setiap wakil daripada kumpulan pelajar masing-masing diberikan peluang untuk memasukkan dan memindahkan sendiri data yang telah direkod melalui GPS. (LIHAT LAMPIRAN 3) SESI KEEMPAT (PEMBENTANGAN MODEL 3 DIMENSI) Dalam sesi ini, Puan Hilda Pius selaku wakil daripada bahagian Model 3 Dimensi, PACOS telah membentangkan mengenai Model 3D dan fungsi model ini dalam pemetaan komuniti di Kg. Kipouvo, Penampang. (LIHAT LAMPIRAN 4) SESI KELIMA (SESI DIALOG/SOAL JAWAB BERSAMA WAKIL PACOS DAN PENDUDUK KAMPUNG) Sesi ini membolehkan pelajar membangkitkan apa jua persoalan mengenai pemetaan komuniti. Sesi ini dikendalikan oleh Encik Adrian sendiri dengan kerjasama wakil PACOS dan juga penduduk kampung yang terlibat. (LIHAT LAMPIRAN 5)

Page 4: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

PENGALAMAN DAN REKOMENDASI Dalam kerja lapangan ini, pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai pemetaan komuniti yang dilakukan oleh komuniti Kg. Kipouvo, Penampang. Walaupun dalam masa yang singkat, pelajar dapat mempraktikkan proses pemetaan komuniti dari peringkat merekod data menggunakan GPS sehinggalah memasuk dan memindahkan data GPS ke dalam sistem Google Earth seperti yang telah diterangkan oleh Encik Adrian dan juga beberapa wakil PACOS serta penduduk Kg. Kipouvo. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai penggunaan GPS (Global Positioning System) dan juga fungsi Model 3 Dimensi dalam pemetaan komuniti kampung tersebut selain meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini. Program ataupun kerja lapangan seumpama ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang agar dapat memberi peluang kepada pelajar dalam mendedahkan diri ke alam pekerjaan selain dapat meningkatkan lagi pengetahuan yang meluas dalam bidang pemetaan komuniti (Community Mapping) ini.

Page 5: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

LAMPIRAN

Pelajar sedang mencatat data melalui GPS

Pelajar sedang mencatat data melalui GPS

Page 6: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Pelajar sedang mencatat data melalui GPS

Pelajar meninjau kawasan perkampungan dengan diiringi wakil PACOS dan penduduk Kg. Kipouvo

Page 7: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Pelajar meninjau kawasan perkampungan dengan diiringi wakil PACOS dan penduduk Kg. Kipouvo

Pelajar bersama wakil penduduk Kg. Kipouvo, Puan Baitina Joanes

Page 8: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Persekitaran Kg. Kipouvo

Page 9: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning
Page 10: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Minuman tengahari kampung style

Page 11: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Sesi pemindahan data yang telah direkod menggunakan GPS

Page 12: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Pembentangan Model 3 Dimensi oleh Puan Hilda Pius

Page 13: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Ada pelajar wanita yang takut menggunakan GPS? ….Prof. Fadzilah

Page 14: TAJUK : LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KG. KIPOUVO, … · Kepada Pemetaan Komuniti di Malaysia, Teknik-teknik Pemetaan Komuniti, Pengenalan Kepada Pemetaan dan GPS (Global Positioning

Gambar 5.1g

KONTINGEN DARI PACOS