129537019-genetik-1

22
1 BIOTEKNOLOGI/KEJURUTERAAN GENETIK negatifnya juga tidak boleh diabaikan. Bioteknologi Struktur insulin Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus." Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia. Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.

Upload: hasrol81

Post on 30-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 129537019-genetik-1

1

BIOTEKNOLOGI/KEJURUTERAAN GENETIK

negatifnya juga tidak boleh diabaikan.

Bioteknologi

Struktur insulin

Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila

ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:"Bioteknologi bererti sebarang

penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup,

atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau

proses bagi kegunaan khusus."

Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri

pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh

badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang

dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau

proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam

erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden,

bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya

boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik

bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma

peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.

Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan

harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat

mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan

tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi

monoklon mengesyorkan

bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.

Page 2: 129537019-genetik-1

2

KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik meliputi bidang penyelidikan dan pengubahsuaian genetik manusia,

haiwan dan tanaman. Sudah banyak kejayaan yang dicapai oleh penyelidik-penyelidik luar

negara dalam aspek ini sehingga ada yang mendapat liputan meluas media massa

antarabangsa. Namun, setiap teknologi itu pasti ada kesan baik dan buruknya. Kemungkinan

aspek positif kejuruteraan genetik ini adalah kepada pasangan suami isteri yang tidak

mempunyai anak. Kini, sudah ada teknologi dan kaedah yang membolehkan pasangan yang

sebegini mempunyai anak dengan mudah dan selamat. Kewujudan anak dalam sesuatu

keluarga itu sudah pasti mampu memberikan lebih suasana ceria yang diimpikan oleh

manusia.

Malah, teknologi sebegini juga boleh membuat penyelidikan awal untuk menentukan bahawa

anak yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami sebarang kecacatan tertentu. Tindakan

membuat penentuan genetik sebegini sudah pasti mampu memberikan satu ketenangan

kepada ibu bapa yang bakal menerima anak dalam kehidupan mereka. Malah, kejuruteraan

genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan sivil. Kalau dahulu

pihak polis sukar untuk menahans eserang tanpa sebarang bukti yang konkrit kini masalah itu

semakin menghilang kerana penggunaan teknologi ini akan memudahkan polis mengesan

penjenayah. Dalam masa yang sama, penjenayah juga akan berfikir dua kali sebelum

melakukan sebarang tindakan jahat kerana sedar sebarang tinggalan genetik mereka pasti

mampu dikesan oleh polis dengan mudah.

Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan

mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu

dihasilkan dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu

sumber protein yang penting untuk memastikan keseinambungan kehidupan manusia.

Penternak tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk menghasilkan hasil yang

baik.

Namun, kejuruteraan genetik juga membawa impak negatif yang harus diberikan penekanan

oleh masyarakat. Akan wujud golongan tertentu yang akan menggunakan teknologi ini untuk

melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan perundangan. Tindakan

mengklonkan manusia untuk sesuatu yang berunsur negatif akan menyusahkan masyarakat.

Bayangkan penjenayah mampu bertukar wajah dengan mudah lalu menyukarkan pihak polis

menahan mereka daripada melakukan jenayah berulang kali.

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia Cuma kita harus sedar limitasi

yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa masalah kepada

kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi dihasilkan untuk

memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif.

Page 3: 129537019-genetik-1

3

http://duniaam.blogspot.com/2011/04/kejuruteraan-genetik-membawa-manfaat.html

TEMA: BIOTEKNOLOGI

TEMA: BIOTEKNOLOGI

Pengenalan

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup

manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam

sekitar. Pada abad ke 21, ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti

kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan

bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen

bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi juga adalah suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk

memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan :

1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi

2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman

3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus

Definasi Bioteknologi

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu „biologi‟ dan „teknologi‟. Kamus Dewan

mentakrifkan „biologi‟ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara „teknologi‟ itu

pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian

dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Dasar Bioteknologi Negara

Kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, telah meletakkan bidang ini

sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia

ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan

Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan

bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.

Page 4: 129537019-genetik-1

4

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala

sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka

ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri

bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan

industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus

menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat

kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor

khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan

iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan

nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Bioteknologi adalah satu teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan

dengan benda hidup untuk menyelesaikan masalah @ penghasilan produk yang bermanfaat

untuk manusia

Antara Kaedah yang Digunakan dalam Bioteknologi

1.Kejuruteraan genetik

- Kejuruteraan genetik ialah teknologi pemindahan segmen-segmen DNA yang membawa

maklumat genetik daripada suatu organisma kepada suatu organisma sasaran yang lain.

Secara ringkasnya, gen-gen bagi ciri-ciri yang dikehendaki dikeluarkan daripada satu spesies

organisma hidup dan dimasukkan ke dalam orgasnisma yang lain.

Kebaikan kejuruteraan genetik untuk tumbuhan ialah:

• Buah yang besar dapat dihasilkan

• Buah tanpa biji

• Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak

• Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.

2. Teknologi kultur tisu

Page 5: 129537019-genetik-1

5

- Teknologi kultur tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu: penyelenggaraan organisasi atau

perkembangan jisim sel yang tidak tersusun (dikenali sebagai kalus yang dihidupkan dalam

medium sintesis).

- Kultur sel tumbuhan ialah kultur kalus yang terbit daripada pembahagian sel yang

dikekalkan dalam medium agar atau dalam bentuk ampaian menggunakan medium cecair.

Kalus yang muncul akan dijadikan asas untuk menghasilkan suatu tumbuhan anak yang

mempunyai ciri tumbuhan induk yang asal.

Kebaikan kultur tisu ialah:

1. dapat mengekalkan ciri tumbuhan induk yang baik

2. dapat menggandakan anak benih tumbuhan dengan mudah

3. dapat menghasilkan tumbuhan yang baru menggunakan satu sel sahaja.

Keburukan kultur tisu ialah:

1. bukan semua sel atau tisu dapat diklonkan.

3. Kaedah pengklonan

- Kaedah ini melibatkan penggunaan keratan batang pada suatu tumbuhan dalam pembiakan

aseks. Misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan

induk dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis.

- Contoh lain, Petani melakukan pengklonan dengan memotong batang rayap ubi keledek dan

menanamkannya. Setelah batang rayap itu ditanam, ia akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi

keledek yang baru. Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon ubi keledek dan mempunyai

kod genetik yang sama dengan pokok induknya. Penanaman secara keratan, tut, bebawang

dan belahan umbisi merupakan cara-cara pengklonan yang diamalkan oleh petani sejak zaman

dahulu.

Kebaikan pengklonan ialah:

1. Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan

2. bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat

3. menyebabkan tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat

4. menjamin keseragaman baka yang baik

Page 6: 129537019-genetik-1

6

5. pengklonan tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif (tidak memerlukan agen

pendebungaan) dan boleh dilakukan pada bila-bila masa

keburukan pengklonan ialah:

1. Klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu

klon diserang penyakit @ perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan

terhadap serangan atau penyakit akan mati.

2. Pengklonan dijalankan dalam keadaan terkawal, jika persekitaran luar berubah menjadi

tidak sesuai , keseluruhan klon akan musnah.

3. Klon tidak menunjukkan sebarang variasi dari segi genetik.

Kepentingan/sumbangan bioteknologi

1. sumbangan dalam bidang perubatan

- penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik seseorang dapat diubahsuai sebagai

contoh, genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal

- selain itu dapat kaedah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit mental

- Melalui Bioteknologi juga vaksin melalui hormon haiwan telah dicipta. Vaksin bertindak

sebagai antibodi. Contohnya, vaksin menghalang bakteria seperti Hepatitis B daripada

bertindak dalam sel-sel badan. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pesakit Hepatitis B.

- Teknologi kejuruteraan genetik juga dapat mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser,

diabetis dan lain-lain

- Kaedah ini juga membantu ibu-ibu yang sukar mengandung melalui teknik in-vitro

2. sumbangan dalam bidang pertanian

- baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan

- keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman

- kaedah ini juga dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil padi yang banyak

dan cepat matang. Contohnya, benih padi Mahsuri dan MR 168

- pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya

tahan penyakit

- penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang

Page 7: 129537019-genetik-1

7

- Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga diperkenalkan. Baka-baka yang baik

diambil untuk tujuan pembiakan

3. sebagai sumber tenaga alternatif

- pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan

tenaga kepada manusia

- bioteknologi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil yang

semakin lama semakin kehabisan

- selain itu ia dapat mengurangkan pencemaran alam.

4. mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

- pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakkan kuman

- melalui kaedah bioteknologi di cipta mikroorganisma. Mikrob ini mampu mempercepatkan

pereputan bahan buangan manusia.

- Selain itu, mikrob ini juga mampu menguraikan najis atau bahan kumbahan sepenuhnya

- justeru alam sekitar dapat dikurangkan malah sumber air yang bersih dapat dibekalkan.

5. memajukan industri pengeluaran makanan

- ramuan bahan kimia meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia

- dengan menggunakan kaedah tertentu dalam bioteknologi, menjadikan makanan lebih sedap

dan tahan lama

- mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis dan perasa dalam

makanan.

6. sumbangan dalam sektor ekonomi dan sosial

- Jika industri bioteknologi berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu

mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020

selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup

masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.

Keburukan/Ancaman Penggunaan Bioteknologi

Page 8: 129537019-genetik-1

8

Walaupun bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam beberapa bidang namun

demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal

haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi

kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah

kepada manusia dan alam.

• Manusia sebagai bahan ujikaji

-Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja

digunakan antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan yang

mendatangkan risiko serius.

-Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia sebagai „tikus makmal‟.

• Keselamatan dalam proses biotek tidak dijamin

-Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk

kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan

merebak tanpa sempadan.

-Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, „pencemaran genetik‟ tidak dapat

dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke

generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

• Merosakkan organ dalaman

-Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan

bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling

besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini

sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

-Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian

mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi

haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus,

badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

-Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan

perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya.

Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem

imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu,

Page 9: 129537019-genetik-1

9

Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett

Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

• Menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa

-Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik

meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik

suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat

bagi tubuh badan.

-Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan

makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang

membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum

ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

• Menyebabkan mutasi gen pada tanaman lain

-Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang

melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus

tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis

tumbuhan dan hidupan lain

CONTOH SOALAN

Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara

dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma.

Huraikan pernyataan di atas.

Skema: 4 + 0

1 Meningkatkan kualiti

- Hasil yang lebih baik drp sebelumnya

- Saiz dan bentuk yang lebih besar dan manis

Page 10: 129537019-genetik-1

10

- Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum

- tahan pengaruh atau ancaman seperti penyakit atau bencana alam

- Mutasi aruhan

- Meningkatkan pembesaran yang lebih cepat matang

- Kawalan virus dn Patogen – MARDI

2 Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran

-Jumlah hasil yang dikeluarkan meningkat dalam jumlah yang berganda.

- Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri

-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan

Keluaran juga tidak terjejas walaupun ada pengaruh seperti iklim.

Hasil keluaran sepanjang masa (tidak perlu bermusim)

3 Penghasilan baka baru

-Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti

- Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam

Negara

- Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian

(banyak susu)

- In vitro

- Embrio – persenyawaan

- Penghasilan produk baru agro pertanian

- Peningkatan produktiviti pertanian

- Peningkatan kualiti

- Membiakkan spesis yang menghadapi ancaman kepupusan

4 Kepelbagaian hasil keluaran

- Hasil keluaran dipelbagaikan

Page 11: 129537019-genetik-1

11

- Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam

bentuk dan saiz yang berbeza

- Penghasilan pelbagai produk hiliran

- Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai

barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel.

5 Meningkatkan inovasi/

Kajian dan penyelidikan

- Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan

memodenkan seKtor pertanian.

- Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan

- kajian dapat meningkatkan hasil keluaran negara

-kajian untuk memperbaiki kelemahan juga dijalankan sentiasa

-mengalakan inovasi dalam pelbagai bidang

- Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperoleh teknologi mereka

-Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat – Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya

menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta

Amerika Syarikat

6 Memajukan teknologi pertanian

- Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha untuk

memodenkan sektor pertanian

- Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden

- Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun

Soalan 2 : Bioteknologi dan teknologi genetik kian berkembang maju. Teknologi genetik

haiwan, tumbuhan-tumbuhnan dan manusia semakin penting dalam kehidupan kita. Huraikan

kesan kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia.

Page 12: 129537019-genetik-1

12

Skema: ( 2 + 2)

1. Kesan baik kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia

2. Kesan buruk kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia.

1 Kesan baik

Teknologi genetik membantu pengenalan identiti seseorang

• Mayat dapat dikenal pasti identitinya melalui ujian terhadap tisu, rambut dan tulangnya.

• Mangsa perang, pembunuhan, kebakaran dapat dikenalpasti.

• Hal ini membantu pihak forensik dan polis

• Perogol dan penjenayah mudah disabitkan kesalahannya melalui ujian DNA

• Dalam kes rebutan anak, ujian DNA dapat mengenal pasti ibu dan bapa kandung dengan

tepat.

• Kemajuan teknologi ini banyak membantu dalam penyelesaian kes sivil dan kes jenayah di

mahkamah

2 Teknologi ini meningkatkan taraf kesihatan manusia

• Penyakit jiwa disebabkan faktor genetik

• Kini, genetik seseorang dapat diubahsuaikan melalui kejuruteraan genetik

• Hal ini dapat mengelakkan seseorang mewarisi penyakit genetik

• Contoh: faktor kekurangan hormon pertumbuhan manusia mengakibatkan kekerdilan.

Manusia kerdil berkemungkinan melahirkan anak yang kerdil juga.

• Manusia kerdil dapat melahirkan anak yang sempurna melalui manipulasi hormonnya.

• Bahan kimia daripada lintah dapat menyembuhkan glaukoma.

• Dapat mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan. Mikroorganisma telah diubahsuai genetiknya

untuk menghasilkan ubat seperti insulin, antibiotik dan vaksin. Dengan ini, mencegah

penyakit kronik.

Page 13: 129537019-genetik-1

13

• Menghasilkan ubat-ubatan daripada daun, batang dan akar kayu atau herba (neutralsentikel)

3 Bioteknologi juga dapat mengatasi masalah pencemaran

• Bahan kumbahan manusia mengancam kehidupan kita

• Kuman pembawa penyakit akan merebak

• Mikrob dapat mempercepat pereputan bahan buangan

• Mikrob menguraikan najis sepenuhnya

• Dengan itu, pencemaran alam dapat di atasi

4 Bioteknologi merevolusikan bidang pertanian dan ternakan

• Baka-baka ternakan terbaik dihasilkan melalui kaedah kimera, in-vitro dan permanian

berhadas. Dapat menghasilkan haiwan kacukan seperti selembu dan kambiri.

• Pengklonan biri-biri Dolly membolehkan pembiakan secara besar-besaran

• Contoh:

• - Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak

- Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan bervitamin

- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran

• Kaedah Kultur tisu, bahagian pohon di ambil, sel-sel tunggal diasingkan dan dibiakkan

menjadi tumbuhan lengkap. Dengan ini mempercepat pembiakan tanaman. Kultur tisu berjaya

menghasilkan beberapa jenis buah-buahan secara besar-besaran.

• Mutasi aruhan menghasilkan baka tanamanan yang lebih baik seperti padi yg mempunyai

daya tahan penyakit yang lebih tinggi, tumbesaran yang lebih cepat matang dan mengluarkan

hasil yang tinggi.

• Bitekologi juga dapat meningkatkan kandungan nutrisi tanaman. Penghasilan makanan

secara besar-besaran dapat dijalankan.

5 Membekalkan tenaga alternatif

Page 14: 129537019-genetik-1

14

• Tenaga alternati f seperti biofuel dan biojisim

• Sisa pertanian diproses menjadi sumber tenaga. Dapat mengurankan kebergantungan kepada

sumber tenaga konvestional

• Minyak sawit diproses untuk menjadi biodisel yang mesra alam

• Sisa kumbahan najis ternakan boleh menghasilkan tenaga biojisim.

6 Memajukan industri pengeluran makanan

• Penghasilan makanan yang lebih berkualiti secara besar-besarab

• Perasa, perwarna dan pemanis makanan dihasilkan menerusi penggunaan mikrob dan

bakteria

• Penghasilan vitamin dan enzim yang lebih berkualiti

5 Kesan buruk

Teknologi ini boleh disalah gunakan

• Pengklonan manusia dapat melahirkan manusia yang sama genetiknya. Tujuannya utk

mendapatkan organ ganti.

• Dengan ini, manusia akan menjadi bahan komersial untuk dijual. Manusia mungkin

diklonkan untuk menjadi hamba seks dan sebagainya.

• Manusia yang telah mati dapat diklonkan jika spertma atau DNA nya disimpan dengan baik,

seolah-olah manusia yang sudah mati dapat hidup semula.

6 Sistem kekeluargaan dan sosial menjadi huru hara

• Manusia mungkin tidak perlu berkahwin lagi utuk mendapatkan zuriat. Bayi tabung uji

dapat dilahirkan dengan mudah dan seseorang perempuan tidak perlu lagi berkahwin untuk

mendapatkan anak.

• Hubungan sesama manusia akan hilang sebagai lambang cinta antara dua insan. Sebaliknya

seks hanya menjadi satu permainan untuk keseronokan sahaja. Hubungan seks rambang akan

berleluasa

http://cikgusalmiah.blogspot.com/2012/03/tema-bioteknologi.html

Page 15: 129537019-genetik-1

15

Kesan Perkembangan Kejuruteraan Genetik

KEJURUTERAAN GENETIK : PRO DAN KONTRA KEATAS UMAT MANUSIA DAN

KEHIDUPAN SEJAGAT

“Some say that genetic engineering opens an enormous vista for mankind,

and others say it's the beginning of a catastrophe, that even a small

step such as curing a defective gene is also the first step down a slippery

slope to disaster…” Daniel Koshland, JR. (2000)

Merujuk kepada kata-kata Koshland, kita dapat mengaitkannya dengan kelahiran seekor

kambing biri-biri bernama “Dolly” 5 Julai 1996. di Britain, hasil manipulasi dalam

kejuruteraan genetik beberapa tahun yang lampau telah mengejutkan umat manusia di seluruh

dunia. Bagi sebilangan ilmuan dan penyokong kejuruteraan genetik, kehadiran “Dolly” telah

menghidupkan banyak peluang dalam bidang kajian sains, terutama bagi memperolehi

sumber-sumber serta kegunaan baru dalam bidang tersebut. Selain itu juga, bagi pasangan

yang tidak mempunyai anak, kaedah kelahiran melalui kejuruteraan genetik akan dapat

membantu pasangan terbabit memperoleh zuriat sendiri bagi meneruskan kesinambungan

hidup atau keturunan mereka.

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk

menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan

binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya,

seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan

susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Secara tidak langsung, bidang kejuruteraan genetik

telah dapat mencorakkan semula bidang penghasilan produk ke arah hasil yang lebih baik dan

terjamin, serta pulangan yang lumayan kepada para pengusaha.

Walaupun begitu, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang

mungkin berlaku terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang

kejuruteraan genetik ini tidak dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana

terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-

mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan juga kekuasaan. Sekiranya teknologi

kejuruteraan genetik ini dikuasai oleh golongan sebegini, ia akan menjadi ancaman kepada

kehidupan manusia sejagat.

1.1 Defnisi Kejuruteraan Genetik

Page 16: 129537019-genetik-1

16

Dr. Ricarda Steinbrecher (1998), menyatakan kejuruteraan genetik merupakan satu kaedah

untuk menggabungkan satu gen dan sebahagian DNA sesuatu spesis dengan gen bagi satu

spesis yang lain. Kejuruteraan genetik memecahkan halangan bagi ketidaksamaan sesuatu

spesis dan mewujudkan kesesuaian bagi mencipta spesis yang baru daripada penggabungan

gen. dan DNA.

Jurnal elektronik Wikipedia (2008) menyatakann kejuruteraan genetik melibatkan

penggunaan DNA rekombinan - iaitu DNA yang menggabungkan maklumat genetik dua

species organisma yang berlainan. Jika gen-gen ini digabungkan dalam sel telur atau sel

sperma supaya maklumat genetik ini boleh diturunkan kepada progeni, maka hasil daripada

gabungan ini dinamakan organisma transgenik.

Penghasilan DNA rekombinan melibatkan tiga proses:

Manipulasi DNA in vitro (luar sel organisma)

Gabungan, atau rekombinasi DNA sesuatu organisma dengan DNA bakteria dalam

plasmid atau bakteriofaj.

Pengklonan, atau teknik untuk mereplikasi progeni yang membawa DNA rekombinan.

Proses-proses diatas pertama kali dilakukan oleh Paul Berg dan A.D. Kaiser pada tahun 1972.

Mereka berjaya memasukkan DNA prokariot kedalam bakteria, kemudian oleh S.N. Cohen

dan Herbert Boyer yang berjaya menggabungkan DNA organisma eukariot bersama plasmid

bakteria.

1.2 Teknik-teknik Kejuruteraan Genetik

Antara teknik-teknik kejuruteraan genetik ialah;-

Permanian berhadas yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri apabila suami mandul .

- Persenyawaan in-vitro - membolehkan wanita yang mempunyai tiub Fallopia

tersumbat melahirkan anak.

- Persenyawaan tabung uji - sperma bapa dan telur ibu disenyawakan dalam makmal

menghasilkan embrio yang akan diletakkan dalam rahim ibu / ibu tumpang untuk

proses seterusnya. –

- Kultur tisu - cara pembiakan menggunakan tisu daripada tumbuhan baka yang baik

dalam satu larutan nutrien khas (garam mineral, gula, vitamin & hormon)

- Penglonan - teknik manipulasi gen daripada tanaman/haiwan untuk menghasilkan

zuriat yang benar-benar menyerupai induk dalam semua aspek.

- Gabungan semula DNA - DNA (deoxyribonukleic asid) ialah molikul kompleks

yang membawa ciri-ciri arahan pembesaran dan pertumbuhan setiap benda hidup.

Melibatkan gabungan 2 atau lebih gen daripada spesis yang berlainan untuk

memperolehi sifat yang dikehendaki.

Page 17: 129537019-genetik-1

17

- Ammiosintesis - mengenalpasti jantina bayi dalam kandungan, sama ada

menghadapi penyakit genetik atau tidak

- Pembiakan / kacukan - mengacuk jenis tanaman/haiwan ternakan yang mempunyai

suatu sifat baik dengan jenis yang mempunyai sifat baik.

- Sitologi - bidang pengajian yang mengkaji struktur, tabiat, sifat dan fungsi sel

haiwan, tumbuhan dan bakteria.

- Pemetaan genetik - bidang ini masih baru, melibatkan ilmu mengubahsuai arahan

genetik DNA agar organisma yang dihasilkan dapat ditentukan ciri-cirinya terlebih

dahulu.

2.0 SUMBANGAN KEJURUTERAAN GENETIK TERHADAP KETAMADUNAN

MANUSIA

Kejuruteraan genetik merupakan salah satu cabang biologi yang berkaitan dengan penurunan

ciri-ciri daripada induk (ibu bapa) Kini, ilmu genetik merangkumi kajian tentang struktur dan

fungsi baka seperti kromosom, gen, DNA dalam makanisme keturunan. Tujuan ilmu ini

adalah untuk melahirkan zuriat yang sihat dan menjamin kelangsungan hidup manusia.

Diamalkan sejak zaman purba lagi, Negara Kota Yunani Sparta mengamalkan teknik

pembiakan secara pemilihan (bayi-bayi yang sihat daripada induk yang sihat) untuk dilatih

menjadi tentera yang gagah berani melawan Athens. Teknik pembiakan terpilih akan

melahirkan bangsa yang agung secara sistematik yang diamalkan oleh Athens dan seterusnya

Jerman, Amerika, Singapura dan lain-lain.

2.1 Bidang Perubatan

Perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an telah melahirkan ilmu baru iaitu

Kejuteraan Genetik (teknik manipulasi gen).Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada

teknologi DNA rekombinan ialah pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai

penjana protein manusia. Interferon, sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan

virus dan sesetengah barah, dan juga hormon insulin, merupakan antara produk terawal DNA

rekombinan. Kini, hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin,

protein pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol

oksidase untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol.

Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen, spesifik,

dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan. Banyak

penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan gen yang

berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen. Malah,

kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan pewarisan

penyakit oleh anak dalam kandungan.

2.2 Dalam industri

Proses fermentasi berlaku dalam penghasilan minuman alkohol, antibiotik, dan roti. Tetapi

kesemua ini boleh diperbaiki lagi dengan kehadiran agen yang berDNA rekombinan.

Page 18: 129537019-genetik-1

18

Contohnya, penambahan gen-gen tertentu kepada strain yis Saccharomyces untuk sintesis

amylase membolehkan penghasilan alkohol daripada kanji. Lain-lain kegunaan DNA

rekombinan dalam industri termasuklah degradasi sellulosa dan lignin, penjanaan bahan api,

dan pembersihan agen-agen pencemar alam sekitar. Strain Pseudomonas putida yang boleh

menghancur komponen-komponen minyak yang berlainan telah "dijuruterakan" untuk

mempertingkatkan upayanya untuk mendegradasi kesemua komponen minyak.

2.3 Dalam pertanian

Sesetengah strain bakteria telah dicipta untuk mengawal populasi serangga yang menyerang

tanaman. Syarikat Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria Pseudomonas fluorescens

yang membolehkannya membunuh serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal

daripada Bacillus thuringiensis. Toksin B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan

pembunuh haiwan perosak.

Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti berikut: mendapatkan gen yang

diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan.

Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.Transgenik berasal daripada dua

perkataan dasar iaitu „trans‟ dan „gen‟. Trans adalah singkatan kepada perkataan „transfer‟

atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen

baru (asing).Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu ciri

baru.Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di dalam

sesuatu hidupan atau kajian genomik.

Kajian genomik ini semakin popular dan akan dijelaskan lebih lanjut di penghujung artikel

ini. Kaedah mendapatkan gen amat kompleks dan tidak akan dihuraikan dalam perbincangan

ini. Gen ini tidak dapat ditentukan dengan mata kasar, sebaliknya beberapa uji kaji khusus

diperlukan untuk membuktikan gen yang kita peroleh.Kultur tisu pula ialah kaedah

penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian pokok seperti

daun dan akar. Kultur tisu menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan, vitamin

dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus. Kalus

seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan akhirnya

akar (secara berperingkat, satu demi satu).

Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis bahan perangsang akan diubah sesuai dengan

bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua proses ini dijalankan dalam keadaan bebas

kuman (steril).Transformasi pula adalah proses pemindahan gen asing, sama ada daripada

tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke dalam tumbuhan. Proses ini unik dan

mus*l dapat dilakukan melalui kacukan biasa. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan

oleh bakteria atau kaedah terus. Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan

serpihan khusus gen yang dibawanya ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya.

Kaedah terus pula adalah seperti penembakan zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan

zarah emas yang telah disalut dengan gen.Gen yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel

tumbuhan yang kemudiannya diganda dan dibesarkan menjadi pokok.Antara kejayaan yang

dicapai dalam bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah tomato yang membawa

Page 19: 129537019-genetik-1

19

gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang lambat lembik dan

segar. Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini

menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih segar di

pasaran.

Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi

asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan

badan.Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik

daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak

koko.Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik

mesra alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam

sekitar. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang

menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa

beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang

jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh

darah.

3.0 KESAN NEGATIF KEJURUTERAAN GENETIK

Persoalan mengenai kesan negatif kejuruteraan negatif berkisar mengenai etika, ancaman dan

penyalahgunaan kejuruteraan genetik.

3.1 Etika dan keagamaan

Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan

oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa

mempunyai pelbagai implikasi.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi; yang

bermaksud: "Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan

membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong

telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka

benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka

benar-benar merobahnya."

Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah

adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana

kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan

yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada

manusia.

Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat

kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti

eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah

dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan

satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga

buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan

Page 20: 129537019-genetik-1

20

mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak

banyak kerenah seperti manusia biasa.

Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada

sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip

kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga

alam sekitar.

Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh

digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami

boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri

itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau

mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan

porak-peranda di dalam masyarakat.

Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh

menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah

dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat

yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah

dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini

menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak

memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.

3.2 Ketiadaan kawalan

Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka

bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat,

seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil

upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang

mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai

masalah lagi.

Bagi pihak yang mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas, kejuruteraan genetik akan

menjadi satu bentuk pelaburan untuk mereka menghasilkan produk genetik sebagai sokongan

kepada bidang perubatan. Misalannya, menghasilkan klon manusia khusus untuk

mendapatkan organ-organ penting untuk tujuan pemindahan kepada pesakit kronik atau

menjadi bahan ujikaji bagi produk kesihatan.

Menyentuh soal ini Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan yang

standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini seharusnya

menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar yang terlibat dalam

kejuruteraan genetik.

3.3 Sandard keselamatan

Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang dihasilkan melalui kejuruteraan

genetik. Hal ini kerana pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan misalnya

Page 21: 129537019-genetik-1

21

melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya tahan terhadap jangkitan penyakit. Dr.

Ricarda Steinbrecher (1998) menyatakan bahawa terdapat kecenderungan untuk virus

berintegrasi dalam sel tumbuhan yang baru dihasilkan. Keadaan ini akan menyebabkan

kurangnya daya tahan tumbuhan tersebut ke atas penyakit. Apa yang lebih bahaya lagi, sejauh

manakah kita mengetahui bahawa spesis tumbuhan yang dihasilkan bebas daripada toksin

yang baru atau mempunyai kesan alergik kepada pengguna? Apakah kesannya terhadap alam

sekitar dan hidupan liar?

Dalam soal ini juga., Dr. Patrick Dixon (2007) membangkitkan mengenai kesan yang timbul

yang membawa kepada kematian kambing klon “Dolly”. Menurut kajian, kambing tersebut

mungkin mengalami atritis kerana kesan penuaan sel yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini

berkait rapat dengan petunjuk daripada ujikaji yang merujuk penuaan sel berlaku kerana

secara genetiknya sel “Dolly” setua sel ibunya. Sehubungan dengan itu juga, proses

pengklonan manusia yang dilakukan oleh pakar genetik kemungkinan besar akan

mewujudkan ketidakseimbangan kepada insan yang dilahirkan dan akhirnya akan

mewujudkan kegagalan kepada proses tersebut.

Terdapat juga kemungkinan teknologi dalam kejuruteraan genetik digunakan oleh pihak yang

tidak bertanggung jawab untuk menghasilkan senjata biologi secara besar-besaran yang boleh

mengancam kesejahteraan dunia sejagat. Dalam soal ini Dr. Patrick Dixon (1995) menyatakan

kejuruteraan genetik membuka lebih banyak peluang untuk penghasilan senjata untuk tujuan

kemusnahan manusia. Reka bentuk virus baru akan dihasilkan untuk membunuh ribuan

nyawa yang tidak berdosa. Hal ini kerana, penggunaan senjata biologi sedemikian boleh

disebarkan dalam sekelip mata melalui udara atau sumber bekalan air. Terdapat juga

kecenderungan firma pembuat senjata biologi untuk menggunakan sekelompok manusia

sebagai sasaran ujian kerana dalam penghasilan senjata biologi, kesan virus yang disebarkan

mungkin tidak sama hasilnya antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Hal ini

berkaitan dengan kemampuan manusia untuk menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap

jangkitan virus. Selain itu juga, penyebaran virus sebagai senjata tidak akan mudah dikawal.

Kemungkinan untuk ia tersebar luas tidak dapat disangkal, menjadikan ia sebagai satu wabak

yang dapat mengancam pihak tentera sendiri mahupun orang awam.

BIBLIOGRAFI

Gregory B Stock (2000). Engineering the Human Germline : An Exploration of the

Science and Ethics of Altering the Genes We Pass to Our Children. Cary, NC, USA. Oxford

University Press, Incorporated

Patrick Dixon, Dr. (1995) – The Genetic Revolution. New York. Kingsway Publication.

Patrick Dixon , Dr. (2007), Jurnal,”Future Trends”,

Page 22: 129537019-genetik-1

22

http://www.globalchange.com /clonenews.htm

Abu Bakar Bin Yang(2008). Artikel, “ Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya”.

www.ikim.gov.my

Ricarda Steinbrecher Dr. (1999). Synthesis/Regeneration: A Magazine of Green Social

Thought, Vol. 18

_____________(2008).Artikel, “Genetic engineering, recombinant DNA technology,

genetic modification/manipulation.” http://en.wikipedia.org/wiki/ Genetic_engineering

http://maelsocialscience4u.blogspot.com/2008/07/kesan-perkembangan-kejuruteraan-

genetik.html