127763842-sistem-liga

7

Click here to load reader

Upload: qifuat-liamsi

Post on 17-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 127763842-Sistem-Liga

Sistem liga merupakan sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang

peserta atau beberapa pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau

beberapa buah kumpulan. Pasukan diberi peluang bermain atau bertanding secara

maksimum. Hal ini kerana setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain

sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan yang berada dalam

kumpulannya. Pengelola yang akan menentukan sama ada liga itu satu pusingan

atau dua pusingan. Penentuan dilakukan bergantung kepada jumlah pasukan yang

menyertai pertandingan tersebut.

Jika hanya lima buah pasukan yang menyertai pertandingan ini, maka setiap

pasukan akan berpeluang bertanding sebanyak empat kali sahaja sebelum

pemenang sebenar pertandingan tersebut diumumkan.

Liga dua pusingan memerlukan peserta atau pasukan tersebut bertanding

dengan lawan yang sama sebanyak dua kali. Sistem ini dipraktikkan pada

pertandingan Liga Perdana Inggeris.

Sistem ini menggabungkan sistem liga satu pusingan atau dua pusingan di

peringkat awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir dan

akhir untuk mendapatkan pemenangnya. Sistem ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu

Separa Liga 4 Kumpulan, Separa Liga 3 Kumpulan dan Separa Liga 2 Kumpulan.

SISTEM LIGA

SISTEM LIGA SATU PUSINGAN

SISTELM LIGA DUA PUSINGAN

SISTEM SEPARA LIGA

Page 2: 127763842-Sistem-Liga

Empat kumpulan akan terbentuk melalui sistem ini. Faktor utama

pembentukan kumpulan ini disebabkan oleh bilangan penyertaan pasukan yang

banyak. Sebagai contoh, 12 pasukan yang menyertai sesuatu pertandingan akan

dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C, dan D.

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C KUMPULAN D

BI SEM 1 BM SEM 2 BM SEM 3 BI SEM 2

BC SEM 1 MT SEM 2 BI SEM 3 BM SEM 1

MT SEM 1 BC SEM 2 BC SEM 3 MT SEM 3

Jadual --: Contoh agihan 12 pasukan kepada 4 kumpulan

Pertandingan peringkat awal seperti pada Jadual – di atas dijalankan secara

liga satu pusingan bagi setiap kumpulan. Pasukan yang menjadi johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. Setiap johan

perlawanan suku akhir akan ke peringkat separuh akhir dan akhir. Pada peringkat

akhir, pertandingan yang dipertandingkan akan dijalankan secara kalah mati.

Biasanya, kedudukan johan-johan setiap kumpulan dan naib-naib johan diletakkan

dalam carta pertandingan sebagaimana pada Rajah -- dan diputuskan oleh

jawatankuasa pertandingan.

Suku Akhir Separuh Akhir Akhir

A 1

C 1

D 1

B 3 JOHAN

B 1

D 2

C 3

A 3

SEPARA LIGA 4 KUMPULAN

Page 3: 127763842-Sistem-Liga

Bilangan peserta kurang daripada 11 pasukan. Setiap pasukan akan

dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C. Sekiranya penyertaan

pasukan antara 10 atau 11, pasukan tersebut akan dimasukkan sama ada ke dalam

kumpulan A, B dan C. Jika terdapat seeded atau pasukan pilihan dalam

pertandingan tersebut, hanya lapan pasukan sahaja yang akan mengundi untuk

dimasukkan ke dalam kumpulan A, B, atau C. Seeded bagi setiap kumpulan akan

diketuai oleh pasukan yang menjadi Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga pada

pertandingan tahun sebelumnya. Oleh itu, ada dua kumpulan yang akan mempunyai

tiga atau empat pasukan sebagai ahlinya.

Pemenang pertama dan kedua dalam setiap kumpulan akan menyertai

pusingan kedua. Dalam pusingan ini, hanya dua kumpulan sahaja yang akan

dibentuk iaitu kumpulan X dan Y. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi

oleh setiap kumpulan pemenang pertama dan kedua. Antaranya ialah Johan dan

Naib Johan akan diasingkan ke dalam kumpulan masing-masing, ketiga-tiga Johan

perlu diundi untuk menentukan kumpulan dan naib-naib Johannya pula akan

ditempatkan ke dalam kumpulan berasingan daripada Johan kumpulan masing-

masing secara otomatik. Johan X dan Y akan layak ke peringkat akhir. Pada

peringkat ini, penggunaan sistem kalah mati akan dilaksanakan bagi menentukan

pemenang.

Jadual-- : Agihan 6 pasukan dalam pusingan kedua dan peringkat akhir secara kalah

mati.

Akhir

JOHAN X

JOHAN

JOHAN Y

KUMPULAN X

1.

2.

3.

KUMPULAN Y

1.

2.

3.

SEPARA LIGA TIGA KUMPULAN

Page 4: 127763842-Sistem-Liga

Jika hanya 6 hingga 8 buah pasukan yang menyertai sesuatu pertandingan

tersebut, sistem ini akan digunakan. Dua kumpulan akan terbentuk iaitu kumpulan A

dan B. Sekiranya terdapat seeded, maka pasukan-pasukan tersebut akan

dibahagikan kepada kumpulan A dan B berasaskan:

Jika 8 pasukan sahaja yang menyertai pertandingan tersebut, setiap pasukan

dalam kumpulan tersebut akan bermain sebanyak 3 kali dan jumlah perlawanan

dalam setiap kumpulan ialah lapan perlawanan sahaja. Johan dan Naib Johan dalam

setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh akhir dan seterusnya

pemenang akan ke peringkat akhir. Sistem kalah mati akan digunakan pada

peringkat akhir bagi menentukan pemenang. Pasukan yang menang akan menjadi

Johan pertandingan tersebut. Pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir

akan bertanding bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat sekiranya

keadaan sebegitu tercatat dalam peraturan pertandingan. Rajah – menunjukkan

perjalanan pertandingan pada peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga

dua kumpulan.

Johan dan pasukan tempat keempat pada tahun

sebelumnya dalam kumpulan A.

Naib Johan dan pasukan tempat ketiga pada tahun

sebelumnya dalam kumpulan B.

Pasukan lain akan diundi.

SEPARA LIGA DUA KUMPULAN

Page 5: 127763842-Sistem-Liga

Rajah – Peringkat separuh akhir dan akhir dalam separa liga dua kumpulan

KELEBIHAN KELEMAHAN

1. Keputusan adalah mutlak 1. Melibatkan bilangan permainan yang banyak.

2. Peserta-peserta lain mendapat kedudukan dalam pertandingan yang dipertandingkan

2. Kebanyakkan permainan kemungkinan besar tidak diadili dengan sebaiknya atau berat sebelah.

3. Pemain tidak akan disingkirkan sehingga selesai pusingan tersebut

4. Penentuan peserta atau pasukan pilihan tidak begitu penting

5. Menggunakan gelanggang yang banyak dan berkesan

6. Peserta tidak perlu menunggu peserta lain bermain kecuali lawan yang telah dijadualkan

Separuh Akhir Akhir

Johan A

Naib Johan B JOHAN

Johan B

Naib Johan A

SISTEM LIGA

Page 6: 127763842-Sistem-Liga

Terdapat 2 cara dalam menentukan bilangan permainan sama ada

menggunakan formula atau hasil tambah jumlah penyertaan. Formula bagi

penentuan jumlah bilangan permainan ialah

Jumlah Permainan = n (n-1) / 2

Contoh pengiraan:

FORMULA : n (n-1) / 2

Jika 5 pasukan yang menyertainya

= 5 (5-1) / 2

= 5 (4) / 2

= 20 / 2

= 10 perlawanan

ATAU

1) Tulis angka 1,2,3,4,5.

2) Potong angka tertinggi iaitu 5.

3) Dapatkan hasil tambah semua nombor yang tinggal (1+2+3+4=10)

4) Jumlah yang diperoleh ialah 10.

5) Berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan, pihak penganjur perlu

menyusun sebanyak 10 perlawanan.

n merujuk kepada

bilangan pasukan yang

bertanding

PENENTUAN JUMLAH BILANGAN PERMAINAN

Page 7: 127763842-Sistem-Liga

Pemenang bagi sesuatu pertandingan yang menggunakan sistem liga ditentukan

dengan dua cara iaitu

i. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga satu

pusingan.

ii. Pasukan yang memungut jumlah mata yang tertinggi dalam liga dua pusingan.

Mata yang diberi kepada pihak pemenang sebanyak 3 mata manakala 0 bagi pihak

yang kalah. Jika seri berlaku, kedua-dua pihak akan mendapat 1 mata.

PEMAIN/ KUMPULAN MATA YANG DIBERIKANPEMENANG 3

KALAH 0

SERI 1

Selesai pertandingan liga, kedudukan pasukan dapat dilihat seperti jadual di bawah:

Jadual ... : Contoh kedudukan pasukan dalam format liga.

Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan

Sabah 3 2 1 0 9 1 7 1

Sarawak 3 2 1 0 5 0 7 2

Perak 3 1 0 2 2 9 3 3

Kedah 3 0 0 3 0 5 0 4

P - Jumlah Perlawanan K - Bilangan Kalah

M - Bilangan menang J - Jumlah Jaringan

S - Bilangan Seri G - Bilangan Gol Kena

PENGIRAAN MATA PERTANDINGAN