1+2 pahang q&a

Upload: lewin-hong

Post on 12-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

  • SULIT *1

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    Soalan 1hingga soalan 3 berdasarkan carta alir di bawah ini.

    Proses-proses pembelajaran Matematik yang sistematik dan berkesan

    TIDAK

    YA

    TIDAK

    YA

    1 Berdasarkan carta aliran di atas, berikut merupakan proses menguasai kemahiran matematik kecuali

    A Banyak membuat latihan

    B Menyelesaikan soalan latihan

    C Pemerhatian terhadap pelbagai soalan matematik

    D Mengulang kaji pelajaran dan memahami konsep

    2 Faktor utama keberkesanan mengulang kaji pelajaran matematik bergantung kepada

    Mengikuti pelajaran

    Memahami konsep melalui pelbagai contoh

    Mengingati takrif, keputusan dan rumus penting

    Membuat banyak latihan

    Bolehkah anda membuat setiap soalan dalam latihan?

    Adakah anda telah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam sesuatu topik?

    SYABAS

    Keputusan Cemerlang menanti anda!

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *2

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    A Masa yang diperuntukkan untuk mengulang kaji

    B Memahami setiap konsep yang diajar

    C Mencatat rumus-rumus yang penting

    D Keyakinan dan kesabaran pelajar

    3 Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang pelajar itu tidak memahami

    sesuatu tajuk matematik?

    A Mengkaji contoh-contoh yang diberikan dan seterusnya memahami konsep

    B Membuat banyak latihan berkaitan tajuk yang dipelajari

    C Sentiasa mengikuti pelajaran matematik di dalam kelas

    D Mengemukakan masalah matematik kepada rakan

    Soalan 4 hingga soalan 7 berdasarkan petikan di bawah ini.

    Pelaksanaan gagasan Satu Malaysia menjadi satu agenda utama negara. Gagasan tersebut ditunjangi oleh dua prinsip yang utama, iaitu sikap saling menghormati dan keyakinan antara satu dengan yang lain. Gagasan yang dilaksanakan perlulah sistematik dan tidak ada kaum di negara ini dipinggirkan, sama ada dalam pembangunan, termasuklah pendidikan.

    Pemimpin kerajaan mestilah menjalankan tugas dengan cekap, amanah, dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Oleh itu, segala keutamaan pembangunan perlulah berpaksikan rakyat sebagaimana slogan Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.

    Melalui prinsip Rukun Negara, rakyat Malaysia dapat mencapai perpaduan, hidup yang demokratik, masyarakat yang adil dan saksama, dan membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Menerusi Rukun Negara yang dikaitkan dengan gagasan Satu Malaysia, tidak akan wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, rakyat perlu memahami bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

    Dalam bidang pengajaran dan pemelajaran , pelbagai usaha dapat difikirkan dan dilaksanakan untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia. Perancangan , pendekatan dan kaedah pengajaran harus lebih menyeluruh. Guru perlu mengutamakan pencapaian pelajarnya. Oleh itu, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran dan pemelajaran yang lebih berkesan serta memberikan ruang kepada pelajar untuk berkongsi idea.

    Guru dan sekolah, termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Jabatan Pelajaran dan Kementerian, seharusnya dari semasa ke semasa dapat menilai kemajuan pelajar serta mengadakan perbincangan tentang cara membangunkan dan menjayakan pelajar dalam

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *3

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    pelbagai ilmu. Di samping itu, aktiviti kokurikulum perlu juga ditekankan untuk melahirkan kepimpinan dalam kalangan pelajar sejak awal.

    Malaysia kini menghadapi pelbagai cabaran. Oleh hal demikian, pelajar perlulah bersedia menghadapi perubahan sebagai akibat kesan krisis tersebut. Antara usaha untuk menghadapi perubahan dan cabaran perlu difikirkan dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pemelajaran ialah menerapkan ilmu yang membolehkan pelajar memahami fenomena globasisasi, strategi menghadapi persaingan pada peringkat global, ilmu yang meningkatkan daya kreativiti, inovatif dan proaktif , membolehkan pelajar membuat keputusan, pandai membuat pertimbangan dan berpandangan jauh serta berkeyakinan.

    Sebagai kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia dapat disesuaikan mengikut perkembangan semasa, termasuk dalam proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah dan universiti.Oleh hal yang demikian, kerajaan menyandarkan harapan agar rakyat terus memainkan peranan yang lebih hebat dan mendalam dalam merealisasikan gagasan Satu Malaysia untuk pembangunan rakyat dan kemajuan negara.

    ( Disesuaikan daripada Pelita Bahasa, April 2010 )

    4 Apakah yang diharapkan dalam pelaksanaan gagasan Satu Malaysia?

    A Perpaduan dan keharmonian politik

    B Penerapan nilai murni dan semangat patriotik

    C Keadilan dan saksama terhadap semua etnik

    D Pembahagian sama rata dalam ekonomi dan harta Negara

    5 Mengapakah dikatakan gagasan Satu Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia?

    A Semua rakyat mendapat hak yang sama dan kebebasan bersuara

    B Rakyat Malaysia mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara.

    C Rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan negara sekiranya diganggu oleh musuh negara

    D Semua kaum dapat hidup aman damai tanpa diganggu oleh kaum lain dalam semua aktiviti

    6 Berikut adalah antara usaha menyediakan pelajar menghadapi cabaran semasa.

    I Aktiviti kokurikulum untuk melahirkan pemimpin

    II Menyediakan bantuan material dan ilmu pengetahuan

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *4

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    III Pendedahan tentang perkara yang berlaku di seluruh dunia

    IV Kebebasan bertindak,berkeyakinan, dan mempunyai daya kerativiti

    A I dan III

    B I dan IV

    C II dan III

    D II dan IV

    7 Pada pendapat anda, mengapakah penulis berpendapat bahawa bidang pelajaran sebagai salah satu cara untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia?

    A Pelajar merupakan aset negara yang akan menentukan masa depan negara.

    B Melalui bidang pelajaran pelbagai ilmu dapat digunakan untuk pembangunan.

    C Segala fenomena yang berlaku di dunia dapat di atasi hanya dengan ilmu.

    D Hanya pelajar sahajalah yang dapat memajukan negara.

    Soalan 8 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

    Bumi yang kita diami kini terdiri daripada 70.8 peratus lautan, manakala selebihnya ialah tanah daratan dan bongkah ais yang terdapat di kutub utara dan selatan.Fakta ini menggambarkan betapa tanah daratan terlalu kecil jika dibandingkan dengan keluasan lautan. Lautan kini telah mengalami pencemaran yang serius oleh pelbagai aktiviti manusia yang tidak terkawal. Salah satu isu pencemaran laut yang berlaku disebabkan oleh tumpahan minyak.

    Lautan yang luas dan dalam sebenarnya menyimpan jutaan khazanah alam yang begitu bernilai untuk manusia. Banyak rahsia alam yang tersimpan di dalam laut belum diteroka oleh manusia sepenuhnya. Salah satu keunikan laut ialah mempunyai ekosistem yang tersendiri dan kaya dengan pelbagai spesies hidupan. Lautan bukan milik mutlak sesebuah negara, tetapi merupakan suatu entiti yang dikongsi bersama oleh semua penduduk dunia .

    Dalam konteks Malaysia pula, kepelbagaian sumber laut telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat. Lautan di negara ini menyimpan ribuan khazanah hidupan laut yang cukup bernilai. Kewujudan taman laut di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Sipadan dan Pulau Payar membuktikan bahawa khazanah laut di Malaysia adalah yang terkaya di dunia.

    Ekosistem marin mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi mereka yang mempunyai hobi menyelam sudah pasti dapat memahami dengan lebih dekat tentang keunikan ekosistem laut yang cukup harmoni. Setiap satu kumpulan hidupan laut mempunyai hubungan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ekosistem laut membentuk satu rantaian makanan yang panjang dan cukup unik. Terdapat beberapa faktor yang membantu menyokong perkembangan hidupan di dalam laut, iaitu kandungan oksigen, nutrien dan cahaya.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *5

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    Ekosistem laut juga memerlukan nutrien dan cahaya untuk menghasilkan makanan dan tenaga. Nutrien dan cahaya adalah faktor yang mempengaruhi perkembangan ekosistem laut. Fitoplankton dan klorofil mememerlukan sinaran matahari untuk tujuan fotosintesis. Fitoplankton menjadi sumber tenaga dan makanan untuk hidupan laut.

    Jumlah keamatan cahaya yang menembusi permukaan laut akan menurun dengan bertambahnya kedalaman air. Oleh itu fotosintesis hanya boleh berlaku pada zon permukaan air yang cetek Penghasilan fitoplankton banyak dibantu oleh proses fotosintesis.Oksigen pula amat diperlukan untuk pernafasan hidupan laut. Kandungan oksigen laut yang rendah akan menjejaskan kehidupan ekosistem laut.

    Pada masa ini manusia menggunakan lautan untuk pelbagai tujuan. Yang paling utama, lautan dijadikan sebagai laluan perdagangan. Manusia menghantar barangan perdagangan melalui jalan laut. Barangan keperluan manusia seperti minyak,gas, makanan dan barangan elektronik, bahan binaan dan pakaian dihantar secara pukal dengan menggunakan kontena yang dihantar menggunakan kapal laut. Namun semua aktiviti ini sedang berhadapan dengan ancaman disebabkan oleh tumpahan minyak yang mencemari perairan laut Tumpahan minyak terbesar pernah direkodkan berlaku di Teluk Parsi pada tahun 1991. Sekurang-kurangnya 240 juta gelen minyak memasuki laut.

    Pencemaran laut yang berpunca daripada tumpahan minyak bukan sahaja memberikan kesan terhadap hidupan di laut malah turut memberikan implikasi yang buruk kepada manusia yang hidup di daratan Perundangan antarabangsa dalam usaha pemulihan ekosistem laut harus dilaksanakan dengan tegas.

    (Disesuaikan daripada Dewan Kosmik, Mei 2010)

    8 Petikan di atas membincangkan

    A Perkembangan ekosistem laut

    B Kepentingan hidupan marin

    C Ancaman ekosistem laut

    D Pencemaran hasil laut

    9 Penyataan berikut adalah benar tentang ekosistem laut kecuali

    A Perkembangan ekosistem laut bergantung kepada nutrien dan cahaya.

    B Kekurangan oksigen akan mengganggu kehidupan ekosistem laut.

    C Proses fotosintesis kurang berlaku di kawasan air yang cetek.

    D Kedalaman air mengurangkan jumlah cahaya yang diterima

    10 Lautan mempunyai banyak kepentingan kecuali

    A Ekosistem yang unik

    B Milik mutlak sesebuah negera

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *6

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    C Menjadi laluan perdagangan

    D Khazanah hidupan bernilai

    11

    Bahasa yang sekelompok dengan bahasa Melayu bertanda X dan Y ialah

    A Tagalog, Sulu

    B Bisaya, Bikol

    C Bura, Bandar

    D Minangkabau, Orang Laut

    12 Yang manakah hipotesis tentang asal usul bahasa Melayu

    I Orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah

    II Orang Melayu adalah penduduk asal di Nusantara

    III Orang Melayu berasal dari negara Kemboja

    IV Perpindahan orang Melayu dari Himalaya

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    13 Antara ciri bahasa Melayu kuno ialah

    I Terdapat pendepanan predikat

    II Mempunyai ayat yang panjang dan meleret-leret

    Nusantara

    Melayu

    Batak Acheh Nias Lampung X Y

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *7

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    III Penggunaan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit

    IV Terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Sanskrit

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    14 Contoh batu bersurat yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik ialah

    A Batu Bersurat Talang Tuwo

    B Batu Bersurat Karang Brahi

    C Batu Bersurat di Kuala Berang

    D Batu Bersurat Bukit Gombak

    15 Bahasa Melayu mencapai zaman kegemilangannya pada tiga zaman iaitu kecuali

    A Kerajaan Melaka

    B Kerajaan Sriwijaya

    C Kerajaan Johor-riau

    D Kerajaan Singhasari

    16

    Penyataan di atas berkaitan dengan

    A Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

    B Akta Bahasa Kebangsaan 1957

    C Laporan Razak ( 1956 )

    D Penyata Rahman Talib ( 1960 )

    17 Berikut adalah antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP )

    I Memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan

    II Mencetak bahan dalam bahasa Melayu

    II Menganjurkan pelbagai forum bahasa Melayu

    Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah rendah

    Bahasa Melayu menjadi syarat wajib untuk memasuki latihan perguruan

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *8

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    IV Menerbitkan kamus dalam pelbagai bahasa

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    18 Peringkat perancangan bahasa Melayu untuk memupuk dan mengembangkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi tarafnya, antaranya

    I membuat keputusan dasar

    II membuat forum

    III Pelaksanaan

    IV Penilaian

    A I, II, dan IV

    B I, III, dan IV

    C II, III, dan IV

    D I, II, dan III

    19 Antara yang berikut, padanan bahasa asing dengan kata pinjaman yang manakah benar?

    Bahasa Asing kata Pinjaman

    I Tamil istana, samsu, duniawi

    II Arab laci, rokok, firdaus

    III Sanskrit kapala, maharaja, pancaindera

    IV Portugis armada, jendela, sekolah

    A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20

    Menggunakan struktur ayat yang mudah Tidak mementingkan nahu dan tatabahasa Kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *9

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    Ciri-ciri bahasa yang terdapat di atas ialah

    A bahasa baku B bahasa halus C bahasa biasa D bahasa formal

    21 Pilih penggunaan bahasa yang betul antara jenis dan contohnya

    Jenis Contoh

    A Bahasa slanga Awek tu cunlah!.

    B Bahasa halus Pemandu kereta itu mati dalam perlanggaran.

    C Bahasa baku Saya nak tengok wayang pada petang ini.

    D Bahasa pijin Saya minta maaf, saya nak pergi ke sungai.

    22

    Maklumat di atas merupakan ciri-ciri laras bahasa

    A rencana

    B media massa

    C biasa

    D sukan

    23

    Bahasa mudah difahami dan ringkas Nahu dan gaya bahasa tidak dipentingkan Istilah teknikal dan khusus tidak digunakan

    Wacana

    Paralinguistik Tujuan Khalayak

    IsiGaya

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *10

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri wacana, yang bertanda X dan Y ialah

    A Penanda wacana, ayat B Tanda baca, ayat C Kosa kata, tatabahasa D Maksud, sebab

    24 Yang manakah penanda wacana berfungsi sebagai penyataan semula?

    A Kemudian daripada itu

    B Sebagai kesimpulan

    C Dengan kata lain

    D Tambahan lagi

    25

    Petikan di atas mengandungi retorik

    A penerangan B penceritaan C pendedahan D penghujahan

    26 Yang manakah ciri-ciri retorik pemujukan?

    I Bahasa yang manis

    II Ayat yang gramatis

    III Istilah teknikal

    YSusunan

    X

    Penyakit kencing manis, bukanlah penyakit yang disebabkan oleh kuman, cendawan, ataupun parasit. Penyakit ini mempunyai kaitan dengan metabolik,iaitu suatu proses dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Penyakit ini terjadi apabila kepekatan gula darah ( glukosa ) meningkat melebihi kepekatan biasa. Gula tersebut akan dikeluarkan bersama-sama dengan air kencing dan inilah tanda penyakit kencing manis.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *11

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    IV Teknik rayuan

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    27 Yang manakah contoh yang betul untuk rujukan hormat?

    Orang yang disapa Rujukan hormat

    A Wakil rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat

    B Ketua Menteri/ Menteri Besar Yang Amat Berhormat

    C Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

    D Raja Muda/Tengku Mahkota Yang Mulia

    28

    Perkataan yang menepati susunan bunyi di atas ialah

    A bela

    B cuai

    C leka

    D jaga

    29 Yang manakah golongan bunyi yang digolongkan sebagai separuh vokal?

    A [ k,g ]

    B [ j, c ]

    I Letusan lelangit keras tak bersuara II Vokal belakang sempit

    III Vokal hadapan luas

    IV Vokal hadapan sempit

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *12

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    C [ h,q ]

    D [ w,y]

    30

    Huraian di atas menerangkan kedudukan alat pertuturan semasa menghasilkan bunyi vokal.

    A tengah B depan luas C depan separuh luas D depan separuh sempit

    31 Antara bunyi berikut, kumpulan manakah yang melibatkan penurunan lelangit lembut supaya udara keluar melalui rongga hidung?

    A [ c, j, y ] B [ m, n, ng ] C [ p, b, w ] D [ k, g, x ]

    32 Kumpulan kata yang manakah yang mempunyai fonem yang mengalami proses glotalisasi atau hentian glotis ketika bunyinya dihasilkan?

    A Kapak, hairan, kekal B Taat, serak, makna C Bedak, dendam, akibat D Cantik, syarat, berat

    33 Antara perkataan yang berikut, yang manakah mengandungi konsonan pinjaman?

    I misi

    II peka

    III visi

    Bahagian tengah lidah berada dalam keadaan biasa, tidak dinaikkan atau diturunkan.

    Buka rahang sederhana luas.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *13

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    IV fitnah

    A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

    34 Pilih padanan yang betul antara konsonan dengan cara sebutan

    letupan geseran Letusan

    A p r C B m f J C b h C D t v L

    35

    Bunyi konsonan pada awal perkataan berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

    A Sisian gigi-gusi Getaran gigi-gusi B Sengauan bibir Geseran bibir C Letupan lelangit lembut Letusan lelangit lembut D Letupan lelangit keras Letusan lelangit keras

    36 Di manakah kedudukan konsonan pinjaman th [ ] dalam jadual berikut Daerah sebutan cara sebutan

    Bibir-gusi

    Gigi

    Gigi-gusi

    Lelangit keras

    I : Sungguhpun letih, dia tetap datang bertugas.

    II : Mereka kelihatan resah kerana orang yang ditunggu belum tiba.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *14

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    Geseran p Q R S

    A S B P C R D Q

    37 Ayat yang manakah mengandungi kata hubung pancangan komplemen.

    A Ali tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.

    B Penyeludup yang kena tangkap itu telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara.

    C Sementara menunggu hujan berhenti, saya dan rakan-rakan membaca buku.

    D Seekor sotong yang dinakan Paul, telah meramalkan bahawa Sepanyol akan memenangi Piala Dunia 2010.

    38 Pilih ayat-ayat yang betul menggunakan kata sendi nama

    I Harga minyak petrol tidak akan pulih kepada paras asal.

    II Pada masa cuti persekolahan, saya akan melancong ke Pulau Pinang dan ke Sabah.

    III Maklumat tentang prestasi syarikat akan diberitahu dari sebulan ke sebulan.

    IV Cerita tentang orang bunian keluar dari mulut penduduk kampung Kelulut.

    A I dan II

    B II dan III

    C I dan IV

    D III dan IV

    39 Yang manakah ayat-ayat dibawah ini mempunyai frasa kerja dua objek?

    A Pak Ali menjual beberapa biji buah durian.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *15

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    B Para pekebun kecil diberi subsidi baja..

    C Hamzah menendang bola di padang.

    D Ibu membeli baju untuk anaknya.

    40 Berikut adalah contoh kata pemajmukan istilah khusus kecuali

    A batu kapur

    B cari gali

    C alat tulis

    D urus setia

    41 Yang manakah ayat-ayat berikut menggunakan kata praklausa?

    I Mengapakah kamu lewat pada hari ini?

    II Maka segala hulubalang bertempiaran lari.

    III Pokok petai yang hendak dipanjatnya amat tinggi.

    IV Segelintir murid menghadapi masalah disiplin dan pembelajaran.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan III

    D III dan IV

    42 Antara ayat di bawah ini, yang manakah menepati hukum D-M?

    I Kemaman kopitiam terletak di jalan Sultan Ismail.

    II Hamzah bercita-cita menjadi militri polis.

    III Ibu pejabat polis daerah Pekan telah berpindah ke tempat lain.

    IV Telekung mini yang dipakai oleh Aminah berwarna merah jambu.

    A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

    43 Antara yang berikut, yang manakah kata tunggal?

    A perhilitan

    B pawagam

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *16

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    C manusia

    D kugiran

    44 Yang manakah kata yang dibentuk oleh satu morfem bebas menjadi kata nama terbitan?

    A keberangkatan

    B hakisan

    C keberkesanan

    D penyalahgunaan

    45 Perkataan yang manakah menerima imbuhan sisipan?

    I selesema

    II kembung

    III kemuncup

    IV gerigi

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    46 Ayat yang manakah menggunakan imbuhan apitan yang betul?

    A Puan Azizah memperisterikan anak sulungnya.

    B Pak Osman menghadiahkan anaknya sebuah kereta.

    C Pekerja itu sedang memperbaiki atap rumah yang bocor.

    D Dia telah memperolehi ijazah pertama pada tahun 1999.

    47 Dalam ayat-ayat yang manakah mengandungi kata adjektif pancaindera?

    A Dia selalu pergi ke rumah Aminah.

    B Saya sungguh benci akan kelakuannya.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *17

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    C Masakan kari ayam di restoran itu sungguh enak.

    D Akibat memandu secara melulu, dia nyaris melanggar sebatang pokok.

    48 Ayat dasar ialah ayat yang

    I Mempunyai satu klausa sahaja

    II terdiri daripada ayat penyata

    III mengalami pendepanan predikat

    IV terdiri daripada ayat aktif

    A I dan II B III dan IV C I, II dan III

    D I, II dan IV

    49 Antara yang berikut, yang manakah ayat tunggal?

    I Kanak-kanak itu sungguh seronok bermain.

    II Cuaca hari ini sangat redup dan nyaman.

    III Berita itu menyebut bahawa juruterbang itu selamat.

    IV Doktor itu perlu merawat pesakitnya dengan segera.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan I

    50 Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang berfungsi

    sebagai kata nama

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *18

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    I Pesanan ibu diingat selalu.

    II Bersenam menyihatkan badan.

    III Merokok amalan yang sukar dihindari.

    IV Pengambilan dadah boleh mengancam nyawa.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    51 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja tak transitif?

    I Ombak memutih di pantai Teluk Cempedak.

    II Harga barang meningkat sejak akhir-akhir ini.

    III Kami makan ayam goreng di restoran itu.

    IV Salman memasukkan surat itu ke dalam sampulnya.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D II dan IV

    52 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif dengan imbuhan TeR-

    A Abu ternampak seekor ular sawa di belakang rumahnya.

    B Ayah tidak terbeli rumah besar itu.

    C Gula-gula itu tertelan oleh adik.

    D Pekerja itu terhidu gas beracun.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *19

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    53

    Kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

    A Predikat B Objek sipi C Objek tepat D Pelengkap

    54 Pilih padanan yang tepat bagi pola ayat berikut

    FN + FN Encik Nazri pegawai polis.

    FN + FK Wanita itu berniaga di pasar.

    FN + FA Biasiswa itu untuk anak yatim .

    FN + FS Pemandangan di pantai itu amat indah.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan IV

    D III dan IV

    55 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya?

    I Persetujuan beliau belum anda peroleh II Baju itu telah Siti beli semalam III Novel itu akan kubaca secepat mungkin

    Ayah mencarikan rakannya ubat herba

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *20

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    IV Rancangan itu telah mereka susun dengan teliti A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    56

    Unsur yang menjadi pengisi frasa nama dalam ayat di atas terdiri daripada

    A Inti + inti

    B Inti + penerang nama milik

    C Inti + penerang nama jenis

    D Inti + penerang nama penyambut

    57 Ayat yang manakah mengalami proses peluasan

    A Nurul dan sepupunya belajar di Mesir.

    B Pemuda itu abang saya.

    C Rumah Ketua Menteri itu sangat besar.

    D Ibu memperkemas ruang tamu rumah kami.

    58

    I : Berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak II : Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

    Harimau bintang tinggal di hutan tebal.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT *21

    910/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah SULIT*

    Yang manakah padanan yang betul antara I dan II

    A Bidalan Pepatah B Pepatah Perumpamaan C Perumpamaan Perbilangan D Perbilangan Bidalan

    59 Pilih pasangan hubungan semantik yang salah

    A Cantik lawa sinonim

    B Bang bank hiponim

    C Qari qariah antonim

    D Selak perang homograf

    60

    Jenis kiasan Contoh I sandar P budak bertuah II pemanis Q cakapnya berisi III melarat R harimau berantai IV terus S Senyum kambing Yang manakah padanan yang betul

    I II III IV A S P Q R B Q P R S C P S Q R D S P R Q

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT * 910/2 SEPTEMBER 2010 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG 2010

    BAHASA MALAYSIA

    KERTAS 2

    (ESEI)

    (Tiga jam)

    Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab satu soalan daripada Bahagian A, soalan dalam Bahagian B, satu soalan daripada Bahagian C, dan soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak. STPM 910/2 *Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat. [Lihat sebelah SULIT

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT * Bahagian A Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 m ] 1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda diminta

    menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana alam dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

    Sediakan laporan itu. 2. Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak

    bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan. Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah- langkah untuk menanganinya.

    3. Kerajaan bercita-cita untuk menjadikan negara Malaysia sebagai Negara Industri

    menjelang tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru yang maju menjelang tahun 2020?

    4. Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan

    filem dalam masyarakat. 910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT* Bahagian B 5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20] Krisis tenaga mungkin akan mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya pergantungan ke atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil termasuk minyak, gas, dan arang batu memerlukan masa bertahun-tahun untuk wujud di bawah permukaan bumi, sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan bahan fosil tersebut. Sejak sekian lama, minyak dan bahan berasaskan hidrokarbon seperti gas dan arang batu merupakan penyumbang terbesar dalam industri tenaga di dunia. Penggunaan bahan fosil seperti minyak lebih tertumpu kepada kenderaan, iaitu sebanyak 50 peratus berbanding penggunaan industri sebanyak 17 peratus. Masalahnya, penggunaan bahan api berasaskan hidrokarbon bukan sahaja mengancam krisis sumber tersebut pada masa akan datang tetapi juga menyebabkan manusia terpaksa menanggung risiko daripada pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. Oleh sebab itu, manusia telah lama memikirkan untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh diperoleh secara mudah, murah, dan tidak mendatangkan masalah pencemaran. Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui atau renewable energy (TD), antaranya tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). TD dan kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang masa. Teknologi penghasilan tenaga daripada sumber-sumber berkenaan sudah lama dinikmati oleh kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan yang dimiliki. Malaysia tidak ketinggalan telah bergerak ke arah itu, malah telah memiliki Polisi Sumber Tenaga Kelima atau sumber tenaga diperbaharui pada tahun 1998 yang menentukan hala tuju penggunaan tenaga TD. Menurut Pengarah Pusat Pendidikan, Latihan, dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Kamarulazizi bin Ibrahim, sumber tenaga kelima itu merujuk kepada tenaga alternatif selain minyak, gas, arang batu, dan hidro (air). Malaysia memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga sumber penting, iaitu solar, biomas, dan angin. Menurut Prof. Dr. Kamarulazizi lagi, ada dua faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui, iaitu boleh dihasilkan sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar. Oleh itu katanya, nuklear tidak dianggap sebagai TD kerana nuklear boleh mencemarkan alam sekiranya berlaku masalah pada loji nuklear, sedangkan TD boleh dianggap sebagai sahabat alam. Pada masa ini, sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini, dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan. 910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT* Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil. Sebagai contoh, tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada tenaga solar dan tenaga biojisim. Sekiranya panel solar diletakkan di sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan, dalam tempoh lima tahun, kos subsidi daripada penggunaan tenaga elektrik dapat ditampung daripada kos pembinaan panel-panel tersebut. Selain itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan bakar alternatif. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan tenaga alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan kehabisan pada suatu hari nanti. (Disesuaikan daripada Estidotmy, Utusan Malaysia, Rabu, 27 September 2006, halaman 4-5) 910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT* Bahagian C 6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ] Semek! panggilnya. Semek muncul di pintu. Di belakangnya berdiri ibunya. Ada apa? soal ibunya. Lading. Ladingku terlupa. Semek tidak menanti suruhan lanjut abangnya. Dia masuk ke dalam bilik lalu mengeluarkan sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Api jamung yang garang itu menyebabkan mata lading berkedip-kedip. Hendak ke mana? Ibunya menyoal meskipun dia tahu anaknya dijemput oleh Pak Senik. Rumah Pak Senik. Jangan-jangan terpelesong ke lain? Semaun faham pesanan ibunya itu. Takut kalau-kalau dia memesongkan tujuan ke lain; ke rumah Dogol barangkali. Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan hala ke bendang. Pemergiannya diikuti oleh dua pasang mata yang mengandung harapan. Mata Semek adiknya dan mata ibunya. Ketibaannya disambut Pak Senik dengan memberi salam. Pak Senik lantas membuka perbualan . Harimau itu wajib dibunuh. Dia akan mengganas dan kampung kita tentu jadi porak-peranda kalau Pak Belang sudah turun minyak. (Dipetik daripada cerpen Rentung dalam antologi Koleksi Terpilih Sasaterawan Negara, Shahnon Ahmad, hlm 155-156, DBP, 1995) 910/2 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT* 7. Alih bentuk teks prosa klasik di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden.

    [15 ]

    Maka setelah didengar oleh baginda Raja Muda akan madah Tuan Puteri itu, maka baginda segeralah turun keduanya pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi. Maka disambut tuan puteri Rakna Dewi seraya bersabda.Ayuhai adinda, janganlah adinda bersusah hati. Pada fikiran kakanda baiklah adinda sempurnakan seperti adat raja yang besar. Maka sembah baginda,Yang niat adinda demikianlah juga, mana-mana titah kakanda sekalian adinda junjunglah di atas otak batu kepala adinda, kerana adinda ini sudah sepenuh-penuh kesalahan; walaupun dibunuh ayahanda bonda, syukurlah juga; sudah untung nasib adinda; apa hendak dikatakan lagi? Maka sabda Tuan Puteri Bidadari Segerba, Ayuhai kakanda, pada fikiran adinda pun demikianlah juga, pertama-tama kakanda orang yang sudah mengetahui khatam Quran, nahu tafsir, sah batal, halal haramnya, dosa pahala; tiada patut melalui hukuman yang jadi kesalahan itu. Jikalau begitu, silakanlah kakanda bakar kemenyan mandung jati ini hendak persilakan ayahanda bonda, dayang-dayang, inang pengasuh adinda serta kadi akan menikahkan. (Dipetik dan diubahsuai daripada Hikayat Raja Muda, Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, hlm 28, Fajar Bakti, 1983) 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • SULIT*

    Bahagian D 8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ] Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda, bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru, didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun. 910/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • JAWAPANPEPERIKSAANPERCUBAANSTPMNEGERIPAHANG2010BAHASAMELAYUK1

    1 C 16 D 31 B 46 A 2 D 17 A 32 B 47 C 3 A 18 B 33 D 48 D 4 D 19 D 34 C 49 B 5 C 20 C 35 A 50 C 6 B 21 A 36 D 51 A 7 D 22 B 37 D 52 C 8 A 23 C 38 B 53 B 9 C 24 C 39 D 54 A 10 B 25 A 40 C 55 B 11 D 26 B 41 A 56 C 12 A 27 C 42 D 57 A 13 D 28 B 43 C 58 C 14 C 29 D 44 B 59 B 15 B 30 A 45 D 60 A

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Skema Jawapan Bahasa Melayu Kertas 2 (910/2) Soalan 1 Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana alam dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Sediakan laporan itu. Tajuk

    1.0 Pendahuluan - definisi bencana alam - pada hari ini dunia dikejutkan dengan beberapa siri bencana alam - terdapat banyak punca berlakunya bencana alam dan terdapat beberapa Cadangan untuk mengatasinya 2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

    Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK kecil 3.0 Punca berlakunya bencana alam

    3.1 Penebangan hutan secara berleluasa - Contohnya kes Lojing di Gua Musang di mana banyak hutan diteroka tanpa mendapat kebenaran / lessen - Penebangan hutan di kawasan Pos Dipang pada tahun 1990 sehingga

    menyebabkan ramai orang asli yang terkorban kerana banjir Lumpur 3.2 Kecuaian manusia

    - Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai - Apabila keadaan ini berlaku sungai menjadi cetek sehingga menyebabkan banjir - Saliran air tersumbat /tersekat - Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran daripada

    189 batang sungai di negara kita hampir 28 batang sungai yang tercemar teruk. - Akibatnya bencana alam seperti banjir berlaku sehingga memberikan kesan kepada

    penduduk sekitar . contohnya banjir besar yang berlaku di Johor , dan Pahang. - Pembakaran hutan di Indonesia secara meluas menyebabkan terjadinya taufan dan

    siklon / kemarau panjang 3.3 Faktor semula jadi

    - Faktor geografi seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan, - Peningkatan suhu dunia berpunca daripada perkembangan perindustrian dan

    pembangunan - Gas-gas pencemar akan memerangkap haba inframerah - Berlakunya kesan rumah hijau dan seterusnya meningkatkan suhu dunia

    akibatnya cuaca berubah bumi dilanda oleh fenomena Al-Nino dan La-Nina - Penipisan lapisan ozon menyebabkan suhu bumi meningkat

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • - Glasier di kutub utara menjadi cair menyebabkan paras air laut meningkat Contohnya banjir di China dan Bangladesh

    4.0 Langkah mengatasi 4.1 Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar perlu menggubal satu akta bagi Melindungi kawasan hutan terutama kawasan hutan simpan 4.2 Mengawal aktiviti pembalakan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap

    setiap pembalak yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Contoh mereka yang tidak mematuhi arahan menanam semula pokok di kawasan yang telah diterangkan. Contoh seterusnya mengawal pembalakan haram yang banyak berlaku di negeri Kelantan, Pahang dan Sabah.

    4.3 Membuat persediaan awal dengan mencipta alat-alat yang dapat mengesan kejadian bencana alam lebih awal. Contoh Jepun telah mencipta alat mengesan tsunami.

    4.4 Mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) seperti alat penyaman Udara, peti sejuk dan alat penyembur aerosol.

    4.5 Mewujudkan kerjasama antarabangsa untuk memadamkan kebakaran hutan dan negara maju perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi memadam api.

    5.0 Kesimpulan - Kesimpulannya semua pihak harus menggembleng tenaga untuk mengurangkan risiko berlakunya bencana alam - Walaupun bencana alam ini berlaku secara semula jadi namun sebagai manusia

    kita berperanan untuk memastikan faktor-faktor penyumbang kepada bencana alam ini dikurangkan. - Kualiti alam sekitar menjamin kesejahteraan negara Laporan Disediakan oleh Tarikh ______________ (NAMA ) Jawatan Catatan; Markah akan dipotong daripada markah keseluruhan sekiranya calon tidak akur kepada format Laporan:

    - Tiadatajuktolak1markah- Tiadapenomborantolak1markah- TiadaAJKtolak1markah- Tiadatandatangantolak1markah- Tiadatarikhtolak1markah

    Maksimumtolak5markah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Soalan 2 Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan. Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah- langkah untuk menanganinya. Pendahuluan

    - Anak ialah anugerah Tuhan yang perlu dijaga. - Peningkatan kes kanak-kanak hilang semakin membimbangkan. Contoh ; adik Nurin

    Jazlin, Sharlinie, Asmawi dan lain-lain. - Angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan nilai kemanusiaannya semakin

    terhakis. - Langkah yang berkesan perlu untuk menangani masalah ini.

    Isi Punca-punca

    1. Tekanan hidup atau stres - hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan di luar perikemanusiaan/sadis - latar belakang kehidupan yang pernah menjadi mangsa dera. 2. Sikap tamak dan inginkan kemewahan hidup - bebanan hutang yang terlalu banyak - sindiket menjual kanak-kanak. Contoh; organ, video lucah dll 3. Masalah mental atau psiko - memuaskan nafsu dengan seks di luar tabie - terdedah kepada ICT yang berunsur ganas, pornografi dll - pengaruh najis dadah, alkohol dan pil-pil khayal - dendam kerana pernah menjadi mangsa dera 4. Kegagalan institusi kekeluargaan - ibu bapa mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terabai - kecuaian ibu bapa dan tidak memantau gerak geri anak-anak - kurang mahir tentang ilmu keibubapaan - tidak prihatin dengan anak-anak yang belum matang

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Langkah-langkah menangani masalah kehilangan kanak-kanak

    1. Meningkatkan kawalan keselamatan - memasang CCTV pada setiap premis atau lokasi yang agak berbahaya. Contoh; lorong-

    lorong belakang bangunan, taman permainan kanak-kanak dll - menambah anggota pasukan keselamatan seperti polis, RELA dan ahli-ahli masyarakat

    setempat - kerajaan perlu menambahkan peruntukan bagi pembangunan/program peningkatan

    kawalan keselamatan. 2. Kempen kesedaran kepada masyarakat - prihatin kepada individu yang telah dikenal pasti mempunyai masalah psiko atau mental - mengambil berat tentang aktiviti anak-anak dan dengan siapa mereka terlibat - mengamalkan budaya anak orang, anak kita 3. Kursus dan pendidikan ilmu keibubapaan

    - memperkukuh kerohanian dan moral ibu bapa - khusus untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa - motivasi kepada ibu bapa dalam membentuk institusi kekeluargaan yang mantap - memperuntukkan masa yang berkualiti bersama-sama anak-anak - mengenakan hukuman kepada ibu bapa yang cuai

    4 Pendidikan Penjagaan Keselamatan Kanak-kanak - khusus untuk kanak-kanak agar dapat melengkapkan diri mereka dengan ilmu pertahanan

    diri dan cara menyelamatkan diri apabila berdepan dengan situasi yang berbahaya - mengadakan kursus atau ceramah di sekolah-sekolah oleh badan-badan NGO - media massa menyebarkan maklumat tentang tindakan yang perlu diambil apabila

    mereka berdepan dengan seseorang yang mencurigakan 5. Memperbanyak pakar-pakar kesihatan - menambah bilangan ahli psikiatri, kaunselor dan ahli psikologi di hospital/klinik - sebagai tanggungjawab sosial terhadap rakyat Malaysia

    6. Program Keselamatan Serantau Negara-negara ASEAN - berkerjasama dengan pakar-pakar forensik luar negara yang lebih berpengalaman - bantuan polis Interpol untuk mengesan penjenayah atau sindiket antarabangsa Kesimpulan - kerjasama perlu digembleng oleh semua pihak - Slogan Rakyat Selamat Negara Makmur - Pembangunan negara terus maju tanpa masalah sosial

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Soalan 3 Kerajaan bercita-cita untukmenjadikan negara Malaysia sebagai Negara Industrimenjelang tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru yang maju menjelang tahun 2020? 1. Pendahuluan Kepesatan pembangunan ekonomi dalam bidang perindustrian di Malaysia sejak akhir-ahkir ini begitu memberansangkan. Gambaran ini menunjukkan Malaysia mampu menjadi sebuah Negara Industri Baru (NIC) menjelang tahun 2020 apabila kajian mendapati pendapatan per kapita rakyat negara ini meningkat. Keadaan ini meletakkan Malaysia sejajar dengan negara NIC yang lain seperti Hong Kong, Taiwan, dan Singapura. 2. A. Isi (Jika Malaysia mampu menjadi negara NIC) Is1: Terdapat bekalan komoditi utama yang banyak dan murah

    - contohnya, kelapa sawit, getah, petroleum Is2: Adanya jumlah pasaran luar negara yang luas

    - contohnya, minyak kelapa sawit ke China, Jepun, dan Amerika Syarikat Is3: Adanya tenaga buruh yang banyak dan murah

    - contohnya, tenaga buruh tempatan dalam bidang teknik dan vokasional dan tenaga buruh asing yang datang bekerja di negara ini

    Is4: Kestabilan politik mempengaruhi pelabur-pelabur asing melabur - contohnya, adanya perpaduan antara rakyat dan negara aman Is5: Terdapat kemudahan infrastruktur yang baik

    - contoh ada sistem perhubungan udara, air, dan darat yang baik - kemudahan awam yang lengkap seperti telefon, elektrik

    Is6: Peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat swasta seperti TNB, TELEKOM, PETRONAS Is7: Perhatian yang serius oleh pihak kerajaan

    - contohnya, kerajaan memberi insentif dan galakan pelaburan, mengurangkan kadar cukai, dan taraf perintis

    3. Penutup Berdasarkan fakor-faktor yang telah dijelaskan tadi, Malaysia mampu menjadi sebuah negara industri baru menjelang tahun 2020. Namun demikian, untuk mencapai cita-cita tersebut rakyat negara ini perlu memberikan komitmen yang jitu serta menyambut baik setiap rancangan yang disarankan oleh pihak kerajaan. 4. B. Isi (Jika Malaysia tidak mampu menjadi negara NIC) Is8: Malaysia masih kekurangan tenaga pakar dan mahir

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • dalam pelbagai bidang - contohnya, banyak mengimport tenaga pakar luar negara dengan kos yang tinggi Is9: Terlalu bergantung kepada teknologi asing - contoh, dalam pembuatan kereta kita masih memerlukan teknologi pemasangan kereta dan komputer Is10: Pasaran tempatan yang kecil

    - contohnya, jika negara luar menolak barangan Malaysia pasaran akan menurun

    Is11: Kemampuan kuasa beli penduduk tempatan rendah - bukan semua penduduk berpendapatan tinggi Is12: Persaingan dari negara lain

    - contoh, negara-negara yang sudah kukuh ekonominya akan mengeluarkan barangan yang sama bersaing di pasaran

    Is13: Pergantungan kepada pelabur-pelabur asing - contoh, akan menghadapi risiko jika berlaku kemelesetan ekonomi 5. Penutup Dalam menyampai hasrat tersebut, rakyat perlu bekerja keras kerana masih belum mampu menjadi sebuah negara industri baru menjelang tahun 2020. Namun demikian, usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan itu merupakan suatu wawasan yang perlu diteruskan untuk menjamin kejayaan negara yang lebih cemerlang.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Soalan 4 Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan filem dalam masyarakat. Pendahuluan

    - definisifilem

    Kategori filem i. Filem Balada ii. Filem Komedi iii. Filem Aksi iv. Filem Seram

    Filem mempunyai peranan tertentu dalam masyarakat

    Isi Peranan filem dalam masyarakat IS1: Filem sebagai alat hiburan IS2: Semangat patriotik dapat disemai dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung melalui filem IS3: Filem sebagai media pengajaran dan nasihat untuk membentuk akhlak dan moral mulia dalam kalangan remaja, contohnya filem berunsurkan keagamaan IS4: Filem boleh dijadikan sumber pendapatan IS5: Sebagai alat perpaduan IS6: Menjadi medium untuk melahirkan perasaan seperti sedih, kecewa, gembira IS7:Filem sebagai identiti bangsa dan negara Kesimpulan -Filem merupakan cabang seni yang mendapat tempat dalam kehidupan sejagat -Perkembangan filem yang sihat dan positif perlu terus dihidupkan untuk manfaat masyarakat dan negara

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Skema Jawapan soalan 5 IU: Krisis tenaga mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya pergantungan ke atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil memerlukan masa bertahun- tahun untuk wujud , sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan bahan fosil tersebut. Sejak sekian lama, bahan fosil merupakan penyumbang terbesar dalam industri tenaga di dunia. 4-6 intipati IUT IS1:Penggunaan bahan fosil lebih tertumpu kepada kenderaan berbanding penggunaan industri. 2 intipati IST IS2:Penggunaan bahan api berasaskan hidrokarbon boleh mengancam krisis sumber tersebut pada masa akan datang dan menyebabkan manusia terpaksa menanggung risiko daripada pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. 2-3 intipati IST IS3:Manusia telah lama memikirkan untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh diperoleh secara mudah, murah, dan tidak mendatangkan masalah pencemaran. 2-3 intipati IST IS4:Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui antaranya tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). 2 intipati IST IS5:TD dan kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang masa dan teknologi penghasilan tenaga berkenaan sudah lama dinikmati oleh kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan. 2-3 intipati IST IS6:Malaysia telah memiliki sumber tenaga diperbaharui yang menentukan hala tuju penggunaan tenaga TD dan memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga sumber penting. 2-3 intipati IST IS7:Ada dua faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui, iaitu boleh dihasilkan sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar. 2-3 intipati IST IS8: Pada masa ini, sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini, dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan. 2-3 intipati IST K: Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil.Selain itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan bakar alternatif. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan tenaga alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan kehabisan pada suatu hari nanti. 4-6 intipati KT

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Skema Jawapan Soalan 6

    1. Semaun memanggil Semek. Semek muncul di muka pintu .Ibunya berdiri di belakangnya.

    2. Ibunya bertanya sebab Semaun memanggil Semek. 3. Semaun memberitahu bahawa dia terlupa membawa lading. 4. Tanpa menanti suruhan abangnya Semaun, Semek masuk ke dalam bilik dan

    mengeluarkan sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Mata lading berkedip-kedip disebabkan sinaran api jamung yang bernyala.

    5. Ibu menanyakan Semaun tempat dia hendak pergi walaupun ibu mengetahui bahawa Pak Senik telah menjemput anaknya itu.

    6. Semaun menyatakan bahawa dia hendak ke rumah Pak Senik. 7. Ibunya membuat andaian Semaun akan terpelesong ke tempat lain. 8. Semaun faham akan pesanan ibunya itu yang bimbang dia akan pergi ke tempat lain,

    iaitu ke rumah Dogol. 9. Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan menuju ke bendang. Pemergian

    Semaun diperhatikan oleh dua pasang mata yang mengandung harapan, iaitu mata Semek dan ibunya.

    10. Ketibaan Semaun disambut dengan ucapan salam oleh Pak Senik. 11. Pak Senik lantas memulakan perbualan dan menyatakan bahawa harimau itu wajib

    dibunuh. Menurut Pak Senik lagi, harimau itu akan mengganas dan kampung tersebut menjadi porak-peranda sekiranya Pak Belang mengamuk.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Skema Jawapan Soalan 7

    1. Setelah baginda Raja Muda mendengar kata-kata Tuan Puteri, baginda dan Tuan Puteri Bidadari Segerba pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi.

    2. Tuan Puteri Rakna Dewi menyambut adinda baginda Tuan Puteri Bidadari Segerba dan menyatakan bahawa adinda tidak perlu bersusah hati.

    3. Pada pendapat Tuan Puteri Rakna Dewi, baiklah Tuan Puteri Bidadari Segerba mengikut adat kebesaran raja-raja.

    4. Baginda Raja Muda memberitahu niat baginda adalah sama seperti yang diperkatakan oleh Tuan Puteri Rakna Dewi.

    5. Segala titah Tuan Puteri Rakna Dewi akan dipenuhi oleh baginda kerana baginda telah melakukan kesalahan .walaupun dibunuh oleh ayahanda dan bonda.

    6. Menurut baginda lagi, baginda berasa bersyukur walaupun hendak dibunuh oleh ayahanda dan bonda.

    7. Bagi baginda, perkara itu telah menjadi untung nasibnya dan tidak boleh dipersoalkan lagi.

    8. Tuan Puteri Bidadari Segerba bertitah bahawa baginda mempunyai pendapat yang sama.

    9. Menurut baginda lagi, Raja Muda tidak sepatutnya dijatuhi hukuman atas kesalahan itu kerana baginda telah khatam Quran, mengetahui nahu dan tafsir, sah dan batal, halal dan haram, serta dosa dan pahala.

    10. Tuan Puteri Bidadari Segerba menitahkan kepada Raja Muda agar membakar kemenyan mandung jati kerana hendak mempersilakan ayahanda dan bonda, dayang-dayang, inang pengasuh, dan kadi untuk menikahkan baginda berdua.

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • Bahagian D

    8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ] Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda, bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru, didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun. SKEMA JAWAPAN Soalan 8 Bil Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

    1. ... resmi Kesalahan penggunaan

    kosa kata yang tepat. resmi membawa maksud sifat atau tabiat, manakala rasmi membawa maksud disahkan atau diisytiharkan

    ... rasmi ...

    2. Justeru, ... Kesalahan struktur ayat yang dimulai dengan kata hubung Justeru

    Oleh itu...

    3. ...adalah... Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama. Kata pemeri adalah hanya digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

    ... ialah...

    4 Antara negara-negara ... Kesalahan unsur lewah dalam frasa sendi nama Kata nama negara tidak perlu digandakan selepas kata sendi antara

    ... Antara negara atau negara negara...

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

  • 5. Antara negara-negara menawarkan...

    Kata hubung pancangan relatif yang harus digunakan dalam ayat majmuk pancangan relatif.

    Antara negara-negara yang menawarkan ...

    6. ...pasca siswazah Kesalahan imbuhan pinjaman yang ditulis secara serangkai

    pascasiswazah

    http://edu.joshuatly.com/ http://exammy.com/

    BM1-Percubaan Pahang 2010SOALAN KERTAS 2JAWAPAN KERTAS 1JAWAPAN KERTAS 2