113 - jtpm v1n1 - 2011 - zaidatun

Upload: henrietta-ingrid

Post on 13-Jul-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, MalaysiaZaidatun Tasir, *Jacquelin S. Linggu & Jamalludin HarunFakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia *Kolej PTPL

AbstrakKajian yang dijanlankan oleh Lee-Post (2009) mendapati bahawa Internet telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan satu dengan yang lain. Oleh itu langkah-langkah yang sejajar harus diambil perhatian untuk memupuk sikap dalam penggunaan ICT di peringkat pengajian pendidikan tinggi. Perkembangan teknologi komputer kini maka pengguna lebih gemar untuk bersosial menerusi alat rangkaian sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter, Blog, CyWorld dan sebagainya. Alat web 2.0 telah meningkatkan aktiviti bagi rangkaian sosial dan skil untuk individu (Reynard, 2009). Kajian ini dijalankan untuk melihat tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalangan pelajar di IPTS di Kota Kinabalu. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kuantitatif iaitu melalui tinjauan yang melibatkan sampel sebanyak 261 pelajar. Analisis data dilakukan menggunakan SPSS 11.5 bagi mendapatkan kekerapan min, peratus, ujian t dan ANOVA satu hala. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden sederhana setuju bahawa alat rangkaian sosial digunakan untuk tujuan sosial (min =3.82) manakala bagi tujuan pendidikan (min = 3.60). Bagi potensi alat rangkaian sosial digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada sederhana setuju (min = 3.44). Responden sederhana setuju bagi penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar belajar (min = 3.51). Tidak terdapat perbezaan signifikan tujuan pengunaan alat rangkaian sosial diantara jantina (p > 0.05, 0.09), manakala tidak terdapat perbezaan signifikan tujuan alat rangkaian sosial mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) (p > 0.05, 0.31). Kajian menunjukkan pelajar IPTS menyokong potensi penggunaan alat rangkaian sosial digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Tasir, Z., Linggu, J.S. & Harun, J. (2011). Penggunaan Alat Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pelajar di Sebuah IPTS Di Kota Kinabalu. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 31-47

PengenalanDalam era teknologi internet yang kini sedang meningkat dan berkembang maka ia juga harus seiring dengan perkembangan pendidikan di peringkat tinggi. Menurut Lee-Post (2009) Internet telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan satu dengan yang lain. Oleh itu langkah-langkah yang sejajar harus diambil perhatian untuk memupuk sikap dalam penggunaan ICT di peringkat pengajian pendidikan tinggi. Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak penggunaan teknologi Internet di perkenalkan. Kemunculan Internet telah banyak mengubah cara individu dan syarikat swasta mahupun kerajaan berfungsi dan berkomunikasi dalam masyarakat ketika ini. Pertumbuhan pesat dalam penggunaan Internet dan peningkatan peralatan tanpa wayar telah membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi yang lebih baik dan cepat dan seterusnya meningkatkan permohonan untuk memperolehi alamat Internet supaya dapat menghantar dan menerima maklumat (Mohamad, 2006).

31

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Pengenalan untuk Internet di Malaysia dimulakan agak lewat dan hanya sejak kebelakangan ini kita lihat perkembangannya bila terdapat peningkatan mendadak dalam penggunaan Internet. Ini adalah disebabkan hasil usaha kerajaan. Di akhir tahun 2001, terdapat lebih 2 juta pengguna Internet dalam populasi berjumlah 22 juta orang, manakala komputer peribadi yang dimiliki sebanyak 8 orang untuk setiap 100 populasi. Kadar penembusan Internet dijangka meningkat sebanyak 25% di akhir tahun 2005 (Teoh, 2001). Kerajaan Malaysia berusaha untuk mentransfomasikan ekonomi dar berasaskan pertanian ke berasaskan industri dan sejak kebelakangan ini ke arah inovasi menjurus kepada ekonomi. Kerajaan Malaysia juga telah berusaha untuk mengejar perkembangan pembangunan dunia dengan membina rangkaian komunikasi yang diperlukan, sokongan infrastruktur untuk akses kepada Internet, membina rangka kerja yang sah dan yang paling penting mempromosikan penggunaan Internet di kalangan populasi. Sebahagian pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2004). Oleh itu, usaha dapat dipertingkatkan untuk mempromosikan penggunaan Internet di kalangan rakyat. Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah menjangkau pelbagai aspek dalam kehidupan mahupun kerja seharian. Cara kita berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana melalui Internet kita boleh menggunakan e-mel, skype, msn messenger, yahoo messenger dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menpertingkatkan proses komunikasi dalam pelbagai urusniaga dalam sektor perniagaan, pendidikan, hiburan, penyiaran dan pentadbiran. Golongan yang mengaplikasikan penggunaan Internet dalam kehidupan seharian mereka terdiri dar pelbagai kaum, umur, bangsa dan jantina. Mereka ini boleh terdiri dari orang awam, para pelajar, remaja, pendidik, pakar saintis, doktor perubatan, surirumah dan sebagainya. Kesemua mereka menggunakan Internet untuk menguruskan hal-hal berkaitan pekerjaan ataupun peribadi (Mohd Hajiman Mat Jusak, 2002). Kini proses komunikasi pula telah dipertingkatkan lagi dengan adanya Web 2.0 dan pengenalan alat rangkaian sosial yang sejajar dengan teknologi komputer yang semakin maju. Tapak rangkaian sosial ini boleh didefinisikan sebagai servis berasaskan web yang membenarkan individu untuk mengkonstruk profail awam dan separa awam di dalam sistem tertentu yang membolehkan pengguna yang lain berkongsi hubungan dan melihat senarai hubungan yang dibuat oleh orang lain dalam sistem (Boyd & Ellison, 2007). Apa yang membuat tapak rangkaian sosial ini unik bukan kerana membenarkan individu bertemu dengan orang yang tidak dikenali tetapi membolehkan pengguna berkomunikasi dan komunikasi ini boleh dilihat oleh pengguna lain dalam rangkaian sosial (Boyd & Ellison, 2007). Populariti komuniti maya iaitu tapak rangkaian sosial telah meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun ini. Tapak rangkaian sosial seperti Facebook dilabelkan dalam kedudukan ketiga dalam keseluruhan trafik web, dengan sebanyak 94 juta pengunjung Amerika Syarikat melawat tapak tersebut dalam sebulan manakala MySpace pula berada di tangga yang kesembilan dengan 61 juta pengunjung (Quantcast, 2009). Data tersebut menunjukkan penggunaan Facebook yang tinggi oleh golongan remaja, mahupun dewasa dan kerap digunakan sebagai alat perhubungan. Alat rangkaian sosial ini membolehkan pelajar menbina profail, membuat hubungan dengan kenalan-kenalan lama atau yang baru mereka temui menerusi tapak tersebut. Ahli dalam rangkaian sosial ini menggunakan tapak tersebut untuk beberapa

32

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

tujuan tetapi asasnya ialah untuk komunikasi dan mengekalkan perhubungan (Dwyer et. al., 2007). Aktiviti yang paling popular adalah berkongsi gambar, mendapat maklumat aktiviti terkini kenalan, memaparkan rangkaian sosial yang besar, menghantar mesej peribadi, membuat pengiklanan yang percuma dan bertukar pendapat.

Penyataan MasalahDalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (ICT), Internet merupakan salah satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia, menerusi kemudahan sistem rangkaian. Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia juga dapat dirangkaikan bersama dan menjadi penyumbang dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Penggunaan ICT juga diperluaskan lagi dengan kemunculan perkhidmatan rangkaian sosial yang dapat menghubungkan pengguna-pengguna di seluruh dunia. Alat rangkaian sosial ini merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membina satu komuniti dalam talian dimana dapat individu dapat berkongsi hobi, aktiviti, gambar dan sebagainya. Adakah alat rangkaian sosial digunakan untuk tujuan sosial atau tujuan pendidikan? Persoalannya sejauhmana penggunaan alat rangkaian sosial ini digunakan. Alat rangkaian sosial telah mendapat perhatian sejak kemunculan Web 2.0. Oleh itu, kajian ini cuba mengenalpasti apakah tujuan utama pelajar IPT menggunakan alat rangkaian sosial. Kajian ini juga akan menyelidik apakah alat rangkaian sosial yang popular di kalangan pelajar. Berpandukan kepada apa yang telah dibincangkan, kajian ini akan melihat apakah persepsi pelajar IPT di Kota Kinabalu terhadap penggunaan alat rangkaian sosial daripada sudut pendidikan, tujuan sosial atau pun sebagai alat bantu untuk pengajaran dan pembelajaran. Mengikut laporan Boyd dan Ellison (2007), penggunaan rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dan digunakan oleh kaum remaja dan dewasa. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh (Boyd & Ellison, 2007) kebanyakan menjurus kepada tapak rangkaian sosial dimana terdapat banyak tapak yang telah dibangunkan untuk pengguna membina satu rangkaian untuk berkomunikasi dan berinteraktif dengan komuniti dalam talian yang lain. Kajian ini penting memandangkan semakin ramai pengguna terutamanya peringkat pelajar yang semakin giat berkomunikasi dan menggunakan talian Internet. Kajian ini juga ingin mengkaji adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial ini dari segi jantina dan purata nilai gred kumulatif (PNGK). Seterusnya kajian ini akan melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan alat rangkaian sosial di kalangan pelajar dan adakah ia dapat membantu pelajar untuk belajar.

Objektif KajianObjektif kajian ini ialah: i. ii. iii. iv. Mengenalpasti tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalangan pelajar. Mendapatkan pandangan pelajar mengenai penggunaan alat rangkaian sosial sebagai alat bantu belajar. Mengenalpasti penggunaan alat rangkaian sosial mengikut jantina Mengenalpasti penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalangan pelajar berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).

33

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Metodologi KajianRekabentuk Rekabentuk kajian ini adalah jenis rekabentuk kuantitatif secara tinjauan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik disediakan untuk tujuan pengumpulan data. Data diambil dalam jangka masa dua minggu pada pertengahan semester pembelajaran pelajar iaitu minggu yang ketujuh dan kelapan dalam semester. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat tentang isu-isu yang berkaitan dengan kajian dan dianalisis oleh penyelidik sendiri di tempat kajian dijalankan. Kaedah soal selidik digunakan kerana kelebihan yang diperolehi iaitu data yang dikehendaki boleh didapati secara terus daripada borang soal selidik, masa menjawab yang singkat dan memudahkan responden untuk memberikan jawapan. Ini kerana semua jawapan yang diperlukan telah tersedia dalam borang soal selidik dan responden hanya perlu menanda sahaja pada jawapan yang difikirkan benar. Soalan berbentuk tertutup dengan pilihan jawapan memerlukan responden untuk meneliti setiap jawapan yang berkemungkinan betul dengan pilihan yang lain. Jenis soalan seperti ini adalah yang paling mudah bagi responden untuk menjawab dan penyelidik untuk menganalisis data (Glassow, 2005). Populasi dan Sampel Populasi pelajar adalah seramai 800 yang belajar di sebuah kolej swasta dan sampel sebanyak 261 diperolehi. Pelajar yang dipilih secara rawak ini adalah dari program yang berlainan dan pelajar semester kedua. Asas bagi menentukan jumlah sampel adalah berdasarkan Jadual Penentuan Sampel Krejcie & Morgan (1970). Krejcie dan Morgan menetapkan jumlah sampel minima haruslah berdasarkan jumlah populasi. Berdasarkan Jadual Penentuan Sampel Krejcie & Morgan, bilangan sampel minimum yang perlu diambil bagi populasi sebanyak 800 ialah 260 responden. Walau bagaimanapun kajian ini melibatkan 261 orang sampel. Jumlah ini melebihi jumlah sampel minima yang dicadangkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Responden untuk kajian ini dipilih secara rawak berstrata tanpa mengambil kira faktor-faktor seperti jantina, umur, PNGK, status perkahwinan dan pengetahuan komputer. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik. Soal selidik dibangunkan dengan mengadaptasi soal selidik daripada pengkaji-pengkaji awal iaitu Noor Ain Mohd Mastor (2009) dan berdasarkan sorotan penulisan. Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian yang membawa jumlah bilangan soalan ialah 37 soalan. Bahagian A mengandungi enam soalan yang dibentuk untuk mengumpul maklumat peribadi dari responden iaitu jantina, umur, bangsa, taraf perkawinan, kursus dan PNGK. Maklumat ini penting sebagai konstruk demografi dalam kajian ini. Bahagian B yang mengandungi 5 soalan pula bertujuan untuk memperolehi maklumat tentang jenis alat rangkaian sosial yang digunakan dalam kalangan pelajar, susunan paling utama penggunaan alat rangkaian sosial yang dipilih, kenapa memilih alat rangkaian sosial tersebut yang paling kerap, berapa lama masa yang diluangkan untuk menggunakan alat rangkaian sosial dan masa penggunaannya. Item-item dalam Bahagian C pula mengandungi 25 item soalan dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama 10 item soalan diperuntukan untuk soalan berkaitan penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan sosial di kalangan pelajar IPT, bahagian kedua 11 item soalan diperuntukkan untuk

34

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

soalan berkaitan dengan penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan pendidikan dan bahagian yang ketiga berkaitan potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pendidikan dalam kalangan pelajar IPT. Soalan berbentuk pilihan menggunakan Skala Likert untuk bahagian C dimana responden diminta untuk memilih jawapan berdasarkan pilihan yang telah diberikan. Bahagian C merupakan soalan berbentuk tertutup dimana responden dikehendaki memilih jawapan yang telah disediakan. Soalan jenis tertutup ini memudahkan penyelidik memproses data dan membuat analisis dengan lebih efisyen. Skala Likert yang digunakan 1 = Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Sederhana Setuju, 4 = Setuju dan 5 = Amat Setuju Bahagian D merupakan soalan berbentuk terbuka dimana pelajar akan memberikan pendapat dan komen mengenai potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian rintis telah dijalankan untuk memperolehi kebolehpercayaan atau kesahihan instrumen kajian menggunakan nilai indeks Cronbach Alpha. Seramai 10 pelajar responden yang tidak terlibat dalam kajian sebenar telah dipilih. Hasil daripada ujian kebolehpercayaan, reliability test yang menggunakan SPSS 11.5 telah menunjukkan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi adalah 0.917. Maka item-item dalam soalan yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang baik kerana semakin tinggi skor yang diperolehi, maka semakin tinggi kebolehpercayaan bagi instrumen tersebut. Analisis Data Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). SPSS ialah antara pakej statistik yang sering digunakan oleh penyelidik khususnya dalam bidang sains sosial bagi menganalisis data. Data yang dikumpulkan melalui kajian ini ialah data yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Bagi menjawab persoalan kajian 1 dan 2, data dianalisis berdasarkan analisis deskriptif menggunakan min, peratus dan sisihan piawai. Data untuk menjawab persoalan kajian 3 pula dianalisis menggunakan Ujian-t sampel bebas untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan antara tujuan penggunaan alat rangkaian sosial berdasarkan jantina. Manakala data bagi persoalan kajian 4 pula dianalisis menggunakan analisis ANOVA satu hala. Data kualitatif yang diperolehi daripada soalan terbuka dalam soalselidik digunakan bagi menyokong data kuantitatif. Tafsiran min adalah berdasarkan skor 1.0 - 2.3 menunjukkan tahap tidak setuju, 2.4 - 3.7 tahap sederhana setuju dan 3.8 5.0 tahap setuju.

Dapatan KajianDemografi Responden Jadual 1 menunjukkan maklumat responden untuk kekerapan dan peratus. Responden kebanyakannya terdiri daripada pelajar perempuan di mana 166 orang (63.6%) darinya adalah perempuan dan selebihnya iaitu 95 orang(36.4%) terdiri daripada pelajar lelaki. Manakala pelajar berbangsa KadazanDusun lebih ramai berbanding dengan bangsa lain 81 orang (31.0%). Pelajar kebanyakannya bujang 258 orang (98.9%). Kebanyakan responden pula memperoleh PNGK 2.00-2.99 iaitu 121 orang 46.4%).

35

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Jadual 1

Kekerapan dan Peratus Maklumat RespondenKekerapan 95 166 112 97 35 13 4 81 14 3 35 12 14 3 27 72 35 121 52 38 15 Peratus 36.4 63.6 42.9 37.2 13.4 5.0 1.5 31.0 5.4 1.1 13.4 4.6 5.4 1.1 10.3 27.6 13.4 46.4 19.9 14.6 5.7

Maklumat Responden Jantina Lelaki Perempuan Umur 18 19 tahun 20 21 tahun 22 23 tahun 24 25 tahun > 26 tahun Bangsa KadazanDusun Cina SinoNative Bajau Suluk Rungus Lundayeh Bugis Lain-lain PNGK < 2.00 2.00 2.99 3.00 3.49 3.50 4.00 NIL - Missing Value *N = 261

Tujuan Penggunaan Alat Rangkaian Sosial Kajian yang dijalankan untuk menyelidik apakah tujuan penggunaan alat rangkaian sosial di kalangan pelajar peringkat tinggi. Antara tujuan yang dikaji adalah penggunaan untuk tujuan sosial dan tujuan

36

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

pendidikan serta potensi dalam pendidikan. Dapatan kajian adalah daripada soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data kuantitatif dibentangkan dalam bentuk min dan sisihan piawai dalam Jadual 2 dan Jadual 3 Tujuan Sosial Jadual 2 menunjukkan analisis data dan keputusan bagi penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan sosial. Didapati min keseluruhan bagi konstruk ini ialah 3.82. Daripada 10 item (item 1 hingga item 10) yang mewakili konstruk tujuan sosial, item 4 mencatat nilai min yang tertinggi, iaitu 4.03. Selain item 4, item 7, item 3, item 9, item 6, item 10, item 8 ,item 5, item 2, item 1 berada dalam lingkungan 3.65 hingga 3.96.

Jadual 2Bil 4 Item Menerusi alat rangkaian sosial, saya dapat berkenalan dengan pengguna seluruh dunia amnya dan khususnya seluruh Malaysia. Saya dapat chatting dengan rakan lain menerusi kemudahan yang disediakan oleh sesebuah alat rangkaian sosial. Saya dapat berhubung dengan rakan-rakan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan alat rangkaian sosial. Saya bebas berkongsi info atau berita terkini rakan-rakan dengan menggunakan alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog. Saya menggunakan kemudahan alat rangkaian sosial bagi aktiviti sosial yang berfaedah. Saya seronok menggunakan alat rangkaian sosial dimana saya dapat berbincang dan berkongsi segalanya bersama rakan. ATS % 1.10

Tujuan SosialTS % 4.60 SS % S % AS % 36.00 MIN 4.03 SP 0.92

20.30 37.90

7

1.90

3.10

22.60 41.00

30.70

3.96

0.91

3

2.30

3.10

21.10 44.40

28.70

3.95

0.91

9

2.70

5.00

23.40 41.40

26.10

3.84

0.96

6

1.50

3.40

28.40 45.20

21.50

3.82

0.86

10

2.70

6.10

26.80 37.90

26.10

3.79

0.98

37

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

8

Saya boleh bertukar atau berkongsi gambar terbaru dengan rakan lain yang menggunakan alat rangkaian sosial. Saya dapat mempelajari pelbagai budaya dan cara pemikiran rakan lain menerusi alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog. Saya dapat bersosial dengan rakan-rakan apabila menggunakan alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog. Saya menggunakan alat rangkaian sosial seperti facebook dan Blog untuk tujuan merehatkan minda. Min Keseluruhan *N=261

3.10

4.60

26.40 43.70

21.80

3.77

0.94

5

2.30

5.70

29.10 40.20

22.20

3.75

0.94

2

6.10

4.20

27.60 39.50

22.20 3.68

1.06

1

5.40

3.80

29.10 40.20

20.70

3.65

1.06

3.82

0.95

Tujuan Pendidikan Jadual 3 menunjukkan analisis data dan keputusan bagi penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan pendidikan. Didapati min keseluruhan bagi konstruk ini ialah 3.60. Daripada 10 item (item 11 hingga item 20) yang mewakili konstruk tujuan pendidikan, item 17 mencatat nilai min yang tertinggi, iaitu 3.79. Selain item 17, item 20, item 18, item 15, item 12, item 11 dan item 14 melepasi 3.50 iaitu dalam lingkungan 3.58 hingga 3.73.

Jadual 3Bil 17 Item Menerusi alat rangkaian sosial, saya dapat belajar pengetahuan baru yang saya tidak tahu sebelum ini. Saya beroleh banyak pengetahuan tentang pembelajaran melalui rakan-rakan saya yang lain menerusi alat rangkaian sosial.

Tujuan PendidikanATS 1.50 TS 5.00 SS S AS 21.50 MIN 3.79 SP 0.89

27.60 43.30

20

1.50

10.70 34.90 33.70

18.80

3.74

2.73

38

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

18

Saya boleh menggunakan alat rangkaian sosial pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang saya inginkan untuk belajar. Menerusi alat rangkaian sosial, saya dapat memberikan idea atau maklumat yang saya ketahui kepada rakan lain tanpa takut ditertawakan jika ianya salah atau tidak betul. Saya belajar dari idea dan komen yang diberikan oleh rakan menerusi alat rangkaian sosial Saya rasa alat rangkaian sosial dapat membantu pengguna meluahkan idea dan pendapat mereka berbanding semasa perbincangan di dalam kuliah. Saya berbincang mengenai pembelajaran melalui alat rangkaian sosial seperti Blog dan Facebook. Saya tidak malu untuk bertanya kepada rakan lain menerusi alat rangkaian sosial tentang sesuatu yang saya tidak faham dalam pembelajaran. Saya mendapat sumber bahan pembelajaran daripada pengguna alat rangkaian sosial seperti Blog dan Facebook. Menerusi alat rangkaian sosial saya tidak perlu duduk di dalam satu kumpulan untuk berbincang tentang tugasan kuliah. Min keseluruhan *N=261

2.30

5.40

27.60 46.00

18.40

3.73

0.90

15

3.10

6.90

31.00 39.80

18.00

3.64

0.96

12

2.70

5.40

34.90 39.10

16.50

3.62

0.91

16

2.70

6.90

33.30 40.20

16.9

3.62

0.93

11

2.30

10.30 30.30 39.50

17.20

3.59

0.96

14

4.20

7.70

31.00 39.10

17.60

3.58

1.00

13

4.60

10.70 34.10 37.20

13.00

3.43

1.00

19

8.80

14.20 35.60 29.10

12.30

3.22

1.11

3.60

1.14

39

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Penggunaan Alat Rangkaian Sosial Dapat Membantu Pelajar Untuk Belajar Berdasarkan Jadual 4, didapati min keseluruhan bagi konstruk ini ialah 3.44 bagi penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar. Daripada lima item(item 20 hingga 25) yang mewakili konstruk potensi dalam pendidikan, item 23 mencatat nilai min yang tertinggi, iaitu 3.55. Selain item 23. Item 22 melepasi 3.50 iaitu 3.51. Item 21, item 25 dan item 24 berada dalam lingkungan 3.30 hingga 3.44. Analisis data menunjukkan min adalah sederhana maka pelajar sederhana setuju penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar. Salah satu sebab utama kemungkinan mereka tidak mempunyai pengalaman mengguna alat rangkaian sosial untuk P&P.

Jadual 4Bil 23

Potensi Alat Rangkaian Sosial dalam PendidikanItem ATS TS SS S AS MIN SP

Alat rangkaian sosial seharusnya digunakan 3.40 9.60 oleh pengajar supaya P & P berterusan di luar waktu kuliah. Alat rangkaian sosial sesuai digunakan sebagai medium P & P di antara rakan sekelas dan pengajar. Penggunaan alat rangkaian sosial adalah cara terbaru proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang lebih interaktif berbanding P & P di dalam kelas yang bosan dan mengantuk. Alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog berpotensi digunakan untuk proses P &P 2.30 9.60

30.70 38.70 16.10 3.55 0.98

22

38.30 32.60 16.10 3.51 0.95

21

3.80 12.60 35.20 31.40 16.10 3.44 1.03

25

5.00 8.40

39.80 33.00 13.00 3.41 0.99

24

Alat rangkaian sosial boleh menjadi alat 1.50 9.20 pembelajaran yang baik kerana maklumat di dalamnya sentiasa dikemaskini. Min Keseluruhan *N=261

36.0 30.30 22.20 3.30 0.98

3.44 0.99

Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di antara Jantina Berdasarkan hasil analisis di dalam Jadual 5, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan sosial di antara pelajar lelaki dan perempuan (p = 0.05, 0.27) pada = 0.05. Hasil analisis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial bagi tujuan pendidikan di antara pelajar lelaki dan perempuan (p > 0.05, 0.06) pada = 0.05. Dari segi potensi dalam pendidikan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan (p > 0.05, 0.89) pada = 0.05.

40

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Jadual 5

Analisis Ujian T terhadap Tujuan Penggunaan Alat Rangkaian Sosial diantara JantinaJantina Lelaki Perempuan N 95 166 95 166 95 166 Min 3.84 3.81 3.60 3.59 3.51 3.50 Sisihan Piawai Nilai Signifikan 0.73 0.69 0.95 0.69 0.85 0.84 0.89 0.06 0.27

Tujuan Penggunaan Sosial

Pendidikan

Lelaki Perempuan

Potensi dalam Pendidikan

Lelaki Perempuan = 0.05, N = 261

Berdasarkan nilai signifikan pada Jadual 6, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial secara keseluruhan di antara pelajar lelaki dan perempuan (p > 0.05, 0.09) pada = 0.05.

Jadual 6

Analisis Ujian T terhadap Tujuan Penggunaan Alat Rangkaian Sosial diantara Jantina KeseluruhanJantina N 95 166 Min 3.68 3.66 SP 0.74 0.61 Ralat Piawai Min 0.08 0.05 F 2.96 Nilai Signifikan 0.09

Semua

Lelaki Perempuan

Penggunaan Alat Rangkaian Sosial mengikut PNGK Jadual 7 memaparkan min bagi setiap konstruk penggunaan alat rangkaian sosial mengikut kumpulan PNGK.

Jadual 7

Jadual Min Mengikut Kumpulan PNGKPNGK < 2.00 2.00 2.99 N 35 121 Min 3.82 3.86

Sosial

41

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

3.00 3.49 3.50 4.00 Jumlah Pendidikan < 2.00 2.00 2.99 3.00 3.49 3.50 4.00 Jumlah Potensi < 2.00 2.00 2.99 3.00 3.49 3.50 4.00 Jumlah Semua < 2.00 2.00 2.99 3.00 3.49 3.50 4.00 Jumlah *N=246, Missing Value = 15

52 38 246 35 121 52 38 246 35 121 52 38 246 35 121 52 38 246

3.72 3.68 3.79 3.66 3.66 3.44 3.42 3.58 3.61 3.49 3.42 3.45 3.49 3.71 3.71 3.55 3.53 3.65

Berdasarkan hasil analisis di dalam Jadual 8, didapati tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial bagi tujuan sosial mengikut nilai PNGK (p > 0.05, 0.41) pada = 0.05. Hasil analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial bagi tujuan pendidikan mengikut PNGK (p > 0.05, 0.021) pada = 0.05 dan potensi dalam pendidikan mengikut nilai PNGK (p > 0.05, 0.79) pada = 0.05. Secara keseluruhan juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial secara keseluruhan mengikut nilai PNGK (p > 0.05, 0.31) pada = 0.05.

Jadual 8

Analisis ANOVA Tujuan Penggunaan Alat Rangkaian Sosial mengikut PNGKSS df 3 242 245 3 0.98 1.52 0.21 Mean Square 0.49 0.50 F 0.97 Sig. 0.41

Tujuan Sosial

Diantara Kumpulan Dalam Kumpulan Jumlah

1.46 121.08 122.53 2.95

Tujuan Pendidikan

Diantara Kumpulan

42

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Dalam Kumpulan

156.61

242

0.64

Jumlah Potensi Dalam Pendidikan Diantara Kumpulan Dalam Kumpulan Jumlah Keseluruhan Diantara Kumpulan Dalam Kumpulan

159.57 0.75

245 3 0.25 0.35 0.79

175.52 176.27 1.64

242 245 3

0.73

0.54

1.21

0.31

108.78

242

0.45

Jumlah

110.41

245

*N=246, Missing Value = 15

Perbincangan Dapatan KajianDaripada data yang diperolehi, min purata keseluruhan untuk item tujuan sosial adalah paling tinggi iaitu 3.82 berbanding dengan min untuk tujuan pendidikan iaitu sebanyak 3.44. Ini menunjukkan bahawa responden lebih bersetuju menggunakan alat rangkaian sosial ini untuk tujuan sosial berbanding dengan tujuan pendidikan. Responden lebih berminat untuk menggunakan alat rangkaian sosial untuk bersosial dan berhubung dengan rakan untuk mencari kenalan baru dan dalam masa yang sama mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka. Rangkaian sebagai alat sosial boleh menjadi sangat berkesan kerana dapat menggunakannya sebagai satu alat untuk bersosial dan bukan kaedah lain serta memperoleh kenalan yang mempunyai sesuatu minat yang serupa. Tambahan lagi boleh keluar dan bertemu dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama (Mohammad, 2006). Menurut Reynard (2009), rangkaian sosial menyediakan kaedah baru untuk berhubung dan berkongsi maklumat dan membina rangkaian mengikut minat. Tapak rangkaian sosial seperti Facebook membolehkan seseorang menyimpan seberapa banyak jumlah rakan yang penting mereka mempunyai alat pengurusan digital (Boyd, 2006). Kebanyakan responden lebih gemar berbual menerusi alat rangkaian sosial. Oleh itu dengan berbual dengan rakan mereka dalam alat rangkaian sosial mereka dapat mengetahuai perkembangan rakan mereka dan mengeratkan lagi perhubungan mereka. Mereka boleh berbual bila-bila masa sahaja apabila keduadua pihak berada dalam talian walaupun mereka berada jauh beribu-ribu batu. Kos dapat dijimatkan kerana hanya perlu membayar caj talian Internet sahaja berbanding dengan menelefon telefon bimbit atau talian tetap dimana kos adalah tinggi untuk membuat panggilan telefon. Selain itu, responden juga boleh berkenalan dengan pengguna lain yang baru mereka berkenalan. Responden yang malu untuk bercakap

43

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

secara fizikal juga dapat menggunakan kemudahan alat rangkaian sosial untuk berbual dengan rakan mereka. Kajian ini juga mendapati responden sederhana setuju menggunakan alat rangkaian sosial bagi tujuan pendidikan dan kesan kaedah ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lin dan Hooft, 2008, pelajar gemar menggunakan Blog sebagai satu alat bantuan dalam persekitaran pembelajaran. Dengan pengintegrasian Blog dalam pembelajaran interaktiviti berlaku dengan pelajar sebaya mereka dan ini meningkatkan kepuasan dalam pembelajaran. Oleh itu pengajar sebaiknya membangunkan lebih banyak aktiviti pembelajaran menggunakan perisian sosial seperti Blog. Data kualitatif yang diperolehi dalam kajian ini mendapati ada responden yang menyatakan bahawa alat rangkaian sosial ini dapat membuatkan sesi pembelajaran tidak membosankan. Selain daripada itu responden juga menyarankan pelajar dan pengajar juga harus turut serta untuk menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh (Hewitt & Forte, 2006) dua pertiga dari pelajar yang dikaji melaporkan bahawa mereka bersetuju sekiranya pengajar juga turut serta menggunakan alat rangkaian sosial dan ini juga membolehkan mereka mengenali pengajar mereka lebih dekat. Kajian ini juga mendapati, responden hanya sederhana setuju dengan penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar. Ini mungkin mereka tidak ada pengalaman menggunakan alat rangkaian sosial untuk pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, peratusan responden yang memilih bersetuju bagi setiap item adalah tinggi. Menurut kajian Reynard (2008), kemahiran rangkaian harus dinilai dalam pembelajaran dan intipatinya ialah persekitaran rangkaian sosial berasaskan Internet. Apabila pelajar sedar bahawa nilai dalam perhubungan dengan rakan lain dalam proses pembelajaran, maka adalah lebih baik lagi proses pembelajaran berlaku. Rangkaian yang merangkumi pakar, rakan sebaya, dengan tambahan maklumat akan membuat pembelajaran lebih menarik. Responden mungkin merasakan bahawa penggunaan alat rangkaian sosial dalam pembelajaran dan pengajaran kurang sesuai kerana ia masih agak baru di Malaysia dan kebanyakan responden mungkin menggunakannya sekadar untuk sosial sahaja. Teknologi ternyata berguna dalam menyediakan pelbagai bahan media dan penyimpanan maklumat yang banyak. Cabarannya ialah untuk pelajar menjadi peserta dalam komuniti pembelajaran, iaitu melihat idea mereka itu bernilai untuk komuniti yang luas dan dikongsi secara terbuka (Reynard, 2009). Responden mungkin inginkan pengajar juga turut serta menggunakan alat rangkaian sosial ini supaya mereka boleh bertanyakan tentang pembelajaran mereka dari segi tugasan atau kuliah yang mereka perlu lebih banyak penjelasan di luar waktu kuliah. Dalam persekitaran pembelajaran tradisi pengajar merancang dan mengurus melalui berkumpulan dan dalam bentuk berpasangan, bila menggunakan alat rangkaian sosial tahap perhubungan boleh berlaku serta merta. Ia dianggap hebat oleh pelajar apabila pengajar juga mempunyai pautan Facebook dan menyediakan kumpulan berkongsi untuk kelas dalam talian (Reynard, 2009). Kajian ini juga mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan dari segi jantina terhadap penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan sosial, tujuan pendidikan dan potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, menurut kajian oleh Pedersen dan Macafee (2007), kaum

44

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

perempuan lebih berminat menggunakan alat rangkaian sosial bagi tujuan sosial seperti menulis blog manakala kaum lelaki lebih berminat dengan informasi dan pemberian pendapat menerusi alat rangkaian sosial. Ini mungkin disebabkan responden masih lagi cuba meneroka tentang penggunaan alat rangkaian sosial ini dan apa faedah yang dapat diperoleh daripadanya. Oleh itu, sekiranya pendidik juga mengambil peranan dalam memberikan kesedaran tentang faedahnya penggunaan alat rangkaian sosial ini kemungkinan kajian akan datang hasil analisis akan lebih berbeza. Berdasarkan kajian kualitatif yang dilakukan juga menunjukkan responden bersetuju sekiranya alat rangkaian sosial ini diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi ada juga menyatakan bahawa tumpuan mereka lebih kepada bersosial sahaja. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan alat rangkaian sosial bagi tujuan sosial, dan potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pendidikan mengikut nilai PNGK pelajar pada = 0.05. Berdasarkan data kualitatif yang diperolehi daripada ruangan komen pelajar di dalam borang soal selidik yang dijalankan, responden berpendapat bahawa rangkaian sosial ini dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran apabila di luar kelas ataupun masa cuti semester. P1: Pengajaran dan pembelajaran melalui alat rangkaian sosial dapat membuat seseorang itu boleh meluahkan pendapat dan bertanya tanpa ada rasa takut ataupun malu. P2: Penggunaannya didalam P & P seharusnya lebih seiring dengan pengetahuan pengajar dan ia perlu senantiasa di kemaskini. Secara keseluruhan juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai hubungan penggunaan alat rangkaian sosial mengikut PNGK. Maka, responden yang mempunyai PNGK yang rendah atau tinggi menggunakan alat rangkaian sosial dengan tujuan yang sama.

PenutupSecara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai keempat-empat objektif di samping menjawab keempatempat persoalan kajian. Penggunaan alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog untuk tujuan sosial berada pada tahap yang paling tinggi iaitu min=3.82. Walau bagaimanapun, penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan pendidikan berada pada tahap sederhana iaitu dengan min = 3.60 dan begitu juga potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana iaitu min=3.44. Walau bagaimanapun peratusan responden yang memilih bersetuju agak memuaskan juga tinggi bagi potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, alat rangkaian sosial ini berpotensi tinggi untuk dijadikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang. Menurut kajian yang dijalankan oleh Lin dan Hooft (2008), penggunaan blog dalam pembelajaran mempunyai mempunyai tahap interaktiviti yang positif. Maka ia boleh dijadikan sebagai satu landasan untuk berkongsi maklumat secara dalam talian dan ini membolehkan pelajar dapat berhubung antara satu dengan yang lain. Kajian mendapati responden lebih gemar menggunakan alat rangkaian sosial untuk bersosial dan berhubung dengan rakan-rakan pengguna lain dan kenalan baru. Kedua-dua responden lelaki dan perempuan gemar untuk menggunakannya bagi tujuan sosial. Menurut Ibrahim (2009), laporan Symantec

45

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Norton Online Living Report (NOLR) mendapati 60% daripada rakyat negara ini menggunakan rangkaian sosial. Menghabiskan masa lebih 12 jam setiap minggu berada di talian, 67% menggunakan mesej segera, 52% menjalankan urusan perbankan di talian. Ini berlaku kerana ia menjadi cara yang terbaik untuk kekal berhubung bersama rakan-rakan dan keluarga.

RujukanAinuddin Mohammad (2006). Social Networking : The Brilliance of Using Networking as a Social Tool. http://www.bestwebsites.com.my/articles/social networking/The_Brilliance_of_Using_Networking_as_a_Social_Tool.html Andergassen, M., Behringer, R., Finlay, J., Gorra, A., & Moore, D. (2009). Why Some Students Blog and Others Don't - Practices and Preconceptions. Electronic Journal of e-Learning, 7(3), 203-214 Boyd, D. (2006). Facebook's Privacy Tarinwreck. Exposure, Invasion, and Social Convergence. Convergence. The International Journal of Research into New Media Technologies. Boyd, B. M., & Ellison, N. B. (2007). Social Network Sites: Definition, History, and Scholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(1). Article 11. http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html Dwyer, C., Hiltz,S. R., &Passerini,K. (2007).Trust and privacy concern within social networking sites: A comparison of Facebook and MySpace. Paper presented at the Thirteenth Americas Conference on Information Systems, Keystone, CO, USA Glasow, P.A.(2005). Fundamental of Survey Research Methodology. McLean,Virginia Hewitt, Anne & Forte, Andrea.(2006). Crossing Boundaries: Identity Management and Student/Faculty Relationships on the Facebook. Ibrahim, Effendy.(2009). Rangkaian sosial perlu diselamatkan.Majalah PC Julai 2009, 19 Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610. Lee-Post, A (2009). e-Learning Success Model: an Information Systems Perspective. Electronic Journal of e-learning, 7, Issue 1. Lin, Yi-Mei and Hooft, Mark Vant (2008). The impact of blogs on student perceptions toward social interaction and learning satisfaction in blended learning. National Chung Cheng University, Taiwan. Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2004). Perkembangan Pembangunan dan Penerimaan e-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. UTM, Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 5572. Mohd Hajiman Mat Jusak (2002). Penggunaan Internet dan Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengguna/pelanggan Internet di kalangan Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) ambilan Januari 2002. Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002. Noor Ain Mohd Mastor (2009). Tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalangan pelajar universiti. Tesis Sarjana. UTM, Tidak Dicetak. Pedersen, S., & Macafee, C. (2007). Gender differences in British Blogging. Journal of ComputerMediated Commnication, 12(4). Article 16. http://jcmc.indiana.edu/vol12/issue 4/Pedersen .html QuantCast (2009). Profile for Facebook.com, Quantcast, http://www.quantcast.com/facebook.com, (diakses pada 22 Ogos 2009). Reynard, R.(2009). Social Networking: Learning Theory in Action. http://thejournal.com/articles/2008/05/21/Social-Networking-Learning-Theory-in-Action.aspx.

46

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Schmidt, J. (2007). Blogging practices: An analytical framework. Journal of Computer-Mediated Communication, 12(4). Article 13. http://jcmc.indiana.edu/vol12/issue4/schmidt.html Stacy Allison-Cassin & John Dupuis. (2008). Spinning Collaborative Web: Connecting social networking Tools to Research and Learning Environments. Yul Research Frontiers Series. September, 2008 Strampel, K & Oliver, R. (2008). Weve thrown away pens, but are they learning? Using blogs in higher education. Prosiding ASCILITE Melbourne 2008. Teoh, J. H. (2001). 25% of Malaysian to have Internet Access, [online] Available:http://www.phische.com/ideas/articles/articel_weblog_20010918.htm Valenzuela, S., Park, Namsu., and Kee, Kerk F. (2008). Lessons from Facebook: The Effect of Social Network Sites on College Students Social Capital. Prosiding 9th International Symposium on Online Journalism

47