101196276 kajian lepas kepimpinan transformasi

17
KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI 2012 TINJAUAN LITERATUR Pendahuluan Bahagian ini akan membincangkan karya dan juga kajian lepas yang berkaitan dengan kepimpinan transformasi dan kebaikan gaya kepimpinan ini dalam organisasi.Kajian lepas menunjukkan kepimpinan berkesan dapat memantapkan organisasi. Semakn berkesan gaya kepimpinan maka semakin efektif organisasi tersebut. Sebalikinya, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam organisasi senantiasa dikaitkan dengan kepincangan dan kelemahan pemimpin dalam organsiasi tersebut. Justeru keperluan terhadap gaya kepimpinan yang berkesan amat dikehendaki dalam organisasi. Sementara itu, kepimpinan dalam organisasi senantiasa berhadapan dengan sumber manusia yang senantiasa mempunyai perbezaan dari sudut cara berfikir (paradigma) dan sikap atau tingkahlaku yang berbeza-beza. Kelemahan kepimpinan untuk berhadapan dengan karenah kakitangan akan menyebabkan reaksi yang negatif, kurang keyakinan dan ketaatan dalam kalangan kakitangan. Justeru Gaya Kepimpinan Transformasi merupakan alternatif terhadap gaya kepimpinan lain dalam organisasi bagai menangani karenah kakitangan organisasi. Kajian lepas menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasi amat berkesan untuk mengubah tingkahlaku kakitangan dan mengerakkan serta mempengaruhi mereka untuk merealisasikan matlamat, visi dan misi organisasi. Kepemimpinan Transformasi Dan Kajian Berkaitan Mengikut Burns (1978:4) Kepemimpinan transformasi ialah is more potent. The transforming leader recognizes and exploits an existing need or demand of a 1

Upload: mohd-hilmi

Post on 16-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI

KAJIAN LEPAS KEPIMPINAN TRANSFORMASI 2012

TINJAUAN LITERATURPendahuluan

Bahagian ini akan membincangkan karya dan juga kajian lepas yang berkaitan dengan kepimpinan transformasi dan kebaikan gaya kepimpinan ini dalam organisasi.Kajian lepas menunjukkan kepimpinan berkesan dapat memantapkan organisasi. Semakn berkesan gaya kepimpinan maka semakin efektif organisasi tersebut. Sebalikinya, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam organisasi senantiasa dikaitkan dengan kepincangan dan kelemahan pemimpin dalam organsiasi tersebut. Justeru keperluan terhadap gaya kepimpinan yang berkesan amat dikehendaki dalam organisasi. Sementara itu, kepimpinan dalam organisasi senantiasa berhadapan dengan sumber manusia yang senantiasa mempunyai perbezaan dari sudut cara berfikir (paradigma) dan sikap atau tingkahlaku yang berbeza-beza. Kelemahan kepimpinan untuk berhadapan dengan karenah kakitangan akan menyebabkan reaksi yang negatif, kurang keyakinan dan ketaatan dalam kalangan kakitangan. Justeru Gaya Kepimpinan Transformasi merupakan alternatif terhadap gaya kepimpinan lain dalam organisasi bagai menangani karenah kakitangan organisasi. Kajian lepas menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasi amat berkesan untuk mengubah tingkahlaku kakitangan dan mengerakkan serta mempengaruhi mereka untuk merealisasikan matlamat, visi dan misi organisasi.

Kepemimpinan Transformasi Dan Kajian Berkaitan Mengikut Burns (1978:4) Kepemimpinan transformasi ialah is more potent. The transforming leader recognizes and exploits an existing need or demand of a potential follower. But beyond that, the transforming leader looks for potentiall motives in followers, seeks to satisfy higher needs,, and engages the full persons of the follower. The result of transforming leadership is relationship of mutual stimulation and evaluation that convert followers into leaders. Berdasarkan takrifan yang dikemukanakn oleh Burns menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasi adalah gaya kepimpinan yang mengiktiraf keperluan dan kehendak terunggul para pengikutnya, disamping membantu melahirkan pemimpin yang baru. Bass(1990) mentakrifkan kepimpinan transformasi sebagai Superior leadership performance transformational leadership-occurs when leader broaden and elevate the interests of their employees, when they stir their employees to look beyond their own self-interest for the good of the group.Beliau menggambarkan kepemimpinan transformasi ini sebagai memiliki prestasi dan keupayaan membangkitkan kesedaran pengikutnya ke arah merealisasikan kepentingan organisasi di samping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih dari kepentingan peribadi. Burns (1978) dalam pengamatannya terhadap kepemimpinan membuat kesimpulan yang menarik apabila menyatakan bahawa pemimpin sekolah merupakan antara contoh kepemimpinan transformasi kerana berupaya membawa perubahan kepada sebahagian besar tingkah laku guru-guru dan murid-muridnya. Dalam konteks institusi sekolah, Bass menyatakan bahawa Transformational leaders can play the role of teacher, mentor, coach, reformer, or revolutioner. Tentunya tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kepentingan kehadiran kepemimpinan transformasi di sekolah memang tidak dapat dikesampingkan kewajarannya. Ciri kepemimpinan itu sendiri yang kondusif untuk diaplikasikan di sekolah, dan faktor perubahan yang menuntut kepemimpinan sedemikian rupa. Hakikatnya kepimpinan transformasi dilihat amat sesuai dan berupaya menggantikan gaya kepimpinan lain dalam organsasi seperti gaya kepimpinan demokrasi, autokrasi dan kepimpinan transaksional. Ini disebabkan konstruk kepimpinan transformasi yang dikaji oleh Burns dan dikembangkan oleh Bass( 1990) dalam Nursuhaila Ghazali (2007) amat menekankan amalan kepimpinan transformasi seperti berikut :1. Charismatik Leadership, or idealized influence

Pemimpin transformasi sebagai role model, dikagumi dan dihormati oleh pengikutnya. Pemimpin transformasi juga sebagai pemimpin misi dan visi yang jelas serta berani menghadapi risiko. Bass (1998) dalam Nursuhaila Ghazali (2007) mengariskan bahawa pengaruh ideal ditonjolkan dalam kepimpimpinan transformasi apabila seseorang itu menetapkan matlamat untuk dicapai pada masa akan datang dan mampu menerangkan dan memimpin subordinat kearah matkmat yang hendak dicapai pada masa akan datang dan mampu menerangkan dan memimpin subordinat kearah matlamat yang hendak diaspirasikan dengan menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Burns (1979) menjelaskan bahawa pemimpin yang mempunyai karismatik juga memilki tingkahlaku yang unggul untuk menjadi pemimpin. Dalam konteks ini, pemimpin transformasi merupakan seorang pemimpin yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap keupayaan subordinat tetapi tetap berperanan dalam memberi sokongan dan panduan agar subordinat mampu mencapai tahap yang diinginkan. Karisma pemimpin transformasional terserlah dengan keyakinan dan kepastian yang ditunjukkan dalam setiap tindakannya.

2. Inspirational MotivationPemimpin transformasi mempunyai tingkah laku yang mampu memotivasikan pengikutnya, menaikkan semangat juang serta berupaya untuk menyahut cabaran yang datang. Pemimpin transformasi bertindak menyatakan dengan jelas tentang keyakinannya terhadap misi dan matlamat yang hendak dicapai.3. IntellectualPemimpin transformasi bertindak balas secara berbeza terutama dalam mencari penyelesaian masalah dengan dimensi pemikiran yang baru dan inovatif.Dengan itu pemimpin tranformasi secara tidak lansung menggalakkan pengikutnya berfikir secara kreatif dan bukan hanya menyalahkan orang lain atau sebagainya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Faktor ini menggalakkan suatu bentuk pemikiran baru dalam menyediakan subordinat bertindak terhadap sebarang permasalahan. Pemimpin transformasional menjadikan subordinat mampu mengenalpasti cabaran dan menjadikan mereka orang yang berani menghadapinya.4. Individualized Consideration

Pemimpin transformasional memberi tumpuan dan perhatian terhadapkeperluan dan potensi tertentu dalam membangunkan pengikut-pengikutnya.Pemimpin transformasional mengganggap setiap pengikutnya sebagai seorang individu yang perlu dihormati. Pemimpin-pemimpin seperti ini akan mewujudkan suatu iklim yang amat selesa di kalangan pengikut dengan sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada mereka dan sebarang perbezaan dihormati.Interaksi di antara pemimpin ini dengan pengikutnya membina hubungan kerja yang kondusif kerana pemimpin transformasi peka terhadap pengikutnya sebagai seorang individu.Jelasnya, amalan kepimpinan transfomasi yang dinyatakan di atas ,menunjukkan bahawa kepimpinan ini adalah kepimpinan yang memberi manfaat kepada semua sama ada kepada pemimpin, subordinat dan organisasi itu sendiri. Amalan ini mempunyai matlamat untuk mencapai visi dan misi organsiasi, mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, meningkatkan moral dan paradigma guru, mewujudkan kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi serta

sekaligus mewujudkan budaya kerja berpasukan. Kesemua dimensi ini saling memerlukan dan perlu diamalkan secara seimbang bagi memastikan matlamat kepimpinan ini dapat dicapai.Selain itu, terdapat kajian lepas yang menunjukkan bahawa keberkesanan kepimpinan transformasi dalam organisasi adalah dilihat melalui ciri-ciri kepimpinan ini. Tichy dan Devana (1986) mengenal pasti enam ciri pemimpin transformasi dalam kajian mereka iaitu:

Pemimpin melihat diri sebagai agen perubahan;

Pemimpin berhati-hati dalam menanggung risiko;

Pemimpin percayakan pengikut dan peka kepada keperluan pengikut;

Pemimpin dapat menghubungkan nilai-nilai teras dengan tingkahlaku;

Pemimpin bersikap fleksible dan sentiasa belajar melalui pengalaman; dan

Pemimpin mempunyai wawasan dan percaya kepada instinct atau gerak hati.

Hayati (2008) menyatakan terdapat empat hal utama yang menjamin kepimpinan transformasi dapat dilaksanakan dengan baik dalam organisasi. Menurut Hayati empat hal tersebut terdiri daripada perkara-perkara berikut :

a. Mengabungjalinkan idea dan moral serta etika secara konsisten dengan tetap mengembangkan dan memeihara kepercayaan orang bawahan.

b. Inspirasi yang mewujudkan motivasi seperti hambatan dalam kerjaya.

c. Simulasi intelektual dengan tujuan menimbulkan kreativiti, terutama kreativiti didalam memecahkan masalah dan mencapai satu tujuan yang besar.

d. Pertimbangan individu dengan menyedari bahawa setiap pengikutnya memilki keberadaan dan kretiria berbeza yang akan mendatangkan impak pada perlakuan ketika memberi bimbingan .

Selain itu, karakter kepimpinan transformasi yang dijelaskan oleh Ubben dan Hugges (2004) dalam Nursuhaila Ghazali(2007) jelas menujukkan bahawa kepimpinan transformasi mampu memimpin organisasi dan meletakkan organisasi dalam situasi yang stabil dan mantap walaupun berhadapan dengan suasana krisis dan kritikal. Malah dalam suasana tersebut, kepimpinan transformasi biasanya akan muncul dan membawa organisasi mencapai misi,visi dan matalamt yang hendak dicapai. Justeru Hugges dan Ubben menyatakan kepimpinan transformasi senantiasa beroperasi dalam empat karakter berikut :

i. Berpelajaran

Pemimpin transformasional adalah seorang pemimpin yang berpengetahuan yang dapat membantu ahli-ahli organisasi agar sentiasa belajar. Pemimpin ini juga membantu subordinat dalam memahami dan mencari nilai-nilai yang perlu ada bagi membentuk budaya sekolah, matlamat sekolah dan berupaya mencari jalan bagaimana kuasanya boleh dibahagikan dalam setiap bahagian organisasinya. Ini sejajar dengan dapatan Owen et al. (2001) di mana seorang pemimpin transformasional adalah seseorang yang intelek dan boleh mendorong pembangunan intelektual subordinatnya.

ii. Kritikal

Seseorang pemimpin transformasional adalah seorang pemimpin yang boleh membantu ahli organisasinya mengkaji dan memerhati keadaan atau situasi semasa serta mempersoalkan kesesuaiannya kepada semua individu. Dapatan Ubben dan Hughes(2004) menunjukkan bahawa seseorang pemimpin transformasional itu adalah sesorang yang menggalakkan setiap individu di bawah pimpinannya melakukan pembaharuan dan kelainan dalam situasi-situasi tertentu terutama dalam aspek penyelesaian masalah secara kreatif.

iii. Beretika

Pemimpin transformasional akan sentiasa menilai diri sendiri dalam konsep self reflection. Pemimpin ini juga merupakan individu yang menerapkan nilai-nilai demokratik serta hubungan moral yang baik sesama ahli organisasi. Mereka sentiasa berusaha untuk mempengaruhi orang lain ke tahap yang lebi tinggi dalam menilai dan menghayati kesedaran.iv. Transformatif

Pemimpin transformasional bersifat transformatif kerana mereka sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk membina komuniti individu percaya bahawa mereka boleh melakukan perubahan. Ini sejajar dengan matlamat kepimpinan transformasional itu sendiri yang bertujuan untuk mencapai perubahan sosial melalui peningkatan kesedaran manusia (Ubben & Huhges, 2004).Justeru keberkesanan kepimpinan transformasi hampir merentas semua bentuk organisasi khususnya dalam bidang pendidikan. Kajian dalam dan luar negara menujukkan bahawa gaya kepimpinan ini amat berkesan dalam organisasi pendidikan, dan melihat terdapat hubungan yang signifikan diantara amalan gaya kepimpinan transformasi dengan keberkesanan organisasi. Kajian menunjukkan amalan gaya kepimpinan ini telah membantu meningkatkan keberkesanan organisasi dan keupayaan kakitangan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam organisasi.

Kajian Mohd Ali (2004) dalam Nursuhaila (2007) mengenai persepsi guru terhadap kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru Sek.Men. Keb Pontian, menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi amat mementingkan pengetahuan pemimpin tentang tingkahlaku manusia serta berkemahiran tinggi dalam aspek hubungan interpersonal terutama dalam memahami sikap dan motif orang lain serta membina hubungan yang baik dengan subordinat. Hal ini selaras dengan apa yang dijelaskan oleh Leithwood (1992) iaitu pemimpin transformasi di sekolah memberikan penekanan untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu membantu guru membentuk, memperkembang, dan juga mengekalkan budaya kerja professional dan semangat bekerjasama, memupuk perkembangan profesional guru dan membantu menyelesaikan masalah secara efektif. Kajian Norlidah (2000) dalam Nursuhaila (2007) yang dihasilkan secara kualitatif tentang amalan kepimpinan pengetua di Sek. Men. Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru menunjukkan kepimpinan transformasional menjadi asas amalan kepimpinan pengetua di sekolah tersebut. Hasil pemerhatian beliau serta reaksi responden membawa kepada dapatan bahawa amalan kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sekolah ini menunjukkan ciri-ciri positif terhadap kesannya kepada aspek keberkesanan sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa pemimpin transformasi mempunyai pengaruh yang kuat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang berkualiti dan cemerlang melalui orientasi kepimpinan yang diamalkan.

Kajian Sabarinah (2000) dalam Nursuhaila (2007) di tiga buah sekolah di Batu Berendam Melaka mengenai tingkahlaku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tahap motivasi guru membawa kepada dapatan bahawa gaya kepimpinan mengarah dikesan sebagai gaya yang dominan berbanding dengan kepimpinan transformasional berdasarkan kepada instrumen LBDQ yang digunakan terhadap responden. Walau bagaimanapun unsure-unsur yang menyamai amalan gaya kepimpinan transformasi terdapat dalam sekolah tersebut. Ini disebabkan oleh hasil kajian yang menunjukkan terdapat kaitan atau hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru.Selain itu,kajian juga menunjukkan pengetua di tiga buah sekolah yang dikaji juga mengamalkan gaya kepimpinan menyokong, partisipatif dan berorientasikan kejayaan pelajar pada kadar yang sederhana.

Kajian Wan Faridah, Nor Azmi dan Ishak (2002) dalam Nursuhaila (2007) tentang perbandingan kepimpinan transaksional dan transformasional terhadap ciri kerja dalam kalangan profesional Teknologi Maklumat sektor awam menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasional dengan ciri kerja kepelbagaian kemahiran tetapi tidak signifikan terhadap ciri-ciri kerja secara keseluruhan. Keputusan ini boleh ditafsirkan bahawa pengurus Teknologi Maklumat yang mengamalkan tahap kepimpinan transformasional tinggi memberikan ciri kerja pelbagai kemahiran lebih tinggi (baik) kepada profesionalnya berbanding pengurus yang mengamalkan tahap kepimpinan transaksi rendah.

Kajian Button (2003) dalam Nursuhaila (2007) yang dijalankan melalui kaedah pemerhatian berkenaan dengan aplikasi prinsip kepimpinan transformasional dalam aspek pembangunan guru menunjukkan dapatan bahawa melalui kepimpinan transformasional yang diamalkan guru-guru lebih jelas terhadap peranan kepimpinan mereka. Ini kerana kepimpinan transformasional membiasakan mereka bekerja secara sepasukan dan sentiasa menghidupkan semangat dan kesedaran ke arah mencapai visi dan misi yang ingin dicapai. Kajian Button (2003) juga mendapati bahawa kepimpinan transformasional merupakan gaya kepimpinan yang terbaik untuk diamalkan di bilik darjah. Ini kerana melalui kepimpinan ini budaya kerjasama terutama dalam menangani masalah dijadikan amalan. Ini kerana stuktur organisasi kepimpinan transformasional seperti yang dikaji adalah rata dan tidak berhierarki dari sudut perkongsian kepimpinan.

Kajian Barnett (2003) terhadap kesan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua sekolah terhadap iklim pembelajaran mencadangkan penekanan perlu diberikan terhadap model tingkahlaku kepimpinan yang mementingkan elemen kejelekitan di kalangan guru dan pengetua. Ini kerana hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan pengetua tetap sebagai ketua dan guru tetap sebagai pengikut berbanding dengan konsep hubungan kerja sepasukan dalam kepimpinan transformasional. Kajianj uga mendapati bahawa guru-guru secara individu dilihat lebih bermotivasi apabila perhatian secara individu diberikan oleh ketua dalam usaha mencapai visi organisasi berbanding dengan motivasi yang didorong oleh visi itu sendiri.Oleh itu adalah tidak menghairankan sekiranya kajian lepas turut menujukkan bahawa kepimpinan transformasi memiliki banyak kelebihan dan kebaikan berbanding dengan gaya kepimpinan lain dalam organisasi. Menurut Sosik (1997) menjelaskan bahawa impak kepimpinan transformasi tidak sahaja menyebabkan pengikut dapat memenuhi jangkaan prestasi tetapi dapat melepasi prestasi yang dijangkakan itu.Sosik (1997) juga mendapati bahawa kumpulan-kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi menjana lebih banyak penyelesaian yang tulen, kata-kata yang menyokong, penghuraian penyelesaian dan soalan-soalan tentang penyelesaiandan melaporkan peringkat prestasi yang tinggi, usaha yang lebih dan kepuasan terhadap pemimpin berbanding kumpulan yang bekerja di bawah kepimpinan transformasi yang rendah. Menurut Betty Yunan Silalhali (2008) menjelaskan bahawa penelitian tentang kepe-mimpinan transformasional menunjukkan hubungan yang positif dengan komitmen organisasi. Kepemimpinan transformasi-onal menginspirasikan bawahannya untuk bersemangat dalam bekerja, memotivasi dan menumbuhkan nilai-nilai kerja yang baik. Sehingga dapat menumbuhkan komitmen pada karyawan untuk orga-nisasi dimana karyawan tersebut bekerja. Organisasi dapat mendedikasikan seluruh hidupnya untuk kepentingan organisasi. Pemimpin diharapkan dapat menumbuhkan motivasi, memelihara motivasi kerja untuk para karyawannya, sehingga terciptanya kerjasama yang baik dan didukung oleh budaya organisasi yang kuat untuk dapat meningkatkan komitmen pada organisasi.Judge dan Bono (2000:64) menunjukkan bahwa kepemimpinan trasnformasional mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap komitmen. Tucker dan Lewis (2004:78) mendefinisikan kepemimpinan transformasional sebagai pola kepemimpinan yang dapat memotivasi karyawan dengan cara membawa pada cita-cita dan nilai-nilai tinggi untuk mencapai visi misi organisasi yang merupakan dasar untuk membentuk kepercayaan terhadap pimpinan.

Selanjutnya Judge dan Bono (2000) menjelaskan keistimewaan kepimpinan transformasi turut dilihat melalui fungsi kepemimpinan ini yang senantiasa memberikan motivasi kepada bawahannya, diyakini dan memiliki pengaruh terhadap perusahaan dalam bentuk bukan nilai wang seperti kepuasan kerja. Pemimpin tranformasional memotivasi pengikutnya untuk melakukan sesuatu (kinerja) diluar dugaan (beyond normal expectation) melalui transformasi pemikiran dan sikap mereka untuk mencapai kinerja diluar dugaan tersebut, pemimpin transformasional menunjukkan berbagai perilaku berikut: pengaruh idealisme, motivasi inspirasional, stimulasi intelektual dan konsiderasi individual.Howell dan Avolio (1993) menunjukkan kepimpinan karismatik, kepimpinan intelektual, dan kepimpinan pertimbangan individu adalah dikaitkan dengan kawalan fokus dalaman yang lebih tinggi dan berupaya menjangka prestasi unit perniagaan untuk jangka pendek (satu tahun kehadapan). Bass dan Avolio (1990) pula mendapati pada setiap peringkat organisasi kepimpinan transformasi lebih berkesan daripada kepimpinan transaksi, dan juga pemimpin yang menggayakan lebih kepimpinan transformasi menunjukkan prestasi lebih tinggi (Hater dan Bass, 1988).

Weichun Zhu et al. (2005) dalam kajiannya mendapati kepemimpinan transformasi dapat memberi inspirasi dan memotivasikan ahli-ahli dalam organisasinya untuk cemerlang bukan sahaja dalam organisasi tetapi juga dalam pencapaian individu. Pemimpin-pemimpin transformasi ini didapati mempamerkan sifat-sifat tertentu antaranya berkecenderungan untuk menjadi pendengar yang baik dan sentiasa memberikan perhatian terhadap keperluan individu untuk maju dalam kerjaya. Selain itu, pemimpin transformasi juga cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati para pekerja dibawahnya. Abdul Ghani Kanesan (2002) mendapati kesan kepemimpinan transformasi pendidikan dapat dilihat dalam lima bentuk iaitu kesan terhadap perlakuan pengikut, psikologi, organisasi dan juga ke atas pencapaian pelajar. Menurutnya lagi pemboleh ubah yang digunakan untuk mengkaji kesan kepemimpinan transformasi ke atas psikologi termasuklah kepuasan kerja. Hal ini menunjukkan bahawa selain membawa perubahan ke atas organisasi, kepemimpinan transformasi juga mampu membawa satu perubahan atau dimensi baru terhadap persepsi guru-guru berkaitan dengan rasa puas hati mereka terhadap sesuatu kerja yang telah dijalankan. BIBLIOGRAFI Abdul Ghani Abdullah (2005), Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Penggantian

Kepimpinan Sebagaim Penentu Komitmen Terhadap Organisasi dan Perlakuan

Warga Organisasi Pendidikan, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 20, 2005, Page

53-68, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia

Ahmad Shopian Khoirusmadi ( 2011), Analisis Pengaruh Kepimpinan Transfomasional Trans-

Formasional Terhadap Kinerja Pegawai Dengan Budaya Organisasi Sebagai Variabel

Intervening. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. Semarang: Universiti Diponegoro Baharom et.al ( 2009). Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Seminar Kepengetuan Kebangsaan

Kali Ke VI. Kampus Universiti.Universiti Malaya

Betty Yunan Silalhali (2008).Kepimpinan Transformasional, Motivasi Kerja, Budaya organisasi

Dan Komitmen Organsasi, Jurnal Psikologi Vol 2, 2008, Jawa Barat : Universiti GunadarmaCheah Lee Hwa (2008). The Impact of Principals Transformational Democratic Leadership

Style On Teachers Job Satisfaction and Commitment.Tesis. Pulau-Pinang : Universiti

Sains Malaysia

Che Noh Muda ( 1995).Hubungan diantara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap

Motivasi Guru-Guru Sekolah Berasrama Penuh Di Wilayah Persekutuan.Latihan Ilmiah tidak diterbitkan. Kedah: Universiti Utara Malaysia Jazmi Mohd Isa (2009), Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Kepuasan Kerja Guru . Latihan

Ilmiah Tidak Diterbitkan. Kedah : Universiti Utara Malaysia

Joko Widodo (2008), Kepimpinan Pendidikan Transaksional dan Transformasional di SMK

Non Teknik, Jurnal Pendidikan Ekonomi, Vol 3, 2008, Unnes: Indonesia

Lokman Mohd Tahir (2008), Impak Psikologi Guru Hasil Kepimpinan Pengetua. Jurnal

Teknologi 48(E),Jun 2008, Page ( 129-139),Johor : Universiti Teknologi Malaysia

Mareena Mohammad et.al ( 2011),Tinjauan Hubungan Gaya Kepimpinan Dengan Komitmen

Organisasi, Jurnal Ekspalinasi, 2011, Vol 6(1), page 17-28, Serdang: Universiti Putra

Malaysia

Norhannan Ramli et.al ( 2006), Gaya Kepimpinan Wanita dan Hubungannya dengan Tahap

Motivasi Guru Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan 31, 2006, page 53-69, Serdang:

Universiti Putra Malaysia

Nursuhaila Ghazali (2007). Tahap Amalan Kepimpinan Tranformasional Dalam Kalangan

Pengetua Sekolah Menengah di Bandar Tangkak. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan.

Johor : Universiti Teknologi Malaysia

Othman Md. Johan Et.al ( 2008).Tingkahlaku Kepimpinan Transaksi dan Transformasi

Pengetua terhadap Kepuasan Kerja dan Komitmen Guru Terhadap Sekolah, Jurnal

Pendidikan Teknologi Pendidikan, 2008,page( 31-43), Johor: Universiti Teknologi

MalaysiaParwazalam Abdul Rauf (2002), Gaya Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan

Sekolah Berkesan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Di Perak. Latihan

Ilmiah tidak diterbitkan, Kedah: Universiti Utara Malaysia

Suci Wulandari ( 2003), Kepimpinan dalam organisasi Perspektif Teoritik dan Metodologi

Jurnal Ilmiah Kesatuan No 2 Vol.5, 2003, Bogor: Indonesia

Sueb Haji Ibrahim (2002). Hubungan Gaya Kepimpinan Pemimpin Univiersiti Teknologi Mara

Cawangan Sarawak Kampus Samarahan Terhadap Prestasi Staf. Latihan Ilmiah Tidak diterbitkan. Kota Samarahan : Universiti Teknologi Mara

Wan Faridah Akmal et.al (2002), Kepimpinan Transaksi/Transformasi dan Ciri Kerja

Proffesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia, Jurnal Teknologi, 37(E)

Jun 2008, Page ( 57-70), Johor : Universiti Teknologi Malaysia

Yuanita Hendri Chandra Ratnawati (2007). Hubungan antara Persepsi terhadap Gaya

Kepimpinan Transformasi Dengan Disiplin Kerja Karyawan Bank Jetang Cawangan

Surabaya. Kajian Ilmiah tidak diterbitkan. Semarang : Universiti Diponegoro

1