pemakanansihat · golongan b40 yang terlampau hadkan guna duit untuk beli makanan atau beli makanan...

20
MAC-APRIL 2019 BIL: 1/2019 INCLUSIVE NEUTRAL SENSIBLE PROFESSIONAL IMPRESSIVE REFLECTIVE ENTHUSIASTIC 9 780201 379624 PEMAKANAN SIHAT Perkara Menarik Sepanjang Menjadi Calon PRKUM & YDP MPPUM MOHD AKMAL HAZIEQ BIN AHMAD RUMAIZI

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAC-APRIL 2019BIL: 1/2019

INCLUSIVE NEUTRAL SENSIBLE PROFESSIONAL IMPRESSIVE REFLECTIVE ENTHUSIASTIC

9 780201 379624

PEMAKANAN

SIHAT

PerkaraMenarik

Sepanjang Menjadi

Calon PRKUM &

YDP MPPUMMOHD AKMAL HAZIEQBIN AHMAD RUMAIZI

pena Editor

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera!Warga kampus yang dihormati,

INSPIRE adalah majalah rasmi terkini Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi menggantikan buletin TINTAHEP yang diterbitkan secara e-majalah. INSPIRE tampil dengan wajah dan citra baru HEP sebagaiabatan yang berfokus memperkasa pelajar dalam kehidupan kampus dan menyediakan perkhidmatansokongan yang terbaik dalam usaha untuk membina kebolehpasaran mereka. INSPIRE adalah satuwadah untuk HEP berkongsi pengalaman, aspirasi, usaha dan iltizam dalam memberi perkhidmatanterbaik kepada pelajar, warga kampus dan komuniti. INSPIRE turut menghargai bakat terpendam danpencapaian terbaik pelajar dalam menaikkan nama Universiti serta memperkenalkan tokoh-tokohpelajar yang berwibawa dalam pelbagai bidang. INSPIRE turut membincangkan isu kampus secarasantai dan profesional.

Terima kasih kepada sidang editorial INSPIRE yang amat berdedikasi.

Sekian, Selamat Membaca.

PENASIHAT Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul RamanEDITOR Encik Hirman Awang Encik S Ramlee ShamsuddinPENERBITAN & KONSEP Encik Edmund Ross Williams Hunt Puan Farah Amalina Abu BakarREKABENTUK & GRAFIK Encik Mazlan SamsudinFOTOGRAFI & PENGIMEJAN KREATIF Encik Latimin KemanWARTAWAN & PENULIS KOLUM- Encik Mizra Hilmi Abu Bakar - Encik Sha’ary Mat Din - Puan Vijayah Malar a/p Palanisamy - Puan Nabila Muhamad Shidik- Cik Nadia Syahira Rosli - Encik Muhammad Sholeh Mohd Rashid- Encik Mohd Aziham Ngah @Saad - Puan Asmah Jamaludin- Puan Hafizah Haron - Encik Mohamad Faeiq MokhtarLAMAN WEB & EDARAN Encik Mohd Hairil Zainal Abidin

KANDUNGAN

TINTATimbalan NaibCanselor HEPA

CRONICLEMEMORY LANE

Majlis PersaraanTimbalan Pendaftar HEPA

CAMPUS TALKIsu Mahasiswa Ikat Perut

UMisGREATANEKDOT

Perkara MenarikSepanjang

Menjadi Calon PRKUM &YDP KMUM

TERAPIPengurusan Kewangan

danKaunseling Kewangan

JOM SIHATPemakanan Sihat

DEMI MASAEGO

MY CREATIVEUPDATE

3

4-78

9-10

11-1213-14

15

16

17

18-1920

03 INSPIRE APRIL 2019

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada warga HEP dan sidangredaksi majalah INSPIRE khasnya atas kejayaan menerbitkan majalahini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkansepatah dua kata dalam e-majalah ini. Kejayaan penerbitan e-majalah ini memberikan gambaran yang jelas tentang kegigihan warga HEP dalam merealisasikan aspirasi universiti.

INSPIRE ialah naskhah yang memaparkan aktiviti semasa pelajar, kejayaan, bakat penulisan dan usaha pemerkasaan pelajar oleh pihak UM. Bagi pelajar, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan yang tersendiri buat mereka. Majalah atas talian ini akan terus relevan sebagai dokumentas yang bersifat rasmi seiring dengan kemajuan media elektronik terutama media sosial maya.

Saya mempunyai perancangan strategik dan fokus utama atau halatuju HEP yang perlu dikongsi bersama warga HEP untuk merealisasikannya. Di sini, saya kongsikan Visi HEP yang baru adalah sebagai pusat pembangunan pelajar holistik dan graduan bekerjaya, manakala Misi HEP adalah menyediakan program pembangunan dan perkhidmatan pelajar yang berimpak tinggi. Seterusnya, moto HEP adalah “Pelajar Diutamakan”.

Akhir kata, saya ingin mengajak semua warga UM dan HEP khasnya untuk sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga segala usaha kita semua pada hari ini akan membuahkan hasil yang akan merubah dan melakarkan lanskap baharu dunia pendidikan universiti yang lebih gemilang.

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada sidang redaksi INSPIRE. Kepada pembaca e-majalah ini, semoga beroleh manfaat.

Sekian, terima kasih PROFESOR IR. DR ABDUL AZIZ ABDUL RAMAN Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera! TNC HEP

04 INSPIRE APRIL 2019

Majlis PenghargaanStaf HEPA 2019

GAMUDA CAREER TALK 2019 TARIKH : 20 MAC 2019 (RABU)TEMPAT : DEWAN PERDANA 1 KOMPLEKS PERDANASISWA UM

Program anjuran Gamuda dengan usahasamaPusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan(PKK) ini dibuka kepada pelajar tahun akhirterutama pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, FakultiAlam Bina dan Fakulti Perniagaan & Perakaunan.Seramai 103 orang pelajar telah menyertai programinteraktif ini.

Antara pengisian program adalah sesi perkongsianbudaya kerja di Gamuda dan keperluan industrimasa kini oleh pihak pengurusan Gamuda Berhad.Hadiah menarik turut disediakan.

5 April 2019

Majlis ini telah diadakan bagi menghargai staf HEPA yang bersara: Tuan Haji Yusof Harun, TimbalanPendaftar, Puan Nafisah Wahab, Puan Maimun Ramli, Puan Zaiton Sahid, Puan Jolilah Main,Puan Zainab Abd Aziz dan Puan Raja Faridah Raja Sulaiman,

05 INSPIRE APRIL 2019

Bengkel AMALAN 5S &PEROLEHAN

PEMUKIMAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJARUNIVERSITI MALAYA SESI 2018/2019TARIKH : 30 – 31 MAC 2019 (SABTU – AHAD)TEMPAT : KINRARA RESORT HOTEL, PUCHONG, SELANGOR

MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5SAmalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaranberkualiti yang dipelopori oleh Jepun denganpenumpuan kepada lima (5) langkah tindakanpelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan‘S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalankebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso,Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepunyang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayumemberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam danSentiasa Amal.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secaraberterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikandilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikanmanusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripadasemua peringkat anggota dalam organisasi.

Pada 10 April 2019 telah diadakan Kursus 5S danTaklimat Perolehan untuk semua pegawai HEPA.Kursus telah dikelolakan oleh Profesor Ir. Dr Abdul AzizAbdul Raman, Timbalan Naib Canselor (HEPA) (Slot 5S)dan Pegawai Kewangan UM (slot taklimat Perolehan).

SIAPA MPPUM???????Pemukiman MPPUM telah berlangsung selama 2 hari 1 malambagi membincangkan perancangan MPPUM dan Majlis WatikahMPPUM bagi sesi 2018/2019. Perancangan dibentang olehExco-Exco lantikan Majlis Tertinggi MPPUM. Majlis WatikahMPPUM pada 31 April 2019 disempurnakan oleh ProfesorIr. Dr Abdul Aziz Abdul Raman disaksikan oleh Pengetua-Pengetua Kolej-Kolej Kediaman.

06 INSPIRE APRIL 2019

MAHASISWA UM LAPAR? MAHASISWA UM IKAT PERUT??MAHASISWA UM MAKAN 1 HARI SEKALI??

Popular betul nama UM sejak timbul isu mahasiswa lapar.Setiap hari ada saja isu yang dibangkit dan diperkatakandi media sosial, media cetak, corong-corong radio dansiaran televisyen sampai ke Parlimen. Isu yang telahdiperkatakan dari dulu sehingga sekarang tetapi betulkahmahasiswa UM lapar, ikat perut dan makan 1 kali sahaja?Adakah betul-betul lapar, tiada wang, miskin, jimatperbelanjaan ataupun sekadar nak jaga badan atau dengankata lain nak diet?

Jadi sebagai satu usaha daripada UM sesuai dengankonsep “From Students to Students”, telah berlangsungPelancaran FoodBank Siswa yang dirasmikan YB DatukSeri Saifuddin Nasation Ismail, Menteri KPDNKHEPdi Auditorium, Kompleks Perdanasiswa.

Antara program lain yang diperkenalkan di bawahinisiatif ini adalah “Central Kitchen” dan “Food Pantry”.Program ini telah mendapat sokongan dan kerjasamapenuh daripada Tabung Kebajikan Pelajar, TESCO danFood Aid Foundation.

9 April 2019

07 INSPIRE APRIL 2019

Kursus Calon Pemudahcara Mahasiswa (PM)Universiti Malaya berlangsung selama 3 hari bagimemberikan pendedahan dan latihan kepada CalonPM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah LatihanDalam Kumpulan dan UM Amazing Race. Sesi bersamaTNC (HEPA) membincangkan tentang perancangan, penambahbaikan dan aktiviti Minggu Haluansiswayang akan berlangsung pada September 2019.

Syabas semua calon Pemudahcara MahasiswaANDA TERBAIK!!!

KURSUS CALONPEMUDAHCARA MAHASISWAUNIVERSITI MALAYASESI 2019/2020

18 – 21 APRIL 2019AUDITORIUM, KOMPLEKS PERDANASISWA

08 INSPIRE APRIL 2019

Lane

Majlis PerasmianKOMPLEKS PERDANASISWA10 Januari 1995

Memory

09 INSPIRE APRIL 2019

Pendedahan sebuah akhbar yang melaporkanmahasiswa miskin terpaksa menahan laparakibat kekangan kewangan mendapat perhatiandari semua pihak. Tidak kurang juga mahasiswayang memilih 'nasi bujang' untuk santapan setiaphari dan terdapat juga yang memilih untuk makansatu hidangan setiap hari hingga menyebabkanmahasiswa kelaparan.

Nasi bujang menjadi pilihan pelajar untukmakan setiap hari untuk setiap hidangandan ada yang memilih untuk makan satuhidangan setiap hari yang menyebabkanpelajar kelaparan.

CAMPUS talk

MAHASISWA

IKATPERUT

FARAH AMIRAH - seminggu straight saya makan nasibujang

NUR NASUHA - I ada jumpa seorang kawan I, diamacam tengahari tu dia akan beli lunch nasi banyakterus then lauk, dia akan makan dua kali, maksudnyamakan lunch dia bahagi dua untuk malam sekali

FATIN IMANINA - ada juga yang susah untuk makanyang makan sehari sekali

WONG - actually many student facing budget constraint.Sometime force them to have only one meal per day, until dinner they just take nasi bujang

NABIL ADAM - saya tak mengalami apa-apa masalahdari segi pemakanan sebab saya tahu pemakanan apayang buat saya kekal lama kenyang

HERYANA SYAZWANI - sekarang di Fakulti, mereka sedang melaksanakan tabung untuk dana membantupelajar golong B40 dalam bentuk baucer atau elaunsetiap bulan supaya dapat makan dengan baik

NABIL AHMAD - antara sebab pelajar tak cukup kewanganuntuk makan ialah tersilap jadual makanan. Jadi pastikanjadual tu betul dan makanan yang berpatutan. Ada jegolongan B40 yang terlampau hadkan guna duit untukbeli makanan atau beli makanan yang mahal

Mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari,kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untukdua hari, antara ikhtiar hidup sebahagian pelajar di UMyang terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan.Pilihan makanan kebanyakan pelajar daripada keluargaberpendapatan 40 terendah (B40) ialah yang berhargamurah, termasuk mi segera atau apabila di kampus,membeli nasi bujang yang mengandungi nasi putih, supkosong, telur dan sambal belacan antara RM2.00 hinggaRM2.50.

10 INSPIRE APRIL 2019

NURFATHI HAMID - makan satu hidangan seharibukan perkara asing dan apabila mengikatperut, saya lazimnya hanya makan pada waktumalam dengan nasi bujang, sebuku roti atauroti naan

ILMAH ISMAIL - kadangkala saya hanya minumair suam dan makan sekali sehari pada waktumalam untuk menjimatkan belanja. Ada pensyarahmemasak untuk mahasiswa miskin, selain persatuanpelajar sediakan kupon makan RM5, tetapi bukansemua dapat bantuan itu

NURFATHI HAMID - saya juga selalu mencaripeluang hadir program, aktivit atau majlis yangbiasanya turut sediakan makanan. Kadangkalasaya berpuasa atau tidur awal untuk lupakanrasa lapar

IZZAT HAKIMI - Ada rakan saya tidak meneruskanpengajian akibat masalah kewangan. Saya sendirikerap berpuasa dan makan cuma sekali seharikerana perlu puratakan perbelanjaan harian RM10 sehari untuk beli makanan pada waktutengahari dan malam

Menurut FATHIL MORAD Exco Dasar Kampus dan Kebajikan, MPMUM telah menyusunprogram kebajikan pelajar di UM melalui program pemberian makanan percuma yangmerupakan salah satu inisiatif MPPUM yang disasarkan untuk semua pelajar tanpamengira jabatan layak menerimanya. Ia telah dimulakan di Akademi Pengajian Melayupada pertengahan Mac 2019 dan akan diteruskan dalam bulan April

Berikut adalah antara kerja agihan makanan oleh MPPUM dalam menjaga kebajikan Mahasiswa UM;

4 April 2019Agihan makanan kepada mahasiswa/iFakulti Sastera dan Sains Sosial danFakulti pendidikan di mana 300 bungkusanberjaya diagihkan kepada pelajar. Sumbangantelah diberikan oleh Persatuan KebajikanIslam Surau Annur, Bandar Baru Bangi.

9 April 2019Agihan pertama makanan central kitchendimulakan pada 9 April 2019 mulai jam6.30 petang di Kolej Kediaman Kedua danKesembilan. Inisiatif `Central Kitchen’di Kolej Kediaman Kelima adalah penerimabahan mentah masakan dan bahan-bahandimasak oleh tukang masak secara sukarelauntuk agihan makanan di setiap kolej kediaman.

11 April 2019Edaran melibatkan Akademi Pengajian Islam,Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Ekonomi &Pentadbiran, Fakulti Bahasa & Linguistik,Fakulti Sastera & Sains Sosial, dan FakultiPerakaunan & Perniagaan.

25 April 2019Central Kitchen telah mengadakan pemberianmakan malam percuma di Kolej KediamanKe 3, 5, 7 dan 8 Sumbangan adalah pemberianoleh Syarikat Central Spectrum.

30 April 2019Agihan makanan inisiatif Central Kitchendengan kerjasama JTK Kolej Kediaman 1, 6,10 dan 12.

1 Mei 2019Agihan makanan tengah hari dan minumandi Fakulti Undang-Undang, Fakulti Pergigian, FakultiAlam Bina dan Fakulti Sains.

FOOD BANK

CENTRAL KITCHEN

“HEP turut melancarkan program inisiatifmenangani isu mahasiswa ikat perut”

11 INSPIRE APRIL 2019

UNIVERSITY OF MALAYA REPRESENTING MALAYSIA IN26TH ASIA-PACIFIC REGIONAL SCOUT CONFERENCEIN PHILIPPINES

Malaysian delegation photographedduring the International Night.

The six students who were elected as YoungAdult Members for tenure 2018-2021

OVERALL CHAMPIONTHE PHILIP C. JESSUP INTERNATIONAL LAW

MOOT COURT COMPETITION

UMisGREAT

From left; Ms. Caysseny, Ms. Lily Sabreena,Ms. Amiratu, Mr. Gabrielle, Ms Aliya andMr. Raphael Kok.

25 February 2019UiTM, Shah Alam

12 INSPIRE APRIL 2019

UMisGREAT

Anugerah Tokoh Siswa 2018

Para Pemenang Bersama TNC HEPA

ABDUL KADIR SHAH SAHIBUDEENAnugerah Pemimpin

Program Wacana Intelek

IRSYAD ZAINI Anugerah Pemimpin

Sukarelawan (Terbuka)

AMIR ROSYADIEAnugerah Pemimpin

Fakulti-Persatuan-Kelab

anjuran Kementerian Pendidikan Tinggipada 30 Mac 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)

13 INSPIRE APRIL 2019

ANEKDOT

Cerita yang menarik sepanjang saya menjadi calon ketika Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya 2019 ini adalah sudah pasti menjadi satu kebanggaan kerana saya dapat bertanding dalam satu detik yang dianggap bersejarah kerana PRKUM kali ini diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa Universiti Malaya sendiri. Pada hemat saya, PRKUM kali ini telah membuktikan kepada semua pihak bahawa jika diberi peluang yang lebih banyak kepada mahasiswa dengan kebebasan dan tidak mengongkong , nescaya mahasiswa dapat membentuk kemampuan dan kematangan mereka dalam menguruskan sesuatu program atau aktiviti yang besar. Paling menariknya adalah Universiti Malaya adalah universiti pertama di Malaysia yang melaksanakan PRKUM sepenuhnya oleh mahasiswa berbanding dengan universiti lain yang masih diuruskan oleh pihak pentadbiran universiti. PRKUM juga mirip dengan Pilihan Raya Umum Malaysia dimana setiap gerakan mempunyai PACA sebagai pemerhati bagi memastikan ketelusan.

SEPANJANGMENJADICALON PRKUM

DANYDP MPPUMPE

RKA

RA

MENARIK

Suasana PRKUM pada kali ini pada saya meriah jika dibandingkan dengan pilihan raya kampus sebelum ini apabila gerakan mahasiswa dibenarkan untuk menggunakan logo gerakan masing-masing. Wacana forum, pengucapanawam dan debat mengisi ruang sepanjang kempen pilihanraya berlangsung. Kehangatannya dirasai dengan kemunculangerakan-gerakan baru dan ini semestinya menyuburkansemangat demokrasi dalam kalangan mahasiswa yang perludididik dengan amalan demokrasi yang diamalkan oleh negaraMalaysia. Saya sendiri telah dijemput sebagai panel DebatPresiden yang menghimpunkan presiden gerakan Mahasiswadi UM, dan dijemput juga sebagai panel untuk DebatManifesto yang mengetengahkan manifesto setiap gerakanmasing-masing.

14 INSPIRE APRIL 2019

Setelah seminggu berkempen, maka tibalah hari pengundianyang berlangsung dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Saatyang mendebarkan apabila semua gerakan berkumpul di DTCbagi mengetahui keputusan pilihan raya kampus. Ramaiberkumpul di DTC sehingga lewat malam. Dalam keadaan esok hari kelas seperti biasa, jam 1 pagi mulai berkuranganahli ahli semua gerakan. Namun, saya dan beberapa orangpimpinan Suara Siswa masih lagi setia menunggu sehingga keputusanpenuh diumumkan pada jam 5.30 pagi. Inilah hari bersejarah buat sayadan rakan-rakan seperjuangan gerakan yang berteraskan agendamahasiswa apabila gerakan kami dinobatkan sebagai gerakan yang mendapat majoriti daripada seramai 25 orang calon Suara Siswa telahmemenangi pilihan raya kampus.

Setelah sahaja pengumuman diberikan, saya bergegas berjumpa denganPROF AZIZ TNC (HEPA) menyatakan hasrat saya untuk merealisasikanmanifesto utama Suara Siswa iaitu Mahasiswa sebagai rakan setarauniversiti, Pengurusan yang cekap telus amanah dan Kebebasanberpersatuan . Sekali lagi hal yang mengembirakan saya apabila TNCmenyatakan komitmennya untuk membantu kami merealisasikan hasratini.

Setelah sahaja dipilih sebagai Yang Dipertua Kesatuan MahasiswaUniversiti Malaya (KMUM) , saya bersama Majlis Tertinggi telah melakukanreformasi Kabinet KMUM dengan melakukan penambahbaikan danpembaharuan demi memastikan pimpinan KMUM kali ini dapat bergerakdengan baik. Sekali lagi saya berasa bersyukur kerana usaha selamasebulan ini membuahkan hasil apabila Exco Undang-undang telah berjayamenubuhkan jawatankuasa Parlimen Mahasiswa dan Kesatuan Mahasiswa,Exco Dasar Kampus & Kebajikan telah berjaya menjalankan inisiatifKMUM peduli bagi membantu mahasiswa BL40 dan insyaAllah akan kamiusahakan supaya ianya berterusan, dan beberapa lagi penambahbaikanyang sudah mula menampakkan perubahan dalam gerak kerja KMUM.

Secara peribadi apabila ditanya adakah menjadi YDP suatu kegembiraanbuat saya, jawapan saya adalah menjadi pemimpin adalah suatu amanahdan tanggungjawab yang besar. Ianya memberi pengalaman dan peluangkepada saya dan mahasiswa yang lain untuk sama-sama memperbaikidiri, Cuba membina kekuatan dan kemampuan diri. Di samping itu, inimelatih diri saya untuk bijak menguruskan masa dalam mengutamakanakademik dan kepimpinan mahasiswa. Harapan saya untuk menjadiseorang pemimpin yang dapat berkhidmat dan berbakti kepada rakan-rakan mahasiswa saya sebaik mungkin dan semampu yang boleh dalammasa yang sama menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang yang saya pelajari tanpa melupakan peranan saya sebagai seorang anakkepada ibu bapa dan abang sulung kepada 5 orang adik beradik saya.

Saya memohon agar semua mahasiswa dapat bersama-sama Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) dalammembawa reformasi kampus agar generasi kita dan generasi akan datang mendapat manfaat daripadaperubahan yang sedang kita usahakan ini. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semuamahasiswa UM untuk terlibat secara langsung sebagai sekretariat exco KMUM pada bila-bila sahajakalian boleh memohon dengan memberitahu kepada saya selaku YDP KMUM atau mana-mana KMUMyang lain. Semoga kebersamaan kita dalam bersama memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa berjayamenghidupkan roh kesatuan mahasiswa di Universiti Malaya.

MOHD AKMAL HAZIEQ BIN AHMAD RUMAIZI

15 INSPIRE APRIL 2019

$

$

$$

$

$

Isu Kewangan adalah salah satu isu yangdihadapi oleh pelajar di Universiti.

Mahasiswa pada masa kini bukan sahajaperlu memikirkan tentang barangan keperluanserta makan dan minum, perkara lain yangperlu difikirkan juga adalah keperluan belajaryang lain seperti buku teks atau buku rujukan,peralatan pengajaran seperti komputer danlain-lain. Pengurusan kewangan yang bijak dapat membantu pelajar untuk merancangperbelanjaan harian mereka di kampus.

Perkongsian lima tips yang agak mudah untukmembantu pelajar universiti Malaya dalammembuat pengurusan kewangan yang bijakiaitu:

Secara tidak langsung, pelajar dapat membezakan keperluan dan kehendak mengikutkemampuan masing-masing. Contohnya, menaiki pengangkutan awam berbanding Grab.

Kaunseling Kewangan adalah kebolehan mengurus wang anda dengan bijak dan merupakansuatu kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan andadan mencapai matlamat kewangan anda. (Menurut AKPK)

02

04

01

03

05MEMBUAT CATATAN DUITMASUK DAN KELUAR.

MENGENALPASTI KEPERLUANDAN KEHENDAK SETIAP MASA.

MENDISPLINKAN DIRI UNTUK MEMBELIBELAH BARANG KEPERLUAN ATAU

PERALATAN PEMBELAJARAN DENGANBIJAK DAN TIDAK MENGIKUT KEHENDAK

PERIBADI. BARANGAN TERPAKAI ATAUBUNDLE YANG BERKUALTI DIGALAKKAN

SEMASA BERADA DI KAMPUS.

PELAJAR PERLU MEMBANDINGKANKEDAI MAKAN DI KAMPUSSECARA BIJAK YANG MENAWARKAN MAKANAN YANGBERHARGA BERPATUTAN.

SIMPANAN PERLU DIKUMPUL SEKADAR5-10% DARI WANG PINJAMAN YANGDIPEROLEH DARI PTPTN ATAUBIASISWA LAIN.

tera

pi

PUAN VIJAYAH MALAR | Pegawai Psikologi Kananoleh:

Sekiranya anda mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan, boleh mendapatkan khidmat kaunselingdi Seksyen Pengurusan Psikologi & Kaunseling, Aras 1 Blok D Kompleks Perdanasiswa

16 INSPIRE APRIL 2019

Pemakanan sihat terdiri daripada diet yang seimbang,makan dengan sederhana dan mempunyaikepelbagaian jenis makanan. Fungsi utama kitadigalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihatadalah untuk mengurangkan risiko Non CommunicableDisease (penyakit tidak berjangkit) yang berkaitandengan tabiat pemakanan yang tidak sihat, contohnyapenyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakitjantung.

Tiada 1 pun jenis makanan dapat memberi kesemuatenaga, nutrien dan komponen makanan yang kitaperlukan. Makanan boleh dibahagikan kepada 5kumpulan yang mana boleh diringkaskan melaluipiramid makanan.

Bagaimana cara untuk mencapaiamalan pemakanan sihat?

RANCANG SAJIANMAKANAN UNTUK 1MINGGU DENGANMEMILIH MAKANANYANG SIHAT

1

2

3

4

5

6

7

8Sumber rujukan :1 ) nutrition.moh.gov.my2 ) Jabatan Dietetik, PPUM

DR. ALIZA ALIAS | Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Pelajar UMoleh:

GUNAKAN KONSEP SUKU– suku separuh di dalampinggan – separuh untuksayur-sayuran dan buah-buahan, suku untukmakanan dari sumberprotein dan suku lagiuntuk makanan dari sumberkarbohidrat.

MAKAN PADA WAKTUYANG TETAP SETIAPHARI.

JANGAN TINGGALKANSARAPAN.

MAKAN LEBIH BIJIRINPENUH SEPERTI BERASPERANG, OAT DAN ROTIBIJIRIN PENUH.

MAKAN LEBIH BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN.

KURANGKAN PENGAMBILANGARAM.

MINUM SEKURANG-KURANGNYA 8 GELAS AIRKOSONG SEHARI.

MASAK DENGAN CARA YANGBIJAK SEPERTI MENGUKUS,MEREBUS, MEMBAKAR DANMEMANGGANG UNTUKMENGURANGKAN PENGGUNAANMINYAK.

9

10

11 GUNAKAN PINGGAN YANGLEBIH KECIL.

BACA LABEL FAKTA NUTRISIPADA BUNGKUSAN MAKANANATAU MINUMAN.

LEMAK, MINYAK, GULA DAN GARAM

IKAN, AYAM, DAGING DAN KEKACANGSUSU DAN PRODUK TENUSU

SAYUR-SAYURAN BUAH-BUAHAN

NASI, MI, ROTI, BIJIRIN, PRODUKBIJIRIN DAN UBI-UBIAN

>Makan sedikit

1/2 - 2 sajian ayam, daging, telur sehari

>Makan secara sederhana>Makan secara sederhana

>Makan banyak >Makan banyak

>Makan secukupnya

1 sajian ikan sehari1/2 - 1 sajian kekacang sehari

1 sajian sehari

2 sajian sehari3sajian sehari

4-1 sajian sehari

Piramid Makanan Malaysia

17 INSPIRE APRIL 2019

DEMIMASA

Sejarah telah meninggalkan ibrah pengajaran pada kitabahawa sudah ramai yg jatuh tertiarap kerana EGO.

Walau pernah dijulang kerana ego, namun suatu haritetap akan jatuh terperosok.

Akibat daripada EGO, Firaun telah ditelan oleh laut,Khorun pula ditimbus bumi, Raja Namrud mati hanyakerana seekor nyamuk. Al-Quran juga telah memuatkankisah 11 kaum yang turut dimusnahkan akibat daripadaEGO dan mengingkari perintah Allah serta Rasul. Merekaialah Kaum Nabi Nuh (Surah Al-Ankabut: Ayat 14), KaumNabi Hud (Surah at-Taubah: Ayat 70, Surah Al-Qamar:Ayat 18, Surah Fusilat: Ayat 13, Surah An-Najm: Ayat 50,Surah Qaaf: Ayat 13), Kaum Nabi Soleh (Surah Al-Hijr:Ayat 80, Surah Qaaf: Ayat 12), Kaum Nabi Luth (SurahAs-Syu’ara’: Ayat 160, Surah An-Naml: Ayat 54, SurahAl-Hijr: Ayat 67, Surah Al-Furqan: Ayat 38, Surah Qaf:Ayat 12), Kaum Nabi Syuaib (Surah At- Taubah: Ayat 70,Surah Al-Hijr: Ayat 78, Surah Taaha: Ayat 40, Surah

Ibnu Abbas ada menyatakan bahawa pada awalnya iblismerupakan satu golongan di kalangan malaikat. Iblisdiciptakan dari api yang panas. Pada mulanya iblisditugaskan sebagai salah satu dari penjaga pintu syurga.

Menurut Ibnu Abbas lagi, makhluk yang mula-mulamenghuni bumi ialah di kalangan para jin. Tetapi golonganjin telah melakukan pelbagai kerosakan bahkan salingbunuh membunuh antara satu dengan yang lain. MakaAllah SWT mengutuskan Iblis dan sebahagian malaikatuntuk memberi pengajaran kepada golongan jin tersebut.Setelah berjaya melaksanakan tugas tersebut, iblis merasabangga dengan kejayaan tersebut dengan katanya “Akutelahpun melakukan sesuatu yang belum lagi pernahdilakukan oleh sesiapa pun sebelum daripada ini”.

KeEGOan iblis menjadi-jadi setelah Allah SWT menciptakanAdam AS. Pada permulaan fasa penciptaan Adam AS, iaituketika ruh belum lagi ditiupkan ke dalam tubuh Nabi Adam,Iblis berkata “kamu bukanlah sesuatu untuk dibunyikandan kerana apakah kamu diciptakan? Jika aku menguasaimu,nescaya aku dapat membinasakanmu dan seandainya kamumenguasaiku, nescaya aku akan menentangmu.”

Setelah kejadian Adam AS sempurna sebagai seorangmanusia, Allah SWT berfirman secara khusus kepada paramalaikat yang bersama dengan iblis untuk sujud kepadaAdam AS, maka semua para malaikat sujud kecuali Iblis.Iblis menentang dengan katanya “Aku tidak mahu sujudkerana aku lebih baik daripada dia (Adam) dan aku lebihtua darinya bahkan asalku lebih lebih kuat.”

Setelah Iblis mengingkari perintah tersebut, Allah SWTmenjauhkan Iblis dari seluruh kebaikan dan menjadikannyasyaitan yang terkutuk sebagai hukuman atas keegoan dankederhakaannya. Firman Allah yang bermaksud:

Makhluk pertama yang memperjuangkan EGO ialah iblis laknatullah.

Keengganan iblis menturuti perintah Allah untuk sujud kepada NabiAdam AS hanya kerana ego, maka iblis telah membuat keputusanuntuk ingkar dan menderhakai perintah Allah.

Ada dalam kalangan kita yang jadi mangsa pada orang EGO, tapisebenarnya pemilik EGO tidak sedar yang dia adalah mangsa utamapada dirinya. Ramai yang tidak sedar akan hadirnya EGO kerana diadikaburi dengan kononnya dia sedang mempertahankan prinsiphidupnya. Jika prinsip yang dipertahankan itu tidak membantumencapai matlamat yang ingin dicapai, maka itulah EGO. Prinsip hidupyang tidak seiring dengan matlamat hidup, adakah boleh dinobatkansebagai prinsip? Sama sekali tidak. Ia hanya sekadar retorik untukmempertahan EGO. Selalunya apabila ada dua EGO bertembung; jikasalah satunya tidak kalah atau menang, pasti orang ketiga akan jadimangsa. Tiada faedah mempertahan EGO.

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,“Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka merekapun sujudkecuali iblis. Dan adalah dari (golongan) jin, maka diamenderhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikandia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahalmereka adalah musuh- musuhmu? Sangat burukkah (iblisitu) sebagai pengganti (Allah) bagi orang yang zalim. Akutidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untukmenyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula)penciptaan diri mereka sendiri dan Aku tidak menjadikanorang yang menyesatkan itu sebagai penolong.”(Surah al-Kahf, ayat 50 –51)

Al-Hajj: Ayat 44), Ashab Al-Sabt (Surah Al-A’raaf: Ayat 163), Ashab Al-Rass (Surah Al-Furqan: Ayat 38, Surah Qaaf:Ayat 12), Ashab Al-Ukhdud (Surah Al-Buruuj: Ayat 4-9), Ashab Al-Qaryah (Surah Yaasin: Ayat 13), Kaum Tubba’ (SurahAd-Dukhan: Ayat 37), dan Kaum Saba’ (Surah Saba’: Ayat 15-19).

dengan orang lain namanya TAKBURdengan diri sendiri namanya UJUBdengan amal ibadat namanya RIAKdengan amal kebaikan namanya ANGKUHdengan amal kejahatan namanya INGKARdengan harta kekayaan namanya SOMBONGdengan jawatan namanya TINGGI DIRIdengan kuasa namanya DIKTATORdengan kemahiran namanya LUPA DARATANdengan pencapaian namanya LUPA DIRIdengan kejatuhan namanya TAK SEDAR DIRIdengan nikmat namanya KUFURdengan bala namanya HATI MATIdengan ulama’ namanya BODOH SOMBONGdengan Allah namanya SESAT

Mizra Hilmi Abu Bakar |oleh: Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, HEP

18 INSPIRE APRIL 2019

Saban hari diri kita sentiasa diujiSaban hari kita sering menyalahkan takdir iniSaban hari kita semakin leka dengan kehidupan yang kita laluiAlpakah kita? Tanya pada hati.

Disaat kita inginkan pelangiYang datangnya hujanDisaat kita inginkan kegembiraanYang datangnya kesedihan

Sungguh..Tika itu, Allah hanya ingin menguji imanmuKuatkah engkau?Atau lemahkah engkau?

Senyumlah disaat hiba menyapaSenyumlah disaat hati berdukaSenyumlah disaat engkau meranaKerana senyum itu ubat segalanya

Allah tidak mendatangkan sesuatu sia-siaMelainkan ia didatangkan dengan sesuatu yang gembiraYakinlah!Selepas hujan adanya pelangiSelepas tangisan adanya kegembiraan

Senyumlah… pasti tinggi darjatmu.

NUKILAN Nur Syifak Mat Razali

THE MELODY OF OUR LOVE (2017)Muhammad Hidayat Fahmi

Oh dear my darlin’ my one and true love,Hear this melody of our dire story;Thee is the one who has filled up my life,With happiness and painful misery;Shall I play the tune with such honesty?Though thou art may shun the truth of a fool;But tell me our love was not as puny,Cause if not it won’t be as wonderful;Our love was pure even purer than clouds,But impulsively they drifted away;To the far edge of the sky without doubts,Nor any solemn to stay still at bay;Summer’s now here with a new melody,Yet here I am, craving for sympathy.

TINGGIKAHDARJATKUDISISI-MU

Puisi

POEM

19 INSPIRE APRIL 2019

TAJUK KARYA LAKARAN BUDAYAKARYA Muhammad Ashraff Mohd Azman

INSPIRE mengalukan sumbangan karya

kreatif daripada pelajar UM

Karya yang terpilih berpeluang mendapat

saguhati daripada INSPIRE

Sila hantar karya anda ke [email protected]

20 INSPIRE APRIL 2019

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

SCHEDULE - MAY 2019

01 02 03 04

08 09 10 1105 06 07

15 16 17 1812 13 14

22 23 24 2519 20 21

29 30 3126 27 28

MAHASISWA PENYAYANGSekretariat Sukarelawan Universiti Malaya1 Mac 2019 – 10 Mei 2019

PROGRAM JAM (SCAPE) SERIES #2: UNDERSTANDING BORNEO’S QUEST FOR EQUAL PARTNERSHIPPersatuan Undang-Undang Universiti Malaya03 Mei 2019

TAEKWON-DO ITF UM BELT UPGRADING TESTKelab Taekwon-Do GTF04 – 05 Mei 2019

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2019Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya04 – 05 Mei 2019

33RD ANTHOLOGY SHORT STORYPersatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya04 Mei 2019

VARMA ART CHALLENGE 2.0Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya12 Mei 2019

UNDERGADUATE STUDENT CONFERENCE 2019 (ENGENIUS 2019)Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya15 Mei 2019