10 teori perkmbn 15-19 ogos

47
Bakir bin Mahadi IPG Kampus Tun Hussein Onn [email protected]

Upload: pavithra-sivasankaran

Post on 04-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mrl

TRANSCRIPT

Bakir bin Mahadi

IPG Kampus Tun Hussein Onn

[email protected]

TEORI

PERKEMBANGAN MORAL

KANAK-KANAK

Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori Kognitif Piaget & Kohlberg

Teori Perk. Sosial Bandura & Durkheim

Teori Humanistik Rogers & Maslow

Teori Behaviourist

J. B. Watson

Ivan Pavlov

L. Thorndike

B. F. Skinner

04/18/23 Bakir Mahadi IPTHO 4

Urie Bronfenbrenner (1917 – 2005)

o seorang ahli psikologi, pengasas teori ekologi.o menurut teorinya, pembelajaran seseorang kanak-

kanak sangat dipengaruhi oleh sosio budaya dalam persekitaran nya

teori ekologi Bronfenbrenner menjelaskan lima sistem dalam persekitaran yang mempengaruhi

perkembangan dan pembelajaran seseorang kanak-kanak iaitu:

PERSEKITARAN PEMBELAJARA

N KANAK-KANAK

makrosistem

kron

osis

tem

mikrosistem mesosistem

ekso

sist

em

Teori Ekologi Bronfenbrenner

mikrosistem:o persekitaran yang terdekat dengan kanak-kanako kanak-kanak mendapat pengalaman secara langsungo Kanak-kanak menghabiskan paling banyak masa dlm

mikrosistem. contoh:o ahli keluarga – pengalaman kanak-kanak keluar berjalan-

jalan bersama ahli keluargao adik beradiko jiran-jiran tetanggao rakan sebayao warga sekolaho warga masjid / gereja / kuil

mesosistem:o pengalaman seseorang individu dalam mikrosistemo masalah yang timbul dalam sesuatu mikrosistem boleh

mempengaruhi interaksi kanak-kanak tersebut dengan mikrosistemnya yang lain

contoh:o jika seseorang k2 mempunyai masalah dalam kehidupan

keluarganya, ini akan menjejaskan hubungannya dengan autoriti lain seperti sekolah, dengan rakan-rakan dsb

Teori Ekologi Bronfenbrenner

eksosistem:o pengalaman kanak-kanak terhadap persekitaran

baru atau terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh orang lain memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut contoh:seseorang kanak-kanak yang dipindahkan ketempat asing kerana bapa atau penjaganya bertukar kerja atau mendapat kerja baru secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial dan pemikiran kanak-kanak tersebut

Teori Ekologi Bronfenbrenner

makrosistem:o konteks sosio budaya, pegangan dan amalan tradisi

kaum dimana kanak-kanak beradao perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh norma-

norma, nilai-nilai dan amalan budaya masyarakat dimana seseorang kanak-kanak itu berada.

contoh:seorang murid perempuan yang kecewa tidak dapat meneruskan pelajarannya ke sekolah menengah dipaksa berkahwin, kerana tindakan itu adalah sebahagian dari budaya masyarakatnya. Budaya dalam masyarakat itu bertindak sebagai makrosistem.

Teori Ekologi Bronfenbrenner

kronosistem:o konteks perubahan persekitaran dalam kehidupan

seseorang individuo perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh perubahan

atau peredaran masa dalam kehidupan

contoh:o seseorang individu yang berubah corak hidupnya setelah

berkahwino kanak-kanak hari ini lebih berminat dengan permainan

komputer berbanding permainan tradisional kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu

Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori Perkembangan Kognitif (Piaget):o Jean Piaget lahir di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos

1896.o Beliau memulakan kariernya sebagai penulis semenjak

usia 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel hingga mendapat PhD semasa berumur 22 tahun.

o Dalam bidang psikologi, Jean Piaget telah mengemuka kan teori mengenai peringkat-peringkat perkembangan kognitif dari peringkat bayi hingga dewasa.

o Sebelum kita memahami teori tentang perkembangan kognitif tersebut, ada 4 konsep penting mengenai perkembangan kognitif (cara k2 berfikir) iaitu skima; asimilasi; akomodasi; dan adaptasi.

4 konsep penting mengenai perkembangan kognitif kanak-

kanak menurut Jean Piaget

skima (gerakan

pantulan )

asimilasi (mengubahsuai )

akomodasi (pembelajaran )

adaptasi (menghubungkait )

Teori Perkembangan Kognitif (Piaget):

o skima – beberapa gerakan pantulan seperti memegang benda-benda, menghisap jari, menggerakkan anggota, tersenyum, dll… – bayi menggunakan skima untuk bertindakbalas dengan persekitarannya.

o asimilasi – proses mengubahsuai (modify) skima yang sedia ada dengan pengalaman yang baru diperolehi. Contoh – bayi suka memegang benda (skima), bila dia pegang benda panas (pengalaman baru) → hanya pegang benda lain yang tidak menyakitkan (asimilasi)

o akomodasi – proses perubahan dalam kognitif dimana kanak-kanak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah

o adaptasi – mengaitkan pengalaman baru yang sudah dipelajari dengan persekitaran (dalam situasi lain).

Jean Piaget (1896 – 1980) banyak memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau telah mengemukakan teorinya mengenai peringkat-peringkat perkembangan kognitif seseorang individu.

Peringkat Sensori Motor – semenjak lahir hingga 2 tahun

Peringkat Praoperasi – umur 2 hingga 7 tahun

Peringkat Operasi Konkrit – umur 7 hingga 12 tahun

Peringkat Operasi Formal – umur 12 tahun hingga dewasa

Peringkat Sensorimotor – semenjak lahir hingga 2 tahun

o nilai-nilai moral dan peraturan banyak dipelajari secara tidak disedari dari ibu bapa / penjaga.

o kanak-kanak mampu berfikir dan berupaya mengatasi masalah melalui cubajaya.

o kanak-kanak menggunakan cara tersendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.

o juga dipanggil Peringkat Deriamotor – pada peringkat ini proses pembelajaran banyak berlaku melalui deria.

o kanak-kanak mempelajari perkara-perkara baru melalui pengalaman dengan persekitarannya.

o banyak perkara-perkara baru seperti nilai-nilai moral dan mematuhi peraturan dipelajari melalui latihan rutin yang diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan.

o kanak-kanak pada peringkat ini mula bersosial, aktif bermain dan banyak belajar melalui pemerhatian dan meniru tingkahlaku yang diperhatikan.

o perkembangan paling penting pada peringkat ini ialah pemerolehan bahasa.

o pemikiran mereka sangat egosentrik. apa sahaja dalam persekitarannya dilihat dari perspektif dirinya sendiri. mereka tidak suka berkongsi sesuatu dengan orang lain.

Peringkat Praoperasi – umur 2 hingga 7 tahun

Zulu children, South Africa

o pada peringkat ini mereka banyak belajar melalui proses inkuiri dan berupaya menerima pendapat orang lain.

o mereka mula menerima nilai-nilai moral sosial seperti kerjasama, mematuhi peraturan-peraturan umum dalam lingkungan keluarga serta rakan sebaya.

o pemikiran egosentrik semakin kurang, naluri ingin tahu semakin kuat. Mereka suka bertanya untuk mengetahui apa-apa yang menarik minat mereka.

o mereka lebih suka bergaul, bersosial dan bermain bersama-sama rakan sebaya.

Peringkat Operasi Konkrit – umur 7 hingga 12 tahun

o contoh: dalam permainan perang-perang, kanak-kanak mengakui “penjahat” atau yang membuat kesalahan mesti menerima hukuman atau balasan buruk.

o mereka menghormati peraturan yang ditetapkan secara mutlak. lebih besar kesalahan dilakukan, lebih berat hukuman atau dendaan akan diberikan.

o menurut Piaget, nilai-nilai moral kanak-kanak diperolehi secara semulajadi (tidak disedari) sehingga kanak-kanak mencapai umur ~ 9 tahun.

o apa yang benar dan baik bagi mereka ialah mematuhi peraturan dan arahan ibubapa/penjaga. mereka mematuhi peraturan melalui proses bermain.

Peringkat Operasi Konkrit – umur 7 hingga 12 tahun

o mereka lebih memikirkan kepentingan orang lain dalam kelompok-kelompok sosial demi kepentingan bersama.

o mereka memahami mengapa peraturan dan undang-undang ditetapkan. mereka juga mula memahami konsep kesamaan. contoh: sikap bekerjasama dalam kalangan ahli kumpulan untuk mencapai hasrat bersama.

o pada peringkat ini, peraturan dan undang-undang tidak lagi dipatuhi secara membuta tuli.

o selepas berumur 12 tahun mereka mampu membuat pertimbangan moral berdasarkan keadaan, situasi atau alasan tertentu.

Peringkat Operasi Formal – umur 12 tahun hingga dewasa

04/18/23 Bakir Mahadi IPTHO 29

Tahap Perkembangan MoralLawrence Kohlberg (1958)

o seorang pendidik, ahli psikologi US, lahir 25 Oktober 1927o lulus PhD 1958 dari Univ. of Chicago, dianggap sebagai

bapa dalam bidang perkembangan moral.o beliau telah mengenalkan teorinya mengenai tahap

perkembangan moral kanak-kanak hingga dewasa

Tahap Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

dalam kajiannya, L. Kohlberg telah menggunakan pelbagai cerita tentang dilema moral dan melihat bagaimana justifikasi responden (tindakan mereka bila berada dalam situasi berkenaan)

Kohlberg telah mengklasifikasi respon-respon tersebut kepada tiga peringkat, mengandungi enam tahap:

PERINGKAT TAHAP

I pra-konvensional – tahap 1 (mematuhi peraturan, mengelak hukuman) (egocentric) – tahap 2 (memenuhi keperluan diri sendiri)

II konvensional – tahap 3 (orientasi interpersonal) – be a good boy! (norma sosial) – tahap 4 (menghormati peraturan & norma sosial)

III pasca-konvensional – tahap 5 (orientasi kontrak sosial) (prinsip etika) – tahap 6 (orientasi etika universal / sejagat)

peringkat pra-konvensional (egocentric)

peringkat pra-konvensional umumnya berlaku pada peringkat kanak-kanak. peringkat pra-konvensional mengandungi dua tahap awal dalam perkembangan moral dimana individu melihat dirinya dalam bentuk egosentrik (untuk diri sendiri)

tahap 1 – mematuhi peraturan → mengelak hukuman

kanak-kanak bertindak untuk kepentingan diri sendiri, dan mereka menyedari kesan dan akibat sesuatu tindakan. tindakan yang salah akan menerima hukuman. semakin berat kesalahan dilakukan, semakin keras hukuman akan diterima. mereka mesti ikut peraturan.

kesedaran tentang keperluan orang lain belum diperolehi. hukuman dan dendaan boleh membantu dalam membentuk tingkahlaku murid.

tahap 2 – memenuhi keperluan diri sendiri

kanak-kanak mementingkan keperluan peribadi melebihi dari perhatian dan keperluan orang lain (egoistik).contoh: mencuri adalah salah dan perlu menerima hukuman, tetapi jika mencuri makanan kerana lapar (tiada wang) – dianggap tidak salah untuk memehuhi keperluan diri.

peringkat konvensional (social norms)

peringkat konvensional biasanya terdapat pada zaman remaja dan dewasa. nilai-nilai moral individu diperolehi melalui perbandingan dengan orang lain. mereka mulai memahami norma sosial, keperluan dan harapan masyarakat.

tahap 3 – orientasi interpersonal – jadi orang baik

mereka sudah bersedia untuk menyenangkan orang lain. mereka memahami tingkahlaku yang baik ialah tingkahlaku yang diterima dan diharapkan oleh masyarakat (bertatasusila).

individu mula mempunyai peranan sosial – sedar tentang kepenti ngan interpersonal seperti: mengucapkan selamat, terima kasih, bersopan santun, membuat kebajikan, menderma, dsb…

tahap 4 – mempertahankan peraturan dan norma sosial individu dapat memisahkan antara yang buruk dan baik; mana yang

benar; mana yang patut atau tidak patut; sesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat.

mereka mula menyedari keperluan orang lain melebihi daripada kepentingan diri sendiri; menghormati keputusan ramai, menyedari kewajiban mematuhi peraturan dan norma-norma sosial

peringkat pasca konvensional (prinsip etika) prinsip-prinsip etika semakin jelas dalam diri individu. tingkah laku

setiap orang mencerminkan masyarakat yang diwakilinya. sebarang kesilapan bertukar ke tahap pra - konvensional

tahap 5 – orientasi kontrak sosial

setiap individu dilihat sebagai mempunyai pendapat dan penilaian moral yang berbeza antara satu dengan lain, namun pandangan lain yang ber “authority” perlu dihormati dan dihargai dalam masyarakat

peraturan dan undang-undang dilihat sebagai kontrak sosial – perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan untuk kesejahteraan semua pihak

tahap 6 – orientasi prinsip etika sejagat (universal) tahap paling tinggi mengikut teori Kohlberg, paling sukar diperolehi penilaian moral dilihat lebih abstrak menggunakan prinsip-prinsip

etika sejagat (universal). institusi kehakiman diterima berdasarkan keadilan

tindakan yang benar adalah demi keadilan semua, hak-hak asasi manusia, bukan kerana ada maksud lain – peribadi, ideologi, …

Heinz’s Moral Dilemma

In Europe, a woman was near death from a special kind of cancer. There was one drug that the doctors thought might save her.

It was a form of radium that a druggist in the same town recently discovered. The drug was expensive to make, but the druggist was charging ten times what the drug cost him to make.

He paid $200 for the radium and charged $2000 for a small dose of the drug. The sick woman’s husband, Heinz, went to everyone he knew to borrow the money, but he could only get together $1000.

He told the druggist that his wife was dying and asked him to sell it cheaper or let him pay later. But the druggist said: “No I discovered the drug and I’m going to make money from it.”

So Heinz got desperate and broke into the man’s store to steal the drug for his wife. Should the husband have done that?

Aplikasi dan justifikasi responsmenurut teori Lawrence Kohlberg:

Heinz tidak patut mencuri ubat itu. Ia akan masuk penjara kerana mencuri. Atau: Heinz patut mencurinya kerana harga sebenar ubat itu cuma $200 sahaja, bukan $2000 seperti diminta. Dia sanggup bayar, lagi pun, dia tidak curi barang lain – Tahap 1 (orientasi kepatuhan)

Heinz patut mencurinya kerana walaupun dia akan dipenjarakan, dia puashati dapat menyelamatkan nyawa isterinya. Atau: dia tak patut mencurinya kerana siksa di penjara lebih teruk kesannya dari kematian isteri – Tahap 2 (orientasi minat peribadi)

Heinz patut mencurinya kerana dia amat menyayangi isterinya. Dia mahu menjadi suami yang baik. Atau: dia tak patut mencuri kerana mencuri adalah jenayah. Dia boleh melakukan pelbagai cara untuk tidak melanggar peraturan - Tahap 3 (orientasi hubungan interpersonal)

Aplikasi dan justifikasi responsmenurut teori Lawrence Kohlberg:

Heinz tidak patut mencuri kerana ianya salah disisi undang-undang. Atau: Heinz patut menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya mencuri. Dia tidak boleh lari dari tindakan undang-undang – Tahap 4 (orientasi peraturan)

Heinz patut mencurinya kerana dia berhak memilih dan menentukan apa yang terbaik dalam hidupnya. Atau: dia tak patut mencurinya kerana saintis itu berhak untuk menerima ganjaran atas usahanya mencipta ubat itu – Tahap 5 (orientasi hak asasi)

Heinz patut mencurinya kerana menyelamatkan nyawa seseorang lebih bernilai dari memenuhi hak saintis itu. Atau: dia tak patut mencuri ubat itu kerana orang lain mungkin lebih memerlukannya. Nyawa orang lain juga perlu dipertimbangkan – Tahap 6 (orientasi etika universal)