10 surah mujarab dari nabi muhammad s.a.w

Upload: apechranger

Post on 07-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W.

    1/4

    10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

    1 SURAH AL-FATIHAH

    Amalkan membaca SurahAl-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membacaSurahAl-Ikhlas 3 kali, SurahAl-Falaq dan SurahAn-Nas. Insya'Allah akan aman

    tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini

    sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin

    Allah S.W.T.

    Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitudengan mengerjakan solat 5 waktu.

    2 SURAH YAASIN

    Telah bersabda Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, danhatiAl-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantungAl-Qur'an. Sesiapa yang membaca

    Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca

    Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.).

    Rasulullah S.A.W. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam Kitab Tauratdengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya

    dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di

    dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan

    kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam

    satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan

    mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

    Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hariKIAMAT.

  • 8/6/2019 10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W.

    2/4

    3 SURAH AT-DHUHAN

    Dibaca sekali pada malam Jumaat agar terselamat dari huru-hara di Padang Mahsyar.

    4 SURAH AL-WAQI'AH

    Menurut beberapa hadis Rasulullah S.A.W. Mereka yang mengamalkan membacaSurahAl-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan.

    Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.

    Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akandikurniakan dengan rezeki yang banyak.

    Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah SurahAl-Fatihah sekali,AyatulQursi sekali dan SurahAl-Waqi'ah, ayat 35-38 sebanyak 7 kali dan tiup dalam air

    sebelum minum. Dalam hati niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan

    rumahtangga. Makna SurahAl-Waqi'ah ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami

    telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan

    mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya

    serta yang sebaya dengan umurnya.

    5 SURAH AL-KHAUTHAR

    Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka AllahS.W.T. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.

    Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur,insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah S.A.W. dalam tidurnya.

  • 8/6/2019 10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W.

    3/4

    6 SURAH AL-KHAAFIRUUN

    Sesiapa yang membaca SurahAl-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membacaAl-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas

    dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

    Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkankotoran dalam hati.

    7 SURAH AL-MULK

    Sebuah lagi Surah dariAl-Qur'an iaitu SurahAl-Mulkmempunyai fadilat dan faedahyang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa

    hadis Rasulullah S.A.W. mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan

    mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya.

    Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azabkubur.

    8 SURAH AL-IKHLAS

    Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyahantara mafhumnya, "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur khatamlah dulu Al-

    Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-

    Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut

    Rasulullah S.A.W. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3

    kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

    Dari Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a."Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya,

    ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia

    kembali.

  • 8/6/2019 10 Surah Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W.

    4/4

    Ibnu Said Al-Khanafi berkata, "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersihatau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati

    yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam

    gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari

    kiamat."

    9 SURAH AL-FALAQ

    Siti Aisyah berkata, "Bahawa Rasulullah S.A.W. pada setiap malam apabila hendaktidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu

    ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan

    kepala.

    Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklahmembaca SurahAl-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari

    atau 7 hari berturut-turut.

    Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapanmalam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah SurahAl-Falaq dan SurahAn-

    Nas sebanyak 100 kali.

    10 SURAH AN-NAS

    SurahAn-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalamAl-Qur'an. NamaAn-Nasdiambil dari kataAn-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud

    manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah

    bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan

    syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

    SurahAn-Nas ini juga adalah penerang hati.Untuk menambah sayang suami padaisteri, juga amalkan membaca SurahAt Tahrim setiap hari selepas subuh secara

    istiqamah.