1.0 pengenalan

1
1.0 PENGENALAN Teori etika terdiri daripada empat teori iaitu teori teleologikal, teori deontologikal, teori kemoralan sosial dan teori keperibadian mulia. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya. Prinsip Kewajipan dikemukan oleh Immanuel Kant (1724- 1804) yang menegaskan pelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Keempat-empat teori di atas didapat bertentangan kerana focus manusia yang dikatakan bermoral adalah berbeza. Etika kemoralan sosial mementingkan kemasyarakatan manakala etika keperibadian mulia mementingkan kemuliaan peribadi. Etika teologi mementingkan kesan tindakan sebelum membuat pengadilan moral manakla etika deontology menekankan sifat perlakuan manusia yang menjadi ukuran kemoralan.

Upload: yingying1102

Post on 18-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANTeori etika terdiri daripada empat teori iaitu teori teleologikal, teori deontologikal, teori kemoralan sosial dan teori keperibadian mulia. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.Prinsip Kewajipan dikemukan oleh Immanuel Kant (1724-1804) yang menegaskan pelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak. Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas.Keempat-empat teori di atas didapat bertentangan kerana focus manusia yang dikatakan bermoral adalah berbeza. Etika kemoralan sosial mementingkan kemasyarakatan manakala etika keperibadian mulia mementingkan kemuliaan peribadi. Etika teologi mementingkan kesan tindakan sebelum membuat pengadilan moral manakla etika deontology menekankan sifat perlakuan manusia yang menjadi ukuran kemoralan.