1.0 pendahuluan

4
1.0 Pendahuluan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu / Refleksi Sorotan Literatur Semasa saya sedang mengadakan sesi pengajaan dan pembelajaran di tahun 3 Mumtaz, Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, saya telah dapat membuat pemerhatian bahawa terdapat salah seorang daripada murid- murid tersebut yang mempunyai tahap penguasaan perbendaharaan kata bahasa Melayu yang terhad. Murid ini merupakan murid yang berketurunan Cindia iaitu kaum Cina dan India yang menjadi kaum asal ibu dan bapanya. Kesukaran ini dapat dilihat melalui beberapa perlakuan yang ditunjukkan oleh murid ini seperti bertanyakan kembali kepada saya mengenai maksud beberaa perkataan yang telah dipelajari untuk memadankannya dengan gambar yang sesuai sewaktu melaksanakan lembaran kerja. Selain itu, murid ini juga dilihat seringkali berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Bertitik tolak daripada masalah ini, saya juga bimbang kerana murid ini juga menunjukkan sikap yang negatif terhadap murid-murid Melayu disebabkan jurang komunikasi antara mereka. Hal ini kerana ada kalanya saya sempat memerhati tindakan gaya bahasa badan murid ini yang tidak selesa dengan murid-murid kaum Melayu dan sering melabelkan rakan- rakannya dengan perkataan ‘stupid’. Kefahaman murid ini yang terhad terhadap perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu turut menyebabkan arahan saya sukar untuk difahami dan diikuti. Sebgai conoth, murid ini sering ketinggalan dalam sesuatu aktiviti pengukuhan yang dikendalikan oleh saya di

Upload: noormardiana

Post on 27-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 pendahuluan

1.0 Pendahuluan

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

Semasa saya sedang mengadakan sesi pengajaan dan pembelajaran di tahun 3

Mumtaz, Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, saya telah dapat membuat pemerhatian

bahawa terdapat salah seorang daripada murid-murid tersebut yang mempunyai tahap

penguasaan perbendaharaan kata bahasa Melayu yang terhad. Murid ini merupakan

murid yang berketurunan Cindia iaitu kaum Cina dan India yang menjadi kaum asal ibu

dan bapanya. Kesukaran ini dapat dilihat melalui beberapa perlakuan yang ditunjukkan

oleh murid ini seperti bertanyakan kembali kepada saya mengenai maksud beberaa

perkataan yang telah dipelajari untuk memadankannya dengan gambar yang sesuai

sewaktu melaksanakan lembaran kerja. Selain itu, murid ini juga dilihat seringkali

berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

Bertitik tolak daripada masalah ini, saya juga bimbang kerana murid ini juga

menunjukkan sikap yang negatif terhadap murid-murid Melayu disebabkan jurang

komunikasi antara mereka. Hal ini kerana ada kalanya saya sempat memerhati tindakan

gaya bahasa badan murid ini yang tidak selesa dengan murid-murid kaum Melayu dan

sering melabelkan rakan-rakannya dengan perkataan ‘stupid’.

Kefahaman murid ini yang terhad terhadap perkataan-perkataan dalam Bahasa

Melayu turut menyebabkan arahan saya sukar untuk difahami dan diikuti. Sebgai

conoth, murid ini sering ketinggalan dalam sesuatu aktiviti pengukuhan yang

dikendalikan oleh saya di blik darjah. Sebelum memulakan aktiviti, murid ini akan

bertanya kepada saya mengenai perlaksanaan aktiviti pengukuhan walaupun sudah

diterangkan dengan jelas sebelum ini. Antara penyoalan yang sering dikemukakan oleh

murid ini adalah seperti ‘Cikgu, macamana nak buat?’, ataupun ‘Cikgu, tak faham’.

Dalam hal yang sama, saya dapat membuat kesimpulan bahawa murid ini sudah dapat

membaca sebahagian besar daripada perkataan yang diajarkan kepadanya namun

gagal untuk mengaitkan makna sebenar bagi perkataan-perkataan tersebut. Ingatan

murid yang singkat terhadap beberapa perkataan yang telah dipelajari juga

menunjukkan bahawa murid ini tidak memahami maksud yang sebenar bagi perkataan

tersebut sebaliknya hanya menghafal semua perkataan-perkataan tersebut bagi satu

waktu pengajaran dan pembelajaran bersama saya di kelas pemulihan.

Page 2: 1.0 pendahuluan

Walaupun sebelum ini saya kerap melaksanakan letih tubi lisan sebutan sesuatu

perkataan dalam Bahasa Melayu dan maknanya dalam Bahasa Inggeris dengan

bimbingan gambar, murid ini tetap tidak dapat menyebut semula perkataan tersebut

apabila ditanya pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Melalui isu

yang dihadapi, adakah saya perlu mengajar semua kosa kata yang terdapat dalam

Kamus Dewan untuk meningkatkan bilangan kosa kata yang dikuasai oleh murid?

Adakah teknik latih tubi sebutan yang telah saya aplikasikan sebelum ini berjaya

membantu murid memperkaya kosa kata? Apakah strategi pembelajaran yang wajar

diterapkan oleh saya untuk membantu murid ini kuasai lebih banyak kosa kata dalam

Bahasa Melayu?

Oxford, (1990) berpendapat bahawa strategi sangat penting dalam pembelajaran

bahasa kerana fungsinya sebagai alat penting untuk penglibatan kendiri secara aktif

bagi mengembangkan keupayaan komunikatif. Saya perlu menilai semula potensi serta

kesukaran yang dihadapi oleh murid ini agar dapat membina bahan serta bentuk

pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat murid ini supaya murid dapat

mengguna dan memahami lebih banyak perbendaharan bahasa Melayu disamping

menunjukkan komitmen yang padu dalam setaip sesi penagajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu yang dikendalikan. Ada kemungkinan bahawa sebulum ini, saya

kurang memberikan penekanan terhadap strategi pembelajaran bahasa yang lebih

khusus ke atas murid ini. Bentuk pengajaran yang sama setiap hari telah menyebabkan

murid tidak berupaya memahami perkataan-perkataan yang telah dipelajari walaupun

dapat mengeja perkataan tersebut dengan lancar.

Permasalahan ini juga dilihat sebagai satu isu yang serius oleh saya kerana

keupayaan murid dalam penggunaan Bahasa Melayu telah tertakluk sebagai salah satu

daripada dasar pendidikan kebangsaan melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu di sekolah-sekolah. Hal ini dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia di bawah

perkara 152 (1) iaitu ketetapan bahawa ‘bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia

adalah Bahasa Malaysia’. Berdasarkan pernyataan di atas, saya juga sedar bahawa

amalan pengajaran yang dilaksaknakan di kelas pemulihan sebelum ini tidak

memfokuskan penggunaan bahasa Melayu secara maksimum. Penggunaan bahan

Page 3: 1.0 pendahuluan

bantu mengajar juga tidak dapat membuka peluang kepada murid untuk berinteraksi

dengan menggunakan bahasa Melayu dengan tepat. Saya perlu meneroka lebih banyak

ilmu mengenai pembinaan bahan bantu mengajar serta perancangan aktiviti

pembelajaran yang lebih bermaka ke atas murid untuk menyokong dasar pendidikan

yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menurut Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada

buku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja malah lebih dari itu penggunaan

komputer yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi pelajar. Berdasarkan

pernyataan yang dikemukakan di atas, saya akan meninggalkan teknik latih tubi lisan

yang dilaksanakan sebelum ini dalam usaha untuk membantu murid dari aspek

penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Tindakan lanjutan yang akan

dirancang oleh saya akan mengambil kira aspek-aspek lain yang dapat mencuri

perhatian murid selain daripada penggnuaan alatan-alatan asas yang mungkin

mendatangkan rasa bosan kepada murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, saya akan melaksanakan satu penyelidikan dengan kerja-

kerja pengumpulan data murid untuk melihat potensi serta kelemahan murid bagi tujuan

mencari satu kaedah yang efektif bagi melengkapkan keperluan murid ini dalam aspek

penguasaaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Saya akan menerapkan budaya

penyelidikan sepanjang tempoh latihan mengajar iaitu dengan mengamalkan sikap yang

positif terhadap penyelidikan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dengan

memberikan tumpuan terhadap peningkatan perbendaharaan kata murid dalam Bahasa

Melayu.