sejarah seni selasa

25
Sejarah Seni Selasa Koleksi Sejarah Seni Selasa: Dari Instagram Story IAMM.KL setiap hari Selasa

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Seni Selasa

Sejarah Seni Selasa

Koleksi Sejarah Seni Selasa: Dari Instagram Story IAMM.KL

setiap hari Selasa

Page 2: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Mata Wang Dinar Al-Zahir BaybarDinasti Mamluk1250 – 1517 M / 649 – 923 H1998.1.4945

Dinasti Mamluk berasal daripada keluarga tentera berbangsa Turki yang berkhidmat di bawah pemerintahan Ayyubiyah. Dinasti Mamluk mula berkuasa selama 267 tahun apabila berlakunya perpecahan dalaman dinasti Ayyubiyah pada tahun 1250 M.Duit syiling Mamluk yang pertama ditempa ketika zaman pemerintahan al-Zahir Baybars (memerintah 1260-1277M). Baginda mengarahkan penghasilan duit syiling perak baharu yang dinamakan Dirham Zahiri. Duit syiling ini memaparkan garisan melintang yang dilingkari sebuah garisan bulatan. Ia juga memaparkan jata Baybars yang menyerupai figura seekor singa. Semasa pemerintahan al-Mansur Qala’un, duit syiling emas memiliki berat yang berbeza-beza, tidak seperti dinar tradisional Muslim yang lain.

Dinar Al-Zahir Baybar dihiasi dengan inskripsi syahadah serta ayat 9 daripada surah At-Taubah pada muka hadapannya. Sementara pada muka belakangnya tertera pangkat dan nama pemerintah ‘’Al-Sultan Al-Malik Al-Zahir Rukh al-Dunya Wa al-Din Baybars Qasim Amir al-Mu’minin. Terdapat contoh duit syiling Mamluk Bahri yang sama dengan konsep dinar al-Zahir Baybar melainkan penggunaan inskripsi

berbeza pada muka hadapannya yang tertera kalimah syahadah serta ayat 4 dan 5 daripada Surah al-Rum.

Antara pusat penempatan matawang utama di Mesir ialah Kaherah dan Alexandria yang banyak mengeluarkan duit syiling emas dan tembaga. Sementara di Syria pula, pusat penempaan wang terletak di Damsyik, Hamah, Aleppo dan Tripoli yang banyak mengeluarkan duit syiling perak, melebihi daripada penghasilan duit syiling emas dan tembaga.

1) Apakah yang tertulis di atas permukaan hadapan Dinar Zahid Baybar?2) Berapakah tempoh pemerintahan Kerajaan Mamluk?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 3: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Seni BinaMasjid Agung DjennéTimbuktu, MaliAbad ke 13 M / abad ke 7 H2014.9.1

Masjid Agung Djenné terletak di Timbuktu, Mali, Afrika. Seni bina masjid ini bermula sejak penghujung abad ke-19 di atas tapak masjid yang telah dibina pada 1240 M / 638 AH. Ia merupakan binaan berasaskan bata lumpur yang terbesar didunia dan telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988.

Bata lumpur yang menjadi bahan asas bangunan ini terdiri daripada campuran pasir, tanah liat dan bahan pelekat organik seperti jerami dan kayu. Ia menjadikan struktur ini kukuh dan tahan lama. Selain itu, bahagian dalam masjid ini tetap sejuk walaupun cuaca di luar sangat panas. Terdapat juga dahan pokok palma yang dimasukkan ke dalam binaan masjid yang berfungsi untuk mengurangkan rekahan akibat perubahan cuaca yang ketara pada waktu siang dan malam.

Keseluruhan masyarakat Mali mengambil peranan dalam pesta tahunan yang unik ini.Setiap tahun, selepas musim hujan, seluruh komuniti Mali termasuk wanita dan kanak-kanak akan bergotong-royong untuk membaik pulih lapisan lumpur di bahagian luar yang turut dikenali oleh masyarakat setempat sebagai pesta ‘Crepissage’ atau ‘Melepa’. Pesta ini merupakan budaya

masyarakat Mali yang masih kekal sehingga kini. Berikut adalah peranan masyarakat Mali semasa pesta tersebut:-

Kaum lelaki- Mengangkat, memanjat dan menyalut plaster pada permukaan masjid.

Kaum wanita- Mengangkut air untuk dibancuh.

Warga emas- Duduk di tempat yang disediakan untuk memerhati dan memberi nasihat.

Kanak-kanak- Bermain alat muzik, membantu kerja-kerja pembancuhan sambil bermain.

1) Apakah nama pesta yang diadakan setiap tahun oleh masyarakat Mali? 2) Pada pendapat anda, apakah fungsi dahan pokok palma pada bangunan ini selain daripada untuk mengurangkan rekahan?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 4: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Quran & Manuskrip Sijil PerkahwinanIran1875 M/ 1292 H2001.1.88

Sijil perkahwinan yang berasal dari Iran ini merupakan sijil perkahwinan di antara Mirza Sayyid Muhammad Hanif dan Tuba Khanum.

Isi kandungan yang terdapat di dalam sijil perkahwinan ini terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu:

1)Tahmidiyeh : Ucapan kesyukuran2) Pish Neveshtar : Ucapan penghargaan terhadap pasangan dan tujuan perkahwinan3) Latar belakang : Latar belakang pasangan pengantin4) Hantaran pengantin : Perincian tentang hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pengantin perempuan5) Doa penutup : Doa kepada pasangan pengantin6) Tarikh : Tarikh nikah termasuk hari, bulan dan tahun

Kebiasaannya hantaran yang ditulis di dalam sijil perkahwinan ini terdiri daripada wang tunai atau harta seperti kebun, perigi, barang kemas dan haiwan ternakan. Namun begitu, pemberian hantaran adalah berbeza mengikut status sosial, pekerjaan dan keadaan kewangan keluarga bagi kedua-dua belah pihak pengantin.

Selain itu, terdapat juga dua jenis cap mohor yang tertera di dalam sijil perkahwinan ini, iaitu cap mohor kepada wakil bagi kedua-dua belah pihak pengantin mengikut undang-undang agama dan cap mohor kepada saksi-saksi perkahwinan tersebut.

1) Apakah maksud Tahmidiyeh?2) Berapakah jenis cap mohor di dalam sijil perkahwinan Iran?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 5: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri IndiaPaduka (Sandal Jari bertombol)Mughal India Abad ke 19 M2001.1.88

Perkataan Paduka adalah berasal daripada Bahasa Sanskrit ‘Pada’ yang bermaksud kaki. Istilah ini diciptakan untuk mendefinasikan alas atau lapik kaki oleh masyarakat India Kuno. Paduka adalah merupakan bentuk terawal kasut di India, iaitu sejak lima ribu tahun yang lalu.

Tombol pada sandal akan diselitkan antara ibu jari kaki dan jari kaki ke dua. Biasanya Paduka ini dipakai oleh orang-orang suci yang bertapa mahupun kerabat diraja. Paduka ini diperbuat daripada gading gajah yang dihiasi dengan ukiran halus bungaan dan burung. Paduka yang diukir dengan halus dan penuh teliti ini menggambarkan kehebatan kemahiran pengukir India dalam seni ukiran.

Terdapat pelbagai kepentingan dan simbolik berkaitan dengan kasut dan kaki yang telah wujud dalam tradisi India selama beberapa abad. Ianya meliputi kepentingan agama dan budaya dalam sesetengah masyarakat India. Kaki adalah simbolik kepada bahagian badan yang paling dihormati dan sebaliknya juga dicerca;

1. Kaki guru agama dan orang suci sangat dipuja

2. Kaki wanita pula perlu dijaga dan dihiasi dengan indah kerana ia menjadi simbol kasih sayang.

3. Sebaliknya, kaki yang merupakn bahagian badan yang paling bawah; menggambarkan rendah diri, tidak bersih dan mencemarkan.

1) Paduka ini diperbuat daripada?2) Kasut dan kaki, sila bincangkan tentang kepentingan dan simboliknya dalam agama dan budaya masyarakat India.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 6: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Tekstil Jubah LampasSamarkandKurun 7 – 8 M2015.7.31

Jubah sutera lampas merupakan hasil seni tangan Etnik Sogdiana yang masih utuh dan terpelihara. Etnik Sogdiana terkenal dengan hasil pembuatan sutera. Mereka merupakan masyarakat tamadun purba yang meliputi wilayah Samarkand dan Bukhara. Wilayah tersebut berada di tengah-tengah laluan sutera yang menghubungkan China dan Barat.

Pada awalnya masyarakat Sogdiana berada di bawah pemerintahan Sassanid Parsi (224 M – 643 M). Motif pada jubah sutera lampas ini menekankan motif simbol haiwan secara berulang iaitu suatu motif yang sinonim dalam budaya Sassanid Parsi.Ditenun menggunakan benang sutera berwarna coklat gelap keemasan dan hijau, jubah sutera lampas ini tampak mewah dengan menampilkan tenunan bersilang di antara benang lungsing (menegak) dan lapisan pakan (melintang).

Jubah lampas ini merupakan hasil dari pemprosesan tenunan sutera etnik Sogdiana. Ciri fizikal jubah ini menceritakan sedikit sebanyak budaya masyarakat di Laluan Sutera, terutamanya di persimpangan China, Asia Tengah dan

Parsi pada suatu masa ketika dahulu. Jubah ini ditenun dengan menggunakan teknik daripada China, motifnya pula diinspirasikan dari masyarakat Sasanian, Parsi.

1) Negara manakah yang mempengaruhi teknik tenunan jubah lampas ini?2) Pada pendapat anda, apakah ciri fizikal jubah lampas yang menceritakan budaya masyarakat di Laluan Sutera?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 7: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Seramik Dunia IznikIznik, Turki1575 – 1580 M / 982 – 987 H2001.1.217

Iznik adalah nama sebuah bandar di Anatolia, Turki. Bandar ini dikenali kerana banyak menghasilkan tembikar yang berkualiti tinggi terutamanya pada pemerintahan Dinasti Uthmaniyah. Barangan seramik Iznik merupakan hasil kesenian Islam yang paling berwarna-warni. Corak yang terdapat pada tembikar Iznik merupakan gabungan corak traditional Uthmaniyah dan unsur porselin biru-putih China. Barangan seramik Iznik yang dihasilkan adalah seperti set hidangan makanan seperti pinggan dan mangkuk, jug serta cawan minuman.

Tidak seperti seni perhiasan Islam yang lain, hiasan seramik Iznik lebih tertumpu kepada ragam hias berbentuk bunga-bungaan yang berwarna terang berbanding kaligrafi. Antara motif bunga-bungaan yang menjadi pilihan masyarakat Uthmaniyah adalah tulip, teluki, ros dan keladi bunting. Ragam hias seramik Iznik banyak mempengaruhi hiasan dalaman pada bangunan-bangunan empayar Dinasti Uthmaniyah.

Zaman kegemilangan barangan seramik ini adalah pada waktu pemerintahan Sultan Sulaiman (1494 – 1566 M). Sewaktu di

bawah pemerintahan baginda, barangan seramik Iznik terutamanya jubin mendapat permintaan yang sangat tinggi bagi projek pembinaan istana, masjid dan madrasa.

Dinasti Uthmaniyah telah memainkan peranan yang penting yakni dalam memperkenalkan satu seni Islam yang sangat disegani di Barat. Seni tembikar Iznik ini kemudiannya mendapat banyak permintaan terutamanya dari Eropah.

1) Motif apakah yang sering digunakan pada seramik Iznik?2) Tembikar Iznik merupakan gabungan daripada elemen?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 8: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

1. Bagaimanakah cara untuk membezakan samovar dari negara-negara yang berlainan?2. Pada pendapat anda, mengapakah Samovar merupakan peralatan harian yang penting di negara empat musim?

Galeri Kerja Logam SamovarIranAbad ke 19 M2012.25.13

Samovar merupakan alatan tradisi merenih teh yang berasal dari Rusia. Ia bermaksud self-boiler atau didih sendiri. Samovar mendapat sambutan hebat dan pembuatannya meningkat dengan kadar yang tinggi. Ia mula dieksport ke Asia Tengah dan kawasan lain yang turut menggemari hidangan teh.

Samovar turut dikilangkan di Iran oleh penukang Parsi yang mengukir samovar dengan seni tradisi Iran. Di Bandar Borujerd, masih terdapat bengkel yang menghasilkan samovar secara hand-made. Kesenian samovar bergantung kepada kreativiti artisan itu sendiri dan pengaruh budaya setempat. Samovar yang dipamerkan di MKIM ini diperbuat daripada logam perak dan kayu (pemegang) dan mempunyai hiasan haiwan yang misteri di kakinya.

Memiliki samovar adalah tradisi bagi sesebuah keluarga di Iran. Ini kerana masyarakat Iran lampau tidak mempunyai bekalan elektrik untuk membekalkan haba. Penggunaan samovar berupaya membekalkan air panas secara berterusan. Oleh itu, ahli keluarga di rumah boleh duduk mengelilingi samovar dan berbual panjang.

Masyarakat Iran mempunyai cara tersendiri untuk menikmati hidangan teh. Mereka akan menggigit gula dengan gigi, dan kemudian menghirup teh yang pekat. Teh yang panas itu akan melarutkan gula dan memberi rasa manis pada teh. Mereka juga menambah perisa teh dengan kulit kayu manis, kelopak mawar atau safron.

Bahagian atas samovar ini boleh dibuka untuk diletakkan air dan arang/ kayu api/ pinecones kering di dalamnya. Apa sahaja bahan pembakaran yang tahan lama boleh digunakan agar pemanasan air berlaku sepanjang hari.

Cara Penggunaan Samovar:1. Arang dibakar di bahagian silinder di dalam samovar. Air dijerang di sekeliling silinder.2. Apabila air mendidih, air panas diambil dari pili samovar dan dituang ke dalam teko teh.3. Teko air teh diletakkan pada bahagian atas Samovar untuk kekal panas.4. Untuk hidangan, air renihan teh pekat dari teko dituang sedikit ke dalam cawan.5. Kemudian, air panas dari pili Samovar akan dicampurkan untuk mencairkan teh pekat.6. Nisbah minuman lazimnya adalah 10:1 untuk air:teh.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 9: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Quran & Manuskrip Papan Tulis Niger, MaliAbad ke 20 M - Abad ke 14 H2004.5.6

Afrika merupakan antara kawasan di mana kertas masih lagi menjadi satu peralatan menulis yang mahal. Para pelajar sekolah agama menggunakan papan tulis yang dikenali sebagai ‘lawh’. Papan tulis digunakan untuk menghafal ayat-ayat al-Quran dengan menulis ayat-ayatnya berulang kali.

Sebaik sahaja mereka dapat menghafal sepotong ayat, dakwat tulisan tersebut akan dipadam. Tujuannya ialah untuk menguji sejauh mana keupayaan ingatan mereka serta ketepatan mereka menulis teks mengikut mushaf.

Permukaan papan-papan ini ditulis dengan dakwat hitam berasaskan air supaya ia senang dibersihkan. Apabila pelajar telah menghafal sesuatu surah, mereka akan mencuci papan tulis tersebut dan meletakkan “air tulisan dakwat” di dalam bekas. Mengikut kepercayaan mereka, seseorang akan menyerap kuasa rohaniah perkataan yang bertulis, “Ayat Allah,” dengan menyimpan air tersebut.

Setelah tamat, seseorang pelajar akan memilih beberapa buah surah pendek untuk ditulis dengan menggunakan dakwat kekal di atas papan tulisnya. Papan tulis tersebut kemudiannya berfungsi sebagai sebuah sijil untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membaca keseluruhan ayat suci al-Qur’an.

1) Mengapakah dakwat tulisan dipadam semasa proses hafazan?2) Berdasarkan apa yang anda ketahui, apakah cara lain untuk menghafalal-Quran dengan mudah?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 10: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Dunia Melayu Tumbuk LadaSemenanjung MelayuLewat abad ke 19 – awal abad ke 20 / Lewat abad ke 13 – awal abad ke 142004.13.10

Asal usul Tumbuk LadaTumbuk Lada merupakan senjata kecil yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Ianya juga dikenali dengan nama Tumbuk Lading.

Dikatakan, senjata ini mendapat nama kerana bentuk hulunya yang menyerupai alat menumbuk lada. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa nama asal senjata ini ialah Tumbuk Dada. Hal ini kerana ianya digunakan untuk menyerang di bahagian dada lawan.

Jika di Semenanjung Tanah Melayu, senjata ini digunakan oleh golongan bangsawan yang berpangkat rendah di Negeri Sembilan. Namun, ada beberapa pendapat yang mengaitkan penggunaan Tumbuk Lada ini dengan golongan wanita di negeri Perak dan juga Selangor.

Cara Pengunaan Senjata ini merupakan suatu alatan khusus yang digunakan untuk menikam dan juga memotong.

Deskripsi Tumbuk Lada mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian hulu dan juga mata. Kebiasaannya, hulu senjata ini diperbuat

daripada kayu atau tanduk haiwan yang berbentuk seperti alu lesung yang bujur serta di bahagian hujungnya akan diukir dengan corak yang bertingkat.

Manakala, pada bahagian matanya pula berbentuk seperti huruf ‘s’ dan runcing di bahagian hadapannya. Panjang bilah mata senjata ini adalah diantara 15-20 sentimeter dan lebarnya diantara 2.5-3.8 sentimeter. Terdapat juga bahagian yang melentik pada mata senjata ini yang dikenali sebagai ‘Sebilah baung’.

1) Dimanakah asal usul Tumbuk Lada?2) ‘Sebilah baung’ merupakan bahagian yang melentik pada ______ Tumbuk Lada.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 11: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Dunia Melayu KelingkanSemenanjung MelayuAbad ke 19 M / abad ke 13 H1998.6.1

Di dalam Dunia Melayu terdapat pelbagai jenis sulaman hiasan tekstil yang menarik. Salah satu sulaman yang kurang dikenali dan semakin dilupakan ialah sulaman kelingkan. Sulaman kelingkan ini sangat berbeza daripada sulaman yang lain kerana ia tidak menggunakan benang seperti lazimnya tetapi menggunakan pita logam pipih saduran emas dan perak. Pita logam ini telah masuk ke Tanah Melayu melaluikedatangan pedagang yang berlabuh dipinggiran selat Semenanjung Tanah Melayu sekitar abad ke 10. Pedagang India dan China telah memperkenalkan selendang dan pakaian bergemerlapan kepada golongan istana. Ia mengambarkan kekayaan sesebuah kerajaan dengan persalinan pakaian bersulam cantik dan mewah.

Proses sulaman kelingkan dilakukan dengan teknik jahitan tikam tembus untuk membentuk pelbagai corak motif. Bahan-bahan yang diperlukan dalam penghasilan sulaman kelingkan ini adalah:a) Pita logam pipih saduran emas dan perakb) Jarum bermata duac) Kaind) Lakaran motif e) Kulit siput. Kulit siput digunakan untuk menekan dan

menggosok pita logam selepas ia disulam pada kain supaya pita logam lebih kemas dan berkilat.

Antara motif sulaman kelingkan yang biasa digunakan adalah flora dan fauna seperti; bunga mawar, bunga cengkih, bunga bintang, susunan pucuk rebung, ayam dan rama-rama.

Pakaian Melayu yang sering mendapat sentuhan sulaman kelingkan ialah selendang, manto, pakaian tradisi atau persalinan raja sehari. Antara lokasi yang terkenal dengan sulaman kelingkan di Malaysia adalah di negeri Selangor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Negeri Sembilan. Dalam usaha melestarikan ¬¬ seni budaya warisan, Perbadanan Adat dan Warisan Melayu Selangor telah menaik taraf seni sulaman kelingkan sebagai warisan ikon wanita Melayu Selangor.

1) Teknik jahitan sulaman kelingkan juga dikenali sebagai?2) Bagaimanakah sulaman kelingkan ini boleh berkembang di dunia Melayu?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 12: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Seramik Penapis Air Tanah LiatMesirKurun ke 10/11 M2001.1.197

Serpihan penapis air tanah liat ini berasal daripada Fustat, Dinasti Fatimid.Pada kurun ke 10/11 M, proses penulenan air dilakukan dengan menyimpan air di dalam bejana seramik, jug air atau kulit dengan cara mengasingkan sisa- sisa dari tapisannya.

Penapis-penapis ini direka untuk dimuatkan pada leher bekas air bagi melindungi air daripada pencemaran habuk dan serangga.Masyarakat Mesir pada waktu itu menghias penapis air mereka dengan keunikannya yang tersendiri walaupun penapis-penapis ini direka dan diletakkan pada bahagian dalam bekas menyimpan air.

1) Apakah tujuan rekaan seramik jenis ini?2) Bezakan cara menapis air menggunakan bekas seramik ini dengan cara menapis air yang anda gunakan sekarang.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Motif pada penapis air: Motif burung berlatar belakangkan tatalan dedaunan dan ukiran khat kufi menjadi pilihan untuk ditebuk tembus pada penapis air ini.Ini adalah contoh penapis air yang ditebuk tembus dengan motif corak geometri dan tatalan dedaunan.

Ilustrasi (rupa penapis air yang dimuatkan di dalam jug air): Direka untuk melindungi air daripada pencemaran habuk dan serangga.

Page 13: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Seramik Pasu AshkdānSafavid Iran Abad 17 – 18 M / 12 – 13 H2008.2.1

Pasu ashkdān (Bahasa Parsi: ‘bekas air mata’) mempunyai bentuk yang unik dan tersendiri. Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik kaca tiup serta mempunyai bentuk badan yang bundar, leher panjang seakan-akan leher angsa dan muncung yang berbentuk titisan air mata.

Pasu ini adalah contoh yang paling terkenal dari tradisi gelas Iran yang bermula di bawah pemerintahan Shah Abbas I(1587 M –1629 M), terutama di Shiraz dan Isfahan. Ia berkemungkinan diilhamkan dari barang-barang kaca Venice abad ke 16 M yang diimport ke dunia Muslim. Pada abad ke 19 M, pasu ashkdān ini dikumpulkan oleh pelancong Eropah dan dibawa ke negara mereka kerana mempunyai permintaan yang tinggi.

Tidak ada penjelasan yang diterima umum untuk struktur fizikal botol ini. Berdasarkan bentuknya, ia berkemungkinan digunakan sebagai perenjis air mawar atau minyak wangi.

Menurut lagenda, pasu jenis ini digunakan oleh puteri diraja dan bangsawan Parsi untuk mengumpul air mata mereka ketika suami mereka berjauhan, sama ada pergi mengembara atau berperang. Air mata yang terkumpul membuktikan kerinduan para isteri.

1) Adakah wajar bagi kaum wanita untuk mengumpul air mata sebagai tanda kesetiaan?2) Apakah teknik yang boleh dilakukan untuk membezakan kandungan air mata dan air biasa dalam pasu ashkdān?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 14: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Quran & Manuskrip Kotak Pen (Qalamdan)Qajar, Iran713 – 14 M / 1125 H2014.6.38

Seseorang penulis khat perlu menggunakan peralatan yang sesuai untuk memperlihatkan ekspresi estetik yang dikehendaki. Antara peralatan asas untuk penulis khat adalah pena resam, pisau pena, maqta dan gunting.

Bekas papier-mâché Parsi berlakuer ini juga dikenali sebagai qalamdan atau kotak pen. Kotak pen merupakan satu lagi peralatan yang penting bagi para penulis khat dunia Islam. Peralatan ini digunakan oleh penulis perbendaharaan, para hakim dan pembesar kerajaan.

Qalamdan atau kotak pen ini menempatkan peralatan asas kaligrafi, termasuk lima batang pena resam dari pokok paku pakis atau buluh yang sangat baik untuk dijadikan pena khat. Ianya berwarna coklat gelap dan sangat keras. Pena resam digunakan untuk menampakkan lagi kesan terang serta jelas pada ayat suci al-Quran yang disalin.

Di dalam kotak pen ini juga mempunyai bekas tinta kecil dengan penutup logam berengsel.

Kelihatan juga tandatangan artis yang bernama Sadeq dan tarikh ia dihasilkan. Walaupun tampil sebagai barangan seni, peralatan menulis ini tetap mempunyai fungsi praktikal.

1) Apakah jenis pokok yang sesuai untuk dijadikan pena resam?2) Bandingkan perbezaan peralatan menulis khat tradisional dengan peralatan menulis khat digital.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 15: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Senjata dan Perisai BazubandMughal, IndiaAbad 18 – 19 M / Abad 12 – 13 H2006.4.2

Bazuband merupakan salah satu perisai yang berfungsi untuk melindungi bahagian lengan. Ianya dikatakan berasal dari Turki dan mula diperkenalkan pada abad ke 12 hingga 14 Hijrah.

Bahan yang digunakan untuk membuat perisai ini ialah besi dan juga kulit haiwan. Pada kebiasaannya, kulit haiwan seperti sapi atau lembu akan digunakan kerana sumbernya yang banyak dan mudah didapati, serta kualitinya yang baik. Perisai ini digunakan oleh golongan tentera sewaktu mereka bertempur di medan perang dan berfungsi sebagai pelengkap kepada pakaian perang bagi melindungi si pemakai dari kecederaan yang serius.

Bazuband yang terdapat MKIM ini merupakan antara koleksi artifak yang berasal dari Mughal India dan dipercayai telah digunakan pada abad ke 12 hingga 13. Ianya diperbuat daripada besi dan dihiasi dengan kepingan emas. Pada bahagian tekstilnya pula, terdapat hiasan emas yang bermotifkan sisik ikan.

1) Apakah kegunaan Bazuband?2) Bazuband diperbuat menggunakan besi dan_______.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 16: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Tekstil SancakKain broked tenunan benang sutera dan EmasTurki UthmaniyahAbad ke 19 M/ Abad ke 13 H2004.12.1

Sancak (San’jak) adalah perkataan yang berasal dari Turki yang pada asalnya mendefinisikan daerah-daerah ketenteraan di dalam empayar Uthmaniyah. Namun sancak juga membawa maksud ‘Kain Rentang’ atau ‘Bendera’. Kain Sancak lazimnya digunakan sebagai panji (bendera) kempen ketenteraan yg dipasang pada bangunan atau kapal. Ia juga mungkin dibawa oleh para Jemaah ketika

menunaikan Haji ke tanah suci Mekah.Tulisan pada Kain rentang:

1) Kebahagian adalah anugerah yang berkekalan- tandatangan “Sami Effendi”2) Pengulangan surah al-Ikhlas (murnikan ke Esaan Allah)3) “Tuhan. Keagungan-Nya disanjung”4) “Nabi Muhammad, selawat keatas junjungan baginda”5) “Abu Bakar. Semoga Allah memberkatinya”6) “Umar. Semoga Allah memberkatinya”7) “Uthman. Semoga Allah memberkatinya”8) “Ali. Semoga Allah memberkatinya”9) Petikan ayat suci Al-Qur’an “Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat”(61:13)10) ‘Tuhan Maha Memelihara. Tuhan Maha Membantu”11) “Pertolongan Allah ke atas kesemua mereka”12) Shahadah

Nota Sejarah:Sami Effendi dilahirkan di Istanbul pada 15 March 1838 dan meninggal dunia pada Julai 1912. Beliau merupakan seorang penulis khat Uthmaniyah yang masyur dan mahir dalam tradisi skrip Thuluth, Naskh, Diwani, Jali, Diwani, Ta’liq, Riqa’ dan Tugra. Bapanya, Mahmud Effendi juga seorang seniman agung yang telah mengetuai

1) Istilah Sancak berasal daripada Bahasa __________.2) Berdasarkan tulisan pada kain rentang “Kebahagian adalah anugerah yang berkekalan- tandatangan “Sami Effendi”. Apakah jenis kaligrafi tersebut?

1

2

2

23

4

5

6

7

811

109

12

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 17: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Seramik HilyeTurki Uthmaniyyah1778 79 M / 1192 H2004.13.39

Alhambra membawa maksud merah dalam bahasa Arab. Tetapi di Sepanyol, Alhambra merujuk kepada sebuah binaan Istana yang didirikan di Andalusia. Istana itu telah dibina pada abad ke-14 oleh pemerintah Dinasti Nasrid yang merupakan dinasti Islam terakhir sebelum Sepanyol jatuh ke tangan pemerintah Kristian pada tahun 1492.

Salah satu seni unik yang merujuk kepada Alhambra ialah sejenis pasu yang mempunyai sepasang sayap yang digunakan sebagai hiasan di dalam kediaman golongan bangsawan dan bangunan keagamaan. Pasu Alhambra adalah salah satu hasil seni seramik Islam Sepanyol yang dihasilkan di wilayah Malaga.

Pasu Alhambra mempunyai empat bahagian reka bentuk yang tersendiri iaitu bahagian mulut, leher, badan dan sayap. Pasu ini biasanya diletakkan di dalam lingkaran logam yang menyokong struktur pasu untuk tujuan kestabilan.

Kebanyakan motif hiasan yang digunakan ialah kaligrafi, geometri dan motif alam seperti flora dan fauna. Motif kaligrafi sering digunakan sebagai hiasan bingkai di bahagian sayap dan lingkaran di bahagian badan pasu. Isi kandungan ayat yang digunakan selalunya terdiri daripada syahadah dan puisi yang didedikasikan kepada Allah dan juga khalifah.

Selain motif kaligrafi, motif gazel atau kijang kecil juga adalah motif utama. Kebanyakan motif gazel yang digunakan adalah dua ekor gazel yang berdiri berhadapan sesama sendiri. Pasu Alhambra ini diletakkan di dalam seni bina yang bersaiz besar seperti di istana dan juga di masjid. Ia diletakkan di bahagian relung dinding bangunan-bangunan tersebut.

1) Apakah hasil gabungan seni yang terdapat pada hilye?2) Apakah isi kandungan yang sering kali dipilih untuk menghasilkan hilye?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 18: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Kayu & Gaya Hidup Bekas Penyimpanan Daun TehIndiaAbad Ke 19 M2003.6.44

Bahagian luar bekas penyimpanan daun teh ini dihiasi dengan kepingan kecil tanduk Rusa Sambar, iaitu haiwan yang berasal dari rantau India. Manakala, bahagian dalam bekas pula dihiasi dengan gading gajah yang diukir halus menyerupai mozek mikro yang mempunyai pengaruh kesenian Parsi. Bekas ini dibahagi kepada tiga bahagian: 1. Bekas empat segi untuk teh hijau2. Bekas empat segi untuk teh hitam3. Bekas mangkuk yang dipercayai bekas campuran kedua-dua perisa teh Bekas ini dikatup rapat bagi melindungi teh dari kelembapan udara, suhu dan cahaya. Hidangan teh merupakan simbol status kekayaan kerana ia komoditi yang berharga pada zaman dahulu. Bagi mengelakkan pekerja-pekerja mencuri daun teh, tuan rumah mengunci bekas teh simpanan mereka. Pada awalnya, tanaman teh hanya boleh didapati China. Cukai yang dikenakan ke atas jualan teh juga sangat tinggi kerana perdagangan teh dimonopoli oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Pada 1830an, Syarikat Hindia Timur Inggeris memulakan perladangan teh di India menggunakan anak pokok diseludup dari China.

Sejurus kemudian, teh dari India (kawasan jajahan British) mula mendominasi pasaran. Cukai teh yang dikurangkan oleh kerajaan British juga menurunkan harga pasaran teh.

Pada 1880an, teh boleh didapati di kedai-kedai runcit dalam bentuk paket (bungkusan). Maka, tiada lagi keperluan untuk mengeluarkan produk bekas simpanan daun teh.

1) Mengapakah teh perlu dijaga dengan rapi?2) Adakah wajar bagi Syarikat Hindia Timur Inggeris menyeludup anak pokok teh supaya pasaran teh tidak dimonopoli? Bincangkan.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 19: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Quran & Manuskrip Bilik Damsyik Syria1820 1821 M / 1235 H 1998.2.342

Bilik Damsyik di MKIM ini mempamerkan hasil kerja tangan kayu yang asli ketika pemerintahan Dinasti Uthmaniyah. Ia diletakkan pada hiasan siling atau kemasan dinding yang dikategorikan sebagai hiasan dalaman Syria pada zaman Uthmaniyah. Bilik Damsyik ini merupakan satu-satunya bilik yang yang masih kekal terpelihara dengan baik di Asia Tenggara, bertarikh 1820 – 21 M / 1235 H.

Bilik untuk menyambut tetamu ini dikenali sebagai Qa’a. Ia mungkin dibuat untuk keluarga berada kerana memiliki ruang yang paling luas dan mewah. Perabot yang terdapat di ruangan ini sangat ringkas (hanya terdapat kerusi panjang dan kusyen).

Di bahagian siling terdapat hasil kerja tangan yang sangat rumit beserta tiga perhiasan unik yang kelihatan seperti ukiran kayu berbentuk candelier. Ruang kecil pada dinding atau mihrab yang biasanya dibina untuk menunjukkan arah kiblat. Ia dihiasi dengan hiasan gaya muqarnas (seperti sarang lebah atau stalaktik) di bahagian tengah. Lantai di bahagian tengah diperbuat daripada batu marmar dan disusun dalam corak geometri.

Sebahagian bilik ini dihiasi dengan kemasan kertas emas, terutamanya kartusy di bahagian atas dinding. Ukiran timbul pada panel kayu dan siling ini bermotifkan doa dan zikir. Terdapat juga lukisan yang dilukis halus dan teliti pada panel dinding ini. Lukisan yang paling menonjol adalah lukisan bangunan, landskap, bunga-bungaan dan buah-buahan.

1) Senaraikan empat (4) ciri-ciri menarik yang terdapat di Bilik Damsyik.2) Jika anda diberi peluang untuk menghias bilik tetamu, apakah ciri-ciri dan hiasan menarik yang ingin anda gunakan.

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 20: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Kerja Kayu / Gaya Hidup Kotak ApoteksiQajar, IranPertengahan abad ke 19/ Pertengahan Abad ke 13 M2004.12.7

Kotak Apoteksi ini merupakan kotak yang dibuat dengan menggunakan teknik ‘papier mache’ berlakuer yang dihiasi dengan corak bunga-bungaan dan ayat kursi.

‘Papier Mache’ berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud kertas yang dikunyah. Ianya merupakan salah satu teknik hiasan menggunakan bahan-bahan seperti kertas terpakai dan gam. Hasil campuran bahan-bahan ini kemudiannya akan diwarnakan dan dilapisi lakuer.

Kotak ini digunakan untuk menyimpan beberapa barangan penting seperti alat pengukur berlogam dan juga alat penimbang berat. Di dalamnya terdapat dua set alat penimbang berat, tujuh biji pemberat keluli, pinset dan sebuah cermin kecil.

Alatan penimbang di dalam kotak ini kebiasaannya digunakan untuk menimbang bahan-bahan yang akan dijadikan ubat-ubatan. Selain itu, Kotak Apoteksi ini juga merupakan salah satu barang dagangan yang dibawa oleh para pedagang suatu ketika dahulu untuk proses transaksi di antara mereka.

1) Kotak Apoteksi ini dihasilkan pada abad ke _____.2) Papier Mache bermaksud?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 21: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Seramik AlbarelloAlhambraAbad ke 19 M / Abad ke 13 H2004.1.11

Alhambra membawa maksud merah dalam Bahasa Arab. Tetapi di Sepanyol, Alhambra merujuk kepada sebuah binaan istana yang didirikan di Andalusia. Istana itu telah dibina pada abad ke-14 oleh pemerintah Dinasti Nasrid yang merupakan dinasti Islam terakhir sebelum Sepanyol jatuh ke tangan pemerintah Kristian pada tahun 1492.

Salah satu seni unik yang merujuk kepada Alhambra ialah sejenis pasu yang mempunyai sepasang sayap yang digunakan sebagai hiasan di dalam kediaman golongan bangsawan dan bangunan keagamaan. Pasu Alhambra adalah salah satu hasil seni seramik Islam Sepanyol yang dihasilkan di wilayah Malaga.

Pasu Alhambra mempunyai empat bahagian reka bentuk yang tersendiri iaitu bahagian mulut, leher, badan dan sayap. Pasu ini biasanya diletakkan di dalam lingkaran logam yang menyokong struktur pasu untuk tujuan kestabilan.

Kebanyakan motif hiasan yang digunakan ialah kaligrafi, geometri dan motif alam seperti flora dan fauna. Motif kaligrafi sering digunakan sebagai hiasan bingkai di bahagian sayap dan lingkaran di bahagian badan pasu. Isi kandungan ayat yang digunakan selalunya terdiri daripada syahadah dan puisi yang didedikasikan kepada Allah dan juga khalifah.

Selain motif kaligrafi, motif gazel atau kijang kecil juga adalah motif utama. Kebanyakan motif gazel yang digunakan adalah dua ekor gazel yang berdiri berhadapan sesama sendiri. Pasu Alhambra ini diletakkan di dalam seni bina yang bersaiz besar seperti di istana dan juga di masjid. Ia diletakkan di bahagian relung dinding bangunan-bangunan tersebut.

1) Apakah motif haiwan yang menjadi motif utama dalam pasu Alhambra?2) Apakah perbezaan pasu Alhambra dengan pasu seramik / tanah liat yang pernah anda lihat?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 22: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Tekstil Penutup Makam IbrahimAfrika UtaraAbad ke 17 M / Abad ke 11 H2017.5.1

Maqam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim a.s sebagaimana anggapan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakkan. Maqam Ibrahim yang juga dieja Makam Ibrahim merupakan binaan yang terletak lebih kurang 20 hasta disebelah timur Kaabah. Awalnya Maqam Ibrahim berkedudukan hampir dengan Kaabah. Namun ianya telah dipindahkan semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab.

Sejarah mencatatkan ketika Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s membina Kaabah, baginda meninggalkan kesan tapak kakinya di blok batu yang dipijaknya. Di atas batu inilah Nabi Ibrahim a.s berdiri dan meletakkan batu pertama binaan Kaabah bersama Nabi Ismail a.s. Kesan tapak kaki ini telah ditempatkan dalam sebuah binaan khas yang ditutup dengan sehelai kain berhias.

Di antara keutamaan dan kelebihan Maqam Ibrahim adalah dijadikan sebagai tempat menunaikan solat seperti yang telah dicatatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 125 yang bermaksud; “…dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim tempat solat..”

Kain penutup makam yang lengkap ini terdiri daripada 4 panel yg diperbuat daripada sutera hitam yang disulami benang logam keemasan menyerupai Kiswah Kaabah. Ia menunjukkan hasil seni sulaman yang tinggi dengan hiasan gabungan motif geometri dan bungaan. Terdapat juga beberapa petikan daripada ayat-ayat al-Quran menghiasi kain penutup makam ini.

1. AL-Tawbah, 1282. AL-Baqarah, 2553. AL-An’aam,734. Isti’azah dan AL-Baqarah, 1255. Ali Imran, 1596. Yusuf, 647. Petikan daripada Qasidah al-Burdah8. AL-Fath, 1-39. Barakah Nabi Muhammad10. Petikan ayat-ayat penyembuh11. Dedikasi dan inskrisi bersejarah12. Yusuf, 6413. Al-Talaq, 3

Walaubagaimanapun, kain penutup makam hanya digunakan sehingga tahun 1387H dan telah digantikan dengan penutup kristal berkerangkakan emas seperti yang boleh kita lihat sekarang.

1) Panel Maqam Ibrahim diperbuat daripada_____________ hitam.2) Apakah keutamaan dan kelebihan Maqam Ibrahim?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 23: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Galeri Kerja Kayu / Gaya HidupPasu Alhambra Sepanyol AlhamraAbad ke 19 M / Abad ke 13 H2004.1.11

Alhambra membawa maksud merah dalam Bahasa Arab. Tetapi di Sepanyol, Alhambra merujuk kepada sebuah binaan Istana yang didirikan di Andalusia. Istana itu telah dibina pada abad ke 14 M oleh pemerintah Dinasti Nasrid yang merupakan dinasti Islam terakhir sebelum Sepanyol jatuh ke tangan pemerintah Kristian pada tahun 1492.

Salah satu seni unik yang merujuk kepada Alhambra ialah sejenis pasu yang mempunyai sepasang sayap yang digunakan sebagai hiasan di dalam kediaman golongan bangsawan dan bangunan keagamaan. Pasu Alhambra adalah salah satu hasil seni seramik Islam Sepanyol yang dihasilkan di wilayah Malaga.

Pasu Alhambra mempunyai empat bahagian reka bentuk yang tersendiri iaitu bahagian mulut, leher, badan dan sayap. Pasu ini biasanya diletakkan di dalam lingkaran logam yang menyokong struktur pasu untuk tujuan kestabilan.

Kebanyakan motif hiasan yang digunakan ialah kaligrafi, geometri dan motif alam seperti flora dan fauna. Motif kaligrafi sering digunakan sebagai hiasan bingkai di bahagian sayap dan lingkaran di bahagian badan pasu. Isi kandungan ayat yang digunakan selalunya terdiri daripada syahadah dan puisi yang didedikasikan kepada Allah dan juga khalifah.

Selain motif kaligrafi, motif gazel atau kijang kecil juga adalah motif utama. Kebanyakan motif gazel yang digunakan adalah dua ekor gazel yang berdiri berhadapan sesama sendiri. Pasu Alhambra ini diletakkan di dalam seni bina yang bersaiz besar seperti di istana dan juga di masjid. Ia diletakkan di bahagian relung dinding bangunan-bangunan tersebut.

1) Apakah motif haiwan yang menjadi motif utama dalam pasu Alhambra?2) Apakah perbezaan pasu Alhambra dengan pasu seramik / tanah liat yang pernah anda lihat?@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 24: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Barang KemasGendik Bertatah Batu PermataMaghribi1800 M / 1215 H2012.10.6

Dalam budaya Maghribi, barang kemas istiadat merupakan lambang taraf kedudukan sosial dan identiti kumpulan etnik. Oleh itu, barang kemas ini menjadi satu kemestian dalam hantaran perkahwinan dan juga sebagai hadiah kepada pengantin perempuan.

Pengantin perempuan yang menerima barang kemas sebelum majlis perkahwinan, dikehendaki memakai dan memperagakan barang-barang perhiasan tersebut semasa majlis perkahwinannya.

Tiara perkahwinan Maghribi dihias mewah dengan permata. Ia dihiasi dengan zamrud serta batu permata dengan permukaan hadapan bersegi seperti bentuk piramid dan bahagian belakang yang terbuka. Tiara seperti ini kebiasaannya dijadikan hadiah oleh golongan kerabat diraja dan wanita bangsawan.

Tiara ini diukir dengan tulisan al-‘izza li’llah wa li-rasulihi yang bermaksud “keagungan hanya pada Allah dan pesuruh-Nya”. Kebanyakan barang kemas Maghribi dihasilkan dari bandar Fez iaitu bandar diraja paling tua di Maghribi. Bandar ini terkenal dengan gudang kraf yang menghasilkan barang kemas dan seramik yang berkualiti tinggi.

1) Apakah tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Maghribi sebelum majlis perkahwinan?2) Pada pendapat anda, selain dari perkahwinan, apakah upacara atau keramaian yang sesuai untuk pemakaian tiara?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia

Page 25: Sejarah Seni Selasa

Kuiz

Galeri Kerja LogamKendi & Besen Enamel ChinaAbad ke 19 M2007.4.3

Perincian pada bentuk dan ragam hias kendi dan besen enamel ini membuktikan bahawa artifak ini direka untuk memenuhi citarasa pasaran Dunia Islam. Antaranya ialah bentuk kendi yang seakan-akan buah pir. Bentuk jenis ini merupakan pilihan kegemaran bagi peralatan enamel dalam pasaran Parsi (Iran) dan India.

Kesenian Islam tidak terhad kepada sesuatu kefahaman atau peradaban sahaja. Artifak ini adalah contoh kesenian yang wujud akibat pertembungan dua budaya berbeza. Dari segi kegunaan (function), ia memenuhi kepentingan pasaran Dunia Islam yang mahukan peralatan kendi dan besen sebagai alatan mencuci. Namun begitu, peralatan enamel ini mengekalkan identiti China dalam kesenian ragam hiasnya (form) dengan penggunaan warna-warni yang terang dan motif tradisi China iaitu bunga botan (peony), mawar, buah dan buluh.

Artifak ini juga menggunakan corak tradisi China iaitu chinoiserie sebagai salah satu corak perhiasan dan bukannya corak Islam yang popular seperti corak arabesque.

Pada abad ke-19, negara barat seperti Britain mula menjajah negara pengeluar bijih timah utama seperti Malaysia yang mempunyai kawasan rizab timah terbesar di dunia. Selain untuk kegunaan sektor perkilangan dan pembuatan, negara-negara barat turut menggemari perhiasan yang diperbuat daripada timah berbanding dunia Islam yang menggemari peralatan enamel berhias. Oleh itu, peralatan ini lebih popular di dalam kesenian Islam.

1) Bolehkah anda tunjukkan corak-corak tradisi China yang terdapat pada artifak?2) Jika anda boleh mencipta semula objek yang mempunyai pengaruh pertembungan budaya, bagaimanakah rupa dan apakah fungsi objek tersebut?

@Hakmilik Muzium Kesenian Islam Malaysia