1-persembahan_elektronik

Upload: e-fong-lee

Post on 05-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 1-Persembahan_Elektronik

    1/6

    MODULPERSEMBAHANELEKTRONIK PPISMP/MUA

    1

    4.0 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mendefinisi dan menerangkan persembahan elektronik;2. Menjelaskan kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik;3. Menyatakan dan mencirikan persembahan elektronik yang baik;4. Membina dan mengintegrasi papan cerita bagi persembahan elektronik dalam pengajaran

    dan pembelajaran; dan

    5. Menggunakan fitur-fitur (features) yang terdapat dalam persembahan elektronik untukmemformat objek.

    PENGENALAN

    Setelah melalui tiga topik pertama ini, apakah tanggapan anda tentang penggunaan teknologi

    maklumat dalam pengajaran? Pernahkah anda terfikir bahawa untuk mempersembahkan sesuatubahan pengajaran, kita harus mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri? Penggunaan

    persembahan elektronik atau electronic presentation menjadi alat bantu mengajar dan belajar

    penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dewasa ini. Penggunaan persembahanelektronik secara betul dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan

    bermutu. Jika kita lihat di Malaysia, secara tidak langsung penggunaan persembahan elektronik

    dilihat bakal menggantikan secara keseluruhan penggunaan OHP di dalam kelas. Betul tak?

    4.1 PENGENALAN

    Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu

    mengajar dan bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guru-guru di sekolah. Terdapatpelbagai jenis perisian yang telah diperkenalkan, dalam topik ini perbincangan akan berkisar

    kepada cara penggunaan Microsoft PowerPoint.

    Cuba anda fikirkan, apakah kaedah pengajaran yang pernah anda alami atau gunakan semasa

    anda belajar atau mengajar sekitar 15 tahun yang lalu? Adakah ia membosankan anda? Kini

    komputer menjadi medium perantaraan serta membantu anda dalam proses mengajar. Apakah

    perisian yang dapat membantu anda untuk menghasilkan persembahan elektronik?

    Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan denganmengabung unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna

    dan menjadikan persembahan tidak membosankan.

  • 8/2/2019 1-Persembahan_Elektronik

    2/6

    MODULPERSEMBAHANELEKTRONIK PPISMP/MUA

    2

    4.1.1 Kegunaan dan Kelebihan

    Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan elektronik diantaranya

    ialah Microsoft Powerpoint dan Harvard Graphics seperti dalam Rajah 4.1 di bawah:

    Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan denganmengabung unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna

    dan menjadikan persembahan tidak membosankan.

    Perisian Microsoft PowerPoint Perisian Harvard Graphics

    Rajah 4.1: Perisian Microsoft PowerPoint dan Harvard Graphics

    Menurut Shaifol (2004), penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam

    satu persembahan menjadikan persembahan:

    a. Menarik minat pengguna;b. Memberi motivasi kepada pengguna; danc. Mudah difahami oleh pengguna.

    Sifat persembahan elektronik yang menggerakkan slaid demi slaid menjadikan persembahanelektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan animasi tanpa 'rendering'.

    Persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di peringkat awal sebelum

    animasi disusun. Tujuan gerakan animasi menggunakan persembahan elektronik ini ialah untuk

    menilai gerakan tanpa menggunakan proses rendering yang memakan masa.

    Persembahan elektronik juga mesra pengguna, butang arahan mudah difahami serta tidak perlu

    menggunakan kod pengaturcaraan. Oleh kerana sifat perisian persembahan elektronik yangmesra pengguna boleh mengabungkan media video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini

    sesuai digunakan dalam membentukbackdrop persembahan.

  • 8/2/2019 1-Persembahan_Elektronik

    3/6

    MODULPERSEMBAHANELEKTRONIK PPISMP/MUA

    3

    Selain daripada itu, gabungan media persembahan elektronik juga bersifat interaktif. Oleh itu,perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam kelas. Persembahan elektronik juga menjadikan proses pengajaran dan

    pembelajaran lebih menarik serta berupaya mengilustrasi idea-idea yang kompleks danmemotivasi pelajar.

    4.1.2 Reka Letak

    Reka letak dalam perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran yang digunakanuntuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.

    Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang

    positif terhadap persembahan.

    a. Prinsip Reka Letak CASPERPrinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik,

    animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian danminat penonton. Skrin yang diletakan dengan media tanpa di rancangan menyebabkan

    persembahan yang kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER berdasarkan singkatan

    perkataan CASPER seperti dalam Rajah 4.2 berikut:

    Rajah 4.2: Prinsip reka letak CASPER

    i. Contrast (Pebezaan yang Ketara)Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian perlulah

  • 8/2/2019 1-Persembahan_Elektronik

    4/6

  • 8/2/2019 1-Persembahan_Elektronik

    5/6

    MODULPERSEMBAHANELEKTRONIK PPISMP/MUA

    5

    Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media teks, audio, grafik

    dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.

    4.1 SEMAK KENDIRI

    1. Nyatakan prinsip persembahan CASPER dan cirikannya.2. Cuba anda senaraikan ciri-ciri perisian yang mempunyai reka letak yang menarik dan

    menjadi pilihan anda, dalam menghasilkan persembahan elektronik dan berikan contoh.

    4.1.3 Persembahan Asas Membina Slaid

    Pernahkah anda menghadiri kursus atau seminar, yang mana penceramah tidak menyediakan

    sebarang penerangan dalam bentuk visual seperti persembahan slaid? Anda pasti sukar untukmemahaminya sekiranya ia merupakan satu bidang yang baru bagi anda. Tahukah anda,

    bagaimana untuk menghasilkan satu persembahan elektronik dengan baik dan berkesan?

    Terdapat lima unsur yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik. Dalam

    satu persembahan elektronik, tidak semestinya kelima-lima media ini digunakan. Pembangun

    perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkanpersembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna.

    Rajah 4.3: Lima unsur persembahan elektronik

    Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif terhadappersembahan. Penggunaan warna yang banyak dan menyilau contohnya, menyebabkan mata

    pengguna akan merasa letih. Paparan persembahan yang dibina menggunakan warna, font teks

    dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu persembahan akan mengganggu tumpuan;seterusnya membosankan pengguna. Kandungan kognitif dalam satu skrin juga perlu dikawal

  • 8/2/2019 1-Persembahan_Elektronik

    6/6

    MODULPERSEMBAHANELEKTRONIK PPISMP/MUA

    6

    supaya tidak terlalu banyak.

    Penggunaan media ini bergantung kepada keperluan persembahan. Sebagai contoh, dalam

    persembahan elektronik menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai bagi pembangunperisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar. Persembahan menggunakan

    gambar pula adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding denganmenggunakan teks.

    Pembangunan perisian perlu memikir dan menganalisis golongan sasaran pengguna perisian.

    Bagi membangun persembahan yang mempunyai golongan sasar terdiri daripada kanak-kanak

    tadika contohnya, adalah lebih baik bagi pembangun perisian menggunakan animasi yangbersesuaian dengan golongan sasar tersebut. Manakala penggunaan animasi yang banyak adalah

    tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.

    Lokasi persembahan juga perlu diambil kira dalam membina persembahan elektronik. Misalnya,

    bagi membuat persembahan di dewan besar, penggunaan teks yang mempunyai font yang kecil

    akan menyebabkan para hadirin tidak dapat membaca mesej yang hendak disampaikan.Akibatnya, mereka akan cepat bosan. Maka, saiz font berukuran besar dan jelas amat bersesuaian

    dengan lokasi tersebut.

    Penggunaan media yang bermakna kepada mesej yang hendak dipersembahkan. Media yang

    hendak dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada persembahan. Bagi persembahan

    keadaan yang membawa mesej yang sedih dan sayu, penggunaan warna panas dan terang adalah

    tidak sesuai. Sebaliknya, penggunaan warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni.

    Penggunaan media yang digunakan perlulah berkaitan atau membawa mesej, pembangunperisian perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan

    kegemaran pembina persembahan. Clip video Senario Kampus contohnya, tidak sesuai

    dijadikan video pengenalan untuk persembahan teknik permainan dan perlawanan bola sepak.

    4.2 SEMAK KENDIRI

    1. Berikan kelebihan dan kelemahan persembahan elektronik.2. Nyatakan asas membina slaid dari keperluan segi keperluan media dalam persembahan

    elektronik.