1. pengenalan a. latar belakang ringkas...

12
1 SISTEM iDENGUE UNTUK KOMUNITI Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Bahagian Kawalan Penyakit (BKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah berjaya membangun dan mengoperasikan Sistem iDengue untuk Komuniti semenjak tahun 2013. Sistem ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada 15 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah bersempena Hari Denggi ASEAN 2013. Sistem iDengue untuk Komuniti atau dikenali sebagai iDengue merupakan satu medium bagi menyalurkan maklumat denggi yang tepat dan terkini secara atas talian kepada orang awam. Berbanding dengan kaedah sebelum ini yang hanya dibuat dalam bentuk laporan di media cetak (surat khabar, majalah) dan media massa (tv dan radio) sahaja. Maklumat yang dipaparkan dalam sistem iDengue adalah dalam bentuk laporan dan pemetaan kawasan wabak denggi yang dikemaskini secara harian. Maklumat ini amat penting bagi meningkat kesedaran orang awam untuk bersama-sama dalam memastikan kawasan mereka bebas daripada wabak denggi. Pelbagai langkah pencegahan boleh dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat sekiranya mereka mengetahui kawasan mereka berada dalam kawasan wabak denggi untuk memastikan tiada jangkitan dan berlaku wabak berpanjangan.

Upload: phungkhuong

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

1

SISTEM iDENGUE UNTUK KOMUNITI

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

dan Bahagian Kawalan Penyakit (BKP),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

1. PENGENALAN

a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatan

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi

dan Inovasi (MOSTI) bersama Bahagian Kawalan Penyakit (BKP),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah kerjasama Strategi

Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah berjaya membangun dan

mengoperasikan Sistem iDengue untuk Komuniti semenjak tahun 2013.

Sistem ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam,

Menteri Kesihatan Malaysia pada 15 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah

bersempena Hari Denggi ASEAN 2013.

Sistem iDengue untuk Komuniti atau dikenali sebagai iDengue merupakan

satu medium bagi menyalurkan maklumat denggi yang tepat dan terkini

secara atas talian kepada orang awam. Berbanding dengan kaedah

sebelum ini yang hanya dibuat dalam bentuk laporan di media cetak (surat

khabar, majalah) dan media massa (tv dan radio) sahaja. Maklumat yang

dipaparkan dalam sistem iDengue adalah dalam bentuk laporan dan

pemetaan kawasan wabak denggi yang dikemaskini secara harian.

Maklumat ini amat penting bagi meningkat kesedaran orang awam untuk

bersama-sama dalam memastikan kawasan mereka bebas daripada

wabak denggi. Pelbagai langkah pencegahan boleh dilakukan oleh

individu dan masyarakat setempat sekiranya mereka mengetahui kawasan

mereka berada dalam kawasan wabak denggi untuk memastikan tiada

jangkitan dan berlaku wabak berpanjangan.

Page 2: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

2

Transaksi penggunaan sistem iDengue semenjak 15 Jun 2013 sehingga

30 Julai 2015 adalah sebanyak 70,513. Daripada jumlah ini, 89% adalah

terdiri daripada pengguna Malaysia, manakala selebihnya adalah

pengguna luar negara.

2. LAPORAN INOVASI

a. Tujuan Projek

i. Menyebarkan maklumat denggi di seluruh Malaysia yang tepat dan

terkini secara harian melalui iDengue.

ii. Meningkatkan kesedaran dan kesediaan masyarakat melalui

penggunaan maklumat iDengue bagi membolehkan orang awam

mengambil tindakan dan menghapuskan tempat pembiakan

nyamuk Aedes.

b. Proses Pelaksanaan Inovasi

i. Sebaran maklumat denggi harian secara online.

ii. Pemetaan lokaliti wabak secara automatik, analisis dan integrasi

data KKM dan ARSM.

iii. Carian lokaliti wabak dan status denggi secara interaktif.

c. Proses Sebelum dan Selepas

Senarai maklumat berkaitan sebelum dan selepas proses pelaksanaan

inovasi adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Proses sebelum dan selepas pelaksanaan inovasi.

BIL. SEBELUM SELEPAS

1. Data denggi (bilangan kes, jumlah kes kematian) hanya disimpan dalam bentuk tabular.

Data denggi diintegrasi dengan data spatial seperti lokasi wabak, hotspot dan Indeks Aedes, dalam satu pangkalan data bersepadu.

2. Maklumat status denggi dikemas kini setiap minggu.

Maklumat status denggi dikemas kini setiap hari.

3. Maklumat denggi diterbitkan dalam bentuk teks.

Maklumat denggi yang lebih komprehensif dan dalam

Page 3: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

3

BIL. SEBELUM SELEPAS

bentuk interaktif seperti peta senarai lokaliti wabak denggi.

4. Hebahan maklumat denggi kepada orang awam melalui media massa dan media cetak sahaja.

Capaian maklumat denggi pada bila-bila masa secara atas talian melalui iDengue.

5. Maklumat bilangan kes mengikut negeri.

Maklumat bilangan kes mengikut negeri dan daerah.

d. Elemen Penurunan Kuasa (jika ada)

Tidak berkenaan.

e. Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/ Perkhidmatan/ Jabatan/

Agensi/ Negara:

i. Elemen Inovatif/Kreativiti

1. Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

1.1. Data denggi diintegrasi dengan data spatial seperti lokasi

wabak, hotspot dan Indeks Aedes, dalam satu pangkalan

data bersepadu.

1.2. Penghasilan model bagi penentuan kawasan wabak

secara automatic.

1.3. Mekanisma penyebaran maklumat denggi secara

interaktif melalui online.

2. Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah

2.1 Maklumat denggi boleh diakses oleh pengguna melalui

komputer, tablet dan telefon pintar menggunakan talian

internet.

2.2 Carian dan paparan maklumat denggi secara interaktif.

2.3 iDengue dibangunkan oleh tenaga kepakaran dalaman

ARSM dan KKM maka penyelenggaraan dan

penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan mudah dan

secara berterusan bagi memastikan sistem dapat

beroperasi dengan optimum.

Page 4: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

4

3. Lain-lain berkaitan

Capaian sistem ini sedang diperluaskan melalui Mobile

Apps dan bagi pengurusan penyakit bawaan vektor

seperti Malaria (Sistem MaGic) dan lain-lain (Sistem

myEntopest).

ii. Elemen Keberkesanan

1. Gambaran faedah yang nyata diperolehi

1.1. Permohonan daripada komuniti dan swasta untuk

memberi taklimat dan pameran berkaitan iDengue.

2. Peningkatan produktiviti/kepuasan

2.1 Pelancaran iDengue oleh Menteri Kesihatan Malaysia

pada 5 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah bersempena

Hari Denggi ASEAN 2013.

2.2 Maklumbalas positif daripada pengguna (individu,

komuniti, swasta).

3. Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)

Tidak berkaitan

iii. Elemen Signifikan

1. Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan

1.1. Capaian mudah dan efisien secara online dan Mobile

Apps.

1.2. Paparan maklumat yang mudah difahami - dalam bentuk

grafik dan interaktif.

1.3. Pengguna boleh memberi maklum balas melalui sistem

yang diterima secara terus oleh KKM bagi membolehkan

tindakan diambil dengan cepat.

Page 5: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

5

2. Penjimatan masa/kos/sumber manusia

2.1 Di peringkat kerajaan:

Sistem iDengue telah dibangunkan secara in-house

menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan

infrastruktur ICT sedia ada di ARSM dan KKM tanpa

peruntukan kos yang tinggi. Penyelenggaraan dan

penambahbaikan fungsi pada Sistem iDengue juga dapat

dilakukan pada bila-bila masa dan tidak memberi

implikasi kos tambahan kepada kerajaan.

2.2 Di peringkat pengguna:

Pengguna boleh menggunakan mana-mana peralatan

yang boleh mengakses internet (komputer, tablet, smart

phone dan lain-lain) untuk capaian maklumat dalam

iDengue.

3. Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

Penggunaan Sistem iDengue telah memberi impak positif

kepada kerajaan melalui peningkatan kecekapan dan mutu

perkhidmatan pengurusan denggi khususnya dalam

penyampaian maklumat denggi yang lebih tepat dan terkini

secara harian.

Manakala impak yang positif turut dapat dinikmati oleh rakyat

melalui capaian kepada maklumat denggi terkini yang lebih

mudah, cepat tepat dan berinteraktif pada bila-bila masa melalui

komputer, tablet dan telefon pintar menggunakan talian internet.

Maklumat sebegini dapat mendorong orang awam untuk

mengambil tindakan secara lebih proaktif untuk turut serta

membantu pihak penguatkuasa dalam mencari dan

memusnahkan tempat pembiakan sebagai langkah kawalan dan

pencegahan.

Page 6: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

6

Selain itu maklumat dalam sistem iDengue ini turut digunapakai

oleh pihak media tempatan bagi tujuan penyebaran maklumat

denggi melalui media massa bagi meningkatkan kesedaran

berkenaan bahaya denggi serta mempromosikan aktiviti

mencari serta memusnahkan tempat pembiakan.

iv. Elemen Relevan

Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional

Demam denggi telah menjadi salah satu masalah kesihatan yang

serius di negara ini dan boleh menyebabkan kematian. Kerajaan

komited dalam pencegahan dan kawalan denggi yang mana

agenda denggi telah dibincangkan sebagai agenda tetap dalam

Jawatankuasa Kabinet bagi Kebersihan dan Kesihatan Nasional.

Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009-2013)

menyatakan kemunculan denggi selain daripada kaitan akibat

perubahan iklim, juga mempunyai kaitan dengan tahap kebersihan

persekitaran yang tidak baik di kawasan bandar yang mempunyai

kepadatan penduduk tinggi. Kejadian wabak denggi yang tidak

terkawal ini juga boleh menunjukkan kegagalan sistem kesihatan

awam memberi respon yang cekap dan berkesan kepada ancaman

kemunculan penyakit berjangkit.

Penularan denggi melibatkan banyak faktor seperti pergerakan

pesakit, tabiat pesakit mendapatkan rawatan, keadaan kebersihan

persekitaran dan komitmen agensi berkaitan memastikan

persekitaran yang bersih termasuk sistem pembuangan sampah.

Oleh yang demikian, tanggungjawab pencegahan dan kawalan

denggi adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak termasuk

orang awam sendiri.

Menurut maklumat daripada World Health Organisation (WHO)

berkaitan ‘best pratices’ mendapati bahawa kawalan vektor melalui

Page 7: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

7

pemantauan larva, pengurangan punca pembiakan, amalan baik

dalam penjagaan kebersihan persekitaran merupakan pilihan yang

baik untuk pencegahan denggi. Justeru itu penglibatan orang

awam dan pelbagai pihak berkaitan adalah sangat penting dalam

mengurangkan punca pembiakan dan juga penjagaan kebersihan.

iDengue telah dibangunkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan

untuk mendapatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk orang

awam. Maklumat yang tepat dan terkini dalam iDengue membantu

pihak berkaitan termasuk Persatuan Penduduk/Persatuan

Komuniti, syarikat swasta, kontraktor, pemaju perumahan, Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain organisasi, untuk turut

serta menjayakan hasrat kerajaan dalam mengawal wabak denggi.

Maklumat iDengue yang tepat dan terkini membantu pengguna

untuk membuat tindakan individu atau ‘self reliant actions’. Ini

termasuklah meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan

mengambil tindakan pencegahan ‘active respond’ terutamanya

yang berkaitan dengan mencari dan memusnah tempat

pembiakan.

iDengue dibangunkan hasil kerjasama aktif Agensi Remote

Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan

Inovasi (MOSTI), dengan Bahagian Kawalan Penyakit (BKP),

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerjasama ini telah

dimeterai melalui satu Nota Kerjasama yang ditandatangani pada

14 Jun 2012. Melalui kerjasama ini, ARSM berperanan

membangun, menyelenggara dan menambahbaik sistem aplikasi

pengurusan penyakit bawaan vektor termasuk iDengue dari

semasa ke semasa.

Page 8: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

8

f. Pengiktirafan Diterima

Pengiktirafan oleh KKM melalui pelancaran Sistem iDengue untuk

Komuniti oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan

Malaysia pada 15 Jun 2013, di Sungai Petani, Kedah bersempena

Hari Denggi ASEAN 2013.

g. Gambar-gambar berkaitan

Gambar 1: Majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Agensi

Remote Sensing Malaysia (ARSM), Kementerian Sains Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) dan Bahagian Kawalan Vektor (BKP), Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) pada 14 Jun 2012.

Page 9: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

9

Gambar 2: Sesi Pelancaran iDengue untuk Komuniti oleh YB Datuk Seri

Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia. Pada 15 Jun 2013,

di Sungai Petani Kedah Bersempena Hari Denggi ASEAN 2013.

Gambar 3: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam),

YBhg Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman, sedang menguji dan

menggunakan sistem.

Page 10: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

10

Gambar 4: Sesi taklimat dan pameran iDengue bersama komuniti,

anjuran Hospital Columbia Asia, Setapak, Kuala Lumpur di Dataran Desa

Rejang, Setapak pada 30 November 2014.

Page 11: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

11

Gambar 5: Lawatan ke kawasan tapak pembinaan untuk tujuan

pemeriksaan larva nyamuk aedes.

h. Implikasi Kewangan (jika ada)

Tiada implikasi kewangan yang besar kerana iDengue telah dibangunkan

secara in-house menggunakan tenaga kepakaran dalaman, fasiliti dan

infrastruktur ICT sedia ada di ARSM, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan KKM.

3. PENUTUP

iDengue telah berjaya membantu KKM merealisasikan hasrat untuk

meningkatkan kesedaran denggi di kalangan orang awam di kawasan terlibat

denggi untuk mengambil tindakan proaktif dalam mencari dan memusnah

tempat pembiakan aedes. Maklum balas yang diterima daripada pengguna

atau orang awam melalui, telefon dan emel telah membuktikan iDengue

berjaya memainkan peranan sebagai medium penyebaran maklumat denggi

di Malaysia.

Kejayaan pembangunan dan pengoperasian sistem iDengue ini adalah hasil

kerjasama Strategi Lautan Biru antara ARSM, MOSTI dan BKP, KKM

semenjak tahun 2013. Pembangunan secara in-house telah berjaya

menjimatkan kos pembangunan dan operasi kerana menggunakan

infrastruktur dan fasiliti sedia ada di ARSM dan KKM. Penyelenggaraan dan

Page 12: 1. PENGENALAN a. Latar Belakang Ringkas Perkhidmatanhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1575-sistem-idengue-untuk... · Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi (2009

12

penambahbaikan sistem dari semasa ke semasa boleh dilakukan secara

berterusan dan tidak melibatkan kos tambahan.

Sistem iDengue ini telah berjaya mengautomasikan penyebaran maklumat

denggi harian yang komprehensif dan interaktif secara atas talian.