1. pengenalan -...

17
1 1. PENGENALAN Latar Belakang Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010. Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah- tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan pembangunan Hang Tuah Jaya menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian yang ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring gagasan 1 Malaysia. Perancangan yang teliti dan bersistematik akan menjadikan kawasan Perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduknya. Inovasi yang dinamakan Strap Recycling Mechanism (SRP) merupakan inovasi di bawah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Jabatan Landskap merupakan sebuah Jabatan yang berfungsi dalam menguruskan Penyelenggaraan Landskap di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Antara Objektif Jabatan Landskap yang mendorong inovasi dihasilkan adalah:- Kempen Penanaman Pokok; Memperkayakan Sumber Landskap; Kawal Selia Pembangunan Landskap; Memantau Kemudahan Rekreasi; Memelihara Keseimbangan Pembangunan; dan Kesedaran Awam Mengenai Pengindahan. Bahagian dan Unit dalan Jabatan Landskap yang terlibat dalam penghasilan projek Inovasi ini adalah seperti berikut:- Tapak Semaian Taman Seribu Bunga Melaka Mall Hiasan dan Logistik Projek Khas Siraman Kediaman Ketua Menteri

Upload: vankien

Post on 24-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

1. PENGENALAN

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3

Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan

bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi

pada 1 Januari 2010. Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-

tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan

merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran

Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi

aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah

Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai

aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep

K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber. Majlis Perbandaran Hang Tuah

Jaya berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan pembangunan Hang Tuah Jaya

menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan

perekonomian yang ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring

gagasan 1 Malaysia. Perancangan yang teliti dan bersistematik akan menjadikan

kawasan Perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat

mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduknya.

Inovasi yang dinamakan Strap Recycling Mechanism (SRP) merupakan inovasi di

bawah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Jabatan Landskap

merupakan sebuah Jabatan yang berfungsi dalam menguruskan Penyelenggaraan

Landskap di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Antara

Objektif Jabatan Landskap yang mendorong inovasi dihasilkan adalah:-

Kempen Penanaman Pokok;

Memperkayakan Sumber Landskap;

Kawal Selia Pembangunan Landskap;

Memantau Kemudahan Rekreasi;

Memelihara Keseimbangan Pembangunan; dan

Kesedaran Awam Mengenai Pengindahan.

Bahagian dan Unit dalan Jabatan Landskap yang terlibat dalam penghasilan projek

Inovasi ini adalah seperti berikut:-

Tapak Semaian

Taman Seribu Bunga

Melaka Mall

Hiasan dan Logistik

Projek Khas

Siraman

Kediaman Ketua Menteri

2

Antara tujuan Inovasi yang dihasilkan adalah bagi memastikan Visi MPHTJ iaitu

‘Ke Arah Perbandaran Mampan Berkonsepkan Hijau Menjelang 2020’ dan

Misi MPHTJ iaitu ‘Peneraju Pembangunan Berkonsepkan Hijau Dan Perkhidmatan

Berkualiti Untuk Kesejahteraan Komuniti’ tercapai.

Selain daripada itu, penghasilan projek inovasi ini juga adalah bertepatan dalam

memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Landskap iaitu

Penanaman Pokok Ameniti sebanyak 250 batang pokok sebulan dilaksanakan.

Untuk tahun 2016, penanaman Pokok Ameniti yang dilaksanakan oleh Jabatan

Landskap adalah sebanyak 23,528 pokok dan sehingga Mei 2017, sebanyak 25,504

pokok telah ditanam. Dengan peningkatan jumlah pokok yang ditanam dalam kawasan

pentadbiran Hang Tuah Jaya, proses penyelenggaraan bagi memastikan pokok

tersebut berada dalam keadaan baik juga memainkan peranan yang penting.

3

PENGENALAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasi

Bagi menyokong hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sebuah Negeri

Bandar Teknologi Hijau dan memastikan visi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

(MPHTJ) iaitu Ke Arah Perbandaran Mampan Berkonsepkan Hijau Menjelang 2020,

Strap Recycling Mechanism (SRM) ini dihasilkan. Inovasi SRM merupakan satu

inovasi penciptaan yang direka bentuk dalam menghasilkan satu jenis ikatan dengan

menggunakan botol plastik yang terpakai. Secara am, inovasi SRM digunakan secara

menyeluruh dalam tugasan yang dilaksanakan di Tapak Semaian milik MPHTJ di MITC

Melaka. Ikatan yang dihasilkan daripada SRM ini digunakan bagi membuat ikatan pada

pokok-pokok yang ditanam dan diselenggara oleh anggota di lapangan. Penghasilan

ikatan dengan menggunakan SRM ini juga menyokong hasrat Ketua Menteri Melaka,

Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron iaitu “High Impact; Low Cost”.

Salah satu kaedah dalam penanaman dan penyelenggaraan pokok adalah dengan

menggunakan ikatan. Ikatan yang dimaksudkan adalah ikatan pokok pada tiang atau

struktur yang lurus dan kuat dalam memastikan pokok yang ditanam berada dalam

posisi yang diminta. Contoh ikatan yang dibuat adalah seperti berikut:-

Objektif Projek Inovasi

Objektif penghasilan inovasi SRM ini adalah seperti berikut:-

i. Meningkatkan Kecekapan dan Kualiti Perkhidmatan

a. Penghasilan inovasi ini adalah untuk mengurangkan penggunaan tali

rafia sebagai medium membuat ikatan pada pokok yang telah ditanam;

b. Menggunakan bahan kitar semula (botol plastik) sebagai bahan

menggantikan tali rafia untuk digunakan sebagai ikatan pada pokok; dan

c. Menghasilkan bahan untuk membuat ikatan dengan menggunakan

bahan kitar semula (botol plastik) yang dikutip selepas melaksanakan

aktiviti pembersihan kawasan.

ii. Memperbaiki Keadaan Kerja

a. Penghasilan inovasi ini dihasilkan untuk memperbaiki keadaan kerja

yang lama kepada keadaan kerja yang baru dengan menggunakan

alatan yang mudah dibawa dan mudah digunakan (user friendly); dan

b. Mengurangkan penggunaan tali rafia sebagai medium penghasilan ikatan

pada pokok yang ditanam.

Ikatan Pada Pokok

4

Proses Pelaksanaan Inovasi

Inovasi yang dihasil adalah secara in-house di mana pelaksanaan projek inovasi ini

dibuat sendiri sepenuhnya. Idea bagi penyediaan inovasi ini tercetus dengan

menyokong hasrat daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan &

Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah mengeluarkan Arahan Pengasingan Sisa

Pepejal di Punca yang berkuatkuasa pada 1 September 2015. Arahan ini berkuatkuasa

di negeri-negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam 2007 (Akta 672), Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan,

Pahang, Kedah & Perlis. Tambahan, antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh

Jabatan Landskap ialah membersihkan kawasan yang dipertanggungajawabkan seperti

di Taman Seribu Bunga dan Kediaman Ketua Menteri Melaka.

Tempoh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan inovasi SRM ini mengambil tempoh masa selama 3 bulan untuk

dihasil serta diuji cuba bagi memastikan inovasi yang dihasilkan benar-benar memenuhi

tujuan asal penyediaan inovasi tersebut. Tempoh penghasilan inovasi ini adalah seperti

berikut:-

BIL PERKARA TAHUN 2015

OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Pencambahan Idea

2 Merekabentuk Inovasi

3 Penghasilan Inovasi

4 Uji Cuba Inovasi

5 Penambahbaikan Inovasi

6 Uji Cuba Inovasi 2

7 Penggunaan Inovasi Di Lapangan

Peringkat Pelaksanaan

Kajian

Sebelum terhasilnya inovasi SRM ini, kaedah pengikatan pada pokok yang ditanam

adalah menggunakan ikatan jenis Tali Rafia. Sebagaimana yang sedia maklum,

tali rafia merupakan ikatan yang murah dan mudah untuk didapati dan boleh diperolehi

pada setiap kedai runcit di sekitar kawasan Negeri Melaka. Penggunaan tali rafia ini

telah lama digunakan sebagai alat untuk mengikat pokok yang telah ditanam supaya

tidak tumbang ataupun rosak.

Namun penggunaan tali rafia ini mempunyai kelemahan yang tersendiri dimana kualiti

tali rafia adalah amat rapuh sekiranya didedahkan dibawah cahaya matahari dalam

tempoh yang lama. Secara umum, keseluruhan pokok yang ditanam dalam kawasan

pentadbiran MPHTJ diletakkan di bawah pencahayaan semula jadi iaitu cahaya

matahari. Sehubungan dengan itu, ikatan yang dibuat menggunakan tali rafia akan

5

digantikan dengan tali rafia yang baru bagi memastikan penyelenggaraan pokok yang

ditanam berada dalam keadaan baik sepanjang masa.

Dari segi penggunaan tali rafia berikut adalah kajian secara pemerhatian yang telah

dilaksanakan : -

No Perkara Tali Rapia

1 Pemantauan Perlu dipantau 2 minggu sekali

2 Ketahanan Tahan selama 3 Bulan Untuk

Sekali Penggunaan

3 Kos Rm 4.80 (5 Meter)

Cadangan Idea Dibangunkan

Cadangan idea dibangunkan adalah seperti berikut:-

i. Cadangan Pertama

(Pemotong Botol Plastik)

a. Kaedah pemotongan botol plastik adalah dengan memotong botol plastik

mengikut ukuran yang dikehendaki pada permukaan botol plastik

tersebut.

b. Masalah yang timbul adalah kelebaran saiz pemotongan botol plastik

tersebut tidak sekata dan tidak kemas untuk digunakan.

ii. Cadangan Kedua

(Pemegang Botol Plastik)

a. Pemegang botol plastik adalah menggunakan besi yang dimasukkan ke

dalam botol yang telah dipotong separuh.

b. Pemotongan botol menjadi mudah dengan adanya pemegang kepada

botol tersebut tanpa perlu memegang dengan menggunakaan tangan

semasa proses pemotongan dijalankan

Dengan menggabungkan kedua-dua cadangan iaitu pemotong dan pemegang botol

plastik, maka idea untuk mewujudkan satu bentuk mekanisma yang boleh

menggabungkan kaedah untuk meletak, memegang dan memotong botol plastik

tersebut bagi menghasilkan satu bentuk ikatan dengan mudah dihasilkan.

6

Prototaip

Idea dihasilkan dengan menggabungkan elemen seperti berikut:-

i. Pemegang botol

ii. Pemotong botol.

Prototaip (Inovasi SRM) yang dihasilkan adalah menggunakan bahan-bahan seperti

berikut:-

i. Batang Besi Jenis Stainless Steel yang telah diubahsuai

Batang Besi dibentuk bagi meletakkan mata pisau dan rod besi

ii. Pisau Jenis Pisau Pemotong Kertas

Jenis pisau pemotong kertas adalah yang lebih mudah untuk diletakkan

pada batang besi yang telah diubahsuai

iii. Rod Besi

Rod besi dengan ukuran 25 cm panjang bagi meletakkan botol plastik

terpakai

Hasil prototaip yang dihasilkan adalah seperti berikut:-

Batang besi yang

telah diubahsuai

Mata Pisau bagi

memotong botol

plastik

Rod besi bagi

memegang botol

plastik yang telah

dipotong dua

Mata Pisau bagi

memotong botol

plastik

diletakkan bagi

memudahkan

botol plastik

dipotong

mengikut ukuran

yang diperlukan

7

Kaedah penggunaan SRM adalah seperti berikut:-

Rajah 1: Botol Plastik

Botol plastik terpakai diambil dan

dibersihkan sebelum digunakan.

Rajah 2: Memotong Botol

Plastik

Menggunakan pisau yang

bersesuaian untuk memotong

botol plastik kepada dua

bahagian.

Rajah 3: Pemegang Botol Plastik

Botol yang telah dibelah dua

dimasukkan ke rod besi bagi tujuan

memegang botol tersebut untuk

dipotong.

Rajah 4: Pemotong Botol Plastik

Botol plastik dipotong sedikit bagi

diletakkan di mata pisau pada SRM

tersebut kemudian menarik

potongan tersebut bagi

menghasilkan sebuah ikatan.

8

Kegunaan ikatan yang terhasil daripada kaedah pemotongan pada botol plastik yang

terpakai adalah seperti berikut:-

Rajah 5: Menarik Potongan

Botol Plastik

Plastik botol ditarik secara

berterusan sehingga botol plastik

selesai dipotong bagi

menghasilkan satu bentuk ikatan

Rajah 6: Hasil Ikatan Daripada

Botol Plastik

Ikatan yang terhasil daripada

pemotongan botol plastik

tersebut dikumpul bagi

digunakan untuk kerja-kerja

ikatan pokok yang ditanam

9

Pengurusan Tertinggi

•Pemangkin Idea Inovasi

Ketua Jabatan

•Penyelia Inovasi

Warga Kerja

•Pencetus Idea Inovasi

Pelanggan

•Memberi Maklum Balas Terhadap Inovasi Yang Dihasilkan

Implikasi kewangan

Penghasilan SRM hanya melibatkan kos di bawah RM 100.00 dan bahan yang

diperlukan adalah mudah didapati pada kedai yang menjual barang-barang pembinaan

dan pertukangan.

Bil Bahan Kos (RM)

1 Batang Besi RM 35.00

2 Mata Pisau (Jenis

Pemotong Kertas)

RM 5.00

3 Rod Besi (25 cm) Rm 10.00

4 Skru & Nat Rm 10.00

Jumlah RM 60.00

Kaedah Pencetusan Idea

Kategori Inovasi

Kategori Inovasi yang dihasilkan ini merupakan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

kerana inovasi ini menghasilkan jenis ikatan yang baru daripada botol plastik terpakai

bagi digunakan untuk kerja-kerja yang memerlukan ikatan di Jabatan Landskap Majlis

Perbandaran Hang Tuah Jaya. Ikatan yang dihasilkan daripada botol plastik terpakai ini

dapat mengurangkan kos jabatan untuk membeli ikatan lain bagi kerja-kerja ikatan yang

kecil di lapangan.

10

45

51

05

101520253035404550

Anggota

Bil

an

ga

n R

esp

on

den

Tahap Kepuasan

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN INOVASI SRM

Baik Sederhana Lemah

Ciri-Ciri Utama Inovasi

i. Memanfaatkan Penggunaan Teknologi

Penggunaan teknologi dalam bentuk inovasi yang memudahkan

pelanggan (warga kerja) bagi menghasilkan ikatan daripada botol

plastik dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam urusan kerja-kerja

mengikat pokok yang telah ditanam.

ii. Meningkatkan Kecekapan dan Mengoptimumkan Kos

Inovasi SRM ini hanya memerlukan kos yang rendah iaitu dibawah

RM 100.00 bagi dihasilkan. Manakala bahan-bahan yang diperlukan

bagi penghasilan inovasi ini amat mudah didapati pada kedai-kedai yang

menjual barang-barang pembinaan dan pertukangan.

Jabatan Landskap tidak perlu untuk membeli jenis ikatan lain seperti

tali rafia bagi urusan kerja-kerja mengikat yang kecil. Contoh ikatan pada

pokok hiasan.

Botol plastik terpakai yang dikumpulkan pada setiap operasi

pembersihan dapat dimanfaatkan daripada dibuang begitu sahaja.

iii. Memperkenalkan Pendekatan Baharu

Pendekatan baharu dengan menggantikan penggunaan tali rafia yang

sering digunakan untuk membuat ikatan pada pokok digantikan dengan

penggunaan ikatan daripada botol plastik yang terpakai.

Input Pelanggan

i. Maklum balas pelanggan yang menggunakan inovasi ini adalah daripada

anggota di Jabatan Landskap sendiri iaitu anggota yang bertugas bagi

penyelenggaraan pokok yang ditanam (pokok hiasan) di Tapak Semaian Majlis

dan kawasan pentadbiran Majlis secara keseluruhan Baik dengan penggunaan

inovasi SRM bagi kerja-kerja di lapangan. Kajian kepada 51 anggota di semua

peringat di Jabatan Landskap telah dibuat dengan menggunakan borang

kaji selidik (Lampiran 1). Keputusan kaji selidik tersebut adalah seperti berikut:-

11

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Impak Penggunaan

Impak penggunaan jenis ikatan daripada botol plastik berbanding tali rafia seperti

berikut:-

BIL PERKARA

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

TALI RAFIA TALI BOTOL

PLASTIK TERPAKAI

1

Pemantauan

Perlu dipantau

2 Minggu sekali

Perlu dipantau

4 minggu sekali

2

Ketahanan

Ketahanan selama

3 Bulan

Ketahanan selama

1 Tahun

3

Kos

1 Gulung (5 meter)

RM 4.80

Tiada Kos

(Bahan Buangan)

Penggunaan Inovasi diperluaskan bagi digunakan pada tanaman pokok hiasan

dalam kawasan pentadbiran Majlis seperti berikut:-

12

3. IMPAK INOVASI

Impak Inovasi yang dapat diperolehi hasil daripada penghasilan inovasi SRM ini

adalah seperti berikut:-

i. Stakeholders

i. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT)

Menyokong Kempen Pengasingan Sisa Di Punca yang

berkuatkuasa pada 1 September 2015.

ii. Kerajaan Negeri Melaka

Menyokong Objektfi Blueprint Melaka Maju Negeriku

Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau 2011-2020 iaitu

‘Meningkatkan status negeri mampan menerusi

penggunaan teknologi dan amalan hijau (green

technology state).

ii. Organisasi

i. Visi & Misi MPHTJ

Visi MPHTJ

Ke Arah Perbandaran Mampan Berkonsepkan

Hijau Menjelang 2020

Misi MPHTJ

Peneraju Pembangunan Berkonsepkan Hijau dan

Perkhidmatan Berkualiti Untuk Kesejahteraan

Komuniti

ii. Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Menjimatkan kos Pembelian Tali;

Mengurangkan barang buangan ke tapak pelupusan; dan

Meningkatkan kualiti kerja dan dapat mengurangkan

pembelanjaan mengurus

iii. Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan

(SPB-PBT)

Kriteria 2.10 (vi) :-

Program Kitar Semula dan pengasingan sisa

pepejal : (i) senarai pengusaha barang kitar

semula (third party recyclers, (ii) pusat

pengumpulan kitar semula, (iii) penempatan tong

yang telah ditetapkan, (iv) promosi kitar semula /

pengasingan sisa pepejal dan (v) laporan

pemantauan

13

iii. Pelanggan

i. Orang Awam

Memanfaatkan Bahan Kitar Semula

Kawasan pentadbiran Majlis bersih daripada sampah

Meningkatkan kualiti hidup dengan suasana kehidupan

yang bersih

iv. Alam Sekitar

i. Memelihara sumber alam semula jadi dengan memanfaatkan

bahan kitar semula (botol plastik) daripada dibuang begitu sahaja

ii. Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya

14

4. ELEMEN INOVASI

Inovatif / Kreativiti

Elemen Inovasi Strap Recycling Mechanism (SRM) adalah seperti berikut:-

i. Penciptaan baharu dalam menghasilkan ikatan atau tali dengan

menggunakan botol plastik terpakai ;

ii. Inovasi yang mudah disediakan kerana menggunakan bahan-bahan yang

mudah didapati pada kedai-kedai yang menjual barang-barang pembinaan

dan pertukangan ;

iii. Mudah digunakan kerana hanya memerlukan dua kaedah penggunaan

sahaja iaitu memotong botol dan menarik potongan botol tersebut menjadi

ikatan tali ; dan

iv. Menyelesaikan masalah dalam pengurangan kos pembelian tali yang

terlibat sehingga 100% kerana tali daripada botol plastik terpakai tidak

memerlukan kos.

Keberkesanan

Keberkesanan inovasi SRM adalah seperti berikut:-

i. Inovasi SRM berkesan dalam menyediakan tali ikatan dengan menggunakan

botol plastik yang terpakai bagi menggantikan penggunaan tali rafia;

ii. Dapat memanfaatkan sepenuhnya botol plastik terpakai daripada dibuang

begitu sahaja; dan

iii. Dapat memelihara alam sekitar daripada pembuangan sampah botol plastik

yang memudaratkan.

Signifikan

Signifikan inovasi SRM adalah seperti berikut:-

i. Kekerapan pemantauan bagi menggantikan tali ikatan pada pokok yang

dibuat dapat dikurangkan daripada 2 minggu sekali (tali rafia) kepada

4 minggu sekali (Tali Botol Plastik Terpakai);

ii. Tahap ketahanan dapat dipertingkatkan di mana tali rafia hanya mampu

bertahan selama 3 bulan dibawah pancaran matahari berbanding tali

daripada botol plastik terpakai iaitu tahan selama 1 tahun; dan

iii. Kos pembelian dapat dikurangkan sehingga 100% dimana secara am

pembelian tali rafia sepanjang 5 meter menelan belanja RM 4.80. Manakala

penggunaa tali daripada botol plastik terpakai tidak memerlukan kos

(zero cost) kerana botol plastik terpakai mudah didapati semasa

melaksanakan operasi pembersihan kawasan.

15

Releven

Releven penghasilan inovasi SRM adalah seperti berikut:-

i. Menyumbangkan pengurangan kos pembelian tali untuk kerja ikatan kecil

semasa proses penyelenggaraan pokok dalam kawasan pentadbiran Majlis;

ii. Meningkatkan kualiti hidup dengan melaksanakan amalan hijau iaitu

mengguna semula bahan-bahan yang terpakai;

iii. Menyokong hasrat YAB Ketua Menteri Melaka untuk menghasilkan inovasi

yang Low Cost High Impact; dan

iv. Melaksanakan amalan hijau bagi menjaga alam sekitar daripada

pembuangan barang-barang kitar semula.

16

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

i. Anugerah Inovasi 2015 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Pemenang Kategori Berkumpulan

Anugerah Inovasi 2015 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

yang diadakan pada 21 Januari 2016.

ii. Melaka International Intelectual Expositon (MIIEX) 2016

Gold Medal – Professional Innovation Category

Diadakan di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Melaka Kampus Alor Gajah pada 7 – 8 Disember 2016

17

6. RUMUSAN

Penghasilan inovasi Strap Recycling Mechanism (SRM) oleh anggota di

Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini dilihat dapat memberi

banyak impak dan faedah yang bermanfaat kepada pengguna terutamanya warga

kerja dalam menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan pokok dalam kawasan

pentadbiran Majlis. Selain daripada itu, inovasi ini juga dilihat banyak menyokong

hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan Negeri Melaka sebuah

Negeri Maju dan Negeri Bandar Teknologi Hijau yang mengamalkan amalan-amalan

hijau sepanjang masa. Hasrat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya juga disokong

dalam menjadikan kawasan Majlis sebuah Bandaraya Pintar yang berusaha kearah

pembangunan yang mampan dan hijau. Semoga dengan penghasilan inovasi ini

dapat memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan Negeri Melaka

secara khusus dan pembangunan Malaysia secara amnya.