1 merakyatkan membanun bersama isam serantaupknkelantan.com/download/seminar_mbbi_feb2018.pdf ·...

37

Upload: vanminh

Post on 26-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM1SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM2 SERANTA.NET 3SERANTA.NET

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T yang merupakan pentadbir bagi seluruh kerajaan di langit dan di bumi, selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta penyambung risalah yang suci ini.

Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini diurus dengan pentadbiran Islam dengan meletakkan dasar Membangun Bersama Islam. Kerajaan Membangun Bersama Islam bermaksud sesebuah Kerajaan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran negeri. Justeru perkara inilah yang diterapkan dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan bagi mentauhidkan Allah dan menghapuskan sebarang bentuk syirik serta perkara-perkara yang boleh merosakkan iman dan amal.

Segala perancangan yang dibuat adalah berpaksikan kepada dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang di dalamnya terkandung tiga ciri asas iaitu; Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan. Tiga prinsip tersebut merupakan

sendi utama dalam dasar pentadbiran Kerajaan Kelantan yang kini memasuki fasa ‘Merakyat Membangun Bersama Islam’ ke arah meningkatkan usaha menyebarluas ilmu kepada rakyat melalui cara memberi pengetahuan, meningkatkan pemahaman, menggalakkan penghayatan dan memakmurkan amalan.

Serentak dengan itu, Kerajaan Negeri telah merangka satu pelan Kelantan Melangkah Kehadapan untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri yang rakyatnya menikmati keberkatan, kemakmuran dan kebajikan, penuh bermaklumat dan hidup yang sejahtera, dengan mengoptimumkan hasil menerusi amalan urus tadbir kerajaan yang cekap, telus dan berintegriti selari dengan visi, misi dan objektif Dasar Membangun Bersama Islam.

pelaksanaan pelan tersebut berlaku dalam kerangka Falsafah “Dasar Pembangunan Negeri” iaitu pembangunan ekonomi dan kerohanian yang seimbang dan bersepadu untuk menjadikan Negeri Kelantan sebuah negeri yang maju dan makmur dengan keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Bermula tahun 2017, Tema ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam’ telah diperkenalkan yang menekankan konsep mentadbir sepenuhnya dengan anasir dan solusi Islam yang pasti mensejahterakan rakyat. Tumpuan utama ialah kepada tiga teras iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan yang kini dijadikan Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan: Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan 2016-2025.

Semoga usaha membangunkan Kelantan dengan acuan Islam ini terus disokong sepenuhnya oleh seluruh rakyat dan kerajaan ini akan diberi keberkatan oleh Allah SWT sepanjang masa.

Sekian, Wassalam.

Kata alu-aluan MENTERI BESAR KELANTAN

** RAJA BERDAULAT, NEGERI BERKAT **** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN

MENERAJUI PERUBAHAN **** KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM **

Dengan hormatnya,

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB, S.J.M.K., D.J.M.K., ( Kelantan )(DATO’ BENTARA KANAN)Menteri Besar Kelantan

3

4

5

6

7-48

50-61

62-69

70-71

Kata alu-aluan:YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

Kata alu-aluan: YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan

Latar Belakang Majlis

Atur cara Majlis

Kertas Dasar:“Merakyat Membangun Bersama Islam & Kelantan Sejahtera untuk islam”

Lampiran Teks Ucapan : Sempena Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan,Tema: “Tadbir urus cekap untuk kesejahteraan rakyat”

YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

Teks ucapan YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri KelantanSempena Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan

Galeri Aktiviti Hubungan Seranta

SUSUN ATUR : AHMAD KARIEMULLAH BIN SAIPUL BAHRIN

SEKRETARIAT PENERBITAN : PUSAT KAJIAN STRATEGIK NEGERI KELANTAN URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN UNIT PEMANTAUAN DAN PELAKSANAAN STRATEGIK (SPARK)

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM4 SERANTA.NET 5SERANTA.NET

Tujuan“Dan negeri yang baik, maka tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan

negeri yang tidak baik maka tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan lambat serta layu. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda kekuasaan Kami dengan pelbagai

cara bagi orang-orang yang bersyukur”( Surah Al-Araf ayat 96).

Pembinaan masyarakat bertaqwa adalah suatu pengharapan pemimpin dan rakyat Negeri Kelantan pada hari ini untuk mencapai Baldatun Thoyibatun Warabbun Ghofur. Sesudah 27 tahun dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan, dan terkini ditambah baik lagi agar sebati dengan rakyat Kelantan melalui pendekatan “Merakyatkan Membangun Bersama Islam”. Berpaksikan kepada tiga tonggak asasnya iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan. Ini merupakan keutamaan Kerajaan Negeri ke arah memartabatkan Kelantan Sejahtera untuk Islam.

Latar BelakangSeminar & Dialog Merakyat Membangun Membangun Bersama Islam Bersama Warga

Kelantan di Perantauan akan menghimpunkan Pemimpin NGO, Aktivis Masyarakat, Profesional, Tokoh Veteran, Teknokrat dan Pimpinan Mahasiswa yang berada di perantauan. Sasaran 1000 peserta adalah dianggap mewakili anggota komuniti dan kelompok masing-masing di bawah kepimpinan yang menghadiri majlis tersebut.

Objektif Seminar merupakan antara saluran penting bagi memberi kefahaman tentang

perkembangan semasa dan kejayaan Merakyat Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan kepada warga Kelantan di perantauan. Justeru itu, objektif khusus seminar ini adalah:

Bagi mendedahkan pendekatan terkini dasar pentadbiran Islam Negeri Kelantan kepada masyarakat khasnya warga Kelantan yang berada di perantauan

Menjalinkan hubungan maklumat dengan kepimpinan dan aktivis NGO warga Kelantan di perantauan sekaligus melebarkan nilai-nilai ‘kekitaan’ dan sentimen ‘Kelantan

Di Hati’.

Berkongsi kejayaan program dan aktiviti Kerajaan Negeri serta mempromosi tawaran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan Kelantan Sejahtera untuk Islam menjelang Pilihan

Raya Umum ke-14

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Al-baqarah. 2:148)

Alhamdulliah, Segala puji bagi Allah S.w.t.,Selawat

dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda. Merakyatkan Membangun Bersama Islam ialah kesinambungan daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diteruskan di bawah pentadbiran YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ke arah mencapai Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan.

Majlis Seminar & Dialog Merakyat Membangun Bersama Islam bersama warga Perantauan menjadi platfom kepada Kerajaan Negeri untuk menyampaikan informasi dan perkembangan terkini mengenai dasar semasa kerajaan negeri. Saya juga berharap majlis ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim, keharmonian dan jalinan kekeluargaan antara anak Kelantan dengan Kerajaan Negeri.

Di bawah agenda Merakyatkan Membangun Bersama Islam, Unit Hubungan Seranta telah diwujudkan di bawah Urusetia Penerangan Kerajaan

Negeri dalam memenuhi hasrat kerajaan bagi tujuan penyaluran maklumat semasa di samping menjaga kebajikan anak-anak kelantan di perantauan.

Akhirnya, saya mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak terutamanya seluruh urusetia program, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Pusat Kajian Strategik Kelantan, Pejabat Menteri Besar, NGO-NGO anak Kelantan di perantauan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

Setinggi- tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan memberi manfaat bersama khususnya dalam membangunkan negeri kelahiran yang sama-sama kita cintai ini demi mendapat keberkatan dan keberkatan daripada Allah S.w.t.

Sekian, terima kasih

** RAJA BERDAULAT, NEGERI BERKAT **** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM - KELANTAN

MENERAJUI PERUBAHAN **** KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM **

DATO’ HJ. MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD, D.J.M.K

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar Merakyat Membangun Bersama Islam

Kata alu-aluanAhli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri Kelantan

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM6 SERANTA.NET 7SERANTA.NET

8.30 Pagi Pendaftran Peserta Sarapan Pagi

8.50 Ketibaan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan

9.00 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Ayat Suci Al-Quran YBrs Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah 9.10 Ucapan Alu-aluan YB Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan

9.25 Pembentangan Kertas Dasar. “Merakyat Membangun Bersama Islam Kelantan Sejahtera untuk Islam” Pembentang : YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah Timbalan Menteri Besar Kelantan

10.25 Montaj “Merakyat Membangun Bersama Islam” 10.30 Sesi Dialog bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Warga Perantau

12.00 Ucapan Perasmian Penutup: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan

12.20 Penyampaian Cenderahati kepada wakil pertubuhan oleh: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan Sesi Bergambar

Makan Tengah Hari2.00 P.M Bersurai

Atur cara

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM8 SERANTA.NET 9SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Kelantan Sejahtera Untuk Islam

Latar belakang Sejarah pentadbiran PAS di Kelantan merupakan satu episod yang panjang dalam sejarah politik Kelantan. Ia bermula dengan episod kemenangan awalnya daripada 1959 semasa Pilihan Raya Umum (PRU) pertama selepas merdeka. Selepas PAS mengalami kekalahan pada tahun 1978, maka bermulanya era pemulihan dan kebangkitan semula. Kemudian beransur kepada episod kemenangan, selepas PAS bersama dengan Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya memenangi PRU 1990. Bermula daripada kemenangan kali kedua tahun 1990, maka bermulalah era pentadbiran PAS dengan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Kekuatan dasar MBI ini adalah meletakkan gaya pentadbiran yang berlandaskan Islam. Ketika itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengambil tanggungjawab untuk memastikan dasar ini dijadikan panduan di dalam semua aspek pentadbiran dan pembangunan. Hasilnya, selama 23 tahun pentadbiran berteraskan MBI, terbukti, telah banyak aspek pentadbiran dan pembangunan Negeri Kelantan telah banyak membawa perubahan kepada cara hidup rakyat Kelantan.

Dasar MBI telah menjadi rujukan dalam kerangka perancangan program dan projek pembangunan negeri. Visi dasar ini adalah untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan penduduknya mendapat keberkatan. Misinya pula adalah untuk melaksanakan agenda pembangunan negeri dan ummah berdasarkan ajaran Islam yang syumul melalui pembangunan insan dan perancangan strategik. Merakyat Membangun Bersama Islam Kesinambungan daripada dasar ini diteruskan oleh Menteri Besar yang baru iaitu Ustaz Dato’ Ahmad Yakob yang menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Satu aspek yang dibawa oleh Ustaz Ahmad ialah melakukan penambaikan dengan matlamat Negeri Kelantan melangkah ke hadapan dalam rangka untuk menyebarluas dasar ini hingga ke akar umbi menerusi strategi Merakyat Membangun Bersama Islam. Di sebalik strategi ini, matlamat utama ialah untuk mencapai Keberkatan, Kemakmuran, dan Kebajikan bagi seluruh rakyat Kelantan sekaligus ia suatu strategi menjayakan impian untuk melahirkan rakyat yang benar-benar menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Sebagaimana ditegaskan oleh Ustaz Ahmad (Harakah, 25 April 2014), “Kalau rakyat itu sebagai seorang peniaga, kita mahu dia muncul sebagai peniaga Muslim yang tahu batasan halal dan haram.” Strategi merakyatkan dasar MBI ini telah diperkemaskan lagi dengan terhasilnya Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan 2016-2025 dengan visi untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang sentiasa dilimpahi nilai-nilai keberkatan, kemakmuran dan berkebajikan selari dengan Dasar Membangun Bersama Islam. Sementara misinya pula adalah untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

mendokong prinsip syariah dalam menjayakan urus tadbir yang cekap dan berintegriti, berpaksikan konsep Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI). Selain daripada itu, perancangan ke arah menjadikan rakyat Kelantan mampu bersaing dalam sektor ekonomi, pembangunan infrastruktur dan fizikal. Justeru itu, matlamat akhirnya akan melahirkan rakyat yang progresif, dinamik dan bermotivasi tinggi dengan mengamalkan nilai-nilai hidup Islam secara syumul. Kelantan Melangkah Ke Hadapan Program Kelantan Melangkah Kehadapan - Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan telah dilancarkan oleh YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan pada 11 Rabiul Akhir 1436H bersamaan 1 Februari 2015. Ia merupakan satu program teras bagi menzahirkan segala legasi, misi dan visi yang telah berjaya mentadbir Negeri Kelantan selama 27 tahun berteraskan Dasar Membangun Bersama Islam. Daripada program inilah maka terhasilnya Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan yang menjadikan tiga tonggak utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan sebagai matlamat utama yang harus dicapai di dalam setiap program pembangunan yang dirancang dalam tempoh 10 tahun bermula 2016 sehingga 2025. Tonggak pertama : Keberkatan Keberkatan atau berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu barakah. Berkat bermakna bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Dalam teks ucapan YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan, yang dikehendaki dengan berkat bukan sekadar bertambah, tetapi disepadukan dengan pengertian kebahagiaan iaitu kebahagiaan dan ketenangan yang membawa kepada kemakmuran kerana mendapat rahmat dari Allah.

Keberkatan adalah berkait dengan keadaan persekitaran masyarakat atau penduduk dalam sesebuah negeri. Peranan pemerintah dalam membina keberkatan ialah untuk membangunkan masyarakat madani. Di samping itu hendaklah mewujudkan keadilan sosial, menghormati hak-hak asasi manusia dan kedaulatannya. Kebaikan dan perkembangan dalam negeri tidak diukur dengan jumlah harta yang sentiasa bertambah dan berlipat ganda, tetapi dalam bentuk rezeki yang lengkap dan sesuai dengan kehendak penduduk.

Keberkatan dalam sesebuah negeri bukan bermakna tiadanya kemiskinan. Kemiskinan merupakan sebuah penyakit sosial yang tidak mungkin dihapuskan. Namun kemiskinan diberi perhatian utama oleh Islam. Al-Quran juga mengandungi ajaran tentang persoalan ekonomi yang berkaitan dengan masalah produk, pengedaran, penggunaan sumber secara lestari dan kaedah untuk mencapai keberkatan yang membawa kemakmuran sesuatu bangsa.

Demikianlah konsep keberkatan dalam Islam. Manusia yang diberi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini sendiri mampu mewujudkan sebuah keberkatan di dalam suatu komuniti, negeri atau negara. Allah sebagai pemilik kehidupan ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan yang diperlukan oleh manusia. Jadi keberkatan dan

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM10 SERANTA.NET 11SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

perkembangan sesuatu negeri sangat berkait rapat dengan pekerjaan dan perbuatan manusia itu sendiri, baik secara individu, masyarakat dan negara. Kerajaan berintegriti bebas rasuah. Kelantan sebagai sebuah negeri yang mendokong perlaksanaan urus tadbir berpaksikan konsep Ubudiyyah, Mas’ulliyah dan It’qan (UMI). Hasilnya, keberkatan terjelma menerusi mutu pentadbiran yang cekap dan berintegriti. Begitu pula, prestasi ekonomi Kelantan yang dilihat stabil apabila berlaku kecekapan jentera pentadbiran. Seterusnya, Perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat telah dibuktikan apabila Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah Kerajaan Negeri disahkan kekal bersih daripada sebarang pendakwaan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bahkan kenyataan rasmi SPRM sendiri mengesahkan bahawa Negeri Kelantan adalah negeri yang terendah daripada segi penyiasatan kes rasuah melibatkan penjawat awam Kerajaan Negeri.

Justeru itu, setiap anggota perkhidmatan awam negeri bersedia menyumbang ke arah peningkatan prestasi dan produktiviti kerja dalam usaha memenuhi kehendak rakyat dan kerajaan. Senario tersebut adalah selaras dengan pengekalan tema Belanjawan 2018 iaitu Kelantan Sejahtera Untuk Islam, maka ini akan memberi tumpuan bagi menambahbaik empat teras yang dikehendaki. Teras pertama melalui Keberkatan iaitu dengan memastikan semua tindakan Kerajaan dan aktiviti rakyat dilimpahi keberkatan daripada Yang Maha Esa. Teras kedua melalui Kemakmuran iaitu dengan merancakkan pembangunan ekonomi rakyat dan ekonomi negeri. Teras ketiga melalui Kebajikan iaitu dengan memastikan kebajikan semua rakyat terbela tanpa mengira bangsa dan agama. Teras keempat melalui Kecekapan iaitu dengan mengukuhkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Negeri dan mengukuhkan kewangan negeri. Bagi menjayakan teras yang dinyatakan, maka dua strategi yang dilakukan iaitu memastikan tindakan Kerajaan Negeri dan aktiviti rakyat berpandukan syariat bagi mendapat keberkatan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegeri serta merancang perbelanjaan secara optimum dan mengelakkan ketirisan dalam perbelanjaan.

Aspek keberkatan diutamakan kerana ia ada hubung kait dengan usaha untuk menjaga maqasid syariah, iaitu bagi menjaga agama, akal, nyawa, keturunan dan harta. Apabila keberkatan diutamakan, maka akan terjelma suasana kehidupan yang positif dari segi maqasid syariah sekaligus suasana kehidupan itu adalah selari dengan prinsip Kerajaan Negeri Kelantan yang berjaya memupuk budaya bebas rasuah dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana termaktub di dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah ke Hadapan (2015-2025). Usaha penerapan nilai-nilai utama Keberkatan telah menyasarkan kepada pengukuhan peningkatan amalan mentadbir yang baik dan ke arah melahirkan penjawat awam yang profesional, kompiten dan berintegriti.

Salah satu amalan urus tadbir yang baik itu ialah dari aspek tadbir urus kewangan yang merupakan penanda aras kepada keutuhan sesebuah kerajaan. Pencapaian Kerajaan Kelantan dalam aspek ini telah diakui melalui Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 yang membuktikan bahawa tahap akauntabiliti pengurusan kewangan oleh Jabatan-Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri Kelantan adalah berada pada tahap yang terbaik.

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Sebanyak 12 Jabatan Agensi Kerajaan Negeri telah diberi penarafan cemerlang iaitu pencapaian 90% ke atas. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan masih lagi mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh sejak tahun 2015 lagi malahan semakin meningkat dengan pencapaian 99%.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan Amanat Khas Tahun 2018 kepada semua penjawat awam negeri di Dewan Jamuan Utama, Komples Kota Darulnaim pada pagi 2 Januari baru-baru ini diserikan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan di atas anugerah kecemerlangan yang diperolehi. Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mendapat Anugerah Indeks Akauntabiliti Lima Bintang daripada Pejabat Ketua Audit Negara dengan pencapaian markah sebanyak 99%, diikuti Pejabat Perbendaharaan Negeri dengan markah 98% dan Pejabat Mufti dengan markah 97%. Sementara 9 Jabatan yang lain memperolehi pencapaian antara 90% - 96% menjadikan kesemuanya 12 Jabatan mendapat penarafan bintang.

Asas di sebalik kejayaan itu, dikatakan kesan daripada penerapan prinsip pentadbiran Membangun Bersama Islam (berteraskan UMI) yang berjaya memperkasakan amalan integriti dalam pentadbiran. Hal ini disokong lagi oleh keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang melaksanakan program tasawwur Islam kepada penjawat awam. Ini merupakan suatu usaha bagi meningkat kefahaman tentang budaya hidup Islam dalam kalangan pegawai tadbir negeri (PTN) yang merupakan ‘tulang belakang’ kepada kejayaan dasar Membangun Bersama Islam. Program Tasawwur Islam merupakan cetusan idea Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Yakob bagi meluaskan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) dengan pengetahuan tadbir urus Islam.

Justeru itu, objektif program tersebut ialah menerapkan nilai-nilai agama dalam pentadbiran, membentuk pegawai yang menghayati dan mengamalkan nilai Islam dalam perkhidmatan awam serta menjadikan mereka bersedia untuk berubah dan menjadi Qudwah (role model) kepada masyarakat dengan amalan integriti dalam urusan Kerajaan Negeri. Sehingga tahun 2017 yang lalu program Tasawwur Islam telah disertai lebih daripada 100 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Guna Sama Negeri dari Gred 41-48.

Oleh sebab itu, natijah daripada pelaksanaan Program Diploma Tasawwur Islam ke atas semua pegawai Kerajaan Negeri yang turut mewajibkan peserta mengikuti Program Kuliah UMI (Ubudiyah, Mas’uliyah, Itqan), maka prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan terserlah dari segi kecekapan dan integriti selain meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti di semua peringkat jabatan, agensi dan institusi di bawah Kerajaan Negeri. Hub pendidikan Islam Kelantan sebagai Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam yang ulung untuk semua peringkat, (Kelantan sebagai Universiti Terbuka) dengan memperkasakan agensi-agensi pendidikan negeri seperti YAKIN, Tabung Pendidikan Negeri, Tabung Amanah Tok Kenali, Akademi YAKIN dan Akademi YIK Sdn. Bhd dengan mempelbagaikan sumber pendapatan baru. Begitu juga dari segi menjayakan usahasama antara Kerajaan Negeri dengan institusi pendidikan dalam dan luar negara, kerajaan dan swasta dalam bidang pendidikan tinggi

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM12 SERANTA.NET 13SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

dengan mewujudkan Zon Ilmu (Kompleks Pendidikan Islam) yang lengkap dari peringkat rendah sehingga tinggi) dan mewujudkan Pusat Bahasa Arab dengan ini dapat meningkatkan bilangan pelajar daripada luar untuk melanjutkan pelajaran di Kelantan.

Kerajaan Negeri melaksanakan sistem pendidikan Islam bersepadu di bawah Yayasan Islam Kelantan bermula dari peringkat rendah, menengah dan menengah atas. Sebanyak 89 buah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan. Peringkat menengah dan menengah atas melibat Sekolah Menengah Ugama (Arab) yang terdiri daripada sekolah bantuanKerajaan Negeri (61 buah) dan sekolah penuh Kerajaan Negeri (18 buah). YIK juga diberi tanggungjawab mengendalikan sekolah Tahfiz Al-Quran Aliran Sains (4 buah) dan Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraati (2 buah). Terbaru turut dibuka satu lagi Maahad Sains Tok Guru di Pengkalan Chepa dan Sekolah Tahfiz khusus untuk pelajar perempuan di Beta Hulu. Justeru itu,Kelantan juga merupakan negeri pertama yang melaksanakan pemberian insentif setiap bulan kepada mudir pondok dan pembantu mudir pondok. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaiktaraf institusi pondok tradisional setaraf institusi pengajian tinggi.

Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan sekolah berkonsepkan asrama penuh seperti mana Maahad Sains Tok Guru di Pengkalan Chepa (perletakan batu asas pada 6 Februari 2014). Sekolah ini diberi nama bersempana dengan ketokohan arwah Menteri Besar Kelantan yang bergelar ‘Tok Guru’ sebagai bapa pendidikan. Maahad Sains Tok mula mengambil pelajar sulungnya pada tahun 2017 sebagai sebuah sekolah bercirikan asrama penuh yang mengamalkan medium perantaraan di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) yang bertujuan untuk memantapkan lagi perjalanan prestasi pendidikan di negeri ini. Institut Latihan Perguruan Kelantan atau ringkasannya ILPK adalah sebuah institusi dibawah Pejabat YB Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggiyang diasaskan pada 30 September 2013.Bagi melahirkan modal insan Pembina Tamadun Ummah (Pengurus, Pentadbir dan Pemimpin) dengan memberi latihan dan kursus kepada tenaga pengajar. Di samping itu, dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu, maklumat dan kemahiran ke arah pembangunan modal insan yang Islamik.

Manakala Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi swasta IPTS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim YAKIN. Penubuhan KIAS merupakan inspirasi pihak Kepimpinan Ulama untuk menjadikan Kelantan Negeri Serambi Mekah sebagai pusat penyebaran perkembangan dan pembudayaan ilmu dan syiar Islam yang tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. KIAS telah mendaftar secara rasmi sebagai Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian TInggi dan mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) untuk program-program pengajiannya.

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra KIAS ditubuhkan bagi melahirkan graduan yang berilmu bertaqwa dan berakhlak mulia untuk menghadapi cabaran semasa melalui sistem pendidikan yang berpaksikan Tauhid. Justeru melahirkan graduan yang seimbang dan sepadu dari segi rohani dan akal serta bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan penuh dedikasi. Di samping itu, para pelajarnya dilibatkan dalam pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang selaras dengan Islam.

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Kerajaan Negeri juga turut komited dalam membantu aspek kewangan kepada pelajar melalui YAKIN dengan memberi pinjaman kepada pelajar yang tidak menerima bantuan pelajaran daripada agensi Kerajaan Persekutuan. YAKIN turut menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YAKIN.

Satu-satunya skim pinjaman pelajaran di Malaysia yang tidak mengenakan kadar faedah. Sementara tawaran pinjamannya adalah untuk pelajar-pelajar di peringkat Ijazah Pertama/ Diploma/Sijil di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA ), Ijazah/Diploma di UNISZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah), Ijazah Pertama Universiti-universiti/Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf JPA di luar negara (Mesir, Jordan, Indonesia).Bagi pelajar yang menerima tawaran pinjaman hendaklah menandatangani surat perjanjian, tetapi mereka tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan kecuali untuk kursus Bahasa Arab di Mesir.

Usaha-usaha pihak Kerajaan Negeri untuk meluaskan peluang pengajian turut dijalankan dengan giatnya dan telah meninjau lokasi pengajian di Turki termasuklah di Qatar, Dubai, Kuwait dan Maghribi untuk membolehkan penghantaran pelajar-pelajar dari Kelantan dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan. Sementara melalui Kerusi Tok Kenali ada diperuntukkan sejumlah bantuan pelajaran bagi membiayai pelajar terpilih bagi menyambung pengajianke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang sesuai dengan kepentinganKerajaan Negeri. Ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi mewujudkan pelapis masa hadapan yang berkaliber dan profesional.

Seiring dengan Belanjawan 2018 yang bertemakan Kelantan Sejahtera Untuk Islam Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM110.5 juta bagi tujuan pendidikan. Ia melibatkan RM96 juta diperuntukkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk meneruskan agenda kecemerlangan akademik dan sahsiah para pelajar, RM4 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah YIK. Manakala RM8 juta diperuntukkan pada tahun 2018 berbanding RM7.26 juta pada tahun 2017 untuk Program Pendidikan dan Pembelajaran bagi pendidikan pra sekolah, aktiviti pendidikan, bantuan pelajaran, dana pendidikan guru YIK, program pengajian tinggi dan galakan sekolah rendah Islam. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) diperuntukkan RM2 juta melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) untuk meneruskan program pembangunan dan pengurusan operasi harian. Kerajaan Negeri tidak pernah mengkesampingkan sistem pendidikan pondok di mana sebanyak RM500 ribu diperuntukkan untuk Program Pembangunan Pondok dan Pusat Tarbiyah.

Kerajaan Negeri tidak pernah mengurangkan peruntukan untuk pendidikan adalah kerana pembangunan pendidikan merupakan pelaburan modal insan yang akan memberikan impak positif kepada negeri. Justeru itu Kerajaan Negeri telah berjaya memeteraikan perjanjian kerjasama dengan Universiti Islam Madinah (UIM) Arab Saudi melalui YAKIN. Hasil daripada perjanjian tersebut, 25 orang pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia turut diberi tempat untuk menyambung pengajian di UIM dan pelajar terpilih itu sepenuhnya kos pengajian akan dibiayai oleh pihak Kerajaan Arab Saudi. Negeri Kelantan merupakan negeri pertama yang menandatangani perjanjian seumpama ini. Ini

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM14 SERANTA.NET 15SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

adalah hasil daripada keberkatan sebuah negeri yang ditadbir berteraskan Membangun Bersama Islam. Pembangunan Belia Mengikut Acuan Islam Dasar Pembangunan Belia

Dasar Pembangunan Belia Negeri Kelantan meletakkan Islam sebagai teras utama, yang bertujuan untuk membentuk dan membina jatidiri generasi belia yang perkasa, berteraskan ilmu, iman, akhlak dan keterampilan ke arah kegemilangan ummah.Visi dasar pembangunan belia adalah untuk membentuk dan membina golongan belia yang mencapai tahap kemajuan dan kecemerlangan yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan hidup masyarakat Kelantan dan Ummah berpandukan cara hidup yang mulia, melalui penghayatan asas-asas ketuhanan dan pengamatan nilai-nilai yang murni dalam segala bidang kehidupan.

Kekuatan dasar ini adalah ke arah mencapai misi untuk melahirkan belia yang akan mempelopori, mengisi dan menjana perubahan, seterusnya menjadi pewaris kepada kepimpinan. Untuk itu mereka haruslah mempunyai nilai-nilai yang diperlukan sebagai pra syarat untuk menjadi belia yang bersifat al-Qawiyyul Amin, iaitu belia yang mempunyai kekuatan aqidah dan fizikal, keunggulan peribadi, keluasan ilmu dan kekuatan daya fikir, keberanian kerana benar, berhikmah, beramanah, keterbukaan, berketrampilan dan berjiwa besar. Manakala objektifnya adalah merancang, menyusun, dan melaksanakan program-program ke arah membangun, membentuk dan membina masyarakat bagi merealisasikan “anak muda Kelate bermaruah” serta memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan. Program Belia

Sehubungan dengan dasar Pembangunan Belia yang menitikberatkan aspek pembangunan berteraskan jati diri belia yang bermaruah pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan pelbagai agensinya ke arah menjayakan program belia. Di antarannya telah diluluskan menerusi Belanjawan 2018, Pejabat Pembangunan Negeri telah diperuntukkan sebanyak RM2.2 juta untuk pelaksanaan program-program yang menjurus ke arah pembinaan insan. Oleh itu, dua program utama yang berjaya dilaksanakan di seluruh Negeri Kelantan iaitu Program Bina Ummah dan Program Cakna Rakyat. Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) diperuntukkan sebanyak RM320 ribu, Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia RM300 ribu dan Institut Latihan Perguruan Kelantan sebanyak RM100 ribu. Program Membina Generasi Ulama diteruskan menerusi YTK manakala Program Pembinaan Jati Diri peserta-peserta Ladang Rakyat diteruskan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya menerusi Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri menerusi YTK juga telah mewujudkan Pusat Latihan Bina Insan berkonsepkan Agro-Tourism di Jeram Mengaji Pasir Puteh dan sehingga kini YTK telah membelanjakan RM2.8 juta untuk membangunkan pusat latihan tersebut.

Ini bermakna Kerajaan Negeri telah mempelbagaikan pendekatan dakwah kepada semua golongan dan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang tidak terhad di masjid sahaja. Di samping itu, usaha memakmurkan dan mengadakan majlis-majlis ilmu di

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

tempat-tempat berpotensi turut diadakan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, turut diadakan program latihan kepada para pendakwah dan penceramah seperti teknik penyampaian atau uslub dakwah. Turut diberikan kepakaran kepada pengawai dan kakitangan yang terlibat dalam program pembangunan insan ialah cara-cara bagaimana untuk merangka program-program yang lebih menarik dan kreatif berdasarkan kumpulan sasaran yang jelas. Begitu juga kerjasama strategik turtu dipergiatkan di antara pelaksana program dengan Agensi-Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Agensi-Agensi Persekutuan dan Badan Berkanun serta pihak Korporat terutama dalam usaha membina kefahaman Islam secara meluas dalam kalangan rakyat. Melalui kerjasama itu adalah penting ke arah meningkatkan kefahaman serta penghayatan hidup berpandukan cara hidup Islam, sekaligus akan dapat memupuk nilai-nilai kesejahteraan hidup dalam kalangan rakyat di Kelantan. Pembangunan Keluarga Muslim

Satu juzuk penting di dalam pembangunan masyarakat dan negara adalah pembangunan institusi kekeluargaan. Justeru Kerajaan Negeri Kelantan amat serius di dalam mempastikan wujudnya institusi keluarga muslim berkonsep Keluarga Mawaddah.Berasaskan kesedaran ini, Dasar Keluarga Mawaddah telah digubal dan dijadikan panduan dalam merangka strategi dan program. Matlamatnya adalah ke arah melahirkan masyarakat berakhlak dan beramal dengan nilai-nilai kekeluargaan muslim. Bagi mencapai matlamat ini program yang dirancang, di antaranya berbentuk forum, diskusi dan kursus yang memenuhi konsep Keluarga Mawaddah.Demikian pula, usaha ke arah memantapkan lagi keberkesanan program, pihak UPWK turut melaksanakan modul perkhidmatan kejiranan Pusat Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (PPKSK) di setiap jajahan. Apa yang dihasratkan disebalik diadakan program kekeluargaan Muslim itu agar dapat mengurangkan kadar penceraian dan keganasan rumah tangga dan peningkatan Budaya Ta’awun (tolong menolong) dalam masyarakat.

Justeru ke arah memantapkan matlamat pembinaan institusi kekeluargaan Muslim itu, pihak Kerajaan Negeri turut mengadakan pelbagai kempen. Ia termasuklah kempen pematuhan kepada undang-undang Islam, contohnya hukum penjagaan aurat dan pergaulan bebas dan menganjurkan pertandingan Segmen Video Pendek (SVP) di peringkat pelajar IPT, mempertingkatkan penguatkuasaan Kanun Jenayah Syariah dan meningkatkan penguatkuasaan Undang-undang Kecil berkaitan kesopanan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Demikian pula, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian dalam pembinaan generasi pewaris demi melengkapkan strategi pembinaan masyarakat yang sejahtera berpandukan cara hidup Islam. Maka setiap tahun, program Membina Generasi Solat (MGS), Membina Generasi Al-Quran (MGQ) dan Membina Remaja Iman (MRI) telah diadakan. Ia merupakan langkah pendidikan dan pencegahan yang akan dapat mengurangkan penglibatan remaja dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan jenayah. Begitu pula, usaha pembinaan rakan sebaya turut diadakan menerusi program mencungkil bakat pendakwah dalam kalangan belia dengan memberi latihan secara komprehensif dan berterusan kepada bakal pendakwah belia sebagai contoh penubuhan Kelab Da’ie Muda (KDM).

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM16 SERANTA.NET 17SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Program Generasi Sejahtera Kelantan (GENTERA)

Selepas 27 tahun pelaksanaan dasar MBI, bermakna selama 27 tahun dasar ini telah mensosialisasikan generasi yang lalui selepas tahun 1990. Maka secara mudahnya dapat dikatakan generasi muda di dalam lingkungan umur 27 tahun adalah generasi pewaris yang telah mengalami nilai-nilai hidup daripada proses pembangunan Kerajaan Negeri berteraskan MBI. Sesuai dengan realiti ini kumpulan generasi muda ini perlu ditampilkan ke tengah masyarakat, maka usaha penampilan ini adalah menerusi program GSK. Generasi Sejahtera Kelantan (GENTERA) ditubuh bersesuaian dengan tema kepimpinan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sekarang, iaitu Kelantan Sejahtera Untuk Islam. Oleh yang demikian, program ini dinamakan Generasi Sejahtera Kelantan (GENTERA@ GSK) dan ia dikendalikan oleh Urusetia GSK Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Matlamat GSK ialah melahirkan kumpulan anak muda dalam kalangan warga Negeri Kelantan yang terbina daripada sosialisasi dasar Membangun Bersama Islam. Ahli GSK yang terpilih akan diorientasikan untuk menjadi penggerak rakan sebaya menerusi aktiviti berkonsepkan ‘kesukarelawan’ (volunteerism) dan ‘kesejahteraan rakyat’ (people’s well-being) yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

GSK ini berasaskan rasionalnya ke arah melahirkan generasi pewaris Membangun Bersama Islam yang berakhlak, berdisiplin dan menguasai visi-misi-objektif Merakyat Membangun Bersama Islam. Sementara strategi program GSK pula ialah untuk melahirkan sekumpulan generasi pewaris dasar Merakyat Membangun Bersama Islam berteraskan konsep Ubudiah, Masuliah dan Itqan (UMI). Generasi pewaris ini akandiprogramkan agar memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai kesejahteraan hidup. Nilai-nilai kesejahteraan yang diterapkan di antaranya amalan hidup yang berakhlak, berdisiplin dan mencintai kesejahteraan, keharmonian, kelestarian, kebersihan, keamanan dan ketenteraman di dalam hidup bermasyarakat. Oleh sebab itu, fokus GSK ialah, pertama pembinaan kefahaman teras UMI di dalam skop kesejahteraan hidup, keduanya pembinaan keupayaan menggerakkan nilai-nilai kesejahteraan, dan ketiganya pelaksanaan program ke arah melebarkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai hidup sejahtera kepada generasi pewaris.

Demikian pula, pembinaan generasi pewaris ditumpukan ke arah melalui ahli GSK yang terpilih di dalam empat bidang sejahtera, iaitu penerangan sejahtera, orator sejahtera, karyawan seni sejahtera dan aktiviti sosial dan alam sekitar sejahtera. Justeru fasa pertama program GENTERA bagi keempat-empat bidang sejahtera ini ialah melalui Ahli Komuniti GENTERA berjumlah 4,500 orang meliputi kesemua 45 Dun Negeri Kelantan. Keharmonian dan kesejahteraan antara Kaum Islam merupakan agama yang sangat mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Rakyat Kelantan amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana tiada sebarang perselisihan faham dalam kalangan penganut pelbagai agama di Kelantan. Selaras dengan agama Islam sendiri yang sememangnya adalah agama perdamaian, agama ketenangan dan agama kesejahteraan. Kelantan sekarang ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam yang meletakkan prinsip pentadbiran menurut sunnah Nabi Muhammad SAW yang

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

berjaya mentadbir Kerajaan Madinah sebagai sebuah negara yang menjamin kesejahteraan untuk semua kaum. Justeru di sebalik survival Negara Islam Madinah berlakunya nilai-nilai maqasid syariah iaitupenjagaan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta dalam kalangan penduduknya. Dengan rahmat ajaran Islam dipusakai sejak turun temurun, rakyat Kelantan pelbagai agama,budaya, bahasa dan keturunan, sentiasa hidup dalam keadaan rukun, aman, damai, tenang dan tenteram. Kemuliaan dan martabat Islam dijaga jangan ada yang menghina atau menjatuh nilai kesuciannya. Nyawa dijaga jangan ada pembunuhan. Sehingga terjaga harta benda daripada perbuatan curi, rompak, samun, rasuah dan pembaziran. Keturunan dijaga jangan ada zina dan liwat. Akal dijaga jangan ada penggunaan alkohol dan apa sahaja yang memabukkan. Justeru bagi menjagalima perkara inilah Islam mengajar agar pihak berkuasa melaksanakan siasatan keadilan berteraskan perundangan jenayah Islam (hudud, qisas dan takzir).

Kebaikan undang-undang ini adalah untuk semua kaum termasuk orang bukan Islam, khasnya orang Cina yang kebanyakannya adalah berniaga yang perniagaan mereka perlulah selamat daripada sebarang ancaman. Kerana perniagaan adalah harta benda mesti dijamin selamat. Bahkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, budaya, bahasa dan keturunan dapat mencari rezeki dan hidup dalam keadaan aman damai. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Kelantan amat serius berusaha untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah sepertimana diluluskan pada tahun 1993 dan dipinda pada tahun 2015. Ini adalah jaminan keadilan untuk sama lapisan masyarakat. Menerusi teras Membangun Bersama Islam juga, pihak Kerajaan Negeri bersikap terbuka untuk semua pihak saling faham memahami, dan menganjurkan mana-mana pihak untuk berdialog, berunding, bertukar-tukar fikiran dan terlibat sama di dalam program-program berorientasikan Islam. Supaya semua masyarakat pelbagai kaum boleh memahami kebenaran dasar-dasar berteraskan agama di Kelantan. Seterusnya, Negeri yang makmur adalah terhasil daripada rakyat yang hidup dengan harmoni. Kerajaan Negeri tidak pernah melupai sumbangan penduduk berbilang kaum termasuklah masyarakat Orang Asli di Negeri Kelantan dalam membangunkan serta memakmurkan negeri ini. Justeru, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.88 juta untuk program hubungan masyarakat antara kaum. Demikian pulasebanyak RM180 ribu diperuntukkan untuk program-program melalui Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA). Ini termasuklah pelantikan Pegawai Khas Hubungan Antara Kaum di bawah Pejabat Menteri Besarbertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Kelantan menerusi aktiviti secara berjadual kepimpinanturun beramah mesra dengan komuniti untuk di seluruh negeri.

PEKA telah dilancarkan pada 31 Mac 2017 oleh YAB Menteri Besar Kelantan bertujuan untuk merangka, merancang dan melaksanakan agenda pembangunan pelbagai kaum bagi menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing. Di peringkat Parlimen, PEKA diwujudkan di 13 Kawasan Parlimen manakala di peringkat Dun pula Pertubuhan Kebajikan Antara Kaum diwujudkan di 22 Kawasan Dun.

Di samping itu, nilai dan simbolik keharmonian antara kaum turut dibina dengan kewujudan Pintu Gerbang Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu. Selain menjadi

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM18 SERANTA.NET 19SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

simbolik keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini ia juga suatu pengiktirafan peranan komuniti peniaga cina di dalam pembangunan ekonomi negeri. Pintu gerbang yang dibina hasil cetusan idea bekas Menteri Besar, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat itu juga akan menjadi mercu tanda kepelbagaian seni budaya dan adat resam dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Idea pembinaannya tercetus ketika Allahyarham merasmikan pesta tanglung di sini pada 2013.Sementara itu, pintu gerbang itudinamakan Pintu Gerbang Cheng Ho adalah mengambil sempena dengan tokoh lagenda Laksamana Cheng Ho iaitu seorang tokoh dari Tanah Besar China yang datang ke rantau ini dan dikagumi seluruh masyarakat. Sebagaimana ditegaskan oleh Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yakob semasa perasmian pintu gerbang tersebut, bahawa keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini pastinya akan dicontohi oleh negeri-negeri lain.Justeru itu, apabila kita hidup dalam keadaan aman, kedudukan ekonomi juga berada dalam keadaan baik, maka keharmonian ini akan terus berkekalan.

Tonggak kedua : Kemakmuran Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), “makmur” diberikan pengertian mewah, serba cukup, sejahtera dan lain-lain bagi sesebuah negeri bergantung terutama sekali kepada kerajinan penduduk negeri itu. Menurut kamus Besar Bahasa Indonesia, makmur adalah banyak hasil, banyak penduduk dan sejahtera, serba kecukupan, tidak kekurangan apapun. Dalam bahasa Inggeris pula makmur membawa maksud ‘wealth’ ataupun kekayaan dalam Bahasa Melayu.

Namun dari sudut pandangan Islam, makmur berasal daripada perkataan isti’mar di dalam Surah Hud ayat 61 yang bermaksud memakmurkan dan digunakan untuk menjelaskan tujuan kejadian manusia untuk memakmurkan bumi ini. Menurut Dr. Quraisy Shihab di dalam tulisannya, Wawasan Al-Quran, konsep isti’mar di dalam Al-Quran mempunyai maksud perintah dari Allah tentang tanggungjawab penguasa politik untuk mewujudkan kemakmuran sehingga manusia dapat mengambil manfaat dari bumi ini. Suasana yang aman, wujudnya keadilan, ketelusan kerajaan, agihan ekonomi yang adil dan cakna terhadap sosio ekonomi merupakan ciri-ciri negeri yang dikatakan makmur.

Kemakmuran bagi negeri Kelantan pula diukur berasaskan 4 perkara iaitu pembangunan infrastruktur dan fizikal, pembangunan ekonomi dan pelaburan, peningkatan sosio-ekonomi rakyat dan pengukuhan kewangan negeri seperti yang termaktub di dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan 2016-2025 iaitu rujukan utama pentadbiran berprinsipkan kemakmuran yang sesuai dengan visi dan misi Kerajaan Negeri menjelang 2015. Pembangunan Positif Ekonomi Kelantan Salah satu ukuran keberkatan ialah kemakmuran ekonomi yang dikecapi pada satu-satu masa. Di antara ukurannya ialah prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Bagi Negeri Kelantan didapati KDNK pada tahun 2016 telah meningkat sebanyak 1.3% pada kadar 4.8% berbanding tahun 2015 hanya pada kadar 3.5%. Peningkatan ini meletakkan Kelantan sebagai negeri yang keenam tertinggi pertumbuhannya bahkan lebih tinggi dari peratusan KDNK Negara yang berada pada kadar 4.2%.

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Pada 2016, sektor ekonomi Kelantan menyumbang sebanyak RM20.66 billion kepada KDNK Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 66.4% iaitu sebanyak RM13.73 billion adalah disumbangkan oleh Sektor Perkhidmatan dan 24.6% iaitu sebanyak RM5.09 billion adalah disumbangkan oleh Sektor Pertanian. Sektor perkhidmatan adalah melibatkan perkhidmatan kerajaan, utiliti dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, penginapan, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Pencapaian terbaik Kerajaan Negeri dalam sektor perkhidmatan awam adalah menunjukkan 13 dari 18 jabatan serta agensi Kerajaan Negeri telah menerima penarafan 5 bintang dari indeks SSR agensi Sektor Awam Tahun 2015/2016.

Turut dibanggakan ialah sumbangan sektor pertanian di Kelantan adalah yang kedua tertinggi di Malaysia dengan pertumbuhan 2.9%. Ini adalah hasil daripada usaha Kerajaan Negeri melaksanakan Kempen Bertani Satu Ibadah kepada petani-petani di negeri ini dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran petani supaya mengusahakan bidang pertanian secara lebih bersungguh-sungguh. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah bagi meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK negeri dengan melancarkan Pelan Pembangunan Sistem Pengeluaran Lembu Pedaging Hibrid jenama NAIMbeef yang bermatlamat menjadikan Negeri Kelantan sebagai pengeluar utama baka lembu pedaging hibrid yang berkualiti dan produk pedaging halal yang utama di Malaysia.

Dalam Belanjawan 2018, anjuran sumber kewangan negeri manerusi hasil tanah merupakan penyumbang terbesar dengan jumlah RM239.96 juta atau 34.43% daripada jumlah keseluruhan jumlah hasil. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM82.06 juta ataupun sebanyak 51.96% jika dibandingkan dengan anggaran pada tahun 2017 sebanyak RM157.91 juta. Hasil daripada bayaran premium tanah dijangka meningkat sebanyak 101.86% atau RM56.02 juta. Jaminan perolehan ini akan dicapai menerusi usaha operasi bersepadu kerajaan ke arah meningkatkan kesedaran kepada pemilik-pemilik tanah agar menjelaskan premium dan cukai tanah serta tunggakan. Satu langkah kesejahteraan pihak Kerajaan adalah menerusi galakan atau insentif Kerajaan Negeri iaitu pemberian 90% diskaun pembayaran kepada tuan tanah yang tertunggak. Ini tindakan mesra ekonomi bagi mengurangkan tekanan hidup rakyat ekoran bebanan GST, kenaikan harga minyak dan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Berdasarkan rekod pendekatan insentif dan diskaun ini menyebabkan hasilnya telah meningkatkan pungutan tunggakan cukai tanah pada tahun 2016 sebanyak 50.51%.

Demikian lagi, Kerajaan Negeri amat serius untuk meningkat pelaburan dalam pembangunan tanah, termasuk tanah terbiar. Penyertaan mana-mana syarikat pelabur dalam dan luar negeri amatlah digalakkan dalam usaha memaksimumkan pembangunan tanah terbiar yang sedia ada. Untuk rekod, daripada 8,907 hektar tanah terbiar, 136.9 hektar telah dibangunkan dalam tahun 2017. Kerajaan Negeri merancang mensasarkan 140 hektar tanah terbiar dibangunkan melalui aktiviti pertanian bagi tahun 2018 hingga 2020.

Begitu pula, petunjuk kemakmuran negeri dapat dilihat daripada perkembangan sektor perlombongan dan pengkuarian yang mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2% iaitu daripada 1.1% pada tahun 2015 kepada 2.3% pada tahun 2016. Diikuti pula, sektor pembuatan menyumbang sebanyak 5.4% kepada pertumbuhan KDNK Negeri manakala

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM20 SERANTA.NET 21SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

1.2% lagi disumbang oleh sektor pembinaan. Bagi tahun 2018, hasil perlombongan dijangka menyumbang sebanyak RM66 juta atau 9.47% daripada keseluruhan jumlah hasil. Sementara nilai berkat itu turut menghasilkan kemakmuran hasil bumi (perlombongan). Kerajaan Negeri telah telah menemui satu produk perlombongan baru iaitu batuan silika yang dianggarkan memberi tambahan hasil sebanyak RM5 juta pada tahun 2018.

Dari sudut pelaburan, Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa misi rombongan ke luar negara dalam usaha untuk menarik pelaburan asing antaranya misi pelaburan ke Dubai melibatkan runding niaga berkaitan dengan pembangunan hartanah, pembangunan pelabuhan, perdagangan sumber mineral, pelbagai industri dan urusan eksport bunga atau flora, misi pelaburan ke India melibatkan runding niaga berkaitan pembukaan kilang urea ammonia untuk penghasilan baja dan industri tekstil dan misi pelaburan ke Jepun untuk meninjau sektor pembangunan hartanah, produk penjagaan kesihatan dan semikonduktor. Hasil dari misi ke Jepun, pelabur Jepun bersetuju untuk memberikan komitmen membina pusat kajian dan penyelidikan flora di Tanah Tinggi Lojing.

Apa yang menarik lagi ialah kemakmuran Negeri Kelantan turut diperolehi menerusi dasar terbuka terhadap projek kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Misalnya, dari segi pembangunan infrastruktur, satu projek mega terbaru iaitu projek pembinaan keretapi laju atau lebih dikenali dengan nama East Coast Railway Linkages (ECRL) bakal merubah lanskap Negeri Kelantan. Ia akan dibina di Kelantan menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang hingga ke Terminal Bersepadu Gombak dan dijangka akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi, pelaburan dan juga perindustrian di Negeri Kelantan. Setakat ini, proses-proses pengambilan tanah sedang berjalan dan Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap projek tersebut. Manakala projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai fasa pertama melibatkan laluan sepanjang 73 kilometer dari Pasir Hor ke Kok Lanas sedang berjalan lancar dengan kos keseluruhan dianggarkan mencecah RM1.8 bilion. Setelah siap, laluan ini bakal memberi manfaat kepada jutaan anak perantau Kelantan yang pulang berhari raya di kampung halaman. Selain memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan pada musim perayaan. Lebuh raya ini juga dijangka akan meransang pertumbuhan ekonomi di sepanjang laluannya, serta turut menyumbang kepada KDNK negeri.

Sektor pelancongan merupakan sektor yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan di negeri ini kerana latarbelakang negeri yang kaya dengan sejarah warisan dan budaya yang unik. Menurut rekod Kempen Tahun Melawat Kelantan 2016 seramai 6 juta pelancong telah datang ke Kelantan. Di antara program kempen yang diadakan ialah promosi ‘road show’ ke seluruh Malaysia, aktiviti kesenian di Pentas Budaya. Di samping itu dilaksanakan penambahbaikan infrasturuktur dan kemudahan di pusat tumpuan pelancong. Sementara itu, pelancongan turut meningkatkan ekonomi rakyat setelah dibangunkan beberapa kawasan sebagai produk baru pelancongan seperti pasar terapung di Kg. Pulau Suri, projek Pasar Seni di Bazar Tok Guru dan projek menaiktaraf kemudahan di Kolam Air Panas Tok Bok, Machang. Selain daripada itu, Kerajaan negeri juga telah mengenalpasti kawasan-kawasan berpotensi untuk diwujudkan taman industri (industrial park) di Tok Bali, Estate Sungai Bagan dan Sg. Terah.

Kemudian dari segi perancangan pembangunan untuk masa hadapan telah dipersetujui satu kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

dalam pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang sedang dalam fasa akhir perundingan. Projek ini dijangka bukan hanya menyumbang kepada perkembangan ekonomi Kelantan malah dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering berlaku di negeri ini apabila tiba musim tengkujuh.

Projek-projek yang telah disenaraikan untuk dilaksanakan di bawah RMK-11 dijangka akan terus mengembang dan mengukuh ekonomi Negeri Kelantan. Antara projek yang disenaraikan tersebut adalah pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) serta tebatan banjir. Pengurusan kewangan mendapat pengiktirafan Ketua Audit Negara Menerusi amalan pentadbiran berprinsipkan UMI, ia telah meningkat tahap kompetensi dan integriti pengurusan kewangan Kerajaan Negeri. Hal ini telah dibuktikan tatkala Kerajaan Negeri Kelantan telah mendapat pengiktirafan terhadap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah memperolehi markah 99.0 peratus dan yang tertinggi pernah dicapai.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 juga mendapati pencapaian pengurusan kewangan jabatan/agensi Kerajaan Negeri sebanyak 12 jabatan pada tahap cemerlang iaitu 90-99 peratus. Manakala lima jabatan dan agensi mendapat penarafan pada tahap baik.

Prestasi itu mendahului negeri-negeri lain termasuk Selangor (96.20 peratus), Pulau Pinang (96.16 peratus), Terengganu (94.50 peratus), Johor (91.30 peratus) dan Kedah (90.01 peratus).

Kejayaan yang diperoleh ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Kelantan selama ini telah berjaya melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan melaksanakan tugas berlandaskan prinsip Islam yang menekankan aspek tanggungjawab, amanah dan cekap. Ia juga merupakan hasil daripada dasar dan pendekatan kerajaan negeri yang melaksanakan ketelusan dalam pentadbiran berasaskan Islam.

Perumahan mampu milik Satu lagi aspek penting bagi Kerajaan Negeri Kelantan dalam misi memenuhi tonggak kemakmuran dikecapi oleh rakyat ialah pembinaan rumah yang memenuhi keperluan rakyat. Justeru itu Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) dan Program Bantuan Rumah Dhuafa’untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan mensasarkan pembangunan RMMK sebanyak 5,000 unit sehingga tahun 2018. Oleh itu, sebanyak RM9 juta diperuntukkan untuk pembinaan rumah awam mampu milik. Program RMMK ini sangat memberansangkan apabila pada tahun 2017, sebanyak 2,136 unit RMMK disasarkan untuk dibina, 1,309 unit dalam pembinaan dan sebanyak 628 unit siap dibina dalam tempoh 3 tahun (2013 hingga 2016).

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM22 SERANTA.NET 23SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Begitu pula menerusi bantuan rumah dhuafa’ sebanyak 71 buah telah dibina. Sasarannya ialah golongan rakyat miskin yang bersedia membina kediaman di atas tanah sendiri. Pada tahun 2018, program ini diteruskan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta. Tonggak ketiga : Kebajikan Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua dalam Dewan Bahasa Dan Pustaka, definisi kebajikan ialah perbuatan yang mendatangkan kebaikan iaitu orang yang berkemampuan dan suka membuat jasa kepada orang lain serta dihormati oleh masyarakat.

Berpandukan maksud Surah Al-Baqarah ayat 177, jelaslah memberi gambaran yang baik dan terang tentang kebajikan. Manusia perlu mematuhi segala aturan, membuat segala bentuk kegiatan dan tindakan atas dasar cinta kepada Allah dan kecintaan kepada orang lain adalah didasari oleh pengabdian kepada Allah.

Hal ini selari dengan maksud Kebajikan yang merupakan tonggak ketiga dalam Pelan Strategik Kelantan Ke Hadapan. Di bawah tonggak ini, fokusnya adalah aspek amalan kebersihan dan kesihatan rakyat, khidmat kebajikan dan khidmat perbandaran. Sasaran khidmat kebajikan adalah dapat melahirkan masyarakat cakna kebajikan, memastikan penyaluran bantuan cekap dan efektif, meningkatkan keupayaan agen penyalur bantuan dan mewujudkan kerjasama semua jabatan/agensi dibawah satu jawatankuasa kebajikan di peringkat negeri dan jajahan.

Sasaran di sebalik program kebajikan dan kesihatan rakyat ialah untuk melahirkan masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab dalam membudayakan amalan kebersihan dan kesihatan, meningkatkan keberkesanan pengurusan kebersihan dalam kawasan perbandaran, meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan kesihatan di peringkat negeri, mewujudkan prasarana kesihatan dan persekitaran yang terbaik bagi Negeri Kelantan.

Sementara sasaran bagi program pembangunan perbandaran pula ialah ke arah pembangunan bandar yang selari dengan perkembangan semasa dan keperluan masa depan. Paling utama kesan pembangunan itu mewujudkan bandar-bandar baru yang Islamik dan mengekalkan identiti tradisi Kelantan serta menerapkan inisiatif “Green City” di semua PBT.

Berkongsi kejayaan Kelantan Sejahtera

Pelaksanaan konsep negeri berkebajikan merupakan tumpuan penting Kerajaan Negeri Kelantan demi memenuhi keperluan kesejahteraan kepada rakyat. Justeru itu program-program kesejahteraan yang dijalankan sebelum ini terus ditambah baik. Tambahan pula, kemakmuran sesebuah negeri sering dikaitkan dengan penyediaan keperluan asas yang menjamin kehidupan sejahtera yang sekaligus mampu memenuhi nilai-nilai pembangunan spiritual dan material. Sehingga kini Kerajaan Negeri telah berjaya memacu pengembangan ekonomi dan membangunkan pusat-pusat pertumbuhan yang baharu, seperti Lembah Sireh dan

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

terkininya ialah Pasir Puteh Sentral. Bagi mengurus pembangunan di segenap pelusuk negeri, tumpuan utama ialah kepada semua 10 Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing. Kesemua jajahan ini di arah agar melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal, termasuk program-program sosioekonomi melalui kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukan keseluruhannya untuk perbelanjaan pembangunan dan RM739 juta perbelanjaan mengurus bagi tahun 2018. Bagi meningkat tahap kebersihan terutama dari segi pengurusan sampah dan sisa pepejal, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM312 juta untuk pembelian tambahan 12 buah lori kompaktor kepada semua PBT. Di samping menggalakkan program Kebersihan dan Keceriaan dan pembinaan taman serta pembinaan tempat sukan dan rekreasi. Kerajaan Negeri turut memperkenalkan projek baru iaitu pembinaan Taman Haiwan di Tanah Merah bagi menambahkan kemudahan rekreasi berkonsep alam semulajadi dan pengekalan spesis haiwan. Ini merupakan mesej yang jelas daripada Kerajaan Negeri bahawa isu kebersihan, keindahan dan kesejahteraan rakyat merupakan isu yang sangat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri demi menjaga imej Negeri Kelantan. Warga emas Kelantan sentiasa mendapat perhatian khusus daripada Kerajaan Negeri menerusi Skim Takaful Kifaalah Warga Emas yang dilancarkan pada tahun 2007. Sehingga Januari 2017 skim ini telah berbakti kepada lebih daripada 160,351 orang dengan peruntukan tahun 2018 berjumlah RM8 juta. Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima peruntukan sebagai perbelanjaan mengurus dan untuk bantuan-bantuan kebajikan. Sejumlah RM6 juta turut diperuntukkan bagi membela golongan “Armalah” (Ibu Tunggal) dan Anak Yatim. Kerajaan juga telah menyediakan RM18.4 juta peruntukkan Bantuan Am Bulanan “Al-Musa’adah” bagi tahun 2018. Peruntukan-peruntukan ini disediakan sesuai dengan hasrat memupuk masyarakat penyayang, selari dengan tuntutan Islam ke arah mewujudkan masyarakat dan negeri sejahtera. Peruntukan lain bagi program kebajikan adalah bantuan khas Al-Barakah dan Bantuan Bencana Alam untuk bekalan dan pemulihan. Manakala bantuan persekolahan menerusi YAKIN dan diberikan kepada pelajar bagi bantuan elaun latihan sambil belajar. Meneruskan agenda Negeri Berkebajikan, program “Al-It’am” (bantuan bekalan beras), program pembelaan rakyat miskin, Bantuan Perkahwinan Rakyat Miskin adalah program yang popular terutama bagi kalangan keluarga berpendapatan rendah. Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut melaksanakan program Pengurusan Jemaah Haji sebagai inisiatif membantu memudahkan urusan perjalanan para Jemaah Haji Negeri Kelantan. Dalam aspek kesihatan dan alam sekitar pula, kerajaan menggerakkan Kempen Kesihatan, Bantuan Penyakit Kronik serta aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam sekitar yang lestari, juga untuk pelbagai aktiviti yang melibatkan agenda kesejahteraan rakyat. Menerusi agenda ini, pihak Kerajaan Negeri menyediakan tambahan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2018. Kerajaan Negeri memandang serius terhadap peranan belia wanita sebagai aset dalam membangunkan negeri. Justeru itu, keutamaannya adalah mengadakan program belia dan sukan serta Dana Belia Niaga. Ini diperlengkapkan lagi program untuk pelbagai segmen masyarakat seperti program wanita dan keluarga, kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pembangunan masyarakat. Begitu juga kebajikan anak-anak Kelantan di

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM24 SERANTA.NET 25SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

perantauan tidak dilupakan oleh Kerajaan Negeri. Ia dijayakan menerusi Unit Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan. Berhubung dengan perhatian khusus kepada segmen masyarakat OKU, Kerajaan Negeri banyak memberikan sumbangan adalah dalam bentuk sumbangan kewangan, van, kerusi roda dan lain-lain. Selain itu, disediakan juga tempat parkir, laluan dan tandas khusus untuk OKU. Hasilnya warga OKU turut aktif melibatkan diri dalam program-program dan majlis-majlis Kerajaan Negeri di peringkat jajahan dan dun. Memandangkan sekarang bebanan hidup yang semakin meningkat ekoran daripada kenaikan harga barang, maka langkah proaktif Kerajaan Negeri ialah menyediakan beberapa solusi menerusi Belanjawan 2018. Di antaranya ialah mengecualikan cukai pintu bagi premis-premis yang dikenakan cukai RM50.00 ke bawah. Bantuan pendidikan RM100 (one-off) kepada pelajar-pelajar tingkatan satu daripada keluarga miskin yang mendaftar di sekolah-sekolah YIK. Bantuan sara hidup RM1200 setahun kepada penarik-penarik beca berdaftar yang akan dibayar dua kali pembayaran. Turut diberi perhatian ialah kepada golongan dhaif dan miskin dengan menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk program-program pembelaan rakyat miskin dan mereka yang memerlukan di setiap Dewan Undangan Negeri. Menerusi pendekatan ini, kepimpinan tempatan khusus Adun diarahkan agar mengambil langkah prihatin dan dapat bertindak segera bagi membuktikan sikap cakna kepada semua lapisan masyarakat. Hal yang demikian adalah seiring dengan keputusan Kerajaan Negeri melaksanakan diskaun sebanyak 90% daripada jumlah denda berkaitan premium tanah dan bayaran denda lewat bayar cukai tanah. Turut ditawarkan ialah penyambungan semula meter air secara percuma bagi pelanggan-pelanggan AKSB bermula 1 Disember 2017 sehingga 30 Jun 2018. Begitu pula bagi menunjukkan kecaknaan Kerajaan Negeri terhadap institusi kekeluargaan beberapa kemudahan turut disediakan. Di antaranya ialah cuti ihdad (cuti 30 hari dengan gaji penuh untuk kakitangan wanita yang kematian suami), pengisytiharan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan bermula pada hari Sabtu akhir bulan Ogos 2015 setiap tahun, penubuhan Taska Keluarga Mawaddah untuk mencapai pembentukan ummah yang bertaqwa melalui fasa pendidikan awal kanak-kanak. Begitu pula, Kerajaan Negeri Kelantan turut mengamalkan dasar galakan penyertaan kumpulan NGO di dalam program-program yang berimpak kesejahteraan rakyat dan berkebajikan kepada semua segmen masyarakat. Justeru itu Kerajaan Negeri turut menyedia prasarana tersebut menerusi perubahan Majlis Perundingan Wanita (MPW) yang terdiri daripada Majlis Perundingan Wanita Negeri (MPWN) dan Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) bertujuan bagi mewujudkan forum untuk menyuarakan dan mengenalpasti masalah, isu dan keperluan wanita dalam menjaga kepentingan dan kemaslahatan wanita di peringkat parlimen. Diikuti dengan Penubuhan Majlis Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) bagi menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelaan dan kerja khidmat komuniti di kalangan rakyat, NGO dan anak muda dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. Kemudian Penubuhan Majlis Penasihat OKU Negeri Kelantan sebagai platform untuk perwakilan menyuarakan idea dan pendapat kepada Kerajaan Negeri ke arah memperkasakan pengurusan kebajikan OKU. Begitu pula

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Penubuhan jawatankuasa penyelarasan bantuan banjir NGO negeri dan jajahan bertujuan untuk menjadi pasukan bantu bagi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana sedia ada. Jawatankuasa ini juga bertindak sebagai penyelaras dengan NGO lain dan mana-mana badan berkaitan bagi membina jaringan kerjasama. Malah sikap dan komitmen kesejahteraan turut melibatkan pelaksanaan skim-skim kebajikan kepada masyarakat bukan Islam termasuk menyediakan prasarana kepada rumah-rumah ibadat penganut lain. TAWARAN KELANTAN MENGHADAPI 2018 Kerajaan Negeri Kelantan menganggapkan tahun 2018 adalah satu tempoh yang amat mencabar. Di atas kesedaran ini, Belanjawan 2018 telah menerima pakai tema “Kelantan Sejatera Untuk Islam” demi membuktikan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri di dalam mempastikan prinsip Islam terus relevan dan kesejahteraan rakyat dapat ditunaikan sedaya mungkin. Begitu juga sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menerima Resolusi Kongres Rakyat yang diadakan pada 31 Disember 2016 di Dewan KTC Kota Bharu. Resolusi kongres tersebut melibatkan 11 kluster iaitu:

1. Agama dan Syariah – memperkasa dakwah dan perundangan Islam 2. Pendidikan – memperkasa YIK dan KIAS 3. Alam Sekitar – mempraktikan pembangunan berkonsepsustainable dan hijau 4. Perumahan dan Perbandaran – membanyakkan rumah kos rendah dan bandar baru 5. Sosial dan Keselamatan – memperkasa institusi kekeluargaan dan kebajikan serta

keselamatan dan kesejahteraan masyarakat termasuk OKU 6. Ekonomi – menggalakan koperasi, IKS dan peranan PBT memaju pelung perniagaan 7. Kebudayaan dan Pelancongan – memartabat seni silat dan mempopularkan

pelancongan Islam 8. Petani, Penternak dan Nelayan – melaksanakan gerakan Petani Al-Falah dan

memperkasa matlamat Jelapang Makanan Negera 9. Perantauan – memperkasa Unit Hubungan Seranta dan menubuh Perantau Centre 10. Perpaduan - mempertimbangkan hak perumahan, tanah dan kawasan

pembangunan kepada antara kaum termasuk Orang Asli 11. Hak-hak Rakyat Kelantan – mengusahakan penubuhan Bank Rakyat Kelantan

berkonsepkan koperasi dan memperkasa tuntutan dengan Kerajaan Pusat termasukhak royalti.

Menghadapi PRU-14

Demikian pula, berikutan tahun 2018 adalah dijangkakan akan berlaku Pilihan Raya Umum ke-14, maka pihak Kerajaan Negeri Kelantan akan terus komited dengan usaha memartabatkan sistem pentadbiran Islam dan pemerkasaan perundangan serta pembangunan yang mesra Syariah. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengemukakan 10 tawaran utama untuk memperkasa atau meneruskan program pembangunan untuk semua lapisan rakyat. Tawaran ini juga merupakan usaha ke arah menjayakan Kelantan Sejahtera Untuk Islam dapat diterima oleh majoriti rakyat Kelantan.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM26 SERANTA.NET 27SERANTA.NET

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Tawaran pertama: Meneruskan pembinaan Perumahan Untuk Rakyat dengan memberi tumpuan bagi meneruskan Program rumah Dhuafat; menyediakan tapak rumah pada harga di bawah pasaran (terendah) di Gual Tambun sebanyak suku ekar; dan untuk permudahkan pinjaman perumahan kepada rakyat.

Tawaran kedua: Memajukan bidang pendidikan menerusi pendekatan menyediakan bantuan pembangunan kepada sekolah rendah (SRITI) dan menengah Islam (SMITI); dan menyediakan bantuan kepada Pusat-pusat Tahfiz.

Tawaran ketiga: Melaksanakan pembinaan Kampung Warisan – merancang pembinaan Kg. Warisan di pinggir-pinggir bandar bagi membangunkan tradisi ekonomi sara diri (mandiri).

Tawaran keempat: Mengurang bebanan kos sara hidup rakyat menerusi pendekatan bantuan caj perubatan hospital; pemberian keperluan dapur/bekalan makanan dengan cara memperluaskan Bantuan al-It’aam.

Tawaran kelima: Mempertingkatkan kecekapan khidmat Bekalan Air Bersih; dan air percuma kepada pengguna pada kadar bil di bawah RM20.00.

Tawaran keenam: Pemerkasaan Sektor Pelancongan Islam melalui usaha mewartakan kawasan sungai, tasik dan bekas lombong diwartakan sebagai pusat perlancongan Islam yang sejahtera; memperkenalkan pengunaan beca tradisi yang boleh di rechargeable; memperkenalkan penggunaan boat dwi fungsi (air dan darat); dan mempertingkat mutu perkhidmatan kereta sewa.

Tawaran ketujuh: Menjadikan Kelantan Negeri Sejahtera Rakyat berpaksikan pelaksanaan program kebersihan ke arah meningkatkan budaya hidup sihat; pembukaan Taman Rekreasi Keluarga - Mewujudkan Taman Rekreasi Keluarga di setiap jajahan; melaksanakan pendekatan ‘Kelantan Bersih secara bersepadu’; mewujudkan Anggota Polis Bersih di bawah PBT untuk penguatkuasaan dan kawalan menggunakan CCTV; memperkenalkan gerai makanan terssusun berkonsepkan Anjung Selera; membuka bengkel OKU – bengkel orang cacat secara terbuka;

Tawaran kelapan: Merakyatkan IKS menerusi peraturan wajib kepada pemaju di atas setiap tanah pecah lot perlu diperuntukkan kawasan industri makanan; dan memwartakan taraf ‘Industri Makanan Halal’ di kawasan industrri makanan.

Tawaran kesembilan: Meningkatkan Kemakmuran Sektor Pertanian menerusi usaha menangani isu tanah padi digunakan untuk tanaman getah/kelapa sawit menyebabkan terganggunya aliran air ke sawah; melaksanakan syarat pengambilan tanah untuk pembangunan, iaitu menyediakan kawasan penanaman di kawasan yang akan dibangunkan; strategi menambah Bekalan Makanan Rakyat menerusi usaha merakyatkan ternakan lembu daging secara sistem pawah; dan membuka Ladang Ternak Komersial di ladang sawit milik Kerajaan Negeri.

Tawaran kesepuluh: Memperkenalkan Dasar Pembangunan dan Pengambilan tanah yang lebih mesra rakyat, iaitu sebarang pengambilan tanah untuk pembangunan, penduduk yang terlibat hendaklah diberi tempat untuk kediaman oleh kawasan pengambilan; dan mewujudkan serta menambah peluang pekerjaan dengan pembinaan pelabuhan di Tumpat.

K e l a n t a n S e j a h t e r a U n t u k I s l a m

Berikutan daripada 10 tawaran ini, Kerajaan Negeri meletakkan harapan besar kepada rakyat Kelantan termasuklah warga Kelantan di perantauan agar dapat bersama-sama terlibat di dalam perancangan yang dibuat nanti. Persetujuan ini penting bagi membuktikan kesepakatan untuk bersama-sama bangkit mempertahankan dasar Merakyat Membangun Bersama Islam agar terus menjadi panduan pentadbiran negeri di bawah Kepimpian Ulama. Penutup Pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam selama 27 tahun dan kini memasuki fasa penambahbaikan (Pasca PRU 2013) menerusi strategi dasar baru iaitu Merakyat Membangun Bersama Islam. Maka komitmen Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama, Ustaz Ahmad Yakob amat tegas untuk meneruskan visi dan misi yang diasaskan sebelumnya. Justeru pendekatan pembangunan negeri yang berteraskan prinsip Islam dijadikan panduan utama di dalam merealisasikan perancangan ke arah pencapaian tonggak 3K (Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan). Cita-cita bersama bagi kepimpinan dan rakyat Negeri Kelantan sudah tentu untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang utuh dengan nilai-nilai Islam demi memenuhi wajah Kelantan Sejahtera Untuk Islam.

Semoga ALLAH S.W.T merestui dan memberi petunjuk yang berterusan demi memartabkan kemuliaan agama-Nya di bumi Kelantan Serambi Mekah.

Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan 1 Jamadil Awal 1439 18 Januari 2018.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM28 SERANTA.NET 29SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM30 SERANTA.NET 31SERANTA.NET

Dasar Merakyat Membangun Bersama Islam

Oleh: Dr Wan Nik Wan Yussof

Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan

Latar belakang Pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam bakal menyambut ulang tahun jubli perak pada tahun 2015. Sudah tentu nilai dan fakta kejayaan dasar Membangun Bersama Islam akan menjadi fokus untuk dilihat oleh seluruh warga negeri Kelantan dan pihak-pihak luar.

Sehubungan hasrat Menteri Besar Kelantan yang mahukan dirangka satu perancangan agar “memasyarakatkan” dasar Membangun Bersama Islam secara menyeluruh, demi melihat kadar penerimaan dan penghayatannya meningkat di kalangan warga negeri Kelantan.

Justeru satu perancangan strategik telah diadakan bagi memastikan pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam bagi penggal keenam ini dapat dijayakan dengan cemerlang dalam tempoh lima tahun (2014-2018). Hasilnya satu pelan strategik ‘Merakyatkan Membangun Bersama Islam’ (MMBI) telah siap dan dilancarkan pada 6 Mei 2014.

Urusetia Urusetia pelan strategik ini ialah Urusetia Bersama MMBI di bawah Pejabat Menteri Besar dengan kerjasama Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Setakat ini Pusat Kajian Strategik bertindak sebagai penyelaras kepada urusetia tersebut. Sementara itu, dokumen pelan strategik MMBI telahpun diedar kepada pihak atau agensi yang terbabit. Pelaksana Pelaksana bagi pelan strategik ini ialah pelbagai agensi Kerajaan Negeri Kelantan. Kandungannya berupa program, projek dan aktiviti yang disusun di bawah tujuh mercu tanda pelan strategik berupa objektif bagi memenuhi matlamat, iaitu: 1. Amalan Kebersihan 2. Menyempurnakan Solat 3. Pembangunan Pendidikan 4. Menyuburkan Kebudayaan dan Kesenian 5. Menangani Gejala Sosial 6. Menerajui Pembangunan Ekonomi Islam 7. Penyelidikan dan Penilaian.

Konsep Memasyarakatkan Bagi mencapai maksud ‘memasyarakatkan’ *Kamus Dewan: memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dalam masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dan sebagainya) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dan sebagainya dalam kalangan masyarakat]. Konsep Merakyatkan “Merakyatkan” ditakrifkan oleh Kamus Pelajar dan Kamus Dewan sebagai menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dan sebagainya secara meluas kepada seluruh rakyat; menyebarluaskan ilmu, amalan dan sebagainya kepada rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata.

Oleh kerana takrif “merakyatkan” dan “memasyarakatkan” didapati tidak jauh bezanya yang berkisar kepada persoalan proses menyebarluas ilmu kepada rakyat (masyarakat), maka panel perancang bersetuju menamakan pelan strategik ini sebagai Pelan Strategik Merakyat Membangun Bersama Islam. Justeru persoalan pokok di sebalik takrif ”memasyarakatkan” dan ”merakyatkan” ialah ke arah memenuhi persoalan bagi pembangunan insan, iaitu untuk: 1. Memberikan pengetahuan 2. Meningkatkan pemahaman 3. Memastikan penerimaan 4. Menggalakkan penghayatan 5. Memakmurkan amalan

Matlamat Sehubungan konsep dan persoalan di atas, maka matlamat MMBI ini ialah ‘mendidik’ masyarakat agar bersikap ‘mesra’ dengan dasar Membangun Bersama Islam, lantas ‘komited’ kepada semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Bagi memenuhi matlamat ini, maka visi MMBI ialah menyebarluaskan dasar Membangun Bersama Islam untuk difahami, diterima, dihayati dan diamalkan secara meluas dalam kalangan rakyat Kelantan.

Sementara misi MMBI ialah menggerakkan agensi kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan semua lapisan rakyat mempunyai pengetahuan, kefahaman, penerimaan, penghayatan dan pengamalan yang selari dengan prinsip Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan. Moto ”Keberkatan, kemakmuran dan kebajikan semua rakyat”

Ke arah mencapai realiti dasar Membangun Bersama Islam––dalam kalangan rakyat.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM32 SERANTA.NET 33SERANTA.NET

Orientasi Orientasi strategik ialah berasaskan lima konsep pendidikan kepada kumpulan sasar (rakyat) sepertimana rajah berikut:

Sehubungan itu, misi setiap agensi pelaksana ialah mendedahkan pengetahuan tentang aspek dasar Membangun Bersama Islam kepada kumpulan sasar agar pemahaman berlaku secara meluas. Program yang dilaksanakan diharap akan menghasilkan penerimaan pelbagai lapisan rakyat (sepertimana sasaran). Lapisan rakyat yang memahaminya sudah tentu akan bersedia menerima, kemudian akan bersedia melakukan penghayatan secara individu mahupun menerusi kelompok masing-masing. Apabila penghayatan berlaku secara meluas sudah pasti kesannya akan meningkatkan lapisan rakyat yang bersedia dengan amalan yang selari dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Oleh itu, penyelesaian orientasi kepada lima persoalan pokok (seperti dalam rajah di atas) di atas adalah ke arah memenuhi matlamat MMBI iaitu pendekatan ‘mendidik’ masyarakat agar bersikap ‘mesra’ dengan dasar Membangun Bersama Islam, lantas ‘komited’ kepada semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Sekaligus memenuhi tuntutan Visi dan Misi pendekatan MMBI ke arah menyebarluas dasar Membangun Bersama Islam dengan menggerakkan agensi pelaksana agar mencapai objektif tujuh teras MMBI sperti mana dijelaskan melalui rajah berikut.

Memahami moto MMBI Keberkatan merupakan petunjuk pencapaian setiap program di bawah dasar MMBI dari segi mendapat keredaan Allah. Sementara lapisan rakyat sebagai penerimanya menikmati keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Di sananya berlaku pematuhan dan penghayatan amalan hidup yang berpandukan syariah atau tidak melanggari akhlak yang diajar oleh Islam. Nilai keberkatan sebenar ialah menerima Islam sebagai cara hidup yang syumul.

Kemakmuran pula merujuk kepada kemajuan dan pembangunan sosioekonomi yang berkaitan dengan mutu hidup dan jaminan hidup seharian dan masa depan. Ia turut menyentuh aspek limpahan rezeki yang merata kepada semua lapisan rakyat dan tingginya amalan berkebajikan berlegar di dalam masyarakat. Nilai utama kemakmuran ialah berlaku peningkatan mutu dan keselesaan hidup kesan kemakmuran sehingga meringankan bebanan atau terbebas daripada tekanan hidup.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM34 SERANTA.NET 35SERANTA.NET

Kebajikan adalah manifestasi daripada pencapaian nilai keberkatan dan kemakmuran hasil pelaksanaan program, aktiviti dan projek pembangunan berpandukan dasar MMBI. Apabila mencapai tahap pembangunan yang seimbang, maka ia petanda keberkatan dari Allah SWT dan meningkatnya tahap kemakmuran sosioekonomi dalam kalangan rakyat Kelantan. Kesan daripadanya akan meningkatkan amalan berkebajikan (fastabiqul khairat) dalam masyarakat. Sekaligus akan menyuburkan amalan saling bantu membantu, kerjasama dan perkongsian (ta’awun) di antara pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan agama serta adat tradisi. Perancangan strategik Perancangan strategik bagi menghasilkan pelan strategik “Merakyat Membangun Bersama Islam” (MMBI) telah diadakan pada 23-24 April 2014, di Perdana Resort. Mendasari perancangan strategik tersebut adalah tiga prinsip utama teras pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Dasar Membangun Bersama Islam––Ubudiah, Mas’uliyah dan Itqa.

Sementara rujukan dalam perancangan tersebut adalah kandungan enam dasar utama Kerajaan Negeri Kelantan yang sedia ada. Setiap satunya terdapat dalam bentuk pekeliling, enakmen, dasar dan aktiviti yang dilaksanakan, iaitu:

1. Dasar Pentadbiran Kerajaan berteraskan Syari’at i. Pekeliling Pentadbiran ( Cuti Dua Hari Seminggu) ii. Pekeliling Pentadbiran (Cuti Ibu Bersalin) iii. Pekeliling Pentadbiran ( Cuti Kematian Pasangan) iv. Pekeliling Pentadbiran ( Bekerja Berdekatan/Mesra Pasangan)

2. Dasar Perundangan dan Kehakiman i. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015 ii. Mengemaskini Enakmen Kekeluargaan

3. Dasar Kebudayaan dan Kesenian i. Enakmen Kawalan Hiburan ii. Dasar Pelancongan

4. Dasar Pembangunan Pendidikan i. Dasar Pendidikan YIK ii. Penubuhan KIAS di bawah YAKIN iii. Dasar Bantuan Pendidikan Pra-sekolah (PASTI) iv. Dana Pendidikan Negeri Kelantan v. Institut Latihan Perguruan Kelantan

5. Dasar Pembangunan Ekonomi i. Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ii. Enakmen Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat (PPLRK) iii. Enakmen Perbadanan Tunjong (TDC) iv. Enakmen Perbadanan Tok Bali v. Enakmen Perbadanan Pertanian Kelantan vi. Dasar Bertani Satu Ibadah v. Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Kelantan

6. Dasar Pembangunan Sosial i. Dasar Pembangunan Wanita ii. Dasar Pembangunan Belia iii. Dasar Keluarga Mawaddah iv. Dasar Pembangunan Insan v. Dasar Kebajikan dan Kesejahteraan

Mercu tanda Di dalam kandungan perancangan strategik MMBI telah dirumuskan dalam tujuh aspek mercu tanda (Teras Kejayaan) dasar Membangun Bersama Islam. Ia telah dimasukkan berpandukan orientasi matlamat MMBI iaitu untuk ‘mendidik’ masyarakat agar bersikap ‘mesra’ dengan dasar Membangun Bersama Islam, lantas ‘komited’ kepada segala usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Tujuh mercu tanda itu ialah:

1. Amalan Kebersihan 2. Menyempurnakan Solat 3. Pembangunan Pendidikan 4. Menyuburkan Kebudayaan dan Kesenian 5. Menangani Gejala Sosial 6. Menerajui Pembangunan Ekonomi Islam 7. Penyelidikan dan Penilaian.

Ketujuh-tujuh aspek dimuatkan di dalam peta pelan strategik dengan membutirkan Objektif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang harus dicapai berasaskan penetapan program/projek/aktiviti. Pelaksanaannya melibatkan komitmen agensi pelaksana sebagai PIC (Person in Charge) dengan sasaran pencapaian dalam tempoh 2014-2018. Kesemua maklumat pelan strategik MMBI dijelaskan sebagaimana butiran di dalam setiap mercu tanda (teras kejayaan) daripada kandungan peta pelan strategik. Dalam penulisan ini, setiap mercu tanda dinyatakan KPI objektif dan program/projek/aktiviti yang diputuskan yang perlu dilaksanakan ke arah memenuhi petunjuk pencapaian penting dasar MMBI Negeri Kelantan.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM36 SERANTA.NET 37SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM38 SERANTA.NET 39SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM40 SERANTA.NET 41SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM42 SERANTA.NET 43SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM44 SERANTA.NET 45SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM46 SERANTA.NET 47SERANTA.NET

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM48 SERANTA.NET 49SERANTA.NET

Penutup

Memandangkan pelaksanaan strategi MMBI ini masih dianggap baru, berbanding dengan dasar induknya Membangun Bersama Islam, maka kerjasama dan komitmen bersama-sama pihak yang terbabit amatlah penting. Keutamaannya adalah setiap agensi pelaksanaan seperti tertera di dalam peta pelan strategik bagi ketujuh-tujuh teras pencapaian MMBI akan diambil tanggungjawab secara serius.

Ia merupakan suata cabaran kerana kejayaannya amat bergantung kepada kesungguhan bersifat political will dalam memastikan kebersamaan semua pihak ke arah mencapai matlamat dasar ini, iaitu keberkatan, kemakmuran dan kebajikan kepada semua rakyat Kelantan.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM50 SERANTA.NET 51SERANTA.NET

1

MAJLIS AMANAT KHAS

YAB. USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN

SEMPENA TAHUN BAHARU 2018 & PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI

KELANTAN

“TADBIR URUS CEKAP UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT”

،،

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya (iaitu Zulqarnain)

kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami telah memberikan jalan kepadanya

untuk mencapai setiap sesuatu (yang diperlukannya). (Al-Kahfi: 84)

1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah

keizinan-Nya, dapat sama-sama kita berada di Majlis Amanat Khas Tahun

Baharu 2018 ini. Saya merakamkan penghargaan kepada semua hadirin

serta hadirat yang telah memberikan komitmen tinggi untuk menjayakan

majlis yang sangat bermakna pada pagi ini.

2. Tema sempena Amanat Tahun Baharu 2018 ini ialah “Tadbir Urus Cekap

Untuk Kesejahteraan Rakyat”. Tema ini diterapkan bagi menggarapkan lagi

usaha Kerajaan Negeri dalam memacu agenda pembangunan negeri

2

secara lebih efisyen selaras dengan tuntutan Syariat dan dalam kerangka

membina kesatuan dikalangan penjawat awam Negeri Kelantan.

3. Saya membacakan ayat diawal ucapan tadi berkaitan dengan kekuasaan

Raja Zulkarnain yang memiliki kuasa pemerintahan merangkumi timur dan

barat. Baginda berjaya membangunkan rakyatnya untuk akur kepada titah

perintah Allah dan mentadbir dengan penuh dedikasi serta berkebajikan.

Hak rakyat dijaga dalam semua aspek termasuk dalam aspek keselamatan

rakyat yang berhadapan dengan musuh Yakjuj dan Makjuj pada ketika itu.

Baginda berjaya membangunkan dinding besar berteknologi tinggi yang

dibuat daripada besi dicampur dengan tembaga antara dua gunung demi

kesejahteraan rakyatnya.

4. Kerajaan Negeri Kelantan telah sedaya upaya berusaha menjadikan urus

tadbir negeri ini sebagaimana pentadbiran kukuh dan sejahtera yang telah

dibangunkan oleh Rasulullah SAW, para Khulafa’ Rasyidin termasuklah urus

tadbir wibawa sebagaimana kisah Raja Zulkarnain tadi. Dalam menjayakan

urus tadbir cekap ubtuk kesejahteraan rakyat, maka Kerajaan Negeri akan

terus berpegang kepada teras-teras berikut:-

Pertama: Memperkukuhkan Pembangunan Insan Berteras Syariat Islam;

Kedua: Memantapkan Pentadbiran Berasaskan Integriti, Akautabiliti dan

Kredibiliti ;

Ketiga: Merakyatkan Pembangunan Ekonomi yang Mapan; dan

Keempat: Mengutamakan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

5. Bagi mendokong teras-teras tersebut, para penjawat awam dalam pelbagai

jawatan dan jabatan mestilah bekerja secara bertungkus-lumus

bersandarkan strategi-strategi berikut :

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM52 SERANTA.NET 53SERANTA.NET

3

i. Mempergiatkan agenda dakwah dan bina insan menerusi penglibatan

agensi-agensi dan jabatan-jabatan secara menyeluruh.

ii. Mewujudkan urus tadbir yang cekap dan berwibawa melalui Pelan

Strategik 2013-2018.

iii. Memastikan kemudahan infrastruktur dan utiliti asas dapat

dibangunkan dan diselenggara dengan baik.

iv. Merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri bagi meningkatkan tahap

pendapatan dan keselesaan rakyat.

v. Melaksanakan segala agenda kebajikan rakyat dengan memastikan

golongan sasar mendapat manfaat daripada program Kerajaan

Negeri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

6. Pantadbiran Awam di Negeri Kelantan sudah berada pada tahap yang

sangat baik. Ini terbukti dengan anugerah-anugerah serta penarafan

bintang yang telah diperolehi oleh Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi

Kerajaan Negeri sama ada dalam pengurusan kewangan dan sebagainya.

Namun begitu, kita tidak boleh berpuas hati setakat itu sahaja. Bahkan,

kecemerlangan prestasi pentadbiran awam kita perlu dikekalkan dan

sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri berhasrat

bagi melahirkan penjawat awam yang profesional, kompeten dan

berintegriti berasaskan pemahaman dan pembudayaan nilai Ubudiyah.

Mas’uliyah dan Itqan (UMI).

7. Kita tidak mahu adanya salahlaku, penyelewengan, pendedahan maklumat

dan rahsia kerajaan, pengabaian kerja, cuai dalam tugasan, ketirisan

4

pengurusan kewangan, ponteng kerja dan pelbagai kelemahan lain dalam

pentadbiran. Kelompangan jiwa daripada memiliki iman serta ilmu agama

adalah punca utama wujudnya gejala negatif dalam pentadbiran. Justeru,

besar harapan saya supaya semua para penjawat awam negeri memberi

keutamaan untuk mengikuti pelaksanaan Program UMI diperingkat Jabatan

termasuklah program Diploma Tasawwur Islam yang diterapkan kepada

pegawai tadbir negeri sebagai satu cara memantapkan kefahaman diri

bagi melahirkan rasa keimanan serta kebertanggungjawaban kita dalam

melaksanakan segala tugasan sebagai penjawat awam.

8. Pencapaian kadar KDNK Negeri Kelantan iaitu 4.8% pada tahun 2016 perlu

dikekalkan dan dipertingkatkan. Untuk itu, pembangunan ekonomi dan

pelaburan negeri seharusnya mengambil tindakan yang proaktif dengan

mempastikan usaha dan misi pelaburan yang dicetuskan sebelum daripada

ini dapat dilaksanakan dan dijayakan sepenuhnya. Runding niaga berkaitan

pembangunan hartanah, perdagangan sumber mineral, pembukaan kilang

urea ammonia untuk penghasilan baja, industri tekstil dan pusat penyelidikan

flora dan fauna yang diusahakan dengan negara Jepun, India dan UAE

mestilah digerakkan dengan kesungguhan yang tinggi sehingga berjaya

dilaksanakan. Kita tidak mahu apa yang telah kita mulakan berakhir di

pertengahan jalan. Saya menyeru pihak UPEN, PKINK, PMBK dan badan-

badan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi dan pelaburan negeri

supaya mempastikan runding niaga tersebut berjaya.

9. Pengurusan kewangan negeri yang mapan adalah menjadi hasrat Kerajaan

Negeri, Oleh itu, kutipan hasil sedia ada hendaklah dipertingkatkan

terutamanya melibatkan sektor perlombongan, pembalakan, kuari,

pemindahan tanah pasir dan sumber air. Undang-undang dan garis

panduan sudah sedia ada. Apa yang perlu Jabatan dan Agensi yang

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM54 SERANTA.NET 55SERANTA.NET

5

berkenaan fokuskan adalah penguatkuasaan kepada undang-undang

tersebut.

10. Dalam soal perbelanjaan, setiap Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun

Negeri hendaklah mengurus kewangan masing-masing secara berhemah

dan bertanggungjawab. Dasar penjimatan dan cermat dalam perbelanjaan

seharusnya dihayati dan diamalkan oleh kita semua. Tidak boleh sewenang-

wenangnya kita membelanjakan peruntukan yang disediakan tanpa melihat

kepada keperluan yang sebenar. Kejujuran dan integriti kita dalam

perbelanjaan kewangan Kerajaan Negeri adalah melambangkan maruah

dan peribadi kita.

Hadirin Hadirat Sekalian,

11. Peranan guru agama dan para pendakwah amat penting sekali dalam

pembinaan syaksiah dan jati diri rakyat Kelantan. Pendidikan secara formal

dan tidak formal masing-masing melengkapi antara satu sama lain bagi

membangunkan insan yang berkualiti tinggi. Sehubungan itu, pihak JAHEAIK

hendaklah sentiasa mengambil langkah-langkah penambahbaikan

pentadbiran agama Islam dan dakwah supaya dapat dilaksanakan secara

tersusun dan mengikut perancangan yang ditetapkan. Usaha kepelbagaian

aktiviti dakwah, pengajian tafaquh, pengendalian kursus bina insan dan lain-

lain aktiviti hendaklah terus diperkukuhkan bagi memantapkan kefahaman

dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat.

12. Seperti yang sedia maklum, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)

pindaan 2015 telah diluluskan pada tahun 2015 dan pewartaan

pelaksanaannya telah ditangguhkan hingga kini sehingga Kerajaan

Persekutuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)

1965. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah meminda Enakmen Tatacara

6

Jenayah Syariah 2002 bagi menambaik peruntukan sedia ada seperti

mewujudkan peruntukan berkenaan hukuman bersifat restoratif iaitu

hukuman bersifat mendidik seperti khidmat masyarakat dan sebagainya.

13. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap penambahbaikan

undang-undang sedia ada supaya ianya menjadi lebih baik dan berkesan.

Dalam masa yang sama, saya menyeru para pengamal undang-undang

seperti Hakim Syarie, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie dan semua

kakitangan mahkamah agar mengambil tindakan yang proaktif dalam

menyelesaikan mana-mana kes tertunggak yang sedia ada supaya rakyat

mendapat hak dan keadilan yang sewajarnya.

14. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pegawai

Tadbir Ugama (PTU), Pegawai Syariah dan Pegawai Lantikan Politik yang juga

merupakan tunggak dan muka hadapan Kerajaan Negeri dalam

melaksanakan Pengurusan Hal Ehwal Islam dan Pentadbiran Sistem Keadilan

Syariah bagi mempastikan rakyat negeri Kelantan hidup dengan panduan

agama Islam. Pihak kerajaan Negeri ada menerima beberapa cadangan

daripada Pegawai Tadbir Ugama berkenaan penambahbaikan skim

perkhidmatan. Perkara ini telah berada dalam semakan dan pertimbangan

Kerajaan Negeri.

Hadirin Hadirat Sekalian,

15. Kita semua tahu bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan

Jabatan Pembangunan Islam di semua Pihak Berkuasa Tempatan sebagai

satu langkah memantapkan peranaan PBT. Saya berharap pegawai dan

kakitangan dalam Jabatan ini dapat memainkan peranan semaksima

mungkin bagi setiap PBT dalam mempastikan setiap gerak-geri perjalanan

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM56 SERANTA.NET 57SERANTA.NET

7

PBT mahupun mereka yang terlibat dengan PBT agar sentiasa mamatuhi

landasan agama.

16. Dari sudut pendidikan pula, saya berharap semua kakitangan Yayasan Islam

Kelantan (YIK) dapat meneruskan kejayaan-kejayaan sebelum ini dan terus

berdedikasi tinggi dalam memberikan khidmat pengajaran yang terbaik

kepada para pelajar dan masyarakat demi mempastikan pendidikan

agama terus berkembang. Bagi memantapkan lagi proses pedagogi dan

teknik pengajaran serta pembelajaran guru-guru YIK, saya menyeru ILPK agar

melengkapi para guru YIK dengan pelbagai kemahiran dan kursus bagi

mempersiapkan diri mereka sebagai seorang guru merangkap seorang da’ie

yang dapat menerapkan kefahaman kepada masyarakat sesuai dengan

dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam.

17. Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, berdasarkan rekod, Kerajaan

Kelantan merupakan negeri tertinggi yang memperuntukkan peratusan

belanjawan tahunannya untuk sektor pendidikan dan dakwah. Ini kerana,

Kerajaan Negeri melihat sektor pendidikan sebagai sektor yang perlu

diperkasakan bagi membasmi anasir negatif yang melanda anak muda

pada zaman ini seperti gejala penyalahgunaan dadah, gejala pembuangan

anak, gejala buli dan sebagainya. Dalam hal ini, para ibu bapa, para pelajar

dan anggota-anggota masyarakat juga mesti mengambil peranan masing-

masing dalam mengukuhkan budaya ilmu dan pengetahuan bagi

membasmi masalah kebejatan moral tersebut. Budaya ilmu ini akan secara

langsung dan tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat daripada

kancah maksiat dan seterusnya mewujudkan persekitaran kehidupan yang

lebik baik dan harmoni.

18. Kerajaan Negeri Kelantan juga mengutamakan sektor pertanian dan ia

merupakan sektor terpenting dalam menjana ekonomi Negeri Kelantan.

8

Pencapaian sektor pertanian bagi Negeri Kelantan dibuktikan oleh peratusan

sumbangan sektor pertanian kepada aktiviti ekonomi negeri. Peratusan

sumbangan sektor pertanian Negeri Kelantan kepada peratusan aktiviti

ekonomi bagi negeri-negeri di Malaysia adalah yang tertinggi berbanding

negeri-negeri lain. Ini membuktikan sektor pertanian di Kelantan adalah

sektor utama yang menjadi penyumbang utama kepada perkembangan

aktiviti ekonomi negeri ini.

19. Oleh itu, bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian, para petani

mestilah diberi kesedaran tinggi untuk mempergiatkan usaha meningkatkan

pelaburan dalam aktiviti pertanian. Manakala para penjawat awam pula

perlu memberi khidmat dalam pembangunan pertanian serta pengeluaran

bahan makanan berkualiti di negeri ini termasuk menjayakan konsep ‘Bertani

Satu Ibadah’. Jabatan Pertanian Negeri dan agensi-agensi berkaitan

hendaklah menyusun dan melaksanakan pelbagai program pembangunan

pertanian secara lebih sistematik. Dengan menggunakan pendekatan Sistem

Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) sebagai kaedah penyampaian

perkhidmatan pengembangan, semua program hendaklah dirangka

dengan rapi bagi membolehkan penglibatan daripada semua golongan

sasar. Program pembangunan tanah-tanah terbiar juga hendaklah terus

diberi penekanan.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian,

20. Kelantan juga berpotensi besar untuk membangunkan sektor pelancongan

kerana mempunyai alam semula jadi dan tempat menarik yang boleh

dijadikan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Oleh yang

demikian, Kerajaan Negeri menerusi portfolio Kebudayaan, Pelancongan

dan Warisan telah merangka pelbagai persiapan dari segi infrastruktur

pelancongan, produk-produk pelancongan dan acara-acara menarik

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM58 SERANTA.NET 59SERANTA.NET

9

dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri Kelantan.

Saya berharap hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri Kelantan

sebagai hub pelancongan Islam tercapai sepenuhnya dengan adanya

kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat.

21. Kita juga dapat melihat usaha gigih daripada semua PBT dalam menjaga

kebersihan dan keceriaan bandar. Pun begitu, terdapat banyak lagi ruang

penambahbaikan yang perlu pihak PBT laksanakan seperti mempergiatkan

lagi kempen kebersihan kepada seluruh lapisan masyarakat dan menjaga

keceriaan persekitaran bandar. Justeru, adalah satu perkara yang baik

seandainya pihak PBT dapat membahagikan zon-zon kawalan kebersihan

dan diletakkan di bawah seliaan Ahli-Ahli Majlis. Pada masa yang sama,

penglibatan pimpinan masyarakat seperti ADUN, Penggawa dan Penghulu

adalah amat diperlukan dalam kempen kebersihan ini bagi melahirkan

masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin kepada kebersihan

Bandar dan Negeri Kelantan tercinta ini.

22. Mewujudkan suasana yang sejahtera di dalam negeri ini merupakan

matlamat teras Kerajaan Negeri. Melalui portfolio Kesejahteraan Rakyat,

Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, pelbagai aktiviti seperti Kempen

Kesihatan, Bantuan penyakit kronik, dan aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam

sekitar sentiasa digerakkan. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri

sangat cakna dalam hal ehwal penjagaan kebajikan, kesihatan rakyat dan

alam sekitar yang lestari.

23. Begitu juga dalam mempastikan setiap rakyat dapat menikmati keselesaan

dan kemakmuran hidup, Kerajaan Negeri akan terus memberi penekanan

terhadap pembangunan infrastruktur yang menjadi pemangkin bagi

peningkatan taraf sosioekonomi rakyat. Justeru, Jabatan Kerja Raya sebagai

peneraju kerjaraya dan infrastruktur hendaklah menyusun perancangan

10

yang terbaik dalam memperluaskan sistem rangkaian jalan negeri serta

pembangunan jambatan baru dan pembaikian jambatan yang sedia ada.

Infrastruktur pengangkutan yang bersepadu sudah tentu dapat menggerak

kegiatan ekonomi, pelaburan dan perindustrian negeri disamping dapat

juga mengurangkan kesesakan lalu lintas demi keselesaan rakyat.

24. Dalam usaha meneruskan tanggungjawab supaya setiap rakyat dapat

menikmati bekalan air tidak terputus dan lebih bersih sepanjang masa,

Kerajaan Negeri telah meneroka era baru dalam perkhidmatan air melalui

pembiayaan projek di bawah Pengurusan Aset Air Bersih (PAAB) dengan

membina serta menarik taraf loji rawatan air serta pemasangan paip baru

dengan kos keseluruhan yang telah diluluskan oleh PAAB sebanyak RM133.08

juta dan dapat dinikmati oleh kira-kira 1.25 juta pengguna.

25. Kerajaan Negeri melalui Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah melaksanakan

program promosi sambung semula air secara percuma kepada rakyat

Kelantan bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2017. Promosi ini

bertujuan meningkatkan bilangan pengguna air terawat di Kelantan. Bagi

membuka lebih peluang kepada rakyat terutama bekas pengguna AKSB,

Kerajaan Negeri dengan ini melanjutkan tempoh promosi sehingga 30 Jun

2018.

Hadirin Hadirat Sekalian,

26. Kerajaan Negeri juga sedaya upaya berusaha dalam meningkatkan taraf

sosioekonomi melalui pembasmian kemiskinan dan penyediaan peluang

pekerjaan dan ianya menjadi agenda berterusan agar golongan wanita dan

belia juga dapat dilahirkan menjadi usahawan yang berjaya dan berani

menghadapi cabaran. Kerjasama erat dan bersepadu antara jabatan dan

agensi untuk menggerakkan penglibatan dalam pelbagai sektor seperti

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM60 SERANTA.NET 61SERANTA.NET

11

industri makanan, tekstil, perdagangan, pembuatan, perkilangan, hartanan

dan lain-lain perlu diperkasakan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik

kepada golongan penggerak ekonomi negeri ini.

27. Bagi melaksanakan segala agenda kebajikan rakyat dengan mempastikan

golongan sasar mendapat manfaat daripada program Kerajaan Negeri,

saya percaya Urusetia Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Keluarga serta

agensi-agensi yang terlibat telah melaksanakan peranannya dengan baik

dalam menyalurkan bantuan Kerajaan Negeri kepada rakyat. Syabas saya

ucapkan kepada UPWKK kerana telah berjaya membentuk Majlis

Perlindungan Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan (MPON). Dengan

adanya MPON ini, nasib orang kelainan upaya akan lebih terpelihara dan

terbela.

28. Manakala Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) selaku Jabatan Kerajaan yang

diberi mandat khusus untuk melaksanakan program dan aktiviti melibatkan

anak muda dan belia perlu menilai dan memantau setiap program yang

dilaksanakan secara teliti. Ini bagi mempastikan setiap program Kerajaan

Negeri yang dikhususkan kepada golongan belia dapat mencapai sasaran

dan hasrat Kerajaan Negeri iaitu bagi melahirkan generasi anak muda dan

belia yang beriman dan menjadi tonggak kepada negeri dan bangsa. Besar

harapan Kerajaan Negeri supaya dapat dimaksimakan dan dilipatgandakan

usaha bagi mempastikan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan anak

muda dan belia dapat dikurangkan seterusnya dapat dibenteras

sepenuhnya. Dalam hal ini, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri hendaklah

berganding tenaga dengan semua urusetia yang lain bagi mempastikan

maklumat tepat berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan sampai kepada semua

akar umbi dan semua golongan sasar.

12

29. Begitulah juga, Kerajaan Negeri sangat menitik-beratkan aspek keharmonian

yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat pelbagai kaum. Dengan

adanya Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA), saya menaruh keyakinan,

perpaduan antara pelbagai kaum di Kelantan dapat dikekalkan sepanjang

masa dan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara baik.

30. Untuk akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada

seluruh penjawat awam Negeri Kelantan diatas kejayaan cemerlang dalam

pentadbiran dan pengurusan. Pencapaian anugerah penarafan cemerlang

tahap akauntabiliti pengurusan kewangan oleh Ketua Audit Negara pada

tahun 2016 kepada 12 Jabatan dan Agensi Kerajaan yang mendapat

markah lebih 90% telah membuktikan khidmat cemerlang tuan-tuan dan

puan-puan sekalian. Seharusnya pencapaian hebat ini diteruskan pada

masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan

pembangunan Kerajaan Negeri dan teruskan usaha ini sehingga Allah

mengurniakan keberkatan, kerahmatan dan kemenangan yang besar suatu

hari nanti.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM62 SERANTA.NET 63SERANTA.NET

TEKS UCAPAN

YB Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

SEMPENA MAJLIS AMANAT KHAS TAHUN BAHARU 2018 DAN PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN

TARIKH : 14 RABIULAKHIR 1439H / 02 JANUARI 2017 (SELASA) MASA : 08.30 PAGI TEMPAT : DEWAN JAMUAN UTAMA KOMPLEKS KOTA DARULNAIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 1. Bismillahi rahmanir rahim

2. Segala puji-pujian hanya layak ditujukan kepada Allah S.W.T., Tuhan yang memiliki sekalian

alam ini. 3. Selawat dan salam ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan

para sahabatnya.

4. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana pada pagi yang berbahagia ini kita telah diberi kesempatan untuk hadir bersama-sama bagi menjayakan Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan.

5. Sukacita saya mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Amat

Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang senantiasa melapangkan masa untuk bersama-sama dengan penjawat awam Negeri Kelantan setiap kali adanya majlis yang melibatkan kehadiran bersama di antara kerajaan dan pejawat awam dilaksanakan. Ini adalah merupakan satu gambaran yang jelas bahawa Kerajaan Negeri dan pegawai perkhidmatan awam negeri mempunyai hubungan yang erat ibarat aur dengan tebing, yang sentiasa bersama dalam membangunkan Negeri Kelantan ini demi kesejahteraan rakyat.

6. Majlis ini adalah merupakan acara tahunan yang diadakan bersempena dengan

bermulanya tahun baharu dalam kalendar masihi dan bermulanya tahun kewangan yang baharu bagi jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia ini. Walaupun majlis ini telah sentiasa kita adakan sepanjang tahun, namun pengisiannya amat penting sekali kerana kita akan mendengar amanat Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan sebagai panduan kepada semua penjawat awam Negeri Kelantan untuk melaksanakan tugas bagi sepanjang tahun 2018 ini.

7. Tahun 2017 telah pun berlalu, dan sekarang kita berada di awal tahun 2018. Pada sekitar penghujung tahun 2017 yang lalu, sebagaimana tahun-tahun yang sebelumnya kita telah diuji dengan kejadian banjir yang melanda negeri yang kita kasihi ini. Kemuncaknya sejumlah hampir 8,080 buah keluarga telah berpindah dan melibatkan juga 4 kemalangan jiwa. Alhamdulillah, kita telah dapat hadapinya dengan tenang dan bantuan kepada mangsa juga dapat kita salurkan dengan baik.

8. Sidang hadirin sekalian,

9. Dalam ucapan belanjawan pada bulan November yang lalu, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar telah menggariskan bahawa penyediaan Bajet Negeri Kelantan Tahun 2018 adalah berdasarkan kepada 4 teras utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran, Kebajikan Dan Kecekapan. Insya Allah 4 teras utama inilah yang akan dijadikan sebagai panduan kepada semua penjawat awam untuk diberikan fokus dalam pelaksanaan tugasan dan aktiviti utama jabatan sepanjang tahun ini.

10. Pada 31 Disember 2017, prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan pencapaian akaun hasil yang disatukan sebanyak lebih kurang RM566.52 juta iaitu kurang 12 peratus sahaja lagi untuk mencapai sasaran RM637 juta anggaran keseluruhan hasil bagi tahun 2017. Ini adalah merupakan peningkatan yang sangat ketara berbanding dengan tahun 2016 yang mencatatkan jumlah pungutan hasil sebanyak RM497.20 juta sahaja.

11. Hasil tanah adalah merupakan penyumbang utama pada tahun 2017 dengan jumlah pungutan hasil sebanyak RM295.53 juta atau 185% daripada anggaran hasil tahun berkenaan. Penerimaan daripada geran persekutuan atau terimaan bukan hasil adalah merupakan penyumbang kedua terbesar dengan nilai sebanyak RM121.56 juta diikuti dengan hasil hutan sebanyak RM77.85 juta.

12. Manakala dari segi prestasi perbelanjaan mengurus pula, pada tahun 2017 kita telah membelanjakan sebanyak RM527.75 juta iaitu RM2.9 juta lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus sebenar tahun 2016 sebanyak RM531 juta. Jumlah ini adalah merupakan 75.79 peratus sahaja daripada jumlah RM696.33 juta yang kita anggarkan

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM64 SERANTA.NET 65SERANTA.NET

dalam bajet 2017 dan secara tidak langsung kita telah dapat berjimat sebanyak RM168.58 juta atau 24.21 peratus daripada anggaran bajet 2017.

13. Pada hemat saya prestasi hasil dan perbelanjaan mengurus kerajaan pada tahun 2017 adalah amat memberansangkan kerana insya allah kita dijangka akan mendapat lebihan atau surplus sebanyak RM38.76 juta berbanding dengan tahun 2016, defisit sebanyak RM33.47 juta.

14. Ini adalah merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh 26 tahun. Di mana pencapaian surplus yang direkodkan sebelum ini adalah sebanyak RM30.32 juta pada tahun 1993, RM6.23 juta pada tahun 1995 dan RM13.13 juta pada tahun 1999. Tahniah saya ucapkan kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan yang telah berjaya menguruskan dengan cekap kewangan negeri ini walaupun dalam situasi keadaan ekonomi yang amat sukar.

15. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pejabat

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan dan Pejabat-Pejabat Tanah dan Jajahan seluruh Negeri Kelantan kerana jumlah hasil tanah sebanyak RM295.53 juta adalah merupakan kategori hasil terbesar yang telah dipungut pada tahun 2017, iaitu meningkat sebanyak 85% atau RM135.54 juta berbanding dengan pencapaian tahun 2016 sebanyak RM159.99 juta.

16. Manakala jika dibandingkan dengan anggaran awal dalam bajet 2017, jumlah ini juga adalah merupakan RM135.61 juta atau 85% lebih tinggi daripada jumlah RM159 juta yang dianggarkan pada waktu itu.

17. Daripada jumlah RM295.53 tersebut, premium tanah adalah merupakan hasil terbesar yang menyumbangkan jumlah sebanyak RM195.09 juta daripada keseluruhan hasil tanah. Ini adalah natijah daripada langkah Pihak Berkuasa Negeri Kelantan yang telah meluluskan pemilikan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada tapak-tapak pejabat serta entiti persekutuan yang sedang diduduki antaranya ialah Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa dan Maktab Sultan Ismal di Jalan Telipot.

18. Walaupun premium tanah adalah merupakan hasil secara one-off sahaja, akan tetapi yang paling penting adalah hasil dalam bentuk cukai tanah akan meningkat dianggarkan kepada jumlah sebanyak lebih kurang RM40 juta setahun.

19. Saya sukacita merakamkan ucapan terima ksih kepada Dato’ Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kerana telah memberikan sokongan padu dalam mendapatkan peruntukan bagi bayaran-bayaran premium ini. Saya percaya ini adalah merupakan hasil kepada hubungan baik dan profesional yang sentiasa dijalinkan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dengan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

20. Manakala jumlah hasil yang meningkat begitu ketara sekali adalah hasil yang berkaitan

dengan proses pendaftaran tanah seperti balasan pindah milik, bayaran carian rasmi, dan lain-lain yang pada awalnya dianggarkan berjumlah sebanyak RM28 juta sahaja, telah meningkat menjadi sebanyak RM44 juta. Jumlah ini adalah merupakan peningkatan hasil sebanyak RM16.21 juta atau 58% lebih tinggi daripada anggaran awal RM28 juta tersebut.

21. Dengan prestasi yang menggalakkan ini, pada tahun ini Pejabat Pengarah Tanah dan

Galian telah diamanahkan untuk memungut sebanyak RM240 juta atau 34.43% daripada keseluruhan hasil dalam bajet Negeri Kelantan.

22. Insya Allah saya telah diberi maklum bahawa pihak Dato’ Pengarah Tanah dan Galian telah mengatur strategi bersama dengan para pentadbir tanah untuk mencapai sasaran ini iaitu dengan cara mendapatkan bayaran baki premium sebanyak RM120 juta melalui kaedah Notis 5A kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang telah dikeluarkan pada tahun 2017, pungutan sebanyak RM35 juta yang akan dilaksanakn melalui pindaan cukai tanah di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965, pungutan cukai tanah yang lain yang dianggarkan sebanyak RM58.8 juta, pungutan sebanyak RM26.2 juta yang dijangka daripada pelan tindakan seperti dasar perlanjutan tempoh pajakan, dasar pengeluaran atau pengambilan bahan batuan dari sungai-sungai utama Negeri Kelantan secara tender, dasar pemindahan batu batan ke luar negara dan dasar pindah milik serta aktiviti penguatkuasaan yang lebih berkesan dengan penggunaan dron, yang dijangka akan dapat memantau kawasan penerokaan tanah dan pengumpulan bukti untuk kes-kes mahkamah.

23. Saya merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sebelum ini, telah meluluskan dan menyampaikan sumbangan insentif kepada 5 Pejabat Tanah dan Jajahan yang berjaya mencapai sasaran pungutan hasil dalam bajet 2016 yang lalu iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah sebanyak RM35 ribu, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Pasir Puteh dan Pasir Mas masing-masing sebanyak RM30 ribu serta Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok sebanyak RM25 ribu.

24. Saya percaya insentif ini adalah merupakan pemangkin yang baik bagi merancakkan pertambahan hasil tanah di jajahan-jajahan.

25. Sidang hadirin sekalian,

26. Sebagai sebuah negeri yang mengutamakan kebajikan Kerajaan Negeri juga telah menerima pakai Pekeliling Persekutuan mengenai bayaran bonus RM1,500.00 yang akan mula dibayar pada 8 Januari nanti dan RM500 lagi apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

27. Walaupun ini melibatkan kos hampir RM7.5 juta kepada kerajaan, namun Kerajaan Negeri tidak pernah lagi menolak mana-mana pemberian insentif kewangan kepada

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM66 SERANTA.NET 67SERANTA.NET

penjawat awam negeri sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini semua adalah kerana kerajaan begitu prihatin dan bersimpati dengan penjawat awam yang perlu menanggung beban kewangan ekoran daripada persekitaran ekonomi yang tidak menentu pada masa kini.

28. Kita bersyukur kerana dalam aspek pengurusan kewangan, Agensi Kerajaan Negeri

Kelantan adalah merupakan salah satu daripada jabatan yang terbaik pengurusan kewangannya di Malaysia ini. Pada sesi auditan Indeks Akauntabiliti Kewangan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara pada tahun 2016, sebanyak 12 jabatan serta agensi negeri telah diberi penarafan cemerlang 5 bintang oleh jabatan tersebut, yang menyaksikan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berada di kedudukan teratas mendapat markah sebanyak 99% dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan di kedudukan kedua dengan markah sebanyak 98.61%.

29. Ini adalah merupakan satu pencapaian yang patut kita syukuri kerana kedua-dua jabatan ini adalah merupakan antara jabatan yang menguruskan jumlah peruntukan kewangan yang paling besar di sesebuah Kerajaan Negeri yang sudah tentunya akan tededah kepada kebarangkalian yang tinggi untuk membuat kesilapan ekoran daripada jumlah aktiviti kewangan yang banyak.

30. Sukacita saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk menyampaikan sumbangan insentif khas kepada kesemua 12 jabatan serta agensi yang mendapat pencapaian 5 bintang ini sebanyak RM3,000.00 bagi setiap jabatan dan agensi pada hari ini.

31. Walau bagaimanapun, sukacita saya menyeru kepada semua penjawat awam negeri Kelantan, supaya tidak mudah berpuas hati dan merasa selesa dengan pencapaian yang baik pada tahun kewangan 2016 yang lalu. Biarlah ini menjadi satu suntikan semangat untuk kita terus mencapai kecemerlangan yang lebih lagi. Alangkah baiknya kalaulah semua agensi di Kelantan ini mendapat penarafan lima bintang pada setiap kali Audit Akauntabiliti Kewangan dilaksanakan.

32. Teguran audit merupakan perkara yang paling penting sekali dalam aspek pengurusan jabatan kerana dari situlah kita akan mengetahui nilai-nilai integirti sesuatu jabatan. Sekiranya nilai integirti ini kurang, berkemungkinan besar pelakunya akan terjebak dengan kesalahan-kesalahan rasuah. Nauzubillah min zalik.

33. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan yang telah diberikan penarafan cemerlang lima bintang Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 dalam audit yang dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia.

34. Perbendaharaan Negeri adalah satu-satunya jabatan Kerajaan Negeri yang mendapat pengiktirafan lima bintang ini. Mengikut rekod yang saya terima hanya 45 buah jabatan

sahaja di Malaysia ini yang mendapat penarafan 5 bintang daripada keseluruhan 185 audit yang dijalankan pada tahun 2016.

35. Begitu juga tahniah diucapkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli yang telah mendapat pencapaian cemerlang empat bintang Pengurusan Pentadbiran Tahun 2017, yang dinilai oleh Jawatankuasa Naziran Negeri Kelantan, yang akan menerima wang insentif sebanyak RM1,000.00 pada hari ini.

36. Sidang hadirin sekalian,

37. Dalam aspek integiriti dalam pengurusan, Pegawai Kerajaan Negeri juga, setakat ini dan insya Allah sama-sama kita doakan agar ianya berterusan, adalah bersih daripada tuduhan rasuah, walaupun dewasa ini kita sering melihat di media massa dan juga di media sosial, meningkatnya jumlah penjawat awam di Malaysia yang dikenakan tuduhan rasuah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, namun alhamdulillah ianya tidak melibatkan pegawai Kerajaan Negeri.

38. Saya menyeru kepada semua penjawat awam Negeri Kelantan supaya sentiasa mengambil cakna yang tinggi mengenai perkara ini dan kita tanamkan tekad untuk mengekalkan prestasi rasuah sifar sesuai dengan akujanji ikrar bebas rasuah yang telah kita lafazkan bersama-sama dengan pegawai perkhidmatan awam persekutuan pada tanggal 23 Zulkaedah 1438H bersamaan dengan 16 Ogos 2017 di hadapan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

39. Sidang hadirin sekalian

40. Dalam usaha untuk memantapkan kemahiran serta pengalaman penjawat awam negeri, Pejabat SUK Kelantan telah menempatkan seramai 17 orang pegawai kategori pengurusan dan profesional yang terdiri daripada 15 orang Pegawai Tadbir Negeri dan 2 orang Pegawai Tadbir Ugama berkhidmat selama sebulan di Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan daripada bulan Ogos hingga Disember 2017, yang melibatkan lebih kurang 3 kementerian serta 5 jabatan dan agensi persekutuan.

41. Antaranya adalah Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

42. Di samping itu juga Pejabat SUK Kelantan juga telah diberi ruang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menempatkan pegawai Negeri Kelantan Di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM68 SERANTA.NET 69SERANTA.NET

43. Penempatan ini insya Allah dapat merapat dan meningkatkan lagi hubungan baik di

antara pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan yang sudah tentunya memberikan banyak impak positif kepada kerajaan dan juga rakyat Negeri Kelantan.

44. Sidang hadirin sekalian,

45. Perkhidmatan kerajaan yang cekap adalah termasuk dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dalam masa yang pantas dan menggunakan sumber dengan seminima mungkin.

46. Pada tahun 2018 ini, saya sekali lagi amat menekankan kepada perbelanjaan berhemah dalam pelaksanaan kerja. Sebagaimana yang selalu saya tekankan pada setiap tahun, fokus perkhidmatan awam hendaklah kepada usaha-usaha penjimatan wang kerajaan dan penambahan hasil negeri tanpa menidakkan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

47. Perbelanjaan yang bersifat value for money hendaklah sentiasa menjadi teras dalam pelaksanaan bajet pengurusan dan juga bajet pembangunan.

48. Dalam langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan, pegawai perkhidmatan awam perlu mencari alternatif-alternatif yang terbaik dalam melaksanakan tugasan, supaya setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan ini menjadi perbelanjaan yang ”value for money”.

49. Meminjam kata-kata Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, adalah menjadi imperatif dewasa ini, bahawasanya perkhidmatan awam perlu terus berkarya dengan mengemukakan kaedah baharu atau mengetengahkan pendekatan transformasi yang bersifat kos efektif, pantas membuat keputusan dan membawa impak besar dalam melaksanakan sesuatu projek dan program supaya dapat mengoptimumkan perbelanjaan.

50. Oleh itu saya sukacita menyeru kepada pegawai perkhidmatan awam Negeri Kelantan supaya menjadikan inovasi sebagai satu budaya kerja kerana aspirasi agenda tranformasi negara adalah bertunjangkan kepada pencapaian dalam inovasi. Inovasi dalam semua sektor perlu bergerak secara revolutionary dan tidak lagi secara evolutionary.

51. Saya menaruh cita-cita yang tinggi untuk melihat projek inovasi Kampung Laut sebagai kampung pelancongan warisan, yang dijangka akan dimulakan fasal pertama pembinaan laman warisannya pada bulan Februari nanti, pada suatu hari nanti akan dapat dipertandingkan di Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri.

52. Sidang hadirin sekalian,

53. Penjawat awam adalah sentiasa menjadi harapan rakyat, yang memerlukan kualiti

perkhidmatan yang selari dengan era kepantasan masa. Oleh itu penjawat awam hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan kebolehan tertentu.

54. Terdapat lima prinsip yang wajar dipegang oleh penjawat awam sepanjang menjalankan tugas seharian iaitu membudayakan ilmu, mempamerkan sikap kebolehpercayaan dan keperibadian integriti yang tinggi, mempraktikkan amalan-amalan terbaik, menanam semangat patriotisme dan memberi penekanan dari segi keberhasilan.

55. Saya percaya warga penjawat awam Negeri Kelantan boleh mempraktikkan prinsip ini dengan menunjukkan prestasi kerja yang berkualiti dan sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan yang disampaikan. Kita jangan sesekali lupa dengan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ dalam usaha melahirkan penjawat awam yang sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat dan sentiasa terbuka kepada maklum balas.

56. Sebagai ‘tulang belakang’ kepada pembangunan negeri usaha yang dilaksanakan dalam tugas harian adalah amat menyumbang kepada kemajuan negeri secara khususnya dan kemajuan negara secara amnya.

57. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, marilah sama-sama kita berdoa dan berganding bahu agar semua cabaran-cabaran yang bakal kita harungi di tahun 2018 ini akan dapat kita uruskan sebaik mungkin dengan penuh integriti dan komited, kreatif dan innovatif dalam menghasilkan idea-idea baharu untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam di Negeri Kelantan yang kita sayangi ini.

58. Sekali lagi saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB. Ustaz Dato’

Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Speaker Dewan Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua ketua-ketua jabatan dan hadirin-hadirat yang telah dapat melapangkan masa hadir pada hari ini.

59. Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun:- Keberkatan, kemakmuran, kebajikan teras negeri, Di bahu penjawat awam tanggung jawab terpelihara, Perkhidmatan cekap berintegiriti akujanji diri, Semoga negeri sentiasa sejahtera.

60. Saya sudahi ucapan saya ini dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM70 SERANTA.NET 71SERANTA.NET

Majlis Amanat

Menteri BesarMajlis amanat menteri besar

merupakan program yang di anjurkan untuk meraikan anak Kelantan di perantauan bersama kepimpinan kerajaan negeri. Majlis yang tersebut menjadi platform kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang di ketuai oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan barisan Exco kerajaan negeri untuk menjalin hubungan mesra diantara rakyat dan kepimpinan kerajaan negeri, majlis itu juga menjadi medium bagi pihak kerajaan menerangkan dasar-dasar serta program terkini yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Ia juga dapat menjelaskan isu-isu semasa yang di lontarkan melalui sesi dialog.

Majlis Himpunan

Profesional Kelantan

SHAH ALAM- Majlis Himpunan Profesional Kelantan Di Perantauan Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri di IDCC, Shah Alam pada 1 April yang lalu telah dihadiri oleh lebih 100 orang profesional Kelantan di perantauan daripada pelbagai bidang.

Majlis yang dihadiri oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri menarik sokongan padu daripada profesional Kelantan di perantauan.

Majlis Ihya Ramadhan

Ihya Ramadhan Menteri Besar Bersama Anak Kelantan Perantauan.

Program Ihya Ramadhan adalah bertujuan untuk meraikan anak Kelantan yang berada di perantauan bersama pimpinan kerajaan negeri. Majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.

Majlis Mesra

Idilfitri

Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan menjadi aktiviti tahunan setiap 2 Syawal yang menjadikan waktu kesempatan yang baik menghimpunkan anak-anak perantau Kelantan yang pulang ke kampung halaman berhari raya bersama pimpinan kerajaan negeri. Kehadiran tahun 2017 meningkat sekali ganda mencecah 2,000 orang.

MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM72 SERANTA.NET