1 majlis kebajikan dan pembangunan masyarakat...

Download 1 Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat …makpem.org.my/wp-content/uploads/2016/02/Buletin-Jan-Jun-2016.pdf · Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Aras 2, ... Pertubuhan Kebajikan

If you can't read please download the document

Upload: trinhdan

Post on 06-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)(National Council of Welfare and Social Development Malaysia)

    MAKPEM JILID XXXVIII Jan - Jun 2016

    B U L E T I N

    Penaung:

    Y.H. Dato Setia Amar SegaraDato Haji Halim bin Haji Ibrahim

    Penasihat Bersama:

    Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijahbinti SuliemanPuan Salmah Binti Nordin

    Sidang Pengarang:

    Puan Nor Imani binti Mat SulaimanPuan Zainun binti Haji TunPuan Azua Binti HussinNor Hairey Bin AzizMuhammad Ashiq Bin Hamidon

    Sidang Redaksi BULETIN MAKPEM

    Penerbit:

    Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat

    Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul,

    51000 Kuala Lumpur.

    Tel : 03-4044 7640 / 7641 Fax : 03-4044 7705

    E-mail: [email protected] Laman web: makpem.org.my

    MAJLIS KUNJUNG HORMAT KEPADA YB DATUK LATIPAH BINTI OMAR, EXCO WANITA, PEMBANGUNAN KELUARGA DAN HAL EHWAL KEBAJIKAN, NEGERI MELAKA.

    YB. Datuk Latipah Binti Omar dan YH Dato Sri Haji Halim Bergambar

    Bersama-Sama Pegawai MAKPEM

    Pada 30 Mei 2016 (Isnin) jam 10.30 pagi, Y.H Dato Setia Amar Segara Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim bersama pegawai-pegawai MAKPEM telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Datuk Latipah Binti Omar, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Negeri Melaka.

    Dalam ucapan aluan, Presiden MAKPEM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Latipah Binti Omar kerana sudi meluangkan masa untuk kunjungan hormat MAKPEM.

    Antara pegawai-pegawai MAKPEM yang turut mengikuti kunjung hormat ini ialah Puan Salmah Binti Nordin (Setiausaha Agung Kehormat MAKPEM), En. Teoh Ai Hua (Ahli Jawatankuasa Tertinggi) dan Puan Nor Imani Binti Mat Sulaiman (Pegawai Eksekutif MAKPEM).

    Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Aras 2, Kota Cemerlang, Air Keroh 75150, Melaka.

  • A ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Saya bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat sekali lagi menerbitkan buletin MAKPEM. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli gabungan yang sudi menghantar laporan kegiatan masing-masing untuk dimuatkan dalam buletin ini.

    Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli gabungan yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program dan aktiviti MAKPEM bagi meningkatkan keupayaan pertubuhan-pertubuhan sukarela melalui program latihan Care Givers.

    Akhir kata, saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia, diharap agar tahun baru ini memberi sinar bahagia dan kemajuan kepada semua. Semoga segala kerja kebajikan yang dilakukan dapat terus dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

    Semoga tahun 2016 menjadi tahun kecemerlangan buat seluruh warga kerja MAKPEM dan ahli-ahli gabungan MAKPEM.

    Sekian, Wassalam

    Dato Setia Amar SegaraDato Haji Halim bin Haji IbrahimPresiden,Majlis Kebajikan Dan Pembangunan MasyarakatKebangsaan Malaysia (MAKPEM)

    PresidenKata-Kata Aluan

  • Pada 31 Mac hingga 03 April yang lalu, Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Bandung Jakarta, Indonesia selama 4 hari 3 malam.

    Lawatan sambil belajar ini melibatkan kunjungan ke tiga buah institusi kebajikan sekitar Bandung Jakarta. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan saling bertukar pandangan serta pendapat tentang pengendalian institusi dan pertubuhan yang bakal dipelajari. Disamping itu juga, lawatan sambil belajar ini telah menyuntik semangat setiap peserta untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada persatuan masing-masing. Lawatan ini juga telah mengeratkan hubungan siratulrahim sesama ahli.

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANDUNG JAKARTA, INDONESIAPADA 31 MAC HINGGA 03 APRIL 2016

    Presiden MAKPEM, Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim Bersama Pegawai-Pegawai MAKPEM dan Ahli Rombongan Bergambar Sebelum Berangkat Ke Indonesia

    Lawatan ini melibatkan seramai 25 orang peserta daripada pelbagai pertubuhan MAKPEM yang diketuai oleh Presiden MAKPEM, YH Dato Setia Amar Segara Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim. Turut serta, Datin Paduka Hajah Khatijah Binti Suleiman dan Pegawai-Pegawai MAKPEM. Antara pertubuhan yang mengambil bahagian ialah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Majlis Pemulihan Malaysia, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Persatuan Kebajikan An-Najjah Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia, Majlis Kebajikan Negeri Kedah, Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Persatuan Alumni Caregivers MAKPEM-OUM dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang.

  • Kenangan Manis Yang Sempat Dirakam Ketika Mengadakan Lawatan Di Posdaya Plamboyan Dan RBM.

    Sesi Bergambar Bersama-Sama Presiden MAKPEM, Dato Sri Haji Halim Dan Professor Haryono Suyono Serta Pegawai-Pegawai Daripada Malaysia Dan Indonesia.

    Suasana Di Dalam Bilik Mesyuarat Di Ayoze Hotel. Turut Kelihatan, Prof Haryono Suyono Sedang Memberi Penerangan Mengenai Institusi Kebajikan Di Indonesia.

    Antara tempat yang dilawati sepanjang lawatan ialah Posdaya Plamboyang Lembang, Save The Children Bandung (RBM), Prima Rasa dan Gedung Sate. Posdaya ialah Singkatan dari Pos Pemberdayaan Keluarga. Plamboyan adalah nama dari kumpulan yang melaksanakan aktiviti kekeluargaan di dalam komuniti tersebut. Posdaya memiliki pelbagai bidang kegiatan yang utamanya ialah bidang kesihatan, pendidikan dan ekonomi dalam mencapai tujuan pembangunan kumpulan sasar. Manakala RBM merupakan sebuah pusat Program Pemberdayaan Anak Kurang Upaya dan bekerjasama dengan organisasi kurang upaya lain di Bandung.

    Rombongan dari MAKPEM juga turut membuat sesi bual bicara bersama Presiden DNIKS iaitu Professor Haryono Suyono. Perjumpaan ini bagi membincangkan isu-isu semasa berkenaan pertubuhan kebajikan antara Malaysia dan Indonesia disamping bertukar pendapat mengenai cara penjagaan institusi kebajikan di Indonesia. Prof. Haryono Suyono juga turut sudi mengikuti rombongan MAKPEM dalam melakukan lawatan ke Posdaya Plamboyan di Lembang.

    Suasana Di Dalam Bilik Mesyuarat Di Ayoze Hotel. Turut Kelihatan, Prof Haryono Suyono Sedang Memberi Penerangan Mengenai Institusi Kebajikan Di Indonesia.

  • Pada 23 Februari 2016, Majlis Kebajikan Negeri Kedah telah datang untuk mengadakan lawatan persahabatan bersama MAKPEM bertempat di Institut Latihan MAKPEM, Bandar Baru Sentul. Turut hadir sama ialah Presiden MAKPEM, Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi yang lain. Lawatan ini diketuai oleh, Prof Hajah Hamsiah Binti Ismail.

    Turut hadir sama ialah Ahli Pengurusan Tertinggi MAKPEM, Y. Bhg. Dato Hajah Shamsiah Binti Abdul Rahman, Y. Bhg. Dato Mah Hassan Bin Haji Omar, Y. Bhg. Prof. Dato Dr. Hj Hassan Bin Yusoff, En. Roshasni Bin Marjumat, En. Ithong @ Etong Bin Terang, Puan Salmah Binti Nordin dan En. Teoh Ai Hua.

    LAWATAN PERSAHABATAN MAJLIS KEBAJIKAN NEGERI KEDAH BERSAMA MAKPEM

    Antara Ahli Pengurusan Tertinggi Yang Hadir

    Presiden MAKPEM, Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim bersama-sama Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi dan para rombongan menikmati jamuan makan

    malam yang telah disediakan

    Bergambar Kenangan Bersama

    Prof Hamsiah Binti Ismail Memberi Sedikit Ucapan

    Presiden MAKPEM, Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim Menyampaikan Kata-

    Kata Aluan

    Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan dan disudahi dengan jamuan makan di dewan makan, MAKPEM. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Kebajikan Negeri Kedah atas kesudian melalukan lawatan persahabatan bersama MAKPEM.

  • MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI PENGURUSANKALI KE-1/2016

    MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI PENGURUSANKALI KE-2/2016

    Sesi Bergambar Bersama Presiden MAKPEM, Dato Sri Haji Halim Bin Haji IbrahimBersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

    Presiden MAKPEM, YH Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim Mempengerusikan Mesyuarat

    Antara Pegawai-Pegawai Majlis Yang Hadir

    Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kali Ke 1/2016 yang berlangsung pada 24 Februari 2016 di Institut Latihan MAKPEM. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama yang diadakan bagi tahun 2016. Dalam mesyuarat ini, membincangan agenda dan aktiviti yang bakal diadakan bagi tahun 2016.

    Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Kali Ke 2/2016 yang berlangsung pada 10 Jun 2016 (Jumaat) yang bertempat di Institut Latihan MAKPEM.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden MAKPEM, YH. Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim. Antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan yang hadir ialah Y. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah Binti Sulieman, Encik Etong Bin Terang, Encik Roshasni Bin Marjumat, Y. Bhg. Dato Mah Hassan Bin Haji Omar,Y. Bhg. Dato Hajah Shamsiah Binti Abd Rahman, Puan Salmah Binti Nordin, Encik Abdullah Bin Mohd Nor dan Puan Nor Imani Binti Mat Sulaiman.

    Agenda mesyuarat ini menfokuskan kepada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MAKPEM yang akan diadakan di Ipoh,Perak. Semasa mesyuarat ini juga, terdapat taklimat mengenai karnival yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung oleh Encik Rahmat Ismail, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak.

  • GOTONG ROYONG PERDANA MAKPEM 2016

    Sukarelawan Giat Membersihkan Dan Mengecat Pembahagi Jalan Serta Pintu Bilik Kuliah

    Mengecat Keseluruhan Surau Lelaki Dan Perempuan

    Setiausaha Kehormat MAKPEM, Puan Salmah Binti Nordin Sedang Menyampaikan Sijil Dan Buku Sebagai

    Tanda Penghargaan Kepada Para Sukarelawan

    Sesi Bergambar Bersama Pegawai-Pegawai MAKPEM Dan Sukarelawan

    Aktiviti pembersihan perdana MAKPEM yang telah diadakan pada 12 Mac 2016 dan mendapat kerjasama sukarelawan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Gotong royong kali ini melibatkan kerja-kerja mengecat dan membersihkan sekitar bangunan MAKPEM dan Taska Penyayang MAKPEM, antaranya mengecat keseluruhan pembahagi jalan di dalam kawasan MAKPEM, mengecat pintu bilik kuliah dan tandas serta surau lelaki dan perempuan.

    Selesai kerja pembersihan, kesemua sukarelawan menerima segulung sijil penghargaan dan sebuah buku bertajuk Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada hasil coretan Y.H Dato Setia Amar Segara Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

    Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalamaktiviti gotong royong perdana MAKPEM!

  • LATIHAN KEBAKARAN DI INSTITUT LATIHAN MAKPEM

    Pegawai Bomba Memberikan Penerangan Mengenai Cara Penggunaan Alat Pemadam Api Dan Cara Pencegahan Awal

    Sekiranya Berlaku Kebakaran

    Sedikit Penerangan Sebelum Sesi Demonstrasi Memadam Api Demonstrasi Memadam Api Oleh Pegawai Bomba

    Demonstrasi Memadam Api Oleh Peserta KursusDemonstrasi Memadam Api Oleh Pengasuh Taska

    21 April 2016-Bertempat di Institut Latihan MAKPEM, satu aktiviti latihan kebakaran untuk peserta kursus dan pendidik Taska Penyayang MAKPEM telah diadakan bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sentul.

    Latihan yang berlangsung hampir 30 minit ini mengajar kesemua peserta dan pendidik Taska cara penggunaan alat pemadam api dengan betul dan tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di sekitar Institut Latihan dan Taska.

  • PROGRAM BIJAK WANG

    En. Roshasni Bin Marjumat, Naib Presiden MAKPEM Merasmikan Majlis

    Pada 28 Mei 2016, bertempat di Institut Latihan MAKPEM, satu Program Bijak Wang telah dianjurkan atas kerjasama antara MAKPEM dan Universiti Putra Malaysia.Program ini juga turut melibatkan Syarikat Money Genius Sdn. Bhd. yang telah menyediakan Kit Bijak Wang sebagai salah satu medium interaktif bagi menjayakan program ini. Di dalam Kit Bijak Wang ini terdapat dua jenis bahan permainan iaitu Profesor Bijak Wang dan Ekspedisi ABCD untuk menerapkan pengetahuan asas pengurusan kewangan kepada pelajar melalui konsep belajar sambil bermain. Disamping itu, turut disediakan juga bahan kitar semula untuk digunakan dalam slot Tabung Kreatif untuk menggalakan pelajar belajar menabung dari kecil.

    Program ini adalah inisiatif oleh Dato Dr Hajjah Norhasni Binti Zainal Abidin dan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Roshasni Bin Marjumat selaku Naib Presiden MAKPEM, dan tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada Universiti Putra Malaysia terutamanya Fakulti Pengajian Pendidikan atas kerjasama daripada pelajar dan pensyarah yang terlibat. Seterusnya, penghargaan kepada para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Sekolah Kebangsaan Seri Perak, Sekolah Kebangsaan Batu Muda dan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 2 kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri Program Bijak Wang.

    Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung

  • LAPORAN BAHAGIAN LATIHAN

    LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN BAGI TEMPOH MAC JUN, 2016

    Sepertimana tahun 2015, tahun ini juga MAKPEM menjalankan 2 kaedah kursus iaitu; pertama, kursus berterusan selama 5 hari di mana pada hari ke 5 peserta akan diberi Sijil Penyertaan manakala kaedah ke 2 pula kursus dipecah kepada 2 bahagian ( 2 hari Bah. 1 dan 3 hari Bah. 2 ). Peserta yang menyertai Bah. 1 mesti datang untuk Bah. sebelum diberi Sijil Penyertaan.Bermula bulan Mac hingga Jun, 2016, MAKPEM telah menjalankan sebanyak 11 kursus dengan penyertaan seramai 270 orang. Kursus kursus tersebut adalah :-

    Pada bulan Julai hingga Disember 2016, Kursus Bersijil Professional for Care Givers 9 ambilan 2016/2017 akan dimulakan. Seramai 30 orang peserta dijangka akan mengikuti kursus ini. Modul 1 Pembangunan Diri Insan akan dijalankan pada 25 29 Julai 2016.

    Bil. Kursus Tarikh

    1

    Kursus Asas Kerja Sosial (Peringkat I)Kursus Asas Kerja Sosial (Peringkat II)Kursus Asas Kerja Sosial (Peringkat III)Kursus Asas Kerja Sosial (Peringkat IV)

    14 18 Mac11 15 April9 13 Mei20 24 Jun

    2 Kursus Asas Proses Menolong (2 Kursus) 14 18 Mac13 17 Jun

    3Kursus Pertumbuhan, Perkembangan dan Penjagaan Kanak-kanak (Bahg. 1 & 2 )

    23 24 Mac19 21 April

    4 Kursus Asas Pengurusan Kanak-kanak Istimewa (Bahg. 1 & 2 )23 24 Mac19 21 April

    5

    Kursus Kebajikan, Penjagaan Warga Tua dan Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Service)

    Kursus Kebajikan, Penjagaan Warga Tua dan Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Service) ( Bahg. 1 & 2 )

    28 Mac 1 April30 31 Mei28 30 Jun

    6Kursus Jagaan dan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (Bahg. 1 & 2 )

    5 6 April18 20 Mei

    7Kursus Penjagaan dan Bimbingan Kanak-kanak Kurang Upaya ( Bahg. 1 & 2 )

    5 6 April18 20 Mei

    8 Kursus Intervensi Awal kanak-kanak Kurang Upaya Kursus Intervensi Awal kanak-kanak Kurang Upaya (Bahg.

    1 & 2 )

    25 29 April30 31 Mei28 30 Jun

  • Peserta Kursus Kebajikan, Penjagaan Warga Tua dan Khidmat Bantu Di Rumah dengan sijil mereka

    Aktiviti Kumpulan Kursus Intervensi Awal Kanak-Kanak Kurang Upaya

    Sesi suaikenal Kursus Asas Kerja Sosial (Peringkat 1)

    Fasilitator sedang memberi ceramah

    Bergambar bersama fasilitator

    Antara peserta Kursus Asas Kerja Sosial

  • AKTIVITI AHLI GABUNGAN

    1. ABILYMPICS AWARENESS BAZAAR

    Bazar ini diadakan pada 15 17 Januari 2016, bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Selangor. Bazar ini diadakan untuk mempromosikan Abilympics kepada orang ramai sambil mengutip dana bagi penyertaan wakil Malaysia ke pertandingan di peringkat antarabangsa.

    Selain daripada jualan makanan dan kraftangan, aktiviti lain yang turut diadakan ialah pameran dan demonstrasi oleh pemenang pertandingan International Abilympics yang lepas.

    MAJLIS PEMULIHAN MALAYSIA

    2. MAJLIS PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA MENGENAI PENYERTAAN MALAYSIA KE 9th INTERNATIONAL ABILYMPICS, PERANCIS 2016

    Majlis pelancaran dan sidang media mengenai penyertaan Malaysia ke 9th International Abilympics diadakan pada 26 Februari 2016 (Jumaat), bertempat di TESCO Extra Cheras, Kuala Lumpur.

  • 3 . 9th INTERNATIONAL ABILYMPICS

    Majlis Pemulihan Malaysia, penyelaras kebangsaan Abilympics, telah membawa 15 orang kurang upaya (OKU) Malaysia untuk bertanding di dalam 9th International Abilympics. Pertandingan kemahiran untuk OKU ini diadakan di Bordeaux, Perancis dari 23 hingga 26 Mac 2016. Para peserta OKU Malaysia terdiri daripada 15 orang iaitu 11 orang kurang upaya pendengarn dan 4 orang kurang upaya fizikal. 15 kategori telah diserta iaitu kategori Masakan, Bakeri(Kek), Gubahan Bunga, Word Processing, Data Processing Basic Course, Computer Assembly, Creating Web Pages, Fotografi, Fotografi Studio, Jahitan Pakaian Peringkat Asas, Jahitan Pakaian Peringkat Lanjutan, Sulaman, Silk Painting, Lukisan. Peserta OKU Malaysia telah meraih kejayaan gemilang dengan membawa pulang 4 pingat untuk negara.

    Bil. Peserta Kategori Pingat1. Haymasuthan a/l Pe-

    riasamyFotografi - Studio Emas

    2. Yeo Suh Chan Lukisan Perak 3. Mohd Farhan Kamarza-

    manCreating Webpages Gangsa

    4. Amran bin Hamid Silk Painting Gangsa

    Haymasuthan A/L Periasamy - Fotografi Studio Yeo Suh Chan - Lukisan

    Amran bin Hamid - Silk Painting

    Peserta Malaysia

    Mohd Farhan bin Kamarzaman - Creating Webpages

    Kontinjen Malaysia

  • 4. MALAM PENGHARGAAN : CELEBRATING MCRS ACHIEVEMENT

    Majlis Malam Penghargaan : Celebrating MCRS Achievement diadakan pada 27 Mei 2016 (Jumaat) bertempat di Royal Lake Club, Kuala Lumpur.Tujuan majlis ini ialah untuk melancarkan buku Maximising Collaborations for Results : Creating Quality Lives Through Empowerment and Possibilities for Persons with Disabilities yang merakamkan pencapaian MCR dalam memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) sejak dari tahun 1973 hingga 2016. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan para pemenang dan peserta OKU Malaysia yang mengambil ngeratkan hubungan rakan-rakan kolaborasi MCR.

    YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis ini dan sekaligus melancarkan buku tersebut.

    5. LATIHAN KESEDARAN KETIDAKUPAYAAN (DISABILITY AWARENESS TRAINING)

    Latihan ini dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia. Objektif latihan ini ialah, pertama Memberi pengetahuan dan pendedahan berkenaan Latihan Kesedaran Ketidakupayaan (DAT) untuk kakitangan kesihatan semasa pengendalian klien Orang Kurang Upaya (OKU). Kedua bagi menggunakan manual DAT bertujuan menambah soft skill dan meningkatkan kemahiran serta kualiti jagaan semasa memberi perkhidmatan klien Orang Kurang Upaya (OKU).

    Pada tahun 2016, latihan dijadualkan bagi kawasan Utara, Pantai Timur dan di Putrajaya.Latihan bagi kawasan Utara (meliputi peserta dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang) telah diadakan pada 1 3 Jun 2016 bertempat di Kolej Jururawat Masyarakat, Kangar, Perlis.

  • PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM MALAYSIA (PEYATIM)

    i. KURSUS DAKWAH DAN ASAS BIMBINGAN KAUNSELING ASRAMA GABUNGAN PEYATIM (TAHAP 2 & 3)

    Pada tanggal 14 17 Mac 2016, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) telah menganjurkan kursus kepada Asrama Gabungan PEYATIM. Kursus Dakwah dan Asas Bimbingan Kaunseling Asrama Gabungan PEYATIM (Tahap 2 & 3) telah berlangsung di City Villa Kuala Lumpur dan ia merupakan kesinambungan dari tahap yang terdahulu. Kehadiran amat memuaskan iaitu seramai 57 orang. Dalam masa 4 hari 3 malam, peserta didedahkan topik-topik berkaitan dengan kauseling dan ditambah dengan pengisian dakwah.

    ii. SUKAN ANAK YATIM (SUKYA) 2016 DI SEKOLAH SUKAN TUANKU MAHKOTA SULTAN ISMAIL (SSTMSI)

    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PEYATIM) telah menganjurkan acara tahun pada 2016. Sukan Anak Yatim (SUKYA) 2016 Di Sekolah Sukan Tuanku Mahkota Sultan Ismail (SSTMSI), Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Sukan ini telah mengumpulkan lebih kurang 2700 anak-anak yatim, pemimpin anak yatim, dan pengiring yang terdiri dari 63 pertubuhan asrama gabungan PEYATIM dari seluruh negeri. Sukan Anak Yatim (SUKYA) Kali ke 10 ini bermula dari 28 Mei hingga 2 Jun 2016.

    Sebanyak 12 acara dalam pelbagai kategori di pertandingkan antaranya Bola Sepak, Badminton, Bola Jaring, Ping Pong dan Olahraga. Terdapat juga acara permainan tradisional ialah itu, Dam Aji dan Congkak. Acara kemucak ialah Majlis Perasmian Penutup yang di sempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor. Negeri Johor telah menjadi juara keseluruhan untuk tahun 2016.

  • MAJLIS KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS

    Tarikh : 2 Jun 2016Tempat : Tasoh Lake Resort & Retreat , PerlisPerasmian : YAB Dato' Seri Azlan Bin Man (Menteri Besar Perlis)

    Tarikh : 21 Jun 2016Tempat : Perkarangan Bangunan Persekutuan KangarMasa : Jam 8.00 PagiPerasmian : DYTM Tuanku Muda Raja Perlis

    i. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-25

    ii. PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU & BAPA 2016 PERINGKAT NEGERI PERLIS

    Penglibatan Bersama Beberapa Pertubuhan Gabungan MKMPNP Memasak Bubur Lambuk

  • PERSATUAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA AKAL SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN (SAMH)

    Pusat Latihan Vosional(18 Tahun Dan Ke Atas)

    Program Pendedahan Pendidikan Awal(6 Tahun Dan Ke Bawah)

    Bengkel Terlindung(Pelatih Yang Telah Menamatkan Program Vokasional)

    Program Sekolah(7 17 Tahun)

    i. MAJLIS MAKAN MALAM AMAL ULANG TAHUN KE-52

    Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH) telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun ke-52 bertempat di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya Selangor pada 29hb Mei 2016. D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Makan Malam Amal ini, sebagai tetamu kehormat Di Raja.

    Kira-kira 52 tahun yang lalu, SAMH bertujuan untuk memberi pendidikan, latihan dan pekerjaan kepada kanak-kanak dan dewasa kurang upaya akal yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kaum. Pada masa ini SAMH mempunyai 300 orang kanak-kanak dan dewasa kurang upaya yang ditempatkan di 3 buah sekolah khas dengan jumlah kakitangan seramai 63 orang, termasuk 39 guru khas. SAMH memerlukan perbelanjaan sebanyak 2.2 juta setahun untuk mengendalikan ketiga-tiga sekolah. Sebahagian daripada perbelanjaan mengurus dibantu dengan pemberian geran tahunan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. SAMH juga perlu mendapatkan selebihnya daripada sumbangan derma ikhsan dari orang awam dan sektor swasta. Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun ke 52 bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi SAMH.

  • Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal, Bergambar Kenangan Bersama D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

    D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj bergambar bersama penerima Anugerah Kecemerlangan Sukan Paralimpik.

    (YBhg Tan Sri Hasmah bt Abdullah, (3 dari kiri) Pengerusi Majlis Makan Malam Amal 2016YBhg Datin Fauziah bt Idris, (3 dari kanan) Presiden SAMH

  • MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SELANGOR

    i. BENGKEL KESIHATAN REPRODUKTIF DAN ISU-ISU SEKSUALITI KANAK-KANAK

    Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Selangor dengan jayanya telah menganjurkan bengkel Kesihatan Reproduktif dan Isu-isu Kesihatan Kanak-kanak di Pusat Jagaan, yang telah diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu), di Hotel Crystal Crown Kuala Lumpur, pukul 8.30 11.30 pagi. Program ini dihadiri seramai 25 orang peserta dari pusat jagaan kanak-kanak dan pusat jagaan orang kurang upaya yang merupakan ahli gabungan Majlis Selangor dan juga dari pusat jagaan kanak-kanak di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

    Pengisian program ini ialah perbincangan dan perkongsian interaktif yang bertujuan untuk membincangkan tentang kesihatan reproduktif dan isu-isu kesihatan seksualiti yang dihadapi oleh kanak-kanak di pusat jagaan. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Lee Boon Hock, Kaunselor dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.Program yang dirasmikan oleh Datin Paduka Khatijah Sulieman, Naib Yang DiPertua I Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat turut dihadiri oleh pegawai bahagian kanak-kanak JKM Selangor.

    ii. MAJLIS PERJUMPAAN AHLI GABUNGAN MAJLIS KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SELANGOR DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

    Program ini dengan jayanya telah diadakan pada 24 mei 2016, di Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Perjumpaan ini memberikan taklimat mengenai pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Selangor untuk pertubuhan sukarela kebajikan dan komuniti sekaligus merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

    Program ini dihadiri oleh 38 orang peserta yang merupakan wakil dari ahli gabungan Majlis Selangor. Ia dirasmikan oleh Datin Elsie Das, Setiausaha Kehormat Majlis dan penutupan majlis dilakukan oleh YBhg Puan Wan Zarina Wan Salleh, Timbalan Pengarah JKM Selangor. dirasmikan oleh Datin Paduka Khatijah Sulieman, Naib Yang DiPertua I Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat turut dihadiri oleh pegawai bahagian kanak-kanak JKM Selangor.

  • MAJLIS KEBAJIKAN NEGERI PAHANG

    i. PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA (YKN) - Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Oku Serta Penghuni Anjung Kasih

    ii. MAJLIS BERBUKA PUASA SERTA ACARA MASAK BUBUR LAMBUK PERINGKAT DUN SUNGAI LEMBING

    - Program Bersama Bengkel Sampul Surat OKU Sg Lembing Bersama Penduduk Dun Sg Lembing

    Tarikh : 15 Jun 2016Tempat : Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

    Tarikh : 19 Jun 2016Tempat : Anjung Komuniti Sg Lembing

  • AN-NAJJAH MALAYSIAPUSAT JAGAAN AN-NAJJAH MALAYSIA

    i. PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KEMAHIRAN AN-NAJJAH MALAYSIA

    Sepanjang enam bulan pertama tahun 2015, An-Najjah Malaysia telah melaksanakan 5 kategori kursus kemahiran An-Najjah Malaysia dengan sokongan erat dari sebuah badan korporat. Dalam tempoh tersebut, program ini telah berjaya melatih sejumlah 480 orang peserta dari kalangan yang berkeperluan dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Negeri Perak.

    Peserta yang telah menghadiri kursus ini diberikan sijil penyertaan yang berlangsung pada 14 November 2015 bertempat di Dewan Kuliah Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM). Puan Azizah Ahmad, Vice President, Community Investment Bursa Malaysia, Presiden MAKPEM, Dato Setia Amar Segara, Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim, Puan Liah Pariuk, mewakili Pengarah JKMWPKL, Wakil Pengarah dan tenaga pengajar Kolej Komuniti Jelebu, Pengarah dan tenaga pengajar Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Pegawai MAKPEM turut dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis ini.

    Pada 4 November 2015, tiga orang pelajar dari Asrama Puteri, Pusat Jagaan An- Najjah Malaysia telah terpilih untuk menyertai satu projek CSR (Tanggung Jawab Sosial Korporat) oleh Shell Malaysia bertempat di Pejabat Korporat Shell Malaysia di Cyberjaya.

    Projek ini turut melibatkan beberapa Pusat Jagaan lain disekitar Lembah Kelang. Bermula dengan taklimat keselamatan, anak-anak ini telah diceriakan dengan pelbagai program santai seperti melukis poskad ucapan terima kasih (TQ Card) untuk diserahkan kepada penyumbang dari kalangan Project Leader dari Shell seluruh dunia di penghujung aktiviti. Pada kemuncak aktiviti ini, anak- anak ini telah dikejutkan dengan hadiah seunit basikal setiap seorang untuk dibawa pulang. Sesungguhnya ia satu kejutan yang sangat bermakna dan menggembirakan. Terima kasih Shell Malaysia.

    Hajah Aminah Mat, Presiden An-Najjah Malaysia, Tuan Haji Amyn, Pengasas / Penasihat An-Najjah Malaysia bergambar bersama tetamu kehormat dan penerima sijil.

  • PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

    PenasihatYB Dato Sri Rohani Binti Abdul Karim

    (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

    PresidenY.H Dato Setia Amar Segara Dato Sri Haji Halim Bin Haji Ibrahim

    (Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang)

    Timbalan PresidenY. Bhg. Datin Paduka Hajah Khatijah Binti Sulieman

    (Majlis Kebajikan Rumah dan Perkhidmatan Cheshire Malaysia )

    Naib-Naib PresidenY.Bhg. Dato Mah Hassan Bin Haji Omar

    (Persatuan Braille Malaysia)

    Encik Roshasni Bin Marjumat(Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

    Y. Bhg. Dato Hajah Shamsiah Binti Abdul Rahman(Persatuan Pekerja Sosial Malaysia)

    Encik Ithong @ Etong Bin Terang(Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah)

    Setiausaha Agung KehormatPuan Salmah Binti Nordin

    (Persatuan Kebajikan An-Najjah Malaysia)

    Bendahari Agung KehormatThe Revd. Canon Samuel D. John

    (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia)

    Ex-OfficioKetua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

    Ahli Kehormat-

    Juru AuditAzman Ahmad & Co.

  • PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KEMAHIRAN AN-NAJJAH MALAYSIA

    Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia

    Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

    Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia

    Majlis Pemulihan Malaysia

    Persatuan Veteran ATM

    Persatuan Wanita Kristian Malaysia

    Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia

    St. John Ambulance Malaysia

    Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia

    Persatuan Membantu Penyakit Kusta Malaysia

    Majlis Persatuan Pemuda Kristian Malaysia

    Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia

    Persatuan Pure Life

    Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia

    Majlis Kebangsaan Bagi Orang-Orang Terencat Akal Malaysia

    Persatuan Bekas Polis Malaysia

    Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia

    Majlis Kebangsaan Bagi Persatuan Persatuan Untuk Kanak-Kanak Spastik Di Malaysia

    Persatuan Pembantuan Kristian Malaysia

    Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia

    Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia

    Persekutuan Orang Pekak Malaysia

    Pertubuhan IKRAM Malaysia

    Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia

    Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia

    Majlis Kebangsaan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire Malaysia

    Persatuan Sindrom Down Malaysia

    Persatuan Pekerja Sosial Malaysia

    Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia

    Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia

    Persatuan kebajikan AN-NAJJAH Malaysia

    Persatuan Braille Malaysia

    PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS KEMAHIRAN AN-NAJJAH MALAYSIA

    Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah

    Majlis Kebajikan Sosial Sarawak

    Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

    Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

    Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

    Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

    Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu

    Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Selangor

    Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

    Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak

    Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka

    Majlis Kebajikan Negeri Kedah

    AHLI PERTUBUHAN BERSEKUTU

    Persatuan Kebajikan Sikh Malaysia

    Persatuan Kebajikan Dan Sosial Masyarakat India Malaysia

    Majlis Kelab Belia India Malaysia

    Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia

    Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia

    Community Of Praise Society Of Malaysia

    Pertubuhan Menunggang Kuda Bagi Orang Cacat Malaysia

    Persatuan Kebajikan Pesakit-Pesakit Tua Dan Uzur Malaysia

    Persatuan Alumni Caregivers MAKPEM OUM Malaysia

  • KERATAN AKHBAR