1 2 3 4 5 rentetan provokasi terhadap dap...jawapan umno bn terhadap ‘politik baru’ anjuran...

8
facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org JUN 2014 POLITIK ORANG GASAR Kemenangan Ramkarpal di Bukit Gelugor Umno main api perkauman, mudarat perpaduan Kalah pis di Teluk Intan, Dyana tak putus asa > 4 > 2 & 3 > 5 l Ancam bakar Ibu Pejabat DAP l Merusuh di DUN Pulau Pinang l Tendang pintu Pejabat DAP Kuantan l Tiga hari, tiga rusuhan, tiada tindakan diambil l Hala ekzos ke muka Dyana Sofya EDISI BM Foto: Malaysiakini

Upload: others

Post on 14-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.orgJUN 2014

    POLITIK ORANG GASAR

    Kemenangan Ramkarpal di Bukit Gelugor

    Umno main api perkauman,mudarat perpaduan

    Kalah tipis di Teluk Intan, Dyana tak putus asa> 4 > 2 & 3 > 5

    l Ancam bakar Ibu Pejabat DAPl Merusuh di DUN Pulau Pinangl Tendang pintu Pejabat DAP Kuantan

    l Tiga hari, tiga rusuhan, tiada tindakan diambill Hala ekzos ke muka Dyana Sofya

    EDISI

    BM

    Foto: Malaysiakini

  • 2JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Oleh AEDI ASRI

    Politik samseng – nampaknya itulah jawapan Umno BN terhadap ‘politik baru’ anjuran Pakatan Rakyat.Sejak Pakatan lahir dan seterusnya men-

    tadbir beberapa negeri pada tahun 2008, rakyat diperkenalkan kepada alternatif bagi Umno-BN, di mana perdebatan sihat dan tadbir urus baik menjadi amalan dan tujuan.

    Namun, Umno-BN enggan menyahut cabaran itu dan memperbaiki diri, sebalik- nya mereka memilih untuk bereaksi secara agresif – berubah menjadi samseng. Dalam kehangatan kempen Pilihanraya Umum ke-13, ceramah-ceramah Pakatan diganggu dan hadirin ditakut-takutkan. Beberapa kali bas Jelajah Merdeka Rakyat milik PKR dirosakkan.

    Awal tahun ini, samseng-samseng berter-usan menyasarkan kaum lain, mengancam hubungan baik sesama rakyat Malaysia. Mereka seakan berangan-angan untuk meng- ulang kembali tragedi 13 Mei.

    Bersekongkol bersama mereka adalah badan-badan yang tidak habis-habis menya-lahgunakan nama Melayu dan Islam, seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perka-sa.

    Terbaru, lebih 50 ahli Pemuda Umno, diketuai Ketua Pemuda Wilayah Persekutu-an Razlan Rafi, mencetuskan kekacauan di hadapan ibu pejabat DAP, merosakkan pa-pan tanda parti dan mengugut untuk mem-bakar bangunan itu.

    Kita tidak pasti sampai bila budaya sam-seng ini akan diamalkan memandangkan pihak berwajib setakat ini seperti berat hati untuk mengambil tindakan tegas. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sendiri enggan meminta maaf atas kebiadaban ahli-ahli sayap Umno itu, menunjukkan tiada kes-ungguhan di pihak Umno untuk memban-teras perbuatan tidak beradab melibatkan ahli-ahlinya.

    Ancaman berterusan politik samseng Umno-BN

    Awal tahun ini, samseng-samseng berterusan

    menyasarkan kaum lain, mengancam hubungan

    baik sesama rakyat Malaysia. Mereka seakan

    berangan-angan untuk mengulang kembali

    tragedi 13 Mei. Bersekongkol bersama mereka

    adalah badan-badan yang tidak habis-habis

    menyalahgunakan nama Melayu dan Islam, seperti

    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa.

    22 MEI - Lebih 50 ahli Pemuda Umno diketuai Ketua Pemu-da Wilayah Persekutuan Razlan Rafi mencetuskan kek-acauan dan provokasi di hadapan ibu pejabat DAP, Jalan Pudu. Mereka merosakkan papan tanda parti dan mengu-gut untuk membakar bangunan.

    23 MEI - Insiden hampir sama berlaku di pejabat DAP Kuantan. Sekumpulan pemuda yang membawa sepanduk Umno membaling telur ke arah pejabat, dan menendang pintu masuk sehingga bengkok.

    21 MEI - Calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dihalau daripada bertemu pengundi di tapak pasar malam di Kampung Padang Tembak. Dua pemuda BN mendekati pasukan kempen dan menjerit “Nyah dari kampung ini.” Mereka juga telah menakut-nakutkan pasukan kempen.

    21 MEI - Sekumpulan samseng Umno dan Perkasa mer-empuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan menyerbu masuk ke dalam dewan ketika DUN

    sedang bersidang. Ini kejadian merempuh Dewan yang pertama dalam sejarah Malaysia.

    6 FEBRUARI - Perikatan NGO yang memakai nama ‘Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia’ secara terbuka menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang menampar Ahli Par-limen Seputeh Teresa Kok.

    18 JANUARI - Dalam satu demonstrasi di Seberang Jaya, Pulau, Umno Pulau Pinang membakar sentimen trage-di 13 Mei 1969. Turut menyertai demonstrasi itu adalah pimpinan Umno negeri itu, seperti Datuk Reezal Merican (Ahli Parlimen Kepala Batas), Setiausaha Umno negeri Da-tuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda Rafizal Rahim. Pembabitan dalam demonstrasi yang memaparkan sepan-duk provokasi bertulis “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?” menyebabkan ADUN DAP RSN Rayer menyelar ketiga-tiga mereka sebagai “cela-ka-celaka Umno.”

    1 2

    3

    4

    5

    6

    RENTETAN PROVOKASI TERHADAP DAP

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    UTAMA

  • 3JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Oleh SAKMONGKOL AK47 SAYA harap orang Melayu tidak menden-gar cakap Umno. Parti itu mahu kita bertelagah sesama sendiri. Cina lawan Melayu. Mereka? Mereka boleh dikatakan sentia-sa berniaga dengan rakan-rakan mereka yang berketurunan Cina, mereka pergi bercuti dengan rakan-rakan Cina dan per-gi char kuat (berurut) dengan kawan-ka-wan Cina. Ibrahim Ali, kepala pelampau Melayu, berketurunan Cina. Kawan-ka-wan paling rapat kebanyakan ahli politik Umno juga Cina.

    Bolehkah kawan-kawan Cina mereka itu tidur malam dalam keadaan seku-tu-sekutu mereka asyik menghasut orang Melayu untuk membelasah Cina. Apakah orang Melayu perlu bergolok, berparang dengan Cina yang juga menggunakan senjata yang sama? Atau apakah Cina dan Melayu yang kaya akan menjual senjata kepada puak-puak yang berkelahi nanti? Kita saling berbunuhan, mereka pergi membeli-belah di Riviera.

    Sedangkan kita diperingatkan supaya jangan sama sekali percaya dan berkawan dengan Cina. Mengapa? Satu-satunya tu-

    juan ialah supaya kita terus berkelahi dan mereka pula boleh terus memegang kuasa. Dengan kuasa, mereka menjarah dan merompak khazanah negara hingga licin. Tahun depan, setelah kita tidak lagi mempunyai wang kerana mereka berbe-lanja seperti orang gila, antaranya untuk membina sangkar berharga RM25 juta buat beruang Panda, kita yang dipaksa membayar GST.

    Ya, kita faham apa itu GST. Ia adalah salah satu cara sah untuk memeras lebih

    banyak wang daripada kita. Kata bidalan Cina, “memerah darah daripada batu.”

    Memang tiada tujuan lain. Akhirnya kita yang akan menderita kalau kita menden-gar kata-kata yang keluar dari otak udang pemimpin-pemimpin Umno. Kalau Cina pemilik lori sayur enggan menghantar sayur-sayuran ke Selayang, kita tidak akan mendapat sayur. Begitu juga kalau mereka enggan menghantar ikan, dag-ing dan lain-lain, semuanya tidak akan dapat kita makan. Kalau Giants, Tesco,

    dan pasaraya-pasaraya milik orang Cina tidak dibuka, Melayu takkan dapat mem-beli barang makanan. Kalau kilang-kilang Cina ditutup, banyak orang Melayu akan hilang kerja.

    Jadi, kita orang Melayu perlu berfikir sebelum meloncat ke dalam api. Umno bermain bara, yang terbakar negara.

    *Sakmongkol AK47 adalah nama pena Datuk Mohd Ariff Sabri, Ahli Parlimen DAP Raub, Pahang.

    Umno bermain bara, yang terbakar negara

    Oleh IZMIL AMRI

    KITA faham kemarahan ka-wan-kawan dalam Umno. Hati mereka terguris, jiwa mereka meronta-ronta. Kalimat ‘cela-ka’ yang dihamburkan pastinya mendatangkan marah. ‘Celaka’ bukan bahasa yang baik, ma-lah kasar sekali. Sama kasarn-ya seperti kalimat-kalimat lain yang boleh mengundang kema-rahan.

    “Cina makan babi”, “paria”, “anak haram”, “bangsat” dan beberapa kalimat lain sama juga maqamnya dengan kalimat “celaka”. Semua ini merupa-kan kumpulan perkataan yang berfungsi menaikkan tekanan darah dan menggoncang kesa-baran.

    Namun peliknya ketika kali-mat celaka disebut oleh Adun Seri Delima, RSN Rayer dalam

    sidang DUN Pulau Pinang; tidak ada seorang pun Adun Umno yang bangkit membantah.

    Rayer dalam satu perba-hasannya meluahkan kema-rahannya terhadap pemimp-in-pemimpin Umno yang ikut serta dalam satu demonstrasi di Pulau Pinang awal tahun ini bagi membantah ‘flashmob kangkung’ yang dilakukan oleh ADUN Machang Bubuk PKR Lee Khai Loon.

    Perhimpunan yang disertai pemimpin-pemimpin Umno tersebut mempamerkan beber-apa sepanduk bersifat perkau-man antaranya termasuklah yang berbunyi “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 ter-jadi. Mau lagi ka?”

    Rayer menyifatkan hal itu se-bagai tindakan yang mengkh-ianati rakyat Malaysia. Beliau lalu menyumpah, “Celaka, cela-ka ini. Celaka, celaka Umno ini”

    yang disebutnya juga sebagai kurang ajar dan biadab kerana suka membakar api perkauman dan sentimen 13 Mei. Rayer be-gitu marah sekali dengan sikap pemimpin Umno yang nampa-knya beriya-iya sekali mahukan peristiwa hitam 13 Mei berulang kembali.

    Anehnya, Rayer kemudian menuding jari ke arah blok pem-bangkang DUN Pulau Pinang dan mencabar Adun Umno su-paya memberi respons tentang hal yang dibangkitkannya itu.

    “Siapa berani jawab? Siapa berani bangun?” sergah Rayer. Tapi, tiada seorang pun yang bangkit membantah, apatah lagi menjawab pertanyaan Rayer itu.

    Sebelum mengakhiri baha-gian berkenaan daripada teks ucapannya, Rayer sekali lagi membentak Adun-Adun Umno atas sikap rasis dan kedahagaan

    mereka terhadap pergeseran kaum; dan sekali lagi beliau menyebut “Celaka mereka!” sambil merujuk kepada pem-impin Umno yang suka memain-kan api perkauman.

    Lima kali Rayer sebut “cela-ka” terhadap sikap Umno yang sukakan politik perkauman. Ti-ada seorang pun daripada 11 Adun Umno yang terguris hati dan bangkit menentang ka-ta-kata Rayer. Hanya esoknya barulah gerombolan samseng mereka merempuh DUN Pulau Pinang, diikuti rusuhan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di ibu pejabat DAP di Kuala Lum-pur, dan kemudian rusuhan di pejabat DAP Kuantan.

    Jadi kenapa Adun Umno diam? Apakah mereka mengiyakan tuduhan Rayer? Atau mereka sibuk main Candy Crush di tele-fon pintar masing-masing?

    Lima kali ‘celaka’, kenapa Adun Umno diam?

    UTAMA

    Satu-satunya tujuan ialah supaya kita terus berkelahi dan mereka pula boleh terus memegang kuasa. Dengan kuasa, mereka menjarah dan merompak khazanah negara hingga licin.

    Siapa berani jawab? Siapa berani bangun?” sergah Rayer. Tapi, tiada seorang pun yang bangkit membantah, apatah lagi menjawab pertanyaan Rayer itu.

    PAPAN tanda DAP dirosakkan samseng Umno baru-baru ini.

  • 4JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Selepas menang selesa dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Ge-lugor, Ramkarpal Singh terus me- mulakan khidmat dengan menan-gani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh warga Bukit Gelugor. Pasu-kan beliau telah dibentuk untuk berkhidmat dan membantu para penduduk yang tidak sabar untuk bertemu wakil rakyat mereka yang baru.

    Beliau belum benar-benar pu-lih daripada kemalangan sewaktu berkempen di Bukit Gelugor. Ma-lah, waktu untuk beliau berkabung atas pemergian bapanya juga begi-tu sempit. Setelah menang di Bukit Gelugor pula, beliau langsung turun membantu kempen Dyana Sofya di Teluk Intan.

    Setakat ini saja beliau telah mengambil langkah untuk mem-perbaiki keadaan lalu-lintas di Bukit Gelugor dengan rancangan pembi-naan jalanraya bernilai RM300 juta dari Bandar Baru Air Itam ke Relau.

    Menurut Ram, jalanraya itu akan menjadi laluan alternatif bagi pen-duduk Paya Terubong yang kini bergantung pada hanya satu jalan, iaitu Jalan Paya Terubong, untuk ke Bukit Jambul. Jalanraya baru ini dijangka akan mengurangkan kes-esakan lalu-lintas setelah siap pada tahun 2017 nanti.

    Selain jalanraya, Ram juga akan berusaha meningkatkan kemuda-han pasar basah di Bukit Gelugor, mewujudkan kawasan riadah dan memperbaiki program perumahan dan pembangunan.

    Selain itu, tentunya di Parlimen nanti beliau diharap akan menerus-kan perjuangan bapanya memper-tahankan perlembagaan negara. Pun begitu beliau tidak berniat un-tuk ‘mengambil tempat’ tokoh poli-tik DAP itu atau menjadi ‘jelmaan semula’ sang Harimau Jelutong.

    “Mustahil untuk menggantikan se-seorang yang begitu istimewa,” ka-tanya dengan nada penuh bangga.

    Bukit Gelugor adalah sebuah ka-wasan parlimen baru yang terhasil setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat. Ram kenal betul dengan kawasan itu

    kerana sering hadir bersama-sama mendiang ayahnya melawat kawa-san dan mendengar keluh-kesah rakyat.

    Menurut beliau, kawasan Parli-men Bukit Gelugor sekarang meli-puti serpihan kawasan parlimen Jelutong yang disandang mendiang Karpal sejak Ram lahir pada tahun 1978 sehingga 21 tahun kemudian, pada tahun 1999.

    Anak muda ini mempunyai wawa-san yang pelbagai untuk golongan muda yang disifatkannya sebagai pewaris negara yang mesti menjaga keluhuran perlembagaan.

    Memandangkan Bukit Gelugor terpecah kepada tiga kawasan De-wan Undangan Negeri (Air Itam, Seri Delima dan Paya Terubong) yang di-menangi oleh DAP, agak mudah un-tuk menyusun program dan aktiviti yang boleh memberi manfaat kepa-da anak muda supaya mereka ber-sedia mendepani cabaran semasa.

    Ram melihat isu-isu perkauman dan ekonomi yang sedang merunc-ing sebagai hal besar yang perlu di-tangani secara serius oleh Pakatan Rakyat kerana bakal memberi kesan kepada masa depan anak muda.

    “Ada satu trend di kalangan anak muda sekarang yang menyebabkan mereka begitu mahukan peruba-han, dan saya rasa trend ini akan kekal sehingga PRU ke-14,” kata be-liau penuh yakin.

    Apabila ditanya apa yang mem-buat beliau begitu yakin, Ram sedikit tertawa dan berkata baha-wa memang dalam politik segala- nya mungkin. Namun beliau nekad akan berusaha untuk memastikan sokongan anak muda dan kehendak mereka kepada perubahan, teru-tamanya dalam keadaan semasa, terus membuak.

    Beliau mengangkat sumpah se-bagai ahli Parlimen pada 9 Jun lalu. Setelah sekian banyak hakim dan pasukan pendakwa yang digasakn-ya, Ram pastinya tidak punya ban-yak masalah untuk bangun berdiri dan berhujah tentang hak dan nilai-nilai yang diperjuangkan semua yang berjuang bersama DAP sejak sekian lama.

    Ramkarpal mula berkhidmat

    UTAMA

  • 5JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Oleh ALIFF FIKRI

    Jumaat 29 Mei, jam 5.30 petang, dua hari terakhir pengundian, saya me- neruskan kerja melapor dengan mengi-kuti kempen Dyana Sofya bersama pimpinan DAP lainnya seperti Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Tony Pua dan ADUN Pasir Pinji Howard Lee di Pasar Malam Taman Ros.

    Walaupun cuaca agak mendung, sam-butan terhadap Dyana dan DAP begitu meriah sekali. Semua peniaga dan pe- ngunjung tidak melepaskan peluang un-tuk beramah mesra serta bergambar. Dyana juga berkesempatan mempelajari cara membuat ‘Corn Cup’ dari seorang peniaga.

    Jam 6 petang, Dyana dijadualkan un-tuk melancarkan bukunya yang berjudul Dyana Sofya: Di Sini Bermula di gelang-gang bola keranjang awam bersebela-han tapak pasar malam. Tiba-tiba hujan turun begitu lebat, saya terpaksa melar-ikan diri mencari tempat berteduh dan melihat pelancaran buku dari jauh.

    Hujan lebat nyata tidak menghalang Dyana melancarkan bukunya dan pen-duduk setempat untuk hadir. Melan-carkan buku, mungkin bagi sesetengah orang tidak mendatangkan apa-apa. Namun, pada saya, ia satu lagi langkah cukup signifikan kerana sebulan lalu kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri telah menyekat pembangunan intelek rakyat dengan mengharamkan karya terjemahan beberapa buah buku dengan alasan “memudaratkan ketenter-aman awam.”

    Saya teringat, sejarah mencatat ban-yak peristiwa pengharaman buku oleh pemerintahan zalim yang takut minda rakyatnya akan berkembang.

    Pada 31 Januari 1931, di Hunan, China, misalnya, Gabenor Jeneral Ho Cien telah melarang buku Alice in Wonderland ker-ana menggambarkan haiwan-haiwan boleh bercakap, ini dikhuatirkan akan membuatkan anak-anak menganggap manusia setara dengan haiwan.

    Selain Nazi, rejim Franco di Sepanyol juga melakukan hal yang sama pada tahun 1939. Pendokong-pendokong Franco telah membakar perpustakaan Pompeu Fabra sambil berteriak penuh bangga kalimat “Abajo la inteligencia!” (Matilah para pemikir!)

    Lalu, tindakan terbaru kerajaan Ba-risan Nasional itu membuatkan saya ter-tanya-tanya, tidakkah langkah penghar-aman buku atas alasan menjaga rakyat itu dengan langkah rejim di China dan Sepanyol itu?

    Hujan makin lebat, acara terpaksa di- singkatkan dan dilancar semula dalam sesi malamnya di tapak bazar Ramadhan OCBC Bank.

    30 Mei, hari akhir kempen, sesi walk-about di Taman Teluk Intan kali ini mendapat sambutan cukup luar biasa, rata-rata penduduk yang datang me-nemui kami menyatakan bahawa ke-menangan adalah pasti.

    Selesai makan tengahari, saya menuju ke lokasi biasa, Pusat Operasi DAP. Kali ini, Guan Eng sekali lagi menyeru pen-duduk membuat pilihan tepat dengan memberikan kemenangan pada Dyana untuk membuka era baru politik Malay-sia.

    “Saya berharap pengundi tidak menyokong perkauman sebaliknya menyokong politik kemalaysiaan. DAP melihat Dyana bukan sekadar Melayu tapi anak Malaysia,” katanya.

    Malamnya, sekitar jam 8 malam, ceramah Grand Finale di OCBC Bank mencatat rekod kehadiran begitu besar sekali – 20 ribu orang (hampir separuh daripada 60,620 pengundi Teluk Intan) membanjiri tapak ceramah. Hadirin melimpah ke jalanraya. Keadaan ini membuatkan rata-rata penceramah op-timis bahawa kemenangan akan diraih walaupun berdepan dengan bermacam taktik kotor seperti pemberian hamper, memberi ‘ricecooker’, mesin basuh, bertindak samseng mengacau kempen, menyerang, menconteng papan tanda calon dan lainnya.

    Hari pengundian, 31 Mei, malang un-tuk DAP. Walaupun mendapat sambu-tan begitu meriah – kata Lim Kit Siang, sambutan sebegini tidak pernah berlaku dalam sejarah Teluk Intan – tapi Dyana tewas kepada calon BN, Mah Siew Keong dengan majoriti hanya 238 undi akibat peratusan keluar mengundi yang seka-dar 67.4 peratus.

    Harapan warga Teluk Intan untuk mendapat wakil rakyat wanita Melayu pertama dari DAP tidak kesampaian, kerana kehilangan lebih 7,000 undi yang kebanyakannya dari kalangan pengun-di luar yang dimenangi mendiang Seah Leong Peng dalam PRU lalu.

    Menurut Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, pengundi luar tidak pulang untuk mengundi kerana terlalu yakin Dyana pasti menang tanpa undi mereka, selain kerana kurangnya semangat ‘ubah’ untuk menarik mereka pulang.

    Apa pun, memetik kata Dyana “Ini bu-kan penamat Dyana Sofya.” Perjuangan ke arah “memalaysiakan” Malaysia ber-jalan terus.

    Catatan Teluk Intan: Ini bukan penamat Dyana Sofya

    UTAMA

  • 6JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Cara berfikir yang teratur adalah tenaga penarik yang utama pada manusia. kata-kata yang keluar dari li-dah ialah dorongan dari jalan fikiran. Kata-kata dan perbuatan iaitu bukti, adakah beres berfikir atau tidak. Seni sendiri yang bersumber pada kehalusan perasaan sekali tidaklah dapat diciptakan, kalau fikiran tidak beres.

    Dari adukan dan campuran warna dapat diketahui orang bagaimana perasaan pelukis. Oleh sebab itu adalah beber-apa lukisan, patung dan syair yang telah bertahun-tahun usianya, masih amat dalam pengaruhnya.

    Lukisan-lukisan di istana Paus di Vatican, dipandang orang sebagai raksasa seni, yang hampir tak ada tolok bandingnya sampai beberapa keturunan. Lukisan Rembrandt menye-babkan bangsa Belanda, tempat dia dilahirkan, dapat men-gangkat muka dihadapan dunia dan berkata: “Rembrandt kami punya!”

    Thomas Caryle mengatakan: “India pada suatu ketika akan terlepas dari tangan kita, tetapi Shakespeare tidak. Jika orang menyuruhkan daku memilih di antara dua, iaitu mempertahankan bahasa Shakespeare atau memperta-hankan kedaulatan atas India, tentu akan saya pilih yang pertama. Shakespeare adalah daulat raja yang lebih tinggi, yang menguasai seluruh bahasa Inggeris, baik di tanah Ing-geris asli baik pun di seberang lautan.”

    Meskipun demikian pula, muzik itu tak akan terjelma ka-lau tidak dibantu oleh fikiran yang sihat, walau pun isinya sangat halus. Kalau hendak melihat bangsa-bangsa Eropah yang telah tinggi pendidikannya, termenung dan lupa diri, satu detik pun tidak boleh kedengaran di lantai, lihatlah ke-tika mereka itu mendengarkan muzik Beethoven, Mozart atau Bach.

    Fikiran dan perasaan mesti sejalan.Salah kita kalau kita menyangka bahawa dengan mem-

    pelajari undang-undang dan teori muzik saja, atau menga-kui suatu teori susunan syair, kita telah menjadi ahli muzik atau ali syair. Undang-undang hanya sebagai dasar. Sebagai kami di surau dahulu mempelajari ilmu alat, supaya kami kelak dapat berjalan sendiri dalam menyelami rahsia ba-hasa Arab dengan fikiran sendiri. Walau pun dua pelu- kis sama-sama tegak di tepi sebuah ngarai dan sama-sama melihat keindahan alam dan sama-sama memindahkan dia ke atas kertas, kalau kelak hasil keduanya diperhatikan, akan nampaklah juga perbezaannya. Sebab mereka itu me-mandang dengan teropongnya masing-masing.

    Kita pelajari undang-undang seni, kita masuki sekolahnya

    yang tinggi, kita turuti dengan segala percubaan yang tia-da mengenal bosan. Dan kita pun insaf, tidak ada ahli seni yang tidak terpengaruh oleh ahli seni yang lain. Kita meniru dan kita membandingkan, tetapi kita tidak boleh menjadi bayang-bayang dari kesenian peribadi yang mempengaruhi kita itu, melainkan kita pupuk pertumbuhan jiwa kita sendi-ri. Dengan itulah kita menjadi ahli seni yang besar!

    Pada keyakinan saya, fikiran dan jiwa seni seseorang seniman atau pujangga yang besar adalah tumbuh di atas tanah watannya yang dihisapnya, sehingga sebagai orang Inggeris berhak berkata: “Shakespeare itu kami punya!”

    Dan orang German berhak berkata: “Goethe itu kami yang punya.” Maka bangsa Indonesia pada suatu waktu tentu boleh pula berkata “Si Anu kami yang punya.”

    Dan itu adalah berasal dari jiwa yang besar!Bukannya di dalam kota yang ramai, di tempat ken-

    deraan bersilang-siur dan hiruk-piruk yang menulikan teli-nga saja, tempat mencari jiwa seni bangsa. Selamilah jiwa mereka itu, ketahuilah kesukaan dan kebenciannya; teru-tama di tanah air kita yang bermasyarakat berbagai ragam ini. Ada yang telah terpesona oleh muzik Beethoven, dan ada yang masih tergila-gila oleh suara gamelan. Ada yang telah makan dengan memakai senduk dan garfu, pun ada yang masih makan anjing! Ada yang telah mengatur paka-ian pesta, pakaian malam, pakaian sore, dan ada pula yang masih bertelanjang.

    Mendidik bukanlah memaksa!Roh yang akan meningkat besar nampak alamatnya pada

    kecintaan akan alam dan keindahan serta kepercayaan ke-pada Tuhan.

    - Pribadi, 1962

    Pengenalan oleh TARMIZI ANWAR

    “Jika ayah bercerai dengan ibumu, dengan siapakah engkau akan tinggal?”

    Pertanyaan itu telah merobek perasaan seorang anak kecil yang dahagakan kasih sayang dan masih belum

    mengerti perjuangan hidup.

    Rajuknya membawa kepada anggapan orang ramai bahawa tiadalah lagi akan erti masa depan baginya.

    Akibat ini, beliau pernah berkelahi sehingga pahanya ditusuk dengan pisau hingga tembus, mula berkena-

    lan dengan tempat memacu kuda serta berjinak-jinak dengan tempat orang berjudi dan menyabung ayam.

    Di sebalik lara ini, difahaminya akan erti perjuangan. Gelap menjadi terang, durjana kepada bijaksana

    dan Hamka (Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah) kemudiannya muncul sebagai tokoh besar agama

    dan sastera Nusantara.

    Selama 73 tahun hayatnya, Buya Hamka telah men-garang sekitar 118 buah buku agama, sastera, politik

    dan falsafah.

    Petikan yang dimuatkan di halaman ini diambil daripada Pribadi.

    Pada keyakinan saya, fikiran dan jiwa seni seseorang seniman atau pujangga yang besar adalah tumbuh di atas tanah watannya yang dihisapnya, sehingga sebagai orang Inggeris berhak berkata: “Shakespeare itu kami punya!”

    BUDAYA

    Hamka: Ulama, filasuf & sasterawan Nusantara

  • 7JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Nama: _________________________________________________________________

    Alamat Emel: _______________________________________________________________________________________________

    Alamat: ___________________________________________________________________________________________________

    Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32Sila fakskan bank-in-slip kepada kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105

    Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

    Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika

    anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.

    ( )

    No. Telefon: _________________________

    02 03 04 05 0607

    08 09 10 11 1312

    www.gentamedia.com

    Membeli-belah dalam talian Aktiviti akan datang

    Petikan PDF percuma

    No. Barangan Harga(RM)

    KTT Jumlah(RM)

    01 Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang 15.00

    02Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD)

    / Genta Media 15.00

    03 Kalender kreatif: komuniti Kluang impian 25.00

    04Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia /

    Kee Thuan Chye 39.90

    05 Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang 15.00

    06 Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong 10.00

    07 Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi 20.00

    08 Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng 20.00

    09 Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid 15.00

    10Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan

    Hamidi Hamid20.00

    11 Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng 8.00

    12JBajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang

    kita / Teh Chi Chang20.00

    13 1 Black Malaysia / DAP 15.00

    14 Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com 9.90

    **BAYARAN POS (RM5 / RM10)Peninsular Malaysia RM5 Sarawak & Sabah RM10

    Jumlah

    “Ternyata buku ini memberi kita kesempatan untuk menjengah sedalamnya gelora dan cita-cita masyarakat Cina sepanjang lima dekad di negara ini. Kita sebenarnya – khususnya orang Melayu – tidak terasa denyut minda dan debar kalbu masyarakat Cina yang sebenar. Buku ini membuka peluang itu.”

    - A. Samad Said, Sasterawan Negara

    TSUNAMI CINA: RETORIK ATAU REALITI

    Kini Di PasaranRM15

    Kehabisan Stok?gentamedia.com gentamedia

    l Pesan kedai buku untuk mengisi stokl Hubungi kami: 03-9281 8105

    Buku juga boleh didapati di:

    01

    14

    Oleh MUHAMMAD NAZREEN

    Penyajak Bertolt Brecht pernah menyebut: Jika kita tak fikir pasal politik, politik tetap me-mikirkan kita!

    Senang cerita, hendak atau tidak, kita tak boleh lepas dari politik. Politik tetap berperanan dalam kehidupan kita. Orang me-nolak untuk ambil tahu tentang politik, sebenarnya dengan cara itu mereka sendiri mengambil sikap politik.

    Namun, politik di tahap ung-gulnya adalah seni yang segala mungkin. Orang berpikir (intelek- tual) barangkali gagal menahan godaan untuk berpolitik. Mereka beranggapan bahawa politik ada-lah segala-galanya dan “the end justifies the means.”

    Politik, dalam cita-cita ahli falsa-

    fah Greek Plato, wajar dit-erajui oleh orang yang ber-pikir dan orang yang ada keinginan untuk berfal-safah. Plato mengutara-kan konsep ‘philosopher king’ atau orang berpikir sebagai pemimpin.

    Intelektual yang baik tidak terlepas untuk membicarakan politik. Menurut Edward Said, pemihakan terhadap golon-gan tertindas hanya berlaku apa-bila intelektual ambil tahu untuk terlibat politik.

    Sikap pemihakan oleh inte- lektual yang berpolitik, bukan se-mestinya baik. Ada kalanya, mere-ka memilih sikap songsang. Intel-ektual boleh jadi penindas, jika tidak sebaliknya memilih untuk melawan penindasan. Sesetengah

    ‘orang berpik-ir’ ada kegilaan tersendiri.

    Dalam syara-han Reith Lec-ture, anjuran BBC, pada tahun 1994, Edward Said ada menyebut tentang makalah ‘Treason of The Intellectual’ oleh Julien Benda. Makal-ah ini mengingatkan

    k i t a akan bahaya orang intelektual yang di saat agungn-ya memilih untuk bersama keja-hatan.

    Edward Said, dalam syarahan yang sama memberi contoh ten-tang manipulasi golongan pemikir dalam pentadbiran yang zalim. Dia memetik peranan Milton Friedman dan ‘Chicago Boys’ di se-

    balik kudeta di Chile tahun 1953 ; serta penglibatan Henry Kissinger, bekas setiausaha Amerika Syari-kat, sepanjang perang dingin.

    Ulasan buku kali ini bertumpu kepada hasil karya Mark Lilla, The Reckless Mind – Intellectuals in Politics yang meneliti pemikiran beberapa intelektual yang ber-pengaruh dalam lapangan sains sosial dan falsafah moden dan pada masa yang sama berkom-promi dengan rejim diktator.

    Hal ini amat ironis menurut Lilla. Intelektual, selain mengem-bangkan wacana tentang idea, secara tak langsung menyumbang ke arah pengukuhan tirani.

    Dalam buku tersebut, Lilla ber-mula dengan pertanyaan falsafah Plato di dalam ‘Lure of Syracruse’ yang berkisar tentang orang ber-pikir dan godaan politik. Politik

    dianggap persuasif, mendorong orang falsafah mendekatinya.

    Lilla menceritakan perjalanan sejarah pemikir seperti Alexan-dre Kojeve, Michel Foucault, Mar-tin Heidegger dan Carl Schmitt. Mereka adalah intelektual yang mempunyai kecenderungan un-tuk berlaku songsang.

    Heidegger dan Schmitt misaln-ya adalah intelektual penting abad ke-19. Tetapi simpati mereka ter-hadap perjuangan Nazisme tidak ada batasnya.

    Buku ini adalah ‘ruang terbalik’ buat intelektual dan politik. Lilla meneroka di sebalik kegelapan orang berpikir dalam dunia poli-tik. Politik bukan sahaja alat un-tuk mencapai keadilan, tetapi di tahap bahayanya adalah sebaha-gian daripada ancaman terhadap keadilan itu sendiri.

    Politik dan orang berfikirUlasan buku

  • 8JUN 2014

    EDISI BAHASA MALAYSIA

    Nama (seperti dalam IC) :Jantina : Pekerjaan :No IC :Alamat :

    Tel (H/O) : (HP):Emel :

    Butir Peribadi

    Cek Kiriman Wang Pos No Slip Bank Masuk

    Cawangan Bank:

    Jumlah Bayaran: RM

    Kad Kredit

    Nama atas Kad Kredit:

    Visa Master Bank Pengeluaran Kad :

    Negara Pengeluaran Kad:

    Jumlah Bayaran: RM No. Kad Kredit:

    Tandatangan Pemegang Kad: _______________________

    Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)

    Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.

    Butir Bayaran

    Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja

    * Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.

    12 isu (RM12) 24 isu (RM 24) * termasuk bayaran pos

    Jenis Langganan Baru Membaharui No Ahli : ____________

    Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32

    BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)

    Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:Genta Media Sdn BhdBlok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

    Terbitan: DAP Malaysia, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Tel: +603-9200 5000 Faks: +603-9200 7000

    The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

    Oleh IZMIL AMRI

    Hutang negara kini berada pada ta-hap 53.8% daripada KDNK, sekadar kurang 1.2% daripada kadar hutang yang dibenarkan undang-undang. Bererti nisbah hutang negara kepada KDNK sudah lebih daripada separuh.

    Negara yang ekonominya sedemikian rupa boleh dibandingkan dengan rakyat- nya yang siang malam membanting tulang bekerja hanya untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan sebagainya. Kata pepatah moden, “Gaji, dari bank kau datang, kepada bank kau kembali.”

    Dalam keadaan ekonomi sedemikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk menubuhkan 1Malaysia Development Berhad, sejajar dengan penjenamaan semua benda den-gan kalimat 1Malaysia. 1MDB disebut se-bagai makhluk hybrid antara dana keka-yaan negara dan syarikat pelaburan swasta.

    Di seluruh dunia, dana kekayaan negara seperti 1MDB dimulakan dalam keadaan sesebuah negara itu tidak mempunyai ban-yak hutang. Ia ditubuhkan dengan dana daripada belanjawan lebihan dan selalu- nya apabila sesebuah negara itu bergan-tung kepada eksport barang mentah sep-erti minyak.

    Kini, 1MDB pula dibebani hutang bernilai lebih RM30 bilion dan sebahagian dari-padanya dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

    1MDB pada mulanya wujud sebagai Terengganu Investment Authority dan ia kini mempunyai hanya tiga bidang niaga, iaitu Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia dan penjanaan kuasa elektrik.

    Dua daripada operasi 1MDB itu boleh dilihat oleh mereka yang selalu mengguna-kan lebuhraya Sungai Besi menuju ke pusat bandar. Satunya belum nampak rupa di lapangan terbang TUDM di Sungai Besi itu,

    disebut dalam laman web 1MDB sebagai Bandar Malaysia, manakala satu lagi letak-nya berhampiran Bulatan Pandan mengha-la ke pusat bandar – kawasan yang berpa-gar tetapi kosong yang mulanya dipanggil KL International Financial District tetapi kini diberi nama Tun Razak Exchange.

    Dua tapak tanah ini menjadi pengeras kepada pinjaman dan hutang ditanggung 1MDB yang sehingga kini mempunyai liabil-iti lebih USD13 bilion dan sekadar mampu menghasilkan sekitar RM860 juta daripada operasi tahunan yang tidak pun cukup un-tuk menampung faedah pinjaman USD1.62 bilion. Reuters melaporkan bahawa 1MDB sepatutnya rugi RM1.85 bilion, namun dise-lamatkan oleh penilaian semula hartanah-nya yang bernilai RM2.7 bilion.

    KLIFD atau Tun Razak Exchange adalah sebuah rancangan pembangunan hartan-ah seluas 34.4 hektar secara usahasama antara 1MDB dan Mubadala Development Company, sebuah syarikat berpusat di Abu

    Dhabi. Upacara pecah tanah Razak Exchange ini

    telah dijadualkan lebih empat tahun lalu. Jemputan ke majlis gilang-gemilang yang bakal dirasmikan Najib Razak dan Syeikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, putera mahkota Abu Dhabi, disampaikan kepa-da beberapa orang kenamaan dan pihak media. Namun pada saat-saat akhir majlis pecah tanah tersebut, pihak media dimak-lumkan bahawa acara tersebut dibatalkan, tanpa sebarang alasan. Yang tinggal seka-rang hanyalah pagarnya sahaja.

    Dalam jangkamasa sama juga 1MDB turut menandatangani usahasama pem-bangunan hartanah bersama Qatar Invest-ment bagi tapak yang kini merupakan lap-angan terbang TUDM di Sungai Besi. Tanah milik kerajaan seluas 196 hektar itu akan dipindahkan ‘dari tangan kanan ke tangan kiri’ dan akan digunakan untuk pembangu-nan bercampur demi meningkatkan nilai hartanah terbabit.

    Semua ini bunyinya hebat dan indah se-kali sehinggalah kita mempertimbangkan masalah kewangan yang sedang dihadapi syarikat pelaburan negara ini.

    Dalam sidang Parlimen Oktober tahun lalu, Perdana Menteri gagal menjawab so-alan yang diutarakan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng tentang status jaminan ker-ajaan terhadap pinjaman-pinjaman 1MDB yang sehingga takat tersebut berjumlah lebih RM38 bilion. Najib sekadar menjawab bahawa kerajaan tidak menjamin keseluru-han pinjaman 1MDB, tetapi cuba RM5 bil-ion sahaja.

    Syarikat ini kemudiannya dilaporkan ber-jaya memperolehi penangguhan terhadap pinjaman sementaranya dari Maybank Investment Bank sebanyak RM6.1 bilion sementara ia mengaturkan tawaran per-mulaan awam (IPO) bagi mengumpulkan dana bagi aset janakuasanya untuk mem-

    bayar hutang-hutang berkenaan. Pinjaman Maybank tersebut kini harus dilangsaikan menjelang November 2014.

    Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua giat mendedahkan beberapa aktiviti kerajaan yang nampaknya cuba memberi nyawa kepada syarikat milik penuh ker-ajaan yang menanggung hutang sebesar gunung ini. Antara aktiviti tersebut ter-masuklah penganugerahan tender loji janakuasa tenaga solar yang bakal menye-diakan elektrik untuk dibeli oleh Tenaga Nasional Berhad dan seterusnya disalur-kan kepada rakyat yang akhirnya terpaksa menanggung bil elektrik lebih tinggi demi memastikan 1MDB mampu membayar hutangnya.

    Yang menjadi kerunsingan kita setakat ini ialah perihal syarikat ini yang meski kelihatan seperti sebuah syarikat swasta, sebenarnya adalah syarikat milik penuh kerajaan. Setelah itu, meski pun kerajaan menjamin hanya sebahagian kecil daripada hutangnya yang menggunung, persoalan yang lebih penting ialah siapa pula yang menjamin hutang-hutangnya yang lain itu, dan bila pula 1MDB akan mampu melang-saikan kesemua hutang-hutangnya?

    Adakah rakyat Malaysia akhirnya akan terpaksa menjadi pak sanggup untuk mem-bantu melangsaikan hutang-hutang ini secara berjemaah melalui perbelanjaan sehari-hari dan cukai GST yang bakal dilak-sanakan tahun depan?

    Umum tahu bahawa sebuah kerajaan yang kaya tidak perlu mengenakan ber-macam-macam cukai ke atas rakyat, manakala kerajaan yang tidak cukup duit akan giat mencukai rakyat demi mengisi kelompangan dalam pengurusan kewan-gannya yang gagal.

    Gali lubang, tutup lubang. Cumanya lubang 1MDB ini barangkali tidak akan per-nah mampu dikambus lagi.

    1MDB: Rakyat bakal jadi pak sanggup?Meski pun kerajaan menjamin hanya sebahagian kecil daripada hutangnya yang menggunung, persoalan yang lebih penting ialah siapa pula yang menjamin hutang-hutangnya yang lain itu, dan bila pula 1MDB akan mampu melangsaikan kesemua hutang-hutangnya?

    UTAMA

    Dicetak oleh: