09c bahan bacaan

Upload: fariezzaim95

Post on 11-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan bacaan

TRANSCRIPT

Tajuk 1

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa Melayu PGSR

Tajuk 3

Kemahiran Lisan3 JAM

SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengetahuan kepada anda mengenai pengenalan kepada kemahiran lisan dan masalah kemahiran lisan murid-murid bermasalah pembelajaran. Tajuk ini juga akan menjelaskan kaedah-kaedah pengajaran kemahiran lisan dan turut membincangkan aspek penilaian bahasa lisan.

Mari kita tinjau apa yang dimuatkan dalam tajuk ini!

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi dan konsep kemahiran lisan.2. Mengenal pasti masalah-masalah kemahiran lisan murid-murid bermasalah pembelajaran.3. Menghuraikan pelbagai kaedah dalam pengajaran kemahiran lisan.4. Membanding bezakan antara kaedah-kaedah pengajaran kemahiran lisan.

5. Merancang dan melaksanakan kaedah pengajaran kemahiran lisan kepada murid-murid bermasalah pembelajaran.6. Membincangkan jenis-jenis penilaian bahasa lisan dan kepentingannya.

KERANGKA TAJUK

KANDUNGAN

3.1 Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan

Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

3.1.1 Definisi dan konsep lisan

Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu.

3.1.2 Jenis kemahiran lisan

Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

AKTIVITI

Anda dalam kumpulan bertiga diminta membincangkan aspek-aspek kemahiran lisan dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mengenai perkara-perkara berikut:

i. Fungsi bahasa lisan dalam kalangan murid-murid masalah pembelajaran

ii. Masalah kemahiran lisan murid-murid bermasalah pembelajaraniii. Kaedah pengajaran kemahiran lisan (diskriminasi bunyi, pemintal lidah, ayat berima, main peranan, latih tubi, choral speaking dsb.)Arahan: Sebelum mengadakan perbincangan, anda sebaiknya mencari maklumat berkenaan terlebih dahulu melalui pelbagai sumber/media. Setelah itu anda perlu pula menjelaskan dapatan kumpulan anda dalam sesi interaksi bersama tutur.3.2 Penilaian Bahasa Lisan

Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas bahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaran bahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya guru dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan adalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-ujian bahasa yang lain.

Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah, penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspek kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakala pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.

Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua bentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis ketidakupayaan murid khas itu sendiri. Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau terapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini boleh terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.

Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran ialah seperti:

a. mendengar dan mengecam bunyi

b. mendengar untuk mendiskriminasi butiran

c. mendengar dan memadan

d. melaksanakan arahan

e. mendengar untuk mendapatkan maklumat

f. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan

g. memaham maksud ayat

h. mendengar dan menulis, dan sebagainya.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar boleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar bagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.

Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).

Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan

Isi : Nama benda-benda dalam kelas

Bahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelas

Prosedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar

benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris,

bakul sampah, dan sebagainya)

2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.

Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu guru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya. Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran bertutur pelajarnya adalah seperti berikut:

a. bertutur berdasarkan gambar

b. bercerita berdasarkan gambar bersiri

c. mendengar dan bercakap

d. melaporkan peristiwa yang dialami

e. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.

AKTIVITI

Berdasarkan pembacaan anda mengenai penilai bahasa lisan di atas, dapatkah anda cetuskan idea kenapa penilaian bahasa lisan ini sangat penting dilaksanakan ke atas murid-murid bermasalah pembelajaran?

RumusanOleh kerana kemahiran lisan amat penting dalam kehidupan seseorang, lebih-lebih bagi individu berkeperluan khas yang ternyata mempunyai pelbagai masalah lisan yang membataskan kehidupannya dalam proses berkomunikasi, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai guru pendidikan khas memberi bimbingan dan intervensi yang sebaiknya terhadap mereka. Sebelum diberikan intervensi bahasa lisan kepada mereka, satu aspek utama perlu diambil perhatian khusus ialah terlebih dahulu dilaksanakan pengujian dan penilaian bahasa lisan. Setelah itu dirangka langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti intervensi bahasa lisan dan seterusnya dilaksanakan.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan

pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah:

Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1993. Perkaedahan pengajaran

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. 1990. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman.Kuder, S. J. 2003. Teaching students with language and communication disabilities.

Boston: Allyn & Bacon.

Lerner, J. 1993. Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching strategies.

(6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.

Martin, D. 2000. Teaching children with speech and language difficulties. London: David

Fulton Pub.

Mercer, C.D. & Mercer, A.R. 1985. Teaching student with learning problems. Columbus:

Chales & Merrill.

Owens, R. 2001. Language development : An introduction. (5th ed.). Boston : Allyn &

Bacon.

Polloway, E.A., Patton, J.R. 1993. Strategy for teaching learners with special needs. New

York: Maxwell Macmillan International.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1987. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Reed, V. A. 2005. An introduction to children with language disorders (3rd ed.) Boston: Allyn & Bacon.

Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Universiti Terbuka Malaysia. 2007. Kaedah pembelajaran khas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

KEMAHIRAN LISAN

Penilaian Bahasa

Lisan

Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan

Masalah Kemahiran Lisan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

Kaedah Pengajaran Kemahiran Lisan

- Kepentingan

penilaian

- Jenis ujian lisan

- Diskriminasi bunyi

- Pemintal lidah

- Ayat berima

- Main peranan

- Latih tubi

- Choral speaking dsb

- Pengulangan

- Pelat

- Tidak lancar

- Sebutan tidak

jelas

- Aphasia

- Dysphraxia dsb

- Definisi dan

konsep lisan

- Jenis

kemahiran

lisan

- Fungsi

bahasa lisan

murid-murid

bermasalah

pembelajaran

EMBED Unknown

PAGE 25