08) gandar belakang

7
2.3.5 GANDAR BELAKANG Objektif Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. Mengenal pasti komponen dan fungsi gandar belakang. 2. Mengenal pasti kendalian gear kerbeda ( differential gear ). 3. Mengenal pasti jenis syaf gandar belakang. 4. Menservis gandar belakang. Pencapaian Kompetensi 1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Dapat menerang fungsi, kendalian dan nama komponen gandar belakang. 3. Boleh menggenal komponen utama dan menerangkan kendalian gear kerbeda. 4. Boleh menggenal pasti jenis-jenis syaf gandar belakang. 5. Dapat melakukan kerja menservis mengikut prosedur. Maklumat penting Fungsi gandar belakang. 1. Menampung sebahagian daripada berat kenderaan. 2. Menghantar kuasa kepada roda ( bagi jenis gandar hidup ). Jenis-jenisnya. Terdapat dua jenis gandar belakang. 1. Gandar mati. 2. Gandar hidup. Gandar mati Roda berputar secara bebas pada gandar tanpa dipacu. Contohnya kereta kuda.

Upload: faizlyan

Post on 12-Jun-2015

3.575 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: 08) GANDAR BELAKANG

2.3.5 GANDAR BELAKANG

Objektif

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti komponen dan fungsi gandar belakang.2. Mengenal pasti kendalian gear kerbeda ( differential gear ).3. Mengenal pasti jenis syaf gandar belakang.4. Menservis gandar belakang.

Pencapaian Kompetensi

1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.2. Dapat menerang fungsi, kendalian dan nama komponen gandar belakang.3. Boleh menggenal komponen utama dan menerangkan kendalian gear kerbeda.4. Boleh menggenal pasti jenis-jenis syaf gandar belakang.5. Dapat melakukan kerja menservis mengikut prosedur.

Maklumat penting

Fungsi gandar belakang.

1. Menampung sebahagian daripada berat kenderaan.2. Menghantar kuasa kepada roda ( bagi jenis gandar hidup ).

Jenis-jenisnya.

Terdapat dua jenis gandar belakang.

1. Gandar mati.2. Gandar hidup.

Gandar mati

Roda berputar secara bebas pada gandar tanpa dipacu. Contohnya kereta kuda.

Gandar hidup

Roda berpusing dengan pacuan gandar.

Terdapat 3 jenis gandar hidup:

1. Separuh terapung.2. Tiga suku terapung.3. Terapung.

58

60

Page 2: 08) GANDAR BELAKANG

Rajah 2.41 Jenis –jenis gandar hidup

59

Page 3: 08) GANDAR BELAKANG

KERBEDA

Fungsi

Untuk membezakan kelajuan pusingan roda semasa kenderaan membelok.

Kendalian

Jalan lurus Sewaktu jalan lurus kuasa rintangan pada setiap gear adalah sama. Kuasa yang dihantar melalui gear pinan memusingkan gear gelang dan sangkar gear

bersama-samanya. Pada masa ini gear gelang dan gear planet berpusing seperti satu unit. Gear planet hanya bergolek saja di atas gigi gear matahari.

Semasa membelok Apabila kenderaan mula membelok, kuasa bebanan adalah berbeza. Perbezaan ini menyebabkan gear matahari sebelah dalam mendapat lebih rintangan. Pada masa ini gear planet akan memusingkan gear matahari yang kurang rintangan dan

hanya bergolek pada yang banyak rintangan. Ini menyebabkan roda belakang sebelah luar berputar lebih pantas dari sebelah dalam.

60

Rajah 2.42 Arah tenaga di unit kerbeda

Page 4: 08) GANDAR BELAKANG

61

Rajah 2.43 Ceraian unit kerbeda

Page 5: 08) GANDAR BELAKANG

1. Buka palam pengisi dan palam salir. 2. Buangkan minyak kerbeda, pastikan takung berada pada tempat yang betul.

3. Setelah minyak kerbeda habis menitik ikat semula palam salir.

4. Isikan minyak kerbeda yang baru melalui lubang pengisi.

5. Setelah minyak mencukupi atau mula mengalir keluar dari lubang pengisi ikat semula palam pengisi. 6. Paras minyak mestilah berada separas

dengan lubang pengisian seperti di dalam gambarajah.

Aktiviti

Tugasan

Menukar minyak unit kerbeda.

Peralatan

Langkah kerja

Senarai peralatan Senarai bahan / kelengkapan

1. Alat tangan yang sesuai.2. Pam minyak Kerbeda.3. Takung Minyak.4. Jek.5. Sangga keselamatan.

1. Kenderaan pacuan roda belakang. 2. Minyak gear kerbeda.

62

Info:Semasa pengisian minyak kerbeda, kedudukan kenderaan mestilah rata.

Page 6: 08) GANDAR BELAKANG

Latihan

1. Berikan dua jenis gandar yang anda ketahui.

2. Namakan komponen-komponen pada kotak yang disediakan:

63

Rajah 1