01/10/2010 - prosedur tindakan tatatertib …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/prosedur...

7
01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PEGAWAI AWAM YANG MEMBUAT KENYATAAN MENYENTUH SENSITIVITI KAUM DAN AGAMA Sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Kerajaan memandang serius dan sama sekali tidak akan bertolak ansur ke atas perbuatan tersebut walaupun bilangan terlibat amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam. Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini. Ini termasuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka sekiranya benar-benar didapati bersalah. 2. Dengan 1.2 juta orang pegawai awam, walaupun terdapat peraturan- peraturan dan garis panduan yang jelas bagi mengawal selia tingkah laku pegawai awam, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjamin 100% pematuhan. Dalam mana-mana organisasi, pastinya akan ada segelintir yang tersasar daripada visi dan misi organisasi. Malah Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata pihaknya tidak dapat mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya. 3. Insiden-insiden yang melibatkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian Kerajaan. Malah pihak pentadbiran Kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa-apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada

Upload: vodien

Post on 04-Mar-2018

268 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP

PEGAWAI AWAM YANG MEMBUAT KENYATAAN MENYENTUH

SENSITIVITI KAUM DAN AGAMA

Sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pegawai awam yang didakwa

mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Kerajaan memandang serius dan sama sekali tidak akan bertolak ansur ke

atas perbuatan tersebut walaupun bilangan terlibat amat kecil berbanding

1.2 juta orang pegawai awam. Kerajaan akan berusaha membendung

perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai

kaum yang dinikmati selama ini. Ini termasuk mengenakan tindakan

tatatertib terhadap mereka sekiranya benar-benar didapati bersalah.

2. Dengan 1.2 juta orang pegawai awam, walaupun terdapat peraturan-

peraturan dan garis panduan yang jelas bagi mengawal selia tingkah laku

pegawai awam, adalah sesuatu yang mustahil untuk menjamin 100%

pematuhan. Dalam mana-mana organisasi, pastinya akan ada segelintir

yang tersasar daripada visi dan misi organisasi. Malah Majlis Peguam

Malaysia baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata pihaknya tidak dapat

mengawal tingkah laku 13,000 orang ahlinya.

3. Insiden-insiden yang melibatkan segelintir pegawai awam itu tidak

seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian Kerajaan. Malah

pihak pentadbiran Kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan

berlaku apa-apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan

keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada

Page 2: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar-dasar

Kerajaan.

4. Sehubungan ini, selaras dengan keputusan Kerajaan baru-baru ini, saya

telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am kepada semua Ketua Jabatan

Kerajaan mengingatkan supaya pegawai awam berhati-hati dan

menghindari daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian dan Ketua

Jabatan mengambil tindakan segera lagi tegas berdasarkan Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap

pegawai yang terbabit. Tindakan secara pentadbiran menggantung mana-

mana pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan sedemikian

dari tugasnya hendaklah juga diambil dengan serta-merta sementara

menunggu siasatan lanjut. Langkah ini adalah untuk meredakan

ketegangan yang mungkin timbul berikutan kenyataan yang berunsur

hasutan yang didakwa dikeluarkan itu.

Kuasa Mengambil Tindakan Tatatertib

5. Berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, kuasa-kuasa

untuk menjalankan kawalan tatatertib adalah di peruntukkan kepada

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan

Pelajaran (SPP) untuk Perkhidmatan Pendidikan. Bagaimanapun, menurut

Perkara 144 (5B) Perlembagaan Persekutuan, kuasa-kuasa tersebut telah

diturunkan kepada Lembaga Tatatertib yang ditubuhkan di semua

kementerian dan jabatan Kerajaan.

Page 3: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

6. Penubuhan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah

berdasarkan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam

1993 [P.U. (A) 396/1993], manakala Lembaga Tatatertib Perkhidmatan

Pendidikan diasaskan kepada Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Pendidikan 1994 [P.U. (A) 458/1994]. Sementara itu bagi

Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan,

Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

mereka tertakluk kepada peraturan Lembaga Tatatertib di agensi masing-

masing.

7. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib tersebut,

Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan

Profesional Gred 48 dan ke atas ialah Ketua Setiausaha Negara. Manakala

bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 46

dan pegawai Kumpulan Sokongan, Pengerusi Lembaga Tatatertib adalah

Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Jabatan yang berkenaan.

8. Terdapat 7 jenis hukuman tatatertib iaitu amaran, denda, lucut hak

emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang

kerja. Kuasa yang diperuntukkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua

Setiausaha dan Ketua Jabatan sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib

yang berkenaan adalah bagi mengenakan hukuman-hukuman selain

hukuman buang kerja atau turun pangkat. Perkara 135 Perlembagaan

Persekutuan memperuntukkan kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang

kerja atau turun pangkat bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan

Profesional kepada SPA/SPP, mengikut perkhidmatan masing-masing.

Manakala bagi pegawai Kumpulan Sokongan, Lembaga Tatatertib adalah

Page 4: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

di peringkat kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

Kementerian.

Prosedur Tindakan Tatatertib

9. Sebelum sesuatu hukuman tatatertib dijatuhkan ke atas pegawai awam

yang terbabit, siasatan secara terperinci akan dijalankan dan prosedur

tindakan tatatertib perlu dipatuhi supaya sebarang tindakan yang diambil

adalah tepat, teratur, adil dan boleh dipertahankan dari segi undang-

undang jika kes berkenaan dicabar di mahkamah. Prosedur tatatertib yang

perlu dipatuhi adalah Ketua Jabatan akan membuat siasatan ke atas

aduan salah laku pegawai awam yang terbabit dan melaporkan kepada

Lembaga Tatatertib di mana urus setia Lembaga Tatatertib akan

menyediakan Kertas Penentuan Pengerusi Lembaga Tatatertib di bawah

Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993. Seterusnya, Pengerusi Lembaga Tatatertib akan

membuat penentuan sama ada kesalahan itu patut dikenakan hukuman

buang kerja atau turun pangkat atau hukuman-hukuman lain yang lebih

ringan. Pengerusi Lembaga Tatatertib juga perlu membuat penentuan

sama ada wujud atau tidak sesuatu kesalahan tatatertib atau prima facie.

Sekiranya wujud, maka surat pertuduhan akan dikemukakan kepada

pegawai awam yang terbabit dengan diberi tempoh 21 hari untuk

mengemukakan representasi bertulis kepada Lembaga Tatatertib melalui

Ketua Jabatannya.

10. Selepas menerima representasi pegawai dan ulasan Ketua Jabatan,

Lembaga Tatatertib akan bermesyuarat untuk membuat keputusan sama

Page 5: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

ada pegawai terbabit bersalah atau tidak. Sekiranya bersalah, hukuman

tatatertib yang setimpal dengan kesalahan akan dikenakan dan jika tidak

bersalah pegawai akan dibebaskan.

11. Keputusan Lembaga Tatatertib perlu disampaikan kepada pegawai

awam tersebut dan Ketua Jabatan akan mengambil tindakan susulan

mengikut jenis hukuman yang dikenakan. Sekiranya pegawai terbabit

berasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan,

pegawai dibenarkan membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib

di SPA/SPP di mana berkenaan. Pada peringkat ini, apa-apa keputusan

yang dibuat oleh Lembaga Rayuan Tatatertib SPA/SPP adalah muktamad.

Namun begitu, sekiranya pegawai terbabit masih tidak berpuas hati ke atas

keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib, pegawai boleh membawa kesnya

ke mahkamah untuk semakan kehakiman dengan kos ditanggung sendiri

oleh pegawai terbabit.

12. Berdasarkan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-

Peraturan Lembaga Tatatertib, jelas punca kuasa bagi mengambil tindakan

tatatertib ke atas pegawai awam adalah di bawah SPA/SPP di mana

berkenaan atau suatu jemaah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong. Dalam hal ini tiada pihak lain termasuk Y.B.

Menteri yang diperuntukkan kuasa dari segi undang-undang untuk

mengambil apa-apa tindakan tatatertib ke atas pegawai awam selain

daripada Lembaga Tatatertib yang keanggotaannya dilantik oleh Yang di-

Pertuan Agong. [Sila lihat Jadual di Lampiran]

13. Apabila tersebar luas kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang

Page 6: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

didakwa dibuat oleh pegawai awam dalam kapasiti mereka sebagai

pegawai Kerajaan, banyak pihak memberi reaksi mendesak Kerajaan

untuk mengambil tindakan segera ke atas pegawai awam berkenaan.

Justeru dengan penjelasan di atas, orang ramai harus faham sebarang

tindakan tatatertib ke atas pegawai awam perlu dibuat mengikut lunas

undang-undang dan peraturan-peraturan tatatertib yang diwartakan.

Kerajaan tidak boleh tergesa-gesa mengenakan tindakan semata-mata

berdasarkan sesuatu dakwaan tanpa siasatan yang rapi serta mengikut

undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. Sebarang tindakan

perlu dilaksanakan mengikut peraturan (peringkat demi peringkat) dan

tempoh waktu seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang dan

peraturan. Ini adalah untuk memastikan tiada pihak yang dizalimi serta

selaras dengan prinsip rule of law dan natural justice.

14. Perkhidmatan Awam Malaysia telah dibina sejak lebih 50 tahun lalu. Ia

milik semua rakyat Malaysia dari semua bangsa, keturunan dan agama.

Asas kekuatannya terletak kepada ketulusan dan keberkesanan

penyampaian perkhidmatannya kepada pelanggan dan rakyat tanpa

mengira kaum dan agama. Oleh itu sebarang unsur yang menghalang

aspirasi kesatuan rakyat Malaysia (the oneness of Malaysians) tidak

mempunyai tempat sama sekali dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

15. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyeru semua pihak

terutamanya pegawai awam agar menumpukan sepenuh perhatian, jiwa

dan tenaga ke arah merealisasikan pelbagai program dan inisiatif yang

telah dirancang Kerajaan demi kemajuan dan kesejahteraan negara serta

usaha-usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan

Page 7: 01/10/2010 - PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Prosedur Tindakan Tatatertib... · Perkhidmatan Awam Negeri, ... tidak mempunyai tempat sama sekali

tinggi. Kita kini berada dalam fasa terakhir untuk mencapai Wawasan 2020.

Kita tidak harus membiarkan anasir-anasir negatif menghalang perjalanan

kita ke arah sasaran yang telah kita tetapkan. Ini adalah masanya untuk

setiap daripada kita sebagai ahli masyarakat menunjukkan sikap yang

tenang dan bersabar serta mengelak daripada membuat sebarang

kenyataan atau reaksi yang tidak rasional yang boleh mengeruhkan lagi

keadaan.

(TAN SRI SIDEK HASSAN)

Ketua Setiausaha Negara