01 kitab al adab bab 1 7

Upload: mohammad-faizer-bin-bahron

Post on 07-Jul-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    1/102

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    2/102

    AKAD PEMBELIAN

    1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK

    INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN

    ISI KANDUNGAN EBOOK.

    2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK

    INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

    RM4.50 SAHAJA KEPADA

    AKAUN MAYBANK 164799081505

    (AZRAAI BIN AHMAD)

    [email protected]

    Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website

    EbookTarbiyah.Com

    3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK

    INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

    4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI

    SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK   SEBARANG

    KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN

    BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

    5. JIKA EBOOK INI DICOPY   DARIPADA RAKAN PEMBELI,

    AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD

    PEMBELIAN INI.

    SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.

    2Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    3/102

    KATA PENGANTAR 

    الرحيم

     

    الرحمن

     

    اهللا

     

    بسم

    Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.

    Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu

    para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas

    ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.

    Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-

    Nya jua ebook “Kitab al-Adab: Bab 1 hingga Bab 7” iniberpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca.

    Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertamadaripada beberapa lagi siri ringkasan dan saringan

    terhadap Kitab Al-Adab.

    Kitab Al-Adab

    Kitab Al-Adab ini merupakan himpunan

    hadis-hadis adab dalam Islam yang

    dipetik dan disusun daripada   Kitab

    Muntakhab Min as-Sunnah, Juzuk ke-11.

    Kitab ini sangat sesuai untuk dijadikan

    rujukan dalam membentuk budi pekerti

    dan adab mulia di peringkat awal proses

    Tarbiyah Islamiyah.

    3Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    4/102

    Kitab Al-Adab ini mempunyai 26 Bab. Dalam siri pertama

    ebook ini, kita akan membahaskan 7 bab daripadanya.

    Menurut pengarang kitab ini, Adab didefinisikan sebagai:

    1. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia, atau

    2. Menggunakan percakapan dan perbuatan yang

    terpuji, atau

    3. Menurut perkara-perkara yang dikira baik dan elok.

    Di antara contoh-contoh Adab termasuklah:

    1. Memuliakan orang yang lebih tinggi daripada kita

    (usia, ilmu dsb.)

    2. Berlemah lembut dengan orang yang lebih rendah

    daripada kita (usia, ilmu dsb.)

    4Tarbiyah Made Easy!!

    Kenapa Ebook ini Ditulis?

    Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Al-Adab

    yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama

    dengan membaca ringkasan.

    Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti disekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan

    tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai

    rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    5/102

    Tarbiyah Made Easy!! 5

    Konsep Istimewa Ebook Ini

    Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:

    •   Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di

    komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini

    memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada

    bila-bila masa sahaja.

    •   Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin

    agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkankonsep ini agar pembaca berpuas hati dengan

    kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas

    hati, barulah anda membuat pembayaran.

    •   Meringkaskan Perbahasan. Dalam ebook ini, kami

    membuang hadis-hadis yang digunakan secara berulang

    di dalam pendahuluan bab dan huraian bab. Begitu juga

    dengan huraian tentang tanda-tanda bacaan kalimah,

    disebabkan semua kalimah arab telah diberikan baris.

    •   Objektif Bab dan Hadis. Di awal setiap tema, dijelaskan

    objektif-objektif (biasanya aspek kognitif) bagi setiap

    bab dan hadis.

    •   Pengajaran dan Saranan Tarbawi. Di akhir setiap tajuk,

    diletakkan pengajaran hadis dan beberapa saranan

    tarbawi. Ia sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai

    objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    6/102

    •   Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna

    untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil,

    soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan

    sebagainya.

    Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan

    ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh

    daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan

    sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada

    pembaca.

    Semoga Allah redha. Wallahua’lam.

    EbookTarbiyah.Com

    Mac 2015

    6Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    7/102

    ISI KANDUNGAN

    Akad Pembelian (#2)Kata Pengantar (#3)

    Isi Kandungan (#7)

    1. Bab 1: Berbakti kepada Ibubapa (#8)

    2. Bab 2: Larangan Berjihad Tanpa Izin Ibubapa (#19)

    3. Bab 3: Larangan Melaknat Kedua Ibubapa (#25)

    4. Bab 4: Penerimaan Doa Orang Berbakti pada Ibubapa (#32)

    5. Bab 5: Derhaka Ibubapa antara Dosa-dosa Besar (#44)

    6. Bab 6: Silaturrahim (#63)

    7. Bab 7: Silaturrahim (II) (#76)

    Sekian (#100)

    Akad Pembelian (#101)

    p/s: # ialah mukasurat

    7Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    8/102

    BAB 1:“BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

    Objektif Hadis:

    Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis yang mulia ini.

    2. Menyatakan amalan-amalan mulia yang

    disebutkan oleh hadis ini.

    3. Menjawab persoalan tentang perbezaan

    riwayat berkenaan amalan terbaik.

    4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawidaripada hadis ini.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    9/102

    Teks Hadis

    :عن عبد اهللا بن مسعود رضي اهللا عنه قال 

    Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu,

    beliau berkata:

     َّ

    ي َّلا تْل :صلَّى اللَّه عليه وسلَّمسأ

    Aku telah bertanya kepada Nabi SAW:

    قال

     

    اللَّه

     

    ى

     

    ُّبح

     

    عمل

    ْ

    ال

     

    ُّي

    :

    ه وق

     

    على

     

    الصَّالة

    .

    “Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?”

    Baginda menjawab, “Solat pada waktunya.”

     قال:قال ٌّ

    ي  َّ

    دين:ثم ْوا ال  ُّ

    .بر

    Beliau bertanya lagi, “Kemudian amalan apa pula?”

    Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibubapa.”

     قال:قالٌّ

    ي  َّ

    يل اللَّه:ثم ْجهاد في س .ال

    Beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?”

    Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.”

    زادن:قال زدته  و است  و

    َّ

    ي بهن ث َّدح.

    Beliau berkata lagi, “Baginda telah berbicara kepadakutentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah

    lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku.”

     ُّ

    بخاري

    ْ

    ال   رواه

    (Riwayat Bukhari).

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    10/102

    Periwayat Hadis:

      Abdullah bin Mas’ud   radhiallahu ‘anhu   merupakan

    seorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat.

      Beliau menyertai Perang Badar dan semua perang

    bersama Rasulullah SAW.

    Huraian Hadis:

    1. Solat pada Waktunya

     Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunya

    secara tunai, bukan secara qadha’ di luar waktu.

     Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baik

    dan lebih mulia.

      Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwah

    radhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    ها وق

     

    وَّل

     

    في

     

    ة

     

    الصَّال

     

    األعمال

     

    “   Amalan yang terbaik ialah solat pada awalفضل

    waktunya.” 

    (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim)

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    11/102

    2. Berbakti kepada Ibubapa

     Berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuat

    baik, melakukan perkara yang elok serta

    menggembirakan mereka.

     Sebab turunnya ayat di atas ialah:

    Ibu kepada Saad bin Abi Waqas RA (iaitu Hamnah

    binti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telah

    bersumpah tidak akan bercakap kepada Saad

    selama-lamanya, sehingga beliau kufur dengan

    agama (Islam yang baru dianuti)nya.

    Ibunya berkata;  “Kamu pernah mendakwa bahawa

     Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik

    kepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu!

     Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dari

    Islam)!”

    Seperti firman Allah SWT:

    . /    0    21 3 4 5    

    6   7 8   9   : ;  = “Dan Kami wajibkan manusia (berbuat)kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika

    keduanya memaksamu untuk mempersekutukan

    Aku dengan sesuatu yang tidak ada

    pengetahuanmu tentang itu, maka janganlahkamu mengikuti keduanya…”

    (Al-Ankabut 29: 8)

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    12/102

    Lalu turunlah ayat,  “Dan Kami wajibkan manusia

    (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan

     jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan

     Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu

    tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti

    keduanya…”

    (Riwayat Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi)

     Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, dan

    perintah agar kita mentaati keduanya walaupun

    mereka masih kafir.

     Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukan

    dalam suruhan mensyirikkan Allah SWT seperti

    tindakan ibu Saad RA itu.

    Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW:

    ة اهللا  .ال طاعة ألحد في معص

    ْمعروف  ال إنَّما الطَّاعة في 

    “  Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam

    melakukan perkara yang baik.” 

    (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud &An-Nasa’i)

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    13/102

    ق  ْخا ال ة  مخلوق في معص ال طاعة 

    “  Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam

    menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta.” 

    (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

     Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumi

    berbuat baik kepada rakan-rakan mereka, seperti

    yang diriwayatkan dalam  Sohih Bukhari  dan  Sohih

    Muslim.

    Seorang penyair Arab telah berkata;

    “Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamu

    menemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telah

    menderhakai bapamu jika kamu tidak berbuat

    demikian.”

      Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

    Q  SR   T “…   bahawa bersyukurlah kepada-Ku dan kepada

    kedua ibubapamu…”

    (Luqman 31: 14)

     Mengenai ayat ini, Sufyan bin ‘Uyainah telah berkata;

    “Sesiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka dia…

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    14/102

    …telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yang

    berdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, maka

    dia telah berterima kasih kepada mereka.”

    3. Berjihad di Jalan Allah

     Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalah

    berjihad bagi mempertahankan tanah air dan

    tempat tinggal, sehingga kita dapat beribadah

    kepada Allah SWT dalam keadaan selamat (diri,keluarga, maruah dan harta kita).

     Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapa

    disebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantung

    kepada berbuat baik kepada ibubapa.

     Ini kerana di antara tuntutan berbuat baik kepadaibubapa adalah meminta keizinan mereka untuk

    berjihad.

     Biasanya orang berpandangan berbuat baik baik

    kepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagai

    membalas budi ibubapa yang membesarkan mereka

    sejak kecil.

     Namun, dengan mendahului berbuat baik kepada

    ibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telah

    memperingatkan kita tentang fadhilat yang besar

    dalam perbuatan tersebut.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    15/102

    Kelebihan jihad di jalan Allah SWT sepertifirman-Nya dalam Al-Qur’an:

    o p    q r  s    t   u v w x y   zHai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Akutunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan

    kamu dari azab yang pedih?

    { |    } ~   ¡ ¢         £    ¥¤ 

      ¦   §  ¨  ©   ª           « ¬(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya danberjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulahyang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

    ®  ¯  ° ± ² ³ ´   µ    ¶      ¸ 

    ¹ º  » ½¼ ¾  ¿    À   ÁNiscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu danmemasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di

    bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke

    tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah

    keberuntungan yang besar.

      Äà Å Æ   Ç   È  ÊÉ  Ë   Ì   ÍDan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu)pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat

    (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepadaorang-orang yang beriman.”

    (As-Saff 61: 10-13)

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    16/102

      Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberi

    makan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang paling

    disukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dan

    sebagainya.

      Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis ini

    bahawa amalan yang paling baik dan yang paling

    disukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalam

    waktunya.

    Jawapan Nabi SAW berbeza kerana:

      Mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya.

    Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan,

    keinginan dan kesesuaian bagi mereka.

      Atau disebabkan perbezaan waktu, di mana amalan

    berkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripada

    amalan yang sama di masa yang lain.

     Ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik,

    kerana ia adalah jalan kepada melaksanakan

    amalan-amalan lain. Ia juga membolehkan

    pelaksanaan amalan-amalan tersebut.

    Kenapa terdapat perbezaan amalan

    yang disukai oleh Allah SWT dalam

    beberapa hadis Nabi SAW?

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    17/102

     Banyak nas juga yang menunjukkan bahawa solat

    lebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, pada

    ketika berkongsi kesusahan dengan orang yang

    terdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat.

      Atau sebab lain adalah, kerana perkataan   afdhal

    bukanlah dimaksudkan sebagai   amalan yang terbaik,

    tetapi bermaksud kelebihan secara umum, iaitu antara

    amalan-amalan terbaik.

     Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialahamalan-amalan   badaniyyah   (yang dilakukan oleh

    anggota badan seperti solat, zakat, haji dan

    sebagainya).

    Oleh itu, tiada percanggahan dengan hadis yang

    diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:

    Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya,   “ Amalan

    manakah yang paling baik?”   Lalu Baginda SAW

    menjawab: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.”

    Ada orang bertanya lagi,  “Kemudian amalan apa?”

    Baginda menjawab, “Berjihad di jalan Allah.”

    Ada orang bertanya lagi,   “Kemudian amalan

    manakah pula?” Baginda SAW menjawab, “Haji yang

    mabrur.”

    (Riwayat Bukhari)

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    18/102

    Saranan Tarbawi:

    Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan

    tarbawi seperti berikut:

    1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solat

    fardu Subuh.

    2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada kedua

    ibubapa.

    3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala dan

    melakukan persediaan mental, pemikiran dan

    fizikal untuk tujuan murni ini.

    Wallahu a’lam.

    Selamat beramal!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    19/102

    BAB 2:“LARANGAN BERJIHAD TANPA

    IZIN IBUBAPA”

    Objektif Hadis:

    Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis yang mulia ini.

    2. Menjelaskan sebab keperluan meminta izin dua

    ibubapa terlebih dahulu sebelum berjihad.

    3. Menjelaskan jenis jihad yang perlu mendapat

    keizinan dua ibubapa sebelum menyertainya.

    4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

    daripada hadis ini.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    20/102

    Teks Hadis

     قال  هما ْعاص رضي اهللا عن ال :عن عبد اهللا بن عمرو بن 

    Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

    ‘anhuma katanya:

     

    وسلَّم

     

    عليه

     

    اللَّه

     

    صلَّى

     

    ِّى َّل

     

    رجل

     

    قال

    :

    ,Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanyaأجاهد

    “Bolehkah aku pergi berjihad?”

     

     قال:قال وان ب عم:ك  .ن

    Baginda SAW bertanya kembali, “Adakah kamu masih

    mempunyai kedua ibubapa?” Dia menjawab, “Ya.” 

    .ففيهما فجهد:قال

    Lalu Baginda SAW bersabda, “Oleh itu, berjihadlah pada

    mereka berdua sahaja (dengan melawan nafsu kamu

    dalam berkhidmat dan meredhakan mereka).”

     

    ومسلم

     ُّيراخب

    ْ

    ال

     رواه

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    20Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    21/102

    Periwayat Hadis:

      Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash   radhiallahu ‘anhuma,

    anak-beranak ini merupakan dua orang sahabatRasulullah SAW.

    Huraian Hadis:

    1. Bolehkah Aku Pergi Berjihad?

     Dalam satu riwayat lain bahawa Abdullah bin ‘Amru

    bin al-‘Ash RA berkata, “Seorang lelaki telah datang

    kepada Nabi SAW bagi meminta izin Baginda SAW 

    untuk berjihad.”

     Lelaki ini tidak dinyatakan namanya. Ada pendapat

    mengatakan beliau adalah Jahimah bin al-‘Abbas as-

    Salami radhiallahu ‘anhu.

    2. Adakah Kamu Masih Mempunyai Dua Orang Tua?

     Dalam satu riwayat, Baginda SAW bertanya kembalikepada lelaki itu,   “Adakah kedua ibubapa kamu

    masih hidup?”

     Lelaki itu menjawab bahawa kedua ibubapanya

    masih hidup.

    21Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    22/102

    3. Berjihadlah Pada Mereka Sahaja

     Maksud Baginda SAW, jika kamu masih mempunyai

    kedua ibubapa, maka berusahalah denganbersungguh-sungguh untuk berbakti dan berbuat

    baik kepada mereka berdua, kerana sesungguhnya

    perbuatan itu menyamai kelebihan berperang

    menentang musuh.

     Hadis ini menunjukkan perkara yang sama sepertihadis daripada Abu Said radhiallahu ‘anhu katanya:

    Seorang lelaki telah berhijrah (dari Yaman ke

    Madinah, dan meminta izin untuk berjihad). Lalu

    Nabi SAW bertanya kepadanya,   “Adakah ibubapa

    kamu masih ada di Yaman?” Dia menjawab, “Ya.”

    Baginda SAW bertanya lagi,  “Adakah mereka telah

    mengizinkan kamu (untuk berjihad)?”   Dia

    menjawab, “Belum.”

    Baginda SAW bersabda, “Pulanglah, lalu minta izin

    kepada mereka. Jika mereka mengizinkan,

    berjihadlah. Jika tidak, berbuat baiklah kepadamereka (dan jangan keluar berjihad).”

    (Riwayat Ahmad)

    22Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    23/102

      Kerana perasaan bimbangkan si anak yang mungkin

    terbunuh atau tercedera akan menyusahkan kedua

    ibubapanya.

      Oleh demikian, hadis ini adalah satu dalil bahawa:

     Berbuat baik kepada ibubapa lebih diutamakan

    berbanding jihad.

     Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkan

    dengan izin ibubapanya.

    23Tarbiyah Made Easy!!

    Mengapa Rasulullah SAW mensyaratkan

    keizinan kedua ibubapa lelaki itu untuk

    berjihad?

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    24/102

    Saranan Tarbawi:

    Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi

    seperti berikut:

    1. Wajib meminta keizinan ibubapa untuk menyertai jihad

    yang hukumnya Fardu Kifayah.

    2. Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untuk

    menyertai jihad yang hukumnya Fardu ‘Ain.

    3. Berbakti kepada ibubapa dan melayan mereka dengan

    cara yang baik, sekalipun mereka berada dalam

    maksiat atau kufur.

    Wallahu a’lam.

    Selamat beramal!

    24Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    25/102

    BAB 3:“LARANGAN MELAKNAT KEDUA

    IBUBAPA”

    Objektif Hadis:

    Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis yang mulia ini.

    2. Menjelaskan dosa besar yang terdapat di dalam

    hadis ini.

    3. Menjelaskan kepentingan menutup segala jalan

    yang boleh membawa kepada dosa besar.

    4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

    daripada hadis ini.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    26/102

    Teks Hadis

     

    قال

     

    هما عن

     

    اهللا

     

    رضي

     

    عاص

    ْ

    ال

     

    بن

     

    عمرو

     

    بن

     

    اهللا

     

    عبد

     

    عن

    :

    Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

    ‘anhuma katanya:

    :قال رسول اهللا صلَّى اهللا عليه وسلَّم 

    Rasulullah SAW bersabda:

     ديه وا

     جل

    َّ

    الر

     لعن ي

     ن

     ائر ك

    ْ

    ال

     ر ك

     من

     َّن

    “Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah

    seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.”

    ديه :قيل جل واَّ

    لعن الر يا رسول اللَّه وكيف ي

    Lantas seseorang bertanya,“Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu boleh

    melaknat ibubapanya sendiri?” 

    ه:قالَّ

     أمُّ

    باه ويسب  ُّ

    سب جل فَّ

    با الر جل َّ

     الرُّ

    .يسب

    Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapa

    orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki

    ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.” 

    ُّ

    رمذي

    ِّ

    و داود والت ب  ومسلم وُّ

    بخاري

    ْ

    ال رواه 

    Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi

    26Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    27/102

    Periwayat Hadis:

      Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash   radhiallahu ‘anhuma,

    anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat

    Rasulullah SAW.

    Huraian Hadis:

    1. Dosa Besar Melaknat Ibubapa

     Rasulullah SAW telah bersabda:   “Sesungguhnya

    antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu

    melaknat ibubapanya sendiri.”

     Lafaz ini menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itu

    mempunyai tahap-tahap yang berbeza dansabahagiannya lebih besar daripada yang lain. Ini

    merupakan pandangan majoriti para ulama.

     Melaknat, memaki dan mencaci ibubapa merupakan

    antara dosa-dosa besar atau antara sebesar-besar

    dosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satu

    bentuk penderhakaan.

      Ia juga merupakan perbuatan buruk dalam

    membalas jasa kedua ibubapa kita. Malah, satu

    tindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hak

    mereka berdua.

    27Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    28/102

    2. Bagaimana Seorang Anak Melaknat Ibubapanya?

     Lantas seseorang bertanya,   “Ya Rasulullah,

    bagaimanakah seseorang itu boleh melaknatibubapanya sendiri?”

     Orang yang bertanya tersebut berasa pelik dan tidak

    munasabah bahawa seseorang anak akan melakukan

    perbuatan tersebut kepada ibubapanya sendiri. Ini

    kerana sifat semulajadi manusia yang normal

    enggan melakukannya.

     Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkan

    bahawa biasanya si anak itulah yang menjadi punca

    kepada kedua ibubapanya dicaci, sekalipun dia

    tidak mencacinya mereka dengan mulutnya sendiri.

    3.   Memaki Ibubapa Orang Lain

     Baginda SAW menjawab,   “Seseorang itu memaki

    bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya.

    Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pula

    memaki ibunya.”

     Apabila telah dimaklumi bahawa menjadi puncakepada ibubapa dilaknat dan dimaki sahaja

    merupakan antara sebesar-besar dosa besar, maka

    melaknat dan memaki mereka sendiri secara jelas

    adalah lebih berat.

    28Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    29/102

     Dalam  Fathu al-Bari,  al-Hafiz Ibnu Hajr menyebut

    bahawa Ibnu Batthol berkata;

    “Hadis ini merupakan dalil asas tentang kaedahSaddu az-Zara’I (iaitu menghalang jalan atau punca

    yang boleh membawa kepada perkara haram).”

      Setiap perbuatan yang boleh membawa kepada sesuatu

    perkara yang haram, adalah haram dilakukan,

    sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukan

    perkara haram.

    Dalil asal kepada hadis ini ialah firman Allah SWT:

    | } ~    ¡  ¢ £   ¤ ¥  ¦ §   ¨  

    “Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang

    mereka sembah selain daripada Allah. (Jika kamu

    mencercanya), mereka akan mencerca Allah secaramelampui batas tanpa sebarang pengetahuan…”

    (Al-An’am 6: 108)

    29Tarbiyah Made Easy!!

    Bagaimanakah kita dapat mengaplikasi

    kaedah hadis ini dalam hukum-hakamagama?

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    30/102

      Al-Mawardi mengeluarkan hukum dilarang menjual

    pakaian sutera kepada lelaki yang diyakini akan

    memakainya. Begitu juga haram menjual jus anggur

    atau lainnya kepada orang yang diyakini akan

    menggunakannya untuk membuat arak.

      Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammad

    bin Abi Hamzah berkata:

      Dalam hadis ini terdapat dalil betapa besarnya hak

    kedua ibubapa.

      Sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orang

    itu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidak

    membalas, tetapi biasanya dia akan membalas

    seumpama kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

      Pelajar boleh meminta penjelasan gurunya

    mengenai kata-kata yang tidak jelas baginya,seperti pertanyaan Sahabat RA tersebut.

      Hadis ini mengesahkan kewujudan dosa-dosa besar.

      Asal (ibubapa dan ke atas) mengatasi cabangnya

    (anak dan ke bawah) berdasarkan kedudukan asal,

    sekalipun cabang itu mengatasi asalnya denganbeberapa sifat.

      Menderhakai ibubapa adalah salah satu daripada

    sebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebih

    hebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidak

    dimiliki oleh ibubapanya.

    30Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    31/102

    Saranan Tarbawi:

    Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi

    seperti berikut:

    1. Hendaklah kita menutup segala punca yang boleh

    membawa kepada perkara yang menyakiti ibubapa,

    sekalipun kita tidak berniat begitu.

    2. Orang yang memiliki sifat semulajadi yang normal,

    fitrahnya pasti enggan memaki ibubapanya.Sememangnya, tiada sesiapapun yang sanggup memaki

    ibubapanya sendiri.

    Wallahu a’lam.

    Selamat beramal!

    31Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    32/102

    BAB 4:“PENERIMAAN DOA ANAK YANGBERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

    Objektif Hadis:

    Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis yang mulia ini.2. Menjelaskan bahawa keikhlasan kepada Allah

    SWT dapat melepaskan seseorang daripada

    segala kesusahan dunia.

    3. Menjelaskan bahawa takut dan gerun kepada

    Allah SWT dapat menghalang seseorang

    daripada melakukan maksiat.

    4. Menyebutkan tentang keberkatan berbuat baikkepada ibubapa yang diperoleh oleh seseorang

    di dunia dan di akhirat.

    5. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

    daripada hadis ini.

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    33/102

    Teks Hadis

     

    عليه

     

    اللَّه

     

    صلَّى

     

    اهللا

     

    رسول

     

    عن

     

    هما عن

     

    اهللا

     

    رضي

     

    عمر

     

    ابن

     

    عن

    :وسلَّم قال 

    Daripada Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma, daripada

    Rasulullah SAW, sabdanya:

    ْمطر  ال خذهم    ماشون فر ي ما ثالثة ن ي .ب

    Ketika tiga orang orang lelaki sedang berjalan bersama-sama, mereka telah ditimpa hujan.

     فانحطَّت على فم غارهم صخرة ل ْج ال ى غار في  فأووا 

    قت عليهم   فأطب ل ْج ال .من 

    Lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua di sebuah

    bukit. Tiba-tiba sebiji batu besar daripada bukit itu jatuh

    menghempap mulut gua tempat mereka berlindung, lalu

    batu itu memerangkap mereka.

     

    عض ب عضهم  قال ب حة :ف لَّه صا عماال عملتموها  انظروا 

     

    عنكم

     

    فرجها ي

     

    علَّه

     

    بها

     

    اللَّه

     

    فادعوا

    .

    Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain,

    “Renungkanlah tentang amalan-amalan soleh yang telah

    kamu lakukan kerana Allah. Seterusnya berdoalah

    dengan menyebut amalan-amalan itu. Semoga Allah akan

    mengalihkan batu ini daripada kamu.”

    33Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    34/102

    حدهم  قال  ت:ف يران وامر دان شيخان ك ي وا نَّه كان   َّ

    هم

    َّ

    .الل

    Salah seorang daripada mereka pun berkata: “Ya Allah,

    sesungguhnya aku mempunyai dua orang ibubapa yang

    sangat tua dan isteriku.”

    رعى عليهم  كنت  ة صغار ي صب .و

    “Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecil. Aku juga

    membela haiwan ternakan untuk menyara mereka.”

     

    َّي ب

     بل ق

     سقيهما

     َّيد بوا

     بدأت

     فحلبت

     عليهم

     رحت

     ذا ف

    .

    “Apabila aku pulang pada waktu petang membawa haiwan

    ternakan kepada mereka lalu aku memerah susu, aku

    mulakan dengan ibubapaku. Aku memberi mereka minum

    dahulu sebelum anak-anakku.”

     

    نأى

     

    نَّه الشَّجرو

     

    و ي

     

    ذات

     

    بي

    .

    مسيت 

     

    حَّى

     

    يت ت

     

    فما

    هما قد ناما وجدت .ف

    “Pada suatu hari, aku pergi jauh kerana mencari pokok dan

    tumbuhan (untuk ternakan). Aku tidak pulang, sehinggalah

    waktu petang. Lalu aku dapati ibubapaku telah tidur.”

     

    حلب

     

    كنت

     

    كما

     

    فحلبت

    .

    عند

     

    قمت ف

     

    حالب

    ْ

    ال ب

     

    فجئت

    ومهما ن أوقظهما من ن كره    .رءوسهما

    “Aku pun memerah susu seperti biasa. Aku membawa susu

    yang diperah itu, lalu aku berdiri di sisi mereka berdua,

    tetapi aku tidak suka mengejutkan mereka dari tidur.”

    34Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    35/102

     َّ

    ضاغون عند قدمي ة ي بِّ

     والص لهما ب ة ق بِّ

    شقي الص ن  كره  .و

    ْفجر  ال ى طلع َّ

    هم ح ك دأبي ودأب زل ذ لم ي .ف

    “Aku juga tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum

    ibubapaku, sedangkan anak-anakku meraung-raungkelaparan di sisi kedua belah kakiku. Itulah keadaanku dan

    keadaan mereka sehingga terbit fajar.”

    رجة  ا ف رج   فاف غاء وجهك ك اب علت ذ نِّي ف علم  ن كنت ت ف

     

    السَّماء

     

    ها من

     

    رى ن

    .

    “Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukan

    semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

    bukakanlah untuk kami satu bukaan yang melaluinya kami

    boleh melihat langit.”

    ماء َّ

    ها الس رون من ى يَّ

    رجة ح هم ف فرج اللَّه  .ف

    Lalu Allah membukan untuk mereka satu bukaan, sehinggamereka boleh melihat langit melalui bukaan itu.

    …………………………………………

    اني

    َّ

     ما:وقال الث ِّدشأك اه بت ح  ٍّ

    ة عم نَّه كانت لي اب  َّ

    هم

    َّ

    الل

    الِّساء 

     

    الرِّجال

     

    ُّبحي

    Lelaki yang kedua pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya

    aku ada seorang sepupu perempuan yang aku cintai, seperti

    seperti sekuat-kuat cinta lelaki kepada perempuan.”

    35Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    36/102

    ها بمائة دينار  ى آتيَّ

     فأبت ح فسها ها ن ي .فطلبت 

    “Aku telah menggodanya supaya menyerahkan dirinya

    kepadaku (untuk berzina), tetapi dia enggan kecuali akumembawa seratus dinar kepadanya.”

    ها بها  فجئت ار ى جمعت مائة ديَّ

    .فسعيت ح

    “Lalu aku berusaha, sehingga aku dapat mengumpul seratus

    dinar, lalu aku datang kepadanya membawa duit itu.”

     ت قا

     ها رجلي

     ين ب

     عت وق

     ا َّمل ف

    :اللَّه 

     تَّق

     اللَّه

     عبد

     يا

    Tatkala aku berada di antara dua belah kakinya (bersedia

    untuk menjimaknya), dia berkata: “Wahai hamba Allah,

    bertaqwalah kepada Allah!”

    بحقِّها

     

    َّال

     

    خاتم

    ْ

    ال

     

    ح ف ت

     

    وال

    .

    ه عن

     

    قمت ف

    .

    “Janganlah kamu membuka cincin (memecahkan selaput

    dara) melainkan dengan haknya (perkahwinan yang sah).”

    ا  رج   فاف غاء وجهك ك اب علت ذ نِّي قد ف علم  ن كنت ت ف

    رجة  ها ف .من

    “Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukan perbuatan itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

    bukalah satu bukaan untuk kami.”

    رجة هم ف فرج  .ف

    Lalu Allah membuka satu bukaan untuk mereka.

    36Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    37/102

    رز:وقال اآلخر  جيرا بفرق  أجرت  نِّي كنت اس  َّ

    هم

    َّ

    .الل

    Lelaki terakhir pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mengupah seorang pekerja dengan upah sebanyak

    satu faraq (bersamaan tiga gantang) padi.”

    ي  ه قال  ا قضى عملَّ

    لم ي حق:ِّف رقة .عط عرضت عليه ف ف

    .ورغب عنه 

    “Tatkala dia selesai melakukan kerjanya, dia berkatakepadaku: “Berikanlah kepada aku akan hak aku.” Lalu aku

    tawarkan kepadanya satu faraqnya itu. Tetapi dia tidak

    menyukainya (dan terus pergi tanpa mengambil upahnya).”

    ها قرا ورعائ ى جمعت منه بَّ

    زرعه ح زل  لم  .ف

    “Aku sentiasa menanam benih padi yang menjadi upahnya

    itu sehingga aku telah menghimpunkan banyak lembu dan

     pengembalanya hasil padi itu.”

    قال  ي حق:ِّفجاءني ف  وال تظلم .تَّق اللَّه

    Tiba-tiba dia datang kepadaku, lalu berkata: “Bertaqwalah

    kepada Allah. Janganlah kamu menzalimi aku dan hak aku.”

    قلت  قر ورعائها فخذه:ف ْب ال ى تلك  .ذهب 

     Aku pun berkata: “Pergilah ambil lembu-lembu itu dan

     pengembala-pengembalanya.”

    37Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    38/102

    قال  هزئ ب:ف  وال تست .تَّق اللَّه

    Lalu dia berkata lagi: “Bertaqwalah kepada Allah.

     Janganlah mempersendakan aku.”

    قلت  هزئ بك:ف ست ه.نِّي ال  قر ورعائ ْب ال ك  .خذ ذ

    ه  .فأخذه فذهب 

    Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku tidak

    mempersendakan kamu. Ambillah semua lembu dan

     pengembalanya.” Dia pun mengambil semua harta itu, lalu

    membawanya pergi.

    رج ما بقي  غاء وجهك فاف ك اب علت ذ نِّي ف علم  ن كنت ت .ف

    Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku telah melakukan

    semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

    bukakanlah apa yang masih berbaki.”

    فرج اللَّه ما بقي .ف

    Lalu Allah membuka apa yang masih berbaki.

     

    ومسلم

     

    ُّيراخب

    ْ

    ال

     

    Riwayatرواه Bukhari dan Muslim

    38Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    39/102

    Huraian Hadis:

    1. Tiga Lelaki yang Terperangkap di dalam Gua

     Tiga orang lelaki tersebut adalah dari kalangan umatsebelum Nabi Muhammad SAW, iaitu daripada Bani

    Israel. Nama mereka tidak pula diketahui.

     Mereka berhenti dan singgah di sebuah gua akibat

    kehujanan. Tiba-tiba sebuah batu menghempap

    mulut gua dan memerangkap mereka di dalamnya.

    2.   Berdoa Menggunakan Amalan-amalan Soleh Mereka

     Yakni mereka bertawassul dengan amalan-amalan

    yang ikhlas kerana Allah SWT, tanpa sebarang

    perasaan   riya’   (menunjuk-nunjuk kepada manusia)

    atau sum’ah (untuk mendengar pujian orang).

    3.   Tawassul Lelaki Pertama

     Lelaki pertama berdoa dengan budi baik kepada

    kedua ibubapanya, lalu doanya itu dimakbulkan oleh

    Allah SWT.

    39Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    40/102

     Marilah sama-sama kita merenung penderitaan lelaki

    itu kerana melihat anak-anaknya meraung-raung

    menangis di sisi dua belah kakinya lantaran

    kelaparan.

     Tatkala dia memandang kepada ibubapanya dengan

    pandangan kebaikan, demi menuntut keredhaan-

    Nya, Allah SWT telah memandang kepadanya dengan

    pandangan rahmat. Lantaran itu, dibukakan satu

    bukaan untuk mereka.

    4.   Tawassul Lelaki Kedua

     Lelaki kedua berdoa dengan keinsafannya di saat

    ingin melakukan persetubuhan luar nikah, akibat

    terkesan dengan peringatan sepupu perempuannya.

      Ini satu kelebihan daripada Allah SWT yang

    dikurniakan kepada perempuan itu, kerana dia tidak

    mahu melakukan perbuatan keji dan maksiat.

      Sebenarnya, dia hanya bersetuju dengan lelaki itu

    kerana lelaki itu enggan menolongnya, padahal dia

    telah merayu bantuan bersungguh-sungguh akibat

    kesusahan di musim kemarau. Sila rujuk hadis ke-12

    dalam Riadush Sholihin oleh Imam Nawawi.

     Di samping itu, perempuan tersebut bimbang dirinya

    akan mati kelaparan, dan sampai ke tahap terdesak

    yang mendorongnya terjebak dengan perkara yang

    tidak disukainya sendiri.

    40Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    41/102

     Lantaran Allah mengetahui kebenaran perempuan

    itu, Dia telah menjauhkannya daripada kejahatan

    dan memeliharanya daripada melakukan maksiat.

     Lelaki itu pula memang benar-benar bersifat taqwa,

    kerana dia bangun meninggalkan perempuan itu dan

    tidak melakukan zina, sedangkan dia mampu

    melakukannya tanpa sebarang halangan.

     Jalan untuk berzina juga telah terbentang luas

    kepadanya, namun dia bangun tanpa meneruskanniat jahatnya itu kerana takut kepada Allah SWT.

     Sedangkan ketika itu, dia telahpun duduk di celah

    kedua belah kaki perempuan itu, dalam keadaan

    syahwatnya memuncak.

     Tambahan pula, syahwat kemaluan merupakansyahwat yang paling banyak ada pada manusia dan

    paling degil terhadap akal fikiran ketika ia sedang

    bergelora.

     Lantaran tindakan tersebut, lelaki itu layak

    diperkenankan doanya oleh Allah SWT.

    5. Tawassul Lelaki Ketiga

     Lelaki ketiga berdoa pula dengan pelaksanaan

    amanah dengan cara yang baik terhadap bekas

    pekerjanya.

    41Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    42/102

     Dia telah memberikan kepada pekerja itu akan

    haknya, bahkan dengan lebihan yang banyak.

    Sedangkan upah yang wajib diberikan sekadar

    kerjanya sahaja.

     Tetapi dia telah menambah lebih daripada itu

    sebagai satu sumbangan daripadanya, kerana

    menuntut keredhaan Allah SWT. Maka doanya pun

    dimakbulkan.

      Allah SWT memakbulkan doa:

      Orang yang berbuat baik kepada ibubapanya

      Orang yang menjaga diri daripada perkara haram   Orang yang memberikan kepada orang yang berhak

    akan haknya.

      Orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT

    dan sentiasa mencari keredhaan-Nya akan diberikan

    jalan keluar dari segala kesusahan.

    Firman Allah SWT:

    j k     l   m n   o p“… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya

    Allah menjadikan untuknya jalan keluar (daripada

    kesusahan dunia dan akhirat)

    42Tarbiyah Made Easy!!

    Apakah pengajaran berguna untuk kita

    yang boleh didapati daripada hadis ini?

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    43/102

    Saranan Tarbawi:

    Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi

    seperti berikut:

    1. Hendaklah mengikhlaskan segala amal untuk Allah SWT.

    2. Hendaklah berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa.

    3. Tidak mengambil peluang atas kesempitan & kesulitan

    orang lain bagi mendorongnya melakukan maksiat.

    4. Memberikan kepada orang yang berhak akan haknya, di

    samping berbudi kepadanya.

    Wallahu a’lam.

    Selamat beramal!

    vu t s r qdan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak dia

    sangkakan…”

    (Al-Thalaq 65: 2-3)

    43Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    44/102

    Objektif Bab:

    Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis-hadis yang mulia ini.2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

    daripada hadis-hadis ini.

    Objektif Hadis 1 & 2:

    1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan

    menderhakai ibubapa.2. Menjelaskan maksud menanam anak

    perempuan; siapa melakukannya & mengapa.

    3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak

    yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan

    hak kamu”.

    4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai

    banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar,banyak bertanya & membazirkan harta.

    5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi

    peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak

    tiga kali.

    BAB 5:“DERHAKA IBUBAPA ANTARA

    DOSA-DOSA BESAR”

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    45/102

    Teks Hadis 1

     

    عنه

     

    اهللا

     

    رضي

     

    ة شع

     

    بن

     

    رة مغي

    ْ

    ال

     

    عن

    :

    Daripada al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu ‘anhu:

     صلَّى اهللا عليه وسلَّم قال َّ

    ي َّلا نع:

    Daripada Nabi SAW, baginda bersabda: 

    األمَّهات

     

    عقوق

     

    عليكم

     

    حرَّم

     

    اهللا

     

    َّن“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu

    menderhakai ibu,”

       وهات عا  ومن ات ْب ال ووأد 

    “menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan

    memberikan hak yang wajib, dan menuntut sesuatu yang

    bukan hak kamu.”

    Kalimah Maksud

     

    ُّقعلا

    -

    العقو

    Memotong dan membelah.  Maksudnya

    memutuskan silaturrahim denganibubapa dan enggan taat kepada

    mereka.

    هة َّ

    هات-أمَّ

    األم

    Ibu.   Merujuk kepada yang berakal,

    iaitu ibu manusia.

     

    أم

    Ibu.   Merujuk kepada umum, samada

    manusia atau bukan.

    45Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    46/102

    كم قيل وقال  ْمالوكره  ال ضاعة   و ؤالُّ

    رة الس وكث

    “Allah juga membenci bagi kamu perbuatan bercakap

    (perkara sia-sia dan munkar), banyak bertanya danmembazirkan harta.”

     ومسلم ُّ

    بخاري

    ْ

    ال   رواه

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Kalimah Maksud

    قيل وقال 

    Dikatakan dan si fulan berkata. Iaitu

    kata-kata yang sia-sia yang dibualkan di

    pelbagai majlis dan tempat. Contohnya:

    “Ada orang berkata begitu begini…”

    Sedangkan perkara itu tidak benar dan

    tidak diketahui hakikatnya. Sehingga

    boleh membawa kepada mengumpat

    dan mengadu domba. Allah SWT

    membenci bagi kamu ungkapan

    sedemikian.

    46Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    47/102

    Huraian Hadis 1:

    1. Allah Mengharamkan ke atas Kamu Menderhakai Ibu

     Nabi SAW hanya menyebut menderhakai ibu (tanpamenyebut bapa), sedangkan menderhakai bapa

    adalah sama dengan menderhakai ibu, di mana

    kedua-duanya adalah antara dosa-dosa besar.

     Namun, mungkin disebut ibu kerana

    menderhakainya adalah lebih keji, atau kerana

    mereka lebih lemah dari bapa.

     Menderhakai ibubapa, iaitu menyakiti mereka

    dengan apa jua bentuk tindakan yang boleh

    menyakiti mereka:

    i. samada sikit atau banyak.

    ii. samada mereka melarang atau tidak.

    iii. sekalipun dengan melawan mereka dalam apa

    yang mereka suruh atau larang, dengan syarat

    tidak ada unsur maksiat dalam suruhan atau

    larangan itu.

    47Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    48/102

    2. Menanam Anak Perempuan Hidup-hidup

     Allah SWT juga telah mengharamkan perbuatan

    menanam anak perempuan hidup-hidup.

     Diceritakan bahawa orang yang pertama sekali

    melakukannya adalah Qois bin ‘Ashim at-Tamimi.

    Kejadian bermula apabila salah seorang musuhnya

    telah menyerangnya lalu menawan seorang anak

    perempuannya. Kemudian, musuh tersebut telah

    memperisterikan anak perempuan Qois.

    Selepas itu, berlaku perdamaian antara Qois dan

    musuhnya, lalu Qois memberi pilihan kepada

    anaknya samada kembali kepada bapanya atau kekal

    bersama suaminya. Anak perempuan Qois memilih

    untuk terus bersama suaminya.

    Lantaran itu, Qois telah bersumpah akan menanam

    hidup-hidup setiap anak perempuannya yang bakal

    dilahirkan. Kemudian, perbuatan ini telah diikuti

    oleh orang Arab.

     Di kalangan orang Arab, terdapat satu kelompok lain

    yang membunuh anak-anak mereka secara mutlak,iaitu samada:

    i. kerana terlalu sayang dan kedekutkan harta yang

    akan berkurangan disebabkan anak-anak itu.

    ii. atau kerana mereka tidak mempunyai harta

    untuk menyara anak-anak mereka.

    48Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    49/102

    Tindakan mereka telah disebut dalam beberapa

    firman Allah SWT:

    ³ ´  µ ¶  ¹¸    º »   ½¼ “… dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu

    kerana (bimbangkan) kefakiran. Kami-lah yang

    memberi rezeki kepada kamu dan kepada merekasemua…”

    (Al-An’am 6: 151)

    AB CD EFGHI  J“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada

    mereka tentang kelahiran anak perempuannya,

    mukanya berubah kehitaman (seperti muka orang

    yang berdukacita), dalam keadaan susah hati

    sepenuhnya.

    KL  M NOP QSRT UVWX Y[Z \ ]^_ `

    Dia bersembunyi daripada kaumnya kerana (merasa

    malu disebabkan) berita buruk yang disampaikankepadanya itu (sambil berfikir) adakah dia akan

    memelihara anak itu dalam keadaan menanggung

    kehinaan, atau dia akan menanamnya hidup-hidup di

    dalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yangmereka hukumkan itu.”

    (An-Nahl 16: 58-59)

    49Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    50/102

    = >   ? @ A  B C DDan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya: “Dengan dosa apakah dia telah

    dibunuh?”(At-Takwir 81: 8-9)

     Sho’sho’ah bin Najiah at-Tamimi (datuk kepada  al-

    Faradzaq , Hamam bin Gholib bin Sho’sho’ah, seorang

    penyair yang terkenal) merupakan orang pertama

    yang menebus anak perempuan yang hendak ditanam

    hidup-hidup.

     Beliau pergi menemui orang yang hendak melakukan

    perbuatan itu, lalu menebus anak berkenaan dengan

    harta yang dibelanjakan untuknya.

     Al-Faradzaq  merujuk kepada perkara ini dalam syair

    beliau yang berbunyi:

    Datukku yang telah menghalang perempuan-

     perempuan yang mahu menanam anak mereka

    hidup-hidup.

    Dia juga telah menyebabkan anak yang hendak

    ditanam itu terus hidup, lalu tidak ditanam hidup-hidup.

     Qois dan Sho’sho’ah terus hidup sehingga mereka

    sempat memeluk Islam dan mendapat status sebagai

    sahabat Nabi SAW.

    50Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    51/102

     Dalam menanam anak hidup-hidup, terdapat dua

    cara yang pernah dilakukan orang Arab Jahiliyah:

    i. Apabila si isteri hampir melahirkan anak, diadisuruh oleh suaminya supaya melahirkan anak

    dan menanggung kesakitan proses itu, di tepi

    sebuah lubang.

    Apabila si isteri melahirkan anak lelaki, isteri itu

    akan membiarkannya hidup tanpa dibunuh. Tetapi

    jika jika dia melahirkan anak perempuan, diaterus mencapakkan anak itu ke dalam lubang.

    ii. Antara orang Arab, ada yang berkata kepada

    isterinya apabila anak perempuannya sudah

    berusia enam tahun;

    “Pakaikannya wangi-wangian dan hiaskanlah dia,kerana mahu membawanya pergi menziarahi

    kaum kerabatnya.”

    Kemudian si ayah membawa anak perempuannya

    pergi jauh ke padang pasir sehingga sampai ke

    sebuah perigi. Lalu si ayah berkata kepada anak

    perempuannya; “Lihatlah ke dalam.”

    Dia pun menolak anak itu dari belakangnya dan

    menimbus telaga tersebut.

    51Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    52/102

    3. Enggan Memberikan Hak yang Wajib

     Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu

    perbuatan menghalang atau enggan memberikan apayang wajib diberikan kepada orang yang berhak.

    4. Menuntut Sesuatu yang Bukan Hak Kamu

     Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu

    perbuatan menuntut sesuatu yang tidak harus kamu

    mengambilnya.

    5. Perbuatan Bercakap Perkara Sia-sia dan Mungkar

     Adapun orang yang berkata benar, dan

    menyandarkannya daripada ungkapan seorang yang

    dipercayai dan bersifat benar, tanpa membawa

    kepada seasuatu yang dilarang, maka tiada sebabuntuk melarang kata-katanya itu.

    6. Banyak Bertanya

     Allah SWT juga membenci perbutan:

    i. Banyak bertanya tanpa sebarang keperluan.ii. Banyak bertanya mengenai persoalan-persoalan

    yang tidak perlu ditanya.

    iii. Banyak bertanya tentang sesuatu ilmu; untuk

    menguji, bertengkar dan berdebat.

    iv. Banyak bertanya tentang hal ehwal orang lain,

    tanpa mempedulikan sensitiviti mereka.

    52Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    53/102

    7. Membazirkan Harta

     Allah SWT juga membenci perbuatan membazirkan

    harta, dengan membelanjakan pada perkara yang

    tidak diizinkan pada syarak.

     Ini kerana Allah SWT menjadikan harta sebagai alat

    untuk mencapai segala kebaikan hamba. Oleh itu,

    pembaziran harta boleh mensia-siakan matlamat

    tersebut.

    Ath-Thibi pernah berkata:

    “Hadis ini merupakan satu dalil asas untuk

    mengetahui akhlak yang baik. Iaitu dengan mengikut

    semua akhlak yang dipuji dan sifat yang cantik.”

    (Fathul Bari)

    53Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    54/102

    Teks Hadis 2

    بي بكرة رضي اهللا عنه قال  :عن 

    Daripada Abu Bakrah (Nufai’ bin ats-Tsaqafi) radhiallahu‘anhu katanya:

    :قال رسول اهللا صلَّى اهللا عليه وسلَّم 

    Rasulullah SAW bersabda:

     

    ثالث

     

    ائر ك

    ْ

    ال

     

    ر بأك

     

    ِّئكم أن

     

    “Tidakkah kamu mahu aku memberitahu kamu tentangال

    dosa-dosa besar yang paling besar?” Baginda mengulangi

    sebanyak tiga kali.

    Kalimah Maksud

    ال 

    Tidakkah – ingatlah - ketahuilah.

    Huruf yang disebut di awal ayat bagi

    menyerlahkan pendengar tentang apa

    yang akan disebut selepasnya, supaya

    pendengar berpegang dengannya.

     رة ي ك

    -ائر ك

    ْ

    ل ا

    Dosa besar. Iaitu setiap dosa yang ada

    amaran yang keras, daripada Al-

    Quran atau sunnah, sekalipun tidakdikenakan hukum hudud. Dosa dikira

    besar berdasarkan kekuatan kesan

    buruknya & keberatan hukumannya.

    54Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    55/102

    ائر  ْك ال ر  بأك

    Tentang dosa besar yang paling besar.

    Tidaklah dimaksudkan pengkhususan

    bahawa dosa-dosa yang disebutdalam hadis ini sahaja merupakan

    dosa besar yang paling besar.

    Sebaliknya, bermaksud:   “tentang

    beberapa perkara daripada dosa

    besar yang paling besar.”

    ا ل  يا رسول اهللا:ق لى ب

    Kami pun berkata: “Ya (beritahulah kami) wahai

    Rasulullah.”

     

    قال

    :

    دين  وا

    ْ

    ال

     

    وعقوق

     

    باهللا

     

    :Baginda bersabdaاإلشراك “Iaitu menyekutukan sesuatu dengan

     Allah, dan menderhakai ibubapa.”

    قال  ا فجلس ف كَّ

    :وكان م

    Asalnya baginda sedang bersandar, lalu baginda duduk

    dan bersabda:

    ور 

    ُّ

     وشهادة الز ورُّ

    ول الز ال وق

    “Ketahuilah, begitu juga bercakap dusta,

    dan bersaksi dusta.”

    55Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    56/102

    Kalimah Maksud

    ور ُّ

    الز

    Menyifatkan sesuatu bertentangan dengan

    hakikat sebenarnya. Ini termasuklahpendustaan, kebatilan, penyaksian dusta

    dan perbuatan dusta.

    Contoh perbuatan dusta adalah seperti

    perbuatan baik yang dilakukan oleh orang

    riya’ dan orang munafik.

    ور ُّ

    شهادة الز

    Penyaksian secara dusta. Menurut

    pendapat Al-Qurthubi ialah penyaksian

    secara dusta untuk mencapai tujuan yang

    salah; seperti membunuh, mengambil

    harta, menghalalkan sesuatu yang haram

    dan mengharamkan sesuatu yang halal.

    لت  ى قَّ

    قولها ح ال يسكت:فما زال ي

    Baginda terus menerus berkata demikian sehingga aku

    berkata: “Baginda tidak akan diam.”

     

    ومسلم

     

    ُّيراخب

    ْ

    ال

     

    رواه

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    56Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    57/102

    Huraian Hadis 2:

    1. Dosa-dosa Besar yang Paling Besar

     Telah sahih bahawa beberapa perkara lain yang

    tidak disebutkan dalam hadis ini, merupakan antara

    dosa-dosa besar yang paling besar, seperti:

    i. Membunuh orang yang Allah SWT haramkan

    pembunuhannya melainkan dengan sebab yang

    dibenarkan.ii. Berzina dengan isteri jiran.

    iii. Buruk sangka terhadap Allah SWT.

     Seperti kebiasaannya, baginda SAW mengulangi

    sesuatu sebanyak tiga kali untuk menguatkan apa

    yang hendak disampaikan.

      Ini bertujuan untuk menyedarkan pendengar agar

    menghadirkan hati dan kefahamannya kepada hal

    yang akan disebutkan.

    57Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    58/102

    2. Menyekutukan Sesuatu dengan Allah SWT

     Maksudnya:

    i. Menyekutukan sesuatu dengan Allah Azza wajalladalam ketuhanan dan ibadah.

    ii. Atau kekufuran secara mutlak, dalam apa jua

    bentuk samada syirik, murtad atau lainnya. Inilah

    maksud hadis ini.

     Seandainya yang dimaksudkan ialah makna yang

    pertama, maka syirik dihukum sebagai jenis kufuryang paling besar.

     Tidak diragui bahawa   at-Ta’thil   (menafikan

    kewujudan Allah atau Tuhan secara keseluruhannya

    seperti golongan Ateis) itu lebih buruk dan lebih

    teruk daripada syirik.

      Ini kerana   at-Ta’thil merupakan penafian secara

    mutlak, sedangkan syirik pula masih ada penyabitkan

    dan pengakuan tentang kewujudan Allah SWT.

    Firman Allah SWT:

    r s   t  u  v   w   x    y z { | }     ~  ¡ ¢  £   ¤ ¥  ¦     § ¨“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan

    dosa menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Dia

    mengampunkan dosa-dosa yang lain daripada dosa…

    58Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    59/102

    …syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki.

    Sesiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah,

    maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yangbesar.”

    (An-Nisa’ 4: 48)

    3. Menderhakai Ibubapa

     Perbuatan ‘Uququl Waalidain (menderhakai ibubapa)

    adalah lawan kepada Birrul Waalidain (mentaati dan

    berbuat baik kepada kedua ibubapa).

     Tindakan menderhakai ibubapa (yang bukan dengan

    sebab mentaati Allah SWT) begitu juga tindakan

    menyakiti mereka, dikira satu penderhakaan kepada

    ibubapa.

    4. Bercakap Dusta dan Bersaksi Dusta

     Selain syirik kepada Allah SWT, tidak ada mana-mana

    dosa besar lain yang lebih besar bahayanya dan lebih

    banyak kerosakannya berbanding penyaksian dusta

    tersebut.

     Kerana inilah baginda SAW terus menerus menyebut

    kata-kata ini;   “Ketahuilah begitu juga bercakap

    dusta dan bersaksi dusta.”

    Sehingga para Sahabat RA yang sedang mendengar

    sabda baginda berkata,   “Semoga baginda diam

    (berhenti daripada mengulanginya).”

    59Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    60/102

      Mereka berharap Rasulullah SAW diam, mungkin

    kerana kasihan kepada baginda disebabkan

    ketidakselesaan yang mereka lihat pada baginda

    semasa mengulangi kata-kata itu.

      Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi SAW

    memandang berat kepada tindakan bersaksi secara

    dusta. Baginda juga menampakkan keburukan

    tindakan itu melalui tiga perkara:

    i. Duduk. Sebelum itu, baginda SAW bersandar.

    ii. Memulakan ayat dengan perkataan (  ) yang

    menyedarkan dan memberi peringatan kepada

    pendengar. Ia juga menunjukkan orang yang

    bercakap itu memberi tumpuan kepada para

    pendengarnya.

    iii. Mengulangi ayat yang sama sebanyak dua kali,

    bahkan dalam riwayat lain sebanyak tiga kali.

      Nabi SAW mengambil berat tentang penyaksian

    dusta, dan menimbulkan kebencian manusia

    kepadanya supaya manusia berusaha dengan penuh

    kesedaran untuk menjauhi dan mengelakkannya,agar mereka selamat.

      Ini kerana ia lebih mudah dilakukan oleh manusia

    berbanding dua dosa lain tersebut, iaitu

    mensyirikkan Allah SWT dan menderhakai ibubapa.

    60Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    61/102

     Selain itu, manusia lebih banyak bersikap ambil

    mudah dengannya. Kesan buruk daripadanya juga

    lebih mudah berlaku.

     Sementara bercakap dusta pula, terdapat banyakdorongan untuk melakukannya. Lantaran itu, elok

    sangatlah diambil berat tentang memberi amaran

    kepada manusia mengenai perbuatan ini supaya

    mereka menjauhinya.

      Disunatkan mengulangi peringatan sebanyak tiga kali

    agar ia dapat difahami, seperti yang diteladankan oleh

    Rasulullah SAW.

      Pemberi peringatan digalakkan menunjukkan reaksi

    semasa menyampaikan peringatan supaya ia lebih

    berkesan untuk difahami dan lebih berkesan dalam

    melarang sesuatu perkara.

      Betapa besarnya dosa penyaksian secara dusta, ekoran

    pelbagai keburukan yang timbul daripadanya.

      Menyekutukan Allah SWT merupakan salah satu

    daripada dosa-dosa besar yang terbesar.

      Menderhakai kedua ibubapa juga merupakan salah satu

    daripada dosa-dosa besar yang terbesar.

    61Tarbiyah Made Easy!!

    Apakah pengajaran berguna untuk kita

    yang boleh didapati daripada hadis ini?

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    62/102

    Saranan Tarbawi:

    Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi

    seperti berikut:

    1. Tidak menderhakai kedua ibubapa.

    2. Bertawakkal kepada Allah SWT dalam mencari rezeki,

    khususnya bagi menyara kehidupan anak-anak.

    3. Tidak menuntut sesuatu yang bukan hak kita, dan tidak

    menghalang orang lain daripada mendapatkan haknya.

    4. Tidak bertanya soalan-soalan yang tidak berfaedah.

    5. Tidak membelanjakan harta kepada perkara yang tidakbermanfaat.

    6. Menjaga diri daripada menyekutukan Allah SWT.

    7. Tidak menceritakan tentang suatu perbuatan atau

    kata-kata melainkan setelah ia boleh dipercayai.

    Wallahu a’lam.Selamat beramal!

    62Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    63/102

    Objektif Bab:

    Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis-hadis yang mulia ini.2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

    daripada hadis-hadis ini.

    Objektif Hadis 1 & 2:

    1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan

    menderhakai ibubapa.2. Menjelaskan maksud menanam anak

    perempuan; siapa melakukannya & mengapa.

    3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak

    yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan

    hak kamu”.

    4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai

    banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar,banyak bertanya & membazirkan harta.

    5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi

    peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak

    tiga kali.

    BAB 6:“SILATURRAHIM”

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    64/102

    Teks Hadis 1: Amalan Membawa ke Syurga

     رضي اهللا عنه ِّ

    وب األنصاريُّ

    ي بي  .عن 

    Daripada Abu Ayyub al-Ansori (nama sebenar beliau Khalid bin

    Zaid) radhiallahu ‘anhu,

    ْجَّة:ن َّرجال قال  ال ي  رني بعمل يدخل خ   يا رسول اهللا

    Bahawa seorang lelaki telah berkata, “Wahai Rasulullah,

    beritahulah kepadaku tentang amalan yang akan memasukkan

    aku ke dalam syurga.”

     

    قوم

    ْ

    ال قال   :ف ه  ما  ه ما 

    Lalu orang ramai pun berkata, “Apakah halnya? Apakah

    halnya?”

     

    م

    َّ

    قال رسول اهللا صلَّى اهللا عليه وسل ه:ف .رب ما 

    Rasulullah SAW pun bersabda, “Dia ada satu hajat yang besar.”

     صلَّى اهللا عليه وسلَّم ُّ

    ي َّلا لاق ا:ف عبد اهللا ال تشرك به شي ت

    Nabi SAW bersabda lagi, “Kamu menyembah Allah tanpa

    menyekutukan sesuatu dengan-Nya,”

     

    الرَّحم

     

    وتصل

     

    الزَّكاة

     

    ؤتي وت

     

    الصَّالة

     

    وتقيم

    .

    “Kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menghubung

    silaturrahim.”

     

    ُّ

    بخاري

    ْ

    ال   رواه

    Riwayat Bukhari

    64Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    65/102

    Huraian Hadis 1:

    1. Seorang Lelaki Bertanya

     Dikatakan bahawa Abu Ayyub   radhiallahu ‘anhu,

    iaitu periwayat hadis ini sendiri yang bertanya.

    Tindakan tidak menyatakan dirinya tidaklah salah,

    mungkin beliau ada tujuan tertentu.

     Ada juga yang berkata lelaki tersebut ialah Ibnu al-

    Muntafiq , atau nama sebenarnya ialah Laqith bin

    Shobirah radhiallahu ‘anhu.

    2. Apakah Halnya? Apakah Halnya?

     Orang ramai mengulang pertanyaan tersebut

    sebanyak dua kali untuk menguatkan persoalan

    tersebut.

     Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa lelaki

    tersebut mempunyai suatu hajat.

     Kemudian baginda SAW bersabda kepada lelaki

    tersebut untuk memberitahu tentang amalan-amalan

    yang dipinta.

    65Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    66/102

    3. Menyembah Allah SWT Tanpa Menyekutukan-Nya

    4. Mendirikan Solat

      ‘Athof   (penggandingan) solat dan amalan-amalan

    yang disebut selepasnya kepada perkara yang

    disebutkan sebelumnya (iaitu ibadah kepada Allah

    tanpa syirik) adalah berbentuk ‘athof  perkara khusus

    ke atas perkara umum.

      Ini kerana ibadah mencakupi semua amalan yangdisebutkan seterusnya itu (solat, zakat dan

    menghubung silaturrahim).

    5. Menunaikan Zakat

      Iaitu zakat yang wajib. Buktinya, perintah ini

    digandingkan dengan solat.

    6. Menghubung Silaturrahim

     Al-Qurthubi berkata:

    “Ar-Rahim” ialah satu kata nama bagi semua kaum

    keluarga, tanpa dibezakan antara yang mahramdengan yang bukan mahram.

     Maksudnya berbuat baik kepada kaum kerabatmu

    mengikut kemampuan, berdasarkan keadaanmu dan

    keadaan mereka seperti:

    66Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    67/102

    i. Memberi salam

    ii. Ziarah

    iii. Memberi sumbangan

    iv. Kepatuhanv. Menolong untuk mencapai hajat yang halal

    vi. Menolak bahaya dan seumpamanya

     Maksud yang mencakupi dalam pengertian

    Silaturrahim ialah menyampaikan apa sahaja

    kebaikan yang termampu (kepada kaum kerabat) dan

    menolak apa sahaja keburukan mengikutkemampuan (daripada mereka).

    67Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    68/102

    Teks Hadis 2: Dosa Memutuskan Silaturrahim

    عنه 

     اهللا

     رضي

     مطعم

     بن

     ير جب

     عن

    Daripada Jubair bin Muth’im radhiallahu ‘anhu

    :عن رسول اهللا صلَّى اهللا عليه وسلَّم قال 

    Daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:

     رحم

     قاطع

     جَّة

    ْ

    ال

     يدخل

     ال

    .

    “Tidak memasuki jannah orang yang memutuskan

    silaturrahim.”

     ُّ

    رمذي

    ِّ

    و داود والت ب  ومسلم وُّ

    بخاري

    ْ

    ال رواه 

    Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi

    Tentang Periwayat

      Jubair bin Muth’im bin ‘Adiy   radhiallahu ‘anhu

    merupakan salah seorang daripada pakar nasab

    kaum Quraisy dan bangsa Arab seluruhnya.

     Bapanya, Muth’im bin ‘Adiy sangat berjasa kepada

    Rasulullah SAW, kerana telah memberi

    perlindungan kepada baginda semasa pulang

    berdakwah dari Thoif.

    68Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    69/102

     Beliau memeluk Islam dalam tempoh di antara

    Perjanjian Hudaibiyah dengan Fathu Makkah.

     Beliau merupakan seorang yang lemah lembut,penyabar, sopan dan bersifat tenang. Beliau

    meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah

    Mu’awiyah radhiallahu ‘anhu.

    Huraian Hadis 2:

    1. Jannah Tidak akan Dimasuki

      Iaitu syurga yang disediakan Allah SWT buat para

    hamba-Nya yang soleh di akhirat kelak.

    2. Pemutus Silaturrahim

      Iaitu pemutus hubungan kekerabatan dan

    kekeluargaan.

     Maksudnya, pemutus silaturrahim tidak akan

    memasuki syurga awal-awal, bersama golongan yang

    dahulu memasukinya. Ini sekiranya dia tidak

    menghalalkan perbuatan memutus silaturrahim itu.

    69Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    70/102

     Orang yang menganggap perbuatan itu halal, tanpa

    sebarang sebab dan kekeliruan, padahal dia

    mengetahui pengharaman perbuatan itu, maka dia

    berhak tidak memasuki syurga selama-lamanya.

     Sebabnya mengikut syarak dia dihukum murtad

    (keluar dari Islam), kerana telah menghalalkan

    sesuatu perkara agama yang diketahui tentang

    pengharamannya secara   dhorurah   (secara mudah

    tanpa perlu difikir dan dikaji dengan mendalam).

     Antara perkara-perkara agama yang diketahui

    tentang pengharamannya secara   dhorurah   adalah

    perbuatan memutuskan silaturrahim.

    70Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    71/102

    Teks Hadis 3: Kemurahan Rezeki dengan Sebab Silaturrahim

    ك رضي اهللا عنه  نس بن ما عن 

    Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu,

    :ن َّرسول اهللا صلَّى اهللا عليه وسلَّم قال 

    Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

    ثره ه في  نسأ   وي ه في رزقه بسط  ن ي  َّ

    حب من 

    “Sesiapa yang suka (dan ingin) dimurahkan rezeki

    untuknya, serta dilewatkan ajal untuknya,”

     

    رحمه

     

    صل ل ف

    .

    “…maka hendaklah dia menghubung silaturrahimnya.”

     ومسلم ُّ

    بخاري

    ْ

    ال رواه 

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    71Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    72/102

    Huraian Hadis 3:

    1. Sesiapa yang Suka Dimurahkan Rezekinya

     Maksudnya sesiapa yang ingin supaya diperluaskan,

    dimewahkan dan dimurahkan rezekinya.

    2. Dilewatkan Ajalnya

     Maksudnya dilewatkan atau ditangguhkan pada

    ajalnya.

     Namun, sudah dimaklumi dengan jelas bahawa ajal

    tidak akan ditangguh.

    Firman Allah SWT:

    ¹  º   »                                            ¼                                 ½     ¾ À¿  “Allah tidak akan menangguhkan kematian sesuatu

    yang bernyawa (samada manusia atau lainnya)apabila ajalnya telah sampai...”

    (al-Munafiqun 63: 11)

    72Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    73/102

     Oleh itu, maksud ajal dilewatkan dalam hadis ini

    ialah sebutan dan pujian yang baik kepada orang

    yang menghubungkan silaturrahim itu berkekalan

    selepas sampai ajal dan kematiannya. Seolah-olah

    dia belum mati.

     Boleh jadi sebutan yang baik itu disebabkan oleh:

    i. Ilmu yang boleh dimanfaatkan, atau

    ii. Sedekah jariah (yang berkekalan manfaatnya,

    seperti wakaf dsb.), atau

    iii. Anak soleh yang berdoa untuknya.

     At-Thobrani meriwayatkan daripada Abu Darda’

    radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

    Disebut di sisi Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang

    menghubung silaturrahimnya, ajalnya akan

    ditangguhkan untuknya.

    Lalu Baginda SAW bersabda: “Ia bukanlah tambahan

     pada umurnya, kerana Allah Taala telah berfirman:

    r  s t  u   v   xw y  z   {“…Maka apabila ajal telah datang, mereka tidakakan dapat menangguhnya (walaupun) satu detik,dan tidak dapat mendahulukannya.”

    (al-A’raf 7: 34)

    Tetapi seseorang lelaki itu mempunyai zuriat yang

    soleh, yang berdoa untuknya selepas kematiannya.

    73Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    74/102

    3. Hendaklah Menghubungkan Silaturrahim

      Iaitu menjalin hubungan dengan kerabatnya melalui

    berbuat baik kepada mereka dengan harta, khidmatatau seumpamanya.

      Semoga dengan silaturrahim ini menjadi sebab

    kepada mereka mendapat taufiq untuk melakukan

    ketaatan dan dipelihara daripada maksiat.

      Ekoran daripada itu, akan lahir sebutan dan pujian

    yang kepadanya selepas kematiannya yang

    merupakan umur kedua baginya.

      Hadis pertama membuktikan kelebihan   menghubung

    silaturrahim atau hubungan kekeluargaan antara kaum

    kerabat.

      Hadis kedua merupakan bukti jelas tentang dosa orang

    yang memutuskan silaturrahim atau hubungan

    kekeluargaan.

      Hadis ketiga menunjukkan bahawa menghubung

    silaturrahim adalah satu sebab kepada rezeki

    dimurahkan.

    74Tarbiyah Made Easy!!

    Apakah pengajaran berguna untuk kita

    yang boleh didapati daripada hadis-

    hadis dalam ini?

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    75/102

      Juga pujian yang baik akan mendorong orang yang

    masih hidup untuk memohon rahmat Allah dan doa

    yang baik untuk si mati.

    Saranan Tarbawi:

    Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi

    seperti berikut:

    1. Berusaha mengjaga dan mengeratkan hubungansilaturrahim.

    2. Menghindar sebarang sikap atau perbuatan yang boleh

    memutuskan silaturrahim.

    Wallahu a’lam.Selamat beramal!

    75Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    76/102

    Objektif Bab:

    Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

    1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan

    dalam hadis-hadis yang mulia ini.2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

    daripada hadis-hadis ini.

    Objektif Hadis-hadis di bahagian A, B & C:

    1. Menerangkan tentang keperluan menghubung

    silaturrahim.2. Menjelaskan tentang balasan terhadap orang

    yang menghubung & memutuskan silaturrahim.

    3. Menerangkan bahawa penghubung silaturrahim

    bukanlah orang yang membalas layanan

    kerabatnya, tetapi menghubung silaturrahim

    dengan kerabat yang memutuskannya.

    4. Menyatakan bahawa sesiapa yang menghubungsilaturrahim semasa Jahiliyah, kemudian

    memeluk Islam, dia diberi pahala atas

    perbuatannya itu semasa Jahiliyah.

    BAB 7:“SILATURRAHIM (II)”

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    77/102

    Bahagian A: Pemutus dan Penghubung Silaturrahim

    Teks Hadis A (1)

    رة رضي اهللا عنه  بي هري عن 

    Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

    ي صلَّى اهللا عليه وسلَّم قال  َّلا نع

    Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

    هم  رغ من ذا ف ى َّ

     ح ْخلق ال ن َّاهللا خلق 

    Sesungguhnya Allah SWT telah mencipta makhluk

    sehingga apabila Dia telah selesai mencipta mereka,

    حم 

    َّ

    تقامت الر قا عة:ف ْقطي ال ْعائذ بك من  ال هذا مقام 

    Rahim pun bangkit, lalu berkata: “(Keadaan berdiriku)ini adalah keadaan berdirinya orang yang berlindungan

    dengan-Mu daripada perbuatan memutuskan

    silaturrahim.”

    عم:قال  صل من وصلك.ن ن  رضين  ما ت

     Allah SWT pun menjawab, “Ya. Adakah kamu tidak redha Aku menyambung orang yang menghubungkan kamu…”

    قطع من قطعك  و

    “… dan Aku memutuskan orang yang memutuskan kamu?”

    77Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    78/102

    ت  :قاِّ

     يا رب لى ك:قال.ب هو  ف

    Rahim pun menjawab, “Ya, (aku redha) wahai Tuhanku.”

     Allah berfirman: “Maka perkara itu adalah untuk kamu.”

    ن شئتم:قال رسول اهللا صلَّى اهللا عليه وسلَّم:قال  رؤا  ق

    Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata lagi, seterusnya

    Rasulullah SAW bersabda, Jika kamu mahu, bacalah (ayat

    Muhammad 47: 22-23 ini):

    N O P     Q   R   S  T U   V  W X 

    Jika kamu memegang kuasa pemerintahan (atau kamu

    berpaling daripada perintah Allah), maka dibimbangi

    kamu akan melakukan kerosakan di bumi (denganmelakukan maksiat) dan memutuskan silaturrahim

    antara kamu.

    Y Z  [  \   ]   ^ _  `Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, lalu

    Allah menulikan telinga mereka (sehingga tidak dapatmendengar kebenaran) dan membutakan mata mereka

    (sehingga mereka tidak mendengar kebenaran).

     ُّ

    بخاري

    ْ

    ال   رواه

    Riwayat Bukhari

    78Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    79/102

    Huraian Hadis A (1):

    1. Allah Telah Menciptakan Makhluk

     Allah SWT mengada dan mencipta mereka daripada

    tiada, dengan kebijaksanaan dan kuasa-Nya.

    2.   Sehingga Apabila Dia telah Selesai Mencipta Mereka

      Ini bukan bermaksud Allah SWT sibuk dengan

    penciptaan makhluk, kemudian Dia selesai daripada

    kesibukan itu.

     Maha tinggi Allah SWT daripada apa yang disangkaoleh golongan yang salah faham tentang sifat-Nya.

    Sebaliknya ini bermaksud; Allah SWT telah

    menyempurnakan penciptaan-Nya.

    Firman Allah SWT:

    ¼ ½¾ ¿ ÀÁ Â Ã Ä  Å ÆSesungguhnya urusan dan perintah-Nya  – apabila Dia

    mahukan sesuatu itu. “Jadilah,”   lalu ia terjadi

    (mengikut kehendak dan kuasa-Nya).

    (Yaasin 36 : 82)

    79Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    80/102

    3. Rahim Pun Bangkit

     Maksudnya, hubungan kekeluargaan pun bangun:

    i. Samada secara hakiki ia menjelma sebagai suatu

    lembaga, atau

    ii. Satu malaikat bangun untuk bercakap bagi pihak

    Rahim itu.

     Keadaan berdirinya Rahim itu adalah seperti keadaan

    berdirinya orang yang berlindung dengan Allah SWTdaripada perbuatan memutuskan silaturrahim.

    4. Soal Jawab Allah SWT dengan Rahim

      Allah SWT bertanya kepada Rahim,

    “Adakah kamu tidak redha Aku menyambung( maksudnya: berlemah lembut dan merahmati) orang

    yang menghubungkan kamu, dan Aku memutuskan

    ( maksudnya: tidak merahmati) orang yang

    memutuskan kamu?”

     Rahim pun menjawab bahawa ia redha dengan hal

    tersebut. Lalu Allah SWT berfiman, “Maka ia adalahuntuk kamu.”

      Maksudnya: Akan Allah laksanakan dan tunaikan hal

    tersebut untuk Rahim.

    80Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    81/102

    5. Bukti daripada Al-Quran

      Rasulullah SAW bersabda bahawa jika kamu mahu

    bukti tentang perkara tersebut, bacalah ayat-ayat

    daripada surah Muhammad 47, ayat 22 & 23.

     Ayat 22:

     Jika kamu memegang kuasa pemerintahan (atau

    kamu berpaling daripada perintah Allah), maka

    dibimbangi kamu akan melakukan kerosakan di bumi

    (dengan melakukan maksiat) dan memutuskan

    silaturrahim antara kamu.

     Ayat 23:

    Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah,

    lalu Allah menulikan telinga mereka (sehingga tidak

    dapat mendengar kebenaran) dan membutakan mata

    mereka (sehingga mereka tidak mendengar 

    kebenaran).

    81Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    82/102

    Teks Hadis A (2)

    عنه 

     اهللا

     رضي

     رة هري

     بي

     عن

     عن

    Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,

    ي صلَّى اهللا عليه وسلَّم قال  َّلا نع:

    Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

     الرَّحمن

     من

     ة شج

     الرَّحم

    Rahim (hubungan kerabat) itu umpama akar pokok,

    daripada nama ar-Rahmaan.

    قال اهللا من وصلك وصلته :ف

    Lalu Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungkan

    kamu, Aku akan menghubungnya…”

    .ومن قطعك قطعته

    “… dan sesiapa yang memutuskan kamu, aku akan

    memutuskannya.”

     ُّيراخب

    ْ

    ال

     رواه

    Riwayat Bukhari

    82Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    83/102

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    84/102

    3. Lalu Allah Berfirman

     Huruf  fa’ (pada  faqaalallah) adalah  ‘athof  kepada

    satu ayat yang dibuang daripada percakapan, iaitu:

    Lalu Rahim berkata: “Keadaan berdiriku ini adalah

    keadaan berdirinya orang yang berlindung dengan-

    Mu daripada perbuatan memutuskan silaturrahim.”

    4.   Sesiapa yang Memutus & Menghubungkan Silaturrahim

     Lalu Allah berfirman:

    “Sesiapa yang menghubungkan kamu, Aku akan

    menghubungnya (iaitu ihsan-Nya yang besar kepada

    hamba-Nya).”

    “Sesiapa yang memutuskan kamu, Aku akan

    memutusnya (iaitu menghalang hamba itu daripadamendapat ihsan-Nya).”

     Menurut Imam al-Qurthubi:

    Silaturrahim yang wajib dihubungkan ada (dua jenis,

    iaitu): Umum dan Khusus.

    Umum; ialah silaturrahim seagama. Ia perlu

    dihubungi melalui saling:

    i. berkasih sayang,

    ii. nasihat menasihati,

    84Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    85/102

    iii. bersifat adil & saksama

    iv. menunaikan hak-hak yang wajib & sunat

    (seperti penuhi jemputan & sampaikan salam).

     Khusus; ialah silaturrahim yang perlu dihubungkan

    dengan semua perkara di atas, di samping:

    i. memberi nafkah kepada saudara terdekat,

    ii. mengambil berat tentang mereka, dan

    iii. memaafkan kesalahan mereka.

    85Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    86/102

    Teks Hadis A (3)

     

    قال

     

    عنه

     

    اهللا

     

    رضي

     

    عاص

    ْ

    ال

     

    بن

     

    عمرو

     

    عن

    :

    Daripada ‘Amru bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhu, beliau

    berkata:

    قول   يٍّ

    ر سر  غي  صلَّى اهللا عليه وسلَّم جهاراَّ

    ي َّلا تعمس:

    Aku telah mendengar Nabi SAW dengan jelas, bukan

    secara rahsia, bersabda:

      ائي يسوا بأو بي فالن  ن َّآل 

    “Sesungguhnya keluarga Abu Fulan bukanlah penolong

    dan kekasihku.”

     

    ين مؤم

    ْ

    ال

     

    ح وصا

     

    اهللا

     

    ِّي و

     

    “Sesungguhnya penolong dan kekasihku ialah Allah danنَّما

    orang beriman yang soleh.”

    ها ال لُّها ب ب   هم رحم كن  و

    “Tetapi keluarga Abu Fulan itu mempunyai hubungan

    rahim (denganku), yang aku hubungkandengan cara yang baik.”

     ومسلم ُّ

    بخاري

    ْ

    ال رواه 

    Riwayat Bukhari dan Muslim

    86Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    87/102

    Periwayat Hadis:

      ‘Amru bin al-‘Ash   radhiallahu ‘anhu   merupakan

    pemimpin bala tentera Islam yang telah berjayamembuka Mesir.

      Beliau dilantik sebagai gebenor Mesir pada zaman Umar

    radhiallahu ‘anhu.

    Huraian Hadis A (3):

    1. Dengan Jelas, Bukan Secara Rahsia

     Beliau berkata,   “Aku telah mendengar Nabi SAW 

    dengan jelas, bukan secara rahsia.”

      Ini adalah untuk menguatkan percakapan, bagi

    menghilangkan sangkaan bahawa sesekali Nabi SAW

    bersabda demikian dengan jelas, dan sesekalimenyembunyikannya.

     Maksudnya: Baginda tidak langsung bersabda

    demikian secara rahsia, bahkan dengan jelas dan

    menghebahkannya.

    87Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    88/102

    2. Sesungguhnya Keluarga Abu Fulan

     Fulan adalah kiasan kepada sesuatu nama khas.

     Yang dimaksudkan di sini ialah keluarga Abu Tholib,atau keluarga Abu al-‘Ash bin Umayyah, iaitu

    sesiapa yang tidak memeluk Islam di kalangan

    mereka, bukan daripada orang beriman yang soleh.

     Imam Nawawi berkata:

    “Kiasan ini dilakukan oleh sesetengah perawi hadisini. Dia bimbang untuk menyebut nama sebenar

    dengan jelas, lalu mengakibatkan kesan buruk,

    samada kepada dirinya sendiri, atau kepada orang

    lain, atau kepada kedua-duanya sekali.”

     Sesungguhnya, keluarga mereka ini bukanlah

    penolong dan kekasih Nabi SAW.

    3. Wali (Penolong & Kekasih) ku

     Nabi SAW menyatakan bahawa penolong dan

    kekasihnya dalam semua urusan adalah Allah SWT

    dan orang beriman yang soleh (bersifat ihsan dan

    beramal soleh).

    4. Tetapi Mereka Punya Hubungan Rahim Denganku

      Iaitu keluarga Abu Fulan itu mempunyai hubungan

    kekerabatan dengan Baginda SAW.

    88Tarbiyah Made Easy!!

  • 8/19/2019 01 Kitab Al Adab Bab 1 7

    89/102

    5. Aku Hubungkan dengan Cara yang Baik

     Nabi SAW telah membandingkan hubungan rahim

    dengan tanah:

    i. Apabila tanah dibasahkan dengan air sebaik-

    baiknya; ia akan berbunga dan berbuah, sertakesan kesuburan boleh dilihat pada buah-

    buahannya.

    ii. Jika tanah itu dibiarkan tanpa disiram, ia akan

    menjadi kering kontang.

     Begitulah juga dengan silaturrahim:

    i. Apabila dihubungkan, ia akan membuahkan

    kasih-