0-3 abstrak

2
ABSTRAK Health system research atau penyelidikan sistem kesihatan adalah salah satu penyelidikan yang diperkenalkan oleh kementerian kesihatan untuk pelatih- pelatih di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji masalah,punca serta cara mengatasi semua masalah kesihatan dewasa ini. Kajian ini dilakukan secara sistematik dan teratur mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini disertakan dengan bukti dan penemuan yang kukuh bagi menyokong kesahihan data di dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini adalah wajib dilakukan oleh setiap pelatih pembantu perubatan tahun 3 untuk melengkapkan kursus yang diikuti. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan pesakit hipertensi yang berumur dari 20 tahun sehingga 70 tahun mengenai tanda dan simptom penyakit hipertensi yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kabong. Kajian ini telah di pilih kerana terdapat peningkatan penyakit hipertensi di antara lingkungan umur 20 hingga 70 tahun di kawasan Kabong. Kaedah yang III

Upload: melvin-khung

Post on 12-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ABSTRAK Health system research atau penyelidikan sistem kesihatan adalah salah satu penyelidikan yang diperkenalkan oleh kementerian kesihatan untuk pelatih-pelatih di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji masalah,punca serta cara mengatasi semua masalah kesihatan dewasa ini. Kajian ini dilakukan secara sistematik dan teratur mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian ini disertakan dengan bukti dan penemuan yang kukuh bagi menyokong kesahihan data di dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini adalah wajib dilakukan oleh setiap pelatih pembantu perubatan tahun 3 untuk melengkapkan kursus yang diikuti. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan pesakit hipertensi yang berumur dari 20 tahun sehingga 70 tahun mengenai tanda dan simptom penyakit hipertensi yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kabong. Kajian ini telah di pilih kerana terdapat peningkatan penyakit hipertensi di antara lingkungan umur 20 hingga 70 tahun di kawasan Kabong. Kaedah yang digunakan di dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan maklumat dan rekod kesihatan pesakit dari Klinik Kesihatan Kabong. Selain itu, pengumpulan maklumat dari buku dan jurnal, maklumat dari internet serta borang soal selidik terhadap responden. Responden yang menjawab borang soal selidik adalah di kalangan pesakit hipertensi yang mengunjungi Klinik Kesihatan Kabong. Pemilihan 30 orang responden dilakukan secara rawak tanpa mengira jantina tetapi mengikut had umur di dalam kajian ini diberikan borang soal selidik dan di minta menjawab semua soalan mengikut kefahaman masing-masing tentang penyakit hipertensi. Seterusnya, semua data yang diperolehi akan diterjemahkan di dalam bentuk carta pai, graf dan huraian ringkas. Setelah data berkenaan dianalisis dan perbincangan telah dilakukan dan cadangan penyelesaian telah diberikan. Dengan ini, maka kita merenung kepentingan menangani masalah penyakit hipertensi agar kesihatan pesakit Klinik Kesihatan Kabong dapat dipertingkatkan.IV