halimlading21.files.wordpress.com · web viewoleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi...

119
BAB 1 PENDAHULUAN PENGENALAN Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama. 1

Upload: hadan

Post on 30-Aug-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BAB 1

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang

diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan

ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini

dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini

kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya

diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan

karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi

mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan

berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama.

1

Page 2: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

DEFINISI TERMINILOGI

Bagi konteks tesis ini, takrif terminologi berikut diguna pakai.

a) Adat

i) Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-

aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun

ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi

yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).

ii) Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat

resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan

dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang

mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).

iii) Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi

maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997 )

b) Budaya

i) Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial

sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma,

dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat

(Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).

ii) Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea,

nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi

oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman &

Cashion,1985).

2

Page 3: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

iii) Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang memberi

maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).

c) Tradisional

i) Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan

suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur

Ahmad Saman,1997 )

d) Ajaran Islam

i) Bermaksud penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan penganutnya

harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut segala

perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-Nya ( Eko Jati

Waluyo )

ii) Ajaran agama Islam senantiasa disandarkan pada 2 sumber utama iaitu Al

Qur'an dan AL Hadits. Sedangk an sumber hukum yang lain (Ijma, Qiyas,

masali mursalah dan seterusnya.......) merupakan sumber hukum yang

menjadi pedoman setelah Al Qur'an dan Al Hadis, sumber-sumber

tersebut di gunakan apabila tidak ditemukan adanya ketetapan hukum

dalam Al-Qur'an dan Al Hadits, seperti ketetapan besarnya bagian ahli

waris yang tidak di tetapkan dalam alQur'an dan Al Hadits. ( Johan, 2007)

3

Page 4: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

LATAR BELAKANG KAMPUNG TOK BELIAN

Kampung Tok Belian merupakan salah sebuah kampung yang berada di dalam

jajahan Bachok. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Bachok. Kampung Tok

Belian dihuni seramai lebih kurang 1000 orang penduduk.

Menurut sejarah, nama Kampung Tok Belian diambil dimbil berdasarkan kepada

satu kisah yang dikatakan suatu ketika dahulu terdapat sejenis permainan yang sering

dimainkan oleh penduduk kampung tersebut. Penduduk kampung memberi gelaran pada

permainan tersebut dengan gelaran Tok Belian. Maka bermula dari situlah kampung

tersebut dikenali dengan nama Kampung Tok Belian.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati penduduk di kampung tersebut

masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh

nenek moyang mereka dahulu. Adat dan budaya tradisional tersebut seakan telah sebati

dengan kehidupan mereka seharian.

4

Page 5: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

OBJEKTIF KAJIAN

1- Mengenalpasti adat dan budaya tradisional di Kampung Tok Belian

2- Menentukan jenis-jenis adat dan budaya tradisional yang bercanggah dengan

nilai-nilai Islam di kampung tersebut.

3- Memberi cadangan untuk mengurangkan dan menghapuskan adat dan budaya

tradisional di Kampung Tok Belian yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

5

Page 6: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

LATAR BELAKANG KAJIAN

Masyarakat Melayu di Kampung Tok Belian masih kuat mempraktikkan adat dan

budaya tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Adat dan budaya

tradisional merupakan suatu perkara yang penting di dalam sesebuah masyarakat. Bahkan

adat dan budaya yang diamalkan adalah berbeza-beza mengikut apa yang telah

ditinggalkan oleh nenek moyang mereka berdasarkan keadaan dan latar belakang sesuatu

tempat itu. Amalan adat tersebut sudah berdarah daging di dalam jiwa mereka. Ada

sesetengah adat dan budaya tradisional yang berkait rapat dengan agama dan ada juga

yang bertentangan dengan agama. Justeru itu, perhatian yang teliti perlu diberikan untuk

mengkaji sejauh manakah tahap pertembungan yang berlaku antara adat resam dan

budaya tradisional yang masih diamalkan di Kampung Tok belian dengan nilai-nilai

agama Islam. Jika dilihat dari segi adat resam dan budaya tradisional yang masih

diamalkan di kampung tersebut, ianya seakan telah menjadi suatu keperluan yang perlu

dilakukan oleh masyarakat Melayu di kampung tersebut. Adapun begitu amalan-amalan

yang masih diamalkan oleh penduduk kampung tersebut terselit nilai-nilai agama Islam

yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Namun ada juga segelintir masyarakat

Melayu di kampung tersebut yang masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya yang

agak terpesong dengan nilai-nilai agama Islam. Adalah dirasakan penting untuk mengkaji

masalah ini bagi memahami adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh

penduduk kampung tersebut. Ianya juga perlu bagi mengetahui sejauh manakah adat dan

budaya tradisional ini memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang.

6

Page 7: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

RASIONAL KAJIAN

Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat

resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Ada

sesetengah mereka yang terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong

dari batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Jika dilihat dari aspek kajian lepas

yang telah dilakukan, adat resam wujud di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat

Melayu tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun batiniyah.

Penduduk Kampung Tok Belian juga tidak ketinggalan dengan masalah tersebut

yang mana masyarakat Melayu di kampung tersebut juga masih percaya dan berpegang

dengan adat resam dan budaya tradisional yang ada. Ianya jelas dapat dilihat dari

amalan-amalan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga di kampung tersebut. Jika dilihat

secara kasar, amalan-amalan tersebut mungkin menjurus kepada sesuatu yang syirik

tetapi bagi masyarakat Melayu di kampung tersebut ianya mempunyai motif tertentu di

sebalik amalan-amalan yang dilakukan. Malah ianya dikatakan menjadi satu simbolik

kepada masyarakat Melayu di kampung tersebut.

Jadi apakah motif sebenarnya adat dan budaya tersebut diamalkan? Di sini saya

mendapati terdapat kekeliruan yang berlaku berkaitan adat dan budaya tradisional yang

diamalkan oleh masyarakat kampung tersebut dangan nilai-nilai Islam. Atas dasar inilah,

satu kajian perlu dilakukan untuk melihat apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh

penduduk di Kampung Tok Belian serta tahap pertembungan antara adat dan budaya

7

Page 8: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

tradisional dengan nilai-nilai agama Islam di kampung tersebut. Kajian ini juga bertujuan

untuk malihat sejauh manakah adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan

keatas penduduk di kampung tersebut.

Adalah diharapkan hasil atau penemuan kajian ini dapat memberi pengetahuan

baru tentang persamaan dan perbezaan antara adat resam dan budaya tradisional dengan

nilai-nilai agama Islam. Dengan hasil penemuan ini diharapkan dapat dijadikan panduan

kepada semua masyarakat Melayu di Malaysia.

8

Page 9: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

PERSOALAN KAJIAN

1- Apakah adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh penduduk di

Kampung Tok Belian?

2- Apakah tujuan adat dan budaya tradisional tersebut dilakukan oleh masyarakat

Melayu di Kampung Tok Belian?

3- Apakah nilai-nilai agama Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di

Kampung Tok Belian?

4- Adakah berlaku pertembungan antara adat dan budaya tradisional dengan nilai-

nilai agama Islam di kalangan penduduk Kampung Tok Belian?

5- Sejauh manakah amalan adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan

dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kanpung Tok Belian?

9

Page 10: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

DEFINISI ISTILAH

1- Adat :

- Adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib,

bersopan-santun ketika bertutur, menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula

jadi yang diikuti turun-temurun. ( Kamus Dewan )

2- Budaya :

- Warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan,

norma, dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat.

Contohnya baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat melayu namun

apabila apabila seorang gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya

dianggap sopan ( Abdul Rahman ,1994 )

3- Nilai :

- Merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang

apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti

hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang

positif dan nilai yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Contohnya

sifat dermawan, kesopanan, kesabaran, kerajinan, ketekunan, dan kerifan dinggap

sebagai nilai yang positif manakala sifat kedekut, kejahatan, keangkuhan,

kelalaian dan kejahilan dianggap sebagai nilai yang negetif.. ( Noran Fauziah,

1987)

10

Page 11: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

KESIMPULAN

Bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan responden dari penduduk di

Kampung Tok Belian. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian. Bab 1

membincangkan pengenalan kajian iaitu latarbelakang, masalah kajian dan objektif dan

persoalan kajian. Bab 2 sorotan penulisan menjelaskan rujukan kajian lalu berkaitan dengan

masalah kajian. Bab 3 adalah metodologi kajian. Bab IV pula membincangkan analisis data

dan dapatan kajian. Bab V menyatakan, cadangan dan penutup kajian.

-

11

Page 12: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BAB 2

SOROTAN LITERATURE

PENGENALAN

Bahagian ini memberikan huraian literature mengenai kajian ini. Perbincangan

bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang mengenai definisi budaya, elemen budaya

dan kepntingan budaya.

SOROTAN LITERATURE

Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-

masing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan

panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang

dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan

berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan

nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama-

kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat “... adat resam sebagai tatacara

yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya

12

Page 13: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial” .( Mac Iver ,

1970),

Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan,

aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika

bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-

temurun (Teuku Iskandar, 1984,). Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam

menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah

masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah

berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam dalam

suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, semua itu

mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju,

dinamik dan progresif.

Istilah adat ditafsirkan dengan pelbagai pengertian oleh banyak sarjana., Adat

juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Dalam konteks masyarakat

Melayu pula, istilah adat memberikan pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga

sukar diberikan pengertian yang kukuh. Kesukaran tersebut timbul antara lain disebabkan

penggunaan kata adat yang agak luas dan dalam situasi yang agak tidak begitu terbatas.

Tambahan pula dapat dikatakan bahawa setiap suku bangsa mempunyai adat dengan

pengertian masing-masing. Justeru itu, untuk membolehkan seseorang memahami

maksud adat bagi setiap suku bangsa itu, dia harus memakai budaya dan falsafah hidup

mereka (Abdullah Sidek, 1974).

13

Page 14: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam

adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh

masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam

pergaulan hidup itu tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi

kebiasaan kerana dilakukan berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan

normatif , lalu berubah menjadi adat resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan

Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam, peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).

Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat

resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi

adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adapun adat merangkumi segala upacara semenjak

kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut

kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, mendirikan rumah baru dan lain-lain. (A.Aziz,

1995).

Definisi budaya

Kita sering memperkatakan tentang budaya. Pelbagai tafsiran dapat diberikan

tentang budaya. Ada yang mengatakan tarian, muzik, dan seni lakonan ialah budaya.

Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah

didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan,

pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam

masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula

14

Page 15: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma,

adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat

(Eshleman & Cashion,1985).

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan

asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya

(R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang

mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi

(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya

yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah

perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya

terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam

proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya

komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh individu

dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan

kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan

masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara

berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus

mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam, dan imaginasi yang akan

memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman, 1992). Sesuatu budaya itu dinamis

sifatnya, yakni berubah mengikut peredaran zaman dan perlakuan manusia yang merintis

pembaharuan. Pembaharuan dalam budaya manusia mendatangkan kesan negetif dan

15

Page 16: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

positif. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu

zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir, 1988).

Justeru itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-

lahan mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur

dan mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran

masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan

positif terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk.

Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kebudayaan dari

segi ilmu pengetahuan memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara

hidup manusia, segala daya dan usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di

dunia.( Ismail Hussein, 1966).

Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek non-material dan

aspek material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana

cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau

reka cipta. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek

non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma

dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek

lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang

sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim,

1991).

16

Page 17: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Ahli antropologi yang telah membuat pengkajian khusus tentang budaya. Dalam

kajian tersebut, terdapat lebih kurang 164 definisi budaya yang disentuh dan

dimengertikan oleh para sarjana (Kreber dan Kluckhohn 1952). Jelas betapa pelbagai dan

tidak seragamnya definisi serta konsepssi seseorang tentang kebudayaan. Antara

sumbangan penting masa kini yang memberikan definisi budaya ialah daripada Clifford

Greetz dalam bukunya The Interpretation of Culture. Greetz yang menggunakan

perspektif antropologi simbolik membuat perbandingan bahawa perkaitan antara

manusia dengan kebudayaan ibarat binatang yang terperangkap dalam jerat-jerat makna

yang ditenun sendiri. Greetz juga menganggap bahawa kebudayaan sesuatu yang

berhubung dengan simbol yang tersedia di hadapan umum dan dikenali oleh ahli

masyarakat yang berkenaan. Kesimpulan daripada kajian tersebut, sarjana-sarjana Barat

dan Timur mempunyai pandangan ataupun takrifan tentang budaya ataupun kebudayaan

yang tidak jauh bezanya. Justeru itu, budaya mempunyai pengertian tertentu dalam

konteks sesuatu masyarakat tersebut. Namun, yang jelas konsep budaya luas

pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan

persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan, kepercayaan,

kesenian, keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu

merupakan kebudayaan.

Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dinyatakan budaya bolehlah dirujuk

sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima secara

umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku dalam masyarakat

yang bukan berunsur biologi.

17

Page 18: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Elemen budaya

Eleman budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material,

budaya material dan ‘ cultural lag ‘. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan

material ialah simbol, bahasa, nilai, dan norma. ( Noran Fauziah, 1987, Eshleman &

Cashion, 1985).

Simbol atau lambang iaitu kewujudan sesuatu budaya bergantung kepada

kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi. Masyarakat

pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan

menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut mengkaji simbol

sebagai salah satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf, nombor, lambing dan

bendera. Cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya

sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud

yang berbeza. (Hofstede, 1991)

Bahasa merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang penting. Bahasa

merupakan aplikasi yang sistemetik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai,

dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang

mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa juga merupakan kaedah komunikasi yang

unik dan mudah difahami oleh khalayak. Ini kerana banyak perkara boleh diterangkan

dan disampaikan maksudnya melalui bahasa seperti mimpi dan pengalaman. Setiap

18

Page 19: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa merupakan asas kepada budaya

dan penting kepada masyarakat.

Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat

tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti

hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan

yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian daripada

personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti menghormati orang tua, patuh

kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong.

Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku.

Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang

ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan

hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya. Kawalan sosial merujuk

kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat

termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan.

Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli

masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil

daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada

masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam

masyarakat yang berlainan.

19

Page 20: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan budaya

bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan dengan

budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang adakalanya tidak

dapat diselesaikan. Contohnya seperti penciptaan perabot yang akan memusnahkan

banyak kawasan hutan.

KEPENTINGAN BUDAYA

Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identity sesuatu

bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya orang Cina yang menggunakan

penyepit atau chopstick ketika makan, sari pula menunjukkan identity kaum India dan

orang Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju

kurung, kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan

sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.

Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan

cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang berkaitan

dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu kaum. Sifat

budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya

satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. (A.Aziz,1994).

20

Page 21: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Semua orang mesti mengetahui bahawa budaya bersifat dinamis dan akan

berubah-ubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta

mempelbagaikan lagi budaya itu. Budaya berkembang dan berubah berikutan dengan

perubahan masyarakat itu sendiri. Walaupun terdapat pengaruh dari luar ke dalam sesuatu

budaya, namun ia bukanlah satu peniruan semata-mata tetapi merupakan perolehan dan

penyesuaian yang ditentukan oleh kebudayaan yang menerimanya ( Wan Abdul

Kadir,1983).

KESIMPULAN

Bab sorotan kajian ini membincangkan tentang beberapa pendapat berkaitan

dengan dengan definisi budaya. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang elemen-

elemen budaya yang mana terbahagi kepada dua ketegori iaitu meterial dan bukan

meterial. Seterusnya bab ini juga turut menjelaskan tentang kepentingan budaya

berdasarkan beberapa pendapat daripada kajian-kajian lepas.

21

Page 22: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

PENGENALAN

Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu

kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk

memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul.

Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian

dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).

Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah

menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri

daripada rekabentuk kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan

kesimpulan.

22

Page 23: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

REKEBENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk

menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan

rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan

(survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pertembungan

antara adat resam dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di Kampung Tok

Belian.

Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk

menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995).

Kajian ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mendapat maklumat dan data yang

diperlukan.. Penggunaan temubual merupakan cara yang menjimatkan masa untuk

mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat

memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, yang mana isu yang dikaji adalah

menfokuskan kepada amalan adat dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di

kalangan penduduk kampung Tok Belian, Bachok, Kelantan. Kajian ini dilaksanakan

dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temuramah, yang mana kajian ini

menumpukan kepada aspek –aspek seperti apakah adat dan budaya tradisional yang

masih diamalkan, bila, di mana dan bagaimana ia dilakukan.

23

Page 24: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

SOALAN-SOALAN UNTUK TEMUBUAL PENDUDUK KAMPUNG

1) Apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh penduduk kampung?

2) Apakah adat resam dan budaya tradisional yang dimalkan oleh penduduk lain di

kampung ini?

3) Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah dengan syariat

Islam?

4) Pada pandangan anda, bagaimanakah adat resam yang bercanggah dengan syariat

Islam itu dapat dihapuskan atau dikurangkan?

PROSEDUR KAJIAN

Setelah soalan temubual dibaiki, penyelidik sendiri telah menemubual responden iaitu

penduduk di Kampung Tok Belian. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar bagi setiap kursus.

ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan.

iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.

24

Page 25: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan

untuk menjalankan kajian. Analisa dapatan kajian dibuat berdasarkan kepada setiap item

dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang dikaji. Metodologi kajian digunakan

untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan dalam Bab 1. Semua maklumat

dikumpul dengan menggunakan temubual yang diproses dan dianalisis. Semua

keputusan dan kesimpulan yang telah diperolehi daripada analisis dinyatakan dalam Bab

4 berikut.

\

25

Page 26: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

PENGENALAN

Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi

melalui temubual dari responden dikumpul dan dianalisis. Soalan terbuka dianalisis secara

mengkategori dan mengkuantitikan respon yang diberikan. Analisis data dibuat dan disusun

mengikut objektif dan persoalan kajian seperti dalam Bab 1.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Dalam Bahagian ini, sebanyak 4 item soalan telah dikemukakan kepada responden

untuk dijawab. Analisis data dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian seperti yang

dinyatakan dalam Bab 1.

PERSOALAN PERTAMA : Apakah adat yang masih diamalkan oleh penduduk

26

Page 27: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Kampung Tok Belian?

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa adat resam dan budaya

tradisional masih lagi wujud di Kampung Tok Belian. Malah dikatakan bahawa masih

banyak adat-adat dan budaya yang diamalkan di kampung tersebut. Menjawab kepada

persoalan pertama dalam tesis ini iaitu “ Apakah adat yang masih diamalkan oleh

penduduk kampung Tok Belian?”, sebahagian penduduk di kampung tersebut

menyatakan adat yang masih lagi giat diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut

ialah melenggang perut, menunggu kubur, berkhatan, bercukur, aqiqah, tahlil, dan banyak

lagi.

Adat ini dikatakan merupakan suatu adat yang penting dan perlu diamalkan oleh

penduduk di kampung tersebut. Antara sebab yang disebutkan beberapa responden ialah

ianya merupakan amalan nenek moyang yang telah diwarisi sejak turun temurun dan

telah sebati sebagai amalan penting penduduk di kampung tersebut.

Namun terdapat juga sebahagian penduduk kampung tersebut yang mengatakan

mereka tidak mengamalkan kesemua adat resam dan budaya yang diamalkan oleh

penduduk lain di kampung tersebut. Mereka hanya mangamalkan adat resam dan budaya

yang berkaitan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam sahaja seperti berkhatam,

bercukur, dan lain-lain.

PERSOALAN KEDUA : Apakah adat resam dan budaya tradisional yang diamalkan oleh

27

Page 28: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

penduduk lain di kampung tersebut?

Berdasarkan soalan kedua yang telah ditemubual, iaitu “ Apakah adat resam dan

budaya tradisional yang diamalkan oleh penduduk lain di kampung tersebut?”

kebanyakan penduduk menjawab adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk

lain di kampung tersebut adalah sama seperti mana yang telah diterangkan dalam soalan

pertama tadi. Cuma terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang hanya

mengamalkan sebahagian sahaja dari adat dan budaya tradisional tersebut.

PERSOALAN KETIGA : Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah

dengan syariat Islam?

Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan keatas 10

orang penduduk kampung, 7 orang penduduk kampung tersebut menyatakan adat dan

budaya tradisional yang diamalkan tersebut jelas bercanggah dengan syariat Islam.

Kebanyakan adat dan budaya yang mereka amalkan mempunyai unsur-unsur mistik serta

kepercayaan kepada perkara-perkara tahyul dan animisme. Amalan tersebut seakan

sudah sebati dan menjadi suatu perkara yang harus diamalkan oleh penduduk di kampung

tersebut. Akan tetapi terdapat juga sebahagian adat-adat yang diamalkan dalam

kehidupan harian penduduk yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Malah dengan

adat dan budaya tradisional tersebut dikatakan dapat melahirkan masyarakat yang

harmoni, bersatu padu,berkerjasama, berbudi bahasa dan lain-lain.

28

Page 29: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Namun bagi golongan muda yang tinggal di kampung tersebut, mereka

mengatakan bahawa mereka sudah tidak mengamalkan beberapa adat yang dirasakan

bercanggah dengan ajaran agama. Amalan adat seperti mandi bunga, melenggang perut,

main puteri dan lain-lain lagi yang dirasakan mempunyai unsur-unsur memuja semangat

tidak lagi diamalkan oleh golongan muda. Ini menunjukkan telah menerima pendidikan

aqidah yang baik, wujudnya kesedaran dalam diri golongan muda di kampung tersebut

serta pemikiran mereka sudah mulai terbuka kepada perkembangan semasa.

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang

mengatakan adat resam dan budaya tradisional tersebut tidaklah bercanggah dengan

syariat Islam. Ianya merupakan suatu adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka

dan harus diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut. Setiap amalan yang dilakukan

mempunyai motif dan maksud tertentu seperti adat melenggang perut dilakukan untuk

memohon keselamatan kepada ibu dan anak di dalam kandungan. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa golongan yang mengamalkan adat resam tersebut jahil dan

ceteknya pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam. Antara

faktor-faktor lain yang menyebabkan adat resam dan amalan yang bercanggah itu masih

diamalkan oleh sebahagian penduduk kampung tersebut ialah pengaruh dari masyarakat

setempat iaitu mereka menganggap adalah sesuatu janggal sekiranya sesebuah keluarga

yang tinggal berhampiran tetapi tidak mengamalkan adat yang sama. Oleh itu mereka

akan melakukan mana-mana adat yang diamalkan oleh masyarakat setempat untuk

mengelakkan dari dipandang serong oleh masyarakat lain di kampung tersebut. Amalan

yang bercanggah dengan syariat masih lagi diamalkan kerana tidak ada penguatkuasaan

dari pihak yang berkaitan. Ini membolehkan penduduk di kampung tersebut melakukan

atau mengamalkan adat resam dan budaya tradisional mengikut penilaian mereka sendiri.

29

Page 30: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

PERSOALAN KETIGA : Pada pendapat anda, bagaimanakah adat resam yang

bercanggah dapat dihapuskan atau dikurangkan?

Hasil temubual keatas penduduk kampung tersebut menunjukkan kebanyakan

penduduk di kampung Tok Belian berpendapat, antara langkah yang boleh dilakukan

untuk mengurangkan dan mengatasi masalah adat resam yang bercanggah ini ialah

dengan mengadakan lebih banyak ceramah atau kelas-kelas agama oleh seseorang yang

arif berkaitan agama di kampung tersebut. Bukan sekadar untuk kaum muda bahkan

untuk semua penduduk kampung. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman

agama supaya semua penduduk kampung dapat membezakan antara adat dan budaya

tradisional yang bertentangan atau sebaliknya dengan syariat Islam. Selain itu, mereka

juga berpendapat haruslah ada pemantauan dari pihak-pihak yang berkaitan untuk

memastikan amalan adat yang bertentangan tidak diamalkan di kampung tersebut.

Pendapat berlainan pula yang diperolehi dari sesetengah penduduk kampung yang

mana mereka masih lagi mengamalkan adat dan budaya tradisional tersebut. Mereka

mengatakan adat resam dan budaya yang mereka amalkan itu tidaklah bertentangan atau

bercanggah dengan syariat Islam dan tidaklah memerlukan sebarang cadangan untuk

mengatasi masalah tersebut. Malah, mereka turut menyarankan supaya adat resam dan

budaya tradisional tersebut terus diamalkan oleh generasi muda supaya ianya tidak luput

mengikut peredaran masa.

MAKLUMAT HASIL KAJIAN

SENARAI ADAT YANG MASIH DIAMALKAN DI KAMPUNG TOK BELIAN,

BACHOK, KELANTAN

30

Page 31: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

1- ADAT DALAM PERKAHWINAN :

a) Adat Merisik

b) Adat Meminang

c) Adat Memanggil

d) Adat perkahwinan

i – Akad Nikah

ii- Adat membatalkan air sembahyang

iii – Adat bersanding

iv – Adat menziarah

- PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

a) Memilih pasangan

b) Pertunangan dalam islam

c) Rukun nikah

d) Rahsia perkahwinan menurut Islam

2- ADAT BERKAITAN DENGAN KALAHIRAN

a) Adat melenggang perut

b) Azan dan iqamat

c) Adat menanam uri

d) Adat pecah mulut dan bercukur

31

Page 32: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

e) Adat semasa pantang

- KELAHIRAN MENURUT ISLAM

a) Azan dan iqamat

b) Tahnik

c) Memberi nama yang baik

d) Akikah dan bercukur rambut

e) Amalan bercukur rambut

f) Berkhitan

3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN

a) Adat menguruskan jenazah

i – Memandikan mayat

ii – Adat mengapankan mayat

iii – Menyembahyangkan mayat

iv – Menghantar mayat

v – Menguburkan mayat

vi – Mentalkinkan mayat

vii – Menunggu kubur

b) Kenduri arwah

- PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM

a) Adat memandikan jenazah

32

Page 33: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

b) Peralatan memandikan jenazah

c) Cara-cara memandikan jenazah

d) Peralatan kafan

e) Cara-cara mengkafankan jenazah

f) Solat jenazah

g) Cara pengebumian jenazah

4- ADAT-ADAT LAIN

a) Adat berjiran

b) Adat bersahabat

c) Adat unjuk-mengunjuk

d) Adat menziarahi orang sakit

- ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM

a) Adab bersahabat mengikut syarak

b) Adab berjiran

c) Adab menziarahi orang sakit

5- BENTUK-BENTUK BUDAYA TRADISIONAL YANG MASIH

DIAMALKAN OLEH PENDUDUK DI KAMPUNG TOK BELIAN

33

Page 34: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

a) Amalan gotong-royong

b) Mengambil berat

c) Pakaian

d) Memberi salam

e) Bersalaman

f) Mengaji al-Quran

g) Permainan tradisional

i – Congkak

ii – Sepak raga

iii – Selambut atau seremban

- BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM

a) Memberi salam dan bertanya khabar

b) Belajar al-Quran

1- ADAT DALAM PERKAHWINAN

a) Adat Merisik

34

Page 35: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

- Merupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses awal untuk

menentukan calon gadis bakal tunang seseorang teruna. Adat merisik adalah

istilah komunikasi lisan yang difahami oleh penduduk kampung tersebut yang

memberikan pengertian bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidiki

ataupun ditinjau oleh wakil pihak lelaki ataupun lelaki itu

- Apabila seseorang berhajat untuk berkahwin, ibu bapanya akan melantik wakil

daripada keluarga ibu bapanya sendiri ataupun jiran tetangga untuk merisik

seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Rupa paras dan tingkah laku

merupakan ciri-ciri penting yang diperlihatkan sebagai penilaian oleh wakil yang

mengintip. Perbuatan mengintip dalam adat merisik merupakan komunikasi

bukan lisan iaitu gadis itu menjadi objek yang dinilai melalui tingkah laku, cara

berjalan, cara pertuturan dan sebagainya.

- Setelah pemerhatian dibuat dalam adat merisik, si pemerhati akan melaporkan

keputusan itu kepada ibu bapa si pemuda. Biasanya wakil yang membuat tinjauan

itu berpengalaman melihat tingkah laku seseorang gadis sama ada sesuai ataupun

serasi dengan pemuda itu.

b) Adat Meminang

35

Page 36: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

- Merupakan adat susulan setelah adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat

meminang dilakukan setelah ibu bapa lelaki bersetuju unSDAtuk menjadikan

gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang disempurnakan dengan

membawa tepak sirih yang lengkap, diisi dengan daun sirih yang elok, kapur,

gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan

kepada keluarga si gadis.

- Biasanya dalam adat meminang, tarikh kedatangan rombongan wakil pihak lelaki

telah ditetapkan. Tepak sirih merupakan simbol komunikasi tanpa lisan yang

memberikan pengertian tertentu yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak

bergantung pada majlis yang dilakukan.

- Mengikut masyarakat Melayu, meminang bermaksud menghantar tanda dengan

menyarung cincin tanda ke jari manis gadis sekali gus menunjukkan kesediaan

gadis itu menerima lamaran pemuda itu.

- Dalam proses meminang ini jugalah ditentukan tarikh untuk melangsungkan

perkahwinan. Di sini jelas berlaku perbezaan dalam adat meminang yang

diamalkan di Kampung Tok Belian dengan sesetengah kawasan atau negeri lain

yang mana di kampung tersebut, adat meminang dan adat pertunangan diadakan

secara serentak. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua-dua

belah pihak untuk membuat persediaan hari perkahwinan.

c) Adat Memanggil

36

Page 37: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

- Adat memanggil atau menjemput penting dilakukan sebelum melangsungkan adat

perkahwinan. Adat memanggil merupakan interaksi sosial masyarakat Melayu

untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga, dan seluruh

masyarakat kampung berkenaan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan.

Cara jemputan yang digunakan oleh penduduk kampung tersebut ialah dengan

dua cara iaitu jemputan mulut dan jemputan kad. Selain membuat jemputan,

seseorang itu dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai secara dekat dan

dapat mencetuskan keakraban silaturahim.

d) Adat perkahwinan

- Merupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan, mereka

disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam

adat perkahwinan, pengantin akan melalui empat proses adat iaitu tahap pertama

bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketiga adat

persandingan dan tahap keempat adat manziarah. Keempat-empat tahap dalam

proses adat perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib.

I- Akad nikah

Merupakan adat wajib mengikut hukum syarak dan peraturan adat

masyarakat Melayu. Adat bernikah dilakukan sebelum melakukan majlis

persandingan. Adab bernikah merupakan ijab dan Kabul di antara

pengantin lelaki dengan bapa pengantin perempuan sebagai wali atau

mewakilkannya kepada tok kadi. Sebelum majlis akad nikah, tok kadi

37

Page 38: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

akan menyuruh si pengantin lelaki mengucap dua kalimah syahadah dan

beristighfar. Majlis adat bernikah itu juga dijalankan di hadapan dua orang

saksi daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas pengucapan kata-kata

ijab dan kabul, tok kadi akan menanyakan kedua-dua saksi pihak lelaki

dan perempuan sebagai mendapat persetujuan sah bagi kedua-dua belah

pihak. Perucapan lafaz “sah “ merupakan komunikasi lisan yang

bermaksud pernikahan tersebut sah di sisi agama dan adat istiadat

masyarakat Melayu. Tok kadi kemudiannya meminta pengantin lelaki dan

pengantin perempuan menurunkan tandatangan sebagai satu perjanjian

bertulis, iaitu komunikasi tanpa lisan yang bermaksud perkahwinan

tersebut dijalankan mengikut undang-undang agama dan tuntutan adat

istiadat masyarakat Melayu.

ii- Adat Membatalkan Air Sembahyang

Merupakan satu upacara menyarungkan cincin oleh si suami kepada isteri

setelah selesai majlis akad nikah. Kebiasaannya, majlis ini diadakan di

kamar pengantin perempuan yang disaksikan oleh ibu bapa pengantin

perempuan dan pengantin lelaki. Perbuatan menyarungkan cincin ke jari

manis isteri merupakan komunikasi tanpa lisan yang memberikan

pengertian bahawa si isteri sudah diberikan tanda dan ikrar bahawa pada

saat itu sudah menjadi milik orang, iaitu sebagai isteri yang telah terpisah

daripada tanggungjawab ibu bapanya.

iii- Adat Bersanding

38

Page 39: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Merupakan tahap terakhir dan kemuncak acara dalam adat perkahwinan.

Kebiasaannya, rombongan pengantin lelaki akan datang bersama-sama

hantaran seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika

dalam adat pertunangan. Pengantin perempuan akan diapit oleh mak

andam untuk menjemput pengantin lelaki yang berada di luar kawasan

rumah pengantin perempuan. Apabila kedua-dua mempelai menghampiri

anak tangga rumah, beras kunyit ditaburkan di anak tangga. Kemudian

kedua-dua mempelai akan dibawa duduk di pelamin yang telah disediakan

di hadapan para hadirin. Ketika itu,kedua-dua pengantin diperlakukan

seolah-olah mereka sebagai raja. Wakil sebalah pengantin perempuan

akan menyambut hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki dan diletakkan di

hadapan pelamin. Kemudian kedua-dua pengantin yang sedang

disandingkan itu direnjis dengan tepung tawar oleh kedua-dua kaum

kerabat pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah itu, kedua-dua

kedua-dua mempelai dibawa ke tempat hidangan pengantin untuk

menikmatinya.

iv- Adat Menziarah

Merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk kampung selepas selesai

adat perkahwinan. Kebiasaannya sanak saudara pengantin akan

mengundang kedua-dua mempelai ke rumah mereka. Adat menziarah ini

dilakukan bertujuan merapatkan lagi silaturahin sesama keluarga dan jiran

tetangga.

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

39

Page 40: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.

Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan

antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,

menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-

Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan

Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan

mengharamkan zina. Tuntutan perkahwinan jelas disebutkan di dalam ai-Quran

berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia

menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,

agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram

kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih

dan sayang .”

(surah al-Rum :21)

Tuntutan perkahwinan bukan sekadar sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di

atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang

melanda hati sanubari setiap individu.

Islam turut menggalakkan seseorang individu yang ingin berkahwin supaya

memilih dahulu bakal isteri dan bakal suami. Terdapat beberapa dasar yang perlu dilihat

dari sudut pandangan islam untuk melihat bakal isteri iaitu:

a) Perempuan yang taat beragama. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

40

Page 41: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

“Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan

kerana keturunannya, dan kerana

kecantikannya, dan kerana agamanya, maka

pilihlah yang beragama nescaya kamu akan

beroleh keuntungan.”

Oleh itu, utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat,

menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan,

nasab, keturunan dan rupa paras yang menawan.

b) Berketurunan yang baik dan di besarkan dalam persekitaran yang sempurna

akhlaknya. Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab

keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan

masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan

nilai hidup yang diredhai Allah SWT.

c) Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Nabi Muhammad

SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti

terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa.

d) Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktror lain yang membawa kepada

kebahgiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur.

Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal

isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih daripada perempuan.

41

Page 42: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

e) Masih gadis atau anak dara. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam memilih

isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda SAW

kepada seorang, Jabir r.a kemesraan yang akan lahir lebih menggenbirakan kedua-

dua belah pihak.

f) Pasangan bukan daripada keluarga terdekat tidak begitu digalakkan berkahwin

dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat ang hampir seperti sepupu.

Manakala dasar pemilihan suami yang disyariatkan oleh islam pula ialah kuat

beragama dan berakhlak mulia, bukan dari keluarga yang terdekat serta bebas daripada

penyakit berat.

Pertunangan dalam Islam

Setelah mengambil kira dasar-dasar pemilihan isteri dan suami, maka pihak lelaki

bolehlah mengutuskan wakil untuk melamar dan meminang calon isteri. Sebeluum

menerima lamaran tersebut, ibu dan bapa harus mendapatkan persetujuan anak

perempuannya terlebih dahulu. Ini perlu dilakukan untuk memberikan peluang kepada si

anak meluahkan isi hatinya yang ikhlas agar perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti

akan menambah kerukunan dan kebahagiaan hingga ke anak cucu, bukan atas dasar

paksaan ibu bapa semata-mata.

42

Page 43: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Adalah tidak wajar jika paksaan dilakukan oleh wali terhadap anak perempuannya

untuk menerima lamaran seseorang yang semata-mata disukai atas dasar ketaatan

beragama. Setelah selesai acara peminangan, kebiasaannya dengan tersarungnya cincin

pertunangan di jari manis orang yang dipinang, persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak

untuk melangsungkan perkahwinan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Inilah tempoh

percubaan yang paling mencabar kepada bakal pasangan suami isteri ini. Islam

mengharamkan mereka berdua-duaan ke sana ke mari kerana pertunangan bukanlah tiket

untuk melakukan perkara-perkara yang dihalalkan dalam perhubungan suami isteri . sesuai

dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Tidak dibolehkan lelaki berdua-duaan dengan

perempuan melainkan ada bersama-sama mahramnya

( bapa atau keluarganya yang diharamkan berkahwin

dengannya).”

Hadis Rasullullah yang lain berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang dan

meminang pula ialah :

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah

SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin

dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah

melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada

Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan

kamu terjamin berkekalan."

(Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

43

Page 44: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Rukun Nikah

Akad nikah dan perkahwinan yang ingin disempurnakan perlu memenuhi rukun-

rukun seperti pertama lelaki yang bakal menjadi suami. Kedua perempuan yang bakal

menjadi isteri. Ketiga wali yang mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada

jurunikah. Keempat dua orang saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah. Dan

kelima ialah ijab dan kabul ( ijab ialah lafaz akad nikah oleh wali atau wakil, kabul ialah

ucapan pengantin lelaki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.

Setelah selesai ijab dan kabul tersebut maka telah sahlah pasangan pengantin

menjadi suami isteri. Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf

melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak keidupan yang sempurna yang

diredhai Allah SWT dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW, rumah tangga yang dibina

merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah

masyarakat yang diwakili oleh individu-individu yang menyokongnya.

RAHSIA PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

44

Page 45: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

“Demi sesungguhnya kami (Allah) telah mengutus

beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk

mereka isteri-isteri dan keturunan”

( Surah al-Ra’d : 38)

Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hamba-Nya agar menerusi perkahwinan

akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertaqwa yang akan memakmurkan

bumi Allah SWT. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat

menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu

Allah dalam keadaan suci dan diredhai . Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada

Rasulullah SAW bermaksud :

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia

telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah

dia kepada Allah pada separuh yang belum

disempurnakan lagi”

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang

miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap

isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka. Ini diperkuat oleh hadis yang

diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut

kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku”

45

Page 46: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui

perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumahtangga,

hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian

dapat menundukkan penglihatan dan memelihara

kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia

berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan

batiniah (nafsu syahwat).”

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan,

pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak. Melalui perkahwinan wujud disiplin

rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada

disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

46

Page 47: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

2- ADAT BERKAITAN DENGAN KELAHIRAN :

a) Adat melenggang perut

Merupakan adat untuk wanita yang mengandung sulung. Wanita pada

peringkat ini, biasanya dijaga rapi sehingga hari kelahiran. Kebiasaannya, adat

melenggang perut dilakukan ketika wanita itu mengandung tujuh bulan.

Biasanya, pada hari melakukan adat melenggang perut diadakan kenduri ala

kadar untuk sanak saudara yang dekat ataupun jiran tetangga. Adat ini akan

dilakukan oleh seorang bidan. Pada kebiasaannya, bidan akan menyediakan

segala kelengkapan untuk adat melenggang perut seperti sebiji kelapa, minyak

urut dan nasi kunyit. Keperluannya adalah bergantung pada kehendak bidan

tersebut. Setiap orang yang menempah bidan mestilah disertakan dengan

pengeras yang diletakkan di dalam tepak sirih . Adat melenggang perut

dijalankan sebelum matahari tegak. Bidan yang ditempah akan mengendalikan

upacara itu yang dihadiri oleh suami dan saudara terdekat wanita tersebut.

Bakal ibu itu disuruh berbaring terlentang dan kepalanya menghadap kiblat.

Bidan memulakan upacara dengan disertai jampi serapah sebagai doa yang

dipohon kepada Allah s.w.t. semoga mendapat perlindungan dan keselamatan

bagi kedua-dua ibu dan bayi yang akan dilahirkan. Setiap pekerjaan dilakukan

terlebih dahulu dengan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. Justeru itu,

jampi serapah dan mentera merupakan komunikasi antara manusia dengan

Allah s.w.t. Pengucapan yang dilafazkan ialah doa atau permohonan yang

ditujukan kepada Tuhan. Setelah jampi mentera dilafazkan, bidan mengibas

kain yang disediakan. Perbuatan bidan tersebut mengikut kepercayaannya

47

Page 48: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

mengibas penyakit yang ada pada tubuh wanita mengandung itu. Kain

kemudiannya diletakkan di bawah pinggangnya dan ditarik ke kiri dan ke

kanan sebanyak tiga kali. Perbuatan menarik kain itulah yang menerbitkan

panggilan adat melenggang perut. Perlakuan itu secara rasionalnya bertujuan

untuk melonggarkan tulang pinggang dan membesarkan ruang tulang

punggung supaya senang melahirkan anak. Setelah selesai melenggang perut,

kain tersebut dicampakkan keluar tingkap atau pintu. Mengikut kepercayaan

bidan, perbuatan itu bertujuan untuk membuang segala malapetaka dan

syaitan serta iblis yang melekat pada kain itu. Apabila kain itu jatuh ke tanah,

bererti segala kejahatan juga tercampak lalu membebaskan wanita yang akan

bersalin daripada gangguan makhluk halus.

b) Azan dan Iqamat

Merupakan suatu adat yang dilakukan setelah selamat bayi tersebut dilahirkan,

maka bapa akan menjalankan tanggungjawabnya iaitu mengazan dan

mengiqamatkan di telinga bayi yang baru lahir itu. Kebaisaannya azan akan

dilaungkan di sebalah telinga kanan bayi manakala iqamat pula dilaungkan di

telinga sebelah kiri. Ini bagi memastikan ayat pertama yang didengar oleh

bayi tersebut adalah berkaitan Islam.

c) Adat menanam uri

Dalam adat menanam uri, ada beberapa tatacara yang perlu dipatuhi.

Kebiasaannya selepas si ibu selamat melahirkan, bidan akan terus menanam

48

Page 49: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

uri tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang lebih layak dan elok untuk

melakukannya ialah bapa bayi itu sendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat

Melayu, jika si bapa yang menanam uri itu, apabila bayi itu dewasa ia akan

patuh, taat dan takut pada bapanya. Selain itu, anak itu senang diasuh dan

dilentur supaya menjadi orang baik-baik iaitu mudah mengaji al-Quran, tidak

tinggal solat, dan taat pada hukum agama. Adat menanam uri tidak boleh

dipandang ringan kerana uri tidak boleh ditanam sesuka hati. Dalam

masyarakat Melayu, ada tatatertib tertentu ketika proses menanam uri

dilakukan. Seseorang yang menanam uri hendaklah melafazkan doa kepada

Allah s.w.t. supaya anaknya dilindungi daripada keburukan dan kejahatan di

dunia dan di akhirat. Sebelum ditanam, uri hendaklah dicuci. Orang yang

melakukannya hendaklah berwuduk terlebih dahulu. Semasa mencuci uri, dia

mestilah menghadap ke kiblat dan berselawat berulang kali keatas junjungan

besar Nabi Muhammad s.a.w. sehingga selesai uri itu dicuci. Uri tersebut

dicuci dengan air asam dan air garam. Setelah dicuci uri hendaklah dibungkus

dengan kain putih berserta beberapa batang jarum atau paku dan asam

gelugur. Ketika menanam uri, ada beberapa peraturan dan adab yang perlu

diikuti dan dipatuhi. Peraturan dan adab itu merupakan tatacara menanam dan

doa yang dibaca. Tempat atau kawasan yang dipilih menanam uri mestilah

menghadap arah kiblat. Sebaik-baiknya uri itu ditanam secepat mungkin

selepas bayi itu dilahirkan. Perbuatan melambat-lambatkan menanam uri

dipercayai menyebabkan bayi mudah kembung perut dan sesak nafas.

Menanam uri seolah-olah menanam mayat dan lubang yang digali juga

mestilah menghadap kearah kiblat. Mengikut kepercayaan masyarakat

Melayu, jika uri ditanam sembarangan, bayi yang dilahirkan sering menangis

49

Page 50: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

dan meragam dan selalu dikaitkan tidak mengikut peraturan dan adat yang

dikehendaki.

d) Adat pecah mulut dan bercukur

Merupakan adat tradisi masyarakat Melayu yang dilakukan selepas adat

bersalin. Biasanya adat ini dilakukan ketika bayi berusia tujuh hari. Adat

bercukur bertujuan membuang rambut yang kotor daripada rambut asal bayi

supaya rambut baru dapat tumbuh subur. Peralatan yang digunakan untuk adat

itu ialah air zam zam, buah kurma, kismis, garam, gula, cincin emas dan

cincin perak. Adat ini dimulakan dengan imam membaca selawat kemudian

imam tersebut mengunyah kurma lalu dimbil sedikit dari mulutnya dan

dimasukkan ke mulut bayi tersebut. Ini dilakukan bertujuan untuk mengambil

berkat dari seseorang yang alim keatas bayi tersebut. Setelah itu imam dan

semua tetamu bangun dan berselawat beramai-ramai. Ketika itulah bapa

kepada bayi tersebut mendukung bayinya dan menghampiri setiap seorang

tetamu untuk melakukan adat bercukur kapala. Adat ini dikira selesai setelah

selesai mengelilingi setiap tetamu yang hadir dalam bentuk bulatan.

Kemudian para tetamu dihidangkan dengan sedikit jamuan yang telah

disediakan oleh pihak tuan rumah. ( 22 September 2009 )

50

Page 51: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

e) Adat semasa pantang

Merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang ibu yang baru melahirkan

anak mengikut peraturan dan pantang larang. Peraturan dan pantang larang ini

merupakan pendisiplinan ibu dari segi mental dan fizikal selama 44 hari.

Selama tempoh tersebut, si ibu tidak boleh minum dan makan sembarangan

sebagaimana orang lain. Makanan tidak boleh mengandungi sesuatu yang

memudaratkan. Selain itu, si ibu tidak boleh bersama-sama suaminya selama

100 hari bagi memberi tempoh masa untuk saluran peranakan dan urat

sarafnya dibaik pulih. Kebiasaannya selepas tiga hari si ibu melahirkan anak,

ia diurut selama tiga pagi. Setelah selesai adat berpantang, maka tamatlah

proses kesemua adat berkaitan kelahiran. Hal ini memperlihatkan bahawa

masyarakat Melayu mempunyai komunikasi budaya yang tersendiri dalam

adat bersalin.

51

Page 52: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

KELAHIRAN MENURUT ISLAM

Azan Dan Iqamat

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru itu,

terdapa beberapa perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dengan kelahiran bayi

seperti azan dan iqamat. Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan

iqamat dilaungkan di telinga kiri bayi, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang

diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. yang bermaksud :

“ Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan.

Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah

mendapat anugerah kebaikan-Nya.”.

Tahnik

Perkara yang kedua yang disunatkan oleh Islam dalam menyambut kelahiran bayi

ialah tahnik. Anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau

memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh

orang alim dan bertaqwa. Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari

telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini

dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak

bayi. Ini bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud :

52

Page 53: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

“ Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku

membawanya kepada nabi SAW, Baginda menamakannya

Ibrahim, lalu mentahnikkannya( memecahkan mulutnya )

dengan sebiji kurma.”

Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi

mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna.

Memberikan Nama Yang Baik

Seterusnya perkara yang ketiga yang disunatkan dalam menyambut kalahiran bayi

ialah memberikan nama yang baik. Tunututan memilih nama-nama yang elok dan

mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya pemilihan nama-

nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak

seseorang Muslim.Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah

SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“ Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan

dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-

masing dan nama bapa masing-masing ( seperti nama di

dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik-baik untuk kamu

sekalian.”

53

Page 54: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak masing-masing dengan

nama-nama tercela yang membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih lagi hal ini amat

penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut daripada cemuhan

masyarakat.

Akikah Dan Bercukur Rambut

Menamakan bayi yang beru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan

juga mencukur rambut bayi. Akikah dari segi bahasa adalah memutus. Manakala dari segi

syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, dan

kibas buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau selewat-

lewatnya sebelum anak itu baligh.

Antara hadis yang memperkatakan tentang akikah ialah dari Imam Bukhari yang

meriwayatkan daripada Salman bin Amir al-Dhabi r.a katanya: Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Bersama bayi itu akikahnya, maka tumpahkanlah darah

untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang

menyakitkan ( iaitu kekotoran dan najis). “

54

Page 55: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Hukum bagi daging akikah itu adalah sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga,

jiran tetangga dan saudara mara terdekat.

Amalan Mencukur Rambut

Anjuran mencukur rambut bayi sempena majlis akikah ini mengandungi hikmah

khususnya dari segi kesihatan. Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan

tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya

penglihatan , pendengaran dan deria hidu. Hikmah berakikah ialah melahir rasa gembira

atas kelahiran satu jiwa Muslim baruyang sujud dan menyembah Allah SWT di dunia.,

mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan dan mengukuhkan

tali persaudaraan sesama Muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum

keluarga, saudara mara dan jiran tetangga. Hikmah skikah juga dikatakan bagi

menunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya serta menjauhkan anak

tersebut daripada segala bahaya dan bencana. .

Berkhitan

Hikmat berkhitan ialah boleh membawa kepada kesempurnaan beragama. Ia juga

bagi membezakan antara orang Islam dan bukan Islam dan menjaga kesihatan dan

mengawal syahwat. Selain itu ia juga pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.

Terdapat sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW

bersabda yang bermaksud:

55

Page 56: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

“ Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk fitrah ialah

berkhatan, mencukur bulu kemaluan ( lelaki ataupun

perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan

menggunting misai.”

Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a. daripada Nabi SAW yang bermaksud :

“Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan dimuliakan

bagi kaum wanita.”

Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-

Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“ Bagi sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhitan,

sekalipun ia sudah dewasa.”

Disebutkan juga oleh Imam Ahmad daripada Ummu ‘Athiyyah bahawa Rasulullah SAW

pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong

keterlaluan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud :

56

Page 57: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

“ Jika kamu menkhitan maka janganlah kamu berleih-

lebihan kerana yang demikian akan lebih baik bagi wanita

dan lebih disukai oleh suami.”

3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN

a) Adat membaca Yasin

Adat ini merupakan penghormatan kepada si mati. Ahli keluarga, sanak

saudara, dan jiran tetangga yang datang akan membacakan surah Yasin dan

juga ayat-ayat al-Quran yang lain di sisi jenazah itu. Ianya dilakukan

bertujuan untuk tujuan disedekahkan kepada si mati terbabit.

b) Adat menguruskan jenazah

Adat ini dilakukan setelah sanak saudara kaum kerabat berkumpul di rumah si

mati untuk menyelenggarakan pengebumiannya. Jenazah si mati tidak boleh

ditangguh pengurusannya lebih-lebih lagi sengaja dilewatkan sebagai

memenuhi kehendak seseorang. Dalam adat menguruskan jenazah, terdapat

enam tahap sehinggalah selesai urusannya. Tahap pertama adalah

memandikan mayat , kedua mengapankan mayat, ketiga menyembahyangkan

mayat, keempat menghantar mayat, kelima menguburkan mayat dan keenam

57

Page 58: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

mentalkinkan mayat. Dalam keenam-enam tahap ini, mayat si mati akan

diuruskan mengikut tertib.

i) Memandikan mayat

Merupakan tahap pertama dalam adat menguruskan jenazah. Si mati

akan dimandikan dengan penuh adat dan tertib oleh mereka yang

mahir. Biasanya jenazah akan dimandikan oleh mereka yang mahir

dan amanah, iaitu tidak menceritakan apa-apa yang dilihat ketika

mayat itu dimandikan. Ketika proses memandikan mayat dilakukan,

seseorang tidak digalakkan berkata-kata melainkan membisu ataupun

berzikir. Biasanya sebelum mayat dimandikan, kain tabir direntangkan

supaya terlindung daripada penglihatan orang ramai terutama yang

bukan muhrim. Proses bermula dengan bacaan

“Bismillahirrahmanirrahim”. Penyiraman air bermula di sekitar tubuh

mayat di sebelah kiri hingga ke siku dan kepalanya. Seterusnya air

disiram ke kaki kanan dan kaki kiri iaitu di bahagian ketika berwuduk.

Apabila air siraman membasahi keseluruhan tubuh si mati, badannya

digosok dan disabunkan dengan sebersih-bersihnya. Mayat tersebut

boleh disiram beberapa kali yang diperlukan supaya bersih. Air

mandian mayat sebaik-baiknya dicampurkan dengan daun bidara atau

wangian lain. Air siraman penghabisan dicampurkan dengan kapur

barus. Rasionalnya penggunaan aie kapur barus dan daun bidara untuk

menghindarkan mayat daripada berbau.

58

Page 59: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

ii) Adat mengapankan mayat

Merupakan tahap kedua dalam adat menguruskan jenazah. Tujuan

mengapankan mayat adalah untuk menutup tubuh badan dan aurat

mayat sebagai penghormatan terakhir bagi manusia. Hukumnya fardu

kifayah dan boleh dilakukan dengan pakaian mana sekali pun asalkan

bersih dan biasanya dipakai oleh orang muslim dalam apa-apa warna

sekali pun ( Said Abdullah al-Hamdani, 1964). Sesungguhnya telah

menjadi adat masyarakat Melayu menggunakan kain putih untuk

mengapan mayat. Kain berwarna putih bermaksud kesucian,

kebersihan dan kemurnian. Hai ini menunjukkan bahawa kain kapan

yang membaluti tubuh mayat adalah untuk memperlihatkan kebersihan

ketika menghadap Allah s.w.t. sebagaimana manusia dilahirkan bersih

dan begitu juga akhiar hayatnya. Bagi mayat lelaki tiga helai kain

kapan digunakan manakala bagi mayat perempuan pula adalah

sebanyak lima helai. Sebaik-baiknya orang yang mengapankan mayat

itu telah dipercayai untuk memandikannya agar aurat si mati itu

tersimpan baik.

iii) Menyembahyangkan mayat

Merupakan tahap ketiga dalam adat menguruskan jenazah.

Sembahyang mayat disyariatkan untuk mendoakan dan memohon

rahmat Allah s.w.t. untuk si mati. Hukum sembahyang mayat adalah

fardu kifayah, iaitu setelah dikerjakan oleh sebahagian Muslimin maka

59

Page 60: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

gugurlah kewajipan itu dari yang lain dan lepaslah tanggungjawab

kewajipan mereka ( Said Abdullah al- Hamdani, 1964). Adat

menyembahyangkan mayat merupakan penghormatan terakhir oleh

sanak saudara terhadap si mati. Selain itu, sembahyang mayat

merupakan penyempurnaan si mati sebelum istiadat pengebumian.

iv) Menghantar mayat

Merupakan tahap keempat dalam adat menguruskan jenazah yang

dilaksanakan dengan penuh penghormatan dan beradat. Penghormatan

dan adat ini memperlihatkan kasih sayang antara mereka yang masih

hidup dengan si mati.

Sebaik-baiknya orang yang mengiringi mayat ke kubur itu berdiam

diri dan berzikir di dalam hati. Ini kerana supaya seseorang itu dapat

mengambil ikhtibar dan dapat menginsafi hakikat kahidupan ini.

v) Menguburkan mayat

Merupakan tahap kelima dalam adat menguruskan jenazah.

Menguburkan mayat adalah menimbus jasad dengan tanah di dalam

liang lahad untuk mencegah tercium bau busuknya oleh seseorang

yang hidup dan supaya tidak dapat dimakan oleh binatang buas.

60

Page 61: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Penguburuan mayat merupakan tanda penghormatan Allah s.w.t.

kepada manusia semasa hidupnya dan sesudah matinya. Ketika

meletakkan mayat di dalam liang lahad seseorang mestilah berdoa

memohon keampunan dan keredhaan Allah s.w.t. . setelah selesai

kubur ditimbus dengan tanah, kubur itu ditandakan dengan pokok-

pokok sebelum ianya digantikan dengan batu nisan seminggu

kemudian.

vi) Mentalkinkan mayat

Merupakan tahap terakhir dalam adat menguruskan jenazah.

Mentalkinkan mayat yang sudah dikebumikan merupakan amalan

masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Mengikut kepercayaan

masyarakat Melayu pada zaman silam, membaca talkin bertujuan

mangajar si mati menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan

oleh malaikat.

vii) Menunggu kubur

Adat menunggu kubur masih lagi menjadi satu amalan yang biasa bagi

penduduk Kampung Tok Belian. Dalam adat ini, seseorang yang alim

akan diupah untuk menunggu kubur si mati bagi membacakan ayat

suci al-Quran sepanjang tempoh yang telah dipersetujui. Tempoh

amalan ini bergantung kepada kemampuan keluarga si mati.

61

Page 62: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Kebiasaannya keluarga si mati akan menghantar makanan kepada

orang yang menunggu kubur tersebut. Setelah selesai tempoh tersebut,

maka keluarga si mati akan memberikan upah kepada si penunggu

kubur tersebut.

c) Kenduri arwah

Merupakan perjumpaan sanak saudara dan jiran tetangga setelah jenazah

selamat dikebumikan. Mereka dijemput ke majlis kenduri arwah untuk

memperingati si mati dengan mengadakan pembacaan doa dan tahlil sebagai

memohon keampunan dan keberkatan Allah s.w.t. untuk disedekahkan kepada

si mati. Selain itu, majlis ini merapatkan lagi silaturahim sesama sanak

saudara yang jauh dan dekat ketika kenduri arwah dijalankan. Kebiasaanya

kenduri arwah akan diadakan selama tujuh malam berturut-turut dan dikuti

dengan senggu sekali iaitu pada malam jumaat selama beberapa minggu

kemudian kenduri arwah diadakan pula pada hari keempat puluh dan hari

keseratus kematian.

62

Page 63: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka hendaklah dilaporkan kepada pihak yang

berkenaan untuk mendapatkan kebenaran pengebumian.

a) Adab memandikan jenazah

Orang yang memandikan jenazah hendaklah terdiri daripada orang yang amanah,

tidak akan menceritakan keburukan-keburukan si mati yang dimandikan. Riwayat

daripada Ahmad Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Daripada Aisyah r.ha. telah bersabda Rasulullah SAW

: “Sesiapa yang memandikan mayat kemudian

dipeliharanya dan tidak menceritakan apa yang ada

pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa

sebagaimana ia baru dilahirkan.”

b) Peralatan memandikan jenazah

Antara peralatan untuk memandikan jenazah ialah tempat mandi jenazah, air

mutlak secukupnya, air daun bidara, kapas, putik kapas, sabun, minyak attar, air

mawar, serbuk cendana, kapur barus, sarung tangan, apron plastik dan dan bekas

menjirus air.

63

Page 64: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

c) Cara-cara memandikan jenazah

Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap sarung tangan dan apron.

Kemudian letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. Siramkan mayat

dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. Siraman hendaklah

bermula dari kepala. Kemudian istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan

menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya. Angkat sedikit bahagian

kepalanya sehingga paras dadanya. Kemudian keluarkan segala kekotoran dalam

perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan dan

diikuti dengan membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau

kekotoran yang tertinggal. Siram dan basuhkan dengan air sabun pada mayat.

Setelah itu bersihkan gigi dan bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah

ketiak. Bersihkan juga rambut jari kaki, hidung, dan telingal berniat. . Selepas itu

siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.. Kemudian bilas

dengan air bersih seluruh anggota badan mayat sambil berniat Telentangkan

mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

Siram sebelah kanan tiga kali dan sebelah kiri tiga kali. Kemudian mengiringkan

mayat ke kiri dan basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

Mengiringkan mayat ke sebelah kanan basuh bahagian lambung kiri pula.

Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung

kaki. Sediakan air kapur barus. Tutup seluruh anggota mayat dengan kain ( kain

kapan). Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas

kepala sehingga hujung kaki. Kemudian wudukkan mayat. Lapkan menggunakan

tuala pada seluruh badan mayat. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan

cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain. Setelah itu,

64

Page 65: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan. Segala bahagian yang

tercabut dari anggota mayat hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama

dengan mayat.

d) Peralatan kafan

Antara peralatan untuk mengkafankan mayat ialah kain putih, tali 5 utas, guntung,

kapas, serbuk cendana, kapur barus, minyak attar dan air mawar.

e) Cara-cara mengkafankan jenazah

Sediakan tiga atau lima utas tali yang dihamparkan di atas tempat pembaringan.

Tali ini diambil dari kain kafan. Ketinggian jenazah diukur untuk menentukan

kepanjangan kain kafan. Kain kafan dipotong menjadi tiga bahagian. Ketiga-tiga

dihamparkan dalam keadaan bertindih antara satu sama lain. Hamparkan kapas

gulung di tengah kain memanjang ke bawah mengikut anggaran saiz jenazah.

Serbuk cendana ditaburkan di atas kapas yang telah dibentangkan. Angkatlah

mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang

sudah dibentangkan. Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan

pada bahagian-bahagian seperti kemaluannya, kedua-dua siku tangan dan dada,

kedua-dua telinga dan muka. Sekali lagi taburkan serbuk kayu cendana di atas

kapas yang berada di atas jenazah. Kain kafan diselimutkan atau ditutupkan dari

lembar yang palimg atas sampai lembar yang paling bawah satu persatu. Ikatkan

dengan tali yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Bermula

daripada bahagian hujung kaki, lutut, dan pinggan. Hendaklah ikatan hidup

65

Page 66: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

( boleh dibuka ) kerana tali ini akan dibuka semula di dalam kubur. Biarkan

bahagian muka terbuka untuk tatapan sanak saudara. Tali di bahagian leher dan

atas kepala diikat apabila jenazah sedia untuk diusung atau untuk

disembahyangkan. Setelah siap renjislah air mawar dan sapulah minyak wangi.

f) Solat jenazah

Mengerjakan solat jenazah adalah fardu kifayah. Walau bagaimanapun

sewajarnya setiap umat Islam mengambil kira bahawa solat itu merupakan suatu

doa untuk mengurangkan bebanan si mati ataupun menambahkan lagi

martabatnya di sisi Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Tiada seorang muslim yang meninggal

kemudian disolatkan keatasnya oleh 40 orang

lelaki yang tidak menyekutui Allah dengan

sesuatu pun melainkan diberikan syafaat

terhadapnya pada hari kiamat nanti.”

g) Cara pengebumian jenazah

Jenazah Muslim tidak dikebumikan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya.

Disunatkan menguburkan jenazah di kawasan perkuburan. Para syuhada

hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu di tempat mereka syahid dan

tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. Boleh dikuburkan jenazah pada malam

66

Page 67: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

hari. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung empat penjuru.

Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri

sehingga mayat itu hilang daripada pandangan. Boleh menguburkan dua jenazah

atau lebih dalam satu lubang kubur kerana keadaan yang terdesak dan darurat.

Tetapi sekiranya ada kemampuan hendaklah menguburkan setiap satu jenazah

untuk satu lubang. Sekurang-kurangnya kubur bagi mayat itu ialah satu lubang

yang dapat menghalang bau mayat serta dapat melindungi mayat daripada

dibongkar oleh binatang buas. Mengumpulkan beberapa mayat yang mempunyai

hubungan kerabat adalah baik dan digalakkan. Seelok-eloknya hendaklah lubang

kubur itu luas dan dalam, lebih kurang 6 kaki dalamnya. Liang lahad lebih baik

daripada liang kembal budi (Syaq ) jika tanah perkuburan itu keras. Liang lahad

bermaksud dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat daripada tepi kubur.

Manakala liang kembal budi ( syaq) bermaksud diperbuat satu lubang kecil

ditengah seperti parit seluas badan mayat di sebelah bawah kubur. Cara

meletakkan mayat di dalam kubur hendaklah mayat itu dimasukkan dengan

menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh tiga orang yang menanti di

dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat.

Setelah itu ditutup liang lahad dengan papan atau seumpamanya dan ditutup

dengan tanah dan ditanam. Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah

ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan batu nisan di bahagian

kepala dan kakinya, dicacakkan daun hijau lalu dijirus air di atas kubur itu yang

dimul;ai dari kepala hingga dua kakinya. Orang yang membaca talkin untuk

mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan

kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan

mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya.

67

Page 68: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

ADAT-ADAT LAIN YANG MASIH DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN

SEHARIAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK,

KELANTAN

a) Adat berjiran

Merupakan sesuatu yang selalu diamalkan oleh penduduk kampung tersebut.

Mereka saling mengambil berat tentang apa pun yang berlaku terhadap jiran

mereka di dalam kehidupan mereka seharian. Jiran merupakan orang yang paling

dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga kita. Untuk itu, bagi penduduk di

kampung tersebut adalah penting untuk menghormati mereka, menjaga hati

mereka dan mengambil berat tantang apa yang berlaku pada jiran kita.

b) Adat bersahabat

Merupakan suatu adat yang sangat ditekankan olah penduduk di kampung

tersebut. Sudah menjadi suatu yang lumrah setiap ibu bapa akan berharap agar

anak-anak mereka mendapat sahabat yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang

melanggar syariat. Mereka amat menganbil berat tentang pergaulan anak-anak

mereka, dengan siapa mereka berkawan dan lain-lain lagi.

c) Adat unjuk-mengunjuk

Merupakan adat yang biasa di kalangan masyarakat Melayu di kampung tersebut.

Malah melalui adat ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame

68

Page 69: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

penduduk. Sekiranya sesebuah keluarga itu memasak kuih atau lauk pauk yang

banyak, maka mereka akan memberikannya sedikit kepada jiran mereka.

Kemudian jiran tersebut juga akan membalas balik pemberian itu dengan sesuatu

jika ada. Atau mereka akan membalas semula peberian itu apabila ada

kesempatan.

d) Menziarahi orang sakit

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi penduduk kampung Tok Belian untuk

menziarahi orang sakit. Amalan ini dilakukan tanpa mengira saudara mara, jiran

tetangga atau penduduk sekampung mahupun pada penduduk di kampung yang

bersebelahan. Amalan ini adalah bertujuan untuk menzahirkan rasa simpati

kepada pesakit serta menunjukkan tanda mengambil berat sesama Islam.

69

Page 70: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM

Adab Bersahabat Mengikut Syarak

Banyak panduan yang telah diberikan oleh syarak dalam pemilihan sahabat ini. Dalil

dari ayat al-Quran yang bermaksud:

“ Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami

lalikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikut

hawa nafsunya”

( Surah al-Kahfi: 28)

Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Seseorang itu atas agama ( perjalanan) rakannya, maka

hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai

teman atau rakan.”

Ayat-ayat ini menegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa

melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat. Saidina Ali

k.m.h. pernah berkata yang bermaksud :

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa

berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup

70

Page 71: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sannggup

berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.”

Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang

sebelum memilihnya sebagai rakan iaitu :

i- Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian

ii- Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sememangnya Allah SWT menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan

persahabatan dengan orang-orang yang betaqwa, beriman dan berakhlak mulia yang

dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, menyuruh manusia

kepada perkara-perkara kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.

Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya:

“ Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-

sama dan janganlah pula berpecah belah.”

( Surah Ali Imran : 103)

Adab Berjiran

Rasulullah SAW mengutamakan konsep menghormati dan berbaik-baik dengan jiran

tetangga melalui sabda Baginda yang diriwayatkan oleh al-Syaikani yang bermaksud:

71

Page 72: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,

hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya. “

Umumnya ahli masyarakat mestilah mengambil kira beberapa perkara dalam

menjalinkan hubungan kejiranan yang harmonis dengan tetangganya. Antaranya ialah

sama-sama menanggung penderitaan tetangga iaitu bersimpati dan membantu

kesusuahannya. Kita juga perlu menghindarkan diri daripada menyakiti hati tetangga

serta melindungi tetangga daripada kezaliman orang lain. Kita juga mestilah memaafkan

kesalahan tetangga yang tidak disengajakan atau yang disengajakan.

Menziarahi Orang Sakit

Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Sebenarnya

ziarah-menziarahi digalakkan bukan sekadar pada masa sakit masa sakit sahaja bahkan

melengkapi semua keadaan, baik semasa sihat mahupun berdukacita, sama ada terhadap

sahabat handai, saudara-mara, kaum keluarga, yang muda, lebih-lebih lagi yang tua,

bujang ataupun sudah berkahwin.

Semua ini telah pun dilakukan oleh Bagnda Rasulullah SAW. Amalan seumpama

ini akan mendapat ganjaran yang besar, sebagaiamana sabda Rasulullah SAW yang

diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

“ Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah

saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara

yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus

72

Page 73: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

langkahmu, dan ambillah tempat tinggalmu di dalam

syurga”

Sabdanya lagi daripada Abu Musa r.a. yang bermaksud:

“ Berilah makanan kepada orang yang lapar, ziarahilah

orang yang sakit dan lepaskanlah orang tawanan”

Sebagaiamana ibadat-ibadat lain yang mempunyai syarat dan rukun serta adab,

maka menziarahi orang sakit juga mempunyai adab yang tersendiri untuk diikuti, agar

ziarah itu mengikut syariat Islam.

73

Page 74: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BENTUK BUDAYA TRADISIONAL YANG DIAMALKAN OLEH PENDUDUK

KAMPUNG TOK BELIAN, BACHOK, KELANTAN.

a) Amalan gotong- royong

Tradisi dan adat bagi masyarakat Melayu berkait rapat dengan agama

Islam. Justeru itu, penduduk di Kampung Tok Belian masih lagi

mengamalkan budaya gotong-royong terutamanya di dalam majlis atau

kenduri. . Ia bukan sahaja suatu budaya bahkan tuntutan agama yang

masih dipegang kuat oleh penduduk kampung tersebut. Sifat

kerjasama atau gotong-royong dalam majlis kenduri bukan sahaja

dibuktikan dalam satu aspek seperti menyediakan jamuan makan,

malah melibatkan aspek kerohanian dan hadir ke majlis itu sendiri.

Hadir ke majlis kenduri itu sendiri adalah suatu bentuk budaya gotong-

royong yang dizahirkan secara tradisi. Tujuannya adalah untuk

meringankan beban orang yang mengadakan kenduri tersebut selain

untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk. Sifat

gotong-royong dalam kenduri telah bermula sebelum hari kenduri

diadakan. Untuk persediaan mengadakan kenduri orang ramai

dijemput datang untuk kerja-kerja memotong bawang, halia, dan serai.

Di kawasan lapang didirikan khemah bagi para jemputan. Biasanya

orang-orang yang terlibat dalam gotong-royong tersebut akan saling

membantu apa-apa yang perlu sehingga majlis selesai.

74

Page 75: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

b) Mengambil berat

Merupakan suatu adat yang sentiasa dipegang oleh penduduk kampung

tersebut. Budaya ini boleh dilihat secara jelas melalui sikap penduduk

yang sentiasa prihatin tentang apa saja yang berlaku kepada jiran atau

semua penduduk kampung tersebut.

c) Pakaian

Merupakan budaya tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Sudah

menjadi suatu kebiasaan bagi penduduk di Kampung Tok Belian

menjadikan pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian asasi mereka.

Contohnya bagi anak gadis adalah biasa apabila memakai baju kurung

tetapi apabila baju kurung dipakai bersama tudung dan menutup aurat,

maka itu melambangkan gadis tersebut adalah seorang yang sopan.

d) Memberi salam

Merupakan sesuatu budaya yang sentiasa diamalkan oleh semua umat

Islam. Begitu juga di Kampung Tok Belian, penduduknya sentiasa

mengamalkan budaya memberi salam samada ketika bertegur sapa

apabila bertemu, ketika mengunjungi rumah saudara mara atau jiran

tetangga, dan lain-lain lagi.

75

Page 76: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

e) Bersalaman

Budaya ini dianggap suatu yang penting dan dianggap sopan dan

tinggi akhlaknya jika seseorang itu sentiasa mengamalkannya.

Bersalaman dilakukan apabila seseorang itu berjumpa, hadir dalam

sesuatu majlis, ketika hendak berpisah dan lain-lain. Kebiasaannya

seorang yang muda akan mencium tangan orang yang lebih tua

daripadanya ketika bersalaman.

f) Mengaji al-Quran

Sudah menjadi satu amalan dan budaya penduduk di kampung

tersebut untuk menghantar anak-anak mereka sedari kecil lagi.

Kebiasannya mereka menghantar anak-anak mereka untuk belajar

membaca dan mengaji al-Quran dengan seseorang yang arif tentang

bacaan al-Quran sejak kanak-kanak itu berusia 4 tahun lagi. Ini bagi

memastikan anak-anak mereka mudah dibentuk dan khatam al-Quran

awal. Setelah anak-anak mereka berjaya menamatkan pembelajaran al-

Quran dengan guru mengaji tersebut, maka kenduri atau jamuan kecil

diadakan bagi melahirkan kesyukuran dan rasa berterima kasih kepada

guru mengaji atas tunjuk ajar kepada anak-anak mereka.

76

Page 77: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

g) Permainan tradisional

Merupakan suatu aktiviti atau kegiatan riadah yang dilakukan pada

waktu lapang. Ianya dilakukan oleh kebanyakan penduduk kampung

tersebut tanpa mengira umur dan jantina, serta boleh dimainkan di

mana-mana sahaja bergantung kepada jenis dan sifat permainan

tersebut.

a) Congkak

Permainan ini dimainkan oleh dua orang individu. Permainan ini

menggunakan papan congkak dan juga guli. Ianya memerlukan

pemain bersifat tangkas, malah ia juag memerlukan pemain membaca

rumah lawannya sambil mengatur strategi untuk membolehkan dia

menembak rumah lawan yang penuh dengan buah congkak atau guli.

Bagaimanapun, lazimnya permainan congkak lebih dianggap

permainan yang bersifat rekreasi, yakni permainan yang lebih

menekankan unsur hiburan dan pengisian waktu lapang. Persoalan

kalah atau menang dal mpermainan rekriasi tidak diutamakan. Yang

penting ialah kegiatan itu dapat menimbulkan keriangan dan

kegembiraan dan terisi masa lapang. Permainan jenis ini lebih banyak

dimainkan oleh kanak-kanak dan biasanya dimainkan di anjung rumah

ataupun loteng.

77

Page 78: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

b) Sepak raga

Merupakan sejenis permainan yang mempunyai peraturan yang

lengkap dan cabaran permainan yang tinggi dari segi fizikal dan

mental serta dapat merangsangkan semangat kesukanan yang

tinggi. Permainan yang asalnya disebut sepak raga bulatan kerana

kaedah permainannya menghendaki para pemain bermain dalam

bentuk bulatan dan mengangkat bola raga ke udara dengan cara

sepakan, juga dikenali sebagai sepak takraw.

c) Selambut atau seremban

Merupakan sejenis permainan yang gemar dimainkan oleh kanak-

kanak perempuan . ianya boleh dimainkan di mana-mana sahaja.

Permainan ini tidak menetapkan bilangan pemain. Ianya hanya

menggunakan beberapa biji batu atau guli. Melalui permainan jenis

ini kanak-kanak boleh berinteraksi sesama mereka dan juga dapat

membina daya koordinasi otot dengan fikiran.

78

Page 79: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM

Memberi Salam Dan Bertanya Khabar

Ramai orang yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan

perpaduan, ikatan persefahaman dan kasih mengasihi sesama ahli masyarakat ialah

memberi salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing. Islam amat

menganjurkan kita bersalaman dan bertanya khabar sesama jiran tetangga dan sahabat

handai. Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullah SAW bersabda yang

diriwayatkan oleh Abu Daud r.a. yang bermaksud :

“ Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah

orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain.”

Baginda SAW seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a. yang

bermaksud:

“ Sesiapa yang menjawab salam, maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang

tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku.”

79

Page 80: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

Setelah memberi salam dan menjawab salam, maka diikuti pula dengan khabar

pertanyaan tentang urusan kerja masing-masing, hal ehwal kesihatan kelaurga,

berbincang tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya dan sebagainya. Jelaslah

manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak, sebagai pembuka bicara dan

penghubung tali silaturahim sesama Islam yang dikenali mahupun yang belum dikenali.

Memberi salam adalah sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib.

Belajar Al-Quran

Hakikatnya, Al-Quran merupakan wahyu Allah SWT dan peninggalan Rasulullah

SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah sehingga kiamat.

Maka di peringkat awal kanak-kanak, pengajaran dan pembacaan al-Quran sememangnya

digalakkan. Seorang sahabat Nabi SAW, Saad Ibn Abi Waqas r.a. meletakkan

kepentingan mengajar al-Quran kepada anak-anaknya sepertimana keutamaan

peperangan menegakkan agama Allah.

Pengajaran al-Quran kepada anak-anak melalui pembacaan adalah sebagai satu

usaha menanamkan asas keimanan yang padu dalam jiwa mereka. Rasulullah SAW

pernah bersabda yang bermaksud:

“ Setiap anak yasng dilahirkan membawa fitrah

beragama ( percaya kepada Allah).maka kedua-

dua orang tuanyalah yang sebaiknya menjadikannya

beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi

80

Page 81: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

sebagaiamana binatang yang melahirkan anaknya

dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang

kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang

dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung,

telingaatau mana-mana anggota terpotong?”

Dari sudut pendidikan kanak-kanak terdapat sebab mengapa al-Quran perlu diajar

di peringkat awal. Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui khususnya

pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan kanak-kanak ini adalah dari segi

perkembangan potensi otak manusia.

KESIMPULAN

Analisis dan dapatan kajian menunjukkan bahawa adat resam dan budaya

tradisional masih lagi diamalkan oleh penduduk di Kampung Tok Belian. Terdapat dua

ketegori adat resam yang masih lagi diamalkan iaitu adat yang bercanggah dengan syariat

Islam dan adat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

81

Page 82: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BAB 5

CADANGAN DAN PENUTUP

PENGENALAN

Bahagian bab 5 adalah terdiri daripada rumusan, perbincangan dan cadangan

kajian. Dapatan kajian yang diperolehi dalam bab 4 akan dibin cangkan dalam bab ini

berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya,

cadangan dikemukakan untuk tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.

CADANGAN

1- Merancakkan Gerakan Akidah

a) Membuat kajian yang bertentangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan

pemurnian akidah serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan adat resam

bagi mengenal pasti langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan terbaik bagi

membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam.

b) Mengadakan seminar dan perbincangan secara bersiri bagi mendedahkan maklumat

dan pengetahuan berkaitan dengan ajaran dan syariat Islam agar dapat dinilai

82

Page 83: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

kegiatan atau amalan yang telah dijalankan dan memikirkan cara serta langkah

terbaik bagi menangani amalan-amalan tersebut pada masa hadapan.

2- Pendidikan Islam

a) Subjek Pendidikan Islam wajar dijadikan mata pelajaran teras setaraf dengan mata

pelajaran metemetik, sains, bahasa Melayu, dan bahasa inggeris dengan

mensyratkan pelajar wajib lulus dengan baik mata pelajaran Pendidikan islam

sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

b) Mengambil pendekatan yang disarankan oleh Al-Ghazali yang menekankan

proses pendidikan akidah yang mesti diajarkan kepada kanak-kanak dan orang

awam iaitu dengan cara semua selok-belok isi kandungan akidah itu mestilah

diterapkan melalui empat tahap berikut:

i – mestilah dimulai dengan menghafaz

ii – kemudian diikuti dengan proses memahaminya iaitu dengan dibentuk

kefahaman mengenai cara mendedahkan pengertian isi kandungan akidah tersebut

sedikit demi sedikit

iii – setelah itu diiktikadkan dengan penuh kepercayaan

iv – kemudian ditasdiqkan ( dibenarkan ) dengan penuh keyakinan

83

Page 84: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

c) Pendidikan tidak formal khusus untuk penduduk kampung

i – Menggubal satu kokurikulum pendidikan Islam khusus untuk penduduk di

Kampung Tok Belian agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran dan

syariat islam.

ii – Memanfaatkan fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat

pendidikan Islam di kalangan umat Islam agar mereka terus menghayati

Islam sebagai cara hidup yang lengkap

iii - Mempertingkatkan bilangan guru agama yang berkelayakan untuk mengisi

kekurangan kelas-kelas pengajian Islam di semua masjid

iv – Memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid supaya umat Islam dapat

memantapkan pengatahuan ilmu Islam

v - Menjadikan pendidikan islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang

wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, tanpa mengira umur. Ini kerana tradisi

pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan

diceburi oleh semua anggota masyarakat.

3- Memupauk kesedaran masyarakat Islam

a) Mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan

memelihara kesucian akidah serta mendorong mereka untuk melibatkan diri

84

Page 85: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

dalam gerakan pemurnian dan pengukuhan akidah mengikut cara dan

kemampuan masing-masing.

b) Setiap penduduk di Kampung Tok Belian sewajarnya berusaha menyeru ahli

keluarganya agar sama-sama mengimarahkan dan memanfaatkan institusi

masjid sebagai pusat penyebaran ilmu Islam dan juga pemantapan akidah.

85

Page 86: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

PENUTUP

Dalam penutup ini akan diimbas kembali beberapa perkara yang dirasakan

penting untuk dilihat dan diberikan perhatian dengan lebih jelas, serta beberapa

penemuan yang dihasilkan daripada keseluruhan kajian ini.

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa kesimpulan penting

yang mewajarkan perhatian serius dan tindakan bersepadu daripada pihak-pihak

berkenaan berkaitan isu-isu amalan adat resam di Kampung Tok Belian. Di antaranya

ialah :

1- Amalan adat resam adalah suatu permasalahan yang perlu dipandang berat oleh

penduduk di Kampung Tok Belian kerana ianya melibatkan perkara-perkara yang

bertentangan dengan syariat Islam

2- Amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam masih terus

diamalkan kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman yang berkaitan

dengannya. Dalam masa yang sama, penduduk kampung seolah-olah menganggap

kepercayaan dan adat resam yang diamalkan ini sebagai suatu kebiasaan yang

pada pandangan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

3- Di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan adat resam yang

bertentangan dengan syariat Islam ini secara berterusan ialah kejahilan terhadap

86

Page 87: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

ilmu akidah dan syariat Islam, suasana persekitaran, kelemahan penguatkuasaan,

kesinambungan budaya dan corak pendidikan.

4- Penguatkuasaan undang-undang untuk membanteras amalan adat resam yang

bertentangan dengan syariat Islam ini sama ada tidak berkesan atau tidak

dilaksanakan langsung.

5- Penduduk di kampung Tok Belian masih lagi terkeliru dengan isu-isu semasa

berhubung akidah yang timbul dalam masyarakat seperti isu-isu animisme dan

perkara-perkara syirik

6- Penduduk di Kampung Tok Belian rata-rata masih mewarisi kepercayaan dan

amalan tradisional di samping terus-menerus mengamalkan dan terlibat dengan

amalan-amalan syirik dan khurafat. Malah terdapat juga di kalangan penduduk

kampung yang masih terkeliru dengan hukum-hukum amalan seumpama

melenggang perut, menunggu kubur, dan sebagainya yang mana amalan tersebut

terang-terangan bertentangan dengan syariat Islam.

7- Tugas untuk membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat

Islam adalah tugas dan tanggungjawab bersama. Ia bukan diletekkan pada bahu

satu-satu pihak tertentu sahaja, malah ia melibatkan penyertaan semua lapisan dan

kedudukan masyarakat daripada orang perseorangan hinggalah kepada pihak yang

87

Page 88: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

berkuasa memikul amanah yang lebih besar dalam menyusun strategi pemurnian

dan pengukuhan akidah di kalangan penduduk kampung.

8- Dengan demikian sebagai rumusan saya, pendidikan kearah kesedaran berkenaan

perkara ini perlu dianggap oleh pihak berwajib sebagai suatu prioriti.

88

Page 89: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

BIBLIOGRAFI

1- Abdul Rahman Ahmad Hanafian. (2004). Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim

Ke Alam Barzakh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2- Che Su Mustaffa, Abdul Rahman Abdul Aziz, Rohani Ab. Ghani, Jamaludin

Mustaffa, Nuredayu Omar. ( 2005). Isu-Isu Budaya Dalam Pembangunan Sosial.

Sintok. Universiti Utara Malaysia.

3- Dato’ Ismail Kamus, Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. ( 2009 ). Indahnya Hidup

Bersyariat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd.

4- Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Hj. Idris. (2000). Al-Bid’ah Bahaya dan

Keburukannya. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publishers.

.

5- Dr Yusuf Qardhawy, Muhammad Al-Ghazali. (2004). Bi’dah Dan Syirik: Perkara

Yang Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya. Kuala

Lumpur.Jasmin Enterpaise.

6- Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi. ( 2006 ). Ajaran Sesat Di Negeri

Terengganu, Kajian Terhadap Faktor Penyebaran dan Langkah Mengatasinya.

Kuala Lumpur. Universiti Melaya.

89

Page 90: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

7- Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. ( 2007 ). Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang

Terpesong. Selangor. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

8- Fauzi bin Yusoh. ( 2004 ). Hubungan Kemasyarakatan Diantara Orang Islam

Dengan Orang Bukan Islam Menurut Pandangan Islam. Bangi. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

9- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. ( 2007 ). Al-Quran Dan Terjemahannya.

Kuala Lumpur. Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

10- Joyce M. Hawkins. ( 1991 ). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam. Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

11- Mohd Saifulbahri bin Abdullah. ( 2006 ). Amalan Kejiranan Menurut Al-

Sunnah : Kajian Di Mukim Chendering, Kuala Terengganu.kuala Lumpur.

Universiti Malaya.

12- Mohd. Taib Osman, Wan Kadir Yusoff. (1987). Kajian Budaya Dan Masyarakat

Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran

Malaysia.

13- Mustafa ’Abdul Rahman. ( 2008 ). Hadis 40 Terjemahan Dan Syarahnya.

Selangor. Dewan Pustaka Fajar.

90

Page 91: halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya

14- Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim. ( 2003 ). Pengaruh Bomoh Dalam

Masyarakat Melayu dalam Pemikir. Julai September 2003.

15- Wan Awang bin Ali. ( 1996 ). Amalan Orang Melayu Ditinjau Dari Perspektif Al-

Sunnah. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia

16- Zahazan Mohamed. ( 2003 ). Khurafat di Zaman Teknologi dalam Utusan

Malaysia. 15 Januari 2003.

17- http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

18- http://www.ashtech.com.my/adat/

19- http://yudhim.blogspot.com/2008/01/pengertian-kebudayaan.html

20- http://traditionalislam.tripod.com/KebudayaanDalamPandanganIslam.htm

91