ifolio.ukm.my · web viewmereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain....

21
KERTAS KERJA PROGRAM EXPLORACE KAPREZA ‘14 KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 8 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA Survival Za’ba”

Upload: hoangtu

Post on 12-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

KERTAS KERJA

PROGRAM EXPLORACE

KAPREZA ‘14

KOLEJ PENDETA ZA’BA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH

8 MAC 2014

TEMPAT

KOLEJ PENDETA ZA’BA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“Survival Za’ba”

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

KERTAS KERJAPROGRAM EXPLORACE

KAPREZA ‘14KOLEJ PENDETA ZA’BA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka untuk memaklumkan mengenai Program Explorace KAPREZA ’14 anjuran Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyertai program ini berpeluang mengetahui perkembangan Kolej Pendeta Za’ba disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

2.0 PENGENALAN

KAPREZA’14 merupakan satu program besar yang dijalankan setiap tahun oleh Kolej Pendeta Za’ba. Sebagaimana tahun-tahun lepas, program Explorace turut diadakan. Program ini dirancang untuk meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan. Explorace sering mendapat sambutan dalam kalangan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, sudah pastinya program ini dapat memberi kesan dari sudut positif dalam diri peserta seperti semangat kerjasama.

3.0 MISI

Menjadikan mahasiswa/i sebagai individu yang bertanggungjawab, tahan lasak, kreatif dan berkepimpinan sebagai persediaan mewarisi kepimpinan Negara pada masa hadapan.

4.0 MATLAMAT

Melatih mahasiswa/i untuk bekerjasama antara ahli dalam kumpulan masing-masing serta memupuk usaha untuk melakukan apa sahaja tugasan yang diberi. Selain itu, meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Membina semangat kerjasama dan semangat berpasukan.5.2 Mengukuhkan sifat kesabaran dan kekuatan dalam diri para peserta.5.3 Menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta.5.4 Memupuk sikap berusaha untuk melakukan apa jua tugasan yang diberi di setiap

checkpoint.5.5 Mengasah sikap kreatif dan inovatif.

6.0 TEMA

“Survival Za’ba”

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

7.0 ANJURAN

Krew Program Explorace KAPREZA ‘14Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh: 8 Mac 2014Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia.

10.0 PUBLISITI

Program ini diuar-uarkan melalui poster,banner dan banting di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Golongan sasaran adalah mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah krew: 12 orang Jumlah peserta: 20 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Persiapan krew untuk checkpoint Tarikh: 7 Mac 2014 Masa: 5.00 petang Tempat: Sekitar Kolej Pendeta Za’ba

14.2 Persediaan peserta dan warming up Tarikh: 8 Mac 2014 Masa: 9.00 pagi Tempat: Bangunan aktiviti (di hadapan surau)

14.3 Explorace bermula Masa: 9.30 pagi Tempat: Bilik Aktiviti Pelajar

14.4 Explorace tamat Masa: 1.30 tengah hari Tempat: Gelanggang futsal

14.5 Penyampaian hadiah Masa: 2.00 petang Tempat: Gelanggang futsal

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

16.0 BACK-UP PLAN

Rujuk Lampiran D

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

17.0 RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:

NURHIDAYU BINTI MOHAMAD JANPengarah ProgramExplorace KAPREZA ‘14Kolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan MalaysiaTel: 014-7335148

18.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi merealisasikan objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh

……………………………(NURSYAHIRAH BINTI MOHD HAMID)SetiausahaExplorace KAPREZA ‘14Kolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh

……………………………(NURHIDAYU BINTI MOHAMAD JAN)Pengarah ProgramExplorace KAPREZA ‘14Kolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan MalaysiaNo Tel: 014-7335148

LAMPIRAN A

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

STRUKTUR ORGANISASIEXPLORACE KAPREZA ‘14

Ketua PengarahNurhidayu binti Mohamad Jan

A145575

Timbalan PengarahNur Azliya binti Azahar

A145572

SetiausahaNursyahirah binti Mohd Hamid

A145582

BendahariAhmad Fahmi Ismail

A144218

Exco Program : Siti Aeidah binti Mohd Kamarulzaman A145293

Muhammad Syahir Rahimi bin Sukri A144828

Exco Publisiti : Muhammad Iqbal bin Jamaluddin A144329

Exco Teknikal : Mohamad Rafiq Husaini bin Mohd Nizam A144280

Muhammad Farhan bin Norman A144320

Exco Keselamatan : Azri Hariz bin Ahmad @ Awang A144260

Exco Dokumentasi : Norazmi bin Yazid

A138207

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

8 MAC 2014

Masa Aktiviti Catatan8.30-9.00 - Persediaan akhir krew

- Peserta berkumpul9.00-9.30 - Perasmian

- Exlporace bermula9.30-10.00 Check point 1 Lampiran E10.00-10.30 Check point 2 Lampiran E10.30-11.00 Check point 3 Lampiran E11.00-11.30 Check point 4 Lampiran E11.30-12.00 Check point 5 Lampiran E12.00-12.30 Check point 6 Lampiran E12.30-1.00 Check point 7 Lampiran E1.00-1.30 Check point 8 Lampiran E1.30-2.00 Explorace tamat2.00 - Penentuan pemenang

- Penyampaian hadiah

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA JUMLAH1. YURAN

RM5 × 32 RM160

2. SUMBANGAN SPONSOR

STREET MARKETING

RM650

RM516

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM1326

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA HARGA UNIT JUMLAH1. AKTIVITI

AKTIVITI

MAKANAN DAN MINUMAN

RM50

RM3

8

32

RM400

RM962. PUBLISITI

BANNER DAN BANTING

FLYERS

POSTER

RM22

RM0.30

RM0.80

2

0

170

RM44

RM0

RM136

3. HADIAH DAN CENDERAHATI TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA

RM200

RM150

RM100

1

1

1

RM200

RM150

RM100

4. LAIN-LAIN RM200 1 RM200

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

RM1326

LAMPIRAN D

BACK-UP PLAN

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

Checkpoint 1: Tangram time

Masa: 10 minit

Tempat: Kafe Mak Teh

Barang diperlukan: Kertas warna

1. Peserta diberikan kepingan-kepingan kertas untuk dijadikan sebuah rumah berpandukan gambar yang diberikan.

2. Siapa pantas dia menang.

Checkpoint 2: Have you had your breakfast?

Masa: 20 minit

Tempat: Padang Futsal

Barang diperlukan: Betik dan pisau

1. Peserta diberikan sebiji betik dan sebilah pisau.

2. Mereka perlu mengukir sebuah kereta yang menarik dan kreatif mengikut gambar yang diberikan.

3. Siapa cepat dan paling cantik yang akan menang (2 pemenang).

Checkpoint 3: Art attack

Masa: 15 minit

Tempat: Hadapan koperasi

Barang diperlukan: Kertas dan kamera

1. Peserta diberikan sekeping kertas di mana di atas kertas tersebut terdapat beberapa klu yang dapat membantu mereka.

2. Peserta perlu mencari bahan yang terdapat dalam klu tersebut dan perlu mengambil gambar bersama benda tersebut.

3. Siapa cepat dia menang.

Checkpoint 5: Busy-ness

Masa: 30 minit

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

Tempat: Tapak gerai jualan

Barang yang diperlukan: Tiada

1. Peserta perlu membantu peniaga yang berniaga di sekitar KPZ pada hari tersebut.

2. Peserta perlu memujuk pembeli untuk membeli barang tersebut.

3. Kumpulan yang paling banyak mendapat duit dia akan menang (2 pemenang)

Checkpoint 6: Open your eyes & your minds

Masa: 15 minit

Tempat: Wakaf Kafe

Barang diperlukan: Kertas dan pen

Peserta harus menyelesaikan masalah di bawah. Siapa cepat dan jawapannya tepat dia akan menang.

1. Peserta perlu mencari berapa banyak huruf ‘F’ dalam petikan ini:

Fanny filinger was of the impression that

Eighty six years of history show that

Scientific research is of the utmost importance

In every case of future generation.

LAMPIRAN E

PERINCIAN AKTIVITI

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

“Survival Za’ba”

Aktiviti dan lokasi Cara bermain Keperluan‘Escape room’-Bilik Aktiviti Pelajar

1. Semua peserta akan dikuncikan di dalam bilik seminar.

2. Terdapat 8 mangga pada pintu dan juga banyak password di dalam bilik seminar tersebut.

3. Peserta perlu mencari password yang betul untuk membuka mangga tersebut.

4. Semua peserta perlu bekerjasama untuk membebaskan diri dari penjara.

8 buah mangga

Mari melompat-Gelanggang futsal

1. Satu kumpulan akan bergabung dengan satu kumpulan yang lain dan menjadi satu kumpulan besar.

2. 8 orang peserta tersebut perlu melompat sebanyak mana yang mereka mampu semasa tali dihayun dalam masa 1 minit.

3. Sekiranya peserta dapat melepasi halangan itu, peserta akan diberi ‘advantage’.

4. Advantage: 2 kumpulan tersebut akan mendapat kain yang kecil.

Tali

Mana Z?-Berdekatan dengan loji

1. Peserta perlu mencari bola yang bertanda Z.2. Terdapat pelbagai bentuk rekaan huruf Z yang

akan wujud.3. Peserta perlu mendapatkan bentuk huruf Z

serupa seperti yang kami kehendaki.4. Kumpulan pertama yang menemui huruf Z pada

bola akan memberikan bola tersebut kepada kami.

5. Advantage: dapat menambah seorang ahli dalam kumpulan mereka (SuperPower) dalam 10 minit sahaja.

Bola

Dodge ball-Gelanggang futsal

1. Empat kumpulan pertama yang tiba akan bermain dahulu.

2. Empat kumpulan tadi perlu masuk ke dalam kawasan petak.

3. Empat kumpulan yang tiba lambat akan berada di sekitar luar petak bersama krew yang lain untuk membaling bola kepada peserta yang berada di dalam petak.

4. Peserta yang terkena bola dikira ‘out’. Mereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain.

5. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang.

6. Sama juga situasinya apabila empat group yang

10 biji bola

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

lambat berada di dalam petak.7. Dua ‘advantage’ akan diberikan dalam

permainan ini.8. Advantage: senjata

extra nyawaSiapa pandai!-Di hadapan surau

1. Semua peserta perlu berlari di garisan permulaan dan soalan akan dibacakan.

2. Untuk menjawab soalan peserta perlu berlari kehadapan untuk menjawap soalan.

3. Sekiranya jawapan yang diberikan salah, soalan akan dibuka kepada kumpulan lain.

4. Peserta perlu mengumpul sebanyak 3 mata berdasarkan soalan yang diberikan.

5. Satu soalan bernilai satu markah.6. Advantage: ‘Reflection’ name tag.

Name tag

Mari mencari-Sekitar Kolej Pendeta Za’ba

1. Peserta perlu mencari orang seperti yang kami kehendaki.

2. Ambil gambar bersama mereka menggunakan handphone masing-masing.

3. Dalam gambar tersebut semua peserta mesti ada bersama orang yang kami kehendaki.

4. Tunjukkan kepada kami gambar tersebut.5. Tiga yang terpantas akan mendapat ‘advantage’.6. Advantage: mendapat bendera

Tempat pertama: 3 bendera Tempat kedua: 2 bendera Tempat ketiga: 1 bendera

Handphone yang mempunyai kamera

Tembikai time-Kafe Makteh

1. Setiap kumpulan perlu menghabiskan sebiji tembikai yang telah dipotong dua.

2. Selesai sahaja makan, peserta perlu mengangkat tangan dan krew akan melihat hasil tembikai yang telah dimakan oleh mereka.

3. Advantage: senjata.

4 biji tembikai

Perang-Gelanggang futsal

1. Misi setiap kumpulan adalah mengumpul bendera.

2. Masa yang diberikan ialah setengah jam.3. Dalam masa menyelesaikan misi, mereka perlu

berhati-hati dengan pihak lawan.4. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 pistol air.5. ‘Advantage’ yang mereka dapat akan digunakan

dalam perang ini.6. Kubu akan ditetapkan tempatnya untuk setiap

kumpulan.7. Kumpulan yang mencuri bendera di kubu dikira

batal.8. Sekiranya kain putih dibelakang peserta

ditembak, peserta dikira ‘out’.9. Hanya ahli kumpulan yang tinggal sahaja perlu

Pistol air

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

meneruskan misi.10. Sekiranya pihak lawan menembak peserta yang

sedang mengambil bendera, secara automatiknya bendera akan berpindah milik.

11. Pemenang yang terpantas dikira berdasarkan jumlah bendera yang dikumpul (9 bendera).Sekiranya satu kumpulan itu semua ahlinya mati, bendera kumpulan yang ada di kubu dikira ‘burn’. Pihak lawan tidak boleh mengambil bendera tersebut.

LAMPIRAN F

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

RINGKASAN EKSEKUTIFEXPLORACE8 MAC 2014

di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia

IPTA Universiti Kebangsaan Malaysia

TAJUK PROGRAM Explorace

JENIS PROGRAM Kesukanan

TEMA “Survival Za’ba”

MATLAMAT & OBJEKTIF

a) Membina semangat kerjasama dan semangat berpasukan.b) Mengukuhkan sifat kesabaran dan kekuatandalam diri para peserta.c) Menguji ketahanan mental dan fizikal parapeserta.d) Memupuk sikap berusaha untuk melakukanapa jua tugasan yang diberi di setiapcheck point.e) Mengasah sikap kreatif dan inovatif.

ANJURAN Krew KAPREZA ’14Kolej Pendeta Za’ba, UKM

TARIKH PELAKSANAAN 8 Mac 2014

ANGGARAN PERBELANJAAN RM 1326.00

LAMPIRAN G

SYARAT PENYERTAAN

Kolej Pendeta Za’ba ● Pendeta Za’ba College

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

KAPREZA Explorace ’14 terbuka kepada semua siswa dan siswi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tema yang digunakan ialah “Survival Za’ba”. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli sahaja. Yuran yang dikenakan untuk satu kumpulan RM2O. Peserta perlulah mengisi boring penyertaan dengan lengkap menggunakan pen biru atau hitam

sahaja. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan penyertaan yang tidak lengkap. Semua peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan aktiviti

Exlporace. Peserta yang mempunyai penyakit kronik (lelah, asma, sakit jantung dan etc) tidak digalakkan

untuk menyertai program ini. Program akan dijalankan di sekitar Kolej Pendeta Za’ba. Penganjur acara berhak mengubah peraturan atau menunda tarikh atau membatalkan acara

sekiranya perlu. Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang protes atau bantahan tidak akan diterima

atau dilayan. Tarikh tutup serahan Borang Penyertaan Program Kapreza Explorace adalah pada 2 Mac

2014. Pengesahan penyertaan apabila peserta telah membuat pembayaran yuran.

BORANG PENYERTAAN

“Survival Za’ba”

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila

Nama Kumpulan:

NAMA I/C NO TELEFON EMEL1.2.3.4.

Saya sebagai peserta bersetuju untuk mematuhi segala syarat dan peraturan acara dan akan melindungi pihak penganjur acara dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam apa cara dengan pengurusan atau perjalanan acara daripada segala tindakan, tuntutan, kos, dan ganti rugi berkaitan dengan kematian atau kecederaan kepada kami atau kerosakan kepada harta benda kami akibat daripada penyertaan kami dalam acara ini walaupun kematian atau kecederaan atau kerosakan tersebut diakibatkan oleh kelalaian / kecuaian badan-badan yang dicatitkan di atas. Kami juga mengaku segala maklumat yang diberi dalam Borang Rasmi Penyertaan ini adalah benar dan sempurna. Bersama ini disertakan wang tunai sebanyak RM20 sebagai yuran penyertaan Pihak Penganjur Explorace Kapreza’14.

Tandatangan ketua kumpulan: _____________________________

LAMPIRAN H

POSTER

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewMereka perlu berada di luar petak untuk membantu mematikan kumpulan lain. Kumpulan yang tinggal di dalam petak dikira pemenang. Sama juga situasinya apabila