È s ªÝ÷ i±¾È ¢Â±« - academy.drb-hicom.com filememanf aat kan kemahiran kepimpinan bagi...

4

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: È s ªÝ÷ I±¾È ¢Â±« - academy.drb-hicom.com fileMemanf aat kan kemahiran kepimpinan bagi meningkat kan produkt ivit i dan objekt if syarikat . Membangunkan kemahiran asas

29 - 30 April 2019

d'Banyan Room, @theAcademy, Port Dickson

Page 2: È s ªÝ÷ I±¾È ¢Â±« - academy.drb-hicom.com fileMemanf aat kan kemahiran kepimpinan bagi meningkat kan produkt ivit i dan objekt if syarikat . Membangunkan kemahiran asas

Program Pembangunan Penyeliaan Yang Efektif adalah program latihan yang unik yang dirangkakan khas untuk penyelia yang sedia ada dan kakitangan bukan pengurusan yang boleh dilatih dan memiliki potensi untuk menjadi penyelia. Pelbagai aktiviti akan dilakukan untuk merangsang peserta dan membuat pelajaran lebih difahami serta berkesan. Program ini akan memberi penekanan kepada fungsi utama seseorang penyelia. Kemahiran asas seperti merancang, mengatur, mengurus, melatih dan mengawal kakitangan akan disampaikan kepada peserta. Para peserta akan lebih memahami peranan pasukan dan tanggungjawab untuk mencapai visi dan misi syarikat secara keseluruhan.

Merealisasikan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Penyelia. Menguasai kemahiran asas dalam merancang, mengatur, mengurus, melatih dan mengawal kakitangan. Memanfaatkan kemahiran kepimpinan bagi meningkatkan produktiviti dan objektif syarikat. Membangunkan kemahiran asas dalam penyelesaian masalah dan pengagihan tugas di tempat kerja. Membina semangat kerja berpasukan, meningkat peranan dan motivasi ahli pasukan.

Objektif Pembelajaran

Pengenalan

Page 3: È s ªÝ÷ I±¾È ¢Â±« - academy.drb-hicom.com fileMemanf aat kan kemahiran kepimpinan bagi meningkat kan produkt ivit i dan objekt if syarikat . Membangunkan kemahiran asas

Kandungan Pembelajaran

MODUL 1 : PERUBAHAN PERANAN SEBAGAI SEORANG PENYELIA

MODUL 2 : KOMUNIKASI - PASTIKAN MAKLUMAT ANDA PADAT DAN JELAS

MODUL 3 : PERANCANGAN DAN PENGURUSAN

Apakah Pyramid of Commitment dan bagaimana ia memberi kesan kepada

motivasi

Mengenalpasti sikap; dan sikap yang mempengaruhi motivasi

Eight Emotional Drives

Peranan seorang penyelia dari segi cara seseorang berfikir, perasaan,

emosi dan tindakan.

Bagaimana persekitaran memberi kesan kepada anda dan pasukan di

bawah pengawasan anda?

Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan dan Penyeliaan? Dan

prinsip-prinsip utama dalam fungsi pengurusan.

Perancangan penambahbaikan diri: cabaran anda di tempat kerja sebagai

Penyelia.

Bagaimana untuk berkomunikasi secara objektif yang menghasilkan keputusan

Memahami 5 Kemahiran komunikasi yang berbeza

Meningkatkan teknik dan tahap mendengar

Menjadikan idea anda difahami dan diterima dalam mesyuarat

Prinsip Pengurusan Masa

Membina Audit Masa

Penyediaan senarai semakan tugasan harian (Daily To-Do List) Menetapkan dan menyusun keutamaan mengikut kepentingan dan keperluan

yang mendesak (Urgency and Importance)

MODUL 4 : MEMAHAMI MOTIVASI MANUSIA

Apakah definasi pengagihan (delegation) dan mengapa anda perlu

mengagihkan tugasan

Panduan ringkas kepada pengagihan (delegation)

Mengenalpasti tahap pengagihan (delegation)

Mengatasi masalah dan cabaran kepada pengagihan (delegation)

MODUL 5: APLIKASI TEKNIK DELEGASI TUGAS

Memahami kepimpinan dalam sesebuah pasukan

Mempelajari gaya pengurusan untuk kerja berpasukan yang berkesan

Mengenal pasti komposisi kumpulan dan pembentukan pasukan dalam

menjana semangat berpasukan yang lebih produktif

MODUL 6 : GAYA KEPIMPINAN DALAM PASUKAN

Apakah penyebab dan punca kepada masalah?

Belajar untuk menganalisa punca-punca masalah dengan menggunakan kaedah 5 WHY

Mendapatkan akar umbi kepada permasalahan

Langkah-langkah mudah untuk membuat keputusan dan faktor-faktor risiko yang perlu diambil kira

MODUL 7: PENYELESAIAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Page 4: È s ªÝ÷ I±¾È ¢Â±« - academy.drb-hicom.com fileMemanf aat kan kemahiran kepimpinan bagi meningkat kan produkt ivit i dan objekt if syarikat . Membangunkan kemahiran asas

5-16 January 2018

Training Hall 1, Wisma DRB-Hicom

Executives & above

Profil Tenaga PengajarAZMAN MOHD NOORBerpengalaman luas lebih dari 7 tahun dalam Pembangunan Modal Insan dan Latihan di dalam pelbagai sektor termasuk penempatan pekerjaan, latihan, dan konsultansi. Pada masa ini, beliau bertanggungjawab untuk merekabentuk serta menyediakan program latihan berbentuk softskills dan teambuilding di @theAcademy DRB- HICOM. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran & Operasi) dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan merupakan seorang jurulatih yang diiktiraf oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) . Sebelum menyertai @theAcademy DRB-HICOM, beliau merupakan eksekutif kanan pembangunan latihan dan penempatan pekerjaan di My-Partners Sdn Bhd selama 2 tahun. Berpengalaman dalam bidang Latihan dan Pembangunan, Analisis Keperluan Latihan, Penilaian Latihan, Pengurusan Program Siswazah, dan program kemahiran insaniah.

Terma dan Syarat PembayaranBayaran hendaklah dibuat melalui cek atau pemindahan atas talian ke no.akaun HICOM HOLDINGS BERHAD, 512307-610125 (Maybank). Pembayaran mesti dibuat sebelum program. Penggantian untuk peserta berdaftar adalah dibenarkan.

Hantar (e-mel / faks) borang pendaftaran anda kepada; Unit Pembelajaran dan Pengurusan Bakat Tingkat 6, Wisma DRB-HICOM, No. 2, Jalan Usahawan, U1/8, 40150 Shah Alam. E-mel: [email protected]

YURAN KURSUS RM 700.00 seorang

Harga termasuk makanan, minuman dan bahan latihan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :- Saduqqi Mahmud - 03 2052 8347, [email protected]

@th

eAca

dem

y Po

rt D

icks

on