oranghebat.com...koleksi lading emas kandungan dan prakata i lading emas (pengurusan diri dan...

430
Lading Emas (Pengurusan Diri dan Organisasi) Hasil Karya DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

Upload: others

Post on 20-Jan-2021

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Lading Emas

(Pengurusan Diri dan Organisasi)

Hasil Karya

DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

Page 2: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

i

LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi)

Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions

No 11, Tingkat 2, Jalan Dewangsa, 31000 Batu Gajah, Perak

Malaysia Penyusun : Mohammad Nizar bin Mat Nor : Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki Rekabentuk Kulit : Aiman Nizar No. ISBN : 978-967-2033-01-1 Hak Cipta Terpelihara © Mohd Rauhi Mohd Isa

Adalah tidak dibenarkan kepada mana-mana orang untuk membuat salinan

kepada manuskrip ini dalam apa bentuk sekalipun. Sama ada secara

elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa mendapat

kebenaran Pengarang terlebih dahulu. Amin Wassalam.

Page 3: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

ii

Kandungan Muka Surat

Kandungan ii

Prakata Pengarang iv

Aspirasi Lading Emas vii

Prakata Penyusun Bersama viii

Arah Penulisan 1-6

Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi 7-77

Tingkat Taraf Dalam Organisasi 78-82

Stail dalam Kepimpinan 83-96

Mesra 97-102

Ketegasan 103-108

Peranan Pengurusan Tiga Aras 109-132

Pengurusan Diri 133-158

Hebatkan Diri 159-172

Perasaan Rendah Diri 173-177

Komunikasi Mesra 178-183

Hubungan sesama Ahli Organisasi 184-195

Menjalin Hubungan 196-202

Rapatkan Diri Sesama Ahli 203-208

Wujudkan Suasana Kemesraan 209-214

Pembangunan Diri 215-228

Page 4: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

iii

Prinsip Pembangunan Diri 229-237

Kerja Sepasukan 238-257

Mengurus Tekanan 258-266

Manusia Toksid 267-281

Kuasa dan Sifat Kepimpinan 282-302

Nilai dan Kepimpinan 303-312

Aplikasi Nilai Dan Kepimpinan 313-345

Gaya Kepimpinan 346-362

Sepuluh Tips Pemimpin Terhebat 363-371

Petanda 372-380

Konsep Pendekar Dalam Pengurusan 381-405

Erti Kemerdekaan 406-415

Page 5: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

iv

PRAKATA PENGARANG

Saya memulakan penulisan pada ruangan ini dalam bentuk

yang lain. Seperti yang dikatakan terdahulu, hal-hal yang berkaitan

dengan Silat Cekak di masa-masa yang lalu, tidak perlu diungkit lagi.

Semuanya telah menjadi kenangan abadi. Tinggallah catatan dalam

artikal berjumlah ganjil empat puluh tujuh (47) semuanya. Angka

empat puluh (40) selalunya memberi makna tempoh matang

seseorang. Tambah lagi dengan angka ganjil berikutnya, lagi matang

seseorang yang berada dalam lingkungan tersebut. Dengan ini

diharapkan mereka yang membaca tulisan-tulisan yang terjumlah

tersebut telah dapat mematangkan diri.

Apa pun kenyataan yang diberi, segala-galanya telah berlalu.

Nasi telah menjadi bubur. Terimalah kenyataan seadanya. Tidak ada

apa pun yang dapat kita lakukan lagi bagi mengembalikan semula

sejarah kegemilangan Silat Cekak yang hebat pada satu masa yang

lalu. Semuanya tinggal kenangan. Itupun kalau ingin dikenang oleh

generasi yang akan datang. Cakap macam orang yang telah hilang

harapan. Tapi itulah kenyataan.

Ada yang berpendapat bahawa kenangan sejarah bukan

mudah untuk dikenang oleh generasi sekarang. Itu sebab agaknya,

kerajaan akan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam

pembelajaran. Hal yang demikian kerana sejarah pernah dikatakan

akan menghalang perancangan atau strategi bagi generasi yang ada.

Tidak hairanlah negara Singapura memulakan sejarahnya sejak

kedatangan Laksamana Cheng Ho dengan mengetepikan sejarah

peranan Sang Nila Utama. Maka saya juga percaya silat-silat Cekak

yang akan banyak berpecah-belah, akan memulakan sejarahnya

dengan guru yang mereka sanjung sahaja.

Page 6: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

v

Ramai antara kalangan ahli yang berasa penglibatan mereka

dalam Silat Cekak tidak membawa makna apa-apa. Malah ada yang

mengatakan buang masa dan tenaga. Silat Cekak yang dibina indah,

akhirnya diruntuhkan oleh seorang dua ahli yang berkuasa. Gara-

gara kuasa yang menjadi matlamat utama.

Berdasarkan pengalaman, saya kurang bersetuju dengan

kenyataan tersebut yang dikatakan membuang masa dan tenaga.

Sesuatu yang melibatkan diri kita, tentulah atas kehendak atau

ketentuan ilahi dan semestinya ada hikmah sebaliknya. Itu sebab

juga agaknya kita dianjur supaya muhasabah diri. Lihatlah bintang di

langit ketika kita muhasabah diri.

Di samping ada yang berasa rugi kerana bergiat dalam Silat

Cekak, sebaliknya saya berasa beruntung atas penglibatan diri dalam

Silat Cekak. Sesungguhnya, Silat Cekak telah membentuk personaliti

saya sebagai seorang ahli dalam satu-satu organisasi. Organisasi itu

ialah tempat saya bekerja dan menunaikan kewajipan sebagai kaki

tangan kerajaan. Sifat dan sikap saya banyak dipengaruhi oleh

budaya dan kefahaman yang ada dalam Silat Cekak. Hal yang

demikian tentunya telah mempengaruhi pelakuan saya sebagai

penjawat awam.

Jawatan saya yang kini bertindak sebagai pengurus sebuah

organisasi yang besar memerlukan kebolehan dari segi

kepemimpinan, pengurusan, komunikasi, motivasi, hubungan sesama

ahli dan pelbagai kebolehan atau kemahiran yang tertentu.

Kemahiran-kemahiran tersebut memerlukan satu pegangan atau teori

di samping pengalaman yang luas dan pemikiran yang matang dan

tepat.

Page 7: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

vi

Dalam kerjaya, kita sentiasa menghadapi pelbagai ragam

manusia yang berada di sekeliling kita. Lain orang maka lain pulak

feel atau ragam atau perangainya. Kalau kita tidak mempunyai satu

pegangan untuk dijadikan prinsip hidup, maka pelakuan kita akan

terikut-ikut dengan ragam manusia yang kita hadapi. Akhirnya,

manusia yang berada sekeliling kita akan memberi impak pada

perangai, tingkah laku atau sikap kita sendiri. Mendampingi pembuat

minyak wangi, pasti akan mengharumkan diri kita bersama. Jika kita

bersifat negatif, hal yang demikian akan menjadikan kita tidak selesa,

tertekan dan mengusik jiwa kita sendiri.

Dalam hal ini, pengajaran atau kefahaman yang dibawa Ustaz telah

memainkan peranan yang penting. Hal yang demikian kerana

pengajaran atau kefahaman yang terkandung dalam Silat Cekak

diyakini boleh membentuk diri seseorang supaya menjadi seorang

ahli dan seterusnya sebagai seorang pemimpin dalam organisasi

yang berjaya dalam kerjaya seorang penjawat awam. Saya rasa

kenyataan tersebut dapat dikaitkan dengan diri saya sendiri. Saya

begitu berterima kasih atas apa yang saya peroleh selama ini dalam

penglibatan saya dalam Silat Cekak.

Dalam tulisan ini dan tulisan-tulisan seterusnya, saya akan

membincangkan tentang sifat dan kefahaman Ustaz yang dibawa

dalam Silat Cekak dengan kemahiran saya sebagai seorang

pemimpin atau sebagai seorang pengurus dalam satu-satu

organisasi. Saya berharap tulisan saya ini akan membawa makna

kepada para pembaca sekalian.

Setakat ini tulisan saya sebagai pemulaan dan pengenalan.

DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

Page 8: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

vii

ASPIRASI LADING EMAS

Selepas kejayaan menghasilkan Blog “Sepak Minang” yang

diterima ramai peminat dan followers, tindakan susulan yang telah

dilakukan oleh Cikgu Rauhi ialah meneruskan perkongsian

pengalaman beliau dalam konteks kepimpinan yang boleh dikaitkan

dengan konsep persilatan Silat Cekak menerusi sebuah blog baru

bernama “Lading Emas”.

Nama Lading Emas telah dicadangkan oleh beberapa orang

teman rapat berasaskan kepada dua faktor utama. Pertama ialah

konsep Parang Lading. Sebilah senjata rasmi Silat Cekak yang

dikurniakan oleh Guru Utama kepada ahli Silat Cekak yang

berkelayakan. Satu isyarat kepada pengiktirafan tahap ketinggian

ilmu dan status kedudukan ahli tersebut di dalam dunia persilatan

Silat Cekak. Kedua ialah konsep Emas yang diisyaratkan kepada nilai

ilmu atau intrinsic value of knowledge yang tidak pernah menyusut

bahkan sentiasa ingin dimiliki oleh setiap manusia.

Di atas konsep-konsep inilah Blog Lading Emas dizahirkan

bagi membolehkan nilai-nilai konsep persilatan Silat Cekak yang

praktikal, diabadi melalui garapan santai penuh bermakna oleh Cikgu

Rauhi. Penumpuan telah beliau berikan kepada elemen kepimpinan

dan urus tadbir diri dan organisasi berdasarkan pengalaman luas

beliau di dalam Persatuan Seni Silat Cekak dan Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 9: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

viii

PRAKATA PENYUSUN BERSAMA

Kesinambungan dari penerimaan hebat para pembaca Blog

Sepak Minang terhadap buah fikiran dan perkongsian pengalaman.

Dato’ Mohd Rauhi atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rauhi,

telah mendorong kami untuk melanjutkan usaha membuka satu lagi

ruang baru dalam konteks penyebaran keilmuan dan kefahaman Silat

Cekak. Kepesatan sistem penyebaran maklumat berkembang terlalu

hebat. Maka dengan menggunakan pendekatan penulisan santai dan

bersahaja menerusi blog Lading Emas, Cikgu Rauhi meneruskan

langkahan beliau mengolah setiap pengalaman, pandangan, isi hati,

kefahaman dan pegangan beliau sepanjang penglibatan dalam Silat

Cekak, untuk tatapan dan bacaan umum.

Setiap tajuk yang diketengahkan memfokuskan perbincangan

kepada soal pemimpin, kepimpinan, organisasi dan urus-tadbir diri

dan sesuatu pertubuhan. Dalam konteks ini Cikgu Rauhi berkongsi

pandangan dan pemikiran beliau melalui pengalamannya yang luas

dalam urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah-sekolah dan

Jabatan Pelajaran Negeri serta pengalamannya mengurus tadbir

Persatuan Seni Silat Cekak. Para pembaca sewajarnya meletakkan

kerelevanan dengan kebenaran pandangan dan pemikiran beliau

dalam konteks perbincangan konsep persilatan Silat Cekak yang

menjadi ibu kepada keseluruhan isi tajuk perbincangan.

Kami mempunyai satu pegangan bahawa tubuh jasad

seseorang manusia perlu diterjemahkan dalam rupa bentuk yang

baru iaitu menghidupkan NAMAnya bagi membolehkan dirinya kekal

berada dipersada maya. Lantaran itulah usaha untuk membukukan

pandangan, pemikiran dan idea yang berkaitan dengan Seni Silat

Page 10: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

ix

Cekak seperti yang dilakukan oleh Cikgu Rauhi, perlu dilaksanakan.

Ini adalah kerana generasi terkemudian Seni Silat Cekak wajar

mendapat hak untuk memahami konsep persilatan dari pengalaman

dan pemikiran tokoh-tokoh terbilang Silat Cekak, khususnya mereka

yang berada sezaman dengan Ustaz Hanafi, bagi membolehkan

generasi terkemudian ini lebih memahami dan menghayati matlamat

perjuangan dan pemikiran Ustaz Hanafi dalam konteks menghurai

kerelevanan Seni Silat Cekak pada suatu ketika nanti.

Bagi membolehkan para pembaca nampak dan mengenali

secara lebih mendalam tokoh yang bernama Hanafi Haji Ahmad atau

Ustaz Hanafi ini, maka satu tajuk khas: Menjiwai Ketokohan Ustaz

Hanafi telah abadikan di awal perbincangan buku ini. Kisah hidup

Ustaz Hanafi telah banyak diceritakan dan ditulis oleh pendokong-

pendokong Silat Cekak sebelum ini. Namun di dalam konteks buku

ini, kami berpendapat ini adalah satu gambaran komprehensif

mengenai karakter, sikap dan sifat serta pengamalan falsafah

persilatan dalam konteks pemimpin dan kepimpinan yang dimiliki oleh

Ustaz Hanafi. Satu penghuraian yang relevan dari dimensi dan

pengolahan Cikgu Rauhi sepanjang keberadaan dan kebersamaan

beliau dengan Ustaz Hanafi.

Maka sehubungan itu Jawatankuasa Khas yang terdiri

daripada anak-anak didik Cikgu Rauhi sendiri, bertindak meneruskan

usaha mengumpul, menyusun semula dan membukukan artikel-

artikel beliau dalam blog Lading Emas, sama seperti usaha yang

sama telah dibuat pada buku Sepak Minang sebelumnya. Kali ini dari

puluhan tajuk yang disenaraikan, pihak Jawatankuasa telah

memutuskan untuk memfokuskan perbincangan kepada tajuk-tajuk

yang berkaitan dengan soal pemimpin, kepimpinan dan pentadbiran

yang berteraskan kepada konsep persilatan Silat Cekak.

Page 11: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

x

Apa yang penting ialah, di sebalik garapan pedas dan pahit

manis kaedah penyampaian, kajilah dan huraikanlah setiap

perkongsian ilmu yang boleh memanfaatkan diri. Berilah ruang

kepada diri untuk menilai dan mengkaji kebenaran dan kerelevanan

mesej yang disampaikan. Berilah kesempatan untuk diri

mendefinasikan sempadan baru kehidupan, melalui pengalaman

susah senang dan jerit perih seorang insan dalam dunia persilatan.

Insyaallah apa yang dipersembahkan akan memberi kebaikan

kepada setiap pembaca.

Di kesempatan ini, pihak kami mengambil kesempatan untuk

mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cikgu Rauhi atas segala

usaha yang telah beliau lakukan. Kami percaya bahawa pendekatan

beliau ini akan dicontohi oleh individu-individu lain yang telah lama

berbakti dalam alam persilatan dan organisasi pengurusan persilatan

khususnya Silat Cekak untuk mengkhazanahkan harta intelek (ilmu

dan pengalaman) mereka buat tatapan dan kajian umum zaman

berzaman.

Pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada para sahabat dan rakan seperjuangan yang turut terlibat

secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada usaha

pengumpulan artikel-artikel dalam Blog Lading Emas. Sesungguhnya

perkongsian idea, pengorbanan masa dan curahan tenaga yang telah

anda berikan, dalam merealisasikan usaha murni membukukan

“Lading Emas” adalah bukti yang akan menjadi nisan kepada satu

perjuangan. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian.

Mohammad Nizar bin Mat Nor Syed Zairus bin Dato’ Syed Zainol Khodki Penyusun Bersama

Page 12: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata

xi

DATO’ MOHD RAUHI MOHD ISA

(DPMP, PMP, KMN, AMP, PPT)

Page 13: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Arah Penulisan

1

ARAH PENULISAN

Setakat ini saya telah menulis dalam ruangan yang

disediakan ini hampir dua ratus muka surat dalam dua puluh dua

tajuk. Sejauh mana tulisan saya dimengerti untuk amalan,

terpulanglah kepada mereka yang membacanya. Cuma masih ada

yang bertanya pada saya. Kenapa tidak tulis banyak tentang

persilatan lagi. Saya diam sahaja. Pada saya, penulisan kali ini ada

maknanya tersendiri.

Bidang persilatan ada yang empunya ’haknya’. Guru Utama

yang sah pelantikannya bertanggungjawab bagi mempastikan pusaka

Melayu yang dibajai oleh Ustaz Hanafi itu berkembang dengan

megahnya. Kemegahan Silat Cekak telah cuba dipertahankan oleh

semua golongan masyarakat Silat Cekak. Pelbagai pihak telah

mendakwa betapa diri mereka bertanggungjawab bagi mempastikan

keaslian pusaka Hanafi itu dipertahankan. Maka muncullah pelbagai

jenis guru yang mendakwa sebagai pewaris sah. Kesahan mereka

sebagai Guru Utama adalah bersumberkan pelbagai alasan dan

dokumen. Pastinya ada pengikut atau kuncu-kuncu yang mengipas

dan mengampu. Gelaran Guru Wawasan, Guru Persatuan, Guru

Perjanjian dan Guru Persilatan sering saya gunakan dalam tulisan

yang terdahulu. Hanya Jauhari mengenal maknikam. Yang benak

tetap benak dan akan terus dengan kebenakannya. Yang

berkepentingan diri pasti akan menjaga kepentingannya. Hal yang

demikian akan terus berlanjutan hinggalah saat-saat ketuaan mereka.

Ketika itu minat mereka pada persilatan semakin kurang. Namun,

kerosakan yang mereka tinggalkan amatlah teruk sekali.

Page 14: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Arah Penulisan

2

Rupa-rupanya, dalam proses mereka memelihara Silat Cekak,

pada hakikatnya ialah merosakkan Silat Cekak itu sendiri. Maka

jadilah pepatah yang berbunyi, ”Umpama tikus membaiki labu.”

Paling malang sekali ialah apabila perosak-perosak ini berjuang

sekerat jalan. Cukup tempoh mereka mengundur diri. Alasannya

pelbagai. Sekurang-kurangnya kerana kesihatan atau umur yang

telah tua atau tuntutan keluarga atau tuntutan kerja atau atau yang

lain. Yang pastinya mereka telah membuat ’tahik’ dalam perjuangan

mengembangkan Silat Cekak. Itulah golongan haprak yang selalu

saya istilahkan mereka.

Sebelum mereka mengundur diri, terlalu banyak kerosakan

yang dibuat. Sekurang-kurangnya merosakkan pemikiran ahli-ahli

yang menceburi Silat Cekak dengan pendapat mereka sendiri. Hilang

pegangan mereka tentang adat dan adab persilatan Silat Cekak yang

ditinggalkan oleh Ustaz Hanafi. Cakap mereka seolah-olah

merekalah pembela Silat Cekak dari awal tapi tiada akhirnya. Itu

sebabnya, saya selalu sarankan pada ahli-ahli Silat Cekak yang

berada dalam persatuan. Kita bukan golongan profesional dalam Silat

Cekak. Kita ada kerja lain. Yang profesional ialah Guru Utama. Maka

biarlah beliau yang menentukan hala tuju Silat Cekak itu sendiri.

Kalau kita tidak setuju maka eloklah undur diri. Tapi lain jadinya.

Mereka ingin terus berada dalam Silat Cekak. Bukan setakat itu

sahaja, malah mereka cuba berkuasa dengan menyingkir guru yang

ada. Pelbagai taktik keji telah mereka gunakan.

Kadang kala kita berasa pelik. Kenapalah perkara yang

demikian boleh berlaku. Kita juga berasa hairan, orang yang rapat

dengan Ustaz, akhirnya sanggup mengkhianati amanah Ustaz. Orang

yang mengakui Mak Teh sebagai ibu, akhirnya sanggup

Page 15: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Arah Penulisan

3

’menderhaka’ sebagai pengisian hala tujunya. Orang yang bersikap

tenang dan bijak mengeluarkan pendapat, akhirnya kecoh tak tentu

hala dan mengeluarkan pendapat yang entah apa apa. Orang yang

ingin mempertahankan pusaka Ustaz Hanafi, akhirnya mengubah

aspek persilatan secara suka hati. Banyak lagi komen yang selalu

saya nyatakan dalam tulisan terdahulu.

Saya yang begitu lama berjuang pun, akhirnya pernah

tersingkir secara biadab. Alasannya kerana dikatakan pemikiran yang

tidak sehala. Semuanya tafsiran mereka belaka. Rupa-rupanya sifat

manusia yang ada dalam Silat Cekak, sering Ustaz bandingkan

dalam perbualannya yang lalu. Saya cuba ingat-ingatkan. Maka

pernah saya tulis dalam blog yang terdahulu. Ustaz pernah

bandingkan manusia dengan pelbagai jenis binatang kejadian Tuhan.

Nama-nama seperti ketam, babi, biawak, lebah, gajah, kancil, ular,

singa, harimau, buaya, lalat dan banyak lagi sering Ustaz jadikan

bandingan.

Saya kenang kembali kiasan-kiasan Ustaz itu dengan

suasana yang wujud dalam persatuan kita. Memang ada kena

mengenanya. ”Biawak tetap memilih bangkai.” Bagilah makanan

enak yang pelbagai rupa. Akhirnya ke bangkai juga pilihannya.

Mereka yang cakap tak serupa bikin boleh disamakan dengan ketam

yang cuba mengajar anaknya berjalan betul. Sifat manusia

berkiaskan lebah tentunya berlawanan dengan sifat manusia

berkiaskan lalat. Hubungan kita dengan ahli-ahli lain dalam persatuan

Silat Cekak tentu tidak sama kiasannya antara perangai ular dan

singa. Banyak lagi tafsirannya seperti yang pernah saya tulis dalam

tulisan-tulisan terdahulu.

Page 16: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Arah Penulisan

4

Sepanjang pengalaman saya bersama Ustaz, hal yang terjadi

dalam Silat Cekak akhirnya saya dapat faham dalam konteks

persatuan atau organisasi. Perkara-perkara yang pada mulanya saya

anggap pelik, rupa-rupanya adalah merupakan hukum persatuan.

Apabila saya memahaminya, maka perkara yang saya anggap pelik

pada mulanya, akhirnya tidak pelik lagi.

Maka dalam blog yang terbaharu ini, saya cuba berkongsi

pengetahuan tentang hukum persatuan yang ada supaya kita tidak

berasa pelik. Apa jenis persatuan yang ada pun, maka sifat

manusianya adalah tetap sama. Persatuan Silat Cekak pun tidak

terkecuali. Itu sebabnya penulisan saya banyak berkisar pada

manusia-manusia yang wujud dalam setiap persatuan. Dalam hukum

persatuan itu, kita tidak dapat lari dari aspek kepimpinan, pengikut,

matlamat dan strategi yang ada. Semuanya berkaitan dengan sifat

atau perwatakan manusia yang ada dalam satu-satu persatuan itu.

Saya telah cuba mengupas tentang pelbagai aspek

kepimpinan dan pelbagai aspek pengikut. Selagi manusia itu bergelar

manusia, maka sifat-sifat itu tetap ada dan dibawa ke mana sahaja.

Apabila mereka berada dalam persatuan kita, maka sifat-sifat itu

dibawa bersama dalam proses mengendalikan persilatan Silat Cekak.

Kalau kita memahami gelagat-gelagat mereka itu maka mudahlah

kita membuat jangkaan. Hal yang demikian amat bermakna pada

para pemimpin persatuan.

Dalam blog ini, saya berharap pengetahuan yang saya

sampaikan itu dapat dijadikan panduan pada mereka yang memimpin

persatuan. Saya tekankan betapa kepimpinan itu meliputi semua

peringkat. Setiap peringkat ada kuasanya tersendiri. Itulah salah satu

Page 17: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Arah Penulisan

5

sifat persatuan atau sifat organisasi. Mengendalikan persatuan

memerlukan kemahiran. Setakat mahir dalam persilatan, tidak

memadai untuk memegang kepimpinan persatuan secara efisyen.

Kita mesti ada kemahiran untuk mengendalikan persatuan. Oleh

sebab persatuan itu berkaitan dengan manusia, maka kebolehan kita

memahami semua jenis manusia yang dalam persatuan itu, akan

memberi sumbangan yang besar pada kita untuk membangunkan

persilatan Silat Cekak yang bernaungkan pada persatuan.

Kalau kita memahami sifat-sifat yang ada dalam persatuan

juga akan memudahkan kita menjangka perkara-perkara buruk yang

mungkin terjadi. Di peringkat cawangan, Penyelia Kelas dan para

Jurulatih memainkan peranan penting bagi menentukan kemantapan

persatuan. Mereka akan bertindak untuk mengawal ahli-ahli yang ada

dalam persatuan. Diri mereka juga perlu dibina dan sesuaikan

dengan sifat dan kehendak para ahlinya. Jikalau kekuatan diri dan

kelemahan diri sentiasa difahami, maka mudahlah mereka

mengendalikan persatuan. Diharapkan tulisan saya ini boleh

dijadikan panduan untuk maksud yang berkenaan.

Di samping itu, tulisan saya ini juga adalah sebagai renungan

bagi memahami segala yang telah berlaku dalam persatuan. Hal

yang demikian akan menjadikan kita lebih tenang dan kurang berasa

sedih. Pastinya kejadian malang yang menimpa persilatan kita ialah

perpecahan persatuan. Perpecahan persatuan telah menyebabkan

berlakunya perpecahan persilatan. Pepecahan dalam persilatan

adalah satu keperluan bagi menunjukkan perbezaan persatuan.

Perpecahan itu pula telah menerbitkan guru yang baru. Guru-guru itu

juga berpecah atas keperluan perpecahan persatuan dan

perpecahan persilatan.

Page 18: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Arah Penulisan

6

Apabila membaca tulisan saya, diharapkan para pembaca

dapat memahami kenapa perpecahan boleh berlaku. Sesungguhnya

perpecahan itu tidak dapat dielakkan apabila prinsip berpersatuan

telah diketepikan. Pada saya, perpecahan yang berlaku itu

menunjukkan para pemimpin di pelbagai peringkat tidak dapat

memainkan peranannya secara jujur dan amanah. Cuma,

perpecahan yang berlaku dalam persatuan kita terlalu cepat. Sebaik

sahaja Ustaz meninggal dunia, perpecahan pun mula berlaku. Tak

boleh tahan lama sikit. Kalau kerajaan-kerajaan yang hebat-hebat

dulu dapat bertahan beratus-ratus tahun, diharapkan selepas Ustaz,

perpecahan dalam Silat Cekak setelah berpuluh tahun pun jadilah.

Tapi perpecahan cepat berlaku. Semuanya gara-gara kumpulan

pertengahan yang disokong kuat oleh golongan bawahan cuba

menyingkir akan golongan atasan. Rasanya kita dapat memahami

maksud saya tersebut.

Saya berharap perpecahan dalam Silat Cekak seterusnya

dapat dibendung. Sekurang-kurangnya dengan cara bertukar-tukar

pengetahuan dan pengalaman dalam penulisan ini, perpecahan

seterusnya dapat dilambatkan hingga beratus tahun. Buatlah kursus-

kursus kepada para kepimpinan dalam Silat Cekak. Dalam setiap

kursus itu jangan diasingkan bidang persilatan dan bidang persatuan.

Persilatan dan persatuan adalah bersepadu dalam konteks

organisasi sekarang. Tak boleh dipisah-pisahkan. Dalam proses

belajar silat, para ahli itu juga adalah merupakan ahli persatuan.

Fahamkan mereka makna ahli dalam persatuan dan makna pengikut

dalam persilatan. Begitu juga dengan para pemimpinnya. Fahamkan

mereka makna pengurus dalam pengurusan persatuan dan makna

pemimpin dalam kepimpinan persilatan. Semoga perpecahan

seterusnya berjalan lambat dan menjangkau ratusan tahun.

Page 19: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

7

USTAZ HANAFI HAJI AHMAD Pengasas Agung Seni Silat Cekak

Page 20: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

8

Al-Fatihah

Page 21: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

9

MENJIWAI KETOKOHAN USTAZ HANAFI

Kini genaplah umur Silat Cekak yang dizahirkan Ustaz berusia

lima puluh tahun. Dalam usia tersebut, persilatan Silat Cekak telah

mengalami pelbagai proses perubahan. Termasuklah berpecah pada

banyak persatuan. Walau bagaimanapun, pelbagai persatuan yang

berlainan nama itu tetap mengaitkan persatuan mereka dengan

ketokohan Ustaz Hanafi. Cara perkaitan itu adalah dalam pelbagai

bentuk kenangan. Lain persatuan maka lain pula corak kenangan

yang dianjurkan sebagai tanda menghargai tokoh Ustaz Hanafi.

Cuma, diri sendiri terbayang-bayang atau membuat bayangan

akan sejarah lima puluh tahun berikutnya. Apakah persilatan Silat

Cekak akan terus berpecah dengan mewujudkan banyak lagi

persatuan ataupun Silat Cekak akan bersatu dalam satu persatuan

yang utuh di bawah seorang Guru Utama yang sah mandatnya. .

Harapannya, janganlah berlaku lagi pepecahan. Bak kata orang tua

dulu-dulu, “Mintak simpang malaikat empat puluh empat.”

Maknanya, kita mengharapkan agar cukuplah perpecahan

yang telah ada sekarang. Walaupun hukum pepecahan tetap akan

berulang, biarlah prosesnya tidak berlaku secara mendadak. Hal

yang demikianlah mendorong saya menulis dalam Lading Emas

untuk berkongsi pengalaman agar penglibatan kita dalam persatuan

untuk mengembangkan Silat Cekak, benar-benar jujur dan ikhlas.

Tidak ada kepentingan diri yang akan mendorong mempercepatkan

proses perpecahan tersebut.

Untuk mengurus persatuan, kita mesti ada ilmu. Oleh itu,

dalam tulisan Lading Emas, saya telah berkongsi ilmu mengurus

Page 22: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

10

persatuan berdasarkan kefahaman dan didikan yang saya terima dari

Ustaz. Harap tulisan ini berguna pada mereka yang berfikiran terbuka

dan ikhlas untuk mengembangkan Silat Cekak.

Pastinya generasi saya tidak akan kesampaian untuk

meraikan kehebatan Silat Cekak untuk lima puluh tahun lagi. Ketika

inipun umur telah mengjangkau enam puluh tiga tahun. Kalau

dijarakkan lima puluh tahun lagi maka ketika itu kalau umur panjang

akan menjadi seratus tahun lebih. Huh! Syoknya. Tapi tentunya mata

dah rabun, telinga dah pekak, jalan terketar-ketar dan bertongkat,

kena pimpin, ingatanpun boleh jadi lupa. Akan lebih malang lagi

apabila orang lain lupakan kita. Dari segi silat, tak ada manfaatnya.

„Orang bersin pun diri boleh goyang‟.

Sebelum diri semakin dilupakan kerana dimakan usia, lebih

baik pengalaman dalam persilatan Silat Cekak yang ada dikongsi

bersama. Pengalaman tersebut adalah terbentuk secara

berpandukan pada watak dan perwatakan Ustaz Hanafi bin Haji

Ahmad. Guru Utama Silat Cekak. Hal yang demikianlah

menyebabkan dalam setiap tulisan saya, ketokohan Ustaz Hanafi

tidak boleh dinafikan. Banyak pengajaran yang ditinggalkan Ustaz

sebagai panduan kepada anak-anak didiknya yang meliputi semua

aspek kehidupan. Cuma, terpulanglah pada anak didiknya membuat

tafsiran dan memberi respons atas nasihat dan pengajaran yang

ditinggalkan Ustaz.

Dalam tulisan ini, saya mengajak para pembaca untuk

mengenali dan mengenang kembali ketokohan Ustaz Hanafi yang

tidak ada tolok bandingnya. Di samping kita merayakan sambutan

lima puluh tahun Silat Cekak, jangan sesekali kita lupa akan jasa

besar Ustaz Hanafi. Penulisan saya adalah berdasarkan penjiwaan

Page 23: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

11

saya pada ketokohan Ustaz. Banyak pengetahuan dan pengalaman

yang saya peroleh dari Ustaz Hanafi.

Saya akan membincangkan kehebatan dan ketokohan Ustaz

Hanafi berdasarkan empat bidang utama. Pertamanya ialah

bidang falsafah persilatan Silat Cekak, keduanya bidang kepakaran

Ustaz yang melambangkan sifat profesionalisme Ustaz dalam

persilatan, ketiganya aspek kepimpinan Ustaz dan akhirnya ialah

bidang pendidikan yang disemai dalam persilatan Silat Cekak.

Bidang Falsafah Persilatan Silat Cekak.

Kefahaman tentang falsafah merujuk kepada satu pernyataan

umum sama ada yang tersurat atau pun yang tersirat, yang terhasil

daripada pemikiran, pemerhatian, renungan yang mendalam

mengenai sesuatu perkara serta himpunan pengalaman yang

pelbagai dan lama, terutamanya dalam bidang persilatan. Hasil

daripada falsafah diri Ustaz yang sedia ada, telah digabungkan

dengan falsafah Silat Cekak dan falsafah persilatan Melayu

umumnya untuk dijadikan panduan dan gagasan dalam memimpin

Silat Cekak yang diketengahkannya. Ustaz sentiasa menguar-uarkan

falsafah ini untuk menggerakkan keseluruhan anak muridnya bagi

mengembangkan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat. Hasrat

Ustaz telah menjadi satu kenyataan.

Penyatuan falsafah-falsafah itu telah dilakukan Ustaz sebelum

Silat Cekak diketengahkan. Ustaz pernah menulis dalam majalah

Dewan Masyarakat:

“Dengan pengalaman sejak usia lapan belas tahun dalam seni

silat dan kebatinan islam sejati saya buat kajian dan menapis

Page 24: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

12

segala seni silat untuk disesuaikan dengan tujuan bersilat dan

sejajar pula dengan peraturan agama Islam.”

Seterusnya dalam tulisan yang lain, Ustaz menambah:

“Saya juga telah menganalisa amalan dan buah-buah Seni

Silat Cekak itu sendiri. Mungkin anasir luar ada tersadur di

dalam silat itu hingga bercanggah tujuan asal ilmu silat ini

dengan akidah agama Islam khususnya. Jadi saya mengekalkan

amalan-amalan yang susuai dengan asas Islam dan membuang

segala yang bertentangan. Saya mempunyai alasan-alasan yang

sesuai dan praktikal untuk mengenepikan pemakaian beberapa

buah yang agak bertentangan dengan tujuan menuntut ilmu

silat.”

Atas daya usaha Ustaz maka Silat Cekak yang tersangat

„indah‟ telah dapat diketengahkan dalam masyarakat. Ustaz pernah

menulis dalam majalah Dewan Masyarakat bagi membuktikan

kehebatan dan keindahan Silat Cekak. Pada kesimpulan saya,

pembuktian itu adalah menjelaskan maksud lengkapnya Silat Cekak.

Tak payah tambah-tambah lagi sebarang maksud gerak. Lengkap

adalah muktamad. Istilah muktamad adalah merujuk pada konsep

akhir zaman.

Sesungguhnya dari segi falsafah silat, gerak yang ada pada

Silat Cekak adalah merupakan gerak silat yang luar biasa dari

kebiasaan gerak silat yang ada dalam pentas persilatan bangsa

Melayu. Saya petik semula tulisan Ustaz tersebut.

Page 25: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

13

“Seni Silat Cekak mempunyai nilai tinggi, halus dan

penuh keaslian dan kesucian sebagai Seni Pusaka Bangsa

Melayu. Bukan satu ciptaan baru.

Seni silat ini mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dan

pelajaran-palajaran yang tersusun rapi sesuai dengan peribadi

bangsa dan mudah disebatikan kepada setiap lapisan

masyarakat.

Silat ini diajar secara ilmiah sesuai dengan gerak geri

normal manusia dengan menggunakan pancaindera yang

sempurna berdasarkan fikiran yang sihat dan jiwa yang tenang.”

Sekurang-kurangnya ada tiga sifat utama yang

melambangkan falsafah Silat Cekak, telah dapat diketengahkan

Ustaz. Sifat-sifat tersebut juga adalah falsafah Silat Cekak yang

melambangkan lengkapnya persilatan Silat Cekak. Saya petik semula

tulisan saya yang lalu bagi memudahkan kefahaman kita pada

falsafah Ustaz pada Silat Cekak.

Sifat pertama yang ada pada petikan itu adalah

menggambarkan rupa bentuk Silat Cekak itu sendiri. “Tak kenal maka

tak cinta”. Ustaz menggambarkan sifat Silat Cekak sebagai suatu

silat yang mempunyai nilai yang tinggi. Silat Cekak adalah penuh

dengan keaslian. Geraknya adalah berdasarkan gerak semula jadi.

Bukan gerak yang dibuat-buat. Bukan gerak sukan. Langkahnya juga

tidak dibuat-buat umpama langkah sumbang yang amat bertentangan

dengan sifat gerak semula jadi pergerakan manusia.

Kedudukannya ialah berdiri lurus. Silat Cekak akan bergerak

berdasarkan keperluan. Apabila „diceroboh‟ maka bermulalah gerak

Page 26: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

14

Silat Cekak untuk maksud mempertahankan diri. Jika perlu, Silat

Cekak tidak hanya menunggu. Jika gerak serangan mungkin lebih

baik dari gerak menunggu; maka Silat Cekak akan menyerang.

Maknanya, Silat Cekak tidak bergerak sesuka hati atau suka-suka

hati bergerak. Itu sebabnya dalam persilatan Silat Cekak tidak ada

tari silat dan tidak ada kedudukan berkuda-kuda. „Susah bagi „silat-

silat seru‟ untuk menyeru gerak Silat Cekak‟.

Pada peringkat awal perkembangan Silat Cekak, ramai yang

menganggap bahawa gerak yang ada dalam persilatan Silat Cekak

adalah tersangat asing dalam gerak kebiasaan alam persilatan silat

Melayu. Pada hal, kebenarannya, hakikatnya, Silat Cekak bukanlah

sejenis silat yang baru direka. Kewujudannya adalah „bersejarah‟.

Kesucian dan kelebihan ilmu Silat Cekak itu sendiri membolehkan

silat ini berupaya “membasmikan ilmu tahyul dan kurafat yang

tidak sesuai dengan iktikad Islam”.

Sifat kedua dari petikan tersebut adalah merujuk pada

pelajaran Silat Cekak itu sendiri yang muktamad dan tetap.

Maknanya, pelajaran Silat Cekak adalah lengkap. Tak payah tambah-

tambah. Manakala istilah „tetap‟ adalah merujuk pada sifat tak boleh

diubah-ubah atau disunat-sunat lagi. Kalau pelajaran pukulannya

ialah tumbukan secara genggam tangan maka buatlah pukulan

secara genggam tangan; jangan dibuka-buka tangan.

Gerak pelajarannya adalah berfokus. Ada sistem pertahanan

dan ada sistem serangan. Hal yang demikian akan membolehkan kita

mempelajari Silat Cekak secara penuh minat dan sepenuh hati.

Zaman dulu-dulu, dalam risalah atau dalam ucapan ketika

menerangkan tentang persilatan Silat Cekak, terdapat ayat-ayat

standard seperti yang berikut:

Page 27: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

15

“Seni Silat Cekak ialah sejenis silat yang benar-benar asli

dan bertanggungjawab untuk mempertahankan diri. Bukannya

sejenis silat permainan (silat pulut atau silat pengantin) sebab

itu tidak ada gendang tari menari dan mempunyai langkah ke kiri

atau ke kanan”.

Konsep bertanggungjawab mempertahankan diri membawa

makna Silat Cekak boleh menjaga diri. Pada dasarnya, menjaga diri

adalah bermakna kita boleh bertahan dan kita juga boleh menyerang.

Hal yang demikian adalah merupakan salah satu keistimewaan Silat

Cekak, berbanding dengan persilatan Melayu yang lain.

Keupayaan Silat Cekak menunggu serangan ialah kerana

„keupayaan‟ kaedahnya. Konsep menepis lebih membawa makna

yang berkesan berbanding dengan konsep mengelak. Kaedah

menepis mengundang kepada sifat kepantasan, ketepatan dan

kecerdasan yang nyata.

Begitu juga dengan keupayaan Silat Cekak melakukan

serangan. Para penuntut Silat Cekak diasuh dengan sifat yakin diri

melakukan serangan berdasarkan fakta; bukannya khayalan. Hal

yang demikian kerana Silat Cekak mempunyai pelajaran potongnya

dan pelajaran tumbuk serang yang merupakan ciri-ciri penting dalam

kaedah serangannya.

Berdasarkan keseluruhan isi pelajaran silat Cekak, para

penuntutnya telah diyakinkan dengan satu kesimpulan falsafah gerak

yang tidak asing lagi. Pakai tak pakai, tak pakai pakai.Kefahaman

dan pegangan pada falsafah gerak itu telah meningkatkan daya

keyakinan bersilat dalam kalangan para penuntut Silat Cekak.

Page 28: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

16

Sifat ketiga Silat Cekak seperti yang digambarkan pada

petikan tersebut ialah cara pembelajarannya yang bercorak ilmiah.

Pembelajaran yang ilmiah akan mengalakkan penuntutnya sentiasa

berfikir. Oleh sebab pelajaran Silat Cekak adalah bersifat ilmiah maka

tidak hairanlah Silat Cekak boleh diajar secara sistematik. Ada

pemeringkatan dalam pelajarannya.

Menyampaikan pelajaran Silat Cekak adalah tersangat

mudah. Hal yang demikianlah menyebabkan silat ini

mudah disebatikan kepada setiap lapisan masyarakat. Maknanya

juga, silat ini mudah dikuasai pada mereka yang berminat

mempelajarinya. “Silat Cekak adalah mudah bagi mereka yang

mendapat hidayah”. Kalaulah gerak silat ini telah bersebati pada diri

sendiri maka konsep menjaga diri akan lebih membawa erti. Silat

Cekak boleh dijadikan teman setia ketika kita menghadapi ancaman

daripada musuh-musuh yang nyata dan tidak nyata. „Sahabat setia‟

yang tahan uji. Pasti tak lari.

Hakikatnya, Silat Cekak yang diketengahkan Ustaz adalah

lengkap pelajarannya. Seperti yang saya tegaskan bahawa Silat

Cekak ada sistem dalam sistem pengajaran dan pembelajarannya.

Oleh sebab Silat Cekak telah lengkap maka tidaklah perlu diubah-

ubah lagi pelajarannya. Terimalah seadanya dalam kiraan seratus

peratus.

Ustaz pernah menegaskan:

“Seni Silat Cekak mempunyai kaedah-kaedah yang tetap

dan tidak boleh diubah-ubah dengan mempunyai buah-buah

pukulan yang cukup dan kemas serta kunci-kunci tangkapan

yang lengkap. Jadi tidak perlu ditokok tambah dengan buah-

buah silat lain sama ada dari dalam ataupun dari luar negeri”.

Page 29: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

17

Saya yakin bahawa ketiga-tiga sifat yang saya bincangkan di

atas adalah merupakan sifat utama yang melambangkan falsafah

keseluruhan rupa bentuk Silat Cekak. Ketiga-tiga sifat yang

diketengahkan Ustaz itu adalah melambangkan proses

pemeringkatan falsafah kefahaman untuk mempelajari Silat Cekak

secara pembuktian ilmiah.

Bermula dengan konsep mengenali Silat Cekak, diteruskan

dengan kelebihan pelajarannya dan diakhiri dengan cara atau sistem

Silat Cekak diajar pada para penuntut maka tersangatlah tepat dan

sesuai atas segala usaha yang dilakukan Ustaz untuk

mengetengahkan konsep dan falsafah ,“Silat Cekak, silat akhir

zaman”.

Sejak menceburi Silat Cekak maka fahamlah saya akan

makna gerak silat yang ada keputusannya. Kefahaman saya pada

falsafah silat begitu mudah difahami. Hakikatnya, itulah kefahaman

yang telah dipermudahkan Ustaz. Sesungguhnya jasa Ustaz amat

besar untuk mengembalikan semula keyakinan masyarakat dan

bangsa Melayu pada dunia persilatan.

Rupa bentuk persilatan Silat Cekak yang ada sekarang

adalah berkait rapat dengan falsafah diri Ustaz dulunya. Hal yang

demikianlah maka Silat Cekak tidak boleh dipisahkan dengan

ketokohan Ustaz Hanafi. Maka tidak hairanlah walaupun kita

berpecah dan dipimpin Guru Utama yang berlainan, nama Ustaz

Hanafi tetap tidak boleh diketepikan. „Mesti dikaitkan persatuan yang

dipimpin dengan nama Ustaz Hanafi‟. Adatnya, jika ada mana-mana

persatuan Silat Cekak yang cuba menafikan nama Ustaz Hanafi

maka pergerakan persatuan Silat Cekak itu akan menjadi tawar.

Tiada „rohnya‟. Tak faham „bahasa‟.

Page 30: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

18

Pada adatnya, untuk perkembangan Silat Cekak berikutnya,

rupa bentuk Silat Cekak akan lebih banyak dipengaruhi oleh falsafah

diri Guru Utama yang memimpin persilatan tersebut. Saya akan

membincangkan perkara ini dalam tulisan yang lain. Oleh sebab Silat

Cekak yang diwarisi sekarang ini adalah dari Ustaz Hanafi maka

tersangat sesuai kita melihat semula ketokohan Ustaz Hanafi dari

sudut pandangan atau kaca mata saya sendiri.

Perbincangan seterusnya tentang ketokohan Ustaz Hanafi

adalah dalam bidang profesionalisme. Dalam bidang ini terserlah

ketokohan Ustaz yang luar dari kebiasaan pemimpin-pemimpin silat

yang pernah saya ketahui. Hal yang demikianlah menyebabkan saya

berasa kagum dan tersangat hormat pada ketokohan Ustaz Hanafi.

Bidang Profesionalisme.

Dari sudut profesionalisme, gambaran mudah untuk

menyatakan sifat tersebut adalah berdasarkan dua prinsip. Pakar dan

yakin. Ustaz Hanafi adalah merupakan seorang yang pakar dalam

bidangnya serta yakin akan keunggulan profesion yang

disandangnya. Maknanya, ada dua sifat besar atau sifat tunjang yang

melambangkan sudut profesionalisme yang ada pada diri Ustaz.

Kepakaran dan keyakinan.

Kepakaran dalam Silat Cekak ada asasnya. Ustaz sendiri

telah mentafsir asas kepakaran dalam persilatan Silat Cekak

berdasarkan petikan yang berikut. Saya petik daripada majalah

Dewan Masyarakat, Oktober 1973.

“..Faham akan semua peringkat baharulah seseorang itu

layak menjadi penganjur dan pemimpin silat yang sebenarnya.

Page 31: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

19

Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa ‟roh‟ silat yang

sejati, ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima jua

ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi

amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang

sejati baharulah ia layak menjadi guru.

Jika tidak guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing

berlari. Belajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu

akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong.

Sebaliknya guru yang sebenar guru (Mursyid) mempunyai

telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang

diredhai Allah.”

Kepakaran dalam tafsiran Silat Cekak tidak setakat

menguasai gerak fizikal silat semata-mata. Tidak lengkap. Perlu ada

penguasaan kefahaman yang lain. ‟Kulit dan isi‟. Baru lengkap. Maka

barulah layak sifatnya sebagai seorang yang profesional untuk

memimpin anak-anak muridnya. Sesungguhnya, Ustaz tersangat

hebat dalam kedua-dua bidang yang bersepadu itu.

Kebenarannya, Ustaz menguasai kedua-dua bidang tersebut.

Kerap kali Ustaz ‟turun padang‟ untuk memimpin gerak anak

muridnya. Cakapnya ‟serupa bikin‟. Konsep dan prinsip gerak dalam

Silat Cekak, dapat diterjemahkan secara praktis. Tidaklah hanya

pandai bercakap semata-mata seperti mana yang sering

diperlihatkan guru-guru silat yang lain.

Seiring dengan kepakaran dalam persilatan Silat Cekak,

Ustaz juga tersangat yakin dengan silat yang „dibawanya‟. Orang

yang profesional akan sentiasa ingat punca utama ilmunya. Maka

jelaslah sifat profesional yang ada pada diri Ustaz. Atas keyakinan

Page 32: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

20

itulah maka Ustaz sanggup berhijrah ke ibu kota untuk

mengenengahkan Silat Cekak. Ustaz telah menulis pengalamannya

itu

“Jelas kini saya telah melahirkan Silat Cekak yang selama

empat puluh tahun terpendam di dada Yahya Said tanpa

diketahui orang. Saya mengenengahkannya kerana kepentingan

budaya Melayu, menimbulkan pusaka Melayu yang asli lagi

bertanggungjawab agar mutu seni ini dapat dibanggakan.‟‟

Keyakinan Ustaz mengenengahkan Silat Cekak adalah

sekurang-kurangnya berdasarkan empat faktor utama. Pertamanya

kerana kepentingan budaya Melayu, keduanya menimbulkan pusaka

Melayu yang asli, ketiganya Silat Cekak adalah silat yang

bertanggungjawab dan keempatnya Silat Cekak boleh dibanggakan.

Bukan mudah kerja usaha yang dilakukan Ustaz. Pelbagai

pancaroba telah ditempuhi Ustaz. Termasuk daripada orang-orang

kanannya sendiri. “Ancaman‟ yang terakhir adalah sekitar awal tahun

tujuh puluhan oleh sebuah pertubuhan Silat yang terbesar di

peringkat kebangsaan. Apabila gagal „berentap‟ dengan Silat Cekak,

mereka sanggup pula menganjurkan satu persidangan dengan niat

memalukan Ustaz.

Saya tersangat kagum dengan kebijaksanaan dan keberanian

Ustaz menghadapi kesemua pancaroba tersebut. Ustaz memperoleh

kejayaan dan kemenangan dalam perjuangan di „medan

pertempuran‟ yang berniat menjatuhkan Ustaz. Sesungguhnya

perjuangan Ustaz menegakkan kedaulatan Silat Cekak adalah

kerana keyakinannya bahawa Silat Cekak bukan „calang-calang‟ silat.

Konsep professional juga adalah merujuk pada bidang tumpuan

utama. Bidang tumpuan itu adalah merupakan bidang persilatan.

Page 33: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

21

Ustaz tidak ada tumpuan atau kepentingan lain terutamanya pada

bidang kuasa politik. Tidak berminat menonjol diri semata-mata untuk

berebut kuasa dalam politik masyarakat; melainkan sangat berminat

dengan bidang persilatan yang dipimpinnya. Hal yang demikian

menjadikan Ustaz sebagai seorang tokoh yang tidak menggunakan

silat bagi mendapatkan kuasa dalam politik negara. Ustaz

mewujudkan persatuan kerana kewujudannya penting sebagai syarat

menggerakkan persilatan. Oleh itu, ketokohan Ustaz lebih

melambangkan sifat professional berbanding dengan sifat politik.

Sifat orang politik dan sifat orang professional adalah

berbeza. Itu sebab jugalah pada masa Ustaz, telah ditegaskan

bahawa ‘kalau nak ada penaung pada Silat Cekak, individu itu

mesti boleh bersilat’ di samping ‘ada kedudukan’. Sifatnya ialah

penaung itu mesti menjiwai Silat Cekak. Bukan setakat tahu. Jika ada

sifat itu maka barulah isi percakapannya akan ikhlas untuk

perkembangan dan perjuangan silat. Tidak ada kepentingan diri.

Demikianlah huraian Ustaz pada saya di satu ketika dulunya.

Orang yang profesional akan sentiasa meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru selari dengan

perubahan dan tuntutan semasa, bukannya berada dalam keadaan

statik dan jumud. Hal yang demikianlah, setiap kali saya ke rumah

Ustaz maka setiap kali itulah saya lihat Ustaz memegang buku. Tidak

pernah saya lihat Ustaz berehat menonton tv atau mendengar radio

atau-atau yang lain; melainkan buku di tangan.

Kerap kali juga Ustaz menunjukkan pada saya ayat-ayat yang

digarisnya dalam buku yang dibaca. Ayat-ayat yang digaris itu

mempunyai makna yang tersirat. Maka bersyarahlah Ustaz pada

saya yang hadir seorang. Waktu bekerja. Semua ahli yang lain sibuk

Page 34: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

22

bekerja. Ketika itu saya masih menuntut. Kadang kala hanya ada

satu subjek sahaja dari pukul lapan hingga sembilan pagi. Kerap kali

juga tak ada langsung syarahan pada hari-hari tertentu. Oleh itu,

banyak masa diuntukkan di rumah Ustaz. Mendengar syarahan Ustaz

secara empat biji mata.

Terdapat dua pengalaman peristiwa yang saya tidak boleh

lupakan. Pengalaman itu melibatkan isu buku. Pertamanya ialah

ketika Ustaz mengemukakan satu soalan „cepu emas‟.

“Apa buku yang engkau baca sebagai panduan hidup?”

Soalan ringkas dan mudah, tapi bukan senang untuk

menjawabnya. Usaha merujuk buku-buku pelajaran di perpustakaan

pun tersangat kurang. Apatah lagi membaca buku-buku lain sebagai

nilai tambah pembentukan peribadi. Malah, lebih banyak masa yang

diuntukkan dengan Ustaz. Lebih banyak mengisi masa secara

mendengar syarahan Ustaz.

Apabila saya teragak-agak menjawab, Ustaz meneruskan

percakapan,”Tak apa. Kalau ada baca buku, tunjukkan pada saya.

Boleh kita berbincang.”

Kata-kata Ustaz itu benar-benar bersifat cabaran dan

memberi kesedaran pada saya untuk sentiasa menambahkan ilmu

melalui pembacaan.

Satu lagi peristiwa ialah pesanan Ustaz sebelum Ustaz

kembali buat selama-lamanya. Salah satu pesanan Ustaz ialah

menyuruh saya sentiasa membaca. “Gariskan ayat-ayat yang tidak

Page 35: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

23

faham. Rujuk pada saya.” Antara lain kata-kata Ustaz sebagai

galakan saya membaca buku-buku atau bahan-bahan bacaan.

Saya tidak akan menghuraikan kedua-dua peristiwa tersebut

dalam tulisan ini. Memadai saya katakan bahawa Ustaz sentiasa

menambahkan pengetahuannya dengan banyak membaca. Sifat

tersebut dianjurkan juga dalam kalangan anak-anak muridnya

supaya sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan.

Sifat yang profesional juga ialah akan sentiasa mengejar

kecemerlangan dalam bidang yang diceburinya. Saya tersangat

kagum akan ketokohan Ustaz membuat perancangan bagi

mencemerlangkan Silat Cekak. Ketika silat-silat Melayu berlumba-

lumba untuk bertapak dalam pasukan tentera dan polis, Ustaz

menyusun perancangan yang lain. Strategi Ustaz adalah bertapak di

pusat-pusat pengajian tinggi. Nampaknya strategi Ustaz itu benar-

benar mengena dan berjaya.

Ustaz pernah menegaskan pada saya bahawa strategi

tersebut adalah merupakan strategi jangka panjang. Para graduan

yang tamat pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi akan

memainkan dua peranan penting. Pertamanya, mereka akan

memegang jawatan-jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta.

Keduanya, mereka akan betebaran di seluruh negara. Secara

langsung Silat Cekak akan mudah berkembang dalam satu proses

yang berterusan.

Nampaknya, perancangan dan telahan Ustaz itu menjadi

kenyataan. Silat Cekak telah berkembang di seluruh negara.

Sebaliknya, silat yang bertapak dalam pasukan tentera dan polis

hanya berjaya dalam jangka masa yang pendek sahaja. Akhirnya,

Page 36: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

24

persilatan mereka diketepikan apabila pasukan tentera dan polis

telah membentuk silat mereka sendiri berdasarkan silat Melayu yang

bertapak di tempat mereka.

Adatnya, kalaulah strategi Ustaz ialah cuba bersaing dengan

silat-silat Melayu yang lain untuk bertapak di kem tentera dan polis,

banyak buruk dari baiknya. Kecemerlangan Silat Cekak tidak akan

tercapai seperti mana yang ada sekarang ini. Itulah yang dinamakan

sebagai Blue Ocean Strategy yang tersangat popular sekarang ini.

Hakikatnya, Ustaz telah memulakan prinsip strategi tersebut sejak

dulu lagi. Sebelum strategi itu popular lagi ketika ini.

Dalam persilatan Silat Cekak, sifat profesional silat tidak

terletak pada fizikal seseorang. Maknanya, sifat profesional tidak

terletak pada misai yang tebal atau terletak pada badan yang keras

dan sasa. Tidak pula suka main latah tidak tentu hala. Apabila bunyi

daun kelapa jatuh, spontan menyepak gila setinggi kepala. Bukan

juga bersifat latah kalau tersentuh atau dicucuk di bahagian rusuk

atau di dadanya. Hinggakan boleh tersentak dan membuat gerak silat

mengacah pukulan tanpa sengaja. Sifat profesional juga tidak terletak

pada mutu pakaian yang dipakai. Tidak juga diukur dari mutu

samping dan ikatan sampingnya. Malah, tidak juga sifat

profesionalnya terletak pada kebolehan yang luar biasa.

Ustaz adalah merupakan seorang manusia biasa tetapi

mempunyai kebolehan berfikir yang luar biasa. Sebagai seorang

manusia, Ustaz juga mempunyai perasaan. Masih terikat dengan

sifat-sifat sebagai manusia. Masih berpijak di bumi nyata. Ada

kalanya Ustas bergembira dan ada kalanya berada dalam keadaan

duka.

Page 37: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

25

Ciri-ciri profesional yang Ustaz miliki melibatkan juga aspek

kecekapan, komitmen, dedikasi dan pengorbanan. Kesemua ciri yang

dinyatakan itu telah terserlah pada diri Ustaz yang berusaha dengan

penuh minat, bersungguh-sungguh dan setia dalam bidang persilatan

demi mencapai matlamat yang dihasratkannya.

Saya tidak akan membincangkan akan contoh-contoh yang

berkaitan dengan ciri-ciri tersebut. Apa yang ingin saya katakan ialah

betapa kagumnya saya akan perwatakan Ustas dalam ciri-ciri

tersebut. Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh teladan. Hal

yang demikianlah saya menulis tentang perwatakan Ustaz untuk

mengurus dan memimpin persatuan. Itulah yang menjadi perdu

bahan tulisan saya dalam Lading Emas.

Ustaz menganggap profesion yang sedang dilaksanakan itu

merupakan satu amanah yang mesti dipikul dengan penuh

tanggungjawab. Hal yang sedemikian menyebabkan Ustaz sentiasa

turun padang terutamanya pada awal perkembangan Silat Cekak.

Ustaz sendiri mengadakan ceramah-ceramah silat yang berkaitan

dengan usaha-usaha membuka kelas. Malah, semasa Ustaz

membuat penerangan tentang Silat Cekak di Universiti Malaya buat

pertama kalinya, Ustaz juga membuat persembahan cara-cara

menggunakan lading.

Para Jurulatih yang merupakan penyambung tugas Ustaz,

sentiasa diberi perhatian. Pengetahuan mereka sentiasa ditambah

dari masa ke masa. Malah, hari Jurulatih telah diwujudkan bagi

menghargai jasa para Jurulatih yang banyak memberi sumbangan

dalam perkembangan persilatan Silat Cekak. Kebajikan mereka

sentiasa dijaga.

Page 38: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

26

Sesungguhnya, sifat profesional yang Ustaz miliki, telah

banyak membantu proses perkembangan Silat Cekak secara mantap

dan meluas di seluruh negara. Semaian telah dilakukan. Tibalah

masanya kita menuai.

Bidang Kepimpinan.

Dalam persilatan Silat Cekak, ketokohan Ustaz selalu

dikaitkan dengan pengenalan pemimpin agung. Kepimpinan Ustaz

adalah dianggap teristimewa, terkemuka dan terutama. Pengikutnya

amat ramai. Jumlah pengikutnya sentiasa bertambah dari masa ke

masa. Walaupun ada pelbagai tohmahan untuk menindakkan

kewibawaannya, pengaruh Ustaz tetap utuh dan sentiasa

berkembang

Pengikut yang ramai tidak menyebabkan Ustaz mendabek

dada. Ustaz tidak pernah mengisytiharkan bilangan pengikutnya.

Namun begitu semua orang mengakui betapa pengikut Ustaz teramat

ramai terutamanya dalam kalangan anak-anak muda sama ada di

pusat-pusat pengajian tinggi atau di cawangan-cawangan negeri.

Kepimpinan adalah merujuk kepada keupayaan seseorang

mempengaruhi pengikut-pengikutnya melaksanakan sesuatu tugas

bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Keupayaan

mempengaruhi orang lain itulah maka dianggap sebagai kuasa.

Dalam hal ini, konsep kuasa tersebut adalah merupakan satu

keistimewaan yang ada pada diri Ustaz. Saya beri dua contoh kuasa

yang ada pada Ustaz bagi membolehkan Ustaz mempengaruhi anak-

anak muridnya.

Page 39: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

27

Pertamanya ialah Kuasa Rujukan. Pada Ustazlah tempat

bergantung untuk mendapat satu-satu maklumat atau pengetahuan

yang berkaitan silat, agama dan permasalahan hidup. Ustaz juga

berperanan dalam penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, Ustaz

memiliki moral yang tinggi, berperibadi mulia dan sentiasa menjadi

sumber inspirasi kepada anak-anak muridnya.

Keduanya ialah Kuasa Kepakaran. Dalam persilatan Silat

Cekak tidak ada lagi saingan kepakaran. Mereka yang bersaing

dengan kepakaran Ustaz telah mengasingkan diri. Dengan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tinggi maka Ustaz

tersangat mampu mempengaruhi anak-anak muridnya.

Saya juga amat tertarik dengan gaya kepimpinan Ustaz. Ada

ketikanya gaya kepimpinan Ustaz bersifat mutlak dan ada ketikanya

gaya kepimpinan Ustaz lebih bercorak demokratik. Malah, ada

ketikanya pula gaya kepimpinan Ustaz adalah merupakan

kesepaduan gaya mutlak dan gaya demokratik.

Gaya kepimpinan mutlak diamalkan dalam situasi yang

tertentu. Misalnya apabila berhadapan dengan situasi mendesak.

Ketika itu hanya Ustaz sahaja yang mempunyai pengalaman dan

kebolehan untuk bertindak. Tindakan yang segera perlu diambil tanpa

banyak berbincang. Semua arahan adalah dari atas ke bawah. Kata

pemutus hanya dari Ustaz. Orang-orang kanannya hanya menurut

semua arahan tanpa banyak soalan atau cuba berbincang-bincang.

Saya berpengalaman menyaksikan cara Ustaz bertindak

ketika menghadapi situasi yang sedemikian. Ketika itu persatuan kita

telah dicabar oleh persatuan silat yang lain. Mereka cuba menyusun

strategi bagi memalukan persatuan. Matlamat mereka supaya Silat

Page 40: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

28

Cekak akan hilang kewibaan dan tidak akan dipercayai masyarakat.

Saya lihat betapa Ustaz bertindak secara kuasa mutlak. Semua

orang kanannya ikut saja arahan Ustaz. Tak ada siapa yang cuba

membantah. Nampaknya, cara Ustaz itu tersangat berkesan.

Ada ketikanya Ustaz memberi peluang pada orang-orang

kanannya untuk berunding, berbincang dan menyertai bersama bagi

mengambil satu-satu keputusan. Penglibatan bersama, keputusan

bersama dan akhirnya meraikan kejayaan bersama. Ustaz

memperlihatkan sifat bertolak ansur dan menghargai pandangan

anak-anak muridnya yang berbeza dari segi sifat dan kebolehan

berfikir.

Gaya kepimpinan Ustaz yang sedemikian memberi

penekanan yang seimbang antara diri anak muridnya dengan

tanggungjawab yang diberi. Ustaz bertindak sebagai pendorong dan

penggalak kepada orang-orang kanannya. Hal yang demikian akan

membolehkan Ustaz menetapkan objektif yang tinggi mutunya dan

berkemampuan untuk membimbing dan menasihati anak-anak

muridnya ke arah pencapaian matlamat.

Gaya kepimpinan Ustaz itu mewujudkan kelompok dalam

kalangan anak muridnya yang boleh bersuara dan menyatakan

pendapat atau hasrat mereka. Hal yang demikian memberi ruang

pada anak-anak murid Ustaz melatih diri menjadi pemimpin. Hal yang

demikian juga adalah merupakan salah satu cara yang dilakukan

Ustaz bagi mewujudkan barisan pelapis dalam pengurusan persatuan

Silat Cekak.

Ada masanya pula saya dapat lihat gaya kepimpinan Ustaz

adalah berbentuk gabungan antara gaya mutlak dan gaya

Page 41: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

29

demokratik. Dalam keadaan Ustaz memberi kebebasan bertindak

pada orang-orang kanannya, kata putus tetap di tangan Ustaz. Gaya

kepimpinan ini adalah lebih fleksibel dan praktikal. Boleh dikiaskan

umpama layang-layang yang bebas berterbangan. Walaupun bebas,

tali layang-layang tetap dipegang tuannya. Kebebasan layang-layang

masih dipandu arah melalui tali yang dipegang tuannya. Dalam

keadaan-keadaan tertentu, tuannya boleh menarik balik tali layang-

layang tersebut ketika difikirkan perlu.

Bagi memudahkan kefahaman, saya kiaskan gaya

kepimpinan Ustaz itu berdasarkan situasi kepimpinan kita dalam

rumah tangga. Kalau setakat nak buat langsir tingkap, kita beri

kebebasan pada isteri kita tentang pemilihan warna dan coraknya.

Hal yang demikian kerana isteri kita lebih banyak menghabiskan

masanya di rumah. Namun begitu, jika kos langsir tersebut begitu

tinggi, perlu ada perbincangan bagi mendapatkan kata putus dan

memuaskan hati semua pihak. Sebaliknya, ketika isteri kita sakit

untuk melahirkan anak, tidak perlu ada perbincangan lagi. Kita perlu

membuat kata putus di tempat mana isteri kita perlu melahirkan anak.

Tindakan dan keputusan secara mutlak itu boleh menyelamatkan

nyawa isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan.

Ustaz pernah berpesan. Apabila terdesak atau menghadapi

sesuatu situasi yang di luar jangkaan maka tindakan yang biasa tidak

perlu dilakukan. Perlu tindakan yang luar dari kebiasaan peraturan.

Ketika isteri benar-benar hendak bersalin, mana boleh kita mengikut

peraturan jalan raya sepenuhnya. Lampu merah pun mungkin

diredah. Namun begitu, faktor keselamatan perlu diambil kira.

Maknanya, tindakan kita walaupun luar dari kebiasaan tapi masih

dalam kemampuan kita untuk melaksanakannya.

Page 42: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

30

Begitulah hebatnya gaya kepimpinan Ustaz. Saya menulis

bukan berdasarkan cerita yang didengar tetapi sebaliknya saya

menulis berdasarkan pengalaman saya bersama Ustaz. Saya suka

memerhati akan gaya kepimpinan Ustaz. Banyak perkara yang boleh

saya pelajari dan banyak perkara yang boleh menjadi panduan bagi

membentuk stail kepimpinan saya sendiri.

Ramai juga dalam kalangan anak didik Ustaz yang cuba

meniru gaya kepimpinan Ustaz. Pelbagai cara mereka lakukan bagi

memperlihatkan diri mereka adalah pengikut setia Guru Utama.

Terdapat seorang yang berjawatan tinggi dalam persatuan yang cuba

meniru gaya kepimpinan Ustaz. Malangnya gaya orang kanan itu

„ditolak‟ ahli-ahli Silat Cekak sendiri. Ada tindakan yang boleh

dilakukan Guru Utama tetapi tidak pada orang-orang kanannya

sendiri. Akhirnya orang kanan itu terpaksa disingkirkan dari

persatuan. Tidak dari segi persilatan. Hal yang demikian kerana

Ustaz bersifat professional. Masalah orang kanan itu adalah dengan

persatuan, bukannya dengan persilatan.

Ada juga dalam kalangan anak murid Ustaz yang suka ambil

jalan mudah untuk mendapatkan aura Ustaz. Caranya ialah

memakan atau meminum sisa makanan atau sisa minuman Ustaz.

Ada yang mencium tangan secara berlebih-lebihan. Ada yang

memeluk erat dengan caranya yang tersendiri dan pelbagai cara lagi.

Rata-ratanya, semua anak murid Ustaz yang berbuat demikian

adalah kerana ingin mendapatkan keberkatan atau „persalinan‟ sifat

dari Ustaz secara pantas atau secara short-cut.

Saya menaruh keyakinan bahawa gaya kepimpinan bukan

mudah ditiru-tiru. Namun begitu, gaya kepimpinan Ustaz boleh

disesuaikan dengan falsafah diri atau nilai diri sendiri. Hal yang

Page 43: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

31

demikian kerana gaya kepimpinan Ustaz adalah dipengaruhi nilai

atau falsafah diri yang ada pada Ustaz sendiri. Nilai yang dipunyai

oleh seseorang individu akan mencorakkan gaya kepimpinannya

dan corak kepimpinan adalah mencerminkan sifat kepimpinan

yang diamalkan.

Cuba kita bincang akan nilai-nilai yang ada, bersesuaian

dengan sifat dan sikap Ustaz. Saya berpendapat bahawa nilai-nilai

itulah yang banyak mempengaruhi gaya kepimpinan Ustaz. Sebab

itulah saya katakan, bukan mudah bagi anak-anak murid Ustaz cuba

meniru gaya kepimpinan Ustaz. Pengalaman hidup tidak sama. Nilai

diri juga tidak sama. Maka falsafah diri pun tidak sama. Mana

mungkin kita dapat meniru seratus peratus akan gaya kepimpinan

Ustaz. Sikit-sikit bolehlah.

Cakap-cakap Ustaz bukannya cakap kosong. Cakap Ustaz

ada sandarannya. Pendekatannya lebih kritis dan rasional. Saya tidak

hairan akan hal yang demikian. Ustaz rajin membaca terutamanya

buku-buku agama. Nilai yang sedemikian dinamakan sebagai nilai

teori. Bercakap sesuatu yang ada sandarannya. Telah ada

pembuktiannya.

Setiap perancangan yang dilakukan Ustaz, nilai

keuntungan atau faedah maksimum tersangat perlu diambil berat.

Ustaz akan mempastikan setiap rancangan itu dapat dijalankan

dengan sempurna. Ustaz berpesan pada saya. Setiap kali

membentangkan perancangan perlu dilihat aspek yang boleh

dikomen orang lain. „Tutup lubang-lubang tersebut’. Buat persediaan

secara rapi.

Page 44: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

32

Nilai lain yang ada pada Ustaz ialah nilai estetik. Ustaz

sentiasa menghargai keindahan atau keharmonian, kesucian dan

kecantikan. Sebagai contoh, lihat saja pakaian Ustaz. Cara

berpakaian dan jenis pakaian Ustaz adalah sesuai dengan suasana

majlis. Ustaz tidak memerlukan pemakaian pelbagai jenis „alat

kebesaran‟ bagi menunjukkan dirinya sebagai guru silat.

Ustaz mempunyai nilai sosial yang amat tinggi. Ustaz

mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan kebajian ahli,

terutamanya kumpulan Jurulatih. Para Jurulatih adalah merupakan

satu kumpulan orang-orang kanan yang banyak peranannya untuk

mengembangkan Silat Cekak. Begitu juga penglibatan Ustaz yang

berkaitan dengan ahli-ahli silat secara umumnya. Misalnya kehadiran

Ustaz dalam majlis kenduri atau lain-lain jemputan keluarga.

Sememangnya Ustaz mengambil berat akan peranan setiap ahli

dalam persilatan dan persatuan. Hal yang demikian melahirkan satu

bentuk kepuasan yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli kerana berasa

diri mereka sentiasa dihargai.

Mereka yang telah diberi tanggungjawab atau amanah untuk

menjalankan tugas maka Ustaz menuntut penangungjawabannya

atau komitmen mereka. Hal yang demikian menjadikan setiap arahan

atau tanggungjawab yang dipikul, dijalankan dengan sebaik-baiknya.

Sepanjang pengetahuan saya, hanya ahli-ahli dari persilatan Silat

Cekak yang dapat menganjurkan satu-satu program silat dengan

penuh berkesan. Maka tidak hairanlah di peringkat awal

perkembangan Silat Olahraga, Persatuan Silat Cekak telah diberi

tanggungjawab bersama-sama untuk menganjurkan pertandingan

tersebut.

Page 45: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

33

Akhir sekali, nilai agama yang ada pada Ustaz banyak

mempengaruhi gaya kepimpinannya. Pengetahuan agama yang ada

pada Ustaz adalah luas dan mendalam. Fahaman tersebut amat

sesuai dengan corak pemikiran anak-anak murid Ustaz yang

kebanyakannya adalah terdiri dari golongan orang-orang muda.

Kesemua nilai yang saya bincangkan, ada pada diri Ustaz.

Nilai-nilai itu adalah bersepadu dan telah membentuk gaya

kepimpinan Ustaz. Nilai-nilai itu pula diterjemahkan Ustaz dalam

perwatakannya ketika menempuh pelbagai pengalaman dan

menghadapi pelbagai pancaroba bagi menghidupkan Silat Cekak.

Hal yang demikianlah menyebabkan gaya kepimpinan Ustaz tidak

boleh ditiru sesiapa. Pastinya, „acuan‟ hidup adalah berbeza.

Tambahan pula pengalaman juga turut berbeza dengan apa yang

dialami Ustaz. Ikut gaya Ustaz mungkin boleh, tiru gaya Ustaz tentu

janggal jadinya. Walau bagaimanapun kalau ikut mengikut tanpa

memahami ikutan itu maka pincang juga akhirnya.

Untuk memudahkan kita memahami kepimpinan Ustaz dalam

kalangan anak-anak muridnya, saya akan membincangkan dalam

tiga tajuk utama. Sesungguhnya ketiga-tiga bidang itu merupakan

faktor terpenting menyebabkan saya tersangat kagum pada

ketokohan dan kepimpinan Ustaz.

1. Kepimpinan Peribadi.

Kepimpinan peribadi yang dimaksudkan di sini ialah

kepimpinan yang bertunjangkan akhlak mulia yang menjadi sifat-sifat

utama Ustaz. Faktor ini tersangat menarik minat anak-anak murid

Ustaz untuk mengkagumi kepimpinannya. Ustaz memiliki teras

akhlak yang terpuji dan dapat menjadi contoh teladan kepada anak-

Page 46: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

34

anak murid Ustaz. Antara sifat-sifat utama yang ada dan dirasai ada

pada diri Ustaz adalah seperti yang berikut.

Kebijaksanaan

Ustaz kelihatan bijak dan sangat bijak dalam membuat

keputusan, menyelesaikan masalah, merancang dan mengatur

program dan aktiviti persilatan dan persatuan. Bijak dalam memilih

pendekatan dan kaedah terbaik memajukan persilatan. Ustaz juga

bijak dalam menyampaikan idea dan pandangannya. Kebijaksanaan,

kecerdasan dan kepandaian Ustaz terserlah dalam setiap pemikiran

dan tindakan. Ustaz telah berjaya mendorong dan menunjuk jalan

kepada anak muridnya bagi menghasilkan matlamat persilatan dan

persatuan yang terbaik.

Amanah

Encik Yahaya Said telah memberi kepercayaan kepada Ustaz

hak untuk mengembangkan Silat Cekak. Pemilihan itu erat kaitannya

dengan sifat Ustaz yang boleh dipercayai. Ustaz telah melaksanakan

amanah yang diletakkan atas bahunya. Saya dapat perhatikan

betapa Ustaz menjaga rupa bentuk persilatan Silat Cekak dengan

sebaik-baiknya. Tanggungjawabnya sebagai Guru Utama adalah

merupakan satu amanah yang berat. Nampaknya, amanah itu telah

berjaya dibawa Ustaz dengan penuh berkesan.

Kebenaran

Menegakkan kebenaran Silat Cekak bukanlah satu perkara

mudah. Masyarakat silat Melayu rata-ratanya menolak prinsip dan

konsep Silat Cekak yang diketengahkan Ustaz. Mereka menganggap

Page 47: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

35

bahawa Silat Cekak bukannya silat yang asli. Rekaan semata-mata.

Dalam situasi itu, Ustaz telah berjuang dengan penuh keyakinan

bahawa Silat Cekak adalah benar-benar silat Melayu yang asli. Tidak

bercampur atau dipengaruhi gerak bela diri yang diimport. Saya

berasa kagum betapa Ustaz berjaya menegakkan kebenaran dalam

gelombang persilatan Melayu hingga akhirnya Ustaz mendapat

kepercayaan semua pihak sebagai peneraju mutlak silat Melayu.

Keupayaan dan kesungguhan Ustaz menyatakan dan

mempertahankan kebenaran dalam setiap situasi dan tindakan telah

menjadikan Ustaz seorang yang boleh diteladani dan model ikutan

anak-anak muridnya. Ustaz tersangat berpegang pada janji.

Mengotakan kata-kata dan menepati janji sentiasa dianjurkan dalam

kalangan anak-anak muridnya. Sekali atau beberapa kali tidak

bercakap benar akan meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan Guru

Utama terhadap anak muridnya.

Penyampaian

Ustaz mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan

dalam hubungannya dengan pelbagai pihak. Penyampaian Ustaz

berlaku dengan jelas dan berkesan. Ustaz telah dapat menghuraikan

segala gambaran, visi, misi dan strategi yang ada dalam

pemikirannya secara jelas dan berkesan. Anak-anak muridnya

berasa puas apabila mendengar syarahan atau ceramah Ustaz.

Arahan atau saranan Ustaz mudah diterima oleh semua lapisan

masyarakat dalam persilatan Silat Cekak.

Ada ketikanya Ustaz mengamalkan komunikasi satu hala

sahaja. Ustaz akan menerangkan apa yang perlu dilakukan, bila perlu

dilakukan dan bagaimana sesuatu itu boleh dilaksanakan. Pada

Page 48: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

36

ketika yang lain Ustaz mengamalkan komunikasi dua hala dengan

memberikan sokongan dan rangsangan kepada anak-anak muridnya

untuk sama-sama terlibat dalam tindakan.

Keberanian

Penyebaran Silat Cekak di peringkat awal bukan satu perkara

yang mudah. Namun begitu kerja usaha yang dilakukan Ustaz telah

dipermudahkan. Atas keyakinannya, Ustaz mempunyai keberanian

dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Setiap tindakan dan

keputusan yaag diambil sudah tentu mempunyai risiko tersendiri.

Risiko, cabaran dan halangan-halangan yang mampu menggugat

cita-cita Ustaz telah dihadapi dengan penuh keberanian. Sifat berani

yang dimaksudkan di sini bukannya tindakan semberono yang boleh

memusnahkan semua sifat utama yang telah disebutkan di atas,

tetapi keberanian yang berpaksikan kepada kebijaksanaan, amanah

dan kebenaran serta disampaikan secara berhemah dan berhikmah.

Kesabaran

Ustaz telah melaksanakan tugasnya dengan penuh

kesabaran, terutamanya apabila berdepan dengan pelbagai

pancaroba dan dugaan yang menentang usaha-usahanya.

Termasuklah karenah dan ragam tingkahlaku manusia yang berupa

orang-orang kanan atau orang yang sangat dipercayai Ustaz.

Memimpin dan mengurus persilatan dan persatuan telah dilakukan

dengan sabar.

Banyak pihak yang berkepentingan dengan persilatan Silat

Cekak dan hal yang demikian menyebabkan Ustaz perlu

menghadapinya. Persilatan silat Melayu yang lain hebat dengan

Page 49: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

37

kerenahnya, orang-orang kanan Ustaz juga menunjukkan

kepelbagaian tingkahlaku dan ragamnya. Malah, orang-orang yang

dipercayai Ustaz yang berbagai-bagai tahap pemikiran dan

memegang pelbagai tanggungjawab, menuntut bermacam-macam

layanan dari Ustaz. Semuanya telah dapat dihadapi Ustaz dengan

penuh kesabaran.

Keenam-enam sifat Ustaz yang saya bincangkan di atas

adalah bersepadu dan berterusan serta tekal sepanjang masa. Hasil

daripada sifat-sifat terpuji itu telah menjadikan Ustaz seorang yang

berpengaruh bukan saja dalam persilatan Silat Cekak tetapi juga

kepada komuniti silat Melayu yang lain. Sifat-sifat itu juga mampu

menyerlahkan lagi keupayaan peribadi Ustaz. Hal yang demikian

membolehkan Ustaz sebagai model ikutan dalam kalangan anak-

anak muridnya. Sesuailah sifat Ustaz sebagai kepimpinan melalui

teladan.

2. Kepimpinan Persilatan.

Dalam tulisan yang terdahulu saya telah membincangkan

tentang bidang profesionalisme. Ustaz selaku Guru Utama adalah

merupakan seorang pemimpin profesional yang memiliki kepakaran

dan keyakinan dalam bidang persilatan. Kepakaran ini dibangunkan

melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang sedia ada

berkaitan dengan profesion itu sendiri. Ilmu Silat Cekak yang ada

pada dirinya telah diolah sebegitu rupa dan berjaya disampaikan

dalam kalangan anak-anak muridnya.

Maka lahirlah barisan pelapis terdiri daripada anak murid

Ustaz yang benar-benar faham akan bidang persilatan Silat Cekak.

Ustaz telah berjaya memberi penerangan dan huraian tentang

Page 50: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

38

konsep gerak yang merupakan tunjang gerak persilatan Silat Cekak.

Pelajaran yang disampaikan meliputi jangkaan gerak yang boleh

dilakukan pihak lawan. Pelajaran tersebut dikumpulkan dalam gerak

umum. Gerak-gerak itu boleh dijadikan panduan untuk melakukan

kajian pada gerak lawan. Hal yang demikian telah menyebabkan

Ustaz berjaya mencetuskan pengetahuan baru dalam kalangan anak

muridnya tentang gerak silat meliputi gerak silat Melayu mahupun

gerak bela diri yang lain. Barisan pelapis yang terbentu adalah ikhlas

dan sentiasa bersedia memikul sebarang tanggungjawab yang Ustaz

beri.

Ustaz juga telah berjaya meningkatkan keperihatianan anak-

anak muridnya terhadap kepentingan tugas dan perlunya menguasai

nilai-nilai murni seperti bercakap benar, ikhlas dan bersungguh hati

serta bersedia menjalankan sebarang tanggungjawab yang diberi.

Usaha Ustaz sangat berjaya kerana Ustaz sering memotivasikan

semangat dan keinginan anak-anak muridnya pada tahap yang tinggi.

Ustaz sentiasa menggalakkan kemajuan atau penambahan

ilmu dalam kalangan wakil-wakilnya dalam persilatan. Ustaz sendiri

mengadakan kelas-kelas kemahiran untuk para Jurulatih

mempertajamkan pengetahuan dalam bidang persilatan Silat Cekak.

Secara langsung, Ustaz telah berjaya dan sentiasa berusaha melatih

para Jurulatih untuk meningkat dan mengekalkan budaya ilmu silat

supaya sentiasa berada pada tahap cemerlang.

Kepimpinan Ustaz dalam bidang persilatan ini juga

mendorongnya memberi semangat kepada orang-orang kanannya

supaya sentiasa bertenaga dan melakukan pelbagai perancangan

bagi mengembangkan Silat Cekak. Di samping itu Ustaz mengasuh

mereka agar mempunyai daya tahan yang berterusan tanpa mengira

Page 51: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

39

waktu. Ustaz turut mendidik anak-anak muridnya supaya sentiasa

bersifat cekal hati, layak dan bijak dalam menghadapi cabaran tugas

yang sangat mencabar. Sesungguhnya, Ustaz telah menjadi sumber

inspirasi dalam kalangan anak-anak muridnya untuk

mengembangkan persilatan Silat Cekak.

Sebagai pemimpin persilatan, Ustaz sentiasa mempastikan

para Jurulatih berpengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran

yang berkaitan dengan gerak persilatan Silat Cekak. Ustaz

menetapkan harapan yang tinggi pada anak muridnya supaya benar-

benar dapat menguasai persilatan Silat Cekak. Para Jurulatih

sentiasa disaran memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya

terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran Silat Cekak.

Dalam kalangan Jurulatih yang dilantik, semangat setiakawan

amat ditekankan. Hari Jurulatih yang diadakan membolehkan para

Jurulatih berinteraksi secara berterusan. Jurulatih adalah merupakan

contoh teladan yang cemerlang dalam bidang persilatan. Bagi

menambah pengetahuan mereka, pelbagai kursus telah diadakan

yang melibatkan mereka. Seiring dengan itu Ustaz bertindak bijak

untuk membantu Jurulatih bagi menghadapi segala halangan demi

menjayakan matlamat persatuan dan persilatan.

Saya selalu menyentuh tentang kepakaran dan kelebihan

Ustaz dalam bidang persilatan. Terdapat dua peristiwa yang tidak

mudah saya lupakan berkaitan kepakaran Ustaz dalam Silat Cekak.

Pertamanya, ketika majlis tamat kelas saya sendiri di universiti

Malaya. Ustaz menunaikan janji untuk memberi peluang pada

saya bertry dengannya. Ketika itu jelas memperlihatkan pada saya

tentang penguasaan gerak Ustaz yang mantap.

Page 52: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

40

Keduanya ketika Ustaz sendiri mengajar silat di kelas saya.

Ketika itu ramai dalam kalangan ahli yang pernah belajar silat lain.

Ketika Ustaz membuat penerangan pada seorang ahli di kelas

tersebut, ahli yang berkenaan membuat satu gerakan untuk

„memakan‟ Ustaz. Secara sepontan Ustaz telah dapat mengatasi

gerak ahli berkenaan dan mengenakan satu pukulan. Peristiwa itu

berlaku begitu pantas. Semenangnya ahli yang berkenaan ingin

menguji kebolehan Ustaz. Bukan setakat ahli berkenaan yang berasa

kagum, malah kami yang lain juga amat kagum dengan gerak pintas

yang Ustaz lakukan. Benarlah kata-kata, cakap serupa bikin.

3. Kepimpinan Organisasi/Persatuan.

Satu lagi ketokohan Ustaz yang amat dikagumi anak-anak

muridnya terutama saya sendiri ialah kebolehannya memimpin

organisasi Silat Cekak. Saya tak fikir akan Ustaz pernah menghadiri

sebarang kurus yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah

organisasai. Apa yang pasti, Ustaz telah menguasai ilmu

berorganisasi.

Sama ada Ustaz menyedarinya atau tidak, beberapa perkara

yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi telah

dilaksanakannya dengan jelas. Matlamat persatuan atau organisasi

telah dikongsi bersama dalam keadaan semua ahli faham arah tujuan

yang ingin Ustaz tujui. Ustaz telah dibantu orang-orang kanan yang

dipercayainya secara pembahagian atau perkongsian kuasa ketika

menunaikan tanggungjawab.

Konsep kerja berpasukan ketika itu tersangat berkesan.

Masing-masing mempunyai satu matlamat yang sama untuk dicapai.

Setiap ahli dalam satu-satu pasukan telah menjalankan peranan

Page 53: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

41

masing-masing berdasarkan bidang tugas yang diberikan. Hal yang

demikian adalah merupakan satu budaya kerja yang diwujudkan

Ustaz ketika itu. Secara langsungnya maka wujudlah nilai-nilai positif

dalam persatuan atau organisasi persilatan Silat Cekak.

Perkara pentingnya ialah semua ahli dapat dipupuk bagi

menghayati hala tuju persatuan atau organisasi yang dibentuk Ustaz.

Secara langsung maka terbentuklah satu sikap yang

melambangkan satu suara dan satu hati. Hal yang demikian amat

penting bagi mencapai hasrat persilatan dan persatuan kita untuk

mempertahankan Silat Cekak yang asli lagi benar yang ada dalam

bidang kuasa dan tanggungjawab kita. Penghayatan yang sebegini

telah dapat menghasilkan satu bentuk budaya baru dalam persilatan

dan persatuan Silat Cekak. Pembudayaan yang sebeginilah yang

telah membezakan persilatan dan persatuan Silat Cekak dengan lain-

lain persatuan silat Melayu.

Barisan kepimpinan persilatan dan persatuan Silat Cekak

sentiasa berusaha dan sentiasa mempunyai matlamat untuk

menegakkan yang hak. „Apabila tertegak yang hak maka akan

lenyaplah yang batil‟. Hal yang demikianlah menyebabkan

persilatan Melayu yang lain berasa cemburu dan memandang serong

pada Silat Cekak. Itu juga merupakan satu cabaran yang hebat

terpaksa ditempuh Ustaz.

Ustaz telah berjaya membina dan mengubah diri daripada

seorang pentadbir atau pengurus persatuan atau organisasai kepada

seorang pemimpin kepada anak-anak muridnya. Ustaz telah berjaya

membina pengaruh dalam kalangan anak-anak muridnya supaya

penglibatan mereka dalam melaksanakan tugas dapat berlaku secara

Page 54: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

42

sukarela atas konsep pengorbanan. Demikianlah hebatnya

ketokohan Ustaz sebagai pemimpin organisasi.

Memimpin dan mengurus organisasi persilatan Silat Cekak

melibatkan dua aspek iaitu aspek teknikal dan aspek manusia. Aspek

teknikal merangkumi persoalan struktur seperti carta organisasi,

pembahagian tugas, saiz, peralatan dan kemudahan, sistem dan

tatacara atau prosedur kerja. Aspek kemanusian pula meliputi hal-hal

yang berkaitan dengan interaksi dan komunikasi, baik secara individu

mahu pun secara kelompok, kepimpinan dan kepengikutan, dorongan

atau motivasi, penyelesaian konflik, pengetahuan dan kemahiran,

serta sistem nilai dan kefahaman ahli-ahli silat.

Di sinilah terletaknya konsep pemimpin dan pengurus iaitu

manusia dipimpin dan teknikal diurus. Peranan Ustaz ialah

memimpin, membimbing, memberi panduan dan arahan kepada

orang-orang kanannya atau orang-orang kepercayaannya. Manakala

aspek-aspek teknikal perlu diurus, disusun dan dirancang bersama-

sama dengan orang-orang kanannya bagi disesuaikan dengan

kehendak dan keperluan ahli. Tujuannya adalah untuk memperoleh

hasil yang optimum daripada proses kepimpinan dan pengurusan

secara bekerja dalam satu pasukan.

Saya ada terbaca satu teori kepimpinan organisasi yang

bertepatan dengan sifat yang ada pada Ustaz. Teori itu merangkumi

tiga aspek utama yang sesuai dengan ketokohan Ustaz.

Pertamanya ialah aspek masa depan. Salah satu perkara

yang sentiasa menjadi pemikiran dan tindakan Ustaz adalah

mengenai masa depan persilatan dan organisasi yang dipimpinnya.

Ustaz ada perancangan yang hebat. Maka tidak hairanlah jika Ustaz

Page 55: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

43

bercita-cita menubuhkan satu pusat pembelajaran sebagai akademik

silat. Ustaz bercita-cita bukan setakat menyebarkan silat dalam

nagara Malaysia, juga meliputi negara-negara lain, sesuai dengan

simbol bintang dua puluh satu. Banyak lagi contoh lain yang

melambangkan cita-cita masa depan bagi menjamin keteguhan dan

kemantapan masa depan silat dan persatuan Silat Cekak.

Keduanya ialah keupayaan Ustaz melibatkan atau menarik

orang lain untuk bersama-sama bagi merancang dan melaksanakan

setiap perancangan. Keseluruhannya, semua ahli sentiasa

menyokong kepimpinan Ustaz. Mereka melakukan tugas atau

memikul tanggungjawab atas prinsip pengorbanan tanpa

mengharapkan apa-apa balasan. Tugas yang dipikul itu merupakan

satu kepuasan bekerja yang berjaya disemai Ustaz. Inilah kelebihan

Ustaz untuk mewujudkan satu pasukan kerja yang benar-benar

mantap dan ikhlas mengerjakan suruhan.

Aspek ketiga ialah kelebihan Ustaz menyampaikan

pandangan, idea, pendapat dan gerak kerja yang perlu dilaksanakan

kepada ahli-ahli silat yang dipimpinnya. Kelebihan Ustaz ialah

penguasaan atau kemahirannya menguasai bentuk komunikasi yang

berkesan. Oleh itu, apa yang digambarkan dan dijelaskan, dapat

difahami dan diterima dengan tepat oleh ahli-ahli yang berada di

bawah pimpinannya.

Untuk mempastikan ketiga-tiga aspek itu berjaya maka Ustaz

telah memberi fokus kepada empat perkara utama. Pertamanya dari

segi intelek. Ketika itu persilatan dan persatuan Silat Cekak „dibanjiri‟

ahli-ahli yang mempunyai intelek yang tinggi. Peluang ini digunakan

Ustaz untuk menjelaskan masa depan yang diingini bagi menjayakan

matlamat organisasi pimpinannya.

Page 56: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

44

Keduanya ialah dai segi emosi. Ustaz telah berjaya

mengawal emosi anak-anak muridnya supaya bekerja secara suka

dan rela. Emosi yang teguh bermakna wujudnya satu kekuatan

dalaman yang melibatkan kefahaman dan kesedaran diri sendiri

untuk mencapai cita-cita atau matlamat persilatan dan persatuan.

Ketiganya, aspek yang Ustaz beri perhatian ialah semangat.

Kekuatan semangat adalah merupakan satu kekuatan untuk berjuang

bersama bagi menjayakan matlamat persatuan. Ustaz telah berjaya

menyuntik semangat dalam kalangan anak-anak muridnya dari masa

ke masa. Caranya adalah pelbagai. Salah satu caranya ialah kesan

dari cakap Ustaz. Apabila mendengar ceramah atau syarahan Ustaz,

saya sendiri berasa tersangat semangat untuk berkorban bagi

memajukan Silat Cekak. Sesungguhnya, Ustaz sentiasa memberi

semangat pada anak-anak muridnya untuk berjuang bersama-sama

dengannya bagi mempastikan persilatan Silat Cekak diiktiraf

masyarakat dunia.

Aspek terakhir yang diberi perhatian ialah tenaga fizikal.

Aspek ini merujuk pada kekuatan tubuh badan, kesihatan dan

stamina bekerja. Tenaga fizikal ini adalah penting bagi mempastikan

ketahanan ahli untuk menghadapi cabaran. Ustaz telah memberi

pelbagai petua yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Hal

yang demikian kerana badan yang sihat akan banyak membantu

pencapaian matlamat persatuan secara yakin dan sabar.

Dalam persilatan Silat Cekak, terdapat pelbagai watak dan

perwatakan yang sama dan berbeza. Ustaz telah berjaya mengadun

kepelbagaian watak ahli secara memberi penekanan dalam beberapa

perkara. Sepanjang pengalaman saya bersama Ustaz, saya dapat

lihat akan usaha-usaha yang dilakukan Ustaz sesuai dengan usaha

Page 57: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

45

untuk memantapkan persatuan secara memimpin ahli-ahlinya melalui

pelbagai cara.

1. Perpaduan sesama ahli. Ketika itu slogan sehati dan sejiwa

selalu diuar-uarkan Ustaz. Semua ahli akan bercakap dalam

satu bahasa dan berusaha sama-sama bagi mencapai

matlamat persatuan secara bersama.

2. Kerja berpasukan. Ustaz menekankan aspek kerja

berpasukan sepanjang masa. Walaupun perwatakan ahli

berbeza-beza, akan tetapi semua ahli memahami visi dan misi

yang ditetapkan Ustaz.

3. Pemain pasukan. Setiap ahli ada peranannya masing-masing.

Peranan itu bergantung pada kemampuan mereka yang

berbeza-beza. Ustaz berjaya menyatukan mereka dalam satu

pasukan berdasarkan kemampunan menjalankan tugas

mengikut kemampuan diri masing-masing. Perkara pentingnya

ialah komitmen dan penglibatan aktif mereka dalam

menjalankan tugas.

4. Bagi mempastikan ahli-ahli menghayati semua perancangan

yang ada dalam persilatan Silat Cekak, Ustaz mempastikan

setiap dasar, program dan aktiviti yang dirancang mesti benar-

benar difahami ahli. Hal yang demikian bagi mempastikan

tanggungjawab ahli lebih berfokus ketika melaksanakan tugas

dan tanggungjawab.

5. Ustaz telah berjaya membina satu bentuk budaya kerja

cemerlang yang berterusan sepanjang masa. Saya amat

kagum dengan usaha-usaha Ustaz yang berjaya membentuk

budaya kerja tinggi. Setiap akitiviti atau program yang

dirancang akan memberi kesan yang maksimum. Begitulah

hebatnya ketokohan dan kepimpinan Ustaz.

Page 58: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

46

Kepimpinan peribadi menekankan kepada pembinaan akhlak

dan sifat-sifat utama sebagai insan atau individu. Kepimpinan

persilatan memberi tumpuan kepada ilmu pengetahuan, kepakaran

dan keyakinan diri terhadap persilatan Silat Cekak. Kepimpinan

organisasi melibatkan elemen-elemen manusia, teknikal, struktur dan

sistem. Gabungan ketiga-tiga bentuk kepimpinan itu membolehkan

Ustaz Hanafi menjadi seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat

untuk memimpin anak-anak muridnya secara optimum bagi mencapai

misi dan visi persilatan dan persatuan Silat Cekak.

Bidang Pendidikan.

Dalam bahasa mudah, pendidikan ialah perihal mendidik.

Perkara yang dididik adalah bermaksud pendidikan. Banyak tafsiran

mengenai pendidikan. Untuk memudahkan kefahaman kita,

pendidikan boleh kita maksudkan sebagai menyatakan sesuatu

kepada seseorang yang tidak mengetahui hingga mengubah

pengetahuan orang itu daripada tidak tahu kepada mengetahui

dan mengamalkannya. Dengan maksud lain, pendidikan boleh

ditafsirkan sebagai ajaran.

Dari segi ilmiah, pendidikan pula merujuk kepada proses

yang berterusan dalam memperkembangkan lagi potensi manusia

supaya berlaku secara seimbang dan harmoni dari segi intelek,

emosi, rohani dan jasmani supaya akhirnya mereka dapat

menyumbang kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sesungguhnya, dalam persilatan Silat Cekak, segala-galanya

yang ada dan diadakan adalah berbentuk pendidikan. Maknanya,

Ustaz telah memainkan peranan penting untuk memberi pendidikan

yang pelbagai kepada anak-anak muridnya dalam tempoh

Page 59: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

47

pembelajaran Silat Cekak. Pendidikan yang ada dalam persilatan

Silat Cekak adalah secara formal dan secara tidak formal. Saya

dapat simpulkan bahawa pelajaran Silat Cekak itu sendiri boleh

ditafsirkan sebagai pendidikan formal manakala segala bentuk

syarahan, ceramah atau nasihat yang diberi Ustaz adalah berbentuk

pendidikan tidak formal.

Untuk memberi pendidikan berkesan, pendidik juga mesti

berkesan. Dalam hal ini, Ustaz telah berjaya memainkan peranannya

sebagai pendidik yang berkesan. Hal yang demikian kerana Ustaz

mempunyai ilmu pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai yang tinggi

yang menyumbang ke arah kebaikan bagi mendidik anak-anak

muridnya secara berkesan.

Dalam konteks persilatan Silat Cekak, Ustaz telah

menegaskan bahawa untuk menjadi pendidik dalam persilatan Silat

Cekak, guru itu mesti ada sifat amanah dan peribadi keimanan

yang sejati. Maka barulah layak menjadi guru. Guru itu juga mesti

mempunyai telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke

jalan yang diredhai Allah.”

Tanpa sifat-sifat tersebut, anak murid yang terdidik

akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong. Hal yang

demikian tidak berlaku dalam persilatan Silat Cekak. Ustaz telah

berjaya memandu dan mendidik anak-anak muridnya bersifat berbudi

bahasa, berketrampilan, mempunyai ketahanan diri dan berpegang

pada agama. Dalam persilatan Silat Cekak, sifat murni tersebut

berjaya dibentuk kerana Ustaz mempunyai kelebihan dan kebolehan

untuk mengetuai persilatan Silat Cekak.

Page 60: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

48

“..Faham akan semua peringkat baharulah seseorang itu

layak menjadi penganjur dan pemimpin silat yang sebenarnya.

Jika sekadar sampai pada kulit sahaja tanpa ‟roh‟ silat yang

sejati, ia tidak layak menerima warisan pusaka. Jika diterima jua

ia dianggap perampas kerana tidak mempunyai peribadi

amanah. Bila sudah ada amanah dan peribadi keimanan yang

sejati baharulah ia layak menjadi guru.

Jika tidak guru itu ibarat kencing berdiri, murid kencing

berlari. Belajar dengan guru demikian bermakna seseorang itu

akan menjadi bertambah jahat, bongkak dan sombong.

Sebaliknya guru yang sebenar guru (Mursyid) mempunyai

telatah dan peribadi yang tinggi, boleh memimpin ke jalan yang

diredhai Allah.”

Oleh sebab Ustaz mempunyai kelebihan sebagai seorang

pendidik dan bertepatan dengan syarat menjadi guru dalam

persilatan Silat Cekak maka terkesanlah pendidikan yang diterima

anak-anak muridnya. Maknanya, banyak ajaran atau pendidikan yang

diperoleh ahli-ahli Silat Cekak, hasil daripada ajaran-ajaran atau

pendidikan yang diberi Ustaz. Malah, kandungan isi pelajaran Silat

Cekak itu sendiri telah memberi atau membentuk pendidikan

berkesan dalam kalangan murid-murid Silat Cekak.

Ustaz juga telah memberi fokus pendidikan kepada anak-anak

muridnya yang mempunyai pelbagai ragam dan latar belakang yang

berbeza. Tahap pemikiran anak-anak muridnya juga adalah berbeza-

beza. Namun begitu, Ustaz telah berjaya memandu anak-anak

muridnya supaya mempunyai nilai-nilai murni, sesuai dengan

kebolehan mereka yang berbagai-bagai.

Page 61: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

49

Di samping itu, Ustaz juga telah berjaya mengembangkan

potensi anak-anak muridnya bukan setakat penguasaan gerak dua

tangan dan dua kaki, malah meliputi aspek intelek dan emosi.

Pendidikan yang diberi Ustaz mampu menyerlahkan keupayaan

anak-anak muridnya dalam pelbagai rupa. Cuba kita bincang sedikit

tentang kesan pendidikan yang diberi Ustaz dan kaitannya dengan

pembentukan watak dalam kalangan ahli-ahli yang mempelajari Silat

Cekak.

1. Pembentukan peribadi.

Rendah diri

Anak-anak murid Silat Cekak sentiasa dididik supaya tidak

bersifat sombong atau angkuh dengan pelajaran yang diterima.

Mereka juga dididik dengan sifat merendah diri. Malah, Silat Cekak

itu sendiri mempunyai hala tuju yang jelas dalam kefahaman dan

penguasaan gerak silat. “Silat adalah gerak. Yang bagi gerak ialah

Yang Empunya Gerak”. Maka sifat tidak berbangga diri adalah

merupakan salah satu falsafah gerak yang ditanam Ustaz dalam

kalangan ahli-ahli persilatan Silat Cekak.

Sifat matang

Setiap penuntut dididik supaya memahami tanggungjawab

dan memahami hak masing-masing dalam persilatan dan persatuan.

Mereka diyakinkan atas tanggungjawab itu secara rasional. Tidak ada

paksaan dan tidak ada tindasan. Di sinilah lahirnya sifat kematangan

yang melambangkan kesempurnaan berfikir. Kita tidak akan mudah

membuat kesimpulan ke atas diri sendiri tanpa usaha; sebaliknya

akan tetap rela mendapat tunjuk ajar dari masa ke masa.

Page 62: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

50

Kematangan adalah pendorong utama bagi meraih kejayaan dalam

pentas persilatan silat Melayu.

Kekemasan diri

Satu daripada kelebihan yang ada pada ahli-ahli Silat Cekak

ialah kekemasan diri dari segi berpakaian. Dalam Silat Cekak ada

etika berpakaian. Ustaz sentiasa mendidik anak-anak muridnya

bepakaian lengkap dan sesuai dengan satu-satu majlis. Kepimpinan

melalui teladan. Ustaz sendiri memperlihatkan kekemasan diri

sebagai seorang pemimpin yang ramai pengikutnya.

Sifat berani

Berani juga membawa maksud tabah menghadapi segala

kesulitan. Keberanian lahir setelah wujudnya keyakinan. Manakala

keyakinan ada kaitannya dengan aspek kepercayaan dan keikhlasan.

Seseorang yang bersifat berani adalah kerana telah memahami

kedudukan dan kebolehan dirinya. Ustaz memainkan peranan untuk

memupuk kebolehan pada setiap anak muridnya.

Perkara yang jelas, pelajaran Silat Cekak lebih mendidik para

penuntutnya supaya menitikberatkan segi menjaga diri supaya

terlatih dengan sifat keberanian, bukan mengganas atau

menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri, barulah

Cekak menyerang.

Corak pendidikan yang sedemikian telah melahirkan aspek

keyakinan kepada penuntut sama ada secara sedar atau tidak. Jika

kita yakin pada diri barulah boleh bertindak terhadap yang lainnya.

Inilah sifat berani yang sebenar-benarnya kerana riaksi kita adalah

Page 63: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

51

berdasarkan pemikiran dan kajian. Mereka yang bertindak

sedemikian, lebih tenang dan tidak emosional. Jika sebarang

tindakan tidak berdasarkan pemikiran, sifat mereka adalah

menceroboh. Mereka tidak dapat menguasai diri dan hanya menurut

hawa nafsu.

Sifat bertanggungjawab

Konsep silat yang dibawa Ustaz mendidik ahli-ahlinya lebih

bersifat bertanggungjawab. Silat Cekak bukanlah sejenis silat untuk

permainan atau untuk pertunjukan. Silat Cekak mempunyai kaedah-

kaedah yang tetap, lengkap dengan buah-buah pukulan yang cukup

serta kunci-kunci tangkapan yang tidak perlu dipersoalkan.

Pembelajarannya meliputi aspek menunggu serangan dan

menyerang sama ada dengan tangan kosong atau apabila musuh

menggunakan senjata. Konsep pembelajaran yang sedemkian

membuktikan bahawa Silat Cekak boleh dan sesuai dijadikan silat

yang bertanggungjawab terhadap diri penuntut.

Bagi mempastikan diri sendiri benar-benar dapat

bertanggungjawab, para penuntut telah dididik supaya sanggup

menghadapi berbagai macam kepayahan. Segala kepayahan yang

ditempuh menjadikan ilmu yang dipelajari sungguh bernilai dan

bermakna. Akhirnya menjadikan diri lebih bertanggungjawab.

Pemikiran rasional.

Ketika memulakan kelas, ramai penuntut tertanya-tanya. Kita

tidak memulakan pelajaran dengan sebarang jenis upacara. Ketika

berlatih, jika ada yang terseliuh atau tercedera, tidak ada rawatan

segera berdasarkan jampi yang boleh menyembuhkan kecederaan.

Page 64: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

52

Dalam hal ini ahli-ahli Silat Cekak dididik supaya mengakui hakikat

sebenar tanpa bersumberkan faktor khayalan. Hal yang demikian

adalah bersesuaian dengan perjuangan Silat Cekak seperti yang

termaktub dalam perlembagaan iaitu untuk membasmi ilmu tahayul

dan kurafat yang terdapat dalam ilmu persilatan Melayu.

Para penuntut Silat Cekak telah dididik kepada pemikiran

yang tepat dan rasional serta bernas. Perkara luar biasa yang

diperoleh secara belajar dan terpaksa menjadi ahli, erat kaitannya

dengan ilmu sihir. Penuntut Silat Cekak telah dididik supaya berhati-

hati dengan menggunakan akal fikiran yang diberi Allah. Jika setakat

berkebolehan mengeluarkan batu aked dari celah jari atau cincin

tembaga secara ghaib, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tidak

menarik. Sebaliknya, jika mereka berkebolehan mengeluarkan batu

berlian, intan atau permata atau cincin emas dan boleh diberi secara

percuma maka patut sangat kita memberi perhatian. Kita harus

bersifat kritis. Bak kata Ustaz dulunya, “Jika mereka berkebolehan

melalui perantaraan malaikat maka masalah komunis, rampasan

bangunan AIA oleh Tentera Merah Jepun dan sebarang ancaman

negara dapat dibenteras dengan senang dan sekelip mata.”

Sebagai pengamal Silat Cekak, Ustaz telah mendidik anak-

anak muridnya supaya berfikiran tepat dan usaha ini sentiasa

terpupuk dan dipupuk dari masa ke masa. Biarlah berpijak di bumi

nyata. Dapatkan kemahiran melalui kebolehan dua tangan dan dua

kaki yang dianugerahi Allah. Didikan yang sebegitu adalah lebih

selamat, lebih logik dan lebih rasional.

Page 65: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

53

2. Pembinaan Keupayaan.

Hubungan akrab sesama rakan dalam persilatan Silat Cekak

adalah merupakan teras kepada pembinaan keupayaan. Kehebatan

Silat Cekak juga kerana wujudnya suasana kerjasama dan juga

komitmen bersama untuk melakukan kerja. Hasil kesepaduan antara

Jurulatih dan para penuntut yang dilatihnya, telah banyak membantu.

Kehebatan Silat Cekak amat terserlah ekoran dari sifat Jurulatih yang

memainkan peranan yang bermakna secara aktif dalam mencari dan

menambah ilmu dari Ustaz. Kita dapat merasakan betapa Silat Cekak

telah dijadikan Ustaz sebagai sebuah komuniti pembelajaran.

Pembelajaran para Jurulatih mendapat perhatian yang serupa

dengan pembelajaran murid-murid Ustaz yang lain. Kelas-kelas

kemahiran telah dianjurkan Ustaz dan Ustaz sendiri yang

mengendalikannya.

Usaha-usaha yang dilakukan Ustaz untuk membina

keupayaan itu maka kesannya ialah pelbagai pihak dalam persatuan

telah dapat meyumbang dalam penambahbaikan dan kemajuan

persatuan. Maka wujudlah satu suasana yang menyenangkan dalam

persatuan Silat Cekak. Semua ahli yang ada adalah mempunyai hak,

tanggungjawab dan keupayaan untuk memberi sumbangan pada

perkembangan persilatan dan persatuan Silat Cekak.

Sesungguhnya, pembinaan keupayaan adalah melibatkan

pembinaan hubungan, pembinaan kepercayaan dan pembinaan

komuniti dalam persilatan dan persatuan Silat Cekak. Hal yang

demikian adalah merupakan satu usaha besar yang dilakukan Ustaz

untuk mendidik anak-anak muridnya supaya sentiasa mempunyai

disiplin kendiri yang mantap dan hebat.

Page 66: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

54

i. Pembinaan Hubungan.

Pada zaman Ustaz, konsep sehati dan sejiwa amat

dititikberatkan. Pembinaan hubungan akan melahirkan sifat

persefahaman. Sifat ini amat penting bagi memudahkan usaha-usaha

dalam persediaan awal membuat perancangan, menjalankan

perancangan tersebut dan seterusnya mengawal segala aktiviti yang

dirancang. Isu-isu remeh yang boleh membantutkan perancangan

boleh dihindari apabila wujudnya hubungan baik sesama ahli, tidak

kira di peringkat mana ahli itu berada. Semua ahli ada

tanggungjawabnya dan masing-masing juga sentiasa hormat-

menghormati atas sifat memelihara hubungan baik sesama ahli.

ii. Pembinaan Kepercayaan.

Hubungan baik akan memudahkan wujudnya sifat percaya-

mempercayai. Ustaz mendidik anak-anak muridnya supaya

mempunyai kepercayaan yang tinggi pada guru yang akan mendidk

mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Seterusnya, kepercayaan ini

dilimpahkan pada orang-orang kepercayaan Ustaz bagi mempastikan

hala tuju persilatan dan persatuan Silat Cekak tercapai. Malah, Ustaz

sendiri sangat percaya pada orang-orang kanannya untuk merancang

dan mengelola sebarang program persatuan bagi mempastikan Silat

Cekak terus berkembang dari masa ke masa.

Didikan Ustaz untuk mewujudkan nilai kepercayaan yang

tinggi ini telah banyak membantu perkembangan Silat Cekak secara

berkesan. Semua anak-anak murid Ustaz memberi kepercayaan

yang tinggi pada kepimpinan Ustaz untuk memimpin mereka.

Manakala Ustaz sendiri memberi kepercayaan yang tinggi pada

anak-anak muridnya atas sifat tanggungjawab yang diamanahkan

Page 67: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

55

untuk memperkembangkan persilatan Silat Cekak. Tidak perlu

sebarang penguatkuasa yang kononnya menjaga keselamatan

dek hilangnya kepercayaan.

iii. Pembinaan Komuniti.

Ustaz telah berjaya mendidik anak-anak muridnya berada

dalam satu komuniti yang hebat. Dalam komuniti itulah terbentuknya

sifat-sifat kerjasama, gotong-royong, kerja berpasukan, „main

peranan individu‟ dan pelbagai sifat lain yang melambangkan satu

rupa bentuk mayarakat silat yang tersangat berkesan.

Pelbagai pihak yang ada kaitan dengan persilatan Silat Cekak

tersangat kagum akan kelebihan masyarakat Silat Cekak. Aktiviti

yang dirancang dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan

telah dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan berkesan.

Hal yang demikian telah menyebabkan masyarakat silat Melayu

lainnya tersangat menghormati Silat Cekak yang dipimpin Ustaz

Hanafi. Sesungguhnya kemantapan komuniti Silat Cekak itu adalah

hasil didikan Ustaz Hanafi yang tidak mengenal erti jemu.

iv. Organisasi Pembelajaran.

Saya dapat simpulkan bahawa hasil didikan Ustazlah maka

menjadikan persatuan Siat Cekak sebagai sebuah organisasi

pembelajaran. Organisasi pembelajaran adalah bermaksud satu

tempat yang manusia di dalamnya sentiasa mengembangkan

kemampuan bagi mencapai hasil yang benar-benar mereka

kehendaki, satu tempat yang mewujudkan satu bentuk pola pemikiran

baru dan meluas, satu tempat yang membolehkan wujudnya aspirasi

Page 68: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

56

bersama dalam satu tempat. Di tempat itulah ahli-ahlinya sentiasa

belajar bersama-sama.

Berdasarkan tafsiran itu, kita dapat simpulkan betapa Ustaz

telah berjaya memberi didikan bagi mewujudkan suasana tersebut

hingga persatuan Slat Cekak tersangat layak dipanggil sebuah

organisasai pembelajaran. Setiap ahli yang menjadi ahli silat dan ahli

persatuan Silat Cekak sentiasa diberi peluang untuk

mengembangkan potensi gerak mereka melalui sistem pembelajaran

yang dirangka Ustaz. Dalam hal ini, Ustaz telah berjaya

memprkenalkan konsep baru dalam gerak persilatan Melayu.

Dengan adanya faktor-faktor yang saya bincangkan di atas,

telah menjadikan persatuan Silat Cekak mempunyai keupayaan yang

tinggi. Ustaz berjaya mendidik anak-anak muridnya supaya berjiwa

besar dan bercita-cita besar. Secara langsung maka keupayaan

persilatan dan persatuan Silat Cekak berjaya „ditingkatkan‟. Kalau

diumpamakan sebuah kereta maka kuasa kuda atau „cc‟ kereta itu

adalah mempunyai keupayaan yang tersangat tinggi. Beribu-ribu cc-

nya. Tekan sikit sahaja pedal minyak, berderum kereta itu meluncur

dengan laju dan lancar, tanpa tersangkut-sangkut sikitpun.

Semua lapisan masyarakat yang ada dalam persilatan dan

persatuan Silat Cekak telah menunjukkan penglibatan dan kemahiran

yang tinggi dalam menyumbang kepada penambahbaikan organisasi

Silat Cekak secara berterusan. Begitulah hebatnya peranan Ustaz

memberi pendidikan hingga berupaya membina keupayaan dalam

persatuan Silat Cekak. Usaha-usaha Ustaz itu juga telah

menyebabkan persilatan dan persatuan Silat Cekak sangat dihormati

oleh masyarakat silat yang lain.

Page 69: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

57

3. Budaya tinggi.

Satu daripada kesan pendidikan yang diusaha Ustaz ialah

wujudnya budaya tinggi dalam persatuan Silat Cekak. Budaya tinggi

adalah merupakan budaya cemerlang yang berjaya diwujudkan Ustaz

hasil didikan Ustaz dari masa ke masa. Pembinaan budaya tinggi

tidak terhad dalam kalangan orang-orang kanannya, malah meliputi

semua lapisan masyarakat yang ada dalam persatuan Silat Cekak.

Termasuk para Jurulatih, Penyelia-Penyelia Kelas, Pengerusi-

Pengerusi negeri dan ahli-ahli biasa dalam Silat Cekak.

Antara elemen-elemen penting dalam menerapkan Budaya

Tinggi, dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti yang berikut.

a. Budaya kerja cemerlang dalam kalangan Jurulatih.

Para Jurulatih sentiasa menghayati dan mengamalkan nilai-

nilai murni dan berakhlak mulia sepanjang menjalankan tugas.

Amalan-amalan ini mampu memberi contoh teladan yang baik

kepada semua komuniti persatuan dan amalan ini selari dengan

amalan yang dididik Guru Utama. Mereka menunaikan

tanggungjawab menyampaikan pelajaran Silat Cekak tanpa

mengharapkan sebarang pulangan. Penglibatan mereka adalah

bertaraf pengorbanan. Hinggakan mereka sanggup mengorbankan

perasaan keluarga terdekat demi memikul amanah atau

tanggungjawab bagi menyampaikan pelajaran pada anak didik

mereka.

Page 70: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

58

b. Budaya kerja cemerlang penjawat jawatan.

Ahli-ahli yang memegang jawatan sama ada di peringkat

pusat mahu pun di peringkat negeri, benar-benar telah menjalankan

tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi tinggi. Mereka turut

memberi sumbangan kepada kecemerlangan persilatan dan

persatuan. Merekalah kumpulan pemikir bagi mempastikan persilatan

dan persatuan Silat Cekak berkembang pesat di seluruh negara.

Jasa mereka amat besar. Mereka sentiasa berperanan untuk

memenuhi kehendak Guru Utama dan menjadikan dasar Guru Utama

sebagai panduan perancangan. Sifat mereka sentiasa jujur, boleh

dipercayai dan bersikap bersedia menjalankan sebarang tugas,

tanggungjawab atau sebarang amanah yang diberi Ustaz. Mereka

juga dididik supaya berkebolehan mencerap dan menilai segala

suasana yang ada dalam persilatan dan persatuan Silat Cekak.

c. Budaya belajar cemerlang para penuntut Silat Cekak.

Para penuntut telah dilengkapkan dengan kefahaman dan

kemahiran menggunakan dua tangan dan dua kaki. Mereka sentiasa

difahamkan akan makna gerak dan gerak itu diaplikasikan dalam

kaedah menunggu dan menyerang. Bagi tujuan itu, para penuntut

dilengkapkan dengan kemahiran gerak dan kemahiran mengurus diri

secara berkualiti mengikut jadual dan masa yang ditetapkan dalam

kelas-kelas latihan silat.

Dalam kelas-kelas latihan silat itu juga, para penuntut telah

dilatih dengan kemahiran mendengar dan memperaktikkan segala

kefahaman hasil mendengar secara yang lebih berfokus. Hal yang

Page 71: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

59

demikian bagi mempastikan kefahaman yang ada dapat

diterjemahkan dalam gerak latihan silat.

Di samping itu, mereka diterapkan dengan budaya hidup yang

mengamalkan nilai-nilai murni dan berkhlak mulia. Tindakan yang

demikian adalah bertujuan supaya mereka dapat mempersiapkan diri

sebagai seorang pesilat yang benar-benar faham tentang gerak silat

dan mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.

Dalam pembelajaran Silat Cekak, para penuntut telah diasuh

atau dididik dengan nilai-nilai murni untuk mengembangkan potensi

mereka dari segi pemikiran, emosi dan kerohanian. Di samping itu,

sesuai dengan didikan silat, para penuntut diasuh supaya menjaga

kesihatan dengan memberatkan proses sihat tubuh badan.

Di samping itu para penuntut telah diasuh dengan sifat

berbudi bahasa, sopan santun dan rendah hati. Hal yang demikian

bagi mempastikan para penuntut yang dilahirkan adalah tidak

sombong diri atau bersifat bongkak.

Kesimpulannya, Ustaz telah berjaya mencorakkan iklim,

warna serta menjadi penggerak kepada kejayaan persilatan dan

persatuan Silat Cekak. Ustaz selaku Guru Utama yang memiliki

akhlak mulia dan memiliki sifat-sifat murni yang utama telah

dipandang sebagai seorang yang berintegriti, jujur, dihormati dan

ditaati oleh semua anak muridnya.

Sokongan dan dokongan daripada anak-anak muridnya telah

menyebabkan proses penambahbaikan dan kemajuan persilatan dan

persatuan Silat Cekak dapat berkembang dengan berkesan. Bagi

mencapai tujuan ini, semua lapisan masyarakat dalam persilatan dan

Page 72: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

60

persatuan Silat Cekak telah bekerjasama sebagai satu pasukan yang

kuat dan berprestasi tinggi dengan mengamalkan budaya kerja

cemerlang.

Natijah akhirnya ialah Ustaz telah berjaya mendidik anak

muridnya hingga dapat melahirkan para penuntut yang berkualiti,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berilmu pengetahuan,

berketrampilan dan berkemahiran sebagaimana yang dihasratkan

sebagai para penuntut yang berpegang pada budaya Melayu. Maka

tidak hairanlah jika Ustaz Hanafi dianggap sebagai seorang tokoh

kepimpinan yang tiada tolok bandingnya dalam pentas persilatan

Melayu. Jasa Ustaz tersangat besar demi meningkatkan semula

kegemilangan persilatan Melayu dalam pentas dunia bela diri di

peringkat negara atau di peringkat antarabangsa.

Saya begitu tertarik tentang persoalan mengenai Ustaz yang

dikemukakan seorang ahli pada saya. Kebolehan Ustaz adakah

secara gifted atau created.

Kita mungkin boleh membuat pelbagai pendapat mengenai

Ustaz. Semuanya adalah berdasarkan pengetahuan atau

pengalaman bersamanya. Walau bagaimanapun, dalam konteks

sekarang, persoalan yang sebegitu adalah lebih baik, berbanding

dengan persoalan dulu-dulu yang berasas pada perasan dan

mungkin tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

Kalau zaman dulu-dulu, ramai yang kagum dengan kebolehan

yang ada pada Ustaz. Hal yang demikian menyebabkan mereka

memberi pelbagai gelaran pada Ustaz berdasarkan tafsiran mereka

sendiri. Ada yang mengatakan Ustaz sebagai wali Allah, ada yang

mengatakan Ustaz sebagai keramat dan sebagainya. Saya rasa,

Page 73: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

61

dalam zaman sekarang, gelaran-gelaran itu tidak menarik perhatian.

Dalam konteks pemikiran sekarang, generasi baru menuntut sesuatu

yang lebih bersifat objektif dan boleh dibuktikan. Menghubungkan

sesuatu secara luar biasa, mungkin kurang popular lagi. Malah saya

rasa, merekapun tak berminat dengan gelaran-gelaran tersebut.

Ustaz sendiri tak pernah mengakui dirinya sebagai sesekian

gelaran melainkan gelaran Ustaz. Gelaran tersebut bersepadu

dengan tugasnya sebagai Guru Utama. Ustaz lebih selesa dengan

gelaran itu. Pemikiran Ustaz lebih objektif dan berpijak di bumi nyata.

Sepanjang pergaulan saya dengannya, Ustaz tidak pernah

mengisytiharkan dirinya dengan apa-apa gelaran, semata-mata untuk

mendapatkan penghormatan dan keyakinan dari orang lain

terutamanya dari anak-anak muridnya sendiri.

Cuma, ketika di pejabat lama di Lorong Haji Sirat, Kampung

Baru Kuala Lumpur, Ustaz pernah memberi ceramah khas tentang

pengertian Sheikh. Seiring dengan ceramahnya, pengertian itu di tulis

atas papan hitam. Tempoh tulisan itu dalam jangka masa lama.

Agaknya, agar ahli-ahli benar-benar memahami tentang pengertian

dan boleh sentiasa baca dan ingat.

Ketika memberi ceramah, Ustaz memakai songkok. Itulah

sifat Ustaz. Apabila bercakap tentang tajuk-tajuk yang serius, Ustaz

akan memakai songkok. Sepanjang pengalaman saya dengan Ustaz,

ada dua kali Ustaz memakai songkok sebelum bercakap. Satu lagi

tajuk ialah mengenai kemunculan Imam Mahadi dan Dajjal.

Saya pernah mendengar syarahan Ustaz dan membaca

tulisan yang Ustaz tulis atas papan hitam tersebut. Tajuknya

Pengertian Sheikh. Pengertiannya sentiasa terpahat dalam hati

Page 74: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

62

hingga sekarang. Dalam tulisan ini, saya hanya tulis berdasarkan

daya ingatan saya yang lalu. Salinan idea Ustaz itu, entah ke mana.

Istilah „Sheikh’ bukannya merujuk khas pada nama atau

gelaran orang tertentu. Sebaliknya, istilah itu berupa konsep yang

merujuk pada sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang. Siapakah orang

itu. Pastinya orang itu adalah mereka yang memiliki sifat-sifat

berdasarkan ciri-ciri yang Ustaz pernah tulis atas papan hitam

tersebut. Ada ciri-ciri itu maka layaklah mereka bergelar sheikh.

Berdasarkan kefahaman dan daya ingatan saya, ada

beberapa ciri bagi pengertian seorang sheikh. Orang yang bergelar

sheikh itu mestilah mempunyai sifat sentiasa bercakap benar.

Cakapnya serupa bikin. Apa yang ada dalam hati maka itulah yang

dikeluarkan melalui mulutnya. Orang-orang yang sebegini adalah

kurang popular. Rupa-rupanya, bercakap benar atau bercakap

secara terus terang, amat tidak digemari oleh orang ramai.

Dalam konvensyen persilatan Melayu di Universiti Sains

Malaysia (USM), Pulau Pinang, Ustaz ada membentangkan kertas

kerja berkaitan dengan Silat Cekak. Pembentangan secara berani

dan terus terang itu telah mula menarik perhatian silat-silat lain pada

Silat Cekak. Persilatan lain mula „membenci‟ Silat Cekak yang

dipimpin oleh seorang guru yang berani dan bersikap terus terang.

Ekoran Konvensyen itulah maka timbulnya polimik dalam akhbar dan

dalam Dewan Masyarakat. Ustaz tabah menghadapinya dan berjaya

mengatasi sebarang kemelut dan fitnah yang ditimbulkan untuk

maksud menjatuhkan Silat Cekak.

Seorang sheikh itu, apabila bercakap maka kesan

percakapannya akan menusuk hingga ke „tulang hitam‟.

Page 75: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

63

Keberkesanan percakapannya amat besar pada pendengar. Tentulah

isi percakapannya adalah berkaitan dengan panduan hidup di dunia

dan di akhirat. Bentuk huraiannya adalah secara aplikasi. Oleh itu,

apabila mendengar percakapannya, semangat yang kurang dapat

ditambahkan, motivasi diri bertambah peningkatannya dan jiwa yang

lesu dapat dipulihkan.

Badan terasa segar, mata tidak mengantuk. Susunan

penyampaiannya adalah tersusun secara berperingkat dan mudah

untuk penerimaan pendengar secara faham dan akur.

Percakapannya “kelagi-lagi” untuk didengar hingga tak sedar waktu

penghujung. Kita akan berasa puas setelah mendengar

percakapannya. Hal yang demikian adalah merupakan santapan

rohani yang amat berkesan. Tak payah makan ubat naik semangat.

Isi percakapannya adalah praktikal dan mengenai akan diri

kita sendiri. Hal yang demikian membolehkan kita menjadikan

percakapannya sebagai panduan dalam kehidupan di dunia dan di

akhirat. Percakapan yang sedemikian bukan mudah dilakukan oleh

seseorang yang tidak berwibawa. Ramai yang hebat, tapi untuk

dirinya sahaja. Mereka gagal untuk menarik orang lain bersifat seperti

mereka. Hal yang demikian bukanlah ciri-ciri sheikh. Seorang yang

dikatakan sheikh itu adalah mereka yang dapat memandu orang lain

ke tahap yang diharapkan oleh seseorang itu.

Huraian di atas adalah berkaitan dengan sifat

diri sheikh berkenaan yang memberi kesan pada pendengar. Di

samping itu, sifat sheikh itu juga akan memenuhi kehendak

pendengar secara langsung. Apabila seseorang itu menghadapi

masalah dan berasa risau hingga hati tidak tenteram, bertemu sahaja

dengan sheikh, jiwanya akan menjadi tenang. Masalah yang

Page 76: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

64

dihadapinya dapat dirungkaikan dengan baik hingga menjadikan

masalah itu bukan lagi masalah. Penerangan yang diberi adalah jelas

dan amat menyakinkan.

Sebenarnya, taraf ketenangan yang diberi oleh sheikh itu

bukan terhad setakat mendengar percakapannya. Sebaliknya,

berjumpa atau bersua muka dengannya juga telah menyebabkan hati

kita berasa tenang dan lapang dada. Kita berasa senang dan selesa

ketika bersamanya. Tidak ada perasaan curiga atau perasaan

seolah-olah diancam ketika bersama.

Berdasarkan kefahaman saya tentang sheikh yang dihuraikan

Ustaz, ketika itu saya dapat simpulkan bahawa Ustaz adalah

merupakan seorang sheikh. Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa

Ustaz tak pernah mengisytiharkan dirinya Sheikh Tajrid. Saya saja

yang membuat kesimpulan. Saya berpendapat bahawa

sifat sheikh yang ada pada dirinya adalah tersembunyi. Hanya

mereka yang memahami dan mengetahui kelebihan Ustaz saja yang

dapat menilai kehebatannya itu. Pada „musuh‟ Ustaz, pasti akan

nampak perkara buruk sahaja. Biasalah perwatakan demikian pada

yang membenci.

Semasa saya menuntut dulu, kami dikehendaki memberi

salam pada sheikh berkenaan pada masa tidur dengan kain putih.

Sekarang telah bertukar dan Ustaz sendiri yang menukarkan lafaz

salam itu bagi memudahkan pembelajaran anak muridnya. Ustaz

pernah mengupas tentang maksud Sheikh Tajrid. Pengertiannya

ialah berbentuk konsep atau simbolik yang membawa maksud

tertentu. Hanya mereka yang berilmu dan berpengalaman sahaja

yang dapat memahami dan mengetahui akan maksud sheikh

Page 77: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

65

berkenaan. Pastinya kesimpulan itu hanya mampu dilakukan oleh

mereka yang berdamping erat dengan Ustaz.

GIFTED ATAU CREATED.

Berbalik pada soalan yang dikemukan. Pada saya, Ustaz

adalah seorang yang bersifat gifted dan talented. Lebih baiklah kita

menggunakan istilah itu daripada istilah-istilah lain yang sukar

dibuktikan; melainkan istilah sheikh yang dianggap sebagai satu

konsep yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mana yang saya

bincangkan sebelum ini. Tak perlulah kita bercelaru dengan istilah

atau gelaran lain seperti wali, keramat dan sebagainya. Pembuktian

pada gelaran-gelaran itu adalah tidak ilmiah dan banyak dipengaruhi

sifat perasan dan sesetengahnya tidak berpijak di bumi nyata.

Kesimpulan itu berdasarkan atas apa yang ada pada Ustaz.

Saya tidak lihat dari segi prosesnya hingga Ustaz bersifat demikian.

Kalau dilihat pada proses, macam-macam persoalan dan tafsiran

boleh ditimbulkan. Pengalaman Ustaz yang banyak berguru boleh

membawa implikasi bahawa perwatakan atau kebolehannya adalah

dibentuk.

Perkara pastinya, untuk mencapai ke tahap gifted dan

talented, proses pembelajarannya tetap berlaku. Pembelajaran itu

ada kaitan dengan minat yang terpupuk sejak kecil, pengalaman

hidup dan persekitaran yang ditempuh. Dalam tulisan ini saya tidak

berminat membincangkannya dari sudut demikian. Memadai saya

katakan bahawa Ustaz adalah seorang yang bersifat gifted dan

talented berdasarkan pengetahuan dan pergaulan saya bersamanya.

Page 78: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

66

GIFTED DAN TALENTED (Pintar dan Cerdas)

Saya berpendapat bahawa istilah gifted dan talented adalah

merupakan kesepaduan dua sifat yang tidak boleh dipisahkan. Dalam

Bahasa Melayu, gifted dan talented diertikan sebagai „pintar cerdas‟.

Pintar adalah merujuk pada akal hebat yang dianugerahi Tuhan,

manakala cerdas adalah merujuk pada kebolehan semula jadinya.

Bila kedua-dua sifat itu dipupuk, maka hebatlah orang itu.

Sebaliknya, kalau dipupuk tanpa ada kebolehan semula jadi

berkenaan, tahap pencapaiannya tidaklah berprestasi tinggi. Hal

yang demikian bolehlah kita lihat di sekolah. Pelajar yang telah ada

sifat pintar dan cerdas, apabila dipupuk maka ketrampilannya amat

hebat sekali. Sebaliknya, mereka yang tidak ada sifat yang

sedemikian, pencapaian hebatnya adalah pada satu takad yang

tertentu sahaja.

Dalam bidang nyanyian, nama-nama penyanyi hebat

seperti P. Ramlee, Sharifah Aini, Siti Norhaliza dan Sudirman,

semuanya saya anggap sebagai mereka yang berbakat iaitu talented.

Kita berasa kagum akan pencapaian mereka dalam bidang seni

suara. Suaranya amat merdu. Dengan sedikit latihan, bakat itu

mudah diserlahkan. Tentunya hal yang demikian berbeza dengan

penyanyi umum yang lain. Mereka akan tenggelam timbul mengikut

situasi dan musim. Ada antara mereka yang ghaib terus walaupun

satu ketika dulunya amat terkenal dalam bidang itu. Sesaja saya

ambil contoh bidang nyanyian.

Dalam tulisan ini, saya lebih suka menggunakan istilah gifted

dan talented. Tafsiran Gifted adalah merujuk pada potensi.

Page 79: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

67

Kebolehan berfikirnya adalah lebih tinggi daripada orang lain dalam

beberapa bidang. Bukannya tertumpu pada satu bidang sahaja.

Manakala istilah Talented adalah merujuk pada bakat iaitu

mereka yang mempunyai kemahiran yang lebih tinggi, berbanding

dengan mereka yang bergiat dalam satu-satu lapangan. Maknanya,

orang yang talented, mempunyai kemahiran yang luar biasa dalam

satu-satu lapangan tersebut.

Kesimpulannya, kita boleh mengatakan bahawa orang

yang gifted dan talented itu adalah mempunyai kelebihan dalam

kebolehannya. Oleh sebab Ustaz Hanafi saya anggap sebagai gifted

dan talented, maka dalam tulisan ini, saya akan buktikan

kehebatannya atau kebolehannya berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman saya bersama dengannya.

Pembuktian tersebut adalah berdasarkan sudut pandangan

saya dalam empat aspek utama. Aspek-aspek itu ialah dalam

intelektual, daya kretivitinya, ekspresi diri dan aspek sosial dan

kepimpinan. Sesungguhnya, Ustaz mempunyai kelebihan dalam

kebolehannya. Saya akan bincangkan ciri-ciri yang ada dalam aspek

berkenaan dengan mengambil kira contoh yang ada pada Ustaz.

Gifted dan talented dalam intelektual.

Saya berpendapat bahawa kebolehan intelek Ustaz adalah

tinggi. Pandangan yang diberi Ustaz dapat dihurainya dengan jelas

dan mudah difahami serta logik sifatnya. Pendapat Ustaz dapat

dijadikan sandaran ketika berbincang. Malah, ada yang menjadikan

pendapat Ustaz itu sebagai „peluru‟ ketika berbahas pada satu-satu

tajuk tertentu. Tidak hairanlah saya dapati bahawa Ustaz sering

Page 80: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

68

dikunjungi orang-orang politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan

untuk mendapatkan pandangan. Kerap kali saya bersua dengan

kunjungan mereka tersebut ketika balik awal dari kuliah.

Kebolehan istimewa Ustaz tidak terikat dalam satu-satu

bidang. Walaupun Ustaz memberi tumpuan dalam bidang persilatan,

kebolehannya juga terserlah dalam bidang yang lain. Saya hanya

menyentuh beberapa bidang yang menonjolkan kehebatannya.

Umum mengetahui bahawa gelaran Ustaz itu memberi

maksud ketinggian ilmunya dalam bidang agama. Memang sesuai

Ustaz memakai gelaran tersebut. Dalam konteks masyarakat Melayu,

gelaran Ustaz itu melambangkan ketinggian ilmu agama. Kalau telah

mendengar syarahannya, terasa „tawar‟ apabila mendengar syarahan

orang lain. Ustaz pernah dijemput mengambil bahagian dalam majlis

foram anjuran RTM pada satu ketika atas tajuk „Mandi Safar.‟

Ustaz juga hebat dalam bidang politik. Walau bagaimanapun

penglibatannya adalah tidak secara langsung dalam mana-mana parti

politik. Pemikirannya luas dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik

negara. Pandangan yang diberinya amat jelas dan mudah difahami

serta mudah bagi kita menyetujuinya. Setuju bukan kerana

kedudukannya sebagai Guru Utama, sebaliknya penjelasan yang

diberi adalah menyakinkan dan mudah diterima. Beliau pernah

terlibat dalam beberapa pergerakan politik sebelum menjalankan

tugas sepenuh masa dalam bidang persilatan.

Hal yang demikian tidak menghairankan kita apabila Ustaz

berjaya menyusun jentera persatuan berjalan dengan kemas dan

teratur berdasarkan pengalamannya berpersatuan. Ustaz berjaya

meletakkan batu asas yang kukuh bagi menonjolkan kemasyhuran

Page 81: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

69

Silat Cekak untuk masa-masa seterusnya. Kalaulah kita tidak

berpecah, adatnya saya yakin bahawa Silat Cekak akan menguasai

keseluruhan pergerakan silat dalam tanah air kita ini.

Kehebatan Ustaz juga tertonjol dalam bidang perubatan

tradisional. Hal yang demikian tidak menghairankan kita kerana Ustaz

pernah terlibat dalam kegiatan perubatan trasional. Saya tidak ada

pengetahuan banyak tentang kegiatan Ustaz itu. Akan tetapi saya

pernah melihat Ustaz menimbang bahan-bahan untuk membuat ubat

semasa kunjungan saya ke rumahnya.

Pengetahuan Ustaz dalam hal-hal yang berkaitan dengan

pelbagai budaya masyarakat Melayu adalah tidak dapat dinafikan.

Pengetahuannya tentang ilmu-ilmu megah yang diamalkan oleh

masyarakat kita adalah amat luas. Begitu juga dengan bidang-bidang

lain yang berkaitan dengan adat budaya masyarakat Melayu.

Sebenarnya, kelebihan intelek Ustaz amat luas dalam banyak

bidang. Kata-katanya bernas dan mudah diterima secara pemikiran

biasa yang ada. Tidak hairanlah saya perhatikan, walaupun ada yang

menentang kepimpinannya, akan tetapi pemikirannya tetap diakui

dan diterima pakai. Ustaz dikenali sebagai seorang yang bijak. Itulah

lambang seorang tokoh yang bersifat gifted dan talented.

Gifted dan talented dalam kreativiti pemikiran dan tindakan.

Pemikiran dan tindakan Ustaz adalah sangat kreatif. Kadang

kala kita tidak mencapai ke tahap pemikiran tersebut. Ketika

mengambil satu-satu tindakan yang cepat dan tegas, Ustaz tidak

suka berbincang. “Ikut saja. Jangan banyak tanya.” Ustaz tahu apa

yang dilakukan.

Page 82: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

70

Nampak semacam kepimpinannya bercorak mutlak ataupun

autokratik. Sesungguhnya hasil daripada tindakan yang dilakukan

sedemikian amat dikagumi dan ternyata kebekesanannya. Tidak

semestinya stail kepimpinan secara demikian tidak baik. Dalam

keadaan-keadaan tertentu, stail kepimpinan berkenaan adalah tepat

dan amat berkesan. Ustaz telah berjaya membuktikannya.

Pada kesimpulan saya, Ustaz mempunyai kebolehan yang

amat kreatif dalam menghadapi atau menyelesaikan sebarang

masalah. Tindakannya bersifat tenang, tabah dan tekun dalam

menyempurnakan tugasan mental yang mencabar tersebut. Itulah

sifat orang yang bergelar gifted dan talented. Ustaz memilikinya.

Ketika awal perkembangan Silat Cekak, kita menghadapi

cabaran dari silat-silat Melayu lain yang kebanyakannya bersifat

dengki dan curiga. Pelbagai usaha dilakukan mereka bagi

„menguburkan‟ Silat Cekak. Usaha-usaha itu sering menemui

kegagalan akibat tindakan Ustaz yang berkesan.

Saya pernah menulis tentang kreativiti Ustaz menyusun

strategi untuk menghadapi peristiwa “Mat Empat Puluh Satu” dan

pertemuan dengan saingan silat kita yang dianjurkan oleh pertubuhan

silat yang berpengaruh ketika itu. Tujuan jahat mereka itu hanya satu.

Ingin „melenyapkan‟ ketokohan Ustaz dalam bidang persilatan.

Namun begitu, mereka gagal untuk memusnahkan masa

depan Ustaz dalam bidang persilatan. Sebaliknya, Ustaz semakin

bangkit dan meneruskan perjuangan bagi menyebarkan Silat Cekak

ke serata negeri. Sesungguhnya, Silat Cekak terus berkembang

pesat dalam situasi, ada pihak-pihak lain yang cuba melenyapkan

Page 83: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

71

kehebatan Silat Cekak. Lagi banyak cabarannya maka lagi hebat

perkembangan Silat Cekak.

Jelas menampakkan pada kita betapa Ustaz mempunyai daya

pemikiran dan tindakan hebat yang sangat kreatif. Tahap

pemikirannya berada pada tahap tinggi. Contoh yang lain, tatkala

kebanyakan silat Melayu menyusun strategi untuk masuk ke kem-

kem askar atau ke pusat latihan polis, Ustaz mempunyai daya

kreativiti yang lain tentang perkembangan Silat Cekak. Ustaz

menyusun strategi untuk bertapak di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kesan pada tindakannya itu sangat hebat untuk jangka masa

yang panjang. Para siswa dan siswi yang menamatkan pengajian

mereka akan bertebaran ke seluruh negara. Mereka pula menjawat

jawatan-jawatan tinggi yang mempunyai pengaruh atau kuasa dalam

bidang yang diceburi. Hal yang demikian telah memberi sumbangan

yang amat besar dan amat berkesan dalam perjuangan untuk

menyebarkan Silat Cekak ke seluruh pelusuk negara. Sesungguhnya,

kejayaan Silat Cekak ketika ini adalah hasil tindakan dan pemikiran

Ustaz yang kreatif tersebut.

Dalam masa awal perkembangan Silat Cekak, pelbagai silat

Melayu lain juga berlumba-lumba untuk menonjolkan silat masing-

masing. Penonjolan silat itu dikaitkan dengan penonjolan gurunya.

Guru-guru tersebut mempunyai pelbagai nama dan gelaran seperti

mahaguru, sheikh, kiyai dan sebagainya. Pemakaian nama-nama

tersebut adalah salah satu cara untuk maksud penonjolan diri. Begitu

juga dari segi penampilan diri. Pakaian mereka „berbelit-belit‟ dengan

„ikatan tradisi‟. Ada yang memakai tongkat yang dikatakan sakti

dengan lambang-lambang yang „menggerunkan‟. Ada yang memakai

tangkal di lengan dan pelbagai bentuk ketrampilan diri yang lain.

Page 84: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

72

Suasana yang demikian tidak mempengaruhi daya pemikiran

dan tindakan Ustaz. Beliau hanya memakai gelaran Guru Utama.

Walau bagaimanapun, pakaiannya lebih kemas. Ustaz jarang

memakai pakaian Melayu yang bersamping lengkap dengan

tengkoloknya melainkan dalam upacara rasmi mengenai silat.

Sebaliknya dalam majlis-majlis persilatan yang lainnya, Ustaz akan

memakai kot. Jelas menampakkan ketrampilan Ustaz yang hebat.

Hal yang demikian menyebabkan Ustaz dihormati dan dikagumi.

Pemimpin-pemimpin silat yang lain berasa rendah diri dan sangat

menghormati Ustaz.

Gifted dan talented dalam ekspresi diri.

Seseorang yang dianggap gifted dan talented akan dapat

menonjolkan dirinya secara semula jadi. Penonjolannya bukan

dibuat-buat. Perwatakannya tegas dan menyakinkan. Cara

berpakaian dan cara pergaulannya memperlihatkan kematangan dan

ketrampilannya. Tingkah lakunya adalah terkawal. Berbudi bahasa

dan tidak menunjukkan riak sombong. Kita akan berasa senang

ketika bersama dengannya. Perbualan bersama dengannya amat

menyenangkan. Percakapannya yang kita dengar begitu berkesan

dan menyebabkan kita dapat memberi tumpuan dan perhatian.

Pada mereka yang biasa mendengar perbualan atau

percakapan Ustaz, tentunya akan dapat merasai maksud kenyataan

saya di atas. Malah, kerap kali saya dengar bahawa setelah

mengikuti syarahan Ustaz, kita berasa tawar hati untuk mendengar

syarahan-syarahan atau kupasan tentang tajuk-tajuk agama yang

Ustaz telah sentuh. Hal yang demikian kerana syarahan Ustaz adalah

tepat dan bernas serta menyentuh kehidupan semula jadi kita. Ustaz

lebih banyak bercakap berpandukan pengalamannya. Oleh itu,

Page 85: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

73

keberkesanan syarahannya amat mendalam dan kita dapat terima

dengan hati terbuka kerana kupasannya adalah berpijak di bumi

nyata.

Ustaz memiliki bentuk komunikasi yang amat berkesan dan

mesra serta bersifat tegas. Kita akan sentiasa berasa senang dan

selamat ketika berada bersama-samanya. Ustaz sentiasa menjadi

pendengar yang baik. Walaupun kadang kala Ustaz juga melahirkan

sifat marahnya, akan tetapi sifat yang demikian mudah kita terima.

Kita boleh menganggap bahawa sifat itu lebih bercorak pendidikan.

Kita tidak akan terasa hati atau ambil hati. Malah, mungkin kita

berasa puas dan berterima kasih atas teguran tersebut untuk maksud

mengkoreksi diri.

Pernah juga orang kanannya cuba meniru sifat Ustaz yang

demikian. Memarahi murid yang membuat kesilapan. Rupa-rupanya

tindakan sedemikian tidak diterima mereka. Berbeza dengan tindakan

marah yang dibuat Ustaz. Maknanya, bukan mudah meniru-niru sifat

Ustaz untuk mempengaruhi orang lain. Ustaz pun tidak pernah

menganjur anak-anak muridnya supaya meniru akan gaya

kepimpinannya. Lain orang maka lain sifat pengaruhnya.

Kehebatan Silat Cekak adalah juga berkaitan dengan

kehebatan gurunya iaitu Ustaz Hanafi. Ustaz telah berjaya menyusun

bentuk penyampaian isi pelajaran Silat Cekak dengan begitu

berkesan. Pelajarannya mudah difahami dan amat sesuai dengan

daya pemikiran manusia yang berilmu. Hal yang demikian

menyebabkan Silat Cekak mula bertapak di bandar-bandar dan

begitu kuat di pusat-pusat pengajian tinggi.

Page 86: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

74

Malah, Ustaz telah berjaya meletakkan satu asas yang kukuh

untuk perkembangan Silat Cekak seterusnya. Itu sebab agaknya

sangat ramai yang berminat untuk meneruskan perjuangan Silat

Cekak yang ditinggalkan oleh Ustaz Hanafi. Nampak masa depan

yang cerah dengan wajah „agung‟ yang jelas. Tentangan terhadap

Silat Cekak telah tidak ada. Jadi, tak hairanlah lahirnya beberapa

orang guru yang berebut-rebut untuk menguasai perkembangan dan

perjuangan Silat Cekak yang ditinggalkan Ustaz Hanafi.

Gifted dan Talented dalam sosial dan kepimpinan.

Ustaz Hanafi juga telah dapat menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pengurus dan pemimpin dalam

bidang persatuan dan persilatan. Saya telah banyak menyentuh

tentang stail kepemimpinan Ustaz dalam usahanya untuk

memantapkan pengurusan persatuan dan mengembangkan

persilatan dengan berkesan.

Hubungannya yang berkesan dengan para ahli dan

masyarakat umum yang lain telah membuktikan daya kepimpinannya

yang hebat. Kualiti kepimpinannya adalah tinggi. Semuanya telah

saya bincangkan dalam tajuk-tajuk yang terdahulu. Apabila membuat

satu-satu perancangan yang melibatkan kepentingan persilatan,

Ustaz akan berbincang secara detail. Perbincangan itu mengambil

kira persoalan-persoalan jangkaan yang boleh ditimbulkan orang lain.

Hal yang demikian menjadikan satu-satu perancangan yang

dirancang itu adalah sungguh teliti dan lengkap bagi menghadapi

sebarang persoalan yang akan timbul. Oleh itu, satu-satu program

yang dirancang dan dijalankan, pasti akan menemui kejayaan besar.

Perancangan yang teliti juga menyebabkan sukar bagi musuh-musuh

Page 87: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

75

Silat Cekak mempergunakan kelemahan kita bagi menjatuhkan Silat

Cekak.

Stail kepimpinan Ustaz adalah sesuai dengan pelbagai

situasi. Stail kepimpinannya juga boleh berubah-rubah mengikut

keperluan semasa. Ada masanya Ustaz bersifat tegas dan ada

masanya Ustaz seolah-olah „menyerah‟. Akan tetapi semuanya ada

strategi. Pernah saya sentuh betapa Ustaz pernah memasak

makanan di bulan puasa untuk juadah ahli apabila dirasakannya

bahawa tindakan itu sesuai dengan sifat anak didiknya itu untuk

berubah perangai. Nampaknya, strategi Ustaz telah berjaya. Bukan

setakat perangainya berubah, malah telah ada cita-cita tinggi untuk

menjadikan dirinya berperanan seperti Ustaz. Terbukti, nampaknya.

Seperti yang saya nyatakan juga, Ustaz selalu menimbulkan

suasana supaya kita sentiasa berfikir sebelum menerima sesuatu

ilmu pengetahuan, termasuk bidang persilatan. Saya juga telah

menyentuh hal yang berkenaan dengan contoh-contohnya sekali.

Bukan mudah kita berjumpa dengan orang yang bersifat demikian.

Mereka yang bersifat demikian adalah merupakan seorang pemimpin

yang inginkan orang lain hebat dan berkebolehan seperti mana

dirinya sendiri. Sesungguhnya, Ustaz berjaya berbuat demikian. Tapi,

ramai yang kecundang dalam perjuangan setelah pemergian Ustaz.

Ada perjuangan lain, rupanya.

Kesimpulan.

Saya berpendapat bahawa pengenalan Ustaz sebagai

seorang yang gifted dan talented adalah lebih tepat, berbanding

dengan pengenalan-pengenalan lain. Kalau kita samakan Ustaz

dengan gelaran wali atau keramat atau lain-lain gelaran yang sukar

Page 88: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

76

dibuktikan, maka kita berbicara lebih banyak berdasarkan perasaan

dan perasan. Buktinya sukar dibuat. Penerimaan orang lain juga akan

menjadi pelbagai. Ada yang senang menerima bandingan tersebut

dan ada yang berasa ragu-ragu. Lebih baiklah kita membandingkan

Ustaz secara ilmiah iaitu berdasarkan teori-teori moden yang mudah

diterima dalam zaman moden ini.

Oleh itu, pada pendapat saya berdasarkan beberapa isi

perbincangan di atas, saya menganggap bahawa Ustaz adalah

bersifat gifted dan talented. Bukan mudah untuk orang lain

meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Ustaz. Bandingan tetap

ada. Ahli-ahli akan sentiasa membandingkan kepimpinan berikutnya

berdasarkan kepimpinan yang pernah ditunjukkan Ustaz.

Itu sebabnya kepimpinan berikut tetap menggunakan istilah

Pusaka Hanafi. Hal yang demikian adalah kerana ilmu yang

ditinggalkan Ustaz adalah mantap dan berada pada satu landasan

yang kukuh. Tidak perlu ditokok tambah dengan ilmu-ilmu lain bagi

memperbaiki isi pelajarannya. Cuma, bukan mudah untuk menyamai

bentuk kepimpinan Ustaz yang mempunyai pengetahuan dan

pengalaman yang amat luas.

Terkenang saya ketika saya mengiringi Ustaz dalam satu

majlis. Tak salah saya ialah di ITM. Silat Cekak dipanggil buat

persembahan dalam satu majlis yang dirasmikan Tun Dr. Mahathir.

Ketika itu beliau adalah Menteri Pelajaran Malaysia. Dalam satu

majlis jamuan, Dr. Mahatihir sempat berbual dengan Ustaz. Mereka

tidak berbual panjang. Ketika itu saya berada bersama Ustaz. Antara

isi perbualan Tun yang masih saya ingat ialah pemintaannya pada

Ustaz untuk membantunya meredakan suasana yang tidak tenteram

dalam kalangan pelajar ITM ketika itu. Dalam tulisan ini saya tidak

Page 89: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjiwai Ketokohan Ustaz Hanafi

77

dapat menulis panjang kerana tak berapa ingat akan ketepatan masa

majlis pertemuan tersebut dan maksud suasana yang tak tenteram

dalam kalangan pelajar-pelajar ITM ketika itu; sekitar tahun 1976.

Yang pastinya, ketika pertemuan itu, saya ada bersama Ustaz dan

Tun Dr Mahathir. Kenangan yang saya tidak mudah lupakan.

Begitulah hebatnya ketokohan Ustaz sebagai pemimpin

utama persilatan dan persatuan Silat Cekak. Jasa Ustaz tersangat

besar bagi mempastikan Silat Cekak berada atas landasan yang

benar dan tepat. Hal yang demikian akan membolehkan Silat Cekak

terus berkembang dengan gahnya buat masa-masa seterusnya.

Gambar kenangan YM Ustaz Hanafi Haji Ahmad ketika memberi ucapan dalam satu majlis anjuran Persatuan. Turut kelihatan ialah Saudara Mohd Nasir dan Saudara Mohd Radzi Haji Hanafi.

Page 90: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Tingkat Taraf Dalam Organisasi

78

TINGKAT TARAF DALAM ORGANISASI

Adab Dalam Hubungan Pengurusan.

Saya cuba menghubungkan istilah tingkat taraf atau hiraki

dengan perkataan adab. Konsep adab sering dinyatakan Ustaz

dalam perbualan-perbualan dengan anak muridnya dari masa ke

masa. ”Orang yang tidak beradab, bermakna orang itu biadab.”

Rupa-rupanya apa yang pernah diperkatakan Ustaz tentang adab

dalam pergaulan atau adab dalam hubungan, sangat besar ertinya

apabila kita menjawat satu-satu jawatan.

Apabila saya mula terlibat dalam bidang pengurusan manusia,

barulah erti adab memberi pengertian besar pada diri saya. Saya

dapat kaitkan makna adab dan menjelaskan betapa adab sangat

berperanan bagi mewujudkan suasana harmonis dalam satu-satu

institusi atau organisasi. Susana harmonis akan membolehkan

organisasi itu maju dan mantap.

Pada kefahaman saya sekarang, prinsip beradab perlu diberi

perhatian oleh setiap lapisan dalam pengurusan sesebuah

organisasi. Adab akan memandu atau membentuk pola pelakuan

sebenar yang patut ada pada setiap ahli dalam lapisan pengurusan

tersebut. Kadang kala dirasakan seolah-olah ada garis pemisah

antara orang bawahan dengan ketuanya. Lebih tegas lagi, mereka

menganggap perlu adanya jurang hubungan antara ketua dengan

pengikutnya dek kerana keperluan beradab dalam pengurusan.

Dalam hal inilah, saya berkeyakinan bahawa pengalaman dan

pengetahuan mengendalikan manusia amat diperlukan. Jika tersilap

Page 91: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Tingkat Taraf Dalam Organisasi

79

pembawaan maka wujudlah jurang pemisah. Ketua tidak boleh

bercampur dengan pengikutnya atau pun hubungan yang wujud

hanya di tahap formal sahaja. Hal yang demikian akan terbawa-bawa

hingga pegawai berkenaan bersara. Ketika itu, jadiah mereka seperti

kera sumbang yang sukar diterima oleh masyarakat yang pernah

dipimpinnya.

Dalam bidang persilatan, adab seorang murid tentunya

berbeza dengan adab seorang Jurulatih ketika mereka bersemuka

atau berurusan. Tentunya juga adab kedua-dua kumpulan ahli

tersebut berbeza antara adab yang mereka amalkan dengan adab

yang diamalkan oleh guru. Dalam hal ini, konsep ’sedar diri’

dirasakan amat penting. Berdasarkan situasi tersebut, dalam

organisasi, kita tentunya dapat hubungkan tentang adab seorang

pekerja dengan penyelianya dan dengan ketuanya. Begitulah

sebaliknya, antara adab ketua atau penyelia dengan adab pekerjanya

ketika bersua muka atau ketika berhubung.

Jikalau adab-adab pada setiap golongan itu dilanggar,

tentunya akan rosak atau mengganggu perjalanan sesebuah

organisasi. Dalam organisasi Silat Cekak, adab yang dianjurkan

Ustaz adalah jelas. Semua lapisan ahli yang wujud dalam Silat

Cekak, perlu menghormati Ustaz sebagai Guru Utama. Setiap lapisan

ahli berkenaan perlu tahu akan kedudukan mereka. Jika setiap

lapisan ahli berkenaan gagal menentukan kedudukan masing-

masing, pastinya organisasi berkenaan akan berada dalam keadaan

pincang. Hal yang demikian telah terbukti apabila berlakunya

perpecahan sesama kita.

Page 92: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Tingkat Taraf Dalam Organisasi

80

Kita yang berada di lapisan bawah kepemimpinan Ustaz suatu

masa yang lalu, dikehendaki akur dengan segala kata-kata atau

arahan yang dikeluarkan Ustaz. Kata-kata atau arahan tersebut

adalah merupakan dasar Ustaz dan juga merupakan dasar organisasi

Silat Cekak. Mereka yang membantah dasar Ustaz tentunya kurang

disenangi dan berakhir dengan ’sayonara’. Walau bagaimanapun,

nasib yang demikian tentunya berbeza jika ahli yang berkenaan

pandai bermuka-muka. Di depan Ustaz lain pelakuan dan bicaranya,

manakala di belakang Ustaz lain pulak pelakuan dan bicaranya. Saya

tidak berminat untuk membincangkan hal tersebut.

Sifat hormat pada Ustaz selaku ketua organisasi adalah

pelbagai. Dalam proses hormat murid terhadap gurunya maka

lahirlah pelbagai istilah yang berkaitan. Antara istilah yang popular

ialah ’taksub’. Pastinya istilah tersebut berbentuk tafsiran pada

seseorang. Lain orang maka lain pula maksud taksub yang ada. Ada

yang menganggap diri seseorang itu taksub, pada hal orang itu

menafikannya.

Dalam konteks organisasi, hormat pekerja atau orang

bawahan pada ketuanya, sering dihubungkan dengan istilah ’bodek’.

Istilah itu juga banyak dipengaruhi oleh tafsiran sendiri. Biasanya

tafsiran itu ada kaitan dengan perasaan iri hati atau perasaan benci.

Bila benci pada ketua maka seseorang itu cuba mengheret orang lain

supaya turut membenci. Jika tidak berbuat demikian dan jika

seseorang itu terus-menerus berhubung dengan ketua maka akan

mudahlah perkataan bodek ditujukan pada orang tersebut.

Walaupun Ustaz dilambangkan sebagai seorang yang paling

berkuasa, namun begitu hubungannya dengan orang lain tidak

Page 93: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Tingkat Taraf Dalam Organisasi

81

dibataskan dengan satu tembuk pemisah, walaupun konsep adab

sangat ditekankan dalam persilatan Silat Cekak. Ustaz masih boleh

berseloroh, gelak ketawa atau mengeluarkan kata-kata lucu ketika

berhubung dengan anak muridnya. Ternampak kemesraan antara

beliau dengan mereka yang berada di sekelilingnnya. Jelas pada

saya betapa Ustaz masih boleh memisahkan antara perwatakan

ketika menjalankan tugas hakiinya dengan watak atau sifatnya ketika

membuat hubungan dengan ahli yang lain sewaktu berada di luar

tugas.

Dalam konteks menjalankan tanggungjawab di sesebuah

organisasi, tentunya kita pernah mendengar komen-komen tentang

ketua. ”Masa bertugas dia ketua, masa luar tugas, dia boleh menjadi

kawan biasa.” Kenyataan tersebut sering kita dengar daripada

pegawai-pegawai atasan kita atau komen-komen yang diberi pada

mereka. Pada saya, berhati-hatilah dengan kenyataan tersebut jika

ingin mengamalkannya.

Ramai yang bercakap atau berpegang pada kenyataan itu

kerana ingin membuktikan betapa dirinya boleh bergaul dan bersifat

tolak ansur. Semua pelakuan yang dilakukan adalah untuk menarik

minat orang bawahannya supaya menghormati atau mentaatinya.

Sepanjang pengalaman atau pemerhatian saya, ramai yang gagal

untuk menjadikan dirinya sebagai seorang yang berwibawa.

Kewibawaannya tercabar apabila arahannya gagal dipatuhi dengan

berkesan dalam kalangan pengikut atau orang bawahannya.

Semuanya gara-gara sifat kemesraan yang melampau.

Dalam hal ini, saya tetap berpendapat betapa adab sentiasa

perlu dijaga sama ada ketika bertugas atau di luar tugas. Gagal

Page 94: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Tingkat Taraf Dalam Organisasi

82

berbuat demikian, biasanya mengundang petaka. Cuba kita

bayangkan betapa seorang ketua yang tegas dan serius ketika

menjalankan tugas. Selesai tugas, melepak bersama-sama rakan

sekerja dengan helai ketawa sambil berkongsi rokok dan pelbagai

pelakuan lain yang tidak ada batasan adab lagi. Mereka ini seolah-

olah mempunyai dua sifat yang berbeza mengikut suasana. Sama

agaknya dengan sifat binatang yang boleh mengubah warna badan

mengikut keperluan. Saya tidak akan mengulas panjang tentang

situasi tersebut kerana hal yang demikian tersangat asing pada

perwatakan saya.

Saya berkeyakinan, mereka yang bersifat dua alam tanpa

kawalan adab akan mengalami sedikit kesusahan untuk menegaskan

sesuatu tindakan. Mungkin mereka berjaya mewujudkan kemesraan,

tetapi tetap terdedah pada riaksi yang kurang menyenangkan

daripada ahli yang dipimpin. Sekurang-kurangnya dari sudut target

yang ingin dicapai sama ada dari segi target masa atau target

keberhasilan.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi bersama ahli-ahli Seni Silat Cekak sempena Program Hari Keluarga Silat Cekak Kulim yang diadakan di Kuala kangsar, Perak.

Page 95: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

83

STAIL DALAM KEPEMIMPINAN

Saya masih ingat tentang amalan berbincang bersama

dengan Ustaz ketika saya berada sebagai ahli jawatankuasa pusat.

Dalam perbincangan biasa terutama yang berkaitan urusan seharian,

menampakkan peranan Ustaz lebih sebagai seorang fasilitator atau

sebagai pemudahcara. Nasihat yang diberi adalah dalam pelbagai

bentuk bagi membolehkan para anak muridnya membuat pilihan

dalam penyesuaian antara diri dengan saranan-saranannya itu. Hal

yang demikian juga memberi peluang kepada anak muridnya supaya

membuat keputusan sendiri secara berpandu.

Begitu juga dalam bidang pengurusan semasa mentadbir

sebuah organisasi. Berdasarkan pengalaman saya bersama Ustaz

dalam barisan kepimpinan persatuan, perbincangan dilakukan dalam

konsep musyawarah. Ahli-ahli jawatankuasa tetap berpeluang untuk

mengeluarkan pendapat atau mengemukakan bantahan. Walhal,

Ustaz boleh menentukan sesuatu dengan hanya mengeluarkan kata-

kata tegasnya sahaja. Namun begitu perkara yang demikian tidak

berlaku dengan sewenangnya-wenangnya dalam pengurusan

organisasi yang Ustaz pimpin.

Kerap kali dalam satu-satu mesyuarat yang diadakan

bersama Ustaz, ahli-ahli jawatankuasa yang tertentu

membentangkan kertas kerja untuk maksud perbincangan. Akhirnya

kata putus ditentukan melalui undian atau keputusan sebulat suara.

Biasanya bentuk-bentuk mesyuarat yang sedemikian adalah

berdasarkan kerja-kerja harian biasa atau program-program

persatuan yang biasa, tapi perlu dibincangkan dalam satu mesyuarat

ke mesyuarat yang lain.

Page 96: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

84

Walau bagaimanapun, saya dapat lihat betapa dalam

suasana pengurusan yang serius, watak Ustaz boleh beralih sifat dari

segi kepemimpinan. Kepimpinan secara mutlak boleh menggantikan

kepimpinan bercorak demokratik. Itulah istilah kepemimpinan yang

saya gunakan berdasarkan pandangan peribadi saya. Saya

mentafsirkan bentuk kepemimpinan tersebut untuk merujuk stail

kepimpinan yang diamalkan, berdasarkan pengalaman saya sendiri

bersama Ustaz. Rujukan saya adalah berdasarkan kefahaman dan

tafsiran saya tentang bentuk kepemimpinan yang berkenaan.

Dalam konteks kepemimpinan secara mutlak, semua arahan

adalah merupakan dasar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Dalam

konteks beberapa peristiwa yang berlaku dalam pengurusan

organisasi kita, saya dapat lihat beberapa contoh yang boleh dikongsi

bersama dengan para pembaca. Apabila stail kepemimpinan itu

dilaksanakan, semua orang kanan Ustaz, lebih-lebih lagi para

pengikut yang lain, perlu akur dan menyusun strategi bagi

mempastikan arahan Ustaz itu menjadi kenyataan. ’Jangan banyak

soal atau jangan banyak menimbulkan persoalan’.

Saya masih ingat satu peristiwa ketika kita diundang oleh

sebuah pertubuhan silat untuk mempertemukan Silat Cekak dengan

seteru tradisi persilatan kita ketika itu. Kalau tak silap saya, majlis

yang diadakan itu adalah bersempena dengan Konvensyen Silat

Melayu Sedunia. Sudah semestinya, asal usul silat kita dijadikan

tema utama perbincangan. Setahu saya, jemputan tersebut bukannya

ikhlas, melainkan ingin memalukan persilatan kita yang mereka

anggap bukannya asli dan bukannya hak Ustaz Hanafi.

Page 97: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

85

Ustaz menyedarinya. Saya berkeyakinan Ustaz telah

membuat tindakan dengan cara membuat arahan tanpa ada

persoalan. Arahan yang sedemikian, saya tafsirkan sebagai

kepemimpinan bercorak mutlak. Beberapa strategi telah dirangka

Ustaz. Hal yang demikian termasuklah menerbitkan satu dokumen

yang membuktikan kebenaran Silat Cekak. Semua muridnya akur

akan arahan tersebut.

Strategi Ustaz mengena. Majlis pertemuan itu telah gagal

untuk mempersoalkan keaslian Silat Cekak yang dipimpin Ustaz.

Ramai murid Ustaz berasa lega dan puas. Kemenangan dan

kebenaran telah berada di pihak Silat Cekak. Ramai yang

terkenangkan peristiwa tersebut dan mengeluarkan kata-kata, “Nasib

baik kita ikut arahan Ustaz….”

Ada banyak lagi peristiwa yang telah menyebabkan Ustaz

menggunakan kuasa penuhnya sebagai seorang ketua atau sebagai

guru atau sebagai Presiden persatuan. Ustaz tidak memberi ruang

untuk orang lain membuat persoalan. Pada pemerhatian saya, semua

tindakan tersebut dilakukan Ustaz dalam suasana yang tertentu atau

dikenali dengan perkataan popular ketika itu, “dalam keadaan sesak”.

Begitulah hebatnya Ustaz menyusun strategi dan menegaskan

supaya strategi itu diikut tanpa banyak persoalan. Stail yang demikian

saya anggap sebagai stail mutlak. Ada orang lain yang mentafsirkan

stail mutlak sebagai kepemimpinan bercorak autokratik.

Ramai juga yang menganggap bahawa kepemimpinan secara

mutlak atau secara autokratik sebagai sesuatu yang tidak baik.

Biasanya autokratik atau mutlak, dihubungkan dengan istilah kuku

besi. Orang yang bersifat mutlak cuba disamakan dengan tokoh-

Page 98: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

86

tokoh gagal seperti Hitler dan sebagainya. Namun begitu,

berdasarkan pengalaman saya mengurus sebuah organisasi, corak

kepemimpinan yang sedemikian amat banyak gunanya bagi

memancu sesebuah organisasi mencapai kehebatan.

Berdasarkan pengalaman bersama Ustaz, tindakan yang

menampakkan arahan tanpa perlu ada perbincangan atau tanpa

perlu ada persetujuan amat sesuai dalam keadaan yang tertentu.

Oleh itu, perasaan negatif terhadap arahan atau corak kepemimpinan

secara mutlak atau secara autokratik, tentunya tidak berasas dan

tidak tepat sama sekali.

Berdasarkan pengalaman, kepemimpinan secara autokratik

sangat sesuai dalam satu-satu ketika tertentu. Lebih-lebih lagi ketika

kita ingin menentukan hala tuju organisasi yang kita pimpin.

Perbincangan akan membibitkan perbalahan. Hal yang demikian

tentunya akan merugikan masa dan tenaga. Biarlah ketua atau

kepimpinan tertinggi yang menentukan hala tuju yang ingin

dibawanya. Jatuh atau bangunnya sesebuah organisasi itu banyak

bergantung pada kepemimpinan ketua yang ada. Biarlah ketua yang

menentukan hala tuju. Golongan lain tidak perlu campur tangan.

Saya beri contoh dalam kehidupan seharian kita untuk

memudahkan tafsiran kita tentang istilah mutlak atau autokratik atau

kepimpinan secara demokratik. Kalau setakat menukar jendela

tingkap maka eloklah kita menggunakan stail kepimpinan “laissez

fair” atau saya tafsirkan sebagai kepimpinan ’suka hati’. Isteri kita

yang lebih lama berada di rumah. Tidak salah kita menyerahkan

keputusan kepada beliau secara keseluruhannya. Secara bulat-bulat.

Page 99: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

87

Akan tetapi, apabila melibatkan perbelanjaan yang mungkin

beribu ringgit, maka eloklah diadakan perbincangan. Suami dan isteri

perlu bebincang bagi mendapatkan keputusan bersama. Tak boleh

biar suka hati. Kita juga tidak boleh menggunakan kuasa mutlak.

Kalau diterima, alamat berhutang. Kalau ditolak maka alamat

bersengketa beberapa hari. Maka, tersangatlah perlu diuntukkan

masa perbincangan. Oleh itu, stail kepimpinan demokratik boleh

digunakan.

Namun begitu, ketika isteri kita mengerang kesakitan untuk

melahirkan anak, kepemimpinan berbentuk suka hati atau bentuk

perbincangan telah tidak sesuai lagi. Kita perlu bertindak segera

sebelum anak keluar dari anunya. Di sinilah tindakan atau arahan

mutlak amat perlu digunakan. Kaedah autokrasi amat penting bagi

menyelesaikan segera akan masalah yang dihadapi. Mana ada masa

nak bincang-bincang. Terus dibawa ke hospital.

Dalam persilatan Silat Cekak, Guru Utama adalah merupakan

kuasa yang tertinggi. Tugasnya adalah sepenuh masa dan bersifat

profesional. Manakala orang-orang kanannya mempunyai bidang

kerja yang lain, selain bertindak sebagai Jurulatih atau pentadbir

dalam persatuan Silat Cekak. Oleh itu, kuasa mutlak guru untuk

menentukan peraturan-peraturan yang mesti diikuti dalam

persilatannya perlu diakui oleh semua lapisan masyarakat ahli yang

ada dalam persilatannya. Jangan merungut atau melahirkan

perasaan tak puas hati. Rungutan akan tidak ke mana. Lebih banyak

mengundang keburukan daripada kebaikan.

Oleh sebab guru atau pemimpin sesuatu organisasi itu yang

akan menentukan hala tuju dan peraturan yang patut diikuti, secara

Page 100: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

88

langsung kuasa pemutus dalam semua hal yang berkaitan dengan

hala tuju organisasi adalah secara dari ’atas turun ke bawah’. Prinsip

atas ke bawah adalah merupakan bentuk komunikasi yang berkesan

dalam pengurusan yang sedemikian. Orang bawahan termasuk

orang kanannya hanya menerima apa saja arahan. Mereka tidak

perlu memberi maklumat balik. Buang masa dan mengambil masa

dalam pelaksanaan sesuatu program.

Berdasarkan suasana tersebutlah menampakkan satu stail

kepemimpinan dalam kalangan mereka yang seolah-olah bersifat

mutlak atau autokratik. Saya tetap berpendapat bahawa itulah cara

yang terbaik untuk mengembangkan bidang persilatan dengan kemas

dan teratur.

Ketika saya memegang kepemimpinan cawangan tempoh

masa yang lalu, stail kepemimpinan demikian telah saya praktikkan.

Pada masa itu hanya saya seorang sahaja yang tahu tentang Silat

Cekak. Ahli jawatankuasa yang baru terlantik adalah merupakan ahli-

ahli yang baru menceburi dunia persilatan Silat Cekak. Oleh sebab

saya seorang sahaja yang mengetahui hala tuju Silat Cekak di

peringkat pusat maka di peringkat cawangan, saya berpendapat

bahawa hanya saya seorang sahaja yang layak untuk menentukan

hala tuju Silat Cekak di cawangan. Orang lain tidak boleh banyak

cakap. Ikut sahaja hala tuju yang ingin saya asaskan kerana anak

didik saya juga sependapat dengan corak pengurusan yang saya

bawa.

Semua pengikut saya tidak membantah. Semuanya menerima

bentuk kepemimpinan yang sedemikian. Cuma apabila ada dalam

kalangan anak didik saya mendapat tempat di tahap pengurusan

Page 101: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

89

yang yang lebih tinggi di pusat, maka barulah lahir sikapnya yang

tersendiri. Sikap penerimaan stail kepemimpinan saya telah mula

berubah. Umpama orang yang baru dapat bini. ”Siang malam asyik

koner baring.”

Dalam bildang pengurusan organisasi, selalu saya perhatikan

betapa sikap yang ada pada kita akan mempengaruhi sifat kita.

Biasanya, mereka yang baru dapat kuasa dan amat kagum dengan

kuasa yang ada pada dirinya, akan menunjukkan sifat kekuasaan.

Maka jadilah ’pertunjukan kekuasaan’ sebagai fokus utama.

Kekuasaan yang ditunjukkan adalah secara lisan atau melalui

pelakuannya. Pelakuan dilambangkan melalui tingkah laku yang

menampakkan kesombongan. Manakala secara lisannya, akan

melahirkan kata-kata kasar atau kata-kata yang bertujuan

menyakitkan hati orang lain.

Tidak hairanlah jika dikatakan stail kepemimpinan saya

umpama pemerintahan monarki yang mementingkan kuasa diri. Stail

saya juga dikatakan umpama raja yang sentiasa ingin disanjung.

Semua kehendak perlu dipenuhi. Pengikut saya dikatakan umpama

burung tekukur. Menurut tanpa membantah. Juga dikatakan pengikut

saya umpama ayam berak kapur kerana tidak berani membantah.

Berbalik pada mereka yang baru berkuasa di pusat dan mula

terpengaruh dengan peribahasa gila kuasa ketika saya memimpin

cawangan dulunya. Kuasa yang ada akan lebih bermakna jika

mereka berjaya menguasai cawangan-cawangan yang ada. Apabila

cawangan saya gagal dikuasai atau apabila reaksi cawangan

bertentangan dengan kehendak kepentingan diri, maka mulalah

mereka mengeluarkan pendapat atau komen. Semuanya berpunca

Page 102: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

90

akibat kegagalan mereka menguasai pengurusan cawangan saya.

Cakap mereka jarang saya ikuti. Oleh itu, terpaksalah mereka

mengeluarkan pendapat bagi kepuasan diri mereka sendiri.

Kepemimpinan mutlak yang saya amalkan, dianggap tidak baik dan

pelbagai pendapat lagi.

Saya cuba menarik perhatian para pembaca tentang isu yang

demikian untuk melihat tentang pengurusan saya secara mutlak di

cawangan. Tapi saya berpuas hati. Sepanjang pengurusan saya di

cawangan, pepecahan dalam kalangan ahli Silat Cekak tak pernah

berlaku. Keputusan dan pemikiran kami adalah sebulat. Kata putus

terletak pada saya yang bertindak sebagai pemimpin persatuan dan

sebagai Jurulatih Kanan yang juga merupakan wakil guru di

cawangan. Cawangan saya terus berkembang dengan mengekalkan

’keaslian’ fahaman Ustaz Hanafi sama ada dari segi kefahaman

fikiran atau fahaman persilatannya. Tidak mudah ’orang luar’ dapat

mempengaruhi pengurusan yang ada pada organisasi Silat Cekak

yang saya pimpin.

Apabila cawangan menjadi mantap, pengurusan cawangan

telah diserah kepada orang lain. Ketika itu telah wujud dalam

kalangan ahli pimpinan saya yang mungkin telah memahami hala tuju

persilatan dan hala tuju persatuan. Tidak pulak saya terus-menerus

mengekalkan kuasa seperti yang didakwa umpama raja. Apabila

saya menerima isyarat untuk menyerahkan kuasa, terus saya berbuat

demikian.

Kuasa mutlak saya pada satu ketika yang lalu telah berganti.

Harap-harap pengganti saya tidak mudah ditaji dan ditali. Tapi, kalau

ditali dan ditaji, di bahagian mana ye. Tak boleh jawab. Pastinya di

Page 103: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

91

bahagian atas dan bukannya di bahagian bawah yang sememangnya

ada tali dan taji.

Kegiatan dan penglibatan saya masih berterusan. Walaupun

saya pernah dilantik sebagai penasihat persatuan di peringkat

cawangan, tidak semua pandangan saya dipatuhi. Ada juga nasihat

saya yang lalu di celah kangkang sahaja walaupun saya lebih

mengetahui asal usul perjuangan Silat Cekak di cawangan saya

sejak dari puncanya. Pengurusan secara mutlak telah tidak sesuai

lagi diamalkan di cawangan yang pernah saya pimpin.

Saya kenangkan dalam tulisan ini untuk memberitahu para

pembaca tentang bahayanya sifat berseronok dengan kuasa yang

ada hingga boleh menjadikan kita gila kuasa. Orang yang gila kuasa

juga dapat dianggap cuba menjadikan dirinya berkuasa mutlak.

Sesebuah organisasi itu akan menjadi malang jika memiliki golongan

gila kuasa yang kurang pengetahuan dan kurang pengalaman.

Pemikiran mereka akan menjadi tidak luas atau tidak besar dan

sering memikir perkara-perkara yang kecil atau remeh.

Berbalik pada stail yang dikatakan mutlak atau autokratik.

Pada saya, arahan mutlak dapat mempastikan segala matlamat yang

dirancang mudah dicapai dan boleh dicapai secara cepat. Tidak

banyak masa yang digunakan untuk terus berbincang dari masa ke

masa. Perbincangan yang berlarutan akan membantutkan tindakan

segera. Pada hal, tindakan bagi mencapai hasrat tersebut boleh

dilakukan dengan cepat jika kuasa mutlak diterima pakai oleh ahli-ahli

yang ada. Kita boleh terus bekerja tanpa ada halangan birokrasi atau

memikirkan halangan-halangan yang ada.

Page 104: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

92

Berdasarkan pengalaman saya, stail kepemimpinan secara

mutlak atau secara autokrasi itu akan mendatangkan kesan yang

baik jika kepimpinan tertinggi mempunyai kelebihan-kelebihan yang

tidak dimiliki oleh anak biji buahnya. Saya lebih suka menggunakan

biji buah memandangkan anak muridnya adalah terdiri dari lelaki dan

wanita. Hal yang demikian bermaksud dalam satu-satu organisasi itu,

hanya ketua atau pengurus atau pemimpin tertinggi itu sahaja yang

mengetahui atau berpengalaman hebat, berbanding dengan dengan

ahli-ahli lain dalam organisasi yang dipimpinnya. Pengurusan secara

mutlak akan memberi kesan optimum yang sangat hebat.

Walau bagaimanapun, di sebalik kelebihan itu, pastinya ada

juga kelemahannya. Saya tidak menafikan betapa stail

kepemimpinan autokratik atau mutlak itu menghadapi risiko

kegagalan. Hal yang demikian akan berlaku jika adanya kepakaran

dan kemahiran yang tertentu pada ahli-ahli yang dipimpin.

Kepemimpinan secara mutlak mempunyai kecenderongan untuk

menafikan sumbangan mereka hingga mungkin penglibatan mereka

tidak digunakan langsung. Mereka tidak diberi ruang untuk

melahirkan pendapat. Kalau memberi pendapatpun, pendapat atau

pandangan mereka akan terketepi begitu sahaja.

Kalau sikap mereka adalah ’tak kisah’, mungkin pergolakan

dalam organisasi itu tidak akan berlaku. Sebaliknya, apabila mereka

ambil kisah, maka mulalah lahir bibit-bibit perasaan tak puas hati dari

masa ke masa. Akhirnya memungkinkan wujudnya penentangan

mereka yang selalunya dianggap sebagai orang bawahan.

Jika kita memahami prinsip kepemimpinan secara mutlak

seperti yang saya simpulkan dalam tulisan ini, maka kita bolehlah

Page 105: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

93

mengaitkan semua pergolakan yang telah berlaku dalam persatuan

kita dengan perbincangan yang saya telah utarakan. Walau

bagaimanapun, pendapat tersebut mungkin kurang maknanya dalam

perkembangan awal dunia persilatan kita.

Dalam sejarah persilatan Silat Cekak, saya berpendapat

bahawa kuasa mutlak yang ada pada Guru Utama telah dapat

diterima oleh semua lapisan ahli pada peringkat awal. Tidak ada

sesiapa yang berani membantah akan stail kepemimpinan Ustaz.

Arahan Ustaz sentiasa dipatuhi. Golongan penentang yang wujud,

telah terkubur begitu sahaja. Usaha-usaha untuk menjatuhkan Ustaz

tidak memberi kesan atau tidak mendatangkan apa-apa makna. Hal

yang demikian adalah kerana Guru Utama sahaja yang tahu tentang

alam persilatan Silat Cekak dan mengetahui hala tuju persatuan yang

ingin dibawanya ketika itu. Semua ahli berhutang budi pada Ustaz.

Kerana Ustazlah maka mereka mengenali bidang persilatan dengan

lebih mendalam. Tambahan pula, melalui Ustazlah maka para ahli

Silat Cekak lebih memahami prinsip hidup dalam kehidupan sehari-

hari.

Namun begitu, masa tetap berganti masa. Kepemimpinan

Ustaz adalah mantap dan Silat Cekak telah berkembang pesat dari

masa ke masa. Semua kegiatan yang dilakukan ketika itu adalah

berfokus untuk memenuhi kehendak Ustaz sebagai Guru Utama

merangkap Presiden Persatuan Silat Cekak. Tidak hairanlah Ustaz

dilantik sebagai Presiden seumur hidup tanpa perlunya persaingan

daripada ahli yang lain. Dari kaca mata biasa, tidak ada dalam

kalangan ahli yang boleh bersaing dengan kehebatan Ustaz,

walaupun telah mula wujud manusia yang berperasan demikian.

Page 106: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

94

Sepanjang kepemimpinan Ustaz, beliau telah berjaya

melahirkan ramai pengikut yang merupakan anak biji buahnya.

Tambahan pula pada ketika itu, golongan cerdik pandai telah mula

menceburi bidang persilatan yang dibawa Ustaz. Konsep silat Melayu

yang hanya diwarisi oleh ’orang kampung’, telah mula berubah.

Kebanjiran golongan bijak pandai dalam Silat Cekak, erat kaitannya

dengan penapakan Silat Cekak di pusat-pusat pengajian tinggi.

Mereka telah dapat menguasai persilatan dan memahami hala tuju

persatuan dengan cepat.

Ketika itu, saya dapat perhatikan betapa kuasa mutlak yang

ada pada Guru Utama mula dikongsi bersama dengan orang-orang

kanannya. Dalam hal-hal yang tertentu sahaja, kuasa mutlak Ustaz

sangat ditagih oleh kepimpinan persatuan. Mereka lebih rela agar

Ustaz sendiri yang memberi kata muktamat atau kata putus dalam

satu-satu perkara. Kepemimpinan secara mutlak atau secara

autokratik masih relaven lagi selagi kerana ahli tetap mengakui

keperluannya.

Walau bagaimanapun, ketika itu ramai juga dalam kalangan

anak murid Ustaz yang perasan betapa diri mereka benar-benar telah

memahami bidang persilatan dan benar-benar memahami tentang

hala tuju silat dan hala tuju persatuan. Hal yang demikian, telah

mendatangkan petaka setelah pemergian Ustaz. Petaka yang datang

itu semakin parah apabila mereka juga menganggap betapa diri

mereka turut memberi sumbangan besar dalam perkembangan Silat

Cekak. Maka penggunaan kuasa mutlak dalam kalangan guru

pengganti Ustaz mungkin mula tergugat kerana secara tidak

langsung stail kepemimpinan yang demikian telah mula dipersoalkan.

Akhirnya, telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pepecahan

Page 107: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

95

dalam persatuan kita apabila kuasa mutlak Guru Utama yang

berikutnya mula dipersoalkan. Saya tidak akan membincangkan lagi

tentang perkara-perkata yang berkaitan dengan pepecahan tersebut.

Cuma, saya hanya ingin kaitkan antara kuasa mutlak guru yang ada

selepas Ustaz, dengan suasana yang ada ketika itu.

Seperti yang ditegaskan, seiring dengan perkembangan Silat

Cekak, telah mewujudkan ahli-ahli Silat Cekak atau golongan-

golongan anak biji buah Ustaz yang telah memiliki pengetahuan dan

telah memahami hala tuju persilatan dan persatuan. Apabila ahli-ahli

menganggap dirinya lebih tahu tentang persilatan dan hala tuju

persatuan, maka lahirlah saingan pada kepemimpinan Guru Utama

yang ada.

Saya telah nyatakan dalam tulisan terdahulu. Satu dari kesan

pengurusan bercorak mutlak atau autokrasi ialah memungkinkan

penentangan daripada ahli yang telah ada kemahiran atau

pengetahuan yang sama seperti ketua atau pemimpin atau pengurus

pada sesebuah organisasi. Pada mereka yang berminat dengan

kenyataan saya tersebut, eloklah dibuat kajian secara terperinci.

Saya tidak berminat melanjutkan perbincangan ini.

Walau apa pun keadaan yang wujud, saya tetap berkeyakinan

berdasarkan pengalaman bahawa stail kepemimpinan mutlak atau

dikatakan sebagai autokratik, sangat sesuai digunakan dalam dunia

persilatan kita. Hal yang demikian adalah kerana ketua atau

pemimpin atau guru sahaja yang patut menentukan matlamat dan

boleh menjawab pada setiap soalan dan persoalan tentang bidang

persilatannya atas konsep tanggungjawab. Pada saya, hal yang

demikian ada logiknya.

Page 108: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Stail dalam Kepimpinan

96

Tugas Guru dalam Silat Cekak adalah satu tugas yang

profesional. Bukannya kerja separuh masa. Kehidupan guru adalah

bergantung pada dunia persilatannya. Para pengikut atau anak

muridnya tentulah ada pekerjaan lain atau memegang bidang

profesyen yang lain. Maka tentulah pengikut silatnya pasti kurang

komitmen berbanding dengan peneraju utama persilatan. Oleh itu,

apabila persilatan itu menghadapi suasana yang kritikal atau

mendesak, maka kaedah guru yang menggunakan kuasa mutlak

adalah merupakan sesuatu yang tepat dan amat sesuai.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi bersama ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Negeri Perak ketika menganjurkan pertandingan Seni Silat peringkat negeri Perak.

Page 109: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mesra

97

MESRA

Dalam satu mesyuarat yang saya hadiri bersama dengan

ketua jabatan, beliau dengan tegas menyatakan betapa pentingnya

kaki tangan menunjukkan sifat kemesraan sesama ahli organisasi

atau dengan pelanggan. Padanya, kemesraan boleh ditunjukkan

melalui senyuman. “Kita perlu sentiasa senyum dalam apa suasana

pun.” Demikianlah kata-kata tegasnya kepada kami yang juga sedang

memimpin satu-satu organisasi yang tertentu.

Sesama kami yang hadir hanya saling berpandangan dan

menguntum senyum simpul sahaja. Apa tidaknya. Cakap tidak

serupa bikin. Air muka ketua jabatan itu sendiri pun tidak mudah dan

amat jarang melahirkan senyuman kepada kami sama ada ketika

berhubung dalam mesyuarat atau dalam satu-satu majlis. Mukanya

serius. Memang tak pernah senyum. Apabila berbicara dengannya,

sering melahirkan ketegangan. Tidak ada kemesraan langsung.

Orang ketawa, beliau baru nak senyum. Itu pun hanya senyum

sumbeng. Kedekut senyum. Tapi, yang hairannya macam mana

orang seperti itu boleh mengeluarkan arahan supaya sentiasa

senyum. Pada hal, beliau sendiripun tersangat susah untuk senyum.

Arahan yang diberinya, secara langsung telah menyebabkan kami

semua yang tersenyum. Senyuman lahir dari kesimpulan kami

padanya, “Cakap tak serupa bikin.” Saya rasa, cakap tak serupa bikin

adalah merupakan penyakit yang sering melanda manusia. Lain yang

dicakap atau disaran maka lain pulak yang dilakukan.

Terkenang dengan kefahaman yang ada pada saya dalam

Silat Cekak. Senyum ada kaitan dengan mesra. Ustaz telah mengajar

kita betapa pentingnya hubungan mesra sesama ahli Silat Cekak.

Page 110: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mesra

98

Semasa saya memimpin persatuan cawangan, hal yang demikian

sangat saya ambil berat. Hubungan mesra sesama ahli adalah

merupakan satu agenda utama yang ditekankan dari masa ke masa.

Kemesraan yang ada dalam Silat Cekak dapat dilihat dalam

pelbagai perkara. Hal yang demikian termasuklah soal-soal yang

berkaitan dengan bidang persilatan atau dari sudut hubungan

kemanusiaan sesama ahli. Saya pernah membincangkan prinsip

mesra dalam tulisan-tulisan yang terdahulu.

Pada awal perkembangan Silat Cekak, Ustaz sangat

mementingkan hubungan mesra sesama ahli, terutamanya ahli-ahli

yang datang dari luar lingkungan ibu pejabat. Pada masa dulu,

perhubungan antara cawangan dengan pusat sangat jauh dan

mengambil masa. Lebuh raya belum ada lagi. Ustaz menyarankan

agar ahli-ahli di ibu pejabat mempelawa rakan-rakan dari luar KL agar

datang ke rumah. Satu bentuk kemesraan yang dianjurkan Ustaz.

Begitulah penekanan yang telah diberikan Ustaz bagi mempastikan

semual lapisan ahli yang musafir dan memerlukan bantuan, dilayan

dengan sebaik mungkin. Di peringkat cawangan, saya rasa banyak

majlis kenduri kendara anjuran ahli atau keluarga mereka yang

melibatkan ahli-ahli Silat Cekak yang lain. Tentunya keadaan tersebut

dapat melahirkan hubungan mesra yang bertambah dalam kalangan

ahli.

Budaya memberi salam dalam Silat Cekak menunjukkan

konsep kemesraan sangat diberatkan. Salam yang dilakukan adalah

berbentuk lisan atau perbuatan. Secara lisan, biasanya sesama ahli

akan menegur dengan ucapan selamat sejahtera. Manakala secara

perbuatan dapat kita lihat melalui bersalaman tangan. Bentuk-bentuk

Page 111: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mesra

99

salam yang berkenaan telah menjadi satu budaya unggul dan budaya

tinggi yang terdapat dalam Silat Cekak. Hal yang demikian

melambangkan kemesraan yang ada.

Cuma, saya perhatikan ketika ini minat pemberi salam secara

berjabat tangan, tidak menunjukkan kesungguhan. Ramai yang

memberi salam sambil lewa sahaja. Tangan dihulur tapi mata

memandang ke arah lain. Seolah-olah pada mereka, menghulurkan

tangan untuk bersalam sebagai satu bebanan. Pada saya, hal yang

demikian memperlihatkan diri mereka yang perasan hebat dan

perasan diri mereka mengatasi kehebatan penerima salam.

Sepanjang pengalaman saya, menguhulurkan tangan tanpa

memandang mata atau muka hanya dilakukan oleh mereka yang

berkedudukan tinggi atau menganggap makam diri lebih tinggi

berbanding dengan penerima salam tangan tersebut. Saya tak

pernah lihat atau alami, mereka yang berada pada golongan

’bawahan’ yang menghulurkan tangan , tapi mata memandang ke

arah lain.

Dalam silat, pastinya, pemberi salam yang tidak memandang

muka atau mata adalah terdiri dari para Jurulatih atau pemegang

jawatan tinggi yang selalu lupa daratan dan lupa lautan. Namun

begitu, pastinya apabila mereka bersalam dengan Guru Utama, mata

tetap memandang mata atau muka. Pada orang lain, belum tentu.

Apatah lagi orang itu tidak ’berkenaan’ padanya.

Dalam organisasi pekerjaan, tentunya pemberi salam yang

tidak memandang mata atau muka tersebut adalah terdiri daripada

barisan atasan atau golongan tertinggi. Tak pernah saya lihat orang

Page 112: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mesra

100

bawah yang menghulurkan tangannya kepada ketua atau bosnya

secara sambil lewa tanpa memandang mata atau muka. Di situlah

menampakkan sifat ego yang wujud dalam kalangan manusia hidung

tinggi yang kita hubungi.

Jika kita pengamal Silat Cekak, hal yang demikian tentunya

tidak mendatangkan sebarang kesan pada perasaan kita. Itulah

pendapat dan pengangan saya. Berdasarkan kefahaman Ustaz,

manusia yang hebat, semakin lama semakin merendah diri. Umpama

padi yang semakin tunduk apabila semakin berisi. Berbeza dengan

sifat lalang yang berakar umbi mencengkam buki dengan

merosakkan tanaman lain. Tapi pendiriannya tidak tetap. Condong

ikut tiupan angin. Lambang manusia yang berkepentingan diri.

Silat Cekak mengasuh anak didiknya supaya menyedari

hakikat diri. Sedar diri bermakna kenal diri. Kita sedar betapa

pangkat, kekayaan, kehebatan dan sebagainya hanya sementara dan

berbentuk pinjaman semata-mata. Kalau kita menyedari hakikat

tersebut maka secara langsung kita akan sedar diri. Apabila kita

sedar diri, secara langsung juga, sifat bongkak, pandang rendah

pada orang lain atau sebarang bentuk pelakuan negatif yang lain

dapat dihindarkan. Orang-orang jenis inilah apabila salam

menghulurkan tangan, akan tetap menghormati orang yang disalam

secara merenung matanya tanpa mengira siapa mereka sebenarnya.

Hal yang demikian juga adalah merupakan ajaran agama kita.

Kalau kita benar-benar memahami dan mengamalkan ajaran

Silat Cekak yang ditinggalkan Ustaz Hanafi, maka dapatlah kita

menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk pelakuan manusia yang

bersifat sombong atau bersifat angkuh.

Page 113: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mesra

101

Kita tentunya sering berhadapan dengan manusia yang panas

baran. Apatah lagi jika orang itu merupakan ketua kita. Sebagai

pengamal Silat Cekak, sifat panas baran mereka itu tidak akan

meninggalkan kesan takut pada diri kita. Malah kita berasa kesihan

atas sifat mereka yang tak sedar diri. Bila-bila masa saja kita boleh

’lepuk’ mereka. Tapi kita bukan jenis mereka yang baran atau

sombong tak tentu pasal. Itulah kehebatan yang ada pada pengamal

Silat Cekak.

Sebagai pengamal Silat Cekak juga, kita sering disarankan

agar sentiasa mengamalkan sifat rendah diri. Hal yang demikian

adalah bersesuaian dengan sifat bangsa kita yang sangat berbudi

bahasa. Cuma, jangan lupa akan sifat Melayu itu sendiri. Umpama

duri yang melayukan diri. Tapi jangan dipijak. Akibat buruk kesannya.

Kalau pengidap kencing manis, tentunya akan berakhir dengan

’potong kaki’.

Panas baran bukannya satu pelakuan yang baik pada

pengamal Silat Cekak. Panas baran biasanya akan mengundang

penyakit roh. Salah satu penyakitnya ialah darah tinggi. Dalam

kefahaman Silat Cekak, untuk keseimbangan pada sifat yang

’melampau’ seperti baran atau marah yang melebihi had, kita

disarankan supaya sentiasa berselawat. Banyak ajaran dan nasihat

mengenainya telah diajari Ustaz. Saya telah sentuh dalam tulisan

yang terdahulu.

Namun begitu, kita tetap disaran supaya mempunyai ilmu

isyarat. Saya beranggapan bahawa ilmu isyarat adalah penting

supaya orang tahu tentang diri kita. Air muka kita, tutur kata kita,

tingkah laku kita, semuanya merupakan isyarat pada orang lain.

Page 114: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mesra

102

Alangkah malangnya diri kita apabila ada yang mengatakan, “Aku tak

tahu tentang dirinya. Bila masa dia marah. Bila marah dia suka. Bila

masa dia benci.” Apatah lagi jika orang yang dikomen itu seorang

pemimpin dalam sesebuah organisasi atau dalam institusi keluarga

sendiri.

Dalam konteks ilmu isyarat, tak perlu menuntut beria-ria

sangat ilmu berkenaan. Tak payah penggerun. Sama ada penggerun

muka atau penggerun apa saja. Tak payah semak-semak. Cuma,

fahamkan diri. Sifat manusia pasti memiliki pelbagai sifat dan

perasaan yang umum. Semuanya kita ada. Kita ada perasaan marah,

suka, gembira dan sebagainya. Jangan simpan sepanjang masa.

Bayangkan jika anupun selalu disimpan tanpa guna. Pasti akan

pening kepala.

Tugas kita, tunjukkan atau keluarkan sifat-sifat tersebut pada

mereka yang ada di sekeliling kita pada masa-masa keperluan yang

tertentu sahaja. Jangan sepanjang masa. Namun begitu, jangan lupa

prinsip kesederhanaan. Jangan melampaui batas kemarahan,

melampaui batas kegembiraan atau melampaui batas kesukaan atau

pujian atau kejian. Sekadar memberi isyarat kepada orang lain

tentang pelakuan kita.

Hal yang demikian penting supaya orang yang berhubung

dengan kita dapat juga memahami perwatakan kita. Apabila wujud

sifat saling memahami, secara langsung kita akan berjaga-jaga

dalam konteks hubungan. Maka akan lahirlah kemesraan sesama

kita. Kemesraan yang wujud akan memudahkan kita memberi

senyuman sepanjang masa.

Page 115: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Ketegasan

103

KETEGASAN

Salah satu sifat yang dihargai oleh orang lain pada kita ialah

sifat ketegasan. Bukan mudah untuk bersifat tegas. Hubungan yang

erat sesama ahli akan menjadi penghalang utama. Kegagalan

bertegas terhadap seseorang secara adil dan dalam semua situasi

akan menyebabkan timbul perasaan tak puas hati dalam kalangan

ahli organisasi. Maka mulalah lahirnya istilah-istilah pilih bulu dan

sebagainya.

Ketegasan diperlukan dalam pelbagai bentuk. Biasanya,

ketegasan dirujuk pada keputusan atau tindakan yang kita ambil. Hal

yang demikian termasuklah ketika membuat keputusan pada

seseorang, ketika membuat keputusan pada satu-satu perkara yang

dibincangkan atau ketika menentukan hala tuju organisasi berikutnya.

Menetapkan dasar yang ingin kita laksanakan dalam kalangan ahli

juga turut memerlukan ketegasan.

Orang yang memberi keputusan dengan cepat akan

memperlihatkan ketegasannya. Setiap mesyuarat yang diadakan

untuk mengambil sebarang keputusan, akan berakhir dengan satu

keputusan yang ada. Hal yang demikian akan memperlihatkan

ketegasan yang ada pada pemimpin itu. Membuat keputusan yang

salah adalah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung.

Dalam konteks membuat keputusan dengan cepat, telah

memperlihatkan perwatakan Ustaz yang sedemikian. Lebih-lebih lagi

ketika Silat Cekak diancam oleh pelbagai pihak. Secara langsung

situasi tersebut telah memperlihatkan ketegasan Ustaz sebagai

seorang pemimpin dan dihormati oleh anak murid silatnya.

Page 116: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Ketegasan

104

Kadang-kadang saya bertanya pada diri sendiri. Selama

berhubung dengan Ustaz, adakah perhubungan itu bersandarkan

pada perasaan takut. Susah juga untuk menjawabnya. Saya rasa,

semua perasaan ada. Ada perasaan takut, ada perasaan sayang,

ada perasaan hormat dan pelbagai jenis perasaan lagi. Tapi, yang

pastinya semua ahli mempunyai satu tanggapan yang tinggi pada

Ustaz. Beliau dianggap sebagai seorang yang hebat dan mengetahui

segala macam ilmu yang berkaitan dengan ’ilmu megah’ masyarakat

Melayu.

Saya melihat Ustaz sebagai seorang pemimpin yang

mempunyai ketegasannya yang tersendiri. Ketegasaannya telah

menyebabkan semua lapisan ahli dalam Silat Cekak perlu berhati-

hati apabila berhubung dengan Ustaz atau ketika menjalankan segala

bentuk arahan yang dikeluarkan Ustaz.

Walau bagaimanapun, Ustaz mudah didekati sama ada

secara formal atau tak formal. Cuma, dalam suasana yang

memerlukan keputusan yang segera, Ustaz akan menampakkan

ketegasannya. Ketika itu, tidak ada sesiapapun yang membantah

atas segala keputusan yang beliau ambil.

Ketegasan Ustaz dapat dilambangkan melalui

perwatakannya. Janji adalah merupakan satu faktor yang amat

dipentingkannya. Setiap janji perlu dikotakan dalam situasi apa

sekalipun. Saya masih ingat lagi satu peristiwa yang berlaku di

rumahnya di Keramat. Saya ada di rumah Ustaz. Ketika itu Ustaz

sedang ’bersyarah’ dengan seorang ahli yang selama ini begitu rapat

dengan Ustaz. Walaupun saya kurang pasti isu yang dibualkan,

namun terdengar suara tinggi Ustaz yang berasa kesal kerana

Page 117: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Ketegasan

105

kegagalan ahli berkenaan menunaikan janji untuk berjumpa Ustaz

pada tarikh yang telah ditentukan. “Walaupun hujan ribut sekali pun.

Kalau dah janji mesti ditunaikan.” Itulah antara lain kata-kata yang

dikeluarkan Ustaz padanya. Banyak kata-kata lain yang saya dengari.

Saya jadikan buat panduan dan pegangan diri saya sendiri. Setelah

peristiwa tersebut, saya tidak pernah nampak muka ahli tersebut

sepanjang kegiatan saya dalam Silat Cekak.

Peristiwa yang berlaku itu benar-benar memberi kesan dalam

tindak tanduk dan pegangan saya. Ustaz bersifat tegas dengan janji

yang dilafazkan. Kalau tidak berdaya untuk menunaikan janji, lebih

baik jangan berjanji. Orang yang tidak menunaikan janji adalah

merupakan pembohong besar. Lain yang dicakap maka lain pula

yang dilakukan. Orang-orang ini melambangkan sifat tidak tegas dan

sambil lewa. Oleh itu kalau kita meletakkan satu tanggungjawab yang

besar padanya, pasti akan menemui kegagalan dalam

pelaksanaannya.

Saya dapat simpulkan, mereka yang tidak menunaikan janji

adalah petanda mereka itu tidak mempunyai sifat ketegasan. Jika

sifat ketegasan itu tidak ada maka berhati-hatilah ketika memberi

kepercayaan pada mereka. Pada anggapan saya, jika mereka diarah

atau diberi tanggungjawab untuk menjalankan satu-satu tugas atau

amanah yang besar, pasti akan menemui kegagalan. Apa yang kita

harapkan, pastinya tidak akan kesampaian. Itulah kesimpulan saya

hasil pengalaman saya bersama Ustaz yang telah ’bersyarah’ pada

ahli yang tidak menunaikan janji tersebut.

Sepanjang saya menjalankan amanah memegang

pentadbiran beberapa organisasi, soal menunaikan janji amat saya

Page 118: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Ketegasan

106

beratkan. Malah, saya telah jadikan prinsip menunaikan janji sebagai

satu kayu ukur untuk menentukan seseorang itu boleh dipercayai

ataupun tidak atas tanggungjawab menjalankan satu-satu tugas.

Orang yang sering tidak menunaikan janji, pasti akan saya ketepikan

daripada jawatan pengurus sesuatu program. Nampaknya, tindakan

saya tersebut benar-benar mendatangkan kesan yang baik pada

organisasi yang saya pimpin.

Ketika saya mewariskan jawatan tertinggi cawangan, soal

menepati janji juga saya utamakan. Harap-harap berkekalan sifat

yang sedemikian. Apa yang dijanji maka perlu dikotakan. Jangan

sesekali dikotekan.

Sesungguhnya, sifat dan sikap mengambil berat pada janji

adalah merupakan satu lambang ketegasan yang ada pada Ustaz.

Hal yang demikian telah menjadikan anak didik Ustaz sentiasa

berhati-hati ketika berhubung dengan Ustaz.

Bercakap tentang janji, tentunya saya tidak boleh melupakan

satu pengalaman bersama Ustaz. Beliau menjanjikan satu petua tapi

ditangguhkan pada satu hari yang lain. Saya menunggu begitu lama

hingga terlupa akan janji tersebut. Sehinggalah lebih kurang enam

tahun berlalu baru Ustaz tunaikan janji tersebut sebelum Ustaz pergi

buat selama-lamanya.

Satu lagi perwatakan Ustaz yang melambangkan

ketegasannya ialah, “Cakap serupa bikin”. Hal yang demikian boleh

kita lihat sama ada dalam bentuk pesilatan yang diajarnya atau tindak

tanduknya dalam konteks hubungan sesama manusia dalam

organisasi Silat Cekak.

Page 119: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Ketegasan

107

Dalam bidang persilatan, ’cakap serupa bikin’ adalah

merupakan satu kenyataan dan bukannya satu perasaan atau

hayalan. Kehebatan Silat Cekak yang dibuktikan secara lisan, boleh

diperlihatkan dalam gerakannya. Saya banyak kali menulis tentang

hal yang demikian.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan Jurulatih yang tidak

dapat menyelaraskan diri antara percakapan dengan perbuatan. Hal

yang demikian tentunya akan menyebabkan diri Jurulatih berkenaan

akan kurang dihormati. Saya boleh lihat akan kelemahan tersebut

ketika menurunkan buah-buah Silat Cekak. Sebelum mereka

membuat penerangan, biasanya Jurulatih akan memberi buah

terlebih dahulu secara pesilat menumbuk mereka. Perbuatan mereka

diperhatikan oleh para pesilat. Salah satu sifat pembelajaran ialah

pemerhatian pada pelakuan. Apa yang diperhatikan adalah lebih

banyak kesannya daripada apa yang diterangkan.

Malangnya, ketika membuat penerangan, apa yang

diperhatikan oleh persilat pada gerak mereka, berlainan dengan apa

yang diterangkan. Tentunya pesilat akan kurang berpuas hati dan

akan merujuk pada Jurulatih yang lain. Hal yang demikian akan

mendatangkan satu kesimpulan yang tersendiri dalam kalangan anak

murid silat yang dipimpinnya ke atas diri Jurulatih tersebut.

Di samping wujud kelarasan antara lisan dan perbuatan

dalam bidang persilatan, Ustaz juga memperlihatkan prinsip ’cakap

serupa bikin’ dalam tindak tanduknya sebagai seorang pemimpin.

Perkara pastinya ialah kehebatannya sendiri dalam menguasai

persilatan yang dianjurkannya. Saya ada pengalaman pada satu

peristiwa ketika Ustaz menurunkan buah potong di cawangan saya.

Page 120: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Ketegasan

108

Salah seorang pesilat cuba membuat satu gerakan yang berbeza dari

yang sepatutnya. Di situ memperlihatkan kehebatan Ustaz mengatasi

gerak yang dianggap nakal tersebut. Mungkin banyak lagi contoh

yang tidak perlu saya tuliskan di sini.

Walau bagaimanapun, ketegasan Ustaz juga sentiasa

diperlihatkan dalam tindakannya. Apabila timbul sesuatu peristiwa

yang boleh mengancam masa depan persilatan Silat Cekak, Ustaz

akan mengambil tindakan segera. Itulah lambang ketegasannya.

Banyak contoh yang berlaku dapat dirujuk bagi membuktikan kata-

kata saya tersebut. Kita boleh lihat sendiri tindakan Ustaz yang telah

merehatkan beberapa orang ahli persatuan daripada terus bergiat

dalam persilatan. Nama-nama yang berkenaan pernah saya

bincangkan dalam penulisan yang terdahulu.

Ketegasan Ustaz juga disertai dengan perancangan yang jitu.

Hal yang demikian telah menyebabkan semua pihak berasa kagum

dengan kemahiran penakulannya itu. Misalnya, ketika kebanyakan

silat Melayu belumba-lumba bertapak dalam kalangan anggota

pasukan askar dan polis, Ustaz menyusun strategi untuk bertapak di

universiti. Walaupun ada pendapat supaya menumpukan perhatian

dalam kalangan anggota polis dan tentera, Ustaz tetap bertegas

dengan pendapatnya. Sesungguhnya, strategi Ustaz mengena.

Di sebalik ketegasan Ustaz, tetap ada kelembutannya. Kita

berasa senang untuk bergaul mesra. Ustaz juga mudah didekati. Hal

yang demikian menjadikan perwatakan Ustaz dikagumi oleh semua

lapisan ahli. Maka eloklah dicontohi kehebatan Ustaz tersebut

sebagai seorang pemimpin organisasi.

Page 121: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

109

PERANAN PENGURUSAN TIGA ARAS

Sepanjang pengalaman saya mengurus sesebuah organisasi,

saya amat tertarik dengan teori Pengurusan Tiga Aras. Berdasarkan

teori ini, dalam organisasi ada tingkat taraf atau hirakinya. Bermula

dengan golongan atasan, pertengahan dan diikuti golongan

pelaksana. Masing-masing ada peranannya yang tertentu. Peranan

itu adalah jelas kerana berdasarkan lapisan yang mereka berada.

Cuba kita lihat rajah berikut bagi memudahkan kefahaman kita.

Berdasarkan teori Pengurusan Tiga Aras, pengurusan atasan

adalah merupakan ketua organisasi atau kepimpinan tertinggi dalam

organisasi. Beliau bersifat penentu dasar. Dasar yang ditentukan itu

perlu dijalankan oleh semua anggota organisasi.

DASAR

STRATEGI

LAKSANA

PENGURUSAN

ATASAN

PENGURUSAN

PERTENGAHAN

PENGURUSAN

HADAPAN

Static Motivational Dynamic

Akauntabiliti: Peranan Pengurusan Tiga Aras

Page 122: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

110

Di bawah ketua, menggambarkan peranan pengurusan

pertengahan. Mereka ini terdiri daripada orang kanan ketua atau

orang kanan kepimpinan atasan. Merekalah yang bertanggungjawab

bagi mempastikan dasar yang diharapkan oleh ketuanya menjadi

kenyataan. Golongan ini perlu mahir untuk merancang atau

menyusun strategi bagi mencapai matlamat yang dihajatkan oleh

ketua mereka. Mereka tidak boleh campur tangan atau merintih atau

melahirkan perasaan tak puas hati pada dasar yang dibentuk oleh

ketua. Jika hal yang demikian berlaku, pasti akan mengundang

hubungan tengang antara ketua dengan orang kanannya. Hal yang

demikian akan menyebabkan pengurusan organisasi akan terganggu

dan tentunya akan merosakkan perjalanan organisasi.

Lapisan ketiga dalam Pengurusan Tiga Aras tersebut,

wujudnya pengurusan hadapan. Mereka adalah merupakan golongan

pelaksana dan merupakan barisan hadapan untuk menentukan

kejayaan sesebuah organisasi tersebut.

Dalam Pengurusan Tiga Aras itu, dasar yang dibentuk oleh

pengurusan atasan akan disambut oleh pengurusan pertengahan.

Mereka yang bergelar orang kanan itu, akan membuat strategi bagi

mempastikan idaman pengurusan tertinggi akan tercapai. Strategi itu

perlu dilaksanakan. Di sinilah peranan golongan lapisan pelaksana

memainkan peranan penting. Dasar yang dibuat jika tidak dijalankan

oleh golongan lapisan pelaksana maka dasar itu hanya tinggal

sebagai dasar sahaja tanpa dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Cuba bayangkan dalam medan pertempuran. Golongan

barisan hadapan adalah merupakan askar-askar yang turun padang

untuk berjuang. Jika mereka tewas maka tewaslah negara yang

Page 123: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

111

berdaulat tersebut. Oleh itu, kesihatan dan kebajikan mereka perlu

dijaga. Kesihatan dan kebajikan akan memberi impak yang besar

pada diri mereka sama ada untuk terus bersemangat berjuang

ataupun hilang semangat dalam perjuangan.

Saya cuba kaitkan teori pengurusan tersebut dengan apa

yang ada dalam pengurusan Silat Cekak. Nampaknya teori itu

bukannya asing bagi kita. Saya rasa, kita tidak pernah mengaitkan

secara khusus akan teori tersebut dengan apa yang berlaku dalam

pengurusan organisasi Silat Cekak. Namun begitu, berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman saya menjadi pemimpin dalam

organisasi yang lain, nampaknya teori itu wujud dalam organisasi

Silat Cekak secara tidak langsung. Jelas pada saya bagaimana teori

itu telah berperanan menjadikan pengurusan Silat Cekak berada

dalam keadaan mantap ketika Silat Cekak dipimpin oleh Ustaz.

Saya cuba kaitkan semua lapisan ahli yang ada dalam Silat

Cekak dengan teori Pengurusan Tiga Aras itu. Saya dapat membuat

kesimpulan bahawa peranan Pengurusan Tiga Aras itu telah

berperanan penting untuk memantapkan pengurusan Silat Cekak

selama ini. Setiap ahli dalam Silat Cekak tahu memainkan peranan

tanpa diarah. Nampaknya peranan dan tanggungjawab yang dipikul

oleh semua lapisan ahli SC berjalan tanpa dipaksa-paksa atau

dirancang.

Hubungan setiap ahli dalam Silat Cekak dapat diumpamakan

sebagai lima jari. Setiap jari tersebut mempunyai peranan yang

tersendiri. Sekurang-kurangnya, ibu jari berperanan untuk melahirkan

perasaan suka atau tidak suka, telunjuk berperanan untuk menunjuk.

Jari hantu untuk „mengorek‟, jari manis sebagai tempat cincin dan jari

Page 124: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

112

kelengkeng untuk mengorek ruang yang ada pada diri. Apapun

alasan atau peranan yang ada, dalam Silat Cekak, semua ahli

memainkan peranan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Kebolehan seseorang ahli Silat Cekak adalah tidak sama

antara mereka. Ada yang cakap pandai, tapi kerja tak cekap. Ada

yang kerjanya hebat tapi cakap tak pandai. Namun begitu,

kebolehan yang berbeza-beza itu apabila disatukan dalam satu

kumpulan maka akan terserlah kehebatan yang ada dalam Silat

Cekak.

Berdasarkan teori pengurusan tersebut, dalam Silat Cekak

dapatlah kita buat pelambangan. Pengurusan tertinggi ialah Guru

Utama. Beliaulah yang akan menentukan hala tuju persatuan dan

persilatan yang dibentuk atau dipimpinnya. Stail kepemimpinannya

adalah berdasarkan sifat peribadinya.

Golongan pertengahan dapat dirujuk pada barisan orang

kanan Guru Utama. Pastinya mereka yang tergolong dalam

kumpulan ini termasuklah barisan exco yang akan menggerakkan

persatuan. Merekalah perancang utama untuk menggerakkan segala

dasar yang telah ditetapkan oleh Guru Utama. Oleh itu, ilmu

merancang perlu banyak dalam kalangan mereka bagi mempastikan

perancangan yang dibuat dalam persatuan Silat Cekak akan berjalan

dengan lancar dan berkesan.

Lapisan ketiga ialah kumpulan Jurulatih yang turun padang

untuk menyebarkan Silat Cekak. Merekalah yang akan menentukan

sama ada mutu Silat Cekak akan berterusan atau jatuh menjunam.

Oleh itu, golongan ini perlu dijaga dari segi ilmu dan kebajikan

Page 125: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

113

mereka. Ilmu yang sepenuhnya tentang Silat Cekak perlu diberi pada

mereka. Hal yang demikian kerana merekalah yang

bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu Silat Cekak pada

masyarakat lainnya. Termasuk juga dalam peranan mereka ialah

untuk mempertahankan Silat Cekak apabila dicabar oleh orang lain.

Itu sebabnya pada saya, lapisan ketiga ini perlu diberi

perhatian sepenuhnya oleh Guru Utama. Peranan mereka adalah

sebagai barisan hadapan bagi menyampaikan hasrat guru di

peringkat akar umbi. Kalaulah kebajikan mereka sentiasa dijaga,

dorongan untuk meneruskan perjuangan yang dihasratkan oleh Guru

Utama akan berterusan dan membara dari masa ke masa.

Dalam konteks Silat Cekak, hubungan baik dan akrab antara

golongan atasan dengan golongan pertengahan dan golongan

pelaksana sangat penting. Selama ini, hubungan yang baik sesama

ahli pada setiap lapisan dalam Silat Cekak telah mewujudkan

suasana hormat dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi pada

Guru Utama. Hal-hal yang berkaitan dengan perasaan tak puas hati

telah dapat dihindarkan. Maka barulah buat kerja menjadi seronok.

Masing-masing tahu akan peranan yang perlu dilaksanakan tanpa

melanggar adab atau batasan yang diterima pakai oleh semua ahli.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Silat Cekak dan

berdasarkan pengetahuan saya pada teori tersebut, maka saya

aplikasikan pada sebarang pengurusan dalam organisasi yang

diamanahkan kepada saya dari masa ke masa. Saya telah dapat

membuat tanggapan atau kesimpulan sendiri dalam pengurusan

sesebuah organisasi bagi maksud kehebatan. Kehebatan ketua

dalam sesebuah organisasi akan menentukan kehebatan organisasi

Page 126: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

114

yang dipimpinnya. Hebat ketuanya atau pemimpinnya maka hebatlah

organisasi yang dipimpinnya. Tidak hebat seseorang ketua atau

pemimpin itu maka tidak hebatlah organisasi yang dipimpin atau

diketuainya itu.

Sering kali saya tegaskan betapa pengurusan atasan adalah

merupakan ketua organisasi. Organisasi berkenaan akan menjadi

hebat jika ketuanya perlihatkan banyak kehebatan. Penonjolan hebat

adalah sesuatu yang saya anggap perlu. Salah satu cara

memperlihatkan kehebatan ialah melalui ilmu. Semua ahli akan

mengakui kebolehan yang ada pada pemimpin tertingginya jika

pemimpin itu tersangat tinggi ilmunya.

Dari segi ilmu silat, jika kita hubungkan Ustaz sebagai ketua

dalam organisasi Silat Cekak yang dipimpinnya dengan ilmu yang

ada, pasti ketara kehebatannya. Ilmu persilatannya adalah tersangat

tinggi. Tidak ada mana-mana anak muridnya yang menyangkal

ketinggian ilmu silat yang dimiliki Ustaz. Mana mungkin kita berguru

pada mereka yang kurang berilmu. Kehebatan Ustaz bercakap

membuktikan kehebatannya. Isi percakapan Ustaz adalah selari

dengan kehebatan perbuatannya.

Selain daripada kehebatan ilmunya, ketua organisasi juga

perlu mengamalkan komunikasi yang hebat. Perbincangan yang

berlaku bukan dipengaruhi emosi tapi lebih pada perasaan hormat-

menghormati. Oleh itu, komunikasi yang dibentuk perlu berkesan.

Keberkesanan berkomunikasi akan memudahkan proses pencapaian

matlamat organisasi.

Page 127: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

115

Saya teringatkan Ustaz. Percakapannya sentiasa menarik

perhatian para penuntut. Cakaplah apa saja. Semua orang akan

memberi tumpuan pada percakapannya. Kebolehan Ustaz menarik

perhatian para pendengar dapat kita jadikan teladan dalam

komunikasi kita sendiri.

Berdasarkan pengalaman dan rujukan saya pada teori

komunikasi berkesan, terdapat sekurang-kurangnya tujuh sifat yang

telah ada pada Ustaz hingga membolehkannya mendapat perhatian

pendengar. Mereka sentiasa mengikuti syarahan atau ucapan Ustaz

dari masa ke masa tanpa jemu-jemu. Walaupun kadang kala isi

percakapannya adalah berulang, para pendengar tetap tidak berasa

jemu untuk mendengarnya lagi.

Faktor utama komunikasi berkesan ialah orang yang berucap

itu mestilah dipercayai oleh pendengar. Kepercayaan ini diasaskan

oleh ilmunya, ‟cakap serupa bikin‟ dan pelbagai sifat peribadi yang

lain. Ustaz memiliki kesemuanya. Ilmu Ustaz dari segi persilatan dan

keagamaan adalah amat dikagumi dan tidak boleh dinafikan

kehebatannya oleh semua lapisan ahli. Saya telah menyentuh hal

yang demikian dalam tulisan-tulisan yang lalu.

Cuma sekarang ini, kepercayaan kita pada tokoh-tokoh

persilatan Silat Cekak yang lalu telah berbelah bahagi. Maka

berlakulah krisis kepercayaan dalam Silat Cekak. Tentunya

percakapan PA sentiasa ditolak oleh murid Silat Cekak yang

berlainan guru di pihak En Mat. Begitu juga dengan percakapan En

Mat yang tentunya ditolak oleh anak-anak murid PA. Hal yang

demikian adalah disebabkan mereka tidak lagi mempercayai guru

yang berlainan itu. Kalau tidak mempercayai seseorang itu, maka

Page 128: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

116

segala bentuk percakapannya akan ditolak begitu sahaja. Tidak akan

diendahkan oleh mereka yang berlainan kepercayaan.

Sekadar mengingatkan kisah-kisah lalu. Kepercayaan pada

Ustaz adalah bulat dan bersepadu. Kehebatan Ustaz dalam dunia

persilatan memang sudah terbukti. Semua murid Silat Cekak tetap

mengkaguminya. Walaupun ada yang menderhaka, tentunya kerana

ada angkara. Kepentingan dan keuntungan diri telah menjadi kiblat

utama. Kehebatan Ustaz yang diakui itu menjadikan semua ahli

memberikan penghargaan pada Ustaz. Hal yang demikian bukan saja

percakapannya, malah pelakuannya pun cuba ditiru. Maka apabila

Ustaz bercakap, semua orang akan memberi tumpuan. Tumpuan

yang diberi itu adalah hasil kepercayaan yang jitu pada

kepemimpinan Ustaz sendiri.

Selain daripada itu, perkara yang disyarahkan atau dikatakan

Ustaz adalah dalam konteks keperluan pendengar itu sendiri. Isi

percakapan Ustaz banyak menyentuh tentang silat dan agama.

Memang tajuk itulah yang dicari-cari oleh anak-anak muridnya. Mana

mungkin mereka berguru jika mereka menolak tajuk-tajuk

perbincangan itu. Oleh itu, segala percakapan Ustaz akan memberi

makna pada pendengar. Ustaz amat jarang membincangkan hal-hal

yang berkaitan dengan politik negara. Mungkin hal yang demikian

terkecuali pada orang-orang rapatnya atau mereka yang berminat

dengan politik sahaja.

Kandungan ucapan atau syarahan yang diberikan Ustaz

adalah menepati taraf dan kehendak para pendengar. Isi percakapan

adalah sesuai dengan kehidupan seharian para pendengar.

Maknanya, apa yang diucapkan Ustaz tetap boleh digunakan dalam

Page 129: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

117

kehidupan seharian. Kandungan isi percakapannya tidaklah ilmiah

hingga sukar kita fahami atau sukar untuk dipraktikkan. Secara

langsung, hal yang demikian membolehkan para pendengar memberi

tumpuan dan mengikuti syarahan atau ucapan Ustaz dari satu

peringkat ke peringkat yang lain. Secara langsung, terjadilah

komunikasi berkesan apabila Ustaz memulakan percakapan.

Selain dari faktor yang dibincangkan di atas, isi percakapan

atau syarahan Ustaz juga adalah jelas dan mudah diterima. Bahasa

yang digunakan mudah difahami oleh pelbagai peringkat ahli. Oleh

itu, para pendengar boleh terus-menerus mendengar dan memahami

secara langsung isi ceramah atau syarahan Ustaz, tanpa perlu

memikir-mikir akan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang susah-

susah. Kupasan Ustaz adalah secara berperingkat dari awal hingga

akhir percakapan. Hal yang demikian akan membolehkan kita

membuat kesimpulan yang amat berfaedah pada diri sendiri. Ramai

penceramah yang bercakap hingga kita tidak tahu mana hujung dan

mana pangkalnya. Isi percakapan mereka melompat-lompat. Bahasa

yang digunakan terlalu tinggi hingga dia sendiri saja yang faham.

Atau ada juga para pencemarah yang mementingkan stail

percakapan. Seronok didengar tapi kita tidak akan ingat apa yang

dicakapkannya.

Kaedah percakapan Ustaz adalah secara lisan sahaja. Dalam

majlis-majlis syarahan atau ceramahnya, saya tidak pernah melihat

Ustaz menggunakan komputer dan LCD. Walau bagaimanapun

pendengar tidak berasa jemu mendengar, kerana setiap percakapan

Ustaz akan diselit juga unsur-unsur jenaka. Nada percakapannya

adalah nada tinggi dan ada ketikanya rendah. Hal yang demikian

tentunya boleh menaikkan semangat para pendengar. Maka secara

Page 130: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

118

langsung, para hadirin yang ada, akan memberikan tumpuan pada

syarahan atau ceramah Ustaz tersebut.

Oleh sebab prinsip Ustaz, ‟cakap serupa bikin‟ maka setiap

arahan atau percakapannya akan ada kesinambungan. Ustaz akan

mendapatkan laporan dari masa ke masa pada arahan-arahan yang

telah dikeluarkannya. Hal yang demikian secara langsung telah

menyebabkan para pendengar akan memberi tumpuan pada butiran

percakapan Ustaz. Malah kadang kala kita boleh menganggap

betapa dalam syarahannya ada arahan yang perlu dilakukan oleh

para ahli SC. Hal yang demikian juga akan mendorong para

pendengar untuk mendengar secara teliti bagi menangkap makna

pada sebarang bentuk arahan dalam percakapannya. Ramai yang

akan menulis segala isi percakapan yang dikeluarkannya.

Satu lagi faktor terpenting yang menyebabkan komunikasi

Ustaz adalah berkesan, bila Ustaz bercakap, beliau akan mengambil

kira keupayaan pendengarnya. Itulah kesimpulan saya setelah

mendengar beberapa siri ceramah atau syarahan Ustaz. Tentunya

cara penyampaian dan isi penyampaian tidak sama ketika Ustaz

menyampaikan ilmu pada pelajar-pelajar universiti dengan orang-

orang lain yang sedang bekerja dan berumur. Orang muda tentu lain

kehendaknya berbanding dengan orang-orang tua. Begitulah

sebaliknya.

Saya dapat simpulkan di sini, betapa kehebatan Ustaz dalam

ilmunya yang ada dan dikuatkan dengan amalan komunikasi yang

berkesan, telah menyebabkan diri Ustaz sentiasa dihormati dan

disanjungi. Hal yang demikian memudahkan Ustaz untuk menarik

perhatian dan tumpuan ahli-ahli Silat Cekak dalam setiap aras

Page 131: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

119

pengurusan bagi mencapai matlamat persatuan. Hal yang demikian

juga tidak menghairankan kita betapa stail kepemimpinan Ustaz

secara mutlak sentiasa berjaya.

Berdasarkan tulisan terdahulu, demikianlah hebatnya

kemahiran komunikasi yang ada pada Ustaz. Kemahiran tersebut

menyerlahkan lagi kehebatan Ustaz secara keseluruhan. Kehebatan

itu pula telah menyinari kehebatan persatuan Silat Cekak yang

merupakan organisasi yang dipimpinnya. Hal ini kerana kemahiran

dan kehebatan Ustaz mewujudkan jaringan komunikasi berkesan

dalam kalangan anak muridnya menjadikan organisasi yang dipimpin

Ustaz menjadi amat mantap. Semua lapisan ahli dapat memainkan

peranan yang sepatutnya dalam perkembangan Silat Cekak.

Kemantapan persatuan merupakan satu kebanggaan ahli-ahli

Silat Cekak. Persatuan kita ketika itu sangat-sangat dihormati oleh

kawan dan lawan. Sebut sahaja Silat Cekak, terasa getaran pada

jiwa mereka yang mendengarnya. Kita berasa bangga berada dalam

Silat Cekak. Bukan setakat persilatannya sangat hebat, malah

persatuan yang menaunginya juga tersangat hebat. Tidak ada tolok

bandingnya.

Setiap ahli dalam lapisan aras yang berlainan, tahu akan

peranan masing-masing. Ketika itu tidak ada sesiapa pun yang berani

melanggar sempadan lapisan yang sedia ada. Arahan Ustaz akan

menjadi dasar. Lapisan pertengahan akan menyusun program-

program atau strategi bagi merealisasikan impian Ustaz menjadi

kenyataan. Para Jurulatih pula berperanan menyebarkan dan

melaksanakan semua strategi yang terbentuk dalam kalangan ahli di

setiap cawangan.

Page 132: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

120

Walau bagaimanapun, saya tetap mengakui betapa jawatan

yang kita sandang akan banyak mempengaruhi cara kita bercakap

atau cara kita berkomunikasi. Lagi besar jawatan yang disandang

maka lagi banyak beban atau tanggungjawab yang perlu dipikul.

Manusia tetap manusia. Perasaan adalah merupakan satu sifat yang

ada pada kita. Mustahil dapat dielakkan. Cuma, adakah perasaan itu

dapat dikawal atau sebaliknya. Di sinilah perlunya ketenangan dan

kesabaran dalam menghadapi sesuatu perkara atau sesuatu petaka.

Jika sifat ketenagan dan kesabaran itu dapat kita sebatikan pada diri,

maka akan jadilah kita seorang pemimpin yang tersangat hebat.

Kadang kala akibat bebanan yang terlampau, tekanan yang

terkeluar, dipancarkan melalui bahasa lisan atau percakapan kita

sendiri. Percakapan seseorang mungkin boleh berbentuk emosi yang

tidak terkawal tanpa sedar. Hal yang demikian menampakkan sifat

panas baran atau merampus atau bebal dalam kalangan mereka.

Tentunya keadaan itu akan mengganggu sedikit sebanyak maksud

komunikasi berkesan yang kita harapkan antara penutur dan

pendengar. Secara langsung juga, hubungan antara peringkat atasan

dengan peringkat pelaksana akan sedikit terganggu.

Di sinilah lapisan pertengahan dapat memainkan peranan.

Lapisan golongan ini merupakan orang kanan pada ketua organisasi.

Janganlah mereka ‟tumpang sekaki‟ ketika ketua organisasi menegur

ahli anggotanya. Di samping peranan sebagai orang kanan yang

merangka strategi untuk memajukan organisasi yang diketuai oleh

ketua organisasi, mereka juga bertanggungjawab bagi menenangkan

suasana. Hal yang demikian akan dapat mengurangkan tekanan dan

kekerohan dalam hubungan antara ketua dengan pengikutnya.

Page 133: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

121

Oleh itu, sifat kemanusiaan perlu banyak dalam diri orang-

orang kanan. Konsep empati perlu menguasai diri mereka

berbanding dengan konsep simpati. Empati bermakna orang-orang

kanan cuba merasai seperti apa yang ahli-ahlinya rasai atau alami.

Manakala simpati hanya mereka melahirkan perasaan untuk

menyokong ahli-ahli yang ditimpa masalah sahaja tanpa cuba

merasai seperti mana yang ditanggung oleh para ahli yang

dipimpinnya. Kesedihan yang wujud hanya sementara. Mudah lupa.

Saya berpendapat, peranan orang kanan sebagai

pengimbang dalam satu-satu persatuan yang merupakan sebuah

organisasi adalah tersangat penting. Dalam zaman Ustaz, kelemahan

mereka tetap wujud. Saya pernah sentuh dalam tulisan yang

terdahulu. Betapa ramai yang tersingkir kerana tokok-tambah

maklumat yang diberi oleh orang kanan pada Guru Utama. Malah,

ramai kalangan ahli yang menjauhkan diri daripada Silat Cekak

kerana merajuk hati akibat tohmahan yang sengaja dibina bagi

memperkecilkan kawan-kawan sendiri. Begitulah malangnya nasib

ahli-ahli, apabila orang kanan mempunyai kepentingan diri dan tidak

tahu akan peranan mereka yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan betapa kedudukan

orang-orang kanan yang berada di tengah-tengah antara aras atas

dan aras bawah, menjadikan mereka sebagai golongan pengimbang.

Dalam kedaan tersebut, ada ketikanya mereka akan berada dalam

suasana selesa. Ada ketikanya pula kedudukan mereka akan berasa

panas, umpama kek dulu-dulu yang dibakar pada bahagian bawah

dan bahagian atas. Namun begitu, mereka harus menerima

kenyataan betapa peranan mereka sangat penting dalam merangka

strategi bagi merapatkan hubungan antara orang atasan dengan

Page 134: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

122

barisan pelaksana. Suasana harmonis dan ketenangan dalam

hubungan manusia yang ada dalam satu-satu lapisan organisasi itu

banyak bergantung pada peranan orang-orang kanan.

Oleh itu, golongan orang kanan ini perlulah mempunyai sifat-

sifat yang tertentu. Cuba kita bandingkan antara tuntutan tugas

orang-orang kanan dalam sesebuah organisasi itu dengan apa yang

berlaku dalam persatuan kita sekarang, sama ada di peringkat pusat

atau di peringkat cawangan. Hanya buat renungan.

Pertamanya, mereka perlulah mengetahui kehendak

ketuanya. Kehendak ketua itu mungkin berupa hala tuju atau dasar

atau matlamat atau visi yang ingin dibawa olehnya. Kalau sudah

mengetahuinya maka mereka juga perlu memahaminya tanpa ada

perasaan ragu-ragu atau komen-komen negatif. Hal yang demikian

tentunya mengambil masa sedikit untuk memahaminya. Tetapi

adalah baik mereka memahami kehendak seorang ketua daripada

ketua yang perlu memahami kehendak mereka yang pelbagai.

Kalau orang-orang kanan itu menerima dan memahami

segala kehendak ketuanya, maka mudahlah mereka bergerak bagi

memenuhi kehendak-kehendak tersebut. Perancangan mereka akan

terarah dan memudahkan mereka membuat kerja. Di sinilah ilmu,

pengalaman dan kepakaran orang-orang kanan amat berharga.

Setiap kehendak atau keinginan itu hanya tinggal kehendak dan

keinginan, jika tidak disertai dengan perancangan yang mantap dan

rapi.

Jika tidak, ketua organisasi akan berasa kecewa kerana apa

yang dihajatkan tidak difahami oleh orang kanannya yang juga

Page 135: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

123

merupakan orang harapannya. Ketua tersebut akan makan hati dan

membebel tentang keupayaan orang kanannya. Maknanya, ‟nasib‟lah

apa yang ada pada orang keliling ketua organisasi tersebut. Kalau

ada ketokohan pada orang kanannya, maka bertambah hebatlah

persatuan. Jika kurang ketokohan pada orang kanannya, maka

teruklah seseorang ketua itu bagi menggerakkan organisasi yang

dipimpinnya.

Kehebatan seseorang ketua tidak akan kekal lama tanpa

dibantu oleh orang-orang kanan dan barisan pelaksana. Cuma,

sejauh mana bantuan yang diterima atau sejauh mana seorang ketua

itu berusaha mendapatkan kerjasama orang kanannya hingga tidak

menggadaikan prinsip diri yang sedia ada. Organisasi yang baik

tentunya tidak wujud soal menggadai prinsip untuk mendapatkan

sebarang sokongan padu.

Orang kanan juga amat perlu mengetahui stail kepemimpinan

ketuanya. Apakah corak atau stail kepimpinan yang diguna pakai

oleh ketuanya. Biasanya kepemimpinan banyak bergantung pada

stail tradisional sama ada berbentuk mutlak, berbincang atau suka

hati. Segala-galanya banyak bergantung pada penglibatan ketuanya

dalam pengurusan pada satu-satu situasi. Malah, ringan atau berat

peranan orang kanan itu banyak bergantung pada pengurusan

ketuanya. Kalau ketuanya menjalankan pengurusan secara mutlak

atau secara pengawalan sepenuhnya, maka tugas orang kanan amat

kurang untuk merancang. Mereka hanya menjalankan perancangan

yang mungkin disediakan oleh ketuanya sahaja.

Walau bagaimanapun, terdapat juga dalam kalangan ketua

yang memberi kepercayaan dan kebebasan kepada orang kanannya

Page 136: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

124

untuk menjalankan sesuatu perkara. Namun begitu, beliau tetap akan

bertindak sebagai ketua. Semua hal perlu merujuk padanya terlebih

dahulu. Kalau dikias, bolehlah diumpamakan layang-layang.

Pergerakan lelayang masih boleh bebas, tapi tali lelayang tersebut

dipegang oleh pemiliknya. Layang-layang itu akan direntap turun

apabila berlaku sesuatu hal yang memerlukan tindakan segera

daripada pemiliknya.

Mungkin golongan orang kanan dalam sesebuah organisasi

itu berasa selesa jika ketuanya menjalankan pengurusan secara

perundingan dan galakan penyertaan semua. Penglibatan mereka

akan dihargai. Jika ketua dalam organisasi itu menyerahkan

pengurusan sepenuhnya kepada orang kanannya, maka di situlah

peranan orang kanan sangat diperlukan. Di bahu merekalah

terletaknya tanggungjawab untuk memajukan sesebuah organisasi

itu.

Dalam konteks ini, para pembaca bolehlah hubungkan

dengan bentuk kepemimpinan yang ada dalam persatuan kita

sekarang. Malah, boleh juga dihubungkan dengan bentuk atau

peranan mereka dalam kepemimpinan persatuan di peringkat

cawangan.

Peranan kedua yang perlu dimainkan oleh orang kanan, ada

kaitannya dengan sifat diri mereka. Orang kanan itu mestilah

bersikap jujur dalam melaksanakan kerja atau meneruskan pengaruh

dan kerjanya. Ketika berhubung dengan ahli-ahli yang lain, jangan

sesekali cuba mempopularkan diri sendiri, secara mengetepikan

peranan ketua kita. Ketika menerangkan dasar-dasar persatuan,

pastikan dasar itu adalah merupakan cetusan pemikiran ketua.

Page 137: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

125

Janganlah hendaknya menghubungkan dasar yang ada itu dengan

usaha diri sendiri. Seolah-olah dasar yang terbentuk itu adalah hasil

pemikirannya sahaja.

Saya teringat akan satu peristiwa yang berlaku di cawangan

sebuah negeri di selatan tanah air pada awal tahun dua ribu yang

lalu. Cawangan itu diletakkan bawah pengawasan seorang orang

kanan Guru Utama. Beliau mempunyai wawasannya yang tersendiri.

Mungkin Guru Utama telah memberi kepercayaan sepenuhnya

kepada beliau hingga terlupa untuk mengawasi pengaruhnya.

Peluang itu digunakan untuk meluaskan pengaruh peribadinya.

Daripada percakapan orang kanan itu, beliau membuktikan betapa

peranan beliau amat penting untuk merancang semua aktiviti dalam

persatuan. Tanpa peranan yang dimainkannya maka dikatakan

bahawa persatuan tidak akan bergerak atau tidak akan maju seperti

yang sedia ada.

Pengaruhnya juga disebarkan pada cawangan-cawangan lain.

Saluran penyebarannya adalah melalui orang-orang suruhannya

sama ada disedari mereka ataupun tidak. Ahli-ahli barisan hadapan

yang terdiri daripada para Jurulatih telah menjadi fokas utama.

Agaknya, Guru Utama amat kurang memahami keadaan yang

berlaku. Itu sebabnya apabila Guru Utama menghadapi situasi

kepemimpinan yang meruncingkan, para Jurulatihnya sendiri telah

berbelah bahagi. Baru jelas betapa barisan hadapan Silat Cekak

telah porak peranda. Orang kanannya itu telah berjaya membawa

anak biji buahnya bersama untuk menyeberang fahaman ke pihak

lain.

Page 138: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

126

Selain daripada perkara yang dibincangkan, sebagai orang

kanan, mereka mestilah menjadi orang yang boleh dipercayai

ketuanya. Beliau tidak boleh menyalahgunakan kuasa, kepercayaan

dan keyakinan yang telah diberi ketua. Tunjukkan kesetiaan kita

sepanjang masa. Janganlah menyalahgunakan kepercayaan yang

diberi kepada kita selama ini. Kepercayaan yang diberi oleh ketua

adalah merupakan satu amanah. Kalau kita bersifat endah tak endah

bagi mendapatkan kepercayaan ketua, lebih baik tidak menjadi orang

yang bergelar sebagai orang kanan dalam satu-satu pertubuhan atau

persatuan. Sungguh malang apabila orang kepercayaan ini, akhirnya

bersifat khianat.

Untuk menjadi orang kepercayaan ketua, ada pelbagai cara.

Sifat terpenting ialah jangan membantah apabila disuruh. “Never say

no‟‟ pada ketua kita. Setiap masalah yang timbul atau dijangka timbul,

hanya akan dibincangkan setelah kita bersedia menerima tugasan

yang diberi. Tunjukkan sifat positif dan bersedia untuk memikul

tanggungjawab atau menjalankan tugas. Masalah yang timbul akan

dibincang kemudian.

Janganlah kita berhati busuk. Hati busuk tersangat kaya

dengan sifat dengki mendengki, buruk sangka, fitnah dan pelbagai

sifat yang dipusakai syaitan. Dalam hal ini, hanya diri sendiri yang

boleh membaiki sifat buruk yang ada. Sedar diri dan perbaiki diri. Jika

tidak diperbaiki diri sendiri, pasti akan merosakkan orang lain dan

juga organisasi. Jika dibiarkan, mereka akan menjadi umpama lalat.

Di mana saja mereka pergi, pasti akan menimbulkan bala petaka

yang berpanjangan.

Page 139: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

127

Sebagai orang kanan, mereka juga mesti tahu akan

kedudukan mereka sendiri sebagai orang yang berada di bawah

seorang ketua. Kemahiran berkomunikasi dengan ketuanya perlu

ada. Jangan sesekali merendah-rendahkan ketuanya dalam apa

keadaan sekalipun. Fahamilah stail kepemimpinan dan stail

pengurusan ketua. Kalau sudah kenal maka mudahlah kita

memahami tindak tanduk ketua kita. Secara langsung keadaan yang

demikian akan memudahkan ketua kita memberi kepercayaan

sepenuhnya pada diri kita.

Bagi mendapatkan kepercayaan mudah dari ketua, orang

kanan juga perlu mengambil berat kebajikan ketuanya sama ada dari

segi kedudukan atau ketrampilannya. Tunjukkan sifat kita yang

menyenangi kehadirannya. Beri kejasama sepenuhnya kepada ketua

kita walaupun kadang kala perbuatan kita itu tidak disenangi oleh

orang lain. Ketua adalah tetap ketua. Oleh itu, jagalah kerahsiaan

atau rahsia yang diamanahkan oleh beliau. Maruah ketua perlu

dijaga.

Perkara-perkara aib yang dilakukan oleh ketua kita tidak perlu

dicanangkan merata-rata tempat, semata-mata untuk

mempopularkan diri. Sepatutnya, perkara aib yang dilakukan itu,

perlu disimpan dalam kalangan pihak yang tertentu sahaja. Carilah

penyelesaian. Tidak perlu mencanangkan perkara tersebut secara

berleluasa. Bukan ajaran agama kita bagi mencanangkan sesuatu

perkara yang buruk pada orang lain.

Di samping itu, orang kanan juga perlu membina keyakinan

ketuanya terhadap dirinya supaya mudah dipercayai. Apabila berjanji

maka tunaikan janji tersebut. Seseorang ketua akan berasa gembira

Page 140: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

128

apabila orang-orang kanannya sentiasa memelihara janji dan

memelihara ketetapan masa. Wujudkan pengaliran komunikasi yang

berkesan bagi membolehkan hubungan antara kita dengan ketua

adalah berada dalam suasana yang harmonis.

Meneruskan perbincangan tentang orang kanan, peranan

mereka yang keempat ialah berperanan sebagai ‟mata dan telinga‟

ketuanya. Sepatutnya, orang-orang kanan itu dapat mencerap,

menilai dan membuat keputusan bagi pihak ketuanya. Sifat mereka

mesti berwibawa. Maklumat-maklumat yang diberi kepada ketua

adalah tepat dan benar. Hal yang demikian akan menyenangkan

ketua tersebut membuat keputusan demi kebaikan organisasi itu

sendiri.

Akhirnya, satu perkara penting yang perlu dimilikinya ialah

sentiasa bersedia untuk menjalankan sebarang tugas yang diberi

oleh ketuanya. Walaupun arahan tersebut akan membawa beban

kerja yang bertambah, namun kesediaan menjalankan tugas, perlu

ada. Lakukan kerja secara ikhlas tanpa merintih dan tanpa membebal

dan membebel. Setiap yang baik itu pasti akan berbalik kebaikannya

pada diri kita sendiri.

Di samping golongan pertengahan yang diwarnai oleh orang-

orang kanan ketua organisasi, barisan pelaksana turut memainkan

peranan penting. Mereka perlu ada kekuatan dan kehebatan ketika

berjuang untuk menaikkan persatuan.

Saya selalu tegaskan betapa kalau organisasi itu hendak

berjaya, aras lapisan pelaksana perlu memainkan peranan yang

penting. Seperti yang sering saya tegaskan, merekalah merupakan

Page 141: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

129

golongan atau barisan hadapan yang akan menentukan kejayaan

sesebuah organisasi. Dalam konteks Silat Cekak, merekalah para

Jurulatih yang akan memainkan peranan penting untuk memajukan

dan memantapkan bidang persilatan Silat Cekak.

Dalam mana-mana organisasi, jika golongan yang berada

dalam barisan hadapan ini diberi perhatian, maka organisasi itu akan

beroleh kejayaan besar. Kalau organisasi itu berorientasikan

keuntungan maka keuntungan yang diperoleh akan berlipat ganda.

Jika organisasi itu berasaskan perkembangan kuantiti atau kualiti

maka akan berlaku peningkatan yang hebat pada kedua-dua bidang

matlamat organisasi tersebut.

Kehebatan barisan hadapan ini banyak bergantung pada

sikap yang ada pada mereka. Sikap boleh dipupuk oleh pemimpin

atau ketua organisasi berkenaan dari masa ke masa. Perkara

pentingnya, seperti yang saya katakan ialah kekalkan hubungan

mesra dan keakraban. Walau bagaimanapun, mereka juga turut

memainkan peranan untuk memajukan organisasi. Inisiatif untuk

berubah perlu ada pada mereka dari masa ke masa. Didik atau asuh

mereka supaya sentiasa berubah mengikut hala tuju yang diinginkan

oleh ketua organisasi.

Kita perlu mengasaskan sifat agar barisan hadapan ini

sentiasa memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti segala

perancangan yang dirangka oleh golongan aras pertengahan dan

segala arahan yang dikeluarkan oleh golongan aras atasan. Kalau

tak boleh ingat, catatkan apa yang didengar. Kalau nak cepat, buat

rakaman. Kalau tidak jelas maka perlulah bertanya hingga dapat

Page 142: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

130

penjelasan yang memuaskan. Jangan disimpan dalam hati hal-hal

yang tidak jelas.

Walau bagaimanapun, kita sedar betapa golongan ini

menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran sebenar

daripada golongan orang kanan. Akan tetapi saya percaya, daripada

bilangan orang kanan yang ramai, tentu ada antara mereka yang

boleh dijadikan rujukan.

Pada golongan Jurulatih yang merupakan barisan hadapan,

saya ingin berpesan. Tugas yang diberi anggaplah sebagai satu

amanah. Dalam konsep amanah, selagi tidak habis sesuatu kerja

yang diberi maka teruskan tugas hingga selesai. Bila buat sesuatu,

biar sampai habis. Jangan sekerat jalan. Barulah kita akan mendapat

kepuasan.

Di samping itu, kerja yang dilakukan perlulah dibuat secara

bersungguh-sungguh. Kerja yang bersungguh-sungguh membawa

makna kerja itu dilakukan berdasarkan hati yang rela dan ikhlas.

Kalau tidak bersungguh bermakna melakukan kerja ikut suka hati.

Hal yang demikian akan menyebabkan apa saja jawatan atau tugas

yang kita pikul, tidak memberi kesan yang sepatutnya.

Tempoh masa yang ditetapkan perlu dipatuhi. Kerja-kerja

bertangguh perlu dihindarkan. Mereka perlu bertindak cepat untuk

menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi dalam tempoh yang

ditentukan. Jauhkan diri kita daripada sikap sambil lewa sahaja.

Aktifkan diri. Secara langsung jiwa kita akan ‟hidup‟ dan sentiasa

bersemangat untuk menjalankan sesuatu aktiviti hingga ke akhirnya.

Page 143: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

131

Kita perlu faham abahawa jikalau sesuatu tugasan itu suka

bertangguh maka berlakulah kelemahan dalam pengurusan. Apatah

lagi apabila tiba tarikh yang ditetapkan. Maka akan berlakulah

kesilapan di sana sini. Kerja-kerja mereka menjadi kelam kabut

kerana terkejar-kejar masa untuk menghabiskannya. Aktiviti yang

dijalankan pastinya tidak akan berkesan malah boleh sampai ke

peringkat buang masa dan sia-sia. Hal yang demikian akan

menyebabkan stress.

Kebiasaannya, semua yang berkaitan dengan stress adalah

disebabkan oleh sikap suka bertangguh. Suka bertangguhlah yang

akan menyebabkan kerja menjadi bertindih-tindih. Akhirnya lahirlah

sifat berkira kerana tidak ada masa untuk membantu orang lain.

Budaya kerja mereka akan membentuk budaya kerja sendiri atau

sorang-sorang tanpa ada masa atau ada ruang untuk bekerja secara

berpasukan. Macam mana hendak berpasukan, kerja yang ada pada

diri sendiripun tidak dapat diurus dengan baik.

Berdasarklan teori Pengurusan Tiga Aras yang saya

bincangkan dalam lima bahagian, jelas memperlihatkan pada saya

betapa Silat Cekak juga mengamalkan pengurusan tersebut sejak

zaman Ustaz. Sebagai seorang ketua, pengurus dan pemimpin

sebuah organisasi yang bergelar Persatuan Silat Cekak, saya dapat

rasakan betapa Ustaz menjalankan pengurusan berdasarkan amalan

teori berkenaan sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Kaedah dan pengalaman yang sama, saya gunakan

sepenuhnya ketika memimpin cawangan tempoh hari. Apabila teori

itu didedahkan kepada saya dalam pengurusan organisasi,

memantapkan lagi pengurusan cawangan Silat Cekak yang saya

Page 144: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Peranan Pengurusan Tiga Aras

132

pimpin. Saya fahamkan mereka yang saya pimpin secara tidak

langsung dalam pengurusan cawangan tempoh hari.

Walau bagaimanapun, ketika itu ramai juga pihak-pihak

tertentu di peringkat pusat yang tidak senang dengan cara

pengurusan saya di cawangan. Di tahap cawangan, saya bertindak

secara mutlak. Maka dikatakan mereka saya berlagak umpama raja.

Di peringkat pusat, kedudukan saya adalah sebagai pelaksana. Maka

saya tuntut kebajikan dan pengiktirafan. Sekurang-kurangnya bagi

mendapatkan uniform silat dan kedudukan istimewa ketika diadakan

sebarang majlis di peringkat pusat. Maka saya dikatakan sebagai

seorang yang sangat berkira dan nak percuma saja. Itulah

tanggapan yang lahir daripada manusia yang buta kayu dan bangang

dengan kemahiran pengurusan.

Teringat kata-kata orang tua-tua tentang perangai mereka itu.

Merekalah golongan yang kaya dengan “5B.” – Bebal, Bangang,

Bengong, Bahlul dan Baghal.

Gambar kenangan Majlis Ijazah Pertama Seni Silat Cekak negeri Perak yang diadakan di rumah En. Yusof pada tahun 1986.

Page 145: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

133

PENGURUSAN DIRI

Satu ketika lalu, organisasi kita iaitu Persatuan Silat Cekak

pernah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah organisasi yang baik.

Persatuan kita dikatakan mempunyai pengurusan yang mantap bagi

membolehkan kita menerima pengiktirafan tersebut. Pada masa itu

persatuan kita disegani oleh persatuan silat Melayu yang lain. Kita

yang menjadi ahli persatuan ketika itu tentunya berasa megah kerana

berada dalam persatuan Silat Cekak yang hebat dan mantap dari

segi pengurusan.

Dalam kalangan ahli biasa, pastinya mereka kurang arif

tentang gelaran demikian. Apa yang membolehkan persatuan kita

menjadi mantap dan hebat hingga membawa kepada gelaran

persatuan yang baik. Mungkin hanya orang-orang kanan persatuan

yang merupakan perancang utama yang mengetahui ciri-ciri yang

menjadikan organisasi kita hebat dan berkesan. Merekalah yang

bertanggungjawab ’melayarkan’ persatuan kita pada satu ketika lalu

ke puncak pengiktirafan.

Di peringkat cawangan juga, barisan kepimpinannya kurang

didedahkan dengan ciri-ciri menjadikan pengurusan persatuan

mantap dan berkesan. Peranan mereka hanya melaksanakan segala

apa yang dirancang dari pusat. Hala tujunya telah ditentukan oleh

Guru Utama. Sememangnya cara yang demikian adalah sesuai dan

bertepatan dengan peranan cawangan sebagai barisan pelaksana.

Oleh itu, seperti yang dinyatakan, di peringkat cawangan strategi

menjadikan pengurusan persatuan hebat adalah tersangat kurang

diberi tumpuan. Tanggungjawab hakiki setiap cawangan adalah untuk

menyebarkan ilmu Silat Cekak dalam kalangan masyarakat. Ukuran

Page 146: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

134

kejayaannya lebih banyak ditentukan pada bilangan ahli yang dapat

dibawa masuk menjadi ahli persilatan.

Barisan kepimpinan cawangan kurang didedahkan dengan

petua-petua bagi membolehkan perancangan tersendiri dilakukan.

Pendedahan pada pemimpin cawangan kerap kali dikaitkan dengan

prosedur pelaksanaan pengurusan persatuan yang dikehendaki oleh

pengurusan pusat. Walau bagaimanapun, hal yang demikian

bukanlah satu isu yang perlu dibahaskan. Cuma, kreativiti dan inovasi

dari cawangan dalam pengurusan persatuannya adalah agak terhad.

Saya sendiri pun yang memimpin persatuan di peringkat

cawangan, tidak dilibatkan secara langsung dengan ilmu tentang ciri-

ciri menjadikan organisasi yang kita pimpin baik dan mantap. Tiba-

tiba terdengar berita persatuan kita secara keseluruhannya

dinobatkan sebagai sebuah persatuan yang mempunyai pengurusan

yang terbaik. Kita hanya menumpang gembira. Kejayaan persatuan

di peringkat pusat membawa makna pengurusan di peringkat

cawangan pun adalah baik dan mantap.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat, sebagai pemimpin

di peringkat cawangan, mereka perlu didedahkan tentang ciri-ciri

yang boleh membawa kejayaan dan kehebatan pengurusan

persatuan yang dipimpin. Kemantapan pengurusan persatuan akan

memberi pulangan atau kesan yang dikehendaki. Pada pemerhatian

saya, persatuan Silat Cekak di peringkat cawangan yang hebat ada

kaitan dengan barisan kepimpinannya. Kehebatan itu dilambangkan

dengan ’keriuhan’ ahli-ahli persilatan Silat Cekak yang bertambah

dari masa.

Page 147: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

135

Selama ini, pengurusan persatuan di peringkat cawangan

lebih banyak bergantung pada keperibadian pemimpinnya dengan

panduan dari persatuan pusat. Kebolehan memimpin atau mengurus

lebih banyak bergantung kepada kekuatan peribadi dan ilmu serta

pengalaman yang ada pada diri pemimpin persatuan berkenaan.

Betul gayanya, maka persatuan yang dipimpin akan terus bergerak

dengan lancar. Tak betul gaya kepimpinannya, maka akan berlakulah

pergolakan kecil dalam persatuan. Pengurusan agak lembab kerana

wujud penentangan-penentangan kecil secara senyap-senyap.

Berdasarkan pengalaman saya, organisasi atau persatuan

yang berkualiti ada sifatnya. Sifat-sifat yang ada itu perlu diamalkan

bagi memantapkan pengurusan persatuan. Para pemimpinnya perlu

tahu dan amalkan sifat-sifat atau ciri-ciri menjadikan pengurusan

persatuan lebih mantap dari masa ke masa.

Faktor utamanya ada kaitan dengan kerja-kerja atau tugas-

tugas yang diamanahkan kepada kita. Tugasan yang diberi adalah

berupa amanah. Amanah perlu dilaksanakan tanpa kerja bertangguh.

Oleh itu, jangan menangguh kerja atau amanah yang diberi pada kita.

Laksanakan segala amanah yang diberi tepat pada waktunya. Semua

kerja atau tugasan yang diberi perlu disiapkan secara cepat dan

mengikut masa yang telah ditetapkan.

Dalam konteks Silat Cekak, setiap cawangan telah

diamanahkan untuk menyebarkan Silat Cekak dengan bersungguh-

sungguh. Cawangan yang hebat akan terus menerus menunaikan

amanah tersebut tanpa ada perasaan jemu dan bertangguh-tangguh.

Page 148: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

136

Dalam persatuan, kita ada carta organisasi yang

menerangkan peranan setiap penjawat tugas atau peranan setiap

lapisan yang ada dalam organisasi tersebut. Masing-masing ada

peranan dan tanggungjawabnya. Sifat proaktif perlu wujud dan

dilaksanakan secara meluas. Hal yang demikian akan menjadikan

sesebuah persatuan atau organisasi itu berjalan dengan lancar dan

tersusun.

Hubungan sesama ahli perlu sentiasa baik dan akrab. Sifat

menuding jari dengan meletakkan kesalahan pada individu yang

tertentu yang lain perlu dielakkan. Sifat suka tuduh-menuduh akan

membentuk suasana atau iklim persatuan yang tidak menyenangkan

semua pihak. Terasa ’panas’ ketika berada dalam persatuan. Hal

yang demikian akan menimbulkan perasan syak wasangka atau

prasangka buruk dalam kalangan ahli.

Sifat akrab yang wujud akan memudahkan kerja-kerja

dilakukan dalam satu pasukan. Masing-masing akan dapat

menumpukan perhatian dan misi ke arah matlamat persatuan yang

ditetapkan oleh pemimpin tertinggi dalam persatuan. Dalam

persatuan kita, pastinya kepemimpinan tertinggi tersebut adalah Guru

Utama sendiri.

Persatuan yang baik pastinya mempunyai jaringan kerja yang

lancar dan jelas. Kerja-kerja yang dilakukan tidak berulang-ulang

yang memungkinkan pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit.

Kepercayaan pada penjawat jawatan perlu diberi sepenunnya supaya

mereka boleh menjalankan tugas tanpa ada sebarang gangguan atau

halangan. Kita perlu akui betapa penjawat jawatan dalam persatuan

adalah terdiri dari mereka yang ada pengalaman untuk menjalankan

Page 149: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

137

tugas. Beri kebebasan kepada mereka tanpa perlu mengarahkan

mereka menjalankan tugas seperti yang kita kehendaki.

Jika kerja-kerja telah dilakukan mereka, beri sokongan atau

perbetulkan mana-mana yang perlu tanpa menyuruh mereka

membuat semula. Hal yang demikian tentunya akan menyebabkan

tugasan tersebut dilakukan secara berulang dan akan membuang

masa dan tenaga. Akhirnya, akan wujudlah perasaan tak puas hati

dalam kalangan ahli. Jika perasaan tidak puas hati mula timbul maka

kesannya pasti akan menyusahkan pengurusan persatuan. Para

pemimpin persatuan akan terasa terbeban. Akhirnya, terundanglah

perpecahan seperti mana yang pernah kita alami satu ketika yang

lalu.

Kalau kita menganggap diri kita sebagai pendokong Silat

Cekak di peringkat cawangan, sedaya upaya elakkan sebarang

bentuk pepecahan dalam kalangan ahli-ahli kita. Hubungan baik

sesama ahli, perlu diwujudkan dalam apa keadaan sekali pun.

Banyak cara boleh dilakukan. Dalam tulisan terdahulu, saya telah

membincangkan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan. Pelakuan

memberi salam sambil berjabat tangan dan ziarah-menziarahi

sesama ahli adalah antara perbuatan yang boleh kita buat.

Salah satu faktor yang kerap mengundang pepecahan ahli,

erat kaitannya dengan perasaan tak puas hati yang dibina dalam diri

mereka sendiri dari hari ke hari. Oleh itu, sebarang aduan atau

rungutan yang ditimbulkan oleh para ahli, perlu diberi perhatian.

Sensitiflah pada perasaan mereka. Kekuatan persatuan banyak

bergantung pada sokongan dan kerjasama mereka.

Page 150: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

138

Anggaplah segala aduan atau rungutan yang ditimbulkan ahli

Silat Cekak adalah berupa hadiah pengurusan buat kita. Lebih-lebih

lagi jika peranan kita sebagai pengurus persatuan atau sebagai

Jurulatih dalam bidang persilatan. Teguran atau rungutan yang

ditimbulkan itu akan memudahkan kita membuat pembetulan atau

penambahbaikan pada masa-masa yang akan datang. Syarat yang

penting, kita perlu membuang perasaan ego yang tinggi. Orang yang

berego tinggi selalunya menganggap segala teguran sebagai

mencabar kewibawaannya. Maka mereka akan cepat melenting atau

cepat melatah. Akhirnya mereka akan membuat tindakan atau

membuat keputusan yang melulu hingga merugikan persatuan.

Saya berpendapat bahawa peranan pengadu adalah umpama

’batu kati’ yang akan menentukan pengurusan kita berada dalam

landasan yang betul ataupun tidak. Konsep ’batu kati’ boleh dianggap

sebagai kayu ukur buat diri kita untuk mengetahui sama ada

pengurusan kita betul atau tidak. Oleh itu, janganlah kita berterusan

memberi reaksi yang negatif pada mereka yang suka mengadu. Ajak

mereka berbincang bagi membetulkan segala masalah atau persolan

yang timbul.

Aduan yang ada dalam kalangan ahli tentunya berkaitan

dengan pengurusan persatuan dan proses penyampaian ilmu Silat

Cekak. Namun begitu, biasanya rungutan atau aduan yang

ditimbulkan ahli lebih banyak berkaitan ilmu persilatan yang

diturunkan oleh Jurulatih. Antara lain aduan yang biasa ditimbulkan

termasuklah cara pengajaran yang tidak bermutu, ponteng kelas dan

sifat sombong atau angkuh diri dalam kalangan Jurulatih.

Page 151: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

139

Walau bagaimanapun, apabila ada sebarang aduan atau

rengetan atau segala bentuk kritikan terhadap kepemimpinan, maka

cepat-cepatlah selesaikan situasi yang timbul tersebut. Lebih-lebih

lagi hal yang ditimbulkan itu berkaitan dengan Guru Utama atau

barisan ketua yang lain. Jika tidak diselesaikan dengan sempurna,

maka jadilah hal tersebut umpama api dalam sekam. Sedikit demi

sedikit menyemarakkan perasaan tak puas hati dalam kalangan

penuntut.

Saya rasa, dalam konteks organisasi Silat Cekak, kita

mempunyai pengalaman tentang hal yang berkenaan. Perasaan tak

puas hati pada Guru Utama, sedikit demi sedikit berleluasa dari

masa ke masa. Tidak ada usaha-usaha menanganinya secara serius.

Tanggungjawab mententeramkan suasana perasaan tidak puas hati,

tidak jelas terletak pada bahu siapa. Maka perasaan tersebut terus

menerus berleluasa, tanpa ada usaha sedikitpun untuk

membendungnya. Penasihat yang ada cuma berbincang sesama

mereka tanpa ada tindakan mengatasi yang berkesan.

Dalam konsep pengurusan secara mutlak, hal yang demikian

adalah merupakan salah satu kesan yang boleh berlaku. Orang-

orang kanan yang ada sekeliling ketua atau pemimpin, tidak berani

untuk memberi nasihat sama ada kerana takut atau kecewa kerana

semua nasihat dikesampingkan begitu saja. Oleh itu mereka juga

akhirnya akan merintih apabila mengenangkan perkembangan

perasaan tak puas hati yang berlaku dalam kalangan ahli dari masa

ke masa.

Pada pandangan saya, pada kebiasaannya pemimpin yang

mengamalkan kepimpinan secara mutlak akan merujuk masalah

Page 152: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

140

yang dihadapinya pada mereka yang sangat dipercayainya. Amat

jarang sangat ketua atau pemimpin mutlak yang merujuk pada orang

sekeliling yang menjadi pesaing pengaruh. Lebih-lebih lagi jika yang

bersaing pengaruh itu merupakan orang kanannya yang terlantik

kerana peraturan persatuan. Hati ketua mungkin tidak selesa. Tapi

nak buat macam mana. Peraturan persatuan telah membenarkannya.

Tulisan ini lebih banyak merujuk pada corak kepemimpinan saya

pada organisasi yang saya pimpin. Saya sangat berminat dan sering

kali mengamalkan pengurusan secara mutlak. Ada baik dan buruknya

pengurusan yang bercorak mutlak. Tapi saya percaya, yang baik

lebih banyak dari yang buruk.

Walau bagaimanapun, dalam pengurusan secara mutlak,

peranan orang kepercayaan pemimpin akan memainkan peranan.

Mereka akan menjadi penasihat yang berkesan atau punesihat yang

memberi padah. Saya melihat akan peranan orang kanan

kepercayaan ketua itu, memberi kesan pada dua keadaan.

Pertamanya, sama ada mereka akan dapat memberi nasihat

sempurna atau tidak pada ketuanya, banyak bergantung pada tahap

pemikirannya. Pemikiran itu tentunya dirujuk sama ada pemikirannya

sempit atau kecil atau pemikirannya besar. Orang yang berfikiran

sempit dan kecil tentunya hanya akan terhad merujuk pada isu yang

timbul tanpa memandang secara keseluruhan kenapa isu itu boleh

timbul. Kita boleh menilai sendiri akan keadaan yang berlaku dahulu

ketika kita dalam proses berpecah. Saya tidak berminat lagi untuk

membincangkan tajuk ini secara terperinci.

Keduanya, orang kanan kepercayaan pemimpin atau ketua itu

yang dicurahkan amanah, boleh atau tidak merahsiakan atau dapat

Page 153: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

141

menerima sebarang bentuk masalah atau kesulitan yang dihadapi

oleh ketuanya. Dalam prinsip pengurusan mutlak, pemimpin atau

ketua yang terdesak hanya akan menaruh kepercayaan atau

keyakinan pada mereka yang terpilih berdasarkan kriterianya untuk

mendapatkan nasihat dan sokongan.

Dalam keadaan itu, jika orang kepercayaan ketua dapat

merahsiakan segala masalah ketuanya, maka bertuahlah ketua atau

pemimpin berkenaan. Kesetiaan yang diberi tidak berubah hati.

Mereka sentiasa bersama ketuanya bagi ’melepaskan’ masalah yang

dihadapi oleh ketua atau pemimpin tersebut.

Sebaliknya, jika orang kepercayaan ketua itu berubah hati

akibat masalah yang dikemukakan, maka amat malanglah ketua atau

pemimpin tersebut. Orang kepercayaan tersebut boleh menjadi duri

dalam daging yang mencuck dari dalam. Kesedapan bagi orang lain,

tetapi tidak sedap pada empunya diri. Itulah risiko yang perlu

dihadapi oleh mereka yang mengamalkan kepemimpinan secara

mutlak.

Berbalik pada situasi ahli-ahli yang mula berasa tidak puas

hati pada ketua atau pemimpin utama. Akhirnya akan timbul pelbagai

tohmahan dan tafsiran tentang mereka. Dalam konteks organisasi

Silat Cekak, hal yang demikian telah melibatkan ketuanya iaitu Guru

Utama. Orang kanan atau orang kuat Guru Utama pun mula menjadi

goyah. Itu sebabnya surat pertuduhan ke atas Guru Utama melarat

tentang hal-hal peribadi. Saya ada membacanya. Pertuduhan telah

melarat pada hal-hal yang berkaitan dengan sikap, sifat dan wang

ringgit. Tidak perlu saya mengulas lanjut dalam penulisan ini. Orang

Page 154: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

142

kanan yang berupa orang besi Guru Utama pun menjadi cair. Ramai

yang cair. Bila cair tentu tak sesedap yang pekat.

Aduan-aduan atau rungutan terhadap kita, tidak terikat dalam

kalangan ahli persatuan atau organisasi kita sahaja. Malah, orang-

orang luar yang lain juga kadang kala berminat untuk mencampuri

urusan pengurusan kita. Kita boleh layan aduan atau rungutan

mereka itu, jika difikirkan bekenaan dan mustahak. Jika tidak

berkenaan, lupakan sahaja.

Biasanya bentuk teguran atau aduan yang ditimbulkan oleh

bukan ahli, ada juga kaitannya dengan perjalanan persatuan dan

persilatan. Namun begitu, bilangan mereka yang membuat aduan itu

tentunya tidak banyak. Hanya layan jika difikirkan perlu. Kalau

menegur kita tentang penggunaan nama buah silat Melayu yang

melibatkan silat mereka dalam sistem pengajaran Silat Cekak,

lihatlah keadaan sama ada perlu menjawabnya ataupun tidak.

Dalam konteks pengurusan organisasi kita sendiri, semakin

sikit aduan atau rungutan yang kita terima maka semakin baiklah

pengurusan kita di peringkat persatuan atau di peringkat persilatan.

Oleh itu, kita perlu sentiasa muhasabah diri bagi membiasakan yang

betul dan membetulkan yang biasa. Hal yang demikian memerlukan

diri kita supaya berfikiran terbuka dan mempunyai kemahiran

mendengar dengan lebih baik dan lebih tinggi. Kebolehan mendengar

akan menyebabkan para pengadu atau perenget berasa puas

walaupun hal yang ingin diselesaikan belum lagi menemui hasratnya.

Selain daripada hal-hal yang telah saya bincangkan di atas, bagi

menjadikan organisasi kita bertambah mantap, setiap ahli dalam

sesebuah organisasi itu perlu memainkan peranan penting mengikut

Page 155: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

143

bidang atau tugasan yang diberi. Hati mesti rela. Pupuklah sifat rela

dalam kalangan ahli-ahli kita ketika menjalankan tugas tanpa wujud

rengetan dan membebel tanpa tujuan dan hala. Kerelaan akan

melicinkan tugasan yang diberi. Hati yang rela akan membolehkan

seseorang itu melakukan apa saja tugasan yang diberi. Sebaliknya,

jika hati tidak rela, jarum sebatang yang ada di atas lantai amat sukar

diambil kerana terasa begitu berat.

Oleh itu, para pemimpin perlu mengekalkan hubungan yang

baik antara sesama ahli dalam mana-mana organisasi. Kemesraan

akan mewujudkan perpaduan yang kental. Hal yang demikian akan

memancu organisasi tersebut menjadi hebat dan berkesan.

Saya berpendapat bahawa jika seseorang ahli itu ingin

menjadikan dirinya hebat dan memastikan kewujudannya bermakna

pada organisasi atau persatuan yang diceburinya, maka dia perlu

memahami akan dirinya sendiri. Hal yang demikian kerana akhirnya,

dirinya perlu disesuaikan dengan kehendak organisasi atau

persatuan yang dia terlibat. Jika gagal berbuat demikian,

sumbangannya pada persatuan tidak akan memberi makna yang

hebat.

Salah satu aspek yang penting dan ingin saya bincangkan

dalam tulisan ini adalah berkaitan dengan pengurusan diri individu

berkenaan. Sebagai pemimpin, kalau diri sendiri boleh diurus maka

secara langsung organisasi yang dipimpinnya boleh bergerak dengan

baik dan berkesan.

Kalau dirinya itu adalah sebagai ahli yang dipimpin, maka

akan jadilah dirinya sebagai seorang pengikut yang hebat serta

Page 156: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

144

sentiasa memberi sumbangan kepada persatuan atau organisasinya.

Orang-orang inilah yang selalu dikiaskan umpama lebah yang

sentiasa memberikan sumbangan. Bukannya seperti lalat yang hanya

akan merosakkan apa saja yang disentuhnya.

Walau bagaimanapun saya yakin, sebelum kita berupaya

mengurus diri kita, sikap kita hendaklah betul. Saya berkata demikian

kerana ada kaitannya antara sikap yang ada pada diri kita dengan

diri kita sendiri. Sikap adalah meliputi pelbagai segi. Sikap ini meliputi

juga sama ada sikap kita pada pembentukan peribadi diri kita sendiri

atau sikap kita apabila melihat sesuatu perkara di depan mata. Hal

yang demikian kerana sikap juga adalah cara kita menggunakan

pemikiran kita.

Walau bagaimanapun, kita jangan menafikan betapa sikap

kita sendiri akan sentiasa dinilai oleh orang lain. Orang lain akan

bertindak atau memberi tindakan atas apa yang kita fikir atau apa

saja tindakan yang kita lakukan.

Oleh itu, reaksi orang lain pada kita erat juga kaitannya

dengan cara kita memindahkan sikap atau mood kita orang pada

tersebut. Jika kita bersikap optimis dan menerima kejayaan orang lain

dengan ikhlas dan berlapang dada, secara langsung kita akan

memindahkan sikap positif pada orang itu. Yakinlah betapa orang

berkenaan juga akan merasainya dan pasti akan memberi reaksi

atau maklum balas yang baik pada kita.

Ada yang mengatakan betapa sikap kita akan disalurkan

melalui aura yang kita miliki. Aura ini akan disampaikan pada orang

lain secara automatik melalui gelombang yang tertentu. Hanya orang

Page 157: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

145

lain yang akan merasainya atau mentafsir akan diri kita sendiri. Itu

sebabnya menurut pakar psikologi, jika kita bersikap membenci pada

seseorang, isyarat benci akan dihantar pada orang berkenaan dan

orang itu akan merasainya. Kalau orang itu berfaham negatif, sudah

tentu orang itu turut membenci akan diri kita.

Begitu juga sebaliknya. Jika sikap kita pasimis dan hanya

menjangkakan keburukan yang ada pada orang lain, sesungguhnya

kita akan memindahkan sikap negatif kita pada orang tersebut.

Pastinya orang itu akan menjauhi diri kita. Hal yang demikian kerana

orang itu turut merasai apa yang kita rasa.

Oleh itu, sebagai pemimpin dalam mana-mana organisasi

atau persatuan, berusahalah untuk menguasai pemikiran yang

sentiasa bersifat positif. Untuk menguasai pemikiran positif, kita juga

perlu tahu akan makna pemikiran negatif. Sesuatu yang bersifat

negatif, perlulah diurus dengan baik atau betul. Carilah dan sebarkan

perkara-perkara yang positif sama ada merujuk pada diri individu

atau pada penghasilan kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli itu sendiri.

Walaupun wujud gejala-gejala negatif dalam kalangan ahli, jangan

banyak ungkit-mengungkit. Pilih hasil-hasil yang positif untuk

dijadikan tajuk bualan atau tajuk perbincangan yang utama.

Untuk melihat sesuatu itu bersifat positif, maka pemikiran kita

perlu sentiasa bersifat positif. Galakkan kemesraan dalam kalangan

ahli. Kesannya, kita akan menerima tindakan yang sama daripada

individu berkenaan. Oleh itu, lihatlah hanya yang baik sahaja pada

seseorang itu. Kalau kita memandang sesuatu itu dari sudut kebaikan

maka kebaikanlah yang kita peroleh. Sebaliknya, jika kita

Page 158: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

146

memandang sesuatu itu dari sudut keburukan maka keburukanlah

yang kita akan peroleh.

Seperti yang saya jelaskan terdahulu betapa seseorang itu

mempunyai pemikiran yang bercampur-campur antara pemikiran

negatif dan pemikiran positif. Jangan susah-susah. Pilih sahajalah

hanya hasil positif yang ada pada seseorang itu. Dalam keadaan ini,

kawallah pemikiran kita supaya sentiasa berada dalam pemikiran

yang positif.

Terdapat banyak petua yang diberikan pada kita supaya

mempastikan diri kita sentiasa berada dalam pemikiran yang positif.

Sebagai pemulaannya, asuhlah diri kita supaya sentiasa melihat

sesuatu itu secara positif. Oleh itu, antara petua yang pernah

diamalkan ialah elakkan berbual atau membaca sesuatu yang tidak

berharga termasuk cerita-cerita yang bersifat negatif. Di samping itu

pastikan diri kita tidak mendengar cerita-cerita atau perkhabaran

yang negatif dan juga hal-hal yang berunsur umpat. Kalau ada yang

cuba mengumpat seseorang, lebih baik bersegera meninggalkan

tempat berkenaan. Sifat mengumpat adalah asas segala kejahatan.

Termasuk akan menjadikan sifat kita menjadi pasif dan negatif.

Ketika kita berbual, saya sering sarankan pada ahli-ahli

organisasi yang saya pimpin agar sentiasa bercakap secara positif

’self-talk’. Jangan cepat mengalah atau merintih pada keadaan yang

berlaku. Banyak ayat yang melambangkan percakapan yang

sedemikian. Misalnya, ketika individu itu akan memulakan ayat

percakapan, mulakan dengan ungkapan “Saya bersyukur pada

Tuhan….”. Ataupun melahirkan sifat kerendahan diri melalui ayat

percakapan, “saya perlu belajar dari sesiapa yang tahu”.

Page 159: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

147

Orang yang sentiasa berfikiran positif tentunya akan sentiasa

mengenal pasti serta menjauhi diri dari ungkapan pembawa ”kuman

negatif” yang boleh menjangkiti dirinya. Berhati-hati menggunakan

perkataan berbentuk negatif seperti, “tidak boleh, mengapa pula

saya, saya tidak tahu, tidak mahu, susahnya, saya tiada masa,

bencinya, malaslah, mesti tidak elok” dan banyak lagi ayat yang

berbentuk kuman-kuman negatif. Penggunaan perkataan tersebut

bermakna kita mengasuh diri kita bersifat negatif dan pasimis dari

masa ke masa. Hal yang demikian amat merugikan diri kita jika ingin

menjadi orang yang dapat memberi sumbangan pada organisasi

yang dihadirinya.

Berdasarkan perbincangan saya, kita boleh membuat

kesimpulan betapa pentingnya diri kita bersifat positif sepanjang

masa. Orang yang bersifat positif akan sentiasa berada dalam

keadaan tenang. Merekalah golongan yang sentiasa berjaya dalam

kerjaya hidupnya atau dalam apa bidang yang diceburinya.

Segala masalah yang dihadapi akan dijadikan sebagai

peluang oleh mereka yang berfikiran positif. Fikiran mereka yang

memandang kebaikan secara langsung mengasaskan fikiran yang

sihat. Perasaan baik sangka akan mendorong kepada komunikasi

yang lebih berkesan. Maka, secara langsung akan menjadikan

hubungan mereka sesama individu akan lebih subur dan bertambah

mesra dari masa ke masa.

Pengurusan diri ada kaitan dengan pengurusan masa. Saya

lebih suka menggunakan istilah pengurusan diri berbanding dengan

pengurusan masa. Namun begitu, ramai penulis atau penceramah

Page 160: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

148

yang lebih gemar menggunakan istilah pengurusan masa,

berbanding dengan istilah pengurusan diri.

Pada pandangan saya, secara praktikal eloklah digunakan

ungkapan “pengurusan diri”. Masa yang diuntukkan Tuhan adalah

selama dua puluh empat jam dalam sehari dan semalam. Masa

adalah tetap. Tak payah diuruspun, masa tetap berjalan dan berlalu.

Hanya kita yang yang perlu menyesuaikan diri kita sendiri dengan

masa yang ada. Jika kita cekap dan kemas melayan diri, maka

mudahlah kita menggunakan masa yang dianugerahi Tuhan. Diri

akan menjadi hebat dan disenangi oleh orang lain.

Orang yang pandai menyesuaikan diri dengan masa, akan

dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Manakala orang

yang cuba menyesuaikan masa dengan dirinya, sering

mengecewakan orang lain. Apatah lagi jika diri seseorang itu tidak

berdiplin, bergerak sambil lewa ikut IT-nya sendiri. Orang sebegini,

jika berjanji biasanya akan gagal menepatinya.

Pengurusan diri adalah bermakna cara kita bawa diri. Diri itu

disesuaikan dengan masa dan keadaan. Hal yang demikian akan

menggambarkan perwatakan kita. Pada kebiasaannya, orang lain

akan mentafsir akan sifat yang kita tunjukkan pada mereka. Tafsiran

itu akan melebelkan atau menggredkan diri kita sama ada berada

sebagai seorang yang hebat atau sebaliknya.

Mengurus diri meliputi banyak aspek sama ada cara

berpakaian, tutur kata, cara berkomunikasi, cara bergaul dan

sebagainya. Oleh itu, kesemua aspek tersebut perlu dilakukan dalam

pemikiran sedar. Maknanya, berfikirlah sebelum melakukan sesuatu

Page 161: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

149

perkara. Hal yang demikian akan menjamin kewibawaan kita sebagai

seorang individu yang boleh dihormati sepanjang masa.

Satu perkara yang amat penting dalam aspek pengurusan diri,

ketika kita bercakap dengan orang lain, maka bercakaplah dengan

penuh yakin. Tunjukkan keyakinan kita ketika bercakap. Keyakinan

boleh ditunjukkan jika kita tahu akan apa yang dicakapkan. Ilmu dan

pengalaman kita tentang isi percakapan yang hendak diucapkan

perlu banyak. Sebaik-baiknya, bercakaplah jika kita berkebolehan

untuk mengeluarkan idea pada tajuk yang berkenaan. Kalau

dirasakan kurang yakin, lebih baik mendengar dahulu sebelum

bersegera mengeluarkan apa-apa pandangan.

Biasanya, kita kerap kali cuba bercakap secara berusaha

menyenangi si pendengar. Hal yang demikian ada baik dan ada

keburukannya. Namun begitu kita harus ingat, jangan sesekali

membuat lawak yang kurang sesuai dengan maksud menyenangi

hati orang lain. Walaupun mungkin orang lain akan ketawa, hati

orang itu tetap akan berkata-kata jika lawak berkenaan tidak

disukainya.

Di samping itu kita perlu berhati-hati dengan tutur kata yang

kita ucapkan. Janganlah kita menyentuh perasaan orang lain atau

cuba melepaskan geram dengan menyentuh kewibawaan orang lain.

Hal yang demikian akan menyebabkan pendengar kita akan

membuat kesimpulan negatif pada diri kita.

Ketika orang lain mengeluarkan pendapat, seelok-eloknya

jangan sesekali menyampuk. Dengar akan apa yang cuba

disampaikan. Jika perkara yang ingin dicakapkan itu kurang

Page 162: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

150

berkenaan dengan kita, lebih baik kita mendengar tanpa perlu

berbuat apa-apa komen mengenainya. Hormati pendapat orang lain

secara lebih banyak mendengar daripada menyampuk. Secara

langsung kita tidak akan terlibat dengan isu yang mungkin

ditimbulkan.

Dalam konteks pengurusan diri, saya mempunyai tanggapan

yang tertentu. Pengurusan diri juga erat kaitannya dengan cara kita

menampilkan diri terutamanya dalam satu-satu majlis. Terdapat

beberapa saranan untuk menyakinkan diri kita dalam penampilan.

Saya bincangkan dalam tulisan ini berdasarkan fahaman dan aplikasi

yang pernah saya lakukan.

1. Berpakaianlah seperti yang kita suka atau kita selesa

terutamanya dari segi pilihan warna dan bentuk pakaiannya.

Namun begitu pakaian tersebut perlu disesuaikan dengan etika

berpakaian dalam majlis-majlis tertentu. Untuk kekemasan diri,

berdandanlah dengan rapi dan sesuai dengan tempatnya.

Rambut biar kemas bersikat. Kalau rambut panjang hingga ke

bahu, ramai yang mengikatnya. Pada kaum wanita, gincu yang

digunakan biarlah sesuai dengan diri atau kulit.

Jangan jadikan diri kita umpama papan iklan. Maksudnya kita

berpakaian seolah-olah membuat promosi. Bila ada yang

bertanya, mulalah menerangkan asal usul pakaian tersebut dibeli

atau ditempah. Hal yang demikian akan menyebabkan

perbualan hanya akan berfokas pada diri kita sendiri. Tentunya

situasi itu tidak akan menyenangkan semua orang yang

mendengar perbualan kita.

Page 163: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

151

2. Kita perlu yakini diri sendiri. Jangan berfikir perkara yang bukan-

bukan ketika menghadiri sebarang majlis. Fikiran kita perlu

berfokas pada program yang diadakan. Sentiasa bersikap positif

agar perbualan kita juga akan sentiasa menunjukkan sikap kita

yang positif.

3. Ketika berbual, sedaya upaya kita perlu bersikap tenang. Jangan

kelam kabut sama ada dari segi percakapan atau tindakan.

Sebaik-baiknya kita perlu bersikap seadanya atau sewajarnya

atas jawatan yang kita sandang. Jika memerlukan pedebatan,

maka berdebatlah secara kehormat. Semua pendapat adalah

betul. Oleh itu, janganlah kita cuba menegaskan pendapat kita

sahaja yang betul tanpa ada sifat bertolak ansur dari segi

pendapat.

4. Dalam perbualan harian kita dengan orang lain, elakkan

berbicara tentang ’bintang-bintang’ atau zodiak. Hal yang

demikian tentunya tidak sesuai dengan kepercayaan agama kita.

Perbicaraan mengenainya akan menyebabkan perbandingan.

Sudah tentu perbualan akan tidak menyenangkan pihak

pendengar. Wang juga jangan dijadikan topik perbualan. Tidak

kiralah apa saja yang berkaitan dengan wang, sama ada

simpanan, perniagaan atau pelbagai lagi hal yang berkaitan

dengan wang.

Ketika berbual juga, elakkan diri daripada terlibat dengan bualan-

bualan gossip. Saya selalu sarankan betapa perlunya kita

melihat dan mendengar berkali-kali, daripada membuat

kesimpulan sekali. Hal yang demikian erat kaitannya dengan

Page 164: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

152

pelambangan angugerah Tuhan dua mata dan dua telinga,

berbanding dengan satu mulut yang kita ada.

5. Hindari kata-kata yang kasar ketika berbual pada sesuatu yang

dianggap serius atau memerlukan perhatian perhatian. Begitu

juga dengan perbuatan bercakap yang melibatkan humor yang

lucah. Bukan semua pendengar suka akan unsur-unsur

percakapan lucah. Lihat dulu siapa pendengarnya dan dalam

situasi apa sebelum melakukan perbuatan berlisan lucah atau

berlisan humor demikian.

6. Orang lain akan memandang tinggi pada kita jika kita tidak

mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang lain. Hadapilah

sesuatu perkara itu dengan tenang. Jangan mengambil tindakan

terburu-buru. Katakan ’tidak’ kalau sememangnya tidak.

Percakapan kita melambangkan apa yang sebenarnya berada di

hati. Itulah cakap benar namanya.

7. Ketika bercakap, sebaik-baiknya jangan timbulkan sebarang isu.

Isu boleh menyebabkan orang tercengang atau terperanjat atau

terpanpan. Hal yang demikian akan membantutkan perbualan

kita.

8. Dalam sebarang majlis yang kita hadiri, janganlah kita bersifat

sombong atau bongkak pada orang lain. Rendah diri pada

tempatnya. Hal yang demikian tidak merugikan diri sendiri.

Apabila kita bergaul dengan mereka yang suka bersifat

sombong, maka berhati-hatilah. Jangan sesekali masuk campur

akan percakapan mereka yang berlagak sombong atau bongkak

tersebut. Lebih baik jangan langsung mengia atau menidakkan

Page 165: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

153

pendapatnya. Diam sahaja dan ikuti perkembangan

percakapannya jika dirasakan perlu. Kalau difikirkan kehadiran

kita tidak diperlukan lagi, bersegeralah berundur dari situ. Jangan

berfikir panjang lagi.

Ketika keluar majlis kerana menunaikan hajat atau satu-satu

sebab yang tertentu, keluarlah seorang. Tak perlu mengajak

teman atau bertemankan sesiapa. Perbuatan yang sedemikian

adalah menghormati majlis yang kita hadiri. Ketika berbual

dengan orang lain, minta izin mereka terlebih dahulu. Ketika

berjalan,pandanglah ke hadapan. Mata jangan melilau kiri

kanan. Selamba sahaja. Hal yang demikian melambangkan

keyakinan yang wujud pada diri kita.

9. Ada dalam kalangan kita yang suka berpuasa sunat pada hari-

hari tertentu. Kalau majlis makan-makan, cuba elakkan daripada

hadir. Kalau perlu hadir juga, sesuaikan diri dengan tuntutan

majlis tersebut. Kita tidak mahu menganggu perasaan orang lain.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan diet. Tidak perlu

menonjoklkan diri untuk menerangkan tindakan kita tersebut.

Sesuaikan diri dengan makanan yang terhidang. Jangan merintih

jika makanan tersebut tidak sesuai dengan kita.

Oleh itu, ketika kita keluar rumah ke majlis-majlis tertentu,

eloklah membuat persediaan rapi sama ada dari segi pakaian dan

maklumat tentang majlis berkenaan. Kita perlu ingat bahawa di mana

kita berada, sudah tentu ada si tukang nilai. Lebih-lebih lagi jika kita

ada jawatan tertentu yang utama dalam organisasi yang kita berada.

Penilaian negatif yang mereka peroleh, tentunya akan disebarkan ke

Page 166: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

154

merata-rata tempat. Hal yang demikian tentunya akan mempengaruhi

pandangan orang lain pada diri kita.

Mengurus diri memerlukan kita sentiasa berfikir sebelum

melakukan sesuatu perkara. Maknanya, kita perlu sentiasa berada

dalam pemikiran sedar. Perkara itu meliputi pada diri sendiri atau

melibatkan orang lain. Orang yang berfikir dahulu sebelum membuat

sesuatu perkara adalah merupakan orang yang sentiasa berada

dalam keadaan sedar. Orang-orang ini selalunya berada dalam

kehebatan dan dikagumi oleh orang-orang lain. Dia tahu akan apa

yang dilakukannya.

Oleh itu, jagalah diri kita apabila berhubung dengan orang

lain. Ketika berjanji, tepati janji berdasarkan masa yang telah

ditentukan. Saya selalu tegaskan dalam tulisan yang terdahulu.

Orang yang hebat sentiasa mendahului masa. Orang biasa sering

kali menepati masa. Manakala orang yang ’anu’ kerap kali melewati

masa. Oleh itu semestinya kita sentiasa tepat waktu dalam urusan

yang telah ditentukan.

Untuk sentiasa mendahului masa, diri kita perlu diurus dengan

sempurna. Ketika menunaikan janji atau menetapkan masa, pastikan

kita berkeupayaan berbuat demikian. Jika kita yakin dengan janji

yang dikatakan, uruskan diri kita supaya dapat menepatinya. Seperti

kata seni kata lagu, “Jangan berbuat janji jika janji tidak ditepati.”

Dalam kefahaman Silat Cekak, menunaikan janji adalah

merupakan salah satu perkara yang sangat ditekankan Ustaz. Saya

pernah menulis tentang janji yang gagal ditepati oleh seorang ahli

pada Ustaz. Kegagalan menunaikan janji tersebut, menyebabkan

Page 167: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

155

Ustaz berasa tidak senang. Selepas peristiwa tersebut, saya tak

pernah menemuinya lagi.

Selain daripada itu, ketika berhubung dengan orang lain, urus

diri kita dengan sebaik-baiknya. Terdapat beberapa perkara yang

perlu diberi perhatian. Salah satunya, ketika bersalam, pastikan mata

bertentang mata. Tenung muka atau mata orang yang kita salam.

Ingat pepatah kita yang mengatakan, “Dari mata turun ke

hati.” Tenungan mata akan menyebabkan hati seseorang itu berasa

lembut atau tenang melihat diri kita. Lebih-lebih lagi jika peranan kita

berupa pemimpin organisasi. Termasuklah di kelas-kelas latihan yang

melibatkan para jurulatih. Kalau Jurulatih bersalam tanpa

memandang muka anak didiknya, menampakkan sifat ego atau tidak

menerima kewujudan anak didiknya sendiri.

Nampaknya, ketika ini pelakuan merenung mata mula kurang

diberi perhatian. Kita boleh nampak betapa ada dalam kalangan

pemberi salam yang menghulurkan tangan tanpa memandang muka

kita. Sekali imbas menampakkan sifat ego atau bangga diri dalam

kalangan orang-orang tersebut.

Orang sekarang agaknya kurang menggunakan mata. Benda

yang tak nampak pun dengan segera membuat kesimpulan sendiri.

Pada hal, Tuhan menganugerahkan kita dua mata dan dua telinga.

Kalau sesuatu itu tidak kita lihat maka pertimbangan telinga biarlah

adil dan tepat. Kalau hal yang demikian diambil berat, tentulah

perpecahan tidak terjadi dek kerana mempercayai segera pelakuan

kepemimpinan kita.

Page 168: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

156

Seperti yang dikata, kalau mata tidak dapat digunakan maka

gunakan telinga dengan bijaksana bagi menentukan kesahihan.

Hakim yang mengadili kes En Mat telah terpaksa menggunakan

telinga bagi menentukan kesahan. Tapi orang arif sahaja yang boleh

menggunakan telinga dengan betul. Keputusan telah diberi. Walau

bagaimanapun masih terdapat mereka yang tidak melihat tapi masih

meletakkan keputusan berdasarkan telinga capang, atau telinga

cabang atau telinga labang.

Memang menjadi lumrah ketika ini yang sering mengetepikan

mata. Hinggakan cenderamata pun diganti dengan cenderahati.

Semuanya ditafsir mengikut hati tanpa merujuk pada penglihatan

untuk membuat ketentuan atau kesimpulan. Pada hal, pepatah ada

mengatakan, “Dari mata turun ke hati.”

Selain daripada itu, pengurusan diri biarlah teratur.

Nampakkan kekemasan pada cara berpakaian. Pada orang-orang

lelaki, jaga rambut dan jaga pembesaran perut. Biasanya, rambut dan

perut adalah lambang kesegakan orang lelaki.

Dalam pergaulan, nampakkan diri kita sentiasa bertenaga.

Ceriakan muka dan tekal bercakap secara optimis dan sentiasa

memberi dorongan kepada para pendengar. Kalau mengidap

penyakit, jangan menampakkan muka kerut atau sifat-sifat yang

melambangkan pesimis. Lebih baik duduk di rumah jika sakit

daripada bergaul dengan orang lain. Kalau nak bergaul juga,

tunjukkan kehebatan dan kesegaran.

Orang akan berasa senang dengan kita jika kita sentiasa

membimbing dan memberi nasihat kepada rakan-rakan kita. Jika ada

Page 169: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

157

sebarang masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan, cubalah beri

beberapa altenatif penyelesaian supaya rakan kita dapat membuat

penyelesaian.

Satu perkara lagi yang menyebabkan orang akan menyenangi

kita ialah jika kita sentiasa memelihara masa, bukannya mengurus

masa. Saya selalu tegaskan betapa masa itu tidak boleh diurus.

Melainkan kita sendiri mengurus diri kita supaya dapat disesuaikan

dengan peruntukan masa yang ada.

Usaha-usaha untuk menonjolkan diri kita adalah merupakan

salah satu usaha yang sangat perlu dilakukan. Hal yang demikian

akan membolehkan ketua kita dapat menilai kualiti yang ada pada

diri kita. Kita perlu mempertingkatkan kualiti diri kita dari masa ke

masa. Jadikanlah diri kita sebagai seorang yang berwibawa. Orang

yang berwibawa berupaya mempertingkatkan kualiti diri sendiri di

samping memberi sumbangan meningkatkan kualiti diri orang lain.

Hal yang demikian akan membolehkan diri kita boleh diharap atau

dipercayai. Kalau diibaratkan air, orang yang hebat adalah umpama

air mutlak yang suci lagi menyucikan. Hal yang demikian tentunya

berbeza dengan konsep air mustakmal atau air mutanajjis.

Selain daripada itu, tunjukkan diri kita supaya sentiasa

bersungguh dan berminat dengan sesuatu perkara. Elakkan daripada

menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang berbentuk

kuman negatif seperti tidak boleh, mengapa pula saya, saya tak

tahu, tak mahu, susahnya, saya tiada masa, malaslah atau mesti tak

elok atau lantaklah.

Page 170: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pengurusan Diri

158

Oleh itu, jangan lupa menjadikan diri kita untuk terus

berusaha dan menimba pengalaman dari pelbagai sudut yang ada.

Bergaullah dengan orang-orang yang hebat. Pergaulan yang

sedemikian akan memungkinkan kita menerima tempias akan

kehebatannya. Saya telah menyentuh tentang hal tersebut dalam

tulisan-tulisan yang lalu.

Dalam dunia sekarang, banyak sumber ilmu yang boleh kita

manfaatkan. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas akan

menjadikan diri kita sentiasa dihargai dan dipandang tinggi oleh

orang lain. Oleh itu, berusahalah mendapatkan ilmu dan pengalaman

sebanyaknya dengan pelbagai usaha dan pelbagai penglibatan.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi bersama sebahagian daripada ahli-ahli Seni Silat Cekak di majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang diadakan pada tahun 2009.

Page 171: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

159

HEBATKAN DIRI

Orang yang pandai atau bijak mengurus diri adalah juga akan

menjadi orang yang hebat. Dalam konteks organisasi, kehebatan

seseorang pastinya dihubungkan dengan budaya kerja yang

cemerlang. Budaya kerja ini adalah merupakan satu proses hasil

pemupukan pelakuan yang dilakukan dari masa ke masa bagi

mencapai kesempurnaan kerja. Semuanya bergantung erat pada

sikap. Saya telah menyentuh tentang soal sikap dalam tulisan yang

terdahulu.

Orang yang mengamalkan budaya kerja cemerlang selalunya

mengamalkan kerja-kerja cemerlang secara berterusan dan secara

bersungguh-sungguh. Mereka sentiasa mencari kesempurnaan

dengan mengamalkan nilai dan etika yang ditetapkan. Mereka juga

sentiasa suka akan kerja atau tanggungjawab yang dilaksanakan itu.

Kerja-kerja yang dihasilkan merupakan satu bentuk kemanisan pada

diri mereka sendiri. Hal yang demikian tentulah akan memberi

kepuasan kerana penghasilan kerja semestinya hebat dan luar dari

kebiasaan, terbaik dan berkualiti.

Keyakinan mereka diri adalah tinggi. Hal yang demikian

menjadikan hasil kerja adalah bermutu tinggi. Sifat mereka yang

demikian akan menyenangkan pelbagai pihak terutamanya

kepimpinan tertinggi. Fikiran mereka sentiasa positif. Kerja yang

seberat mana sekalipun, akan dipikul dengan penuh kerelaan dan

dedikasi tanpa ada sebarang rintihan, rungutan atau bebalan.

Kita perlu akui betapa kehebatan diri adalah merupakan

sesuatu yang boleh diusahakan. Kehebatan bukannya lahir semula

Page 172: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

160

jadi dengan kelahiran kita. Kehebatan boleh dipupuk dari masa ke

masa. Dalam proses pemupukan kehebatan dalam diri setiap

individu, elakkan diri dari terperangkap dengan perangkap minda

atau helah diri kita sendiri.

Kita tidak perlu bersifat membela diri dan selalu berdalih

apabila timbul sesuatu isu. Kesilapan yang dilakukan, perlu diterima

dan bertanggungjawab padanya. Tidaklah perlu bagi kita

menyalahkan orang lain pada kelemahan yang berlaku kerana hal

yang demikian menunjukkan sifat keakuan kita yang tinggi. Orang

yang bersifat demikian selalunya suka memandang rendah pada diri

orang lain.

Kesilapan yang kita lakukan perlu kita akui dan perbetulkan

supaya tidak berulang pada masa depan. Sifat memohon maaf

adalah merupakan tindakan yang baik dan perlu diamalkan.

Kesalahan yang berlaku anggaplah sebagai sesuatu yang boleh

dipelajari bagi mempastikan hal yang sama tidak berulang di masa-

masa depan. Kita belajar daripada kesilapan. Oleh itu, tidak perlu

bagi kita mempertahankan sebarang kesilapan yang telah kita

lakukan. Akui sahaja dan perbaiki kesalahan tersebut.

Kelemahan yang kita hadapi tidak perlu menuding jari pada

orang lain. Menyalahkan orang lain atas hal yang berlaku adalah

merupakan satu jalan keluar yang tidak disukai oleh orang lain. Itu

sebabnya saya selalu tekankan tentang makna konsep

‟tanggungjawab‟. Tanggung bermakna tugas atau amanah yang

diberi pada kita. Manakala perkataan jawab bermakna, bila orang

tanya maka jawab sahaja tanpa merungut atau mempersoalkan hak

orang lain untuk bertanya.

Page 173: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

161

Orang yang hebat tidak mudah menyerah kalah dalam satu-

satu program atau matlamat yang kurang berjaya mencapai

sasarannya. Mereka akan terus berusaha dari masa ke masa tanpa

mengenal erti jemu atau berputus asa bagi mempastikan apa yang

dirancang akan tetap menemui kejayaan. Pastinya, perancangan

yang dibuat adalah hasil daripada perancangan yang hebat dan

kemas. Orang-orang ini selalunya sanggup menghadapi risiko dalam

menjalankan tanggungjawabnya.

Kelemahan atau kegagalan yang menimpanya akan dianggap

sebagai satu cabaran. Tidak timbul soal menyesal atau sebarang

bentuk kekesalan dalam jiwa mereka ekoran kegagalan program

yang telah dijalankan tersebut. Sebaliknya, mereka akan berusaha

membaiki sebarang kelemahan untuk program seterusnya.

Orang yang hebat sentiasa berfokus dalam sebarang usaha

yang dilakukan. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan

diri daripada kumpulan-kumpulan yang lebih banyak menghabiskan

masa membuat komen pada peribadi orang lain. Saya selalu

menegaskan betapa orang yang berfikiran kecil, hanya mampu

membincangkan isu-isu remeh temeh tentang peribadi atau perkara

yang dibangkitkan. Manakala orang yang berjiwa besar akan

menumpukan idea-idea besar di sebalik sesutu program yang

dijalankan.

Orang yang tidak melibatkan diri dengan golongan berfikiran

kecil akan dapat menjauhkan diri daripada terjebak dengan pelakuan-

pelakuan yang negatif. Menyentuh peribadi orang lain biasanya

memungkinkan kita menjadi sebagai pembahas atau orang yang

suka menambah atau menyebarkan fitnah. Maka jadilah diri kita

Page 174: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

162

umpama golongan penipu yang memperkatakan sesuatu hanya

berdasarkan perasaan. Pelakuan yang berdasarkan perasaan lebih

banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu. Akal sering kali diketepikan

dalam tindak tanduk pelakuan seharian. Maka jadilah mereka

golongan yang sangat kurang disenangi oleh orang lain. Hal yang

demikian akan mengurangkan keupayaan mereka untuk

menghebatkan diri mereka sendiri.

Orang yang hebat tidak merungut atau merintih akan segala

tugas yang dipertanggungjawabkan pada diri mereka. Setiap arahan

akan dipikul dengan tenang dan dalam keadaan bersedia menerima

untuk menjalankan tugas. Orang yang merintih hanya akan

membunuh kehebatan diri sendiri. Oleh itu, mereka yang ingin

menghebatkan diri tidak perlu berasa bimbang akan segala beban

tugas yang perlu dipikul. Yakinkan pada kebolehan diri untuk memikul

sebarang bentuk tanggungjawab.

Segala yang dilakukan perlu ikhlas, tanpa mengharapkan

sebarang pulangan atau ganjaran. Ayat-ayat yang keluar dari mulut

pada setiap arahan akan didahului dengan perkataan “yes sir.”

Semuanya akan dilakukan dengan penuh keyakinan dan ketegasan.

Ayat-ayat negatif seperti “saya akan cuba.” akan sentiasa dielakkan

dalam penggunaan ayat. Kalau asyik mencuba maka mana ada

tumpuan serius. Maka bergelarlah individu itu sebagai “Si Mamat

tukang cuba.” Asyik mencuba tanpa bersungguh-sungguh untuk

melakukan sesuatu perkara tersebut dengan berkesan.

Menghebatkan diri juga boleh diukur secara membuat

bandingan. Diri kita boleh dianggap hebat jika dibandingkan dengan

kehebatan orang lain. Oleh itu, galakkan diri kita bertukar-tukar

Page 175: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

163

pendapat atau mendapatkan pengalaman daripada orang lain. Jika

perlu, kita boleh pergi ke tempat-tempat lain yang berkenaan untuk

maksud penandaarasan.

Cuma, yang pentingnya ketika berada di tempat orang, kita

tidak perlu bersifat sinis dengan mengatakan tidak ada pembaharuan

atau sesuatu yang menunjukkan kita memandang rendah pada

tempat yang kita lawati. Hormatilah kehebatan orang lain. Yang baik

kita tiru dan jadikan teladan. Manakala yang tidak baik jadikan

pengajaran dan sempadan. Dengan cara yang demikian kita akan

dapat menambahkan kehebatan diri kita dari semasa ke semasa.

Bagi menghebatkan lagi diri kita, dua aspek penting yang

perlu diambil berat ialah cara kita berkomunikasi dan cara kita

„menjual diri‟ atau menonjolkan diri dalam sesuatu organisasi.

Cara kita berhubung atau bergaul dengan orang lain juga

akan melambangkan kehebatan diri kita. Hubungan tersebut tentunya

diasaskan pada cara komunikasi yang kita bina dengan pendengar

yang lain. Dalam hal ini, perkara yang paling penting, biarlah

percakapan kita itu jelas, tepat dan mudah difahami. Hal yang

demikian akan menarik minat orang lain atau pendengar lain untuk

mengikuti perbualan kita.

Saya berpendapat, jangan mudah kita berbual dengan orang

lain tanpa memahami situasi perbualan ketika itu. Kita juga perlu

memahami dengan siapa kita akan berbual. Oleh itu, lebih baik jika

dengar dulu sebelum kita bercakap. Itulah antara langkah-langkah

yang sebaik-baiknya yang pernah saya lakukan apabila bergaul dan

berkomunikasi dengan orang lain.

Page 176: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

164

Dalam konteks Silat Cekak, Jurulatih memainkan peranan

yang penting sebagai barisan depan untuk menyebarkan ilmu

persilatan yang dipusakai dari Ustaz Hanafi. Seiring dengan itu,

mereka juga berperanan sebagai penghubung dalam hubungan

antara ahli-ahli Silat Cekak yang dididiknya dengan guru utama yang

ada. Peranan yang sedemikian tentunya memerlukan bentuk

hubungan yang berkesan agar anak didiknya akan sentiasa

menghormati para Jurulatih.

Oleh itu, para Jurulatih dalam Silat Cekak perlu didedahkan

dengan ilmu pengetahuan tentang kemahiran berkomunikasi secara

berkesan. Hal yang demikian akan dapat membantu para Jurulatih

untuk memainkan peranan bagi menarik sokongan pada anak

didiknya pada adat dan adab yang sedia ada dalam persilatan Silat

Cekak. Secara langsung, peranan mereka itu akan dapat memberi

impak baik yang maksimum pada perkembangan Silat Cekak.

Mungkin dalam perbincangan saya berikutnya akan dapat membantu

para Jurulatih untuk mewujudkan komunikasi berkesan dengan para

penuntutnya.

Bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan, langkah

pertama yang harus dilakukan ialah wujudkan situasi yang

membolehkan orang lain menyenangi atau menerima kehadiran kita.

Hal yang demikian membawa maksud kita perlu mewujudkan situasi

yang menyebabkan para pendengar mempercayai diri kita sebagai

pemberi maklumat yang betul atau isi percakapan kita dianggap

berguna. Mungkin jawatan yang kita sandang akan banyak

mempengaruhi faktor kepercayaan tersebut. Lebih-lebih lagi jika kita

berjawatan tinggi dalam satu-satu organisasi.

Page 177: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

165

Untuk mendapatkan kepercayaan itulah, para Jurulatih perlu

meluaskan pengalaman dan meningkatkan ilmu, agar pengajaran

mereka lebih berkesan. Saya selalu menyarankan pada mereka

supaya tidak bersifat ego dalam mencari ilmu pengetahuan.

Bergaullah dengan orang-orang lama yang berkemahiran. Ilmu yang

diberi boleh dijadikan sempadan atau sebagai panduan. Jangan

cepat menolak pengetahuan tanpa disertai dengan pemikiran yang

seimbang dan pemikiran yang terbuka.

Jika orang lain menerima kehadiran kita dan mempercayai isi

maklumat yang kita ingin sampaikan maka secara langsung mereka

akan memberi tumpuan pada percakapan kita. Hal yang demikian

tentunya akan memudahkan kelancaran penyampaian. Kita sendiri

akan terus berasa yakin dengan perbualan yang kita lakukan.

Persoalannya ialah bagaimana kita boleh mempastikan

kehadiran kita dalam kalangan mereka adalah sangat

menyenangkan. Kita tentunya tidak mahu melihat kehadiran kita

sebagai menyakitkan para pengikut atau anak didik kita sendiri.

Dalam hal ini, saya sarankan agar kita menggunakan pelbagai

strategi untuk mencapai maksud yang kehadiran kita benar-benar

dihargai oleh mereka.

Kita perlu berhati-hati dengan isi perbualan kita. Mesej

komunikasi yang kita lakukan perlulah ada kebenaran dalam konteks

yang tertentu. Kalau boleh, nyatakan data-data yang berkaitan atau

bahan rujukan yang menjadi punca percakapan kita. Namun begitu,

setiap tajuk perbualan perlu dirujuk pada situasi tempat kita berada.

Tentunya dalam majlis berkhatan atau perkahwinan, soal-soal yang

menyentuh tajuk-tajuk berat seperti masalah negara, dasar-dasar

Page 178: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

166

negara yang berkaitan dengan reformasi ekonomi dan pendidikan,

tidak perlu dibincangkan.

Begitu juga dalam kelas-kelas latihan silat. Soal-soal yang

berkaitan dengan masalah negara yang berat-berat seperti isu-isu

pendidikan atau ekonomi tentunya tidak berapa sesuai dibincangkan

dalam kalangan penuntut silat kita. Beri peluang kepada mereka

memikirkan masalah penyesuaian diri mereka dengan ilmu persilatan

yang disampaikan. Tentunya, hal-hal yang berkaitan dengan ilmu

persilatan akan lebih memberi makna pada mereka dalam konteks

mereka sendiri sedang berusaha menambahkan ilmu persilatan.

Oleh itu dalam majlis bukan silat yang bersantai, berbuallah

tentang tajuk-tajuk yang tidak memerlukan perbahasan atau

perbincangan. Tajuk-tajuk perbualan tentang jenis-jenis masakan,

buah-buahan tempatan dan sebagainya boleh dilakukan. Hal yang

demikian akan menyebabklan perbualan kita mudah diterima oleh

pendengar yang lain dalam konteks majlis yang bersantai.

Walaupun kita bebas memilih tajuk-tajuk perbualan, pastikan

bahawa perbualan kita tersebut tidak kebudak-budakan. Kandungan

mesej hendaklah ada makna. Hal yang demikian kerana makna

dalam perbualan kita itu akan mempengaruhi pendengar untuk terus

menerus mendengar akan apa yang kita bualkan.

Kita mungkin ada pengalaman bersama rakan-rakan yang

suka membuat lawak. Kadang kala lawak tersebut adalah berbentuk

kebudak-budakan dan kebodoh-bodohan. Gelaknya sering kali

melebihi senyuman kita. Ketika dia bercakap seriuspun, orang lain

tidak akan memberi kepercayaan atau memegang kata-katanya

Page 179: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

167

sebagai sandaran. Oleh itu, jika kita inginkan bahan bualan kita

memberi makna kepada orang lain, pastikan kita serius dengan cara

penyampaian kita. Jangan sesekali menjadikan diri kita umpama

seorang badut sarkis yang bertaraf pelawak dan penghibur.

Perkara yang ingin kita sampaikan jangan mengelirukan

pendengar yang lain. Kalau mereka menyuruh kita mengulangi balik

apa yang kita cakapkan, bermakna penyampaian kita tidak jelas.

Dalam hal ini, penggunaan bahasa yang mudah dan penggunaan

simbol-simbol tertentu akan banyak mempengaruhi pendengar untuk

memahami akan apa yang kita ingin sampaikan.

Dalam Silat Cekak, perhatian pesilat bukan setakat tertumpu

pada percakapan Jurulatih, malah perbuatan mereka juga akan

diambil kira. Perbuatan akan menguatkan percakapan. Oleh itu setiap

perkataan yang kita sampaikan perlu diterjemahkan melalui

perbuatan kita, memek muka atau gerak-gerak tangan bagi

menguatkan makna perkataan yang kita keluarkan.

Selain itu, kita juga perlu memikirkan tentang cara-cara

menyebar maklumat yang ada. Kaedah penyebaran maklumat boleh

berlaku dalam beberapa saluran yang dipilih. Pemilihan kaedah

tersebut perlu disesuaikan dengan tujuan penyampaian sesuatu

maklumat. Dalam hal ini, pertimbangan juga harus diberi pada

kumpulan sasar dan saiz.

Ketika saya menjadi pemimpin persatuan di cawangan,

maklumat cawangan dikeluarkan dari masa ke masa sama ada

secara lisan atau secara tulisan. Bentuk tulisan adalah berdasarkan

kepada keperluan. Penyebarannya dikhususkan dalam kalangan ahli-

Page 180: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

168

ahli persatuan sebagai sumber rujukan atau sumber maklumat. Jika

maklumat tersebut penting dan memerlukan penelitian, saya akan

terbitkan dalam bentuk tulisan yang berkala. Hal yang demikian akan

membolehkan para ahli menyimpannya untuk rujukan.

Dalam masa-masa yang tertentu, pihak kami ada menerbitkan

edaran berbentuk buletin. Dalam buletin tersebut, pelbagai maklumat

boleh disampaikan sama ada berkaitan dengan aktiviti cawangan

atau berkaitan dengan aktiviti pusat. Biasanya, buletin diterbitkan

sekali dalam masa setahun. Hal ini akan membolehkan

kandungannya memberi lebih makna. Di samping maklumat tentang

pentadbiran, hasil karya seni para ahli, dapat juga dimasukkan dalam

buletin tersebut. Tentunya kandungan yang demikian akan

mendorong para ahli untuk membacanya.

Kalau kita memilih komunikasi secara lisan sebagai saluran

menyampaikan maklumat, keupayaan pendengar sangat perlu

diambil kira. Tahap keupayaan pendengar akan menentukan

keberkesanan maklumat yang hendak kita sampaikan. Dalam hal ini,

jika tahap pemahaman mereka tinggi, maka pilihlah ayat-ayat yang

sesuai dengan ilmu pendengar itu sendiri. Sebaliknya, jika tahap

keupayaan pendengar tidak tinggi, gunakan perkataan atau ayat-ayat

mudah. Perkara pokoknya ialah maklumat dapat dihafami oleh

mereka berdasarkan kebolehan mereka sendiri.

Pendengar adalah merupakan faktor yang penting dalam

proses komunikasi. Itu sebabnya, kemahiran komunikasi perlu

dipupuk dalam kalangan Jurulatih kita. Jika ada kursus-kursus yang

berkaitan dengan tenaga pengajar, aspek komunikasi berkesan perlu

dimasukkan sebagai salah satu atur cara. Beri pededahan pada para

Page 181: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

169

Jurulatih tentang keperluan mewujudkan berkomunikasi yang

berkesan. Jika komunikasi yang berlaku adalah jelas dan baik, akan

terdorong para ahli di kelas-kelas berkenaan untuk terus kekal hingga

tamat pelajaran Silat Cekak. Sebaliknya, jika komunikasi yang wujud

di kelas adalah membosankan, peratus kemerosotan ahli dalam

kelas-kelas berkenaan akan menjadi ketara.

Dalam kelas-kelas Silat Cekak, kita mempunyai pelbagai latar

belakang pendengar yang merupakan ahli-ahli yang sedang belajar

Silat Cekak. Walau bagaimanapun, kebanyakan bilangan mereka

adalah terdiri dari pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa dan

mahasiswi universiti. Golongan ini memerlukan komunikasi yang jelas

dan berkesan. Jika para Jurulatih gagal mengadakan bentuk

komunikasi yang berkesan, maka akan timbul pelbagai persoalan

tentang maklumat yang diberi.

Contoh yang paling mudah, boleh kita lihat dalam proses

penurunan buah-buah silat. Jika para Jurulatih gagal membuat

penerangan dengan jelas dan tepat, pastinya para penuntut tidak

akan berasa puas hati. Gerak mereka sukar menjadi tepat. Seiring

dengan itu pelbagai persoalan akan mereka timbulkan tentang gerak-

gerak yang ada dalam Silat Cekak. Hal yang demikian tentunya akan

menyebabkan para Jurulatih tidak akan berasa senang hati.

Maklumat yang telah kita sampaikan pada orang lain, perlu

ada kesinambungannya. Sepatutnya, komunikasi yang kita lakukan

perlulah dalam proses yang berterusan. Dalam hal ini, kita perlu

membuat perulangan penerangan untuk menarik perhatian para

pendengar. Susunan ayat yang dilisan atau ditulis, perlu ada

hubungkait untuk melicinkan penerimaan pendengar.

Page 182: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

170

Dalam pembelajaran Silat Cekak, kita dapat lihat betapa

setiap pelajaran yang diajar, mempunyai kesinambungannya.

Pelajaran Kaedah akan melahirkan buah-buah Asas dan buah Jatuh.

Manakala pelajaran Potong ada hubungkaitnya dengan pelajaran

Jatuh. Hal yang demikian telah menyebabkan para penuntut dapat

memahami Silat Cekak dengan lebih berkesan.

Sebaik-baiknya, para Jurulatih akan sentiasa membuat

perulangan penjelasan dalam setiap gerak yang disampaikan.

Perulangan yang dilakukan itu akan menyebabkan maklumat yang

disampaikan mudah diingati oleh penuntut mereka. Oleh itu, para

Jurulatih jangan sesekali berasa jemu dalam proses penyampaian

ilmu. Lakukan perbuatan mengulang penerangan tersebut berkali-

kali.

Saya dapat lihat betapa pelajaran potong dan serang dalam

Silat Cekak tidak mudah disampaikan dengan sekali penerangan

sahaja. Para Jurulatih perlu mengambil anisiatif untuk memahamkan

para penuntutnya melalui beberapa siri penerangan. Penerangan-

penerangan yang diberi perlu diikuti dengan latihan praktikal. Semasa

pratikal pun, penerangan yang berulang-ulang tentang isi pelajaran

Silat Cekak perlu dilakukan dari masa ke masa. Perulangan

penerangan akan memudahkan penguasaan pelajaran dalam

kalangan penuntut.

Selain daripada faktor komunikasi yang berkesan sebagai

usaha untuk menghebatkan diri, penonjolan diri juga amat penting

bagi menghebatkan diri kita. Kadang kala penonjolan diri dapat

dikatakan sebagai cara-cara kita ‟menjualkan‟ diri kita pada orang

lain. Dalam konsep itu, mereka yang ada di sekeliling kita akan

Page 183: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

171

berasa kagum dan menerima kehadiran kita. Hal yang demikian akan

menyebabkan kita mudah dikenali dan diberi perhatian oleh orang

lain.

Penonjolan diri juga membawa maksud tidak memencilkan

diri dan sentiasa mengambil kisah pada persekitaran yang ada.

Mereka boleh bergaul dengan mudah dan dapat menyesuaikan diri

dengan pelbagai situasi dan tempat. Tentunya penonjolan diri yang

dilakukan tidak bertahap melampau hingga menjadikan orang lain

tidak begitu senang dengan kehadiran kita. Biarlah kita lakukan

sesuatu itu secara sederhana dan bersesuaian dengan fokus kita

dalam satu-satu perkara dan ketika.

Terdapat pelbagai cara bagi membolehkan kita menonjol diri.

Dalam setiap aktiviti yang kita terlibat, pastikan penyertaan atau

penglibatan kita adalah secara maksimum. Setiap acara yang ada

perlu kita sertai pada waktunya. Jangan sesekali lewat hingga boleh

menyusahkan orang lain. Melibatkan diri secara total dalam setiap

acara akan menyebabkan diri kita tertonjol. Bukan mudah bagi

individu untuk berbuat demikian.

Di samping itu, tunjukkan komitmen kita dalam setiap aktiviti

yang dijalankan. Patuhilah pada setiap arahan yang diberikan tanpa

ada sebarang bantahan dalam segi apa sekalipun. Komitmen yang

kita tunjukkan akan menyenangkan orang lain untuk terus berhubung

dengan kita. Secara langsung diri kita akan tertonjol, berbanding

dengan orang lain.

Konsep komunikasi berkesan akan mewujudkan situasi,

“kehadiran kita sangat dinanti-nantikan, ketiadaan kita akan

Page 184: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hebatkan Diri

172

membawa kesuraman.” Dalam keadaan kita telah menjadi orang

utama, berhati-hatilah dengan penggunaan ayat atau perkataan yang

kita keluarkan. Hormatilah setiap individu yang ada bersama kita.

Jadikan mereka diutamakan. Hal yang demikian boleh ditunjukkan

dengan cara menjadikan kehadiran mereka juga sangat diperlukan

sama seperti kehadiran kita. Perasaan rendah diri yang kita

tunjukkan, pastinya akan menyemarakkan lagi kehebatan kita.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama dengan ahli-ahli Seni Silat Cekak selepas sesi latihan di kelas Pasir Puteh, Ipoh.

Page 185: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Perasaan Rendah Diri

173

PERASAAN RENDAH DIRI

Adatnya jika kita kurang bercakap maka orang lain akan

banyak bercakap. Jika kedua-duanya asyik berlumba-lumba untuk

bercakap maka wujudlah pertengkaran atau perbincangan yang tak

sudah-sudah. Masing-masing ada jawapan dan alasan. Hingga ayam

berkokok ke pagi esok pun, perbincangan atau perbahasan tersebut

tidak akan tamat.

Itu sebabnya dalam tulisan terdahulu, saya menyatakan lebih

baik kita memulakan percakapan jika difikirkan kita lebih tahu dan

berkebolehan dari orang lain ketika itu. Sebaliknya jika situasi ketika

itu kita bersama-sama dengan orang-orang lain yang tidak kurang

hebatnya, lebih baik kita diam dan mendengar atau mengikuti

perbualan mereka terlebih dahulu sebelum kita turut bersama

bercakap.

Dalam tulisan ini saya cuba mengupas maksud rendah diri

dari sudut pandangan saya sendiri. Saya cuba mengamalkan sifat

berkenaan apabila berhadapan dengan orang lain. Lebih-lebih lagi

jika orang yang berkenaan tidak pernah dikenali atau sememangnya

suka meninggi diri.

Dalam pergaulan dengan orang lain, saya cuba sedaya upaya

bersifat rendah diri. Mungkin saya berjaya dan mungkin tidak. Namun

begitu, saya cuba memahamkan maksud rendah diri dalam fahaman

yang paling mudah seperti yang saya bincangkan dalam tulisan

berikut untuk dikongsi bersama.

Page 186: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Perasaan Rendah Diri

174

Saya berpandangan bahawa rendah diri maknanya tidak

sombong dengan apa yang telah dianugerahi pada diri kita. Ada

kekayaan, tidak bergantung pada kekayaan tersebut. Ada pangkat,

tidak bergantung dengan pangkat yang ada. Hal yang demikian

membawa makna bahawa sifat kita tidak berubah dek kerana

anugerah yang kita terima. Teringat kata-kata Ustaz betapa manusia

perlu mengekalkan identiti baik dirinya. Umpama ikan di laut. Sejauh

mana masinnya air sekeliling, ikan tetap tidak masin.

Kita boleh lihat sendiri betapa ramai dalam kalangan kawan-

kawan kita yang telah berubah sifat kerana pangkat dan kekayaan

yang diterimanya. Sifat suka menegur selama ini telah hilang begitu

sahaja. Cakap tak banyak dan air muka renungan pun tidak semesra

dulunya. Malangnya, apabila pangkat dan harta ditarik balik, mereka

berada dalam alam keseorangan. Tidak ramai yang ingin bergaul lagi

dengan mereka. Barulah terasa sesal yang tidak berguna.

Kita perlu sedar bahawa pada kebiasaannya, orang lain suka

merujuk sesuatu pada diri kita kerana jawatan yang kita sandang

atau kerana kita mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara

tertentu. Dalam hal ini, kita perlu melayan kesemua soalan dan

persoalan yang dikemukakan pada kita. Ketika melayan soalan-

aoalan itu, jawablah secara bersemuka dengan memandang pada

mukanya. Sebaik-baiknya, sebelum menjawab berilah pujian pada

soalan atau persoalan yang dikemukakan itu walaupun agak pahit

untuk menerimanya. Secara langsung orang yang bertanya akan

berasa bahawa diri mereka dihargai.

Kita mungkin ada pengalaman betapa sombongnya mereka

yang ditanya. Soalan kita tidak dijawab. Muka dipandang ke arah lain.

Page 187: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Perasaan Rendah Diri

175

Apatah lagi jika kita mengemukakan persoalan. Seolah-olah

dianggapnya soalan kita tidak ada mutu langsung di sisinya. Sifat

sombong yang sedemikian amat menyampahkan kita. Oleh itu

janganlah kita mengulang akan perkara yang kita tak suka pada

orang lain.

Dalam konteks kita sebagai Jurulatih Silat Cekak, layanlah

setiap soalan dan persoalan yang dikemukakan oleh para pentuntut.

Jika tidak sesuai untuk menjawabnya secara sepontan, nyatakan

alasan sebaik-baiknya. Janganlah keluarkan ayat-ayat atau

perkataan-perkataan yang melambangkan kesombongan kita.

“Belajar saja, jangan tanya.” Atau, “Belajar dulu. Nanti tamat adalah

jawapannya.”

Semua alasan yang diberi amat dipengaruhi oleh nada suara

yang kita keluarkan. Jika nadanya tinggi maka akan menampakkan

kesombongan kita sebagai Jurulatih. Sebaliknya, jika nada suara

yang dikeluarkan rendah, mungkin sifat rendah diri boleh dijelmakan.

Di sinilah cara komunikasi kita perlu sesuai.

Di samping itu, kita perlu menganggap bahawa sebarang

pendapat yang dikeluarkan oleh rakan bualan kita perlulah dihargai.

Dengarlah keseluruhan soalan atau persolan yang cuba

dikemukakan. Jangan sesekali memotong cakap atau memotong

pendapat hingga menyebabkan soalan atau persolan itu tidak

lengkap. Hal yang demikian akan menyebabkan perasaan mereka

terguris. Jika boleh, berilah pujian atau penegasan betapa pendapat

yang dikeluarkan itu adalah baik. Hal yang demikian akan

menyenangkan hati orang lain pada kita.

Page 188: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Perasaan Rendah Diri

176

Perasaan rendah diri boleh dijelmakan melalui memek muka

yang kita bentuk. Kata Ustaz, sesuatu yang berada di dalam akan

dijelmakan pada air muka kita. Air muka akan memberi pelambangan

sama ada kita sedang marah, suka, gembira atau kecewa.

Sepatutnya keadaan muka kita adalah tenang. Ketenangan biasanya

melambangkan ketulusan atau keikhlasan hati kita. Memek muka

yang sedemikian tentunya akan menyenangkan orang lain. Oleh itu,

sentiasalah menunjukkan air muka lembut secara senyum atau

selamba.

Pendapat yang kita keluarkan lebih berbentuk pandangan kita

sahaja untuk maksud berkongsi bersama. Boleh jadi pendapat yang

kita keluarkan adalah bernas dan boleh digunakan orang lain. Atau

mungkin juga pendapat kita itu diterima sebaliknya. Pucuk

pangkalnya, jangan memaksa orang lain menerima pendapat kita.

Gunakan strategi percakapan jika kita hendak orang lain menyokong

pendapat yang kita keluarkan.

Kita juga perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Pastikan

kata-kata kita tidak cuba merendahkan pendapat atau peribadi orang

lain. Sebaik-baiknya, beri sokongan pada pendapat yang mereka

keluarkan. Ada banyak cara kita boleh berbuat demikian sebagai

menghargai orang lain. Anggukan kepala tanpa mengeluarkan kata-

kata pun boleh dianggap menghormati pendapat yang dikeluarkan

orang lain.

Selepas itu barulah kita keluarkan pendapat kita yang

mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

Saya berpegang pada prinsip bahawa semua pendapat yang

dikeluarkan oleh sesiapa pun, adalah betul. Cuma, adakah pendapat

Page 189: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Perasaan Rendah Diri

177

itu sesuai atau tidak dengan diri atau pendirian kita. Oleh itu,

hormatilah pada setiap pendapat yang dikeluarkan. Hal yang

demikian tentunya akan menyenangkan mereka yang mengeluarkan

pendapat. Secara langsung mereka tidak akan menganggap kita

sebagai seorang yang bersifat sombong dan bongkak kerana sifat

kita yang mudah menyalahkan pendapat orang lain.

Di samping itu, jikalau kita terlibat dengan apa-apa aktiviti

yang disertai, maka ikutilah semua atur cara atau program yang

dirancangkan. Kalau dalam majlis tak rasmi, walaupun kita ada

jawatan atau berpangkat, jangan mengharap layanan istimewa atau

layanan secara protokol. Biarlah semuanya sama rata tanpa

memerlukan apa-apa keistimewaan. Secara langsung, hal yang

demikian akan melambangkan sifat rendah diri yang kita miliki.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi mengiringi Ustaz Hanafi melawat rumah ahli Seni Silat Cekak Cawangan Pulau Pinang.

Page 190: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Komunikasi Mesra

178

KOMUNIKASI MESRA

Dalam tulisan yang lalu, kita telah berbincang tentang betapa

pentingnya sesuatu maklumat yang hendak disampaikan biarlah

berkesan. Maksudnya, berkesan dalam penyampaian dan berkesan

kepada penerima. Jika maklumat yang hendak kita sampaikan itu

difahami dan dapat dipraktikkan, tentunya kita akan berasa gembira.

Sebaliknya, jika maklumat atau arahan yang kita sampaikan itu

membawa tafsiran yang salah dan tidak diikuti maka kita tentunya

akan berasa kecewa. Hal yang demikianlah menyimpulkan betapa

pentingnya komunikasi yang kila lakukan itu mesti berkesan.

Dalam kelas-kelas Silat Cekak, kita dapat bayangkan betapa

ada dalam kalangan penuntutnya tidak dapat menguasai pelajaran

Silat Cekak bukan kerana Jurulatihnya tidak ’handal’ tapi kerana

komunikasi Jurulatih itu amat lemah. Mereka gagal memberi

maklumat pada setiap gerak Silat Cekak secara berkesan. Inilah

salah satu faktor pembelajaran Silat Cekak boleh berbeza-beza

antara satu kelas dengan kelas yang lain.

Keberkesanan sesuatu maklumat yang kita sampaikan itu

lebih merujuk pada penerimaan pendengar. Kita perlu memahami

kehendak dan kebolehan pendengar kita. Kita perlu mempedulikan

hati dan perasaan mereka. Jika tidak mempedulikan pendengar,

tentunya komunikasi yang kita lakukan itu berada dalam keadaan

sehala dan penyampaiannya lebih serius. Pendengar akan tertekan

dan mereka akan hilang tumpuan hingga menyebabkan maklumat

yang ingin kita sampaikan tidak mencapai matlamat.

Page 191: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Komunikasi Mesra

179

Saya ambil contoh dalam kelas latihan silat kita. Selalunya,

tekanan akan timbul pada setiap kali pemberian buah-buah baru.

Ketika itu para Jurulatih akan bersikap tegas untuk menyampaikan

ilmu pengetahuan manakala para penuntut akan tertekan untuk

memahami apa yang disampaikan. Tambahan pula selepas

menerima pelajaran, mereka diperlu menunjukkan perbuatan

mengambil buah tersebut di hadapan Jurulatih. Gagal memuaskan

hati Jurulatih, mereka terpaksa mengulang-ngulang gerak. Hal yang

demikian akan menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan

pada diri penuntut kerana tertekan dengan corak pembelajaran yang

sedemikian.

Dalam usaha mengurangkan tekanan dalam proses

komunikasi tersebut, wujudlah kepentingan komunikasi dalam

suasana mesra. Maknanya, dalam proses komunikasi mesra itu

berlaku, tekanan dapat dikurangkan dan para pendengar dapat

menerima maklumat yang ingin kita sampaikan dengan penuh yakin,

selesa, tenang dan jelas.

Dalam tulisan ini, saya akan membincangkan cara-cara kita

mewujudkan komunikasi mesra tersebut untuk pengetahuan kita

bersama. Saya rasa kaedah yang saya nyatakan boleh dijadikan

panduan bagi melicinkan proses penurunan buah-buah Silat Cekak

dalam kalangan penuntut.

Terlebih dahulu perlu saya tegaskan betapa dalam hubungan

rasmi atau separuh rasmi, maklumat yang kita hendak sampaikan

perlulah memberi makna kepada pendengarnya. Dalam konteks

organisasi, komunikasi mesra tidak berguna jika maklumat yang

hendak disampaikan itu kurang ada fokas atau faedahnya. Jika

Page 192: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Komunikasi Mesra

180

semata-mata ingin bermesra atau bersembang-sembang kosong,

maka tidaklah ada keperluan untuk mendapatkan pengetahuan bagi

mewujudkan komunikasi mesra. Oleh itu, dalam perbincangan saya,

penekanan diberi berdasarkan prinsip bahawa dalam proses

menyampaikan makumat, penerima akan berasa selesa, mudah dan

tidak tegang. Kita boleh gambarkan ketika Jurulatih berkomunikasi

mesra dalam proses penurunan buah. Suasana mesra akan

membolehkan maklumat yang ingin disampaikan itu benar-benar

berkesan.

Komunikasi mesra akan menghasilkan suasana selesa dalam

kalangan pendengar. Saya berpendapat, ketika menjalin hubungan

secara lisan, kita perlu mengawal perilaku kita. Bercakaplah dengan

nada yang lembut walaupun menampakkan ketegasannya.

Hindarkan diri daripada sifat panas baran. Sifat panas baran akan

menyebabkan kita bercakap secara kasar dan bersuara tinggi.

Tentulah hal yang demikian tidak menyenangkan para pendengar.

Ketika-ketika tertentu, selitkan cakap-cakap yang berunsur

lawak. Namun begitu, berhati-hatilah. Jangan sesekali membuat

lawak yang mirip kepada lawak mencarut atau lawak yang merendah-

rendahkan peribadi pendengar. Para pendengar tentunya tidak akan

merestui jenis-jenis lawak demikian. Lebih-lebih lagi mereka yang

tidak pernah mengeluarkan perkataan-perkataan yang berunsur

mencarut, tentunya tidak akan berasa selesa jika ada dalam

kalangan Jurulatih yang mencarut ketika bercakap. Percakapan yang

berunsur lawak membolehkan pendengar tersenyum atau tergelak.

Secara langsung, ketegangan mereka dapat dikendurkan. Mereka

boleh menyegarkan semula pemikiran ketika menerima pelajaran

Silat Cekak.

Page 193: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Komunikasi Mesra

181

Cuba kita bayangkan semasa latihan Silat Cekak

berlangsung. Ketika itu Jurulatihnya menengking-nengking para

penuntutnya. Tentunya para penuntut akan berasa strees. Hal yang

demikian akan menyebabkan mereka akan lupa langsung akan apa

yang telah Jurulatih itu terangkan. Akhirnya Jurulatih yang letih dan

menghadapi kesusahan akibat kegagalan dalam proses

menyampaikan ilmu. Kegagalan mengatasinya akan membawa

kesan buruk kerana anak didiknya bertukar menjadi lembab atau

lembam kerana ketakutan. Takut akibat disergah atau ditengking oleh

Jurulatihnya.

Ketika kita berkomunikasi, kita perlu menggunakan perkataan-

perkataan yang tepat, ringkas dan jelas. Maklumat yang ingin kita

sampaikan mudah diterima oleh pendengar kerana mereka berasa

selesa. Cuba bayangkan jika kita menggunakan perkataan-perkataan

yang jarang-jarang digunakan dalam percakapan seharian.

Penggunaan perkataan yang bukan berada dalam tahap pemikiran

atau kebolehan mereka akan menyusahkan kefahaman mereka.

Akhirnya, mereka akan membuat satu pandangan tersendiri kepada

kita. Perkataan dan ayat yang digunakan perlulah bersopan.

Janganlah menggunakan perkataan yang melambangkan sifat

meninggi diri. Kerap kali menggunakan perkataan ’saya’ atau ’aku’

sepanjang masa tentunya membosankan mereka.

Untuk mewujudkan suasana mesra ketika bercakap, jagalah

memek muka kita. Ketika kita bercakap, pergerakan tangan, memek

muka dan lenggang lengok kita banyak mempengaruhi bentuk

komunikasi mesra. Semua itu dinamakan sebagai bahasa isyarat. Hal

yang demikian bermakna ketika kita bercakap, sebenarnya bahasa

isyarat juga memainkan peranan. Ada teori yang mengatakan

Page 194: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Komunikasi Mesra

182

bahawa walaupun kita bercakap secara lisan, sebenarnya

keberkesanan percakapan itu hanya melibatkan tiga puluh peratus

bahasa lisan. Tujuh puluh peratus lagi dilambangkan melalui bahasa

isyarat yang seiring dengan lisan. Oleh itu ketika bercakap, gunakan

kesempatan dengan pelambangan bahasa isyarat. Hal yang

demikian akan menyenangkan para pendengar. Mereka akan

menjadi lebih mesra dengan kita.

Komunikasi mesra juga boleh kita wujudkan jika kita tunjukkan

ketenangan di muka. Ketenangan akan menjadikan suara kita rendah

dan bercakap dengan lebih sopan. Ketika itu, tunjukkan yang kita

sentiasa bersedia berkhidmat dan memberi kerjasama. Kita tidak

perlu meletakkan satu tembok sempadan ketika bercakap. Terima

sahaja atau dengar sahaja akan apa saja yang ingin mereka cakap.

Jangan menolak pendengaran pada perkara-perkara yang kita tidak

suka.

Ketika kita bercakap atau mendengar percakapan, kita perlu

sentiasa berfikiran terbuka dan ikhlas mendengar apa yang dikatakan

mereka. Saya rasa tentu kita pernah berpengalaman dengan rakan

kita yang tidak melayan percakapan kita. Ketika kita bercakap,

mereka buat tak kisah. Ada ketikanya mereka bertanyakan soalan

pada kita. Apabila kita menjawab, mukanya telah beralih pada

pandangan lain. Maka menjawablah kita pada entah siapa. Tentunya

ketika itu hati kita berasa geram dan tidak menyenangkan.

Kita perlu memahami masalah yang dihadapi oleh orang lain.

Kalau boleh diatasi maka buatlah sesuatu. Namun begitu pastikan

tindakan kita untuk mengatasinya adalah berdasarkan peraturan.

Walau bagaimanapun kita perlu juga berhati-hati. Janganlah kita

Page 195: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Komunikasi Mesra

183

cuba menyelesaikan masalah orang lain kecuali orang itu bertanya

kepada kita. Oleh itu, tidak payah kita ceritakan sesuatu kecuali

orang lain ingin mengetahuinya.

Saya telah memberi cadangan untuk mewujudkan hubungan

yang mesra ketika bercakap. Ketenangan yang ada pada kita akan

memudahkan mereka menerima segala maklumat yang ingin kita

sampaikan. Maklumat tersebut dapat dialirkan pada pendengar

dalam keadaan yang selesa. Walau bagaimanapun, perjalanan

komunikasi akan menjadi baik jika kita memulakan komunikasi.

Mungkin permulaan komunikasi tersebut adalah secara tegur sapa

terlebih dahulu. Lihat riaksi mereka ketika menyambut permulaan

perbualan yang kita mulakan sebelum kita meneruskan perbualan

seterusnya.

Jika kita tidak mengambil anisiatif untuk memulakan

perbualan, suasana akan menjadi suram. Tidak ada yang nak

bercakap kerana masing-masing berhati-hati untuk bercakap atau

tidak suka bercakap-cakap. Oleh itu, muka hanya saling

berpandangan, menunggu-nunggu orang lain memulakan

percakapan. Maka akan timbul suasana yang amat bosan.

Para Jurulatih adalah merupakan lapisan barisan depan yang

akan berjuang untuk menyebarkan Silat Cekak di samping

mempertahankan mutu pelajarannya. Golongan ini perlu menguasai

kemahiran kumunikasi secara mesra. Secara langsung, hal yang

demikian akan mewujudkan suasana mesra dalam komunikasi antara

Jurulatih dengan kalangan ahlinya yang akan menerima maklumat

dari mereka.

Page 196: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

184

HUBUNGAN SESAMA AHLI ORGANISASI

Suatu perkara yang ingin saya berkongsi bersama dengan

para pembaca dalam tulisan kali ini ialah satu kenyataan yang

berikut: ”Hubungan kita dalam sesuatu organisasi atau persatuan itu

adalah tidak kekal. Hubungan adalah berdasarkan jawatan atau

kepentingan yang ada. Apabila kita mengundur diri, maka hubungan

itu mungkin berterusan atau terkubur begitu sahaja.”

Kerap kali saya perhatikan, apabila sesorang itu telah tiada

dalam persatuan atau telah tiada dalam sesuatu organisasi itu maka

pada kebiasaannya dia akan dilupakan langsung. Hubungan akrab

bersama-sama ahli organisasi satu masa yang lalu semakin longgar

dan akhirnya menjadi kenangan. Perasaan hormat semakin kurang

dan semakin luntur dimamah masa. Pelakuan mengambil berat dan

memberi perhatian selama ini telah mulai kurang dan semakin pudar

dari masa ke masa.

Saya masih ingat dan terkenangkan rakan-rakan saya yang

dulunya tersangat penting dan berkuasa dalam satu organisasi.

Apabila dia berpencen, semua orang menjauhkan dan melarikan diri

darinya. Tidak ada sesiapapun yang ingin berhubung dengannya.

Barulah dia insaf betapa hubungan sesama ahli dalam sesuatu

organisasi atau persatuan itu adalah tidak berkekalan.

Dalam konteks Silat Cekak, saya pernah menyentuh perkara

ini. Hubungan yang berasaskan persilatan akan berkekalan

sepanjang masa. Isi percakapan adalah berdasarkan silat. Bila

berjumpa maka tiada lain yang dibincangkan melainkan dunia

persilatan Silat Cekak. Saya berasa bertuah dan berbangga kerana

Page 197: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

185

pegangan itulah yang menjadi prinsip saya. Ramai kenalan lama

dalam dunia persilatan Silat Cekak yang masih boleh berkawan

dengan saya. Cuma, yang menjauhkan diri kerana tak erti bahasa. Itu

sahaja.

Sebaliknya, mereka yang berhubung atas dasar persatuan,

nampaknya tidak kekal lama. Apabila persatuan berpecah maka

berpecahlah ikatan hubungan mereka. Ramai yang tidak boleh

bertegur sapa. Jadilah mereka musuh dalam dunia persilatan Silat

Cekak yang sepancor. Ada yang ingin berhubung mesra. Namun

senyuman yang terukir lebih dipaksa-paksa. Hilang kemanisan.

Terasa tawar.

Dalam konteks persatuan silat yang samapun, kesan buruk

akan menimpa apabila seseorang itu meninggalkan jawatan yang

ada. Saya dapat lihat betapa mereka yang kehilangan kuasa dalam

persatuan mula disisih dan mula dilupa. Peranan mereka tidak

diambil kira lagi. Ramai yang menjadi kera sumbang atau melukut di

tepi gantang. Itulah buruknya jika hubungan dalam Silat Cekak lebih

banyak berasaskan semangat persatuan.

Dalam konteks diri saya sendiripun, hal yang demikian dapat

dirasakan. Satu ketika dulu, saya adalah merupakan seorang

pemimpin di cawangan. Ketika itu persilatan Silat Cekak adalah

berguru satu iaitu Ustaz Hanafi. Kedudukan saya sebagai pemimpin

cawangan adalah penting. Presiden persatuan. Semua orang yang

berhubung ada perasaan hormatnya. Walau bagaimanapun apabila

silat kita berpecah, penghormatan yang selama ini saya peroleh telah

semakin mengecil. Penghormatannya terhad pada ahli persatuan

yang saya anuti. Hilang semangat setiakawan sebagai ahli Silat

Page 198: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

186

Cekak. Timbul semangat lawan sebagai ahli persatuan yang

berpecah.

Dalam persatuan yang sama pun, kepentingan memegang

jawatan persatuan sangat diutamakan. Saya berpengalaman

mengenainya. Apabila jawatan kepimpinan telah tiada, hubungan

yang sedia ada dalam kalangan ahli persatuan semakin kurang.

Fahamlah kita betapa orang lain menghubungi atau merapati dengan

kita bukannya kerana keperibadian tetapi kerana jawatan yang kita

sandang. Nasib baik diletakkan sebagai penasihat persatuan.

Sekurang-kurangnya masih ada lagi yang sayang untuk

mendapatkan nasihat persatuan. Dapat juga kain tutupan tubuh di

pagi raya.

Itu sebabnya kita diingatkan supaya jangan sesekali sombong

ketika kita menjawat apa-apa jawatan dalam konteks persatuan.

Maksud sombong ialah suka mengetepikan orang lain. Seolah-olah

kita jaguh pada guru yang memegang tampuk kuasa persatuan yang

ada. Apabila kita diketepikan, akan fahamlah akan maksud kata-kata

saya. Guru yang memegang persatuan pastinya akan mahukan

mereka yang hanya berupaya menggerakkan persatuan. Kehebatan

persatuan akan menghebatkan dirinya. Kalau mereka tidak dapat

menyumbangkan lagi pada kehebatan guru yang ada melalui

persatuan, apa gunanya lagi mereka itu. Orang lain pulak yang dicari

bagi menabur bakti. Maka diri yang diketepi akan terus dilupakan dan

dilupakan. Ketika itu baru nak sedar diri. Maka lambatlah proses

kesedaran tersebut.

Dalam konteks organisasi, cubalah kita memahami akan

sebab-sebab orang lain berhubung atau berkawan rapat dengan kita.

Page 199: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

187

Hal yang demikian amat penting supaya kita tidak syok sendiri hingga

lupa bahawa diri yang dihubungi ada sebab dan munasababnya.

Mungkin hubungan itu diasaskan pada keperluan atau hubungan itu

diasaskan pada paksaan pada diri orang lain yang perlu sangat

berhubung dengan kita. Dalam perbincangan seterusnya, cuba kita

fahami akan kedudukan kita semasa berjawatan dalam satu-satu

organisasi itu. Persatuan Silat Cekak juga adalah merupakan satu

organisasi.

Kalau kita berjawatan atau berkedudukan tinggi, pastinya

hubungan orang lain dengan kita adalah diasaskan pada perjawatan.

Hal yang demikian kerana sifat kita adalah sebagai ketua mereka.

Kalau bukan kerana jawatan yang kita sandang, pastinya orang lain

tidak akan berhubung. Ucapan hormat seperti ucapan selamat

pagipun mungkin kerana sifat kita sebagai ketua. Kalau hubungan

kita dengan mereka baik, ucapan tersebut lebih bersifat rela.

Sebaliknya jika hubungan kita dengan mereka tidak baik, maka

ucapan yang diberi adalah kerana terpaksa.

Fahamilah keadaan itu. Itu sebabnya apabila jawatan kita

telah tiada, maka hilanglah perasaan tanggungjawab mereka untuk

mesti terus menerus memberi hormat. Ketika itu, orang lain yang

selama ini bekerja bersama-sama dengan kita akan tidak lagi

berhubung dengan kita. Maka tanggungjawab memberi hormat

bergantung pada perasaan mereka seterusnya. Jika menyenangkan

mereka, perasaan hormat mungkin akan berterusan. Begitulah

sebaliknya. Apabila tidak ada lagi perasaan hormat, diri kita akan

terketepi. Maka semuanya akan menjadi kenangan sejarah sahaja.

Kita hanya boleh terkenang-kenangkan sahaja sejarah penghormatan

orang lain yang pernah bekerja di bawah kepimpinan kita.

Page 200: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

188

Mungkin juga orang lain berhubung dengan kita kerana

kepentingan persatuan atau kepentingan organisasi. Setiap

organisasi tentu ada hala tuju atau matlamat yang ingin dicapai.

Maknanya orang lain berhubung dengan kita semata-mata untuk

mencapai matlamat persatuan atau organisasi yang kita pimpin.

Jawatan yang kita sandang ada tanggungjawabnya. Tanggungjawab

itulah yang menyebabkan berlakunya jaringan komunikasi.

Berdasarkan kenyataan yang bincangkan, maka ingatlah.

Orang lain berhubung dengan kita bukan terhad kerana sifat

keperibadian kita tapi juga kerana kepentingan persatuan untuk

mencapai satu-satu matlamat. Mereka perlu membincangkan strategi

dengan kita untuk merangka usaha-usaha mencapai matlamat

organisasi berkenaan.

Tidak kurang juga sifat orang lain berhubung dengan kita

adalah kerana tujuan yang tersirat. Pada pandangan mereka, kita

mungkin dapat dijadikan alat untuk memenuhi hajat mereka. Orang

lain juga ada kepentingannya. Mungkin mereka nampak betapa diri

kita boleh dijadikan batu loncatan bagi memenuhi impian mereka. Hal

yang demkian ada kaitan dengan kuasa sementara yang kita ada

atau hubungan sementara dengan pegawai atasan yang kita ada.

Hubungan yang sedemikian berlaku semata-mata kerana

kepentingan orang lain terhadap kedudukan kita. Ketika itulah kita

akan menerima sanjungan yang tidak berkekalan. Kita juga akan

menerima pelbagai cenderamata tanda penghormatan. Sebenarnya

semua penghormatan atau sanjungan yang diterima itu hanya

sementara sahaja sebelum mereka mendapat apa yang dicita.

Apabila cita-cita mereka tercapai maka kita akan dilupa. Itulah lumrah

Page 201: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

189

yang ada pada mana-mana persatuan atau organisasi yang kita

terlibat dalamnya. Habis manis maka sepah yang dibuang.

Oleh itu berhati-hatilah tentang prinsip kawan dalam

organisasi. Fahamilah konsep kawan yang setia dan kawan yang

sementara. Ramai orang lain yang mentafsirkan konsep itu melalui

istilah kawan dan sahabat. Tujuannya masih satu iaitu untuk

melambangkan hubungan dengan orang lain sama ada sementara

atau berkekalan, atau sama ada ikhlas atau berpura-pura.

Ada dalam kalangan kawan-kawan saya yang terperangkap

dengan prinsip kawan dalam organisasi. Mereka cuba menjadikan

dirinya sebagai orang yang benar-benar bertanggungjawab secara

mengikut peraturan. Kononnya dalam konteks memberi bantuan,

mereka berpegang pada keadilan. Oleh itu hubungan yang sedia

terjalin dengan kawan-kawan sebelum menjawat jawatan telah

direnggangkan semata-mata untuk menjaga kepentingan jawatan

yang disandang. Maka hubungan mereka dengan kawan-kawan

sebelum menjawat jawatan dalam organisasi semakin renggang dan

akhirnya terputus langsung

Malangnya apabila mereka melepaskan jawatan, rakan-rakan

rapat berdasarkan persatuan atau organisasi yang sedia ada telah

mula berenggang dan akhirnya menghilangkan diri. Ketika itu teringat

kawan-kawan dulu yang telah diputuskan hubungan. Hubungan

dengan mereka telah terganggu dek kerana kita cuba mementingkan

jawatan yang disandang. Maka kesannya, hubungan kawan yang

sedia ada telah menghilangkan diri kerana kita tiada lagi jawatan.

Manakala kawan-kawan lama telah mula menghilang diri kerana kita

Page 202: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

190

sendiri memutuskan hubungan. Kesannya ialah jadilah kita sebagai

kera sumbang, hidup bersendirian tanpa banyak teman sepersatuan.

Dalam tulisan yang lalu saya telah membincangkan kesan

yang boleh timbul apabila kita melupakan kawan-kawan setia yang

telah terjalin ikatan persahabatan sekian lama. Terbukti pada saya

betapa kesannya amat besar sekali. Mereka terus-menerus

merenggangkan diri dari kita apabila tidak dipeduli. Akhirnya

hilanglah teman setia yang selama ini berkawan rapat sejak mula.

Lebih malang lagi kita juga bakal kehilangan teman-teman

setia yang sama-sama berada semasa kita berjawatan dalam mana-

mana organisasi atau persatuan yang kita terlibat bersama. Apabila

kita tiada lagi kepentingan dalam organisasi berkenaan maka

terputuslah hubungan dengan rakan sepersatuan atau seorganisasi .

Mereka juga ’melarikan diri’ dari kita. Malang sekali nasib sesetengah

kawan kita. Kawan setia dulunya menghilangkan diri dan kawan baru

semasa persatuan pun menghilangklan diri.

Oleh itu berhati-hatilah. Hubungan kita dalam persatuan atau

sesuatu organisasi itu adalah tidak berkekalan. Kita mengenali

mereka dek kerana ada persatuan atau kerana kita bekerja dalam

satu organisasi yang sama. Apabila kepentingan kita telah tiada,

maka tersingkirlah kita dalam kamus hubungan dengan mereka.

Nampaknya hubungan itu tidak kekal lama. Hubungan adalah

berdasarkan persatuan. Berjumpa kerana adanya persatuan dan

berpisahpun kerana adanya persatuan.

Demikian juga dalam konteks rumah tangga. Kita dihormati

sebagai suami atau bapa kerana tanggungjawab yang kita ada.

Page 203: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

191

Apabila kita meruntuhkan rumah tangga dengan menceraikan isteri

yang ada maka hilanglah status kita sebagai suami atau sebagai

’bapa’. Ketika itu bekas isteri kita tentunya tidak akan perdulikan kita

lagi. Lebih malangnya apabila anak yang dulunya berhubung rapat

juga, telah mula merenggangkan diri dari kita. Itulah antara lain yang

saya perhatikan terjadi pada kawan-kawan saya.

Kesimpulannya, ketika kita berjawatan atau ada

tanggungjawab maka tunaikan tanggungjawab itu dengan penuh

dedikasi dan jangan sesekali bersifat sombong. Jalinkan hubungan

rapat supaya hubungan itu terbina kerana Tuhan dan bukannnya

kerana jawatan atau kepentingan yang kita sandang.

Saya selalu ingatkan kawan-kawan yang berjawatan dalam

organisasi kerajaan. Ketika ada kuasa, terus meneruslah menolong

kawan-kawan yang telah ada ikatan persahabatan sesekian lamanya.

Jangan putuskan hubungan dengan mereka. Bantu dan sokong

mereka. Hal yang demikian adalah perlu kerana satu ketika nanti kita

akan melepaskan semua jawatan yang disandang dalam organiasi

yang ada. Hilang kuasa secara tiba-tiba. Ketika itulah kawan-kawan

lama yang akan mampu mendampingi kita. Itupun jika hubungan

tidak disekat di mana-mana.

Walau bagaimanapun, membantu rakan-rakan lama semasa

memegang jawatan bukanlah satu perkara yang senang. Orang lain

akan sentiasa mencari kelemahan kita. Membantu rakan-rakan lama

akan dikaitkan sebagai kroni kita. Tersilap langkah akan ada surat

layang yang mempersoalkan tindakan kita itu.

Saya selalu tegaskan betapa pentingnya setiap tindakan itu

berdasarkan peraturan yang ada. Peraturan mesti dipatuhi. Itu adalah

Page 204: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

192

perkara asas. Cuma, kita bertindak atas keutamaan apabila wujud

persaingan. Berilah keutamaan pada mereka yang pernah berjasa

pada kita. Itulah tindakan yang sebaik-baiknya.

Selalu tergambar akan kawan-kawan lama yang berada di

fikiran saya. Betapa mereka telah kehilangan rakan setia. Terpencil

diri sepanjang masa. Tidak ramai manusia yang ingin berdamping

rapat dengannya. Pergaulan dan hilai ketawa begitu hambar belaka.

Gara-gara sombong di suatu masa. Ingin mengikut peraturan

katanya. Peraturan dunia yang tidak tekal dan boleh berubah di satu-

satu masa.

Saya pernah tersua muka dengan salah seorang dari mereka.

Berpangkat besar dalam sebuah organisasi. Di suatu petang saya

terjumpanya beriadah secara berjalan manja di sebuah taman tanpa

teman. Langkah manjanya kerana umur telah tua. Sengaja saya

paksakan diri menegurnya. Salam diberi. Beliau berhenti berjalan dan

menoleh kepada saya seketika. Saya perkenalkan diri. Lantas

diajaknya saya mencari tempat duduk untuk bersembang.

Menyesalpun ada. Saya ke sana untuk beriadah seketika.

Menambahkan tenaga yang ada. Leceh betul. Tapi saya paksakan

diri juga untuk melayan perbualannya. Saya bukannya rapat

dengannya. Cuma, satu ketika dulu saya pernah bekerja di bawah

pengurusannya. Jawatannya adalah tertinggi dalam organisasi di

peringkat negeri. Ketika itu saya hanya berjawatan kecil. Banyak lapis

di atas saya dalam pengurusannya.

Saya teringatkan pengurusannya dulu. Orang yang tersangat

garang dan tidak mudah didampingi. Ramai yang menjadi mangsa

Page 205: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

193

kerana diambil tindakan berdasarkan perasaan dan cucukan pegawai

yang dipercayainya. Pintu rundingan tak pernah ada. Putih katanya

maka putihlah benda itu walaupun hitam berjelaga.

Namun, segarang manapun seseorang, akan ada manusia

yang mengambil kesempatan. Mereka akan ’tumpang sekaki’ untuk

mengambil peluang yang ada. Kita boleh nampak jenis-jenis manusia

sebegini. Kadang kala tindakan mereka melebihi tindakan ketua yang

ada. Teringat zaman Jepun yang lalu. Betapa wujud pasukan

Kempetai yang dianggotai oleh orang Melayu. Kalau Jepun tampar

sekali, mereka akan tampar dua kali. Kalau Jepun hanya mengambil

hasil pisang, mereka akan ambil buah pisang dengan pokok-

pokoknya sekali.

Saya juga adalah salah seorang dari mangsa pengurusan

yang berciri cucukan. Jawatan saya telah ditarik balik pada

zamannya. Semuanya gara-gara cucukan pegawai yang tak

berkenan dengan saya. Hatinya tersangat busuk. Berpengalamanlah

saya dari jawatan ketua kepada pegawai biasa. Ketika itu geramnya

hati bukan kepalang. Kalau boleh hendak saja saya hadiahkan

pelempang.

Keadaan yang sama mengingatkan saya ketika berjuang

dalam persatuan Silat Cekak. Ketika guru utama dengan perwatakan

seadanya, orang-orang kanannya telah mengambil peluang dan

kesempatan dengan ketara. Guru dikuasai berdasarkan pemikiran

mereka sahaja. Maka ramailah yang menjadi mangsa. Termasuk diri

saya. Gelagat saya diikuti perkembangannya. Guru Utama dicucuk

setiap hari. Apabila dos yang diberi telah sebati, maka saya terimalah

padahnya. Sakit rasa hati bukan kepalang. No kemen. Cerita lama.

Page 206: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

194

Berbalik cerita saya bersama bekas ketua tertinggi di sebuah

organisasi perkhidmatan saya. Ketika saya menegurnya, geram

berkenaan telah hilang. Tapi bala lain yang dapat. Terpaksa

melayannya hingga menyebabkan tujuan beriadah beralih haluan.

Dalam perbualan, beliau melahirkan kekesalan. Betapa diri telah

diketepikan. Hilang rakan tolan yang begitu rapat semasa berjawatan.

Lebih malang lagi apabila isterinya telah pergi buat selama-lamanya.

Anak-anak membawa diri kerana telah ada haluan dan

tanggungjawab. Tinggallah beliau sebatang kara tanpa berteman.

Maka petang itu saya pulak dijadikan teman. Kebetulan. Akibat

perbuatan sengaja saya yang membuat teguran.

Beliau sempat menasihati saya. Diingatkan saya supaya

menjaga kebajikan anak buah apabila ada jawatan. Saya anggukkan

kepala tanda faham. Dalam hati mungkin terkata-kata. Bila agaknya

akan dapat jawatan ketua. Rasa-rasanya mustahil sahaja. Bukannya

apa. Tak nak perasan.

Apabila saya berjawatan, kata-kata bekas ketua atau

pengarah berkenaan timbul juga sekali sekala. Maka saya lebih

berhati-hati dalam tindak tanduk saya. Saya sedar betapa kawan-

kawan yang ada di sekeliling adalah berdasarkan kerja yang

diamanahkan kepada saya. Hilang kerja maka akan hilanglah

mereka. Yang tinggal, cuma kawan setia sebelum jawatan

disandang. Pada mereka tak mudah saya ketepikan. Lantaklah apa

orang lain kata. Dalam saingan sempurna tentunya mereka, saya

utamakan.

Begitu juga dengan penglibatan kita dalam persatuan Silat

Cekak. Kalau kita berjawatan, tentunya guru utama menjadi rapat

Page 207: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Hubungan Sesama Ahli Organisasi

195

dan dijadikan ikutan. Janganlah sesekali kita mengambil kesempatan.

Buatlah kerja atau jalankan tugas dengan penuh keikhlasan. Jangan

dicucuk-cucuk para sahabat dan kawan-kawan. Jernihkan suasana.

Tenangkan keadaan. Jadikan itu sebagai tugas utama.

Ketika tengah berkuasa atau menjawat jawatan yang ada,

sanjungan yang diberi jangan melampaui. Nanti, ramai yang terguris

di hati. Jawatan tidak kekal lama. Cukup tempoh kita akan

mengundur diri. Sama ada secara kehendak persatuan atau secara

paksaan. Akan terasa juga perit di hati. Lebih-lebih lagi apabila wujud

generasi baru yang tidak mengerti akan pengorbanan kita yang telah

sekian lama berbakti.

Ketika ada jawatan, majukan Silat Cekak berdasarkan

tanggungjawab yang diberi. Setiap ahli ada peranannya tapi mungkin

berbeza kekuatan cc-nya. Jangan diambil peduli. Layan mereka

berdasarkan kemampuan yang ada. Jangan dihina sesiapa. Jalankan

tugas berdasarkan amanah yang diberi. Soal pentadbiran, jangan

melampaui batasan hingga lupa diri kerana sesuatu kepentingan.

Ingat. Jawatan yang disandang mustahil akan berkekalan.

Cukup tempoh maka terpaksalah undur diri. Ketika itu kita akan sedar

kedudukan kita selama ini di sisi ahli. Sedari proses itu lebih awal.

Page 208: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

196

MENJALIN HUBUNGAN

Dalam tulisan ini saya cuba tegaskan betapa hubungan

sesama manusia itu amat penting. Jalinlah hubungan dalam

persatuan atau organisasi yang kita libatkan diri. Hal yang demikian

akan banyak membantu bagi memenuhi segala matlamat ketika

menjalankan tugas persatuan atau organisasi.

Saya telah bincangkan dalam tulisan terdahulu. Kekalkan

hubungan yang sedia terjalin dengan rakan-rakan sebelum kita

berjawatan atau berkepentingan dalam satu-satu persatuan atau

organisasi. Maka akan selamatlah kita dari ’dipulaukan’ sama ada

segi perasaan atau segi kenyataan apabila kepentingan dalam

persatuan atau organisasi telah tiada pada kita kemudiannya.

Apabila saya menulis tentang hubungan sesama ahli dalam

organisasi, saya lebih maksudkan ikatan atau hubungan antara

sesama manusia atas dasar kerjasama. Semuanya bekerja dalam

satu pasukan bagi mencapai matlamat organisasi yang sama.

Kerjasama tersebut menghindar sifat-sifat saling bertentangan

pendapat dalam kalangan mereka. Tidak timbul soal dengki, kianat

atau menyombong diri. Masing-masing memahami peranan yang

sepatutnya ada. Hubungan yang wujud itu pula adalah berdasarkan

jalinan yang mesra.

Sepanjang pengurusan saya, usaha-usaha sentiasa dilakukan

untuk mewujudkan hubungan atau jalinan mesra antara ahli-ahli

dalam persatuan atau organiasi yang dipimpin. Saya beranggapan

bahawa hal yang demikian perlu diusahakan dari masa ke masa atas

Page 209: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

197

prinsip kita sentiasa menghormati orang lain manakala orang lain

juga perlu sentiasa menghormati diri kita.

Kadang kala usaha-usaha bagi mendapatkan kerjasama

segenap lapisan ahli dalam organisasi, bukanlah satu perkara yang

boleh dipandang remeh atau di pandang mudah. Kita memerlukan

satu pendekatan atau kaedah yang paling sesuai bagi mendapatkan

kerjasama tersebut. Pendekatan awal yang digunakan, perlu tepat

pada pemulaan usaha kita itu.

Saya boleh menganggap bahawa kaedah kita untuk

mendapatkan kerjasama adalah merupakan suatu seni. Usaha-usaha

mendapatkan kerjasama tersebut adalah tersangat penting dalam

mana-mana persatuan atau organisasi. Jika kerjasama dapat

dicapai maka akan lahirlah semangat kekitaan. Hubungan yang

wujud lebih menampakkan kemesraan ketika memikul amanah.

Semua ahli akan berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan.

Semangat kekitaan akan menjadi asas pembentukan kerja

sepasukan. Berdasarkan prinsip semangat sepasukan, persaingan

atau pertentangan yang wujud adalah lebih bersifat positif dalam

suasana yang sihat antara individu atau kumpulan yang ada dalam

persatuan atau organisasi berkenaan.

Dalam usaha-usaha mendapatkan kerjasama, kita juga perlu

mempunyai skill atau kemahiran yang berkaitan dengan manusia itu

sendiri. Memahami sifat-sifat yang ada pada manusia akan

membantu kita menguasai mereka. Mungkin dalam tulisan ini kita

boleh bincangkan sedikit sebanyak tentang sifat-sifat manusia yang

saya tafsir dari sudut pemikiran saya sendiri. Menyedari bahawa sifat-

Page 210: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

198

sifat tersebut adalah penting diketahui sebelum kita bergerak dengan

lebih hebat dalam usaha mendapatkan kerjasama dan persefahaman

dalam kalangan mereka.

Kita perlu akui bahawa manusia yang ada dalam satu-satu

organisasi itu adalah merupakan faktor penting bagi memajukan satu-

satu organisasi berkenaan. Kita perlu memahami sifat-sifat mereka.

Hal yang demikian kerana manusia itu sendiri mempunyai ciri-ciri

yang berbeza sesama mereka. Lain orang maka lain ragamnya. Kita

perlu menyesuaikan diri kita dengan pelbagai ragam yang ada bagi

memudahkan kita mendekati mereka.

Pada asasnya setiap manusia itu mempunyai nilai, sikap dan

tabiat yang berbeza-beza. Pembentukan sifat-sifat berkenaan adalah

bermula dari pelakuan mereka yang berulang-ulang sejak kecil lagi.

Apabila terbentuk nilai pada diri mereka maka itulah perwatakan atau

perangai kekal yang selalu kita tafsirkan pada mereka. Lain orang

maka lain ragam perwatakan atau perangainya. Keperibadian mereka

itu telah terbentuk hasil pengalamian mereka sejak kecil lagi.

Pastinya nilai, sikap dan tabiat mereka berbeza dengan kita.

Namun begitu masih ada persamaan perwatakan. Persamaan itulah

boleh dijadikan titik tolak sifat bertolak ansur antara nilai, sikap dan

tabiat mereka dengan nilai, sikap dan tabiat kita. Dalam hal yang

demikian, kita memerlukan sedikit pengetahuan bagi mengesan

persamaan yang wujud itu. Mungkin persamaan itu dari segi hobi

atau kegemaran dari segi makanan atau sebarang bentuk pelakuan

lain.

Page 211: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

199

Bergeraklah pada titik persamaan itu bagi maksud

mendapatkan kerjasama dan persefahaman. Hal yang demikian akan

menjadikan hubungan kita semakin rapat. Hubungan yang rapat akan

memudahkan kita mendapatkan kerjasama pada hal-hal lain yang

berkaitan dengan perjuangan persatuan atau organisasi berkenaan.

Cuma, saya ingin ingatkan. Dalam proses mencari persamaan, kita

tak perlu mengorbankan prinsip diri untuk mengikut sifat mereka. Hal

yang demikian akan berakhir dengan kekecewaan atau kegagalan

pada diri kita. Pengalaman saya dalam persatuan Silat Cekak telah

banyak memberi pengajaran.

Saya masih ingat pengalaman melihat gelagat ahli-ahli Silat

Cekak ketika bersama Ustaz. Banyak lucunya. Ada yang teringin

’menjadi’ sebijik macam Ustaz dengan cara mengambil ’berkat’

darinya. Salah satu usaha mendapatkan keberkatan ialah secara

minum lebihan air minum Ustaz atau makan makanan yang Ustaz

tinggalkan. Ketika Ustaz sedang bercakap, mata mereka

menumpukan pada minuman atau makanan lebihan tersebut.

Bukannya menumpukan perhatian pada percakapan Ustaz. Tak ada

langsung perasaan malu atau rendah diri. Kadang kala kesian juga

melihatkan gelagat mereka.

Harapan mereka, keberkatan yang diperoleh akan

membolehkan sifat dan sikap mereka sama dengan Ustaz. Dapat

kebolehan secara tiba-tiba. Cara mudah tanpa usaha. Saya tak ada

komen. Tapi tak tergamak untuk membuat pelakuan demikian. Kalau

setakat memeluk Ustaz sambil bersalam, mungkin ada logiknya.

Setiap orang yang hebat ada auranya. Salah satu cara mengalirkan

aura ke tubuh kita adalah secara memeluk. Aura yang mengalir

Page 212: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

200

membolehkan kita mendapatkan semangat juangnya bagi menaikkan

kehebatan diri sendiri.

Ada yang mentafsir perbuatan, sifat dan sikap Ustaz untuk

diturutinya seratus peratus. Mereka perasan umpama Ustaz.

Malangnya mereka tak sedar betapa perbuatan Ustaz boleh diterima

oleh para ahli Silat Cekak. Orang yang meniru perbuatan Ustaz tetap

bukan Ustaz. Maka dalam hal itu, sepanjang ingatan saya, tidak ada

ahli Silat Cekak pun yang dapat menerima sepenuhnya kehadiran

para ahli lain yang ’berlagak’ umpama Ustaz. Akibatnya mereka yang

cuba berlagak umpama Ustaz telah memberi tekanan pada ahli yang

lain. Sifat cuba marah pada orang lain, bukannya merupakan satu

tegahan, sebaliknya menerbitkan sifat benci dalam kalangan ahli.

Saya pernah menyentuh hal yang demikian dalam penulisan yang

lalu.

Tujuan saya menulis akan gelagat ahli-ahli Silat Cekak

bersama Ustaz adalah untuk menarik perhatian para pembaca

betapa sifat kita tidak sama. Tidak ada jalan pintas untuk menjadikan

diri kita sama seperti orang yang kita banggakan. Namun begitu,

sifat-sifat positif yang ada boleh dijadikan panduan. Cuma, ada

keperluan untuk menyesuaikan dengan nilai yang terbentuk pada

kita. Penyesuaian itulah merupakan titik persamaan yang ada antara

orang lain dengan kita. Kelebihan yang ada pada orang lain itu

membolehkan kita mengembang luas nilai yang ada pada kita atas

prinsip persamaan yang ada.

Seperti yang dikata, persamaan antara kita akan

membolehkan wujudnya persamaan dan kerjasama. Oleh itu, carilah

Page 213: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

201

persamaan yang ada tanpa mengorbankan prinsip diri kita yang

berbeza dengan orang lain.

Kita harus menerima hakikat betapa manusia juga

mempunyai fahaman yang berbeza. Walaupun mereka berada dalam

persatuan atau organisasi yang sama, penerimaan dan penghayatan

mereka pada visi atau misi persatuan tidak mungkin sama

peratusannya. Perbezaan fahaman tersebut tentunya ada kaitan

dengan daya pemikiran seseorang. Saya selalu menggunakan istilah

pemikiran besar atau pemikiran kecil.

Di samping itu, kefahaman yang berbeza erat kaitan dengan

kefahaman yang sedia ada. Kafahaman seseorang itu ada kaitan

juga dengan pengalaman yang ditempohnya. Jika kita memahami

situasi yang berkenaan maka akan memudahkan kita berusaha untuk

mencari persahaman dengan mereka.

Misalnya dalam persilatan Silat Cekak itu sendiri. Sebelum

fahaman Silat Cekak diserapkan pada mereka, tentunya ahli-ahli

berkenaan telah ada fahaman lain. Bukan mudah untuk

menggantikan fahaman yang ada itu dengan fahaman Silat Cekak

yang cuba dituntut mereka. Umpama air yang ada dalam gelas.

Untuk menggantikan air itu dengan air yang baru pastinya

memerlukan tuangan air yang berganda. Jumlahnya bergantung

pada air asal yang ada dalam kelas berkenaan. Jika kurang maka

mudahlah dituangkan dengan air yang baru. Sebaliknya jika air yang

asal dalam gelas itu penuh, tentunya air baru yang hendak diganti

memerlukan kuantiti yang banyak.

Page 214: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Menjalin Hubungan

202

Setelah kita memahami sifat-sifat asas yang ada pada setiap

ahli dalam organisasi kita maka berusahalah menyusun strategi untuk

merapatkan diri dengan mereka. Hubungan rapat akan melahirkan

persefahaman yang sama. Hal yang demikian akan memudahkan

kita mendapatkan kerjasama erat untuk memajukan organisasi kita.

Jangan sesekali bersifat sombong dengan memencilkan diri. Akan

rugi.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi ketika mengikuti Kursus Silat Olahraga di Johor Baharu bersama-sama Guru-guru silat dari pelbagai negeri. .

Page 215: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Rapatkan Diri Sesama Ahli

203

RAPATKAN DIRI SESAMA AHLI

Dalam tulisan yang lalu, saya telah menegaskan betapa

pentingnya kita mendapatkan kerjasama dari ahli-ahli organisasi yang

lain. Oleh itu kita perlu berusaha untuk mewujudkan hubungan atau

merapatkan diri dengan mereka. Hal yang demikian memerlukan

fahaman dan pegangan pada kita. Fahaman dan pegangan itu akan

menjadikan kita tahu apa yang perlu dilakukan. Ketika mana dan

bagaimana kita boleh lakukannya bagi mewujudkan persefahaman

dalam kalangan ahli.

Dalam proses mencari persefahaman dengan orang lain,

banyak cara boleh dilakukan berdasarkan fahaman masing-masing.

Cuma dalam tulisan ini saya suka berbincang tentang cara-cara yang

pernah saya lakukan. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa kita

perlu memahami sekurang-kurangnya enam prinsip utama. Prinsip-

prinsip tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang ada sekian

lama.

Prinsip utamanya ialah kita harus akui terdapatnya perbezaan

dari segi apa pun dalam kalangan individu. Bentuk fizikal, sikap,

perwatakan, kegemaran dan sebutlah apa saja, semuanya berbeza.

Kita perlu akui dan memahami perbezaan tersebut. Hinggakan cap

jaripun akan berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Semua perbezaan itu adalah merupakan anugerah yang diberi Allah

pada setiap hambanya. Setiap satu kejadian dari Tuhan, pasti ada

kelebihan dan kekurangannya. Kelebihan dan kekurangan itu adalah

berdasarkan tafsiran kita. Tidak ada yang sempurna melainkan

Tuhan kita. Pendapat dan fahaman pun turut berbeza.

Page 216: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Rapatkan Diri Sesama Ahli

204

Oleh itu, kita tidak boleh memaksa mereka mengikut saja apa

yang kita hendak atau apa yang kita arahkan. Satu segi, daya

pemikiran yang ada pada mereka mungkin tidak sehebat kita. Tetapi

jangan lupa. Dari segi yang lain mungkin mereka melebehi atas

kelebihan yang ada pada kita. Hal yang demikian menjadikan satu

keperluan bagi kita untuk menghormati insan lain yang berada di

sekeliling kita.

Dalam kelas Silat Cekak pun kita perlu menerima hakikat

bahawa kebolehan para ahli yang sedang belajar adalah tidak sama.

Lain orang maka lain lah cc-nya. Itu sebabnya, pengajaran kita perlu

disesuaikan dengan kebolehan setiap individu. Mereka yang berkaki

atau bertangan pendek, tentunya tidak sama pergerakannya dengan

mereka yang berkaki atau bertangan panjang. Begitu juga mereka

yang kurus tak akan sama pergerakan dan perbuatan silatnya

dengan mereka yang gemuk. Fahamilah kebolehan yang berbeza

tersebut. Jangan cepat melatah. Saya pernah membincangkan hal

yang demikian dalam tulisan yang lalu.

Jika kita dapat memahami wujudnya perbezaan dalam

kalangan ahli, maka akan memudahkan kita memahami perasaan

yang ada pada mereka. Perasaan mereka juga tidak sama dengan

perasaan kita. Kefahaman yang sebegitu akan melahirkan perasaan

simpati dan impati. Hal yang demikian akan memudahkan kita

merapatkan diri dengan mereka. Merapatkan diri akan mewujudkan

kerjasama dan persahaman sesama kita.

Prinsip yang lain, kita perlu melihat setiap invidu itu secara

menyeluruh dengan pegangan bahawa setiap individu itu ada

kelebihan dan ada kekurangannya. Hal yang demikian akan

Page 217: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Rapatkan Diri Sesama Ahli

205

memudahkan kita menerima kehadiran mereka di sisi kita. Sifat yang

ada pada kita juga tidak unggul. Kita juga ada kelebihan dan ada

kekurangan. Mungkin dalam persilatan nampak kehebatan kita. Tapi

dari segi pelajaran, mereka lebih tinggi dari segi ijazahnya.

Atau mungkin kita beristeri satu sahaja. Pada hal mereka

berupaya beristeri dua atau tiga. Itulah kelebihan mereka. Kita berani

dalam kelas silat, mereka berani dalam kelas rumah tangga. Hobi kita

mungkin hanya terhad pada silat. Pada hal, orang lain lebih hebat

dengan aktiviti memancingnya. Dapat juga kita merasa hasil

pancingannya.

Oleh sebab semua manusia bersifat ada kelebihan dan ada

kekurangan maka kita perlu mengakuinya kerana kita juga bersifat

demikian. Hal yang demikian akan memudahkan kita menerima

hakikat kelemahan sesorang dalam satu-satu perkara. Secara

langsung ego kita dapat diturunkan. Akan hilang tembok pemisah

dalam hubungan kita dengan mereka. Mudahlah bagi kita atau bagi

diri mereka untuk merapatkan diri sesama ahli.

Prinsip ketiga yang perlu kita faham bahawa setiap pelakuan

seseorang itu ada bersebab. Riaksi pelakuan mereka bergantung

pada pelakuan orang lain. Sama ada seseorang itu rajin atau malas

atau bermotivasi atau tidak, semuanya bersebab. Orang lain kerap

kali mendatangkan sebab atas pelakuan mereka itu. Oleh itu, jangan

mudah kita membuat kesimpulan pada daya kerja atau sifat

seseorang.

Ada dalam kalangan ahli-ahli kita yang lebih bersifat pendiam.

Malas nak tanya sebarang soalan. Hal yang demikian kerana mereka

Page 218: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Rapatkan Diri Sesama Ahli

206

pernah mengalami pengalaman yang menakutkan. Mana tidaknya.

Apabila ditanya maka Jurulatih berkenaan akan melarang. “Jangan

tanya.” Tanyakan gerak, dijawab dengan tunjuk gerak yang

menyakitkan badan. Mungkin seseorang itu bersifat sentiasa

menentang kerana dirinya tidak pernah diberi sanjungan atau tidak

pernah diberi pujian.

Banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Kita kajilah sendiri.

Pinsipnya, sifat mereka itu lahir atas sebab yang mereka sendiri yang

tahu. Kita kena kaji sendiri. Kesedaran yang timbul pada kita akan

memudahkan kita membuat pembetulan supaya tidak menyakitkan

hati orang lain. Secara langsung akan menjadikan usaha kita

merapatkan diri dengan mereka lebih berjaya.

Kita juga perlu mengakui bahawa pada prinsipnya, setiap

manusia itu mempunyai maruah dan mereka tetap mementingkan

maruah. Banyak kes berat yang berlaku kerana maruah yang

tercabar. Oleh itu, jangan mudah kita merendah-rendahkan diri

seseorang atau melakukan perbuatan yang boleh mencabar maruah

seseorang. Setiap manusia yang tercabar maruahnya akan membuat

tindak balas.

Kita perlu berhati-hati apabila bergaul sesama ahli. Dalam

Silat Cekak pun kita perlu menghormati para penuntut yang sedang

belajar. Jangan memalukan mereka jika gagal membuat buah.

Jangan sesekali kita menjadi penyebar fitnah yang suka

menceritakan hal-hal peribadi orang lain. Perbuatan kita itu akan

menjejaskan maruah orang lain. Banyak buruk dari baiknya. Jika kita

berjaya meningkatkan harga diri mereka, akan memudahkan kita

bergaul rapat dengan mereka. Secara langsung akan mewujudkan

Page 219: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Rapatkan Diri Sesama Ahli

207

persahaman yang membolehkan kita mendapatkan kerjasama dari

masa ke masa. Hal yang sama boleh diaplikasikan dalam pergaulan

sesama ahli dalam apa jenis persatuan atau organisasi pun. Jaga

maruah orang lain. Insyaallah, mereka juga akan menjaga maruah

kita.

Aspek komunikasi adalah merupakan prinsip penting untuk

merapatkan diri dengan seseorang. Cara kita berkomunikasi akan

banyak mempengaruhi hubungan kita dengan orang lain.

Bercakaplah dengan nada yang baik dan gunakan perkataan yang

sesuai dengan situasi yang ada. Saya telah menyentuh soal

komunikasi berkesan dan komunikasi mesra dalam tulisan yang

terdahulu. Komunikasi yang berkesan akan membolehkan kita

merapatkan diri dengan orang lain. Mereka akan berasa mudah untuk

mendekati kita dan hal yang demikian akan memudahkan kita

mendekati diri mereka.

Prinsip terakhir, setiap manusia itu memerlukan orang lain

memahami sepenuhnya apa yang mereka rasakan. Hal yang

demikian dikatakan sebagai perasaan empati dan bukan setakat

simpati sahaja. Setiap manusia akan berterusan menghadapi

masalah. Sebutlah apa saja. Mungkin masalah kewangan, masalah

rumah tangga atau masalah keluarga.

Mungkin kita pernah mendengar istilah jurang generasi.

Jurang yang wujud itu menggambarkan betapa generasi tua tidak

dapat memahami kehendak generasi muda. Perbezaan yang wujud

adalah dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktor-faktor tersebut

termasuk latar belakang sosio ekonomi yang berbeza, taraf sosial

Page 220: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Rapatkan Diri Sesama Ahli

208

yang tidak sama dan pelbagai faktor lain yang boleh dibincang

bersama.

Seperti yang dinyatakan terdahulu, pelakuan sesorang itu

tentu ada sebabnya. Di sinilah mereka menuntut agar kita dapat

memahaminya. Hinggakan kalau mereka perlahan atau lembab

dalam pergerakan silatnya, tentu bersebab. Bukan mereka

sengajakan. Kelewatan hadir pada satu-satu kelas tentu ada

puncanya. Kalau naik motor, tak sama masa yang diambil,

berbanding kalau naik kereta. Fahamilah masalah mereka. Kalau

kita memahaminya maka dapatlah kita mengakui kelemahan yang

ada. Hal yang demikian akan memudahkan hubungan rapat dengan

mereka diwujudkan dari masa ke masa.

Beradasarkan enam prinsip yang saya bincangkan di atas,

akan memudahkan kita memahami setiap individu yang cuba kita

dekati. Penerimaan kita pada individu lain akan menjadikan fikiran

kita tenang sikit daripada bersifat baran atau kecewa. Hal yang

demikian kerana mood kita banyak dipengaruhi oleh orang lain. Kalau

kita tidak memahami prinsip perbezaan dalam kalangan manusia

yang ada pada orang lain akan menyebabkan kita sentiasa berada

dalam keadaan moody yang berpanjangan. Hal yang demikian akan

menyusahkan kita sendiri kerana perasaan kita akan terganggu.

Dalam kelas-kelas latihan Silat Cekak, para Jurulatih perlu

menggunakan strategi merapatkan diri dengan para penuntutnya

sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan bilangan mereka

dalam satu-satu kelas. Saya ada pengalaman di pusat, betapa

Jurulatih yang bersifat baran dan tidak cuba merapatkan diri dengan

ahli, kehadiran mereka semakin merosot. Akhirnya hilang langsung.

Page 221: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Wujudkan Suasana Kemesraan

209

WUJUDKAN SUASANA KEMESRAAN

Kita perlu ada sifat bertolak ansur jika ingin membuat

hubungan mesra dengan orang lain. Jika ada sifat bertolak ansur,

pada kebiasaannya hubungan yang kita lakukan dengan orang lain

akan berakhir dengan satu kepuasan pada semua pihak. Kita berasa

puas dan orang lain yang kita buat hubungan pun akan berasa puas

ketika proses perhubungan dengan kita berlaku.

Dalam satu ceramah yang saya hadiri, rupa-rupanya konsep

bertolak ansur adalah merupakan satu kemahiran yang perlu ada

pada setiap seorang ketua. Konsep dan prinsip tolak ansur boleh

digunakan dalam pelbagai aspek. Hal yang demikian termasuklah

dalam satu-satu proses rundingan yang diadakan. Mereka dilatih

supaya memiliki kemahiran tersebut supaya dalam proses rundingan

itu, tolak ansur yang digunakan tidak merugikan pihak yang

diwakilinya.

Saya tidak mahu menyentuh soal tersebut secara ilmiah.

Banyak prinsip dan ciri-ciri yang perlu dipatuhi. Kemahirannya akan

mengambil masa tiga hari berkursus. Namun begitu, dalam tulisan ini,

saya cuba berbincang berdasarkan kefahaman saya dalam

mengurus orang yang berada di bawah kepemimpinan kita sama ada

semasa persilatan atau semasa mengurus organisasi sekarang.

Saya berpendapat, bagi ’memuaskan hati’ orang lain maka

faktor menjaga perasaan memainkan peranan penting. Berdasarkan

pengalaman saya, untuk mencapai maksud memahami perasaan

orang lain, beberapa perkara perlulah dijadikan panduan dan

pegangan. Hal yang demikian adalah penting bagi melahirkan

Page 222: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Wujudkan Suasana Kemesraan

210

suasana yang harmonis dalam persatuan atau organisasi yang kita

pimpin. Pastinya dalam kelas-kelas latihan Silat Cekak, Jurulatih

tersangat penting untuk memainkan peranannya bagi memuaskan

hati para penuntutnya.

Ketika berhubung dengan orang lain kita perlulah sentiasa

ceria dan riang. Hal yang demikian adalah penting agar orang lain

berasa selesa dengan kita. Walaupun berkemungkinan kita memiliki

muka yang garang, cara kita bercakap boleh melegakan perasaan

tidak senang mereka dek kerana muka garang kita yang semula jadi.

Kalau orang yang berhadapan dengan kita dalam suasana

yang stress, legakan perasaan mereka terlebih dahulu. Saya rasa,

alangkah baiknya jika kita memulakan sapaan salam dengan penuh

keihklasan. Hal yang demikian akan membantu melegakan perasaan

tegang yang mereka hadapi. Kita mesti bijak menyerikan suasana

dengan pelbagai gelagat yang kita tunjukkan. Apabila mereka berasa

kita memahami situasi yang dihadapi, pastinya mereka akan dapat

menyesuaikan diri dengan kita. Maka wujudlah suasana kemesraan

hasil sifat kita yang memahami situasai yang mereka hadapi.

Seiring dengan itu, hindarkan diri kita daripada perkara-

perkara yang tidak menyenangkan orang lain. Saya selalu tegaskan

betapa pentingnya kita berperasangka baik dan berfikir secara positif

pada orang yang berhubung dengan kita. Orang lain akan dapat

mengesan apa yang ada dalam perasaan kita. Begitu juga

sebaliknya. Saya difahamkan betapa dalam disiplin psikologi,

perasaan kita automatik dihantar kepada orang lain melalui

gelombang-gelombang yang tertentu. Jika kita berperasaan negatif,

perasaan kita itu akan disampaikan melalui gelombang tertentu

Page 223: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Wujudkan Suasana Kemesraan

211

kepada orang berkenaan. Oleh itu, menjadi keperluan bagi kita

supaya tidak berprasangka buruk dan sentiasa bersifat positif. Hal

yang demikian akan membolehkan kita mewujudkan suasana yang

harmonis dalam kalangan ahli-ahli yang kita pimpin.

Kita harus sedar betapa kepuasan ketika berhubung boleh

diperoleh secara hormati perbezaan yang ada pada orang lain. Saya

telah tegaskan hal yang demikian dalam tulisan-tulisan yang lalu. Kita

perlu akui betapa wujudnya perbezaan fizikal, pendapat dan daya

pemikiran yang ketara antara sesama kita. Lebih-lebih lagi jika wujud

latar belakang yang berbeza sama ada taraf sosio ekonomi atau taraf

sosial yang ada.

Latar belakang sosio ekonomi yang berbeza tersangat banyak

mempengaruhi pelakuan anak didik kita. Dalam kelas-kelas silat, kita

boleh perhatikan keadaan tersebut. Latar belakang sosio ekonomi

akan mempengaruhi cara percakapan, isi percakapan, cara pakaian

malah cara mereka berhubung dengan kita. Pengetahuan kita dalam

aspek ini akan banyak membantu mewujudklan suasana yang

harmonis dalam kalangan ahli-ahli Silat Cekak.

Ketika kita berhubung juga, jangan lupa keperluan sensitif

atau mood orang lain. Orang lain juga ada moodnya yang tersendiri.

Jangan kira mood kita sahaja. Kajian mood orang lain juga amat

penting bagi mewujudkan suasana mesra dalam kalangan ahli-ahli

ketika bersilat. Dalam hal yang demikian, kita perlu tahu tentang

pendekatan yang sesuai ketika orang berkenaan berada dalam mood

yang tidak baik. Mood orang lain jangan dijadikan alasan untuk

menyekat usaha-usaha kita bagi mewujudkan suasana mesra dalam

kalangan ahli-ahli. Percakapan kita perlu berhati-hati. Jangan buat

Page 224: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Wujudkan Suasana Kemesraan

212

jenaka yang tidak tentu hala. Hal yang demikian tidak akan

mewujudkan suasana yang baik. Malah mungkin bertambah buruk.

Kita selalu mengambil berat tentang mood orang lain ketika

kita berhubung. Saya dapat perhatikan ada kalangan rakan-rakan

saya yang sanggup membatalkan pertemuan dengan ketuanya

semata-mata mood ketuanya tidak baik. Pada saya perbuatan

tersebut tidak sesuai. Saya tetap menganggap bahawa apa saja

kerja yang kita lakukan adalah atas arahan ketua kita. Mana boleh

beliau ada moody dengan kita hingga menyebabkan kita tidak

mampu berhadapan dengannya untuk membincangkan kerja-kerja

yang ditugaskan pada kita. Yakinkan diri kita untuk berjumpa jika

perjumpaan itu berkaitan dengan kerja-kerja yang disuruhnya.

Jangan kita pedulikan moodnya. Kita pun ada mood. Itulah pegangan

saya.

Ketika berhubung, tunjukkan sifat sedia bantu orang lain. Sifat

bersedia membantu akan memancarkan sifat ikhlas di muka kita

tanpa mengharapkan sesuatu. Orang lain akan dapat mengesan sifat

ikhlas kita tersebut. Apabila kita bersedia dengan sifat membantu

pastinya orang yang dibantu akan berasa gembira dan berasa puas.

Kegembiraan orang yang dibantu adalah merupakan satu kepuasan

pada diri kita.

Dalam perbincangan terdahulu, saya telah nyatakan betapa

manusia itu mempunyai kebolehan yang berbeza. Antara kebolehan

yang berbeza tersebut, tentunya terdapat beberapa keistimewaan

dan kelebihan yang ada pada orang itu tetapi tidak ada atau

tersangat kurang pada diri kita. Dalam hal ini peranan kita ialah

menghargai keistimewaan dan kelebihan orang lain tersebut.

Page 225: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Wujudkan Suasana Kemesraan

213

Satu cara kita boleh menghargai keistimewaan dan kelebihan

orang lain ialah mengucapkan tahniah pada mereka. Hargailah

kejayaan yang mereka capai. Anggaplah kejayaan mereka itu

sebagai kejayaan kita bersama. Saya selalu sarankan, apabila

mereka mendapat kejayaan, jangan suruh mereka belanja kita. Itu

tandanya perasaan dengki yang ada pada diri kita. Sebaliknya kita

berpakat untuk meraikan kejayaan mereka. Belanja mereka.

Kesimpulannya, untuk merapatkan diri kita dengan orang lain

maka janganlah kita bersifat sombong. Maknanya, tak payah susah-

susah bersifat sombong. Kata tok guru, kita pun berasal dalam

golongan yang lemah di sisi Allah. Ditegaskan pada kita betapa asal

usul kejadian kitapun daripada setitik air mani. Kita berasa sombong

kerana kita berasa diri lebih baik daripada orang lain. Tapi siapakah

yang mengatakan diri kita lebih baik daripada orang lain tersebut.

Ramai yang perasan dan syok sendiri.

Saya teringat syarahan Ustaz. Kalau diukur dari segi

kekayaan, ramai manusia yang kaya tetapi tidak dapat menikmati

kekayaan hidupnya. Duduk dalam rumah besar tapi berada dalam

suasana yang tidak tenteram. Pagar rumah terpaksa dikunci di siang

hari. Waktu malam terpaksa dinyalakan sistem amaran. Hidup dalam

ketakutan. Terbunyi sikit, maka tersentak tidurnya. Maka tidurpun tak

nyenyak.

Wang ringgit tidak menjadi halangan untuk mendapatkan apa

yang dicita-citakan. Namun begitu, wang ringgit tidak banyak

digunakan. Nak makan udang galah, takutkan kolestrol. Makan

benda manis, dah ada kencing manis. Nak makan daging, dah ada

darah tinggi dan banyak lagi halangannya.

Page 226: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Wujudkan Suasana Kemesraan

214

Kita perlu sedar bahawa sombong adalah sifat yang tidak

kekal. Sebaliknya sifat rendah diri boleh berkekalan dan boleh

digunakan sepanjang masa. Kenyataan ini ada asasnya. Semua

orang tetap memerlukan pertolongan orang lain. Orang yang

sombong pun pada satu-satu masa pasti memerlukan pertolongan

orang lain. Untuk mendapatkan pertolongan, mereka perlukan ubah

sikap. Kalau terus menyombong ketika ingin mendapatkan bantuan,

pasti orang tak layan. Maka terpaksalah sifat tinggi dirinya

direndahkan. Itu sebabnya saya katakan sifat sombong tak boleh

berkekalan.

Sebaliknya, sifat rendah diri pada seseorang tetap boleh

berkekalan. Ketika kita memerlukan pertolongan, sifat rendah diri

yang sedia ada akan banyak membantu. Tak payah tukar-tukar sifat

seperti mana orang yang bersifat sombong diri.

Orang sombong terpaksa merendahkan diri untuk

mendapatkan bantuan. Sekurang-kurangnya ketika tersesat dalam

perjalanan. Kalau terus-menerus menyombong, tidak akan ada

sesiapa yang layan. Sebaliknya, orang yang sentiasa merendah diri

boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan sekali pun,

terutamanya sewaktu meminta pertolongan.

Oleh itu, sentiasalah tanam pegangan dalam ingatan. Apa

yang ada dalam dunia hanyalah pinjaman yang tidak berkekalan. Kita

lemah. Sombong bukan hak kita. Oleh itu, ceria-cerialah selalu.

Jangan sombong-sombong. Senyum-senyum lebih baik dari masam-

masam.

Page 227: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

215

PEMBANGUNAN DIRI

Saya selalu mengingatkan ahli-ahli yang saya pimpin agar

sentiasa perkayakan diri dengan ilmu pengetahuan dan dapatkan

seberapa banyak pengalaman. Ilmu pengetahuan yang banyak

beserta dengan pengalaman yang luas akan menjadikan diri kita

sebagai pemimpin, akan lebih dihormati oleh orang-orang yang kita

pimpin. Lebih-lebih lagi jika kita memegang jawatan sebagai seorang

Jurulatih. Dengan ilmu dan pengalaman yang banyak akan

menjadikan peranan kita lebih berkesan untuk memimpin anak didik

kita dalam dunia persilatan.

Kehebatan kita akan menyebabkan kita dapat

membangunkan mana-mana ahli yang kita pimpin. Secara langsung

persatuan atau organisasi yang dimanahkan kepada kita akan terus

berkembang dengan pesat. Konsep kehebatan ‟lebah‟ akan memberi

makna kerana ke mana sahaja kita berada, pasti tempat itu akan

‟bersemarak‟. Hal yang demikian tentunya berbeza dengan konsep

‟lalat‟ yang ‟menjahanamkan‟ apa saja yang melibatkan dirinya. Saya

telah menyentuh perkara ini dalam tulisan yang terdahulu.

Oleh itu, saya selalu sarankan anak didik saya supaya

sentiasa membangunkan diri dengan pelbagai saluran yang ada.

Tidak ada ruginya jika kita menghabiskan masa untuk

membangunkan diri menjadi manusia hebat dalam apa saja lapangan

yang diceburi.

Kadang-kadang saya terasa risau juga melihatkan

pembangunan diri ahli-ahli Silat Cekak yang terutamanya memegang

jawatan sebagai Jurulatih. Mungkin kerisauan saya itu berdasarkan

Page 228: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

216

perbandingan antara situasi dulu kala dengan apa yang wujud ketika

ini. Walau bagaimanapun, dalam tulisan ini saya akan

membincangkan beberapa langkah yang kita boleh ambil bagi

mempastikan diri kita terus menerus berkembang dari segi ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang sangat bermakna dalam dunia

persilatan. Hal yang sama juga boleh kita lakukan jika kita juga

memegang jawatan penting dalam mana-mana persatuan atau

organisasi yang kita terlibat.

Bagi mempastikan diri kita terus berkembang dan

membangun, minda yang proaktif sangat bermakna. Jangan tunggu

orang lain menyogok ilmu tanpa kita sendiri berusaha memberi ruang

agar mereka memasukkan ilmu kepada kita. Apa yang penting ialah

kita perlu sentiasa bersifat positif. Jangan terlintas langsung perkara-

perkara negatif dalam proses mendapatkan ilmu. Semua ilmu yang

diberi adalah bermakna. Cuma, sesuaikan ilmu tersebut dengan

sikap dan nilai diri kita sendiri. Minda yang proaktif akan menjadikan

seseorang itu berterusan mencari ilmu dan menambahkan

pengalaman agar teori yang diberi dapat dibuktikan secara praktikal.

Dalam persilatan Silat Cekak, bahan-bahan tulisan agak

terhad. Namun begitu, terdapat beberapa artikal yang boleh dijadikan

rujukan dan bahan bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Seiring

dengan bahan-bahan tulisan yang berkaitan dengan Silat Cekak,

jangan lupa membaca buku-buku yang berkaitan dengan persilatan

lain. Hal yang demikian akan membolehkan kita membuat

perbandingan. Secara langsung pemikiran kita diasuh agar bersifat

kreatif dan kritis.

Page 229: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

217

Di samping ilmu pengetahuan yang boleh ditambah melalui

pembacaan, jangan lupa menambah luas pengalaman yang ada.

Bergaullah dengan mereka yang berpengalaman luas dan banyak.

Secara langsung pengalaman yang luas itu dapat dikongsi bersama

walaupun dalam situasi yang berbeza. Daripada tidak ada

pengalaman sebenar, bersandarkan pengalaman orang lain boleh

juga diambil kira. ”Tiada rotan, akarpun berguna.”

Pengalaman yang lebih efektif adalah secara penglibatan

sempurna diri kita sendiri. Libatkan diri dalam semua aktiviti terutama

yang berkaitan dengan guru utama. Dengar baik-baik. Perkara yang

dibincangkan atau dibualkan, jadikan panduan dan sempadan.

Jangan terpegun dengan cara percakapannya. Sesungguhnya

kebolehan bercakap adalah sifat semula jadinya. Pentingkan isi

daripada gaya percakapan.

Selain daripada itu, ilmu pengetahuan yang ada perlu

dimantapkan melalui latihan yang berterusan. Corak latihan yang

sedemikian akan menambahkan kemahiran kita dalam bidang yang

kita ceburi. Hal yang demikian akan membangunkan diri kita dalam

konteks kehebatan diri dari masa ke masa.

Pepatah kita ada mengatakan bahawa, “Hendak seribu daya.

Tak hendak seribu dalih.” Begitu juga dengan peribahasa, “Di mana

ada kemahuan maka di situ ada kejayaan.”

Oleh itu, sifat „sentiasa berkehendak‟ perlu ada dalam

pemikiran kita. Itulah yang dinamakan sebagai nafsu kemenjadian.

Orang yang ‟menjadi‟ dalam lapangan apapun yang diceburinya

adalah hasil dari nafsunya yang hebat untuk kemenjadian sesuatu.

Page 230: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

218

Segala kerja yang dilakukan adalah dilakukan dengan bersungguh

hati tanpa bertangguh. Hal yang demikian akan menyebabkan diri

seseorang itu akan terus membangun dan bertambah hebat dari

masa ke masa.

Kemahuan ada kaitan dengan semangat untuk mendapatkan

sesuatu. Menambahkan semangat pada diri kita secara langsung kita

akan berusaha untuk menaikkan aura dalam diri kita. Jika diri kita

mempunyai auranya yang tersendiri maka pasti kehebatan akan

dapat dicipta dengan jayanya. Aura yang ada pada kita boleh

dipindahkan pada ahli-ahli yang kita pimpin. Oleh itu, hebatkan aura

kita agar mereka yang kita pimpin akan turut sama menjadi hebat.

Untuk menaikkan semangat atau aura kita dalam apa-apa

bidang yang kita ceburi, terdapat pelbagai cara. Salah satu cara yang

penting ialah sikap kita yang memerlukan sifat proaktif. Kita perlu

sedar diri. Di manakah kedudukan kita. Kelemahan yang wujud

hendaklah diperbaiki segera. Biasanya, orang yang sedar diri akan

mudah untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Orang yang tidak

sedar diri, selalunya bersifat ego dan sukar menerima kenyataan atau

pengetahuan lain.

Selain dari itu, kita perlu sedar tentang matlamat kita

menceburi satu-satu lapangan atau satu-satu minat. Dengan adanya

matlamat yang jelas, akan memudahkan kita mengerakkan diri untuk

mencapai apa saja yang dimatlamatkan. Matlamat akan

menggerakkan diri kita untuk berusaha sepanjang masa.

Dalam proses mencari ilmu itu, berilah keutamaan pada

aspek yang difikirkan tersangat penting apabila perlu membuat

Page 231: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

219

pilihan. Misalnya antara ilmu berbentuk kefahaman, misalnya ilmu

mengenal diri dengan ilmu persilatan. Dalam hal ini, berilah

keutamaan berdasarkan matlamat yang kita ada. Mana satu yang

lebih diberi keutamaan. Lihat faktor-faktor masa, wang ringgit atau

pengorbanan tenaga yang diperlukan. Hal yang demikian tidak akan

membebankan pemikiran kita dalam proses menambah ilmu dan

pengalaman. Dalam konteks membuat pilihan, konsep berfikir untuk

‟untung‟ pada diri sendiri perlu ada. Kita lebih tahu akan keperluan

yang patut ada pada diri kita.

Oleh itu, libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh

mendatangkan untung atau manfaat. Hal yang demikian akan

menjimatkan masa dari terbuang tanpa memberi apa-apa makna

pada diri kita sendiri. Secara langsung, kita akan dapat

membangunkan diri kita dalam apa-apa lapangan yang kita ceburi

berdasarkan keperluan.

Kita lebih memahami apa yang kita perlukan. Dalam hal ini,

berusahalah memahami diri sendiri dan keperluan kita yang

sebenarnya. Saya mempunyai banyak pengalaman apabila

berhadapan dengan manusia yang tidak memahami dirinya sendiri.

Misalnya, saya rujuk dalam persilatan kita sndiri. Mereka tidak boleh

menjawab akan keperluan diri mereka sebenarnya sama ada dalam

kemahiran fizikal atau kemantapan kefahaman. Kalau kita tidak tahu

apa yang kita kehendaki maka ilmu yang diperoleh adalah

beradasarkan sogokan, pendapat atau pandangan orang lain. Kita

hanya bertindak sebagai penerima sahaja. Umpama seorang bayi

yang menerima sahaja apa yang disuap oleh ibunya.

Page 232: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

220

Pembangunan diri juga dapat dilakukan jika kita mempunyai

strategi untuk membangunkan diri sendiri. Oleh itu, seringlah

berbincang bagi membentuk satu set tindakan sama ada jangka

pendek atau jangka panjang untuk membangunkan diri sendiri. Diri

boleh dibangunkan sama ada dalam bidang persilatan atau

kefahamannya. Jika diri dapat diperkayakan dengan ilmu, akhirnya

kita akan membentuk diri kita umpama gergaji. Disorong ia makan,

ditarikpun ia makan. Maknanya, peranan seseorang itu akan

mendatangkan kesan yang mendalam dalam sebarang situasi yang

ada.

Di samping usaha-usaha yang saya bincangkan di atas,

disiplin diri perlu ada pada kita. Orang yang berdisiplin akan mudah

membentuk atau membangunkan dirinya agar berkembang hebat

dari masa ke masa. Terdapat pelbagai saluran atau cara yang dapat

dijalankan bagi membangunkan diri kita.

Faktor utamanya ialah kita perlu bersifat profesional. Sifat itu

berkait rapat dengan tugas yang diamanahkan pada kita. Dalam

bidang persilatan, jika kita berperanan sebagai Jurulatih, sifat

profesional boleh ditunjukkan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran itu sendiri. Jika anak didik kita menegur perbuatan kita,

terimalah hakikat kelemahan kita itu. Jika mereka ada persoalan yang

sukar dijawab, tangguhkan jawapan. Jangan dimarahi mereka

dengan pelbagai ancaman. Sebenarnya banyak kupasan yang boleh

kita buat atas konsep profesional itu.

Teguran guru jadikan satu sempadan atau satu pengajaran.

Kita belajar melalui kesalahan. Perbaiki segala kelemahan yang ada.

Secara langsung kita akan dapat membangunkan diri kita menjadi

Page 233: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

221

manusia hebat dalam dunia persilatan. Dalam hal ini, jangan sesekali

memusuhi guru atau cuba menimbulkan isu pada institusi perguruan.

Kita risau tidak ada apa yang dapat dalam proses menerima

kefahaman Silat Cekak pada mereka yang bercanggah dengan guru.

Di samping itu jangan lupa etika kita sebagai ahli silat. Etika

boleh difahamkan sebagai adab atas peranan kita. Kalau kita sebagai

ahli yang menuntut, buat cara menuntut. Jika kita sebagai Jurulatih

maka berperananlah sebagai Jurulatih. Jangan langgar etika atau

adap kita berdasarkan peranan yang kita setujui atau yang kita

terima.

Diri kita boleh dibangunkan jika kita berupaya membuat

perubahan. Dalam konteks persilatan, gerak silat tidak boleh diubah.

Akan tetapi sistem penyampaian boleh diubah suai berdasarkan

kebolehan anak didik kita. Namun begitu, sistem pelajaran tetap

sama dan jumlah pelajaran yang ingin disampaikan tetap sama.

Perubahan yang kita lakukan akan menggalakkan kita berfikir.

Secara langsung pemikiran untuk berubah akan membangunkan diri

kita sendiri agar menjadi ahli yang hebat.

Diri kita akan membangun jika ilmu yang ada pada kita

disampaikan dengan penuh yakin dan sempurna pada para penuntut

kita. Lagi banyak ilmu disampaikan pada orang lain maka lagi banyak

kefahaman kita pada ilmu yang ada. Ilmu tidak sama dengan harta.

Harta akan habis apabila diberi pada orang lain. Sebaliknya ilmu

yang diberi pada orang lain tidak akan berkurangan pada kita.

Dalam proses penyampaian ilmu itu, kita hendaklah sentiasa

bersabar. Kita dapat lihat bahawa seseorang individu itu berbeza

Page 234: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

222

kebolehannya dengan individu lain, baik dari segi sifat dan

kebolehannya. Kesabaran yang kita ada menyebabkan kita sentiasa

berada dalam suasana tenang. Ketenangan akan menjadikan kita

dapat berfikir dengan waras. Secara langsung kita dapat

membangunkan diri kita menjadi insan yang berhati mulia.

Sifat sabar boleh dipupuk dengan cara kita menerima

seadanya para penuntut kita. Pencapaian mereka berbeza-beza. Kita

perlu sensitif pada pencapaian yang berbeza itu. Cari jalan untuk

membaikinya. Secara langsung hal yang demikian akan

menyebabkan kita sentiasa berfikir bagi kemajuan anak didik kita.

Mereka boleh menilai akan apa yang kita lakukan. Keikhlasan kita

membangunkan kebolehan mereka akan mereka sanjung.

Akhirnya, kita perlu membuat satu keputusan yang jelas,

tepat dan positif tentang apa yang kita mahu. Secara langsung hal

yang demikian akan membantu kita untuk membangunkan diri kita

menjadi manusia yang hebat.

Konsep kewibawaan adalah merupakan satu konsep yang

perlu dimiliki oleh setiap barisan kepemimpinan dalam mana-mana

persatuan atau organisasi. Orang yang berwibawa adalah mereka

yang berjaya membangunkan rakan-rakan sekeliling di samping

berupaya membangunkan dirinya sendiri. Saya selalu ibaratkan

mereka umpama air mutlak yang suci lagi menyucikan. Ramai

manusia yang hebat. Namun begitu, kehebatannya itu gagal untuk

menghebatkan orang lain. Manusia jenis ini bolehlah diibaratkan

umpama air mustakmal yang suci tapi tidak menyucikan. Maknanya,

tak boleh dijadikan air untuk berwuduk.

Page 235: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

223

Orang-orang yang berwibawa memiliki sifat-sifat yang terpuji.

Mereka adalah golongan manusia yang sentiasa boleh diharap dan

boleh dipercayai. Berilah apa jenis tugas sekalipun. Semuanya dapat

dijalankan dengan baik dan sempurna. Hal yang demikian

disebabkan minat mereka untuk menajalankan tugas yang

diamanahkan itu tersangat tinggi. Mereka bersungguh hati untuk

melakukan sesuatu perkara. Suatu tugas yang diberi pasti akan

dipikul hingga habis tugas berkenaan. Masa yang digunakan adalah

dalam sasaran masa yang ditetapkan.

Cuba kita bayangkan jika kepimpinan Silat Cekak di pertingkat

cawangan adalah terdiri pada mereka yang berwibawa. Sudah pasti

cawangan berkenaan akan berkembang hebat dari masa ke masa.

Hala tuju mereka dalam Silat Cekak adalah jelas. Hal-hal yang

berkaitan dengan pepecahan akan dapat dielakkan. Masalahnya,

pepecahan banyak berlaku di kebanyakan cawangan. Salah satu

faktornya adalah kerana pemimpin yang mengurus persatuan Silat

Cekak di tahap cawangan adalah terdiri dari mereka yang tidak

berwibawa. Hanya setakat ‟air mustakmal‟ dan ada juga yang

bersifat ‟air mutanajjis‟.

Orang yang berwibawa juga sentiasa mempunyai personaliti

yang hebat. Pengurusan dirinya teratur. Hal yang demikian

termasuklah cara mengurus keperluan diri seperti rambutnya, giginya

dan sebagainya. Begitu juga dengan cara berpakaian meliputi jenis

dan bentuk pakaian yang dipakai. Mereka sentiasa bertenaga dan

sentiasa bermotivasi. Tentunya sifat yang demikian akan

membolehkan mereka memberi galakan dan dorongan pada rakan-

rakan atau ahli-ahli yang dipimpin.

Page 236: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

224

Orang-orang yang berwibawa ini juga sentiasa menetapkan

mutu penghasilan kerja yang tinggi. Jiwanya besar untuk mencapai

sesuatu matlamat. Tidak ada yang mustahil pada prinsip kehidupan

mereka. Semuanya boleh dicapai kecuali menjadi ‟nabi‟ sahaja yang

ditentukan Tuhan setakat junjungan besar kita Nabi Muhammad

SAW. Penetapan mutu penghasilan kerja yang tinggi adalah seiring

dengan kemampuan mereka membimbing dan menasihati rakan-

rakan atau ahli-ahli yang dipimpin untuk mencapai hasrat yang

diidamkan.

Mereka berkebolehan membuat strategi yang tepat dan

strategi itu boleh dijalankan dengan jayanya. Jika ada masalah yang

timbul, mereka mempunyai rumusan bagi mengatasinya. Pendek

kata, kepercayaan menjalankan tugas yang diberi pada mereka tidak

perlu diragukan. Berilah tugas. Pasti tugas itu berakhir dengan

kejayaan. Hal yang demikian adalah kerana mereka berupaya

memberi dorongan dan berupaya menimbulkan minat dan ketekunan

dalam kalangan ahli yang dipimpin. Mereka berjaya bertindak

sebagai pemimpin yang hebat bagi mencapai segala hasrat yang

diidamkan agar menjadi kenyataan.

Orang yang berwibawa sentiasa menambahkan ilmu

pengetahuan dan pengalaman buat dirinya. Penambahan ilmu dan

pengalaman itu dirasakan tersangat penting untuk membimbing

rakan-rakan atau ahli-ahli yang dipimpin. Hal yang demikian secara

langsung menjadikan mereka manusia yang berilmu pengetahuan

tinggi. Tentunya sifat yang sedemikian akan menyenangkan mereka

untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dan lain-lain masalah

yang timbul. Kebolehan mengesan masalah akan membolehkan

Page 237: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

225

mereka mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk membuat

pembetulan dengan segera.

Mereka yang berwibawa juga dapat berhubung atau

berkomunikasi dengan orang lain secara baik, jelas, tepat dan

berkesan. Komunikasi yang diwujudkan adalah secara mesra dan

boleh diterima orang lain, malah mudah difahami. Sifat panas baran

yang merupakan halangan komunikasi mesra, dapat dihindari dengan

baik. Maka akan wujudlah suasana yang harmonis dalam persatuan

atau organisasi yang mereka berada.

Kehebatan diri kita juga boleh dipupuk jika kita bersifat jujur.

Kejujuran akan menjadikan kita dihormati dan dipercayai mereka

yang berhubung dengan kita. Dalam konteks kejujuran ini, buatlah

sesuatu tanpa ada kepentingan diri semata-mata. Keputusan yang

dihasilkan pertahankan kerana keputusan itu adalah merupakan

keputusan bersama. Jangan ada budaya ‟tikam belakang.‟ Oleh itu,

kita perlu bercakap benar pada diri dan pada orang lain. Bercakap

benar bermakna apa yang dipancar melalui mulut, sebenarnya itulah

yang ada dalam hati.

Orang-orang yag hebat tidak boleh memencilkan diri. Buat

kerja sorang-sorang. Mereka akan melibatkan diri secara maksimum.

Penglibatan mereka juga adalah secara total dan mereka sentiasa

pastikan bahawa penglibatan mereka itu akan memberi impak yang

besar pada persatuan atau organisasi terlibat. Pendek kata, mereka

perlu tonjolkan diri. Penonjolan ini boleh dilakukan sama ada secara

perbuatan atau secara lisan.

Page 238: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

226

Dalam hal ini jika ingin menonjol melalui lisan maka

berkomunikasilah dengan apa yang kita percayai. Kuasai teknik

komunikasi yang baik agar penonjolan kita ketika berucap lisan akan

dipandang tinggi oleh pendengar yang lain. Jika penonjolan itu

melibatkan penglibatan diri kita, maka lakukan pekerjaan itu dengan

rela hati dan tunjukkan kesungguhan. Hal yang demikian akan

menyebabkan penonjolan kita itu memberi makna dan meninggalkan

kesan pada kejayaan sesuatu program itu.

Dalam proses penonjolan diri, jangan perkecilkan atau

memandang rendah pada kebolehan orang lain. Kita bekerja

berdasarkan minat kita untuk bekerja. Jangan sesekali membanding

diri kita dengan orang lain. ‟Kuasa Kudanya‟ tidak sama. Orang lain

pastinya meluat dan tidak suka atas sikap yang kita tunjukkan itu.

Saya selalu perhatikan betapa orang yang hebat itu amat

berani untuk melakukan perubahan dan cepat memberi dan membuat

keputusan atas sesuatu isu. Mereka sanggup menanggung risiko

semasa menjalankan tugas. Sesungguhnya kesanggupan

menanggung risiko adalah merupakan salah satu sifat orang-orang

yang hebat. Sesuatu masalah yang timbul, akan diatasinya dengan

keupayaan sendiri. Mereka sentiasa sanggup menghadapi risiko

berkenaan dengan perasan tabah dan tenang.

Orang-orang yang hebat adalah orang-orang yang sentiasa

berusaha membangunkan diri dalam pelbagai bidang. Di samping itu,

orang-orang hebat ini mempunyai personaliti diri yang hebat.

Kehebatan ini ditingkatkan dari masa ke masa. Secara langsung,

peningkatan tersebut akan membangunkan diri seseorang itu menjadi

Page 239: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

227

orang yang disegani dan diharapkan untuk melakukan perubahan

pada setiap tempat dia berada.

Sifat membangunkan diri juga perlu diasaskan melalui sikap

yang bertanggungjawab. Tanggungjawab selalu saya kaitkan dengan

dua perkataan yang disatukan menjadi satu rangkai kata. ‟Tanggung‟

merupakan tugas yang diamanahkan kepada kita. Manakala ‟jawab‟

bermaksud komitmen kita pada tugas yang diberi. Kita

bertanggungjawab secara langsung pada pegawai atasan yang

terdekat dengan kita. Dalam kelas, pastinya Jurulatih

bertanggungjawab pada Penyelia Kelasnya.

Untuk menjadikan diri yang membangun sebagai orang yang

bertanggungjawab, maka seseorang itu perlu menghadapi segala

bentuk keputusan yang telah diambil dan yang akan diambil. Oleh itu,

mereka perlu bertindak secara proaktif dan sentiasa

bertanggungjawab atas tindakan keputusan yang telah diambil.

Mereka berkeupayaan membuat laporan kalau dikehendaki.

Orang-orang yang bertanggungjawab juga sentiasa dapat

menjalankan tugas dalam sebarang bentuk suasana. Masa yang

singkat bagi menyudahkan sesuatu kerja itu, tidak mendatangkan

masalah pada mereka. Fikirannya akan sentiasa positif dan tidak

mudah merintih atas sebarang suasana yang ada. Mereka menerima

seadanya dan akan menyesuaikan semua tindakan dengan suasana

yang ada tersebut.

Kita selalu dinasihati betapa wang ringgit jika selalu

digunakan dan diberi pada orang lain maka wang tersebut akan

berkurangan dari masa ke masa. Sebaliknya, ilmu pengetahun yang

Page 240: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Pembangunan Diri

228

ada pada kita jika sering digunakan atau diberi pada orang lain, maka

ilmu pengetahuan tersebut tidak akan luak di mana-mana. Malah

akan bertambah dari masa ke masa. Kepercayaan ini perlu dijadikan

prinsip hidup bagi orang-orang yang ingin membangunkan dirinya

menjadi manusia yang hebat.

Sikap untuk mewujudkan suasana terdapatnya manfaat

bersama perlu diberi keutamaan. Hal yang demikian baik dalam

hubungan sesama rakan atau dengan ahli-ahli yang berada di bawah

kepemimpinan persilatan kita yang berlainan haluan. Percayalah.

Lagi banyak kita berbincang dan menurunkan ilmu maka ilmu yang

ada itu akan terus bertambah dan lebih mantap di dada kita. Hal yang

demikian akan memberi sumbangan yang banyak untuk

membangunkan diri terutamanya dalam bidang persilatan Silat

Cekak.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama Ustaz Hanafi Haji Ahmad setelah menerima ijazah daripada Universiti Malaya. Turut bersama ialah dua orang rakan- rakan Silat Cekak Universiti Malaya.

Page 241: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

229

PRINSIP PEMBANGUNAN DIRI

Selain daripada isi-isi yang telah saya bincangkan terdahulu,

pembangunan diri juga boleh dilakukan dengan cara sentiasa

menunjukkan komitmen yang hebat dalam setiap program yang

dijalankan. Dalam hal ini, buatlah apa yang semestinya dilakukan

atau buatlah perkara yang sepatutnya dilakukan. Berpeganglah pada

budaya kerja cemerlang dalam amalan kerja seharian. Segala hasil

kerja ditentukan secara berkualiti. Mereka tidak akan berpuas hati

selagi hasil kerja itu tidak mencapai ke satu tahap yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, di samping kehebatan kita, jangan lupa

pembangunan diri anak didik kita yang ada. Pastikan kita mempunyai

pegangan yang membolehkan mereka turut membangun. Dalam

tulisan berikutnya ada beberapa prinsip yang boleh dijadikan

panduan dan penggerak kepada kita untuk mencapai kejayaan dan

pembangunan diri pada anak-anak didik kita.

Kita mesti percaya bahawa diri anak didik kita boleh diajar,

boleh belajar dan boleh mencapai kemajuan. Oleh itu, jangan cepat

berputus asa jika kualiti mereka dalam persilatan masih jauh dari

jangkaan kita. Pastikan mereka jangan berasa rendah diri. Jika tidak,

kesan negatif akan wujud dalam kalangan anak didik kita. Saya

dapati ramai rakan seperjuangan saya yang begitu cepat kecewa.

Mereka kecewa apabila kebolehan anak didik mereka tidak mencapai

tahap yang dikehendaki. Dalam keadaan merintih, ramai dalam

kalangan anak didik mereka yang meninggalkan kelas silat sebelum

sempat tamat. Mereka terlalu cepat nak dapat ilmu. Tak sabar.

Akhirnya kecewa. Kekecewaan ini menjadikan diri mereka

mempunyai keyakinan atau kepercayaan diri yang amat rendah. Hal

Page 242: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

230

yang demikian menyebabkan mereka hilang kepercayaan pada diri

sendiri dan selalunya bersifat rendah diri.

Di sinilah peranan Penyelia Kelas atau Jurulatih memainkan

peranan. Buatlah sesuatu. Tapi yakinlah bahawa setiap ahli silat yang

kita didik, boleh dibentuk. Dapatkan sedikit ilmu tentang cara-cara

untuk membangunkan mereka daripada orang-orang yang

berpengalaman. Jawatankuasa persatuan pusat boleh mengadakan

kursus-kursus khas bagi memberi ilmu kepada para Jurulatih tentang

cara-cara membangun dan mengembangkan potensi yang sedia ada

pada mereka. Jika tidak, suasana pembelajaran dalam kelas adalah

tidak aktif dan tidak menyenangkan. Bilangan ahli akan semakin

merosot. Hal yang demikian tentunya akan membantut matlamat

persatuan kita untuk mengembangkan persilatan di seluruh negara

dan mempastikan kelas yang dibuka tidak akan ditutup.

Dalam kelas-kelas silat, nampak sangat gejala ini berlaku.

Ramai dalam kalangan ahli yang cepat mengalah. Semangat yang

berkobar-kobar untuk membangunkan diri dalam dunia persilatan di

peringkat awal, hanya berakhir dengan kekecewaan diri. Hangat-

hangat tahi ayam. Kepercayaan yang ada pada kehebatan Silat

Cekak, mudah sangat lunturnya. Di sinilah peranan Jurulatih amat

mustahak untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan yang tinggi

dalam kalangan anak didik mereka betapa Silat Cekak yang sedang

dipelajari itu memerlukan ketabahan dan kesabaran serta daya tahan

yang tinggi. Jangan lupa maksud pantun kita yang memberatkan

ketabahan walaupun pelajarannya semacam mudah.

Kita juga perlu memegang kepercayaan jelas dan jitu bahawa

kelas-kelas silat yang kita kendalikan adalah merupakan kunci utama

Page 243: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

231

pemupukan kejayaan dan kehebatan anak didik kita dalam dunia

persilatan dan pentas kehidupan. Oleh itu, wujudkan sistem

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Jangan membuang

masa bercakap-cakap tentang hal-hal yang tiada kaitan dengan

persilatan. Lebih-lebih lagi hal-hal yang berkaitan dengan politik silat

dan politik persatuan. Tentunya hal yang demikian akan merugikan

usaha-usaha untuk menjamin kualiti dalam kalangan penuntut kita.

Anak didik kita mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit

bagi mendapatkan pelajaran Silat Cekak. Jangan kecewakan

harapan mereka. Pastikan apabila tamat pelajaran silat, mereka

benar-benar dapat menguasai isi pelajaran Silat Cekak dengan

kemas dan mantap. Kita perlu ada rekod untuk melihat pencapaian

anak didik kita dalam proses menimba ilmu pengetahuan dari

peringkat awal hingga ke akhirnya. Bangunkan mereka dari masa ke

masa agar penguasaan pada ilmu Silat Cekak benar-benar hebat.

Kehebatan mereka dapat melambangkan kehebatan Jurulatih,

Penyelia Kelas dan pengurusan kepemimpinan persatuan silat itu

sendiri.

Jika perlu yakin bahawa persatuan yang mantap adalah

sangat perlu bagi mengembangkan Silat Cekak. Tanpa persatuan

silat, ilmu persilatan Silat Cekak tidak boleh dikembangkan secara

meluas. Hal yang demikian adalah merupakan peraturan dalam

perjalanan apa-apa jenis persatuan. Oleh sebab persatuan yang

wujud berperanan untuk ’membenarkan’ pergerakan silat, maka hala

tuju persatuan biarlah jelas dan tepat. Visi dan misi yang terbentuk

biarlah benar-benar dijiwai oleh barisan kepemimpinan persatuan.

Pastinya matlamat persatuan itu mesti sama dengan matlamat

persilatan. Maknanya, visi persatuan mestilah diasaskan kepada

Page 244: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

232

usaha-usaha memperkembangkan Silat Cekak di merata tempat

dalam lingkungan satu-satu cawangan di negeri-negeri tertentu.

Matlamat yang jelas itu akan memudahkan barisan

kepemimpinan persatuan di tahap cawangan memandu ahli-ahlinya

ke arah pencapaian matlamat iaitu mengembangkan Silat Cekak. Di

sinilah Jurulatih juga dapat memainkan peranan penting untuk

mendidik dan membangunkan diri anak buahnya terutama dalam

bidang persilatan. Mereka akan tahu tentang apa yang dihajatkan

semasa penglibatan mereka dalam persatuan. Hal yang demikian

akan menjadikan mereka lebih komited dengan segala tugas atau

amanah yang diberi oleh guru utama.

Para Penyelia Kelas dan para Jurulatih yang merupakan

penggerak utama pelajaran Silat Cekak, mesti menjadikan persatuan

yang mereka terlibat, mempunyai hala tuju yang jelas. Pembangunan

kemajuan dalam persatuan mestilah berkaitan dengan usaha untuk

mewujudkan budaya persatuan yang positif. Oleh sebab persatuan

yang diwujudkan itu merupakan persatuan silat, maka segala aktiviti

dan program yang dirancang perlu berfokus dengan silat dan unsur-

unsur yang berkaitan dengan perkembangan Silat Cekak. Jangan

sesekali menjadikan persatuan kita sebagai alat oleh orang-orang

luar untuk kepentingan mereka. Hal yang demikian termasuklah

menjadikan persatuan kita sebagai wakil penjualan langsung. Hal

yang demikian akan menyebabkan fokus kita akan ’lari’ dari hala tuju

yang sepatutnya. Pelbagai pihak akan rugi.

Oleh itu, berpeganglah pada dasar yang jelas pada persatuan

kita yang juga merupakan sebuah organisasi yang amat penting

untuk mengembangkan Silat Cekak. Ingat, ”Organisasi adalah satu

Page 245: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

233

tempat manusia sentiasa mengembangkan kemampuan bagi

mencapai hasil yang benar-benar mereka kehendaki. Suatu tempat

bagi membolehkan bentuk pemikiran baru dalam silat dapat dipupuk.

Suatu tempat wujudnya aspirasi bersama dan suatu tempat yang

membolehkan manusia yang bergelar ahli-ahli silat sentiasa belajar

bersama-sama.”

Oleh itu, jangan hampakan harapan para ahli yang

mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi mendapatkan

ilmu persilatan daripada kita. Pengurusan kelas yang berkesan, pasti

akan meningkatkan pencapaian anak didik kita. Biarlah ketika berada

dalam kelas silat, kita hanya bercakap tentang silat sahaja.

Dalam tulisan yang terdahulu, saya pernah menulis tentang

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas-kelas latihan silat

dengan mengambil kira apa yang pernah saya lakukan dalam kelas

saya sendiri. Nampaknya, kesan yang diperoleh amat

membanggakan. Ahli-ahli silat yang ada dapat mengikuti kelas-kelas

latihan silat tanpa membuang masa. Kebolehan mereka dapat

dipupuk dari masa ke masa. Hingga waktu tamat, maka mereka telah

berjaya menguasai pelajaran Silat Cekak yang dikursuskan pada

mereka hampir enam bulan lebih.

Pembangunan persatuan ada kaitan dengan program atau

aktiviti yang dirancang. Sepanjang perkhidmatan saya sebagai

pengerusi persatuan di peringkat cawangan, dasar saya adalah

berpandukan pada prinsip pembangunan persatuan yang saya

pimpin mesti selari dengan tenaga kepemimpinan yang ada di

peringkat cawangan. Oleh sebab tenaga yang sedia ada agak terhad

maka dasar kami di cawangan hanya tertumpu pada perkembangan

Page 246: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

234

silat sahaja. Aktiviti-aktiviti lain seperti jogathon dan sebagainya,

terpaksa diketepikan.

Tindakan saya itu menjadikan peranan ahli-ahli yang

memimpin persatuan lebih berfokus pada silat. Aktiviti yang berfokus

dan terhad pada persilatan, telah menjadikan para pemimpin lebih

menumpukan pada perkembangan silat. Secara langsung, hal yang

demikian menjadikan kepakaran mereka untuk mengembang dan

memantapkan bidang persilatan di peringkat cawangan lebih

bermakna. Hal yang demikian juga menjadikan penghasilan kerja

dalam aktiviti persilatan lebih cemerlang.

Prinsip budaya cemerlang di peringkat cawangan dapat

dipraktikkan dengan tersusun dan sempurna. Wujud pelakuan baik

yang menjadi amalan seluruh ahli dalam cawangan. Pelakuan itu

dapat dipupuk dari masa ke masa kerana kerja-kerja persatuan

adalah lebih berfokus. Kerja-kerja yang dilakukan dapat dihasilkan

dengan penuh kesungguhan, kesukaan, kemanisan, kepuasan dan

kehebatan luar biasa. Penghasilan kerja adalah terbaik, terpuji dan

berkualiti. Semua pihak dalam pengurusan tertinggi hinggalah

kepada pengurusan pelaksana, akan sentiasa mencari

kesempurnaan dengan mengamalkan nilai dan peraturan yang

ditetapkan bersama.

Kita perlu sedar betapa kehebatan kita bersama di peringkat

persatuan banyak bergantung pada sikap yang sedia ada. Kemajuan

persatuan kita dan kemahuan untuk berjaya mestilah atas usaha

sama daripada semua orang. Masing-masing ada peranannya untuk

mempastikan segala tanggungjawab yang diamanahkan dapat

dijalankan dengan baik dan berkesan.

Page 247: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

235

Setiap kelas silat yang kita kendalikan pastinya akan

menghadapi cabaran. Salah satu cabarannya ialah para ahli silat

yang tidak sama dari segi kebolehan bersilat. Cabaran yang sebegini

adalah merupakan satu masalah jika tidak dapat dikendalikan dengan

betul. Ramai antara Jurulatih yang tidak mempedulikan perbezaan

kebolehan yang ada pada anak didiknya. Hal yang demikian

menyebabkan pengajaran yang berlaku dalam kelas silat adalah

sama sahaja tanpa merujuk pada kebolehan ahli yang berbeza-beza.

Kesannya adalah pelbagai. Salah satu kesan negatif yang timbul

ialah ahli yang berasa tidak dapat mengikuti kelas akan mengundur

diri dari kelas latihan. Tentunya pengunduran mereka itu akan

merugikan persatuan kita.

Oleh itu, saya selalu tekankan betapa penyelesaian masalah

dalam kalangan penuntut kita perlu dari segi punca-puncanya , bukan

gejala-gejalanya. Maknanya, jangan melihat pada boleh atau tidak

ahli berkenaan melakukan gerak-gerak yang ada dalam Silat Cekak.

Lihat juga pada punca yang menyebabkan ahli berkenaan gagal

untuk melakukan gerak-gerak buah Silat Cekak. Misalnya panjang

pendek kaki atau tangan, saiz badan atau perut dan pelbagai faktor

fizikal yang ada. Kesemua bentuk fizikal yang ada pada anak didik

kita adalah merupakan punca utama masalah yang menyebabkan

kecepatan atau kelembapan melakukan gerak-gerak buah dalam

Silat Cekak. Selesaikan masalah itu terlebih dahulu. Salah satu cara

penyelesaiannya ialah dengan menyesuaikan bentuk-bentuk latihan

dengan keadaan fizikal seseorang ahli itu. Buah-buah Silat Cekak

adalah pelbagai bentuk. Sesuaikan bentuk fizikal penuntut dengan

kerasian buah Silat Cekak.

Page 248: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

236

Maklumat balik yang berterusan, penting untuk pembangunan

kemajuan persatuan kita dan kemajuan para ahli, terutama yang

sedang menuntut Silat Cekak. Kita tidak boleh memisahkan antara

pengurusan atasan dengan pengurusan pertengahan atau

pengurusan lapisan pelaksana. Di peringkat cawangan, Presiden

persatuan adalah pembuat dasar pelaksanaan aktiviti Silat Cekak.

Beliau akan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa persatuan untuk

aktiviti persatuan dan para Jurulatih dan Penyelia Kelas untuk aktiviti

persilatan. Kumpulan ini adalah merupakan golongan pertengahan

yang merangka strategi utuk pelbagai aktiviti yang dirancang. Para

ahli yang lain, termasuk ahli-ahli silat yang sedang menuntut adalah

merupakan golongan pelaksana. Mereka akan melaksanakan strategi

yang dirancangkan untuk diri mereka sendiri.

Orang-orang atasan yang memimpin persatuan di peringkat

cawangan, perlu menyedari betapa pentingnya hubungan akrab

dengan barisan kepemimpinan di peringkat pusat. Kita tidak boleh

memencilkan diri dan tidak melibatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

oleh pihak pusat. Kita perlu mempercayai bahawa pihak-pihak luar

daripada cawangan kita mempunyai sumber tenaga yang dapat

membantu pengurusan cawangan kita sendiri.

Saya berasa yakin, dengan pegangan yang ada seperti yang

saya bincangkan dalam tulisan di atas, pembangunan diri para ahli

akan dapat dipupuk dari masa ke masa. Lebih ramai dalam kalangan

ahli dapat dihebatkan maka sumbangan mereka akan dapat dirasai

oleh pihak cawangan itu sendiri. Kehebatan mereka akan memberi

sumbangan kepada kemantapan persatuan. Tentunya kerja-kerja

yang diamanahkan akan berjalan dengan baik. Hal yang demikian

akan menjadikan cawangan kita berkualiti.

Page 249: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Prinsip Pembangunan Diri

237

Pupuklah dalam kalangan ahli-ahli kita dengan satu semangat

kerja yang hebat. ”Janganlah kita hanya membuat sesuatu kerja

berdasarkan apa yang disuruh sahaja atau sebagai seorang yang

mahu membuat apa yang disuruh sahaja. Janganlah melihat apa

yang telah diusahakan tapi lihatlah juga apa yang belum diusahakan.”

Kerja-kerja yang dilakukan itu jangan dibiarkan sahaja tanpa ada sifat

bertanggungjawab. Orang yang bertanggungjawab adalah mereka

yang mengambil berat. Dalam hal ini jadikan kerja yang dibuat

sebagai hobi. Kalau sesuatu pekerjaan itu dijadikan hobi maka

perbuatan yang dilakukan akan menjadi ikhlas tanpa mengharapkan

pulangan. Orang yang mempunyai hobi pasti akan melakukan kerja-

kerja itu dengan penuh dedikasi tanpa mempedulikan apa orang lain

akan kata. Hanya mereka sahaja yang memahaminya. Manusia

toksid akan terhalang untuk membantutkan hobi mereka itu.

Kita boleh lihat betapa mereka yang mempunyai hobi

memancing akan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang

ringgit bagi memenuhi hobi mereka itu. Walaupun pulangannya tidak

seberapa, namun mereka mendapat kepuasan yang maksimum.

Proses kerja dilakukan dengan sempurna. Peralatan memancing

adalah lengkap. Strategi memancing adalah mantap. Kalaulah

usaha-usaha membangunkan diri anak didik kita dijadikan hobi, pasti

usaha-usaha yang kita lakukan menampakkan kemantapan. Hal yang

demikian kerana kita pastinya sentiasa memberi tumpuan yang

berfokus dengan susunan strategi yang mantap.

Page 250: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

238

KERJA SEPASUKAN

Kita sering kali mendengar tentang keperluan bekerja sebagai

satu pasukan. Hal yang demikian akan menyumbang kepada

kejayaan atau kecemerlangan sesebuah persatuan atau sesebuah

organisasi itu. Kehebatan persatuan Silat Cekak satu ketika dulu ada

kaitannya dengan kerja sepasukan. Masing-masing ada peranannya

di bawah kepemimpinan Guru Utama. Hala tuju persatuan adalah

jelas. Semua ahli memahaminya dan berusaha keras untuk

memenuhi matlamat tersebut.

Dalam tulisan ini, saya cuba membincangkan tentang makna

kerja-kerja sepasukan dalam konteks Silat Cekak dan cara-cara

membentuk satu pasukan yang kita hajatkan berdasarkan

pengalaman dalam Silat Cekak. Dalam konteks Silat Cekak, Ustaz

pernah menyentuh maksud kerja sepasukan secara tidak langsung.

Mungkin sebutannya berlainan, namun pengertiannya adalah sama.

Ustaz pernah mencabar saya supaya mencari orang yang sehati

sejiwa seramai empat puluh orang. Jika dapat maka bolehlah ditutup

kelas yang ada.

Cabaran yang diberi Ustaz itu melambangkan betapa

susahnya untuk mendapatkan satu pasukan yang sehati dan sejiwa.

Agak mustahil bagi Ustaz membuat cabaran dengan diakhiri usaha

menutup kelas kalau hajat berkenaan tercapai. Jelas pada saya,

untuk membentuk satu pasukan yang sama-sama boleh berjuang

bagi mencapai matlamat organisasi atau matlamat persatuan itu

bukannya satu perkara yang mudah.

Page 251: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

239

Dalam tulisan yang terdahulu, dalam konteks silat, pelbagai

cara boleh kita lakukan untuk mendapatkan kerjasama. Kerjasama

yang diperoleh adalah merupakan asas kerja sepasukan. Saya

pernah bincangkan betapa pentingnya kita mengetahui matlamat

persatuan, ketua turun padang dan bergaul dengan pengikutnya

seperti menghadiri majlis-majlis kenduri-kendara yang diadakan.

Selain itu saya menyarankan prinsip bersalaman supaya diambil

berat. Banyak lagi langkah-langkah yang telah dijalankan bagi

mempastikan terbentuknya satu pasukan ahli Silat Cekak yang sehati

dan sejiwa.

Walau bagaimanapun, langkah kita itu tetap menghadapi

pelbagai halangan dan pelbagai dugaan. Kadang kala kita berasa

telah ada ahli silat yang boleh bekerja bersama-sama. Akan tetapi,

apabila cukup tempoh, mereka akan berpindah ke tempat lain. Lebih

malang lagi apabila mereka berkahwin. Setelah menikmati surga

dunia, alam persilatan mula dilupakan. Mereka bersilat di gelanggang

yang lain. Kalau teringatkan silat sekalipun, apakan daya, lesen yang

diperoleh tersangat kecil. Tak mampu akitif sepanjang masa.

Dalam konteks persatuan atau organisasi, mencari pasukan

yang sehati dan sejiwa adalah amat perlu. Dalam istilah pengurusan,

konsep sehati dan sejiwa dirujuk pada pembentukan kerja secara

satu pasukan. Jika wujud pasukan kerja maka organisasi berkenaan

akan berada dalam landasan kecemerlangan.

Dalam konteks pengurusan, saya menekankan pelbagai cara

bagi membentuk kerja sepasukan. Langkah-langkah yang dinyatakan

boleh dijadikan panduan dalam usaha para Jurulatih Silat Cekak

untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dari Jurulatih Silat

Page 252: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

240

Cekak yang lain. Perkara-perkara berikut perlu diambil tahu oleh para

kepemimpinan satu-satu persatuan atau satu-satu organisasi bagi

membentuk kerja-kerja sepasukan.

Sebelum kita membentuk pasukan kerja yang hebat, ahli-ahli

pasukan itu perlu memiliki beberapa pengetahuan asas yang

memudahkan mereka bergerak dalam satu pasukan. Mereka mesti

tahu perkara-perkara yang berikut seperti yang saya bincangkan

dalam penulisan ini.

Langkah pertama yang perlu diambil oleh semua ahli dalam

persatuan atau organisasi ialah memahami hala tuju organisasi. Hala

tuju itu berkaitan dengan strategi yang dirangka bagi mencapai

matlamat berkenaan. Istilah sekarang popular dengan perkataan visi

dan misi. Dalam persatuan Silat Cekak, istilah perjuangan

menggambarkan hala tuju yang perlu diketahui. Setiap program dan

tindak tanduk para ahli mestilah mengarah kepada hala tuju tersebut.

Kalau hala tuju itu tidak jelas maka penglibatan mereka adalah

dalam dunia separuh sedar. Buat kerja ikut tafsiran sendiri.

Saya ambil contoh tentang hala tuju Silat Cekak di cawangan

saya dulu. Hala tuju itu merupakan perjuangan yang perlu dipikul oleh

setiap ahli. Semua lapisan pemimpin di cawangan yang memahami

hala tuju tersebut perlu diulang-ulangkan sebutannya dalam kalangan

ahli-ahli Silat Cekak yang lain. Kami berjuang untuk membanyakkan

bilangan kelas dan ahli di cawangan. Penerangan dan penegasan

yang berkali-kali dalam kalangan ahli telah menyebabkan hala tuju itu

bersebati dengan mereka. Masing-masing tahu tentang hala tuju

yang berfokas itu. Oleh itu, beberapa misi dirangka bagi mencapai

perjuangan atau hala tuju tersebut. Satu daripada misi kami ialah

Page 253: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

241

mempastikan mutu pengajaran dan pembelajaran Silat Cekak adalah

berkualiti.

Kejelasan hala tuju atau perjuangan tersebut membolehkan

kerja-kerja persatuan dan persilatan dilakukan secara terancang dan

strategik. Untuk membentuk kualiti pengajaran, para Jurulatih

dipastikan menguasai ilmu Silat Cekak itu sendiri, di samping

berkemahiran dari segi kaedah penyampaian ilmu silat dan

penguasaan komunikasi yang mesra. Manakala dari segi kualiti

pembelajaran, para penuntut diasuh dan disemai dengan adat dan

adab yang ada dalam Silat Cekak. Pelbagai strategi dirancang dan

dijadikan agenda utama dalam setiap perbincangan dalam kalangan

kepemimpinan persatuan Silat Cekak di cawangan saya.

Politik silat di peringkat pusat, kami ketepikan seratus peratus.

Hal yang demikian kerana tidak ada dalam agenda atau perjuangan

kami. Perebutan kuasa yang berlaku di pusat, biarlah mereka sendiri

selesaikan. Bukan perjuangan kita kerana tidak ada dalam visi dan

misi persatuan. Sekurang-kurangnya, langkah atau tindakan kami itu

telah dapat membendung pepecahan sesama kami.

Banyak cawangan yang saya perhatikan tidak jelas hala

tujunya. Oleh itu banyaklah karenah yang timbul di cawangan

berkenaan. Mereka ketepikan aspek pembelajaran Silat Cekak untuk

para penuntut mereka yang terpaksa membayar yuran setiap bulan.

Hala tuju persatuan menjadi kacau bilau. Pemikiran para ahlinya

diheret dalam kancah politik silat. Maka ternampaklah percanggahan

dalam perjuangan mereka. Satu segi inginkan kualiti silat para

penuntutnya dan satu segi yang lain mengheret pemikiran

penuntutnya pada hal-hal yang bukan berkaitan dengan persilatan.

Page 254: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

242

Percanggahan hala tuju pada setiap pemikiran ahli, akan

membantutkan kehebatan mereka untuk menguasai kualiti Silat

Cekak.

Di samping itu, peranan setiap ahli perlu dijelaskan. Dalam

persatuan, struktur organisasi adalah penting untuk melihat batas

sempadan yang ada pada setiap penjawat jawatan yang ada dalam

organisasi berkenaan. Di samping itu, struktur organisasi itu akan

menentukan di mana kedudukan kita. Hal yang demikian penting

supaya semua ahli dalam organisasi itu berada dalam dunia sedar.

Kalau bukan guru, jangan berlagak umpama guru. Kalau bukan

presiden persatuan, maka jangan belagak macam presiden. Kalau

bukan setiausaha maka jangan berlagak macam setiausaha.

Begitulah seterusnya untuk penjawat jawatan yang ada dalam mana-

mana persatuan atau organisasi tersebut.

Ketua pada mana-mana persatuan atau organisasi, perlu

menguasai ilmu pengurusan dan ilmu kepemimpinan yang mantap.

Pengurusan berkaitan dengan peraturan manakala kepemimpinan

berkaitan dengan pengurusan manusia yang perlu dijaga hati dan

kebajikannya. Di sinilah lahirnya kebolehan mengurus dan kebolehan

memimpin. Jika gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut maka

persatuan atau organisasi berkenaan akan berada dalam keadaan

pincang.

Pastinya, persatuan atau organisasi yang hebat akan dipimpin

oleh orang yang hebat. Umumnya, jika kepemimpinan di persatuan

atau organisasi itu hebat maka orang itu akan berjaya menghebatkan

persatuan atau organisasi yang dipimpinnya. Dalam konteks

persilatan, persatuan Silat Cekak tersebut akan terus berkembang

Page 255: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

243

dengan hebatnya dari masa ke masa. Bilangan ahli semakin

bertambah dan mutu pengajaran dan pembelajarannya adalah

tersusun dengan baik.

Di peringkat organisasi, kepemimpinan perlu menekankan

aspek kebebasan mengeluarkan pendapat. Jangan dikongkong

pendapat atau pandangan yang ingin dikeluarkan oleh ahli. Dalam

hal ini penurunan kuasa atas tanggungjawab adalah penting. Kita

perlu meletakkan kepercayaan kepada ahli-ahli yang kita rasa

berkemampuan untuk membantu kita, bagi mencapai kejayaan

persatuan atau organisasi. Beri kebebasan pada mereka untuk

membuat perancangan. Tugas kita adalah sebagai pemudahcara.

Setelah diberi kuasa tanggung jawab pada orang

kepercayaan kita, lebih baik jangan dikacau atau diganggu akan

kuasa atau tanggungjawab yang telah diberi. Tidak salahnya jika kita

turun padang dan berbincang dari segi tanggungjawab dengan orang

yang telah diturunkan kuasa dan tanggungjawab tersebut. Hal yang

demikian akan menjadi pendorong kepada ahli-ahli kita untuk terus-

menerus mencipta kejayaan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Sebagai ahli organisasi, kita perlu mempunyai keyakinan diri. Kalau

dilantik sebagai ketua, tunjukkan keyakinan kita memegang jawatan

tersebut. Malah kalau kita dilantik ke jawatan apa pun atau diberi

tugas untuk melaksanakan sebarang tugas maka tunjukkan

keyakinan diri. Buktikan bahawa kita berkemampuan untuk memikul

tugas bagi melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Dalam konteks kita dalam persatuan Silat Cekak, keyakinan

diri ketika menjalankan amanah yang diberi adalah merupakan satu

kemestian. Malah pelajaran dalam Silat Cekak itu sendiri memupuk

Page 256: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

244

sifat yakinkan pada diri. Pelajarannya disusun bagi maksud

keyakinan tersebut. Kerana keyakinanlah kita dapat menepis

serangan musuh dalam keadaan tidak melangkah atau

menggerakkan badan secara mengelak.

Keyakinan diri juga merupakan satu kemestian dan menjadi

pakaian para Jurulatih Silat Cekak. Hal yang demikian akan

memudahkan kita menyampaikan ilmu persilatan Silat Cekak kepada

para penuntut baru. Tanpa keyakinan diri mana boleh kita

menyampaikan ilmu gaduh. Kita bukannya mengajar ilmu tari yang

banyak hilai tawa dan gembiranya. Ilmu persilatan adalah berkaitan

dengan keselamatan diri. Ilmu ini dipelajari dengan risiko kecederaan

yang tinggi terutama pada mereka yang tidak serius belajar.

Keyakinan diri kita sebagai pesilat terus dipupuk ketika

berada dalam persatuan. Keyakinan diri akan memupuk sifat

bertanggungjawab. Pada orang yang bertanggungjawab, sesuatu

tugasan yang diberi akan disudahkan hingga habis. Tidak sekerat

jalan. Itulah pembentukan sifat yang diajar kepada setiap ahli. Hal

yang demikian amat berguna ketika kita memimpin atau menjadi

ketua pada organisasi yang lain. Sifat kita sebagai pesilat Silat Cekak

yang yakin dan bertanggungjawab, akan banyak membantu kita

untuk memikul tugas dan amanah pada jawatan yang kita sandang

ketika berada di tempat kerja kita sendiri.

Seiring dengan keyakinan diri, sebagai ahli mana-mana

organisasi, soal penampilan diri sangat diberatkan. Penampilan diri

akan menjadikan diri kita dihormati. Penampilan diri boleh dilihat dari

segi cara pemakaian kita, cara berkomunikasi dan cara pergaulan

Page 257: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

245

yang kita lakukan. Ramai orang lain yang memberi penghormatan

yang tinggi kepada kita jika kita berjaya menampilkan diri.

Dalam konteks persilatan kita, penampilan diri adalah

merupakan satu perkara yang sangat ditekankan. Kita ada etika

berpakaian. Ketika menghadiri program-program tertentu, ada baju-

baju tertentu yang kita pakai. Pemakaian batik, baju koperat, pakaian

bersilat dan sebagainya ada tempat dan disesuaikan dengan masa.

Penampilan berpakaian telah menjadikan kita nampak hebat dan

disegani oleh persilatan yang lainnya. Warna pakaian silat kita lain

dari kebiasaan. Sesuatu yang luar biasa tentunya akan menarik minat

orang lain untuk lebih memberi perhatian pada Silat Cekak.

Satu peranan yang besar dalam persilatan juga ialah

kebolehan kita untuk memberi ulasan atau laporan tentang

perkembangan persilatan kita. Hal yang demikian bermakna kita

dapat mencerap semua yang berlaku dalam persatuan kita. Dalam

pencerapan tersebut kita boleh membuat penilaian terutamanya

kebolehan murid dalam persilatan. Pada setiap penuntut, kita tahu

perkembangannya dari mula hingga akhir. Dengan cara itu dapatlah

kita membuat perancangan bagi membina keupayaan penuntut

berkenaan dari masa ke masa hingga penuntut yang berkenaan

hebat dalam Silat Cekak.

Para Jurulatih boleh memberi ulasan tentang setiap

perkembangan anak didiknya apabila ditanya oleh Guru Utama.

Secara langsung kemahiran mencerap memberi makna Jurulatih

berkenaan berkeupayaan membuat penilaian pada setiap

perkembangan persilatan penuntut yang mempelajari Silat Cekak.

Page 258: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

246

Rupa-rupanya disiplin yang sama sebagai pencerap sangat

memberi makna ketika berada dalam organisasi lain. Saya

maksudkan dalam bidang profesional kita. Pencerapan amat perlu

bagi memajukan organisasi yang kita pimpin. Kalau organisasi

pelajaran, tentunya pencerapan pada sekolah-sekolah amat penting.

Kita berupaya mencerap bermakna dapat menilai prestasi setiap

sekolah yang ada dalam sesebuah negeri. Hal yang demikian akan

memudahkan kita membuat pelbagai jenis perancangan bagi

memajukan organisasi berkenaan.

Ketika kita mencerap, ilmu dan kemahiran mencerap perlu

ada. Konsep petanda amatlah mustahak. Petanda merupakan

kaedah memberi peringatan kepada kita. Dalam bahasa yang mudah,

petanda akan membolehkan kita membuat jangkaan. Jangkaan

sangat diperlukan ketika kita menjalankan strategi untuk mencapai

hajat yang ingin dicapai. Kalau guruh di langit pastinya tanda hari

akan hujan. Begitulah dengan pelbagai contoh yang lain.

Kita boleh tafsirkan suasana yang berlaku dalam kelas

pembelajaran Silat Cekak. Pastinya ada petanda yang membawa

kepada keadaan berkenaan. Kalau bilangan penuntut semakin

merosot dalam satu kelas yang sama, bermakna adalah sesuatu

kelemahan dalam pengurusan dalam kelas silat berkenaan. Atau

sebab-sebab lain yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran silat di kelas berkenaan. Dalam hal ini, Penyelia kelas

atau para jurulatih perlu sensitif akan keadaan demikian. Buat

sumbang saran bagi mempastikan punca-puncanya.

Apabila kita mengetahui pelbagai jenis aspek pengurusan

dalam setiap organisasi atau persatuan yang kita terlibat maka

mudahlah kita membentuk satu pasukan kerja. Pembentukan

Page 259: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

247

pasukan kerja dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab atau

amanah yang diberi kepada kita adalah amat mustahak.

Kerja sepasukan adalah satu konsep yang membawa makna

’sekumpulan orang yang rasa bertenaga dengan bekerja bersama-

sama, komited, bertimbang rasa dengan rakan-rakan.’ Sebenarnya

banyak ciri yang merujuk pada kerja sepasukan.

Antara definisi yang saya petik daripada pengkajian yang ada,

sepasukan bermaksud sekumpulan manusia yang bekerjasama ke

arah pencapaian matlamat organisasi. Lain-lain kenyataan yang

popular tentang kerja-kerja sepasukan dapat kita lihat daripada

kenyataan di bawah.

Beberapa orang yang bekerjasama dalam satu-satu cara

yang tertentu dan memberikan pulangan yang berkesan pada

organisasi berkenaan berbanding bekerja secara individu.

1. Sekumpulan manusia yang bersatu atas kepentingan yang

sama.

2. Satu kumpulan manusia yang bertenaga dan komited untuk

mencapai objektif yang sama. Mereka bekerjasama dan rela

melakukan aktiviti dan mereka berjaya menghasilkan

penghasilan kerja yang sangat berkualiti.

3. The team is a small number of people with

complementary skills who are committed to a common

purpose, performance goals and approach for which they

hold themselves mutually accountable.

Page 260: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

248

Berdasarkan ciri-ciri di atas membuktikan kepada kita betapa

sukarnya membentuk satu pasukan kerja yang meliputi semua ahli

yang berada dalam satu-satu organisasi atau satu-satu persatuan

tersebut. Semasa saya memimpin persatuan cawangan, pasukan

kerja yang terbentuk adalah terhad. Namun begitu, kami dapat

bekerja bersama-sama dalam proses mengembangkan Silat Cekak di

negeri kami. Hala tuju kami adalah jelas. Kejelasan ini masih

berkekalan hingga sekarang. Walaupun ada yang berlainan ’guru’,

semangat persilatan Silat Cekak masih sama. Semuanya berpaksi

pada semangat yang dipupuk oleh Ustaz Hanafi.

Dalam tulisan yang terdahulu, saya pernah bincangkan

betapa Ustaz ‘mencabar’ saya untuk mencari seramai empat puluh

ahli Silat Cekak yang sehati dan sejiwa. Kalau saya berjaya

mendapatkannya, Ustaz membenarkan saya menutup kelas Silat

Cekak tersebut. Begitu mudah Ustaz membuat saranan, tapi rupa-

rupanya teramat payah untuk melaksanakannya.

Mana mungkin seorang guru mengarahkan penutupan kelas

latihan silat kalau tidak merujuk pada perkara yang mustahil. Hal

yang demikian membuktikan bahawa untuk mencari satu pasukan

kerja yang meliputi keseluruhan ahli adalah sesuatu yang agak

mustahil. Sepasukan adalah merujuk pada sebilangan ahli atau

jumlah ahli yang kecil dan dapat bekerjasama.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, membuktikan kepada

kita betapa semua pihak bersetuju bahawa sepasukan hanya meliputi

sebilangan kecil ahli yang bertindak sebagai pemimpin dalam satu-

satu persatuan atau organisasi. Merekalah yang dapat bekerjasama

untuk mencapai matlamat persatuan. Hal yang demikian memberi

Page 261: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

249

panduan kepada saya sendiri, untuk mencari dan membentuk

sekumpulan manusia atau ahli yang dapat bekerjasama dengan saya

bagi membangunkan organisasi yang saya pimpin.

Semasa saya memimpin cawangan dulu, saya mempunyai

pasukan yang terdiri dari setiausaha dan bendahari dan dua orang

yang menjawat jawatan sebagai jawatankuasa. Kami berlima sahaja

yang menentukan hala tuju cawangan. Kami bertindak sebagai

pemikir dan sentiasa berbincang bagi mempastikan setiap

perancangan Silat Cekak dapat dijalankan dengan sempurna. Hasil

pemikiran kami berlimalah yang menjadikan cawangan Silat Cekak

yang saya pimpin begitu mantap. Ahli-ahli lain hanya mengikut sahaja

apa saja yang kami putuskan.

Pasukan yang dibentuk perlu ada ketuanya. Walaupun

mereka sering berbincang, pastinya setiap perbincangan akan

mengadungi pendapat yang berbeza-beza. Di situlah peranan ketua

pasukan amat penting bagi membuat ketetapan. Ketetapan yang

telah dibuat akan diikuti oleh semua pihak, tanpa ada apa-apa

bantahan lagi atau rungutan seterusnya.

Walau bagaimanapun, pasukan yang terbentuk tetap

menghadapi beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam

kalangan mereka. Masalah utamanya ialah mencari contoh

kepemimpinan yang boleh dijadikan panduan atau diikut

kewibawaannya. Orang itu boleh dijadikan ’role model’ buat rujukan

pasukan. Sudah tentulah cara bekerja, sikap positifnya, kualiti kerja

yang dihasilkannya, boleh dijadikan panduan pada kumpulan

berkenaan.

Page 262: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

250

Dalam Silat Cekak, sudah tentulah pada zaman dulunya

Ustaz sebagai Guru Utama, telah dijadikan rujukan atau role model

dalam kalangan ahli. Itu sebabnya ada yang terlalu menghormati

Ustaz atas kewibawaan atau perwatakannya sebagai seorang

pemimpin hingga berebut-rebut sisa makanan atau sisa minumannya.

Begitu juga dengan kepemimpinan guru utama yang ada

sekarang. Kita ada beberapa ”guru utama” yang mempunyai

pengikutnya yang tersendiri. Adakah mereka dapat dijadikan role

model pada pasukan ahli-ahli Silat Cekak. Hal yang demikian

dianggap penting kerana merekalah kepemimpinan utama yang akan

memandu anak muridnya. Ustaz selalu mengatakan akan peranan

mereka umpama kepala keretapi. Kita yang lain umpama gerabak,

berlambangkan sebagai pengikut.

Kalau mereka gagal untuk memandu atau memimpin kita,

maka Silat Cekak akan mendapat bencana. Lihatlah kepemimpinan

PA, En Mat dan PJ. Apakah yang dapat dijadikan contoh atas

kepemimpnan mereka yang ada. Saya tak ada komen. Cuma

membincangkan tajuk ini dalam konteks role model. Kegagalan

mendapatkan role model dalam satu-satu persatuan atau organisasi

itu akan mendatangkan kerugian yang amat besar pada barisan

pengikutnya.

Satu masalah yang dihadapi oleh pasukan juga ialah

ketiadaan kayu ukur atas segala kejayaan yang dilakukan. Kita tiada

ukuran standard atau ukuran kualiti untuk mempastikan segala

penghasilan kerja kita adalah standard dan berkualiti. Cuma, ukuran

kita hanya berdasarkan perbandingan atau pencapaian target. Jika

secara bandingan, kita teratas maka kita dianggap telah berjaya.

Page 263: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

251

Begitu juga jika kita mencapai objektif yang ditetapkan. Pencapaian

objektif bermakna kita berjaya menjalankan program atau aktiviti

yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Semasa saya memimpin persatuan, ukuran standard adalah

berdasarkan kepada beberapa ketetapan. Misalnya, kelas silat perlu

dibuka sekurang-kurangnya sebuah dalam masa setahun. Setiap

kelas yang hendak dibuka mestilah mengandungi ahli sekurang-

kurangnya dua puluh satu orang. Bilangan yang tamat mestilah tidak

kurang daripada lima belas orang. Itulah standard yang kami

tetapkan pada kelas-kelas yang dibuka di cawangan saya. Jika kami

berjaya maka itulah ukuran kejayaan kami. Namun begitu, ada

ketikanya kami gagal memenuhi hasrat yang ditetapkan. Hal yang

demikian menunjukkan kegagalan kami.

Berdasarkan kenyataan di atas, kepemimpinan di peringkat

tertinggi Silat Cekak perlu menetapkan sasaran kerja pada setiap

cawangannya. Letakkan standard yang tertentu. Hal yang demikian

akan dapat memandu setiap pemimpin cawangan untuk mengukur

kejayaan mereka dalam proses memimpin cawangan Silat Cekak di

tempat masing-masing.

Satu lagi masalah kerja sepasukan di setiap persatuan atau

setiap organisasi itu ialah terdapatnya beberapa pasukan dalam

persatuan atau organisasi tersebut. Mereka bersaing sesama

mereka. Pasukan-pasukan ini terbentuk kerana ada ketuanya yang

mempunyai kepentingan yang sama dengan ahli pasukan masing-

masing. Tentunya pasukan yang banyak akan mewujudkan

persaingan. Jika persaingan itu sihat ke arah pencapaian objektif

persatuan atau organisasi yang satu, bilangan pasukan yang banyak

Page 264: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

252

tidak mendatangkan sebarang masalah. Sebaliknya jika mereka tidak

sehaluan, pastinya akan mengundang petaka atau masalah yang

tidak sihat dalam persatuan atau organisasi berkenaan.

Di sinilah peranan kepemimpinan utama dalam persatuan

akan berperanan penting bagi mengawasi atau meletakkan setiap

pasukan yang wujud itu dalam landasan yang betul. Jika

kepemimpinan tertinggi gagal berbuat demikian, maka akan

datanglah bala kepada persatuan itu sendiri. Malah kedudukan

pemimpin persatuan itu juga akan terancam. Kita ada banyak

pengetahuan dalam perkara yang saya maksudkan itu.

Kita juga banyak pengetahuan dan pengalaman dalam

persatuan kita sendiri. Semasa kepemimpinan PA dan En Mat,

terdapat kumpulan-kumpulan pasukan yang bekerja di bawah ketua

mereka dengan hala tuju yang berbeza. Saya berpendapat,

pengawasan guru utama ke atas mereka boleh dikatakan agak

longgar. Hal yang demikian menjadikan mereka bersaing kuasa untuk

menunjukkan kehebatan masing-masing. Persaingan yang tidak sihat

itu berakhir dengan perselisihan yang sangat hebat dalam kalangan

mereka hingga berakhir dengan pepecahan Silat Cekak. Saya tidak

berminat untuk buat komen lagi tentang hal yang demikian.

Kadang kala dalam satu-satu pasukan itu sendiri akan

menghadapi masalah. Apabila salah seorang daripada ahli pasukan

itu lebih berwibawa atau lebih berkemampuan dari apa segipun

dengan yang lain, maka individu berkenaan mungkin akan

menguasai pasukan yang terbentuk itu. Keadaan akan lebih parah

jikalau individu berkenaan bersifat individualistik. Orang lain kena ikut

pendapatnya. Hal yang demikian menjadikan dia ketua dan ahli-ahli

Page 265: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

253

yang lainnya sebagai pengikut. Dalam konteks kerja sepasukan

tentunya situasi yang sedemikian tidak menyenangkan ahli-ahli yang

lain. Itu sebabnya banyak pepecahan yang berlaku secara ’dalaman’.

Sikit demi sikit, kalangan mereka mengundur diri tanpa menyatakan

sebab pengunduran. Sebagai Penyelia Kelas atau Jurulatih,

sensitiflah dengan situasi tersebut.

Keadaan akan menjadi lebih tidak menyenangkan apabila

timbulnya krisis atau konflik dalam kalangan mereka. Konflik berlaku

apabila konsep kerjasama atau bertolak ansur menjadi longgar.

Dalam kalangan Jurulatih juga berlaku. Pasukan atau kumpulan

Jurulatih berkenaan akan berpecah apabila mereka tidak sehaluan

ketika menjalankan tugas sebagai Jurulatih. Banyak perkara yang

boleh menimbulkan keadaan yang tidak sehaluan itu. Konflik yang

berlaku tentunya akan merugikan para penuntut. Masing-masing

akan menyebarkan pengaruh dalam kalangan penuntut. Penyebaran

pengaruh itu erat kaitannya dengan komen-komen atau kata-

mengata sesama mereka. Hal yang demikian akan menyebabkan

penuntut akan kehilangan fokas. Tentunya situasi yang demikian juga

akan menyebabkan mutu pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi merosot. Akhirnya kualiti Silat Cekak yang dikuasai para

penuntut juga akan terjejas.

Rupa-rupanya, salah satu faktor yang boleh merosakkan

pasukan yang dibina itu ada kaitan dengan stail kepemimpinan yang

ada dalam pasukan itu sendiri. Jika stail kepemimpinan itu lebih

bercorak demokrasi tentunya akan menimbulkan suasana

perbincangan dan kemesraan dalam kalangan ahli pasukan.

Sebaliknya, jika stail kepemimpinan lebih bercorak mutlak atau kuku

besi maka akhirnya akan timbul situasi yang tidak menyenangkan

Page 266: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

254

apabila wujud persaingan kepemimpinan dalam kalangan mereka.

Begitu juga jika wujud stail kepemimpinan suka hati. Buat kerja

berdasarkan IT. Semua itu akan menjadikan pasukan yang terbentuk

itu menghadapi masalah untuk begerak dengan lebih mantap dan

lebih bertenaga.

Pasukan yang terbentuk juga akan menghadapi masalah

kalau ada dalam kalangan ahli pasukannya tidak ada disiplin yang

mantap. Masa diurus suka hati. Suruh datang pukul lapan, akan lewat

beberapa minit atau mungkin beberapa jam. Begitu juga dari segi

disiplin kerja. Mereka yang kurang disiplin tentunya tidak bersungguh-

sungguh menjalankan tugas. Kerja yang diberi suka dilengah-

lengahkan. Hal yang demikian akan menjejaskan tumpuan ahli-ahli

lain yang lebih komited berbanding dengan diri mereka. Maka akan

menyebabkan timbul perasaan tak puas hati dan akhirnya pasukan

tersebut berkemungkinan akan berpecah.

Kadang kala, kerja-kerja sepasukan akan menghadapi

masalah dalam jangka masa lama. Salah satu puncanya ialah

kekurangan idea untuk menjalankan sesuatu amanah yang diberi.

Pemikiran mereka menjadi tepu kerana orang yang sama sentiasa

berada dalam pasukan yang sama. Hal yang demikian memerlukan

dua perkara utama. Pertamanya kepemimpinan tertinggi perlu

memberi suntikan idea pada pasukan yang terbentuk. Galakkan

mereka menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan persatuan atau

kerap mengadakan perjumpaan-perjumpaan yang berkaitan dengan

persilatan. Keduanya ialah dengan cara mengambil ahli-ahli baru

dalam pasukan berkenaan.

Page 267: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

255

Seiring dengan kekurangan idea, mereka juga akan

menghadapi masalah dari segi kemahiran yang kurang dalam satu-

satu bidang kerja yang diberi. Kekurangan skill dalam kalangan

mereka menyebabkan mutu penghasilan kerja agak kurang dari

sepatutnya. Tentulah hal yang demikian akan mengurangkan

keberkesanan pasukan berkenaan.

Saya tidak menafikan betapa ada masa-masanya kita akan

bersungut apabila menerima beban kerja yang amat banyak.

Sungutan akan menyebabkan perjalanan pasukan berkenaan akan

terganggu. Sesungguhnya setiap ahli memerlukan perhatian dan

pujian. Hal ini boleh dilakukan oleh barisan kepemimpinan tertinggi

satu-satu persatuan atau satu-satu organisasi itu. Berilah

pengiktirafan kepada mereka. Dalam persatuan kita, prinsip itu telah

ada. Cuma, luaskan seberapa luas yang boleh.

Walau bagaimanapun, motivasi yang terbaik ialah secara kita

memotivasikan diri kita sendiri. Itu sebabnya kita perlu memahami

akan matlamat yang ingin dicapai oleh persatuan atau sesuatu

organisasi tersebut. Matlamat yang jelas memudahkan kita bekerja

dengan penuh dedikasi tanpa sebarang rungutan.

Ketika datang unsur-unsur negatif dalam diri atau dalam

pemikiran kita, janganlah dikeluarkan melalui mulut kita. Berhentikan

setakat di hati. Perkara yang dikeluarkan melalui mulut hanya cakap-

cakap yang positif. Perkara yang negatif hanya disimpan dalam hati

atau dalam pemikiran kita. Lama-lama akan hilang jika kita tidak

melayannya.

Page 268: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

256

Kita perlu meletakkan pasukan kita penting dalam sesebuah

persatuan atau organisasi itu. Pengiktirafan yang diberi akan terus

memberi dorongan kepada kita untuk terus menerus bekerja dengan

penuh dedikasi. Kalau kita hanya mendiamkan diri tanpa uar-uarkan

hasil kerja yang berkualiti, orang lain tidak tahu dan memandang

seolah-olah kerja yang dilakukan tidak membawa makna. Tunjukkan

kehebatan kita secara meletakkan pasukan kita adalah pasukan yang

penting dalam persatuan atau organisasi yang berkenaan.

Dalam hal ini tonjolkan kegairahan kita untuk menaikkan

kehebatan pasukan kita yang terbentuk itu. Keghairahan yang wujud

itu akan menjadikan kita sentiasa bersemangat untuk terus

memajukan kehebatan pasukan kita sendiri. Kalau ada dalam

kalangan ahli pasukan kita yang mungkin kurang bermotivasi, maka

jadikan tugas dan tanggungjawab kita untuk memotivasikan mereka.

Jangan sesekali kita bersekongkol dengan rungutan atau perasaan

tak puas hati yang timbul dalam diri mereka. Percayalah. Dengan

cara kita memotivasikan orang lain, secara langsung langkah kita itu

akan memotivasikan diri kita sendiri.

Kita tidak perlu bersifat defensif atau mencipta banyak alasan.

Jika berlaku kesalahan, kita akuinya. Kita belajar dari kesilapan yang

berlaku. Hal yang demikian akan menjadikan diri kita sentiasa

terdorong untuk melakukan kerja-kerja yang dimanahkan kepada kita

secara ikhlas tanpa ada perasaan tak puas hati atau bersifat suka

bersungut atau merungut.

Kesimpulannya, mewujudkan satu pasukan kerja yang seia

dan sekata bukanlah mudah umpama makan kacang goreng. Banyak

halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuh terutamanya pada

Page 269: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kerja Sepasukan

257

masa jangka masa panjang. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan

untuk mengekalkan pasukan yang terbantuk itu agar pasukan itu

benar-benar hebat dan memberi sumbangan kepada persatuan atau

organisasi yang kita terlibat. Jangan sesekali kita menjadikan

pasukan yang terbentuk itu berfaham kiri yang akhirnya menentang

kepemimpinan tertinggi persatuan atau organisasi berkenaan. Hal

yang demikian amat merugikan.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi sedang memberi ceramah di Kursus Prakarsa Tenaga Pengajar di Pulau Pinang pada tahun 2012

Page 270: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

258

MENGURUS TEKANAN / STRESS

Setiap manusia yang dinamakan manusia pastinya akan

sentiasa menghadapi masalah. Kehidupan sehari-hari akan banyak

mempengaruhi masalah yang kita hadapi.

Semasa menuntut, kita menghadapi masalah untuk

mendapatkan kelulusan. Berhempas pulas setiap hari. Setelah lulus,

timbul masalah mendapatkan pekerjaan. Bila sudah stabil kita

menghadapi masalah mencari pasangan. Setelah mendapat

pasangan kita akan menghadapi masalah mendapatkan anak. Bila

dapat anak timbul masalah bekenaan penjagaan, pelajaran dan masa

depan dan seterusnya dan seterusnya hinggalah kita lenyap dalam

alam dunia ini.

Masalah yang kita hadapi akan memberi tekanan atau stress

kepada diri kita. Hal yang demikian akan banyak mengganggu proses

kehidupan kita. Ramai yang berpenyakit akibat tekanan yang

menimpa dirinya. Keguguran rambut juga dikatakan hasil tekanan

yang melampau pada seseorang itu.

Saya juga sebagai manusia biasa sentiasa menghadapi

tekanan dan stress. Mungkin dalam perbincangan tulisan ini kita

berkongsi bersama tentang kefahaman kita tentang tekanan atau

stress yang kita hadapi. Sekurang-kurangnya dengan tulisan ini akan

dapat memberi jalan keluar dan seterusnya mengurangkan masalah

yang kita hadapi.

Kadang-kadang stres datang secara tiba-tiba. Hati berasa

tidak seronok. Kita tidak tahu akan puncanya. Ada yang bangkit dari

Page 271: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

259

tidur terus berasa risau. Kerisauan itu menerbitkan tekanan. Ada

yang berlangsung berhari-hari. Ketika itu fikirannya tertekan dan

stress yang dihadapi sungguh hebat sekali.

Saya berpendapat, kita perlu tahu akan punca tekanan yang

sedang dihadapi. Mungkin di tempat kerja terdapat pelbagai punca

yang boleh kita kesan. Misalnya kita stress kerana kerja yang

dilakukan telah melewati masa yang ditetapkan. Deadlines yang

ditetapkan telah gagal dipatuhi. Ada kalanya juga kita berasa stress

apabila projek yang dipertangungjawabkan pada kita menemui

kegagalan. Kadang kala kita berasa tidak cukup bersedia untuk

mengambil satu-satu tugasan. Pada hal tugasan itu diserahkan

kepada kita dengan satu kepercayaan yang penuh. Kita berasa

bahawa kita tidak mampu untuk menjalankan amanah yang diberi.

Tentunya hal yang demikian akan memberi tekanan yang hebat pada

diri kita.

Pada mereka yang memburu pangkat, stress akan berlaku

apabila orang berkenaan terlepas peluang kenaikan pangkat. Hati

berasa tidak seronok kerana perasaan hampa. Tentunya keadaan itu

memberi tekanan pada dirinya.

Ada yang berasa stress kerana terlalu letih membuat pelbagai

jenis kerja di pejabat. Tambahan pula persekitaran kerja tidak selesa

kerana kotor atau sesak dan sebagainya. Rakan sejawat, pelanggan

dan orang atasan juga sering kali menjadikan diri kita berasa stress.

Dalam konteks persilatan Silat Cekak, kita juga menghadapi stress.

Hal yang demikian terpulanglah pada jawatan yang kita sandang.

Kalau pemimpin cawangan, maka lain pula punca stressnya. Kalau

kita bertugas sebagai Penyelia Kelas atau Jurulatih silat, punca

Page 272: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

260

stress yang kita hadapi pasti lain dari punca stress pada para

penuntutnya. Lihat saja perkembangan kelas latihan Silat Cekak yang

sering memberi stress kepada Penyelia Kelas atau Jurulatih yang

berkenaan. Saya tulis berdasarkan pengalaman saya di satu masa

dulu.

Bermula buka kelas pun akan mendatangkan stress. Kita

memikirkan tentang jumlah penuntut baru yang akan sertai kelas. Kita

juga akan menghadapi stress untuk mengadakan majlis ijazah

pertama. Penetapan waktu yang sesuai antara masa guru utama

dengan kehendak kita sering kali menimbulkan stress yang amat

sangat. Setelah kelas berjaya dibuka, mengekalkan bilangan

penuntut untuk terus belajar Silat Cekak, juga memberi stress.

Tekanan atau stress itu akan terus menerus timbul ketika

menetapkan ijazah potong dan ijazah penamat. Semuanya akan

menjadi punca kita stress.

Kalau kita telah tahu akan punca tekanan atau stress yang

kita hadapi, maka carilah petua-petua yang membolehkan kita

menghadapi stress. Sentiasalah ada dalam fikiran kita betapa

pentingnya menjaga kesihatan kita. Akuilah stress yang dihadapi

akan mengganggu kesihatan kita. Jangan biarkan stress yang timbul

mengganggu pemakanan dan tidur kita. Hal yang demikian akan

menyebabkan diri kita akan terus berada dalam keadaan murung.

Ketika kita menghadapi stress, tingkatkan keyakinan diri.

Keyakinan diri itu perlu diiringi dengan pemikiran yang positif. Tidak

asa sesiapapun yang boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi

melainkan diri kita sendiri. Tingkatkan hubungan dengan diri kita

secara kita berinteraksi dengan diri kita sendiri. Bukankah kita

Page 273: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

261

dilahirkan atas kehebatan bapa kita dan atas keberanian ibu kita. Kita

berasal dari benih yang hebat. Maka teruskan kehebatan tersebut

tanpa diganggu oleh tekanan yang ada. Seiring dengan itu, teruskan

hubungan dengan rakan-rakan yang akrab dengan kita. Sekurang-

kurangnya dengan cara berbincang kita akan dapat mengurangkan

stress yang kita hadapi.

Kalau tugasan yang diberi menimbulkan stress yang hebat,

berehatlah seketika. Ubah standard kita dalam menentukan kualiti.

Kualiti yang kita inginkan biarlah realistik. Kita perlu menjangkakan

perkara buruk supaya menyenangkan kita menghadapinya.

Menghadapi stress juga memerlukan kita mengawal emosi.

Kawal emosi kita sepanjang masa. Ramai yang mengawal tekanan

melalui bacaan Al Quran, berzikir dan tidak kurang juga yang

menjalankan upacara meditasi. Buatlah mana yang patut. Jangan

lupa. Perbuatan kita itu perlu bersandarkan pada Allah.

Ada juga yang mengawal stress secara menjaga nafas diri.

Mereka percaya bahawa nafas manusia ada dua jenis iaitu nafas

betina dan nafas jantan. Kita akan berada dalam keadaan stress

apabila nafas kita berada dalam suasana nafas betina. Jantankan

nafas betina tersebut. Ada pelbagai cara. Mungkin agak sukar

dinyatakan dalam tulisan ini. Saya rasa orang-orang lama yang

pernah bergaul dengan Ustaz Hanafi akan faham apa yang saya

maksudkan.

Ada juga antara kita yang mengawal stressnya dengan cara

mencari hiburan sama ada pementasan atau menonton filem-filem.

Cuma pada pengalaman saya, jadikan kegiatan tersebut sebagai

Page 274: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

262

hiburan yang boleh mengurangkan stress. Jangan ditonton filem-filem

atau pementasan yang mengganggu emosi kita. Hal yang demikian

akan menyebabkan stress kita bertambah dan bukannya

berkurangan.

Selain daripada perbincangan di atas, sekali lagi pemikiran

yang positif akan banyak membantu kita untuk mengatasi stress yang

kita hadapi. Sarankan diri kita supaya sentiasa berfikiran positif.

Terimalah seadanya. Lihatlah hikmah yang ada di sebalik sesuatu

yang menimpa diri kita. Carilah kebaikan di sebalik keburukan. Kita

perlu fokuskan kepada kekuatan dan bukannya kepada kelemahan.

Masalah yang dihadapi, jadikan peluang untuk kita

meningkatkan keupayaan diri. Kita perlu menggambarkan dalam

fikiran kita tentang apa yang kita mahukan. Sesuatu yang kita hajati

pasti akan menemui rintangan. Hal yang demikian akan

menyebabkan kita sentiasa bersedia menghadapi tekanan yang

bakal menjelma. Oleh sebab kita telah bersedia, kadang kala kita

berasa seronok dengan tekanan yang bakal ada.

Ramai yang boleh bekerja di bawah tekanan. Namun begitu,

ramai juga yang gagal ketika menghadapi tekanan atau stress.

Dalam hal ini, kita perlu ada pegangan. Sesungguhnya arahan dan

ajaran yang ada dalam Silat Cekak sangat sesuai dan boleh dijadikan

pegangan bagi menjadikan diri kita sentiasa bersedia untuk

mengatasi segala bentuk tekanan yang ada. Saya akan

membincangkan kenyataan ini dalam tulisan seterusnya.

Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya yang menghadapi

stress kerana gagal untuk menyesuaikan diri dengan masalah yang

Page 275: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

263

ada. Itu sebabnya betapa pentingnya kita merapatkan diri dengan

guru yang sebenar-benar guru, atau merapatkan diri dengan sahabat

tolan yang boleh dianggap sebagai penenang utama. Apabila melihat

wajah mereka, hati kita akan berasa lega. Masalah yang timbul akan

terungkai apabila berbincang dengan mereka. Pilihlah jalan yang

benar-benar dapat mengatasi masalah kita supaya kita dapat

mengatasi stress atau tekanan yang dihadapi.

Segala-galanya bergantung pada diri kita. Kalau kita ingin

menyelesaikan tekanan yang dihadapi maka tekanan itu boleh

dihadapi. Pada hakikatnya, kitalah yang membentuk suasana yang

ada di sekeliling kita. Kesombongan yang terpancar dari diri kita akan

membentuk suasana sekitar yang tidak menyenangkan. Riaksi orang

lain akan berbalik pada kita. Sebaliknya, sifat gembira dan rasa

rendah diri yang ada pada kita, pasti juga akan mempengaruhi

suasana yang ada di sekeliling kita. Riaksi orang sekitar juga akan

berbeza. Pastinya juga riaksi tersebut akan menyenangkan diri kita

dan dapat mengurangkan tekanan pada diri kita sendiri.

Apapun tindakan yang bakal kita lakukan, jika kita terus-

menerus merintih atas apa yang kita tanggung maka berterusanlah

kita berada dalam suasana stress yang berpanjangan. Akhirnya kita

yang menanggung beban fikiran yang akan membantutkan

kehebatan kita. Jiwa akan terganggu. Kita akan kehilangan kawan

dari masa ke masa. Tekanan akan bertambah dan akhirnya kita akan

berada dalam suasana yang merugikan.

Oleh itu, sesuaikanlah diri kita dengan situasi yang ada.

Setiap masalah yang timbul, perlu diselesaikan menurut situasi yang

ada. Lain masalah maka lainlah cara penyelesaiannya. Pucuk

Page 276: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

264

pangkalnya banyak bergantung pada erti kesabaran. Orang yang

sabar adalah orang yang mengalah pada satu tahap bagi

membolehkannya menyusun strategi bagi mengatasi segala

rintangan yang ada.

Jangan lupa erti keseronokan dan kesukaan pada diri kita. Diri

kita sendiri yang akan menentukan terbentuknya suasana

keseronokan atau tidak. Jangan jadikan sesuatu cabaran itu

mencabut keseronokan kita. Sentiasalah mencipta keseronokan.

Saya telah bincangkan pelbagai cara untuk mencipta keseronokan

dalam tulisan yang lalu. Walau bagaimanapun, selalulah berada pada

fikiran kita. ”Tidak semua yang kita suka, kita dapat. Tapi, sukalah

dengan apa yang kita telah dapat.”

Orang yang bersyukur pada Tuhan sentiasa menerima

seadanya. Sama ada orang sekelilingnya atau orang kanannya atau

anugerah bentuk fizikal yang lainnya atau atau yang lain. Mereka

tidak akan merintih. Sebaliknya mereka berupaya untuk meletakkan

sesuatu itu di tempat yang sepatutnya berdasarkan apa yang ada.

Orang-orang ini akan sentiasa berada dalam suasana atau keadaan

yang tenang. Ketenangan yang wujud akan menjadikan dirinya

berupaya menghadapi sebarang bentuk tekanan atau stress.

Kesimpulannya, selagi kita bernyawa, tekanan atau stress

pasti akan tiba. Hanya kita sahaja yang boleh mengatasi atau

mengurangkannya. Kita boleh meluahkan perasaan kita pada orang

lain. Namun, pada hakikatnya kitalah yang sebenarnya berperanan

untuk mengatasi sebarang masalah yang ada. Janganlah jadikan

stress yang kita hadapi menyebabkan kita akan memencilkan diri kita

sendiri. Hal yang demikian akan menyebabkan kita membunuh

Page 277: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

265

kehebatan diri kita yang ada. Tingkatkan usaha untuk menghadapi

segala tekanan yang ada.

Penglibatan kita dalam dunia persilatan bukanlah satu perkara

mudah. Setakat belajar dan kemudiannya meninggalkan persilatan,

tidak menimbulkan sebarang masalah. Tekanan hanya akan timbul

ketika ada penentangan atas penglibatan kita tersebut sama ada dari

kedua ibu bapa atau isteri kita sendiri. Sebaliknya penglibatan secara

berterusan pasti akan mengundang tekanan. Hal yang demikian

kerana penglibatan yang berkenaan bermakna wujudnya keperluan

untuk mempertahankan kehebatan silat yang kita miliki atau yang kita

ceburi.

Walau bagaimanapun, dalam konteks persilatan Silat Cekak,

falsafah dan prinsipnya yang ada, amat mencukupi. Jika kita pegang

sebaik-baiknya maka akan wujudlah ketenangan bagi diri kita

sebagai Jurulatih atau sebagai pendokong Silat Cekak.

Kita perlu yakin dengan ilmu yang kita pelajari. Istilah Cekak

itu ditafsirkan hingga menjadikan perbuatan kita melibatkan diri dalam

dunia persilatan, tidak sia-sia. Kita tahu betapa bertuahnya kita

melibatkan diri dalam persilatan Silat Cekak. Hal yang demikian

menjadikan kita berasa akan tanggungjawab untuk menyebarkan

ilmu Silat Cekak yang ada pada diri kita kepada masyarakat umum

yang lain. Ketika usaha-usaha itu dilakukan, pastinya kita akan

menghadapi banyak rintangan. Oleh sebab kita tahu betapa

pentingnya ilmu Silat Cekak disebarkan, maka sebarang bentuk

rintangan yang timbul akan dihadapi dengan penuh ketabahan dan

kesabaran. Hal yang demikian akan menjadikan diri kita bersifat

tenang. Malah hasil usaha kita itu akan memberi kepuasaan

Page 278: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Mengurus Tekanan / Stress

266

maksimum pada diri kita yang berusaha keras mengembangkan Silat

Cekak dari masa ke masa.

Kita buktikan betapa silat itu gerak. Gerak silat adalah

berdasarkan pergerakan dua kaki dan dua tangan. Sebutlah apa

jenama silat sekalipun. Pastinya pergerakan silat itu bermula dari

pergerakan kaki dan tangan. Hal yang demikian akan menjadikan kita

berada dalam keadaan tenang ketika mendengar nama-nama silat

yang hebat-hebat. Sesungguhnya pergerakan silat-silat berkenaan

masih lagi berdasarkan pergerakan kaki dan tangan. Oleh sebab Silat

Cekak berpaksikan kajian pada pergerakan dua kaki dan dua tangan,

maka kita tidak menghadapi masalah psikologi dalam menghadapi

apa jenis jenama persilatan sekali pun.

Saya hanya menyentuh sekumit pengajaran yang wujud

dalam Silat Cekak yang membolehkan kita bersifat tenang dalam

usaha-usaha kita untuk menyebarkan Silat Cekak. Banyak ajaran lain

yang ada dalam Silat Cekak, boleh dijadikan panduan dan pegangan

untuk mewujudkan sifat tenang ketika kita memegang amanah

menyebarkan Silat Cekak. Cuma, yang pentingnya ketika kita

memegang amanah untuk menyebarkan Silat Cekak, fikiran kita perlu

sentiasa bersifat positif dan berpeganglah pada adat dan adab yang

ada dalam Silat Cekak seperti yang diajar oleh Guru Utama. Jangan

lawan guru. Rugi.

Page 279: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

267

MANUSIA TOKSID

Dalam mana-mana persatuan atau organisasi, kita selalu

mendengar istilah pengampu, kaki bodek, kaki cucuk dan pelbagai

istilah lagi. Malah, dalam persatuan kita pun istilah-istilah berkenaan

tidak terkecuali daripada sebutan para ahli. Cuma, ditambah lagi

dengan satu istilah yang berkaitan dengan guru iaitu taksub. Namun

begitu, sama ada ketepatan istilah-istilah itu pada orang yang ’dituju’,

banyak bergantung pada tafsiran, pemikiran, atau tanggapan positif

atau negatif orang yang memberi gelaran.

Biasanya, istilah atau kata-kata tersebut adalah terpancar dari

mulut manusia yang saya gelar sebagai manusia toksid. Kerap kali

saya lihat, orang yang memberi gelaran pada orang lain adalah

merupakan orang yang bersifat toksid. Umumnya punca hal yang

demikian kerana diri sendiri telah terketepi. Maka mulalah mereka

memberi gelaran pada orang lain sebagai usaha menyakitkan hati

orang berkenaan. Di sinilah peranan kepemimpinan tertinggi amat

penting bagi mengawal keadaan. Jika mereka sendiri bersengkongkol

dengan situasi yang wujud itu, maka keadaan akan menjadi semakin

parah. Hal yang demikian akan mengundang pepecahan dalam

kalangan ahli.

Saya mempunyai pengalaman berhadapan dengan

kumpulan-kumpulan toksid semasa aktif dalam persatuan. Akibatnya

saya pernah tersingkir pada peringkat pemulaan. Begitu juga saya

berpengalaman melihat rakan-rakan yang tersingkir dari persatuan

kerana peranan manusia-manusia toksid berkenaan. Nampaknya,

konsep dengki atau iri hati dan khianat adalah merupakan satu

penyebab besar yang menyebabkan hal yang demikian berlaku.

Page 280: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

268

Hal yang berkaitan dengan guru silat, istilah taksub amat

popular digunakan. Cuma, kita pun berasa celaru sama ada istilah

taksub itu sesuai digunakan pada seseorang itu. Ada yang

mengatakan orang itu taksub, tapi pada pemerhatian saya tidak

sedemikian. Nampaknya, tafsiran taksub digunakan dengan

sewenang-wenangnya dalam persatuan kita. Semuanya berdasarkan

tafsiran. Tafsiran itu ada kaitan dengan ilmu dan pengalaman yang

dimiliki seseorang. Saya tidak akan menyentuh perkara tersebut lagi.

Banyak tulisan saya yang terdahulu telah membincangkan hal yang

demikian.

Sifat toksid itu adalah satu penyakit. Penyakit itu ada kaitan

dengan perasaan kita. Semuanya kerana pemikiran negatif telah

mengatasi pemikiran positif. Hal yang demikian menjadikan daya fikir

kita mengecil kerana asyik memikirkan hal-hal yang buruk sahaja.

Kebolehannya ’mengenakan’ orang yang tidak disukainya adalah

merupakan satu kepuasan. Selagi diri tidak puas, maka perbuatan

yang bersifat dengki khianat akan terus dilakukan. Itulah sifat tekal

dan kesungguhan yang wujud dek kerana wujudnya penyakit tersebut

dalam diri.

Perbuatan toksid itu dilakukan secara dua bentuk. Kalau dia

pandai menulis, maka prinsip surat layang amat popular digunakan.

Salinan surat adalah merata-rata. Namun begitu, pengenalan diri

tetap disembunyikan. Inilah golongan manusia yang ’bertopeng di

muka’. Mereka yang tidak pandai menulis, susunan kata-kata indah

yang menyakinkan kerap kali digunakan, atau mereka akan

mengadakan perbuatan yang berupa perangkap. Misi utamanya ialah

orang yang didengki akan ’jahanam’ dan tidak menimbulkan saingan

Page 281: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

269

lagi pada dirinya lagi. Dalam hal ini, hanya manusia hebat sahaja

yang boleh mengesan pelakuan mereka itu.

Apa yang saya perhatikan, manusia toksid itu hidup dalam

penderitaan. Walaupun kita nampak riak mereka seperti biasa,

sebenarnya wajah muka mereka menampakkan sifat derita. Mukanya

sentiasa masam. Ketawa yang dikeluarkan hanya menampakkan

sifat kepuraan. Kata-kata yang dikeluarkan menampakkan sifat

sombong dan megah diri.

Kesimpulannya pada saya, manusia toksid itu wujud ekoran

beberapa sifat yang dimilikinya. Sifat-sifat itu dibangun subur dari

masa ke masa dalam hatinya. Apabila telah sebati maka sifat itu

menjadi nilai yang sebati. Maka itulah nilai dan sifatnya. Sekali tak

mengata atau mengandu domba, maka bukanlah dirinya. Mungkin

kita perlu tahu punca-punca yang menjadikan diri seseorang itu

bersifat toksid.

Pada saya, faktor utamanya adalah kerana wujud perasaan

menyampah dalam dirinya. Dalam bahasa pertuturan biasa, istilah

menyampah membawa maksud getik atau meluat. Perasaan itu

timbul pastinya kerana menusia itu berlainan prinsip atau pegangan

dalam dunia kehidupan sehariannya. Dalam istilah yang lebih ilmiah,

menyampah membawa makna iri hati. Orang yang menyampah akan

memiliki perasaan demikian ketika bersama dengan orang

berkenaan dalam satu-satu program yang berlangsung. Kalau tak

bersua muka, mungkin perasaan tersebut tidak akan timbul.

Nampaknya kemunculan manusia toksid ini adalah bermusim.

Page 282: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

270

Manusia toksid juga boleh timbul akibat perasaan benci atau

perasaan sakit hati yang timbul berpanjangan. Hati kalau sudah sakit

maka ingatannya yang bersifat benci adalah berpanjangan. Perasaan

tersebut akan berkekalan selagi hatinya tidak berasa puas untuk

membuat tindakan. Ubat kepada sakit hati ialah tindakan

menyakitkan hati orang berkenaan.

Perasaan benci atau sakit hati juga, erat kaitannya dengan

perasaan dengki. Sifat dengki biasanya timbul kerana apa yang

orang lain ada, tidak ada pada dirinya. Satu contoh yang paling

mudah dalam pentas persilatan ialah dari segi hubungan antara guru

dengan muridnya atau orang kanannya. Oleh sebab seseorang itu

kurang dihubungi berbanding dengan orang lain, maka orang yang

kerap dihubungi oleh guru akan dijadikan bahan cemuhan kerana

kewujudan perasaan dengki. Perasaan dengki itu hanya boleh

dikurangi atau diubati dengan satu tindakan yang kita tafsirkan

sebagai perbuatan khianat.

Selain daripada itu, manusia toksid juga boleh timbul akibat

perasangka buruk dalam kalangan diri seseorang itu. Perasaan benci

atau menyampah atau dengki yang timbul itu adalah akibat

kekurangan maklumat yang sebenar. Hati manusia toksid jenis ini

lebih rela membina prasangka buruk dari masa ke masa tanpa

mendapatkan penjelasan sepenuhnya. Biasanya, setelah diberi

penerangan atau penjelasan maka manusia toksid ini akan berubah

pandangan dan dapat mengikis sifat prasangka buruk yang

berkenaan. Tapi tetap tak kekal lama sebab nilai toksid telah

tertanam begitu lama dalam dirinya.

Page 283: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

271

Orang-orang yang bersifat negatif sering menghasilkan sifat

toksid. Hidup mereka tidak tenteram. Masa lega atau masa rehat atau

masa tidurnya sering terganggu kerana perasaan buruknya pada

orang lain, agak menebal. Mereka selalu mengalami mimpi-mimpi

ngeri yang menakutkan. Tidur mereka tidak cukup dan hal yang

demikian menjadikan diri mereka terus dirundung malang dari masa

ke masa. Maka akan lahirlah manusia yang tidak stabil dalam

kehidupannya. Selalunya, mereka bersifat murung.

Oleh itu, setelah kita tahu akan sifat dan punca kelahiran

menusia toksid, maka berhati-hatilah. Jauhi diri daripada menjadi

golongan penyebar fitnah yang amat dikutuk Tuhan. Sesungguhnya,

salah satu sebab perpecahan kita tempoh tahun yang lalu adalah

kerana wujudnya manusia toksid dalam persatuan kita.

Pepatah kita ada mengatakan bahawa musuh jangan dicari,

rezeki jangan ditolak. Walaupun kita sentiasa menghindari musuh,

namun, musuh tetap akan ada sama ada kita menyukainya atau

tidak. Yakinkan diri kita bahawa orang-orang yang cemerlang mesti

akan ada musuhnya. Orang-orang yang cemerlang pasti tidak disukai

oleh semua pihak. Sekurang-kurangnya pesaingnya sendiri akan

menjadi musuh. Dalam hal ini, orang-orang yang cemerlang perlu

akui akan hakikat bahawa diri mereka yang cemerlang tetap akan

menghadapi musuh yang pasti muncul pada bila-bila masa.

Begitu juga dengan mereka yang berada di puncak kejayaan.

Pasti juga mereka akan menghadapi musuh-musuh yang tidak

diundang. Tindakan dan riaksi musuh-musuh tersebut adalah dalam

pelbagai bentuk. Tapi perkara pastinya ialah mereka akan menjadi

Page 284: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

272

manusia toksid yang akan mengancam diri kita dan perkembangan

persatuan atau organisasi yang kita pimpin.

Walau bagaimanapun, kita perlu akui betapa mereka yang

berbuat ”baik” pun tetap akan ada musuh. Kebaikannya akan disalah

anggap dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Semuanya

berpunca dari sifat tidak senang hati. Lebih-lebih lagi musuh itu

sememangnya mengidap penyakit sentiasa sakit hati. Itulah sifat

manusia yang negatif dan mempunyai akal sempit atau akal kecil.

Berdasarkan perbincangan di atas, saya dapat simpulkan bahawa

mereka yang mempunyai musuh adalah terdiri daripada orang-orang

yang bersifat cemerlang. Orang-orang cemerlang ini adalah dari

pelbagai golongan sama ada orang yang baik, hebat dan pastinya

sedang berada di puncak kecemerlangan. Maknanya juga kalau kita

ingin tahu sama ada kita orang yang cemerlang dan berada di

puncak, maka kita perlu ada musuh. Musuh melambangkan

kenyataan kehebatan kita.

Oleh sebab kehadiran musuh adalah sesuatu yang tidak

boleh dielakkan oleh golongan cemerlang, maka kita perlu mengubah

mindset kita tentang kewujudan manusia toksid yang selalu bertindak

sebagai musuh kita. Oleh itu kehadiran mereka, jadikan peluang.

Jangan marahkan kehadiran mereka yang membawa tekanan pada

kita. Anggapkan bahawa kehadiran atau kewujudan mereka

membawa banyak faedahnya pada diri kita. Berfikirlah secara pisitif

walaupun hati kita akan berasa sakit. Jadikan ancaman sebagai

peluang untuk perkembangan hebat diri kita.

Page 285: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

273

Dalam hal ini, oleh sebab musuh adalah sesuatu yang tidak

boleh kita hindari maka jadikan kehadiran mereka sebagai satu asset

pada diri kita sendiri. Secara tidak langsung, dengan adanya manusia

toksid itu, jadikan mereka sebagai alat untuk memotivasikan diri kita

secara dalaman. Kita sedar bahawa kehadiran mereka tidak boleh

dihindari tapi boleh disekat atau dikecilkan bilangannya. Hal yang

demikian akan menjadikan kita sentiasa berada dalam suasana

berhati-hati sama ada dalam tindakan atau dalam percakapan.

Tindakan berhati-hati akan menjadikan diri kita hebat. Dalam

keadaan kita memiliki musuh dan musuh-musuh itu terus menerus

menyebarkan fitnah atau dakyahnya, kita akan sentiasa berhati-hati

dalam meneruskan usaha atau kerja-kerja yang diamanahkan pada

kita. Orang yang boleh terus bekerja, berfikir dan bertindak dalam

keadaan sentiasa dikelilingi masuh, akan menjadikan dirinya

sememangnya hebat.

Kehadiran musuh-musuh itu juga akan menyebabkan kita

sentiasa sedar diri kita sebelum mengambil satu-satu tindakan. Apa

saja yang kita lakukan, perlu dilakukan secara teliti dan melalui

pemikiran dan tindakan yang strategik. Kita juga akan sedar bahawa

apa saja yang kita lakukan akan ada pemerhati dan tukang

komennya. Secara langsung kita juga akan sedar diri bahawa diri kita

tidak sempurna. Hanya Allah yang sempurna. Hal yang demikian

akan menjadikan diri kita sentiasa berserah pada Tuhan bagi

mempastikan keselamatan dan kesejahteraan diri kita.

Kita perlu memahami akan sifat-sifat golongan toksid ini. Kita

berharap agar sifat-sifat mereka tidak diwarisi oleh ahli-ahli kita. Cuba

kita lihat sifat-sifat manusia toksid dalam perbincangan tajuk ini. Sifat-

Page 286: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

274

sifat yang wujud itu akan berkesudahan dengan perasaan dengki dan

khianat. Akhirnya golongan inilah yang bergelar sebagai golongan

manusia toksid. Perbincangan tentang gejala manusia toksid akan

membolehkan kita memperoleh pengetahuan agar diri kita terhindar

dari menjadi manusia toksid yang sentiasa memporakperandakan

persatuan atau organisasi yang terlibat.

Manusia toksid ini diasaskan oleh golongan manusia yang

kurang berusaha. Mereka suka ’berkira’ apabila diberikan satu-satu

tanggungjawab. Pada fikiran mereka, tidak ada orang lain yang boleh

melakukan kerja-kerja tersebut. Pada anggapan mereka juga, jika

tenaga mereka diperlukan maka orang itu perlu merayu dan merintih

padanya. Namun begitu, apabila ada orang lain yang sanggup

menjalankan tugas yang ditolak mereka maka mulalah diri mereka

memburukkan orang lain itu bagi mendapatkan kepercayaan semula.

Baru mereka sedar bahawa ada orang lain yang boleh menjalankan

tugas. Bukan setakat diri mereka sahaja. Hal yang demikian tentunya

tidak menyenangkan diri mereka. Maka akhirnya mereka akan

menjadi manusia toksid dengan menyebarkan fitnah bagi

membuktikan diri mereka sahaja yang hebat.

Manusia toksid itu juga terbentuk hasil daripada golongan

manusia yang penakut. Mereka tidak berani menghadapi cabaran

dan tidak berani mengambil risiko dalam tugasan yang diamanahkan.

Namun begitu, kelemahan itu cuba disembunyikan. Cara mudah yang

diambil mereka ialah memperkecilkan orang lain agar sama dengan

sifat penakut yang mereka ada. Hal yang demikian hanya boleh

dilakukan dengan cara menyebarkan fitnah dan mengadu domba

antara satu sama lain. Maka jadilah orang itu sebagai manusia toksid

yang sangat hebat fitnahnya.

Page 287: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

275

Manusia toksid ini rata-ratanya tidak mempunyai apa-apa

kemahiran yang tertentu. Hal yang demikian akan menjadikan

mereka berasa rendah diri dan sentiasa rendah diri kerana berada

dalam keadaan serba kekurangan. Sebagai cara mengatasinya, jalan

mudah yang boleh diambil ialah membuktikan betapa orang lain pula

tidak ada kemahiran pada satu-satu tahap yang tertentu. Untuk

membuat pembuktian berkenaan, tohmahan adalah satu langkah

yang mereka jadikan pilihan.

Manusia toksid ini juga pada kebiasaannya pernah mengalami

kekecewaan. Perasaan kecewa yang dialami mereka menyebabkan

mereka tidak mahu lagi menghadapi sebarang cabaran. Konsep

’belajar melalui kesilapan’ tidak dapat diamalkan mereka lagi. Mereka

serik dengan kesilapan yang dialami hingga menyebabkan mereka

tidak mahu menanggung risiko dalam pekerjaan yang boleh

menyebabkan kekecewaan. Apabila ada orang lain yang tidak

berwatak seperti mereka, tentunya akan menyebabkan mereka

berasa iri hati dan tidak menyenangkan.

Selain daripada itu, manusia toksid terbentuk kerana

kegagalan mereka memperoleh penghormatan dari orang lain. Orang

lain tidak memberi penghormatan kepada mereka disebabkan

pelbagai alasan. Hal yang demikian termasuklah perwatakan yang

ada pada diri mereka yang tidak menyenangkan. Apabila orang lain

memperoleh penghormatan, hatinya akan berasa cemburu dan timbul

bibit-bibit rasa benci. Akhirnya akan mendorong diri mereka

memperkecilkan kebolehan orang lain agar orang yang berkenaan

pun tidak akan dapat penghormatan seperti mana kegagalan mereka

mendapatkan penghormatan dari orang lain. Maka jadilah dia

seorang manusia toksid.

Page 288: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

276

Kurang kesedaran diri juga akan menyebabkan seseorang itu

terjerumus menjadi manusia toksid. Orang yang tidak sedar diri,

biasanya lupa akan dirinya. Dia tidak tahu di mana kedudukannya

berada. Hinggakan ada yang berada dalam lapisan pengurusan

bawahan yang berlagak umpama berada di lapisan pertengahan. Kita

masih ingat betapa teruknya seseorang yang bodoh sombong.

Lebih-lebih lagi jika orang berkenaan merupakan golongan pelaksana

yang bertanggungjawab menjalankan arahan yang diberi.

Kurang kesedaran diri akan menjadi lebih parah jika

bercampur dengan sifat yang melambangkan kurangnya didikan

agama. Mereka tidak terdidik betapa umpat-mengumpat adalah

merupakan perbuatan yang dilarang agama. Lebih-lebih lagi

perbuatan mereka yang suka membuka aib seseorang. Kalau mereka

mempunyai agama, pastinya perbuatan-perbuatan tersebut dapat

dihindari. Mereka berasa puas apabila dapat menghilangkan

kepercayaan orang lain terhadap seseorang itu. Terpaksalah mereka

menyusun kata-kata palsu yang indah bagi mendapatkan

kepercayaan orang lain atas penceritaan atau pembuktian mereka

sendiri. Merekalah sejahat-jahat manusia yang asli toksidnya.

Oleh sebab manusia toksid akan sentiasa berligar-ligar di

sekeliling kita, maka dalam hal ini, perbaikilah diri kita agar kita dapat

membina perisai yang boleh menahan sifat-sfat manusia toksid itu

daripada menghampiri atau meresapi diri kita sendiri. Hal yang

demikian akan menjadikan kita bekerja atau menjalankan tugas

secara berfokas dan dalam keadaan seronok dan selesa. Kita

tentunya tidak ada masa untuk memberi komen yang tidak tentu

kebenarannya. Kebolehan menjauhi diri daripada menjadi alat

Page 289: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

277

manusia toksid yang lain, akan membolehkan kita menjadi manusia

hebat dalam apa saja jawatan yang diamanahkan pada kita.

Diri kitalah sendiri yang boleh membuat perisai diri agar kita

tidak akan menjadi manusia toksid. Oleh itu, kita perlu mempastikan

diri agar sentiasa bermotivasi. Orang yang sentiasa bermotivasi akan

menjadikan dirinya berfikiran positif. Jangan wujudkan sebarang

ruang yang membolehkan mereka mempengaruhi diri kita. Hal yang

demikian akan menghalang dirinya daripada menjadi manusia toksid.

Untuk memupuk sifat motivasi diri, terlebih dahulu kita perlu

benar-benar memahami tentang matlamat persatuan atau matlamat

organisasi kita. Matlamat tersebut akan mengarah cara kita bertindak

atau melakukan sebarang pekerjaan. Matlamat yang jelas akan

mendorong kita melakukan sesuatu perbuatan itu demi untuk

kebaikan persatuan atau organisasi kita. Tidak wujud sebarang

kepentingan diri yang boleh menghalang minat dan keikhlasan kita

untuk terus berbakti pada persatuan kita.

Kita tidak dapat menahan mulut kita daripada terus bercakap.

Cuma, perkara yang penting ialah bercakaplah tentang hal-hal yang

positif. Saya teringat kata-kata Tun Dr Mahathir yang pernah menulis,

”Rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa untuk berdebat

mengenai sesuatu idea baru supaya idea itu tidak perlu

dilaksanakan.” Di sinilah dapat kita lihat betapa kepimpinan secara

mutlak amat perlu diamalkan bagi mempastikan kita banyak bekerja

daripada banyak bercakap. Ustaz telah membuktikan kenyataan ini.

Kalau diikutkan perasaan, banyak perkara negatif yang boleh

dicari-cari. Malah, seronok untuk dibualkan. Pada hal,

Page 290: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

278

perkembangan yang tidak sihat itu tidak memberi sebarang makna

bagi perkembangan dan pembangunan diri kita. Malah, perbualan

yang bersifat negatif akan lebih banyak menyakitkan hati orang lain.

Hal yang demikian akan mewujudkan suasana yang tidak selesa di

tempat kita bekerja.

Oleh itu, bagi mempastikan diri kita tidak mudah terpengaruh

dengan unsur-unsur negatif maka eloklah kita sentiasa bercakap hal-

hal yang positif. Jika kita bertemu dengan mereka yang bercakap

dengan perkataan-perkataan negatif, kita akan ’melawannya’ dengan

percakapan menggunakan istilah-istilah yang positif.

Manusia toksid selalunya lahir dari mereka yang iri hati dan

mempunyai perasan benci yang amat menebal. Oleh itu, bagi

mengelak diri kita bersifat demikian, lebih baik kita meletakkan diri

kita sebagai orang yang penting dan sangat diperlukan tenaganya

demi kebaikan persatuan atau organisasi. Dalam hal ini, kita perlu

melibatkan diri kita dalam sebarang bentuk aktiviti atau

tanggungjawab tanpa menunggu arahan. Kesediaan menjalankan

sebarang tugas akan menjadikan diri kita terhindar daripada

perasaan benci atau iri hati pada orang lain.

Kita perlu akui bahawa sebagai manusia biasa, kita sering kali

merungut dan bersungut dalam satu-satu perkara. Pada orang yang

positif, sungutan itu tidak menghalangnya daripada meneruskan

sebarang tanggungjawab yang diletakkan di bahunya. Sungutan yang

timbul lebih berbentuk mengurangkan stress dan tidak akan kekal

pada dirinya. Sebaliknya, ancaman sungutan dan rungutan itu lebih

banyak pada orang-orang yang bersifat negatif. Merekalah yang perlu

diberi perhatian dan diberi motivasi dari masa ke masa.

Page 291: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

279

Oleh itu, kita perlu memotivasikan orang itu. Secara langsung

langkah kita tersebut akan dapat memotivasikan diri kita sendiri.

Apabila seseorang itu bersungut atau merungut di hadapan kita,

jangan sesekali mengiakan pendapatnya itu. Sebaliknya, bawa

perhatiannya kembali pada matlamat dan visi persatuan atau

organisasi. Beri logik kenapa kita perlu berkorban masa dan tenaga

untuk memajukan persatuan.

Dalam keadaan kita bersemangat untuk memotivasikan

dirinya, secara langsung diri kita juga akan memperbaharui tekad

untuk lebih bersemangat bagi membangunkan persatuan atau

organisasi yang kita berada. Jika semangat ini sentiasa ada pada

kita, saya yakin unsur-unsur toksid tidak akan dapat meresap dalam

jiwa kita.

Kita juga perlu sentiasa mengakui atas segala kesilapan yang

kita lakukan. Jangan bersifat mempertahankan diri. Sifat

mempertahankan diri tidak digemari orang lain. Orang yang tidak

mengakui kesilapan yang dilakukannya sangat banyak mencipta

alasan. Semua alasan tersebut hanya bagi melepaskan diri. Pastinya

dalam masa itu mereka akan menyalahkan orang lain. Itulah salah

satu punca yang boleh menyebabkan timbulnya gejala toksid dalam

diri kita sendiri.

Kalau kita berjaya menghalang diri kita daripada menjadi

manusia toksid, maka langkah kita seterusnya ialah mempastikan

keupayaan kita untuk menghadapi manusia toksid itu pula. Dalam

tulisan berikutnya saya sarankan beberapa langkah yang boleh kita

ambil ketika menghadapi atau berhadapan dengan manusia toksid

yang berada dalam persatuan atau organisasi kita sendiri.

Page 292: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

280

Langkah kita yang utama ialah jaga gerak laku kita semasa

berhadapan dengan manusia toksid. Jangan cepat melatah. Kuasai

diri kita agar jangan cepat menunjukkan riaksi pada perbuatan atau

percakapan mereka. Kita perlu sentiasa beringat agar jangan

sesekali bertengkar dengan golongan manusia toksid. Malah, jangan

ada sebarang riaksi dari kita yang boleh ditafsirnya sebagai

menerima atau menolak percakapan atau pendapat yang mereka

keluarkan. Mereka sentiasa menunggu riaksi kita. Sedikit riaksi yang

kita berikan maka mereka akan mentafsirnya mengikut tafsiran yang

mereka kehendaki. Kalau kita berjaya mengawal gerak laku kita,

maka akan menghindari diri kita daripada dijadikan alasan atau

dijadikan alat untuk menguatkan hujah mereka pada orang lain.

Oleh itu, semasa berhadapan dengan mereka, tunjukkan

memek muka yang tenang. Jangan sesekali menunjukkan memek

muka seolah-olah terkejut, marah atau bersifat terburu-buru. Mereka

tersangat suka jika kita memberi sebarang bentuk riaksi. Lain yang

kita maksudkan maka lain pula yang akan dikatakan mereka.

Selain daripada menjaga gerak laku kita, pemikiran kita juga

perlu dikawal. Mungkin kita boleh menerima pandangan mereka tapi

tidak secara bulat-bulat. Kita boleh terima dengan memberi beberapa

cadangan lain yang lebih membina. Dalam masa itu, jangan sesekali

kita membuat keputusan. Keputusan perlu ditangguhkan pada lain

masa. Biarlah mereka ternanti-nanti akan keputusan kita.

Perlu diingat juga, ketika mereka membuat komen pada orang

lain, pastikan diri kita tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jangan

buat sebarang komen yang boleh ditafsirkan kita menyebelahi pihak-

pihak yang tertentu. Mereka pasti akan pergunakan komen kita itu.

Page 293: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Manusia Toksid

281

Akhirnya, kuasailah jiwa kita sendiri ketika berhadapan

dengan manusia toksid itu. Kita perlu banyak bersabar ketika

berhadapan dengan mereka. Kalau diikutkan hati pastinya kita akan

membalas kata-kata mereka dengan kata-kata yang boleh

menyakitkan hati mereka pula. Tentunya hal yang demikian akan

mengeruhkan suasana. Sebaik-sebaiknya, jika berkemampuan,

berilah nasihat pada mereka supaya mengubah pelakuan busuk yang

menghinggapi diri mereka.

Kalau kita gagal memberi nasihat atau tidak berupaya

berhadapan dengan mereka, langkah yang terbaik boleh dilakukan

ialah dengan cara meninggalkan tempat tersebut. Jangan duduk

lama berhadapan dengan mereka. Lebih baik ’belah’ daripada

mendengar syarahan mereka.

Oleh itu, untuk mengatasi dan menyaingi manusia toksid

maka bangunkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Pastinya

penguasaan ilmu persilatan akan menjadikan diri kita lebih yakin dan

cekal untuk menghadapi golongan manusia toksid yang banyak

menimbulkan huru hara di muka bumi ini. Kita tentu ada pengalaman

dalam Silat Cekak.

Page 294: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

282

KUASA DAN SIFAT KEPEMIMPINAN

Dalam tulisan terdahulu, saya telah menyentuh tentang stail

kepemimpinan yang ada dalam Silat Cekak. Saya merujuk pada stail

kepemimpinan Ustaz dalam mengendalikan persatuan Silat Cekak

yang merupakan sebuah organisasi yang besar dan hebat. Stail

tersebut adalah berdasarkan kepemimpinan secara mutlak dan corak

demokrasi secara terpimpin terutamanya dalam hal-hal yang

berkaitan dengan bidang persilatan . Tafsiran saya itu pula adalah

berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya dalam bidang

pengurusan yang sekian lama.

Nampaknya stail kepemimpinan Ustaz sangat berjaya. Saya

sangat tertarik pada stail kepemimpinan yang sedemikian. Maknanya,

para pemimpin Silat Cekak yang mengurus persilatan dan persatuan

di mana-mana peringkat, sama ada di peringkat cawangan ataupun

di peringkat pusat, amat perlu menguasai ilmu pengurusan. Ilmu

pengurusan ini termasuklah kepimpinan, komunikasi, motivasi dan

pengurusan itu sendiri secara khusus. Dalam proses memimpin,

jangan lupa akan gelagat atau perwatakan pengikut kita yang

merupakan ahli silat merangkap ahli persatuan. Ilmu mengenai

mereka perlu dikuasai. Hal yang demikian kerana para pengikut yang

kita pimpin, juga akan mempengaruhi kejayaan persatuan atau

organisasi itu.

Dalam tulisan ini, saya akan sentuh lagi secara umum stail

kepemimpinan tradisi yang ada, umum dipraktikkan dalam mana-

mana organisasi atau persatuan untuk menambahkan pengetahuan

kita. Semoga tulisan ini dapat dijadikan panduan bagi Penyelia Kelas

dan Jurulatih agar dapat memimpin persatuan Silat Cekak dengan

Page 295: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

283

lebih baik. Kita doakan semoga pepecahan yang pernah berlaku

dapat dihindarkan terjadi lagi di masa-masa depan.

Saya selalu tegaskan betapa proses kepimpinan itu juga

memerlukan satu ’kuasa’ bagi membolehkan para pengikut kita

menurut arahan yang kita berikan. Sebagai pengurus, kuasa

diperoleh melalui peraturan-peraturan yang ada. Manakala pada

konsep kepimpinan, kuasa itu adalah merujuk pada pengaruh yang

kita ada bagi menggerakkan orang lain melakukan sesuatu kerja itu

secara sukarela, bukannya atas arahan atau secara terpaksa.

Secara ilmiahnya, Kepimpinan adalah merupakan sebagai

satu proses hubungan antara dua atau lebih manusia. Proses

perhubungan itu adalah berterusan. Bukannya boleh dibuat sehari

dua. Dalam proses itu seseorang individu itu cuba mempengaruhi

orang lain ke arah pencapaian sesuatu matlamat atau tujuan.

Bukannya matlamat atau tujuan peribadi, melainkan matlamat dan

tujuan organisasi. Mereka tidak rela menjahanamkan organisasi yang

mereka libatkan diri.

Kalau organisasi diibaratkan umpama sebuah kapal, seorang

pemimpin akan mempastikan kapal itu bergerak dengan sempurna

tanpa ada sebarang halangan. Tidak ada seorang pun ahli kapal

tersebut yang bersifat khianat hingga akan menyebabkan kapal

tersebut boleh tenggelam. Namun begitu, kita perlu pastikan semua

ahli bersifat setia. Pengetahuan tentang perwatakan para ahli yang

merupakan pengikut kita adalah amat perlu. Saya telah menyentuh

hal yang demikian dalam tulisan yang lalu.

Page 296: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

284

Para pemimpin persatuan atau organisasi itu juga mestilah

ikhlas akan kepimpinannya. Kalau mereka mempunyai kepentingan

diri, maka bukanlah mereka bersifat pemimpin. Melainkan sebagai

petualang yang juga berusaha membocorkan kapal yang dinaiki. Biar

tenggelam bersama asalkan puas hati. Itulah yang selalu saya

katakan sebagai golongan haprak dan bukannya golongan pemimpin.

Saya juga telah menyentuh perkara tersebut dalam tulisan yang

terdahulu.

Dalam konteks kepemimpinan, pengaruh dan nilai-nilai murni

yang ada pada seseorang pemimpin itu akan menjadikan organisasi

yang dipimpinnya berada dalam landasan yang kukuh dan mantap.

Pengaruh yang dipunyai oleh seseorang itu pada kebiasaannya

dikaitkan dengan kuasa (POWER) yang dimilikinya. Maknanya kalau

seseorang itu mempunyai pengaruh, bermakna itulah kuasa yang

ada pada dirinya. Melalui kuasa yang sedemikian akan menjadikan

para pengikutnya akan memberikan ketaatan tanpa berbelah bahagi.

Saya ingin menarik perhatian pembaca tentang kepimpinan

ustaz itu sendiri. Saya merujuk diri saya sendiri betapa saya akan

melakukan arahannya tanpa ada perasaan membantah. Hal yang

demikian berlaku secara spontan. Mungkin ada pelbagai perasaan

yang bercampur-campur bagi membolehkan kita menurut sahaja

arahan-arahannya. Nak kata takut, ada juga. Nak kata hormat, ada

juga. Nak kata sayang, ada juga. Macam-macam perasaan yang

bercampur-campur. Seolah-olah macam kita terpukau. Hal yang

demikianlah menyebabkan timbulnya perasaan tak puas hati pada

orang lain yang terdekat dengan kita. Hingga ada yang mengatakan

betapa Ustaz menggunakan ilmu untuk membolehkan anak muridnya

menurut apa saja yang dikata Ustaz. Itulah antara lain tafsiran yang

Page 297: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

285

ada ketika itu bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan kebolehan

dan kejayaan Ustaz.

Apabila saya berpeluang mendapatkan pengetahuan dan

pengalaman, rupa-rupanya Ustaz telah berjaya memainkan

peranannya sebagai seorang pemimpin, di samping sebagai

pengurus persatuan. Kehebatan Ustaz memimpin kerana Ustaz

mempunyai pengaruh yang kuat atas anak muridnya. Pengaruh itu

adalah merupakan kuasa padanya untuk menggerakan para ahli bagi

memajukan persilatan dan persatuan. Pengaruh yang merupakan

kuasa pada Ustaz itu bukannya terletak pada jampi serapah semata-

mata. Tidak ada ’ilmu’ yang dikenakan pada anak-anak muridnya,

melainkan kewibawaan Ustaz yang begitu hebat ketika itu yang tidak

ada tolok bandingnya.

Kita yang memimpin persatuan atau sebarang organisasi juga

boleh menjadi seperti sifat kepimpinan yang ada pada Ustaz. Tak

payah baca-baca. Tak perlu amal-amal ayat. Dalam tulisan ini saya

cuba bincangkan cara-cara kita menegaskan pengaruh kita yang

akhirnya akan menjadi kuasa kepada kita untuk mempengaruhi

orang lain menurut apa yang kita arahkan.

Pengaruh yang ada pada sesorang pemimpin itu untuk

mempengaruhi orang lain, adalah pelbagai. Pengaruh ini berkait

rapat atas kuasa yang ada padanya. Kalau dia dilantik atas kuasa

yang sah, maka pengaruhnya adalah berasaskan pada proses

peraturan atau pengundian. Persatuan kita ada mesyuarat agungnya.

Di situlah lantikan bermula. Apabila dilantik, maka sahlah kuasa yang

ada pada kita. Melalui kuasa yang sah itu, kita boleh mempengaruhi

orang lain untuk menurut arahan-arahan yang diberikan. Walau

Page 298: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

286

bagaimanapun, kuasa yang ada itu tidak kekal. Hilang kuasa maka

akan hilanglah pengaruhnya.

Itu sebabnya, orang yang berkuasa akan sedaya upaya cuba

mengekalkan kuasa yang ada. Macam-macam perkara yang

dilakukannya. Mungkin melibatkan wang ringgit atau sebagainya.

Sebab dia tahu, apabila hilang kuasa yang sah itu, maka akan

hilanglah pengaruhnya. Orang lain tak akan peduli lagi.

Tidak hairanlah kita lihat ada dalam kalangan kepimpinan kita yang

berhempas pulas mendapatkan kuasa semula dengan pelbagai cara.

Satu cara yang mudah ialah fitnah dan memfitnah. Orang-orang jenis

ini tak mementingkan masa depan persatuannya. Apabila

kepentingan diri mengusasai dirinya, maka membujur lalu melintang

patah. Berpecahlah kita. Apah tak dirasanya. Puas hati hinggalah dia

sendiri yang mati dengan membawa kisah perjuangan diri.

Jenis kuasa yang ada kaitan dengan kuasa sah ialah kuasa

secara paksaan. Dengan kuasa yang ada, seseorang itu boleh

memaksa orang lain melakukan arahan yang diberikan. Beliau bukan

setakat boleh memberi pengiktirafan, malah beliau juga boleh

menghukum berdasarkan kuasa yang ada atas jawatan yang

disandangnya. Kumpulan ini kerap kali mendapatkan kerjasama

orang lain secara mengancam. Hal yang demikian akan

menyebabkan orang lain mengikut perintah terutamanya pada

mereka yang kecil anunya. Mereka tidak berani membantah. Lebih-

lebih lagi pada mereka yang tidak mahu karenah. Main selamat.

Sifat kepimpinan demikian dalam Silat Cekak banyak berlaku

dalam zaman PA dan awal zaman En Mat, sebelum kumpulan En

Page 299: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

287

Mat berpecah lagi. Ketika itu, mereka yang ada kuasa selalu

menunjuk-nunjukkan kuasa yang ada untuk memaksa orang lain

mematuhi segala arahannya. Dulu, zaman Ustaz, orang ikut arahan

kerana segan. Tapi kemudiannya orang lain ikut arahan kerana

paksaan dan ketakutan dipecat atau diketepikan. Sengaja saya tidak

mahu memberi contoh-contoh nama dalam tulisan ini. Guru

Wawasan dan kuncu-kuncunya amat arif dalam bidang ini.

Hinggakan ada juga dalam kalangan pemimpin cawangan yang

berair dalam seluar sendiri. Kecut perut setiap kali bersua muka

dengan mereka. Muhasabah diri selalaunya tidak menjadi. Takut dan

kecut perut pada ketua berkenaan. Rasa-rasanya ada juga

kepentingan diri yang menguasai diri.

Biasanya orang-orang ini yang suka memaksa, sukar

mendapatkan sokongan secara suka rela dari para ahli. Hal yang

demikian berlaku kerana para ahli sentiasa takut pada mereka.

Namun begitu, atas kuasa paksaan tersebut, kumpulan ini tetap ada

pengaruh untuk menggerakkan orang lain melakukan pekerjaan atau

arahan yang disuruh. Amat kurang yang membantah, gara-gara takut

dipecat. Kepentingan diri juga namanya.

Sepanjang pengalaman saya, stail kepimpinan secara

paksaan untuk mendapatkan pengaruh, bukanlah sifat Ustaz. Arahan

yang dituruti ahli secara sukarela, bukanlah paksaan namanya.

Walaupun para ahli menuruti arahan tanpa bantahan, itu menunjukan

penghormatan yang diberi pada Guru Utama. Penghormatan itu

adalah menunjukkan pengaruh yang kuat pada Guru Utama atas

anak muridnya. Pengaruh itulah merupakan kuasa yang ada pada

Ustaz tanpa dipaksa-paksa. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin

Page 300: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

288

kanan Silat Cekak yang lain. Mereka ditaati kerana penghormatan

yang diberi oleh para ahli.

Selain daripada isi perbincangan di atas, seseorang itu juga

akan mempunyai pengaruh pada orang lain jika dia berkemampuan

memberi ganjaran sama ada dalam bentuk wang, perakuan atau

pengiktirafan ataupun yang paling mudahnya ialah pujian.

Keupayaannya berbuat demikian akan menjadikan orang lain

bergantung harap dan terpaut hati padanya. Keadaan ini akan

menjurus pada prinsip penghormatan dan ketaatan pada pemimpin.

Konsep orang berbudi kita berbahasa dan ada ubi ada batasnya, ada

budi maka ada balasnya adalah tidak asing lagi bagi masyarakat

Melayu. Jika budaya ini dapat dipraktikkan dalam proses kepimpinan

kita, pastinya perbuatan kita itu akan meninggalkan kesan yang amat

baik dan menggalakkan dalam hubungan ahli dengan pemimpinnya.

Secara langsung pemimpin itu boleh mempengaruhi para

pengikut atau ahli-ahli yang dipimpinnya dalam pelbagai segi. Ahli-

ahli yang dipimpin pasti akan memberi penghormatan secara

langsung dan mungkin secara tidak disedari. Sebagai pemimpin, kita

tidak perlu menagih penghormatan. Sebaliknya penghormatan itu

akan lahir secara sendirinya dari para pengikutnya. Penghormatan

yang ada memudahkan proses mempengaruhi. Itulah salah satu

bentuk kuasa yang boleh dilahirkan kerana kelebihan yang ada pada

dirinya.

Cuba kita lihat faktor ganjaran pada ahli yang boleh berlaku

dalam konteks Silat Cekak. Contohnya ialah peranan Jurulatih yang

mungkin merangkap Penyelia Kelas. Untuk memberi wang sebagai

ganjaran pada ahli, mungkin agak susah. Namun, ganjaran berbentuk

Page 301: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

289

menambahkan pengetahuan ahli dalam bidang persilatan boleh

dilakukan. Ahli yang sedang belajar silat, pastikan mereka diberi

petua-petua yang berkesan untuk memperbaiki sebarang kelemahan

dalam penguasaan gerak. Manakala mereka yang telah tamat

pembelajaran Silat Cekak, ilmu mereka boleh ditambah dari masa ke

masa melalui kelas-kelas kemahiran atau melalui kefahaman Silat

Cekak dengan lebih mantap. Hal yang demikian adalah lebih

berfaedah jika dibandingkan ganjaran atau pengiktirafan melalui

majlis-majlis jamuan atau makan-makan di kedai makan bagi

menambat hati para ahli.

Oleh itu, para Jurulatih perlu sentiasa menambahkan

pengalaman dan pengetahuan pada dirinya sendiri. Pengetahuan

dan pengalaman itu amat berguna untuk dikongsi bersama dengan

anak didiknya. Para ahli yang dididik dalam bidang persilatan, akan

sentiasa menaruh harap pada Jurulatih berkenaan untuk

menambahkan ilmu mereka. Kekurangan ilmu dan pengalaman

dalam kalangan Jurulatih, mungkin akan menyebabkan anak didiknya

berasa bosan atau jemu untuk terus berada dalam kelas-kelas

kemahiran, misalnya.

Di samping itu, Jurulatih itu perlu sentiasa berada dalam

suasana yang cekap dan tangkas. Oleh sebab itu rajin-rajinlah

berlatih supaya gerak yang ada pada dirinya sentiasa mantap dan

berkesan hinggakan anak didiknya sentiasa menaruh keyakinan pada

mereka. Hal yang demikian akan menjadikan para ahli yang dipimpin

akan memberi penghormatan pada Jurulatih berkenaan. Hati mereka

akan terpaut pada kepimpinan Jurulatih tersebut. Akhirnya, segala

arahan yang diberi oleh Jurulatih berkenaan pasti akan dipatuhi tanpa

Page 302: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

290

rungutan dan anak didiknya akan akur pada segala arahan tanpa

ada sebarang bantahan.

Ustaz sendiri turun padang dalam kelas-kelas kemahiran.

Ustaz melatih anak didiknya sebagai usaha untuk menambahkan

pengetahuan dan pengalaman anak muridnya. Dalam proses

bimbingan Ustaz, kebolehannya sentiasa memperlihatkan

ketangkasan Ustaz bersilat. Tumbukan serangnya pasti akan

meraungkan penuntut yang kena. Konsep penumbuk ’tak nampak’

adalah jelas sekali. Hayunan kakinya pada pelipat sentiasa tepat dan

padat. Geraknya sukar dijangka. Sebagai anak didik Ustaz, pasti

mereka akan berasa kagum dan memberi penghormatan yang

tertinggi pada dirinya sebagai guru Utama, merangkap pemimpin

dalam semua segi.

Teringat satu peristiwa dalam kelas saya sendiri. Ustaz turun

padang untuk bersama dengan anak didik silat saya dalam kelas

silat. Ketika itu ialah pelajaran potong. Ustaz sendiri cuba

menerangkan tentang prinsip mengambil buah potong pada seorang

anak didik silat yang ada pengalaman yang luas dalam persilatan

Melayu. Ketika Ustaz membuat buah, murid berkenaan cuba

bertindak mematikan gerak Ustaz. Secepat kilat Ustaz dapat

memintas gerak murid berkenaan. Murid itu tergamam dan akhirnya

terpegun. Bukan mudah untuk mengatasi gerak yang dibuatnya

seperti yang dikatakannya pada saya kemudiannya.

Kehebatan Ustaz tersebut menjadi bualan. Semua murid Silat

Cekak di cawangan saya mengetahuinya. Berita itu tersebar luas di

tempat-tempat lain. Kehebatan Ustaz itu menjadikan dirinya dikagumi

dan diberi penghormatan. Pengaruh dan kepimpinan Ustaz semakin

Page 303: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

291

mantap. Kita menghormatinya bukan kerana jampi serapah atau ilmu

yang ’dikenakan’ pada para ahli. Sebaliknya penghormatan anak

murid pada Ustaz adalah atas kebolehan Ustaz yang hebat dalam

pelbagai segi, sama ada bidang persilatan, pengurusan dan

kepimpinan.

Walau bagaimanapun, malang juga pernah menimpa Ustaz.

Pernah saya ceritakan betapa Ustaz ’diserang’ kerana dikatakan

mengamal ilmu salah hingga menyebabkan ahli keluarganya yang

menuntut Silat Cekak dikatakan tak tentu arah. Semuanya gara-gara

ketaatan murid berkenaan pada Ustaz. Tapi saya tetap yakin.

Kewibawaan dan kehebatan Ustaz hingga Ustaz dihormati, bukanlah

kerana jampi serapahnya. Sebaliknya, seperti yang dikatakan,

kehebatan secara semula jadinya dalam pelbagai segi telah

menyebabkan Ustaz dihormati dan disegani oleh para penuntutnya.

Seseorang yang bermaklumat juga akan mempunyai

pengaruhnya pada orang lain. Maklumat yang ada padanya pastinya

maklumat yang penting dan diperlukan oleh pihak lain dalam

menjalankan tugas. Keperluan atas maklumat itu akan memudahkan

pemberi maklumat menegaskan pengaruhnya. Pengaruhnya atas

orang lain itulah merupakan satu kuasa yang dimilikinya untuk

menarik orang tersebut bekerjasama ke arah pencapaian matlamat

organisasi.

Dalam kelas-kelas Silat Cekak, para penuntut bukan setakat

inginkan ilmu persilatannya sahaja, malah mereka juga inginkan

pengetahuan tentang asal usul gerak dan asal usul persilatan itu

sendiri. Para Jurulatih yang berupaya mengungkai sebarang

persoalan mengenai silat dan sejarah persilatan, tentunya akan

Page 304: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

292

dihormati dan dipandang tinggi oleh para penuntut atau anak didik

silatnya.

Silat Cekak telah melahirkan tokoh-tokoh hebat sejak zaman

Ustaz lagi. Kehebatan mereka bersilat dan kehebatan mereka

memahami falsafah Silat Cekak, amat dikagumi. Kita dapat rasakan

betapa kuah telah tertumpah ke nasi. Tak perlu saya sebutkan

nama-nama mereka. Umum telah mengetahuinya. Penghormatan

pada mereka bukan kerana jampi serapah, melainkan kehebatan ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam persilatan Silat

Cekak.

Cuma malangnya, apabila kita berpecah, penghormatan pada

tokoh-tokoh tersebut telah berbelah bahagi. Mereka hanya dihormati

oleh ahli-ahli persatuan yang mereka berada dalamnya. Alangkah

ruginya pada ahli-ahli persatuan Silat Cekak yang berlainan

persatuan. Keberkesanan ilmu Silat Cekak pasti akan susut nilainya

apabila perjuangan persatuan mengatasi perjuangan persilatan.

Cukup setakat itu.

Pengaruh kita juga dapat dikuatkan jika kita ada hubungan

yang baik dan akrab dengan tokoh-tokoh yang tertentu. Dalam prinsip

kepimpinan, hubungan luas dan kebolehan berhubung dengan orang-

orang yang hebat akan membolehkan seseorang itu mendapat

pengaruh yang besar dalam satu-satu organisasi. Pengaruh yang

ada itu adalah merupakan satu kuasa yang boleh dimilikinya kerana

mereka berkeupayaan mempengaruhi orang lain.

Hubungan yang luas akan menjadikan dirinya disegani oleh

ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Secara langsung kata-katanya

Page 305: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

293

akan sentiasa diberi perhatian. Kejayaan berbuat demikian adalah

merupakan satu kuasa yang telah ada dalam dirinya. Kita tentu

berasa bangga jika Guru Utama kita mempunyai hubungan baik

dengan orang-orang kenamaan seperti para menteri. Lebih-lebih lagi

dengan Perdana Menteri atau para pemimimpin tertinggi negara.

Kebanggaan itu tentunya akan menebalkan lagi ketaatan dan

penghormatan kita pada Guru Utama. Itulah telahan saya.

Itu sebabnya, dalam konteks organisasi atau persatuan Silat

Cekak, orang-orang kanan Guru Utama adalah merupakan orang-

orang yang berpengaruh dan amat berkuasa. Sandarannya adalah

berdasarkan hubungan yang rapat dengan Guru Utama. Kata-kata

orang kanan ini mungkin merupakan kata-kata Guru utama. Oleh

sebab itu, orang-orang kanan ini sentiasa dihormati dan segala

arahan mereka sentiasa dipatuhi. Para ahli akan berasa segan, takut

dan berhati-hati.

Dalam zaman Ustaz, orang-orang kanan ini amat bijak

menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi para ahli bagi

mencapai maksud atau matlamat persatuan. Kehebatan mereka

mempengaruhi para ahli adalah merupakan satu kuasa yang ada

pada mereka. Banyak aktiviti pusat yang dijalankan di peringkat

cawangan dengan jayanya.

Walau bagaimanapun, dalam zaman guru-guru berikutnya,

prinsip mempengaruhi cawangan masih berjalan dengan lancar.

Banyak rekod yang tercipta hasil sokongan dari cawangan. Namun

begitu ada ketikanya juga kelebihan penghormatan itu

disalahgunakan. Kuasa yang ada membolehkan mereka memecat

Page 306: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

294

sesiapa saja yang dikehendaki mereka. Saya ada pengalaman

dalam hal ini.

Biasanya, orang-orang kanan yang mempunyai kelebihan

untuk merapatkan diri dengan Guru Utama adalah terdiri dari mereka

yang berjawatan. Namun begitu, saya yakin bahawa Guru Utama

juga membenarkan para ahli biasa untuk merapatkan hubungan

dengannya. Cuma, sejauh mana anak-anak muridnya atau ahli-ahli

biasa ini berjaya merapatkan hubungan dengan Guru Utama.

Hubungan yang rapat itu adalah amat perlu, bukan setakat dapat

menambahkan ilmu, tapi juga akan membolehkan diri sendiri

dihormati atau disegani oleh ahli-ahli yang lain.

Dalam hal ini, saya selalu tegaskan betapa para Jurulatih atau

pimpinan tertinggi cawangan perlu mempunyai hubungan yang rapat

dengan Guru Utama dan orang-orang kanan Guru Utama. Kebolehan

mereka merapatkan hubungan tersebut amat besar maknanya

terhadap penghormatan yang diberi oleh anak didiknya sendiri.

Penghormatan dari anak didiknya adalah secara tidak langsung dan

tanpa disedari. Mereka benar-benar melihat akan peranan Jurulatih

atau kepimpinan tertinggi tersebut sebagai mewakili Guru Utama

atau mewakili kepimpinan pusat. Penghormatan yang diberi itu akan

memudahkan mereka menggunakan kuasa mengarah dan

sebagainya.

Di samping itu, seseorang itu dapat mempengaruhi bagi

mendapatkan penghormatan dari orang lain kerana dirinya memiliki

moral yang tinggi, berperibadi mulia dan sentiasa menjadi sumber

inspirasi kepada orang lain. Mereka sentiasa dijadikan tempat rujukan

ahli-ahli bagi mendapatkan sesuatu penerangan atau mendapatkan

Page 307: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

295

satu ketenangan. Secara langsung mereka akan berupaya

mempengaruhi orang lain yang merujuk sesuatu. Secara langsung

mereka ini mempunyai satu kuasa yang membolehkan orang lain

mengikuti kehendak atau arahan yang diberikan.

Peranan Guru Utama dalam perbincangan di atas, tidak boleh

dinafikan keberkesanannya. Cuma, sejauh mana orang-orang

kanannya atau para pemimpin di peringkat cawangan dapat

memainkan peranan yang sedemikian. Saya rasa, ramai yang

berkebolehan dalam peranan tersebut. Di peringkat pusat ada ramai

tokoh yang berpengaruh kerana memiliki keperibadian yang tinggi.

Ada juga yang bergelar Ustaz atas sifatnya yang mulia dan hebat.

Namun begitu, ramai juga dalam kalangan golongan ini yang ’rosak’

akibat terlibat dengan politik silat. Kehebatan dan pengaruh mereka

hanya berkesan pada persatuan yang mereka sokong.

Alangkah baiknya jika kumpulan ini bersikap dan bersifat

dapat mengelak dalam politik Silat Cekak. Pasti mereka akan dapat

memainkan peranan sebagai orang tengah atau penenang dalam

pergolakan yang berlaku dalam Silat Cekak. Hal ini demikian kerana

mereka sentiasa dihormati dan disanjungi oleh para ahli. Tapi

apakan daya. Mereka juga bernafsu manusia dan bernafsu dunia

atau mungkin bernafsu gajah. Kepentingan diri terpaksa juga

diutamakan. Sekurang-kurangnya kepentingan memelihara

hubungan sesama kawan hingga sanggup menghancurkan persilatan

dan persatuan Silat Cekak.

Begitu juga dengan mereka yang memiliki ilmu pengetahuan,

kemahiran, latihan dan pengalaman yang luas dalam bidang

persilatan dan kefahaman Silat Cekak. Kumpulan ini juga adalah

Page 308: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

296

merupakan kumpulan yang sentiasa di hormati dan disanjungi.

Pengaruh mereka dalam kalangan ahli adalah hebat dan berkesan.

Kepakaran yang ada itu menyebabkan mereka berupaya

mempengaruhi orang lain. Hal yang demikian kerana atas kebolehan

itu, mereka akan dijadikan tempat untuk mendapat atau

menambahkan pengetahuan Silat Cekak dalam kalangan ahli.

Secara langsung juga orang itu telah mempunyai kuasa yang tertentu

kerana berupaya mengarahkan orang lain atau menjadikan orang lain

mengikut arahan atau pandangan yang dikeluarkan.

Tidak hairanlah, kita dapat lihat betapa ada para pemimpin

pusat yang cuba menonjolkan diri dalam aspek kehebatan ini.

Mereka berusaha keras bagi membuktikan betapa diri mereka adalah

pakar dalam bidang persilatan. Seboleh-bolehnya mereka ingin

meletakkan diri mereka setaraf dengan Guru Utama. Tentunya

selepas zaman Ustaz Hanafi. Masa Ustaz, tidak ada siapa pun yang

berani menyaingi kehebatan Ustaz. Nak bersaingpun tak ada

siapapun yang peduli. Kalau bersaing juga, maknanya akan terketepi.

Oleh sebab ingin menonjolkan diri sebagai ahli terhebat dalam

Silat Cekak, wujudlah kursus-kursus atau pelarasan pelajaran Silat

Cekak dalam kalangan ahli-ahli seluruh negara. Keselarasan buah

yang pernah dibuat oleh Ustaz, cuba diselaraskan lagi. Maka

terciptalah teknik-teknik baru dalam pelajaran Silat Cekak. Ketika ini

pun, dikatakan sistem penyampaian juga diubah-ubah mengikut

pengetahuan sendiri.

Sejak zaman PA lagi sebelum berpecah, usaha-usaha

tersebut dilakukan oleh kumpulan individu tertentu bagi ’menjual’

kehebatan diri. PA sendiri terketepi dan tidak tahu wujudnya buah-

Page 309: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

297

buah yang diselaras. Beliau sendiri pernah melahirkan

kekecewaannya itu pada saya. Rupa-rupanya perbuatan tersebut ada

strateginya. Sekarang ini mereka berada dalam kumpulan yang

tertentu. Ahli-ahli yang baru tetap mengkagumi kebolehan mereka.

Pengaruh mereka begitu menebal dalam kalangan ahli-ahli baru

tersebut. Mereka dihormati dan ditaati. Itulah kehendak dan hajat

mereka. Apabila diri ditaati dan dihormati maka mudahlah mereka

memberi arahan yang mudah dituruti tanpa ada apa-apa bantahan

dari ahli. Itu juga dinamakan kuasa.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi ketika menerima Pingat

Berjasa melalui Mufti Negeri Perak pada tahun 1987.

Page 310: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

298

Kesimpulannya, kepimpinan dalam organisasi melibatkan

semua peringkat. Kuasa bukan hanya kepunyaan pengurusan

atasan, malah kepunyaan bersama dan kait-mengait. Mereka yang

berada di bahagian pengurusan bawahan atau di bahagian

pengurusan pertengahan, juga mempunyai kuasa. Jika mereka

bersatu, pasti akan mendatangkan masalah pada pengurusan atasan

atau kepimpinan tertinggi. Begitu juga sebaliknya. Berdasarkan

kenyataan inilah maka kita jangan berasa hairan betapa seseorang

itu yang disanjung dalam mana-mana persatuan atau mana-mana

organisasi, jika tersilap langkah, orang itu akan diketepikan hingga

ghaib begitu sahaja.

Dalam konteks persatuan kita, banyak contoh yang boleh

diberi atau dinyatakan. Saya tidak akan menyentuh dengan teliti

dalam tulisan ini. Kita sendiri boleh lihat betapa mereka yang

berjawatan dan disanjung pada satu-satu ketika tapi akhirnya ada

yang diketepikan dan dilupakan langsung. Malah, contoh peristiwa

yang dikaitkan dengan guru-guru dalam Silat Cekak, juga melibatkan

faktor berkenaan. Cakap guru akhirnya diketepikan begitu saja.

Timbul barisan penentang dari bawah yang mencabar kewibawaan

guru. Itulah hukum persatuan yang tidak boleh dihindari.

Keberkesanan Kepimpinan bergantung pada jenis dan cara

seseorang pemimpin itu menggunakan kuasa. Oleh itu, para Jurulatih

yang memegang kelas atau penyelia kelas Silat Cekak, perlu

menyedari hakikat betapa pentingnya mereka berupaya

menyebarkan pengaruhnya pada para penuntut. Keupayaannya

berbuat demikian akan menjadikan dirinya akan dihormati dan arahan

atau percakapannya akan dipatuhi oleh pelbagai pihak yang

dipimpinnya. Milikilah pelbagai saluran untuk mendapatkan kuasa.

Page 311: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

299

Hal yang demikian akan mendatangkan faedah yang besar pada diri

mereka sendiri.

Itu sebabnya terdapat dalam kalangan Jurulatih dan

kepimpinan di peringkat cawangan atau di pusat yang bersungguh-

sungguh untuk membuktikan kehebatan diri dalam kalangan ahli.

Tujuannya pasti inginkan penghormatan. Malangnya ada dalam

kalangan mereka yang bertindak secara negatif. Untuk

menghebatkan diri, terpaksa pula merendah-rendahkan orang lain.

Malah, guru utama sendiri dijadikan sasaran bandingan untuk

menunjukkan kehebatan mereka. Walau bagaimanapun, saya

percaya bahawa ahli-ahli kita berupaya membuat penilaian sendiri

bagi menentukan kehebatan seseorang itu dalam persilatan. Namun

begitu ada juga dalam kalangan mereka yang bersifat benak. Kurang

mengerti makna maknikam.

Dalam konteks kuasa, pelantikan seseorang itu sebagai

Jurulatih adalah merupakan kuasa sah yang diberi mandat oleh Guru

Utama. Pelantikannya tidak boleh disanggah oleh sesiapa. Guru

berhak melantik sesiapa sahaja. Cuma, ada yang terlantik atas syor

dari orang besar yang berkepentingan. Malang juga akhirnya.

Namun begitu, mereka yang telah dilantik sebagai Jurulatih

maka hebatkan diri supaya para Jurulatih yang dilantik itu dapat

dijadikan tempat rujukan, mempunyai maklumat yang luas tentang

Silat Cekak, memiliki moral yang tinggi, memiliki ilmu pengetahuan

yang hebat, kemahiran yang mantap, mempunyai idea

mengendalikan latihan dalam kelas dan pengalaman yang luas

dalam pelbagai aspek persilatan Silat Cekak. Kepakaran dalam

persilatan Silat Cekak sama ada segi kefahamannya atau fizikalnya

Page 312: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

300

akan membolehkan dirinya sentiasa dihormati oleh semua ahli dalam

persatuan. Secara langsung Jurulatih itu akan mempunyai kuasa dari

aspek kepemimpinan dalam kelasnya sendiri.

Namun begitu, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian

maka berhati-hatilah dalam tindakan. Jika tersilap langkah, hebat

setakat manapun akhirnya akan membawa padah pada diri sendiri.

Diri mungkin terketepi. Lebih-lebih lagi dalam suasana pepecahan

yang ada sekarang. Tersilap langkah memilih guru atau berkiblatkan

persatuan yang berlainan faham, maka diri akan terketepi sepanjang

hayat. Oleh itu, saranan saya, buatlah tugasan silat seikhlas mungkin

berdasarkan kefahaman yang telah diasaskan oleh Ustaz. Jangan

langsung ada kepentingan diri.

Seperti yang saya katakan, sifat-sifat murni yang ada pada

seseorang pemimpin itu akan banyak mempengaruhi organisasi atau

persatuan yang dipimpinnya. Terdapat banyak sifat yang boleh kita

jadikan panduan. Seseorang Jurulatih itu perlu pandai menggunakan

kuasa atau mandat persilatan tanpa menimbulkan syak wasangka

pada penuntutnya. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa supaya

diri sendiri tidak dikenali sebagai gila kuasa.

Jalankan tugas yang diberi Guru Utama secara bersih, cekap

dan amanah. Ketika menjalankan tugas Jurulatih perlu mempunyai

kerelaan untuk menghadapi risiko dan mencuba aspek pengendalian

kelas secara luar biasa untuk kebaikan para penuntutnya. Idea

pengajarannya mestilah kreatif tapi masih mengikut garis panduan

yang ditetapkan oleh Guru Utama. Jangan memandai-mandai.

Page 313: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

301

Dari segi pergaulan, pupuk sikap saling hormat-menghormati

antara satu sama lain. Sama ada dengan para penuntut atau dengan

sesama Jurulatih. Sentiasalah mengambil berat dan

bertanggungjawab sesama ahli dalam satu-satu kelas. Jika ada

antara mereka yang memerlukan bantuan, maka hulurkan bantuan

tersebut secara ikhlas.

Pengurusan yang dijalankan perlu sentiasa bersifat

bertimbangrasa dan mengambil pendekatan penyertaan dalam

pengurusan. Jangan asyik mengarah tanpa sama-sama mencari arah

bagi menjayakan sesuatu program. Kerelaan berkongsi kerja dan

kuasa akan membolehkan suasana dalam persatuan menjadi

harmonis dan selesa. Stress akan dapat dikurangkan. Hal yang

demikian akan memberi sumbangan yang besar pada kemajuan

persatuan yang mereka ceburi.

Sebagai Jurulatih yang memiliki peribadi yang tinggi, mereka

mestilah menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mereka

akan dapat menjauhkan sifat ego kerana mempunyai emosi yang

seimbang dan pandai bermesra. Hal yang demikian menjadikan diri

mereka sentiasa memberi teladan yang baik kepada ahli organisasi

yang lain.

Tugas yang dimanahkan kepada mereka mestilah sentiasa

dijalankan dengan sempurna. Fizikal mereka mesti sentiasa

bertenaga, menggalak dan memberi sokongan serta sentiasa

mengiktiraf dan menghargai setiap kemenjadian ahli atau

penuntutnya. Hal yang demikian kerana dia menyedari tentang

kemajuan diri sendiri dan kemajuan penuntut-penuntut pimpinannya.

Page 314: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Kuasa dan Sifat Kepimpinan

302

Dalam setiap perbincangan, tidak menampakkan sifat

sombong atau bongkaknya. Beliau sentiasa berfikiran terbuka dan

mengalu-alukan nilai positif dalam kalangan penuntutnya. Hal yang

demikian kerana beliau sendiri sentiasa mewujudkan mutu atau

kualiti dalam kalangan penuntutnya sama ada hasil pekerjaan atau

hasil pembelajaran silat.

Corak pengurusannya dalam kelas tidak mengongkong.

Beliau tidak cuba sentiasa mengawal para ahli hingga menimbulkan

ketegangan. Sikapnya yang sentiasa terbuka kepada kritikan yang

membina akan menjadikan dirinya akan bertindak dengan sabar dan

adil serta tidak pilih kasih. Itulah antara sifat yang kita inginkan

apabila memandu para ahlinya dalam bidang persilatan Silat Cekak.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi sedang berbincang dengan En Mahadi (Bendahari) dan En Fuad (Setiausaha) mengenai urus tadbir Persatuan.

Page 315: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

303

NILAI DAN KEPEMIMPINAN

Berbalik pada objektif penulisan dalam blog ini, kita sambung

lagi tentang peranan para Jurulatih yang merupakan pemimpin

persilatan. Saya selalu tekankan peranan Jurulatih kerana saya

percaya merekalah barisan penting yang akan menentukan kemajuan

dan pembangunan Silat Cekak. Ilmu dan kemahiran mereka bukan

setakat bidang persilatan Silat Cekak sahaja, malah meliputi ilmu-

ilmu lain yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, motivasi,

komunikasi dan sebagainya.

Selalu saya tegaskan betapa hebat atau tidaknya pesilat yang

dilatih dalam satu-satu kelas latihan Silat Cekak adalah banyak

bergantung pada peranan Jurulatih. Para pesilat sentiasa

mengharapkan agar Jurulatih yang melatih mereka benar-benar

berkemampuan dalam bidang persilatan dan kefahaman Silat Cekak.

Mereka akan merintih ketika menerima pelajaran Silat Cekak jika

terdapat Jurulatih yang tidak berkemampuan dan panas baran. Hati

mereka terpaksa menerima sifat Jurulatih tersebut. Sikap yang

demikian hanya timbul apabila para penuntut ada pilihan pada

Jurulatih. Mereka akan suka membanding-bandingkan sesama

Jurulatih yang melatih mereka.

Sebaliknya, jika kewujudan Jurulatih adalah terhad, maka

mereka akan menerima seadanya pada Jurulatih yang terhad

tersebut. Jika sudah ’tidak tahan’ dengan pembawaan Jurulatih

berkenaan maka mereka meninggalkan Silat Cekak buat sementara

ataupun buat selama-lamanya. Mungkin kita boleh mengatakan

mereka itu tidak ada rezeki. Hakikatnya, kita gagal untuk mendidik

Page 316: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

304

manusia yang bergelar Melayu supaya menguasai pusaka nenek

moyangnya.

Saya juga selalu tegaskan betapa Jurulatih itu sendiri banyak

mempengaruhi anak didiknya. Malah, di sesetengah cawangan atau

di pusat-pusat latihan Silat Cekak yang tertentu, pengaruh Jurulatih

telah menyamai Guru Utama; dan dalam satu-satu kes yang tertentu,

pengaruh Jurulatih telah mengatasi pengaruh Guru Utama itu sendiri.

Contohnya boleh kita lihat dalam suasana kita berpecah baik zaman

PA atau di zaman En Mat. Hinggakan untuk mendapatkan tenaga

dalam kalangan anak didik Jurulatih berkenaan, perlu mendapat restu

daripada Jurulatih itu. Bersyukur, sikap yang wujud itu hanya sesuai

pada pembawaan Guru Wawasan dan Guru Persatuan.

Oleh sebab itu, saya selalu sarankan supaya para Jurulatih

dan kepimpinan yang lainnya agar benar-benar memahami

perjuangan Silat Cekak dan mengamalkan adat dan adab yang ada

dalam Silat Cekak. Ketaatan pada Guru Utama mestilah dijadikan

tunjang utama. Pengaruhilah para ahli supaya mereka bergerak

secara sederap untuk mencapai matalamat persatuan. Jangan

sesekali pengaruhi mereka yang sedang belajar Silat Cekak untuk

kepentingan diri, termasuk jualan langsung yang bermaharaja lela

pada satu ketika yang lalu.

Salah satu adab yang patut ada pada barisan kepemimpinan

Silat Cekak ialah mengamalkan nilai-nilai murni sebagai pemimpin

persatuan atau pemimpin organisasi. Malah, nilai-nilai inilah yang

sepatutnya menjadi amalan dan pakaian manusia yang bergelar

pemimpin. Apatah lagi ketika menjadi manusia pemimpin terhebat

dalam Silat Cekak. Jadilah diri umpama lebah yang sentiasa memberi

Page 317: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

305

manfaat pada yang lainnya. Jangan berumpama lalat. Mana saja

tempat yang didatanginya, akan menjadi porak peranda. Sepatutnya,

kehadiran dan penglibatan kita benar-benar memberi manfaat pada

ilmu yang ditinggalkan oleh Ustaz. Mengembangkan tinggalan ilmu

tersebut akan memberi manfaat kepada Ustaz sendiri. Itulah juga

tandanya kita benar-benar menyayangi dan mengkagumi jasa-jasa

Ustaz. Bukan hanya setakat bacaan tahlil setiap tahun. Makanannya

tentu sedap, tapi pahalanya tak tentu sampai. Atau bukannya kita

asyik bercakap kosong untuk mempertahankan ilmu yang ditinggal

Ustaz, sebaliknya merobak robek isi dan sistem pelajaran yang telah

dimantapkan oleh Ustaz.

Saya yakin, nilai-nilai murni yang ada dan diamalkan pada

para Jurulatih, para kepemimpinan tertinggi, pengurusan

pertengahan dan pengurusan pelaksana, akan menjadikan persatuan

atau organisasi berkenaan dalam keadaan mantap dan tersusun

baik. Iklim persatuan turut menjadi baik dan sejahtera. Hal yang

demikian akan menjadikan persatuan atau organisasi berkenaan

semakin hebat dari masa ke masa.

Dalam amalan kepimpinan, nilai yang dipunyai oleh

seseorang individu akan mencorakkan gaya kepimpinannya dan

corak kepimpinan akan mencerminkan sifat kepimpinan yang

diamalkan. Para ahli atau pengikut yang dipimpinnya boleh membuat

tafsiran atau pandangan pada bentuk kepimpinan tersebut. Dalam hal

ini, teori-teori kepimpinan yang banyak diperkatakan, bukanlah

sesuatu yang mudah untuk ditiru-tiru. Sebaliknya, nilai yang ada pada

seseorang itulah yang akan menentukan corak kepemimpinannya.

Kita mungkin boleh mendakwa diri kita sebagai berfikiran terbuka dan

rela menerima sebarang kritikan. Hal yang demikian hanya

Page 318: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

306

pandangan atau pendapar kita sahaja. Hakikatnya, orang yang

berada di sekeliling kitalah yang boleh dan layak memberi padangan

tersebut. Itu sebabnya kita dapati ada yang mendakwa dirinya

berfikiran terbuka, pada hal tafsiran orang lain menganggapnya

berfikiran sempit dan tidak menerima atau tidak mendengar pendapat

orang lain.

Sebenarnya, nilai yang baik itu boleh dipupuk dari masa ke

masa. Nilai berkait erat dengan perbuatan yang berulang setiap masa

dan ketika. Perbuatan yang berulang itu akan mengasaskan sikap

dan apabila sikap itu telah sebati dan berkekalan pada seseorang

maka terbentuklah nilai pada seseorang itu. Nilai itu akan berkekalan

dan akan mencorak gaya kepimpinannya sama ada seseorang itu

sedar atau tidak. Itulah harga diri seseorang. Orang yang sentiasa

muhasabah diri atau menilai dirinya, akan menyedari kekuatan dan

kelemahan dirinya. Sesungguhnya, perbuatan tersebut adalah

merupakan satu penilaian pada nilai dirinya sendiri. Setiap

kelemahan, cubalah perbaiki. Kekuatan pada nilai diri yang ada

bolehlah dijadikan pengajaran pada anak buahnya atau para ahli

yang dipimpinnya dalam satu-satu persatuan atau dalam satu-satu

organisasi. Oleh itu, saya berpendapat eloklah bagi kita mengetahui

akan nilai-nilai umum yang sepatutnya ada dalam diri kita supaya kita

dapat memahami gerak laku kita sendiri.

Seperti yang saya tegaskan dalam tulisan terdahulu, ramai

dalam kalangan ketua atau pemimpin kita yang mendabik dada

dengan mengatakan bahawa dirinya adalah berfikiran terbuka. Pada

hakikatnya, hal demikian tidak pernah berlaku. Mereka tidak sedar

bahawa nilai yang ada pada dirinya, sebenarnya telah dan akan

mencorakkan sifatnya yang sebenar. Tak perlu dinyatakan sifat dan

Page 319: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

307

sikap kita pada orang lain. Sebenarnya orang lain sentiasa berupaya

untuk mentafsir tentang perwatakan diri kita. Oleh itu, kata-kata diri

sebagai berfikiran terbuka, lebih merupakan khayalan semata-mata.

Indah khabar dari rupa. Mungkin tak pernah berlaku pun dan hanya

menjadi bahan cemuhan ahli-ahli yang dipimpinnya sahaja jika cuba

ditegakkan benang yang basah.

Pada kebiasaannya, ada enam nilai yang biasanya ada atau

sepatutnya ada pada seseorang. Sejauh mana nilai-nilai tersebut

menjadi amalan atau kebiasaan atau pegangan seseorang dalam

kehidupan sehariannya. Semuanya bergantung pada individu

berkenaan. Namun begitu, sifat sederhana pada nilai-nilai yang ada

adalah merupakan sesuatu yang sangat baik. Sesuatu yang bersifat

keterlaluan, biasanya akan mendatangkan gejala buruk pada diri

sendiri dan diri orang lain. Hal yang demikian sesuailah dengan sifat

yang perlu ada pada seseorang iaitu kesederhanaan. Kesederhaan

akan menjadikan sesorang itu berupaya balik ke pangkal jalan

apabila melakukan kesilapan. Orang yang keterlaluan, biasanya

selalu terlanjur dan amat sukar untuk berpatah balik. ”Kalau dah jadi

’crook’ maka akan berterusanlah dirinya berwatak ’’crook’ dalam

persatuan.”

Nilai yang pertama patut ada pada kita ialah Nilai Teori.

Mereka yang mempunyai pegangan pada satu-satu teori apabila

membincangkan satu-satu tajuk atau perbahasan, akan dianggap

memiliki nilai teori tersebut. Sifat mereka umpama individu yang

bergantung pada ta’kulan. Pemerhatian mereka adalah secara

objektif. Mereka tidak ikut perasaan melainkan mempunyai

pendekatan yang kritis dan rasional. Mereka sentiasa menghargai

pembaharuan dan pengetahuan.

Page 320: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

308

Dalam hal ini, kita jangan terperangkap dengan istilah teori

tanpa pengetahuan yang jelas. Istilah teori adalah mengenai sesuatu

yang telah teruji kebenarannya. Hal yang demikian tentunya berbeza

dengan istilah hipotisis atau agakan. Maknanya, teori bukanlah

sesuatu yang tidak boleh berlaku seperti yang sering difahamkan

oleh mereka yang kurang berilmu, ”Alah! Teori aje bolehlah”. Mereka

yang berjaya mencipta teori adalah terdiri dari manusia yang

berhempas pulas memerah otak untuk mencari kebenaran pada satu-

satu perkara. Apabila terbukti kebenarannya maka barulah dijadikan

teori. Oleh itu, kita perlu berpegang pada satu-satu teori berdasarkan

kesesuaian fahaman kita dengan mereka yang berteori tersebut.

Nilai kedua yang perlu ada atau mungkin ada pada

seseorang ialah Nilai Ekonomi. Nilai ekonomi akan menjadikan

seseorang itu mementingkan apa sahaja yang berguna dan

mendatangkan keuntungan sama ada pada barangan atau pada

tenaga kerja yang disumbangkannya. Oleh itu, mereka akan

merancang dan berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara

sebelum melakukan sesuatu rancangan. Malah istilah ekonomi itu

sendiri adalah merujuk pada pulangan yang berfaedah yang boleh

diperoleh dari satu-satu aktiviti dan sebagainya.

Mereka yang mempunyai nilai ekonomi juga akan sentiasa

mengelak pembaziran. Mereka akan sedaya umpama menggunakan

sesuatu kemudahan itu semaksimum mungkin. Penjimatan

penggunaan meterial, terutamanya wang ringgit, amat dititikberatkan.

Salah satu dari caranya ialah dengan mengurangkan kesilapan.

Secara langsung, hal yang demikian akan memaksa mereka

membuat perancangan secara teliti.

Page 321: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

309

Orang yang tidak mempunyai nilai ekonomi, akan membuat

sesuatu perancangan berdasarkan hati. Impak kepada program itu

kurang dititikberatkan. Mungkin program itu dijalankan sebagai

memenuhi agenda yang telah ditetapkan. Setiap arahan akan

dijalankan atas sifat ’bersedia menjalankan tugas.’ Kalau dirujuk pada

pekerja pejabat, hari-hari datang kerja. Cukup masa, berhenti aktiviti

kerja dan pulang ke rumah. Esok datang lagi. Begitulah rutinnya

setiap hari. Hal yang demikian tentunya berbeza dengan mereka

yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Namun begitu, terlalu mementingkan nilai ekonomi akan

menyebabkan seseorang itu ’kedekut’ untuk berbelanja dan ’berkira’

menggunakan tenaganya sendiri. Setiap sen yang digunakan akan

dituntut balik kosnya dan setiap titik peluh yang keluar, akan ditagih

pulangannya. Itu sebabnya kita dapati ramai antara rakan kita yang

menuntut bayaran balik belanja photostat yang mungkin bernilai dua

atau tiga puluh sen. Ramai juga antara rakan yang membayar harga

makanan atau minuman yang dipesannya sahaja, walaupun makan

dan minum semeja bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Walaupun hubungan mereka adalah baik, namun, apabila menyentuh

soal duit dan pengorbanan tenaga, perangainya amat bertukar sekali.

Hilang nilai persahabatan, timbul nilai duitan dan nilai ’berkira’.

Selain dari itu, nilai yang ketiga adalah terdiri dari mereka

yang mempunyai Nilai Estatik. Orang yang bernilai estatik ini adalah

sentiasa menghargai keharmonian, kesucian dan kecantikan. Kerja

yang dihasilkan sentiasa kemas dan mementingkan kualiti. Mereka

tidak suka berbalah kerana mementingkan sifat tolak ansur dan

sering mengalah. Pakaian mereka juga turut kemas dan menarik.

Page 322: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

310

Kalau di pejabat, meja mereka tersusun dan tidak berselerak dengan

bahan-bahan yang tidak diperlukan lagi.

Sifat nilai estatik yang melampau pada seseorang mungkin

menyebabkan mereka kurang tegas dalam menentukan sesuatu

keputusan. Jaga hati. Sebaliknya jika nilai ini tidak ada langsung

pada seseorang, akan menjadikan sifatnya kasar, keras dan tidak

mempedulikan hati orang lain. Mereka hanya mementingkan

pelaksanaan kerja tanpa merujuk pada hal-hal kebajikan ahli-ahli

persatuan atau ahli-ahli organisasinya.

Nilai keempat yang ada dan perlu ada pada seseorang ialah

Nilai Sosial. Nilai ini bermaksud seseorang itu sentiasa

mementingkan hal-hal kebajikan sesama manusia. Mereka sering

bertanya khabar dan sentiasa mengambil tahu masalah yang

dihadapi oleh setiap ahli di bawah pengawasannya. Sifat sentiasa

bersedia memberikan pertolongan adalah menjadi amalan. Hal yang

demikian menjadikan perwatakan mereka sangat disenangi oleh

rakan-rakan sekeliling. Setiap masalah yang dinyatakan, akan

berakhir dengan keputusan yang amat menyenangkan.

Namun begitu, sifat melampau pada nilai sosial ini akan

menjadikan seseorang itu terlalu menyebok. Setiap perkara yang

berlaku akan dicari puncanya. Bukan untuk maksud penyelesaian,

tapi untuk kepuasan dirinya bagi mengetahui akan punca sesuatu

perkara tersebut. Hal yang demikian, mengarah kepada sifat yang

suka mengambil tahu hal orang lain. Tentunya hal yang demikian

juga tidak akan menyenangkan orang lain dari segi perhubungan, jika

perkara yang remeh pun cuba dirungkai puncanya.

Page 323: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

311

Nilai Politik adalah merupakan nilai yang kelima patut ada

pada seseorang. Pengamal nilai ini akan menjadikan individu itu

sentiasa berminat dengan kuasa, tugas atau tanggungjawab. Kalau

boleh, mereka berminat untuk mengambil bahagian atau terlibat

dalam semua kerja yang ada, kerana individu itu berminat dengan

kuasa, tanggungjawab dan tugas yang ada.

Cuma, jika terlalu berminat dengan kuasa, tugas atau

tanggungjawab akan menjadikan individu itu cuba mengawal

keadaan serta mempengaruhi orang lain hinggakan timbul istilah gila

kuasa. Tentunya hal yang demikian akan mewujudkan suasana yang

tidak menyenangkan kerana individu itu akan berbuat apa saja bagi

mengekalkan kuasa atau tanggungjawab yang diberi padanya.

Akhirnya, nilai keenam yang perlu ada pada seseorang ialah

Nilai Keagamaan. Individu yang mempunyai nilai keagamaan ini

sentiasa mementingkan perpaduan dan penyertaan. Sifat-sifatnya

melambangkan kedamaian fikiran. Suaranya tidak meninggi.

Mukanya sering mempamerkan senyuman. Ramai individu lain yang

akan merujuk masalah peribadi padanya. Beliau berkeupayaan untuk

melegakan masalah yang dihadapi seseorang. Sifat panas baran

pastinya tidak dimiliki oleh individu ini. Setiap program yang

dirancang akan disertainya tanpa banyak bangkangan. Sifatnya lebih

kurang sama dengan mereka yang memiliki nilai estatik. Tidak

sukakan pertengkaran atau perbalahan yang boleh menyebabkan

hubungan menjadi renggang.

Keenam-enam nilai yang saya bincangkan di atas,

keseluruhannya lahir secara semula jadi pada diri setiap individu.

Nilai-nilai inilah yang akan menentukan sifatnya, gaya kepimpinannya

Page 324: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Nilai dan Kepimpinan

312

atau perangainya. Nilai-nilai itu dipupuk sejak dilahirkan. Oleh itu,

kalau ingin meniru bentuk kepimpinan orang lain, jangan lupa

muhasabah diri sendiri.

Gambar kenangan Dato’ Mohd Rauhi ketika menerima Anugerah

khas Guru Utama daripada YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi pada tahun

2010.

Page 325: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

313

APLIKASI NILAI DAN KEPEMIMPINAN DALAM

SILAT CEKAK

Sebenarnya, keenam-enam nilai yang telah dihuraikan adalah

wujud dalam diri setiap individu yang bergelar pemimpin. Sama ada

mereka berada di lapisan atasan atau lapisan pertengahan atau

lapisan bawahan. Cuma, yang berbezanya ialah sejauh mana nilai-

nilai itu digunakan oleh individu berkenaan. Jika penguasaannya

agak melampau maka lainlah sifatnya. Begitu juga jika penguasaan

pada nilai-nilai itu lemah maka lain pula sifatnya.

Seperti yang dikatakan bahawa nilai yang ada serta diguna

pakai oleh seseorang itu akan menentukan gelagat atau gaya

kepemimpinan seseorang itu. Oleh itu, tidak perlu kita mendakwa diri

Nilai

Teori

Ekonomi

Estatik

Sosial

Politik

Agama

Page 326: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

314

kita menjalankan satu-satu bentuk kepimpinan. Biarlah orang lain

yang menentukan bentuk kepimpinan kita. Merekalah yang layak

mentafsir bentuk kepimpinan kita berdasarkan gelagat atau gaya kita

memimpin. Gaya ini pastinya berdasarkan kewujudan nlai-nilai dalam

diri kita yang telah saya bincangkan terdahulu.

Berdasarkan ilmu dan pengalaman saya, perseimbangan

nilai-nilai yang telah dibincangkan adalah diperlukan pada setiap

orang jika seseorang pemimpin itu mahu berjaya. Janganlah

cenderong pada satu-satu nilai sahaja dan mengabaikan nilai yang

lain. Itu sebabnya, kita disaran agar sentiasa menilai diri kita sendiri

setiap hari. Lihatlah mana kelemahan dan mana pula kekuatannya.

Insya Allah, kita akan dihormati oleh pengikut kita setiap masa.

Dalam perbincangan seterusnya, saya akan membincangkan

keperluan memiliki keenam-enam nilai yang telah saya sebutkan

untuk mengurus persatuan Silat Cekak. Saya yakin dan percaya, jika

nilai-nilai tersebut sentiasa disedari dan diambil berat, persilatan Silat

Cekak yang diurus oleh persatuan, akan berkembang pesat tanpa

ada ‟pemberontakan‟ dalaman. Masing-masing tahu akan peranan

yang sepatutnya dilakukan baik pada pemimpin dan pengurusnya

mahupun para pengikutnya sendiri.

Nilai Teori

Dalam Silat Cekak, penguasaan pada teori-teori persilatan

adalah amat penting. Hal yang demikian akan memudahkan kita

membuat perbandingan antara gerak silat lain dengan dengan gerak

persilatan Silat Cekak. Salah satu contohnya ialah gerak penumbuk

kita sendiri. Kita mengatakan bahawa penumbuk kita ialah penumbuk

Page 327: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

315

Jantan dan berbeza dengan penumbuk silat-silat lain. Penerangan

kita itu akan lebih bermakna jika kita menguasai teori penumbuk silat

kita dan silat-silat lain. Gerakan penumbuk-penumbuk itu perlu

dikuasai. ‟Tebar Jala‟, macam mana caranya. Jenis putar tali, macam

mana caranya. Apakah kelebihan dan kelemahan setiap jenis

penumbuk itu. Begitu juga dengan teori penumbuk lain yang begitu

banyak diguna pakai dalam bidang persilatan silat Melayu.

Begitu juga dengan kedudukan kita yang berdiri lurus.

Bagaimana dengan teori berdiri lurus itu. Penerangan tentang berdiri

lurus itu amat berkesan jika kita bersandarkan pada teori asal

kedudukan dan bandingannya dengan kedudukan yang lain. Saya

rasa Ustaz pernah mengkiaskan kedudukan Silat Cekak umpama

mencari rotan di hutan. Nilai notan yang bengkok tentunya tidak

sama dengan nilai rotan yang lurus. Dalam hal ini, bagaimana kita

hubungkan rotan tersebut dengan teori kehebatan Silat Cekak

menunggu serangan.

Banyak lagi teori yang berkaitan dengan jatuhan, potong dan

serangan. Teori-teori gerak yang ada dalam gerak Silat Cekak

bukannya khayalan. Tapi itulah kebenarannya. Apa yang dikata akan

mudah dikota. Tidak ada cacat celanya pada teori atau pegangan

kita. Cuma, sejauh mana kita dapat menguasai teori-teori gerak yang

ada dalam Silat Cekak. Ramai yang boleh bercakap tapi tidak

berupaya untuk membuktikannya. Kalaulah teori yang dicakap selari

dengan perbuatan yang dilakukan maka Jurulatih itu akan sentiasa

dihormati dan disegani oleh anak didiknya.

Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan betapa ada

antara para Jurulatih yang bijak membuktikan setiap gerak silat yang

Page 328: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

316

ada dalam Silat Cekak, tapi perbuatannya tidak selari dengan apa

yang diperkatakan. Orang-orang yang sebegitu boleh dianggap

berfaham melampau. Maka, selalunya percakapan mereka adalah

‟cakap tak serupa bikin‟. Asyik berteori sahaja dan setakat boleh

bercerita tentang kelebihan gerak dalam Silat Cekak. Hinggakan ada

yang menggelar mereka sebagai Mat Teori. Kita tidak dapat nafikan

betapa pengetahuan mereka amat luas hasil pembacaan yang kerap

dan banyak atau hasil usaha mendengar cakap dari orang lain. Tapi

setakat pengetahuan sahaja. Hal yang demikian menjadikan mereka

hanya pandai bercakap sahaja. Apabila diminta buktikan

percakapan, nampak sangat penghasilan perbuatan amat lemah.

Lain yang cakap maka lain pulak kerja buatnya.

Mereka yang cakap tidak serupa bikin, sebenarnya adalah

terdiri dari mereka yang gagal untuk memikul tanggungjawab

Jurulatih dengan sempurna. Kadang kala diri mereka bersifat

sombong kerana menganggap diri telah hebat dan tidak ada orang

lain yang boleh bersaing. Oleh itu, mereka tidak berminat untuk

menambah ilmu persilatan Silat Cekak atau merujuk pada ahli-ahli

lain yang lebih hebat atau lebih berpengetahuan dalam Silat Cekak.

Bagi menonjolkan kehebatan diri, mereka terpaksa bercakap hebat

untuk membuktikan kehebatan diri. Pada hal, para ahli yang sedang

menuntut, lebih berupaya membuat kesimpulan akan kehebatannya.

Cuba kita bayangkan jika mereka diberi mandat untuk membuat

pelarasan buah atau mengimbau semula gerak-gerak buah Silat

Cekak yang sepatutnya. Pastinya akan lahir pelbagai tafsiran dan

gerak-gerak yang ‟lari‟ tapi diamalkan oleh para peserta.

Cuba kita bayangkan juga pengendalian Silat Cekak dalam

satu-satu kelas. Penyampaian satu-satu mata pelajaran memerlukan

Page 329: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

317

kefahaman teori yang tinggi. Kita perlu menerangkan tempat-tempat

untuk ditepis dan akibat-akibat yang mungkin berlaku apabila buah-

buah yang digunakan tidak dapat diambil dengan tepat dan betul.

Satu contoh yang mudah ialah perbuatan pukulan tengkok akan

menyebabkan pengsan atau kematian. Kita perlu memegang teori ini

kerana perbuatan sebenarnya mustahil dapat dilakukan.

Nilai Ekonomi

Nilai ekonomi yang ada pada Jurulatih menjadikan

pengendalian kelas memberi kesan yang bermakna pada para

penuntut. Jika masa yang diuntukkan selama dua jam, maka Jurulatih

yang mempunyai nilai ekonomi akan mempastikan masa dua jam itu

dipenuhi dengan sepenuhnya. Mereka akan berasa bersalah jika

gagal berbuat demikian. Penuntut yang datang lambat akan

dipersoal. Latihan akan dijalankan secara sistematik bagi

menentukan tidak ada antara para penuntut yang curi tulang.

Sebaliknya, jika nilai ekonomi itu tidak ada pada Jurulatih, budaya tak

kisah akan muncul. Datang lambat ke, malas berlatih ke, cakap

banyak ke dan „ke ke‟ yang lain langsung tak diambil kisah.

Prinsipnya,”nak belajar, belajar. Tak nak belajar sudah dan boleh

belah.”

Dalam konteks Silat Cekak, mereka yang memiliki nilai

ekonomi yang tinggi akan menjadikan setiap perancangan yang ingin

dijalankan pasti akan ditentukan impaknya. Lebih-lebih lagi apabila

program atau perancangan berkenaan melibatkan jumlah belanja

atau tenaga yang banyak. Setiap sen yang dibelanjakan atau setiap

titik peluh yang dikeluarkan, perlu mendatangkan hasil yang berbaloi.

Jika tidak, mereka akan ketepikan perancangan tersebut.

Page 330: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

318

Oleh itu saya beranggapan bahawa nilai ekonomi amat

penting dijiwai oleh setiap Jurulatih. Kita rujuk dalam persilatan Silat

Cekak. Jika para penuntutnya hebat tapi proses pembelajarannya

tidak tersusun baik atau tidak dilaksanakan dengan kemas dan

teratur, maka hasil atau mutu para penuntutnya tidak akan mencapai

tahap maksimum seperti yang dihajati. Proses pembelajaran dalam

Silat Cekak adalah merupakan salah satu cara untuk

membangunkan murid Silat Cekak. Oleh itu, keperluan mengkaji

impak dalam setiap proses pembelajaran adalah merupakan satu

keperluan yang tidak boleh dipandang ringan.

Dalam konteks persatuan pula aktiviti silat yang ingin dilibati

akan dilihat dari sudut faedah pada persilatan dan pembelajaran anak

didik kita. Ketika saya memimpin persatuan, bentuk persembahan

atau pertunjukan amat saya titikberatkan. Kalau dijemput membuat

pertunjukan, saya akan pastikan faedahnya pada persilatan. Majlis

pertunjukan itu mestilah berupa medan yang dihadiri ramai bagi

memudahkan kita mempromosikan Silat Cekak itu sendiri. Dalam

majlis rasmi, saya akan pastikan persembahan Silat Cekak akan

dilakukan sebaik sahaja majlis perasmian itu berlangsung. Hal yang

demikian akan membolehkan semua penonton memberi perhatian

sepenuhnya pada persembahan Silat Cekak. Mudahlah bagi kami

menyebarkan ‟pengaruh‟ Silat Cekak pada para penonton.

Hinggakan giliran kita membuat persembahan pun diambil

kira pada satu ketika lalu. Kita akan pastikan sama ada giliran itu

pertama atau diakhir. Jika berada di tengah, kita akan mohon alihkan

waktu persembahan. Tindakan kita itu adalah berdasarkan impak

yang boleh ditentukan. Jika kita tidak boleh berbuat demikian,

biasanya kita akan merujuk pada huruf. Silat Cekak bermula dengan

Page 331: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

319

huruf ”C”. Hal yang demikian pernah kita gunakan bagi menentukan

kedudukan berbaris pada hari Kebangsaan. Kita mendahului silat-

silat Melayu yang lain dalam perbarisan.

Jurulatih yang mempunyai nilai ekonomi juga akan

mempastikan wang yuran penuntut setiap bulan adalah berbaloi

dengan ilmu yang dicurahkan mereka. Pemikiran penuntut akan

difokuskan pada pelajaran silat. Hal-hal yang berkaitan dengan politik

silat atau pengurusan persatuan sama ada di cawangan atau di pusat

tidak disogokkan pada pemikiran penuntut yang hanya mempunyai

niat untuk mempelajari silat.

Kita boleh bayangkan betapa para Jurulatih yang tidak ada

nilai ekonomi, lebih banyak mengajar berdasarkan syok sendiri.

Kebolehan para penuntutnya tidak pernah diambil kira. Nak pandai,

pandailah, nak belajar, belajarlah. Amat malang pada para penuntut

jika Jurulatihnya tidak mempedulikan impak pelajaran pada para

penuntutnya sendiri. Penglibatan dalam semua aktiviti persilatan tidak

pernah diambil kira pada faedah persatuan yang dipimpinnya sendiri.

Nilai Estatik

Nilai Estatik yang ada dan diamalkan dalam kalangan para

Jurulatih akan menjadikan mereka bersifat tenang dan tidak panas

baran. Seperti yang katakan terdahulu, orang yang bernilai estatik ini

akan sentiasa menghargai keharmonian, kesucian dan kecantikan.

Mereka sentiasa menghasilkan kerja yang kemas dan mementingkan

kualiti. Mereka tidak suka berbalah dan sering mengalah kerana

mementingkan hubungan baik sesama manusia.

Page 332: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

320

Pakaian mereka juga turut kemas dan menarik, menandakan

adab dan budi bahasa. Oleh itu, pemakaian rantai atau gelang atau

subang amat jauh sekali. Malah mereka akan berusaha mempastikan

anak didik mereka juga bersifat begitu. Hal yang demikian kerana

menjaga kepentingan peribadi dan tatasusila para penuntutnya.

Marahnya secara psikologi dan berhemah. Nampak garang, tapi

bersifat penyanyang. Para penuntutnya tidak terasa akan kemarahan

itu, apatah lagi untuk dijadikan sebagai satu sifat dendam.

Sebaliknya, anak didiknya akan menganggap kemarahan itu sebagai

pengajaran.

Oleh itu, Jurulatih yang memiliki nilai estatik akan menjadikan

mereka sentiasa mementingkan ketinggian mutu, ketepatan dan

kesempurnaan dalam penghasilan sesuatu perkara.

Hal yang demikian, dari segi persilatan, pakaian silat yang

dipakai adalah lengkap. Buah-buah yang dihasilkan penuntut

dimestikan mencapai satu tahap piawai yang tertentu. Walaupun

gerak buahnya kasar dan laju tapi tetap mementingkan seni kaedah

yang betul, kemas dan tepat. Kasar dan laju bukan ukuran utama

menandakan kecekapan. Para penuntut masih belajar. Dalam

pelajaran Silat Cekak, mengambil kaedah secara betul dan tepat

adalah merupakan perkara utama. Kebiasaannya akan menjadi nilai

pada penuntut berkenaan. Nilai itulah yang akan menjamin

kehebatan dan kecekapan para penuntut bersilat dan menguasai

pelajaran Silat Cekak dengan sempurna. Kesilapan yang dibuat oleh

penuntutnya, akan ditegur secara berhemah. Di samping ingin

membetulkan pembelajaran, hati para penuntutnya tetap dijaga.

Page 333: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

321

Sifat itu tentunya berbeza dengan para Jurulatih yang bersifat

terlampau. Prinsip melampau itu merujuk pada sifat kurang

mengambil berat akan nilai estatik tersebut atau terlalu

mementingkan nilai-nilai estatika. Jika terlalu mementingkan nilai ini,

pastinya Jurulatih berkenaan bersifat unggul dan mementingkan

kesempurnaan hakiki. Tak boleh buat salah langsung. Hal yang

demikian akan menyebabkan para penuntutnya berada dalam

keadaan tertekan.

Sebaliknya, jika Jurulatih tersebut tidak mementingkan nilai

estatik atau tidak memiliki langsung nilai estatika, maka akan lahirlah

sifat, ”Bila buat buah jatuh, janji jatuh. Lantaklah betul kaedah atau

pun tidak.” Hal yang demikian menunjukkan sifat mereka yang boleh

bertolak ansur jika terdapat kesilapan ketika penuntut mengambil

atau membuat buah, walaupun kesilapan itu melibatkan kaedah.

Sudah tentulah keadaan yang demikian terjadi kerana sifat ‟malas‟

mereka untuk membetulkan pergerakan atau terlampau sangat

menjaga hati para penuntutnya. Takut-takut kalau ditegur,

penuntutnya terasa dan kecil hati. Apatah lagi jika telah wujud

hubungan yang sangat akrab antara Jurulatih dengan penuntut

berkenaan. Keadaan itu adalah sangat-sangat merugikan kedua-dua

pihak.

Walau bagaimanapun memiliki nilai estatik akan

membolehkan mereka sentiasa mementingkan nilai persahabatan.

Setiap akhir tahun akan adalah bentuk-bentuk penghargaan yang

diberikan oleh kepimpinan tertinggi di cawangan atau di pusat-pusat

latihan. Aktiviti yang demikian adalah untuk menilai sumbangan yang

telah dicurahkan mereka yang telah menyumbangkan tenaga demi

memajukan persilatan Silat Cekak di tempat berkenaan.

Page 334: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

322

Penghargaan itu mungkin berbentuk jamuan makan pada semua ahli

atau penuntut, atau cenderamata berupa kain pelekat atau bush

jecket atau sebagainya. Tumpuan utamanya tentulah diberi pada

semua Jurulatih sebagai satu bentuk penghargaan atas pengorbanan

masa dan tenaga yang mereka curahkan.

Seperti yang saya tegaskan, nilai estatik yang diamalkan

biarlah sederhana. Hal yang demikian kerana kalau tidak diamalkan

nilai itu maka sifat tak kisah akan wujud. Akan tetapi jika terlampau

mengamalkan nilai estatik itu, mungkin akan menjadikan mereka

terlampau menjaga hati dan perasaan. Hinggakan untuk menegur

sebarang kesalahan atau kesilapan akan menghadapi masalah

kerana gara-gara menjaga hati.

Kita boleh lihat dalam kes perpecahan sesama ahli Silat

Cekak yang lalu, betapa pegangan atau amalan faham estatik yang

melampau telah menyebabkan tergadai prinsip dan kefahaman Silat

Cekak yang dimiliki. Kerana menjaga hati kawan maka guru sendiri

diketepikan. Untuk membenarkan perbuatan mereka tersebut, maka

konsep guru telah cuba diputarbelitkan. Maka lahirlah konsep-konsep

dan prinsip-prinsip baru dalam Silat Cekak. ”Dia bukan ijazah aku.

Guru aku orang lain.” Begitulah betapa sombongnya sifat diri apabila

cuba menegakkan kebenaran yang palsu. Konsep penurunan ilmu

pada yang hak telah diketepikan. Bagi memudahkan penerimaan

fahaman itu dan bagi membenarkan kenyataan palsu itu maka Silat

Cekak dikatakan hak masyarakat dan macam-macam lagi.

Semua kenyataan tersebut semata-mata untuk membenarkan

perbuatan mereka yang telah terlanjur. Cuma, mereka yang arif

tentang hukum politik, pasti akan menjangka bahawa kenyataan itu

Page 335: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

323

memberi makna akan membuka peluang untuk berkuasa sebagai

guru. Hukum itu menjadi kenyataan. Maka lahirlah Guru Persatuan

dan bakal lahir Guru Wawasan. Tapi ramai golongan anu yang

meletakkan fahaman Silat Cekak selama ini di kaki.

Ketiadaan fahaman nilai estatik telah membenarkan diri

mereka mencipta suasana keruh dalam persatuan Silat Cekak.

Mereka ini ada kaitan dengan amalan nilai politik yang melampaui

batas. Seperti yang saya terangkan terdahulu, memiliki nilai politik

akan menjadikan pengamalnya sentiasa berminat dengan kuasa,

tugas atau tanggungjawab. Kalau boleh, mereka berminat untuk

mengambil bahagian atau terlibat dalam semua kerja yang ada,

kerana individu itu sememangnya berminat dengan kuasa,

tanggungjawab dan tugas yang ada. Fahaman yang melampau

tentang nilai politik ini akan menjadikan mereka gila kuasa.

Kepentingan diri akan menguasai strategi untuk mengekalkan kuasa.

Apatah lagi jika mereka pandai bercakap dan pandai menyusun

strategi. Selalunya, usaha mereka itu mengena. Ramai pengikut yang

tidak berilmu atau tidak berpendirian tetap akan mengikuti mereka.

Keadaan inilah yang terjadi dalam sejarah perkembangan Silat

Cekak.

Walau bagaimanapun, mereka yang mengamalkan nilai politik

secara sederhana, perbuatan mereka itu jujur dan ikhlas. Hal yang

demikian kerana itulah sifat mereka yang suka buat kerja. Kuasa dan

tanggungjawab yang diperoleh, semata-mata untuk memudahkan

mereka menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Mereka jelas

dan berpegang teguh pada matlamat persatuan. Kepentingan diri

jauh sekali. Semua pengorbanan masa dan tenaga, malah wang

ringgit adalah demi kehendak dan kebaikan persatuan.

Page 336: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

324

Bagi memenuhi sifat ingin berbakti pada persatuan dan

persilatan, adat dan adab dalam struktur organisasi adalah sangat

mereka titikberatkan. Mereka berpegang teguh pada prinsip bahawa

orang yang berjawatan seharusnya diberi penghormatan. Apatah lagi

jawatan itu adalah Guru Utama. Adat dan adab berdepan dengan

mereka perlu ada. Malah, untuk melahirkan perasaan tak puas hati

atau menyatakan bangkangan pun akan dilakukan secara beradab.

Tidaklah melepaskan geram ikut sesuka hati.

Jelas pada saya betapa dalam konteks persilatan dan

persatuan, para pengikut perlu memainkan peranan sebagai

pengikut. Dalam hal ini, para pemimpin tertinggi dalam persatuan

peringkat cawangan atau pusat perlu main peranan pada personaliti

para pengikutnya. Latihlah mereka dengan adat dan adab yang ada

dalam persilatan Silat Cekak. Pastikan mereka tidak melanggar

sempadan kuasa atau peranan yang telah diuntukkan buat mereka.

Nilai Politik

Dalam bidang persilatan, nilai politik yang ada pada setiap

Jurulatih itu akan menjadikan mereka memiliki sifat mementingkan

adab bersilat. Jurulatih yang muda perlu mendapat restu daripada

yang lama. Hal yang demikian kerana Jurulatih lama itu lebih dulu

berkorban untuk perkembangan Silat Cekak di cawangan tersebut.

Kemungkinan mereka juga adalah Penyelia Kelas yang telah dilantik

sebagai wakil kepada Guru Utama. Kalau sudah diiktiraf sebagai

wakil guru, maka tanggungjawab mereka semestinya ‟lebih kurang‟

sebagai guru untuk mempastikan anak didiknya mendapat pelajaran

secara sempurna. Cuma berhati-hati sikit. Janganlah sampai perasan

hingga bertindak sebagai guru.

Page 337: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

325

Struktur persatuan yang dibentuk itu semestinya

memperlihatkan pengaruh dan lingkaran kuasa yang ada pada setiap

mereka yang menjawat jawatan. Saya telah menyentuh hal yang

demikian dalam tajuk pengurusan tiga aras. Mereka yang memiliki

nilai politik tentunya sangat memandang berat akan struktur

pengurusan tersebut. Maka akan jelaslah betapa tersusunnya bentuk

pengurusan tersebut dalam pengurusan di peringkat persatuan

masing-masing. Faedahnya, secara langsung perkembangan

persilatan di cawangan berkenaan akan menjadi hebat dari masa ke

masa.

Namun begitu, kita perlu berhati-hati membuat tanggapan.

Janganlah membuat kesimpulan mengikut nafsu. Sifat yang ditunjuk

atau diamalkan oleh Jurulatih itu dianggap seolah-olah cuba

membentuk satu sifat birokrasi dalam pelaksanaan tugas. Hinggakan,

ada kalangan mereka yang tak faham, terus menyimpulkan

perbuatan mereka itu sebagai berlagak umpama raja dan

sebagainya. Bukan main sedapnya cakap. Sebenarnya itulah sifat

mereka yang berpegang pada Nilai Politik, iaitu sifat yang

mementingkan adab dalam pembelajaran. Tanpa nilai politik akan

menjadikan Jurulatih itu memikul tanggungjawab sesuka hati. Mereka

akan menunjuk kuasa diri tanpa ada yang berani menegur pada

pelakuan yang ditunjukkan itu.

Nilai Sosial

Dalam mana-mana persatuan, kebajikan ahli pada semua

peringkat perlu dititikberatkan. Nilai Sosial yang ada pada para

Jurulatih akan menjadikan mereka mengambil berat pada

penuntutnya terutamanya dari segi kesihatan diri dan keluarga. Hal

Page 338: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

326

yang demikian erat kaitannya dengan penglibatan mereka dalam

persilatan. Tentunya agak sukar bagi mereka bergiat aktif dalam

persilatan atau persatuan jika diri mereka atau keluarga mereka

mengalami sakit. Oleh itu, Jurulatih yang ada nilai sosial ini akan

sentiasa bertanyakan khabar tentang kesihatan diri mereka atau

kesihatan keluarga mereka. Pastinya juga konsep menziarahi akan

menjadi amalan. Begitu juga jika ada yang mengajak ke majlis

kenduri, tidak akan ditolaknya.

Kepimpinan tertinggi persatuan yang ada nilai ini, tentunya

akan menjaga kebajikan para Jurulatih. Mereka sedar betapa

Jurulatihlah yang memainkan peranan sebagai barisan depan untuk

mengembangkan persilatan. Jika ada yang sakit, pasti akan dihantar

hadiah berupa penghargaan dan sabar diri. Saya tidak nafikan

betapa kebajikan para Jurulatih sentiasa diambil berat dalam

persatuan kita. Ada perjumpaan Jurulatih setiap tahun. Mereka diberi

hadiah termasuk sepit kuku. Itulah tanda penghargaan demi menjaga

kebajikan orang yang berjuang di barisan hadapan untuk

perkembangan Silat Cekak.

Dalam kalangan Jurulatih, hubungan akrab sesama mereka

adalah berdasarkan konsep persamaan dan sama rata kerana

semuanya memegang amanah yang sama iaitu menyampaikan ilmu

yang diamanahkan oleh Guru Utama. Hubungan sesama mereka

sangat rapat. Jika ada antara mereka yang tidak dapat turun

mengajar, Jurulatih yang lain akan menggantikannya tanpa sebarang

keluhan atau kekecewaan. Semuanya berdasarkan prinsip

tanggungjawab demi persilatan dan persatuan.

Page 339: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

327

Majlis-majlis perjumpaan selalu diadakan dalam kalangan

mereka sebagai usaha untuk menunjukkan sifat mengambil berat

antara satu sama lain. Ketika saya menjadi Jurulatih dulunya,

hubungan sesama kami amat baik dan sentiasa disuburkan dari

masa ke masa. Boleh dikatakan, setiap malam ramai antara kami

yang terlibat dengan kelas-kelas latihan di merata tempat di Kuala

Lmpur, termasuk di pusat-pusat pengajian tinggi. Selesai tugas, pada

kebiasaannya kami akan berkumpul semula di pejabat silat. Jika tidak

ada sebarang ‟penerangan‟ dari Ustaz, kami akan bergerak ke kedai

makan yang berhampiran. Biasanya kami minum sahaja. Di kedai

itulah tempat kami bergaul mesra. Kadang kala di situ juga

berlakunya perbincangan. Ada juga keputusan yang diambil, tapi

dalam hal-hal yang betaraf cadangan.

Kemesraan yang wujud dalam kalangan kami menjadikan

hubungan sesama Jurulatih sangat rapat. Ketika itu politik persatuan

dan politik persilatan tidak ada lagi kerana belum wujud lagi unsur-

unsur kepentingan diri. Oleh itu, isi perbualan tidak pernah menjurus

pada hal-hal yang sensitif. Kemesraan dalam kalangan Jurulatih

adalah berbentuk ikhlas. Terbayang di muka mereka akan

kesungguhan untuk menyebarkan Silat Cekak dengan jayanya dalam

kalangan penuntut di semua tempat.

Kita boleh bayangkan jika nilai ini tidak ada pada para

Jurulatih di satu-satu cawangan itu. Masing-masing akan bekerja

secara individu. Mereka tidak mungkin akan mengambil berat antara

satu sama lain. Malah, berkemungkinan besar akan timbul budaya

saing sesama mereka untuk mempopularkan diri dalam kalangan ahli

di cawangan atau di pusat. Perpaduan sukar dibentuk. Itu sebabnya

Page 340: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

328

mereka akhirnya mudah berpecah jika persatuan atau gurunya

berpecah.

Seperti yang dinyatakan, semua amalan atau fahaman kita

biarlah berkonsepkan sederhana. Nilai sosial yang perlu ada juga

patut diamalkan secara sederhana. Jangan tak ada langsung. Namun

begitu, terlampau amal nilai sosial ini, akhirnya akan membangkitkan

perasaan tidak senang dalam kalangan ahli. Hal yang demikian ada

kaitannya dengan istilah menyibuk. Amalan menyibuk boleh

mewujudkan telahan-telahan yang berbentuk fitnah.

Kita tentunya mempunyai pengalaman dalam menghadapi

manusia sibuk dalam persatuan kita. Perkara kecil diperbesar-

besarkan. Malah manusia jenis ini selalu membuat kesimpulan

sendiri akan satu-satu perkara tanpa merujuk atau bertanyakan pada

orang terbabit. Maka wujudlah prasangka buruk dalam kalangan ahli-

ahli yang terlibat. Sepanjang pengalaman saya, hal yang demikian

merupakan salah satu faktor pengunduran ahli dari persatuan Silat

Cekak pada satu masa lalu. Pada saya, orang yang selalu menyibuk

amat suka menonjolkan diri sebagai pusat berita. Mungkin dirinya

tidak perasan akan sifat yang wujud padanya. Namun begitu, saya

yakin bahawa perasaan tersebut ada kaitannya dengan pengamalan

nilai sosial yang melampaui batas hubungan.

Oleh itu, kepimpinan persatuan perlu sensitif apabila

berhadapan dengan manusia jenis ini. Percakapan atau berita yang

dibawa mereka perlu diteliti atau disiasat terlebih dahulu sebelum

membuat sebarang kesimpulan. Jika tidak, hubungan sesama ahli

akan terjejas. Hal yang demikian akan mengganggu proses

perkembangan silat dan persatuan.

Page 341: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

329

Nilai agama

Nilai agama yang ada para para Jurulatih akan menjadikan

bentuk pergaulannya lebih berdisiplin. Mungkin pada percakapannya

agak melalut, tetapi pada perbuatannya tidak menampakkan sifat-

sifat yang bertentangan dengan agama. Satu ketika dulu, atas nilai

agama yang kuat pada Ustaz, menjadikan Ustaz berjaya

mengendalikan kelas pertama Silat Cekak di Kuala Lumpur. Saya

pernah menyentuh tajuk ini bilamana orang yang menumbuk pun

jatuh dan orang yang mengambil buah pun jatuh dek akal yang tidak

sempurna kerana meneguk air syaitan.

Saya juga bersyukur atas nilai agama yang saya miliki ketika

mengendalikan pemulaan kelas di cawangan. Kerana adanya nilai

tersebutlah maka saya dapat mengawal diri tatkala saya ‟diuji‟ oleh

para penuntut saya yang awal dan lebih tua dari saya ke pusat-pusat

kehidupan dunia. Mungkin ujian yang mereka kenakan untuk

membuktikan kehebatan pegangan yang ada dalam Silat Cekak.

Apabila terbukti bahawa nilai agama yang diasuh Ustaz amat

menebal pada kepimpinan cawangan yang ada, menjadikan mereka

berasa ‟segan‟ dan menyisihkan perbuatan negatif tersebut

sepanjang berada dalam kelas silat.

Kita boleh bayangkan betapa teruknya kepimpinan dalam

kelas-kelas Silat Cekak jika nilai keagamaan tidak ada pada

Jurulatihnya. Sembahyang pun entah ke mana tatkala aktiviti silat

berlangsung. Hari Jumaat tentu jauh sekali dari masjidnya dengan

pelbagai alasan yang memudahkan penolakan berjemaah. Cakap

agamapun begitu tawar dan hambar. Namun begitu, cakap anu,

hebat sekali. Saya pernah diberitakan betapa ada para Jurulatih yang

Page 342: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

330

sama-sama menonton „filem biru‟ dan sama-sama mentelaah kitab

biru. Lama-lama otakpun biru. ”Memerah baju yang berpeluh di

celah-celah pesilat perempuan.”

Kesimpulannya, saya berpendirian bahawa para Jurulatih

perlu memiliki kesemua nilai yang dibincangkan di atas jika mereka

benar-benar ingin berjaya dan ingin memandu para penuntut

menimba ilmu Silat Cekak daripada mereka. Kalau nilai-nilai itu tidak

ada, kemenjadian silat dalam kalangan anak didiknya akan jadi tak

tentu hala.

Kegagalan Menguasai Nilai

Adatnya, jikalau kesemua nilai yang saya bincangkan wujud di

kalangan pemimpin kita dalam semua peringkat maka saya yakin

Silat Cekak akan terus mantap sepanjang masa. Walau

bagaimanapun, berdasarkan pengalaman, aspek-aspek nilai tersebut

amat kurang dititikberatkan. Jika ada pun, pengamalannya adalah

berdasarkan pelakuan yang bukan dirancang. Malah, kursus-kursus

Silat Cekak yang dianjurkan lebih banyak menekan soal-soal

pengurusan am di samping persilatan itu sendiri. Saya rasa telah tiba

masanya untuk kita menitikberatkan aspek nilai dalam pengurusan

kepemimpinan kita di semua peringkat.

Dewasa ini, persilatan tidak dapat dipisahkan dengan

persatuan. Oleh sebab itulah maka ilmu pengurusan juga amat

penting dikuasai di samping ilmu persilatan yang didokong oleh

persatuan tersebut. Oleh sebab pengurusan itu sendiri melibatkan

manusia yang ada perasaan dan pegangan, maka pengetahuan

tentang sikap dan gelagat mereka amat penting sekali. Ketua dan

Page 343: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

331

pengikutnya perlu memahami peranan masing-masing. Di sinilah pula

lahirnya prinsip kepemimpinan dalam persatuan. Hal yang demikian

kerana dalam usaha kita mengurus manusia, perasaan mereka juga

perlu dijaga dengan sepenuhnya.

Satu ketika dulu di peringkat nasional, selain Silat Cekak,

nama-nama silat seperti Gayung, Gayung Fatani serta Lincah amat

terkenal dan menguasai persada persilatan dalam negara kita.

Persaingan sesama mereka adalah amat hebat dalam usaha

meluaskan perkembangan silat Melayu dalam kalangan masyarakat

Melayu. Kehebatan mereka dirancakkan lagi melalui kegiatan Silat

Olahraga yang menyatukan mereka dalam medan pertempuran atau

dalam gelanggang olahraga. Walaupun mungkin wujud perasaan tak

puas hati sesama mereka dalam proses persaingan persilatan, akan

tetapi kita tidak boleh menafikan betapa rancaknya perkembangan

silat dalam masyarakat Melayu khasnya ketika itu. Kegiatan silat

mendapat perhatian berat dari masyarakat. Malah, banyak program

kementerian kerajaan sama ada di peringkat negeri atau nasional

yang melibatkan aktiviti persilatan. Berita tentang kegiatan persilatan

sering kali dimuat di dada akhbar.

Seiring dengan sambutan hebat dari masyarakat terhadap

persilatan Melayu, saya dapat lihat betapa setiap persilatan itu

menyusun strategi untuk mempopularkan silat masing-masing. Rata-

rata, tumpuan mereka dikhususkan dalam proses perkembangan

persilatan sama ada di dalam atau di luar negara. Sambutan

masyarakat amat menggalakkan pada setiap aktiviti persilatan yang

dijalankan. Masyarakat mempunyai pilihan melibatkan diri dalam

persilatan. Mereka boleh memilih antara persilatan yang ada dan

masyhur tersebut. Pilihan mereka lebih tepat sama ada memilih Silat

Page 344: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

332

Cekak atau Gayung atau Gayung Fatani atau Lincah. Dalam setiap

persilatan itu masih tidak ada persaingan sesama mereka. Pada

dasarnya, mereka tetap berpadu dan tidak berpecah-belah. Oleh itu

tidak ada kumpulan-kumpulan atau „team-team‟ dalam setiap

persilatan tersebut.

Hari berganti hari. Mereka yang muda telah menjadi tua. Akal

yang pendek mula menjadi sejengkal. Perhatian diri mula ditarik pada

pulangan yang boleh dapat. Akhirnya mula timbul bibit-bibit

perselisihan dalam kalangan barisan kepimpinan. Manusia dalam

kumpulan ini amat pandai buat hal. Orang-orang yang berada di

lapisan pelaksana masih ikhlas meneruskan perjuangan dalam

perkembangan silatnya. Berdasarkan situasi tersebut, maka pelakuan

muktamatnya ialah berlakunya perpecahan. Perpecahan yang dibuat

oleh para pemimpinnya sendiri. „Orang bawah‟ terpinga-pinga.

Antara keempat-empat persilatan tersebut, hanya Silat Lincah

sahaja yang masih mempunyai guru yang sama dari dulu hingga

sekarang. Nampaknya, silat-silat yang lain mengalami nasib yang

sama apabila guru utamanya yang bertanggungjawab

mengembangkan silat masing-masing telah meninggal dunia.

Selepas pemergian guru-guru utama dalam persatuan-persatuan silat

tersebut, jelas menampakkan kepincangan dalam perkembangan

persilatan. Wujud perpecahan dalam pengurusan silat masing-

masing. Timbul persatuan-persatuan baru pada persilatan yang

sama. Cuma, nama persatuan silat bertukar jenama. Namun begitu

apa jua persatuan baru yang timbul, semuanya masih berasaskan

pada persilatan mereka yang asal. Masing-masing mendakwa

keasliannya dari guru yang mula.

Page 345: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

333

Saya juga mendapati bahawa nasib yang sama juga telah

melanda pada persilatan Melayu yang bergerak di peringkat negeri

dan daerah. Malah di negeri saya sendiri, hal yang berkaitan

perpecahan dalam persilatan juga turut berlaku. Satu ketika dulu

terdapat persilatan yang hebat seperti Lintau, Kubu, Gayung Ghaib,

Titi Sebatang dan banyak lagi. Persilatan tersebut ada persatuannya

sendiri. Kekuatan pengurusan persatuan persilatan itu telah memberi

saingan hebat pada perkembangan persilatan Melayu yang bertaraf

nasional. Malah, ada daerah-daerah yang sangat sukar dimasuki oleh

persilatan yang bertaraf nasional tersebut. Mereka berjaya

meyakinkan masyarakat tempatan tentang keupayaan dan kehebatan

silat Melayu tempatan.

Walau bagaimanapun, nasib yang sama seperti persilatan di

peringkat nasional telah menimpa persilatan mereka. Semuanya

berkaitan dengan pemergian guru utama persilatan yang ada. Nasib

yang sama itu berlaku apabila guru utama silat-silat tersebut telah

meninggal dunia. Kepimpinan utama persilatan tersebut yang ada,

boleh berpecah-belah mencari haluan masing-masing. Mencari

haluan baru melalui persatuan silat yang baru. Pada saya, pastinya

ada kaitan dengan kepentingan diri setiap individu yang berada di

barisan kepimpinan tertinggi.

Kesimpulan saya, nampaknya pemergian guru utama dalam

persilatan apapun bakal disambut dengan perpecahan oleh

pendokong utama persatuan yang ditinggalnya. Persatuan-persatuan

yang berbagai dari satu jenama persilatan itu adalah diterajui oleh

pemimpin kanan dalam persatuan asal yang berpecah. Akibatnya,

pepecahan persatuan itu akan memberi impak kepada persilatan.

Maka akhirnya persilatan yang berpunca dari satu gurupun turut

Page 346: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

334

berpecah. Dipecahkan oleh orang-orang kanan yang bersatu erat di

bawah guru utama dulunya. Masing-masing persatuan silat akan

mendakwa bahawa persatuan mereka mempusakai ilmu benar dari

guru yang telah pergi buat selama-lamanya. Setakat ini saja

kemampuan saya untuk memberi komen pada perpecahan dalam

kalangan persilatan Melayu kita.

Perpecahan yang wujud di kalangan silat-silat Melayu,

pastinya telah menimbulkan beberapa kesan negatif terhadap dunia

persilatan Melayu. Masyarakat Melayu akan berada dalam suasana

celaru dalam pemilihan mereka untuk aktif bersilat. Setiap persilatan

yang wujud itu telah menjadi banyak cabangnya. Masing-masing

telah mendakwa bahawa persilatan di bawah persatuan baru adalah

asli dan pusaka benar dari guru masing-masing yang diperturunkan

kepada murid-muridnya. Saya dapat rasakan betapa masyarakat kita

juga berasa sedih dan terharu apabila silat-silat kita berpecah.

Nampak sangat semangat mereka juga menjadi luntur. Tidak

hairanlah, perkembangan persilatan semakin pudar dalam

masyarakat kita. Berita-berita tentang silat amat jarang memenuhi

dada akhbar. Program-program besar peringkat negeri atau

kebangsaan jarang yang melibatkan silat, berbanding dengan budaya

tari dan muzik tradisi lainnya.

Sudah tentulah kesan suram masyarakat kita pada persilatan

dapat dirasai oleh para pemimpin persilatan Melayu. Tapi saya

rasakan bahawa mereka tidak ada masa untuk menumpukan

perhatian dalam faktor tersebut. Bukannya tidak ada pengetahuan

atau kemampuan untuk menyelesaikan masalah, tapi tumpuan

mereka lebih banyak untuk menghadapi persaingan persilatan

sesama punca. Saingan mereka ialah silat-silat yang sama atau

Page 347: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

335

sepunca tapi berpersatuan baru. Sifat dengki lebih banyak sesama

persilatan sendiri yang berpecah. Bukannya pada persilatan lain yang

berlainan guru. Dulu, sifat saing antara persilatan-persilatan Melayu

adalah berbentuk sihat ; dengkinya terhad. Tidak ada caci-mencaci

kepimpinan guru yang biadab. Rupa-rupanya saingan sesama silat

yang berpecah dari satu punca, telah menimbulkan suasana yang

amat tegang ; lihat saja perpecahan kita.

Perpecahan yang diasaskan oleh barisan kepimpinan tertinggi

telah mengheret kepimpinan lainnya. Caci-mencaci dan sebarang

tindakan yang dijalankan oleh barisan kepimpinan tertinggi adalah

amat dahsyat. Seboleh-bolehnya persatuan saingannya termasuk

para pemimpin tertingginya mesti „dihapuskan‟ sama sekali.

Hubungan baik selama ini, diputuskan langsung. Umpama berputus

arang. Tidak ada lagi konsep “carik-carik bulu ayam”. Saya tidak

berminat mengupas lanjut. Yang pastinya, para pemecah itu sudah

tua. Tak lama lagi, ‟kubur kata mari, rumah kata pergi.‟ Kesan yang

mereka tinggalkan akan terus berkekalan di kalangan generasi baru.

Generasi baru akan terus terpupuk dengan perasaan benci dan

bersifat dengki khianat sesama persilatan yang berpunca satu.

Saya dapat rasakan betapa pengambilan ahli-ahli baru akan

diberi pengetahuan betapa persilatan yang dipilihnya adalah tepat

dan benar berbanding dengan persilatan saingannya. Akan tetapi kita

jangan lupa betapa ahli-ahli baru ini juga ada hubungannya dengan

ahli-ahli baru dari persilatan persatuan lain yang sepunca. Fikiran

mereka akan bercelaru. Pada mereka yang benar-benar mencari

kebenaran pada asal usul persilatan itu pastinya tidak mudah untuk

menumpukan perhatian pada persilatan yang sedang dipelajarinya.

Page 348: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

336

Timbul rasa ragu-ragu. Ketetapan hati pada kehebatan persilatannya

sering terganggu.

Di sinilah peranan para Jurulatih amat penting untuk

membuktikan kebenaran. Kebenaran yang jitu tidak hanya

bersumberkan kata-kata. Tunjukkan kehebatan bersilat yang

melambangkan penguasaan ilmu dalam persilatan itu. Hal yang

demikian akan membantu para ahli baru untuk memastikan bahawa

pemilihan silat yang mereka buat adalah tepat dan benar. Oleh itu,

menjadi kewajipan para Jurulatih untuk terus menerus menambahkan

ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mantap dalam

persilatannya. Berhubung eratlah dengan mereka yang menguasai

ilmu persilatan yang ada itu. Jangan ego diri.

Kesimpulan

Pada bahagian kesimpulan ini, saya ingin menarik perhatian

pembaca bahawa dengan cara kita memahami segala nilai dan stail

yang ada dalam segala bentuk kepimpinan, akan memudahkan kita

memahami segala bentuk pergolakan yang berlaku dalam persatuan

kita. Hal yang demikian akan menjadikan diri kita tenang dan tidak

mudah melatah tak tentu arah. Menyokong pada satu pihak

bermakna kita menyebelahi satu pihak yang lain, manakala pihak

yang satu lagi akan membuat tolakan pada kehadiran kita. Oleh itu,

atas ilmu yang ada maka buatlah pilihan yang tepat agar prinsip

menanam tebu di bibir mulut atau kacang lupakan kulit, dapat kita

hindari dari berlaku atas diri kita sendiri.

Saya juga berharap, berdasarkan kefahaman berpersatuan

yang saya tulis akan memudahkan kita memahami betapa

Page 349: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

337

pepecahan silat yang sama pada persatuan yang berlainan jenama

telah menjadikan perjuangan asas kita tidak tentu hala. Para

pemimpin persatuan yang ada merangka strategi untuk

mempopularkan persatuan barunya. Di sinilah lahirnya konsep

mencaci pada pesaing. Dulunya, mereka bersaing dengan persilatan

yang berlainan perguruan. Maka isi perbincangan adalah lebih

banyak menekankan soal-soal prinsip dan konsep gerak yang tidak

sesuai dengan pengamalan persilatannya. Jarang sekali mencerca

barisan kepimpinan. Tapi lain jadinya apabila berpecah sesama

sendiri. Nak komen prinsip dan konsep gerak, tentu janggal sekali.

Sama sahaja geraknya kerana berasal dari pancor yang sama.

Komen yang terbaik ialah pembawaan diri barisan kepimpinan dan

Jurulatihnya. Di sinilah proses kutukan akan bermula dan akan

berlaku sepanjang masa. Mengutuk guru tentunya pada soal

peribadi. Mengutuk Jurulatih tentunya pada kebolehan dan

pengetahuannya. Oleh itu, masa banyak ditumpukan pada proses

pengurusan persatuan dan bukannya persilatan.

Usaha mengembangkan persilatan telah terkeluar dari prinsip

asal penubuhan silat itu sendiri. Prinsip perluasan atau

perkembangan silat mula memasukkan sifat untuk menyekat silat

saingannya dari bertapak atau berkembang. Pada hal, masing-

masing berasal dari satu punca. Cuma, dari segi persatuan mungkin

nampak kesahannya untuk mengembangkan silat. Tetapi, dari segi

persilatan, kita bercakap soal hak.

Pada pendapat saya, hal yang berkenaan hak atau mandat

atau warisan kukuh, patut dijadikan isi utama percakapan dalam

membuktikan kesahan mengembangkan silat. Tidak perlu kita

membuat komen tentang barisan kepimpinannya atau membuat

Page 350: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

338

komen pada ilmu atau pengetahuan yang ada pada Jurulatihnya.

Menguasai nilai dan stail kepimpinan pada seseorang itu, akan

memudahkan kita membuat penilaian dan kesimpulan.

Kita juga perlu memahamai bahawa gejala pepecahan yang

berlaku semuanya diasaskan pada faktor kepentingan diri. Saya

selalu menggunakan istilah kepentingan diri tersebut. Kalau kita ingin

mentafsir makna kepentingan diri maka kita perlu merujuk pada

objektif persatuan yang menaungi persilatan itu. Lihat juga peranan

yang telah ditentukan oleh persatuan melalui bentuk tulisan dan

peranan yang telah ditentukan oleh persilatan melalui lisan gurunya.

Oleh itu, setiap ahli sepatutnya berjuang atau bertindak berdasarkan

objektif dan peranan yang telah ditentukan oleh persatuan.

Di samping itu jangan diketepikan peranan kita berdasarkan

ketentuan persilatan melalui kata guru dari masa ke masa. Apabila

semua pihak bertindak menyimpang dari objektif dan peranan

tersebut maka akan menampakkan makna kepentingan diri seperti

yang saya maksudkan. Apabila wujudnya kepentingan diri maka

akhirnya kepentingan tersebut akan mengatasi kepentingan

persatuan dan persilatan. Salah satu kepentingan diri tersebut ialah

nilai pilitik iaitu kuasa. Sifat melampau dalam nilai ini akan

menjadikan seseorang itu gila kuasa. Dalam prinsip gila kuasa ini,

orang yang berkuasa akan sedaya upaya mengekalkan kuasanya

dalam apa cara sekalipun. Manakala orang yang tidak ada kuasa

akan berhempas pulas untuk mendapatkan kuasa. Tidak kiralah

sama ada kuasa itu berbentuk paksaan, fitnah dan sebagainya.

Matlamat utama persatuan dan persilatan atas sifat

penubuhannya telah tidak memberi makna. Apabila seseorang itu

Page 351: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

339

menyimpang dari tujuan persilatan itu sendiri maka maknanya itulah

kepentingan diri.

Jika kita memahami dan menguasai ilmu tentang pengurusan

persatuan akan banyak membantu kita. Aspek yang terbesar dalam

pengurusan persatuan ialah manusia. Memahami sikap dan sifat

serta keadaan yang ada, akan memudahkan kita membuat

keputusan yang tepat untuk menyebelahi satu-satu pihak. Batu

katinya pasti berdasarkan ”kepentingan diri”. Itulah kayu ukur untuk

kita membuat kesimpulan dan keputusan.

Kita dapat lihat betapa golongan berkepentingan diri itu tidak

kekal lama dalam satu-satu persatuan atau persilatan yang

diceburinya. Cukup tempoh, mereka akan mengundur diri. Mudah

sahaja mereka berbuat demikian tanpa memikirkan kerosakan yang

telah dilakukan pada persatuan dan persilatan. Maka tinggallah

kesan buruk itu pada para pendokong persatuan dan persilatan yang

mereka tegakkan.

Ketika tengah ada kepentingan diri, mereka akan berjuang

habis-habisan. Hinggakan guru sendiri disanggah dan dicaci. Jadilah

mereka sebagai hero perjuangan pada ketika itu. Tapi hero mereka

adalah pada pengikut yang juga ada kepentingan diri. Untuk menjadi

hero ‟palsu‟ tersebut, strategi niat menghalalkan cara sangat popular.

Maka tersebarlah faktor memfitnah, besar diri dan hebat diri.

Walau bagaimanapun apabila mereka berumur atau mula

memegang jawatan tinggi sedikit maka kepentingan diri mereka mula

beralih angin. Kalau sedang menjawat jawatan, kerjaya asal dijadikan

pegangan. Itulah punca pendapatan mereka. Kalau terlibat dengan

Page 352: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

340

sektor koperat, keuntungan meterial lebih utama. Silat dan persatuan

mula berjauhan. Biasanya, alasan sibuk dijadikan sandaran.

Penglibatan mereka mulalah kadang-kadang dan akhirnya jarang-

jarang. Ada yang ghaib langsung apabila sesetengah dari mereka

mula menjadi orang kaya baru. Ada juga yang diketepikan oleh

generasi kepimpinan berikutnya. Teringat saya pada satu watak yang

terkenal dengan gelaran blacknya. Beliau adalah salah seorang

pengasas perpecahan zaman perpecahan gelombang pertama

dulunya. Beria-ria menegakkan kebenaran persilatan dan persatuan

kononnya. Tapi, ketika ini senyap sahaja apabila peluang bermewah

ada di saluruan yang lainnya. Maka hebatlah mereka kerana

meninggalkan ‟taik‟ dalam persatuan atau persilatan yang mereka

anggap diri mereka sebagai pembela utama persilatan dan persatuan

pada satu ketika yang lalu. Itulah golongan haprak namanya.

Kini, ramai dalam kalangan mereka yang berkepentingan

telah meninggalkan persilatan. Tempat mereka dalam pentas atau

dunia persilatan telah diterajui pula oleh generasi baru. Semangat

dan pengetahuan tentang asal punca pepecahan atau punca sesuatu

persengketaan itu tiada dalam pengetahuan mereka. Apatah lagi

untuk mengetahui tentang hak guru utama yang sebenarnya.

Langsung sudah tidak terlintas pada pemikiran mereka. Maka mereka

hanya menerima persatuan dan persilatan seadanya, tanpa ada

usaha untuk merapatkan atau menyatukan silat-silat yang bercabang

pada perdu yang satu. Semuanya gara-gara kewujudkan barisan

pembela atau pejuang dalam silat kita yang tidak kekal lama.

Perjuangan mereka adalah berasaskan kepentingan diri. Tapi, bila

nampak peluang lain yang lebih bererti, maka sayonara telah menjadi

wirid mereka.

Page 353: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

341

Dalam persilatan Silat Cekak, kita masih tidak terlepas pada

perpecahan yang berterusan apabila para pemecahnya masih ada.

Selagi mereka ada, perjuangan diri tetap menjadi bahan utama.

Apabila mereka tiada, maka mereka akan membawa bersama

perjuangan diri tersebut. Maka tinggallah pengikut mereka yang

pengetahuan dan kefahaman asal usul silatnya entah apa-apa.

Tengok Ustaz pun tak pernah tapi mendabik dada sebagai ketua

pejuang pusaka Hanafi yang hakiki. Tak pernah sampai ke London

tapi asyik bercakap tentang perkembangan di sana. Percakapan

yang tidak berasaskan pengalaman tetapi berdasarkan cerita-cerita

dan pembacaan.

Saya rasa, kita perlu menghindari lagi segala bentuk

pepecahan. Namun begitu, manusia tetap manusia. Untuk mengawal

manusia, kita perlulah mengetahui tentang sifat dan sikap mereka.

Banyak pengkajian mengenainya. Salah satu pengkajiannya ialah

berkenaan aspek pepimpinan seperti yang banyak saya tulis dalam

ruangan ini. Maka eloklah disebarkan ilmu pengetahuan

mengenainya dari masa ke masa tanpa penat dan jemu.

Saya berkeyakinan, untuk menghindari sebarang bentuk

pepecahan lagi, adalah jelas pada saya betapa perlunya kita

menguasai aspek pengurusan manusia dalam persatuan bagi

memantapkan bidang pengurusan kita yang berkaitan dengan

manusia. Kalau berlaku perselisihan sebagai bunga pepecahan, akan

membolehkan kita mengatasi atau memadamkannya dengan segera.

Jangan dibiarkan bunga-bunga tersebut berkembang mekar yang

mengundang pepecahan akhirnya.

Page 354: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

342

Orang-orang dulu tersangat pandai membaca sifat dan sikap

manusia sekelilingnya. Akan tetapi ilmu mengenainya amat sukar

diperturunkan melalui kaedah yang jelas dan objektif. Ilmu berkenaan

sifat dan sikap manusia berdasarkan disiplin tafsiran orang-orang tua,

akan mengambil masa yang lama untuk kita memahami dan

menguasainya. Saya rasa kehebatan mereka menguasai ilmu

tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang mereka tempuh

hingga membolehkan mereka membuat kesimpulan atau teori

tentang sifat manusia sekeliling. Kesimpulan mereka adalah

berdasarkan bentuk fizikal yang ada dan berdasarkan pelakuan

manusia sekeliling.

Lihat saja air muka atau pelakuan yang ditunjukkan, akan

memudahkan mereka membuat kesimpulan tentang sifat dan sikap.

Kadang kala pelakuan tersebut dilihat melalui bantuan alat yang

tertentu. Saya pernah berpengalaman dalam satu silat tentang soal

tersebut. Gurunya akan menyembelih ayam dan dibiarkan gerak di

mana-mana dalam keadaan dikelilingi oleh murid-murid silat. Di

tempat ayam itu berhenti di hadapan mana-mana anak muridnya,

maka anak murid itu akan dijadikan anak angkat, bakal mewarisi

kerja guru. Nampaknya guru berkenaan menggunakan alat bantu

iaitu ayam untuk membaca kehebatan anak muridnya. Namun begitu,

kehebatan anak muridnya itu tidak menentu atau tidak pasti. Kayu

ukurnya hanyalah berdasarkan ayam dan bukannya didasarkan pada

kebolehan anak murid itu sendiri. Begitu juga dengan adat memotong

limau. Semasa memotong limau, dikatakan bahawa limau itu akan

memberi petunjuk atau petanda pada guru berkenaan untuk memilih

anak muridnya yang berkeupayaan memimpin silat seterusnya. Maka

limaulah penentunya. Bukannya ilmu pemerhatian yang sainstifik.

Page 355: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

343

Begitu juga dengan bentuk fizikal yang dikatakan dapat

melambangklan sesuatu sifat dan sikap. Pelambangan mereka

adalah berdasarkan pengalaman yang ada dan pernah mereka

tempuh. Misalnya rujukan pada mereka yang mengayun tangan

ketika berjalan. Tangan yang dihayun ke dalam, ada maknanya. Jika

hayun tangan ke luar umpama sedang membasuh punggungnya

maka dianggap lain sifat dan sikapnya. Mereka yang berjalan

mendada burung akan membawa sifat-sifat yang tertentu. Mereka

yang bergusi hitam ada pula maknanya. Semuanya ada makna

berdasarkan tafsiran entah ia atau entah tidak. Mereka yakin akan

tafsiran yang dilakukan tanpa bersandarkan satu alasan yang kukuh.

Semuanya berdasarkan pengalaman yang dijadikan teori.

Dalam silat kita, untuk membaca sifat dan sikap anak murid,

ada pelbagai cara. Penunjuk ayam dijadikan satu ukuran utama. Tapi

guru seorang yang tahu. Pada orang kanan atau pada Jurulatih

sendiri, mereka teraba-raba membuat kesimpulan atas pelakuan

mengambil bahagian ayam dalam majlis petunjuk. Tafsirannya tak

tetap. Maka timbullah pelbagai tafsiran sendiri. Kadang kala pada

mereka yang begitu kuat memegang fahaman tersebut, tafsiran

mereka itu dijadikan sandaran untuk hubungan seterusnya. Saya

rasa sikap yang sedemikian amat berbahaya dan amat merugikan.

Betapa banyaknya tafsiran tersebut tentang ayam petunjuk,

boleh kita bincangkan serba sedikit dalam tulisan ini sekadar buat

renungan. Harap tidak sensitif. Ada kata ambil kepala ayam akan

mendatangkan petaka. Dikatakan ada keinginan hendak jadi ketua.

Mereka ini perlu waspada. Akan tetapi dalam proses penglibatan

seterusnya sikap berkenaan tidak juga menjadi kenyataan. Malah,

sumbangannya pada persilatan dan persatuan amat hebat. Mulalah

Page 356: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

344

ditafsirkan semula bahawa mengambil kepala ayam akan

melambangkan kehebatan kepimpinan. Tapi ada juga yang

mengambil kepala ayam tak kekal lama dalam persilatan.

Saya sendiri ketika majlis penamat memilih dada dan hati.

Tak tahulah tafsirannya. Pemilihan saya itu berdasarkan dada

sebagai lambang keberanian mempertahankan persilatan, manakala

hati merujuk pada pautan hati saya pada silat yang akan berkekalan.

Tapi itu tafsiran saya. Namun begitu, ada juga sahabat saya yang

ambil benda yang sama. Sudah lama cabut lari. Tak nampak muka

lagi. Oleh itu kita tak boleh berpegang pada pelakuan tersebut untuk

menentukan sifat dan sikap seseorang. Biarlah Guru Utama sahaja

yang mentafsirnya.

Pada pendapat saya membaca sifat dan sikap manusia yang

diguna pakai pada zaman dulu, tidak boleh disandarkan dalam

proses pengurusan silat dan persatuan. Ketentuannya tidak tetap dan

boleh berubah-ubah. Oleh itu, saya berpandangan bahawa kita

hendaklah berpegang pada teori kepimpinan yang membincangkan

tentang sifat dan sifat manusia. Teori-teori itu telah dikaji dan

disahkan kebenarannya. Melalui teori tersebut, memudahkan kita

membuat andaian dan kesimpulan. Hasilnya tidak lari dan boleh

dikatakan tepat.

Dalam penulisan ini, saya berharap kita dapat berkongsi ilmu

mengurus berdasarkan teori dan pengalaman yang saya telah

tempoh. Tulisan ini membolehkan kita mengetahui akan gelagat

manusia yang ada dalam persatuan kita. Para pemimpin terutamanya

Jurulatih boleh mengawasi pengikut sekeliling yang mungkin menjadi

manusia toksid atau kuman-kuman virus. Jika wujud gejala jahat

Page 357: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Aplikasi Nilai dan Kepimpinan

345

tersebut, maka cepat-cepat hapuskan jika tidak mampu dipulihkan

lagi.

Berdasarkan tulisan dan saranan saya, para pengikut juga

perlulah bersuara dari masa ke masa untuk mendapatkan hak yang

sepatutnya sebagai ahli silat dan ahli persatuan. Jangan dibiarkan

barisan kepimpinan membuat kerja sesuka hati. Tegurlah secara

beradab pada saluran yang sah jika mereka melanggar tatasusila

seperti yang pernah saya sarankan. Merekalah yang bakal membuat

sengketa berdasarkan pengalaman yang ada. Untuk bersuara, kita

perlu ada pengetahuan tentang ilmu pengurusan yang menekankan

sifat baik manusia yang ada. Ingat! Jangan serah semua. Tuntut hak

kita. Dalam persilatan, antara hak kita ialah ilmu silatnya. Manakala

dalam persatuan, antara hak kita pula ialah pengurusan kelas yang

teratur.

Gambar kenangan Dato‟ Mohd Rauhi bersama barisan ahli Jawatankuasa Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Perak tahun 1990. Gambar ini dirakamkan di kelas Pasir Puteh, Ipoh.

Page 358: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

346

GAYA KEPIMPINAN

Kita tidak dapat menyisihkan diri dalam pergaulan sesama

ahli Silat Cekak. Sepanjang melibatkan diri dalam Silat Cekak, kita

sentiasa berhubung dengan mereka sama ada secara rapat atau

tidak. Ketika itulah kita dapat saksikan pelbagai kelibat atau perangai

atau tingkah laku rakan-rakan sekeliling. Kerap kali timbul

pertentangan nilai antara diri kita dengan diri mereka. Kadang kala

kita dapat rasakan betapa diri kita lebih baik dari mereka. Kita dapat

lihat betapa rakan kita yang begitu ’alim’ dengan agama. Sering

berpuasa dan bercakap lancar dalam bidang agama. Namun kerap

kali rakan tersebut mungkir janji. Perangainya itu mungkin

bertentangan dengan nilai kita yang tak mungkin mungkir janji. Oleh

itu, kita dapat rasakan betapa diri kita lebih baik berbanding dengan

diri mereka.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang suka bercakap secara

menambah-nambahkan berita. Maka wujudlah fitnah dan reka cerita.

Hal yang demikian mungkin bercanggah dengan nilai yang ada pada

kita. Maka di sinilah lahirnya pertentangan antara sikap dan perangai

kita dengan sikap dan perangai rakan sekeliling kita dalam proses

kita berinteraksi dengan mereka dalam Silat Cekak. Demi

mendapatkan ilmu, maka kita terpaksa berada dalam pergaulan atau

hubungan dengan mereka.

Nilai-nilai yang telah saya bincangkan terdahulu, akan

banyak mempengaruhi perangai dan tatakelakuan kita. Malah, saya

berkeyakinan bahawa cara pergaulan, sikap, perangai dan gaya

kepimpinan kita akan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai yang wujud

dalam diri kita. Perlu diingat, gaya kita memimpin pula lebih banyak

Page 359: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

347

ditafsir oleh orang lain. Itu sebabnya gaya kepemimpinan ialah corak

atau gelagat kita dengan orang lain seperti mana yang mereka lihat

atau mereka tafsirkan. Kalau kita yang menentukan gaya

kepemimpinan kita, maka penentuan itu lebih banyak berdasarkan

perasaan kita. Oleh itu, tidak perlulah kita menyatakan sifat

kepimpinan kita pada orang lain.

“Saya tak kisah. Saya berfikiran terbuka. Cakaplah apa saja.

Semuanya saya boleh terima.” Itulah antara lain kata-kata

pembuktian sifat atau sikap kita pada orang lain. Namun begitu,

apabila orang lain membuat komen atau memberi ulasan atau

sebagainya, mudah pulak kita melenting. Kalau tak melenting ketika

itu, akan terbit bibit-bibit dendam yang berbunga dalam hati. Jadi,

lebih baik kita berperangai seadanya tetapi sentiasa dalam proses

muhasabah diri. Lihat kekuatan dan kelemahan diri kita setiap hari.

Jangan lupa lihat juga kesilapan dan tindakan betul yang telah kita

lakukan pada hari tersebut.

Saya tegaskan sekali lagi atas keyakinan saya bahawa nilai

yang ada pada kita akan banyak menentukan sifat, sikap, perangai

atau gaya kepimpinan kita. Tak kira di mana. Sama ada memegang

jawatan dalam persatuan atau memegang tanggungjawab dalam

institusi keluarga. Sifat-sifat kepimpinan kita itulah yang akan

menentukan gaya kepemimpinan kita. Gaya kepimpinan itu adalah

hasil hubungan erat antara sifat, sikap dan perangai kita. Jadi, lebih

baik kita tidak mendabik dada mendakwa diri kita bersifat sesekian.

Biarlah orang lain mentafsirnya. Tugas kita ialah muhasabah diri

untuk melihat kelemahan dan kekuatan. Kelemahan yang wujud,

perbaiki dengan sebaik-baiknya.

Page 360: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

348

Cuba kita perhatikan proses pepecahan dalam kalangan

persilatan kita. Salah satu punca pepecahan ialah timbul sifat

mengaku diri sebagai pembela Pusaka Hanafi. Hal yang demikian

meliputi bidang persilatan Silat Cekak dan bidang kefahaman Silat

Cekak. Dakwaan itu juga semakin parah apabila berlaku proses

pepecahan dalam gelombang kedua. Mereka yang terkeluar daripada

salasilah waris Silat Cekak juga turut mendakwa betapa diri mereka

telah terpilih untuk menjadi pembela Pusaka Hanafi.

Persoalan yang timbul pada kita ialah kenapakah mereka

tergamak berbuat demikian. Mereka bukannya golongan profesional

dalam Silat Cekak, sebaliknya ada kerja lain yang memberi punca

pendapatan. Hal yang demikian tentunya berbeza dengan Guru

Utama yang merupakan orang profesional kerana pendapatannya

berpunca dari kegiatan dalam Silat Cekak. Beliaulah yang sepatutnya

berusaha bermati-matian untuk mempertahankan Pusaka Hanafi. Di

sinilah lahirnya satu kepelikan dalam proses persilatan Silat Cekak.

Kita juga ingin tahu siapakah yang mengatakan atau memberi

mandat kepada mereka untuk mendakwa bertanggungjawab sebagai

pembela Pusaka Hanafi. Sepatutnya, jagalah tugas yang

diamanahkan oleh kerajaan sebagai penjawat awam. Silat Cekak

adalah satu persatuan. Kalau tak suka, undurlah dari persatuan. Tapi

lain pulak jadinya. Sudah tentulah diri orang itu yang mendakwa

kenyataan tersebut akibat kepentingan diri. Ada sesuatu yang

mendorongnya berjuang mati-matian untuk mengekalkan pengaruh

dalam persatuan. Oleh sebab mereka terdiri dari golongan bijak

pandai, maka akal dimainkan untuk menghalalkan pelbagai cara bagi

memenuhi cita-cita penguasaan tersebut. Bagi menyakinkan

masyarakat umum ahli, maka terpaksalah mereka mendakwa betapa

Page 361: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

349

Silat Cekak itu adalah hak masyarakat. Harapan mereka ialah

mendapatkan keyakinan ahli-ahli lain yang buta kayu.

Keyakinan ahli adalah penting bagi menentukan satu-satu

dakwaan itu berkesan. Kalau ahli tidak yakin akan dakwaan mereka

itu maka cita-cita mereka akan terbantut. Oleh itu, jelas pada kita

betapa tafsiran orang lain amat penting bagi mempastikan dakwaan

mereka sebagai pembela Pusaka Hanafi itu benar. Kalau kita saja

mendakwa sebagai pembela tapi tidak diiktiraf oleh ahli-ahli Silat

Cekak yang lain, maka dakwaan itu tidak membawa makna.

Di sinilah juga betapa penting setiap ahli diasuh agar

mempunyai pegangan yang kukuh. Mungkin dari aspek ini, kita ada

banyak kelemahan. Barisan kepemimpinan tertinggi Silat Cekak

mungkin terlupa berbuat sesuatu bagi mempastikan setiap ahli

persilatan Silat Cekak benar-benar faham akan kefahaman yang

ditinggalkan Ustaz. Kalaulah aspek ini diberi perhatian penting, saya

yakin bahawa pepecahan dalam kalangan ahli Silat Cekak tidak

mudah berlaku. Keadaan ini demikian kerana mereka ada keyakinan

dan pegangan yang kukuh terutamanya pada institusi guru dalam

persilatan Silat Cekak.

Bagaimana pulak dengan ahli-ahli yang telah diasuh tapi

berubah hati dan menunjukkan ketidakfahaman mereka pada ajaran

Silat Cekak. Di sinilah terbitnya prinsip kepentingan diri dan prinsip

perasan. Mereka perasan bahawa diri merekalah yang berupaya

membela atau mempertahankan kehebatan Silat Cekak secara

memberi sokongan. Siapakah yang mengatakan diri mereka sebagai

pembela. Pastinya diri mereka sendiri yang mengatakan demikian.

Cuma, sokongan rakan-rakan ahli lain amat perlu dalam apa cara

Page 362: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

350

sekalipun untuk menyokong dakwaan mereka. Pelbagai langkah

dilakukan termasuk secara memaksa pengakuan mereka melalui

keracunan fikiran.

Golongan ini perlu dikenakan ketegasan. Jangan dibiarkan

mereka berleluasa. Ambil tindakan segera. Semasa zaman Ustaz,

beliau tetap tegas dengan mereka yang cuba merobak-rabikkan

persilatan dan persatuan Silat Cekak. Banyak nama yang terlibat.

Tidak perlulah saya nyatakan dalam tulisan ini. Penyingkiran mereka

tidak merugikan perkembangan Silat Cekak seterusnya. Malah

semakin mantap.

Namun begitu apa kan daya. Kita berbeza dan kita biarkan

mereka berleluasa dalam keadaan ingin menenangkan suasana.

Akhirnya golongan ini bangkit menjadi pertualang persilatan kita.

Maka lahirlah manusia Lan dan Li, Guru Wawasan dan Guru

Persatuan. Segala-galanya adalah lambang kelewatan kita bertindak

dari mula. Ramai pulak kuncu-kuncu mereka. Pegangan tak tentu

hala.

Dalam tulisan seterusnya, saya cuba membawa para

pembaca lebih memahami tentang gaya kepimpinan yang ada,

berdasarkan teori-teori kepimpinan ”biasa”. Kefahaman ini penting

agar kita dapat memahami akan perangai seseorang pemimpin itu

yang dikatakan bertanggungjawab membawa hala tuju persatuan dan

masa depan kita sendiri dalam persilatan dan persatuan. Bayangkan

gaya-gaya tersebut dengan gaya kepimpinan pemimpin kita sama

ada yang sedia ada atau buat masa-masa lalu atau akan datang.

Bandingkan juga gaya-gaya tersebut dengan perangai kita sendiri.

Sekurang-kurangnya dalam proses muhasabah diri, kita juga akan

Page 363: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

351

mengetahui akan kedudukan perwatakan kita. Hal yang demikian

akan memudahkan kita menyesuaikan diri kita dengan perangai,

sikap dan gaya pemimpin atau ketua kita atau rakan-rakan sekeliling,

di samping memahami akan tindak tanduk mereka dalam kehidupan

seharian Silat Cekak.

Namun dalam hal ini seperti yang selalu saya tegaskan,

jangan lupa keperluan kita muhasabah diri. Kelemahan dan kekuatan

rakan sekeliling sama ada ketua atau rakan biasa, jangan mudah

ditafsir sesuka hati. Kita mesti ada ilmu bagi membuat sesuatu

kesimpulan atau ulasan. Jadi, jangan sesekali jadikan isu atas

kelemahan mereka. Jangan juga sesekali bermegah atas kelebihan

mereka. Cuma, jadikan sempadan atau batasan pegangan kita.

Setiap kelemahan perlu diperbaiki. Kekuatan atau kelebihan yang

ada pada kita, binalah dan kuatkan dari masa ke masa. Sering-

seringlah berbincang dengan rakan-rakan akrab kita.

Biasanya perangai seseorang itu dipancarkan pada gaya

kepemimpinan tradisional. Gaya ini meliputi tiga jenis iaitu Gaya

Autokratik, Gaya Demokratik dan Gaya Laissez Fair. Setiap gaya

kepimpinan itu akan saya bincangkan dari segi ciri-cirinya, implikasi

pengurusan dan kesesuaiannya bersandarkan pada pandangan

saya. Mungkin tulisan ini akan memberi sedikit pengetahuan kepada

para Jurulatih yang mengendalikan kelas dan kepada barisan

pemimpin cawangan yang mengendalikan persatuan bagi memahami

perangai anak-anak didik atau rakan sekeliling.

Gaya kepemimpinan Laissez Fair tidak akan dibincangkan

dalam tulisan ini. Hal ini demikian kerana gaya tak kisah ini sudah

tidak sesuai dan tidak popular lagi. Berdasarkan hukum adat,

Page 364: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

352

biasanya kalau tak kisah maka individu itu pasti akan ’ditendang’

daripada organisasi berkenaan. Dalam Silat Cekak, ramai yang buat

tak kisah telah tersingkir dari persatuan dan persilatan. Namun begitu

ada juga keluarbiasaannya. Tentu ada satu-satu sebabnya itu.

Gaya kepemimpinan autokratik boleh juga dikatakan sebagai

gaya kepemimpinan secara mutlak. Dalam gaya ini, pemimpin

tertinggi akan bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju

persatuan atau hala tuju organisasinya sendiri. Hal yang demikian

tidak menghairankan kerana penubuhan persatuan itu sendiri ada

kaitan dengan peranan mutlak yang telah dimainkannya. Pendek

kata, tanpa usaha dan pengorbanan yang dilakukannya maka

organisasi tersebut mungkin tidak ada. Oleh sebab penubuhan

persatuan atau organisasi itu erat kaitan dengan usaha-usaha dan

peranannya maka beliau akan terlibat secara langsung dalam

menentukan undang-undang dan peraturan persatuan itu sendiri.

Walaupun ada mesyuarat dalam kalangan ahli jawatankuasa,

kepimpinan tertinggi tetap mempunyai kuasa pemutus dalam semua

hal. Pendekatan kepimpinannya ialah secara ’top-down’. Terima

sahaja arahan atau nasihat yang diberikan tanpa banyak karenah

dan tanpa banyak perbahasan. Hal yang demikian akan merugikan

masa dan meletihkan mulut untuk berbincang.

Saya pernah menyentuh tentang gaya kepemimpinan secara

mutlak ini. Malah, saya tegaskan betapa perlunya gaya kepimpinan

jenis ini dijalankan dalam persatuan kita ketika penubuhannya lagi.

Saya sendiri sangat berminat dengan gaya ini. Kesesuaian gaya ini

adalah berkaitan dengan pelbagai faktor yang saya anggap perlu

diberi perhatian.

Page 365: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

353

Saya pernah menulis dalam tulisan terdahulu betapa corak

kepimpinan secara mutlak ini amat sesuai ketika timbul suasana

kritikal atau mendesak untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masa

perbincangan amat terhad. Kata putus perlu diberi dengan seberapa

segera. Boleh juga kita kiaskan umpama isteri kita yang terdesak

untuk melahirkan anak. Kata putus perlu diberi, sama ada

membawanya ke hospital atau berbidan di kampung. Jika hospital,

perlu diputuskan segera sama ada di hospital kerajaan atau hospital

swasta. Kelewatan membuat keputusan akan mengundang padah

yang membahayakan. Oleh itu kata putus amat penting berbanding

dengan proses perbincangan yang akan memakan masa.

Gaya kepimpinan itu juga amat penting jika pemimpinnya

sahaja yang tahu akan sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Tak

perlu bincang-bincang. Buang masa sahaja. Teringat saya dalam

satu kelas silat. Ketika belajar buah asas Kuntau Kiri Gantung dan

Kuntau Kanan Gantung. Kita disuruh supaya meletakkan kaki kita di

pelipat pasangan silat secara sentuhan. Jangan dipukul. Maka ada

murid yang bertanya. ”Kenapa kita tak pukul saja kaki pasangan kita.

Lagi mantap.” ”Ikut aje. Jangan banyak bertanya.” Itulah jawapan

Ustaz pada kumpulan saya. Ada yang puas hati dan ada yang tidak

puas hati atas jawapan mutlak berkenaan. Tidak ada penjelasan

lanjut untuk memuaskan hati ahli yang bertanya.

Selepas tamat baru kami faham akan kegunaannya. Banyak

gunanya ketika mempelajari peringkat menengah. Rupa-rupanya

percakapan tegas tanpa menggalakkan perbincangan ada gunanya.

Cuma yang penting ialah kita memberi kepercayaan penuh pada

Jurulatih kita. Mereka tahu apa yang ingin dicapai. Kita tidak ada

pengalaman atau pengetahuan tentang tujuan selanjutnya. Kita ikut

Page 366: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

354

sahaja. Manakala di pihak Jurulatih, apa guna berbincang pada

mereka yang tidak tahu akan gerak seterusnya. Perbincangan akan

memakan masa dan membuang masa. Lebih baik banyak bertindak

dari banyak bercakap. Cuma, telinga kita perlu tahan atas komen

yang pelbagai dari pihak anak didik kita.

Begitu juga ketika kita sedang berhadapan dengan satu majlis

anjuran Lincah untuk mempertemukan kita dengan Kalimah. Ustaz

mengarahkan buat itu dan ini tanpa ada perbincangan banyak. Orang

lain ikut sahaja. Rupa-rupanya, arahan secara mutlak itu memberi

impak positif pada perkembangan Silat Cekak seterusnya. Strategi

Ustaz mengena. Ramai yang baru faham setelah nampak akan hasil

positifnya.

Jadi jelaslah pada kita dalam suasana mendesak dan dalam

keadaan pengikut kita tiada pengalaman atau kurang

berpengalaman, kata putus segera perlu ada. Lebih-lebih lagi jika

seseorang pemimpin itu lebih mengetahui akan matlamat atau

jawapan pada persoalan yang ditimbulkan. Kita jangan mudah

membuat kesimpulan negatif terhadap apa jua jenis gaya

kepimpinan. Setiap sesuatu itu ada kebaikan dan ada keburukannya.

Tafsiran baik atau buruk banyak bergantung pada nilai yang ada

pada individu itu sendiri. Bukan semuanya sama ketika membuat

tafsiran tentang baik buruk sesuatu itu.

Saya sangat berminat dengan gaya kepimpinan ini dalam

keadaan inginkan keputusan yang cepat. Perbincangan akan

mengambil masa yang panjang. Berdasarkan pengalaman dan

pengetahuan yang ada pada saya, maka keputusan secara cepat

dapat diambil. Oleh sebab keputusan itu berdasarkan mutlak saya,

Page 367: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

355

maka saya akan pastikan matlamat yang hendak dicapai itu akan

beroleh kejayaan. Sesungguhnya dalam banyak perkara, matlamat

yang dihajatkan telah tercapai kehendak dan maksudnya.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat nafikan betapa gaya

kepimpinan yang sedemikian menghadapi risiko kegagalan. Tindakan

yang terburu-buru tanpa perbincangan dan pandangan orang lain

akan mengundang pertaruhan nasib sama ada berjaya atau tidak.

Jika gagal, pastinya pemimpin itu akan dipertanggungjawabkan dan

akan menerima kecaman secara sendirian. Jika tersilap langkah juga,

pemimpin itu mungkin akan tersingkir dari tanggungjawab yang

diamanahkan padanya. Tapi itulah risiko yang perlu diambil oleh

seseorang pemimpin yang menaruh kepercayaan pada kebolehan

dirinya.

Kepimpinan yang sedemikian juga akan mengundang

perasaan tak puas hati dalam kalangan pengikut atau pemimpin yang

lain jika ada dalam kalangan mereka yang turut berkebolehan dan

berpengetahuan. Apabila diri mereka diketepikan dari memberi

pendapat atau pandangan, akan menyebabkan mereka berasa

terketepi dan tidak memberi makna akan kehadiran mereka dalam

organisasi berkenaan. Mungkin kumpulan ini akan merajuk atau

mengundur diri dari setiap aktiviti yang dijalankan.

Perasaan tak puas hati jika tidak dihapuskan akan membunga

mekar dari masa ke masa. Mereka mungkin akan melahirkan

perasaan tak puas hati itu dalam kalangan ahli yang lain. Maka

dengan itu akan wujudlah suasana yang tidak menyenangkan dalam

hubungan antara kepimpinan tertinggi dengan anak buahnya. Puncak

perasaan tak puas hati itu akan melahirkan penentangan sama ada

Page 368: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

356

secara senyap atau secara terbuka. Lebih teruk lagi jika ahli-ahli yang

tidak berpuas hati itu akan meninggalkan terus persatuan yang

dilibatinya.

Oleh itu jika timbul suasana yang sedemikian, pemimpin yang

suka mengamalkan gaya kepimpinan autokratik ini eloklah buat

penjelasan. Dalam hal ini, penjelasan yang diberi akan membolehkan

ahli-ahli yang tidak berpuas hati akan berasa puas dan jelas. Lebih-

lebih lagi penjelasan itu diberikan oleh kepimpinan tertinggi.

Janganlah kita bersifat ego. Dalam hukum persatuan, ahli-ahli biasa

boleh menjatuhkan kepimpinan tertinggi berdasarkan undian dalam

mesyuarat agung. Nampaknya dalam banyak kes, dalam bidang

persilatan, guru yang kehilangan jawatan presiden dalam persatuan

akan turut kehilangan jawatan guru dalam persilatannya.

Satu lagi jenis perangai atau pelakuan seseorang dapat

dihubungkan dengan gaya demokratik. Ramai yang mengenali gaya

kepimpinan secara demokratik. Pemimpin yang mengamalkan gaya

ini dikatakan sebagai pemimpin yang sentiasa mengambil berat hal-

hal yang dihadapi oleh para pengikutnya. Kebajikan para pengikut

sentiasa dijaga. Nilai sosial adalah begitu tinggi. Hubungan sesama

ahli adalah begitu rapat. Hal yang demikian akan menjadikan mereka

menghormati orang lain terutama pengikutnya. Dari segi menjalankan

tugas, mereka akan bersama-sama turun padang untuk

menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sesuatu pelaksanaan tugas, konsep bermesyuarat atau

berbincang amat dititikberatkan. Malah kalau seseorang itu menjadi

ketua, prinsip berbincang dan berunding dengan orang bawahan

sangat ditekankan sebelum membuat sesuatu keputusan. Malah

Page 369: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

357

ketua berkenaan sangat menggalakkan penyertaan dan kerjasama

antara semua lapisan ahli yang ada dalam satu-satu organisasi itu.

Maka lahirlah sifat bertolak ansur jika sesuatu matlamat itu belum

tercapai. Desakan kurang digunakan, sebaliknya prinsip memujuk

dan memohon kerjasama amat diutamakan.

Kalaulah Presiden Cawangan kita atau Penyelia Kelas kita

ataupun Jurulatih kita sendiri mengamalkan gaya kepimpinan

demokratik, terserlah perangainya yang menekankan perseimbangan

antara tugas dan kesesuaiannya dengan ahli yang berkenaan.

Mereka akan pandai membuat pembahagian kerja berdasarkan

kesesuaian. Malah, tugas menggantung kain rentangpun akan diberi

pada mereka yang sesuai menjalankan tugas berkenaan. Jika

tugasan itu ditolak, perbincangan dan pujukan kerap kali digunakan.

Kepemimpinan yang mengamalkan gaya kepimpinan ini, akan

sentiasa menjadi pendorong dan penggalak kepada ahli-ahli lain

sebagai motivasi. Tekanan pada ahli akan cuba dielakkan. Dalam

persilatan, jika ada pesilat yang masih lemah menguasai pelajaran,

Jurulatih itu akan membina gerak penuntut tersebut dalam keadaan

tenang, jujur dan sabar. Gaya kepimpinan ini mempunyai sikap dan

pegangan bahawa setiap individu itu berbeza dari segi sifat dan

kebolehannya. Oleh itu, mereka akan mempunyai perancangan bagi

membina kebolehan anak didiknya dari masa ke masa. Gaya

kepimpinan ini juga suka berbincang. Setiap kelemahan dalam

penguasaan silat, akan dicari puncanya. Punca ini akan dijadikan

dasar dalam perbincangan dengan anak didiknya apabila menyentuh

soal-soal pembelajaran silat.

Page 370: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

358

Dalam aktiviti persatuan, mereka menggalakkan penyertaan

semua ahlinya secara total. Mereka percaya bahawa pengurusan

secara penyertaan total ini adalah cara yang terbaik untuk mengurus

persatuan dengan berkesan. Hal yang demikian akan menjadikan

semua ahli akan komited dengan segala perancangan. Setiap

kejayaan akan dirai bersama manakala kegagalan yang ditempoh

akan dirasai tanggungjawabnya oleh semua ahli.

Oleh sebab kepimpinan corak ini berjaya membawa para

ahlinya perasaan empunya pada persatuannya, mereka akan

sentiasa menetapkan objektif yang tinggi dalam setiap perancangan.

Sifat suka berbincang dan turun padang memastikan keyakinan

mereka berkemampuan untuk membimbing dan menasihati ahli

persatuannya ke arah pencapaian matlamat.

Pelakuan berdasarkan gaya kepimpinan demokratik ini amat

sesuai sekali jika pemimpin atau ketua persatuan itu tidak

mempunyai kuasa mutlak. Kalau tak ada kuasa mutlak lebih baik

jangan suka mengarah-arah orang lain atau anak buah sendiri

dengan sesuka hati. Biasanya arahan itu tidak dipeduli dan tidak

dijalankan dengan baik dan berkesan. Kebolehan mentadbir di

cawangan itu adalah ramai dan masing-masing ada kebolehannya

tersendiri. Kalaulah dalam peratuan itu ada ramai tokoh-tokoh yang

berwibawa sebagai ketua dan pemimpin, gaya demokratik adalah

perlu. Arahan secara autokratik akan menyebabkan perasaan tak

puas hati pada pemimpin lain yang berasa dirinya juga berkebolehan.

Corak kepimpinan demokratik juga akan menyebabkan timbul

dalam kelompok ahlinya, mereka yang boleh bersuara mengeluarkan

pendapat atau hasrat. Hal yang demikian akan menjadikan mereka

Page 371: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

359

berasa diri mereka diberi penghargaan dan diperlukan dalam

persatuan. Oleh itu, kesetiaan, komitmen dan pengorbanan mereka

pada persatuan akan turut bertambah. Secara langsung penyertaan

pengikut dalam membuat keputusan diperlukan. Masing-masing akan

berusaha untuk memajukan persatuan. Secara langsung akan

mendidik para ahli menjadi pemimpin. Banyak perkara yang mereka

boleh belajar dalam pengurusan persatuan. Secara tidak langsung,

wujudlah barisan pelapis kepimpinan dalam persatuan dan persilatan.

Sepatutnya kesinambungan kepemimpinan ini penting bagi

meneruskan perjuangan Silat Cekak.

Berdasarkan pengalaman saya, jika semua barisan

kepimpinan pada satu-satu persatuan itu mengamalkan gaya

kepimpinan demokratik maka sikap, tingkah laku dan tindakan

mereka juga akan menjurus ke arah demikian. Setiap aktiviti

menampakkan penyertaan bersama. Semua ahli tahu akan peranan

masing-masing. Malah, keputusan yang diambil pun adalah

keputusan bersama hasil perbincangan secara bersama.

Pembahagian tugas adalah juga berdasarkan keputusan bersama.

Tugas yang diberi akan dipikul dengan sebaik mungkin. Oleh itu,

setiap kejayaan adalah merupakan kejayaan bersama. Mereka akan

meraikannya bersama. Itu sebab kita selalu dapati, apabila selesai

sesuatu aktiviti, mereka akan meraikannya bersama di kedai-kedai

makan atau di mana-mana sahaja. Bersembang-sembang pada

aktiviti yang telah dijalankan. Mengulang-ulang catatan peristiwa

yang sama-sama terlibat dan sama-sama saksikan.

Sebaliknya, setiap kelemahan akan dikongsi bersama.

Masing-masing akan berduka dan mencari jalan mengatasinya.

Perbincangan akan diadakan dari masa ke masa bagi mengatasi

Page 372: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

360

kelemahan seterusnya. Tuduh-menuduh sesama sendiri akan banyak

merugikan pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, kepimpinan demokratik ini juga

mungkin membawa serba sedikit kekurangan. Kalau keadaan

mendesak, keputusan yang diambil akan menjadi lama.

Perbincangan akan memakan masa. Masing-masing dengan

pendapatnya sendiri. Jika tidak ada persetujuan akan menyebabkan

ada dalam kalangan mereka yang mengundur diri. Masing-masing

akan bersaing dalam memunculkan diri sebagai seorang yang hebat.

Pendapat mereka cuba diketengahkan dalam keadaan mesti

diterima. Hal yang demikian tentunya tidak membawa kebaikan

kepada persatuan. Terlalu banyak perbincangan akan menggalakkan

perpecahan. Perpecahan yang wujud itu akan diambil kesempatan

oleh para pemimpin yang ada kepentingan diri.

Kita telah melihat dua jenis gaya kepimpinan. Gaya-gaya

tersebut adalah terhasil pada diri seseorang yang dipengaruhi oleh

nilai-nilai yang pernah saya bincangkan. Nilai-nilai tersebut telah

terpupuk sejak zaman kelahiran mereka lagi. Perlakuan seseorang

yang berada di sekeliling kita dapat dihubungkan dengan gaya

kepimpinan tersebut. Hal yang demikian akan memudahkan kita

memahami akan perangai atau kelakuan orang-orang yang berada di

sekeliling kita.

Berdasarkan pengalaman saya dalam agensi kerajaan dan

berdasarkan pengalaman saya bersama-sama Ustaz, ciri-ciri

gabungan kedua-dua gaya kepimpinan tersebut amat sesuai sekali

dalam kebanyakan organisasi. Umpama sifat jantan. Ada masa

lembut dan ada masa keras. Lembut sepanjang masa akan

Page 373: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

361

memperlihatkan kelemahan. Manakala keras sepanjang masa akan

memperlihatkan ketegangan. Gabungan lembut dan keras akan

menyebabkan wujud kemudahlenturan. Ketika yang perlu akan

menjadi keras dan ketika tertentu akan dilembikkan.

Saya rasa hal yang demikian akan menjadikan setiap orang

berada dalam keadaan waspada dan serius untuk menjalankan

sesuatu tugas yang diamanahkan. Mereka yang pernah rapat

dengan Ustaz tentu memahami keadaan yang demikian. Kita boleh

membuat contoh yang paling mudah dalam persekitaran rumah

tangga kita sendiri. Untuk memilih warna langsir, saya rasa gaya

suka hati elok dijalankan. Isteri kita sentiasa berada di rumah. Biarlah

dia yang menentukan pilihannya. Tidak perlu kita campur tangan.

Walau bagaimanapun, apabila melibatkan perbelanjaan langsir

tersebut beribu ringgit, maka konsep demokratik perlu dilaksanakan.

Asasnya ialah perbincangan. Suami isteri perlu berbincang dari segi

punca perbelanjaan dan faedah-faedahnya. Sebaliknya jika isterinya

terdesak untuk melahirkan anak, tindakan mutlak perlu diambil. Tak

perlu bincang-bincang lagi. Terus ambil tindakan. Perbincangan

hanya layak dilakukan ketika di awal mengandung. Untuk melahirkan

anak, mana boleh ada perbincangan. Kata putus segera perlu dibuat.

Pengamalan gaya kepimpinan secara gabungan ini adalah

lebih fleksibel dan praktikal. Kalau barisan ahli tiada kemahiran dan

kemahiran itu hanya terletak di tangan kita, maka teruskan beri

arahan mutlak. Hal yang demikian menunjukkan kesungguhan

barisan kepimpinan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Perancangan yang memerlukan perbincangan, perlulah diikuti

dengan perbincangan. Perancangan yang memerlukan arahan maka

terus saja keluarkan arahan.

Page 374: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Gaya Kepimpinan

362

Saya yakin, gaya gabungan ini adalah lebih berkesan. Setiap

ahli akan tahu batas keupayaan masing-masing. Mereka boleh

mengembangkan potensi diri yang ada. Ketika itu, mereka akan

berwaspada dan tidak mengambil mudah atas sesuatu perkara.

Manakala para kepimpinan atasan pula akan mudah membuat

perubahan dan memperkenalkan perubahan. Oleh sebab tiada siapa

yang berani menentang, maka para ahlinya akan nampak akan

keseriusan pemimpinnya dalam menjalankan sesuatu perancangan.

Dato’ Mohd Rauhi ketika memberi ceramah "Tanggungjawab dan Amanah Tenaga Pengajar" di Kursus Tenaga Pengajar Tahap 1 Zon Utara, Kedah.

Page 375: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

363

SEPULUH TIPS PEMIMPIN HEBAT

Kehebatan satu-satu cawangan itu banyak bergantung pada

penerajunya. Di samping itu sudah tentulah cawangan berkenaan

mempunyai Jurulatih yang hebat dan bertanggungjawab sepenuhnya

dalam perkembangan persilatan. Tumpuan yang berfokus akan

menjadikan satu-satu cawangan itu hebat sama ada persatuannya

mahu pun persilatannya. Sepanjang kepimpinan saya di cawangan,

saya berasa puas dalam aspek pentadbiran persatuan dan

persilatan. Saya yakin bahawa cawangan saya telah berjaya menjadi

salah satu cawangan yang disegani oleh pelbagai pihak dalam Silat

Cekak. Banyak cawangan lain yang mengadakan kunjungan atau

lawatan sambil belajar di cawangan saya.

Dalam tulisan ini, elok juga saya bincangkan cara-cara kita

menghebatkan kepimpinan di cawangan atau di mana-mana pusat

latihan. Kehebatan kepimpinan ini akan banyak membantu

mewujudkan suasana yang menyeronokkan di cawangan. Bilangan

ahli dalam satu-satu masa latihan adalah begitu ramai dan meriah.

Kemeriahan itu akan mendorong kepada perkembangan yang pesat

dari masa ke masa.

Perkara utama yang perlu ada pada para pemimpin persatuan

ialah MEMILIKI VISI YANG BERPANDANGAN JAUH. Dari segi ini,

seseorang pemimpin itu perlu ada visi yang merangkumi visi untuk

diri sendiri, pasukan, dan organisasinya yang dipimpin. ‘Pakejkan’ visi

ini dan berkongsilah dengan orang lain, terutamanya pada mereka

yang kita pimpin. Selalu juga persoalkan diri sendiri. Dalam masa dua

hingga tiga tahun yang akan datang, apakah yang kita kehendaki

buat perkembangan diri dan persatuan yang kita pimpin. Jika visi kita

Page 376: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

364

itu melibatkan penglibatan diri kita atau orang-orang kanan kita yang

semakin kurang, maka kita perlu ada perancangan untuk menyusun

barisan pelapis. Usaha-usaha yang dijalankan perlulah buat jangka

masa panjang dan berdasarkan pandangan jauh kita.

Semasa saya memimpin cawangan dulu, menjadi visi saya

supaya Silat Cekak bertapak di pusat pengajian tinggi dalam satu

jangka masa yang tertentu. Apabila ada wakil dari UTP yang berhajat

untuk membuka Silat Cekak di kampus pengajiannya, saya ambil

berat dan ambil peluang. Perbincangan yang dilakukan adalah dalam

suasana bagi jadi. Perkara payah saya senangkan. Segala rintangan

terutamanya tenaga pengajar, saya anggap sebagai cabaran yang

boleh diatasi. Oleh sebab azam yang kuat untuk mencapai visi yang

telah ditetapkan, maka usaha-usaha tersebut telah berjaya. Semua

ahli dalam cawangan sangat gembira atas kejayaan membuka Silat

Cekak di pusat pengajian tinggi.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa jika kita telah ada visi

yang jelas maka berikan penekanan terhadap visi berkenaan pada

setiap peluang yang kita peroleh. Dalam masa itu, sebarkan visi kita

itu dalam kalangan ahli supaya hasrat berkenaan diketahui oleh

semua pihak. Tidaklah kita syok sendiri. Kejayaan berdasarkan hasil

hala tuju kita dapat dikongsi bersama. Sama-sama akan meraikannya

jika beroleh kejayaan.

Sebagai pemimpin, kita mesti berani terutama berani

memperkenalkan idea-idea baru yang berpotensi demi memajukan

persilatan dan persatuan. Risiko ada di mana-mana. Oleh itu,

seorang pemimpin yang hebat itu mestilah SANGGUP AMBIL

RISIKO. Cuma, yang membezakan risiko itu ialah sama ada besar

Page 377: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

365

atau kecil. Kalau kita ingin menyahut cabaran, bermakna kita telah

bersedia untuk mengambil risiko. Mereka yang gagal untuk menyahut

cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak

dipandang oleh orang lain terutama para pengikutnya.

Satu contoh yang paling mudah dan pernah saya hadapi ialah

cabaran membuka kelas baru. Pada masa dulu, menyakinkan

masyarakat untuk menerima Silat Cekak bukannya perkara senang.

Lebih-lebih lagi apabila ada saingan dengan Kalimah di tempat

berkenaan. Membuka kelas bermakna akan menanggung risiko.

Berdasarkan pengalaman lalu, pernah kami dicabar dan pernah

disebarkan berita secara bertulis bahawa Silat Cekak membawa

ajaran sesat. Oleh itu, terpaksalah kami sentiasa dalam keadaan

bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut. Kalaulah kita tidak

mahu menanggung risiko maka jiwa juang akan luntur. Kita akan

mengalah dan hal yang demikian akan menyebabkan Silat Cekak

tidak dapat berkembang dengan pesatnya.

Tidak dapat dinafikan betapa Ustaz sendiri terpaksa

menanggung risiko yang amat besar tatkala menapakkan Silat Cekak

di ibu kota. Banyak cabarannya. Serangan peribadi telah dijadikan

strategi utama musuh-musuh Ustaz. Namun begitu, atas sifat berani

dan yakin akan diri sendiri, Ustaz telah berjaya mengatasi risiko

tersebut. Silat Cekak terus berkembang dan bilangan ahlinya terus

meningkat. Ketika sambutan Perayaan Sepuluh Tahun Silat Cekak,

kita juga menghadapi cabaran apabila dicabar oleh satu pertubuhan

silat dari Siam. Itulah risiko yang dihadapi apabila bentuk

persembahan kita membuktikan bahawa Silat Cekak dapat

mengatasi pelbagai jenis bela diri sama ada dari dalam atau dari luar

negara. Walau bagaimanapun, peningkatan bilangan ahli berserta

Page 378: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

366

dengan ahli-ahli yang setia, maka risiko yang timbul mudah dihadapi

dan seterusnya risiko yang ada semakin berkurangan. Walaupun

ada, umpama belalang di padang yang mudah ditangkap dan mudah

dibereskan.

Kita tidak akan berupaya membuat kerja-kerja persilatan dan

persatuan secara berseorangan. Kita memerlukan bantuan dan

pandangan orang lain. Ketika-ketika tertentu kita mungkin asyik

mengarah atau mengatur strategi agar orang lain boleh membantu.

Namun begitu, dalam keadaan-keadaan tertentu, berilah peluang

kepada anak didik kita untuk mengemukakan pandangan dan

pendapat mereka. Peluang yang diberi itu akan memberi makna jika

kita sendiri membuka ruang kepada mereka untuk mengeluarkan

pendapat. BERILAH DORONGAN KEPADA PENGIKUT KITA

UNTUK BERKREATIF DAN BERINOVATIF.

Kalau kita inginkan perubahan pada persilatan dan persatuan

yang kita pimpin, penyertaan luas dari kalangan ahli amat penting.

Itulah kunci perubahan jika kita ingin mara lebih jauh ke hadapan.

Relakan diri kita untuk ‘dipengaruhi’ oleh idea-idea baru yang

dikeluarkan oleh para pengikut kita. Bukannya rugi bagi kita

mendengar pendapat mereka. Orang yang tidak bersedia menerima

idea baru bukanlah orang yang baik untuk menjadi pemimpin.

Untuk menjadikan kepimpinan kita berada dalam keadaan

mantap, bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak kelemahan dan

kesilapan yang kita lakukan dari masa ke masa. Perkara penting,

selalulah kita muhasabah diri. JANGAN TAKUT MEMBUAT

KESILAPAN. Belajarlah daripada kesilapan kita dari semasa ke

semasa. Elakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama. Hal

Page 379: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

367

yang demikian akan menjadikan pemikiran kita semakin matang dan

tindakan kita semakin mantap.

Semua orang mengakui bahawa manusia itu bukannya

unggul. Pasti ada kesilapan. Oleh itu, tidak perlulah kita menyorokkan

kesilapan yang dilakukan. Hal yang demikian menunjukkan sifat kita

yang cuba menipu orang lain. Lambat laun ia akan terbongkar jua.

Maka lebih baik jika kita akui kesilapan itu dan cuba membetulkannya

dengan seelok mungkin. Saya rasa semua pihak akan

memaafkannya, berbanding jika kita cuba menyorok atau cuba

menipu akan sesuatu kesilapan tersebut. Sesungguhnya, amat

sedikit yang kita belajar daripada kejayaan yang tercapai. Sebaliknya,

amat banyak perkara yang kita belajar daripada kesilapan yang kita

lakukan. Hal yang demikian tidak bermakna kita perlu melakukan

kesilapan. Perkara pentingnya ialah elakkan diri kita daripada

membuat kesilapan yang sama dan kesilapan yang berulang.

Dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti, jangan lupa LIBATKAN

SEMUA ORANG. Jangan buat kerja seorang diri atau hanya

melibatkan orang-orang yang tertentu sahaja. Perbuatan yang

sedemikian bukan sahaja akan memenatkan diri kita, bahkan orang

lain akan berasa diri mereka diabaikan. Mereka rasa diri mereka tidak

dihargai kewujudannya. Kita perlu sedar bahawa walau apa jua

jawatan dan kedudukan, mereka semua mempunyai potensi untuk

memberikan idea dan pendapat yang kreatif. Berilah ruang kepada

mereka. Pasti kita akan mendapat suatu pulangan yang amat baik

dan memberangsangkan.

Untuk menjadi pemimpin yang hebat juga, JADILAH

SEBAGAI SEORANG YANG FLEKSIBEL. Perdu utamanya ialah

Page 380: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

368

sentiasa muhasabah diri. Kaji akan kelemahan dan kekuatan diri kita.

Jika terdapat kelemahan maka akuilah dan perbaiki kelemahan

tersebut. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

Orang yang meninggi diri biasanya cuba membina tembok antara

dirinya dengan orang lain. Oleh itu, pendapat orang lain selalunya

dipandang remeh dan sinis.

Dalam hal ini, seorang pemimpin itu perlu bekerjasama

dengan orang lain yang boleh membantu. Tentu ada sesuatu

kelebihan pada orang lain tersebut. Hal yang demikian memerlukan

kita mempunyai kemahiran untuk mempelajari sesuatu dengan

pantas dari orang tersebut. Pandangannya yang mantap dan bernas

eloklah diubah suai mengikut keperluan semasa di tempatnya.

Dalam tulisan-tulisan yang lalu, saya selalu menegaskan

betapa pentingnya seseorang pemimpin itu ”turun padang”.

Penglibatannya memperlihatkan kebolehannya yang berbagai-bagai

dalam pelbagai lapangan. Hal yang demikian adalah sangat penting.

Pemimpin yang hebat itu akan memperlihatkan sifatnya yang LEBIH

BAIK KERANA KEBOLEHANNYA YANG SERBA BOLEH. Dalam

konteks Silat Cekak, tentulah prinsip serba boleh itu merujuk pada

kebolehannya memimpin persatuan dan penguasaannya dalam

bidang persilatan. Pengurusan persatuan hebat dan kebolehannya

bersilat pun amat hebat.

Pemimpin yang hebat mencakupi pelbagai urusan akan lebih

dihormati dan disegani oleh ahli-ahli yang dipimpinnya. Hal yang

demikian adalah kerana kita akan dianggap memahami kerja sebenar

yang dihadapi oleh mereka sepanjang berada dalam Silat Cekak.

Tatkala kita turun padang, kita akan ketahui masalah sebenar yang

Page 381: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

369

mereka hadapi. Oleh itu, konsep empati lebih ditunjukkan berbanding

dengan konsep simpati. Kesannya, kita akan lebih dihormati dan

disegani oleh para pengikut kita. Dengan itu, ketika kita membuat

keputusan dan memberi arahan, maka keputusan dan arahan kita itu

akan lebih disenangi dan dapat diterima oleh para pengikut atau ahli-

ahli yang lain.

Ustaz selalu menegaskan betapa pemimpin itu kadang kala

diumpamakannya sebagai kepala keretapi. Kalau kepala keretapi lari

seratus kilometer sejam maka gerabaknya yang lain perlu bergerak

pada kelajuan yang sama. Jika tidak, matlamat sukar dicapai

bersama, dan ramai yang akan ketinggalan. Kiasan tersebut memberi

makna betapa kehebatan kita perlu juga dipunyai dan dikuasai oleh

para pengikut kita. Jangan lupa pengikut kita. Oleh itu, BERILAH

LATIHAN DAN PENINGKATAN DIRI. Program yang sebegitu akan

banyak membantu mereka untuk bekerja seiring dengan usaha-

usaha yang kita lakukan.

Sebagai pemimpin, kita perlu luangkan banyak masa untuk

membuat program berbentuk latihan kerana program itu seperti satu

‘pelaburan’ jangka panjang. Hal yang demikian akan membolehkan

mereka mempunyai kualiti diri dan seterusnya menghasilkan kualiti

dalam semua kerja yang dilakukan. Kita boleh mengadakan program

latihan dan peningkatan diri itu melalui cara seminar, bengkel,

taklimat, majlis pengalaman bersama, serta mengajak mereka

melakukan sesuatu yang baru berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman kita

Saya selalu katakan betapa pentingnya kita tidak bersendirian

dalam melakukan sesuatu aktiviti sukarela. Kegiatan dalam Silat

Page 382: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

370

Cekak, pada hakikatnya adalah merupakan salah satu aktiviti

sukarela. Kita perlu melibatkan orang lain bersama-sama kita untuk

mencapai matlamat persatuan yang kita ceburi. Pemimpin yang

hebat akan GALAKKAN KERJA BERPASUKAN. Setiap kejayaan

akan dikongsi bersama akan kegembiraannya. Manakala setiap

kegagalan akan dikongsi bersama kedukaanya.

Oleh itu sebagai pemimpin yang hebat, jangan sesekali

mengongkong dan menghalang para pengikut kita atau ahli-ahli lain

yang bersama kita membuat kerja secara bersama. Terimalah

kehadiran mereka untuk membantu kita. Dalam perkara-perkara

tertentu, berilah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan

sedemikian untuk menghasilkan kerja yang lebih baik. Namun begitu,

kebebasan yang kita beri perlulah berhati-hati bagi maksud

pengawalan pengaruh. Walau bagaimanapun jika keadaan

mengizinkan, berilah kebebasan pada mereka. Saya yakin,

berdasarkan pengalaman, penghasilan atau mutu kerja yang terhasil

adalah baik dan boleh memuaskan kita. Anak buah kita juga akan

berasa puas hati. Lebih-lebih lagi apabila kita memberi penghormatan

pada mereka melalui tanggungjawab yang diberikan.

Kebebasan yang kita berikan pada mereka akan

menyebabkan para pengikut pimpinan kita akan sentiasa

diperkasakan. Mereka akan menjadi lebih berdikari. Hal yang

demikian akan membolehkan kita membentuk barisan pelapis dalam

kepimpinan persatuan dan persilatan.

Pemimpin yang hebat juga akan selalu menjaga kebajikan ahlinya.

Mereka memiliki nilai sosial yang amat tinggi. Memberi penghargaan

adalah merupakan salah satu prinsip menjaga kebajikan ahli. Oleh

Page 383: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Sepuluh Tips Pemimpin Hebat

371

itu, jangan lupa. GANJARILAH MEREKA YANG TELAH

MELAKUKAN TUGASNYA DENGAN BAIK. Hal yang demikian akan

memberi motivasi yang tinggi dalam kalangan pengikut kita. Usaha-

usaha mereka akan terus terangsang untuk melakukan sesuatu kerja

yang lebih baik dari masa ke masa. Secara langsung, sikap yang

demikian akan menyebabkan persatuan dan persilatan yang kita

pimpin akan terus berkembang dengan hebatnya.

Ada banyak jenis ganjaran yang kita boleh berikan pada para

pengikut atau ahli-ahli yang kita pimpin. Ganjaran itu termasuklah

pujian, sanjungan, cenderamata, memberi tanggungjawab yang lebih

istimewa, anugerah, belanja makan, mengadakan jamuan dan

banyak lagi. Apa yang penting ialah gunakan kuasa GANJARAN!

Saya selalu teringatkan cawangan saya dulu dan mungkin

sekarang. Setiap tahun pasti ada hadiah yang ’istimewa’ untuk para

Jurulatih dan ahli-ahli yang bergiat hebat memajukan persatuan dan

persilatan. Merasalah kot, baju batik, bush jeket dan sebagainya.

Bukannya berapa nilai hadiah yang penting tapi penghargaan yang

diberikan adalah merupakan nilai yang tak terhingga hebatnya.

Penerima hadiah akan berasa puas dan berasa diri mereka dihargai.

Kepuasan itu akan membolehkan mereka untuk terus menerus

berusaha bagi memajukan persatuan dan persilatan Silat Cekak.

Berdasarkan sepuluh cadangan yang saya bincangkan di

atas, jika kita praktikkannya saya pasti perpaduan dan kerjasama

antara sesama ahli akan mantap dan kejap berterusan. Cuma, yang

pentingnya ialah kita sentiasa bersabar dan jangan putus asa.

Page 384: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

372

PETANDA

Saya sangat suka akan konsep petanda dalam pengurusan

dan kepemimpinan persatuan atau organisasi. Konsep petanda

banyak membantu saya untuk mengurus perjalanan persatuan atau

organisasi yang dipertanggungjawabkan. Saya akan sentiasa berada

dalam suasana berhati-hati dalam proses pengurusan. Kesan pada

pengurusan adalah amat positif. Kemudahlenturan dalam

pengurusan, dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Petanda adalah merupakan satu isyarat. Dalam organisasi,

petanda merupakan satu sistem amaran awal (Early warning

System) supaya kita lebih berhati-hati dan membuat perancangan

secara terancang atau secara strategik. Konsep petanda

membolehkan kita membuat andaian atau pengawasan untuk

melakukan sesuatu kerja atau mengubah suai perancangan yang kita

lakukan dari masa ke masa.

Dalam bahasa yang mudah, bila dengar guruh di langit maka

menandakan hari akan hujan. Kalau bunyi suara yang riuh rendah

menandakan kesibukan, kekacauan atau sesuatu berlaku secara

besar-besaran. Kalau matahari nak terbenam maka menandakan hari

akan malam. Kalau ayam berkokok maka tanda hari nak siang. Kalau

bulan mengambang maka menandakan pertengahan bulan. Banyak

contoh mudah yang membolehkan kita membuat andaian, atas

konsep petanda. Ada juga yang menggunakan istilah alamat. Kedua-

dua istilah itu tidak ada bezanya dari segi pengertian kerana kedua-

dua istilah itu merujuk pada ramalan yang berasas.

Page 385: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

373

Dalam surat khabar, kita sering membaca berita betapa

mereka yang terlibat dengan kemalangan atau kematian, telah

menzahirkan beberapa petanda. Petanda itu dikesan oleh orang

sekelilingnya. Malangnya petanda yang dikesan itu hanya

dinayatakan atau diambil berat setelah berlakunya musibah. Mereka

membuat ramalan selepas kejadian. Maka kata-kata mereka akan

dimulai dengan rangkai kata, ”Patutlah…..”.

Ramai ahli agama yang menegaskan bahawa latar belakang

yang menghubungkan dengan sesuatu kejadian itu, boleh membawa

kepada telahan yang bersifat syirik. Kita mungkin ke tahap menafikan

bahawa setiap kejadian itu adalah merupakan ketentutan Allah. Hal

yang demikian menyebabkan kita tidak digalakkan mengungkit atas

satu-satu kejadian itu dengan menghubungkan dengan alamat-

alamat atau petanda. Walau bagaimanapun, amat sukar bagi kita

menyekat kata-kata orang lain berhubung dengan satu-satu kejadian.

Dalam konteks hubungan diri kita dengan seseorang yang

lain, petanda memberi isyarat pada kita untuk mentafsir

perbuatannya. Manusia selalu memberi isyarat tentang diri mereka

dengan perbuatan yang dilakukan, air muka yang ditunjukkan dan

perkataan yang dituturkan. Cuma, sejauh mana tafsiran kita pada

mereka adalah betul dan tepat. Saya rasa, segala-galanya

bergantung pada daya pemikiran yang kita miliki.

Sebaliknya, petanda juga membawa maksud isyarat yang kita

keluarkan pada orang lain untuk memberi makna kepada diri orang

itu. Petanda banyak diasaskan oleh tafsiran. Dalam hal ini, seseorang

yang mempunyai pemikiran yang luas tentunya dapat mentafsir

dengan lebih tepat dan positif serta lebih bermakna akan isyarat yang

Page 386: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

374

kita keluarkan. Mereka boleh menyesuaikan diri dengan kehendak

kita. Hal yang demikian tentunya berbeza dengan mereka yang

berfikiran sempit dan berfikiran tidak luas. Orang yang berfikiran

sempit tentunya mentafsir isyarat yang kita keluarkan dalam bentuk

negatif. Walau sebanyak mana isyarat yang kita keluarkan, golongan

ini kurang mengerti dan tidak mengambil berat. Semuanya ada kaitan

dengan pemikiran negatif mereka yang sedia ada.

Pelakuan orang lain juga boleh memberi isyarat pada kita.

Pelakuan itu merupakan perwatakan luarannya atau perwatakan

dalamannya. Memek muka atau air muka yang ditunjukkan pada kita

membolehkan kita membuat tafsiran. Auranya akan mengalir pada

kita dan memudahkan tafsiran tersebut melalui ’gelombang-

gelombang’ yang dihantar. Pelakuannya juga membolehkan kita

membuat tafsiran jika berkaitan dengan kita. Kalau dilihat pada kata-

kata yang dikeluarkannya juga, lagi menyenangkan kita membuat

tafsiran. Hal yang demikian memberi petanda atau isyarat kepada

kita tentang apa yang tersemat di hatinya. Dalam tulisan di atas, saya

tegaskan sekali lagi: ”Kita selalu memberi isyarat tentang diri kita

dengan perbuatan yang kita lakukan, air muka yang kita tunjukkan

dan perkataan yang kita tutur.”

Kita tidak boleh mengelak dari kenyataan demikian. Ustaz

juga pernah menegaskan betapa apa yang ada di hati akan

dipancarkan melalui air muka yang kita tunjukkan atau pelakuan yang

kita lakukan atau percakapan yang kita tuturkan. Itu sebabnya orang-

orang yang hebat akan dapat membaca isi hati seseorang. Bukannya

dia membaca hati kita secara langsung tapi membaca hati kita

melalui petanda yang kita keluarkan. Petanda itu boleh terpancar

Page 387: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

375

melalui memek muka, perbuatan yang dilakukan atau tutur kata yang

dikeluarkan.

Oleh itu, jagalah pelakuan dan percakapan kita supaya tidak

disalah erti oleh para pendengar atau pada mereka yang berada di

sekeliling kita. Masa akan banyak terbuang bagi menjelaskan

pelbagai perkara yang boleh disalah anggap oleh para pendengar.

Itupun jika kita berkesempatan berbuat demikian. Kegagalan kita

membuat penjelasan akan menyebabkan fitnah yang direka akan

tersebar dengan luas.

Dalam Silat Cekak, kita selalu mendengar tentang ilmu

isyarat. Malah dalam pantun Silat Cekak, konsep isyarat juga

dimasukkan dalam pantunnya.

Sebenar guru ada hakikat,

Dikuat pula amalan syariat,

Ditambah pula ilmu makrifat,

Berpakaian pula dengan isyarat.

Orang yang berupaya menggunakan ilmu isyarat bermakna

orang itu mengeluarkan atau mentafsir isyarat untuk memberi makna

atau memberi petanda pada orang lain. Orang yang melihat isyarat

atau petanda itu perlu mentafsirnya. Namun begitu ada juga orang

lain yang tak erti bahasa. Buat nohin sahaja.

Ustaz kerap menggunakan memek muka bagi menyatakan

maksudnya. Kerap kali juga Ustaz tidak menggunakan tutur kata

untuk memberi isyarat pada orang lain. Diam itu juga merupakan satu

bahasa isyaratnya bagi menyatakan persetujuan atau menyatakan

Page 388: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

376

larangannya. Hanya orang yang memahami akan Ustaz sahaja yang

boleh membuat tafsiran.

Dalam persilatan Silat Cekak, pelajaran yang ada jelas

memperlihatkan isyarat atau petanda kepada orang lain supaya

mereka memahami isyarat atau petanda tersebut. Ada ketikanya,

isyarat yang kita beri supaya mencelarukan tanggapan atau

pemikirannya berdasarkan adat atau kebiasaan pada mereka. Hal

yang demikian bagi menyesuaikan kehendak pelajaran yang ada.

Pemikiran mereka yang ’kacau’ itu membolehkan gerak Silat Cekak

’menjadi’ dan mencapai sasarannya. Banyak contoh yang boleh

diberi. Itulah hebatnya Silat Cekak. Tersangat rugi kalau kita tidak

benar-benar memahami isi pelajarannya.

Dalam tulisan ini, saya hanya memetik beberapa contoh

petanda atau isyarat gerak yang kita ’keluarkan’ kepada pesilat lain

untuk memudahkan ’kerja’ kita bagi melakukan gerak. Tulisan ini

semata-mata buat renungan kita bersama. Segala-galanya adalah

berdasarkan tafsiran saya selama berada dalam persilatan Silat

Cekak.

Kedudukan Silat Cekak yang tidak berkuda-kuda adalah

melambangkan isyarat kita tidak mahu bergaduh. Adatnya orang lain

boleh mentafsir akan maksud kita yang berdiri secara lurus. Hal yang

demikian tentunya berbeza dengan mereka yang berkuda-kuda.

Kalau berdiri secara berkuda-kuda membawa petanda bahawa orang

itu bersedia untuk bergaduh. Lebih-lebih lagi berkuda-kuda dengan

aksi tangannya sekali. Tangan diketar-ketar untuk menunjukkan

kehebatan diri sambil mengertak lawan. Harapannya isyarat tangan

yang sedemikian akan menggerunkan lawannya ketika bergaduh.

Page 389: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

377

Petanda atau isyarat kekuda dan getaran tangan tidak digunakan

oleh pengamal Silat Cekak.

Kita perlihatkan sifat gerak itu pada orang lain. Hal yang

demikian supaya orang lain boleh mentafsir akan sifat Silat Cekak

yang tidak suka memulakan pergaduhan. Tangan dirapatkan di

badan. Tidak ada aksi. Jauh sekali mengetar-ngetarkan tangan.

Memek muka kita adalah selamba sahaja. Tidak digerunkan supaya

musuh berasa takut, atau disembulkan bijik mata supaya musuh

berasa gerun. Kita masih lagi berkedudukan semula jadi. Sifatnya

tenang. Namun begitu, jika orang lain itu memulakan pergaduhan,

barulah pengamal Silat Cekak menunjukkan sifat jaguhnya. Mudah

dan ringkas. Pastinya tepat jika diamalkan pelajaran Silat Cekak

dengan sepenuh hati.

Sebagai pengamal Silat Cekak bersilat, kita tidak

mengeluarkan suarapun ketika bersilat. Hal yang demikian memberi

petanda atau menunjukkan sifat kita yang yakin ketika menghadapi

musuh. Orang yang bersuara ketika bergaduh menunjukkan

emosinya tidak seimbang. Mereka memerlukan bantuan lain bagi

menguatkan semangat. Suara dijadikan alat bagi menguatkan

semangat mereka. Di sinilah menampakkan isyarat pada pengamal

Silat Cekak yang sentiasa tenang. Ketiadaan suara ketika bersilat

menunjukkan sifat ketenangan dan keberanian yang hakiki pada

pengamalnya. Orang yang tenang tidak terburu-buru. Hal yang

demikian akan memudahkannya berfikir sambil melakukan gerak

yang tepat dan pantas.

Kalau ada kedengaran suarapun dalam kalangan pengamal

Silat Cekak, itu semua adalah kerana nafasnya berbunyi. Nafas itu

Page 390: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

378

adalah semula jadi ketika menyedut dan hembus nafas. Suara nafas

yang terkeluar tidak dalam nada yang tinggi. Hanya bunyi nafas dan

bukannya bunyi suara dari mulut.

Namun begitu, ketika latihan silat, Jurulatih yang

mengendalikan latihan tentunya akan mengeluarkan suara yang

tinggi untuk maksud memberi arahan dan membuat tegahan. Suara

tinggi itu adalah berbentuk ketegasan dan pemberi semangat.

Ketinggian suara para Jurulatih merupakan isyarat pada para

penuntut supaya belajar dengan bersungguh hati. Jangan main-main.

Dalam Silat Cekak, setiap gerak kita sendiri memberi petanda

yang tertentu. Petanda itu juga merupakan isyarat kepada kita untuk

memulakan gerak atau menghentikan gerak. Kita membuat ’kejutan’

adalah sebagai memberi tanda supaya tafsiran gerak kita

bercanggah dengan adat gerak yang diamalkan oleh pesilat lain. Hal

yang demikian akan memudahkan kita membuat serangan.

Malah, kerap kali penumbuk yang kita lepaskan adalah untuk

memberi isyarat atau petanda kepada lawan supaya bertindak secara

menyongsang. Luar dari adat persilatan. Mereka yang memahami

gerak, tentu faham dengan apa yang saya maksudkan. Konsep buah

potong dalam latihan umum terutamanya, banyak memberi makna

pada maksud yang saya katakan.

Sesungguhnya petanda yang ada dalam Silat Cekak adalah

merupakan salah satu konsep pembelajaran kita yang amat istimewa.

Petanda yang kita gunakan adalah untuk memberi isyarat pada diri

kita dan mungkin pada orang lain supaya mereka mentafsir isyarat

atau petanda yang kita sampaikan. Kita akan bertindak berdasarkan

Page 391: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

379

gerak balas mereka. Gerak balas itu adalah merupakan petanda atau

isyarat juga pada diri kita untuk membuat tindakan. Tindakan itu

pastinya tepat dan mengena.

Dalam Organisasi, kita boleh aplikasikan bentuk petanda atau

isyarat berkenaan. Petanda yang wujud dalam organisasi

membolehkan kita bertindak dengan segera. Tentunya pelakuan kita

itu adalah berbentuk kewajipan yang membolehkan kita menyusun

strategi bagi mempastikan setiap perancangan yang dibuat, akan

menemui kejayaan.

Dalam sesebuah organisasi itu terdapat pelbagai bidang.

Setiap bidang ada petanda atau isyaratnya yang tersendiri. Kita perlu

mentafsirnya dengan pemikiran yang luas dan dengan ilmu dan

kemahiran yang kita miliki. Setiap petanda yang timbul perlu diambil

tindakan segera. Jangan dibiarkan kerana hal yang demikian itu

akhirnya akan memberi kesan atau memudaratkan.

Petanda yang timbul membolehkan kita membuat

perancangan yang jelas dan tepat. Kalau keputusan Ujian Sijil

Rendah atau SRP merosot dalam kalangan penuntut kita, maka

apakah petanda atau isyarat yang ada. Mungkin ada aspek-aspek

pelajaran yang disampaikan tidak kemas hingga dianggap sebagai

pembunuh kejayaan penuntut silat kita. Atau keputusan ujian SRP

memberi isyarat tentang pengajaran Jurulatih yang tidak bermutu.

Tindakan segera boleh diambil kerana kalau hal yang demikian

dibiarkan tentunya akan memberi kemudaratan pada mutu

pengajaran dan pembelajaran anak didik kita.

Dalam kelas Silat Cekak sendiri, jika mutu pembelajaran

penuntut tidak mencapai tahap yang memuaskan, mungkin ada

Page 392: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Petanda

380

sesuatu yang tidak kena dengan Jurulatih yang mengajar atau

memandu mereka. Mungkinkah mereka tidak sehaluan atau tidak

sepasukan kerana masing-masing asyik bersengketa. Atau mungkin

mereka lebih utamakan politik silat dari pembelajaran silat. Atau

mungkin kerana mereka lebih utamakan perniagaan daripada

pengajaran Silat Cekak dalam kalangan penuntut Silat Cekak. Atau

atau atau yang lain. Dengan sedikit kajian kita akan dapat

mengetahui akan puncanya.

Dalam mana-mana organisasi atau persatuan jika masa

tindakan menyelesaikan sesuatu itu begitu lama, tentunya

pengurusan organisasi atau persatuan berkenaan tidak berkualiti.

Bertindak pada satu-satu perancangan pun mengambil masa yang

terlalu panjang. Hal yang demikian menunjukkan pengurusan yang

lemah. Lebih-lebih lagi jika dalam organisasi itu wujudnya krisis

antara ketua dengan anak buahnya atau sesama ahli dalam

organisasi berkenaan. Krisis yang berlanjutan memberi isyarat

bahawa organisasi berkenaan berada dalam keadaan lemah dan

tidak terurus dengan baiknya. Semua tindakan menjadi lambat dan

lembab.

Aduan yang kerap diterima oleh organisasi atau persatuan

berkenaan memberi isyarat bahawa pengurusan dan

kepemimpinannya lemah dan tidak mementingkan ahlinya. Biasanya,

kepimpinannya lebih bersifat sombong dan memandang rendah pada

orang lain. Petanda atau isyarat berkenaan perlu diperbaiki bagi

mewujudkan pengurusan yang berkualiti. Jika dibiarkan, ahli-ahli

akan cabut lari.

Page 393: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

381

KONSEP PENDEKAR DALAM PENGURUSAN

Penglibatan seseorang ahli dalam Silat Cekak adalah

berbeza-beza bentuknya. Ada yang terlalu komited dan ada yang

tidak. Malah penglibatan mereka juga kadang kala boleh merujuk

pada tempoh. Ada yang sekejap sahaja komitmennya pada Silat

Cekak dan ada yang berterusan hingga bertahun-tahun. Pada

pendapat saya, mereka yang berada begitu lama dalam Silat Cekak

dan bergerak secara aktif, pasti mempunyai perasaan yang

mendalam terhadap Silat Cekak itu sendiri. Komitmen mereka tinggi

dan semangat Silat Cekak benar-benar telah menguasai dirinya. Jika

orang lain berhobikan memancing, golf atau sebagainya, mereka

yang menjiwai Silat Cekak akan berhobikan silat. Orang yang

menjiwai bidang persilatan yang diceburinya itu, biasanya kehidupan

seharian juga akan dipengaruhi oleh silat berkenaan. Hal yang

demikian meliputi gerak lakunya dan cara dia berfikir.

Kebiasaannya, berada lama dalam Silat Cekak adalah kerana

dua tujuan iaitu kerana persilatan dan satu lagi kerana persatuan.

Walau bagaimanapun saya yakin bahawa mereka yang memegang

apa-apa jawatan dalam persatuan pastinya mempunyai kebolehan

bersilat Silat Cekak terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya tamat silat.

Jika menjadi ahli persatuan semata-mata tanpa menjadi ahli

persilatannya, saya pasti buat masa ini Guru Utama, malah ahli-ahli

lain tidak akan layan minat mereka untuk menjawat apa-apa jawatan

dalam persatuan Silat Cekak.

Saya teringat catatan peristiwa kata-kata Ustaz berhubung

dengan lantikan seseorang dalam jawatankuasa Silat Cekak. Ketika

Silat Cekak sedang menuju ke zaman kemasyhurannya, ada antara

Page 394: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

382

tokoh tertentu termasuk tokoh politik yang menawarkan diri untuk

menjawat jawatan sebagai penasihat atau penaung dalam persatuan

Silat Cekak. Jawatan penaung pada persatuan silat ketika itu, telah

menjadi kebiasaan. Walau bagaimanapun, Ustaz tidak begitu

meminatinya.

Ustaz pernah menyatakan pada saya betapa mereka yang

hendak menjawat apa-apa jawatan dalam Persatuan Silat Cekak,

mestilah terlebih dahulu belajar Silat Cekak hingga tamat. Jika gagal

berbuat demikian, jangan diharap orang itu akan dilantik sebagai

penyandang apa-apa jawatan dalam Persatuan Silat Cekak.

Sepanjang ingatan saya, Persatuan Silat Cekak tidak pernah ada

penasihat atau penaungnya. Nampaknya semua ahli jawatankuasa

kita, sama ada di peringkat cawangan ataupun di peringkat pusat

adalah terdiri dari mereka yang berkebolehan bersilat. Semuanya

tamat silat. Mungkin tahap penguasaan dan kefahaman pada Silat

Cekak mungkin berbeza-beza. Namun begitu faktor-faktor tersebut

tidak pernah dijadikan ukuran apabila melantik seseorang untuk

menjawat apa-apa jawatan dalam persatuan.

Lagi lama kita berada dalam Silat Cekak, sepatutnya lagi

mantap kebolehan kita bersilat. Lebih-lebih lagi pada mereka yang

menjadi Jurulatih. Kemampuan mereka menyampaikan ilmu

persilatan, secara langsung akan memantapkan kebolehan mereka

bersilat. Lagi banyak ilmu yang ada pada kita dan disampaikan pada

orang lain, maka sepatutnya, makin bertambahlah kefahaman dan

penguasaan kita pada ilmu berkenaan. Hal yang demikian tentunya

berbeza dengan wang ringgit. Lagi banyak sumbangan yang kita

berikan pada orang lain maka makin banyaklah luaknya wang ringgit

itu.

Page 395: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

383

Dalam istilah persilatan, mereka yang hebat bersilat dan

menguasai kemahiran menggunakan tangan kosong dan

penggunaan senjata, akan bergelar pendekar. Walaupun dalam Silat

Cekak, istilah pendekar tidak begitu popular, namun pengertian akan

kebolehan mereka yang hebat itu, tetap bergelar pendekar.

Berdasarkan kamus, pendekar juga merujuk pada mereka yang

gagah dan berani. Konsep pendekar juga disamakan dengan

pahlawan. Cuma, dalam penggunaan bahasa harian, pahlawan lebih

merujuk pada kebolehannya bertarung dengan memimpin para

pengikutnya.

Kalau seseorang itu bertaraf pendekar, pastilah ilmu

persilatannya benar-benar telah menguasai jiwanya. Segala tindakan

dan pemikirannya adalah berdasarkan pada kefahaman yang ada

dalam persilatan yang dikuasainya. Sifat-sifat yang ada dalam silat

yang dibawanya hasil didikan guru, pasti menguasai dirinya. Oleh itu,

apabila seseorang itu memegang apa-apa jawatan dalam

pekerjaannya, sudah tentu prinsip pendekar silatnya akan terbawa-

bawa dalam bidang kerja hariannya.

Dalam tulisan ini, saya ingin mengajak para pembaca sekalian

berkongsi tajuk tentang konsep pendekar dalam persilatan yang kita

ceburi dengan bidang pengurusan atau pekerjaan yang kita sandang.

Tulisan ini adalah berdasarkan kefahaman dan pengalaman saya

sendiri ketika menjawat jawatan dalam sektor awam. Tafsiran saya

hanyalah sekadar untuk maksud perkongsian ilmu dan pengalaman.

Dalam bidang pengurusan, salah satu kemahiran yang perlu ada

ialah ’Penyelesaian Masalah’. Masalah sering timbul dan untuk

mengatasinya kita memerlukan daya keyakinan dan keberanian

yang tinggi. Kebolehan mengatasi masalah tersebut adalah umpama

Page 396: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

384

seorang pendekar yang mengatasi masalah apabila berhadapan

dengan lawannya. ”Pandai kamu besilat.” Itulah kata-kata yang sering

dilafazkan apabila seseorang itu berjaya menguasai dan mengatasi

situasi yang mencabar.

Dalam konteks pengurusan, ada yang mentafsir maksud

pendekar itu sebagai ”Pandai Akal”. Mereka tidak emosinal,

sebaliknya menggunakan akal bagi mengatasi masalah yang

dihadapi. Kalau dihubungkan dengan tafsiran persilatan daripada

Kamus Dewan, pada pandangan saya, seorang yang bertaraf

pendekar bermakna orang itu pandai ”bersilat”, berani dan pandai

menggunakan akal fikirannya dalam kehidupan seharian dan dalam

apa saja lapangan kerjaya yang diceburinya. Istilah ’pandai bersilat’

dalam konteks persilatan bermakna kemahirannya menggunakan dua

tangan dan dua kaki. Manakala istilah ’pandai bersilat’ dalam konteks

pengurusan bermakna dia berjaya mengatasi segala situasi

berbentuk tohmahan atau sebarang jenis perasaan tidak puas hati

yang diterima dari masyarakat. Sesungguhnya, penglibatannya

dalam dunia persilatan akan banyak membantunya untuk menjadi

seorang ’pendekar’ dalam bidang kerjayanya.

Cuba kita lihat prinsip pendekar yang boleh meresap masuk

dalam pengurusan kita ketika menunaikan tanggungjawab atas

jawatan yang diamanahkan pada kita. Hal yang demikian sama ada

kita sedari atau pun tidak. Saya yakin bahawa mereka yang menjiwai

persilatan tentunya menyedari atas apa yang dilakukannya ketika

memikul sebarang tanggungjawab yang diberi. Perbincangan saya

hanyalah sekadar menarik perhatian para pembaca betapa

berfaedahnya jika kita benar-benar menjiwai bidang persilatan yang

kita pelajari. Tidaklah boleh dikatakan bahawa bidang persilatan itu

Page 397: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

385

semata-mata membuang masa atau membuang tenaga sahaja.

Cuma, mereka yang tidak memahaminya yang akan berkata

demikian.

Ketika kita menghadapi ’ancaman’ daripada persilatan Melayu

yang lain, kita lebih berhati-hati dalam tindakan. Ustaz menerangkan

pada ahli-ahli jawatankuasa pusat betapa pentingnya satu-satu

perancangan itu dibuat secara berhati-hati. Tutupi ’lubang-lubang’

yang membolehkan orang lain ’masuk’. Maknanya, kita berupaya

membuat telahan akan kelemahan perancangan kita itu yang

membolehkan orang lain membuat ’serangan’. Hal yang demikian

menjadikan kita sentiasa berhati-hati. Malah, setiap perkataan yang

boleh membawa pelbagai makna pun digunakan secara berhati-hati.

Itulah strategi namanya.

Strategi adalah sesuatu yang dirancang bagi mempastikan

hasil yang diperoleh adalah secara maksimum. Kita bersilatpun mesti

ada strateginya. Ketika menyerang, kita selalu memerhatikan

kedudukan kaki dan tangan pasangan kita. Tidak boleh menyerang

’membabi buta’ walaupun kita yakin dengan penumbuk serang kita.

Begitu juga tatkala kita menghadapi serangan. Pasangan silat kita

mungkin mempunyai pelbagai bentuk dan pelbagai saiz badannya.

Kita tidak tahu apa jenis serangan yang akan dilakukan. Kecualilah

serangan tendangan pada rusuk ketika kita mengambil Gayung

Patani. Kita melarang musuh kita dari berbuat demikian. Biar mereka

berdisiplin sikit. Jangan guna tendangan kaki pada rusuk. Sekurang-

kurangnya, selamatlah baju kita dari kotoran kaki tendangan lawan.

Jelas pada kita betapa menyerang dan menunggu serangan,

memerlukan perancangan yang disebut sebagai strategi. Kita

Page 398: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

386

mengkaji secara langsung atau secara tidak langsung tentang

kedudukan pasangan silat kita dan tentang bentuk tubuh badannya.

Termasuk juga panjang pendek anggota tubuh badannya.

Berdasarkan ukuran itu, kita boleh membuat pertimbangan yang jelas

ketika menyerang atau ketika menunggu serangan. Di situlah akal

panjang kita memainkan peranan penting bagi mempastikan

kemenangan kita. Konsep dan prinsip dalam membuat strategi itu

telah menjadi satu kebiasaan, malah satu amalan pada pesilat dalam

Silat Cekak.

Rupa-rupanya strategi juga adalah satu amalan biasa dalam

pengurusan. Malah, kalau di sekolah, guru-guru mesti ada strategi

untuk mengajar murid-murid yang lembab atau murid-murid yang

nakal bagi mempastikan kejayaan mereka dalam pelajaran. Bukan

senang untuk mendisiplin mereka dalam pembelajaran. Guru-guru

mesti pandai ’bersilat’ dengan mereka. Kepandaian itu dapat

dikatakan sebagai gaya atau bentuk seorang pendekar yang perlu

ada strategi. Perancangan yang jitu perlu ada. Sudah tentulah

perancangan tersebut adalah berserta dengan daya pemikiran yang

terancang.

Di peringkat sekolah, para pentadbir juga mesti ada strategi

untuk menaikkan keputusan peperiksaan dalam semua mata

pelajarannya sama ada dari segi kuantiti mahupun dari segi kualiti.

Dalam sektor swasta pun, perancangan yang strategik sentiasa

memainkan peranan penting dalam bidang pengurusan. Pegawai-

pegawainya didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam

perancangan strategik tersebut. Hal yang demikian tentunya tidak

menghairankan pada pengamal silat. Sesungguhnya mereka telah

Page 399: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

387

dan sentiasa berfikiran secara strategik ketika menunggu serangan

atau membuat serangan dalam amalan persilatannya.

Dalam bidang pengurusan, mengangkat atau menjatuhkan

seseorang itu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nampakya sifat

tersebut telah menjadi amalan manusia dengki yang banyak terdapat

dalam satu-satu organisasi. Saya pernah menulis tentang tahap

dengki yang ada pada manusia. Kalau timbul perasaan negatif di hati,

itu namanya iri hati. Apabila diluahkan dari mulut atau ditunjukkan

melalui perbuatan maka itulah tafsiran dengki yang ada. Jika

menimbulkan reaksi melalui tindakan maka itulah tahap khianat

namanya. Contohnya, setakat nak menulis surat layang atau nak

sebarkan firnah, itu masih lagi ditahap dengki, kerana masih berada

di tahap ’nak’. Apabila disebarkan surat layang atau menyebarkan

fitnah, maka itulah yang dinamakan khianat. Cuba kita hubungkan

tafsiran ini ketika situasi pepecahan berlaku dalam kalangan kita.

Oleh sebab organisasi itu ada kaitan dengan manusia, maka

kita tidak dapat mengelak diri berhadapan dengan pelbagai jenis

perangai atau ragam manusia. Sifat dan sikap mereka adalah tidak

sama. Istilah-istilah ’mengampu, bodek, geng, taat, menghormati dan

sebagainya, selalu bermain dalam kalangan bibir manusia yang

berhati pelbagai. Tafsiran atau pengertian istilah-istilah tersebut

adalah sama ada dalam bentuk positif ataupun negatif. Terpulanglah

pada tahap pemikiran mereka sama ada berfikiran terbuka atau

berfikiran sempit. Saya pernah tegaskan terdahulu. Orang yang

berfikiran sempit, lebih suka membincangkan isu dan membuat

komen tentang orang tersebut. Manakala orang yang berfikiran luas

dan terbuka lebih banyak membincangkan isu dari sudut sebab dan

akibat.

Page 400: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

388

Akibat perbuatan dengki dan khianat, maka ramailah para ahli

yang menjadi mangsa. Ada yang terus tersingkir dan menghilangkan

diri entah ke mana. Ada yang dapat bertahan untuk menegakkan

kebenaran. Tidak kurang juga yang bertindak balas untuk

melepaskan geram. Walau bagaimanapun kebiasaannya, ada yang

jatuh, terus jatuh dan hilang begitu saja. Sebaliknya, ada yang jatuh

di peringkat awal tapi dapat bangun semula dan mencapai tahap

kecemerlangan yang hebat di akhirnya. Macam cerita filem Hindustan

yang popular masa dulu-dulu.

Saya berpengalaman dalam situasi jatuh bangun dalam

karenah organisasi. Daripada seorang Pengetua, pernah ’disingkir’

menjadi guru biasa. Hal yang demikian kerana mulut yang terus

terang berkata-kata. Ada yang tak suka. Mereka lebih rela

mendengar perkara yang baik-baik. Tak boleh ’komplen’ sikit pun.

Namun begitu, akhirnya menjadi Pengarah juga. Lompat tinggi.

Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Dalam hal ini, konsep ”Jatuh, tapi tahu naik semula”, amat

perlu diyakini oleh kita. Cuma, ikhlaslah pada perbuatan. Allah akan

berserta. Sabar dengan hati yang rela. Walau bagaimanapun, apabila

jatuh jangan biarkan begitu saja. Rosak emosi kita jika telah lama

menghabiskan masa. Bacul juga namanya. Susun strategi untuk

bangkit semula. Namun begitu biarlah dalam lingkungan kebenaran

yang ada. Jangan melampaui batas agama dan budaya kita. Jangan

juga ada kepentingan diri, melainkan untuk maksud bela diri atas

kebenaran yang hakiki. Itulah konsep pendekar yang perlu ada pada

kita.

Page 401: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

389

Sifat jatuh-menjatuh dan angkat-mengangkat juga bukanlah

sesuatu yang menghairankan kita dalam persatuan dan persilatan

Silat Cekak. Kita juga berhubungan dengan pelbagai sifat manusia

yang ada. Mereka juga mempunyai perangai yang berbeza dan

mungkin ada yang sama. Sifat manusia tetap manusia walau di mana

mereka berada. Dalam persatuan kita sendiri, singkir-menyingkir

telah menjadi mainan juga. Banyak contoh yang boleh diambil kira.

Malas nak tulis dalam rungan ini. Lebih malang lagi, apabila

penyingkiran yang berlaku itu akibat fitnah dan pendek akal. Nampak

akan kebodohan berfikir yang ada. Pendek akal, bukannya pendek

tengkok. Main hentam keromo sahaja kerana minat kaedah

menyondol.

Seperti yang dinyatakan, dalam profesyen, saya pernah

disingkirkan. Tapi Tuhan mengangkat ke darjat yang lebih tinggi.

Malah dalam persatuan juga nasib yang sama berulang. Teringat

peristiwa saya tersingkir daripada LPT. Dikatakan bahawa surat

penyingkiran telah dihantar pada saya. Tapi saya tidak terima. Maka

hadirlah saya, duduk atas pentas selaku ahli LPT. Agaknya orang-

orang kanan persatuan asyik memerhati. Akhirnya baru saya tahu diri

telah disingkir apabila dianugerah tongkat sebagai simbol bakti saya

dalam majlis Tenaga Pengajar tersebut. Dapatlah saya anugerah

sebatang tongkat sebagai mengenang jasa yang telah lama

mencaburi perjuangan Silat Cekak. Ohh….. Macam itu rupanya

penyingkiran.

Walau bagaimanapun, Tuhan amat berkuasa atas sesuatu itu.

Jasa saya tetap dikenang kemudiannya. Dapatlah anugerah. Kalau

dalam perkhidmatan, saya disingkir tapi akhirnya dapat pengarah,

maka dalam persatuan Silat Cekak, saya disingkir tapi akhirnya dapat

Page 402: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

390

anugerah. Maknanya konsep jatuh, bangkit semula, telah ’menjadi’

buat diri saya. Puas hati. Baru tahu membezakan antara emas dan

suasa. Antara aked dan berlian. Antara ayam kampung dengan ayam

kentucky. Berkat bawa ayam jantan kampung masa tamat agaknya.

Teringat masa saya tamat silat dulu. Kami kena bawa ayam

jantan kampung setiap orang, seekor ayam. Tidak mudah lagi nak

dapat ayam kampung ketika ini. Tapi zaman saya tamat dulu, ayam

kampung masih banyak. Kami bagi duit setiap orang sepuluh ringgit

pada ’orang pejabat’ untuk beli ayam jantan kerana majlis tamat

diadakan di Kampung Baru – pejabat lama Silat Cekak di Lorong Haji

Sirat. Ketika itu ayam sering dihubungkan dengan tamat silat. Tidak

kira mana-mana silat Melayu. Cuma, cara penggunaan ayam

mungkin berbeza-beza. Ada yang menjadikan ayam sebagai maksud

semah gelanggang. Ada juga yang menjadikan ayam sebagai

pengkeras guru.

Rupa-rupanya bawa ayam seekor seorang memberi kesan

pada kami yang akan tamat silat. Saja nak cerita kisah lama. Terasa

suasana bersilat masa itu. Ayam-ayam tersebut dikurung dalam

beberapa buah serkap buluh. Semasa kami datang ke majlis

penyembelihan ayam-ayam tersebut oleh Ustaz, ada antara ayam itu

yang mati. Kami jadikan bahan kelakar. ”Siapa punya agaknya ayam

yang mati itu. Pasti tuan punyanya akan mati semangat belajar Silat

Cekak.” Masing-masing pakat ketawa.

Ketika dua ekor daripada ayam-ayam tersebut dipilih Ustaz

untuk dibuat ’ayam penunjuk’, sekali lagi kami bergurau dan tertanya-

tanya. ”Siapa pulak tuan punya ayam bertuah berkenaan. Pasti akan

jadi ketua dalam kalangan kami.” Masing-masing terperasan

Page 403: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

391

agaknya. Pada hal kami hanya bagi duit beli ayam. Ayam dikumpul

secara kumpulan. Mana ada tuan bagi setiap ayam. Saja-saja buat

gurauan. Itulah suasana persilatan yang wujud ketika majlis tamat.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa konsep ”Jatuh dan

bangun semula,” perlu ada pada kita. Itulah juga salah satu sifat

seorang pendekar yang perlu dibina dari masa ke masa. Jangan

sesekali apabila jatuh, cabut lari atau kita merajuk diri atau menyusun

strategi penentangan. Khianat namanya dalam perjuangan Silat

Cekak yang diwarisi Ustaz Hanafi. Saya tidak berbuat demikian.

Melainkan saya teruskan perjuangan. Buktikan pekerjaan kita selama

ini adalah berdasarkan keikhlasan. Tidak ada kepentingan diri. Tidak

ada apa yang dicari melainkan maksud pembangunan diri.

Contohilah perjuangan pendekar atau pahlawan Islam, Khalid ibn

Walid. Walaupun tersingkir dari jawatan tertinggi ketenteraan tetapi

beliau tetap meneruskan perjuangan menegakkan Islam walaupun

sebagai askar biasa.

Keyakinan pada silat adalah dituntut jika kita benar-benar

ingin menguasai pelajarannya. Dalam tulisan yang terdahulu, saya

pernah tegaskan betapa keyakinan pada pelajaran Silat Cekak

adalah asas utama pada tanggungjawab kita sebagai penuntut Silat

Cekak. Jika tidak yakin pada Silat Cekak, buat apa kita melibatkan

diri dalam silat berkenaan. Apabila kita yakin maka mudahlah kita

menerima dan mengamalkan pelajarannya. Pintu hati kita akan

terbuka luas bagi menerima pelajaran Silat Cekak dari masa ke

masa. Kalau tidak yakin pada pelajaran Silat Cekak, pasti

pembelajarannya tidak sepenuh hati. Badan sahaja hadir ke kelas

tapi hati berkata-kata kerana keyakinan tidak ada. Jadilah mereka

Page 404: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

392

umpama duri dalam daging. Banyak komen. Tapi diri sendiri gagal

untuk menguasai sepenuhnya pelajaran Silat Cekak.

Keyakinan penuh pada Silat Cekak akan membolehkan kita

menyebarkan silat itu kepada orang lain. Ketika proses penyebaran

itu berlaku, segala dugaan yang dihadapi akan disertai dengan sifat

sabar. Saya yakin bahawa keyakinan pada pelajaran Silat Cekak

yang wujud pada diri kita akan menjadikan kita tidak mudah

menyerah kalah dalam usaha untuk menyebarkan Silat Cekak pada

masyarakat. Kita akan sentiasa bersikap optimistik. Kita percaya

bahawa ’rugi’, jika masyarakat kita tidak mempelajari Silat Cekak.

Itulah salah satu keyakinan kita. Jika telah yakin maka segala

rintangan akan dapat dihadapi bagi mempastikan pencapaian

matlamat. Sikap optimis akan menjadikan kita berusaha bersungguh

hati. Itulah salah satu sifat seorang pendekar.

Ciri pendekar itu pastinya menjadikan seseorang itu yakin

pada persilatannya dan telah berjaya menguasai pelajaran Silat

Cekak sepenuh hati. Penguasaan pelajaran akan membolehkannya

mengamalkan pelajaran silat dalam kehidupan seharian sama ada

menguasai tindakannya atau caranya berfikir. Sesungguhnya,

pelajaran Silat Cekak itu sendiri akan menambahkan keyakinan diri

apabila kita berjaya pada penguasaan gerak dua tangan dan dua

kaki.

Sifat seorang pendekar yang yakin pada Silat Cekak itu, jika

diaplikasikan dalam pekerjaan kita, maka amat berfaedah sekali.

Setiap perancangan dalam pengurusan jika disertai dengan sifat

yakin maka akan memudahkan kita melaksanakan tugas secara

teratur. Keyakinan akan menambahkan motivasi kita untuk terus

Page 405: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

393

merancang, mengawal dan menilai akan hasil kerja yang kita

lakukan. Kebolehan-kebolehan itu adalah amat berguna bagi

menjadikan diri kita seorang pegawai yang berkebolehan dan

berkualiti. Itulah sifat pendekar yang telah meresapi diri kita.

Dalam proses kita menyebarkan Silat Cekak, sifat sabar perlu

ada. Bukan mudah kita menyakini masyarakat untuk mempelajari

Silat Cekak. Bukan mudah juga kita membuktikan kepada

masyarakat bahawa Silat Cekak adalah merupakan satu silat yang

benar-benar asli, melebihi mutu bela diri yang ada dan boleh

bertanggungjawab menjaga diri. Silat Cekak berupaya membentuk

perwatakan diri, jika kita benar-benar yakin akan pelajarannya

dengan sepenuh hati. Menjiwai persilatan Silat Cekak dalam semua

segi pelajarannya akan membentuk cara kita berfikir dan bertindak

secara beradab dan bersopan. Hal yang demikian akan mendorong

kita untuk menyebarkan Silat Cekak dalam kalangan masyarakat.

Mereka yang berusaha menyebar Silat Cekak tentu

menghadapi pelbagai jenis dugaan. Namun begitu, saya percaya jika

kita yakin bahawa pelajaran Silat Cekak adalah sesuatu yang bernilai

dan amat bermutu serta perlu disebarkan, maka usaha-usaha kita

menghadapi tentangan dan dugaan dari masyarakat tidak akan

mendatangkan satu tekanan atau bebanan berat. Sifat yakin dan sifat

sabar ada perkaitannya. Keyakinan yang ada, membolehkan kita

bersifat sabar untuk melaksanakan tugas, terutama tugas

menyebarkan pelajaran Silat Cekak. Segala rintangan akan dihadapi

dengan jiwa yang tenang. Tidak mudah menyerah kalah tanpa

’berjuang’ terlebih dahulu.

Page 406: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

394

Orang yang bersifat sabar akan sentiasa menyusun stretagi

bagi memperoleh kemenangan di akhirnya. Mereka tidak mudah

kecewa atau mengundur diri dari masalah yang dihadapi. Mungkin

mereka akan mengalah di peringkat awal. Sifat mengalah bukannya

tanda penakut atau tanda bacul, melainkan sifat mengalah itu adalah

untuk merancang satu strategi yang lain. Walaupun orang lain akan

membuat pelbagai andaian akan sifat dirinya, dia akan lebih berhati-

hati dan berdiam diri. Ada perancangan yang sedang disusun dan

menunggu saat dan ketika untuk melakukannya.

Cuba kita baca kisah-kisah hikayat lama. Betapa seorang

pendekar itu mengundur diri seketika bagi merancang serangan yang

sesuai di ketika yang lain. Sifat berani mereka itu adalah terancang.

Bukannya secara hentam keromo sahaja. Itu sebabnya sesuatu

pertarungan itu akan mengambil masa. Berhari-hari lamanya. Sampai

bosan kita membaca kerana tidak sabar mengetahui akan keputusan

sengketa dengan segera. Dalam Silat Cekak pun kita ada

pengalaman mengenainya. Ustaz pernah ’diserang’ guru silat yang

terkemuka untuk membuat perhitungan, akibat satu sengketa. Ustaz

tidak terburu-buru memberi reaksi. Bukannya bermaksud mengalah

untuk memberi kata putus dengan segera tapi berdiam diri menyusun

strategi. Tersebar berita mengatakan Ustaz penakut.

Sebenarnya Ustaz ada strategi. Menunggu saat dan ketika

untuk bertemu semula. Ketika detik itu tiba, Ustaz berjumpa semula

dengan guru silat berkenaan untuk menyahut cabaran yang dulunya

dipelawa. Cerita Ustaz, tersentak juga guru berkenaan. Tidak

disangka cabarannya diterima Ustaz di hari lainnya. Itulah antara

detik-detik yang menyebabkan punca timbulnya peristiwa keinginan

Page 407: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

395

’bertarung’ antara Silat Cekak dengan silat berkenaan. Tapi tak jadi

apabila pihak polis menarik balik permit pertarungan tersebut.

Orang yang bersifat sabar, tidak akan panas baran dan tidak

mudah melatah. Itu juga salah satu sifat pendekar yang ada dalam

kalangan pesilat Melayu. Apabila panas baran menguasai sifat diri,

akalnya menjadi pendek kerana kurang dapat berfikir dengan waras

dan rasional. Tindakannya akan terburu-buru. Bertindak tanpa dapat

berfikir panjang secara tenang dan rasional. Orang yang panas baran

selalunya rugi pada akhirnya. Orang lain akan menjauhkan diri. Silap

gaya, orang yang panas baran akan tinggal keseorangan. Tidak ada

sesiapa yang berminat untuk membantu. Mungkin orang lain

bukannya bersifat takut, melainkan menyampah akan sifat yang

sedemikian.

Lebih-lebih lagi apabila kita menguasai pelajaran Silat Cekak

sepenuhnya. Kawal diri dengan akal yang dianugerahi Tuhan.

Jangan cepat melatah. Umpama padi, makin berisi, makin tunduk.

Jangan umpama lalang. Apabila akar mencengkam bumi, lintuk

liuknya menyakitkan hati. Sebagai pendekar Silat Cekak, gunakan

dua telinga dan dua mata sebelum membuat satu-satu keputusan.

Orang yang suka cucuk-mencucuk sentiasa ada di sekeliling kita.

Tanpa menggunakan akal yang sihat, akan membolehkan kita

terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan. Oleh itu, berhati-

hatilah. Pastikan akal fikiran yang sihat sentiasa mengusai diri kita.

Apabila bertindak atau menjalankan perancangan, buatlah atau

lakukan dengan cara berfikiran strategik. Panjang akal.

Dalam bidang pengurusan sifat seorang pendekar yang yakin

dan sabar adalah amat penting. Hal yang demikian bagi

Page 408: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

396

mempastikan penghasilan kerja adalah berkualiti. Sifat yakin pada

usaha dan strategi yang dilakukan akan menyemarakkan lagi

motivasi diri. Sifat sabar yang wujud pada diri akan membolehkan

segala perancangan itu dilakukan secara berhati-hati dan secara

penuh bertanggungjawab. Itulah konsep pendekar yang selalu

dipraktikkan oleh seseorang pesilat yang benar-benar menjiwai

pelajaran silatnya. Perancangan yang dilakukan akan lebih berfokus

tanpa mempedulikan reaksi negatif orang lain. Saya selalu perhatikan

betapa pegawai-pegawai yang bersifat demikian, sering berjaya

dalam kerjayanya.

Keyakinan pada pelajaran Silat Cekak bermakna kita

mempercayai pelajaran tersebut. Maknanya juga, jika kita telah yakin

pada pelajaran Silat Cekak, maksudnya kita mempercayai kehebatan

dan keberkesanan pelajarannya. Kita juga mempercayai akan

kehebatan pembawa silat berkenaan iaitu Guru Utamanya. Secara

langsung, kita mengasuh diri supaya menghormati ketua kita iaitu

guru silat dan orang-orang kanannya. Kepercayaan ini akan

mendorong kepada sifat ketaatan dan kepatuhan pada arahan. Tidak

mungkin wujud penentangan terhadap barisan kepemimpinan

tertinggi yang ada dalam persatuan Silat Cekak. Hal yang demikian

adalah sangat penting bagi meneguhkan persatuan yang menaungi

pergerakan Silat Cekak itu sendiri. Kecualilah pada mereka yang ada

kepentingan diri untuk mengaut keuntungan daripada ahli-ahli silat

yang lain. Selalu saya nyatakan betapa mereka yang berkepentingan

diri sentiasa sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan habuan

diri terutamanya dari segi kuasa, hingga sanggup menentang guru

yang menjadi ketua.

Page 409: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

397

Sifat berkepercayaan tinggi pada gurunya adalah merupakan

sifat seorang pendekar yang hebat. Orang Melayu sentiasa

mengenang budi. ’Orang berbudi kita berbahasa’. ”Baik datangnya

maka baik reaksinya. Buruk yang mendatang maka buruk pula

reaksinya”. Jika sifat ini diaplikasikan dalam pengurusan, tentunya

akan menjadikan kita seorang pegawai yang hebat, boleh dipercayai

dan berdidikasi. Kita percaya pada perancangan atau dasar yang

dibuat oleh ketua kita. Kedudukan kita sebagai pelaksana akan lebih

menumpukan usaha-usaha melaksanakan sesuatu arahan. Kita akan

lebih banyak merancang bagi mempastikan kejayaan. Masa tidak

akan terbuang begitu saja kerana asyik membantah atau

mempersoalkan sesuatu. Fikiran kita lebih berfokus. Hal yang

demikian akan menjadikan usaha-usaha kita menjalankan sesuatu

tugasan, akan menampakkan keikhlasannya. Penghasilan kerja pasti

berkualiti. Usaha-usaha kita itu akan menjadikan kita dihormati orang

lain.

Dalam mana-mana organisasi, prinsip bekerja dalam satu

pasukan adalah amat dititikberatkan. Banyak kursus yang dianjurkan

bagi mempastikan semangat kerja berpasukan menjadi amalan. Saya

pernah menyentuh tajuk ini dalam tulisan terdahulu. Kerja

berpasukan akan melicinkan perancangan. Penghasilan kerja adalah

sentiasa berkualiti. Budaya kerja akan lebih positif. Kebajikan ahli

akan sentiasa dijaga. Setiap kejayaan akan diraikan bersama. Hal

yang demikian akan mendorong para ahli untuk menggandakan

usaha bagi mencapai matlamat organisasi.

Dalam persilatan Silat Cekak, kerja berpasukan bukanlah

sesuatu yang asing. Saya juga pernah menyentuh tajuk ini dalam

tulisan yang terdahulu. Saya pernah menceritakan betapa Ustaz

Page 410: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

398

pernah ’mencabar’ saya supaya mengumpul rakan-rakan

seperjuangan dalam Silat Cekak yang sehati dan sejiwa. Jika dapat

seramai empat puluh orang yang sehati dan sejiwa maka persatuan

silat bolehlah ditutup.

Cabaran tersebut boleh memberi pelbagai makna. Sekurang-

kurang kita dapat lihat betapa Ustaz menitikberatkan kerja-kerja

secara berpasukan. Walau bagaimanapun, bukan senang untuik

mengumpul sepasukan ahli yang sama matlamatnya tanpa ada

kepentingan diri. Oleh sebab susahlah, maka kita perlu memberi nilai

yang tinggi atas sifat mereka yang rela untuk bersama-sama kita

dalam satu barisan perjuangan Silat Cekak. Jaga kebajikan mereka.

Pupuk hubungan baik yang bukan hanya terhad dalam bidang

persilatan sahaja. Kenduri-kendara, sakit-demam, semuanya diberi

perhatian.

Dalam pelajaran Silat Cekak, kita sememangnya memberi

penghargaan atas prinsip persefahaman. Itu sebabnya dalam ikrar

ketika ijazah pertama, kita disarankan supaya jangan bergaduh

sesama ahli. Pergaduhan akan menyebabkan perancangan

memajukan Silat Cekak akan terbantut. Lihat saja sekarang ini.

Sepatutnya Silat Cekak terus berkembang maju. Walau

bagaimanapun, kita banyak membuang masa bagi menyelesaikan

sengketa. Ruang yang terbuang itu diambil kesempatan oleh

persilatan lain untuk meluaskan pengaruh mereka. Kemasyhuran

Silat Cekak telah terbelah bahagi dek kerana banyak persatuan yang

ada. Bersainglah pengaruh Silat Cekak sesama persatuan yang

berlainan nama tapi berasaskan pada satu pelajaran silat yang

sama. Saya rasa tidaklah perlu saya lanjutkan tulisan mengenainya.

Namun begitu, ikrar kita amat mudah dilupakan begitu saja.

Page 411: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

399

Perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah betapa seorang

pendekar itu akan sentiasa bersama pasukannya. Kehebatan dan

kewibawaannya tidak terhad untuk diri sendiri. Mereka bukanlah

manusia yang mementingkan diri. Sebaliknya, mereka adalah

merupakan orang yang berjaya membangunkan diri di samping

membangunkan diri orang lain. Sesungguhnya, sifat pendekar lebih

bermakna apabila dipraktikkan juga dalam pengurusan pekerjaan

kita dalam organisasi mana sekali pun. Sifat itulah yang sering saya

praktikkan dalam pengurusan. Hal yang demikian akan menjadikan

kita seorang yang sentiasa dihormati oleh ahli-ahli yang lain.

Sebagai seorang pendekar juga, seperti yang pernah saya

tegaskan, betapa seseorang itu mestilah jangan sesekali panas

baran. Orang yang panas baran biasanya pendek akal kerana tidak

dapat berfikir. Akhirnya jadi pendek tengkok. Dirinya lebih banyak

dikuasai oleh perasaan iaitu parasaan marah. Sebaliknya, mereka

yang sabar, sifatnya tenang dan sentiasa berfikir sebelum melakukan

sesuatu tindakan. Mereka dapat membina hubungan yang baik

dengan orang lain. Kehebatan mereka bersilat tidak menjadikan diri

bersifat ego atau meninggi diri.

Dalam Silat Cekak, lambang padi yang ada pada simbol Silat

Cekak menunjukkan sifat rendah diri. Lebih banyak pengetahuan dan

pengalamannya maka lebih tinggi sifat merendah diri. Begitu juga

dengan lambang kita yang terdahulu yang mengandungi simbol

tangan terbuka dan tangan menggenggam. Simbol itu

melambangkan sifat mengalah terlebih dahulu sebelum bertindak.

”Baik yang datang maka baik layanan yang diberikan.” Begitulah sifat

pendekar yang dikehendaki dalam persilatan kita.

Page 412: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

400

Sifat pendekar berkenaan jika dipraktikkan dalam

pengurusan, tentunya akan menjadikan diri kita bertambah hebat.

Orang lain akan tetap menghormati kita. Lebih banyak ilmu dan

pengetahuan yang kita miliki, maka lebih tinggi penghormatan yang

diberi. Syaratnya ialah kita jangan sesekali meninggi diri. Jika ada

sifat meninggi diri maka orang lain akan menjauhkan diri mereka.

Tinggallah kita keseorangan dalam pekerjaan yang dilakukan.

Orang yang ingin memupuk hubungan yang baik dan mesra

dengan orang lain, biasanya akan mengamalkan sifat diplomasi.

Dalam bidang persilatan, ilmu yang ada tidak boleh menjadikan diri

kita bertindak kasar pada orang lain. Ustaz pernah menegaskan,

jangan sesekali apabila mengamal Silat Cekak, orang terpijak kaki

kita secara tidak sengaja, akan menyebabkan kita membalas

tindakan tidak sengaja itu. Sifat memberi kemaafan sangat

dititikberatkan. Apabila timbul sebarang masalah, penyelesaiannya

bukanlah menggunakan tangan, sebaliknya menggunakan akal

fikiran yang panjang dan sehat. Itulah sifat pendekar yang panjang

akal dan sangat dituntut dalam Silat Cekak.

Bayangkan betapa sifat diplomasi itu diterapkan dalam

pengurusan kita. Hal yang demikian akan menyebabkan kita tidak

mudah melenting apabila dipersoalkan sesuatu oleh orang lain. Sifat

kita akan lebih tenang. Masalah yang timbul akan dihadapi dengan

menggunakan pemikiran yang sehat. Kaedah penerangan dan

perbincangan akan menjadi saluran utama. Sifat baran hingga

membolehkan mereka menggunakan kaedah penyelesaian secara

tangan, akan dapat dihindari.

Page 413: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

401

Saya banyak kali memerhati betapa pemimpin yang bijak

berdiplomasi dengan rakan-rakan sekelilingnya, akan dihormati

setiap masa. Mereka mudah didekati. Lebih-lebih lagi jika mereka

memegang jawatan tertinggi dan memiliki kelulusan tertinggi. Orang

lain akan berasa ’segan’ dan tidak tergamak untuk bertentangan

pendapat. Lebih-lebih lagi sifat melawan atau membantah arahan,

sentiasa dihindari.

Dalam Silat Cekak, biasanya pengenalan orang lama atau

orang baru membawa implikasi penguasaan silat. Jika disebut orang

lama, maknanya ilmu dan pengalamannya dalam Silat Cekak adalah

lebih, berbanding dengan mereka yang dikenali sebagai orang baru.

Pada adatnya, demikianlah tanggapan biasa yang ada dalam

kalangan ahli-ahli Silat Cekak. Walau bagaimanapun, kita perlu akui

betapa ilmu yang ada jika tidak digunakan, akan menjadi ’tumpul’.

Boleh juga kita kiaskan betapa senjatapun jika dibiarkan, boleh

’makan diri’. Makanan pun jika dibiar lama tanpa dihangat akan

menjadi basi.

Dalam Silat Cekak, untuk menjadi seorang pendekar yang

hebat, latihan yang berterusan perlu ada. Saya selalu sarankan

supaya kita sentiasa berdamping dengan guru kita dan juga dengan

orang-orang lama yang banyak pengetahuan dan pengalaman.

Dapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman luas mereka. Jangan

ego diri. Di samping itu, latihan silat yang berterusan akan

menjadikan kita sentiasa cergas dan bersedia sepanjang saat dan

ketika. Untuk menjadi pendekar yang hebat, mereka juga akan

sentiasa menambahkan kemahiran dari masa ke masa. Walau pun

telah tamat atau telah menguasai ilmu Silat Cekak, tentu ada

kekurangan di sana sini. Kekurangan tersebut boleh ditampung

Page 414: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

402

melalui penglibatan dalam kelas-kelas kemahiran atau kursus-kursus

dan perbincangan yang diadakan sepanjang masa.

Pendekar yang hebat sentiasa juga menambahkan ilmu dan

kemahirannya melalui kaedah ’belajar dari kesilapan.’ Akui kesilapan

yang dilakukan dan buatlah pembetulan. Sesungguhnya kesilapan

yang berlaku akan menyedarkan kita untuk berubah dan

membetulkan keadaan. Secara langsung, kaedah itu akan

meningkatkan kebolehan diri. Dalam bidang persilatan, membetulkan

kesilapan dalam tindakan, akan menjadikan kita lebih berhati-hati.

Membetulkan kesalahan dalam gerak silat, akan menjadikan gerak

silat kita semakin mantap. Membetulkan kelemahan kita dalam

proses berhubung dengan orang lain, akan menjadikan diri kita

sebagai Jurulatih, akan lebih dihormati dan disanjungi.

Kalau dipraktikkan konsep membetulkan diri melalui kesilapan

dalam aspek pengurusan, akan menjadikan diri kita sebagai penjawat

jawatan itu lebih mantap dan hebat. Kita akan mudah dipercayai

untuk diberi sebarang tanggungjawab. Segala yang dilakukan pasti

akan membuahkan hasil yang berkualiti.

Di samping itu, ilmu yang ada, perlu disebarkan pada orang

lain. Saya telah tegaskan betapa mereka ini bukan setakat dapat

membangunkan diri sediri dalam persilatan, akan tetapi mereka juga

dapat membangunkan orang lain. Sifat mereka tidak ’kedekut’. Ilmu

yang ada pada mereka boleh dikongsi bersama dengan orang-orang

lain. Seperti yang saya tegaskan, ilmu yang dikongsi dengan orang

lain akan menjadikan kita dapat menguasai ilmu itu dengan lebih

mantap dan berkesan. Ilmu yang diberi tidak akan habis. Tentunya

hal yang demikian berbeza dengan wang ringgit. Jika wang ringgit

Page 415: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

403

dikongsi dengan orang lain maka wang ringgit tersebut bertambah

susut. Ilmu yang ada pada kita bukannya berkonsepkan wang ringgit.

Lagi banyak ilmu yang ada pada kita disebarkan pada orang lain

maka akan berambahlah ilmu itu di samping akan menjadikan kita

dapat menguasai ilmu itu dengan lebih mantap. Itulah konsep

pendekar yang sentiasa dipraktikkan oleh mereka. Lagi ramai anak

muridnya maka lagi tinggi martabat dan kehebatannya.

Dalam pengurusan organisasi atau persatuan, jika konsep

pendekar itu dipraktikkan tentunya akan menjadikan kita seorang

yang hebat. Kita akan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan

melalui kursus-kursus yang diadakan atau melalui majlis-majlis

syarahan yang dianjurkan. Kita tidak akan berkira-kira atau memberi

alasan untuk tidak menghadiri aktiviti tersebut. Secara langsung,

kebolehan kita sebagai seorang pegawai dalam organisasi

berkenaan akan meningkat. Penghasilan kerja kita akan sentiasa

berkualiti.

Di samping menambahkan ilmu pengetahuan dan

pengalaman, jangan lupa kita menyebarkan ilmu pengetahuan dan

pengalaman yang ada pada diri kita untuk dikongsi bersama dengan

orang lain. ”Contact time” atau ’Konteks masa’ akan dijadikan aktiviti

utama. Dalam majlis itu, kita boleh memberi syarahan atau pelbagai

bentuk komunikasi lain sebagai kaedah berkongsi ilmu dan

pengalaman. Dalam Silat Cekak, ’Majlis Petua’ boleh dianggap

sebagai kaedah guru berhubung dengan anak muridnya. Dalam

majlis itu ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada pada guru

dapat dikongsi bersama dengan anak muridnya.

Page 416: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

404

Sebagai kesimpulannya, mempelajari Silat Cekak banyak

bergantung pada niat. Jika belajar setakat silat, maka pelajaran

silatlah sahaja yang diperoleh. Sebaliknya jika belajar Silat Cekak

bagi memperkembangkan potensi diri, maka itulah matlamat yang

akan kita capai pada akhirnya. Sepatutnya, lagi lama kita berada

dalam Silat Cekak maka lagi banyaklah pengetahuan dan

pengalaman kita. Pengetahuan dan pengalaman itu akan menjiwai

diri kita bagi menjadi ahli yang hebat. Kehebatan itu dapat

diserlahkan walau di mana kita berada.

Ketika saya menjawat jawatan dalam kerajaan, sering kali

ditanya tentang sifat saya yang sentiasa inginkan ketepatan. Dari

segi masa, saya menitikberatkan ketepatan masa atau ketepatan

waktu. Dari segi penghasilan kerja, saya juga menitikberatkan

ketepatan pada hasil kerja tersebut. Ketepatan dari semua segi itu

merupakan sifat atau watak diri saya sebagai pengurus dalam

sebuah organisasi.

Saya sering menjawab persoalan tersebut dengan

mengaitkan dengan sifat seorang ahli silat. Dalam gerak persilatan,

ketepatan adalah sesuatu yang amat penting. Ketepatan itu meliputi

ketepatan waktu mengambil buah dan ketepatan gerak ketika

bertindak. Kita boleh bayangkan betapa jika tidak ada ketepatan

ketika mengambil kaedah, pasti badan kita akan terkena penumbuk

lawan. Begitu juga ketika membuat buah. Tanpa ketepatan

melakukan jatuhan atau pukulan, pasti diri kita akan mengudang

bahaya. Oleh itu seorang pendekar yang hebat adalah bermaksud

beliau juga mempunyai watak yang mementingkan ketepatan.

Page 417: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Konsep Pendekar Dalam Pengurusan

405

Sifat tersebut jika diaplikasikan dalam pengurusan akan

menjadikan sistem dalam organisasinya akan begerak dengan

lancar. Proses kerja adalah mengikut waktu yang ditentukan. Hasil

kerja yang dikeluarkan adalah bermutu dan tinggi kualitinya. Hal yang

demikian akan menjadikan organisasi itu bertambah mantap dan

struktur organisasinya berperanan dengan baik dan berkesan.

Nampaknya, jika konsep pendekar dapat kita gunakan ketika

kita bekerja, akan menjadikan diri kita seorang yang hebat, berkualiti

dan berupaya menjalankan sebarang tugas atau amanah yang

diberikan. Penglibatan kita dalam dunia persilatan tidaklah

merugikan, malah akan membentuk diri kita menjadi insan yang

sempurna dan harmonis. Oleh itu, ketika berada dalam Silat Cekak,

jiwailah pelajaran dan kefahamannya bagi membentuk diri menjadi

manusia yang harmonis dan seimbang dalam kehidupan di dunia ini.

Gambar kenangan bersama Pak Ak dalam majlis ijazah di rumah saya. Sebelah Pak Ak ialah En Mat. Saya jadi tukang pukul gambar – Dato’ Mohd Rauhi.

Page 418: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

406

ERTI KEMERDEKAAN

Semua orang menyambut hari kemerdekaan pada hari Sabtu

yang lalu. Sambutan yang dibuat adalah dalam pelbagai bentuk.

Menikmati cuti awam, duduk di rumahpun dikira meraikan hari

kebangsaan. Apatah lagi jika berehat di rumah sambil menonton

rancangan tv yang berkaitan kemerdekaan. Tak kiralah sama ada

rancangan drama ke atau program yang disiar kerana menyambut

hari kemerdekaan, atau menyaksikan perarakan perayaan tersebut

secara langsung.

Biasanya kemerdekaan dikaitkan dengan politik negara kita

yang bebas dari cengkaman penjajah. Walau bagaimanapun, ketika

ini, masyarakat lebih suka membincangkan kemerdekaan dalam

konteks aplikasi. Proses kemerdekaan telah berlalu. Sama juga

dengan perayaan sambutan Maal Hijrah. Hijrah telah berlalu, maka

perbincangan mengenainya lebih banyak dalam konteks hijrah diri

seseorang.

Dalam tulisan ini, saya ingin membincangkan tentang erti

kemerdekaan pada diri saya sendiri dalam konteks Silat Cekak.

Diharapkan berdasarkan isi tulisan ini dapatlah saya berkongsi

pengalaman dan kefahaman dengan ahli-ahli Silat Cekak sekalian.

Sepanjang pergaulan saya dengan Ustaz, penglibatan Ustaz

dalam gerakan kemerdekaan tetap ada. Walau bagaimanapun, tidak

banyak pengetahuan saya tentang hal yang demikian. Cuma, saya

difahamkan bahawa Ustaz pernah terlibat dalam pergerakan politik

„Seberkas‟. Saya lebih banyak mendengar daripada bertanya dalam

hal-hal yang lain daripada silat. Oleh itu tak banyak perkara yang

Page 419: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

407

saya tahu tentang kegiatan Ustaz dalam politik. Cuma,

kesimpulannya pada saya, tidak hairanlah Ustaz berjaya menyusun

pergerakan persatuan Silat Cekak dengan begitu baik dan mantap

berdasarkan pengalamannya berpolitik.

Ketika Ustaz memegang jawatan sebagai pemimpin Silat

Cekak, beliau jarang sekali menyentuh soal-soal politik tanah air.

Cuma, sekali sekala, Ustaz ada berbuat demikian. Ketika bercakap

tentang politik tanah air, isi percakapan Ustaz adalah bernas. Tidak

hairanlah pada ketika-ketika tertentu, Ustaz pernah dikunjungi oleh

orang-orang tertentu untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang

politik tanah air. Malah kerap kali Ustaz mendapat maklumat awal

dalam satu-satu perkara berkaitan dengan dasar negara. Saya

pernah terserempak dengan situasi pertemuan yang berkenaan.

Saya tidak dapat menulis panjang tentang soal ini kerana

pengetahuan saya adalah agak terhad. Ketika itu saya lebih berminat

dengan Silat Cekak sahaja. Hal-hal yang lain dan tidak berkaitan

dengan Silat Cekak, kurang diambil peduli. Peranan saya hanyalah

setakat mendengar sahaja tanpa perlu berfikir panjang lagi

berkenaan dengan perkara tersebut. Cuma, apabila saya

membincangkan tajuk yang kurang berkaitan dengan Silat Cekak,

saya hanya mengenang kembali atas pengalaman saya dulu

bersama Ustaz atas perkara yang berkenaan.

Pemakaian tema hari kebangsaan tahun ini telah

menimbulkan perbahasan. Ada yang setuju dan ada yang

membangkang. “Tema politik”, kata mereka. Saya tidak berminat

untuk mengulasnya. Dalam kehidupan biasa, saya sering temui

betapa ramai orang yang berjanji tapi amat sukar untuk ditepati. Ada

Page 420: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

408

juga yang memandang rendah dan menghina orang yang gagal

menunaikan janji, pada hal di waktu yang lain, dia juga gagal

menunaikan janji yang dibuatnya.

Saya sering mendengar cacian rakan-rakan atas janji rakan

lain yang tidak ditunaikan. “Itulah janji Melayu. Cakap tak serupa

bikin.” Itulah antara lain ayat yang sering dikeluarkan bagi

menunjukkan kehebatan dirinya yang lebih amanah agaknya. Dia tak

sedar betapa dirinya juga orang manusia Melayu. Di ketika yang lain,

dia pula telah gagal menunaikan janji yang diberi. Maka orang lain

pulak yang mencacinya. “Itulah janji Melayu”.

Malas saya nak cakap lagi. Itulah akibatnya jika suka sangat

melepaskan geram dengan cara mengeji tanpa meninjau tahap atau

nilai diri sendiri. Bercakap adalah lebih senang dari

melaksanakannya. Ramai orang yang pandai bercakap dan membuat

komen tentang orang lain. Sebaliknya diri sendiri tidak terjaga hingga

bersifat sama seperti orang yang dikecamnya. Dia juga tidak sedar

bahawa dirinya juga manusia. Ada masanya dia sendiri akan bersifat

positif dan ada masanya akan bersifat negatif. Tidak menunaikan janji

adalah merupakan salah satu sifat negatif manusia.

Cuma, sebagai ketua keluarga, jangan sampai anak kita pula

yang berkata, ”Ayah ni cakap bohonglah. Ayah penipu. Janji nak

bawak jalan-jalan. Tapi tak buatpun.” Janji tak ditepati. Jangan pulak

ayah jenis ini hentam tema hari kebangsaan. Malu pada diri sendiri.

Monyet dan berok akan ketawa berdekah-dekah kerana anak

sendiripun dah tak percaya. Agakan sahaja.

Page 421: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

409

Dalam tulisan ini saya lebih suka menulis berdasarkan

pegangan saya dalam alam pemikiran Silat Cekak. Pada saya,

berjanji dan menunaikan janji adalah merupakan perbuatan yang

bersepadu. Jika gagal melaksanakan janji maka jadilah dirinya

sebagai pembohong. Nisbah pembohong adalah pelbagai. Ada yang

bergelar „bapak pembohong dan ada yang bergelar suka berbohong.‟

Berdasarkan pengetahuan saya juga, janji kita terbahagi dua. Satu

jenis ialah berkaitan dengan apa yang kita ucapkan. Satu lagi jenis

adalah berdasarkan apa yang diazamkan dalam hati untuk maksud

pelaksanaan.

Cuma, apa yang dijanjikan dalam dirinya sendiri, hanya

dirinya saja yang mengerti untuk meletakkan tahap dirinya. Kalau

berjanji berhenti hisap rokok tapi hanya sementara, maka dia saja

yang tahu akan tahap kualiti dirinya sendiri. Orang lain tidak akan

tahu. Melainkan Tuhan saja yang tahu. Inilah salah satu sifat orang

yang tidak jujur pada jiwanya. Maka sukarlah bagi dirinya untuk

menguasai isi pelajaran tersirat yang ada dalam Silat Cekak. Bak

kata pantun Silat Cekak, “Silat Cekak pada lahirnya, pengertian gerak

pada batinnya, hendaklah mahir seluruh anggota, hendaklah jujur

pada jiwanya.”

Sesuatu yang telah diucapkan, maka akan menjadi ukuran

atau penilaian orang lain. Di situlah akan lahir kata-kata, „dia buat apa

yang dia cakap, dia telah menunaikan janji. Atau sebaliknya timbul

kata-kata, “penipu, pembohong, cakap tak serupa bikin, borak, auta”

dan banyak lagi perkataan lain. Yang pastinya, perkataan-perkataan

negatif lebih banyak berbanding dengan perkataan positifnya. Hal

yang demikian mungkin kerana manusia sememangnya suka

mengamalkan sikap negatif. Amat sedikit manusia yang bercakap

Page 422: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

410

benar. „Apa yang ada di hati maka itulah yang diluahkannya melalui

mulut secara beradap.‟ Itulah sifat orang yang bercakap benar.

Ustaz amat mengambil berat tentang prinsip mengotakan

janji. „Lebih baik jangan berjanji kalau rasa-rasanya sukar ditepati‟.

Itulah nasihat yang sering diberi Ustaz. Saya ada pengalaman

tentang hal yang demikian. Pernah satu ketika saya berkunjung ke

rumah Ustaz di Jalan Keramat. Saya pergi secara berseorangan.

Ketika tiba, Ustaz telah ada tetamu. Mereka berbual di meja panjang

di ruang tetamu. Selepas bersalam, saya terus duduk di kerusi set

yang lain. Saya tidak bersama mereka kerana Ustaz nampak serius

ketika itu. Ada hal yang sedang dibincangkannya. Saya duduk

berseorangan. Namun begitu, telinga saya mendengar akan

perbualan mereka tersebut. Ustaz sedang berbual dengan seorang

ahli Silat Cekak yang baru aktif dalam Silat Cekak. Walaupun baru,

beliau telah banyak membantu mengembangkan Silat Cekak di

beberapa daerah lain.

Rupa-rupanya ketika itu Ustaz sedang memarahinya. Antara

lain ayat-ayat Ustaz yang saya masih ingat,”Kalau dah berjanji, tak

kiralah hujan ka, ribut ka, mesti datang.”

Selepas ahli berkenaan balik, saya tidak bertanyapun tentang

hal yang dibincang. Ustaz terus berbual tentang prinsip bercakap

benar. Saya dengar sahaja. Tahulah saya betapa ahli berkenaan

tidak menunaikan janjinya pada Ustaz. Sejak peristiwa itu, saya tak

pernah lagi berjumpa dengannya. Ghaiblah maknanya. Entah ke

mana perginya, kerana saya tak berminatpun nak bertanya

Menyentuh tentang istilah kemerdekaan, dalam Silat Cekak

ada satu rangkap pantun yang berkaitan dengan kemerdekaan.

Page 423: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

411

“Lahirnya Cekak kerana kesedaran, Bukan bermusuh sebagai tujuan,

Untuk mendaulatkan seni kebangsaan, Menyesuaikan dengan makna

kemerdekaan.”

Kemerdekaan adalah bermaksud perihal mereka yang bebas

atau kebebasan. Istilah kemerdekaan juga adalah berasal dari istilah

merdeka yang membawa maksud; bebas, lepas dari tebusan,

tuntutan, berdiri sendiri atau tidak bergantung pada yang lain.

Kalau berdasarkan makna dan perbincangan tersurat pantun

berkenaan, Ustaz mengetengahkan Silat Cekak dengan pelbagai

tujuan. Di samping menentang amalan kurafat dan tahyol yang sering

berleluasa dalam medan ilmu megah orang Melayu, Silat Cekak

adalah merupakan “silat akhir zaman”. Kehebatannya adalah satu

realiti bagi mengembalikan semula kegemilangan ilmu bela diri orang

Melayu. Namun begitu, dalam proses peluasannya, Silat Cekak tidak

bermaksud untuk menyentuh perasaan pesilatan Melayu lain. Kita

tidak mahu membentuk musuh dalam persilatan. Kita hanya

membuktikan kehebatan Silat Cekak tanpa merendahkan persilatan

lain. Malah dalam ikrar kita, bentuk cacian yang sedemikian adalah

dilarang sama sekali pada silat-silat Melayu yang asli. Kita tetap

menghormati bidang persilatan Melayu.

Ustaz yakin dan percaya bahawa silat yang dibawanya

mampu mengembalikan semula kehebatan seni bela diri orang-orang

Melayu dan boleh menempatkan kehebatan silat Melayu dalam

pemikiran orang-orang Melayu. Silat Melayu perlu „didaulatklan‟. Di

sinilah Silat Cekak memainkan peranan sebagai peneraju utama atau

sebagai peneraju mutlak bagi mengembalikan semula kegemilangan

dunia persilatan Melayu. Sepatutnya orang-orang Melayu menerima

Page 424: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

412

baik hasrat dan kehadiran Silat Cekak, berbanding dengan seni bela

diri lain dari negara-negara luar.

Kalau negara saja yang merdeka tapi fikiran masyarakat kita

masih dijajah dengan anggapan sesuatu yang terhasil dari luar itu

adalah baik, maka kuranglah nilainya erti kemerdekaan. Dalam

konteks silat, kemerdekaan adalah bermaksud merdekakan hati dan

jiwa daripada terikat dengan seni bela diri negara luar. Kita

berbangga dengan seni bela diri yang ada dalam negara sendiri.

Dalam hal ini, cintailah seni silat Melayu dan Silat Cekak adalah

merupakan satu pilihan yang terbaik.

Dalam pengertian tersirat, banyak perkara lain yang boleh kita

kaitkan dengan makna kemerdekaan. Saya lebih suka

menghubungkan perbincangan tentang kemerdekaan pada aplikasi

diri dalam kehidupan harian. Kalau kita inginkan kebebasan hati dan

jiwa maka perkara utama yang penting ialah jangan terikat pada

sesuatu. Bak kata Ustaz,”Jangan jadi umpama pacat yang kenyang

atas sifat pihak lain yang menjadi mangsa”.

Asas pada prinsip menghindarkan diri dari gejala buruk itu,

ada dalam kefahaman Silat Cekak. Ustaz pernah mengupas

beberapa perkara yang boleh dijadikan asas pada prinsip atau

pegangan hidup kita. Misalnya, cuba kita lihat beberapa kenyataan

seperti yang berikut.

a) Kita lahir ke dunia sorang-sorang. Tak ada orang lain yang

panggil kita lahir ke dunia. Bersabit kedua ibu bapa kita

dilahirkan dan bersabit guru-guru, kita mengenal dunia. Maka,

Page 425: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

413

hormati kedua ibu bapa dan guru-guru kita yang banyak

memberi panduan untuk kehidupan dunia dan akhirat.

b) Ketika hidup, selalu kita kaitkan dengan hikmah atas kejadian

sesuatu itu. Jangan susah hati. Kita lahir tidak ada apa yang

dibawa bersama. Bogel sahaja. Kalau sesusah mana sekalipun

tapi masih ada pakaian yang menutup tubuh kita maka

bermakna kita masih ada kesenangan.

c) Kita boleh berasa susah hati jika sesuatu yang sama jadi

dengan kita telah tiada. Itu sebabnya kita wajib menjaga tubuh

badan kita yang dianugerahkan Tuhan pada kita.

Kefahaman yang ada dalam Silat Cekak itu akan

membolehkan kita mengenal diri. Dalam bahasa mudah, mengenal

diri bermakna sedar akan diri kita atas sifat seorang hamba. Saya tak

boleh tulis panjang dalam tulisan ini. Bahasa lisan tak sama dengan

tulisan. Takut pembaca salah tafsir. Cuma, yang pentingnya ialah

jangan berbohong. Jangan menipu. Jangan mungkir janji. Selagi kita

bersifat bohong maka selagi itulah kita dibelenggu oleh sifat hati atau

sifat jiwa yang tidak jujur. Maka tiadalah ertinya kemerdekaan pada

diri manusia berkenaan.

Jagalah atau awasilah „area-area‟ yang membolehkan kita

berbohong. Jawatan yang disandang adalah merupakan salah satu

area yang perlu diberi perhatian. Berilah perhatian tentang jumlah

masa yang sepatutnya bekerja. Jangan curi tulang. Jaga-jaga tentang

pelbagai jenis tuntutan dan banyak lagi perkara yang berkaitan

dengan tanggungjawab yang dimanahkan pada kita. Area yang lain

adalah berkaitan dengan kawan sekeliling. Kerana kawan, ramai

yang berbohong sama ada pada kawan berkenaan atau pada orang

lain demi „menjaga‟ kawan. Minat juga boleh menyebabkan kita

Page 426: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

414

berbohong. Terlalu minat pada silat juga memungkinkan kita

berbohong pada anak dan isteri. Banyak area lain yang perlu diberi

perhatian. Saya tak akan mengulas panjang hal yang demikian.

Dalam konteks persilatan, berhati-hatilah daripada

mengamalkan sifat-sifat suka berbohong. Seperti yang saya

tegaskan, orang-orang yang berbohong adalah terdiri dari mereka

yang tidak jujur hati dan jiwanya. Maka kesannya, akan mengganggu

niat kita untuk menguasai “hakikat gerak” bidang persilatan Silat

Cekak.

Umumnya, dalam konteks persilatan, mereka yang

memegang jawatan Penyelia, Jurulatih dan penguasa persatuan

perlu berhati-hati agar tidak terdedah dengan jejala bohong. Penuhi

janji untuk melaksanakan semua perancangan yang berkaitan

dengan kegiatan persilatan Silat Cekak. Ketepatan masa dan tarikh

kegiatan persilatan, jangan dipermudahkan. Isi pelajaran jangan

disimpan. Pelajaran yang wajib diajar jangan disorok atas pelbagai

alasan. Tipu namanya. Perancangan persatuan perlu dilaksanakan

mengikut jadual. Kegagalan berbuat demikian akan mendedahkan

kita dalam dunia pembohongan. Pembelajaran Silat Cekak tidak akan

berkat kerana hati dan jiwa tidak ada kejujuran.

Sebagai kesimpulannya, erti kemerdekaan pada saya dalam

konteks Silat Cekak ialah kebebasan hati dan jiwa kita. Jangan terikat

dengan kawan atau kepentingan diri hingga memaksa kita

menggadai kefahaman Silat Cekak yang telah diasaskan Ustaz

Hanafi. Perkatakan kebenaran secara beradap dan bersopan

walaupun diri mungkin tidak popular. Itulah maksud menyesuaikan

diri dengan makna kemerdekaan. Sekian ulasan saya tentang tajuk

ini. Teringat Kg Pelet.

Page 427: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Erti Kemerdekaan

415

T A M A T

Gam

bar

ken

ang

an D

ato

‟ M

ohd R

au

hi

bers

am

a Y

.A.

Bhg T

un D

r. M

ahath

ir d

an Y

.A.B

hg T

un D

r. S

iti

Ha

sm

ah

bers

am

a p

ara

guru

dan

pe

laja

r-pe

laja

r d

i Y

ayasan

Ke

pim

pin

an

Perd

ana

, P

utr

aja

ya

.

Page 428: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Biografi

416

Biografi Pengarang

Dato' Mohd Rauhi bin Mohd Isa

merupakan seorang Pengamal

Seni Silat Cekak yang telah terlibat

secara langsung dengan

Perguruan ini sejak tahun 1974

sewaktu beliau sedang menuntut

di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Beliau dilantik sebagai Jurulatih

Seni Silat Cekak pada tahun 1976,

disusuli dengan pelantikan beliau

sebagai Penyelia Kelas Seni Silat

Cekak Ipoh pada tahun 1977.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli

Lembaga Pelajaran dan Tatatertib

(LPT).

Dalam konteks persatuan, Dato’ Mohd Rauhi adalah merupakan Ahli

Jawatankuasa Pusat Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia bagi tahun

1977-1979. Bermula dari tahun 1977 beliau menyandang jawatan

Yang Di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Negeri Perak sehingga

tahun 2001. Beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Muafakat

Tertinggi.

Kini beliau banyak menumpukan usahanya menggerakkan Seni Silat

Cekak menerusi bidang penulisan melalui pendekatan perkongsian

pengalaman dan pengalamiannya dalam Seni Silat Cekak. Penulisan

beliau boleh dibaca menerusi Blog Sepak Minang

(http://sepakminang.blogspot.my/), Blog Lading Emas

(https://ladingemas.wordpress.com/) dan Blog Seni Gedang

(https://senigedang.wordpress.com/). Beliau turut telah menerbitkan

tiga (3) buah buku hasil koleksi daripada penulisan-penulisan beliau

di blog yang dinyatakan iaitu Sepak Minang, Lading Emas dan Masak

Gerak.

Page 429: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Biografi

417

Koleksi Buku-Buku

Karya

Dato’ Mohd Rauhi Mohd Isa

‘Untuk tempahan pembelian sila hubungi Saudara Aziz Zafran di

talian +6 019-556 7727 atau e-mel [email protected].

Page 430: oranghebat.com...Koleksi Lading Emas Kandungan dan Prakata i LADING EMAS (Pengurusan Diri dan Organisasi) Pengarang : Dato’ Mohd Rauhi bin Mohd Isa Penerbit : Nawa Solutions No 11,

Koleksi Lading Emas Biografi

418