- kawalan kelas

Upload: kamal-leo

Post on 13-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

qqq

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Jurnal PraktikumBilangan Jurnal: 8Minggu Praktikum: Ke-8Tarikh Peristiwa: 14 September 2015 hingga 18 September 2015Tajuk Jurnal: Masalah Kawalan Kelas Murid-murid.

1. Masalah/ peristiwa:Saya telah membuat pemerhatian ke atas tahap kawalan tingkah laku Tahun 4D pada minggu pertama dan minggu kedua. Murid-murid tahun 4D terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian dan kefahaman yang sederhana. Tambahan lagi, kelas 4D dianggotai oleh 30 orang murid dan boleh dikategorikan sebagai kelas yang mempunyai jumlah murid yang ramai. Masalah kawalan tingkah laku murid mula timbul apabila mereka tidak diberi kerja atau guru meminta mereka untuk menulis sesuatu sebelum memulakankan proses PdP. 2. Analisis:Proses PdP yang dijalankan dalam kelas 4D dapat berjalan dengan baik. Murid-murid sangat fokus dan memberikan kerjasama serta respon yang baik tetapi apabila guru memberikan tugasan individu kepada mereka, murid-murid akan mula menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal seperti berjalan, mengusik kawan, bersembang dan keluar masuk untuk ke tandas. Pada mulanya, saya merasakan bahawa tingkah laku ini perkara biasa dan boleh dikawal tetapi apabila pemerhatian dijalankan selama dua minggu, saya dapati mereka masih mengekalkan tingkah laku ini sehingga mengganggu kawalan kelas.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki:Saya tidak mempunyai cadangan yang pelbagai bagi mengatasi masalah ini ekoran jumlah murid yang terlalu ramai dan pelbagai ragam. Cumanya, saya akan berusaha untuk menyusun strategi bagi menambah baik amalan saya dalam kawalan kelas 4D. Antaranya :i. Meja kosong sebelum memulakan proses PdP. Selagi murid belum mengosongkan meja, proses PdP tidak akan dijalankan.ii. Menyediakan latihan atau lembaran kerja yang banyak dan diberikan kepada murid yang mampu menyiapkan tugasan dengan cepat dan awal.iii. Murid yang bising tidak perlu ditegur sebaliknya ditenung tanpa mengeluarkan ucapan agar mereka memahami bahawa tindakan mereka tidak disukai guru.iv. Memastikan murid bersedia sebelum mengajar. Hadkan murid untuk ke tandas.

4. Tempoh masa:Saya akan memberi masa kepada diri saya bagi menjalankan cara-cara mengatasi ini dalam tempoh tiga minggu kerana saya masih lagi menilai setiap murid dan tahap kenakalan mereka. 5. Penilaian Kejayaan:Saya akan mengenal pasti bahawa cara-cara yang saya gunakan bagi mengawal tingkah laku murid apabila setiap kali saya masuk ke kelas, murid telah bersedia dan tiada buku di atas meja. Mereka juga tidak kerap meminta untuk ke tandas dan berada dalam keadaan duduk sedia sebagai tanda mereka bersedia untuk belajar. Apabila mereka telah siap latihan yang diberi, mereka akan berkelakuan baik agar tiada latihan tambahan yang akan diberi. 6. Tindakan Susulan:Jika masalah kawalan kelas 4D masih tidak dapat diatasi, saya terpaksa menukar teknik dan strategi, iaitu dengan sentiasa memberikan latihan tambahan kepada murid-murid yang menyiapkan tugasan awal agar mereka tidak membuat bising dan mengganggu murid yang lain. Saya juga perlu menggunakan kaedah yang lebih tegas dengan mengugut sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. Disemak oleh Guru Pembimbing :Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan :________________________Nama :________________________Tarikh :________________________

Tandatangan :_______________________Nama :_______________________Tarikh :_______________________