بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ...

11
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah?

Upload: muhammad-farhan-gul

Post on 17-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pedoman & Amalan Muslim

TRANSCRIPT

Page 1: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang

mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah?

Page 2: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

Koleksi Mutiara Kata

1. Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambaNya. Disebalik ujian yg dtg ada hikmah yg tersembunyi:) Bersabar dan bangkit daripada setiap ujian yg mndtg. bukan dgn hanya meratap dan mempersoalkan "kenapa aku di uji begini?" Selamat berjuang semua:)

2. Sebelum kita menyatakan pendirian anda mengenai sesuatu perkara dan isu.Lebih baik,kita mengkaji dan berfikir sedalam-dalamnya. Ini kerana apa yg kita lontarkan akan menggambarkan tahap kematangan dan keperibadian kita..:)

Page 3: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

19 Keistimewaan Wanita

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

Page 4: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. moga bermanfaat :)

Page 5: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

40 KELEBIHAN DAN FAEDAH BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULULLAH S.A.W.

1. Menjunjung perintah Allah subhanahu wa ta'ala.

2. Perkara yang sama-sama dibuat oleh Allah Subhanahu wa ta'ala kerana Allah subhanahu wa ta'a'a juga berselawat ke Nabi s.a.w. walaupun maknanya berlainan.

3. Perkara yang sama-sama dibuatoleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi s.a.w. walaupun maknanya berlainan.

4. Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah subhanahu wa ta'ala atas setiap selawat.

5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.

6. Dituliskan daripadanya sepuluh kebajikan.

7. Dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatn.

8. Doharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.

9. Mendapat syafa'at nabi s.a.w.

10. Mengampunkan dosa.

11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.

12. Membolehkan dekat dengan Nabi s.a.w. di Qiamat.

13. boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.

16. Membersihkan hati dan mensucikannya.

17. mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.

18. Terlepas daripada huru-hara hari Qiamat.

19. mendapat doa dan salam Nabi s.a.w.

20. mengingat kembali perkara yang lupa.

21. mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.

22. menghilangkan kemiskinan.

23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil.

24. Terlepas daripada kutukan Nabi s.a.w. "Hinalah orang yang disebutkan namaku disisnya tetapi tidak berselawat".

Page 6: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.

26. menjauhkan majlis daripada busuk.

27. menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah subhanahu wa ta'ala.

28. Mendapat Nur ketika lalu di Titian (Sirat).

29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.

30. Mendapat pujian Allah subhanahu wa ta'ala di sisi para malaikat.

31. Diberkatkan umur dan semua pekerjaannya.

32. Mendapat rahmat Allah subhanahu wa ta'ala dan sentiasa dikasihi Allah subhanahu w ata'ala.

33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah s.a.w.

34. Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasul bertambah kasih kepada kita.

35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup.

36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut disisi Nabi Muhammad s.a.w. (Allahuakbar!!!)

37. Menetapkan kaki di Titian (Siratulmustaqim).

38. Menunaikan sedikit hak Nabi s.a.w. dan bersyukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala.

39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah subhanahu wa ta'ala dan RasulNya.

40. mendapat kemulian dan keistimewaan Allah subhanahu wa ta'ala.

Dari : Kitab Jilaul Afham Susunan : Ibnu Qoyyim Al Jauziah (wafat pada tahun 751H)

# DoaIstikharah # DOAUNIC

Page 7: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

. Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 

"Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

9 Mimpi Nabi Muhammad SAWDaripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku

Page 8: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu

terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS

kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke

duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS

KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI

JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala

HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK

SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka

dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT

-qam-

Page 9: بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ - Pedoman & Amalan Muslim

CARA NAK KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN Al-Quran ada 604 muka surat.. Ramadhan kali ni ada 29 hari.. Setiap hari ada 5 waktu solat iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, & Isyak..

Bagi muslimin:604 muka surat / 29 hari = 20.82759 muka surat setiap hari20.82759 muka surat setiap hari / 5 waktu solat = 4.16552 (Anggap 4.5 muka surat setiap waktu solat):: 4.5 muka surat setiap waktu solat x 5 waktu solat = 22.5 muka surat:: 22.5 muka surat x 29 hari = 652.5 muka surat (Jadi insyaAllah akan khatam awal sbb al-Quran ada 604 muka surat ja.. Kalau baca 5 muka surat atau lebih setiap kali waktu solat, insyaAllah lagi cepat khatam.. Terpulang nak baca sebelum atau selepas solat.. n_n)

Bagi muslimat (cuti 7 hari):604 muka surat / 22 hari = 27.45455 muka surat setiap hari27.45455 muka surat setiap hari / 5 waktu solat = 5.49091 (Anggap 5.5 muka surat setiap waktu solat):: 5.5 muka surat setiap waktu solat x 5 waktu solat = 27.5 muka surat:: 27.5 muka surat x 22 hari = 605 muka surat(Kalau baca 6 muka surat atau lebih setiap kali waktu solat, insyaAllah lagi cepat khatam.. Terpulang nak baca sebelum atau selepas solat.. n_n )

:: Kesimpulannya, bagi muslimin baca 4.5 muka surat (4 muka surat setengah) setiap waktu solat setiap hari manakala bagi muslimat baca 5.5 muka surat (5 muka surat setengah) setiap waktu solat setiap hari..:: 1 muka surat dibaca dalam 2-3 minit ja.. Jadi kita cuma luangkan masa dalam 15 minit ja setiap waktu solat.. & adalah lebih baik sekiranya kita tadabbur ayat2 yg kita baca..:: InsyaAllah sama2 kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya 24 jam setiap hari yg Allah S.W.T. kurniakan kepada kita.. & bukan pada bulan Ramadhan ni sahaja, insyaAllah semoga dapat istiqamah di bulan-bulan yang akan datang.. n_n